Anda di halaman 1dari 32

1.

0 PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam kelas sangat bergantung kepada kawalan yang baik oleh guru. Dalam hal ini tingkah laku murid perlu dikawal oleh guru supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Bagi murid-murid berkeperluan khas, tingkah laku mereka adalah ketara. Oleh itu guru perlu mahir tentang pengurusan tingkah laku supaya masalah yang dihadapi oleh murid dapat dikurangkan.

Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip penenguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.

Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai. Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul dan merekod data dan melaksanakan intevensi serta menjalankan penilaian terhadap modifikasi tersebut.

2.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

TINGKAH LAKU BERMASALAH

POSITIF

NEGATIF

Rajah 1: Peta grafik menunjukkan dua jenis tingkah laku bermasalah

TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF

INGIN TAHU

CEPAT BELAJAR

PROAKTIF

Rajah 2: Contoh tingkah laku bermsalah positif

WITHDRAWAL Tingkah laku ini ialah suka mengasingkan diri daripada orang yang kurang disenanginya. AGRESIF Antara ciri-ciri tingkah laku ini ialah cepat naik marah, tidak suka menunggu giliran dan tidak dapat menerima teguran atau komen orang lain

HIPERAKTIF TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan.

OVERDEPENDENCY Tingkah laku ini ialah SEPARATION ANXIETY Kebimbangan dengan perkara yang akan berlaku kebergantungan kepada orang lain

Rajah 3 : Contoh tingkah laku bermasalah negatif

DIRI MURID SENDIRI Terdapat kanak-kanak yang mengikut kehendak diri mereka tanpa sebarang pengaruh dari luar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MURID

PERSEKITARAN Pengaruh daripada rakan sebaya, masyarakat dan juga media.

KELUARGA Persekitaran keluarga BIOLOGI Masalah daripada otak dan juga genetik yang berkaitan dengan keturunan PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (p&p) Proses p&p guru yang membosankan bahagia atau tidak mempengaruhi tingkah laku murid.

GURU DAN SEKOLAH Pengurusan sekolah yang tidak kondusif dan kurangnya keprihatinan daripada guru

Rajah 4 : Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku murid

KESAN TINGKAH LAKU TERHADAP PEMBELAJARAN

Murid tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru . Mangganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran Sukar memahami pengajaran guru

Gagal menyiapkan tugasan yang diberi Enggan berkerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan Rajah 5 : Kesan tingkahlaku pelajar kepada pembelajaran

2.1 Rumusan Menurut Kamus Dewan edisi yang ketiga, tingkah laku dapat diitepretasikan sebagai sikap, perbuatan atau ragam seseorang manakala negatif pula membawa maksud ingkar. Justeru dapat disimpulakan bahawa tingkah laku bermasalah ialah sikap, perbuatan atau ragam yang cenderung untuk mengingkari atau menentang sesuatu perkara. Tingkah laku bermasalah ini terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan juga negatif. Tingkah laku yang menunjukkan tahap keterlaluan seperti suka bercakap dalam kelas, memukul kawan dan sebagainya yang mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

Tingkah laku dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan dalaman individu itu sendiri, setiap individu akan dipengaruhi dan mempengaruhi orang lain, andai baik baka, maka baik juga keturunananya namun begitu jika tersalah pilih kawan dan tidak pandai mengawal perasaan maka tingkah laku yang negatif akan timbul dan membuatkan iklim di sekolah tidak aman dan tenang. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak adalah sangat penting bagi memastikan pengurusan tingkahlaku pelajar khususnya kanak-kanak khas dapat dijalankan dengan baik dan sistematik.

3.0 STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU Pelbagai strategi yang boleh digunakan dalam menangani masalah tingkah laku antaranya ialah menggunakan strategi meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku. Dalam strategi ini terdapat pelbagai cara untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas.

Terdapat beberapa teknik dalam meningkatkan tingkah laku, antaranya ialah memberi penenguhan. Terdapat dua jenis penenguhan iaitu penenguhan negative dan positif, penenguhan positif iaitu pemberian peneguhan/ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini di tunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau di tingkatkan lagi. Manakala, peneguhan negatif merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Selain itu, pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Disamping itu, guru juga boleh menggunakan teknik kontrak, kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak di ubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Teknik seperti menggunakan token kepada pelajar seperti token ekonomi juga boleh digunakan, teknik ini merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Teknik ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid. Selain itu, teknik modeling juga selalunya digunakan oleh guru untuk meningkatkan tingkah laku, teknik modeling ialah guru menggunakan watak-watak (murid,guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Manakala teknik rantaian (chaining) merujuk kepada

siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan dan yang terakhir ialah pengaburan atau pelunturan (fading) iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan. Pembinaan satu tingkah laku dinamakan task analysis ( analisa tugasan). Ada dua jenis perantaian dalam pengurusan tingkahlaku iaitu forward chaining dan backward chaining. Forward chaining ialah pengajaran dimulakan dari tingkah laku pertama dalam rantaian tingkah laku berkenaan. Manakala, bagi backward chaining, pengajaran dimulakan dengan mengajar tingkah laku yang terakhir dalam rantaian tingkah laku berkenaan.

