Anda di halaman 1dari 11

BAHAN ULANGKAJI AWAL / RELIEF TINGKATAN 5

MODUL ULANGKAJI SPM (FIZIK)

Guru Pengawas : En. Zuwairi b. Abd Aziz : Cik Nurzaimah bte Ahmad Fuad Ketua Pengawas: Mohammad Fahmi b. Hj. Mohd Hodi Pen. Ketua Pengawas: NurFazreen Lyana bt Musa Setiausaha: Muhd Syahfie b. MD Salleh Bendahari: Salbiah bt Asim Exco Disiplin: Nur Kamala bt. Paily Exco Perhimpunan: Mohammad Yusuf b. Mislam Exco Blok: Mohamad Harris b. Md Yunan Exco UPLP: Nurul Shafiqa bt. Abd. Rahman Exco Point: Siti Nur Syafiqah bt. Ishak Exco Akademik: Mohd Razib b. Abd Rahim Posted by kp'10 at 2:14 AM

Lembaga Pengawas 2006


Kempen Pilihanraya Ketua Pengawas 2006 Isnin (19 Jun 2006) & Selasa(20 Jun 2006) Barisan pentadbir dan guru-guru telah diberi peluang menamakan calon-calon ketua pengawas yang telah disenarai pendekkan seramai lapan calon untuk bertanding jawatan ketua pengawas bagi sesi 2006/2007. Empat calon yang mendapat pencalonan terbanyak adalah:

Abdul Jalil Bin Ismail ( 4 Perdana) Aaron Lee Jun Heng ( 4 Perdana) Mohamad Farhan Bin Ghazali (4 Putra) Mohammad Asrul Affendy Bin Mohd Yassir (4 Putra) Mereka telah dipilih berdasarkan kewibawaan dan keaktifan mereka dalam lembaga pengawas dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Tugas mereka sebaik dicalonkan adalah untuk berkempen dari 19 hingga 20 Jun 2006. Pada 19 Jun 2006, calon-calon ini telah memberi ucapan semasa perhimpunan pagi untuk memperkenal diri mereka dan memberitahu manifesto mereka kepada guru-guru dan pelajar-pelajar seterusnya menyakinkan guru-guru dan para pelajar untuk mengundi mereka. Pada masa yang sama, pengumuman tentang persaraan AJK Pengawas telah diumumkan oleh bekas ketua pengawas.

Rabu (21 Jun 2006) Pilihanraya ketua pengawas sesi 2006/2007 telah dijalankan. Semua pelajar dan guru telah diberikan peluang untuk mengundi calon ketua pengawas mereka berdasarkan pengenalan mereka dan kempen mereka yang telah dibuat pada 19 hingga 20 Jun 2006. Para pelajar telah turun ke tempat mengundi mengikut kelas dan diberikan borang undian untuk mengundi. Guru-guru pula dijemput ke tempat mengundi dan diberikan borang undian untuk mengundi. Borang-borang undian tersebut dikutip serta merta. 70% undian dikira daripada kalangan guru manakala 30% unidan dari kalangan pelajar. Undian telah dikira oleh guru penyeleras pengawas bersama sama pengawas yang bertugas di tempat mengundi. Keputusan dirahsiakan sehingga diumumkan pada hari esoknya iaitu 22 Jun 2006 oleh guru penyelaras pengawas iaitu Pn. Herlina Bt. Hilmi. Khamis (22 Jun 2006) Semasa pehimpunan pagi, guru penyeleras pengawas iaitu Pn. Herlina Bt. Hilmi telah mengumumkan keputusan tersebut. Berikut adalah hasil undian:

Aaron Lee Jun Heng 3.31% Abdul Jalil B. Ismail 26.25% Mohamad Farhan B. Ghazali 68.15% Mohammad Asrul Affendy B. Mohd Yassir 1.74%

Abdul Jalil ( 4 Perdana) Aaron Lee ( 4 Perdana)

Mohamad Farhan ( 4 Putra) Mohammad Asrul ( 4 Putra)

