Anda di halaman 1dari 24

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN SGDY4022 PENYELESAIAN KES STUDI BERDASARKAN TEORI TINGKAHLAKU,KOGNITIF,KEMANUSIAAN DAN MOTIVASI

DISEDIAKAN OLEH: 216860 NOR HAFIZAH HASSAN 216873 HAFSAH HAMDAN 216889 SHAHIDATUL AZNI AZMI 216861 NORAHASLIZA MD ISA 216876 NURHAFIZAH MAHMUD 216848 ADAWIYAH YUSOF 217878 NORAINI IBRAHIM 216877 HAZWANI IZZATI ABDULLAH 216862 MOHD SHAFIE ARSHAD 216865 AZIZAN AHMAD

DISEDIAKAN UNTUK : DR. FAUZIAH ABDUL RAHIM


1

KES STUDI 4 Nama: Maria Umur: 15 tahun Maria tinggal bersama abang dan kedua ibubapanya. Maria agak gempal dan kurang cantik dan tidak bergaya di sekolah. Ini menyebabkan tidak ramai yang suka berkawan dengan Maria dan dia tidak popular di kalangan rakan-rakannya. Guru-gurunya pula kurang mengambil perhatian terhadap Maria kerana dia tidak menonjol dan merupakan pelajar yang senyap dan sederhana dalam akademiknya. Seringkali gurunya tidak mengingati namanya. Maria sering melihat gelagat rakan-rakannya yang cantik dan popular serta telah mula mempunyai perasaaan terhadap rakan berlainan jantina. Maria juga cemburu terhadap rakannya itu kerana seperti mereka Maria juga ingin mempunyai teman lelaki. Namun sukar untuk Maria mendapatkan teman lelaki disebabkan rupa parasnya yang kurang menarik. Maria juga perhatikan kawan sekelasnya yang lain yang tiada rupa paras tetapi diberi perhatian dan dikenali guru kerana kepandaian mereka. Maria buntu fikiran kerana padanya, dia sedar dia tidak Maria tidak dapat melihat

mempunyai rupa paras yang menarik dan dia tidak pandai.

kekuatan yang ada pada dirinya kerana dia hanya mampu melihat kelebihan orang lain. Pernah Maria terfikir cara yang paling mudah untuk menjadi popular iaitu bersikap liar di kalangan lelaki. Walaupun dia masih belum melakukannya namun pilihan tersebut sentiasa bermain dalam fikirannya.

Merujuk kepada kes studi 4 di atas, terdapat beberapa permasalahan yang berlaku ke atas Maria yang berumur 15 tahun. Antara permasalahan yang timbul di dalam kes studi di atas adalah: a) Kekurangan fizikal gempal, tidak cantik dan tidak bergaya b) Kemahiran sosial- tidak ramai yang berkawan dengan beliau dan tidak popular c) Guru kurang ambil perhatian kerana dia tidak menonjol dalam pelajaran.Beliau senyap dan sederhana dalam akademik. Guru tidak pula mengingati namanya. d) Maria mahukan teman lelaki seperti kawan lain e) Maria tidak dapat melihat kekuatan yang ada pada dirinya f) Masih bermain dalam fikiran untuk menjadi popular dengan menjadi liar di kalangan kawan lelaki.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh Maria seperti yang dinyatakan akan cuba dirungkaikan dengan merujuk kepada empat teori yang berkaitan tingkahlaku, kognitif, kemanusiaan dan motivasi serta disokong oleh dapatan kajian lepas.Kita harus percaya bahawa ibu bapa telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya maka apakah kaedah sesuai yang boleh para guru lakukan dalam menghadapi situasi di atas dengan mengaplikasikan teori-teori ini.

A) TINGKAHLAKU Permasalahan yang dihadapi oleh Maria: y Guru kurang ambil perhatian kerana dia tidak menonjol dalam

pelajaran.Beliau senyap dan sederhana dalam akademik. Guru tidak pula mengingati namanya y Maria tidak dapat melihat kekuatan yang ada pada dirinya

Ia dapat diatasi dengan menggunakan teori tingkah laku yang dikemukakan oleh B.F.Skinner iaitu tentang teori pelaziman operan. Teori pelaziman operan ini melibatkan gerak balas yang diikuti oleh ransangan. Berdasarkan teori ini, Skinner menekan kepada dua iaitu peneguhan dan hukuman. Peneguhan pula terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Bagi kes Maria, peneguhan yang sesuai ialah peneguhan positif kerana peneguhan ini dapat meningkatkan ransangan Maria dalam pelajaran dan juga dalam membina paras keyakinan diri yang tinggi. Dalam melaksanakan peneguhan positif ini, peranan guru di sekolah Maria sangat penting dalam membantu Maria untuk mengatasi permasalahan dalaman dan luaran yang dihadapinya. Hal ini kerana guru adalah sebagai agen pelaksana pendidikan dan dalam satu kajian lepas amalan pengajaran dan hubungan interpersonal ahli komuniti sekolah akan mempengaruhi kognitif, sosial dan perkembangan psikologi seseorang pelajar ( Wan Zah 2009) ia menyatakan bahawa interaksi seseorang pelajar untuk mempelajari sesuatu daripada gurunya akan mempengaruhi jangkaan pelajar terhadap kemampuan diri mereka dalam pembelajaran. Hasil daripada kajian itu turut menunjukkan pelajar yang berada pada tahap sederhana dan lemah masih berhasrat untuk memperbaiki prestasi mereka dan mempunyai persepsi yang positif terhadap kelas mereka dan kemahuan untuk belajar. Peneguhan yang diterima oleh pelajar yang
4

