Anda di halaman 1dari 172

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

UNIT 1 ASAS MEKANIKAL DAN ELEKTRO MEKANIKAL


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenalpasti komponen sistem mekanikal dan elektromekanikal Memahami perbezaan antara jenis-jenis gerakan dan kelajuan gerakan Membincangkan mekanisme pergerakan mekanikal dan pergerakan elektromekanikal Memahami dan membincangkan tentang takal dan tali sawat serta aplikasinya dalam menukar kelajuan 5. Mengenalpasti jenis-jenis gear dan membandingkan fungsi serta kegunaannya

PENGENALAN
Apakah itu sistem mekanikal? Sistem mekanikal boleh menghasilkan daya dan seterusnya menyebabkan pergerakan. Dari manakah daya tersebut terhasil? Bagaimanakah pemindahan kuasa berlaku? Apakah perbezaan antara sistem mekanikal dan elektromekanikal? Adakah sistem mekanikal boleh bertukar menjadi sistem elektromekanikal?

Apabila kita merujuk pada Kamus Dewan Edisi Ketiga, pergerakan ditakrifkan sebagai sesuatu perbuatan bergerak. Di dalam Kamus Pelajar pula, fenomena pergerakan ditakrifkan sebagai suatu keadaan bergerak. Oleh itu, secara keseluruhannya pergerakan dapat ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang bergerak dari satu titik ke titik yang lain. Dalam asas elektro mekanikal dan enjin, terdapat dua jenis pergerakan yang akan dipelajari, iaitu pergerakan mekanikal dan juga pergerakan elektro mekanikal.

Di dalam unit ini, bahagian pertama yang akan diterangkan adalah tentang pergerakan mekanikal. Pergerakan mekanikal ialah mekanisma atau sistem yang membolehkan sesuatu objek berfungsi, bergerak atau berputar. Pergerakan mekanikal boleh dihasilkan secara manual, melalui penggunaan enjin atau motor elektrik. Pergerakan mekanikal secara manual dikendalikan dengan tangan atau tenaga fizikal manusia. Alatan-alatan yang boleh kita perhatikan untuk memahami pergerakan mekanikal yang memerlukan pergerakan secara manual ialah gerudi tangan, basikal, pemutar skru dan sebagainya. Kesemua alatan ini harus dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia tanpa melibatkan tenaga elektrik. Mari kita lihat bagaimana pergerakan mekanikal yang menggunakan enjin. Pergerakan yang dihasilkan oleh enjin adalah hasil dari penggunaan tenaga kimia. Petrol atau diesel yang digunakan adalah sumber tenaga kimia dan ia akan ditukarkan kepada tenaga haba dan tenaga kinetik untuk menggerakkan enjin. Contohnya, barangan yang bergerak dengan menggunakan pergerakan mekanikal enjin ialah mesin pemotong rumput, motosikal dan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

contoh yang paling baik adalah kereta. Jikalau dilihat kepada aspek tersebut dengan lebih dekat, enjinlah yang bertindak sebagai mekanisma untuk menggerakkan barangan tersebut. Selain dari petrol atau diesel yang menjadi sumber tenaga kimia kepada enjin terdapat beberapa bahagian-bahagian enjin yang lain yang penting untuk kita pelajari dalam unit-unit yang akan datang. Satu lagi pergerakan mekanikal yang tidak menggunakan enjin tetapi menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan pergerakan juga adalah salah satu fakta yang perlu kita ketahui di dalam unit ini. Pergerakan ini dilakukan dengan aplikasi motor elektrik. Pergerakan yang dihasilkan oleh motor elektrik ini akan mempunyai satu litar elektrik yang menbolehkan tenaga elektrik dipindahkan dari sumbernya kepada bahagian yang melakukan kerja. Contoh barangan yang menggunakan motor elektrik ialah mesin gerudi mudah alih dan kipas elektrik.

ISI KANDUNGAN
Pergerakan mekanikal Secara amnya pergerakan mekanikal boleh dibahagikan kepada dua. Pergerakan lurus adalah salah satu dari pergerakan yang akan kita bincangkan dalam bahagian ini. Mengapakah kita kata pergerakan itu lurus? Apabila kita membekalkan daya kepada sesuatu alatan, cara pergerakan yang berlaku adalah dalam satu haluan yang lurus. Jika kita melihat kepada pergerakan pusingan pula, Ia akan berlaku dalam gerakan bersudut 3600. Kriteria ini yang membezakan pergerakan lurus dengan pergerakan pusingan. i) Pergerakan lurus

Pergerakan lurus ialah pergerakan yang berlaku apabila sesuatu objek yang telah dikenakan daya bergerak dalam satu yang garis lurus iaitu gerakan itu mungkin berlaku ke atas atau ke bawah daripada titik pegunnya. Selain pergerakan atas dan bawah, objek yang sama itu boleh bergerak ke hadapan atau juga ke belakang. Dalam konteks ini, pergerakan yang lurus itu boleh dikatogerikan kepada dua arah pergerakan, iaitu arah positif dan arah negatif. ii) Pergerakan pusingan

Pergerakan pusingan ialah pergerakan yang berlaku terhadap sesuatu objek yang bergerak pada paksi tetap mengikut satu jejari secara berpusingan. Pergerakan mekanikal ini digunakan dalam kehidupan seharian untuk memudahkan kerja manusia. Sistem pergerakan mekanikal yang digunakan dalam kehidupan seharian biasanya menggabungkan kedua-dua pergerakan yang telah diterangkan di atas, iaitu pergerakan lurus dan pergerakan pusingan. Secara amnya, pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan suatu pergerakan iaitu input melalui proses untuk menghasilkan suatu pergerakan yang lain iaitu output.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

Daya dan pergerakan

Sistem kawalan mekanikal

Daya dan pergerakan

Contoh pemindahan gerakan putaran kepada gerakan lurus ialah terdapat pada sebatang glu atau pewarna bibir dan juga turut terdapat pada jek kereta. Pemindahan gerakan ini dapat dihasilkan melalui pergerakan mekanikal atau elektro mekanikal.

Rajah menunjukkan sebatang glu yang boleh menghasilkan gerakan pusingan yang menyumbang kepada gerakan lurus

Pergerakan elektro mekanikal Setelah kita mempelajari tentang pergerakan mekanikal, mari kita lihat tentang pergerakan elektro mekanikal. Perkataan elektro memberi erti pengunaan elektrik. Pergerakan elektro mekanikal menggunakan komponen elektronik dalam operasi mekanismanya. Komponen elektronik ini dibina dengan alat-alat elektrik yang disambungkan dengan menggunakan wayar elektrik. Dalam hal ini, produk elektromekanikal menggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan outputnya. Produk elektromekanikal juga menggunakan suatu sistem pemprosesan yang bermula daripada tenaga elektrik atau daya sebagai input dan melalui satu proses yang menggunakan sistem elektro mekanikal dan seterusnya menunjukkan hasilan yang dipanggil output.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

Tenaga elektrik atau daya

menggunakan sistem elektro mekanikal

penghasilan

Contoh produk elektro mekanikal ialah kamera, pemacu cakera padat, robot dan alat permainan.

Terangkan persamaan dan perbezaan antara sistem mekanikal dan sistem elektromekanikal Mekanikal ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ Elektromekanikal ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Dapatkah anda menerangkannya dengan mudah? Jika ya, anda sudah bersedia untuk perbincangan kita seterusnya. Jika anda masih kabur, apa kata anda lihat semula penerangan dalam subtopik pergerakan mekanikal dan pergerakan elektromekanikal Takal Selepas kita memahami tentang jenis-jenis pergerakan dan contoh-contohnya, kita boleh meneruskan pembelajaran kita ke subtopik yang seterusnya iaitu, objek atau peralatan yang terlibat dalam pergerakan. Takal dengan tali sawat adalah suatu peralatan yang membantu pergerakan untuk memudahkan manusia melakukan kerja.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

Apakah itu takal? Adakah takal menolong kita dalam kehidupan seharian? Bagaimanakah takal digunakan? Bolehkah kita menggunakan takal untuk semua kerja atau dalam semua peralatan?

Takal adalah roda yang mempunyai satu atau lebih slot yang digunakan bersama dengan tali sawat. Tali sawat akan disambungkan pada slot takal dengan ketat supaya ia mempunyai geseran yang maksima. Geseran ini adalah penting kerana, apabila tali sawat bergerak, ia akan menggerakkan takal bersama untuk memberi kesan output kepada peralatan. Rajah di bawah menunjukkan contoh penggunaan takal dan tali sawat. Penggunaan takal dan tali sawat pada rajah tersebut dapat membantu untuk mengangkat batu yang berat itu.

Rajah menunjukkan takal dan tali sawat serta penggunaannya

Fungsi takal Takal dan tali sawatnya banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian. Ia juga banyak terdapat dalam peralatan-peralatan mekanikal dan elektromekanikal. Fungsi takal dan tali sawat yang membolehkan kita menggunakannya dalam pelbagai barangan adalah

i)

Takal dapat memudahkan kerja mengangkat barang-barang yang berat, iaitu barang-barang yang susah dipikul oleh seorang manusia. Fungsi ini membantu kita untuk menjimatkan tenaga fizikal dan juga dapat membantu mengangkat barangan yang tidak mungkin dipikul oleh seorang atau sekumpulan manusia.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

Contohnya dengan adanya kren, bangunan yang tinggi dapat dibina kerana barangan yang berat dapat diangkat dan dipindahkan kepada satu aras yang sangat tinggi. ii) Ia mengubah arah gerakan daya

Rajah menunjukkan seorang lelaki mengangkat satu kotak dengan bantuan takal dan tali sawat iii) Takal juga dapat melakukan pemindahan kuasa iaitu pemindahan kuasa berlaku daripada satu titik ke titik yang lain

Rajah menunjukkan satu kren yang dapat berfungsi untuk mengangkat barangan yang berat untuk satu aras yang tinggi

Takal dan tali sawat dalam proses pengawalan kelajuan

Kita telah mengetahui tentang fungsi-fungsi takal dan tali sawat dalam membantu manusia melakukan kerja. Selain daripada fungsi-fungsi tersebut, terdapat satu lagi fungsi yang dapat dilakukan oleh takal dan tali sawat, iaitu proses penukaran kelajuan. Rajah di atas memberikan satu gambaran yang jelas tentang bagaimana proses penukaran kelajuan ini dapat dilakukan dengan menggunakan takal yang berlainan saiz. Ia juga menunjukkan bagaimana tali sawat merupakan alatan yang akan menghubungkan takal pemacu dengan takal yang dipacu.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

Rajah menunjukkan takal dengan tali sawat Takal pemacu adalah bahagian yang disambung pada bahagian input iaitu bahagian yang membekalkan tenaga elektrik dan takal yang dipacu pula disambungkan pada bahagian output. Selain itu, takal juga merupakan satu jentera asas dalam pergerakan mekanikal dan elektro mekanikal. Dalam hal ini, takal berfungsi untuk memindahkan gerakan dan kuasa. Pemindahan kuasa ini dapat dilakukan apabila terdapat kedua-dua takal dan juga tali sawat disambungkan bersama. Jika kita merujuk kepada rajah di atas kita dapat melihat bahawa, kelajuan pergerakan dapat ditukar apabila kita dapat mengubah kedudukan tali sawat pada takal pemacu dan takal dipacu.

Jenis pergerakan ini digunakan pada mesin jahit, mesin gerudi lantai, tiang bendera dan juga lif. Jadual dibawah menunjukkan kedudukan tali sawat dan kelajuannya pada kedudukan tertentu. Dengan memahami jadual di bawah, kita dapat mengaplikasinya apabila kita hendak menhasilkan satu barangan baru yang memerlukan penukaran kelajuan dalam tindakannya. Jadual menunjukkan perkaitan antara kedudukan tali sawat pada pemacu input dan output dengan kelajuan gerakan Kedudukan tali sawat Paling bawah Tengah-tengah Paling atas Kelajuan Paling rendah Sederhana Paling atas

Gerakan sistem takal dan tali sawat Proses mengawal kelajuan adalah penting bagi kebanyakan peralatan. Peralatanperalatan ini digunakan pada bahan permukaan yang mempunyai kekerasan atau kelembutan yang berlainan. Kita akan dapat melakukan kerja dengan sempurna dan cepat jika kelajuan peralatan yang kita gunakan dapat dikawal. Keadaan ini juga akan memastikan peralatan yang kita gunakan tidak merosakkan sesuatu bahan atau barangan yang dikerjakan. Sudah semestinya kita telah memahami dari penerangan di atas iaitu kelajuan pergerakan sistem takal dan tali sawat dapat ditukar daripada kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

sebaliknya. Kelajuan pergerakan dapat ditukar dengan mengubah kedudukan tali sawat pada takal pemacu dan takal dipacu. Contoh yang baik untuk menunjukkan proses pengawalan kelajuan ini adalah mesin gerudi lantai.

Rajah menunjukkan takal dengan tali sawat yang boleh menukar kelajuan Mesin gerudi lantai menggunakan sistem takal dan tali sawat yang membolehkan mesin ini mengawal dan melaraskan kelajuan. Apabila tali sawat berada dibahagian paling bawah ia akan memberi kelajuan yang minima. Kelajuan minima akan digunakan untuk kerja-kerja melubang pada bahan permukaan bahan yang keras. Bahagian tengah pula akan memberi kelajuan yang sederhana dan apabila tali sawat berada pada bahagian paling atas, kelajuannya adalah maksima. Kelajuan yang maksima diperlukan untuk mengerudi bahan-bahan kerja yang mempunyai permukaan yang lembut. Kelajuan pergerakan mata gerudi akan mempengaruhi hasil pengerudian. Kerja-kerja mengerudi harus disesuaikan dengan kelajuan pergerakan yang betul. Contohnya mata gerudi yang yang berdiameter kecil digunakan pada kelajuan yang tinggi. Manakala mata gerudi yang berdiameter besar digunakan pada kelajuan yang rendah. Untuk menyimpulkan penerangan di atas, semakin lembut bahan yang digerudi semakin tinggi kelajuan gerakan yang perlu digunakan.

Rajah menunjukkan mesin gerudi lantai

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Takal secara ringkas

Tali (atau kabel, rantai) menempati alur pada takal yang mana ia disambungkan kepada beban pada satu hujung dan daya dikenakan untuk melakukan kerja pada hujung yang satu lagi. Dalam kata yang lebih mudah, takal adalah mesin ringkas yang terdiri daripada satu roda yang berputar pada gandar. Tali akan melilit mengelilingi roda. Tali digunakan untuk menyambungkan beban dengan daya. Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat objek ke paras yang lebih tinggi. Takal membantu kita mengangkat beban yang berat, takal boleh memudahkan kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ke tempat yang lebih tinggi. Takal diubahsuai daripada takal yang ringkas kepada sistem takal bergabung, untuk membantu manusia mengangkat bebanbeban yang berat.

Rajah menunjukkan penggunaan takal dalam pergerakan mekanikal Halaju putaran Kita telah mengetahui bahawa kelajuan sesuatu takal dapat diubah dengan menggunakan takal yang berlainan saiz. Sekarang kita akan mempelajari tentang pengiraan yang melibatkan halaju takal putaran takal ini. Rajah di bawah menunjukkan dua takal yang disambung oleh oleh satu tali sawat. Tahukah anda bahawa, halaju satu takal boleh dikira jika kita mengetahui halaju takal yang pertama. Maklumat yang kedua yang perlu kita ketahui adalah diameter kedua-dua takal tersebut.

Rajah menunjukkan dua takal yang disambung oleh satu tali sawat

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Pengiraan yang melibatkan halaju takal

10

Gambarajah di bawah menunjukkan dua takal yang berlainan saiz dan disambungkan dengan menggunakan satu tali sawat. Diameter bagi kedua-dua takal itu diwakili oleh simbol da dan db manakala halajunya pula diwakili oleh simbol Na dan Nb.

Rajah menunjukkan kelajuan takal dan diameter takal denagan simbol tertentu N = Halaju putaran d = Diamater r = Jejari

Nada = Nbdb or

Nara = Nbrb

Contoh pengiraan untuk mengira halaju takal yang memacu atau dipacu Sistem takal yang ditunjukkan dalam rajah di bawah digunakan dalam satu peralatan elektrik. Takal A mempunyai diameter sebanyak 50 mm dan takal B pula 30 mm. Kelajuan takal A adalah 80 rpm. Tentukan halaju putaran bagi takal B

NA = 80 rpm dA = 50 mm dB = 30 mm NAdA = NBdB NB = NAdA / dB = (80 x 50) / 30 = 133.3 rpm

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

11

Senaraikan semua fungsi takal. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Bagaimanakah takal dapat menukar kelajuannya? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Apakah fungsi tali sawat pada takal? ______________________________________________________________

Adakah anda dapat menyenaraikan fungsi-fungsi takal dengan mudah? Dapatkah anda menerangkan tentang bagaimana proses penukaran kelajuan dilakukan oleh takal? Jika ya, anda boleh meneruskan pembelajaran anda ke topik seterusnya kerana anda dapat memahami dan mengingati asas kepada topik-topik seterusnya. Jika anda masih lagi tidak memahami penerangan yang diberi, apa kata anda baca semula dengan lebih teliti sebelum ke topik yang seterusnya.

Apakah fungsi gear? Adakah terdapat gear yang berlainan jenis untuk kegunaan yang berlainan? Apakah bezanya gear-gear ini? Bagaimanakah gear berbeza jika dibandingkan dengan takal?

Pengenalan kepada gear

Gear berfungsi sebagai penghantar kuasa yang menghubungkan semua bahagian yang berputar dan menukarkan kelajuan sesebuah mesin atau enjin. Penghantaran kuasa berlaku menerusi aci yang memegang gear-gear. Arah penghantaran kuasa dibuat mengikut kedudukan aci membolehkan ia tersirat (mesh) dengan pasangannya, oleh itu penghantaran kuasa yang berlaku adalah lebih efisyen. Sebagai contoh, gear yang terdapat pada basikal.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Jenis-jenis dan fungsi gear

12

Gear taji

Gear yang pertama akan kita pelajari adalah gear taji. Berpandukan kepada rajah di bawah, kita dapat melihat bahawa, terdapat dua gear yang berpaut antara satu sama lain. Kombinasi kedua-dua gear ini dinamakan gear dan pinion. Bulatan besar yang ditunjukkan dalam rajah di bawah dinamakan gear manakala bulatan yang kecil pula dinamakan pinion. Gear dan pinion mempunyai gigi lurus dan berpaut (mesh) bersama untuk menghasilkan gerakan. Apabila satu gear bergerak, ia akan menggerakkan gear yang kedua yang berpaut dengannya. Selain itu, gear ini juga digunakan untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari. Kebanyakan alatan yang menggunakan gear taji seperti mesin basuh, mesin faks, printer dan skru driver elektrik. Kelebihan gear ini ialah mudah disesuaikan dengan manamana rekaan dan ia juga mudah didapati serta murah. Kelemahan gear ini pula ialah menghasilkan bunyi yang bising disebabkan oleh pelanggaran antara gigi-gigi gear semasa pergerakan berlaku.

Rajah menunjukkan gear taji

Rajah menunjukkan aplikasi gear taji

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Gear serong

13

Selepas kita telah mengetahui penggunaan gear taji, sekarang kita lihat pula gear yang kedua iaitu gear serong. Gear serong ini digunakan untuk memindahkan tenaga daripada satu aci lain yang bersudut 90 darjah. Merujuk kepada rajah di bawah kita dapati bahawa, gear ini dinamakan seroang sebab ia berada dalam keadaan 900 iaitu serong antara satu sama lain. Gear ini mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lurus, berpintal atau berbentuk kon. Gear ini digunakan pada tempat yang memerlukan penukaran arah putaran rod seperti dalam kereta, alat permainan, pemukul telur dan mesin gerudi tangan.

Rajah menunjukkan gear serong

Rajah menunujukkan aplikasi gear serong Gear Belitan

Gear yang ketiga kita akan lihat adalah gear belitan. Gear belitan dibina dengan satu batang belitan dan sebuah gear bulat. Gear ini digunakan untuk memindahkan daya putaran aci pada sudut tertentu dan mengurangkan kelajuan mesin. Penukaran pergerakan berlaku antara pergerakan lurus kepada pergerakan membulat tetapi tidak berlaku penukaran pegerakan membulat kepada lurus. Gear ini digunakan dengan meluas dalam sistem pemindahan. Kelebihan gear belitan ini ialah nisbah gear yang sangat tinggi dan kelebihan mengunci manakala kelemahan gear ini pula ialah berlaku pergerakan sehala sahaja. Sebagai contoh sepanar boleh laras dan pengadun elektrik.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

14

Rajah menunjukkan gear belitan

Rajah menunjukkan spanar boleh laras yang menggunakan gear belitan Gear Heliks

Selepas kita mempelajari tentang tiga gear pertama, kita sepatutnya sudah mendapat satu gambaran yang kasar tentang penggunaan gear untuk peralatan-peralatan tertentu. Geargear itu dicipta mengikut keperluan pergerakan pada peralatan-peralatan yang menggunakan gear tersebut. Gear yang keempat juga mempunyai ciri yang hampir sama dengan tiga gear sebelum ini. Terdapat dua gear berpautan dan ia mempunyai gigi tersirat (mesh) antara satu sama lain. Gear keempat yang perlu kita pelajari dinamakan gear heliks. Gear heliks mempunyai gigi yang dibina khas untuk bersudut pada permukaan gear lain supaya giginya dapat memadan alur gigi gear lain dengan sepenuhnya.Kelebihan gear ini adalah gear ini akan berfungsi dengan lebih licin dan senyap apabila ia digunakan. Selain itu, gear heliks mempunyai kelajuan tinggi dan sangat sesuai untuk sistem gear kereta. Sistem gear kereta mempunyai gear heliks bagi menambah dan mengurangkan tahap kelajuan kereta.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

15

Rajah menunjukkan gear heliks

Rajah menunjukkan aplikasi gear heliks Gear rak dan pinan

Rajah menunjukkan gear rak dan pinan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

16

Gear kelima ini adalah gear yang mempunyai bentuk yang sedikit berbeza daripada keempat-empat gear yang sebelumnya. Kesemua gear di atas berbentuk bulat dan mempunyai gigi pada permukaannya. Gear yang dinamakan sebagai rak dan pinan pula mempunyai satu gear berbentuk bulat dan satu berbentuk lurus. Ia mempunyai gigi seperti gear-gear yang lain dan ia juga tersirat (mesh) antara satu sama lain. Gear rak dan pinan digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau gerakan lurus kepada gerakan putaran. Gear ini terdapat pada mesin gerudi lantai. Gear ini juga boleh dilihat dalam sistem stering kereta, apabila stering kereta berpusing, gear akan turut berputar dan menyebabkan rak bergerak ke kiri atau ke kanan.

Rajah menunjukkan aplikasi gear rak dan pinan Berikan kebaikan penggunaan takal dan gear dalam kehidupan manusia Rantai gear Setelah kita mengetahui serba sedikit tentang kelima-lima gear dalam unit ini, mari kita mempelajari tentang rantai gear dan pengiraan yang melibatkan gear. Rajah di bawah menunjukkan satu gear pemacu dan gear dipacu. Gear pemacu adalah gear yang digerakkan oleh satu jenis tenaga yang dibekal dan gear dipacu pula adalah gear yang bergerak kerana digerakkan oleh pergerakan gear pemacu. Gear yang ditunjukkan di rajah dibawah adalah dikatakan gear sederhana. Gear pemacu

Gear dipacu Rajah menunjukkan satu gear sederhana

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

17

Apabila terdapat sesuatu gear sederhana, sudah tentu ada gear yang lain, iaitu gear yang bukan sederhana. Gear yang ditunjukkan pada rajah dibawah adalah dikatakan gear kompleks. Ia mempunyai gear pemacu dan gear dipacu seperti gear sederhana, tetapi ia juga mempunyai satu lagi gear di tengah. Gear ditengah itu dipanggil gear idler. Gear idler ini akan memindahkan kuasa daripada gear pemacu kepada gear dipacu.

Rajah menunjukkan satu gear kompleks

Setelah selesai mengetahui dan memahami tentang teori dan konsep berkenaan dengan gear, sekarang kita boleh mempelajari cara membuat pengiraan untuk soalan yang melibatkan gear. Formula yang digunakan untuk pengiraan yang berkaitan gear ditunjukkan di bawah.

N = Halaju Putaran T = Bilangan Gigi

Rajah di atas menunjukkan gear sederhana. Dalam formula yang ditunjukkan di atas NA dan NB mewakili halaju gear A dan gear B. Bilangan gigi pada gear-gear tersebut diwakili

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

18

oleh TA dan TB. Halaju gear yang dipacu dapat dikira jika kita mengetahui halaju gear pemacu dan bilangan gigi kedua-dua gear tersebut. Jika diberi soalan berkaitan dengan gear kompleks seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, kita boleh menggunakan formula yang diberi di bawah rajah tersebut.

N = Halaju Putaran T = Bilangan Gigi Jika kita lihat dengan teliti formula tersebut kita perlu mengetahui halaju gear A serta bilangan gigi gear A dan C sahaja untuk mengira halaju gear C. Contoh pengiraan untuk gear sederhana

NA = 100 rpm TA = 70 TB = 50 Tentukan halaju putaran bagi gear B

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


NA TA = NB TB NB = NA TA / TB NB = (100 x 70) / 50 NB = 140 rpm

19

Penutup Antara komponen yang digunakan dalam sistem mekanikal terdiri daripada dua jenis iaitu takal dan tali sawat serta gear. Takal dan tali sawat berfungsi mengawal pergerakan dalam kelajuan yang berbeza. Terdapat beberapa jenis gear yang berbeza mengikut penggunaannya dalam peralatan samada secara mekanikal atau elektro mekanikal. Sistem takal dan gear ini digunakan untuk melancarkan dan membantu pergerakan. Penyelidikan dapat dijalankan untuk memperbaiki dan mencipta sistem takal atau gear yang baru supaya pergerakan yang diperlukan dalam perlatan dapat ditingkatkan kualitinya. Jadual dibawah menunjukkan secara ringkas tentang bezanya antara pergerakan mekanikal dan elektro mekanikal secara am. Kita boleh mencari lebih banyak lagi persamaan dan perbezaan antara kedua-dua sistem pergerakan ini. Jadual menunujukkan perbandingan antara sistem mekanikal dan sistem elektromekanikal Sistem mekanikal Sistem elektromekanikal Menggunakan tenaga manual Menggunakan tenaga elektrik Binaannya mudah Binaannya lebih kompleks Tidak mempunyai komponen elektronik Menggunakan motor dan komponen elektronik

Penilaian kendiri 1. Nyatakan pergerakan-pergerakan yang terlibat untuk membolehkan suatu lipstik digunakan dengan mudah 2. Berikan dua contoh peralatan yang menggunakan gear serong 3. Nyatakan kelemahan gear belitan 4. Terangkan perbezaan antara sistem mekanikal dan elektromekanikal 5. Gear kompleks mempuyai gear dipacu dan gear pemacu. Namakan satu lagi gear yang terdapat dalam gear kompleks

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Rujukan 1. Creative thinking (2011) http://www.scribd.com 2. Kamus Dewan ( Edisi Ketiga) (2003). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

20

3. Kamus Pelajar, Terbitan khas KBSM (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Kamaros Zaman Mohb. Affendi, Chiam Min Kiew, Sanif Sapaat dan Teo Kim Yang (2005). Fokus U, Kemahiran Hidup bersepadu, Teras dan Pilihan Kemahiran Teknikal Selangor 5. Ng Wee Choo, Salmiah Jaba, Roslan Atan dan K. H. Khiu (2006). E-Tutor, Kemahiran Hidup Bersepadu, Kemahiran Teknikal Selangor.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

21

UNIT 2 DAYA DAN FAKTOR KEKUATAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Memahami prinsip-prinsip daya serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi daya dan momen 2. Mengilustrasikan gambarajah jasad bebas berserta dengan komponen-komponen daya. 3. Membincangkan hukum-hukum Newton 4. Mendefinasikan ketegasan dan keterikan serta melaksanakan pengiraan yang berkaitan 5. Mendefinasikan modulus kekenyalan serta menyatakan Hukum Hooke

PENGENALAN
Apakah perkaitan antara daya dengan sistem-sistem daya pada jasad? Adakah daya yang bertindak pada sesuatu sistem memberi kesan pada objek tersebut secara langsung atau tidak langsung? Bagaimanakah pergerakan yang terhasil akibat tindakan daya keatas sesuatu jasad? Bolehkah magnitud dan arah daya dimanipulasikan? Dalam unit ini kita akan mempelajari tentang daya dan faktor-faktor yang mempengaruhi daya tersebut. Dalam unit yang lepas, kita telah pelajari tentang pergerakan dan jenis-jenis pergerakan serta peralatan yang membantu pergerakan. Di dalam unit ini kita akan mengkaji sejauh mana pergerakan dipengaruhi oleh daya-daya yang bertindakbalas. Kita juga akan meneliti apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi daya yang bertindak pada satu jasad. Daya ditakrifkan sebagai tindakan sesuatu jasad pada jasad yang lain. Daya dikenakan sama ada melalui sentuhan langsung ataupun tindakan dari jauh. Daya yang bertindak pada sesuatu jasad akan menghasilkan kesan-kesan yang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kesan luaran dan kesan dalaman. Daya yang bertindak secara langsung adalah seperti daya tolakan manakala daya yang bertindak dari jauh adalah seperti daya tarikan graviti. Faktor-faktor penting yang mempengaruhi daya adalah i) ii) iii) iv) Arah daya yang dikenakan Besarnya daya Jisim objek Tenaga kinetik objek sebelum daya bertindak

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

22

Bagi faktor arah daya yang dikenakan mempengaruhi daya tindakan tersebut dapat di terangkan dengan lebih jelas jika kita gunakan satu contoh yang sesuai. Kita ambil contoh sebuah kereta yang sedang bergerak. Apabila kereta itu ditolak mengikut arah kereta itu bergerak, kereta itu akan bergerak dengan lebih laju. Akan tetapi jika daya yang dikenakan itu adalah bertentangan dengan arah pergerakan kereta, maka kereta itu akan semakin perlahan dan akan berhenti. Jika daya yang dikenakan pada kereta yang bergerak itu adalah pada arah yang sama, kelajuan kereta yang bergerak selepas daya dikenakan itu adalah bergantung kepada besarnya daya tolakan yang dikenakan. Faktor yang ketiga pula boleh diterangkan dengan mengambil situasi dimana satu bulu pelepah haiwan dan seketul batu dijatuhkan secara bebas. Tindakan daya ke atas bulu pelepah mempunyai impak yang berlainan berbanding dengan impaknya terhadap batu yang jisim yang lebih besar. Batu itu akan jatuh dengan cepat ke tanah kerana jisim yang besar memberi rintangan yang kecil. Fenomena ini membuktikan tindakan daya terhadap sesuatu jasad apabila ia mempunyai kesan jisim yang berlainan. Apabila seorang pemain bola sepak menyepak bola yang sedang bergolek, bola itu akan bergerak lebih laju daripada bola yang disepak semasa ia sedang pegun. Seorang penjaga gol akan menghadapi masalah untuk menangkap bola yang disepak apabila ia bergolek berbanding dengan bola yang disepak daripada tendangan percuma. Keadaan ini boleh menerangkan faktor yang keempat di atas.

1. Daya boleh bertindak dengan sentuhan terus dan dari satu jarak. Berikan satu contoh bagi setiap faktor-faktor yang mempengaruhi daya di atas 2. Ahmad dan Abu mempunyai jisim badan yang sama iaitu 50kg. Ahmad menolak sebuah kereta yang pegun dari arah belakang sehingga ia boleh bergerak. Selepas kereta itu pegun semula, ia ditolak oleh Abu, tetapi tidak dapat menggerakkannya. Namakan faktor yang mempengaruhi keadaan yang di atas

ISI KANDUNGAN
Momen Setelah kita memahami tentang daya dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, sekarang kita lihat pula tentang apakah itu momen. Momen juga berkait rapat dengan fenomena daya. Pada umumnya, daya-daya yang bertindak pada sesuatu objek cenderung untuk menyebabkan objek itu beralih. Daya yang bertindak pada jasad pula bukan sahaja menyebabkan jasad itu cenderung untuk beralih tetapi juga menyebabkan jasad itu cenderung untuk berputar pada sebarang paksi yang tidak bersilang atau selari dengan garis tindakan daya tersebut. Kecenderungan untuk berputar itu dinamakan sebagai momen.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

23

Momen juga boleh dikatakan sebagai daya yang dikenakan dalam satu titik dan tindakbalasnya berlaku pada titik yang lain dalam satu jarak. Contohnya adalah penggunaan spanar untuk membuka satu nat.