Suasana di tempat mengundi Majlis Pelantikan Pengawas 2006 26 JUN 2006(ISNIN) Majlis bermula dengan ketibaan YDP PIBG, En Hashim B. Anang diiringi oleh Ahli Majlis Pengurusan Sekolah bersama-sama dengan kompang sekolah. Apabila YDP PIBG dan AMP telah mengambil tempat duduk, bacaan doa telah dibacakan oleh Amirul Syafiq (3 Wira). Selepas selesainya bacaan doa, Pn Hajah Naaimah, selaku Penolong Kanan SMK Seksyen 19, Shah Alam telah memberi ucapan beliau dan kemudian YDP PIBG, En. Hashim B Anang telah memberi ucapan beliau seterusnya merasmikan majlis tersebut selepas itu. En. Hashim B Anang telah dijemput untuk memberi watikah pengawas kepada pengawas baru sebaik sahaja beliau merasmikan majlis tersebut. Setelah selesainya perlantikan pengawas, penyerahan tugas ketua pengawas telah dijalankan. Mohd Husni B Zakaria selaku ketua pengawas 2005/2006 telah menyerahkan tugasnya bersama-sama dengan fail ketua pengawas dan memberi kata kata beliau kepada Mohamad Farhan B Ghazali selaku ketua pengawas yang baru bagi tahun 2006/2007. Selepas itu, Mohamad Farhan telah memberi ucapan beliau seterusnya mengetuai ikrar pengawas. Upacara tersebut telah disaksikan oleh YDP PIBG, AMP, guru-guru, para pengawas dan juga murid murid. Majlis perlantikan pengawas berakhir dengan nyanyian lagu pengawas.

Suasana daripada majlis tersebut Kursus Kepimpinan Pengawas kali kedua Pada 18 hingga 20 Ogos 2006, Lembaga Pengawas telahmengadakan kursus kepimpinan pengawas yang ke-dua di SMK Seksyen 19,Shah Alam. Seramai 140 Orang pengawas dari tingkatan satu hingga empat telahmenyertainya. Banyak aktiviti telah dijalankan seperti:

ceramah kepimpinan aktiviti absailing aktiviti menempuh halangan malam diraja sukaneka dan banyak lagi..

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS DAN PENGISYTIHARAN BARISAN PEMIMPIN PELAJAR SESI 2009/2010
Isnin, 10 Ogos - Satu majlis rasmi Penyerahan Tugas dan Pengisytiharan Barisan Pemimpin Pelajar Sesi 2009/2010 telah berlangsung pagi ini di Dewan Tun Abdul Razak. Majlis ringkas tetapi penuh bermakna ini telah menyaksikan barisan Pemimpin Pelajar Sesi 2008/2009 yang diterajui oleh Mohd Alias bin Ahmad Kassim menyerahkan tugas kepada barisan kepimpinan yang baru.

Ucapan oleh Mohd Alias bin Ahmad Kasim

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Mohd Alias bin Ahmad Kassim, Ketua Pelajar 2008/2009. Kemudian Mohd Alias telah menyerahkan fail tugas kepada Tuan Pengetua sebagai tanda penyerahan tugas kepada pihak sekolah. Diikuti dengan pengisytiharan barisan Pemimpin Pelajar Sesi 2009/2010 oleh Tuan Haji Sahak bin Ahmadun, Penolong Kanan HEM. Turut diumumkan adalah Barisan Jawatankuasa Tertinggi yang diketuai oleh Wan Faiq Amsyar bin Wan Ariffin, selaku Ketua Pelajar Sesi 2009/2010.

Tuan Haji Sahak bin Ahmadun, PK HEM mengisytiharkan Pemimpin Pelajar yang baru

Pemimpin pelajar yang baru memperkenalkan diri kepada Tuan Pengetua

Di dalam ucapan pertama sebagai Ketua Pelajar, Wan Faiq Amsyar menerangkan mengenai wawasan yang akan dilaksanakan oleh barisan kepimpinan yang baru. Konsep 1 Malaysia, akan dicontohi dan diterapkan dalam suasana sekolah. 1 SDAR akan memastikan kerjasama semua pihak dalam melaksanakan apa juga aktiviti sekolah selepas ini bagi memastikan kecemerlangan sekolah dapat dikembalikan dan dikekalkan. Di samping itu, memenangi Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAD)juga menjadi target badan kepimpinan baru ini. Wan Faiq Amsyar berharap harapan ini dapat direlisasikan dengan kerjasama semua pihak.

