Anda di halaman 1dari 1

MUZIUM NEGERI PERAK

Alamat : Muzium Negeri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000, Ipoh, Perak

LatarBelakang Sejarah Muzium Perak, Taiping adalah muzium yang tertua sekali di Semenanjung Malaysia. Penubuhannya pada tahun 1883, diasaskan oleh Inggeris dan mulai dari tarikh ini bangunan muzium telah dibina dan mula digunakan pada tahun 1886. Namun begitu kerja-kerja pembesaran bangunan muzium ini sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa secara berperingkat-peringkat sehingga siap sepenuhnya pada tahun 1903. Hingga kini bangunan muzium yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu itu tetap kukuh mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan. Ianya mempunyai empat buah balai pameran utama, sebuah pejabat serta perpustakaan. Balai-balai tersebut ialah Balai Diraja, Balai Ilmu Kejadian, Balai Kebudayaan dan Balai Ornag Asli dan Seramik. Isu Semasa Sebagai sebuah muzium yang tertua banyak koleksi pameran yang telah dapat dikumpulkan di sini. Dari tahun 1889 muzium ini telah dapat mengumpulkan koleksi kira-kira 127 ekor binatang, 5 rangka binatang, 637 ekor burung, 117 jenis ikan dan 15 ekor reptilia dan telah didingin bekukan. Bahagian herbarium pula mengandungi kira-kira 500 batang pokok dan pada bahagian etnologi terdapat kira-kira 412 barangan serta 107 barang batu bagi bahagian arkeologi. Muzium Perak kini masih tegak kukuh berdiri tersimpan dan terpamer tinggalan-tinggalan dan warisan kebudayaan penduduk Tanah Melayu serta alam sekitarnya untuk tatapan generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai