Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projek dibuat dengan mempraktikkan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman
serta kemahiran tanpa meniru dari mana-mana sumber.
TANDATANGAN PEMOHON :
NAMA :
NO. KAD PENGENALAN :
TARIKH :
“Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan ini
adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan Persijilan
Kemahiran Malaysia”
TANDATANGAN PP-PPT :
NAMA : NOR HAFIZAH BINTI HASSAN
NO. KAD PENGENALAN :
TARIKH :
TANDATANGAN PPL-PPT :
NAMA :
NO. KAD PENGENALAN :
TARIKH :
i
PENGHARGAAN
Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan dan
dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan
seperjuangan yang secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-idea dan
cadangan. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan.
Semoga projek yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari tuhan.
Sekian
ii
ABSTRAK
Pada kebiasaannya sensor yang ada pada kenderaan hanya memberi amaran apabila
kenderaan berundur atau gear berada pada mod undur. Siren akan berbunyi menandakan
jarak kenderaan dengan halangan belakang semakin hampir. Pemandu tidak tahu nilai
jarak belakang kenderaan dengan halangan. Pengesan jarak kenderaan dicipta untuk
pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mengantuk dan tergesa-gesa.
Kombinasi Kit Arduino Uno, siren Ultrasonik , pembaz dan papan LCD 16x4 mampu
memberi amaran kepada pemandu dengan menggunakan siren dan paparan jarak
hadapan. Pengesan jarak kenderaan adalah salah satu cara untuk mengurangkan kejadian
kemalangan. Peranti ini boleh mengukur jarak antara kenderaan dan objek di hadapan
kenderaan dan memberi amaran kepada pemandu dengan menggunakan paparan
pengukuran. Peranti ini juga boleh digunakan apabila pemandu mahu letak kenderaan
mereka. Ia boleh memaparkan jarak kenderaan dengan objek hadapan seperti dinding.
Bagi fungsi keseluruhan, sensor akan berfungsi dan memberi data kepada pengawal
mikro “KIT Arduino uno”. Kemudian peranti ini akan memaparkan jarak dengan
menggunakan sensor ultrasonik untuk paparan LCD dan akhir sekali pembaz akan
memberi amaran kepada pemandu. Pengesan jarak kenderaan adalah gabungan
penggunaan PIC Arduino uno, sensor ultrasonik dan pembaz.
iii
ISI KANDUNGAN
BAB 1
PENDAHULUAN..............................................................................................................1
1.1 PENGENALAN..................................................................................................1
1.2 PERNYATAAN MASALAH...............................................................................2
1.3 OBJEKTIF PROJEK...........................................................................................3
1.4 LIMITASI PROJEK...........................................................................................3
1.5 KEPENTINGAN PROJEK.................................................................................4
1.6 RUMUSAN.........................................................................................................4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR.......................................................................................................5
2.1 PENGENALAN..................................................................................................5
2.2 KAJIAN PROJEK YANG LEPAS.....................................................................6
2.3. “TIME-LAPSE METHOD”................................................................................6
2.4 KAJIAN JARAK PEMANDUAN YANG SELAMAT.......................................7
2.5 DEFINASI KONSEP..........................................................................................9
2.6 TEORI KOMPONEN.......................................................................................12
2.6.1. Perintang....................................................................................................12
2.6.2 Diod............................................................................................................13
2.6.3 Kapasitor....................................................................................................15
2.6.4 Pembaz.......................................................................................................16
2.6.5 LCD Display 16x4......................................................................................17
2.6.6 Sensor Ultrasonik.......................................................................................18
2.7 PENKODAN ADRUINO UNTUK MIKROPENGAWAL...............................19
2.7.1 Pengenalan kepada punca kod.....................................................................19
2.8 PECAHAN STRUKTUR KERJA.....................................................................20
2.9 RUMUSAN.......................................................................................................21
iv
BAB 3
METODOLOGI...............................................................................................................22
3.1 PENGENALAN...............................................................................................22
3.2 LITAR PROJEK................................................................................................23
i. Litar Skimatik....................................................................................................23
ii. Litar Veroboard.................................................................................................24
3.3 PAPAN PCB......................................................................................................25
3.4 CARTA PELAKSANAAN PROJEK................................................................27
3.4.1 Carta GANTT................................................................................................27
3.4.2 Carta Alir Keseluruhan Projek......................................................................28
3.5. PENYELARASAN KERJA..............................................................................29
3.6 EKSPERIMEN LITAR PENGESAN JARAK..................................................31
3.7 PELAKSANAAN PROJEK..............................................................................33
3.7.1 PCB (Printed Circuit Board).........................................................................33
3.8 PROSES UNTUK MENGHASILKAN LITAR................................................34
3.8.1 Melukis litar PCB.........................................................................................34
3.8.2. Proses UV..................................................................................................37