Akhir sekali, Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada barisan Pemimpin Pelajar yang diterajui oleh Mohd Alias bin Ahmad Kassim atas segala sumbangan dan kerjasama selama setahun ini. Kepada Wan Faiq Amsyar dan barisan pemimpi pelajarnya, Tuan Pengetua mengharapkan agar masalah pengurusan masa dalam kalangan pelajar SDAR dapat diatasi. Beliau juga mengharapkan barisan kepimpinan yang baru ini akan dapat sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah bagi memenuhi keperluan dan kehendak para pelajar demi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR JAWATAN & BIDANG TUGAS KETUA PELAJAR Bertanggungjawab dalam segala perihal yang melibatkan kondusi para pelajar dalaam aspek akademik, sahsiah, 3k, kokurikulum, kepimpinan dan keharmonian SDAR Berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah dan warden mengenai perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan penghuni asrama SDAR Menjadi penyalur maklumat dan informasi kepada para pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan untuk pelajar khususnya Berkuasa dalam menentukan sebarang keputusan mengenai pengurusan organisasi dan pelajar berpaksikan konsep musyawarah Memantau perjalanan kelancaran dan kebajikan setiap ahli dalam organisasi Lembaga Pemimpin Pelajar TIMBALAN KETUA PELAJAR Pemangku ketua pelajar Membantu tugas-tugas ketua pelajar Memantau pergerakan dan aktiviti pelajar tingkatan 5 Menjadi perantara mengenai pembangunan asrama SDAR antara pihak sekolah dan pelajar Memastikan kawasan asrama SDAR sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif NAIB TIMBALAN KETUA PELAJAR 1 Memantau pergerakan dan aktiviti pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 dengan kerjasama jawatankuasa tertinggi yang lain Menguruskan lawatan deligasi luar ke SDAR dan memastikan sesi lawatan berjalan lancar dan terbaik Melaksanakan posmotum berdasarkan laporan yang diterima daripada majlis atau aktiviti yang dijalankan bersama jawatankuasa tertinggi yang lain NAIB TIMBALAN KETUA PELAJAR 2 Ahli lembaga penasihat kepada ketua pelajar Memantau pergerakan asrama Memantau pergerakan aktiviti pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 Memantau pergerakan semua divisyen Lembaga Pemimpin Pelajar

SETIAUSAHA KEHORMAT Ahli lembaga penasihat kepada ketua pelajar Membantu ketua pelajar dari aspek pengurusan dan penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar Mencatat segala minit mesyuarat dan laporan yang diadakan bersama-sama guru penyelaras Mengikuti perkembangan laporan setiap rumah bagi setiap mesyuarat Lembaga Pemimpin Pelajar Menguruskan segala urusan surat-menyurat yang berkenaan dengan Lembaga Pemimpin Pelajar BENDAHARI KEHORMAT Mengurus kewangan Lembaga Pemimpin Pelajar Membuat belanjawan Lembaga Pemimpin Pelajar Menerima laporan kewangan daripada bendahari bagi setiap rumah Menyediakan modal dan menerima laporan daripada semua sumber kewangan Memastikan sumber kewangan berasal daripada sumber yang halal

EXCO MAKANAN DAN KEBAJIKAN JAWATAN & BIDANG TUGAS KETUA EXCO Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas Memantau tugasan setiap ahli exco dan menegur jika ada kesalahan Memberi tunjuk ajar kepada ahli exco mengenai tugasan yang dijalankan Menjaga kebajikan setiap ahli exco Menyediakan jadual tugasan Merangka dan merancang sistem exco dengan lebih teratur SETIAUSAHA Membuat laporan setelah selesai sesuatu majlis Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya AHLI EXCO Mengambil nama dorm yang tidak mengemas meja makan Menjaga kiosk kamar jed Meningkatkan hasil jualan kiosk kamar jed Berghubung dengan warden mengenai masalah yang dihadapi di dewan makan Membantu sekolah melancarkan majlis High Table dan sebarang jamuan yang berkaitan Menyediakan jadual penghantaran baju ke dobi

EXCO KELAS PERSEDIAAN DAN PERHIMPUNAN

JAWATAN BIDANG TUGAS KETUA EXCO Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas Menjadi medium pengantaraan antara guru serta Lembaga Pemimpin Pelajar yang lain Member tunjuk ajar kepada ahli exco yang lain Memantau setiap tugasan dan member teguran apabila membuat kesalahan Menjadi nadi penggerak utama setiap kali perhimpunan pagi dan kelas persediaan Menjaga kebajikan setiap ahli exco SETIAUSAHA Membuat laporan setelah selesai sesuatu majlis Membuat laporan ketika mesyuarat berlangsung Memastikan kehadiran setiap ahli exco ketika mesyuarat Menggantikan ketua exco ketika ketiadaannya Membuat pengumuman 10 minit awal sebelum waktu perhimpunan dijalankan Membuat jadual pengerusi majlis dan komander pada setiap pagi AHLI EXCO Memastikan para pelajar berada di tapak perhimpunan ketika perhimpunan pagi diadakan Menyediakan buku kehadiran dan borang salah laku pada waktu perhimpunan pagi dan kelas persediaan Memastikan borang kesalahan diserahkan kepada setiausaha rumah Memastikan barisan para pelajar di tapak perhimpunan berada dalam keadaan teratur