Rajah menunjukkan satu momen yang terhasil apabila spanar dikenakan daya dan ia berputar

Momen boleh dikira dengan menggunakan formula yang ditunjukkan di bawah. Untuk pengiraan momen ini kita memerlukan panjang sesuatu peralatan untuk mengetahui jarak daya bertindak dan juga jumlah daya yang dikenakan untuk melakukan sesuatu kerja.

Momen = Daya darab dengan jarak yang bersudut tegak dengan paksi putaran

M = Fd Dimana M = Momen F = Daya yang dikenakan d = Jarak momen daya dari daya yang dikenakan Apakah itu jasad bebas? Mengapakah kita perlu menggunakan jasad bebas? Adakah jasad bebas akan menolong anda memahami sesuatu teori dengan lebih jelas? Bagaimanakah hukum-hukum Newton digunakan dalam kehidupan seharian?

Gambarajah Jasad Bebas (GJB)

Dalam bahagian ini kita akan mempelajari tentang jasad bebas. Jasad bebas adalah satu bahagian yang dipencilkan daripada bahagian-bahagian yang lain dalam satu struktur. Gambarajah Jasad Bebas (GJB) free body diagram adalah sesuatu gambarajah yang akan menunjukkan kepada kita dimanakah arah sesuatu objek itu akan memecut atau menyahpecut. Gambarajah itu juga akan menunjukkan semua daya yang bertindak ke atas objek tersebut.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

24

Gambarajah yang menggambarkan jasad bebas berkenaan, dilengkapi dengan sistem daya luar yang bertindak padanya yang disebabkan oleh saling tindak balas dengan bahagianbahagian yang disisihkan. Ia diberi nama gambarajah jasad bebas (GJB). GJB bagi sesuatu sistem jasad menunjukkan semua daya yang bertindak pada sempadan luar jasad yang telah dipencilkan itu. Daya-daya ini termasuklah daya-daya tindakan yang dikenakan secara langsung kepadanya dan daya-daya tindakbalas yang dikenakan pada jasad itu oleh bahagianbahagian yang telah disisihkan daripadanya tadi.

Apabila sesuatu bongkah digantung dengan menggunakan satu kabel dari siling, dayadaya yang bertindak pada kabel itu adalah dari atas dan dari bawah.

Rajah menunjukkan satu bongkah yang tergantung dengan kabel Gambarajah jasad bebas di bawah menunjukkan daya-daya yang bertindak pada kabel. Berat bongkah itu disebabkan oleh daya graviti yang bertindak pada bongkah dan ini akan menyebabkan kabel itu ditarik ke bawah. Kabel itu disambungkan pada siling dengan satu bahan penyambungan, oleh itu ia tidak boleh terlepas dari pegangan siling. Hasil dari situasi itu, kabel itu akan mengalami keregangan sebab ditarik dari bawah dan tidak terlepas dari atas.

Rajah menunjukkan GJB untuk bongkah di rajah diatas

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

25

Di dalam contoh yang kedua pula bongkah yang sama di gantung dari siling oleh kabel dan ditarik ke kanan oleh satu lagi kabel yang lain. Disini ia akan mempunyai daya yang ketiga bertindak pada bongkah tersebut.

Rajah menunjukkan satu bongkah digantung dan ditarik

Setelah melihat rajah di atas, kita perlu merujuk kepada rajah GJB di bawah supaya kita dapat melihat gambaran yang lebih jelas tentang daya-daya yang bertindak pada bongkah tersebut. Adalah jelas dari rajah dibawah terdapat 3 daya yang berlainan yang bertindak pada bongkah tersebut.

Rajah menunjukkan GJB untuk bongkah pada rajah di atas

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

26

Sekarang mari kita lihat daya yang bertindak pada bongkah dalam keadaan yang berlainan iaitu selain daripada di gantung. Dalam contoh di bawah, bongkah itu ditarik oleh satu kabel pada permukaan yang condong. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang daya-daya yang bertindak pada bongkah tersebut, perhatikan GJB bagi bongkah tersebut.

Rajah Menunjukkan suatu bongkah yang ditarik pada permukaan condong

GJB bongkah itu menunjukkan empat daya yang bertindak pada bongkah tersebut. Seperti pada bongkah yang tergantung tadi, ia masih mempunyai berat (W) iaitu daya graviti betindak padanya. Daya yang kedua adalah regangan (T) kabel dan dalam contoh ini ada satu daya ketiga yang baru iaitu daya normal. Apabila suatu objek terletak di atas tanah ada satu daya yang akan membalikkan beratnya iaitu daya itu dipanggil daya normal (R). Apabila bongkah itu bergerak di atas suatu permukaan daya geseran (F) pula akan bertindak pada bongkah itu.

Rajah menunjukkan GJB untuk bongkah yang digerakkan di atas satu permukaan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Daya tindakan dan daya tindakbalas

27

Setiap daya tindakan ada daya tindakbalasnya. Itu adalah satu teori sains yang tidak boleh dinafikan. Dalam kehidupan seharian kita juga kita akan mempunyai situasi yang sama berlaku dalam setiap tindakan. Fenomena ini boleh ditunjukkan pada gambarajah paksi x - y di bawah. Magnitud bagi daya adalah suatu kuantiti skalar. Ia diukur dengan unit Newton (N) dalam sistem piawaian SI. Apabila daya dikenakan pada suatu jasad, daya tindakbalas akan berlaku. Rajah dibawah menunjukkan secara am bagaimana daya tindakbalas terhasil untuk daya tindakan yang dikenakan.

Apabila kita telah mengetahui bagaimana daya tindakbalas itu, kita boleh membuat pengiraan dengan menggunakan rajah x y tersebut. Contoh di bawah menunjukkan pengiraan tersebut.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Hukum Newton

28

Hukum-hukum Newton terbentuk hasil daripada kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan seharian. Sudah pasti anda pernah dengar tentang Sir Isaac Newton yang telah menghasilkan hukum-hukum tersebut. Kita perlu memahami sesuatu dan berfikir untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang sesuatu fenomena. Begitulah saintis-saintis masa dahulu telah menghasilkan berbagai hukum-hukum sains yang kita aplikasikan sekarang dalam kehidupan seharian. Mari kita bincangkan hukum-hukum Newton. Terdapat tiga hukum Newton iaitu. Hukum Newton Pertama Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut. Fenomena ini boleh dirasa apabila kita duduk dalam satu bas yang bergerak dan jika pemandu bas tiba-tiba menekan breknya. Penumpang yang sedang duduk pegun akan terhumban ke depan. Ini dinamakan sifat Inersia. Penumpang yang sedang duduk tadi bergerak bersama-sama dengan bas semasa bas sedang bergerak dan bila brek ditekan dengan tiba-tiba dan bas cuba berhenti, penumpang yang di dalam bas tadi masih dalam keadaan bergerak yang menyebabkan dia terhumban ke hadapan.

Mungkin anda akan faham apabila melihat contoh yang kedua tentang hukum newton pertama ini. Satu bola akan kekal pegun jika tiada aplikasi daya luar bertindak ke atasnya. Bola yang sedang bergerak pula akan terus bergerak jika tiada rintangan udara atau geseran permukaan pada badan atau tindakan daripada sesiapa yang cuba menghentikannya. Hukum Newton Kedua Setelah kita memahami tentang hukum Newton Pertama, kita teruskan dengan hukum Newton Kedua pula. Hukum gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. Maksudnya daya paduan yang dikenakan akan mempengaruhi momentum atau halaju per masa sesuatu objek. Hukum ini menyatakan bahawa daya ialah kadar perubahan momentum. F = mv mu t = m (v u) T = ma m = jisim a = pecutan v = halaju akhir u = halaju awal F = daya t = masa

Kita lihat pada satu contoh untuk lebih memahami tentang hukum newton kedua. Sekiranya 1kg bola disepak dengan daya I0N dan ia menghasilkan pecutan sebanyak 10ms-2. Jika daya yang sama dikenakan ke atas bola yang berjisim 2kg maka pecutannya adalah 5m/s2. Ini menunjukkan daya berkadar terus dengan momentum iaitu jisim darab dengan pecutan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Hukum Newton Ketiga

29

Menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud yang sama tetapi bertindak pada arah yang bertentangan. Maksudnya apabila kita melontar bola pada satu dinding, jika tiada tenaga yang diserap oleh dinding itu, maka bola itu mesti melantun semula pada kita dengan halaju yang sama seperti halaju yang kita lontarkan.

Geseran Adakah anda perasaan yang tapak kasut yang kerap anda gunakan semakin menjadi nipis? Semasa di dalam air, kita tidak dapat bergerak dengan pantas seperti di darat. Mungkin anda pernah melalui situasi tersebut. Keadaan ini berlaku disebabkan wujudnya faktor geseran. Geseran adalah hasil dari satu daya yang bertindak bertentangan dengan arah pergerakan sesuatu benda atau objek. Geseran berlaku apabila dua medium bersentuhan antara satu sama lain. Geseran dapat menghasilkan tenaga-tenaga sampingan seperti bunyi, haba, cahaya dan lain-lain. Geseran mempunyai kebaikan dan keburukan kepada manusia dan persekitaran. Geseran boleh dipertingkatkan dan juga dikurangkan mengikut keperluan. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengurangkan geseran adalah minyak, lilin, gris, roda pengolek dan lain lain lagi manakala untuk mempertingkatkan geseran kita boleh menggunakan lapik anti gelincir, menjadikan permukaan lebih kasar, gunakan permukaan yang kering dan lain lain.

Geseran juga boleh diterangkan dengan lebih saintifik. Ia boleh dikatogerikan kepada dua jenis iaitu geseran statik dan geseran kinetik. Geseran yang menentang pergerakan objek yang pegun dinamakan geseran statik. Apabila objek sedang bergerak geseran yang menentang pergerakan tersebut dikenali sebagai geseran kinetik.

Hukum geseran pertama Arah daya geseran adalah bertentangan dengan arah pergerakan. Apabila satu daya yang digunakan untuk mengerakkan suatu objek ditambah, geseran yang menentang pergerakan objek tersebut juga bertambah sampai ke satu takat dimana daya yang dikenakan adalah lebih daripada daya geseran dan akan membolehkan objek tersebut bergerak. Kereta boleh bergerak dari keadaan pegun apabila kereta dapat mengatasi daya geseran yang bertindak pada tayar yang menyentuh permukaan jalan. Contoh yang kedua adalah, bola yang

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

30

sedang bergolek di atas lantai akhirnya akan berhenti. Apabila bola itu bergerak kehadapan, geseran akan bertindak pada arah yang bertentangan. Pergerakan bola itu akan berkurangan sehingga bola itu berhenti akhirnya jika tidak ada daya tindakan dikenakan pada bola tersebut. Laju pergerakan bola itu juga bergantung kepada jumlah daya yang dibekalkan padanya iaitu berapa kuat seseorang menendang bola tersebut.

Hukum geseran kedua Daya geseran tidak dipengaruhi oleh luas kawasan yang bersentuhan antara objek dengan permukaan. Walaupun objek yang besar mempunyai daya geseran yang lebih besar, tetapi ia sebenarnya bukan kerana luas permukaan yang bersentuhan.

Hukum geseran ketiga Daya geseran adalah berkadar terus dengan daya normal. Daya normal adalah daya yang bertindak ke atas bahan yang tersentuh pada permukaan yang bergesel. Daya ini akan bertindak bersudut tepat dengan objek yang bergerak di atas suatu permukaan. Ini adalah daya yang berkait secara langsung dengan daya graviti. Jadi jika sesuatu bahan diletak atas permukaan yang mempunyai geseran, bahan itu tidak bergerak disebabkan oleh daya normal

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

31

ini. Ini juga adalah fakta yang sesuai menerangkan kenapa luas permukaan tidak mempengaruhi geseran. Sebenarnya jika objek yang besar digerakkan pada satu permukaan, berat yang dikadungi oleh objek itu yang menentukan jumlah yang terhasil dan bukan luas permukaannya.

Hukum geseran keempat Seterusnya kalau kita lihat pada hukum geseran yang terakhir, kita akan dapati bentuk juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi geseran. Besarnya daya geseran adalah bergantung kepada bentuk, jenis dan keadaan permukaan bahan yang bergesel itu. Permukaan yang lain mempunyai daya geseran yang berlainan. Permukaan yang lebih kasar akan menghasilkan daya geseran yang lebih tinggi berbanding dengan permukaan yang licin. Contohnya, untuk membuka botol dengan tangan yang kering adalah lebih senang berbanding membuka botol tersebut dengan tangan yang basah.

Kebaikan geseran Melalui hukum-hukum geseran yang telah dipelajari, sudah tentu dapat membantu kita memahami tentang apa itu geseran dan bagaimana berlakunya geseran. Di bahagian ini, kita akan bincangkan tentang kebaikan geseran. Kebaikan yang pertama adalah ia memperlahankan pergerakan atau menghalang pergerakan. Fenomena ini penting dalam pergerakan, contohnya sebuah bas atau kereta yang bergerak perlu memperlahankan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

32

pergerakannya atau berhenti pada masa masa yang tertentu. Kalau tiada geseran, bas atau kereta tidak akan dapat diberhentikan atau diperlahankan. Geseran juga akan mencegah gelinciran atau luncuran yang membolehkan manusia atau haiwan berjalan tanpa tergelincir atau terjatuh. Kadang kala gelinciran akan menyebabkan manusia tercedera dengan teruk. Geseran antara dua permukaan juga menolong kita dalam bidang penulisan. Apabila terdapat geseran karbon dari pensil akan dapat tergeser dengan permukaan kertas, kesan-kesan karbon tersebut akan terhasil di atas permukaan kertas. Ini membolehkan kita menyebarkan maklumat melalui penulisan.

Keburukan geseran Sekarang kita lihat pada keburukan geseran pula. Walaupun geseran membantu dalam memperlahankan pergerakan tetapi kadang kala ia adalah satu jenis gangguan kerana akan melambatkan atau menghalang sesuatu pergerakan daripada berlaku. Ini akan menjadikan pergerakan menjadi lebih susah. Oleh kerana itu kita perlu menggunakan lebih banyak tenaga untuk mengatasi geseran yang tersebut. Ini akan membazirkan tenaga dan pembaziran tenaga akan turut menyebabkan pembaziran wang. Geseran juga akan menghasilkan tenaga haba dan tenaga bunyi. Tenaga haba boleh menghauskan permukaan bahan yang tergeser dan ini akan menyebabkan bahan rosak. Tenaga bunyi pula boleh menyebabkan pencemaran bunyi yang tidak menyenangkan untuk pendengaran kita.

Pekali geseran Pekali geseran didefinasikan sebagai nisbah perbandingan antara daya geseran dengan daya normal yang menekan kedua dua permukaan bersama.

Rajah menunjukkan satu bongkah dengan daya-daya yang bertindak padanya Kita dapat mengira daya tindakan dan daya normal yang terlibat jika kita mengethaui pekali geseran. Formula di bawah digunakan untuk membuat pengiraan tersebut. F = R F = daya tindakan R = daya normal = pekali geseran

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

33

R adalah daya geseran maksimum yang perlu diatasi oleh daya tindakan yang membolehkan berlakunya gerakan pada objek.

Pengiraan yang melibatkan pekali geseran Satu bongkah sedang bergerak pada lantai simen. Kirakan berat (W) bongkah itu.

Fx = 0, TF=0 150 = F Fy = 0 R=W

F = R R = F/ R = 150/0.2 R = 750N W=R W = 750N

1. Apabila sebuah kereta ditolak dari belakang sehingga ia bergerak, namakan daya-daya yang bertindak pada kereta tersebut __________________________________________________________ __________________________________________________________ 2. Terangkan tentang hukum geseran kedua ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Pengenalan untuk kekuatan bahan

34

Apakah kaedah untuk menguji kekuatan sesuatu bahan? Adakah bahan logam boleh mengalami pemanjangan atau mampatan? Apakah kegunaan takal? Kekuatan bahan adalah satu faktor yang penting untuk memastikan struktur yang dibina tidak roboh kerana tidak cukup kuat. Seringkali dalam rekaan sesuatu alat atau struktur, seseorang pereka akan cuba menganggarkan tegasan yang mungkin berlaku pada komponen atau bahagian-bahagian alat yang direkanya. Dengan pengetahuan yang sedia ada tentang ciri-ciri fizik bahan yang telah dipilih, pereka akan dapat menentukan bentuk dan saiz yang diperlukan tanpa mengabaikan faktor keselamatan. Ujian-ujian mekanik yang boleh dijalankan untuk menguji kekuatan sesuatu bahan termasuklah ujian tegangan dan kekerasan. Daripada ujian-ujian tersebut kita boleh mengetahui tentang tegasan dan terikan sesuatu bahan. Dalam sifat mekanik kayu hubungan tegasan-terikan berkait dengan rintangan bahan terhadap beban yang dikenakan iaitu daya.

Tegasan Tegasan () adalah daya yang bertindak seunit luas permukaan keratan rentas permukaan hasil tindakan oleh daya luaran yang tersebar secara seragam.

= F/A

Fenomena tegasan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis i. Tegasan tegangan Tegasan tegangan akan menyebabkan pemanjangan bahan dan bahan itu akan kembali ke dimensi asal apabila daya tegasan disingkirkan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


ii. Tegasan mampatan

35

Tegasan mampatan pula akan menyebabkan pengurangan daripada panjang asal sesuatu bahan dan akan juga kembali ke dimensi asal apabila daya mampatan itu disingkirkan

Sekarang kita akan lihat bagaimana kita boleh menggunakan pengetahuan tentang tegasan untuk membuat pengiraan. Seperti yang terdapat dalam formula dalam muka surat sebelah, kita perlu mengetahui luas keratan rentas sesuatu rod atau objek dan jumlah daya yang dikenakan. Soalan Sebatang bar keluli dengan keratan rentas yang seragam, A = 10cm2 dikenakan daya 100 kN seperti ditunjukkan dalam rajah 1. Kirakan tegasan normal, yang terjadi di dalam bar tersebut

Rajah menunjukkan sebatang bar keluli ditindak oleh daya = F/A = 100/10 = 10 kN/cm2

= 0.1 kN/mm2

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Contoh yang kedua untuk pengiraan berkaitan tegasan

36

= F/A = mg/ r2 = (50 x 9.81)/ 3.14 x (10 x 10-3)2 = 1561309.99 N/m2 = 1.6 MN/m2

Terikan Definasi untuk terikan () ialah nisbah perubahan panjang dengan panjang asal. Rajah bawah menunjukkan terikan yang terhasil pada satu rod. Seperti juga tegasan, terikan juga boleh di bahagikan kepada dua iaitu pemanjangan dan pemendekan. Formula untuk mengira terikan bagi suatu objek adalah seperti berikut

= x/L

Rajah menunjukkan fenomena terikan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Kita boleh membuat pengiraan untuk terikan seperti di bawah

37

= x/L = 0.15/100 = 1.5 x 10-3

Setelah kita mengetahui tentang tegasan dan terikan, kita akan memahami graf yang ditunjukkan di bawah hasil daripada pengabungan fenomena tegasan dan terikan dalam satu lakaran graf paksi x-y

Gambarajah tegasan-terikan

Setelah meneliti gaf di atas, kita boleh menyimpulkan bahagian-bahagian yang ditanda di graf seperti berikut:

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


A B C D E mematuhi Hukum Hooke had keanjalan titik alah tegasan yang paling tinggi tegasan yang keterlaluan, titik putus

38

Hukum Hooke Hubungan linear di antara komponen tegasan dengan komponen terikan biasanya dikenali sebagai hukum Hooke. Dalam had anjal, keterikan sesuatu bahan adalah berkadar terus dengan tegasan yang dikenakan kepadanya

=E
Pemalar E dipanggil Modulus Keanjalan atau Modulus Young .

Prinsip Hukum Hooke Prinsip Hukum Hooke adalah berdasarkan kepada ujikaji yang dijalankan ke atas bahan yang bersifat anjal iaitu bahan bukan logam seperti getah ataupun bahan logam seperti keluli lembut. Ujikaji yang dilakukan ke atas bahan berkenaan lazimnya dibuatkan dengan menggunakan mesin ujian tegangan. Bahan anjal yang diuji berupaya memanjang dan kemudian kembali kepada bentuk asal. Sifat anjal bahan itu mempunyai hubung kait antara ketegasan dan keterikan dalam sesuatu bahan. Kefahaman tentang prinsip hukum ini dapat dijelaskan berdasarkan kepada graf tegasan melawan terikan di atas hasil daripada ujikaji yang telah dilakukan

Modulus keanjalan Modulus keanjalan ditakrifkan sebagai nisbah tegasan dengan terikan dalam had keanjalan

E = /
Pengiraan modulus keanjalan

= 150 MN/m2 = 8 x 10-4 E=/ E = 150 x 106 8 x 10-4 E = 187.5 x 109 N/m2

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Penilaian kendiri 1. Senaraikan semua faktor penting yang mempengaruhi daya 2. Apakah itu gambarajah jasad bebas? 3. Berikan dua keburukan geseran 4. Definisikan tegasan dan terikan 5. Terangkan tentang Hukum Hooke

39

Rujukan 1. 2. 3. 4. Wan Abu Bakar Wan Abas (1989) Mekanik Kejuruteraan Statik, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur S.P. Timoshenko, J.N. Goodier, Penterjemah Mohd zubil bahak (1997) Teori Kekenyalan, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia: Johor Darul Tazim http://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/bs_ssukan/bs_ssukan_t5_7b.pdf Abdul Kariem Haji Arof (1992) Sifat Jirim Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

40

UNIT 3 SISTEM HIDRAULIK


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap akan dapat: 1. Memahami sistem hidraulik dari segi faedah dan tujuan penggunaannya 2. Menerangkan kelebihan sistem hidraulik dan sifat-sifat bendalir hidraulik 3. Memahami Hukum Paskal dan menggunakan rumus Hukum Paskal

PENGENALAN

Apakah itu sistem hidraulik? Sistem hidraulik menggunakan medium apa untuk pemindahan kuasa? Peralatan apa yang menggunakan sistem hidraulik? Apakah kelebihan sistem hidraulik? Bagaimanakah kita boleh memperkaitkan sistem hidraulik dengan otomobil? Dalam unit-unit yang lepas kita telah belajar tentang pergerakan dan daya serta peralatan yang memindah kuasa. Unit ini mengandungi satu lagi sistem yang memindah kuasa. Sistem yang melakukan pemindahan kuasa itu dinamakan sistem hidraulik. Sistem hidraulik adalah sistem yang mengaplikasikan penggunaan cecair atau bendalir sebagai medium untuk pemindahan kuasa. Ia kebanyakkannya digunakan dalam industri automobil seperti sistem stering kuasa atau sistem brek hidraulik. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak yang tidak boleh dimampatkan dan yang mempunyai ciri kelinciran. Kelebihan sistem hidraulik adalah, ia tahan lasak dan bertindak pantas. Hukum yang diaplikasikan di dalam sistem ini adalah Hukum Pascal yang menyatakan bahawa tenaga boleh dipindahkan melalui cecair. Dalam satu sistem hidraulik terdapat tiga bahagian yang penting iaitu penjana yang dikuasakan oleh motor elektrik seperti pam hidraulik, enjin pembakaran atau kincir angin, penapis paip dan sebagainya yang berfungsi untuk mengawal sistem ini. Selain itu, sistem hidrualik juga berkait rapat dengan sistem pneumatik. Sistem pneumatik adalah satu lagi sistem yang membantu dalam pemindahan kuasa. Secara umumnya pueumatik digunakan untuk daya atau beban yang rendah iaitu sehingga 10kN (1 ton) dan apabila kelajuan kitaran pantas diperlukan. Apabila daya, kejituan, kawalan kelajuan dan nisbah kuasa terhadap beban yang tinggi diperlukan, maka sistem hidraulik digunakan. Selain itu, kuasa bendalir adalah istilah yang merangkumi kedua-dua kuasa ini. Kita akan mempelajari dengan lebih lanjut tentang sistem pneumatik dalam unit seterusnya. Penggunaan meluas litar hidraulik dalam perkakas mesin, sistem kawalan pesawat udara dan pengendalian yang serupa berlaku kerana faktor seperti kepositifan, kejituan, kebolehlenturan, nisbah kuasa kuda berat yang tinggi untuk permulaan cepat, menghentikan dan balikan yang lancar dan tepat serta mudah dikendalikan. Gabungan sistem elektronik dan hidraulik digunakan dengan meluas kerana ia menggabungkan kebaikan kedua-dua kawalan elektronik dan kuasa hidraulik.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

41

Rajah menunjukkan sistem hidraulik asas.

ISI KANDUNGAN

Aplikasi sistem hidraulik Setiap sistem yang dicipta dan digunakan mesti mempunyai kelebihannya. Dalam bahagian ini kita akan membincangkan tentang kelebihan dan faedah menggunakan sistem hidraulik. Sistem hidraulik yang berkesan banyak memberi faedah kepada penggunaannya yang kebanyakannya berfungsi sebagai pengangkat, pengcekam, pemampat dan penolak. Manusia akan menghadapi masalah untuk mengangkat atau memampat dengan menggunakan kekuatan diri yang ada pada kita.

Rajah menunjukkan rem hidraulik yang terdapat pada kenderaan yang berfungsi untuk mengurangkan kelajuan dan memberhentikan kenderaan.

Sistem hidraulik membantu kita mengangkat objek-objek yang besar dan berat yang tidak terdaya diangkat oleh manusia. Fungsi-fungsi ini dapat dilihat pada jek kenderaan, mesin kerja tekan, sistem brek kenderaan dan jentolak. Pergerakan hidraulik mempunyai halaju tindak balas yang tinggi. Ia boleh bertindak dengan pantas apabila ia bermula dan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

42

selepas itu apabila tiba masanya untuk berhenti, ia akan melakukan kerja pemberhentian dengan cepat. Ia juga boleh memberi kuasa balikan yang laju dan pantas. Ciri-ciri ini memberi faedah terhadap fungsi-fungsi berikut. i. Sebagai pemampat.

Rajah menunjukkan satu pemampat

ii.

Sebagai pencengkam.

Rajah menunjukkan satu pencengkam iii. Sebagai pengangkat.

Rajah menunjukkan jek kenderaan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


iv. Sebagai penolak.

43

Gambarajah menunjukkan sistem asas terbuka yang terdapat pada lori tanah

Kelebihan sistem hidraulik Setelah kita mengenali aplikasi sistem hidraulik, mari kita lihat pula apakah kelebihannya. Sistem hidraulik mempunyai kelebihannya tersendiri yang menjadikannya sistem yang berkesan. Sistem hidraulik sangat sesuai untuk melakukan kerja yang berat. Selain itu, sistem ini juga dapat dikawal dari jauh serta penukaran arah gerakannya mudah dikendalikan. Faktor yang paling penting mengenai sistem ini adalah, ia mempunyai pergerakan yang lancar dan licin. Antara kelebihan lain termasuklah:

i.

Kecekapan

Sistem hidraulik dapat mengurangkan kerugian yang boleh berlaku dalam rangkaian mekaniknya, Semua tenaga dihantar melalui satu sistem hidraulik dapat diterima secara total pada output. Manakala, sistem elektrik pula lebih rendah kecekapannya berbanding sistem hidraulik iaitu sebanyak 15%. Ini bermakna, sistem hidraulik mempunyai kecekapan yang tinggi berbanding sistem yang lain.

ii.

Kebolehpercayaan tinggi

Sistem hidraulik konsisten dan boleh dipercayai. Tidak seperti sistem yang lain yang tidak tertakluk kepada perubahan dalam pelaksanaan atau kegagalan yang tidak diduga secara tiba-tiba.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


iii. Mengawal Kepekaan

44

Bendalir dalam sistem hidraulik beroperasi seperti sebuku keluli dalam menghantar kuasa. Bagaimanapun, gerakan ini merupakan penghantaran yang ringan dan boleh menjadi serta-merta untuk memulakan gerakan atau berhenti. Injap-injap dalam sistem itu boleh memulakan atau menghentikan aliran cecair tekanan dengan serta merta dan memerlukan tenaga yang sangat sedikit untuk memanipulasikannya. Keseluruhan sistem amat responsif untuk kawalan pengendaliannya.

iv.

Kelonggaran Pemasangan

Sambungan sistem hidraulik boleh dijalankan hampir di mana sahaja. Tidak seperti sistem-sistem mekanikal lain yang harus mengikut lorong-lorong lurus atau sepadan, sistem hidraulik boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Komponen utama sistem hidraulik didorong oleh pam yang berdekatan dengan sumber kuasa yang boleh dipasang dipelbagai tempat.

Secara ringkasnya, kebaikan dan keburukan sistem hidraulik adalah seperti di bawah: Kebaikan 1 2 3 Bendalir hidraulik turut bertindak sebagai pelicir, dalam sistem hidraulik. Penggerak hidraulik bersaiz kecil tetapi boleh menghasilkan daya atau kilas yang besar. Pengerak hidraulik mempunyai laju tindak balas yang lebih tinggi dengan operasi mula dan henti. Penggerak hidraulik boleh dikendalikan dalam keadaan berterusan, terputus-putus dan membalik tanpa rosak. Laju jatuh apabila beban dikenakan adalah kecil. Keburukan Kuasa hidraulik tidak mudah didapati berbanding dengan kuasa elektrik. Kos sistem hidraulik lebih tinggi berbanding sistem elektrik untuk fungsi yang serupa. Risiko kebocoran bendalir hiraulik

Gelembung udara boleh menyebabkan sistem hidraulik tidak boleh berfungsi dengan baik. Sistem ini mudah menjadi serabut kerana kesukaran dalam menyenggara sistem hidraulik.

Bincangkan tentang sistem hidraulik dari segi penggunaannya di industri. Namakan lima peralatan yang menggunakan sistem hidraulik dan kelebihannya kepada industri tersebut Sifat-sifat bendalir hidraulik

Kita telah bincangkan secara am tentang sistem hidraulik. Bahagian ini pula akan membincangkan sistem hidraulik secara terperinci. Unsur yang penting digunakan dalam sistem hidraulik ini adalah bendalir. Bendalir ialah semua jenis bahan yang tidak mempunyai

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

45

bentuk khusus dan boleh mengalir termasuk cecair dan gas. Namun demikian, dalam sistem hidraulik, bendalir merujuk kepada cecair yang digunakan untuk menghantar tenaga tekanan dari pam kepada mekanisma yang dapat melakukan kerja. Contohnya, silinder dan motor hidraulik. Pemilihan jenis bendalir hidraulik yang sesuai amat penting kerana pada kebiasaannya masalah yang selalu berlaku kepada sistem hidraulik adalah berkaitan dengan bendalir.

Kuasa hidraulik meliputi penggunaan bendalir seperti minyak atau cecair lain sebagai perantara dalam pengawalan kuasa. Bendalir sangat penting untuk sistem hidraulik. Ini kerana bendalir yang digunakan dalam sistem ini berfungsi untuk menghantar kuasa, melincirkan komponen-komponen yang bergerak, melesapkan haba yang terjana kerana geseran, mencegah karat atau kakisan dan menyingkirkan bendasing yang mungkin mengakibatkan kerosakan.

Sifat-sifat bendalir sangat penting bagi memastikan bendalir berfungsi dengan baik dalam sistem. Antara sifat-sifat yang perlu ada pada bendalir ialah seperti berikut:

i.

Kelikatan a. Kelikatan bermaksud pengukuran ketebalan atau kesenangan sesuatu bendalir mengalir. b. Kelikatan bendalir juga hendaklah cukup tinggi untuk pelinciran bagi komponen yang bersentuh. c. Penggunaan bendalir yang terlalu nipis (kurang likat) akan menyebabkan masalah seperti kehausan komponen bergerak, pergerakan silinder yang terlalu laju dan sebagainya. d. Penggunaan bendalir dengan kelikatan terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kendalian yang perlahan, keperluan kuasa tambahan dan penjanaan haba yang berlebihan.

ii.

Sifat pelinciran yang baik a. Bendalir hendaklah mempunyai sifat keminyakan supaya dapat melekat pada celah-celah antara komponen bergerak dan boleh mengurangkan geseran.

iii.

