Anda di halaman 1dari 2

Kepada: ___________________________ ___________________________ ___________________________ Tarikh : 12 April 2012.

Assalammualaikmum wbt , Tuan, Permohonan Pengumuman program ISAC sebelum solat jumaat. Merujuk kepada perkara diatas , kami Ikatan Muslimin Malaysia yang berperanan sebagai NGO nonprofit (bukan berorentasikan keuntungan) ingin mengadakan satu program motivasi bertajuk IBUBAPA SOLEH ANAK CEMERLANG (ISAC) . Tujuan program ini diadakan adalah memberi formula kepada isu kepincangan intitusi keluarga , kebuntuan ibubapa menguruskan anak remaja , dan mengembalikan kepekaan kita terhadap pendidikan anak remaja. 2. Dengan ini kami memohon jasa baik pihak tuan agar membantu kami membuat hebahan program ini melalui pengumuman beberapa kali solat jumaat sebelum tarikh program. 3. Wakil kami akan bersedia menunggu beberapa minit selepas solat jumaat dengan memakai baju Ikatan Muslimin Malaysia atau membawa iklan program atau membuka meja pendaftaran sekirannya mendapat izin dari pihak tuan. 4. Segala Maklumat berkaitan program ini boleh rujuk broucher (lampiran 1) . Selain itu dilampirkan juga satu ucapan hebahan sebelum solat jumaat bagi memudahkan pihak tuan (lampiran 2) . 4. Segala keperihatinan, kerjasama, dan bantuan yang diberikan oleh pihak tuan hanyalah Allah SWT mampu membalasnya. Sekian , Beramal kerana Allah.

Yang Benar:

______________________ (Ahmad Aiman Bin Ahmad Zuki.) Ketua Promosi ISAC 2012. Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kepala Batas.

LAMPIRAN 2. Teks ucapan Pengumuman: Assalammualaikmum wbt , Ikatan Muslimin Malaysia yang berperanan sebagai NGO non-profit ( bukan ber-orentasikan keuntungan) ingin mengadakan satu program motivasi bertajuk IBUBAPA SOLEH ANAK CEMERLANG . Tujuan program ini diadakan adalah memberi formula kepada isu institusi keluarga terutama kebuntuan kita menguruskan anak remaja dan mengembalikan kepekaan kita terhadap pendidikan anak remaja. Program ini akan di adakan pada: Tarikh Hari Tempat : : : 5 mei 2012 Sabtu.( 8 pagi 5 petang ) . Institut latihan perindustrian (ILP), kepala batas.

Selepas solat jumaat ini juga , akan ada wakil promosi progam ini yang membawa iklan program di sekitar pintu keluar masjid. Oleh itu , saya memohon jasa baik ibu bapa yang berminat agar membuat pendaftaran atau mendapatkan maklumat lanjut.

Anda mungkin juga menyukai