EXCO KECERIAAN DAN TUGAS-TIGAS KHAS JAWATAN BIDANG KUASA KETUA EXCO Menjadi rujukan ahli exco mengenai perkara yang berkaitan Menjaga kebajikan ahli exco Menyelaraskan tugas-tugas ahli exco dan bertanggungjawab terhadapnya Memastikan tugas dijalankan dengan lancar Sentiasa berhubung dengan guru yang berkaitan SETIAUSAHA Mengurus dan mengenadalikan majlis rasmi sekolah Memastikan keceriaan dan kebersihan dewan berada dalam keadaan yang terbaik Menubuhkan jawatankuasa dewan yang terdiri daripada pelajar biasa Memastikan susun atur dewan dalam keadaan sempurna Menjaga protocol ketika majlis sedang berlangsung Mengurus bahagian laporan dan minit mesyuarat apabila selesai sesuatu majlis AHLI EXCO Menyediakan jadual tugasan dan memastikan pemimpin pelajar menjalankan tugas yang diberikan Membantu pihak sekolah dalam segala majlis sekolah dari segi peringkat negeri mahupun kebangsaan

Menghias dan mngemas kini papan kenyataan Lembaga Pemimpin Pelajar Membantu ketua exco dalam setiap perkara

EXCO SIARAYA DAN KOMUNIKASI JAWATAN BIDANG TUGAS KETUA EXCO Mengetuai ahli-ahli exco dalam menjalankan tugas Memastikan ahli exco menjalankan tugas dengan komited Memastikan projek berjalan dengan lancar Berhubung dengan guru penyelaras dalam segala aspek Menjadga kebajikan setiap ahli exco Mematuhi setiap arahan guru penyelaras Datang awal ke setiap aktiviti SETIAUSAHA Mencatat hasil yang telah dibincangkan dalam minit mesyuarat exco Mencatat setiap alatan yang rosak Melabelkan alatan hak milik exco untuk mengelak kecurian Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya Memastikan setiap kehadiran ahli exco Menulis kertas kerja yang diperlukan Mematuhi arahan ketua divisyen AHLI EXCO Memastikan alatan tidak rosak Memastikan keadaan alatan berada dalam keadaan yang baik Menguruskan pembelian alatan yang baru Memastikan bilik PA dalam dewan berada dalam keadaan yang teratur Mematuhi arahan ketua Penggerak sesuatu majlis

EXCO STATISTIK DAN DOKUMENTASI JAWATAN BIDANG TUGAS KETUA EXCO Mengetuai ahli exco dalam menjalankan tugas Memastikan perjalanan sesuatu majlis itu berada dalam keadaan yang lancar Datang awal ke sekolah Memastikan ahli exco sentiasa tinggi bidi pekerti Berhubung dengan lembaga pemimpin pelajar Menjaga kebajikan ahli exco Member tunjuk ajar kepada ahli yang lain SETIAUSAHA

Mencatat setiap alatan yang rosak Mencatatkan hasil yang telah dibincangkan dan laporan yang dijalankan Mencatat masalah yang dihadapi dan cara penyelesaiannya Memastikan setiap kehadiran ahli exco Menulis kertas kerja yang diperlukan Mematuhi arahan ketua divisyen Mematuhi araha ketua Datang awal dalam setiap tugasan Mengemukakan masalah yang dihadapi AHLI EXCO Memastikan peralatan dapat digunakan dengan baik sewaktu sesi penggunaan komputer. Memastikan peralatan ICT yang digunakan oleh pelajar berada dalam keadaan baik dan tidak hilang. Memeriksa dan memastikan barang mencukupi setiap bulan. Datang awal dalam setiap aktiviti Mengumpul maklumat dengan berkesan dan jelas pada ahli exco Mematuhi arahan ketua exco Sebagai pengubung dengan guru Berkenaan jika peralatan ICT rosak dan perlu diganti Sebgai pembawa maklumat tentang pertandingan atau majlis yang akan dijalankan untuk laporan lanjut Mengambil Tentatif program sesuatu pertandingan atau majlis

minggu pengenalan alam sains # permainan 'treasure hunt' # tayangan video dan CD # kuiz # rekacipta model sains pada abad ke-21 # tanaman hidroponik # eksperimen memerhati sel tumbuhan Segala aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk membuka minda ahli-ahlinya ke arah pemikiran sains.

Anda mungkin juga menyukai