Terdapat strategi untuk mengurangkan masalah tingkah laku pelajar. Strategi ini digunakan dengan cara penghapusan (extinction) iaitu

memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Teknik time-out pula ialah dengan menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Selain itu, teknik kejemuan (satiation) pula membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukanya dan berhenti sendiri. Hukuman atau dendaan dengan contoh tahanan kelas dan lambat balik daripada masa pulang sebenar, dendaan fizikal, cabut token dan sebagainya. Overcorrection pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan dan kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumya contohnya membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu dan yang terakhir ialah response cost iaitu suatu bentuk penarikan ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai. Selain itu, disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan seperti takut bercakap di depan kelas dan fobia.

Selain itu, terdapat beberapa model yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tingkah laku ini, terdapat tiga model yang boleh digunakan iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model psikodinamik melibatkan teknik kauseling seperti temu bual dan terapi reality, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet, main peranan, pergerakan kreatif, tarian dan aktiviti fizikal. Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti tidak mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang (planned ignored), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan sebagainya. Manakala bagi model biofizikal, model ini melibatkan strategi penjagaan sebelum dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi dan sebagainya. Strategi ini menekanan peranan guru dalam intervensi biofizikal tersebut. Bagi model persekiitaran pula, model ini lebih berpusatkan kepada kanak-kanak, berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran dan interface-centered.

Terdapat juga model-model daripada tokoh yang terkemuka antaranya Model Glasser, model ini berdasarkan penyediaan banyak pilihan yang baik untuk murid dan menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang dan logik. Glasser percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku tidak baik. Tingkah laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya. Jika Sekolah mempunyai disiplin yang baik ia akan menjadi tempat di mana kurang terdapat murid atau guru yang kecewa dalam nenenuhi keperluan masing-masing. Antara keperluan yang dikenal pasti ialah keperluan dimiliki, keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka atau gembira. Sekolah yang muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging) atau tiada peluang membuat pilihan merupakan sekolah yang sering mengalami masalah disiplin. Glasser mencadangkan guru menstruktur pengalaman pembelajaran murid supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid

yang pandai memenuhi keperluan memimpin/kuasa dan yang lemah untuk menyumbang kepada kumpulannya. Manakala dalam model glasser, mesyuarat kelas antara murid akan membincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, model Glasser sering digunakan untuk murid menengah, tetapi model ini berfokus kepada penyelesaian masalah, pilihan yang disediakan guru dan cara guru membantu murid bermasalah dengan cara yang bersesuaian.

Seterusnya adalah Model Ginott, model ini berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk disiplin yang baik melalui komunikasi berkesan antara guru dan murid. Beliau percaya, disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai sepanjang masa. Prinsip model ini ialah sebagai istilah komunikasi kongruen (setimpal) untuk menerangkan tindak balas yang harmoni dengan perasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka. Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya. Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandangan Ginott merasa perlu pengurusan yang berstruktur dalam situasi pengajaran. Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan dengan murid amat perlu kepada guru prasekolah. Beliau juga menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinan murid dan tingkah laku guru sebagai contoh dan model. Manakala Model Driekurs pula, Dreikurs mendifinisikan disiplin sebagai mengajar murid peraturan yang membataskan mereka. Beliau percaya semua murid ingin rasa dimiliki , dan tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk dimiliki, Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang tidak jelas atau silap,seperti untuk mendapat perhatian atau kuasa, dendam dan mendedahkan kelemahan orang lain. Dreikurs mencadangkan kaedah mendisiplin yang baik ialah menggalakkan tingkah laku positif. Untuk mengatasi masalah tingkah laku, Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan kepada murid secara logik tindakan mereka ambil terhadap mereka. Penjelasan secara logik tehadap dendaan adalah berbeza dengan

hukuman. Hukuman (punishment) ialah aksi yang diambil oleh guru kepada masalah tingkah laku dan untuk menunjukkan siapa berkuasa. Hukuman menyebabkan ingin melawan . Penjelasan ini mengajar mrid memahami bahawa setiap tingkah laku ada implikasinya. Tingkah laku yang baik mendapat ganjaran yang baik dan menggembirakan,begitulah sebaliknya. Charles dan Barr (1989) berpendapat kaedah Dreikurs memberi peluang kepada murid membina tingkah laku secara asli kerana murid mengamalkan tingkah laku yang baik kerana murid beranggapan mereka wajar berbuat demikian.

Pelbagai strategi dan model yang boleh digunakan oleh guru bagi memodifikasi tingkahlaku pelajar kearah yang lebih baik bersesuaian dengan tingkahlaku sasaran tersebut.

3.1 Rumusan

Kesimpulannya, strategi yang dirancang mestilah bersesuaian dengan masalah tingkahlaku yang dialami oleh pelajar. Andai pelajar itu masih tegar dengan tingkahlaku negatif, maka strategi yang berbentuk hukuman boleh digunakan tetapi mengikut had yang telah ditetapkan bagi mengelakkan perkara yang sepatutnya berlaku. Perancangan strategi mestilah dilakukan dengan teratur bagi memastikan kesesuaian tingkahlaku bermasalah itu sesuai dengan strategi yang digunakan.