sederhana dan lemah kebanyakkan adalah peneguhan yang negatif dan pelajar yang pandai selalu menerima peneguhan positif. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara antara tiga golongan pelajar terbabit dan secara tidak langsung mewujudkan iklim persekitaran yang tidak kondusif. Dalam kes yang dihadapi oleh Maria, terdapat juga guru-guru yang mengamalkan peneguhan negatif iaitu hanya menumpukan kepada pelajar yang pandai sahaja. Tetapi dalam menyelesaikan masalah ini, peranan guru kelas adalah penting dalam melakukan peneguhan positif yang berterusan atau yang berkala. Peneguhan positif berkala yang dimaksudkan ialah peneguhan selepas setiap reaksi yang ditunjukkan manakala peneguhan positif berkala ialah peneguhan yang diberikan selepas satu jangkamasa yang ditetapkan. Bagi kes Maria, masalah yang dihadapi olehnya dapat ditangani melalui sifat keprihatinan guru terhadapnya seperti sentiasa memanggil namanya dan memuji untuk setiap jawapan dan respon yang diberikan oleh Maria supaya dia tidak merasakan dirinya tersisih dan tidak pandai. Disamping itu, guru kelasnya boleh memberi galakan dan dorongan yang berterusan kepada Maria untuk melibatkan diri dalam aktiviti di sekolah supaya dapat

menyuburkan kecekalan serta keyakinan dalam dirinya seperti memasuki pertandingan mereka cipta dan sebagainya. Selain itu, peneguhan positif ini juga harus dilakukan oleh keluarga Maria supaya dia tidak mudah merendah diri. Antara peneguhan positif yang boleh dilakukan ialah sentiasa memberi ransangan untuk Maria menguruskan badan dan memberi ganjaran seperti membelikan baju yang mengikut fesyen sekarang. Selain itu, sekiranya Maria menunjukkan peningkatan dalam pembelajarannya kedua ibu bapanya boleh memberikan ganjaran seperti membawa Maria melancong dan ini akan meransang Maria untuk lebih berusaha keras dalam pelajarannya.

Masalah ini juga boleh diselesaikan dengan menggunakan teori Edward L. Tholirndlike (1874-1949).Beliau adalah seorang ahli behaviouris yang mengunakan konsep pelaziman operan. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan antara S-R iaitu Stimuli (rangsangan) dan responses (gerak balas).Beliau menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran iaitu hukum kesediaan di mana merujuk kepada persediaan dan persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak.Kesediaan dapat dilihat dari 3 aspek utama iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif.Hukum kedua iaitu hukum latihan di mana sesuai digunakan untuk latihan berulang-ulang sebagai pengukuhan dan bagi ketiga ialah hukum kesan di mana jika sesuatu tindakan diikuti oleh perubahan persekitaran yang menyeronokkan. Menurut Rohani et.al (2010), guru perlu memainkan peranan untuk meningkatkan komitmen belajar pelajar tanpa mengira latar belakang status sosioekonomi seseorang pelajar.Guru Maria perlu memainkan peranan penting dengan mengambil berat latar belakang dan sentiasa menilai aspek kesediaan Maria dalam akademiknya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Fredriksen dan Rhodes bahawa hubungan antara guru dan pelajar boleh memberi kesan tehadap pembelajaran pelajar dan pencapaian akademik mereka.Perkara ini hanya akan berlaku apabila guru mengambil berat perkembangan akademik pelajar mereka.Guru perlu bersedia berbincang dengan setiap pelajarnya bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka. Guru tersebut perlu mengunakan hukum kesediaan yang menjadi teori Tholirndlike dengan memberi rangsangan yang pelbagai kepada Maria agar dapat mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.Selain itu guru itu perlu berusaha menyebut nama Maria berulang kali sebagai tanda keprihatinan guru.Apabila Maria menunjukkan tingkah laku positif dalam kelas maka guru perlu memberi ganjaran atau peneguhan seperti memberi pujian,menepuk tangan,memberi
6