Pencegahan karat dan kakisan a. Karat berlaku disebabkan oleh tindakan kimia antara bahan logam dengan oksigen. b. Kakisan pula berlaku disebabkan oleh kewujudan asid organik dalam bendalir ekoran daripada tindakbalas kimia antara bendalir dengan air.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


iv. Rintangan terhadap pembentukan gelembung-gelembung udara

46

a. Kendalian sistem hidraulik yang cekap bergantung kepada sifat bendalir yang tidak boleh mampat pada tekanan lazim sistem. b. Pembentukan gelembung udara menyebabkan kendalian sistem hidraulik menjadi lambat dan lembab serta mejejaskan pelinciran. v. Takat curah rendah a. Suhu minimum di mana bendalir boleh mengalir dengan bebas. b. Hendaklah lebih rendah daripada suhu kendalian minimum.

vi.

Takat kilat tinggi a. Membantu mencegah kebakaran.

Kita telah lihat bagaimana sifat-sifat bendalir di atas perlu ada pada sesuatu bendalir yang digunakan pada sistem hidraulik untuk menjamin pengendalian yang efesien. Selepas kita mengetahui tentang sifat-sifat bendalir, sekarang kita boleh lihat tentang katogerikatogeri bendalir pula. Terdapat dua bentuk bendalir iaitu bendalir dalam bentuk gas dan cecair. Gas merupakan bendalir yang boleh mengembang dan mengisi sepenuhnya ruang tersedia. Ketumpatannya juga berubah dengan nyata terhadap suhu dan tekanan. Cecair pula adalah bendalir yang mengalir dan dipengaruhi oleh tarikan graviti untuk memenuhi ruang bekas. Antara cecair yang selalu digunakan sebagai bendalir dalam sistem hidraulik ialah air, minyak galian dan bendalir tahan api. Air selalu digunakan untuk menggerakkan peralatan yang besar yang mana air dikadar alirkan di dalam sistem hidraulik. Terdapat beberapa kelemahan apabila menggunakan air sebagai bendalir dalam sistem hidraulik kerana air boleh menyebabkan kakisan dan berlakunya karat kepada sistem tersebut.

Minyak galian adalah salah satu jenis bendalir yang paling banyak digunakan dalam sistem hidraulik. Penggunaan minyak galian sebagai bendalir dalam sistem hidraulik adalah berdasarkan petroleum. Penggunaan minyak galian lebih efisien kerana terdapat bahan penambah aditif bagi memenuhi keperluan pelinciran yang baik, indeks kelikatan juga lebih tinggi dan minyak galian bersifat rintangan kepada pengoksidaan. Justeru itu, penggunaan minyak galian boleh menghalang karat daripada berlaku di dalam sistem hidraulik. Kelemahan yang terdapat apabila menggunakan minyak galian sebagai bendalir ialah bendalir jenis ini mudah terbakar.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

47

Rajah menunjukkan bendalir minyak galian

Selain itu, bendalir tahan api juga merupakan salah satu bendalir yang biasa digunakan dalam sistem hidraulik. Bendalir tahan api ialah bendalir yang boleh dinyalakan tetapi tidak boleh menyokong pembakaran apabila sumber penyalaan dibuang. Antara ciriciri bendalir tahan api ialah ianya tidak mudah terbakar, mempunyai graviti tertentu yang tinggi tetapi, harga yang lebih mahal.

Rajah menunjukkan bendalir minyak

Terdapat beberapa faktor-faktor perlu dipertimbangkan semasa membuat pilihan terhadap bendalir hidraulik. Faktor-faktor tersebut ialah: i. ii. iii. Kelajuan kendalian Tekanan atmosfera sekeliling Penjanaan haba

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


iv. v. Tekanan kendalian Kualiti pelinciran

48

Kesimpulannya, bendalir sangat penting bagi memastikan sistem hidraulik berfungsi dengan baik. Justeru itu, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi mendapatkan bendalir yang sesuai untuk sistem hidraulik.

Bincangkan tentang bagaimana sesuatu bendalir harus dipilih supaya ia dapat bertindak dengan baik dalam sistem hidraulik Hukum Pascal Apakah itu hukum pascal? Kita perlu meneruskan topik sistem hidraulik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang hukum pascal. Sebelum itu, kita lihat dahulu tentang sejarahnya. Lebih kurang 300 tahun dahulu, saintis Perancis, Blaise Pascal menyatakan bahawa sekiranya kita ada bekas yang berisi air dengan hanya satu bukaan dan memberi tekanan kepada bukaan tersebut, tekanan di dalam bekas tersebut akan menjadi sekata. Perkara ini menerangkan bagaimana tekanan cecair digunakan untuk mengoperasikan dan mengawal brek kereta. Aksi yang dikenakan kepada pedal brek pada piston input di dalam silinder utama akan memberi tekanan kepada cecair brek dan tekanan tersebut akan disebarkan ke semua bahagian unit roda brek pada sistem output seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Gambarajah tekanan mekanikal pada pedal brek dihantar secara hidraulik untuk memberi peningkatan tekanan mekanikal pada unit roda brek.

Pascal membina alatan hidraulik pertama yang mengandungi dua bekas yang tertutup yang bersambung dengan tiub. Piston di dalam silinder menutup setiap silinder bagi mengelakkan cecair dari keluar dan mengelakkan dari kemasukan udara kedalam silinder.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

49

Apabila piston pada silinder pertama dikenakan daya, tekanan bergerak secara bebas di dalam sistem. Daya dihantar melalui salur yang bersambung pada silinder kedua. Cecair yang bertekanan pada silinder kedua menghasilkan daya pada piston kedua, menggerakkan ia ke atas dan mengangkat beban diatasnya. Menggunakan alatan ini, Pascal mendapati beliau dapat meningkatkan daya yang dikenakan pada sesuatu kerja sama seperti takal atau gear. Hukum Pascal menyatakan bahawa tekanan pada cecair statik dalam suatu bekas adalah sama pada semua arah di mana-mana titik dalam cecair. Ia juga bertindak serenjang dengan dinding bekas serta tekanan dihantar secara seragam ke bahagian dinding cecair dalam bekas tertutup.

Sistem Penghantaran daya hidraulik

Kita perlu memahami tentang sistem penghantaran daya hidraulik untuk lebih mengetahui bahawa ada persamaannya dengan sistem yang dibina oleh saintis yang bernama Pascal. Pemindahan daya dalam sistem hidraulik berkait rapat dengan Hukum Pascal. Sekiranya daya (F1) dikenakan terhadap luas permukaan (A1) maka tekanan (P) dalam bendalir akan meningkat. Peningkatan tekanan (P) dalam bekas tertutup dihantar secara seragam kepada bahagian lain bendalir dan dinding bekas sehingga memberi kesan kepada luas permukaan (A2) di mana akan menaikkan beban (F2). Untuk memastikan keseimbangan cecair, tekanan (P) ke atas oleh cecair terhadap luas permukaan (A2), mestilah seimbang dengan tekanan (P) ke bawah yang sama. Maka, beban (F2) diletakkan ke atas luas permukaan (A2) bagi memastikan keseimbangan luas permukaan (A1) dan luas permukaan (A2). Berdasarkan prinsip ini, kita boleh simpulkan bahawa sistem hantaran daya hidraulilk bergantung pada daya (F) dan luas permukaannnya (A). Maka daya (F) dan tekanan (P) yang terhasil dapat dirumuskan sebagai:

Fomula nisbah pemindahan daya dibawah boleh digunakan: Nisbah pemindahan daya F1 ke F2 : Tekanan, P1 = F1/A1 Tekanan, P2 = F2/A2

Oleh sebab tekanan adalah sekata pada semua titik dalam bekas, maka pesamaan berikut boleh digunakan : P1 = P2 Maka F1/A1 = F2/A2 F2 = F1(A2)/A1

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


F1 F2

50

Setelah kita lihat pada teori Hukum Pascal ini, mari kita lihat salah satu mesin yang mengguna sistem hidraulik yang mekanimanya seperti Hukum Pascal. Rajah di bawah mununjukkan salah satu mesin yang digunakan untuk memindahkan pasir atau bahan-bahan yang berat. Ia menggunakan sistem hidraulik untuk melakukan kerja

Mesin yang menggunakan sistem hidraulik Fungsi dan simbol komponen sistem hidraulik

Sistem hidraulik mempunyai beberapa komponen penting yang membolehkan sistem ini melakukan fungsinya dengan berkesan. Antara komponen-komponen yang terlibat ialah pam, tangki bendalir, penapis, injap sehala, injap pelepas, injap kawalan arah, injap kawalan aliran dan silinder. Mari kita lihat tentang fungsi komponen-komponen ini dengan lebih terperinci.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Berikut merupakan fungsi komponen yang terlibat dalam sistem hidraulik:

51

(a) Pam Pam berfungsi sebagai alat untuk menukar kuasa mekanikal kepada kuasa bendalir bertekanan tinggi. Terdapat beberapa jenis pam yang boleh digunakan dalam sistem hidraulik contohnya pam omboh jejarian, pam pencolok dan pam gear.

(b) Tangki Tangki bertindak sebagai ruang penyimpanan bendalir hidraulik. Selain itu, tangki simpanan juga berfungsi sebagai penapis bendalir dengan memisahkan bendasing daripada cecair hidraulik, melepaskan haba yang terhasil dalam sistem, serta memastikan kedudukan sistem dan motor elektrik dapat disokong daripada jatuh.

(c) Penapis Penapis berfungsi sebagai halangan kepada bendasing atau kotoran seperti habuk, keluli dan pasir masuk ke dalam sistem hidraulik. Kemasukan bendasing ke dalam sistem boleh mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan sistem. Penapis selalunya dipasang pada saluran sedutan pam dalam tangki cecair hidraulik.

(d) Injap sehala Untuk memastikan aliran bendalir dalam sistem hidraulik bergerak satu hala sahaja. Bendalir yang bergerak dalam satu aliran sahaja dapat memastikan tiada tekanan yang naik mendadak dalam mana-mana sistem hidraulik.

(e) Injap pelepas Untuk menghadkan tekanan supaya tidak melebihi nilaiyang ditetapkan sistem hidraulik. Selain itu, injap pelepas juga berfungsi untuk mengawal tekanan maksimum yang boleh dihasilkan oleh sistem. Injap pelepas juga bertindak untuk memastikan tiada tekanan yang berlebihan dalam sistem supaya komponen tidak cepat rosak.

(f) Injap kawalan arah Injap kawalan arah mengawal arah aliran bendalir dengan membuka atau menutup laluan dalam injap kawalan. Terdapat banyak jenis injap kawalan arah antaranya ialah 2/2, 3/2, 4/2 dan 4/3.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


(g) Injap kawalan aliran

52

Injap kawalan aliran berfungsi sebagai pengawal kelajuan aliran bendalir dalam sistem hidraulik. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengawal kelajuan omboh dalam silinder. Injap ini berfungsi dengan cara melaraskan skru yang akan menentukan laluan aliran bendalir.

(h) Silinder Silinder merupakan suatu ruangan yang lurus dimana omboh bergerak dari satu titik ke titik yang lain dalam garis lurus. Pergerakan omboh dalam silinder menghasilkan tenaga untuk menggerakkan benda kerja. Secara umumnya, terdapat dua jenis silinder iaitu silinder tindakan searah dan silinder tindakan dua arah. Silinder tindakan searah berfungsi menukarkan tekanan aliran cecair kepada daya gerakan linear pada omboh silinder omboh. Silinder tindakan dua arah pula berfungsi menghasilkan gerakan keluar dan masuk omboh yang boleh dikawal dan ditentukan oleh arah aliran cecair yang dialihkan pada liang-liang silinder.

Rajah menunjukkan satu kitaran dalam sistem hidraulik Kita telah mempelajari tentang komponen-komponen sistem hidraulik secara penjelasan yang terperinci. Dalam bahagian ini pula kita akan melihat simbol-simbol komponen dalam sistem hidraulik.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Jadual menunjukkan simbol komponen dalam sistem hidraulik. Komponen Pam hidraulik Gambar Komponen Simbol

53

Tangki

Penapis

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Injap Sehala

54

Injap Pelepas

Injap Kawalan Arah

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Injap Kawalan Aliran

55

Silinder sehala

1) Terangkan fungsi penapis di dalam sistem hidraulik ini. 2) Sistem hidraulik mengurangkan kerugian. Bincangkan penyataan ini dengan membandingkannya dengan kuasa elektrik Penutup Secara keseluruhannya sistem hidraulik merupakan salah satu sistem yang lebih efisien dan bermanfaat dalam industri otomobil kerana pergerakkan sistemnya adalah lancar dan licin. Namun begitu, kelebihan sistem ini juga bergantung kepada jenis bendalir yang digunakan kerana kuasa atau keberkesanan sistem ini dipindahkan melalui cecair atau bendalir sebagai perantara. Jika minyak yang digunakan sudah tercemar, ianya akan menyebabkan sistem ini tidak boleh berfungsi dengan baik. Selain itu, sistem ini juga telah digunakan secara meluas dan diaplikasikan di dalam jentera-jentera pertanian, perkapalan, di meja-meja operasi di hospital, dan di dalam industri perkilangan seperti pada mesin berat (heavy machinery). Fakta-fakta ini dapat menunjukkan bahawa sistem hidraulik dapat membantu meningkatkan taraf teknologi di dalam negara. Justeru itu, sistem hidraulik dapat meningkatkan tahap ekonomi perindustrian, pertanian, penternakkan dan pemprosesan. Kelebihan sistem ini yang tahan lasak banyak membantu dalam bidang pemprosesan dan juga untuk melakukan kerja-kerja yang berat seperti jentera pembinaan yang digunakan untuk mengangkat bahan-bahan binaan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

56

Namun demikian, terdapat juga kekurangan pada sistem hidraulik yang perlu dititikberatkan seperti kosnya yang mahal untuk diaplikasikan berbanding sistem elektrik yang lebih murah untuk fungsi yang sama. Selain itu, kebakaran dan bahaya letupan perlu diambil berat jika bendalir yang digunakan adalah bukan dari jenis bendalir kalis api. Maka secara ringkasnya sistem hidraulik adalah salah satu sistem yang sangat berguna dalam industri otomobil dan sistem ini dapat diaplikasikan dengan mudah dan berkesan.

Penilaian kendiri 1. Nyatakan sifat-sifat yang perlu ada pada sesuatu bendalir yang digunakan dalam sistem hidraulik 2. Apakah kebaikan menggunakan sistem hidraulik 3. Berikan semua keburukan sistem hidraulik 4. Senaraikan semua jenis pam yang boleh digunakan dalam sistem hidraulik 5. Apakah kegunaan tangki dalam sistem hidraulik

Rujukan 1. Sistem Hidraulik. Diperolehi pada Oktober , 6 2011 daripada, http://www.scribd.com/doc/47796200/Sistem-Hidraulik 2. Sistem Hidraulik Pada Traktor Atau Jentera. Diperolehi pada Oktober, 6 2011 daripada, www.slideshare.net/.../pt2b-dis2010 3. Wan Mohd Norsani Wan Nik dan Yahaya Ramli (1999). Kuasa Bendalir Jilid 1 : Reka Bentuk Sistem, Penyenggaraan dan Penyelesaian Masalah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 4. Pascal's Law (2000). http://www.engineering.com/Library/ArticlesPage/tabid/85/articleType/ArticleView 5. leId/214/Pascals-Law.aspx. Diperoleh pada Oktober, 7 2011. 5. Fungsi Dan Simbol Komponen Sistem Hidraulik. Diperoleh pada Oktober 9 2011 daripada, http://www.scribd.com/doc/61772038/Sistem-Hidraulik

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

57

UNIT 4 SISTEM PNEUMATIK

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap akan dapat: 1. Memahami sistem pneumatik dan dapat membandingkannya dengan sistem hidraulik 2. Mengenalpasti komponen-komponen dalam sistem pneumatik 3. Mengenalpasti simbol dan menerangkan fungsi-fungsi komponen sistem pneumatik

PENGENALAN
Apakah itu sistem pneumatik? Peralatan apakah yang menggunakan sistem pneumatik? Bolehkah sistem pneumatik menggantikan sistem hidraulik? Apakah perbezaan diantara sistem pneumatik dan sistem hidraulik? Setelah kita selesai mempelajari tentang sistem hidraulik, terdapat satu lagi sistem yang perlu dikaji dan difahami. Sistem yang kita perlu pelajari dalam unit ini adalah sistem pneumatik. Sistem pneumatik merupakan sistem bendalir yang secara am nya menggunakan udara atau lebih dikenali sebagai gas. Udara atau gas ini bertindak sebagai perantara untuk proses penghantaran isyarat dan kuasa kepada alatan ketika melakukan sesuatu kerja. Udara termampat merupakan bahan pemindahan kuasa di dalam sistem pnuematik. Sumber untuk udara termampat adalah daripada persekitaran kita. Udara sekeliling kita akan di mampatkan dengan pemampat udara kendalian motor elektrik. Sistem ini digunakan secara meluas dalam bidang perindustrian. Ia digunakan secara meluas kerana kawalannya boleh bersifat otomatik serta sesuai diaplikasikan pada mesin-mesin pengeluaran kendalian otomatik, dan dalam bidang automasi kos rendah. Jika kita meneliti tentang peralatan-peralatan yang menggunakan sistem pneumatik ini kita akan dapati ia adalah seperti mesin gerudi, perivet dan lain-lain lagi. Ciri-ciri yang terdapat pada udara adalah sesuai untuk digunakan dalam sistem pneumatik. Udara mempunyai sifat-sifat termodinamik. Udara senang didapati dan dengan dapat diaplikasikan dengan meluas. Salah satu contoh penggunaan udara di industri adalah dalam sistem pembakaran. Pembakaran menggunakan oksigen daripada udara bagi melengkapkan proses pembakaran. Selain itu, aliran udara yang relatif dapat di gunakan untuk memasang komponen elektrik serta menggerakkan bahagian-bahagian yang mencengkam rim roda semasa proses pertukaran tayar kenderaan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN ISI KANDUNGAN


Kelebihan dan kelemahan sistem pneumatik

58

Sistem pneumatik juga di gunakan di dalam industri memproses makanan. Pelalatanperalatan yang memproses makanan seperti memotong, mengisar, memcampur dan lain lain lagi menggunakan sistem ini. Penggunaan bahan perantara dan pengawalan kuasa dengan menggunakan tekanan yang dihasilkan oleh bendalir telah berkembang luas dalam semua bidang industri. Sistem pneumatik menggunakan tekanan udara sebagai bendalir. Udara dimampatkan dahulu sebelum digunakan dalam peralatan. Prinsip asas sistem pneumatik ialah ia berasal dari perkataan Greek yang bermaksud permos atau pernafasan. Semua gas berada dalam keadaan termampat dan tekanan yang di hasilkan oleh udara yang termampat akan di gunakan sebagai kuasa transmisi. Udara yang termampat menghasilkan tekanan apabila dilepaskan. Semua jenis gas boleh digunakan sebagai medium di dalam sistem pneumatik. Namun begitu udara biasa adalah yang terbaik bagi sesuatu keadaan tertentu sahaja, manakala gas nitrogen sesuai di gunakan dalam sistem pneumatik kapal angkasa . Jenis gas yang di gunakan bergantung kepada sesuatu keadaan persekitaran. Sistem ini boleh di gunakan dalam tiga keadaan tekanan iaitu bertekanan rendah, sederhana, dan tinggi. Jumlah tekanan udara pada sistem pneumatik bertekanan rendah adalah 1-10 Psi. Manakala semasa bertekanan sederhana adalah 100-150 Psi dan sistem pneumatik bertekanan tinggi sebanyak 1000-3000 Psi. Sistem pneumatik mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Kelebihannya i) ii) iii) kuasa yang dihasilkan dapat dikawal dengan mudah halaju dan daya yang dikenakan pada udara mampat boleh dilaraskan Beban yang berlebihan tidak dapat menjejaskan sistem ataupun merosakkan sistem kerana udara mampat adalah medium boleh mampat Sistem ini juga bersifat anjal dan mudah untuk dilakukan pengubahsuaian Kos yang diperlukan bagi proses pemasangan adalah murah dan senang untuk dijaga udara mampat mudah untuk diperolehi dan dapat dialirkan dengan paip walaupun pada jarak yang jauh Udara mampat juga boleh disimpan dan digunakan sepanjang masa Udara mampat juga bersih dan selamat , maka sistem ini amat sesuai bagi industri makanan, kosmetik, pakaian, alatan-alatan di hospital dan sebagainya udara tidak sensitif kepada perubahan suhu

iv) v)

vi)

vii) viii)

ix)

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

59

Setelah kita lihatan kesemua kebaikan yang ada pada sistem pneumatik kita boleh membuat kesimpulan bahawa, udara mampat mempunyai kelebihan sebagai sumber kuasa yang boleh menghasilkan gerakan ulang-alik dan putaran pada kos yang rendah serta masalah dan risiko yang minimum. Namun begitu, sistem pneumatik juga mempunyai kelemahan iaitu: i) Udara mampat yang di gunakan mestilah bebas dari lembapan atau kotoran kerana udara mampat sensitif kepada kotoran atau lembapan. Jika udara kotor maka sistem akan rosak Pergerakan piston yang seragam juga susah untuk di hasilkan apabila berada dalam keadaan halaju rendah atau pada bebanan yang tinggi Kecekapan sistem ini adalah rendah Kuasa yang dihasilkan oleh sistem ini adalah rendah Udara mampat mengeluarkan bunyi yang bising kerana udara mampat tidak bersifat pelincir. Penyenyap di gunakan bagi mengurangkan bunyi bising yang di hasilkan.

ii)

iii) iv) v)

Rajah menunjukkan barang mainan yang menggunakan sistem pneumatik Bincangkan perbezaan diantara sistem hidraulik and sistem pneumatik ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ _____________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Fungsi Komponen dalam Sistem Pneumatik

60

Dalam satu sistem yang kompleks, semestinya ada komponen-komponen yang berfungsi untuk melengkapkan sistem tersebut secara keseluruhannya. Ini adalah seperti badan manusia, kita mempunyai organ-organ yang berfungsi dalam setiap keperluan untuk kehidupan kita. Jika satu organ tidak berfungsi dengan betul, ia akan mendatangkan masalah pada kita. Keadaan ini adalah sama untuk semua sistem yang dicipta untuk melakukan sesuatu kerja. Semua komponen yang terlibat dalam satu sistem adalah sama penting dan mesti berfungsi dengan baik. Secara umumnya komponen atau peralatan utama secara umum di dalam sistem pneumatik adalah pemampat, penapis, penggerak dan injap. Manakala komponen lain secara menyeluruh adalah seperti motor elektrik, suis tekanan, injap keselamatan, tangki tekanan, tolok tekanan, saliran automatik, pengering udara, penapis aliran, ambilan udara, unit servis, injap kawalan, silinder atau penggerak dan pengawal halaju. Terdapat juga apa yang dikatakan sistem pengeluaran dan sistem penggunaan di dalam sistem pneumatik. Sistem kawalan pneumatik beroperasi untuk mengawal jumlah atau kuantiti bekalan udara mampat yang diperlukan pada sesuatu kapasiti sistem. Bekalan yang mencukupi diperlukan sepanjang perjalanan sistem pneumatik. Udara mampat dihasilkan oleh pemampat yang akan mengambil udara, gas atau wap dan memampatkannya pada tekanan yang tinggi. Sekiranya kita hendak menerangkan fenomena itu dengan lebih ringkas, pemampat merupakan alat yang menyedut bendalir iaitu udara daripada ruang yang bertekanan rendah dan kemudian memampatkannya kepada tekanan yang tinggi serta menyimpan udara ini di dalam tangki simpanan. Udara bertekanan rendah biasanya pada tahap tekanan atmosfera. Terdapat empat jenis pemampat iaitu i) ii) iii) iv) Pemampat jenis omboh dua peringkat Pemampat jenis diafragma Pemampat jenis kipas Pemampat jenis skru.

Jika jumlah udara yang diperlukan adalah besar maka pemampat boleh digunakan lebih daripada satu. Apabila suatu kegagalan berlaku pada pemampat, ia akan menyebabkan operasi sistem terhenti kerana tekanan tangki simpanan hanya cukup untuk beberapa minit sahaja. Penapis digunakan di dalam sistem ini bagi memastikan udara yang digunakan adalah bersih, kering dan seragam. Penapis berfungsi sebagai alat untuk memerangkap lembapan air di dalam udara dan benda asing seperti debu dan kotoran daripada masuk bersama-sama udara yang disedut. Hanya udara mampat yang bersih sahaja yang akan mengalir melalui injap pengatur tekanan. Penapis haruslah dibersihkan dari masa ke semasa bagi mengekalkan kualiti udara yang digunakan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

61

Penggerak merupakan alat yang menukar tenaga pneumatik kepada tenaga mekanikal. Terdapat dua jenis penggerak iaitu penggerak motor dan penggerak silinder. Bagi penggerak motor, piston jenis ram yang digunakan pada gerudi dan penghisap pneumatik manakala penggerak silinder adalah seperti piston dan pelocok. Injap di dalam sistem pneumatik ini mempunyai tiga jenis iaitu: i) ii) iii) Injap kawalan tekanan Injap kawalan kadar Injap kawalan arah

Injap pengatur tekanan berfungsi menyelaraskan tekanan kepada nilai-nilai tertentu. Ia akan melaraskan tekanan mengikut keperluan sesuatu sistem. Injap kawalan arah mengawal arah udara termampat ke liang tertentu. Injap kawalan kadar pula mengawal kadar aliran udara termampat yang masuk ke silinder. Silinder adalah alat penggerak yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Terdapat dua jenis silinder iaitu silinder Gerakan Tunggal dan silinder Dwitindakan. Gerakan lurus dilakukan oleh silinder manakala pergerakan putaran di lakukan oleh kipas, rak atau pinan. Gerakan putaran secara berterusan di lakukan oleh motor angin. Alat pelincir bertujuan untuk menyemburkan minyak pelincir ke dalam udara termampat untuk dibawa ke bahagian seperti injap kawalan berarah serta omboh dalam silinder. Tangki penerima udara pula, menerima udara termampat dan menstabilkan tekanan udara termampat yang dibekalkan oleh pemampat serta menolong menurunkan tekanan udara termampat. Pelewapan yang terhasil akibat daripada penurunan suhu boleh dikeluarkan melalui injap salir di bahagian tangki penerima. Penyenyap mengurangkan bunyi bising udara termampat yang dihembus melalui liang ekzos tertentu. Penerapan Sistem pneumatik di Industri i) Penerapan sistem pneumatik di industri bertujuan sebagai: a. Media kerja Berbentuk penyimpanan udara yang telah mampat, kemudian dengan cara tersebut udara terkompresi dan dapat melakukan kerja melalui udara yang telah mampat b. Automasi Pekerjaan yang dilakukan dengan udara yang mampat dan dikawal dengan sensor-sensor udara sehingga sistem tersebut dapat bekerja secara otomatis ii) Unit penggerak seperti: a. Gerak lurus b. Gerak radius c. Gerak putar dari sistem pneumatik dapat menghasilkan gerakan-gerakan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

62

Sistem pneumatik adalah sistem bendalir yang menggunakan udara atau gas sebagai medium untuk penghantaran isyarat dan kuasa. Sistem pneumatik banyak digunakan di industri dalam bidang-bidang kawalan otomatik, mesin-mesin pengeluaran otomatik ataupun dalam bidang otomasi kos rendah. Katogeri komponen sistem pneumatik i. Konduktor (penyalur) menyalurkan udara mampat yang akan membawa atau memindahkan tenaga ke actuator(penggerak) ii. Connector (penghubung) untuk menyambungkan konduktor agar tersambung ketat pada badan komponen pneumatik. Bentuk connector adalah mengikut jenis konduktor yang digunakan iii. Terdapat 5 jenis injap yang digunakan dalam sistem pneumatik iaitu: a. Injap pengarah Mengatur dan mengendalikan arah udara termampat yang akan mengerakkan actuator. Jenis-jenis pengatur ini ditentukkan berdasarkan jumlah lubang, jumlah posisi kerja dan jenis penggerak katup

Rajah menunjukkan injap pengarah b. Injap satu arah Mengatur arah aliran udara terkompresi hanya pada satu arah sahaja iaitu apabila udara telah memasuki injap tersebut dan tidak keluar melalui arah yang lain

Rajah menunjukkan injap satu arah

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


c. Injap pengatur tekanan

63

Berfungsi untuk mengatur saiz atau kuantiti udara yang akan keluar dari unit penservisan dan terus ke sistem pneumatik (tekanan kerja)

Rajah menunjukkan katup pengatur tekanan

d.

Injap pengawal aliran Mengawal atau mengendalikan kuantiti aliran udara, jumlah udara yang mengalir akan mempengaruhi daya yang dihasilkan.

e. Injap buka-tutup Berfungsi untuk membuka dan menutup aliran udara.

Simbol-simbol injap pneumatik Dalam bahagian ini kita akan melihat simbol-simbol katup-katup pneumatik. Apabila kita telah memahami fungsi katup-katup di muka surat sebelah, ia akan membantu memudahkan kita mengendalikan peralatan pneumatik ini nanti. Di dalam jadual di bawah, kita boleh lihat cara membaca simbol-simbol injap pneumatik

Rajah menunjukkan injap pengawal aliran

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Unit penggerak dalam sistem pneumatik

64

Unit ini berfungsi untuk menghasilkan gerak atau usaha yang merupakan hasil terakhir atau output dari sistem pneumatik. Pemilihan jenis penggerak bergantung pada fungsi penggunaan dalam sistem pneumatik Jenis-jenis penggerak: i) Penggerak lurus a) Silinder untuk kerja tunggal b) Silinder kerja ganda ii) Penggerak putar a) Motor pneumatik b) Penggerak berputar

Sifat-sifat fizikal dan termodinamik udara atau gas Penggunaan udara dalam industri boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk kegunaan seperti berikut: a) Sistem pembakaran b) Penggunaan aliran udara yang relatif, contohnya untuk kegunaan kapal udara payung terjun dan sebagainya. c) Daya yang disebabkan oleh angin seperti kegunaan untuk kapal layar dan sebagainya. Jadual menunjukkan kelebihan dan kekurangan kepada sistem pneumatik Kelebihan Kekurangan Kuasa keluaran senang dikawal Kecekapan yang rendah Beban lebihan dibenarkan dan tidak merosakkan sistem Anjal (flexible) dan senang diubahsuai Kos pemasangan murah Senang untuk dijaga Jika udara kotor akan merosakkan sistem

Udara yang tidak bersifat sebagai pelincir Kuasa yang diperolehi adalah rendah Bunyi bising

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Prinsip asas sistem pneumatik

65

Sistem asas pneumatik mengandungi pemampat, pengering dan penyejuk, penerima, penapis udara, pengatur tekanan, injap kawalan berarah, penyenyap, injap kawalan aliran dan silinder. Fungsi komponen tersebut adalah :

i) Pemampat memampat udara daripada tekanan atmosfera ke tekanan yang lebih tinggi.

ii) Pengering dan Penyejuk untuk menyejukkan udara dan mengeluarkan pelewapan iii) Penerima berfungsi sebagai tangki sejenis penerima udara termampat untuk kegunaan industri. Ia juga digunakan untuk menstabilkan tekanan udara yang dibekalkan oleh pemampat serta menolong menurunkan tekanan udara termampat. Pelowapan yang terhasil akibat daripada penurunan suhu boleh dikeluarkan melalui injap salir dibahagian penerima.

Rajah menunjukkan simbol pengering dan penerima

iv) Penapis udara mengasingkan bendasing daripada udara termampat

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

66

Rajah menunjukkan simbol penapis udara

v) Pengatur tekanan melaraskan tekanan mengikut keperluan sesuatu sistem

Rajah menunjukkan simbol pengatur tekanan

vi) Alat pelincir menyemburkan minyak pelincir pada udara termampat untuk di bawa ke bahagian bergerak seperti injap kawalan berarah serta omboh dalam silinder

Rajah menunjukkan simbol alat pelincir vii) Injap Kawalan Berarah mengawal arah udara termampat ke liang tertentu

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

67

Rajah menunjukkan simbol injap kawalan berarah viii) Injap Kawalan Aliran mengawal kadar alir udara termampat ke silinder

Rajah menunjukkan simbol injap kawalan aliran x) Penyenyap mengurangkan bunyi udara termampat yang dihembus melalui liang ekzos tertentu

Rajah menunjukkan simbol penyenyap xi) Silinder sejenis penggerak yang digunakan untuk melakukan kerja

Rajah menunjukkan simbol silinder

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

68

Rajah menunjukkan silinder kerja tunggal

xii) Saluran Laluan yang menyalurkan udara termampat masuk ke dalam sistem pneumatik.

Rajah menunjukkan simbol saluran

Setelah kita telah melihat simbol-simbol sistem asas pneumatik, bolehlah kita lihat pula pada litar keseluruhan menggunakan semua komponen-komponen dalam sistem pneumatik. Rajah di bawah menunjukkan litar keseluruhan sistem asas pnuematik.