10

4.0

PERANCANGAN MELAKSANAKAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Sebelum membuat modifikasi terhadap pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku, beberapa prosedur perlu dirancang agar proses perlaksanaan modifikasi itu dapat memberi kesan terhadap pelajar berkenaan. Selain itu, memudahkan kita sebagai guru untuk membuat penilaian mengenai kaedah yang digunakan. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti sebelum menjalankan proses modifikasi tingkahlaku sasaran ialah : 4.1 Pemilihan tingkah laku sasaran Di dalam proses mengubah tingkah laku, perkara pertama yang perlu diberi keutamaan ialah mengenalpasti tingkah laku sasaran. Tingkah laku sasaran merupakan tingkah laku yang hendak diubah, ditingkatkan atau diberhentikan. Bagi mengenalpasti tingkah laku sasaran itu beberapa perkara penting perlu diberi pertimbangan. Perkara tersebut adalah :

i. ii. iii. iv.

Jumlah tingkahlaku yang perlu diubah Kekerapan berlakunya tingkahlaku tersebut Jangkamasa sesuatu tingkahlaku itu berlaku Jenis-jenis tingkahlaku yang perlu diberi keutamaan

Setiap masalah tingkahlaku memerlukan pendekatan yang berbeza di dalam membuat pengurusan tingkahlaku, oleh itu setiap masalah perlu diubah secara berasingan kerana intervensi yang berlainan bagi masalah yang berlainan tidak boleh berjalan serentak untuk mengelakkan berlaku konflik di antara satu sama lain. Contohnya, seorang murid yang sering memukul rakannya dan dalam masa yang sama mempunyai masalah pengurusan diri. Bagi masalah memukul rakan, guru perlu menggunakan pendekatan disiplin manakala bagi pengurusan diri pula memerlukan pendekatan yang lembut dan berhemah. Oleh itu kedua-dua tidak boleh dijalankan secara serentak untuk mengelakkan kekeliruan bagi murid yang ingin diubah.

11

Selain itu, kita hanya memilih seseorang individu atau kumpulan yang ingin dijadikan sasaran. Pemilihan ini adalah untuk mengelakkan kecelaruan ketika membuat modifikasi terhadap murid bermasalah tersebut. Pemerhatian perlu dilakukan kepada pelajar yang paling bermasalah dan sering menimbulkan konflik kepada guru dan rakan-rakan yang lain. Selain itu guru juga boleh mengabungkan beberapa individu yang mempunyai masalah dan kenalpasti masalah mereka yang hampir sama bagi membentuk satu kumpulan. Selain itu guru perlu mempunyai rekod dan data tentang masalah tingkahlaku murid sebelum mengambil keputusan memilih tingkahlaku sasaran. Guru boleh membuat analisa tentang potensi tingkahlaku sasaran, kekerapan, tahap masalah serta jenis masalah berdasarkan rekod tersebut. Guru hendaklah melakukan pemerhatian berterusan terhadap murid bermasalah tersebut bagi menentukan masalah utama yang akan dipilih sebagai tingkah laku sasaran.

Pertimbangan juga perlu dibuat tentang hala tuju tingkah laku ini semasa proses mengubah tingkah laku kelak. Guru perlu membuat pertimbangan sama ada tingkahlaku tersebut hendak dikekalkan sebagai contoh murid sering datang awal ke sekolah, walaupun mempunyai masalah tingkahlaku yang lain, guru perlu memilih tingkahlaku ini untuk dikekalkan supaya murid akan dapat awal walaupun apabila guru membuat intervensi bagi tingkahlaku sasaran yang lain. Jika tingkahlaku itu hendak diubah, guru perlu mengambil kira perubahan positif yang boleh berlaku jika pengurusan tingkahlaku dijalankan kelak. Bagi menghapuskan tingkahlaku sasaran guru perlu mengambil kira kesediaan murid bagi mengelakkan menghapuskan tingkahlaku yang hendak dikekalkan. Sebagai contoh, murid yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah dikenakan dendaan dan menyebabkan murid ini kerap ponteng sekolah.

Guru juga perlu menentukan bahawa tingkahlaku itu adalah tingkahlaku yang dapat dipilih atau tidak. Sebagai contoh tingkahlaku agresif adalah tingkahlaku yang dapat dilihat manakala tingkahlaku emosi tidak dapat dilihat

12

kecuali apabila ada rangsangan yang berlaku. Oleh itu sekiranya tingkahlaku yang tidak dapat dilihat itu adalah lebih dominan, guru perlu memilih tingkahlaku tersebut sebagai tingkahlaku sasaran dan kemudiaan barulah tingkahlaku yang dapat dilihat. Bagai pemilihan seperti ini, guru perlu meminimakan rangsanganrangsangan yang boleh menyebabkan murid bertindak agresif.

