Anda di halaman 1dari 28

Collapse all | Expand all

Info Mengenai Lintah.


KITA mungkin jijik atau geli melihat haiwan yang bernama lintah. Namun di sebalik
semua itu tersimpan manfaat yang begitu besar di dunia perubatan moden.Menurut
kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah
manusia. Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinali dikenali sebagai sumber
perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. dikatakan,setiap tahun kira-kira
250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan
dalam pembedahan plastik.

Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan
lagi. Pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih
selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah
diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang
yang berbentuk seperti setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil
masa selama 30 minit lintah untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah
yang diisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama
setengah tahun (6 bulan).

Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di
antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk
melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.Lintah juga digunakan
sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia maupun depresi, juga untuk merangsang mata,
mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.
Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu
ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya
pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca. Lintah
peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair
jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi. Sekurang-kurangnya ada 19 kolam
tempat pemeliharaan. Tahun ini saja dihasilkan 100000 ekor lintah untuk dipasarkan
kepada doktor, klinik dan tabib. Kerana keupayaannya tadi, dalam Bahasa Inggris
seorang tabib pada Abad Pertengahan dianggap sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman
kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”.

Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor
lintah di salah satu dari empat tangannya. Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia
menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada
manusia.Menurut pengguna lintah sebagai tujuan perubatan cara menggunakannya adalah
setelah digunakan mestilah dibuang kembali ke dalam sawah kerana dikuatiri akan
terkena jangkitan seperti hiv semasa merawat pesakit.
Model Perniagaan Lintah Dalam Rawatan Moden
Lintah kini adalah sebagai punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang
mengusahakan projek lintah ini. Model perniagaan lintah ini mampu memberi suatu
pulangan yang lumayan bila kena pada cara penternakkannya dan sentiasa ada
“supplier”.ALAQAH RESOURCES SDN BHD mengambil inisiatif ini untuk
mengumpulkan segala artikel yang ada mengenai lintah ini yang kami ambil di forum-
forum dan kami satukan semua untuk rujukan anda di masa hadapan dan kami akan
update dari masa ke semasa dan kami harap tak ada isi ciplak hak cipta lagi kali ini.

Dalam penternakkan lintah ini ALAQAH RESOURCES SDN BHD ingin menekankan
beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak lintah iaitu:
1 ) Keperluan Tanah dan Iklim
2) Penyediaan Tanah
3) Kualiti air
4) Penternakan
5) Penjagaan dan Pemakanan
6) Pemasaran

Harga bagi induk boleh mencapai sekitar RM 300.00/kg tidak termasuk kos
penghantaran. Benih pula berharga sekitar RM0.60/ekor hingga ke RM1.00/ekor.
Makanan bagi lintah ialah darah. oleh sebab itu belut adalah makanan terbaik bagi lintah.
Harga belut adalah sekitar RM20.00/kg. Ini adalah harga anggaran dimana harga anak
benih lintah yang ditawarkan sekarang minimum 1000 - 5000 ekor = RM 0.60/ekor dan
5001 ke atas boleh lah dapat dalam RM0.40/ekor.

Kos untuk kolam


1. palong konkrit…..RM 150.00 /pcs…..dlm satu palong boleh muat dlm 2000 ekor anak
lintah.(palong boleh cari kat hardware)
2. tangki air hitam….RM340.00 /pcs…dlm tu boleh masuk 3000 ekor anak.
3. kolam batu konkrit…RM 2200.00 / kolam….boleh masuk dlm10000 ekor ank>bukak
dlm10 x 30 kaki
4. kolam tanah..RM11,000.00 / kolam.
Pembiakkan lintah
Seekor lintah bila matang boleh betelor dan menetas sehingga 350-380 ekor anak dan
cara pembiakkan tak susah, bila dia banyak makan lagi cepat dia bertelor.Pemasaran,
anda juga boleh menjual lintah-lintah tersebut pada individu perseorangan atau mana-
mana company kecil yang ingin mendapatkan benih, induk dan sebagainya.

Berita dari Bernama pada 17 Julai 07 yang lalu iaitu lintah dijual RM9.3juta per ton, ini
bermakna 1 kg lintah syarikat tempatan akan jual RM9300 ke luar negara dan mereka
ambil daripada pembekal cuma RM60 per kg.