Rajah menunjukkan litar asas sistem pneumatik

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Pada Kedudukan X i. Udara melalui liang P ke A dan masuk ke silinder menolak omboh. ii. Omboh akan bergerak ke bawah. iii. Lebihan udara akan keluar melalui liang B ke R

69

Pada Kedudukan Y i. Udara melalui liang P ke B dan masuk ke silinder menolak omboh. ii. Omboh akan bergerak ke atas. iii. Lebihan udara akan keluar melalui liang A ke R.

Penggunaan sistem pneumatik bersama pengawal logic boleh-aturacar (PLC) PLC Programmable Logic Controller iaitu Pengawal Logik Boleh-aturcara merupakan satu peralatan elektonik yang beroperasi secara digital utuk menyimpan arahan di stor dalaman bagi melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti logik, pemanasan dan arimetik dengan cara mengawal menerusi modul digital untuk mesin atau proses. Pengawal Logik Boleh-atucara beroperasi dengan mengesan isyarat masukan dari suatu proses dan melaksanakan arahan logik pada isyarat masukan tersebut serta mengeluarkan isyarat keluaran untuk melaksanakan satu proses lain. PLC boleh diperlihatkan sebagai satu ciri komponen yang dihubungi dengan talian bas data.

Rajah menunjukkan programmable logic controller

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Kelebihan PLC i) ii)

70

iii) iv) v)

Mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah dan tidak perlu mengubah sistem pendawaian. Kebolehserapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakkan fizikal tetapi menggunakan pneumatik. Penyelengaraan PLC mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik. Boleh meminahkan maklumat antara PLC dengan PLC lain. Saiz PLC yang kecil dan mudah dibawa.

Komponen dan struktur dalaman sistem PLC

Komponen asas yang terdapat dalam sistem PLC ialah:

i)

Menyediakan penyambungan atau perindustrian yang hendak dikawal.

perhubungan

dengan

kelengkapan

ii)

Unit pemprosesan pusat(CPU) ialah mikroproses yang berkemampuan untuk membuat dan melaksanakan semua keputusan, logik dan fungsi matematik serta menyelia semua isyarat masukan dan keluaran Bekalan kuasa Peranti masukan aturcara, contohnya papan atau butang kekunci.

iii) iv)

Senaraikan semua komponen-komponen yang terdapat dalam satu sistem asas pneumatik ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Komponen utama lengan robotik yang mengaplikasikan sistem pneumatik Silinder pneumatik (untuk bahagian lengan dalam sistem robotik)

71

i) Peranti pneumatik digunakan sebagai pengapit untuk memegang barangbarang kerja kerana ia dapat mengalihkan kuasa pada kelajuan yang tinggi pada penggerak. Apabila sistem servo-elektro digunakan, kawalan servo menjadi ciri utama di dalam proses robotik dan otomasi ii) Kelajuan pergerakan dapat dikawal dengan meggunakan peranti pneumatik ini pada sistem kawalan boleh-usai seperti pengolah pneumatik. Reka bentuk dan dimensi Dalam pembuatan robotik, silinder yang digunakan untuk membuat lengan robotik adalah silinder tindakan 2 hala. Diameter luar silinder ialah 5.51cm manakala diameter dalam ialah 2 cm. Panjang silinder ialah 40 cm dan apabila dialirkan udara maka ia mengalami pemanjangan sebanyak 35 cm.

Operasi dan kawalan Bagi operasi injap kawalan pengolah pneumatik, ia menggunakan litar elektrik dan litar pneumatk.Untuk mengerakkan bahagian lengan pula, suis motor yang disambung pada bekalan arus dibuka. Lengan tersebut akan berputar 360 darjah tanpa henti sehingga suis ditutup. Oleh itu, ia perlu dikawal pada kedudukan 90,180 atau 270 darjah. Bagi silinder pula, setelah lengan berada pada darjah yang dikehendaki, suis ditekan dan udara dialirkan. Silinder ini menggunakan udara untuk memanjang dan kembali ke tempat asal. Untuk bergerak, ia memerlukan litar yang dipanggil litar kawalan pneumatik. Litar pneumatik ini akan berfungsi apabila disambungkan kepada punca angin dan kedudukan silinder akan berubah dengan menekan pedal pada injap kawalan. Pada hujung silinder akan dililitkan dengan dawai tembaga dan bar magnet. Kemudian ia akan disambungkan kepada arus elektrik. Dengan bantuan arus elektrik ia akan menyebabkan magnet dapat bertindak balas dengan kuat dan dapat memegang benda-benda yang berasaskan besi.

Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10 kN (1 ton). Dalam industri, ia merujuk kepada penggunaan udara pemampat untuk memindahkan tenaga dan pengerakan. Dalam penerapannya, sistem pneumatik digunakan sebagai sistem automasi membolehkan sistem ini beroperasi untuk menggantikan kerja manusia. Beberapa teknik digunakan untuk menguji kebocoran dalam sistem pneumatik adalah: i) ii) Lihat dengan mata kasar jika terdapat kebocoran udara Lihat kejatuhan pada penunjuk tekanan udara

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


iii) iv) v) vi) Dengar kesan bunyi Gunakan buih sabun Gunakan pengesan elektronik Kesan kelemahan pada pergerakan silinder

72

Penilaian kendiri 1. Berikan dua kelebihan sistem pnuematik 2. Lukiskan satu injap kawalan berarah 3. Apakah fungsi alat pelincir dalam sistem pneumatik 4. Pada hujung silinder akan dililitkan dengan dawai tembaga dan bar magnet. Terangkan tujuan proses ini dibuat 5. Nyatakan semua gerakan yang boleh dihasilkan oleh unit penggerak dari sistem pneumatik

Rujukan 1) www.scribd.com/doc/26258560/sistem-pneumatik 2) alfijar.files.wordpress.com/.../sistem-pneumatik.ppt 3 ) www.slideshare.net/.../kursus-asas-pn... - United State 4) www.slideshare.net/.../pt2b-dis2010-6 5) www.reddit.com /3965216727_be07f65354.jpg

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

73

UNIT 5
PENYAMBUNGAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenalpasti jenis-jenis proses penyambungan Mengenalpasti bahan-bahan yang diperlukan untuk proses penyambungan Menerangkan keadah yang digunakan untuk proses penyambungan Membincangkan penggunaan bahan dan kaedah penyambungan untuk sistem mekanikal atau elektromekanikal dan enjin

PENGENALAN
Apakah kegunaan penyambungan? Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat penyambungan? Adakah terdapat lebih dari satu kaedah penyambungan? Adakah penyambungan yang dibuat itu kekal atau untuk sementara sahaja? Sebelum kita mempelajari secara mendalam tentang penyambungan, kita lihat dahulu pengenalannya. Kita boleh menyambungkan kayu atau plastik dengan tali. Kain juga dapat disambung dengan menngunakan benang. Adakah proses ini kekal? Jawapannya tidak. Barang-barang ini boleh dipisahkan dengan senang. Jika kita lihat kepada logam pula, proses penyambungan kuat. Penyambungan untuk logam ini tidak semestinya kekal. Proses ini adalah bergantung kepada keadah penyambungan yang digunakan. Proses penyambungan logam merupakan aktiviti yang harus dipelajari dan diketahui oleh pelajar kerana proses ini amat penting ketika mengendalikan sesuatu bahan dijadikan satu komponen yang lengkap. Selain itu, langkahlangkah keselamatan perlu dititik beratkan supaya tiada orang yang akan tercedera. Kebiasaannya proses penyambungan ini dilakukan di dalam kawasan bengkel dan diperhatikan oleh seseorang yang pakar berkaitan proses penyambungan supaya kesilapan kesilapan tidak berlaku. Semasa mengendalikan aktiviti penyambungan logam, langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi sebab proses penyambungan ini melibatkan objek-objek tajam, berat dan juga panas seperti api. Pemakaian adalah salah satu unsur keselamatan yang penting seperti, pemakaian sarung tangan, kasut dan seluar yang bersesuaian, dan alas mata sangat perlu diambil berat supaya jika berlaku perkara tidak diingini, kecederaan dapat dielakkan. Apa kata kita lihat apa itu proses penyambungan yang melibatkan logam. Proses penyambungan ialah satu proses di mana dua atau lebih elemen disambungkan supaya menjadi satu bahagian atau komponen. Terdapat berbagai kaedah atau cara di mana sambungan boleh dilakukan. Prosesproses penyambungan yang terlibat ialah proses penyambungan dengan haba yang melibatkan proses pateri dan kimpalan, penyambungan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

74

mekanikal dan penyambungan dengan perekat. Secara terperinci pula proses penyambungan boleh dikelaskan kepada beberapa kategori seperti pateri lembut, pateri keras, dan kimpalan. Manakala Sambungan secara mekanikal seperti bolt, nat, skru, ribet dan lain- lain. Selain itu, sambungan menggunakan perekat pula ialah seperti gam dan lain- lain lagi. Pemilihan sesuatu jenis penyambungan bergantung kepada beberapa faktor utama berhubung dengan sambungan yang akan dilakukan seperti jenis pemasangan sama ada jenis kekal, separuh kekal atau sementara. Faktor kedua ialah bahan yang digunakan, kebiasaannya bahan ini diperbuat daripada keluli, besi tuangan, aluminium, logam yang serupa dan tidak serupa. Faktor lain ialah ekonomi dan keadaan mekanikal seperti untuk menahan daya atau beban yang besar, suhu yang tinggi, dan tekanan yang besar.

ISI KANDUNGAN

Kaedah-kaedah penyambungan Setelah kita lihat pengenalan kepada proses penyambungan, sekarang kita boleh mempelajari tentang kaedah-kaedahnya. Untuk Mengatakan bahawa penyambungan telah dilakukan, dua atau lebih komponen mesti disambungkan bersama supaya membentuk sesuatu bahan yang baru. Kaedah yang selalu digunakan adalah keadah pematerian, kimpalan, rivet, mengikat dan penggunaan perekat. Barangan yang memerlukan penyambungan dua atau lebih bahagian biasanya disambungkan dengan menggunakan salah satu daripada kaedah tersebut.

Dengan hanya sedikit pengecualian, hampir keseluruhan barangan industri seperti mesin, struktur, paip dan bahan-bahan logam adalah dipasangkan daripada sebilangan komponen atau bahagian yang diperbuat daripada unit-unit yang berasingan. Ini dilakukan sama ada untuk memudahkan proses pembuatan barangan tersebut, memudahkan pemasangan, penghantaran atau lain-lain alasan ekonomi. Selain daripada itu, aspek-aspek teknikal juga menjadi faktor terpenting di dalam pemilihan sesuatu jenis proses sambungan.

Pengikat Perkataan pengikat atau pencantum itu sendiri telah menerangkan kepada kita apakah proses yang akan dipelajari seterusnya. Pengikatan atau pencantuman dua bahan biasanya menggunakan bahan-bahan seperti dalam rajah di bawah.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

75

Rajah menunjukkan skru pengikat Pengikat adalah untuk menyambung dan memasang beberapa bahagian enjin jika bahagian enjin rosak ataupun tidak berfungsi dengan baik, ia dapat ditanggalkan bagi tujuan menservis atau penggantian. Pengikat dan pencantum dibuat daripada keluli lembut.

Jenis-jenis dan kegunaan pengikat Terdapat lima jenis pengikat perlu kita ketahui iaitu bolt, nat, skru tudung, stad dan sesendal. Bolt terdapat dalam dua jenis iaitu bolt kepala segi empat, dan bolt kepala segi enam. Nat pula mempunyai empat jenis iaitu nat segi empat, nat heksagon, nat telinga, dan nat kota. Skru tudung juga mempunyai pelbagai jenis iaitu skru kepala bulat, skru kepala rata, skru kepala flister, skru kepala bujur, dan skru kepala heksagon.

Bolt Bolt digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen bahagian enjin. Bolt terdiri daripada pelbagai jenis (ditentukan oleh bentuk kepalanya) bolt yang sering digunakan ialah bolt kepala segi empat dan segi enam atau heksagon. Manakala saiz bolt ditentukan oleh panjang dan diameter batangnya.

Rajah menunjukkan bolt

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

76

Nat Nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama dengan bolt atau stad. Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir.Terdapat empat nat iaitu nat heksagon, nat kota, nat telinga, nat segi empat.

Nat heksagon

Nat kota

Nat telinga

Nat segi empat

Rajah menunjukkan pelbagai nut Nat segi empat digunakan dengan bolt dalam kerja pemasangan umum. Nat heksagon juga digunakan dengan bolt atau stad dalam kerja pemasangan umum. Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana.Nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bolt.

Skru Keseluruhan batang skru tudung adalah berulir dan digunakan tanpa nat. Saiz skru tudung ditentukan oleh panjang dan diameter batang. Diskrukan ke dalam lubang berulir pada bahagian enjin. Digunakan untuk mengikat dua komponen yang salah satunya mempunyai lubang berulir. Sepana atau soket digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkannya.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

77

Rajah menunjukkan pelbagai jenis skru Stad Pengikat tanpa kepala. Kedua-dua hujungnya berulir. Bahagian berulir kasar dipasangkan pada bongkah enjin sementara bahagian yang berulir halus dipasang bersama dengan nat. Saiz stad ditentukan oleh panjang batang dan diameter. Digunakan bersama nat untuk mengikat komponen.

Rajah menunjukkan stad

Sesendal Digunakan sebagai pengalas bolt, nat dan skru. Fungsi : 1. 2. 3. 4. 5. Mengelakkan pengikat menjadi longgar akibat gegaran. Mengelakkan permukaan bahan yang diketatkan menjadi rosak. Mengagihkan beban yang digunakan ke kawasan yang lebih luas. Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti keluli lembut dan kuprum Jenis : rata dan anjal

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

78

Rajah menunjukkan pelbagai jenis sesendal Pencantum Digunakan untuk mengunci bahagian yang berputar seperti aci engkol atau roda tenaga.

Jenis pencantum Kekunci Kekunci mempunyai fungsi untuk mengunci aci dengan roda tenaga yang berpusing bersama- sama. Terdapat dua jenis kekunci iaitu kekunci woodruff dan kekunci persegi. Kekunci woodruff Dikenali sebagai kunci setengah bulatan. Bahagian bawah kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada aci dan bahagian atas ke dalam alur takal supaya ia tidak tertanggal.

Rajah menunjukkan satu kekunci woodruff

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Kekunci persegi

79

Dikenali sebagai kekunci benam. Sebahagian kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada aci dan bahagian lain ke dalam alur takal yang dicantumkan.

Rajah menunjukkan satu kekunci persegi Rivet Rivet merupakan alat mengikat kekal yang diperbuat daripada logam. Rivet sering digunakan dalam pembinaan kapal dan dandang. Merivet pula merupakan proses menyambung dua atau lebih kepingan logam. Proses ini memberikan ikatan dan sambungan yang kuat. Rivet diperbuat daripada bahan yang mempunyai sifat tempa yang baik. Biasanya untuk kerja pembinaan yang berat seperti pembinaan jambatan dan dandang, rivet keluli digunakan. Manakala untuk kerja ringan, rivet tembaga, loyang atau aluminium digunakan.

Jenis- jenis rivet Rivet dikategorikan mengikut kepalanya. Saiz rivet pula ditentukan mengikut panjang dan diameter batangnya. i. Solid rivets/paku keeling a) Pada plat logam yang tipis, paku keeling biasanya digunakan dalam keadaan dingin. Namun pada plat logam yang lebih tebal, paku keeling dipanaskan untuk meningkatkan kekuatan sambungan yang dihasilkan.

b) Terdapat beberapa jenis solid rivets Snap rivets

Kepala berbentuk bundar. Ia digunakan dalam sambungan yang yang menghasilkan kekuatan tinggi

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

80

Pan Rivets

Serupa dengan snap rivets, dapat digunakan pada sambungan yang memerlukan kekuatan tinggi

Mushroom rivet

Kepala berbentuk iamur, digunakan pada lembaran plat logam yang tipis.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

81

Flat Head Rivets

Kepala berbentuk rata, digunakan untuk menyambung batang yang rata. Dapat pula digunakan untuk menyambung bahagian sudut pada lembaran pelat nipis.

Countersunk Head rivets

Digunakan pada sambungan yang memerlukan permukaan hasil sambungan rata.

ii.

Bifurcated Rivets Merupakan jenis rivet yang terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu bahagian hujung ( kepala dan batang ), dan bahagian akhir (pengunci).

iii.

Blind ( Pop ) Rivets Merupakan jenis rivet yang tetap dapat digunakan meskipun kerja hanya dapat dijangkau dari satu sisi sahaja. Merupakan penyambungan yang sangat menguntungkan digunakan pada pekerjaan pembuatan enjin ataupun pada pembaikan kenderaan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Set Rivet

82

Set rivet digunakan untuk merapatkan plat dan membentuk kepala rivet kepala bulat. Set rivet diperbuat daripada keluli alat dan panjangnya adalah diantara 100 mm-150 mm. Kalau kita lihat pada bahagian bawah terdapat satu lubang kecil dan menembus ke tepi set rivet. Setelah rivet telah dimasukkan ke dalam lubang yang digerudi pada plat. Hujung batang yang terkeluar dari plat dimasukkan ke dalam lubang kecil tersebut. Kemudian, set rivet diketuk untuk merapatkan plat serpihan yang terhasil semasa proses merapatkan plat dikeluarkan melalui bahagian lubang kecil yang menembusi bahagian satu lagi lubang yang berbentuk cengkung dan cetek fungsi ini untuk membentuk kepala bulat.

Kaedah merivet

Kaedah merivet terbahagi kepada 2 cara iaitu merivet panas dan merivet sejuk. a) Merivet panas Setelah rivet dimasukkan ke dalam lubang komponen, hujung rivet tersebut dipanaskan ke suhu tempa supaya kepala rivet dapat dibentuk dengan bantuan haba. Merivet panas memberikan beberapa kelebihan iaitu ikatan adalah lebih kuat. b) Merivet sejuk Proses merivet sejuk dilakukan dalam keadaan suhu bilik. Dalam proses merivet sejuk rivet tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu. 1. Senaraikan fungsi sesendal __________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

2. Terangkan tentang kegunaan bolt. Bincangkan perbezaan antara bolt dan skru ___________________________________________________________ _________________________________________________________ ___________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

83

Apakah kaedah lain selain dari mengikat dan merivet ini? Adakah kaedah penyambungan lain berbeza dari kaedah mengikat dan merivet? Apakah pula barangan yang diperlukan untuk membuat kaedah penyambungan yang lain?

Pengenalan kepada pematerian dan kimpalan Penyambungan antara besi tak berkarat dilakukan dengan menggunakan kaedah kimpalan arka tungsten gas dan kimpalan arka logam. Logam pengisi dan elektrod yang sejenis dengan logam yang hendak dikimpal digunakan sebagai pembolehubah. Dengan menetapkan parameter-parameter tertentu seperti kelajuan semasa mengimpal, bekalan kuasa yang digunakan semasa kimpalan, sudut kimpalan, jenis sambungan dan ketebalan bagi setiap besi yang digunakan Beberapa ujian makmal dijalankan ke atas sampel yang dikimpal, sifat mekanikal ditentukan dengan melakukan ujian tegangan, kecacatan yang berlaku turut dianalisis melalui kaedah pengujian morfologi dengan menggunakan mikroskop imbasan electron (SEM). Kelakuan kegagalan besi nil karat yang dikimpal melalui ujian tegangan diperhatikan dan dianalisis melalui kajian morfologikal. Ujian kekerasan digunakan untuk menganggarkan sifat mekanikal sesuatu bahan melalui ujian kekerasan

Rajah menunjukkan satu proses pengimpalan

Pematerian Kaedah pematerian terdiri daripada kaedah pateri lembut dan pateri keras. Pateri lembut ialah satu proses penyambungan panas yang menggunakan bahan pencantum logam yang cair atau lebur, akan tetapi logam ibu, iaitu logam yang hendak dicantumkan itu tidak melebur. Logam pencantum/pengisi yang lazimnya digunakan ialah daripada jenis yang mempunyai takat lebur yang rendah. Jenis yang paling meluas digunakan ialah aloi timah

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

84

dan/atau plumbum. Proses penyambungan ini pada amnya bergantung kepada keupayaan ketelusan rerambut logam pencantum iaitu keupayaan logam tersebut menyerap dan memenuhi ruang sambungan yang sempit untuk memberikan kekuatan pada sambungan tersebut. Sambungan pateri lazimnya bertujuan untuk memberikan kekuatan mekanikal pada sesuatu pemasangan dan membolehkan pengaliran arus elektrik dan haba. Proses mempateri adalah mudah. Walau bagaimana pun terdapat beberapa langkah yang patut diikuti untuk mendapatkan mutu sambungan yang baik di mana antaranya ialah seperti berikut : i) bahagian-bahagian logam ibu disediakan dengan kemas dan dipasangkan bersama Menyapu fluks pateri ke kawasan yang hendak disambung

ii)

iii)

Pateri diletakkan atau disapukan di bahagian sambungan di mana ianya akan cair bila disentuhkan dengan alat mempateri dan membasahi permukaan logam seterusnya menyerap masuk ke ruang sempit dengan tarikan rerambut Bahagian yang disambungkan itu kemudiannya disejukkan

iv)

v)

Fluks pateri lebihan dibersihkan

Apabila kita telah memahami proses kaedah pematerian lembut, sekarang kita lihat pula pada pematerian keras pula. Proses pateri keras adalah lebih kurang sama dengan pateri lembut di mana bahan pencantum atau pengisi diletakkan pada tempat sambungan dan suhu dipanaskan sehinggalah bahan pengisi tersebut melebur. Logam pengisi disedut oleh tarikan rerambut ke dalam ruang sambungan. Lazimnya logam pengisi yang mempunyai suhu lebur di atas 4500C digunakan dalam pateri keras tetapi di bawah suhu lebur logam ibu. Untuk mendapatkan sifat sambungan yang optima melalui proses pateri keras ini, bahagian-bahagian sambungan mestilah mempunyai permukaan yang bertindih agar aloi pengisi dapat diserapkan di antara permukaan tersebut di mana dengan suhu dan kebersihan yang sempurna, percantuman sambungan akan berlaku. Logam ibu tidak lebur, dan kekuatan sambungan bergantung kepada keberkesanan cantuman permukaan dan juga sifat kekuatan ketegangan aloi pengisi. Satu lagi ciri penting dalam proses pateri keras ialah berhubung dengan aloi pengisi. Bukan sahaja ia mesti memenuhi keperluan-keperluan dari segi kekuatan, pencegahan karatan dan kesesuaian logam terhadap logam ibu, tetapi juga mesti mempunyai sifat keberaliran yang baik di mana ianya mudah untuk menyerap dengan kuasa rerambut dan membasahi serta mencantumkan permukaan sambungan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

85

Sebelum sambungan dilakukan, fluks untuk pateri keras disapukan di kawasan sambungan agar kawasan tersebut dibersihkan dan aloi pengisi dapat membasahi dan membantu percantuman logam terhadap logam ibu dengan baik. Walaupun proses pateri keras dilakukan pada suhu yang lebih tinggi daripada pateri lembut, ianya masih lagi berbeza daripada proses kimpalan kerana logam utama tidak lebur. Oleh sebab itu sambungan yang dihasilkan tidaklah sekuat sambungan proses kimpalan. Ini menyebabkan rekabentuk sambungan pateri keras perlu dibuat berbeza sedikit daripada rekabentuk sambungan kimpalan. Sambungan perlu dibuat supaya beban yang digunakan bertindak pada sambungan tersebut sebagai tegasan ricih dan bukan tegasan tegangan Secara ringkasnya, pematerian merupakan salah satu cara di mana logam akan digabungkan dengan campuran logam yang berbeza menggunakan bahan panas pada suatu titik lebur yang lebih rendah dari logam-logam ini. Kaedah pematerian juga digunakan dengan meluas di industri-industri besar seperti industri otomobil yang menggunakan kaedah pematerian di dalam penghasilan aksesori, roda stering dan tiub penyambung. Terdapat dua jenis kaedah pematerian yang digunakan iaitu kaedah pematerian keras dan kaedah pematerian lembut. Pematerian keras lebih sesuai digunakan untuk komponen yang lebih kecil kerana lebih sukar untuk mengenakan haba yang diperlukan bagi komponen yang besar. Proses ini juga dipilih untuk menyambungkan bahagian yang nipis kerana ini tidak akan menyebabkan berlakunya kecacatan atau herotan pada komponen. Pateri lembut ialah satu proses penyambungan panas yang menggunakan bahan pencantum logam yang cair atau lebur, akan tetapi logam ibu, iaitu logam yang hendak dicantumkan itu tidak lebur. Logam pencantum/pengisi yang lazimnya digunakan ialah daripada jenis yang mempunyai takat lebur yang rendah. Jenis yang paling meluas digunakan ialah aloi timah dan/atau plumbum. Proses penyambungan ini pada amnya bergantung kepada keupayaan ketelusan rerambut logam pencantum iaitu keupayaan logam tersebut menyerap dan memenuhi ruang sambungan yang sempit untuk memberikan kekuatan pada sambungan tersebut. Proses pematerian adalah bertujuan untuk memberikan kekuatan mekanikal pada sesuatu pemasangan, untuk memberikan pengaliran arus elektrik dan/atau haba. Antara kelebihan pematerian keras ialah kawasan yang tidak boleh sampai dengan menggunakan kaedah kimpalan, boleh menggunakan kaedah ini. Tiub yang nipis dan plat logam nipis yang tidak dapat disambungkan melalui proses kimpalan, boleh menggunakan kaedah ini dan kelebihan yang lain ialah dapat menyambungkan logam yang berlainan seperti kuprum dengan keluli tahan karat. Dalam proses pematerian keras, perkara yang perlu dititikberatkan adalah memastikan kawasan ingin disambung sentiasa bersih, bebas daripada sebarang kekotoran, gris, minyak, dan lain-lain pencemaran. Ini kerana permukaan yang bersih akan meningkatkan ciri kebasahan logam pengisi yang lebur dan meningkatkan kekuatan ikatan sambungan. Untuk mendapatkan sifat sambungan yang optima melalui proses pateri keras ini, bahagianbahagian sambungan mestilah mempunyai permukaan yang bertindih agar aloi pengisi dapat diserapkan di antara permukaan tersebut di mana dengan suhu dan kebersihan yang sempurna, percantuman sambungan akan berlaku. Logam ibu tidak lebur, dan kekuatan sambungan bergantung kepada keberkesanan cantuman permukaan dan juga sifat kekuatan ketegangan aloi pengisi. Bahan-bahan aloi pengisi boleh didapati di dalam berbagai bentuk

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

86

seperti berbentuk batang, dawai, kepingan dan serbuk. Pemilihan jenis bahan pengisi tertentu bergantung kepada jenis bahan utama dan juga suhu iaitu seperti aloi aluminium, aloi perak, aloi tembaga, logam tembaga, loyang, aloi nikel dan aloi emas. Selain daripada pematerian keras, pematerian lembut juga mempunyai beberapa kebaikan iaitu suhu penyambungan yang digunakan adalah rendah, sesuai untuk penyambungan yang mempunyai takat lebur rendah dan barangan yang peka haba. Disebabkan suhu pateri yang rendah, maka ianya mudah dicairkan, masa untuk mempateri adalah singkat dan tidak mengubah sifat-sifat logam. Suhu yang rendah turut mengurangkan paras kos dan masalah erotan barangan tidak berlaku. Walaubagaimanapun, pateri lembut mempunyai sedikit kelemahan iaitu sambungan yang tidak kuat jika dibandingkan dengan pateri keras atau kimpalan dan sambungan ini alah pada ketegasan tegangan. Sambungan perlulah direkabentuk supaya dapat menggelakkan dari menghadapi ketegasan tegangan sebaliknya menghadapi ketegasan ricih Alatan yang perlu ada untuk melakukan proses pematerian adalah seperti bahan pateri, span, kertas las, dan pemegang alat pateri. Bahan pateri adalah hasil daripada sejenis bahan aloi campuran timah dan plumbum. Ia berfungsi untuk mencantumkan logam dan logam yang berbeza. Sesetengahnya mengandungi fluks untuk membersihkan bahagian pateri, mengalirkan bahan pateri yang lebur dan juga mencegah lapisan oksida yang terhasil semasa proses mematri dijalankan. Span pula berfungsi untuk membersihkan bit atau alat pateri daripada bahan pateri yang berlebihan yang telah melekat. Ia perlu dilembapkan dengan air sebelum digunakan. Selain itu, kertas las juga mempunyai fungsi yang sama dengan span tetapi dengan penggunaan kertas las adalah sebelum proses pematerian dijalankan. Ia digunakan untuk membersihkan hujung bit daripada oksida dan bahan pateri yang berlebihan. Alatan yang terakhir adalah pemegang alat pateri yang berperanan untuk meletakkan alat pateri ketika digunakan dan juga untuk meletakkan alat pateri sehingga sejuk sebelum disimpan.

Proses mempateri adalah mudah. Walau bagaimana pun terdapat beberapa langkah yang patut diikuti untuk mendapatkan mutu sambungan yang baik di mana antaranya ialah seperti berikut bahagian-bahagian logam disediakan dengan kemas dan dipasangkan bersama, fluks pateri disapukan ke kawasan yang hendak disambung. Pateri hendaklah diletakkan atau disapukan di bahagian sambungan di mana ianya akan cair bila disentuhkan dengan alat mempateri dan basahkan permukaan logam yang seterusnya akan menyerap masuk ke ruang sempit dengan tarikan rerambut.Bahagian yang disambungkan itu kemudiannya disejukkan dan akhir sekali Fluks pateri lebihan dibersihkan.Hasil pematerian adalah tidak memuaskan apabila pateri melekat pada balapan sahaja dan apabila pateri melekat pada komponen sahaja.

Kimpalan Kimpalan merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam penyambungan logam.Kimpalan ialah proses penyambungan bagi bahan-bahan logam atau bukan logam dengan menggunakan haba dan tekanan ataupun dilakukan dengan menggunakan salah satu

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

87

dari kaedah terbabit. Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur melalui penggunaan haba. Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan logam itu melebur dikenali sebagai kimpalan lebur. Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur logam asas, tetapi menghampiri takat lebur logam itu mula berfungsi sebagai plastik disebut bahan kimpalan lebur. Keluli lembut melebur pada suhu 14000C. Logam yang mempunyai takat lebur rendah boleh dikimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah. Berikut adalah contoh suhu takat lebur nagi setiap keluli. Keluli 3270C, aluminium 8500C hingga 10000C, loyang 9000C -10200C, gangsa 9600C, perak 9600C dan kuprum 10800C. Terdapat berbagai-bagai jenis proses kerja mengimpal ini. Seperti yang diketahui kebanyakan daripada proses kimpalan menggunakan haba untuk meleburkan benda kerja yang akan dikimpalkan. Peleburan yang berkesan tidak sahaja bergantung kepada haba masukan.Terdapat beberapa parameter ataupun angkubah yang lain yang perlu diambil kira supaya sesuatu proses kimpalan dapat dilakukan dengan berjaya, berkesan dan bermutu tinggi. Angkubah-angkubah ini adalah seperti tebal logam ibu, jenis sambungan, keberaliran haba, suhu lebur logam ibu dan juga jenis elektrod. Sesuatu bahagian yang disambungkan dengan baik akan menghasilkan sambungan yang kuat ataupun yang sama kuat dengan bahagian yang tidak dikimpal. Kecacatan akan berlaku sekiranya sambungan tersebut tidak dikimpal dengan baik di mana mutu dan juga kekuatan sambungan akan terjejas. Oleh itu, dalam melakukan proses kimpalan perlulah berhati-hati ataupun melihat terlebih dahulu pada bahagian yang ingin dikimpal.

Kecacatan kimpalan Retak Retak merupakan salah satu dari kecacatan yang berlaku pada bahagian yang telah dikimpal. Kecacatan ini merupakan kecacatan yang sangat serius dan merbahaya. Kecacatan jenis ini tidak mungkin akan diluluskan oleh mana-mana badan pemeriksa kawalan mutu kimpalan. Kecacatan retak ini berlaku apabila terdapat tegasan pada bahagian yang dikimpal. Proses retak ini boleh berlaku secara menegak ataupun melintang di bahagian permukaan atau di dalam kimpalan pada kawasan sambungan. Kecacatan jenis retak ini boleh berlaku sekiranya teknik mengimpal yang digunakan adalah tidak betul untuk sesuatu keadaan kimpalan dan bahan. Penggunaan haba yang berlebihan atau sambungan menyejuk yang terlalu cepat selalunya akan cepat atau mudah menyebabkan terjadinya retak.