Tingkahlaku sasaran perlulah boleh dikira supaya guru mudah untuk merekodkan apabila guru membuat modifikasi tingkahlaku kelak. Rekod-rekod ini kelak berguna kepada guru apabila mambuat analisa tingkahlaku untuk melihat keberkesanannya terhadap murid. Tingkahlaku sasaran yang boleh dikenalpasti perlulah dinyatakan dengan ringkas dan tepat. Guru perlu menerangkan kepada murid tentang tingkahlaku yang ingin diubah dengan ringkas dan tepat supaya murid dan guru faham tentang tingkahlaku sasaran yang dipilih untuk mengelakkan salah faham. Pemilihan tingkah laku yang tepat dapat

meningkatkan kejayaan sesuatu modifikasi tingkahlaku yang dibuat berbanding tingkahlaku yang tidak dinyatakan dengan jelas.

4.1.1 Pemerhatian Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanakkanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktorfaktor lain.

Pemerhatian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya ( David Lambert dan David Lines 2000 ).

13

4.2 Mengumpul dan merekod data Bagi tujuan merekod guru perlu memastikan bahawa tingkahlaku tersebut adalah tingkah laku berterusan atau tingkah laku diskrit. Untuk tingkah laku berterusan, terdapat dua cara untuk merekod tingkah laku tersebut iaitu : i. Time sample recording - cara merekod menggunakan time sample adalah berdasarkan kekerapan dan tempoh masa sekiranya berlakunya tingkah laku yang telah diperhatikan. ii. Interval (sela) guru melihat kepada corak tingkah laku itu dengan mencatat bila dan bagaimana tingkah laku itu sering berlaku. Manakala untuk tingkah laku diskrit cara merekod adalah dengan menggunakan: peristiwa semasa (event) hasil tugasan (out-come of given task) murid juga boleh diberi peluang untuk merekod tingkahlaku mereka sendiri (self-recording)

4.3 Pemilihan strategi

Seterusnya sebagai guru, kita perlu memilih beberapa strategi semasa menjalankan modifikasi tingkahlaku sasaran. Setiap masalah tingkahlaku memerlukan pendekatan yang berbeza di dalam membuat pengurusan tingkahlaku, oleh itu setiap masalah perlu diubah secara berasingan kerana intervensi yang berlainan bagi masalah yang berlainan. Contohnya, seorang murid yang sering memukul rakannya dan dalam masa yang sama mempunyai masalah pengurusan diri. Bagi masalah memukul rakan, guru perlu

menggunakan pendekatan disiplin manakala bagi pengurusan diri pula memerlukan pendekatan yang lembut dan berhemah.

14

Jika tingkahlaku masalah pelajar itu adalah agresif maka strategi yang akan saya gunakan ialah dengan membuat kontrak. Kontrak ialah persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan pelajar) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham kesan yang akan berlaku. Sebagai contoh, saya telah membuat kontrak dengan pelajar berkenaan jika dia tidak memukul rakan untuk sehari, saya akan memberi ganjaran kepadanya dan jika dia memukul juga, dia akan didenda iaitu berdiri di luar kelas dengan memengang pelanduk yang tertulis saya minta maaf kerana suka pukul rakan, saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Selain itu, teknik yang saya gunakan lagi ialah modeling. Modeling menggunakan watak-watak (murid, guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Sebagai contoh saya memuji Ahmad yang rajin dan suka tolong rakan di depan Hasbi supaya dia dapat mencontohi kelakuan Ahmad. Kaedah ini akan menarik perhatian Hasbi keranan model yang saya gunakan lebih penting berbanding dengan Hasbi dan Ahmad berkedudukan lebih tinggi dan berpengetahuan berbanding dengan Hasbi. Oleh sebab Hasbi seorang yang suka menarik perhatian orang lain, maka kaedah atau teknik modeling ini akan mempengaruhi tingkah laku Hasbi kearah positif.

Strategi yang akan saya gunakan semasa memodifikasikan tingkah laku Hasbi ini dengan teknik time-out. Time-out ialah menempatkan murid berasingan daripada kumpulan seperti di penjuru kelas atau bilik khas. Apabila tingkahlaku dilakukan, saya akan menyuruhnya ke penjuru kelas selama 15 minit, dan memberitahunya jika dia memukul rakannya lagi, saya akan menambah masa time-out itu. Disamping itu juga, saya akan mengadakan aktiviti yang disukai bersama-sama rakan supaya Hasbi akan menyesal dan berusaha untuk tidak memukul rakannya. Terdapat tiga jenis time-out yang boleh saya gunakan, pertamanya ialah observational time-out iaitu pelajar akan diasingkan daripada situasi yang mempunyai peneguhan. Di mana murid dibiarkan berdekatan

15

kumpulan tetapi tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Jenis teknik kedua ialah exclusionary iaitu pelajar bermasalah diasingkan daripada kumpulannya tetapi masih di bilik yang sama, contohnya pelajar akan ditempatkan di meja berasingan dengan kawan-kawanya. Jenis ketiga ialah seclusionary iaitu pelajar dikeluarkan daripada kumpulan dan ditempatkan ke tempat atau bilik lain. Untuk kali pertama, saya akan menggunakan jenis time-out yang pertama, dan jika pelajar tetap melakukan tingkah laku memukul itu lagi, saya akan menggunakan jenis kedua atau ketiga mengikut kekerapan dan keadaan pada masa itu.