Jenis lintah yang diternak adalah lintah hijau & coklat, akan tetapi lintah hijau lebih
gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha ini kerana faktor kualitinya yang lebih
bermutu berbanding yang coklat. Tempoh matang lintah ialah dalam masa 6 bulan andai
anda bela dari kecil. Risiko lintah untuk mati & penyakit memang amat kurang
melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik.

Harus anda ketahui bahawa lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi
Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin). Tapi keduanya untuk
“medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni terdapat di Eropah, saiz kecil
dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang
jenis suka melekat pada kerbau.
Fakta Lintah.
* Lintah yang diternak jenis lintah perut hijau dan lintah perut perang
* Harga lintah dewasa boleh mencecah antara RM40 hingga RM60 sekilogram mengikut
saiz.
* Harga benih lintah pula boleh mencecah sehingga RM300 sekilogram.
* Darah belut menjadi makanan lintah.
* 20 kilogram belut boleh menampung makanan lintah untuk tempoh enam bulan dan
menghasilkan 100 kilogram lintah dewasa.
Jenis - Jenis Lintah.
Penternak lintah dari Multi Business Agortech, berkata lintah kini menjadi ternakan
komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik dan
perubatan.“Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang
dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini.

“Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat
permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40
hingga RM60 satu kilogram (kg) mengikut saiz,” katanya. Lintah semakin mendapat
tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar
liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada
membeku, manakala histamin pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali
gus melancarkan peredaran darah dan oksigen.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan
kolam bersaiz 10 kaki lebar dan panjang 15 kaki. Dasar kolam pula perlu dihampar
dengan plastik atau disimen dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu
bersembunyi.“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika
waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh
mula bertelur.

Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan
dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk
melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah
badan induk. Telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul
kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat
segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama,
ALAQAH RESOURCES SDN BHD menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk
100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk
beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.“Lintah boleh membesar enam hingga 10
kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300
hingga 500 benih lintah sekali bertelur.Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan
permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga
benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg.

Selepas lebih tiga bulan mengusahakan ternakan lintah, kini ALAQAH RESOURCES
SDN BHD boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai. Pada
awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan
syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini mula meneroka peluang
lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama Muaz Leech Consultant. ALAQAH
RESOURCES SDN BHD menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang
bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah. Bagi mereka
yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu
itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.

.: MINYAK LINTAH :.
GABUNGAN DARI SUMBER KHAZANAH ALAM DIRUMUS KHAS SECARA
TRADISIONAL TANPA CAMPURAN BAHAN KIMIA. TELAH DIUJI
KEBERKESANNYA UNTUK LELAKI YANG INGINKAN BAHAGIA, SIHAT
DANBERTENAGA DI DALAM HUBUNGAN KELUARGA

Dapat Membantu
.: Kembali Kehebatan
.: Melegakan Gout
.: Atratis
.: Sakit Sendi
.: Strok/Angin Ahmar

Cara Penggunaan
Disapukan rata pada bahagian yang diperlukan
2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Kegunaan Untuk
.: Lelaki

Harga
.: Semenanjung : RM 5.00
HIRUDO DALAM PERUBATAN
Terapi alternatif dengan Lintah (Hirudo Medicinalis) telah digunakan sejak abad ke 18,
di zaman moden ini banyak perkara yang dianjurkan oleh para saintis dalam soal
makanan mahupun perawatan tubuh , tidak terkecuali dalam bidang perubatan.Suatu
masa dahulu, cara penggunaan terapi lintah purba dengan menggunakan hirudin sebagai
antikogulan pada kardiovaskular.

Terapi hirudo Medicinalis leech dan Herbal yang dilakukan sejak tahun 2000 untuk
tujuan perubatan berbagai penyakit seperti Kelenjar Getah Bening, Tyroid, Kanser
Payudara, Migrain, Jantung Koroner, Saraf tersepit, Diabetes kering mahupun basah.
Kebanyakkan pesakit telah melalui terapi ini, proses penyembuhannya dapat dirasakan
hari demi hari dan sangat cepat. Hingga saat ini, terapi hirudo medicinalis leech tidak
mendatangan kesan sampingan yang boleh memudaratkan tubuh pesakit.