Keliangan Keliangan merupakan salah satu dari kecacatan yang berlaku dalam proses kimpalan. Keliangan berlaku akibat daripada wujudnya gas-gas dalam kawasan kimpalan. Keliangan selalunya terjadi apabila kawasan sambungan tidak dibersihkan dengan sempurna. Selain ini kecacatan jenis keliangan ini juga boleh berlaku apabila perlindungan yang diberikan oleh gas pelindung tidak mencukupi semasa berlakunya proses kimpalan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Rangkuman

88

Rangkuman ialah satu lagi jenis kecacatan yang akan menyebabkan sambungan kimpalan menjadi tidak kuat. Kecacatan jenis rangkuman ini berlaku apabila bahan pepejal terangkum di dalam logam kimpalan. Habuk, butiran seramik atau jermang merupakan antara bahan-bahan pepejal terbabit.

Lakuran tidak cukup Kekuatan yang sempurna seperti misalnya pada sesuatu sambungan yang dikimpal tidak tercapai sekiranya tidak terjadi 100% pelakuran di sepanjang sambungan tersebut. Penembusan haba yang kurang menyebabkan terjadinya lakuran yang tidak cukup. Dalamnya penembusan yang bergantung kepada jenis sambungan terutamanya apabila mengimpal bahan yang tebal. Sekiranya jenis sambungan yang digunakan tidak sesuai maka masalah lakuran yang tidak cukup ini akan timbul.

Makan bawah Sesuatu kimpalan dikatakan makan bawah apabila sebahagian daripada sambungan yang telah disambungkan tidak diisi sepenuhnya oleh logam pengisi. Ianya lazim berlaku kerana kawalan ke atas elektrod atau pemegang kimpalan yang tidak baik seperti menggunakan pada kelajuan dan sudut yang salah. Kecacatan jenis ini juga berlaku sekiranya haba yang dikenakan adalah terlalu tinggi untuk sesuatu bahagian yang dikimpal.

Penutup Setelah diperincikan dengan lebih teliti dan sistematik, terdapat empat proses penyambungan yang perlu diketahui secara umumnya untuk membolehkan proses penyambungan berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Kesemua proses ini mempunyai kaedah yang tertentu dan cara yang tertentu untuk mengendalikannya. Setelah menganalisis dan mencari maklumat berkaitan proses penyambungan, kita dapat mempelajari beberapa jenis jenis pengikat yang terdiri dari 5 benda iaitu bolt, nat , skru tudung, stad dan sesendal. Manakala jenis jenis rivet pula yang boleh diketahui ialah Solid rivets/paku keeling, Bifurcated Rivets, dan Blind ( Pop ) Rivets. Selain itu, kita juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan pematerian. Untuk pengetahuan umum, proses mempateri adalah mudah, walaubagaimana pun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti oleh pelajar untuk mendapatkan mutu sambungan yang baik contohnya bahagian logam ibu haruslah disediakan dengan kemas dan dipasangkan bersama, fluks pateri lebihan dibersihkan, bahagian yang disambungkan perlu disejukkan dan lain lain lagi untuk mendapatkan hasil yang baik dan kemas.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

89

Dalam proses penyambungan logam juga, kita akan didedahkan dengan proses kimpalan. Kimpalan merupakan proses penyambungan bahan- bahan logam atau bukan logam dengan menggunakan haba dan tekanan. Kebanyakan daripada proses-proses kimpalan menggunakan haba sebagai tenaga untuk meleburkan benda kerja yang akan dikimpalkan. Tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan haba boleh diperolehi melalui beberapa sumber contohnya mekanikal, elektrik, kimia dan tenaga optik. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada input yang diperolehi melalui pencarian maklumat ialah proses penyambungan adalah asas kepada pelajar untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan dihasilkan nanti. Pengetahuan tentang kaedah penyambungan adalah amat penting supaya pelajar dapat mengenalpasti kaedah dan penyambungan jenis apa yang sesuai dijalankan untuk membuat sesuatu komponen supaya ia lebih kukuh dan selamat. Proses penyambungan adalah proses yang mudah tetapi memerlukan penelitian dari kesemua aspek supaya hasil yang diperolehi daripada sesuatu cantuman itu adalah penyambungan yang berkualiti dan bersesuaian dengan bahan yang dihasilkan. Penilaian kendiri 1. Senaraikan kaedah-kaedah penyambungan yang telah anda belajar 2. Terangkan perbezaan antara pematerian dan kimpalan 3. Nyatakan kecacatan-kecacatan yang boleh berlaku semasa proses kimpalan 4. Terdapat dua kaedah merivet. Kaedah merivet panas dan sejuk. Terangkan tentang kaedah merivet panas 5. Nat digunakan bersama bolt atau stad. Namakan jenis-jenis nat yang ada.

Rujukan

1. Teknologi Automotif. Pengenalan sistem, Mohd Bahaman Mohd. Rajuli 2. Diperolehi pada Oktober 10, http://skill4living.blogspot.com/2010/08/pengikat-dan-pencantum.html daripada

3. Diperoleh pada Oktober 13, daripada http://www.asta-kriya.com/id/pengelasanteknik-penyambungan-logam-dalam-pengerjaan-produk-kerajinan-tembaga 4. Jasmi Hashim ,(2003), Pemprosesan Bahan , Penerbit UTM Press 5. Diperolehi pada Oktober 16, daripada http://wong168.wordpress.com/2011/06/09/teknik-pengelasan-dan-pemotongan/

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

90

UNIT 6
BAHAGIAN LUAR ENJIN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat pada luar enjin 2. Menghuraikan fungsi-fungsi bahagian-bahagian luar enjin 3. Membandingkan bahagian-bahagian luar enjin dan dapat menerangakan perkaitannya antara satu sama lain

PENGENALAN
Apakah itu enjin? Bagaimana enjin dapat berfungsi? Apakah kegunaan suatu enjin? Dari manakah enjin mendapat tenaganya? Apakah bahan-bahan yang memberi tenaga kepada enjin? Apakah bahagian-bahagian enjin yang telibat dalam menghasilkan tenaga tersebut? Pada zaman yang berasaskan teknologi seperti sekarang, kereta adalah satu keperluan untuk setiap orang di dunia ini. Jika jantung adalah organ utama bagi setiap manusia untuk hidup. Jika kita lihat pada kereta pula, enjin berfungsi sebagai jantung kepada kereta untuk berfungsi. Enjin merupakan satu mesin mekanik yang menghasilkan suatu bentuk output dari input yang diberi. Output untuk enjin iaitu tenaga kinetik didapati dari sumber bahan api yang dipanggil penggerak utama untuk enjin berfungsi. Terdapat juga motor yang menghasilkan tenaga kinetik dari bahan api yang diproses terlebih dahulu seperti elektrik, aliran bendalir hidraulik atau udara mampat. Walaupun kereta atau motosikal dilengkapkan dengan motor pemula dan motor-motor pemacu pam bahan api, stering kuasa, dan sebagainya, tetapi loji kuasa yang menggerakkan kereta itu adalah enjin. Jikalau kita lihat, perkataan motor mula-mulanya dipakai untuk membezakan kenderaan berkuasa enjin pembakaran dalam dari kenderaan-kenderaan awal yang berkuasa enjin wap seperti penggelek jalan. Sistem luar enjin terdiri daripada keratan enjin, kepala silinder, palam pencucuh, sirip penyejuk, bongkah enjin, pembersih udara, karburetor, tangki bahan api, roda tenaga dan penyenyap bunyi. Keratan rentas enjin dibina untuk memaparkan rangka kerja komponen-komponen yang terdapat di bahagian dalaman dan luaran enjin. Dengan adanya keratan rentas enjin dan kedudukan komponen yang lengkap sama ada di bahagian dalam atau luar enjin dapat membantu kita untuk mendapat maklumat yang jelas supaya pembelajaran teori enjin dan mekanikal boleh dijalankan dengan lancar. Struktur asas binaan rentas enjin 4 lejang terdiri daripada kotak enjin, suis bateri, tali sawat, motor, peranti halaju, dan sebagainya. Struktur keratan rentas ini dibina berdasarkan model sebenar enjin 4 lejang.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

91

Rajah menunjukkan satu keratan rentas enjin 4 lejang

ISI KANDUNGAN
Keratan bahagian luar enjin

Rajah Menunjukkan suatu keratan rentas bahangian luar enjin

A B C D E F

Kepala silinder Koil Roda tenaga Magnet kekal Takung minyak Palam buang minyak

G H I J K L

Kabel voltan tinggi Aci pengantar kuasa Oleng Piston Sirip penyejuk Ruang pembakaran

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

92

Fungsi utama keratan rentas enjin adalah untuk memaparkan dan memberi gambaran atau maklumat sebenar tentang kedudukan komponen-komponen yang terdapat di dalam atau di luar bahagian enjin. Komponen-komponen yang terdapat di dalam bahagian enjin dicat dengan warna yang berlainan supaya dapat dibezakan dan setiap komponen mempunyai peranan atau fungsi yang berlainan. Motor berfungsi sebagai penggerak mesin gear yang memandu aci engkol enjin untuk bergerak secara perlahan-lahan untuk menunjukkan proses pergerakan sebenar yang berlaku dalam sesebuah enjin.

Kepala silinder

Di dalam sesebuah enjin pembakaran dalaman, kepala silinder terletak di atas silinder pada bahagian atas bongkah enjin dan menutup bahagian atas silinder bagi membentuk kebuk pembakaran. Ia diperbuat daripada besi tuang (besi cor) atau aloi aluminium. Disekeliling silinder mempunyai jaket air untuk membolehkan cecair penyejukan dari sistem penyejukan melaluinya untuk menyejukkan enjin sambungan ini ditutup oleh gasket kepala. Dalam kebanyakan enjin, kepala silinder juga terdapat ruang bagi saluran masuk udara-bahan bakar ke dalam silinder, serta saluran keluar ekzos. Kepala silinder juga boleh menjadi perumah bagi menempatkan injap, palam pencucuh dan pemancit bahan api.

Rajah menunjukkan kepala silinder

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

93

Fungsi kepala silinder ialah sebagai penutup silinder dan menggelakkan bahan bakar terkeluar semasa pembakaran dalaman. Maklumat penting yang perlu kita ketahui tentang kepala silinder adalah, kepala silinder adalah satu bahagian yang mempunyai reka bentuk kawah pembakaran yang betul kerana mampu menghasilkan pembakaran sempurna pada masa yang sama tidak mengalami kepanasan melampau.

Rajah menunjukkan kawah pembakaran pada kepala silinder

Kepala silinder sejukkan udara Reka bentuk yang berkeping-keping membentuk seakan mirip sirip ikan dan disusun secara teratur bagi memberi laluan kepada angin yang akan melintasi antara sirip-sirip tersebut. Ia bertujuan memudahkan haba dari kepanasan kebuk pembakaran tersebar kebahagian sirip, udara sejuk melalui sirip-sirip akan menyerap keluar haba panas ke ruang udara dan semakin luas permukaan sirip semakin baik fungsi penyejukan.

Kepala silinder sejukkan cecair menggunakan radiator

Rajah menunjukkan satu radiator

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

94

Rekabentuk kepala silinder sejukkan cecair pada luarannya berunsur bulat, sikit berpetak serta lebih kecil dan ringan. Kepala silinder ini mempunyai ruang rongga yang membenarkan cecair melaluinya. Cecair yang menyerap kepanasan sentiasa bersilih ganti dengan cecair yang telah disejukkan. Sistem radiator sebagai kitaran untuk cecair sejuk dialirkan mengelilingi kepala silinder bagi menyerap kepanasan. Udara melintasi radiator akan menyejukkan cecair panas dan proses ini berulang-ulang bagi mengekalkan suhu. Cecair yang digunakan adalah air suling dengan bahan kimia bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekaratan dan menyerap serta melepaskan haba panas dengan cepat. 1. Nyatakan fungsi kepala silinder

___________________________________________________________ ____________________________________________________________

2.

Bagaimana kepanasan dalam kepala silider dikurangkan?

____________________________________________________________ ____________________________________________________________

Bahagian enjin manakah yang akan menyalurkan tenaga yang terhasil dari bahan api? Bagaiamana tenaga itu terhasil? Adakah tenaga haba turut terhasil? Bahagian manakah yang dapat menyejukkan enjin apabila tenaga haba terhasil?

Palam pencucuh Palam pencucuh merupakan peralatan elektrik yang dipasang pada kepala silinder enjin petrol dan berfungsi membakar campuran udara-bahan api melalui bunga api elektrik. Bunga api tersebut dihasilkan oleh voltan tinggi yang dibawa melalui kabel tegangan tinggi. Palam pencucuh dipasang pada lubang bebenang di kepala silinder. Ia berfungsi membekalkan bunga api bagi membakar campuran udara bahan api di dalam silinder pembakaran. Palam pencucuh ditebat di sekeliling elektrod tengah serta disambung ke sistem penyalaan enjin melalui wayar voltan tinggi berpenebat tebal. Jika kita lihat dari segi sejarah kewujudan palam pencucuh, palam pencucuh terawal di patenkan oleh Nikola Tesla (di U.S. Patent 609,250 bagi sistem pemasaan penyalaan, 1898), Richard Simms (GB 24859/1898, 1898) dan Robert Bosch (GB 26907/1898). Karl Benz juga diberi penghargaan dalam penciptaan palam pencucuh.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

95

Namun demikian, hanya setelah penciptaan palam pencucuh voltan tinggi pertama yang boleh diharap bagi membentuk sistem penyalaan magneto oleh jurutera Robert Bosch, Gottlob Honold pada tahun 1902 yang membolehkan palam pencucuh mula digunakan di dalam enjin kenderaan. Kegunaan palam pencucuh berbeza dengan enjin diesel yang menggunakan peningkatan suhu udara mampat untuk membakar minyak diesel. Bahagian Palam Pencucuh luaran A. B. C. D. E. Nat punca Penebat Capaian Elektrod bumi Celahan

Rajah menunjukkan satu palam pencucuh Operasi sistem palam pencucuh Sekarang mari kita lihat tentang bagaimana palam pencucuh beroperasi pada enjin. Palam pencucuh disambungkan ke gelung penyalaan yang menghasilkan voltan tinggi ataupun magneto. Sambil elektron mengalir dari gelung, beza keupayaan terbentuk antara elektrod tengah dan elektrod bumi. Tiada arus dapat mengalir kerana udara dan bahan api merupakan penebat, tetapi sambil beza keupayaan terus meningkat, ia mula mengubah struktur gas berhampiran elektrod. Sebaik sahaja voltan melebihi kekuatan di elektrik gas, gas sekeliling diionkan. Gas terion menjadi pengalir dan membenarkan elektron mengalir merentasi jurang. Semasa arus elektrik mengalir merentasi jurang, suhu bunga api naik setinggi 60,000 K. Haba yang tinggi daripada bunga api menyebabkan gas terion mengembang dengan cepat, seperti letupan kecil. Inilah bunyi "klik" yang kedengaran semasa bunga api terhasil, sebagaimana kilat dan guruh. Bunga api yang terhasil kemudiannya membakar campuran udara-bahan api di dalam kebuk pembakaran.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

96

Komponen lazim enjin empat lejang. (E) - Sesondol ekzos, (I) - Sesondol masukkan, (S) - Palam pencucuh, (V) - Injap, (P) - Omboh, (R) - Rod penyambung, (C) - Aci engkol, (W) - Jaket air bagi aliran bendalir penyejuk.

Rajah menunjukkan satu keratan enjin empat lejang dengan injap-injapnya serta palam pencucuh

Fungsi bahagian-bahagian palam pencucuh


Terminal - disambungkan ke gelung pembakaran. Sirip - berfungsi sebagai penebat serta mengelak kebocoran elektrik. Penebat - dibuat daripada seramik aluminium oksida, ia direka bagi menampung suhu setinggi 550 C dan voltan setinggi 60,000 V. Bekas logam - membuang haba daripada penebat serta berfungsi sebagai elektrod bumi. Hujung penebat - bahagian hujung penebat yang mengelilingi elektrod tengah mempengaruhi prestasi palam pencucuh, terutamanya banjaran haba. Elektrod tengah dan bumi - menghasilkan bunga api.

Jurang palam pencucuh Setiap palam pencucuh mempunyai jurang (jarak antara elektrod tengah dan elektrod bumi) yang boleh di laras semasa memasang palam pencucuh. Jurang palam pencucuh di laras dengan membengkokkan sedikit elektrod bumi. Tolok perasa digunakan bagi memastikan ukuran jurang palam pencucuh yang tepat. Jurang yang terlalu sempit boleh sentiasa membakar campuran udara-bahan api tetapi bunga api yang terhasil adalah terlalu

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

97

kecil. Jurang yang terlalu besar pula menghasilkan bunga api yang kuat tetapi boleh terlepas nyalaan semasa kelajuan enjin tinggi. Palam pencucuh dengan jurang yang tepat menghasilkan bunga api yang cukup panas. Sirip penyejuk Sirip penyejuk merupakan kepingan logam nipis dan lebar yang diskrukan pada bongkah enjin , kepala silinder, dan roda tangan dengan skru tudung. Ia berfungsi untuk memerangkap udara bagi tujuan menyejukkan enjin. Selain itu sirip penyejuk juga berperanan dalam memindahkan udara dari bongkah enjin ke udara sekelilingnya.

Rajah menunjukkan satu sirip penyejuk

Kedudukan Sirip Penyejuk pada enjin

Rajah menunjukkan kedudukan sirip penyejuk pada enjin

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Ciri-ciri sirip penyejuk

98

1. 2.

Menggunakan udara sebagai medium penyejukan. Peredaran udara sekeliling permukaan blok enjin digunakan secara langsung untuk menyejukkan enjin. Digunakan pada motosikal dan mesin-mesin kecil. Enjin yang menggunakan sistem penyejukan udara akan dilengkapi dengan sirip-sirip penyejuk bertujuan untuk menambah luas permukaan yang bersentuhan dengan udara. Banyak diaplikasikan pada kereta-kereta lama. Sirip logam pada permukaan enjin direka bentuk lebih tirus pada bahagian luar (yang terdedah kepada udara). Haba akan mengalir dari bahagian sirip yang tebal ke bahagian sirip yang nipis sebelum hilang bersama aliran udara. Kelemahan bagi sistem penyejukan udara ialah tidak mampu memberikan pemindahan haba yang seragam pada seluruh bahagian enjin (terutama kawasan yang terlindung dari aliran udara). Untuk mengatasi masalah tersebut kipas digunakan untuk menolak aliran udara supaya melalui seluruh permukaan enjin.

3. 4.

5. 6.

7.

8.

9.

Bongkah enjin

Bongkah enjin merupakan salah satu komponen utama dalam enjin yang menyediakan sumber kekuatan untuk kereta serta memastikan pembakaran dalaman berjalan dengan lancar. Bongkah enjin biasanya diperbuat daripada besi tuang, walaupun dalam lewat tahun 1990-an bongkah enjin yang dibuat dari bahan-bahan plastik dan lain-lain eksperimen telah digunakan dalam kereta prototaip dengan harapan membangunkan komponen enjin yang lebih ringan dan cekap.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

99

Rajah menunjukkan kedudukan bongkah enjin pada enjin

Bongkah enjin diperbuat menggunakan logam yang kukuh yang direka untuk menutup bahagian dalam bongkah enjin. Teras bongkah enjin adalah silinder. Bilangan silinder menentukan penempatan bongkah enjin dengan kebanyakan kereta mempunyai antara empat hingga lapan silinder. Bongkah enjin adalah istilah kolektif yang merujuk kepada kotak engkol dan semua komponen yang terdapat dalam bongkah enjin termasuk gasket dan injap. Kerana kepentingan bongkah enjin dalam fungsi kereta, adalah disyorkan bahawa pemandu melaksanakan penyelenggaraan biasa pada kenderaan mereka untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian-bahagian dalaman yang boleh disebabkan oleh minyak yang terlalu panas, tidak mencukupi, dan lain-lain situasi yang mudah dicegah.

Rajah menunjukkan lukisan bongkah enjin

1.

Bincangkan bagaimana palam pencucuh melakukan fungsinya ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

2.

Mengapa jurang palam pencucuh adalah penting untuk nyalaan yang sempurna? ________________________________________________________ ________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

100

Rajah menunjukkan bongkah enjin yang sebenar Bongkah enjin juga berfungsi untuk memegang crankshaft dan camshaft yang ditugaskan untuk menukar gerakan putaran kepada gerakan salingan. Selain itu, bongkah enjin juga berfungsi untuk memegang omboh enjin komponen lain seperti silinder dan pam minyak.

Pembersih udara Penapis udara digunakan dalam aplikasi di mana kualiti udara adalah penting, terutamanya dalam membina sistem pengudaraan dalam enjin. Penapis udara berfungsi untuk menapis udara yang masuk ke karburetor, kurangkan bunyi bising ketika udara masuk ke dalam karburetor dan bertindak sebagai penahan nyalaan api apabila enjin tersedak. Penapis udara kebiasaannya terdiri daripada empat jenis iaitu jenis kawal minyak, jenis kasa dawai, jenis katrij kertas dan juga jenis foam atau gabus.

Rajah menunjukkan pembersih udara dalam enjin

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

101

Jenis yang pertama ialah kain kasa dawai yang menjadi penyumbang kepada sebilangan kecil penapis udara selepas pasaran automotif yang dipasarkan sebagai barangan yang berprestasi tinggi. Pada masa lalu, kain kasa dawai dilihat sebagai penggunaan yang terhad dalam penapis udara otomotif asal peralatan. Jenis kedua ialah katrij kertas. Elemen-elemen penapis kertas adalah pilihan yang hampir eksklusif untuk pembersih udara enjin kereta, kerana penggunaannya yang cekap, mudah untuk digunakan, dan harganya murah.

Rajah menunjukkan satu jenis pembersih udara dalam enjin

Penapis udara jenis kawalan minyak telah digunakan secara meluas dalam aplikasi enjin automotif dan kecil sehingga diterima pakai dalam industri penapis kertas pada awal tahun 1960-an. Penapis udara seperti ini masih tetap digunakan sebagai peralatan dalam rally off-road di mana peringkat debu yang sangat tinggi ditemui. Penapis udara kawalan minyak digunakan untuk membersihkan kotoran secara keseluruhan tanpa kehilangan kecekapan penapisan atau aliran udara. Walau bagaimanapun, pembersihan yang dilakukan oleh jenis kawal minyak adalah tidak kemas dan menyusahkan. Oleh itu, ia mestilah digunakan dalam kuantiti yang agak besar untuk mengelakkan sekatan yang berlebihan pada kadar aliran udara yang tinggi, dan ia cenderung untuk meningkatkan pengeluaran ekzos hidrokarbon yang tidak terbakar. Karburetor Karburetor adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara pada kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman. Ia pernah digunakan secara meluas pada kereta sehingga dekad 1990-an apabila ia digantikan dengan sistem suntikan bahan api yang lebih cekap. Kini, hampir kesemua kereta model terkini serta kebanyakan model motosikal besar menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor kini hanya digunakan pada enjin-enjin kecil seperti pemotong rumput serta pada motosikal kecil. Perkataan "karburetor" berasal daripada perkataan Perancis iaitu carbure yang bermaksud 'karbida' ataupun 'menggabungkan dengan karbon'.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

102

Rajah menunjukkan satu karburetor yang terdapat dalam enjin Pada setiap saat operasinya, karburator perlu mengawal jumlahnya aliran udara yang masuk ke dalam ruang pembakaran, menyalurkan bahan bakar dengan jumlah yang tepat dan sesuai dengan aliran udara yang masuk ke dalam ruang bakar sehingga nisbah bahan api dan udara yang sesuai. Ia juga berfungsi untuk mencampur aliran udara dan bahan bakar dengan rata dan sempurna. Karburetor dapat di kelompokkan menurut arah aliran udara, barel dan tipe venturi. Tiap-tiap karburetor mengkombinasikan ketiga-tiga faktor itu dalam rupabentuknya. Arah aliran udara dalam karburetor ialah aliran turun (downdraft), udara masuk dari bahagian atas karburetor lalu keluar melalui bahagian bawah karburetor. Aliran datar (side draft), udara masuk dari sisi samping dan mengalir dengan arah mendatar lalu keluar melalui sisi sebelahnya. Aliran naik (updraft), adalah terbalik dari aliran turun, udara masuk dari bawah lalu keluar melalui bahagian atas.

Prinsip kerja karburetor Karburetor berfungsi menggunakan Prinsip Bernoulli iaitu bergantung pada tekanan udara rendah dalam karburetor hasil daripada kelajuan luruan udara ke rongga masukkan enjin untuk menarik bahan api untuk dicampurkan bersama-sama udara. Lebih laju laluan udara masuk, lebih rendah tekanan udara di dalam karburetor serta lebih banyak bahan api dapat ditarik untuk dicampurkan dengan udara, dan seterusnya kelajuan enjin akan bertambah hasil penambahan campuran udara-bahan api.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

103

Rajah menunjukkan satu karburetor dalam enjin Kebanyakan enjin kereta berkarburetor hanya menggunakan satu sahaja karburetor tetapi motosikal serta kereta lumba pula menggunakan lebih dari satu karburetor mengikut bilangan silinder. Namun begitu, di dalam sistem suntikan bahan api pula, kebanyakan kenderaan mempunyai berbilang pemancut bahan api mengikut bilangan silinder. Pada dasarnya karburetor bekerja menggunakan Prinsip Bernoulli iaitu semakin cepat udara bergerak maka semakin kecil tekanan statiknya namun makin tinggi tekanan dinamiknya. Jenis Karburetor Terdapat dua jenis karburetor iaitu venturi tetap yang mempunyai saiz venturi yang tetap serta bergantung kepada kelajuan laluan udara bagi menarik bahan api ke venturi untuk dicampurkan dengan udara dan venturi boleh laras dikenali sebagai karburetor kelajuan malar ataupun karburetor injap gelungsur, karburetor jenis ini mempunyai satu injap gelungsur dengan jarum yang mengawal kedua-dua bukaan venturi dan jet utama. Di dalam karburetor jenis ini, bukaan venturi dilaraskan bagi mengawal kelajuan udara pada bahagian venturi sahaja.

Rajah menunjukkan venturi tetap

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Tangki bahan api

104

Tangki bahan api digunakan untuk menyimpan dan menempatkan bahan api seperti petrol ke karburetor. Ia terletak di bahagian atas karburetor dan disambung ke karburetor dengan saluran bahan api. Banyak diperbuat daripada logam dan terletak lebih tinggi daripada karburetor untuk memudahkan pengaliran bahan api ke karburetor. Sistem bahan api bertujuan membekalkan bahan api sepenuhnya daripada tangki ke karburetor mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi dengan baik dan sempurna. Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini iaitu pam bahan api elektronik dan pam bahan api mekanikal.

Rajah menunjukkan tangki bahan api yang terdapat pada enjin

Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam jenis ini banyak digunakan pada kereta model lama seperti Austin Mini dan beberapa jenis lagi model kereta buatan Eropah. Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan pada kebanyakan kereta terkini kecuali enjin pancutan bahan api elektronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan sempurna. Roda tenaga

Rajah menunjukkan roda tenaga

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

105

Roda tenaga ialah alat mekanikal yang berputar untuk menyimpan tenaga putaran. Roda tenaga menentang perubahan dalam laju putaran. Tenaga dipindahkan ke roda tenaga dengan tork kepadanya dan dengan itu menyimpan tenaga untuk putaran. Sebaliknya, roda tenaga melepaskan tenaga yang tersimpan dengan menggunakan tork beban mekanikal yang mengakibatkan tork putaran menurun.

Rajah menunjukkan kedudukan roda tenaga pada enjin

Roda tenaga mempunyai tiga kegunaan utama. Kegunaan pertama ialah memberi tenaga berterusan apabila sumber tenaga tidak berterusan. Sebagai contoh, roda tenaga digunakan di dalam enjin selingan kerana sumber tenaga dalam enjin tidak boleh di dapati secara berterusan. Kegunaan kedua ialah menyampaikan kadar tenaga di luar keupayaan. Roda tenaga mengumpul tenaga dengan cepat pada kadar yang melebihi keupayaan sumber tenaga. Kegunaan ketiga adalah untuk meorentasikan sistem mekanikal. Momentum sudut roda tenaga di pindahkan ke beban apabila tenaga di pindahkan kepada atau daripada roda tenaga.

Aplikasi roda tenaga Roda tenaga sering di gunakan untuk memberikan tenaga yang berterusan dalam sistem di mana sumber tenaga tidak berterusan. Dalam kes ini sumber roda tenaga apabila daya kilas dikenakan tenaga-tenaga yang di simpan akan di lepaskan. Dalam kes ini, roda tenaga yang di pasang pada crankshaft apabila daya kilas yang di kenakan ke atas omboh menembak, dan membebaskan tenaga untuk beban mekanikal apabila omboh tidak mengenakan tork di atasnya. Satu lagi contoh adalah motor geseran yang menggunakan roda tenaga untuk peranti kuasa seperti kereta mainan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

106

Rajah menunjukkan roda tenaga yang sebenar

Roda tenaga juga boleh di gunakan untuk membekalkan denyutan tenaga yang tidak perlu pada kadar pemindahan tenaga yang melebihi keupayaan sumber tenaga atau apabila denyutan itu mengganggu bekalan tenaga contohnya rangkaian elektrik awam. Ini dicapai dengan mengumpulkan tenaga yang disimpan di dalam roda tenaga sepanjang tempoh masa tertentu. Pada kadar yang lebih tinggi dalam masa yang singkat. Sebagai contoh roda tenaga digunakan dalam mesin menumbuk dan mesin rivet. Kendalian sistem magneto roda tenaga apabila roda tenaga berpusing ialah magneto mengeluarkan arus voltan tinggi sebanyak 20 000 volt. Arus voltan tinggi itu dihantar kepada palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi. Palam pencucuh mengeluarkan bunga api apabila arus voltan tinggi melompat melalui celahan antara elektrod-elektrod palam pencucuh.

Penyenyap bunyi

Sistem ekzos Sistem ekzos ialah sistem mengeluarkan gas yang terbakar di dalam silinder. Fungsi sistem ekzos ialah mengeluarkan campuran udara-bahan api yang telah terbakar dari ruang pembakaran. Selain itu sistem ekzos juga mengurangkan bunyi bising enjin.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

107

Rajah menunjukkan penyenyap bunyi

Bahagian utama sistem ekzos untuk enjin satu silinder ialah Injap ekzos dan liang ekzos. Injap ekzos dan liang ekzos membenarkan campuran udara dan bahan api yang telah terbakar keluar dari silinder. Manakala Rongga ekzos pula menghubungkan liang ekzos dengan penyenyap bunyi. Penyenyap bunyi mengurangkan bunyi bising gas ekzos yang keluar. Paip ekzos menghubungkan rongga ekzos dengan penyenyap bunyi. Kendalian sistem ekzos pada peringkat lejang ekzos, injap ekzos akan terbuka manakala injap masukkan masih tertutup. Campuran udara dan bahan api yang telah terbakar akan ditolak keluar melalui liang ekzos apabila piston bergerak ke atas dan akhirnya gas yang keluar melalui liang ekzos akan masuk ke rongga ekzos dan seterusnya keluar melalui penyenyap bunyi dan paip ekzos. Penyenyap bunyi berfungsi untuk menyenyapkan bunyi bising hasil daripada pembakaran campuran udara dan bahan api. Penyenyap bunyi juga menyalurkan gas ekzos dari bongkah enjin ke dalam udara.