hadiah dan sebagainya.Perkara ini merujuk kepada hukum ketiga iaitu hukum kesan dalam konsep pelaziman operan. Selain itu, bagi menyelesaikan kes Maria yang merasa dirinya tidak penting, teori pelaziman klasik John B. Watson boleh diaplikasi dalam proses pembelajaran. Dalam kajian Mark Riling (2000), Watson membuktikan bahawa emosi (perasaan) manusia boleh terbentuk secara klasik. Beliau turut membincangkan teori pelaziman klasiknya dan teori Pavlov yang menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat wujudnya kaitan antara rangsangan (stimuli) dan gerakbalas (response). Sebagai contoh, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun akan menjerit apabila terlihat anjing sedangkan sebelum ini dia sentiasa membelai dan bermain dengan anjing peliharaannya. Oleh kerana selalu digigit oleh anjing (rangsangan berbentuk pelaziman), maka kanak-kanak itu menangis setiap kali ternampak anjing. Oleh itu, Watson berpendapat bahawa pelaziman klasik merupakan satu mekanisme untuk menjelaskan bahawa rangsangan mendahului gerakbalas (tingkahlaku manusia). Guru juga boleh mempengaruhi pengalaman dan pembelajaran Maria dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan dan jenis gerak balas yang dihasilkan. Ini bermakna dalam proses pembelajaran dan pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan. Contohnya, guru boleh melantik Maria untuk memegang jawatan penting di dalam kelas seperti Ketua Kebersihan Kelas. Di samping itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kelas secara berkala. Dengan ini, Maria akan merasakan dirinya dihargai dan bermakna kepada guru dan rakan-rakannya.secara berkala. Maka, Maria ditugaskan untuk mengagihkan kerja untuk rakan-rakannya mengikut kumpulankumpulan kecil. Dengan ini, Maria akan merasakan dirinya diberi perhatian, dihargai dan bermakna kepada guru dan rakan-rakannya. Sifat kepimpinan dapat ditonjolkan dalam diri Maria
7

menggantikan sifatnya yang pendiam sebelum ini. Emosi atau perasaan Maria akan tergambar apabila dia tersenyum setelah berjaya menyelesaikan sesuatu perkara. B) KOGNITIF Permasalahan yang dihadapi oleh Maria: y Guru kurang ambil perhatian kerana dia tidak menonjol dalam pelajaran.Beliau senyap

dan sederhana dalam akademik. Guru tidak pula mengingati namanya. y y y Maria tidak dapat melihat kekuatan yang ada pada dirinya Kekurangan fizikal gempal, tidak cantik dan tidak bergaya Kemahiran sosial- tidak ramai yang berkawan dengan beliau dan tidak popular

Melalui perspektif kognitif, ia merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam otak manusia yang membolehkan proses persepsi melalui kecerdasan emosi, pengamatan, penanggapan, penguasaan bahasa, pembelajaran, ingatan dan penyelesaian masalah. Dua faktor utama yang akan mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang individu adalah baka dan persekitaran sekeliling Perkembangan ini akan berlaku pada kadar yang berlainan ( Ragbir Kaur 2011). Teori perkembangan kognitif Jean Piaget cenderung menyelidik proses pemikiran manusia. Mari kita lihat kepada kisah Maria yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri atau rendah diri yang ada pada dirinya ( skema ) yang menyebabkan beliau merasa dirinya dipinggirkan. Pada pandangan beliau rupa parasnya dan prestasi pelajarannya yang kurang memuaskan menyebabkan rakan-rakan dan guru tidak memberi perhatian kepadanya. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah.Oleh itu,

perhubungan

dalaman

dan

luaran

individu

adalah

dikatakan

sedang

di

bawah

keadaan keseimbangan. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan persekitaran, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan persekitaran akan hilang dan lenyap . Di dalam proses ini sepatutnya beliau lebih bersikap terbuka dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi ini. Proses penyesuaian ini dinamakan ketidakseimbangan kognitif. Piaget juga telah menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri ke dengan persekitaran dan bukan seperti teori rangsangan. Bagi Piaget, tahap remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik. Malahan,mereka boleh berbincang tentang isu sosial dan identiti diri, dan kadang-kadang terbawa-terbawa dengan pengangan tertentu dan cenderung memikirkan yang ideal. Menurut Rickwood dan Bradford (2012) menyatakan tentang keadaan seseorang yang mempunyai masalah kerisauan yang melampau akan menyebabkan dia rasa tertekan. Kaedah untuk menyelesaikan masalah ini antaranya ialah self help interventions iaitu dengan mengambil inisiatif sendiri untuk berubah. Selain itu, kaedah cognitive-behavioral treapy (CBT) iaitu dengan mengembalikan keyakinan kepada dirinya dengan kaedah-kaedah tertentu. Kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan dari sudut pengajaran dan pembelajaran adalah guru memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana pembelajaran iaitu menyediakan persekitaran kondusif kepada para pelajar. Guru hendaklah bijak menyediakan bahan dan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan berpusatkan pelajar supaya Maria dan para pelajar dapat meneroka jawapan sendiri apabila diberikan tugasan.Semasa
9

pembelajaran guru sepatutnya memberi perhatian kepada semua anak muridnya.Malah, guru perlu mengubah sikap dengan menyedari bahawa terdapat ketidaksamaan daripada sifat kognitif,emosi,fizikal,moral,tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain. Guru digalakkan untuk menggunakan kaedah pembelajaran berkumpulan.Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan setiap tugasan yang diberikan dan meminta setiap pelajar membentangkannya di hadapan rakanrakan.Selepas itu, pelajar pelajar lain boleh mengemukakan soalan dan memberi komen

tentang pembentangan mereka. Manakala, guru menjadi pemerhati dan menjelaskan sesuatu yang tidak dapat mereka selesaikan di akhir aktiviti. Dengan ini akan berlaku proses asimilasi dan akodamasi kepada semua pelajar. Seterusnya, masalah Maria bukan hanya terletak pada persepsi ke atas dirinya sahaja malah timbul pula permasalahan sikap guru yang kurang ambil perhatian dan tidak pula mengingati namanya disebabkan pencapaian akademik yang sederhana.Malah, kemahiran sosialnya terbantut kerana tidak ramai yang berkawan dengan beliau di atas kekurangan dirinya.Mengikut satu kajian oleh Saemah Rahman et al. ( 2008) membuktikan bahawa wujudnya perkaitan rapat antara kecerdasan emosi dengan tingkahlaku remaja di empat buah sekolah di Selangor dan Negeri Sembilan yang telah mengukur tujuh domain kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri,regulasi kendiri, motivasi kendiri,empati, kemahiran sosial,kematangan dan kerohanian. Setiap item yang diukur adalah adaptasi dari Inventori Kecerdasan Emosi-Malaysia-Dewasa IKEM-D. Kesedaran kendiri merujuk kepada sejauh mana individu menyedari dan mengetahui perasaan sendiri dalam sesuatu keadaan serta dapat memilih keutamaan dalam mengambil tindakan atau membuat keputusan. Regulasi kendiri pula merujuk kepada sejauhmana individu berupaya menguruskan emosi dalam melaksanakan kerja supaya lebih mudah dan tidak menganggu tugasan tersebut. Selain itu, kemahiran sosial dijelaskan sebagai keupayaan mentafsir dengan tepat keadaan sosial
10

dan jaringannya dan dapat mengurus pelbagai emosi yang tercetus secara berkesan dalam pergaulannya. Saemah Rahman et al. juga menyatakan kecerdasan emosi diperolehi menerusi interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Keputusan kajian mengenai prestasi responden dalam domain regulasi kendiri, kemahiran sosial dan kesedaran kendiri ini perlu diberi perhatian kerana ia amat penting untuk menentukan kejayaan kehidupan pelajar sehari-hari.Untuk mewujudkan keupayaan ini Maria perlu disediakan dengan suasana yang meningkatkan potensi dan jangkauan pemikiran beliau ke arah yang lebih positif. Maka adalah menjadi tugas guru untuk meleraikan sedikit demi sedikit sikap negatif yang menghantui diri Maria sebelum berlakunya tindakan luar jangkaan Maria yang mahu menjadi liar dalam mendapatkan perhatian dari pelajar lelaki. Selain itu, guru juga perlu membina empati dan hubungan positif dengan setiap pelajar dengan adil bagi mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan. Sebagai permulaan guru boleh melakukan sesi perkenalan yang terselit nilai-niai murni menerima kelemahan sahabat dan dalam masa yang sama mewujudkan kasih sayang di antara pelajar-pelajar dengan Maria di kelas. Guru meminta pelajar melekatkan kertas di belakang kawan-kawan dan berdiri di dalam bulatan yang mempunyai 5 orang ahli.Mereka perlu menulis pada kertas kawan mereka satu perkataan sifat positif yang ada pada kawan mereka. Mereka perlu pastikan setiap kertas ditandatangani menandakan setiap orang sudah menyatakan tanggapan positif mereka.Selepas itu, mereka perlu membaca setiap perkataan yang tertera seorang demi seorang dengan suasana yang menggembirakan kerana mendapat warkah cinta dari rakan-rakan mereka.Ini akan membangkitkan penghargaan terhadap diri dan merungkai kuasa minda negatif yang melemahkan kerjasama dan semangat kasih sayang di kalangan pelajar.

