Anda di halaman 1dari 1

Ladang itik datuk Datuk saya mempunyai sebuah ladang ternakan itik.

Ladang ternakan itik datuk tidak jauh dari rumah. Setiap pagi datuk menggunakan motosikal untuk pergi ke ladang ternakannya untuk memberi itiknya makan. Selepas memberi itik makan, datuk akan melepaskan itik-itik tersebut bermain di sekitar ladang ternakannya. Itik itu berpusu-pusu keluar untuk bermain disekitar ladang tersebut. Ada yang berenang di dalam kolam, berjalan-jalan dan ada juga yang berehat di bawah pokok. semasa itik-itik tersebut bermain diluar reban, datuk mengambil kesempatan untuk mengutip telur-telur itik di dalam reban. Telur-telur itu kemudiannya dijerukkan untuk menjadi telur masin. Telur yang telah dijerukkan akan dijual kepada orang kampung. Pada waktu petang, datuk akan memanggil itiknya pulang ke reban. Setelah selesai memanggil itik tersebut, datuk pun pulang ke rumah dengan gembira.

Anda mungkin juga menyukai