DIABETES MELITUS
Setiap tahun lebih dari tiga juta orang di seluruh dunia meninggal sebagai akibat dari
komplikasi Diabetes Mellitus atau dengan kata lain terjadi satu kematian setiap tiga
detik. Diet serta olahraga yang teratur dapat mengurangkan secara mengejut
berkemungkinan seseorang itu akan mengalami toleransi glukosa terganggu boleh
menyebabkan diabetes. Terapi efektif bisa dilakukan dengan lintah, untuk mengubati
Diabetes Mellitus (kering) lintah-lintah tersebut perlu ditempelkan pada bahagian yang
sakit disekitar kaki maupun tangan.

Diabetes Mellitus, radang, bengkak, luka yang tidak bisa sembuh, busuk, sel yang
sudah mati disekitar lubang luka, saraf / jaringan yang mati akan hidup kembali tanpa
perlu dibuang dengan pelaksanaan terapi lintah dan ramuan herbal ini. Diabetes
Mellitus (basah) juga boleh disembuhkan juga.
Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam
rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perubatan paling lama
telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga
zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya
adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah
pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas
mereka.

Beberapa dekad yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi


menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para
penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi
lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam
venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan
penjanaan semula.

BIOLOGI LINTAH

Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan
paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai
kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan
betina(Hermapodit). Walaupun begitu, ia tidak boleh membiak secara
sendiri tetapi perlu mengawan dengan lintah lain untuk membiak.
Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya
untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah
memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar
cecair.

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air


liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah
dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu
setempat. Faktor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang
mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan
antibiotik yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium
Aeromonan hydrophila. Bakteria ini digunakan oleh lintah untuk
mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotik
untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan
pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik


dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah
menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin.
Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai
antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetik
digunakan untuk
menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

FAKTA LINTAH

• Terdapat 650 spesis lintah.


• Hanya 15 spesis sahaja yang dikenalpasti sesuai digunakan
untuk perubatan, antaranya dari spesis HIRUDO MEDICINALIS.
• Lintah berbentuk seperti cacing, bersegmen, pipih dan bulat,
badannya mempunyai 34 gelang (segmen).
• Saiz lintah berukuran 60mm - 90mm.
• Kira-kira 1/5 dari spesis lintah hidup dilaut yang mana memakan
ikan.
• Lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia.
• Telur lintah berada di dalam kokun yang dilekatkan di bawah
batu atau tumbuhan air.
• Lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu
membawa anak-anaknya di atas perut sendiri kadangkala
mencapai sebanyak 300 ekor.
• Tidak semua lintah adalah penghisap darah,kebanyakannya
adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
• Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk
menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam
mangsa tanpa menggigitnya.
• Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius.
• Lintah Hurido menyuntik anti pembekuan serum(hirudin) ke
dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah.
• Lintah akan mengembang sehingga kenyang dan jatuh dari
mangsa dengan sendiri.
• Lintah akan mengembang sehingga 5 kali berat badannya.
• Lintah pertama yang digunakan dalam perubatan kira-kira pada
1000 sebelum masihi, kemungkinan ketika India purba.
• Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan
kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan
dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo
merupakan spesis terancam.
• Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka
menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit
bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
• Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan
sistem saraf manusia
• Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah.
• Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang
tebal.

Setelah mendapat kebenaran dari pihak ZnZ Trading, di sini ingin saya berkongsi serba
sedikit mengenai ternakan lintah yang semakin hari semakin mendapat permintaan
pasaran dunia.

Permintaan yang sangat menggalakkan, lintah adalah salah satu produk keutamaan tren
perniagaan kosmetik pada masa kini. Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana
banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak
menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.

Penjagaan mudah dan efisien, lintah boleh di ternak di mana-mana. Dengan cara inilah,
ramai usahawan boleh memulakan perniagaan ini dengan mendapat khidmat daripada
pihak ZnZ Trading dengan cara penternakan dan pembiakan yang bersistematik serta
menguntungkan.

