Anda di halaman 1dari 1

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (PTKM) APAKAH PENYAKIT INI?

Biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 10 tahun (yang berumur lebih dan orang dewasa boleh juga menghidapnya). Tanda-tanda penyakit timbul 3 hingga 7 hari selepas jangkitan virus. Pada peringkat awalnya, pesakit akan merasa kurang selesa dan hilang selera makan. Ruam yang mungkin menjadi lepuh muncul pada tangan, punggung dan kaki dan merebak ke bahagian lain badan. Ulser juga boleh timbul di dalam mulut pesakit.

ADAKAH PENYAKIT INI SERIUS?


Biasanya penyakit ini adalah penyakit yang ringan. Komplikasi jarang berlaku. Penyakit tangan, kaki dan mulut yang disebabkan oleh virus EV71 boleh dikaitkan dengan komplikasi neurologikal seperti aseptic meningitis dan encephalitis.

APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN APABILA ANAK ANDA MENUNJUKKAN TANDA-TANDA PENYAKIT INI
Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera! Patuhi nasihat yang diberikan.

BAGAIMANAKAH SEBARAN PENYAKIT INI BAGAIMANAKAH PENYAKIT INI DISEBAR? BERLAKU? Kontek terus (Direct Contact) dengan titisan bersin dan batuk pesakit atau rembesan mulut dan hidung atau melalui makanan/minuman yang tercemar oleh najis pesakit. Menyentuh cecair lepuh pesakit.

Jika anak anda tidak dimasukkan ke hospital; Jangan hantar anak yang sakit ke tadika, taska atau ke pusat jagaan kanak-kanak. Asingkan anak anda dan peralatannya daripada kanak-kanak lain. Cuci barangan anak tersebut dengan sabun dan air bersih. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas memegang/menyentuh anak. Bawalah anak anda berjumpa doktor dengan segera jika keadaannya bertambah teruk.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH SEBARAN PENYAKIT


Asingkan sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda PTKM. (Asingkan juga peralatan makan minum mereka). Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.

Orang yang berinteraksi dengannya mestilah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Seboleh-bolehnya elakkan pertembungan dengan pesakit.

KITARAN JANGKITAN VIRUS ENTERO


Virus memasuki tubuh melalui mulut dan hidung. Pada mulanya ia berganda di dalam tekak.

Cuci tangan dengan sabun dan air bersih - selepas ke tandas - selepas menyentuh rembesan hidung atau kerongkong - selepas menukar lampin atau mencuci najis anak - apabila sampai ke rumah - sebelum menyediakan makanan atau minuman - sebelum makan/minum - sebelum menimang atau bermain dengan anak kecil. Minum air dan makan makanan yang telah dimasak sahaja. Cuci pinggan mangkuk dengan sempurna.

Pengasuh pesakit janganlah terlalu rapat dengannya atau orang lain.

Hadkan pertembungan antara kanakkanak. (Sesetengah mereka mungkin telah dijangkiti virus tanpa sebarang tanda penyakit).

Hadkan bilangan orang yang menyentuh anak anda. Semasa wabak penyakit, hadkan pendedahannya kepada orang ramai.

Dari sistem penghadaman virus boleh memasuki sistem darah dan sampai ke pelbagai organ sasaran. Sistem penghadaman adalah tempat utama penggandaan virus.

Kain atau permukaan yang dicemari najis (atau rembesan hidung/kerongkong) boleh direndam dalam campuran satu bahagian Chlorox dengan sembilan bahagian air untuk membasmikan virus.

APAKAH PENYEBAB PENYAKIT INI? APAKAH PENYEBAB PENYAKIT INI?


Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus terutamanya virus EV71 dan virus coxsackie kumpulan A16.
Diterbit semula dan diubahsuai oleh: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak http://www.sarawak.health.gov.my
10000/2006

Virus dibuang keluar dari sistem penghadaman melalui najis.


Ubahsuai daripada:

Anda mungkin juga menyukai