3.8.3 Proses Punaran (Etching Process)...............................................................39
3.8.4 Kaedah Punaran ( Etching Method).............................................................40
3.8.5 Menebuk Lubang Dan Menguji PCB.........................................................41
3.8.6 Proses Memasukkan Komponen....................................................................42
3.8.7 Kaedah Yang Digunakan Untuk Memateri....................................................43
3.8 Masalah dan situasi.......................................................................................44
BAB 4
PENEMUAN DAN ANALISA........................................................................................45
4.0 PENGENALAN................................................................................................45
4.1 ANALISA DAPATAN.......................................................................................45
4.2 PERBINCANGAN............................................................................................48
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN.............................................49
5.1 PERBINCANGAN............................................................................................49
5.2 CADANGAN PROJEK.....................................................................................50
5.3 KESIMPULAN.................................................................................................50
RUJUKAN.......................................................................................................................51
LAMPIRAN.....................................................................................................................52
BAHASA ARDUINO UNO.........................................................................................52
v
DAFTAR JADUAL
vi
DAFTAR RAJAH
vii
3.13 Litar PCB Diplot Menggunakan Perisian “Eagle Software” 37
3.14 Lapisan pelindung pada presensitized PCB 38
3.15 Kedudukan lapisan transpirasi terbalik 39
3.16 Bahan-bahan untuk punaran 40
3.17 PCB yang siap 41
3.18 Proses menebuk lubang 42
4.0 Hubungan di antara Halaju, Jarak dan Masa. 47
viii
DAFTAR LAMPIRAN
ix
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Jarak kenderaan dengan kenderaan yang lain di atas jalan raya adalah sesuatu
yang amat penting untuk menentukan keselamatan pengguna kenderaan. Banyak
kemalangan berlaku kerana pemandu lalai dalam menentukan jarak kenderaan. Apabila
terlampau dekat dengan kenderaan di hadapan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Pemandu mungkin tidak sempat membrek kenderaan atau sistem brek tidak berfungsi
dalam keadaan yang terlalu rapat. Memandu dalam keadaan mengantuk juga di antara
sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Keadaan-keadaan di atas menyebabkan perlu
ada satu peranti yang boleh memberi amaran kepada mereka apabila mereka begitu
dekat dengan objek di hadapan kenderaan. Pengesan Jarak Kenderaan adalah salah satu
cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Peranti ini boleh mengukur jarak
antara kenderaan dan objek di hadapan seperti kereta dan memberi amaran kepada
pemandu dengan paparan pengukuran yang boleh diperhatikan dengan mudah di dalam
1
kenderaan. Peranti ini juga boleh digunakan apabila pemandu mahu letak kereta
mereka. Ia boleh memaparkan jarak antara di hadapan dan belakang kereta.
2
memasukkan elemen isyarat peringatan bahawa pemandu sekarang dalam keadaan yang
sangat berbahaya.
Projek teknikal merupakan tugasan yang perlu dilengkapkan oleh calon-calon SKM-
PPT di mana melalui projek teknikal ini kefahaman dan pengetahuan calon diuji. Selain
itu, projek teknikal juga mempunyai objektifnya tersendiri iaitu:
i. Mereka bentuk sistem pengesan jarak kenderaan hadapan dengan menggunakan
PIC “Starter Kit Adruino”
ii. Mengukur jarak kenderaan hadapan bagi setiap 50cm bermula daripada 150cm.
iii. Membunyikan tanda amaran siren apabila jarak kenderaan berada pada jarak
50cm atau kurang.
3
Software dan Hardware.
i. Bahasa pengaturcaraan ialah c++ dan MPLab
ii. Hardware Arduino Starter KIT, Paparan LCD 16X4, Sensor Ultrasonic dan Pembaz.
1.5 KEPENTINGAN PROJEK
Projek Pengesan Jarak Kenderaan ini dihasilkan untuk memenuhi NOSS E-021-4 :2012
Pembangunan Produk Elektronik yang berada di tahap 4, tujuan projek ini dihasilkan
ialah untuk:
i. Membina satu projek yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan boleh
dikomersialkan.
ii. Projek Pengesan Jarak Kenderaan ini juga dapat memberi idea kepada pihak-
pihak yang berkepentingan mengenai keselamatan dan keselesaan pengguna
jalan raya supaya menghasilkan suatu produk yang boleh membantu
mengurangkan kemalangan dan kecederaan di jalan raya
iii. Projek ini juga dapat dijadikan bahan rujukan untuk sesiapa yang ingin
mendalami tentang penggunaan PIC “Starter Kit Adruino” dan dapat membuat
penambahbaikan untuk menghasilkan projek yang lebih baik.
iv. Menjadi sebahagian daripada set latihan dan pembelajaran untuk masa akan
datang dan seterusnya dapat membantu pelatih untuk lebih memahami tentang
“Starter Kit Arduino dan sensor.
v. Menjadi sebahagian daripada projek latihan untuk pelatih semester 5 modul kolej
vokasional.
1.6 RUMUSAN.
4
melanggar belakang kenderaan orang lain, mungkin boleh kena saman RM300.00 yang
dikategorikan sebagai tidak dapat mengawal kenderaan (Akta Pengangkutan Jalan 1987,
Seksyen 119 (2)). Keadaan inilah yang membolehkan Pengesan Jarak Kenderaan
menjadi begitu berharga untuk diketengahkan.
5
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan mengenai teori dan konsep yang berkaitan dengan projek bagi
menghasilkan projek melalui kaedah yang betul. Tujuan perbincangan ini adalah untuk
menerangkan perspektif dan kaedah yang digunakan agar projek dapat dikaji dan
dihasilkan mengikut teori. Bab ini juga adalah sebagai rujukan kepada teori yang sedia
ada dalam menyelesaikan masalah berkaitan projek. Kefahaman secara teori adalah
penting sebagai panduan dan hasil sesuatu kajian itu tidak dapat dinilai tanpa
dibandingkan dengan teori. Bab ini juga menerangkan secara ringkas berkaitan bahan-
bahan yang digunakan di dalam projek agar kefahaman berkaitannya dapat
dipertingkatkan. Topik yang terkandung di dalam bab ini adalah berkaitan dengan
pengesan jarak kereta dengan menggunakan Arduino Starter KIT, Sensor Ultrasonik dan
juga diletakkan pembaz sebagai bunyi untuk amaran
Kajian literatur ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
terhadap kajian penyelidikan dan komponen yang terlibat yang digunakan dalam projek
ini dengan merujuk kepada pelbagai buku, jurnal dan sumber bacaan lain yang boleh
diperolehi dari perpustakaan dan melalui capaian akses internet.