Jika dahulu, lintah hanyalah spesis yang di pandang rendah di kalangan ramai orang.
Tetapi kini, pelbagai golongan bawahan dan atasan menerima lintah sebagai produk
kosmetik yang sangat bernilai. Pada masa kini juga, pelbagai golongan sudah mula
menceburkan diri di dalam industri penternakan lintah dengan giatnya.

Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya. Induk lintah boleh
menghasilkan 100 hingga 300 benih lintah sekali bertelur dan ia boleh menghisap darah
lima kali melebihi berat badannya.

Skop Perniagaan
- Melatih pengusaha lintah yang berminat melalui kaedah latihan dan kursus yang
disediakan
- Membekal induk lintah dan peralatan
- Membeli semula lintah setelah matang
Keuntungan Penternakan Projek Lintah ZnZ Trading

Dengan hanya bermodalkan RM2,500.00, setiap usahawan memperolehi nilai pendapatan


maksima selepas tempoh lintah matang (5 bulan keatas) dan perolehi pendapatan
lumayan.

Pihak ZnZ Trading juga menyediakan kursus penjagaan serta penternakan yang berkesan
dan efisien yang menjurus ke arah menjana pendapatan yang memberangsangkan.

Induk Lintah
Harga
RM1.40/ekor

Lintah Sederhana
Harga
RM1.10/ekor

Benih Lintah
Harga
RM0.50/ekor
Harian Metro, 28 Okt 2007

Daripada penghisap darah kepada lubuk duit. Mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan “transformasi” atau perubahan
persepsi masyarakat negara ini kepada lintah.

Jika dulu lintah sering dijauhi kerana menghisap darah, kini ia bukan saja dicari
malah diternak

Jika dulu lintah sering dijauhi dan ramai wanita geli geleman apabila melihatnya, kini
spesies haiwan yang hidup melata di sawah serta paya itu bukan saja dicari, malah
diternak untuk memudahkan lagi ia diperoleh.

Penternak lintah dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, Norazlan Abdul Rahman,
37, berkata lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk
ramuan kosmetik dan perubatan.

“Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal
pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini.

“Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat
permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40
hingga RM60 satu kilogram (kg) mengikut saiz,” katanya.

Norazlan berkata, lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden
kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap
darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala histamin pada
lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah
dan oksigen.

Norazlan berkata, dia tertarik menceburi bidang ternakan lintah selepas mengetahui
kelebihan dan nilai komersial haiwan itu melalui iklan kursus usahawan ternakan lintah
yang disiarkan dalam akhbar.
“Bertitik-tolak dari situ, saya mengikuti kursus dua hari menjadi usahawan lintah di
Kuala Lumpur yang dikendalikan syarikat berkenaan pada Februari lalu.

“Dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan awal untuk mengusahakan ladang ternakan
lintah, selain mengenal pasti masalah serta teknik penjagaan lintah,” katanya yang
ditemui baru-baru ini.

Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira
RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan
menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu
apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan
tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan
kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk
haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu
menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula
bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang
terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di
bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti
tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun
empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama,
Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas
makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa
mendapatkan darah lagi.

“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap
darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih
kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga
RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti
Putra Malaysia (UPM).
Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati
dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi
bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka
peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam
Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang
bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor
menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.

Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira
RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan
menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu
apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan
tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan
kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk
haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu
menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula
bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ
jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang
terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di
bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti
tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun
empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama,
Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas
makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa
mendapatkan darah lagi.
“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap
darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih
kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga
RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti
Putra Malaysia (UPM).

Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati
dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi
bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka
peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam
Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang
bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor
menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.
Anggaran Pendapatan
Menternak Lintah
Contoh pendapatan dari hasil menternak lintah ini adalah
mengambil kira anggaran pada kadar keuntungan yang paling
minima. Ini bermakna keuntungan yang akan anda perolehi
mungkin melebihi daripada contoh anggaran ini jika sistem
penternakan dilakukan dengan sempurna. Pengiraan hasil
yang akan diperolehi dianggarkan selepas 8 bulan yang
pertama dan ke atas.