11

C) KEMANUSIAAN Abraham Harold Maslow (1970) membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian iaitu keperluan asas dan keperluan penyuburan dan membahagikan keperluan tersebut kepada tujuh peringkat. Abraham H. Maslow berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.Keperluan asas adalah seperti keperluan makanan dan minuman, oksigen, kepuasan deria, tidur dan rehat, pembuangan dan seks. Manakala keperluan penyuburan meliputi keperluan-keperluan keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, kesempurnaan kendiri dan keperluan maklumat, serta keperluan estetik dan aktualisasi kendiri. Masalah pertama: kasih sayang Maria seperti yang digambarkan dalam cerita tersebut ialah seorang yang kekurangan kasih sayang samada dari seorang guru, ibu bapa atau teman-teman. Oleh sebab yang demikian beliau mengharapkan perhatian dari guru dan mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi oleh individu lain. Ianya termasuk dalam keperluan asas dalam hirarki Maslow, yang mana menurut beliau, disebabkan kekurangan sesuatu asas, maka seseorang individu tidak dapat memenuhi keperluan yang lain iaitu penghargaan kendiri. Melalui satu kajian oleh Sillick dan Schutte (2006) telah membuktikan bahawa kasih sayang dari kedua ibu bapa amat berkait rapat dengan kecerdikan emosi dan penghargaan kendiri kehidupan individu yang positif. Ianya boleh dikaitkan dengan hirarki Maslow yang ketiga, jika kekurangan berlaku diperingkat ini maka seseorang itu tidak dapat memenuhi keperluan kendirinya. Dalam menangani masalah ini, guru mestilah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang yang diperlukan oleh murid dan memberikan kepercayaan kepada mereka dalam
12

melakukan sesuatu tugas untuk membina keyakinan murid terhadap diri sendiri dan seterusnya mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu aktualisasi kendiri (self actualisation). Masalah kedua: Tidak menonjol- rendah keperluan kendiri Masalah ini wujud kerana kesan daripada kekurangan kendiri dan fizikal yang tidak menarik dan agak gempal. Justeru sebagai keputusannya dia kurang berkeyakinan untuk menonjolkan diri dan lebih suka menyendiri dan kurang bergaul dengan orang lain. Bagi mengatasi masalah ini guru bertanggungjawab untuk menjadikan suasana kelas itu aktif dan kondusif seperti menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kerja berkumpulan dan melantik Maria sebagai orang yang penting yang mana beliau akan sentiasa berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan dalam menyiapkan kerja-kerja yang diberikan. Dengan cara tersebut dapat memberikan keyakinan terhadap dirinya dan menjadikan dia lebih aktif untuk memajukan diri dalam pencapaiannya serta tidak lagi mempedulikan tentang masalah kekurangannya lagi. Masalah ketiga: Kurang perhatian daripada guru Mengikut teori humanisme,guru yang mempunyai asas humanisme lebih bertolak ansur dan menganggap pelajar adalah manusia biasa yang perlu dijaga perasaan, emosi, kepercayaan, harapan dan cita-cita mereka.Setiap pelajar adalah individu yang berbeza, justeru guru perlu melayan mereka secara berbeza.Maria mengharapakan guru memberikan perhatian kepadanya walaupun dia tidak menonjol berbanding kawan-kawannya yang lain. Bagi menyelesaikan masalah ini,sepatutnya guru Maria hendaklah memberikan perhatian kepada semua pelajar dan tidak hanya kepada sesetengah yang mononjol sahaja. Guru juga perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya

13

meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu memperolehi ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Masalah keempat: Tubuh badan yang agak gempal Disebabkan fizikalnya yang sebegini dia mengalami kegelisahan sehingga dia membandingbandingkan dirinya yang serba kekurangan ini dengan kawan-kawannya yang lain.Ini menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang begitu ketara dan keyakinan diri menjadi kurang. Dia merasakan dirinya tidak dipandang oleh orang lain lebih-lebih lagi kaum lelaki.Perasaan iri hati terhadap kawan-kawannya pun timbul kerana walaupun mereka tidak ada rupa seperti dia, mereka tetap ada teman lelaki.Masalah fizikal Maria yang gempal adalah berkaitan dengan bukti yang dipetik dari satu jurnal,kajian tentang hubungan keperluan asas dan keperluan emosi.Ia menjelaskan bahawa jika seseorang mempunyai fizikal yang kurang menarik maka kepercayaan kendiri beliau akan menjadi rendah (hirarki yang keempat dalam teori Maslow), seterusnya mengakibatkan kecenderungan untuk mencapai tahap yang tinggi pencapaian kendiri juga rendah seperti yang telah dibuktikan oleh ( Clearly & Crafti 2007). D) MOTIVASI Motivasi dapat didefinisikan sebagai proses dalaman yang menggerakkan, memberi panduan serta mengawal tingkah laku sepanjang masa. (Shahabuddin, et. al, 2007).Motivasi pembelajaran dapat dikelaskan kepada dua bentuk iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik. (Mok Soon Sang, 2010). Motivasi intrinsik adalah rangsangan dan dorongan yang wujud dalam diri seseorang individu secara semula jadi yang menggerakkannya melakukan sesuatu tindakan tanpa mengharapkan ganjaran dan pengaruh dari luar. (Mok Soon Sang, 2010).Motivasi ekstrinsik pula adalah tingkah laku seseorang yang terhasil daripada dorongan dan rangsangan dari luar.
14

