Anda di halaman 1dari 4

Kekuatan Moral

Date: Saturday, August 13 @ 01:57:32 MYT


Topic: Pendidik

Terdapat banyak perbezaan definisi dan aplikasi karisma di barat berbanding


dengan masyarakat timur. Ramai orang yang dianggap berkarisma di barat tidak
dianggap berkarisma di timur. Ia adalah kerana definisi karisma antara masyarakat
di barat amat berbeza. Jadi, oleh kerana saudara tinggal dalam masyarakat timur,
maka adalah lebih baik menggunakan peraturan membina karisma di timur.

Perbezaan utamanya adalah masyarakat timur memen-tingkan pemimpin mereka


yang memenuhi moral. Namun begitu di barat, persoalan sama ada pemimpin
mereka sebagai yang bermoral ataupun tidak, langsung tidak mempengaruhi
karisma mereka. Bill Clinton, bekas presiden Amerika dianggap berkarisma di barat.
Dia memiliki kemahiran berkomunikasi yang luar biasa. New York Times memberi
komen bahawa Clinton sebagai Presiden Amerika yang terhebat daripada segi imej
awam selepas The Great Communicator, Ronald Reagan. Walaupun berhadapan
dengan masalah skandal seks dengan Monica Lewinsky, dia masih popular di
khalayak ramai dan dianggap sebagai berkarisma walaupun selepas dua penggal
pemerintahannya. Persoalannya, jika Clinton adalah ahli politik di Malaysia, dengan
rekod moral yang buruk ,adakah dia dapat mengekal-kan karismanya sebagai
seorang pemimpin? Sudah pastinya tidak. Karisma pada masyarakat timur terutama
masyarakat Muslim, mereka mementingkan keluhuran budi dan keting-gian akhlak.
Sehebat mana pengetahuannya, setinggi mana pengaruh politiknya dan secantik
mana kostum pakaian rasminya, kalau mereka tidak dihiaskan dengan kompas
moral yang sebenar, maka hilanglah ketokohannya. Sebaliknya, seseorang yang
dipercayai sebagai baik, berakhlak mulia dan memberikan pedoman kepada
kebaikan masyarakat umum dilihat penuh berkarisma walaupun mereka tidak
langsung berperwatakan dan berpakaian seperti orang barat yang bertamadun.
Mereka menyarung diri mereka dengan kain putih sahaja. Thomas J. Barry dalam
Character & Leadership menyatakan moral terbahagi kepada lima: 1. Nilai 2.
Kepercayaan yang betul dan salah 3. Kesedaran 4. Kebenaran 5. Harga diri 6. Kata-
kata dan tingkah laku Seseorang tidak akan memiliki kompas moral semata-mata
ingin dilihat berkarisma. Karisma adalah perasaan kagum di mata orang yang
melihat. Maka orang melihat kecantikan budi serta keteguhan moral dan akhlak
yang menjadi tiangnya. Seperti fungsi kompas, moral memberikan tunjuk arah
sebenar. Dengan mengetahui arah utara yang sebenar, kita dapat tahu di mana
arah barat, timur dan selatan. ‘Berikanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang kau
berikan nikmat ke atas mereka dan bukan jalan orang yang sesat.’ Pemimpin
Karismatik dan Moral Saudara dapat membina karisma dengan kehadiran tingkat
moral yang tinggi. Malah dengan kehadiran unsur moral, ia dapat meningkatkan
karisma saudara. Terdapat beberapa kajian pakar kepimpinan berkenaan kaitan di
antara karisma dan moral. McClelland & Burnham (1976) menyatakan, pemimpin
yang bermoral memandu pengikutnya kepada sasaran dan objektif yang bukan
hanya membawa kebaikan kepada organisasi, bahkan seluruh individu dalam
masyarakat. Apabila seorang pemimpin lebih mementingkan ke-pentingan
organisasi daripada kepentingan peribadi, ianya dilihat sebagai bermoral tinggi.
Mehta dalam Empowering the People for Social Achievement menulis, pemimpin
yang bermoral berusaha mencapai kesejahteraan masyarakat dalam dasar dan