6
2.2 KAJIAN PROJEK YANG LEPAS.
Kajian yang dibuat oleh "National Sleep Foundation’s 2005", melalui soal selidik, 60%
pemandu dewasa yang melibatkan 168 juta orang penduduk berkata mereka akan
memandu kenderaan walaupun dalam keadaan mengantuk. Statistik ini diambil dalam
tahun 2004. Lebih daripada 1/3 penduduk (37% atau 103 juta orang) telah tertidur
semasa pemanduan. Malah 13% mengatakan mereka pernah memandu sedemikian
sekali sebulan. 4% (11 juta) mengakui mereka pernah mengalami kemalangan atau
hampir terlibat dengan kemalangan disebabkan oleh mengantuk atau terlalu letih
memandu. " National Highway Traffic Safety Administration US" mendedahkan
100,000 kemalangan yang melibatkan anggota polis adalah disebabkan oleh keletihan
semasa memandu. Ini menyebabkan anggaran 1,550 kematian, 71,000 kecederaan dan
$12.5 bilion kerugian. Angka-angka ini bukanlah suatu yang tepat kerana banyak lagi
kemalangan yang berlaku disebabkan oleh mengantuk yang tidak didedahkan atas
sebab-sebab insuran dan sebagainya.
“Time-lapse method” digunakan untuk menjaga jarak kenderaan sama ada hadapan atau
belakang.
7
i. Buat penandaan di jalanraya atau tanda objek di sebelah kiri jalan seperti
tiang lampu.
ii. Apabila hadapan kenderaan melepasi objek, kira 1001,1002 (lebih kurang 2
saat)
iii. Jika belakang kenderaan anda melepasi objek, anda tamat mengira, anda
terlalu hampir dengan sasaran hadapan.
i) Peraturan 2 saat.
Semasa waktu hari hujan, keadaan jalan basah serta licin. Tidak sesuai lagi diamalkan
peraturan 2 saat. Dalam keadaan sedemikian, pemandu-pemandu di nasihatkan
menggunakan kaedah “Peraturan 4 saat”, iaitu 2 kali ganda peraturan 2 saat.
Maksudnya gandakanlah jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan. Ini akan
mengelakkan perlanggaran atau akibatkan anda menyondol belakang kereta depan.
8
iii) Peraturan 3 saat.
Peraturan ini khas untuk mengekori motosikal. Berbeza dengan kereta, motosikal di
anggap kenderaan yang merbahaya. Penunggang dan pembonceng tidak terlindung. Ia
beroda dua. Di nasihatkan, jauhi daripada penunggang bermotosikal sewaktu memandu.
Amalkan sekurang-kurang 3 saat sela atau 37 meter ke belakang sebagai langkah
keselamatan.
Peraturan ini bagi mengekori kenderaan-kenderaan yang panjang seperti bas, lori dan
treler. Di sini, pemandu mempelajari kemahiran imbas 12 saat atau 100 meter ke
hadapan.
Peraturan ini, membolehkan seseorang memerhatikan “lalu lintas” dari mana-
mana arah di dalam masa yang sesuai bagi menyesuaikan kelajuan dan kedudukan
kenderaan. Perbincangan yang diutarakan adalah 4 peraturan jarak yang penting, yang di
harapkan dapat membantu pengguna jalan raya menjadi seorang pemandu yang lebih
cekap, berhemah dan selamat.
Jarak yang selamat bergantung kepada kelajuan kenderaan anda, keadaan
pemanduan dan jenis kenderaan. Dalam banyak kes jarak kenderaan adalah lebih
selamat daripada panjang kenderaan. Secara Umumnya:
i. Pemandu hendaklah memandu sekurang-kurangnya 2 saat sehingga 4 saat atau
25 hingga 50 meter di belakang kenderaan hadapan dalam keadaan ideal.
ii. Sebuah trak penunda atau caravan mesti membenarkan 2 saat di tambah satu saat
lagi bagi setiap 3 meter treler.
Pengesan jarak kenderaan yang telah dicipta sebelum ini berfungsi apabila
kenderaan mengundur. Alat ini hanya berfungsi apabila gear undur diaktifkan. Projek
pengesan jarak kenderaan terbaru menggunakan sensor untuk mengetahui jarak
kenderaan di jalan raya di mana ianya direka untuk memberi amaran kepada pemandu
apabila jarak kenderaan di dalam keadaan yang merbahaya manakala di tempat letak
kereta pula sensor berfungsi untuk memberi amaran siren sahaja apabila jarak dengan
9
objek atau kereta semasa kenderaan diletakkan. Sistem ini, menggunakan sensor
elektromagnet atau ultrasonik. Sensor ini tidak boleh memaparkan pengukur antara
objek di hadapan atau belakang kereta.
Projek “Pengesan Jarak Kenderaan” adalah satu alat untuk mengukur objek di antara
hadapan dengan belakang kenderaan. Ia juga boleh memaparkan jarak yang jauh dan
memberi amaran kepada pemandu apabila objek itu menjadi lebih dekat.