(Shahabuddin, et. al, 2007). Peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah dan gred merupakan antara bentuk-bentuk rangsangan luaran yang dapat memberi motivasi ekstrinsik kepada pelajar. Beberapa teori pembelajaran dianalisis dan dikaitkan dengan masalah Maria serta diaplikasikan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut iaitu teori motivasi behavouristik, teori humanistik, teori kognitif dan teori oleh Bandura.Teori motivasi behavouristik dipelopori oleh Skinner. Beliau berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut beliau, perubahan tingkah laku terhasil daripada kesan rangsangan yang sesuai. Pengaruh seperti ganjaran, insentif dan peneguhan positif digunakan sebagai rangsangan dalam proses pembelajaran. Kesan daripada pengaruh tersebut, pelajar dapat mencapai kepuasan serta bermotivasi secara ekstrinsik yang dapat membentuk pengulangan tingkah laku positif semasa belajar. (Mok Soon Sang, 2010). Manakala, teori humanistik/ teori keperluan yang dikemukakan oleh A. H. Maslow dapat menerangkan motivasi berbentuk intrinsik. Teori ini menghuraikan perkaitan antara motivasi dan keperluan di mana keperluan asas dan sekunder individu perlu dipenuhi bagi mencapai kepuasaan diri. (Murugiah Velayutham, 1997). Teori kognitif pula dipelopori oleh Bernard Weiner. Beliau menekankan kepercayaan, jangkaan, keperluan untuk peraturan, ramalan dan pemahaman. Secara semulajadinya, murid-murid akan dimotivasikan untuk belajar apabila mereka mendapati ketidakkekalan antara pengalaman mereka dan pemahaman masa kini ataupun mereka menemui persamaan antara perkara-perkara yang belum wujud dalam skema mereka. Teori seterusnya dikemukakan oleh Bandura yang dapat menjelaskan bagaimana seseorang yang mempunyai matlamat yang jelas dapat mempengaruhi motivasi dalam dirinya

15

secara intrinsik. Individu yang mempunyai keberkesanan kendiri dan motivasi tinggi akan meletakkan matlamat yang jelas dan tinggi dalam hidupnya. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, individu itu tidak takut menghadapi kegagalan dan apabila menempuh masalah dan cabaran, dia terus berusaha lebih gigih dan lama. Berdasarkan kajian kes lepas, beberapa masalah dapat dikenalpasti. Masalah-masalah tersebut dapat dikelaskan kepada dua jenis iaitu masalah eksternal (luaran/persekitaran) dan masalah internal (dalaman). Faktor Eksternal a) Masalah Pertama

Maria merasakan tidak ramai rakannya yang suka berkawan dengannya. Ini disebabkan dia merasa rendah diri akan bentuk fizikal dirinya yang gempal dan tidak cantik. Dia meletakkan persepsi umum bahawa bentuk fizikal individu adalah faktor penting dalam perhubungan sosial. Menurut Singh (2006) bentuk badan seseorang wanita menjadi faktor daya penarik bagi dirinya dan daya tarikan tersebut dianggap penting dalam sosial masyarakat. Berdasarkan kajian beliau, bentuk badan seseorang wanita dapat mencerminkan beberapa aspek tentang dirinya seperti umur, kesuburan dan kesihatan. Hal ini jelas membuktikan bahawa perasaan yang dialami oleh Maria adalah sesuatu yang normal. Namun, sebagai pelajar Maria tidak seharusnya membiarkan perasaan tersebut menguasai dirinya kerana secara tidak langsung masalah ini akan mengganggu pembelajaran Maria. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Maria seharusnya berjumpa guru kaunseling untuk mendapatkan nasihat.

16

b)

Masalah Kedua

Keadaan persekitaran di dalam kelas juga telah menghalang Maria untuk lebih menonjolkan diri. Guru-guru kurang memberi perhatian terhadap Maria menyebabkan dia berasa rendah diri. Keadaan ini menunjukkan bahawa guru-gurunya tidak mengaplikasikan teori behaviorisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah menyebabkan Maria tidak mendapat motivasi ekstrinsik daripada gurunya untuk belajar.Menurut hasil kajian oleh Ryan A. M. et al. (2011) telah menyarankan guru supaya menunjukkan respek dan nilai kasih sayang kepada pelajar agar pelajar dapat bermotivasi dan berminat untuk belajar. Selain itu, guru perlu mewujudkan suasana kelas yang positif dan bermotivasi supaya pelajar dapat memberi tumpuan semasa proses pembelajaran. Berdasarkan teori kognitif, pengaruh motivasi ekstrinsik daripada guru dan suasana persekitaran kelas amat penting kepada pelajar supaya pelajar tersebut dapat melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Contohnya guru memberi peluang kepada Maria untuk menjawab soalan atau memberikan pendapat dan seterusnya guru perlu menghargai tindakan Maria dengan memberi pujian supaya dapat meningkatkan keyakinan diri Maria. Penyelesaian bagi masalah ini ialah guru-guru yang mengajar Maria perlu diberi makluman mengenai masalah yang dihadapi oleh Maria. Selain itu, Maria juga dinasihatkan agar mengubah persepsi terhadap matlamat utama belajar, iaitu belajar bukan untuk meraih perhatian guru tetapi kesungguhan perlu ditunjukkan terlebih dahulu sebelum mendapat perhatian daripada guru.