keputusannya. Mereka sanggup berkorban bagi memastikan kesejahteraan
masyarakat dipelihara, bukan kepentingan anak dan saudaranya. Dalam ma-
syarakat, kita diminta menerima tingkat moral yang rendah dalam usaha mencapai
sesuatu keputusan. Ahli politik menganggap dirinya sebagai individu yang
melaksanakan tugas eksekutif sahaja dan tidak langsung terlibat dengan apa yang
dilakukan dalam kehidupan peribadi mereka. Namun hakikatnya, saudara tidak
mendapat kehormatan daripada orang lain pada apa yang saudara lakukan, baik
dalam kehidupan umum ataupun peribadi. Apabila saudara tidak membawa rasa
hormat itu kepada mereka, maka mereka sudah hilang rasa hormat dan
kepercayaan pada saudara. Membina karisma bermakna saudara hebat dalam
pentadbiran dan kepimpinan umum dan juga dalam mengurus kompas moral
peribadi. Kepentingan Peribadi Setiap daripada kita mempunyai kepentingan
peribadi. Ia berbentuk harta, jawatan, perhubungan dan lain-lain. Ke-pentingan ini
jugalah yang memotivasi orang bagi melakukan sesuatu dengan bersungguh-
sungguh. Tetapi dengan kepentingan seperti ini, akan menyukarkan saudara bagi
mengekalkan kompas moral. Dalam banyak keadaan, kedudukan sebagai pemimpin
memberi peluang kepada seseorang individu menjadi kaya. Apabila seorang
pemimpin menjadikan kekayaan sebagai tujuannya, maka dia jatuh hina dan tidak
lagi dipercayai. Allah berfirman, “Sesungguhnya harta dan anak kamu adalah
fitnah.” Dalam ajaran Budha, kepentingan peribadi adalah sumber penderitaan.
Agama Kristian menegaskan, orang kaya susah masuk ke syurga. Secara
kesimpulannya, kepentingan peribadi mempengaruhi kualiti karisma seseorang.
Kelebihan yang diberikan sebagai pemimpin sebenarnya adalah bagi memudahkan
mereka mencapai tujuan organisasi. Itu adalah tanggungjawab dan bukannya
kelebihan. Ada sesetengah pemimpin yang meng-orbankan harta bendanya
sehingga habis untuk masyarakat. Mahatma Gandhi menekankan pada kompas
moral dalam membina kepimpinan dan karisma. Beliau percaya semua agama
adalah manifestasi daripada kebenaran dan mereka perlu hidup dengan aman dan
harmoni. Beliau berkata, terlalu banyak dimensi moral diabaikan oleh ahli politik
dan pemimpin dalam membuat keputusan. Menjadi pemimpin bermakna saudara
menentukan nasib orang ramai dalam keputusan dan dasar-dasar organisasi. Kita
tidak boleh lari daripada realiti bahawa menggabungkan keputusan organisasi
dengan kompas moral adalah sukar. Tetapi itu adalah hakikat, keputusan yang
memberikan kesan kepada orang ramai adalah tanggungjawab dan bukanlah
mudah dilaksanakan. Dengan kewujudan kompas moral di dalam keputusan dan
tingkah laku kita, ia dapat membawa sesuatu yang terbaik kepada kita. Kita dapat
melakukan sesuatu melebihi kehendak dan kepentingan perniagaan dan politik.
Seterusnya, ia memberikan makna kepada kehidupan kita. Kompas Moral dalam Diri
Kompas moral dalam diri banyak berpunca daripada sumber idealisme perjuangan
seseorang pemimpin. Dalam Islam, idealisme perjuangan yang paling agung adalah
menjalankan pentadbiran berlandaskan ajaran agama Islam. Oleh kerana Islam
tidak berkuasa dan lemah, ia menyebabkan dunia huru-hara dan berlaku
ketidakadilan di sana-sini. Matlamat itu adalah kompas moral dalam diri yang paling
kuat. Kompas Moral dalam Proses Membuat Keputusan Menilai keputusan sejajar
dengan prinsip moral. Apabila saudara membuat keputusan penting, bayangkan
orang yang paling miskin dan tidak bermaya; adakah keputusan saudara itu
memberikan apa-apa makna kepada mereka. Apabila saudara mencari alasan