Teknik hukuman juga digunakan oleh saya, hukuman yang digunakan seperti memberi tahanan kelas iaitu pelajar bermasalah tingkahlaku terpaksa balik lewat berbanding dengan rakan-rakanya. Selain itu, saya akan menarik token yang telah diberi oleh guru kepada pelajar bermasalah itu.

Model modifikasi tingkah laku melalui proses pembiasan berdasarkan teori pelaziman Skinner (1953). Teori menyatakan pembelajaran berlaku melalui pelaziman iaitu apabila sesuatu perkara diberi penenguhan maka kanak-kanak dapat mempelajari dan akan didik untuk membuat sesuatu perkara itu atau sebaliknya. Dalam teori ini, penenguhan positif akan diberi sebagai penghargaan dan peneguhan negatif diberi untuk kesan yang tidak menyeronokkan supaya tidak mengulangi perbuatannya. Contohnya jika pelajar berkenaan tidak

memukul rakannya lagi, saya akan memberi penghargaan seperti pujian dan hadiah seperti yang telah saya janjikan tetapi jika dia melakukan perbuatan negatif itu, saya akan mendendanya untuk berdiri di atas kerusi sehingga waktu balik.

Permilihan strategi yang berbentuk hukuman boleh dilakukan selepas mencuba strategi yang lebih lembut. Oleh itu, guru perlu menilai dan membuat beberapa pemilihan bagi memberi kesan kepada pelajar untuk mengubah tingkahlaku kearah yang lebih baik lagi.

16

4.4 Penilaian Keberkesanan Modifikasi

Penilaian

perlu

dilakukan

bagi

memastikan

objektif

pelaksanaan

modifikasi itu tercapai. Selain itu, penilaian dilakukan bagi melaporkan keberkesanan modifikasi yang telah dijalankan. Jika modifikasi itu tidak berjaya maka beberapa cadangan boleh diberikan selepas melihat data sebelum dan selepas modifikasi. Selain itu, penilaian dibuat bagi menerangkan sebab dan faktor yang menyebabkan kegagalan modifikasi tersebut. Setiap kelemahan dan kekuatan boleh dilaporkan bagi mendapat kesimpulan bagi merancang modifikasi seterusnya.

5.0 PROSES MELAKSANAKAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

17

Pengurusan Tingkah Laku ialah tingkah laku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat. Manakala Dr. Ragbir a/p Joginder Singh telah mentakrifkan pengurusan tingkah laku ialah satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

Semasa menjalankan pemerhatian ini di kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Che Latiff, saya telah mengfokuskan kepada seorang murid Khas yang bernama, Muhammad Hasbi. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa Hasbi mempunyai banyak tingkah laku negatif tetapi tingkahlaku itu masih berada di tahap sederhana. Hasbi seorang pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran dan dikategorikan sebagai Sindrom Down yang juga mempunyai masalah kecacatan mental dan sudah berusia 12 tahun. Apa yang saya dapati setelah membuat pemerhatian selama dua hari banyak tingkah laku negatif yang dapat dikesan antaranya adalah dia seorang yang suka mengganggu, suka mencubit, suka memukul rakan-rakannya dan tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Menurut guru kelasnya, Hasbi suka mencubit rakan sekelasnya yang tidak rapat dengannya. Selain itu, jika rakannya itu tidak memenuhi kehendak dia akan memukul kepala rakannya dengan apa sahaja yang ada ditangannya. Hasbi juga tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun begitu, Hasbi seorang pelajar yang dapat menguruskan dirinya seperti dapat memakai pakaian dengan sendiri, makan dan mandi dengan sendiri.

Tingkah laku bermasalah :

18

1) memukul dan mencubit rakan 2) berkhayal 3) menyanyi dengan kuat 4) tidak menumpukan perhatian semasa guru mangajar

Tingkahlaku yang serius yang dihadapi oleh Hasbi ialah memukul rakan, oleh itu tingkah laku tersebut merupakan tingkahlaku sasaran untuk dimodifikasikan.

KAJIAN KES TINGKAH LAKU BERMASALAH BIODATA PELAJAR

Nama : Mohd Hasbi bin Muhammad Kategori : Sindrown down Jantina : Lelaki Bangsa : Melayu Warganegara : Malaysia Tarikh Lahir : 13 Ogos 1998 Anak ke : Bongsu daripada 4 adik-beradik Guru Kelas : Pn. Suzilawati Masalah tingkah laku : Suka memukul rakan

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengumpul dan merekod data mengenai pengurusan tingkah laku. tingkah laku yang ingin diubah mengikut prosedur Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang telah

19

saya digunakan bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya ialah saya menggunakan duration recording, senarai semak dan sekil kadar.

a) Senarai semak Pemerhatian lebih bermakna apabila guru dapat mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil pembelajaran seperti yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya telah menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan semasa membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini dapat menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalam kalangan guru menggunakan skala pengelasan iaitu belum menguasai, baik, cemerlang bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.

b) Sekil kadar Sekil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku membabitkan pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang diperhatikan dan panjang tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah bilangan tingkah laku terbabit berlaku dalam masa yang ditetapkan dan tempoh masa. Kadar dihitung dengan menbahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini dengan minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun berapa kali seorang itu memukul rakannya dapat dicatatkan sebagai kadar tempoh kelas dijalankan ataupun tempoh masa pemerhatian diketahui. Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian dibuat beberapa kali sepanjang tempoh..