10
ii. “Arduino Starter Kit”
“Arduino Starter KIT” telah digunakan dalam projek ini. Arduino adalah mikro
pengawal papan tunggal (single-board microcontroller) telah dibina dengan
menggunakan pelbagai sumber peranti elektronik mudah (multidisplinary) yang telah
diterjemahkan di dalam bentuk set-set arahan Pengawal Antara muka Persisian (PIC).
Perkakasan terdiri daripada papan perkakasan punca terbuka direka 8-bit Atmel AVR
mikro pengawal, atau 32-bit Atmel ARM. Perisian ini mempunyai penyusun bahasa
pengaturcaraan piawai (standard programming language compiler) dan “boot loader”
yang melaksanakan atas papan mikro pengawal.Arduino boleh dibeli separa siap atau
sebagai Kit Buat Sendiri (DIY). Maklumat reka bentuk perkakasan disediakan untuk
mereka yang ingin memasang Arduino sendiri. Pada pertengahan 2011 dianggarkan
bahawa lebih 300,000 kit Arduino telah dihasilkan secara komersial
11
Rajah 2.3: Bentangan komponen Arduino Starter KIT
12
2.6 TEORI KOMPONEN
2.6.1. Perintang
Perintang ialah komponen yang menghalang pengaliran arus dalam litar. Pemilihan
perintang mengikut kesesuaian penggunaan litar. Apabila memilih perintang, empat
perkara perlu dipertimbangkan.
i. Nilai Perintang
Nilai rintangan boleh dibaca sama ada dengan menggunakan kod warna atau kod dicetak
pada badan perintang
ii. Toleran/ Had Terima
Had terima menunjukkan atau menandakan nilai maksimum atau minimum suatu nilai
perintang.
iii. Nisbah Kuasa
Perintang Saiz menunjukkan kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang.
iv. Kestabilan
Perintang mempunyai kestabilan yang tinggi untuk mengekalkan rintangan kepada
perubahan suhu dan jangka hayat.
13
Rajah 2.5: Pengiraan perintang kod warna
2.6.2 Diod
Terdiri daripada dua keadaan iaitu pincang depan “forward bias” dan pincang songsang
“reverse bias”. Dalam keadaan pincang depan, voltan bekalan dilaraskan kepada sifar (0
volt), nilai IF dan VF juga sifar. Jika voltan bekalan bertambah, IF dan VF turut
bertambah tetapi arus tidak akan mengalir melalui diod sehingga ia mencapai voltan
sawar (knee voltage). Nilai voltan ini berbeza bergantung kepada jenis bahan diod
seperti silikon – 0.7V, germanium – 0.3V dan LED – 1.6V.
Apabila diod diberikan pincang songsang, IR akan mengalir dalam jumlah yang
kecil. Arus ini dipanggil arus bocor. Jika VR bertambah sehingga nilai tertentu, IR akan
bertambah. Keadaan ini dipanggil voltan pecah tebat songsang dan ini boleh merosakkan
simpang PN jika nilai arus IR akan terus bertambah tetapi diod zener berfungsi dalam
keadaan voltan pecah songsang. Diod digunakan dalam litar seperti litar penerus dan
pengatur voltan tinggi. Contohnya diod zener yang mempunyai ciri-ciri kerja terbalik
iaitu ia mengatur voltan yang melampaui voltan pecah tebat songsang. Nilai voltan
pecah tebat ini dibuat khas oleh pengilang agar ia boleh mengatur berbagai jenis voltan.
14
Rajah 2.6 Lengkuk Ciri I-V bagi Diod Kuasa
15
Rajah 2.8: Simpang PN dan simbol komponen
2.6.3 Kapasitor
16
Rajah 2.10: Kapasitor elektrolit
2.6.4 Pembaz
Pembaz atau pembunyi adalah peranti isyarat audio yang berkemungkinan boleh jadi
mekanikal, elektromekanikal atau piezoelektrik. Kegunaan utama Pembaz dan
Pembunyi termasuklah penggera, pemasa dan pengesahan input pengguna seperti satu
klik tetikus atau kekunci ditekan
17
2.6.5 LCD Display 16x4
LCD adalah Liquid Crystal Display atau Pemapar Cecair Kristal adalah suatu jenis
paparan yang menggunakan Liquid Crystal sebagai media refleksinya. LCD sudah
digunakan pada berbagai bidang, sebagai contoh: monitor, TV, kalkulator. Pada LCD
berwarna semacam monitor terdapat puluhan ribu pixel. Pixel adalah satuan terkecil di
dalam suatu LCD. Pixel-pixel yang berjumlah puluhan ribu inilah yang membentuk
suatu gambar dengan bantuan perangkat controller, yang terdapat di dalam suatu
monitor.
Di masa akan datang, dengan harga LCD yang semakin murah, ianya boleh digunakan
bukan sahaja dalam produk kormesial sahaja tetapi juga projek-projek hobi. LCD
digunakan di dalam projek Pengesan Jarak Kereta sebagai pemapar jarak dalam bentuk
digital.
18
Jadual 2.0: Fungsi terminal LCD
19
Jadual 2.1: Fungsi terminal sensor ultrasonik
20
iv. Fungsi (function) menjadikan seluruh lakaran yang lebih kecil dan lebih padat
kerana bahagian-bahagian kod digunakan semula banyak kali.