Penutup

Secara ringkasnya bahagian luar enjin terdiri daripada kepala silinder, palam pencucuh, sirip penyejuk, bongkah enjin, pembersih udara, karburetor, tangki bahan api, roda tenaga dan penyenyap bunyi. Setiap bahagian luar enjin mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri bagi membolehkan enjin berfungsi dengan baik dan sempurna. Setiap bahagian enjin tersebut saling bersandaran antara satu sama lain. Kerosakan atau kekurangan salah satu bahagian luar enjin mampu membuatkan enjin tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Kepala silinder berperanan sebagai lubang untuk palam pencucuh. Manakala palam pencucuh berfungsi sebagai mengeluarkan percikan bunga api di ruang pembakaran enjin, dan sirip penyejuk pula memainkan peranan penting dalam

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

108

memerangkap udara untuk menyejukkan enjin. Enjin yang terlalu panas akan membahayakan pengguna. Bongkah enjin pula yang merupakan bahagian utama enjin dan merupakan pertautan besar dengan bahagian-bahagian enjin yang lain. Pembersih udara turut berperanan untuk menapis udara yang masuk ke karburetor serta mengurangkan bunyi bising ketika udara masuk ke dalam karburetor dan bertindak sebagai penahan nyalaan api apabila enjin tersedak. Karburetor berfungsi bagi mencampurkan udara dan bahan api pada kadar yang betul. Campuran udara dan bahan api pada kadar yang betul amat penting bagi menjadikan pembakaran enjin berlaku dengan sempurna. Tangki bahan api berperanan untuk menyimpan dan menyalakan bahan api ke karburetor dan roda tenaga berfungsi bagi membolehkan enjin berputar. Penyenyap Bunyi turut diperlukan bagi mengurangkan bunyi bising kesan daripada pembakaran campuran udara dan bahan api. Perkhidmatan enjin kepada manusia pada hari ini kelihatan semakin diperlukan. Terdapat pelbagai mesin baru direka cipta oleh manusia dari semasa ke semasa. Kebanyakan rekaan yang berteknologi tinggi bersandarkan kepada penggunaan enjin. Pengaplikasian sistem enjin semakin hari dikatakan semakin diperlukan oleh manusia untuk memudahkan kerja dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, kewujudan mesin-mesin yang berteknologi canggih pada hari ini sedikit sebanyak telah menjadikan kehidupan manusia semakin mudah bersesuaian dengan kehendak manusia pada zaman ini. Kepentingan enjin sememangnya telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian.

Penilaian kendiri 1. Nyatakan struktur asas enjin 4 lejang. 2. Apakah fungsi roda tenaga? 3. Prinsip kerja yang digunakan oleh karburetor adalah Prinsip Bernoulli. Terangkan tentang prinsip ini. 4. Selain daripada fungsi mengeluar campuran udara-bahan api hasil pembakaran di dalam ruang pembakaran, berikan satu lagi fungsi untuk sistem ekzos 5. Nyatakan fungsi-fungsi bongkah enjin

Rujukan
1. Teknologi Automotif. Pengenalan sistem, Mohd Bahaman Mohd. Rajuli 2. http://www.kartcafe.it/showthread.php/53247-Silenziatori-di-scarico-per-kz-125-a-

marce-!?language=ms
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Palam_pencucuh

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

109

4. http://www.scribd.com/doc/56520732/10/sirip-penyejuk 5. http://alfajazzyjazz.blogspot.com/2009/02/bongkah-enjin.html 6. http://www.baranglangka.com/v2/268-pembersih-udara 7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Karburetor 8. http://www.scribd.com/doc/33434296/Sistem-Kawalan-Bahanapi-Elektronik 9. http://www.scribd.com/doc/56520732/4/roda-tenaga 10. http://www.genuineclub.com/content/view/59/27/

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

110

UNIT 7
BAHAGIAN DALAM ENJIN DAN SISTEM 4-LEJANG

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat di dalam enjin Mengenalpasti keperluan bahagian-bahagian yang terdapat pada bahagian dalam enjin Menghuraikan fungsi bahagian-bahagian dalam enjin Menerangkan pengoperasian sistem 4-lejang

PENGENALAN
Apakah komponen-komponen yang terdapat pada bahagian dalam enjin? Adakah komponen-komponen dalam dan luar enjin mempunyai perkaitan antara satu sama lain? Apakah fungsi komponen-komponen pada bahagian dalam enjin? Bagaimanakah komponenkomponen dalam enjin dapat dikenal? Kita telah mempelajari tentang bahagian komponen-komponen luar enjin pada unit yang lepas. Sudah tentu kita dapat mengenali komponen-komponen itu bila kita lihat di bengkel enjin. Pengetahuan tentang fungsi komponen-komponen itu juga penting untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh tentang enjin 4-lejang. Dalam unit ini kita akan mempelajari tentang bahagian komponen dalam enjin. Bahagian dalaman enjin adalah sejenis pengerak yang mengeluarkan kuasa hasil dari pembakaran bahan api di dalam kebuk pembakaran. Enjin yang menghasilkan pembakaran dalam dikelaskan kepada dua jenis berdasarkan cara bahan api dibakar untuk menghasilkan kuasa. Kedua-dua jenis enjin yang dimaksudkan itu adalah enjin yang menggunakan diesel dan satu lagi adalah petrol sebagai bahanapi Fenomena yang digunakan oleh kedua-dua enjin ini untuk berfungsi adalah sama ada menggunakan pencucuhan mampatan (diesel) atau pencucuhan bunga api (petrol). Kedua-dua jenis enjin ini menjalankan operasinya secara 4 lejang atau 2 lejang. Sebelum kita meneruskan pembelajaran kita yang lebih bersifat teknikal, mari kita lihat tentang sejarah bagaiman enjin ini tercipta atau evolusinya. Sejarah enjin pembakaran dalam adalah pada tahun 1807, Francois lsaac de Rrivaz mereka bentuk enjin pembakaran dalaman (lCE) yang menggabungkan hidrogen dan oksigen untuk menjana tenaga. Pada tahun 1860, Jean Joseph Etienne Lenoir telah berjaya membina enjin gas dua Lejang. Selepas itu, pada tahun 1886 pula, beliau sekali lagi membina kenderaan yang berkuasa enjin gas yang boleh menghasilkan kelajuan yang memuaskan. Seterusnya pada tahun 1876, Nikolaus Otto memperkenalkan enjin pembakaran 4 putaran (4 cycle combustion). Ciptaan untuk enjin-enjin yang baru diteruskan iaitu pada tahun 1886 pula, Benz Motorwagen mencipta enjin pembakaran yang menggunakan petrol. Seterusnya pada

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

111

tahun 1877, Automobil AS yang pertama dicipta oleh Daldwin, Selden dan Rochester, New York yang memohon paten untuk kenderaan itu 2 tahun kemudian. Enjin pembakaran terdiri daripada dua bahagian utama iaitu bahagian tetap yang terdiri daripada kepala silinder, blok silinder dan kotak engkol. Bahagian yang kedua pula ialah bahagian bergerak terdiri dari omboh, rod penyambung, aci engkol, rangkaian injap dan roda tenaga. Peralatan tambahan atau bantuan enjin pembakaran dalam terdiri dari sistem pencucuhan, sistem bekalan bahan api, sistem pelinciran dan sistem pendinginan. Prinsip kerja asas enjin pembakaran dalam adalah apabila berlaku campuran udara dan bahan api yang dibakar di dalam kebuk pembakaran. Pada mulanya kedudukan omboh adalah pada bahagian atas. Apabila tekanan disebabkan oleh pembakaran udara dan bahan api terhasil, ia akan menolak omboh ke bawah. Gerakan salingan omboh ini ditukarkan kepada putaran aci engkol dengan membuat penyusunan yang sesuai.

ISI KANDUNGAN
Bahagian dalam enjin

Rajah menunjukkan bahagian komponen-komponen yang terdapat dalam enjin

Gambarajah di atas menunjukkan bahagian komponen-komponen yang terdapat dalam enjin. Apabila kita rujuk kepada rajah itu kita boleh mendapat satu gambaran yang jelas tentang kedudukan bahagian komponen-komponen dalam enjin. Ruang pembakaran yang terdapat pada gambarajah itu adalah bahagian yang penting untuk menjana tenaga hasil dari pembakaran campuran udara dan bahan api bagi enjin berfungsi.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

112

Bahagian komponen-komponen dalam enjin yang perlu kita ketahui adalah seperti disenaraikan dibawah 1) Lubang silinder 2) Rongga masukan 3) Rongga ekzos 4) Ruang pembakaran 5) Piston/ Omboh 6) Rod penghubung 7) Aci engkol 8) Aci sesondol 9) Injap 10) Tapet

Lubang silinder Lubang silinder terletak di bahagian bongkah enjin. Ia adalah bahagian berlubang dalam bongkah enjin yang menempatkan omboh. Bahagian atas lubang silinder ini ditutup oleh kepala silinder. Ia merupakan tempat piston untuk bergerak dari Titik Takat Atas (TTA) ke Titik Takat Bawah (TTB). Lubang silinder diberi lapisan khusus untuk mengurangkan kehausan silinder akibat pergerakan omboh.

Rajah menunjukkan lubang silinder Rongga masukan Rajah disebelah menunjukkan Y sebagai rongga masukan. Rongga masukan adalah saluran yang terletak diantara karburetor dengan rongga pembakaran. Ia disambungkan dengan karburator. Rongga masukan ini dikawal oleh injap masukan. Rongga masukan merupakan laluan bagi campuran udara dan bahan api untuk disalur masuk ke dalam lubang silinder.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

113

Rajah menunjukkan kedudukan rongga masukan dan rongga ekzos

Rongga ekzos Rajah di atas menunjukkan X sebagai rongga ekzos. Rongga ekzos adalah saluran yang menghubungkan lubang silinder dengan paip ekzos. Hasil pembakaran serta gas ekzos akan dikeluarkan melalui rongga ekzos ini. Rongga ekzos ini dikawal oleh injap ekzos.

Ruang pembakaran

Rajah menunjukkan ruang pembakaran dalam enjin Dalam rajah di atas kita dapat likat ruang pembakaran dan bahagian-bahagian yang akan berfungsi untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna. Ruang pembakaran merupakan bahagian terpenting di dalam sistem enjin. Ruang pembakaran merupakan tempat berlakunya proses utama yang mengakibatkan terhasilnya tenaga yang menggerakkan enjin. Ianya terletak di bahagian kepala silinder. Ruang pembakaran ini juga merupakan tempat di

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

114

mana campuran udara dan bahan api yang dimampat dan dibakar bagi tujuan menghasilkan kuasa. Terdapat lubang berulir di ruang pembakaran ini untuk menempatkan palam pencucuh. Piston/ omboh Omboh merupakan komponen yang bergerak di dalam enjin. Lazimnya, omboh diperbuat daripada aluminium aloi, silikon dan besi rendah karbon. Ia bergerak turun dan naik di dalam lubang silinder yang dipanggil gerakan salingan. Omboh berbentuk silinder dan permukaan luar omboh berbentuk cengkung dan cembung. Ia berfungsi untuk menerima daya penolakan hasil pembakaran dan memindahkan daya ini kepada aci engkol. Omboh dihubungkan oleh rod penghubung ke aci engkol. Ianya turut berfungsi bagi memampatkan campuran bahan api dan udara bagi menghasilkan kuasa. Terdapat beberapa jenis bentuk omboh iaitu i) ii) iii) iv) Omboh Skirt Belah Omboh Skirt gelincir Omboh Autoterma Omboh Bujur (bentuk elips).

Piston ring ataupun gelang omboh berfungsi sebagai pelindung geseran antara omboh dan silinder. Fungsinya adalah untuk mengelakkan kemasukan campuran bahan api dan udara memasuki ruang pembakaran semasa proses mampatan dan proses pembakaran berlaku. Selain itu, gelang omboh turut berfungsi untuk mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan. Yang mana ia boleh menyebabkan minyak enjin berkurang.

Rajah menunjukkan piston

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Kita boleh ringkaskan fungsi piston seperti berikut i) ii) memampatkan campuran udara dan bahan api. menerima kuasa hasil pembakaran dan memindahkan kuasa itu ke rod penghubung untuk memusingkan aci engkol.

115

Jika kita hendak mengimbas kembali tentang bahagian-bahagian piston, ia adalah seperti disenaraikan di bawah i) ii) iii) iv) kepala piston alur gelang lubang cemat dinding piston

Maklumat tambahan tentang piston adalah, pada bahagian atas dinding piston terdapat tiga gelang piston. Nama gelang-gelang tersebut adalah seperti dibawah

i) Gelang mampatan a) Dipasangkan pada alur gelang yang atas sekali. Digunakan untuk menghalang kebocoran gas.

ii) Gelang pengikis a) b) Dipasangkan pada alur gelang di bawah gelang mampatan. Digunakan untuk mengikis minyak yang berlebihan pada dinding piston. Bertindak sebagai pemateri.

c)

iii) Gelang minyak a) b) Dipasang pada alur gelang yang bawah sekali. Digunakan untuk mengedarkan aliran minyak pada dinding silinder.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

116

Rajah menunjukkan satu piston dengan rod penghubung

Rod penghubung Rod penghubung berfungsi untuk menghubungkan omboh dengan aci engkol. Pada masa yang sama, ia berfungsi untuk menukarkan pergerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.

Rajah menunjukkan rod penghubung Bahagian hujung kecil rod ini di sambungkan kepada omboh manakala bahagian hujung besar pula disambung kepada aci engkol. Terdapat pengaut pada bahagian hujung besar untuk menyimbah minyak pelincir.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Aci engkol

117

Rajah menunjukkan aci engkol

Aci engkol adalah sejenis alat yang menukarkan gerakan putar kepada gerakan linear (lurus) dan merupakan intipati kepada gerakan dan mekanisma bermesin. Ia merupakan aci utama enjin yang terdiri daripada pin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol. Aci engkol diperbuat daripada keluli. Ianya dipasang di dalam bongkah enjin. Pada aci engkol terdapat pengimbang tara berat yang mengimbang dan melicinkan pergerakan putaran enjin. Satu hujung aci engkol disambungkan dengan roda tenaga. Manakala satu hujung lagi ialah aci penghantar kuasa yang menukar pergerakan salingan omboh kepada pergerakan pusingan untuk memusing roda tenaga.

Aci sesondol Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada omboh untuk membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi beberapa sesondol berbentuk lonjong. Aci sesondol berperanan membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisma perantaraan sambil ia berputar. Aci sesondol mempunyai gear dan dua buah sesondol. Gear aci sesondol dipasangkan bersama dengan aci engkol. Ianya berfungsi untuk mengawal injap masuk dan injap ekzos.

Rajah-rajah di atas menunjukkan aci sesondol

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

118

Rajah menunjukkan satu lagi aci sesondol Injap Injap terbahagi kepada dua jenis iaitu injap masukan dan injap ekzos. Injap masukan terletak berhampiran dengan rongga masukan manakala injap ekzos terletak berhampiran dengan rongga ekzos. Injap masukan bersaiz besar sedikit daripada injap ekzos. Injap masukan berfungsi untuk mengawal kemasukan campuran udara dan bahan api ke dalam lubang silinder. Manakala, Injap ekzos berfungsi untuk membebaskan gas ekzos hasil pembakaran dalam lubang silinder melalui paip ekzos.

Rajah menunjukkan injap

Pergerakan kedua- dua jenis injap ini dikendalikan oleh rangkaian injap atau sistem injap yang dipandu oleh aci sesondol. Injap masukan akan terbuka semasa campuran minyak dan udara masuk ke ruang pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku di ruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Tapet

119

Bahagian yang terakhir yang kita akan bincangkan dalam topik bahagian dalam enjin adalah tapet. Rajah di bawah menunjukkan bentuk tapet. Tapet terletak di antara sesondol dan batang injap. Tapet diperbuat daripada keluli untuk menahan kehausan. Tapet berfungsi untuk membuka dan menutup injap. Ia akan digerakkan oleh sesondol bagi membuka dan menutup injap.

Rajah menunjukkan tapet 1. Senaraikan jenis-jenis bentuk omboh __________________________________________________________ __________________________________________________________ 2. Terangkan kepentingan ruang pembakaran untuk enjin kereta __________________________________________________________ __________________________________________________________ 3. Nyatakan kegunaan aci sesondol _________________________________________________________ 4. Terangkan fungsi gelang omboh __________________________________________________________ __________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

120

Apakah itu sistem edaran 4 lejang? Bagaimanakah kitaran ini beroperasi dalam enjin kereta? Adakah sistem edaran 4 lejang ini digunakan dalam semua kereta? Apakah sebenarnya kegunaan sistem 4 lejang untuk kereta?

Edaran enjin 4 lejang Prinsip edaran enjin 4 lejang. Enjin 4 lejang ialah enjin yang menghasilkan kuasa daripada 4 pergerakan turun dan naik omboh di dalam silinder pembakaran. Terdapat 5 komponen utama di dalam enjin 4 lejang iaitu silinder, omboh, rod penghubung, aci engkol dan roda tenaga. Terdapat 4 jenis lejang di dalam enjin ini iaitu lejang masukan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos. Palam pencucuh disambungkan ke gelung penyalaan yang menghasilkan voltan tinggi ataupun magneto. Ianya juga dikenali sebagai palam pencucuh bervoltan tinggi. Sambil elektron mengalir dari gelung, beza keupayaan terbentuk antara elektrod tengah dan elektrod bumi. Tiada arus dapat mengalir kerana udara dan bahan api merupakan penebat, tetapi beza keupayaan terus meningkat, ia mula mengubah struktur gas berhampiran elektrod. Sebaik sahaja voltan melebihi kekuatan dielektrik gas, gas sekeliling diionkan. Gas terion menjadi pengalir dan membenarkan elektron mengalir merentasi jurang. Semasa arus elektrik iaitu elektron mengalir merentasi jurang, suhu bunga api naik sangat tinggi sehingga beribu-ribu kelvin. Haba yang tinggi daripada bunga api menyebabkan gas terion mengembang dengan cepat, seperti letupan kecil. Letupan itu yang akan menghasilkan bunyi "klik" yang kedengaran semasa bunga api terhasil, sebagaimana bunyi semasa berlakunya kilat dan guruh. Bunga api yang terhasil kemudiannya membakar campuran udara dan bahan api di dalam kebuk pembakaran atau kotak silinder di dalam enjin. Proses pembakaran bahan api di dalam ruang pembakaran enjin ini menghasilkan satu tekanan yang kuat dan tinggi. Tekanan ini akan memaksa omboh bergerak. Apabila omboh bergerak maka aci engkol akan turut sama berputar kerana rod penghubung memindahkan pergerakan omboh kepada aci engkol. Kuasa tenaga atau kuasa kuda horse power terhasil dan dihantar ke roda kenderaan dan menyebabkan roda boleh dipusingkan atau digerakkan.

Pada sistem penghantaran kuasa empat lejang, omboh berpusing atau pergerakan omboh turun naik sebanyak 4 kali bagi menghasilkan satu kuasa. Sistem penghantaran kuasa empat lejang mempunyai lejang masukan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos. Pada sistem penghantaran kuasa 4 lejang, bahan api atau petrol masuk terus ke kotak silinder pembakaran. Bahan api tidak akan turun ke kotak engkol. Injap mengawal jumlah kemasukan bahan api. Manakala pergerakan injap pula di kawal oleh aci sesondol. Tiada lejang yang berlaku serentak di dalam sistem penghantaran kuasa empat lejang dan omboh bergerak turun naik sebanyak 4 kali serta 2 kali pusingan iaitu 7200 aci engkol

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

121

bagi satu kitaran lengkap. Terdapat 2 saluran di dalam sistem ini iaitu saluran masuk dan ekzos. Sistem ini tidak mempunyai liang. Mengenal pasti prinsip edaran empat lejang Terdapat dua jenis enjin empat lejang iaitu enjin petrol 4 lejang dan enjin diesel 4 lejang. Ciri-ciri luaran enjin petrol 4 lejang satu silinder mempunyai dua jenis kedudukan injap iaitu injap atas dan injap tepi. Enjin yang mempunyai injap tepi terdapat satu bukaan di bahagian tepi enjin untuk mengeluarkan injap. Enjin juga mempunyai batang celup di bahagian kotak engkol. Batang celup di gunakan untuk mengukur paras minyak atau bahan api di dalam enjin. Selain itu terdapat tali engkol yang di gunakan untuk menghidupkan enjin. Ciri-ciri luaran enjin diesel 4 lejang pula ialah enjin ini mempunyai tempat pengengkol yang di gunakan untuk menghidupkan enjin. Tetapi sekiranya enjin mempunyai motor penghidup maka pengengkol tidak diperlukan. Enjin ini juga mempunyai tuil nyah mampatan yang berfungsi untuk mengurangkan mampatan semasa menghidupkan enjin. Ia juga mempunyai saluran bahan api yang diperbuat daripada logam yang menyambungkan pam pemancit kepada pemancit di kepala silinder. Kuasa yang diperolehi dalam enjin 4-lejang adalah hasil daripada empat kali pergerakan omboh turun naik di dalam silinder. Omboh bergerak dari Takat Titik Atas (TTA) kepada Takat Titik Bawah (TTB). Secara umumnya semua enjin 4 lejang mempunyai lima komponen yang utama iaitu silinder, omboh, rod penghubung, aci engkol dan roda tenaga. Silinder merupakan sebuah tuangan bulat yang dibuka pada hujung engkol oleh kepala silinder. Jaket air berada di sekeliling silinder bagi membolehkan air dari sistem penyejukkan dapat melaluinya. Tujuannya ialah untuk menyejukkan enjin dan mengelakkan daripada berlakunya overheating. Silinder di perbuat daripada besi tuang dan campuran logam bersama aluminium. Omboh merupakan komponen yang bergerak. Ia berbentuk baldi dan permukaannya boleh berbentuk rata, cembung atau pun cengkung. Terdapat gelang mampatan yang membekalkan kesan sendalan. Gelang kawalan minyak atau gelang kikis di pasang di bawah bahagian gelang mampatan bagi menanggalkan minyak berlebihan pada dinding silinder. Rod penghubung merupakan rod yang menghubungkan omboh dengan aci engkol. Pada masa yang sama ia berfungsi untuk menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putaran aci engkol. Aci engkol adalah aci utama enjin yang mempunyai pin engkol dan web yang di tumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol di perbuat daripada keluli yang ditempa. Pada bahagian hujung aci engkol ianya di hubungkan kepada injap dan kapi yang berfungsi untuk menggerakkan pam air di dalam sistem penyejukan. Hujung belakang aci engkol dihubungkan kepada roda tenaga. Roda tenaga di perbuat daripada cakera besi tuang yang diboltkan pada bahagian hujung aci engkol. Roda tenaga berfungsi melicinkan kelajuan enjin pada bahagian di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan atau putaran dikenakan pada aci engkol. Apabila enjin perlahan semasa lejang kuasa, ia akan mengeluarkan tenaga yang tersimpan bagi membolehkan enjin bergerak dengan lancar.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Proses kitaran enjin 4 lejang Lejang masukan

122

Omboh atau piston bergerak dari Takat Titik Atas (TTA) ke Takat Titik Bawah (TTB). Apabila ini berlaku terdapat kekosongan pada ruang pembakaran dan ini akan menyebabkan Isipadu silinder bertambah dan mengakibatkan pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam kotak silinder. Pada ketika ini Injap masukan terbuka dan injap ekzos pula perlulah tertutup kerana menghasilkan ruang bagi campuran bahanapi dan udara masuk dan berada di dalam ruang pembakaran tanpa terlepas melalui injap ekzos. Campuran bahan api dan udara masuk ke dalam kotak silinder melalui liang masukan. Dalam proses ini aci engkol berpusing separuh pusingan.

Rajah menunjukkan omboh pada lejang masukan Jika kita lihat secara berperingkat untuk lejang masukan, peringkat-peringkat yang terlibat adalah seperti berikut i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Omboh bergerak dari takat titik atas ke takat titik bawah Isipadu silinder bertambah Pengurangan tekanan dan separa vakum di dalam silinder. Injap masukan terbuka Injap ekzos tertutup Campuran udara bahan api memasuki silinder melalui liang masukan Aci engkol telah berpusing separuh pusingan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Lejang mampatan

123

Omboh bergerak semula dari Titik Takat Bawah ke Titik Takat Atas supaya ruang yang kosong tadi berkurangan dan menghasilkan satu tekanan yang tinggi. Tekanan tinggi adalah penting untuk menghasilkan nyalaan yang cepat dan sempurna. Apabila proses omboh bergerak ke atas semula berlaku injap masukan dan ekzos tertutup dan ruang silinder terkedap. Ini akan memastikan campuran udara dan bahanapi tidak terlepas melalui keduadua injap dan juga akan mewujudkan satu tekanan yang tinggi kerana isipadu ruang telah berkurang dengan drastik. Campuran udara dan bahan api dimampatkan dan menghasilkan tekanan yang bersuhu tinggi di dalam kotak silinder pembakaran. Aci engkol telah melengkapkan satu pusingan.

Rajah menunjukkan lejang mampatan Lejang mampatan juga boleh difahami dengan penerangan proses tersebut satu per satu. Peringkat-peringkat yang terdapat di bawah menerangkan dengan lebih jelas tentang proses tersebut i) ii) iii) iv) v) vi) Omboh bergerak semula dari titik bawah ke titik atas Injap masukan dan ekzos tertutup Ruang silinder terkedap Campuran udara dan bahan api dimampatkan Menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi di dalam silinder Aci engkol telah berpusing satu pusingan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Lejang kuasa

124

Selepas lejang mampatan omboh masih berada di Takat Titik Atas.Tekanan yang tinggi terdapat dalam ruang pembakaran dan pada ketika ini satu percikan bunga api di hasilkan oleh palam pencucuh atau spark plug. Palam pencucuh disambung kepada satu terminal yang boleh menghasil voltan yang tinggi, hasil dari pengaliran arus tersebut satu percikan api telah terhasil. Proses pembakaran akan berlaku pada bahan api dan udara yang berada dalam keadaan mampat. Campuran yang terbakar ini menghasilkan haba yang banyak dan ini akan menghasilkan tekanan. Tekanan yang dihasilkan ini adalah sangat tinggi. Keadaan ini menyebabkan omboh atau piston tertolak dari Takat Titik Atas(TTA) ke Takat Titik Bawah(TTB). Kedua-dua injap masih tertutup dan aci engkol telah berpusing satu setengah pusingan.

Rajah menunjukkan lejang kuasa Lejang kuasa adalah peringakat dimana pembakaran berlaku. Mari kita lihat bagaimana ia berlaku secara berperingkat. i) Satu percikan bunga api dihasilkan oleh palam pencucuh yang menghasilkan pembakaran Haba dan tekanan yang tinggi akan terhasil Omboh tertolak dari titik takat atas ke titik takat bawah. Kedua dua injap tertutup Aci telah berpusing satu setengah pusingan.

ii) iii) iv) v)

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Lejang ekzos

125

Lejang ekzos adalah proses yang terakhir dalam sistem 4 lejang. Sekarang Injap ekzos akan terbuka tetapi injap masukan masih tertutup. Ini akan membolehkan campuran udara dan bahan api yang terbakar itu akan keluar melalui injap ekzos dan tidak melalui injap masukan. Pada ketika ini omboh atau piston bergerak semula darai Takat Titik Bawah (TTB) ke Takat Titik Atas (TTA). Apabila proses ini berlaku hasil daripada proses pembakaran tadi akan tertolak keluar dari kotak silinder pembakaran melalui liang ekzos. Bentuk omboh atau piston sesuai untuk bertindak menolak keluar campuran bahan api dan udara yang terbakar dengan sempurna. Aci engkol melengkapkan kitaran empat lejang apabila telah melakukan dua kali pusingan.

Rajah menunjukkan lejang ekzos Lejang ekzos pula adalah lejang terakhir untuk melengkapkan proses untuk menjana tenaga bagi kegunaan enjin supaya dapat bergerak. Fakta-fakta di bawah lebih jelas menerangkan peringkat-peringkat yang telah diterangkan di atas. i) ii) iii) iv) Injap ekzos terbuka Omboh digerak semula dari titik takat bawah ke titik atas Hasil pembakaran akan tertolak keluar dari silinder melalui liang ekzos Aci engkol telah berpusing sebanyak dua pusingan iaitu sebanyak 720 darjah

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Penutup

126

Bahagian dalaman enjin merupakan salah satu bahagian yang mempunyai komponenkomponen yang penting dalam sesebuah enjin kereta, bas, lori ataupun motorsikal. Hal ini kerana disitulah pembakaran bahan api berlaku bagi membolehkan sesebuah kenderaan itu dapat bergerak. Setiap komponen dalaman enjin perlulah diambil tahu supaya jika berlaku sebarang kerosakan, boleh diketahui puncanya. Jika ilmu mengenai bidang ini tinggi, banyak faedahnya seperti, tiada pembaziran akan berlaku, menjimatkan masa, tenaga dan kos, memudahkan kerja-kerja membaiki dan mengajar kita untuk menjaga kualiti komponen tersebut sebaik mungkin.

Penilaian kendiri 1. 2. 3. Senaraikan bahagian komponen-komponen dalam enjin yang anda tahu Apakah fungsi injap masukan Semasa lejang masukan, bagaimana tekanan dalam ruang pembakaran boleh berkurang? Terangkan bagaimana proses percikan api boleh berlaku pada palam pencucuh Mengapakah injap masukan mesti berada pada keadaan tertutup pada proses lejang ekzos?

4. 5.

Rujukan

1. Teknologi Automotif. Pengenalan sistem, Mohd Bahaman Mohd. Rajuli 2. http://www.scribd.com/doc/21500002/Enjin-Pembakaran-Dalam-Prepared-by-M-

karthik86 ,17 Oktober 2011


3. http://khbf3.blogspot.com/2009/02/23-bahagian-dalam-enjin.html , 17 Oktober 2011 4. http://www.freewebs.com/kemahiranhidup/enjin.htm , 17 Oktober 2011

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

127

UNIT 8 SISTEM ENJIN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti sistem-sistem yang terlibat dalam membantu enjin berfungsi 2. Memahami kegunaan sistem-sistem enjin yang membantu enjin berfungsi 3. Menghuraikan langkah-langkah bagaimana sistem-sistem enjin ini berfungsi

PENGENALAN
Berapa sistemkah yang terdapat di dalam enjin? Apakah fungsi setiap sistem yang terdapat dalam enjin? Adakah komponen-komponen dalam dan luar enjin terlibat dalam penghasilan sistem-sistem ini? Adakah semua enjin memerlukan sistem-sistem enjin yang sama? Setelah kita mempelajari beberapa unit tentang enjin pada bab yang lepas, kita telah memahami serba sedikit tentang bahagian-bahagian enjin. Dalam unit ini kita akan mempelajari tentang sistem-sistem enjin pula. Sistem dalam sesuatu rangkaian komponen adalah sangat penting. Sistem yang efesien akan memberi satu output yang maksimum. Enjin merupakan objek mekanik yang menghasilkan suatu bentuk output dari input iaitu bahanapi yang dibekalkan. Enjin yang bertujuan menghasilkan output tenaga kinetik dari sumber bahan api dipanggil penggerak utama Jika dilihat pada motor, ia menghasilkan tenaga kinetik dari "bahan api" yang diproses terlebih dahulu (seperti elektrik, aliran bendalir hidraulik atau udara mampat). Sistem- sistem enjin yang kita akan pelajari adalah sistem bahan api, sistem penyalaan, sistem pelinciran, sistem penyejukan, dan sistem ekzos.

Rajah menunjukkan sistem-sistem yang terdapat pada enjin

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN ISI KANDUNGAN


Sistem pelinciran

128

Sistem yang pertama kita akan pelajari adalah sistem pelinciran. Perkataan pelinciran itu sendiri memberi kita satu gambaran iaitu pengurangan geseran perlu dilakukan dibahagian yang mengaplikasikan sistem ini. Oleh itu fungsi utama sistem pelinciran ialah untuk melancarkan bahagian-bahagian yang bergerak dalam enjin.

Fungsi Sistem Pelinciran Sistem pelinciran adalah antara sistem penting dalam sesebuah enjin kerana ia berfungsi untuk membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian yang bergerak dalam enjin. Apabila minyak dibekalkan pada semua bahagian yang bergerak dalam enjin, pergerakan bahagian bahagian itu dapat berlaku dengan lancer. Ini adalah kerana ia telah mengurangkan geseran dan secara langsung akan mengurangkan kehausan pada setiap komponen atau bahagian tersebut. Ini juga menghindarkan kepanasan akibat daripada pergeseran komponenkomponen yang bergerak dalam enjin. Geseran bermaksud rintangan terhadap gerakan yang ditemui apabila satu benda mengelansar di atas permukaan yang satu lagi. Haus ialah kekurangan atau kerosakan yang berlaku pada permukaan objek akibat gelansar.