*Rujuk ke halaman lampiran untuk melihat data senarai semak yang telah diisi.

20

*Rujuk ke halaman lampiran untuk melihat data sekil kadar yang telah diisi.

c) Duration recording Merekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan

mencatatkan masa mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini selalunya digunakan bagi memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan diteruskan bagi tempoh yang tertentu. Jadual dibawah menunjukkan borang jangka masa yang telah digunakan semasa pemerhatian. DURATION RECORDING Nama guru Nama murid : Pn.Suzilawati : Mohd Hasbi

Tingkah laku : Memukul rakan Tarikh : 29 September 2010 (Ahad) Masa Mula Tamat Jumlah kekerapan 8.10 8.40 8.40 9.10 5 6 Mula masa kedua Kelas pengurusan diri 9.10 11.30 11.00 12.05 3 5 Masa rehat Aktiviti bebas Komen

Jadual 1: duration recording digunakan semasa membuat pemerhatian

5.1 RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU Nama Murid :Mohd Hasbi bin Muhammad Tarikh Mula : 29 Ogos hingga 2 september 2010 21

Masalah Tingkah Laku : memukul rakan Tarikh Lahir : 13 Ogos 1998 Umur : 12 tahun Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan kekerapan memukul rakan PENYEDIAAN PERANCANGAN MODIFIKASI TINGKAHLAKU PELAJAR Pemerhatian Memukul kawan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tingkah laku yang hendak diuruskan Modifikasi tingkah laku Masa tingkah laku bermasalah dilakukan Suka memukul kawan berhenti dan mengurangkan daripada memukul rakan semasa tiada sebarang aktiviti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. keadaan marah dan berseorangan Sebab utama dalam menjalankan modifikasi Murid ini tidak dapat membezakan antara tingkah laku positif atau negatif. Mengelakkan tingkah laku tersebut menjadi berterusan sehingga dewasa. Membuatkan rakan lain tidak selamat dengan dirinya Memberi kesan kepada rakanrakan Strategi atau kaedah Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut. melaksanakan aktiviti yang

22

diminatinya seperti puzzle. Memberi peneguhan negatif untuk mengurangkan tingkah laku tersebut. menasihati murid supaya tidak mengulangi tingkah laku tersebut memberi ganjaran seperti pujian jika berjaya menghentikan tingkah laku tersebut. Menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan supaya rakan lain berasa selesa dan selamat dengannya. memperbanyakkan penggunaan bahan bantu belajar supaya murid tidak berasa bosan. Peneguhan Positif ~ memberikan ganjaran ~ memberikan pujian seperti bagus atau baik. Negatif ~ memberi teguran

5.2 Menjalankan Proses Modifikasi Tingkah Laku

Sebelum menjalankan proses modifikasi ini, saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku Hasbi dengan menggunakan Duration 23

Recording. Apa yang saya perolehi daripada data tersebut ialah tingkah laku memukul rakan merupakan tingkahlaku yang selalu dilakukan oleh Hasbi walaupun di mana dia berada. Strategi untuk memodifikasikan tingkahlaku Hasbi dilakukan pada hari Isnin dan Rabu sahaja. Masa Mula Tamat Jumlah kekerapan 8.10 8.40 8.40 9.10 5 6 Mula masa kedua Kelas pengurusan diri 9.10 11.30 11.00 12.05 3 5 Masa rehat Aktiviti bebas Komen

Jadual 1: Bilangan kekerapan yang diperolehi sebelum melakukan modifikasi Pada hari pertama modifikasi itu dijalankan, saya telah menggunakan teknik kontrak. Teknik ini telah saya berbincang dengan guru kelas Hasbi, dan mendapat pandangan daripadanya. Menurut Pn. Suzilawati, Hasbi adalah kanakkanak yang faham dan mengerti apa yang dipertuturkan oleh kita semua, oleh itu mudahlah untuk melaksanakan teknik kontrak itu kerana teknik ini perlu mendapat persetujuaian daripada saya dan pelajar tersebut. Apabila saya berbincang dengan Hasbi, dia bersetuju dan berseloroh dengan saya yang dia tidak akan memukul kawan lagi kerana mahukan ganjaran daripada saya. Pada masa itu, saya yakin yang teknik ini akan berjaya. Namun, terjadi sebaiknya, selepas masuk sahaja ke dalam kelas, Hasbi sudah memukul kawanya di kepala kerana berebutkan kerusi.