(Rujuk Lampiran : Bahasa Arduino)
2.9 RUMUSAN
21
Jarak pemanduan yang selesa adalah pada kedudukan kenderaan di antara 25 hingga 50
meter. Walau bagaimanapun keselesaan pemanduan boleh diganggu oleh beberapa faktor
emosi seperti mengantuk, letih dan marah. Faktor persekitaran juga menjadi faktor
penyumbang kepada ketidakselesaan pemanduan seperti hujan dan kesesakan lalu lintas.
Pengesan Jarak Kenderaan dengan menggunakan PIC Arduino Starter KIT tampil untuk
mengurangkan kemalangan jalan raya. Reka bentuk yang mementingkan gabungan
output berbentuk penglihatan dan pendengaran diharapkan boleh mengatasi masalah
kemalangan jalan raya khususnya yang melibatkan perlanggaran kenderaan dari arah
belakang.
22
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi merujuk kepada kaedah dan penggunaan carta aliran untuk menunjukkan
perjalanan sesuatu projek yang dilakukan. Carta Gantt boleh digunakan untuk
menunjukkan aktiviti yang dijalankan semasa perlaksanaan projek. Metodologi
menerangkan langkah-langkah kerja, susun atur program untuk menyiapkan keseluruhan
projek yang dilakukan untuk SKM Tahap 4. Setiap proses yang dinyatakan di dalam
terperinci. Di samping membuat litar, ia juga termasuk kaedah kerja pada permulaan
projek itu, di pertengahan dan seterusnya memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut
jadual.
23
3.2 LITAR PROJEK.
i. Litar Skimatik
24
ii. Litar Veroboard
25
3.3 PAPAN PCB
26
iii. Papan Pembaz
27
3.4 CARTA PELAKSANAAN PROJEK
3.4.1 Carta GANTT
Jadual 3.0 : Carta GANTT Projek.
BIL AKTIVITI YANG DIJALANKAN STATUS BULANAN PETUNJUK
/ MINGGUAN
OKT 2013 NOV 2013 DIS 2013 JAN 2014 FEB 2014
1 2 3 4 1 2 3 4 MASA1 2 YANG
3 4 DIRANCANG
1 2 3 4 1 2 3 4
1 CADANGAN PROJEK. Dirancang
Sasaran, ciri, hasil, masalah, Sebenar MASA YANG SEBENAR
kekangan.
2 KELULUSAN PROJEK Dirancang
Sebenar
3 PEMBELIAN BAHAN PROJEK Dirancang
Sebenar
4 PEMASANGAN PROJEK Dirancang
Sebenar
5 PENGUJIAN DAN TROUBLE Dirancang
SHOOTING Sebenar
6 ANALISA PROJEK Dirancang
Sebenar
7 DOKUMENTASI PROJEK Dirancang
Sebenar
8 PENILAIAN PROJEK Dirancang
Sebenar
.
28
3.4.2 Carta Alir Keseluruhan Projek
MULA
MULA
CADANGAN PROJEK
KELULUSAN
NO PEGAWAI
ATASAN?
YES
PEMBELIAN KOMPONEN
PEMASANGAN
NO
PENGUJIAN/
TROUBLESHOOTIN
G
YES
ANALISA PROJEK
DOKUMENTASI
TAMAT
29
3.5. PENYELARASAN KERJA.
a. Cadangan Projek
Pada fasa cadangan projek perancangan adalah penting kepada sesuatu projek untuk
memastikan tempoh masa yang dirangka dan dijangka dapat dicapai dan dilaksanakan.
Dengan perancangan dan pelaksanaan kerja yang sistematik, cadangan projek dapat
dilakukan dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah. Antara perkara-perkara
yang telah dilaksanakan ialah :
• Mendapatkan litar.
• Mengkaji dan menganalisis
• Mengenal pasti komponen dan peralatan.
• Membuat anggaran kos bahan.
• Mencari kos bahan dengan harga yang berpatutan.
• Mencari maklumat projek
Pada peringkat permulaan terdapat dua cadangan tajuk projek yang diutarakan
kepada Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik iaitu :
i. Smart Post Box
ii. Pengesan Jarak Kenderaan.
Walau bagaimanapun “smart post box” mempunyai masalah dari segi penghantaran
maklumat kepada aplikasi Android dan tajuk ini terpaksa digugurkan.
Apabila litar diperolehi, kajian terus dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana
fungsi sistem dan bagaimana operasi litarnya. Memahami litar yang digunakan adalah
amat penting untuk menjangkakan kefungsian keberkesanan litar ini terhadap
persekitaran dan masyarakat. Menguji keberkesanan litar dengan menggunakan perisian
pembuat litar (circuit maker software) dengan menggunakan aplikasi komputer adalah
juga penting. Adakah litar ini terbukti kefungsiannya? Jika ya maka projek ini boleh
diteruskan.
30
b. Kelulusan Pegawai Atasan.
Jika cadangan projek tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan, projek lain terpaksa
dicari atau pendekatan lain diperlukan untuk memenuhi keperluan kelulusan.
c. Pembelian Komponen.
Anggaran kos projek ini adalah sangat penting. Ia adalah persediaan awal
sebelum membeli bahan-bahan projek. Anggaran dibuat untuk mengelakkan pembaziran
dan perbelanjaan yang berlebihan. Anggaran juga sangat penting untuk mengelakkan
keperluan bahan mencukupi dan jika berlaku kekurangan ianya akan menjadi masalah
dalam proses pelaksanaan projek. Untuk projek ini, dianggarkan menelan kos anggaran
di dalam lingkungan RM 500 dan ke bawah.