dengan membuat keputusan tanpa kompas moral yang tepat, saudara sebenarnya
merendahkan nilai kepimpinan saudara sendiri. Membina kompas moral yang tinggi
tidak bermakna saudara bergantung kepada dasar dan pelaksanaan. Tetapi saudara
bergantung kepada nilai dan prinsip. Matlamat Tidak Menghalalkan Cara Saudara
boleh membina karisma tanpa menghalalkan cara bagi mencapai sesuatu
matlamat. Cara penipuan dan janji palsu adalah nyawa kepada ahli politik untuk
hidup. Mereka percaya untuk hidup dan kekal dalam politik, mereka perlu
menghalalkan cara dalam mencapai sesuatu. Maka lahirlah lebih ramai Machevelli
dalam kepimpinan kita. Mereka berpakaian dan makan seperti kita tetapi di dalam
darahnya, mereka lebih Machevelli daripada Machevelli sendiri. Apabila cara
penipuan dan salah laku berlaku dalam organisasi politik dan perniagaan, ia
sebenarnya mendera sistem masyarakat dan merendahkan tingkat moral mereka
yang mentadbirnya. Apabila saudara mengekalkan kompas moral dalam keputusan
teknikal sehingga keputusan membahayakan diri sendiri, ia membawa kekaguman
dan rasa hormat musuh saudara sendiri. Mendapat kehormatan daripada orang
yang menentang perjuangan kita adalah peringkat pemeliharaan moral dan akhlak
yang tertinggi. Kepatuhan kepada pelaksanaan yang berlandaskan moral tidak
memerlukan pendidikan dan latihan teknikal tambahan, ia hanya datang daripada
kesedaran yang mana saudara tidak boleh hidup tanpa moral, baik dalam hal
percintaan, perhubungan rakan sekerja, mentadbir organisasi sehingga
menyelenggarakan negara. Menghormati Orang lain Kompas moral yang sebenar
membawa kepada rasa hormat kepada semua individu. Bukan sahaja kepada orang
yang menyokong perjuangan kita, tetapi juga kepada yang me-nentang. Nabi
Muhammad mengasihi semua orang termasuk wanita tua yang senantiasa
membaling najis ketika baginda hendak ke masjid. Apabila baginda berjalan pada
satu hari dan mendapati wanita tua itu tidak ada seperti hari-hari biasa, baginda
bertanya dan mendapat tahu yang wanita tua itu sakit. Maka dia pun menziarahi
wanita tua itu. Akhirnya wanita tua itu memeluk agama Islam atas ketinggian
akhlak dan budi pekerti nabi Muhammad. Nabi Muhammad menunjukkan akhlak
yang terpuji walaupun dengan wanita yang menghinanya. Hungtington berkata, hari
ini umat Islam membenci umat Islam yang lain lebih daripada mereka membenci
musuh sebenar mereka. Melihat Kuasa sebagai Tanggungjawab Saudara boleh
katakan saudara adalah seorang yang memegang kepada kompas moral. Saudara
mungkin betul. Namun selagi mana saudara belum diuji dengannya, ia belum lagi
menjadi kenyataan yang benar. Apabila saudara mengamalkan kekuatan moral,
saudara akan berhadapan dengan cabaran yang hebat. Ia datang dengan pelbagai
cara, kehilangan jawatan, kawan, populariti dan kejayaan. Ia bukan sahaja
meninggalkan kesakitan fizikal tetapi juga kesakitan jiwa yang lama. Hamka dalam
Kenang-kenangan Hidup memetik kata pujangga Arab, “Tiadalah terpelihara
kehormatan yang tinggi daripada penderitaan, sehingga mengalir darah dari tiap-
tiap bahagian tubuhnya.” Apabila seorang pemimpin melihat kuasa sebagai suatu
kelebihan, maka beliau tidak akan sanggup berhadapan dengan sakit dan derita
semata-mata memperjuangkan idealismenya itu. Beliau jadi senyap dan terus
mundur kerana terlalu banyak bergantung kepada kuasa apabila melihat kuasa
sebagai kelebihan. Ia memerlukan kekuatan yang luar biasa. Apabila saudara
percaya sesuatu itu betul, saudara perlu sanggup menghadapi yang terburuk.

Anda mungkin juga menyukai