Teknik kedua iaitu modeling, semasa berada di dalam kelas, saya telah menyuruh Ahmad mengambil fail saya di luar sana, selepas itu, saya telah memujinya dan memberitahu semua pelajar yang perangai Ahmad perlulah dicontohi kerana dia seorang mendengar kata, rajin dan tidak suka mengganggu

24

orang lain. Namun, teknik ini juga gagal kerana Hasbi seolah tidak mengambil tahu apa yang didengarinya. Selain itu, teknik ini selalunya mengambil masa yang lama untuk melihat keberkesanannya. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik time-out, teknik ini tidak berkesan untuk masa yang panjang kerana selepas Hasbi dikenakan time-out, pada mulanya dia seakan sedih kerana berada di penjuru kelas seorang diri dan kelihatan menyesal tetapi selepas 5 minit dia menyanyi dan bergolek di atas lantai. Lihat jadual 2 dibawah yang menunjukkan bilangan kekerapan memukul rakan yang dilakukan oleh hasbi.

Masa Mula Tamat Jumlah kekerapan 8.10 9.10 10.10 12.00 8.45 9.45 11.30 12.10 4 3 3 4 Masa kedua Aktivit melukis Aktviti bebas Semasa bersiap untuk pulang Komen

Jadual 2 : Jumlah kekerapan memukul rakan semasa hari pertama modifikasi

Proses pelaksanaan modifikasi pada hari selasa tidak boleh dijalankan kerana pada hari tersebut merupakan hari kemerdekaan. Pada hari kedua modifikasi itu dilakukan, saya telah menggunakan model modifikasi tingkah laku melalui proses pembiasan berdasarkan teori pelaziman Skinner (1953). Teori menyatakan pembelajaran berlaku melalui pelaziman iaitu apabila sesuatu perkara diberi penenguhan maka kanak-kanak dapat mempelajari dan akan didik untuk membuat sesuatu perkara itu atau sebaliknya. Melalui model tersebut, saya telah berjanji dengan Hasbi jika dia tidak memukul kawannya semasa berada dalam kelas pengurusan diri, saya akan memberi ganjaran tetapi jika Hasbi memukul saya akan mendendanya untuk berdiri atas kerusi. Penggunaan

25

teori ini berjaya kerana pada masa tersebut, dia tidak memukul kawanya. Oleh itu, ganjaran diberikan kepada Hasbi.

Selepas itu, saya telah menggunakan teknik hukuman. Teknik ini lebih kepada akibat yang diperolehi jika Hasbi memukul kawannya. Saya akan memberi hukuman kepadanya seperti memberi tahanan kelas, terpaksa pulang lewat dan akan dicabut token yang diperolehinya. Teknik hukuman ini berjaya dilaksanakn kerana Hasbi kelihatan senyap dan tidak berani mengacau rakan yang lain semasa waktu kelas. Lihat jadual 3 yang menunjukan bilangan kekerapan memukul rakan yang dilakukan oleh Hasbi.

Masa Mula Tamat Jumlah kekerapan 8.10 8.40 9.10 9.40 8.40 9.10 9.40 10.10 3 2 2 3 masa kedua Aktivti memasak di kantin Aktiviti bebas Komen

Jadual 3: Jumlah kekerapan memukul rakan untuk hari kedua

Selepas menjalankan modifikasi ini, saya mendapai kekerapan tingkah laku Hasbi iaitu memukul rakan berkurang mengikut data yang telah direkodkan selepas modifikasi dijalankan. Teknik yang tegas adalah sesuai dengan tingkah laku memukul rakan ini kerana teknik ini dapat memberi Hasbi untuk merasai perasaan takut dan tidak selesa. Selain itu, ia dapat membantu Hasbi untuk tidak menganggu rakan yang lain. Masa Mula Tamat Jumlah Komen

26

kekerapan 8.10 8.40 9.10 12.05 8.40 9.10 10.00 12.10 1 1 3 2 Masa pengurusan diri Menonton televisyen Semasa rehat Bersiap untuk pulang

Jadual 4: Jumlah kekerapan selepas modifikasi

Bilangan tingkah laku berdasarkan hari

20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Ahad (sebelum modifikasi) Isnin (semasa modifikasi) Selasa (cuti hari kemerdekaan) Rabu (semasa modifikasi) Khamis (selepas modifikasi)

Jadual 5 : Graf palang menujukkan jumlah kekerapan memukul rakan bagi fasa sebelum, semasa dan selepas modifikasi

Berbanding data yang diperolehi sebelum modifikasi, jumlah kekerapan memukul rakan sebanyak 19 pukulan manakala semasa menjalankan modifikasi, jumlah untuk hari pertama adalah sebanyak 14 pukulan dan 10 pukulan pada hari kedua. Selepas modifikasi, jumlah kekerapan menurun sebanyak 12 pukulan iaitu 7 pukulan sahaja.

27

Melalui jumlah kekerapan yang ditunjukan oleh graf palang ini telah menunjukkan keberkesanan dalam modifikasi masalah memukul rakan ini. Walaupun tidak menghapus tingkahlaku bermasalah tersebut namun sedikit sebanyak telah menunjukkan kekurangan yang besar kepada masalah tingkahlaku tersebut. Masalah ini dapat dihapuskan jika mempunyai masa yang panjang dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Oleh itu, dalam merancang modifikasi, banyak perkara yang perlu diambil kira agar modifikasi itu berjaya selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.