Di dalam mencari harga kos bahan, beberapa senarai harga bahan dari syarikat
yang berlainan dipilih dan dibandingkan untuk mendapat harga yang berpatutan dan
barangan yang berkualiti. Proses ini dipanggil “Carian Harga”
d. Pemasangan
Jenis-jenis komponen yang digunakan dalam “pengesan jarak kereta” harus dikenal pasti
untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan litar. Projek ini menggunakan komponen
seperti diod laser berdenyut(Pulsed Laser Diode) dan beberapa komponen aktif serta
pasif digunakan dalam litar. Peralatan lain yang digunakan adalah alat pemateri, dan asid
yang digunakan untuk proses punaran.
31
e. Pengujian dan Troubleshooting
Jika kegagalan berlaku pada projek, berkemungkinan kesalahan pada pemasangan dan
komponen. Oleh sebab itu, proses kerja boleh berpatah balik kepada pembelian
komponen atau pemasangan. Di dalam projek pengesan jarak kenderaan ini,
troubleshooting hanya berlaku pada peringkat kesalahan pemasangan komponen sahaja.
Projek berfungsi dengan baik.
f. Analisa Projek.
Projek di analisa dengan mengambil kira halaju, jarak dan masa kenderaan dengan objek
hadapan. Secara umumnya, projek yang dihasilkan mampu mencapai objektif utama
walaupun terdapat beberapa limitasi yang perlu diatasi seperti had pengesanan sensor
dan sistem brek.
g. Dokumentasi
PERALATAN
i. Bekalan Kuasa
ii. Multimeter
iii. Proto board
iv. Arduino
v. LCD display
vi. Pembaz
vii. Penunjuk LED
32
PROSUDER
33
3.7 PELAKSANAAN PROJEK
Selepas mengetahui dan mempelajari fungsi setiap litar, maka pelaksanaan projek
dilakukan. Setiap komponen yang diperolehi mestilah dipastikan klasifikasi, jenis dan
kefungsiannya hendaklah diuji terlebih dahulu.
PCB dibuat daripada lapisan tembaga. Sebelum punaran, papan PCB kosong
hanya pada permukaan. Pada permukaan, tidak berjalur dan hanya mempunyai
beberapa lapisan serat dan tembaga. PCB mempunyai pelbagai jenis seperti sisi
tunggal (single side), dua sisi (double side) dan pelbagai lapisan (Multi layer).
PCB sisi tunggal hanya bersalut tembaga peda sebelah sisi pematerian sahaja..
Untuk papan PCB jenis dua sisi, salutan tembaga berada di kedua-dua
permukaan. Walaupun pelbagai lapisan namun ianya terdiri daripada beberapa
lapisan tembaga dan gentian yang disusun secara berselang-seli.
34
ii) Fungsi litar yang menepati keperluan dan konsep projek.
iii) Komponen litar yang digunakan mudah di dapati di pasaran.
35
Rajah 3.9 - “Permenant marker pen”Lumocolor
Terdapat aksesosi tambahan untuk melukis litar PCB supaya tamatan atau
lengkok pada PCB Nampak lebih kemas iaitu dengan menggunakan “IC
Lettering”.
36
Rajah 3.11 : IC Lettering
Kaedah terkini yang diaplikasi untuk melukis litar PBC ialah dengan
menggunakan perisian Altium dan Eagle. Pengguna hanya perlu melukis litar
skimatik sahaja. Selebihnya telah diaturkan oleh perisian yang disediakan.
37
3.8.2. Proses UV
Salah satu teknik yang boleh digunakan dalam penghasilan PCB ialah UV
transfer.
• Sinar UV dihasilkan oleh alat UV Exposure yang akan memindahkan cetakan
litar di atas lapisan transparensi kepada Presensitized PCB.
• Presensitized PCB dilengkapi dengan lapisan pelindung cahaya. Pelindung
ini perlu dibuka sebelum melakukan proses ini.
• Lapisan transparensi perlu dilekatkan di atas bahagian peka cahaya
Presensitized PCB dengan menggunakan pita pelekat lut sinar.
• Pastikan kedudukan lapisan transparensi yang dilekatkan tidak terbalik
kerana proses ini menggunakan kaedah Positive Acting UV Transfer.
38
Rajah 3.15 : Kedudukan lapisan transparensi terbalik
39
• Jangkamasa proses ini bergantung kepada kepekatan larutan, suhu larutan dan
saiz PCB yang dihasilkan.
• Sila patuhi langkah-langah keselamatan, peraturan penggunaan dan
pelupusan bahan kimia ketika melaksanakan proses ini.
40
o Goncangkan bekas perlahan-lahan untuk melarutkan campuran asid
dan air.
o Gunakan pengapit untuk memeriksa sama ada litar sudah boleh
diangkat dari asid atau tidak.
o Apabila mengangkat PCB daripada asid pastikan anda tidak
menyebabkan jalur tembaga direka terputus. Pastikan bahawa asid
boleh digunakan pada peranti lain.
o Selepas kerja punaran dilakukan, pastikan semua peralatan tangan
yang digunakan dibersihkan dengan sabun atau hapuskan.
41
Gunakan penanda untuk memastikan mata gerudi tidak lari dari tempat
untuk menggerudi
Gunakan pelindung muka atas sebab-sebab keselamatan semasa lubang
yang digerudi. Pastikan penggerudian tidak dilakukan secara memaksa
kerana ini boleh menyebabkan kerosakan papan litar.