Komponen-Komponen Yang Bergerak Dalam Enjin

Rajah menunjukkan omboh-omboh yang sebahagian dari sistem pelinciran

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

129

Jenis- Jenis sistem pelinciran Terdapat tiga jenis sistem pelinciran iaitu sistem simbahan, sistem tekanan dan sistem gabungan. Ketiga-tiga sistem ini akan dibincangkan selanjutnya di bahagian bawah. Sistem simbahan digunakan dalam enjin kereta lama dan enjin dua lejang bagi mesin-mesin kecil seperti mesin rumput. Manakala jenis suap bertekan pula adalah sistem pelinciran yang bertekanan atau suapan bertekanan yang digerakkan oleh pam. Fungsi sistem pelinciran: 1. Meminimumkan haus dan geseran pada bahagian yang bergerak 2. Sebagai agen penyejukan 3. Menutup permukaan yang tidak rata 4. Sebagai penyerap hentak 5. Sebagai elemen pembersih Seperti yang telah dibincangkan di atas, kita akan bincangkan tentang 3 jenis sistem pelinciran iaitu sistem pelinciran simbah. Sistem pelinciran tekanan, dan sistem pelinciran gabungan disini. i) Sistem pelinciran simbah - biasanya digunakan pada enjin-enjin kecil dan mudah serta ringkas dikendalikan. Minyak enjin yang terdapat dalam kotak engkol akan disimbah ke bahagian-bahagian yang bergerak dalam enjin. Daya graviti akan membantu minyak pelincir bergerak ke aci sesendol, hujung kecil omboh dan dinding silinder. Pencedok akan menyimbah minyak pelincir secara berterusan ke bahagian enjin yang bergerak. ii) Sistem pelinciran tekanan sistem ini memerlukan pam untuk menyalurkan minyak pelincir dari kotak engkol ke bahagian-bahagian enjin yang bergerak. Minyak pelincir dibekalkan melalui ruang minyak (oil gallery) ke atas galas utama aci engkol dan galas aci sesendol. Galas utama mempunyai liang minyak (oil feed) yang membolehkan minyak pelincir melalui liang-liang aci engkol. iii) Sistem pelinciran gabungan gabungan sistem pelinciran tekanan dan simbah. Cedok simbah terdapat di bawah rod penyambung. Ia bergerak bersama-sama pusingan aci engkol. Minyak pelincir dicedok dan disemburkan ke bahagian yang bergerak dalam enjin. Sebahagian daripada minyak yang disimbah akan masuk ke liang minyak untuk melicinkan bahagian enjin yang lain.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

130

Komponen dalam sistem pelinciran enjin

Rajah di atas menunjukkan bahagian-bahagain pada sistem pelinciran. Antara komponen dalam sistem pelinciran ialah penapis minyak pelincir, pam minyak pelincir, penyedut minyak, takung minyak pelincir dan saluran minyak. Penapis minyak pelincir berfungsi untuk menapis kotoran seperti logam. Jika kekotoran dapat memasuki sistem pelinciran, ia akan menjejaskan prestasi sistem ini. Pam minyak pelincir pula berperanan untuk mengepam minyak pelincir dari takung minyak pelincir untuk disalurkan ke komponen-komponen enjin. Takung minyak pelincir adalah ruang untuk menempatkan minyak pelincir. Salur minyak pelincir pula menyalurkan minyak pelincir ke semua komponen-komponen enjin yang bergerak. Kesemua bahagian-bahagian ini adalah berada dalam satu aturan yang membolehkan satu edaran terhasil.

Edaran Minyak Pelincir Proses dalam sistem pelinciran bermula apabila pam mengepam minyak pelincir yang berada dalam takung minyak. Kemudian, minyak pelincir ditapis melalui penapis minyak. Seterusnya, minyak pelincir dihantar ke aci engkol dan pelincir akan melalui lubang yang terdapat pada aci engkol untuk sampai ke rod penghubung serta pada permukaan omboh dan dinding silinder. Pada masa yang sama, minyak itu akan melalui alur minyak ke bahagian kepala silinder dan seterusnya melalui alur dan dibawa kepada aci sesondol dan injap-injap yang bergerak. Akhirnya,minyak akan mengalir ke semua takungan.

Ciri-Ciri Minyak Pelincir Terdapat beberapa ciri penting minyak pelincir yang harus diberi perhatian. Antaranya ialah kelikatan iaitu ukuran rintangan terhadap pengaliran cecair. Cecair yang digunakan di sini adalah minyak pelincir. Kadar kelikatan mestilah sesuai dengan jenis enjin. Jika kelikatan terlalu rendah, minyak mudah mengalir dan tidak akan lekat pada komponen enjin. Sekiranya

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

131

terlalu tinggi, pengalirannya akan menjadi terlalu perlahan. Ciri yang kedua ialah nombor kelikatan (pelincir berkelikatan tunggal) yang mewakili gred kelikatan sesuatu minyak pelincir. Contohnya, SAE 20, SAE 30, SAE 40, SAE 50. Gred nombor yang lebih besar menunjukkan tahap kelikatan minyak pelincir yang lebih tinggi. Ciri yang ketiga adalah pelincir berkelikatan berbilang (multigrade). Minyak pelincir multigrade adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya, SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50. Konsonan W bermaksud 'Winter' atau 'Wet' iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk.

Jenis Minyak Pelincir Terdapat beberapa jenis minyak pelincir yang berlainan. Jenis minyak pelincir adalah seperti Sintetik penuh, separuh sintetik dan jenis mineral. Sintetik penuh adalah jenis minyak paling nipis. Jenis minyak ini dapat digunakan sehingga 10 000 km kereta dipandu. Kadar kelikatan yang biasa digunakan ialah 0W/30, 5W/50, atau 10W/40. Minyak jenis ini sesuai untuk digunakan pada enjin-enjin moden kerana kadar kelikatannya rendah. Jenis minyak separuh sintetik pula boleh digunakan sehingga 7000 km untuk kereta dipandu. Ia menggunakan kod dari 10W hingga 15W (contoh: 15W-30). Manakala jenis mineral ialah antara minyak pelincir yang paling murah dan ia boleh digunakan dalam enjin kereta untuk dipandu sehingga 5000 km.

Sistem penyejukan Sistem yang kedua adalah sistem penyejukan. Tugas utama sistem penyejukan adalah untuk memastikan enjin tidak menjadi terlalu panas dengan memindahkan haba dari enjin ke bendalir dan kemudiannya menyahkan haba melalui udara. Sistem penyejukan akan menyalur keluar lebihan haba yang tidak diperlukan oleh enjin. Dua jenis sistem penyejukan yang digunakan dalam dunia automotif ialah sistem penyejukan udara yang digunakan untuk enjin satu silinder dan sistem penyejukan cecair yang digunakan untuk enjin yang mempunyai banyak silinder. Sistem penyejukan udara Sistem penyejukan udara menggunakan udara sebagai medium penyejukan. Peredaran udara sekeliling permukaan blok enjin digunakan secara langsung untuk menyejukkan enjin. Sistem ini digunakan pada motosikal dan mesin-mesin kecil. Enjin yang menggunakan sistem penyejukan udara akan dilengkapi dengan sirip-sirip penyejuk bertujuan untuk menambah luas permukaan yeng bersentuhan dengan udara. Sistem ini juga banyak diaplikasikan pada kereta-kereta lama. Sirip logam pada permukaan enjin direka bentuk lebih tirus pada bahagian luar (yang terdedah kepada udara). Haba akan mengalir dari bahagian sirip yang tebal ke bahagian sirip yang nipis sebelum hilang bersama aliran udara. Kelemahan bagi sistem penyejukan udara ialah tidak mampu memberikan pemindahan haba yang seragam pada seluruh bahagian enjin (terutama kawasan yang terlindung dari aliran udara). Untuk mengatasi masalah tersebut kipas digunakan untuk menolak aliran udara supaya melalui seluruh permukaan enjin.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

132

Rajah menunjukkan sistem penyejukan udara

Rajah menunjukkan sistem penyejukan udara yang sebenar

Sistem penyejukan cecair Sistem penyejukan cecair menggunakan air dan campuran bahan kimia sebagai agen penyejukan. Haba dari enjin diserap oleh air dan dibebaskan ke udara oleh kipas di belakang radiator. Air diedarkan oleh pam dan boleh memindahkan haba dengan lebih cepat. Sistem ini membolehkan cecair melalui beberapa laluan liang pada bahagian blok enjin bermula daripada unit penukar / penyah haba iaitu radiator, melalui salur paip masuk ke enjin dan akan berkitar semula ke radiator untuk proses penyahan haba. Apabila air panas masuk ke radiator, haba akan di lepaskan melalui kepingan jejari liang halus yang terdapat pada struktur radiator. Udara akan melalui ruang kepingan ini, ia akan menyahkan sekali haba pada kepingan tersebut dengan cara ini air di dalam liang tersebut akan dapat diturunkan habanya. Kebanyakan sistem akan mempunyai kipas penyedut yang akan menyedut atau menolak udara secara deras ke radiator untuk penyejukan yang lebih cekap dan berkesan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

133

Rajah menunjukkan sistem penyejukan cecair

1. Senaraikan komponen-komponen yang terdapat dalam sistem pelinciran enjin _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ 2. Namakan element-element yang digunakan dalam sistem pelinciran Cecair _________________________________________________________ _________________________________________________________ 3. Terangkan kenapa dalam sistem penyejukan udara terdapat sirip-sirip _________________________________________________________ _________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Sistem bahan api

134

Setiap kenderaan mempunyai sistem yang membolehkan ia mendapat tenaga dari pada sumber yang digunakan. Tenaga ini digunakan untuk membolehkan enjin kenderaan itu berfungsi. Sistem yang dimaksudkan itu adalah sistem bahan api. Sistem ini berfungsi bagi membekalkan campuran udara dan bahan api petrol atau diesel kepada enjin. Kesemua enjin diesel menggunakan sistem suntikan bahan api manakala hampir kesemua model kereta berenjin petrol terkini menggunakan suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor. Suntikan bahan api atau pancitan bahan api adalah sistem kenderaan yang bertugas mengangkut bahan api ke kenderaan selain daripada penggunaan karburetor. Dua jenis suntikan bahan api yang paling lazim adalah sistem suntikan bahan api petrol dan diesel. Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi pembakaran yang lebih cekap. Sebelum ini, kebanyakan enjin petrol menggunakan karburetor tetapi sekarang boleh dikatakan hampir kesemua model kereta terkini menggunakan suntikan bahan api manakala karburetor hanya digunakan pada enjin-enjin yang kecil seperti pada motosikal. Terdapat beberapa komponen sistem suntikan bahan api ini, antaranya ialah pemancit bahan api. Gambarajah dibawah menunjukkan keratan rentas pemancit bahan api dan karburetor.

Rajah keratan rentas sebuah pemancit bahan api

Rajah di atas dapat memberi kita satu gambaran bagaimana bahanapi dapat di sembur sebagai titisan halus dan dapat disembur terus ke dalam kebuk pembakaran dengan tip penyembur.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

135

A. Injap cok B. Venturi C. Campuran udara bahanapi D. Injap pendikit E. Skrupepura F. Mangkuk pelampung G. Pelampung H. Injap jarum I. Muncung utama

Rajah menunjukkan keratan rentas karburetor Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahan api ialah suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan kemuncung halus di bawah tekanan tinggi, sementara karburetor pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan untuk menghantar bahan api.

Jenis Sistem Bahan Api Terdapat dua jenis sistem bahan api iaitu sistem bahan api daya bekal dan juga sistem bahan api graviti. Kebiasaannya, sistem bahan api jenis daya bekal digunakan oleh kebanyakan kenderaan. Ini disebabkan kedudukan tangki bahan api yang sama tinggi atau lebih rendah daripada enjin. Satu pam diperlukan untuk menyalurkan bahan api dari tangki ke karburetor. Manakala sistem bahan api jenis graviti pula tidak memerlukan pam bahan api. Memadai dengan meletakkan tangki bahan api pada kedudukan lebih tinggi daripada enjin. Maka bahan api akan mengalir disebabkan tarikan graviti ke arah karburetor. Ekzos Ekzos berfungsi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin kereta. Gas yang terhasil telah melalui beberapa bahagian dalam enjin untuk mengawal kuasa dan bunyi. Keseluruhan sistem ini menukarkan gas yang terbakar daripada enjin. Sistem ekzos melibatkan satu atau lebih paip ekzos bergantung kepada pengubahsuaian sistem keseluruhannya.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Gas ekzos yang terhasil telah melalui bahagian kereta seperti berikut: 1. Kepala paip silinder(4-2-1) untuk menjana kuasa 2. Titik tengah untuk meningkatkan kuasa enjin

136

3. Relau pembakaran untuk mengurangkan bunyi ekzos kereta dan biasanya diletakkan di hujung paip ekzos di belakang kereta Berikut merupakan kompenan yang terlibat dalam sistem ekzos: 1. Pancarongga ekzos (exhaust manifold) pancarongga ekzos bersambung ke kepala silinder dan memegang setiap silinder ekzos dan mengabungkannya ke menjadi satu paip. Pancarongga ekzos boleh diperbuat daripada besi, aluminium, besi tahan karat atau besi tuang 2. Pengesan oksigen (oxygen sensor) Kesemua kereta moden yang menggunakan suntikan bahan api mempunyai pengesan oksigen yang dipasang pada ekzos. Melalui itu, komputer boleh menambah atau menolak kandungan bahan api yang diperlukan untuk mendapat kandungan campuran uyang betul dan tidak membazir 3. Penukar bermangkin (catalytic converter) - Mufler ini menukarkan karbon monoksida dan hidrokarbon kepada wap air dan karbon dioksida (menukarkan gas ekzos). Sesetengah penukar bermangkin mengurangkan gas nitrogen oksida yang tidak baik 4. Peredam bunyi (muffler) berfungsi untuk mengurangkan bunyi yang terhasil sehingga ke tahap yang dibenarkan. Sesetengah mufler menggunakan sesekat atau kaca gentian untuk mengawal bunyi yang terhasil dari pembakaran bahan api 5. Paip ekzos (exhaust pipe) Paip ekzos berfungsi membawa semua gas keluar ke hujung paip

Semasa operasi enjin, setiap kali injap ekzos terbuka, kepulan gas ekzos yang panas didesak masuk ke pancarongga ekzos (exhaust manifold). Gas yang panas dan berkembang ini menghasilkan bunyi yang bising. Sesetengahnya pada frekuensi yang tinggi. Sistem ekzos melakukan beberapa fungsi. Ia perlu mengurangkan kebisingan ke tahap yang boleh diterima. Ia juga perlu menyalurkan gas yang terbuang ini dengan selamat dan cukup jauh untuk menghalang gas daripada memasuki semula ke dalam kenderaan. Gas yang terbakar keluar daripada ruang pembakaran melalui bahagian ekzos (exhaust port) dan melalui pancarongga ekzos (exhaust manifold). Paip yang pertama dikenali sebagai paip enjin. Ia bersambung dengan bukaan luar pancarongga yang menyalurkan gas ekzos ke mufler yang mengurangkan kebisingan ekzos. Gas ekzos seterusnya dibuang melalui paip hujung (tail pipe) yang selalunya terletak di bahagian belakang kenderaan atau sesetengahnya di bahagian atas kenderaan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Sistem Bahan Api Dan Kegunaannya

137

Terdapat beberapa gabungan komponen yang terlibat dalam sistem bahan api. Komponen dan fungsinya dijelaskan melalui rajah di bawah. Kesemua komponen-komponen ini menjadikan satu sistem bahan api yang efesien. Jika terdapat kerosakan atau saluran tersumbat, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan betul. Ini akan menyebabkan pembakaran tidak akan berlaku dengan betul dan seterusnya tenaga tidak dapat dibekalkan untuk enjin berfungsi yang membolehkan kereta bergerak.

Rajah menunjukkan bahagian sistem bahanapi Kegunaan-kegunaan bahagian bahagian yang terdapat dalam gambarajah di atas adalah seperti berikut Tangki petrol untuk menyimpan petrol Saluran bahan api Menyalurkan petrol dari tangki ke karburetor Rongga masukan Menyalurkan campuran udara dan bahan api ke dalam lubang silinder Pembersih udara Menapis kekotoran dan mengurangkan bunyi bising semasa udara masuk ke karburetor Karburetor Mencampurkan udara dan petrol dengan kadar yang betul Injap masukan Mengawal kemasukan campuran udara dan petrol ke dalam lubang silinder

i) ii) iii)

iv)

v) vi)

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Sistem penyalaan

138

Sistem nyalaan berfungsi untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol pada masa yang betul. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol seterusnya akan menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan mengenakan mampatan udara bertekanan tinggi.

Jenis Sistem nyalaan Sistem nyalaan magneto Digunakan dalam enjin kecil

A. B. C. D. E. F.

Magnet kekal (dalam roda tenaga) sesondol kondensor titik sesentuh kebel tegangan tinggi Palam pencucuh

Rajah menunjukkan sistem nyalaan magneto

Sistem nyalaan membekalkan arus elektrik voltan tinggi yang terhasil dari bahagian magneto kepada palam pencucuh melalui kabel tegangan tinggi untuk pembakaran campuran udara dan bahan api pada masa yang betul. Voltan tinggi menghasilkan percikan bunga api di celah palam pencucuh untuk memulakan pembakaran campuran bahan api dan udara termampat dalam ruang pembakaran. Sistem nyalaan terdiri daripada bateri, suis, pengagih nyalaan, gelung penyalaan, plug pencucuhan dan pendawaian litar nyalaan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

139

Rajah menunjukkan sistem penyalaan Bateri berfungsi membekalkan tenaga elektrik kepada sistem nyalaan kenderaan. Bateri mempunyai tenaga yang tersimpan untuk digunakkan apabila diperlukan. Alternator berfungsi untuk mengecas semula bateri dan membekalkan tenaga untuk sistem elektrikal kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terdapat kerosakan pada alternator, bateri tidak dapat dicas semula dan ia akan digunakan sampai habis.

Ini akan menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan sebab tidak mendapat kuasa dari bateri. Gegelung penyalaan pula digunakan untuk menaikkan nilai voltan yang dihasilkan oleh bateri bagi memastikan sistem nyalaan dapat berfungsi sepenuhnya. Pengagih berfungsi untuk menentukan arah mana kuasa akan diberikan pada palam pencucuh yang tertentu. Ia berpusing untuk mengagihkan kuasa kepada palam pencucuh tersebut. Palam pencucuh berfungsi membakar campuran udara bahan api melalui penghasilan bunga api elektrik. Palam pencucuh ditebat di sekeliling elektrod tengah serta disambung ke sistem penyalaan enjin melalui wayar voltan tinggi berpenebat tebal. Kabel palam pencucuh berfungsi untuk mengalirkan arus elektrrik daripada pengagihan ke palam pencucuh. Kabel tegangan tinggi berfungsi untuk mengalirkan arus eletrik bervoltan tinggi kepada distributor dan Kabel tegangan rendah berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik bervoltan rendah.

Bincangkan tentang apakah akibatnya jika sistem-sitem enjin ini tidak berfungsi dengan sempurna. Dalam perbincangan anda, anda perlu nyatakan apakah masalah yang akan dihadapi jika sesuatu sistem itu rosak.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Sistem nyalaan bateri

140

Digunakan dalam enjin kereta dan yang lebih besar. Sistem penyalaan adalah salah satu sistem pada motor yang sangat penting untuk diperhatikan. Sistem penyalaan ini berhubung dengan tenaga(daya) yang dihasilkan oleh suatu mesin. Apabila sistem tidak bekerja dengan baik dan tepat, maka ianya dapat mengganggu kelancaran pembakaran campuran bahan bakar dan udara di dalam silinder sehingga tenaga yang dihasilkan oleh mesin berkurang. Sistem penyalaan campuran bahan bakar di ruang bakar atau silinder. Pada umumnya ada dua jenis iaitu sistem bateri dan magnet, kedua-dua sistem ini mempunyai prinsip dan tujuan yang sama iaitu kedua-dua sistem menggunakan arus listrik dan bertujuan membangkitkan tegangan listrik yang tinggi yang memungkinkan penghasilan bunga api listrik (elektron).

Penutup Semua sistem-sistem dalam enjin kereta adalah sangat penting untuk memastikan pergerakan enjin yang lancar dan seterusnya enjin boleh memberi perestasi yang maksima. Kesemua sistem ini saling bergantung antara satu sama lain untuk memberi satu prestasi yang terbaik. Penilaian kendiri 1. 2. 3. 4. 5. Sistem yang manakah menjaga enjin daripada haus atau rosak kerana geseran Berikan perbezaan yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahanapi Apakah fungsi sistem nyalaan Apakah kegunaan bateri dalam sistem penyalaan Terangkan apakah yang akan berlaku apabila injap masukan dalam sistem bahanapi tersumbat

Rujukan 1. Maya Shatzmiller (1994), Labour in the Medieval Islamic World, p. 36, Brill Publishers, ISBN 90-04-09896-8. Adam Robert Lucas (2005), "Industrial Milling in the Ancient and Medieval Worlds: A Survey of the Evidence for an Industrial Revolution in Medieval Europe", Technology and Culture 46 (1), pp. 130 [10]. Enjin. Diperoleh pada September 26, 2011 daripada http://www.freewebs.com/kemahiranhidup/enjin.htm

2.

3.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


4.

141

Komponen enjin di dalam system enjin. Diperoleh pada September 26, 2011 daripada http://affifrosli.blogspot.com/2011/03/sistem-enjin-komponen-enjin-4-lejang.html Sistem enjin 4 lejang. Diperoleh pada September 26, 2011 daripada http://www.google.com.my/search?gcx=c&q=sistem+enjin+empat+lejang&um=1&ie =UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&biw=1280&bih=642 Sistem 4 lejang. Diperoleh pada September 27, 2011 darpada http://www.kemahiranhidupbersepadu.solidwebhost.com/sistem4lejang.html Sistem empat lejang. Diperoleh pada September 2007, 2011 daripada http://www.slideshare.net/sumartini/4-lejang-handout-pelajar Journal sistem enjin. Diperoleh pada September 28, 2011 daripada http://images.afis2010.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMG6DAooCIUA AEzw0tE1/SISTEM%20ENJIN.docx?key=afis2010:journal:20&nmid=377386556 Journal. Diperoleh pada September 28, 2011 daripada http://images.cikecah88.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TKAQPAooCHU AAB44PAU1/4%20lejang.pptx?key=cikecah88:journal:11&nmid=369693570 Teori sistem pelinciran dalam kenderaan. Diperoleh pada September 28, 2011 daripada http://analyzer-life.blogspot.com/2010/03/sistem-pelinciran-kenderaanteori.html Sistem pelinciran dan system penyejukan dalam enjin. Diperoleh pada September 29, 2011 daripada http://skill4living.blogspot.com/2010/08/sistem-pelinciran-danpenyejukan-dalam.html Sistem pelinciran http. Diperoleh pada September 29, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/49367539/13/Sistem-pelinciran Pengenalan sistem penyejukan (2010). Diperoleh pada September 29, 2011 daripada http://duniaenjin.blogspot.com/2010/08/pengenalan-sistem-penyejukan.html

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

142

UNIT 9
MENSERVIS ENJIN HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti cara-cara menservis enjin 2. Mengenalpasti bahagian yang perlu diservis 3. Menerangkan keperluan untuk menservis enjin PENGENALAN Apakah komponen-komponen enjin yang perlu diservis? Bagaimanakah bahagianbahagian itu perlu diservis? Adakah semua jenis enjin memerlukan cara penservisan yang sama? Semua peralatan perlukan penyelenggaraan. Perlalatan yang menggunakan sumber cecair, elektrik dan udara, memerlukan penyelenggaraan yang rapi supaya perlatan itu boleh berfungsi dengan lancar. Oleh itu, enjin memerlukan penyelenggaraan yang baik. Menservis adalah salah satu teknik penyelenggaraan bagi enjin supaya dapat memberikan output yang maksima. Kita imbas kembali apakah itu enjin. Enjin merupakan peralatan mekanik yang menghasilkan suatu bentuk output dari input yang diberi. Enjin yang bertujuan menghasilkan output tenaga kinetik dari sumber bahan api dipanggil penggerak utama. Manakala, motor pula menghasilkan tenaga kinetik dari bahan api yang diproses terlebih dahulu seperti elektrik, aliran bendalir hidraulik atau udara mampat. Kereta atau motokar dilengkapi dengan motor pemula dan motor-motor pemacu pam iaitu bahan api, stering kuasa, dan sebagainya, tetapi loji kuasa yang menggerakkan kereta itu barulah enjin. Perkataan 'motor' mula-mulanya dipakai untuk membezakan kenderaan berkuasa enjin pembakaran dalam dari kenderaan-kenderaan awal yang berkuasa enjin wap seperti penggelek jalan. Enjin yang berfungsi akan menyebabkan bahagian-bahagian tertentu perlu diservis atau diganti bagi menjamin kelancarannya. Baik pulih dan menservis bahagian-bahagian khusus yang sukar dan rumit memerlukan kepakaran. Tetapi, kerja-kerja menservis mudah seperti membersih, mengganti dan menguji kelegaan pada palam pencucuh, memeriksa aras dan menukar minyak pelincir serta menservis pembersih udara dapat dilakukan oleh penggunapengguna sendiri. Enjin yang tidak diservis akan mengalami masalah dalam sistem-sistem enjin. Enjin perlu diservis secara berkala. Kebanyakan kenderaan hari ini perlu tune-up (melakukan proses talaan) setiap 35000 hingga 65000 batu bergantung kepada cara pemanduan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN ISI KANDUNGAN


Mengganti Palam Pencucuh

143

Sistem nyalan kenderaan adalah proses menghasilkan nyalaan kepada campuran bahan api dan udara yang masuk dalam kebuk pembakaran (combustion Chamber). Apabila sistem nyalaan gagal berfungsi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah antaranya enjin tidak dapat dihidupkan, enjin sukar dihidupkan dan enjin kurang kuasa untuk menjalankan operasi. Pastikan enjin kenderan dan sistem nyalaan dalam keadaan baik untuk menjamin operasi enjin berjalan lancar. Terdapat dua jenis sistem nyalaan yang kebanyakan digunakan oleh kenderaan iaitu DI (distributor less ignition system) dan COS (coil over spark plug) tidak ada wayar palam pencucuh. Sistem nyalaan yang akan diterang kan cara-cara menservis ialah jenis DI.

Rajah menunjukkan enjin jenis DI Palam pencucuh berfungsi menghasilkan bunga api untuk membakar campuran udara dan bahan api di dalam ruang pembakaran. Setelah lama digunakan, palam pencucuh menjadi kotor disebabkan oleh jelaga dan kerak karbon yang melekat pada elektrodelektrodnya. Jika ini berlaku, bunga api yang dikeluarkan tidak sempurna dan perjalanan enjin tidak lancar. Dalam keadaan ini, palam pencucuh perlu diservis.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

144

Gambarajah menunjukkan palam pencucuh

Rajah di bawah menunjukkan langkah-langkah mengganti palam pencucuh. Adalah penting untuk mengikut langkah-langkah ini bagi menjamin proses penukaran palam pencucuh yang lancar.

1. Keluarkan klip wayar palam pencucuh (retainer clip). Ini bagi memudahkan kerja mengeluarkan wayar dari palam pencucuh.

Rajah menunjukkan cara mengeluarkan klip wayar palam pencucuh

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

145

2. Keluarkan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh. Pastikan wayar dikeluarkan ikut urutan. Wayar palam pencucuh yang paling panjang adalah di piston bernombor 1 manakala yang paling pendek di piston bernombor 4. Keluarkan juga wayar palam pencucuh juga dari distributor cap. Sebelum mengeluarkannya, pastikan kita tahu firing order (urutan agihan) enjin. Urutan agihan enijn ialah 1-3-4-2. Omboh yang hampir dengan timing belt adalah nombor 1 dan diikuti 2, 3, dan 4. Pada distributor cap ada urutan agihan. Pastikan kita mengetahui urutan agihan pada distributor. Ini penting kerana untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku apabila memasang semula wayar palam pencucuh.

Rajah menunjukkan mengeluarkan wayar palam pencucuh

3. Setelah mengeluarkan wayar palam pencucuh, periksa dan pastikan wayar palam pencucuh dalam keadaan baik. Jika berlaku kecacatan pada wayar palam pencucuh, gantikan dengan yang baru. Susun mengikut panjang wayar palam pencucuh. Ini memudahkan kita apabila hendak memasangnya semula.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

146

Rajah menunjukkan susunan mengikut panjang wayar palam pencucuh

4. Keluarkan palam pencucuh. Gunakan alatan tangan yang sesuai iaitu sepana palam pencucuh atau soket palam pencucuh untuk mengeluarkan palam pencucuh. Buka ikut lawan jam (counter clockwise).

Memeriksa gap pada palam pencucuh menggunakan tolok perasa

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

147

5. Setelah mengeluarkan palam pencucuh, periksa palam pencucuh sama ada boleh digunakan atau pun tidak. Jika masih boleh digunakan lagi, cuci atau bersih palam pencucuh dengan menggunakan petrol, berus dawai dan kertas pasir. Ini bagi kerosakan biasa seperti plug berkarbon, berdebu dan berminyak. Gunakan tolok perasa untuk memeriksa celahan pada palam pencucuh.

Rajah Menunjukkan tolok perasa bilah

(a) Elektrod dalam keadaan baik

(b) Elektrod haus (perlu ganti)

(c) Endapan minyak (perlu diservis)

(d) Endapan karbon (perlu diservis)

Rajah menunjukkan keadaan elektrod palam pencucuh

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

148

6. Pasang semula palam pencucuh. Pastikan pemasangan tidak terlalu ketat kerana palam pencucuh dikhuatiri akan rosak. Kemudian sambungkan wayar palam pencucuh mengikut urutan yang betul.

Rajah menunjukkan pemasangan semula palam pencucuh

Memeriksa aras dan menukar minyak pelincir

Setelah enjin digunakan dalam jangka masa tertentu, minyak pelincir di dalam enjin perlu ditukar. Ia akan menjadi hitam serta berubah kelikatan dan tidak sesuai digunakan lagi. Keadaan ini berlaku kerana endapan karbon yang dihasilkan semasa pembakaran dan endap cemar akibat daripada geseran bahagian-bahagian enjin. Minyak pelincir yang sudah kotor itu perlulah digantikan dengan yang baru.

Langkah-langkah memeriksa keadaan minyak pelincir

1. Keluarkan ukur celup dan bersihkan dengan kain. 2. Masukkan semula ukur celup dan kemudian keluarkan semula dan perhatikan kesan aras minyak pelincir. 3. Pastikan paras minyak pelincir berada pada paras maksima menerusi tanda pada ukur celup.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

149

A aras minimum

B aras maksimum

Rajah menunjukkan satu ukur celup

Rajah menunjukkan memeriksa aras minyak pelincir

Langkah-langkah menambah minyak pelincir

1. Keluarkan ukur celup. 2. Masukkan corong ke palam pengisi minyak. 3. Tuang minyak pelincir menerusi corong ke dalam takung minyak dan pastikan minyak tidak tertumpah. 4. Uji aras minyak. 5. Pastikan minyak mencukupi dan berada pada taras maksimum ukur celup. Langkah-langkah menukar minyak pelincir

1. Letakkan bekas minyak di bawah palam buang minyak. 2. Tanggalkan palam buang minyak. 3. Biarkan minyak pelincir keluar dari takung minyak.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


4. Pasang semula palam buang minyak. 5. Isi minyak pelincir baru ke dalam takung minyak. Memeriksa semula aras minyak pelincir

150

1. Uji aras minyak pelincir. 2. Pastikan minyak mencukupi dan berada pada tanda maksima ukur celup. 1. Apakah akibatnya jika sistem nyalaan gagal berfungsi? __________________________________________________________ __________________________________________________________

2. Kenapakah ia adalah penting untuk mengeluarkan wayar palam pencucuh Mengikut urutan yang betul? ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ 3. Minyak pelincir perlu ditukar mengikut tempoh masa yang tertentu. Terangkan kenapa proses ini perlu dibuat ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ Menservis Pembersih Udara

Pembersih udara terletak di hadapan karburetor. Ia mengandungi satu elemen penapis yang dapat mengasingkan habuk dan kekotoran. Fungsi pembersih udara ialah menapis udara kotor sebelum dialirkan masuk ke dalam karburetor. Selain itu, ia bertindak mengurangkan bunyi bising apabila udara masuk ke dalam karburetor. Pembersih udara juga menangkap nyalaan api sekiranya berlaku enjin tersedak (backfire).

Terdapat empat jenis penapis udara iaitu i) ii) iii) iv) jenis kawal minyak jenis kasa dawai jenis kartrij kertas jenis foam.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

151

Pembersih udara yang kotor akan mengurangkan udara masuk ke karburetor. Ini akan menukarkan nisbah campuran udara dan bahan api menyebabkan penggunaan bahan api yang berlebihan dan enjin tidak dapat berjalan dengan sempurna. Pembersih udara yang rosak membenarkan habuk dan kotoran masuk dan akan menyumbat lubang-lubang halus di dalam karburetor.

Ini akan menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan atau jika ia boleh hidup, ia tidak dapat berjalan dengan betul. Pembersih udara perlu diperiksa dan dibersihkan dari semasa ke semasa dan digantikan dengan yang baru jika perlu. Cara menservis pembersih udara bergantung kepada jenis pembersih udara tersebut.