28

6.0 REFLEKSI KEBERKESANAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU Mengikut keseluruhan data yang diperolehi sebelum, semasa dan selepas modifikasi ini, saya melihat hanya 80 peratus sahaja berjaya. Ini disebabkan oleh kekangan masa dan kerjasama daripada kedua ibu bapa adalah kurang. Disamping itu, Hasbi hanya dapat bertahan daripada memukul rakannya untuk masa yang singkat sahaja. Ini menyebabkan tingkah laku ini memerlukan masa yang panjang untuk modifikasikan bagi mengubahkan tingkahlaku masalah tersebut. Walaupun begitu, masalah yang dihadapi oleh Mohd Hasbi ini masih boleh dipulihkan. Terdapat strategi yang berjaya digunakan seperti teknik hukuman dan peneguhan daripada teori Skinner. Teknik ini berjaya membuatkan Hasbi untuk tidak memukul kawan-kawannya. Jika dilihat pada graf palang menunjukkan jumlah kekerapan memukul rakan semakin berkurangan tetapi tingkah laku itu bertahan untuk masa yang singkat sahaja.

Masalah tingkah laku Hasbi ini agak berat kerana tingkah laku ini akan memberi kesan diri Hasbi dan juga kepada rakan sekelasnya. Oleh itu, saya telah berbincang dengan guru kelas Hasbi, Pn. Suzilawati agar memberikan teknik hukuman yang setimpal dan penenguhan seperti memberi teguran selalu kepada Hasbi supaya tingkah laku negatif itu akan berkurangan dan akan pupus dalam diri Hasbi satu hari nanti. Selain itu memberi Hasbi untuk membuat pilihan antara ganjaran dengan dendaan, jika ganjaran itu merupakan kehendaknya maka mudahlah untuk mempengaruhinya tetapi yang menjadi masalahnya ialah mood Hasbi yang selalu berubah daripada ceria kepada garang. Perubahan mood ini disebabkan oleh cuaca dan persekitaran yang membuatkan Hasbi tidak selesa. Oleh itu, beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membuatkan mood Hasbi itu tidak berubah.

Kerjasama daripada keluarga adalah sangat penting. Faktor keluarga memainkan peranan dalam menentukan tingkahlaku pelajar. Kebanyakan pelajar menghabiskan masa di rumah dan menyebabkan setiap peniruan yang dilakukan

29

oleh ibu bapa atau penjaga khususnya akan menjadi model kepada pelajar berkenaan. Andai baik model tersebut, maka baiklah peniruan itu dan sebaliknya. Oleh itu, saya telah membuat perbicangan dengan kedua ibu bapa Hasbi agar memberi contoh yang baik kepada anak mereka dan mengawal tingkahlaku Hasbi daripada menonton rancangan yang berbentuk ganas dan agresif.

Selepas menjalankan modifikasi, saya mendapati Hasbi lebih rapat dengan kawannya. Suasana ceria berlanjutan sepanjang hari walaupun kebiasaannya Hasbi akan mengalami mood yang tidak baik pada setiap hari. Jika dilihat semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, Hasbi menunjukkan kerjasama dan dilihat tidak berani untuk menganggu rakannya. Selain itu, Hasbi juga dilihat lebih memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kesimpulannya, masalah tingkah laku dikalangan pelajar mestilah mendapat kerjasama daripada semua pihak agar pelbagai persoalan dapat dijawab dan bersama-sama mencari jawapan bagi setiap permasalahan.

Kerjasama daripada guru, ibu bapa dan rakan-rakan adalah sangat penting untuk memastikan modifikasi itu berjaya. Selain itu juga, saya mendapati modifikasi ini memerlukan jangka masa yang panjang dan perlu dirancang dengan teliti serta dilakukan secara berterusan, saya yakin tingkah laku memukul rakan itu dapat hilang dalam diri Hasbi secara beransur-ansur jika modifikasi itu dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kebanyakan tingkah laku dapat dipelajari, ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh di pelajari pada bila-bila masa. Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang telah dirancang dengan teliti, bersesuaian dan bersistematik.

30

7.0 REFLEKSI 8.0 BIBLIOGRAFI

Buku : Dr. Koh Boh Boon (1981), Pengajaran Pemulihan Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Publication & Distributors Sdn. Bhd. Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Internet : http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-2.html http://eprints.usm.my/5900/1/PPK334__PENGURUSAN_MASALAH_EMOSI_DAN_TINGKAH_LAKU_KANAKKANAK_BERKEPELUAN_KHAS_JUN_08.pdf http://www.scribd.com/doc/4874687/PENGURUSAN-T-LAKU http://www.slideboom.com/presentations/93873/Murid-Pendidikan-KhasPembelajaran http://www.slideboom.com/presentations/93881/Pengubahsuaian-Tingkahlaku

31

LAMPIRAN

32

Anda mungkin juga menyukai