Setelah selesai lubang digerudi, litar di sekitarnya akan diuji
menggunakan meter pelbagai untuk memastikan tidak ada laluan pecah.
42
o Kaki perlu dibersihkan dengan kertas pasir untuk membuang lapisan
minyak dan sebagainya.
o Pastikan bahawa komponen yang akan dipasang dan disusun
mengikut kedudukannya dalam litar.
o Apabila melakukan pemasangan komponen ke atas PCB, komponen
dibengkokkan ke arah komponen yang bertentangan. Ini adalah untuk
memastikan ia mempunyai cengkaman yang kukuh dalam
pematerian
43
Apabila membuat pematerian:
o Pastikan semua komponen dan kabel serta wayar-wayar
sambungan yang hendak di pateri bebas dari kesan lapisan
minyak.
o Komponen yang mempunyai polariti seperti diod dan IC hendaklah
dipastikan kedudukannya di dalam orientasi yang betul
berdasarkan kepada litar skimatik
o Pastikan komponen yang hendak di pateri dibengkokkan dengan
sempurna untuk memastikan komponen yang di pateri tidak
mudah tanggal.
o Panaskan alat pemateri dan pastikan kedudukan memateri di dalam
posisi yang betul serta selesa.
o Mulakan pematerian dengan mendekatkan alat pemateri kepada
kaki komponen dan timah dihalakan serentak.
o Ulang beberapa kali langkah di atas untuk komponen yang lain .
o Akhir sekali cuci dengan cecair “thinner’ untuk memastikan
permukaan bersih dan ikatan komponen kukuh..
Antara masalah utama yang dikesan semasa pelaksanaan projek ini ialah:
Masalah pada litar
Masalah pada litar akan berlaku jika lukisan PCB tidak dilakukan dengan
sempurna terutamanya ketika mencetak di atas kertas transparen. Jika
dakwat tidak terang, ia akan menyebabkan litar menjadi terputus-putus.
Apabila sinar UV bertindak pada litar PCB, hasil yang tidak memuaskan
akan terhasil.
Penyelesaian
44
Pastikan dakwat pencetak laser dalam keadaan baik, kerana dakwat yang lebih
terang menyebabkan pencetak laser akan mencetak litar yang sempurna (tidak
terputus).
BAB 4
4.0 PENGENALAN
Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu lalai dalam menentukan jarak kenderaan.
Apabila terlampau dekat dengan kenderaan di hadapan, pelbagai kemungkinan boleh
berlaku. Pemandu mungkin tidak sempat membrek kenderaan atau sistem brek tidak
berfungsi dalam keadaan yang terlalu rapat. Memandu dalam keadaan mengantuk juga
boleh menyebabkan perlanggaran dengan kereta hadapan. Ini menyebabkan ada peranti
boleh memberi amaran kepada pemandu apabila mereka begitu dekat dengan objek di
hadapan kenderaan. Pengesan jarak kenderaan adalah salah satu cara untuk
mengurangkan kejadian kemalangan. Peranti ini boleh mengukur jarak antara kereta dan
objek di hadapan kereta dan memberi amaran kepada pemandu dengan paparan
pengukuran. Peranti ini juga boleh digunakan apabila pemandu mahu letak kereta
mereka. Ia boleh memaparkan jarak di bahagian hadapan kereta.
45
Halaju adalah berkadar terus dengan jarak dan dan berkadar songsang dengan masa. Jika
halaju meningkat, jarak di antara objek semakin rapat dan masa untuk sampai kepada
objek semakin singkat.
Dalam keadaan ideal, di dalam masa 4 saat kenderaan yang berkelajuan malar 0.5m/s
mempunyai jarak 200cm daripada objek hadapan. Anggapkan kenderaan hadapan juga
berkelajuan malar 0.5m/s. Perlanggaran tidak mungkin akan berlaku kerana pergerakan
objek hadapan adalah berkadar terus dengan objek belakang. Perlanggaran akan berlaku
apabila objek belakang menambah kelajuan atau objek hadapan mengurangkan kelajuan.
Situasi ini diterangkan di dalam jadual 4.
46
200cm
O M/S
150cm
KENDERAAN BELAKANG 4 saat KENDERAAN HADAPAN
BELAKANG
KENDERAAN BELAKANG BELAKANG
KENDERAAN HADAPAN
3 saat
0.5M/S KENDERAAN BELAKANG
BELAKANG BELAKANG
KENDERAAN HADAPAN
2 saat
BELAKANGKENDERAAN BELAKANG BELAKANG
KENDERAAN HADAPAN
1 saat
BELAKANG BELAKANG
50cm
100cm
47
dengan menggunakan “Decimal Display Stopwatch” yang boleh memaparkan masa
sehingga nilai mikro saat.
Keadaan ini menyamai peraturan 4 saat yang diguna pakai oleh sekolah
memandu. Jika sela masa sebanyak 4 saat, maka pemanduan adalah selamat. “Time
Lapse Method” juga membuktikan bahawa bilangan 2 hingga 4 saat adalah jarak yang
selamat untuk pemanduan.