c)

Masalah Ketiga

Maria merupakan seorang remaja yang tidak pandai bergaul dan bersikap pendiam. Berdasarkan kajian kes, didapati Maria tinggal bersama abang dan ibu bapanya sahaja. Keadaan tersebut

17

berkemungkinan menjadi faktor penyebab kepada masalah Maria di mana kehidupannya sebagai seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga menjadikan Maria seorang yang memendam rasa kerana tiada tempat untuk meluahkan perasaan. Di sini dapat dilihat bahawa keperluan dalam hierarki pada peringkat rendah iaitu perhatian dan kasih sayang tidak dipenuhi sepenuhnya dalam kehidupan Maria. Walaubagaimanapun, masalah yang dihadapi oleh Maria ini perlu diatasi dan diperbaiki agar tidak mempengaruhi proses pembelajaran Maria di sekolah. Hal ini kerana berdasarkan dapatan kajian lepas didapati pelajar yang malu dan diam serta tidak aktif di dalam kelas dianggap oleh guru sebagai individu yang tidak pandai dan lemah dalam akademiknya. Di samping itu, guru juga perlu membentuk hubungan sosial yang positif antara pelajar-pelajar serta guru-pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan seimbang (Coplan, et. al., 2011). Dengan ini, pendekatan kognitif boleh digunakan sebagai jalan penyelesaian yang pertama, iaitu Maria perlu dibimbing untuk berfikiran positif untuk menerima diri dan persekitaran sekeliling dengan seadanya. Kedua, peneguhan positif berdasarkan kepada teori behaviorism perlu dirancang terhadap Maria. Maria perlu diberi dorongan supaya lebih menonjol dan aktif di dalam kelas melalui penglibatan dalam aktiviti berkumpulan.Peneguhan positif tersebut dapat meningkatkan semangat dan motivasi dirinya secara ekstrinsik serta memperbaiki kemahiran sosialnya.

Faktor Internal a) Masalah pertama

Maria berasa cemburu terhadap rakannya yang cantik, popular, pandai dan mendapat perhatian daripada guru. Hal ini menunjukkan bahawa keperluan estetik dalam keperluan hierarki Maria tidak dipenuhi menyebabkan perasaan Maria mudah berubah ke arah negatif. Keperluan asas
18

seperti kasih sayang amat penting kepada individu terutamanya pelajar seperti Maria. Kemungkinan Maria kurang mendapat perhatian dan kasih sayang di rumah menyebabkan Maria terbawa-bawa perasaan itu ke sekolah. Apabila di sekolah pula, Maria melihat rakan-rakannya yang lain memperolehi sesuatu yang amat diharapkan oleh Maria dengan mudah. Hal ini telah menyebabkan wujudnya perasaan cemburu dalam diri Maria. Justeru teori kognitif perlulah diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah ini. Maria perlulah diberi nasihat agar tidak meletakkan kelebihan yang ada pada orang lain sebagai alasan atau sebab kepada dirinya tidak menonjol dan popular di kalangan rakan-rakan dan di mata guru sebaliknya menjadikan perkara tersebut sebagai cabaran yang perlu ditempuhi.

b)

Masalah Kedua

Maria buntu fikiran kerana dia sedar bahawa dia tidak mempunyai rupa paras yang menarik dan tidak pandai. Keadaan ini menunjukkan bahawa Maria terlalu memikirkan kekurangan dirinya dan menganggap kekurangan tersebut sebagai sesuatu yang kekal dan tidak dapat diubah. Teori kognitif perlulah diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah ini. Maria perlulah meluahkan perasaannya kepada guru kaunseling dan berbincang mengenai masalah tersebut. Selain itu, Maria juga dinasihatkan supaya berfikiran positif terhadap dirinya. Maria perlu diyakinkan bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangnnya yang tersendiri. c) Masalah Ketiga

Maria tidak dapat melihat kekuatan dirinya tetapi hanya melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Ini menjelaskan Maria merupakan seorang remaja dan pelajar yang mempunyai keberkesanan diri yang rendah sehingga dia tidak kompeten untuk melakukan sesuatu perkara
19

dalam proses pembelajarannya. Pendekatan teori kognitif sosial/keberkesanan kendiri adalah sesuai digunakan untuk menangani masalah Maria ini. Maria perlu mengikuti program berbentuk motivasi dan diberi peluang untuk menyertai sebarang pertandingan yang sesuai dengan kebolehannya bagi mencungkil bakat yang mungkin terpendam dalam dirinya. Dengan peneguhan dan dorongan positif sebegini dapat menjadikan Maria seorang pelajar yang bersemangat dan berkeyakinan tinggi. Selain itu, guru juga perlu membantu dan membimbing Maria dalam menetapkan matlamat yang jelas dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar bagi meningkatkan keberkesanan dirinya. d) Masalah Keempat

Maria telah terfikir cara mudah untuk menjadi popular dengan bersikap liar di kalangan lelaki. Ini menunjukkan Maria bermotivasi untuk melakukan perkara yang salah demi mencapai mencapai matlamatnya, iaitu untuk mendapat perhatian orang lain. Berdasarkan kepada fahaman Maslow mengenai keperluan hierarki manusia, kekurangan dan ketidakpuasan pada peringkat rendah menyebabkan Maria mendesak dirinya untuk mendapatkan keperluan tersebut dengan cara yang salah.Maria perlu diberi bimbingan dan nasihat atas cara yang difikirkan olehnya itu adalah salah walaupun tujuannya itu betul. Kedua, guru-guru perlu menggunakan pendekatan behavioris dengan memastikan penglibatan Maria dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mengelakkannya rasa tersisih dan tidak diberi perhatian. Ketiga pendekatan humanistik adalah kaedah yang paling penting perlu digunakan. Ibu bapa Maria perlu dimaklumkan berkenaan masalah yang dihadapinya agar tindakannya untuk melakukan perkara buruk tersebut dapat dikawal dan dibendung oleh ahli keluarga.

20

KESIMPULAN

Konklusinya, berdasarkan analisa kes Maria dan kaedah penyelesaian yang diaplikasikan melalui teori teori tingkahlaku, kognitif, kemanusiaan dan motivasi serta hasil dapatan kajian lepas sedikit sebanyak dapat merungkai permasalahan Maria dari konteks keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran dan dorongan positif dari persekitaran lingkungan.Masalah yang dialami oleh Maria ini adalah kesan daripada krisis identiti dalaman dirinya memandangkan faktor usianya yang telah mencapai kemuncak umur remaja. Hal tersebut boleh dianggap sebagai sebagai normal. (Rahil et al. 2007). Tetapi masalah tersebut perlu diselesaikan bagi memastikan Maria tidak terperangkap dengan krisis dalamannya yang boleh mengakibatkan beliau kecundang dalam pembelajarannya di sekolah. Seorang murid yang mempunyai persepsi kendiri yang positif, menikmati penerimaan daripada ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya serta memperoleh perasaan penghargaan diri yang tinggi akan melibatkan diri secara bersungguhsungguh dalam aktiviti pembelajarannya.

21

RUJUKAN

Clearly & Crafti. (2007). Basic Need satisfaction, Emotional Eating and Dietry Restraint As Risk Factor For Recurrent Overeating In A Community Sample. 3(2): 28.

Coplan, R. J, et al. (2011). Is Silence Golden? Elementary School Teachers Strategies and Beliefs Regarding Hypothetical Shy/Quiet and Exuberant/Talkative Children. Journal of Educational Psychology 103( 4): 939-951.

Mark Rilling (2000). How the Challenge of Explaining Learning Influenced the Origins and Development of John B. Watson's Behaviorism . The American Journal of Psychology. 113( 2): 275-30. Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan: Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor. Murugiah Velayutham. (1997). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rahil Mahyuddin, et al. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor. Ragbir Kaur (2010). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan (KPLI). Ed.Ke-8. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

22

Rickwood & Bradford .(2012). Psychology Research and Behavior Management, The Role Of Self Help In The Treatment Of Mild Anxiety Disorders In Young People: An Evidence Based Review. Psychology Research and Behaviour Management 5: 25-36. Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd. Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2):6169. Ryan, A. M, et. al. (2011). Positive Classroom Motivational Environments: Convergence Between Mastery Goal Structure and Classroom Social Climate. Journal of Educational Psychology 103( 2): 367-382. Saemah Rahman, Noriah Mohd. Ishak, Zuria Mahmud & Ruslin Amir.(2008). Indeks dan Profil Kecerdasan Emosi Pelajar Sekolah Menengah, Jurnal Teknologi, 48(E): 187202.

Shahabuddin Hashim, et. al. (2007). Psikologi Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor.

Sillick & Schutte. (2006) . Emotional Intelligence and Self-esteem Mediate Between Parental Love and Adult Happiness. E- Journal of Applied Psychology. 2(2): 38-48.

Sing, Devendra. et. al. (2006). Role of Body Fat and Shape on Judgement of Female Health and Attractiveness: An Evolutionary Perspective. Journal of Psychological Topics 15(2) 2: 331-350.

23

Wan Zah Wan Ali et al. ( 2009). Persepsi Pelajar Berisiko Terhadap Iklim Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1): 17-36.

24

Anda mungkin juga menyukai