Menservis pembersih udara kasa dawai

Rajah menunjukkan pembersih udara kasa dawai

Langkah-langkah untuk menservis pembersih udara jenis kasa dawai 1. 2. 3. 4. Tanggalkan mangkuk pembersih udara. Bersihkan mangkuk dan elemen penapis dengan merendamnya di dalam kerosin. Gubakan berus untuk mencuci elemen penapis hingga bersih. Keringkan elemen penapis dan pasang semula pembersih udara.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Menservis pembersih udara foam

152

Rajah menunjukkan pembersih udara foam

Langkah-langkah untuk menservis pembersih udara foam 1. 2. 3. 4. 5. Tanggalkan penutup pembersih udara. Keluarkan skru dan elemen penapis foam dan mangkuk pembersih udara. Bersihkan elemen penapis foam dengan air sabun suam dan keringkan. Sapukan sedikit minyak pelincir pada lapisan luar foam. Bersihkan mangkuk pembersih udara sebelum memasang elemen penapis dan menutupnya semula.

Menservis pembersih udara minyak

Rajah 15 : Pembersih udara minyak

Langkah-langkah untuk menservis pembersih udara minyak 1. Buka klip mangkuk pembersih udara dan keluarkan elemen penapis dari mangkuk. 2. Bersihkan elemen penapis dengan merendamnya di dalam kerosin.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

153

3. Keringkan elemen penapis. 4. Perhatikan aras minyak pelincir yang terdapat dalam mangkuk pembersih udara. Minyak yang kotor perlu diganti dan minyak yang kurang perlu ditambah. 5. Masukkan elemen penapis ke dalam mangkuk dan pasangkan pembersih udara semula. Menservis pembersih udara kertas katrij

Rajah menunjukkan pembersih udara kertas katrij

Langkah-langkah untuk menservis pembersih udara kertas katrij 1. Tanggalkan penutup pembersih udara dan keluarkan elemen penapisnya. 2. Pegang elemen penapis dan ketuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan habuk. 3. Bersihkan mangkuk pembersih udara dengan kain sebelum memasang elemen penapis dan penutupnya semula. Aspek keselamatan semasa menservis Semasa melakukan kerja-kerja menservis, aspek keselamatan perlu diberi keutamaan. Hal ini kerana kecelakaan dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya melakukan kecuaian. Apabila melakukan kerja-kerja menservis sudah pasti kita menggunakan pelbagai alatan termasuk alatan tangan. Alat-alat tersebut seharusnya tidak dibiarkan bersepah di atas lantai. Tindakan yang sewajarnya ialah menyediakan takungan untuk alat-alat. Bahagian-bahagian enjin yang telah dibuka perlu dimasukkan ke dalam bekas untuk mengelakkannya daripada hilang atau tercemar oleh pasir dan kotoran.

Selain itu, kita juga seharusnya berhati-hati apabila menggunakan bahan yang mudah terbakar, sebagai contoh ialah pelarut. Elakkan daripada menggunakan api di sekitar bahan yang mudah terbakar ini. Semasa membersih, elakkan pelarut daripada terpercik ke mata kerana ia amat membahayakan. Jika menggunakan pemampat udara, jangan halakan ke arah

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

154

kawan atau diri sendiri. Udara mampat boleh memaksa habuk dan serpihan logam terbuang memasuki mata. Bahagian-bahagian enjin yang hendak dipasang perlu dilap terlebih dahulu untuk membuang pasir, kotoran dan minyak yang tidak dikehendaki daripada masuk ke celah-celah enjin yang boleh mengurangkan kecekapan serta merosakkan enjin. Lap minyak yang tumpah di atas lantai serta-merta. Setelah siap kerja-kerja pemasangan, bersih dan lap semula alat-alat dan simpan semula di tempatnya. Jika kita tidak menservis kenderaan kita, ia mungkin akan menghadapi masalah dalam kedaan tertentu. Misalnya apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah 1. Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas 2. Paip radiator tersumbat 3. Kekotoran pada sirip radiator 4. Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk 5. Sistem penyalaan kurang tepat 6. Kerosakan pada sistem saluran petrol 7. Ekzos tersumbat 8. Masalah cekam 9. Brek bergesel 10. Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas. Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup. Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu. Langkah Pertama: Tanpa mematikan enjin kereta, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Langkah Kedua:

155

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa. Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik. Langkah Ketiga: Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator. Langkah Keempat: Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan. Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator. Untuk memeriksa radiator, anda boleh ikuti langkah ini: Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain. Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan. Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu. Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti. Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran. Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air. Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat. Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu. Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

156

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas. Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.

Penutup Kerja menservis enjin merupakan suatu kerja yang sangat penting dalam mengekalkan kecekapan sesebuah enjin dan membolehkan enjin itu bertahan dengan lama. Enjin perlu diservis secara berkala mengikut cara pemanduan. Komponen dalam enjin yang perlu dititikberatkan dalam kerja menservis ialah palam pencucuh, minyak pelincir dan pembersih udara. Kerja-kerja menservis bahagian-bahagian ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana ia sangat mudah. Jadi, seseorang itu boleh menjimatkan wang. Perkara yang paling utama semasa menservis enjin ialah aspek keselamatan kerana keselamatan adalah keutamaan.

Penilaian kendiri 1. Senaraikan jenis-jenis pembersih udara 2. Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa, minyak pelincir dalam enjin kereta kita mencukupi? 3. Apakah yang perlu dibuat apabila kita mendapati palam pencucuh mempunyai endapan minyak atau endapan karbon? 4. Dalam proses menambah minyak pelincir, mengapakah kita perlu gunakan corong? 5. Apakah kesimpulan yang boleh kita buat jika paras minyak pelincir adalah di bawah paras minima selepas hanya beberapa hari menukar minyak pelincir?

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

157

Rujukan

1. Nota Asas Enjin. Diperoleh pada 27 http://www.freewebs.com/kemahiranhidup/enjin.htm

Ogos,

2010

daripada

2. KT Enjin. Diperoleh pada 26 Ogos, 2010 daripada http://nota.could.ws/enjin.html 3. Cara Menservis Palam Pencucuh. Diperoleh pada 24 Ogos, 2010 daripada http://duniaenjin.blogspot.com/2010/08/cara-menservis-palam-pencucuh-dan.html 4. Lokman bin Hussien, Hashimah bt Muhmad, Sanif bin Sapaat & Hasni bin Rais (2004) Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. Pulau Pinang: K Publishing Sdn. Bhd. 5. Yang Kai Chin, Ruzihan bt Jantan, Wong Seow Yen & Hafidah bt Yusop (2004) Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. Selangor Darul Ehsan: Edusystem Sdn. Bhd. 6. http://blog.dcarbo4u.com/info-penjagaan-kenderaan/penjagaan-enjin-kereta/10-puncaenjin-jadi-panas.html

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

158

UNIT 10
SISTEM ROBOTIK ASAS HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti komponen-komponen yang terdapat pada sistem robotik 2. Mengenalpasti elemen-elemen yang menyebabkan suatu robot berfungsi 3. Membincangkan fungsi-fungsi elemen yang bertangunggjawab untuk suatu robot berfungsi

PENGENALAN
Apakah kegunaan robot kepada manusia? Bagaimana robot dapat berfungsi? Adakah robot membawa kebaikan atau keburukan pada manusia? Adakah industri-industri perkilangan di Malaysia menggunakan robot untuk menghasilkan produk-produknya? Robotik ialah disiplin kejuruteraan yang mengkaji tentang robot. Bidang robotik ini bermula daripada sains fiksen. Perkataan robot diperkenalkan pada tahun 1921 oleh seorang pengarang cerita Czechoslovakia iaitu Karel Capek dalam ceritanya yang bertajuk Rossums Universal Robot dan perkataan ini wujud dari perkataan Czechoslovakia robota yang bermaksud pekerja. Walaupun istilah robot diperkenalkan oleh Capek,namun istilah robotik dicipta oleh Isaac Asimov di dalam cerita sains fiksennya Runaround, yang diterbitkan pada Mac 1942 dimana beliau menggambarkan robot dibina dengan berhati-hati supaya dapat membantu manusia. Asimov membuktikan tiga hukum asas dalam robotik di dalam ceritanya iaitu: i. ii. iii. Robot tidak akan mencederakan manusia atau secara tidak sengaja mengakibatkan kecerderaan manusia. Robot mesti patuh kepada arahan yang diberikan oleh manusia kecuali arahan yang bertentangan dengan hukum pertama. Robot boleh melindungi kewujudannya selagi tidak bertentangan dengan hukum pertama dan hukum kedua.

Secara kasar robot bagi istilah Capek bermaksud pengolah(manipulator) yang diaktifkan secara terus oleh operator atau mekanikal lain ataupun elektrikal. Dengan lebih umum, industri robot diterangkan oleh International Standards Organization (ISO) sebagai sebuah mesin yang dibuat daripada mekanisma, termasuk beberapa darjah kebebasan (degree of freedom) yang selalunya terdapat pada satu atau beberapa bahagian dihujung lengan dan pada keupayaan pergelangan untuk memegang benda, helaian kerja atau alatan penyeliaan. Mesin pelbagai guna ini umumnya direka untuk melakukan kerja yang berulang-ulang dan boleh disesuaikan kepada fungsi lain. Menurut Miller (1987) pula, robot diperkenalkan dalam perindustrian pada awal 1960-an. Robot pada asalnya digunakan untuk kerja-kerja berbahaya seperti yang berkaitan dengan bahan-bahan toksik dan bahan-bahan radioaktif, serta menerima serta mengangkat muatan yang panas dari relau dan dibawa ke faundri. Mengikut kebiasaan,robot diaplikasikan

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

159

untuk kerja-kerja yang melibatkan empat D(dull, dirty, dangerous, difficult) iaitu kerja-kerja yang membosankan, kotor, berbahaya dan susah serta kerja yang melibatkan empat H(hot, heavy, hazardous, humble) iaitu kerja-kerja yang melibatkan benda-benda panas, berat, berbahaya serta pekerjaan yang hina atau kotor.

ISI KANDUNGAN
Jenis robot Robot boleh digunakan dalam semua industri yang menawarkan kerja dan perkhidmatan, serta boleh disesuaikan dengan pelbagai kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi, dan memerlukan daya tahan yang tinggi. Faktor-faktor seperti mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan kualiti dan meningkatkan produktiviti adalah antara penyebab mengapa pengeluaran robot terus berkembang.

Terdapat empat jenis robot yang utama iaitu i) ii) iii) iv) non mobile robot mobile robot gabungan mobile robot dan non mobile humanoid

Non mobile robot ialah robot yang tidak dapat berpindah posisi dari satu tempat ke tempat yang lain. Robot tersebut hanya dapat menggerakkan beberapa bahagian dari tubuhnya dengan fungsi tertentu yang telah dirancang. Contoh nyata dari robot ini adalah robot manipulator berlengan. Mobile dapat diertikan sebagai bergerak. Ini menunjukkan robot itu boleh bergerak sehingga robot ini dapat memindahkan dirinya dari satu tempat ke tempat yang lain. Robot ini merupakan robot yang paling popular dalam dunia penelitian robotik. Dari segi manfaat, robot ini diharapkan dapat membantu manusia dalam melakukan otomasi dalam transportasi, platform bergerak untuk robot industri, eksplorasi dan masih banyak lagi. Robot line follower yang akan dirancang dalam projek ini juga termasuk dalam mobile robot. Robot gabungan pula adalah gabungan daripada fungsi-fungsi yang terdapat pada robot mobile dan non mobile dimana kedua-duanya saling melengkapi. Robot humanoid pula adalah robot yang sengaja dibangunkan dengan meniru perwatakan manusia. Fungsi-fungsi tubuh manusia baik lengan, kaki, mata dan pergerakan sendi kepala dan bahagian lainnya seboleh mungkin diterapkan pada robot ini. Contohnya robot ASIMO dari Jepun.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

160

Rajah Menunjukkan robot ASIMO Setiap mesin akan mempunyai sistemnya tersendiri termasuklah juga robot. Sistem robot dikenali sebagai sistem robotik. Komponen asas bagi satu sistem robot ialah pengolah(manipulator), pengesan hujung(end effector), penggerak atau pacuan(actuators) dan controller.

Ke end effector arahan


controller pengolah End effector

maklum balas
penggerak

dari end effector

Rajah di atas menunjukkan bagaimana satu robot berfungsi. Kesemua bahagianbahagian yang ditunjukkan dalam rajah itu mestilah bergantung antara satu sama lain untuk melakukan sesuatu kerja dengan sempurna. Kesemua arahan-arahan yang diterima oleh robot adalah dari manusia. Arahan-arahan itu akan diprogramkan dalam robot itu supaya ia boleh memberi maklumbalas yang sesuai mengikut keadaan yang terjadi pada sesuatu masa tertentu. Jika sesuatu arahan itu tidak diprogramkan dalam satu robot, robot itu tidak akan bertindak apabila keadaan itu muncul. Sebagai contoh, jika tiada arahan untuk sesuatu robot berhenti apabila mendapati ia tidak bersentuh lagi dengan permukaan, robot itu boleh jatuh dari satu meja atau dari sesuatu tempat yang tinggi.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Kerja yang boleh dibuat oleh robot adalah i) Mengangkat beban yang berat ii) Mengimpal iii) Mengecat iv) Memasang komponen v) Kerja bahaya-menuang logam lebur vi) Kendali bahan kimia, uranium, suhu tinggi

161

Elemen-elemen robotik

i) Elemen Kuasa ii) Elemen kawalan iii) Elemen gerakan iv) Elemen Deria

Elemen Kuasa Elemen kuasa terdiri daripada tenaga elektrik yang menggunakan AC atau DC iaitu bekalan kuasa kepada peralatan robot dan motor pemacu. Sistem Pneumatik adalah satu lagi elemen kuasa dalam robot yang menggunakan udara mampat dan akhirnya sistem hidraulik yang menggunakan bendalir tekanan tinggi untuk beroperasi.

Elemen Kawalan Kawalan pandu terus memori adalah elemen kawalan pertama dalam robot. Ia akan membuat kerja ulangan yang digunakan untuk memandu robot ke posisi atau lokasi yang dikehendaki. Seterusnya adalah kawalan gerak terus. Kawalan gerak terus ini diprogramkan dalam Komputer yang terdapat dalam robot. Pengaturcara robotik akan menulis program ke komputer, pergerakan yang rumit untuk robot boleh dimasukkan dalam perisian robot dengan menggunakan kod tertentu. Kawalan logik boleh atur cara adalah elemen kawalan ketiga yang perlu kita pelajari. Program ini akan dimasukkan ke unit PLC menggunakan arahan logik dan arahan kawalan sistem yang boleh disimpan dalam memori robot.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Elemen Gerakan

162

Silinder lengan robot boleh berputar sepenuhnya iaitu sebanyak 360. Ia adalah sesuai untuk menangkat barang dari aras lantai ke aras meja. Gerakan polar iaitu lengan robot boleh berputar 360 pada tapaknya. Lengan robot juga boleh digerak keluar masuk. Skara elemen gerakan ketiga iaitu, lengan robot boleh digerak pada 2 paksi. Ia juga membolehkan pergerakan segi empat tepat berlaku. Akhirnya ialah, pergerakan pergelangan tangan iaitu, lengan robot boleh digerak pada 3 paksi. Elemen Deria Elemen deria dalam robot adalah deria sentuhan iaitu, peralatan mekanikal yang menghubungkan bekalan kuasa elektrik dengan unit kawalan. Apabila robot menyentuh sesuatu, unit kawalan akan mendapat isyarat elektrik. Deria penglihatan pula boleh berfungsi dengan pengunaan sistem kamera berkomputer untuk mengenal pasti objek.

Sistem robotik i. Pengolah (manipulator)

Rajah menunjukkan satu robot yang mempunyai ciri-ciri seperti tangan manusia Pengolah adalah badan utama robot yang terdiri daripada links, joints dan elemen lain. Ia adalah unit mekanisma yang melengkapkan pergerakan yang seakan-akan sama dengan pergerakan lengan manusia. Fungsi utamanya ialah untuk menghasilkan gerakan yang spesifik yang akan membenarkan bahagian hujungnya untuk melakukan kerja yang diperlukan. Pergerakan robot boleh dibahagikan kepada dua kategori umum iaitu pergerakan lengan dan badan(bahu dan siku) dan pergerakan dibahagian pergelangan tangan. Koleksi

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

163

sambungan mekanikal ini dihubungkan oleh joints membentuk satu opened-loop kinematics chain. Pengolah dibentuk daripada beberapa ciri joints dan links. Setiap joints akan menghasilkan satu darjah kebebasan. Setiap joint mempunyai dua link iaitu, satu input link dan satu output link. Biasanya, robot dalam bidang perindustrian dilengkapi dengan 4-6 darjah kebebasan. Pengolah boleh bergerak pada pelbagai arah untuk membuat kerja. Ia mempunyai tiga elemen struktur utama iaitu lengan(arm), pergelangan(wrist) dan tangan(hand) atau juga sebagai end effector. Pergelangan lengan robot boleh menambahkan satu hingga tiga paksi lagi pergerakan robot. Pergerakan yang umum pada pergelangan lengan robot ialah pitch (up and down), yaw (left and right) dan roll iaitu pergerakan memutar. Pergelangan lengan robot juga berfungsi untuk memposisikan tangan dan pengesan hujung(end effector) pada orientasi koordinat yang dikehendaki. Tiga darjah kebebasan pada pergelangan lengan boleh didefinisikan sebagai, yang pertama, roll iaitu melibatkan pergerakan putaran. Roll biasanya menggunakan sendi (joint) berjenis Twisting. Manakala pitch pula melibatkan pergerakan putaran objek ke atas dan ke bawah. Jenis ini biasanya menggunakan sendi berjenis rotational. Yaw pula adalah pergerakan putaran objek dari kanan ke kiri dan biasanya menggunakan sendi jenis rotational.

Rajah menunjukkan tiga jenis pergerakan lengan iaitu Pitch, Yaw dan Roll

Sendi(joints) didefinisikan sebagai sambungan antara dua atau lebih hubungan pada nodusnya. Ia menyokong pergerakan bagi sambungan yang berkaitan. Sendi boleh dibahagikan mengikut darjah kebebasan seperti sendi satu darjah kebebasan, sendi dua darjah kebebasan dan sebagainya. Manakala sambungan(links) didefinisikan sebagai satu jasad tegar dengan sekurangkurangnya satu titik asas yang dipanggil nod, yang menyokong penyambungan dengan sambungan lain. Sambungan ini terbahagi kepada empat jenis iaitu mengikut jumlah nod. Jenis-jenis ini ialah unary link iaitu mempunyai satu nod, binary link mempunyai dua nod, ternary link mempunyai tiga nod dan quaternary link mempunyai empat nod.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

164

Rajah menunjukkan Joints dan links

ii.

Pengesan Hujung (end effector)

Sebuah robot boleh menjadi mesin pengeluaran hanya jika alatannya telah dipasang pada lengan mekanikalnya dengan cara tool-mounting plate. Robot tooling merujuk kepada beberapa nama. Paling kerap digunakan ialah pengesan hujung (end effector), tetapi istilah end-of-arms-tooloing(EOAT) biasanya digunakan oleh kedua-dua bidang industri dan penerbitan. Sekiranya pengesan hujung ini ialah alatan yang secara mekanikalnya boleh terbuka dan tertutup, ai dikenali sebagai penggenggam(gripper).

Rajah menunjukkan gripper end effector

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

165

Tetapi sekiranya pengesan hujung ini adalah alatan atau pemasangan yang istimewa, ia dipanggil sebagai process tooling. Bergantung kepada jenis-jenis operasinya, pengesan hujung yang biasa dilengkapi dengan berbagai-bagai alatan dan perkakas untuk pemasangan seperti, pencengkam, pencangkuk, penyodok, electromagnet, spray gun untuk melukis, pemutar skrew dan banyak lagi. Pengesan hujung ini umumnya dibina untuk mengawal keperluan yang khas. Pencengkam mekanikal merupakan yang paling biasa digunakan dan biasanya akan disertakan dengan dua atau lebih jari. Pemilihan bagi pengesan hujung yang paling sesuai dilakukan dengan mengambil kira pemakaian spesifiknya bergantung kepada faktor seperti beban, alam sekitar, kebolehpercayaan dan juga kos.

Rajah menunjukkan process tooling 1. Senaraikan empat jenis robot yang utama __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

2. Berikan definisi untuk sambungan(links) __________________________________________________________

3. Nyatakan tiga darjah kebebasan pada pergelangan lengan robot __________________________________________________________ __________________________________________________________

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


iii. Penggerak atau Pemacu (Actuator)

166

Sistem ini merupakan otot kepada robot. ia berfungsi sebagai penggerak bagi sambungan untuk menukarkan konfigurasi robot. Selain itu, pemacu merupakan peranti penukaran tenaga iaitu menukarkan tenaga elektrik, hidraulik atau pneumatik kepada tenaga mekanikal. Pemacu haruslah mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memecut dan memperlahankan sambungan dan mengangkat beban. Sebuah pemacu haruslah memiliki ciriciri seperti ringan, ekonomikal, tepat, bertindakbalas, boleh dipercayai serta mudah diselenggara dan digunakan. Sistem pemacu boleh dibezakan dengan membandingkan berat, nisbah power-toweight dan tekanan operasi, stiffness vs compliance dan use of reduction gears. Adalah penting untuk mengambil kira berat dan nisbah power-to-weight. Berat melibatkan berat komponen peralatan bagi setiap sistem. Manakala, nisbah power-to-weight pula melibatkan nisbah berat unit kuasa terhadap berat sistem. Faktor yang boleh dibandingkan juga ialah tekanan operasi dimana ia melibatkan tekanan yang menghasilkan kuasa bagi pergerakan link. Lebih tinggi tekanan, lebih tinggi kuasa yang dihasilkan. Stiffness ialah ketahanan sesuatu bahan terhadap perubahan strukturnya. Contohnya, ketahanan log besi membengkok di bawah sesuatu beban, atau ketahanan gas terhadap tekanan di dalam silinder di bawah sesuatu beban. Lebih tahan sesuatu sistem, lebih besarlah juga beban yang diperlukan oleh sistem tersebut untuk berubah. Semakin tahan sesuatu sistem, semakin tepat juga sstem tersebut. Manakala, compliance adalah sifat yang berlawanan dengan stiffness. Sistem yang tidak tahan akan lebih mudah mengalami perubahan terhadap sesuatu beban.

Penurunan gear digunakan untuk membuat kawalan dalam meningkatkan tork yang dihasilkan serta memperlahankan kelajuan ke tahap yang sepatutnya. Penggunaan penurunan gear ini meningkatkan kos, bilangan komponen dan resolusi sistem iaitu sistem yang membenarkan sambungan berputar pada sudut yang sangat kecil.

Terdapat tiga jenis sistem pemacu yang biasa digunakan pada robot iaitu i) ii) iii) sistem pemacu jenis hidraulik pneumatik motor elektrik.

Sistem pemacu jenis hidraulik melibatkankan penggunaan minyak dan cecair lain sebagai medium dalam penjanaan kuasa dan tenaga. Ciri-ciri bagi pemacu jenis ini adalah mempunyai i) ii) iii) nisbah power-to-weight yang tinggi bertekanan tinggi pada kelajuan yang perlahan ketahanan untuk bekerja pada persekitaran yang sangat berbahaya dan berisiko

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


iv) v) vi) vii) sistem yang tahan lebih tepat dan bertindakbalas tidak memerlukan penurunan gear serta tinggi tork, tekanan inertia yang besar

167

Pemacu hidraulik menghasilkan gerakan putaran yang dihasilkan oleh penggerak ram putaran dan gerakan lurus yang dihasilkan oleh sistem silinder dan omboh. Sistem ini terkenal pada masa dahulu terutamanya dalam industri otomobil. Ia memerlukan pam, takungan, motor dan hos. Ia sesuai untuk robot yang bersaiz besar dan melibatkan kelajuan dan kuasa tinggi. Contohnya, Cincinnati Milacron TMT3 Hydraulic Robot dan Unimate siri 2000. Kelebihan bagi pemacu jenis hidraulik ialah ia sesuai untuk robot besar, boleh bekerja pada julat kelajuan yang tinggi serta boleh dibiarkan pada satu posisi pada jangka masa yang lama. Manakala, kekurangannya ialah ia boleh mengalami kebocoran seterusnya mengotorkan persekitaran, mahal dan bising, makan ruang dan sangat sensitif terhadap sebarang perubahan pada cecair.

Rajah menunjukkan pemacu jenis hidraulik Pemacu jenis pneumatik pula melibatkan penggunaan udara bertekanan sebagai medium dalam penjanaan kuasa dan tenaga. Ciri-ciri bagi pemacu jenis ini ialah i) ii) ia mempunyai nisbah power-to-weight yang sangat rendah mempunyai tekanan yang rendah berbanding sistem jenis hidraulik dengan kelajuan yang tinggi aplikasinya hanya untuk kerja-kerja ringan ketahanan yang kurang serta tidak tepat tindakbalasnya

iii) iv)

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

168

Ia mempunyai prinsip operasi yang hampir sama dengan sistem hidraulik tetapi bersaiz lebih kecil dan digunakan untuk aplikasi kerja yang lebih ringan. Ia juga mempunyai darjah kebebasan yang terhad iaitu dua ke empat darjah kebebasan. Kelebihan sistem jenis pneumatik ialah i) ii) mempunyai komponen yang mudah dicari tiada kebocoran atau percikan serta ringkas dan murah

Namun begitu, sistem pneumatik adalah sistem yang bising dan sukar dikawal terutamanya bagi posisi linear.

Rajah menunjukkan pemacu jenis sistem pneumatik

Seterusnya ialah sistem pemacu jenis motor elektrik. Pemacu elektrik ini menggunakan tenaga elektrik sebagai medium janakuasa dan tenaganya. Ciri-cirinya ialah compliancenya lebih tinggi daripada hidraulik, kurang ketahanan dan memerlukan penurunan gear. Ia sesuai untuk semua jenis robot serta mempunyai kelajuan dan kuasa yang kurang dari sistem hidraulik. Ia sesuai digunakan untuk beban yang tidak berapa berat dan kerja-kerja yang memerlukan ketepatan contohnya kerja pemasangan. Terdapat beberapa jenis motor elektrik iaitu, motor DC, motor AC, Brushless DC motors dan stepper motors. Contoh robot yang menggunakan sistem pemacu motor elektrik ialah MAKER 110. Pemacu motor elektrik sesuai untuk semua jenis saiz robot, kawalan yang lebih baik iaitu khasnya untuk robot yang memerlukan ketepatan kerjanya, tiada kebocoran, boleh dipercayai dan penyelengaraan yang rendah, serta motor yang kecil dan menjimatkan ruang. Tetapi ia juga mempunyai kekurangannya iaitu kurang ketahanan serta memerlukan peranti braking bagi memastikan lengannya tidak jatuh.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

169

Rajah menunjukkan pemacu motor elektrik iv. Kontrol

Kontrol adalah bahagian yang amat penting dalam robotik. Sistem robotik tanpa kontrol hanya akan menjadi benda mekatronik yang mati. Dalam sistem kontrol robotik terdapat dua bahagian iaitu perangkat keras elektronik dan perangkat lunak yang berisi program kemudi dan algoritma kontrol. Secara garis besar, suatu sistem robotik terdiri dari tiga bahagian seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah ini.

Rajah menunjukkan sistem robotik Dalam rajah di atas, kontrol adalah bahagian yang tidak terpisahkan dalam sistem robotik. Sistem kontrol bertugas mengkolaborasikan sistem elektronik dan mekanik dengan baik agar mencapai fungsi seperti yang dikehendaki. Tanda dalam interaksi adalah posisi atau bahagian dimana terjadi interaksi antara ketiga bahagian itu. Contohnya motor dan sendi pada mekanik berhubungan dengan rangkaian pengawal(controller) dan rangkaian interface atau driver ke motor, dan bahagian program controller yang melakukan penulisan data ke alamat motor. Sistem motor sendiri memiliki mekanisme kerja seperti yang diilustrasikan pada rajah berikut ini.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

170

Rajah menunjukkan sistem motor Tiga langkah utama, iaitu membaca sensor, memproses data sensor, dan meghantar isyarat pemacu ke pemacu adalah tugas utama controller. Dengan membahagikannya menjadi tiga bahagian maka seorang jurutera akan lebih mudah dalam melakukan analisis tentang bagaimana controller bekerja. Dalam mengaplikasikan langkah membaca sensor, terdapat berbagai teknik yang membawa kerumitan dalam memprogramkannya. Ada dua jenis teknik yang digunakan controller dalam menghubungi sensor, iaitu polling dan interrupt. Teknik polling adalah langkah membaca data berdasarkan pengamatan langsung yang dapat dilakukan bila sahaja controller mahu. Manakala, teknik interrupt pula ialah di mana controller melakukan pembacaan jika sistem sensor melakukan gangguan iaitu dengan memberikan isyarat interrupt ke contoller agar controller (CPU) melakukan proses pembacaan. Selagi tidak ada gangguan selagi itulah controller tidak akan mengakses sensor tersebut. Bahagian yang berfungsi untuk memproses data sensor adalah bahagian yang paling penting dalam program controller. Di sini berbagai algoritma kawalan boleh diadaptasikan contohnya dengan memasukkan berbagai algoritma control adaptive hingga teknik artificial intelligent seperti fuzzy kawalan, neural network, genetik algoritma, dan lain-lain. Bahagian ketiga, iaitu langkah tulis data adalah bahagian yang berisi pengalamatan ke pemacu untuk proses penulisan data.

Data ini adalah isyarat pacuan ke controller seperti berapa besar tegangan atau arus yang masuk ke motor, dan sebagainya. Untuk program controller sistem robotik yang melibatkan teknik komunikasi dengan dunia luar tidak termasuk dalam rajah seperti yang telah diterangkan melalui gambar di atas tadi. Namun demikian, segala aktiviti program yang berkenaan dengan koleksi atau penerimaan data dapat dimasukkan sebagai bahagian baca data atau sensor, manakala yang berhubungan dengan aktiviti pengiriman data dapat dikategorikan sebagai tulis data. Hal ini bertujuan untuk memudahkan analisis dalam rekaan program controller secara keseluruhan.

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN


Penutup

171

Sistem robotik ini adalah aplikasi sains yang merujuk kepada gabungan bahan-bahan asas dan aplikasi komputer. Untuk menerangkan tentang teknologi ini, kita harus mengenali kepelbagaian sifat teknikal tentang cara-cara robot dibina dan bekerja serta faktor yang mempengaruhi pemilihannya. Komponen asas dalam industri robot ialah yang pertama, pengolah di mana ia melakukan gerakan yang seakan sama dengan gerakan tangan manusia dan secara fizikal melakukan kerja. Kedua ialah pengesan hujung yang dilengkapi dengan pelbagai jenis sambungan untuk melakukan pelbagai kerja yang spesifik. Seterusnya ialah pemacu atau penggerak dimana ia mengawal robot dengan menggunakan sumber elektrik, pneumatik ataupun hidraulik. Dan terakhir ialah sistem controller iaitu boleh dianggap sebagai otak bagi robot dan menyimpan maklumat bagi memulakan dan menamatkan pergerakan pengolah.

Penilaian kendiri

1. Ciri-ciri yang perlu ada pada pemacu jenis hidraulik adalah? 2. Nyatakan perbezaan antara pemacu jenis hidraulik dan pemacu jenis pneumatik 3. Apakah kekurangan yang dihadapi oleh pemacu jenis hidraulik? 4. Berikan tugas tiga utama controller 5. Terangkan tentang teknik interrupt untuk controller

ALT 3013 ASAS ELEKTRO MEKANIKAL DAN ENJIN

172

Rujukan

1. Kontol Robot. Diperoleh pada Ogos 20, 2010 daripada http://www.ittelkom.ac.id/library/index.php?view=article&catid=16:mikroprocessork ontroller&id=136:kontrol-robot&option=com content&Itemid=15 2. Bab 2 Anatomi Robot. Diperoleh pada Ogos 20, 2010 daripada http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:xMKxg8xoxwJ:www.ftsm.u km.my/syaimak/nota/bab2-1 3. Bab 2-3 Actuator. Diperoleh pada Ogos 20, 2010 daripada http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:PuWE_AcTmYJ:www.ftsm. ukm.my/syaimak/nota/bab23.ppt+fungsi+aktuator+elektrik&cd=2&hl=ms&ct=clnk&gl=my 4. James G. Keramas (1999). Robot Technology Fundamentals. United States:Delmar Publishers 5. Ming Xie (2003). Fundamentals of Robotics. Singapore:World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.

Anda mungkin juga menyukai