Anda di halaman 1dari 4

Si Popo Musang Yang Sombong Di dalam sebuah hutan di pinggir pantai , terdapat sebuah perkampungan haiwan yang diberi

nama Kampung Safari. Kampung tersebut sangat indah dan permai dengan tumbuhan-tumbuhan hijau seperti pagar semulajadi yang memagari sekeliling kampung. Penduduknya saling bantu-membantu,hormatmenghormati dan juga baik budi bahasanya.# Akan tetapi , terdapat seekor binatang yang suka bersendirian dan sangat sombong iaitu Popo Si Musang. Popo tidak suka bergaul dengan haiwan yang lain kerana menganggap mereka semua tidak setaraf dengannya. Ini kerana kecantikan bulunya yang keemasan,keberaniannya dan juga kegagahannya di hutan. Popo merasakan dia tidak layak bersahabat dan bergaul dengan penduduk Kampung Safari.# Popo asyik membangga-banggakan dirinya di hadapan penduduk kampung. Dia mengakui yang dirinya punya kuasa hebat dan tiada siapa boleh menandingi kekuatannya. Dia tidak perlu mencari makanan kerana hanya dengan menggunakan kuasanya, makanan akan datang kepadanya.# Pada suatu hari, datang Ruby Si Tupai yang tempang menghampiri Popo yang sedang berbaring di bawah pohon rambai. Ruby melihat Popo dengan hairan kerana Popo sangat bersenang-lenang dan tidak sibuk seperti haiwan lain di kampung tersebut yang mencari bekalan makanan untuk musim hujan yang bakal tiba. Ruby pun bertanya kepada Popo.# Popo ketawa dengan bongkaknya setelah mendengar kata Ruby sambil berkata yang dia tidak perlu mencari makanan. Makanan yang akan datang kepadanya kerana kuasa yang ada dalam dirinya.# Ruby menggeleng-gelengkan kepalanya setelah mendengar kata-kata bongkak Popo. Ruby cepat meneka bahawa makanan yang Popo dapat selama ini bukan kerana kuasanya, tetapi hasil rampasan bekalan makanan dari saudara Popo sendiri.#

Dengan pantas Popo bangun dari pembaringannya setelah mendengar tekaan Ruby tadi lalu menyuruh Ruby diam dengan tengkingan yang sangat kuat. Popo memarahi dan menyindir Ruby dengan berkata Ruby tidak layak menasihatinya dan hanya iri hati dengan kecantikan dan kegagahannya.. Popo juga mempersendakan kecacatan Ruby.# Ruby sangat sedih dengan kata-kata Popo itu,lalu dia berkata walaupun dia tempang tetapi dia mencari makanan atas usahanya sendiri bukan dari hasil orang lain sambil berlalu dari situ.#

Selepas tidur selama beberapa jam, Popo bangun kerana perutnya terasa lapar. Popo berjalan menuju ke sebuah pondok di hulu kampung sambil melihat jika ada saudaranya yang baru pulang dari mencari makanan. Begitulah rutin harian si Popo, merampas bekalan makanan saudaranya sendiri. Popo sangat malas untuk mencari makanan dan menggunakan kegagahannya untuk merampas hasil musang yang lain. Popo ternampak kelibat yang sangat dikenalinya iaitu adiknya Maru lalu memanggil adiknya dengan kuat.# Popo mengungut adiknya untuk memberikan kesemua hasil carian yang diperoleh. Maru menangis dan berkata hasilnya pada itu tidak mencukupi untuk diberikan kepada abangnya yang jahat itu. Untuk makan sendiri juga tidak cukup apatah lagi bahagian untuk abangnya.# Popo serta merta memarahi adiknya kerana tidak mencari buah-buahan dengan banyak dan menuduhnya seorang yang pemalas.# Maru membela diri dengan berkata bahawa hari semakin gelap dan merasakan bahawa hujan akan turun dengan lebat sebentar lagi. Sebab itulah hasil cariannya hanya sedikit. Maru membalas dengan mengatakan bahawa abangnya itu yang pemalas.Tahu merampas hasil orang lain sahaja.#

Popo menjadi sangat marah dan merampas bakul yang berisi buah-buahan di tangan Maru lalu menolak Maru. Maru jatuh ke tanah dan menangis sambil melihat abangnya yang jahat itu ketawa terbahak-bahak berlalu pergi.#

Popo berjalan-jalan di pasar sambil mengunyah hasil rampasannya tadi. Dia terserempak dengan Moy Si Tikus. Moy bertanya kepada Popo sudahkan Popo mencari bekalan makanan kerana ada yang meramalkan hujan akan turun sebentar lagi.# Popo dengan angkuhnya berkata bahawa dia tidak perlu mencari makanan kerana hujan akan berhenti sekiranya kakinya berpijak keluar dari rumahnya sambil ketawa dengan kuat. Tidak munasabah sungguh kata-kata Popo itu.# Moy menasihati Popo agar tidak terlalu angkuh kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi nanti dan menasihati Popo untuk masuk ke hutan dan mencari bekalan.# Popo ketawa lagi dan berkata bahawa dia seorang raja di hutan. Tidak perlu menghambakan diri sendiri untuk keluar mencari makanan seperti penduduk kampung lain. # Guruh berdentum dengan kuat dan kilat mulai sabung-menyabung. Penduduk kampung semuanya berlari menyelamatkan diri dan masuk ke rumah masingmasing.# Popo merasa sangat pelik dan ketawa serta berkata penduduk kampung semuanya penakut. Mendengar guruh di langit sudah bertempiaran lari.# Sedang Popo berjalan, dia dilanggar oleh Kio Si Kucing. Popo jatuh ke tanah dan badannya kotor. Hujan mulai turun dengan lebatnya. Popo berang dan memarahi Kio.#

Kio meminta maaf dan membantu Popo bangun. Dia menyuruh Popo menyelamatkan diri kerana hujan sangat lebat di kampung sebelah. Paras air laut juga semakin naik dan dikhuatiri akan banjir besar. # Popo ketawa lagi dan berkata itu semuanya tipu belaka. Dia mendakwa dia boleh mengawal hujan dan tiada siapa boleh menyuruhnya pulang dan menyorok seperti penakut. Popo juga berkata dia tidak mahu menjadi pengecut seperti penduduk lain.# Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Popo melarikan diri dan berteduh di bawah pokok rambai. Akan tetapi hujan sangat lebat dan air laut mulai naik. Sedang Popo hendak melarikan diri,pokok rambai itu tumbang dan kakinya tersepit di celah pokok. Popo meraung kesakitan dan meminta tolong namun tiada siapa yang mendengar jeritannya.# Akan tetapi Popo ternampak Ruby Si Tupai dan rakannya yang lain iaitu Jumbo Si Gajah dan Ber si Beruang berlari ke arahnya dan menyelamatkan Popo.# Popo sangat terharu dan meminta maaf atas sifatnya yang bongkak selama ini. Haiwan yang lain menasihatinya agar tidak berpenrangai sedemikian dan mengganggap semua penduduk kampung sebagai kawan.

Anda mungkin juga menyukai