Anda di halaman 1dari 2

ASPEK KAJIAN KOMSAS ISTILAH-ISTILAH SASTERA

ISTILAH Sinopsis Tema Plot Binaan plot HURAIAN/MAKSUD Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan sesebuah Karya. Sesuatu yang menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita. Jalinan cerita atau rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab 1. Permulaan cerita (eksposisi) Mmperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus seperti latar masa, tempat dan watak-watak dalam cerita. 2. Perkembangan Peristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan suspend 3. Klimaks Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita. 4. Peleraian Peristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam bahagian ini, sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan. 5. Pengakhiran/penyelesaian Peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian. - Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Watak - Mereka dicipta untuk memainkan peranan bagi menyokong idea pokok dan mengembangkannya hingga akhir cerita. - Watak ini dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia. Perwatakan Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya. 1. Imbas muka Peristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku. 2. Imbas kembali Peristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui penceritaan semula. 3. Pemerian Peristiwa, watak, objek atau perubahan yang diceritakan atau digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang. 4. Dialog Pertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan, pertengkaran dan sebagainya. 5. Monolog dalaman Pengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan. 6. Monolog Pertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri atau orang lain.

Teknik plot

Nilai murni Nilai kemanusiaan Nilai Kemasyarakatan

Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan teladan. 1. Baik hati 2. Jujur 3. Bijaksana 4. Yakin diri 5. Mesra 6. Berani 7.Bertanggungjawab 8. Tegas 9. Bersih 10. Tabah 11. Sabar 12. Sopan 1.Tolong-menolong/Bekerjasama 2. Taat setia 3. Adil 4. Simpati 5. Hormat-menghormati 6. Patriotik 7.Kebebasan 8. Unsur kekeluargaan 9. Unsur cinta dan kasih saying Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikan Pedomen, peringatan ataupun yang perlu dijauhi.

Pengajaran Latar

Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah ceruta termasuklah masa, tempat dan masyarakat. 1.Masa Merujuk kepada masa atau zaman, contohnya zaman pemerintahan Jepun, ataupun waktu, contohnya waktu subuh. Tengah hari, pukul lapan malam. Contoh: Putera Gunung Tahan: Sebelum kejadian bah besar pada tahun 1926. 2. Tempat Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh ; Putera Gunung Tahan : Kampung Rimau Putih 3. Masyarakat Keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka dan sebagainya. Contoh: Putera Gunung Tahan ; Orang bunyian.

Anda mungkin juga menyukai