4.2 PERBINCANGAN.
Objektif projek ini adalah untuk memaparkan jarak yang di paparan LCD dan memberi
amaran kepada pemandu mengenai jarak objek di hadapan kereta. Penunjuk LED
fungsinya adalah sama seperti lampu isyarat. Bagi fungsi keseluruhan bermula dengan
kuasa yang membekalkan semua komponen dalam projek ini dan projek seterusnya,
sensor akan berfungsi dan memberi data kepada pengawal mikro yang ada pada Arduino
uno. Kemudian Arduino akan menunjukkan, membawa dan memaparkan jarak yang
telah dikesan oleh sensor untuk paparan LCD dan akhir sekali pembaz akan memberi
amaran kepada pemandu.
48
BAB 5
5.1 PERBINCANGAN
Tujuan utama projek ini adalah untuk memaparkan jarak yang di paparan LCD dan
memberi amaran kepada pemandu mengenai jarak objek di hadapan kereta. Penunjuk
LED adalah cara amaran sama seperti lampu isyarat. Bagi fungsi keseluruhan bermula
dengan kuasa yang membekalkan semua komponen dalam projek ini dan projek akan
datang, sensor akan berfungsi dan memberi data kepada pengawal mikro pada Arduino
uno. Kemudian Arduino akan menunjukkan isyarat LED dan memaparkan jarak yang
diukur dengan menggunakan sensor untuk paparan LCD dan akhir sekali pembaz akan
memberi amaran kepada pemandu.
Selepas melakukan projek ini dan membuat penyelidikan, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa banyak kemalangan berlaku kerana pemandu memandu dalam
keadaan mengantuk dan tergesa-gesa. Atas sebab inilah terhasilnya peranti yang boleh
memberi amaran kepada pemandu apabila mereka begitu dekat dengan objek di hadapan
kenderaan. Pengesan jarak kenderaan adalah satu cara untuk mengurangkan kejadian
kemalangan. Peranti ini boleh mengukur jarak antara kereta dan objek hadapan kereta
dan memberi amaran kepada pemandu dengan paparan pengukuran. Peranti ini juga
boleh digunakan apabila pemandu mahu letak kereta mereka. Ia boleh memaparkan
jarak di hadapan kereta.
49
5.2 CADANGAN PROJEK
Kelemahan peranti ini ialah ia tidak dapat mengesan kenderaan dari arah kiri dan kanan.
Keadaan ini amat berbahaya kepada penunggang motosikal.
Pada masa hadapan bagi tujuan penambahbaikan kita dapat meningkatkan projek ini
dengan menambah pemutus litar yang membolehkan enjin dimatikan tetapi sistem brek
berfungsi seperti biasa lagi. Seperkara lagi penambahbaikan boleh dilakukan pada
pengesan jarak kenderaan dengan aplikasi mengesan pemandu mengantuk dan
disambungkan kepada sistem ABS. Apabila litar siren diaktifkan sistem brek automatik
juga akan diaktifkan. Kenderaan akan diperlahankan sehingga suatu jarak yang selamat.
Sistem ini juga boleh disambungkan kepada aplikasi GPS. Apabila litar siren diaktifkan
sebanyak tiga kali, isyarat bahaya akan dihantar kepada pusat kawalan bersepadu. Pusat
kawalan akan mengenal pasti lokasi untuk dihantar bantuan kecemasan.
Peranti ini juga kurang peka kepada kenderaan yang tinggi. Sensor ultrasonik
tidak bertindak secara mencapah untuk mengesan objek tinggi seperti lori. Pengesan
ultrasonik yang lebih peka dan mencapah perlu digunakan untuk menjadikan peranti ini
lebih peka dan berguna di dalam semua keadaan.
5.3 KESIMPULAN
Apabila projek Pengesan Jarak Kenderaan ini dihasilkan, perkara pertama yang perlu
dipandang ialah kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kesedihan keluarga
mangsa yang terlibat dapat dikurangkan dengan begitu ketara sekali. Projek ini mampu
memberikan impak yang positif terhadap industri aksesori kenderaan dunia jika
dikomersialkan.
50
RUJUKAN
Siti Zarina Mohd Muji, Wan Ahmad Shukry Che Mohd Salleh (2007); Panduan Asas
Mikropengawal PIC 16F84, UTHM.
Mohd Isa bin Idris, Sabariah bt Haji Bohanudin, Norjah binti Janudin, Norani binti
Hamzah, Salwani binti Mohd Daud (2002); Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd Samat bin Hanif, Mohd Nazi bin Haji Mustafa (1989); Teknologi Elektrik, Pustaka
Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Paul B.Zbar (1969) ; Basic Radio : Theory and Servicing, A Text-Lab Manual, McGraw
Hill Book Compony.
51
LAMPIRAN
Structure
setup()
loop()
Control Structures
if
if...else
for
switch case
while
do... while
break
continue
return
goto
Further Syntax
; (semicolon)
{} (curly braces)
// (single line comment)
/* */ (multi-line comment)
#define
#include
Arithmetic Operators
= (assignment operator)
+ (addition)
52
- (subtraction)
* (multiplication)
/ (division)
% (modulo)
Comparison Operators
== (equal to)
!= (not equal to)
< (less than)
> (greater than)
<= (less than or equal to)
>= (greater than or equal to)
Boolean Operators
&& (and)
|| (or)
! (not)
Bitwise Operators
& (bitwise and)
| (bitwise or)
^ (bitwise xor)
~ (bitwise not)
<< (bitshift left)
>> (bitshift right)
Compound Operators
++ (increment)
-- (decrement)
+= (compound addition)
-= (compound subtraction)
*= (compound multiplication)
53
/= (compound division)
&= (compound bitwise and)
|= (compound bitwise or)
54
55
56