• 1 tangki 200 gelen = induk 2000 ekor


• Dianggarkan 1 ekor lintah akan bertelur dlm 100 ke 200
ekor
• Katakan hanya 20% sahaja yang hidup = 20 ekor
• Bagi 2000 induk x 20 = 40,000 ekor lintah
• Anggaran 1kg lintah matang = 200 ekor
• 40,000/200 = 200 kg
• 1 kg = RM 80.00
• RM 80 x 200 kg = RM16,000 bagi 8 bulan pertama

Sekiranya anda jual lintah kepada penternak-penternak baru


dengan harga minima RM2.50

• 40,000 x RM2.50 = RM120,000.00 bagi 8 bulan pertama

Pendapatan anda RM2,000 atau RM15,000 sebulan selepas 8


bulan menternak untuk 1 tangki 200 gelen dengan induk 2000
ekor.

Kos Menternak

1. Kos tangki 200 gelen = RM 300.00


2. Kos alatan tangki = pasu 3 biji, batu, pasir, selut dan
kiambang = RM 50.00
3. Induk 2000 ekor x RM3.00 seekor = RM6,000.00
4. Baja = 10 kg utk 8 bln x RM25.00 perkg = RM250.00
5. Belut = 2 kali sebulan = 8 ekor belut = 2 kg x RM
20.00/kg = RM 40.00 sebulan
6. Belut 8 bulan x RM 40.00 = RM 320.00 untuk 8 bulan

Jumlah keseluruhan untuk tangki 200 gelen dengan induk


2000 ekor selama 8 bulan = RM300 + RM50 + RM6,000 +
RM250 + RM320 = RM6,920 untuk 8 bln

Jumlah pendapatan bersih selepas 8 bulan yang pertama

• RM16,000 - RM6,920 = RM9,080.00 minima atau


• RM120,000 - RM6,920 = RM113,080.00 ( Bagi seekor
lintah RM2.50 )

TERNAK LINTAH
Bekalan Lintah di Kawasan Sabah
E-mail: sidoding@yahoo.com
Tel: 0138651020

• Induk lintah sedia untuk bertelur RM2.30/ekor

• Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli dari Kota Kinabalu


ke seluruh daerah di Negeri Sabah sahaja.

Makanan Organik Lintah


• Kebanyakan penternak lintah terpaksa membelanjakan beribu-
ribu ringgit untuk kos pemakanan lintah dengan menggunakan
belut. Dengan menggunakan sejenis makanan yang dinamakan
Makanan Organik Lintah, kos pemakanan lintah dapat
dikurangkan sebanyak 85% dari biasa.

• Makanan Organik ini telah diuji dan terbukti berkesan. Ia juga


dapat mempercepatkan pembiakan lintah, menyihatkan
lintah dan mempercepatkan tumbesaran lintah tanpa
mengancam kualiti lintah yang dihasilkan. Dengan
penggunaan makanan organik ini, lintah induk akan bertelur
dalam masa yang singkat dari biasa. Makanan organik ini juga
akan menghasilkan algae dan plakton sebagai sumber makanan
tambahan kepada lintah dan ia dapat membersih dan
menyihatkan air. Oleh itu air tidak perlu diganti.

• Harga makanan organik ini ialah RM30.00/kg yang boleh


mencukupi bagi pemakanan 500 ekor induk lintah dalam masa
sebulan.

• Penggunaan belut memerlukan lebih kurang 10kg sebulan bagi


500 ekor induk lintah. Harga belut di pasaran ialah RM20/kg.
Bagi 10kg belut anda membelanjakan RM200 sebulan.

Kolam Lintah yang Sesuai

• Saya menasihatkan supaya penternak lintah menggunakan


kolam lintah yang murah dan ekonomi serta fleksibel
bersesuaian dengan tapak ternakan lintah di kawasan anda.

• Pengunaan kolam tanah adalah tidak digalakkan kerana kosnya


yang sangat mahal dan berisiko tinggi.

Khidmat Nasihat Ternakan Lintah


Kami tidak menawarkan sebarang kursus ternakan lintah. Walau
bagaimanapun, kami memberi khidmat nasihat secara percuma
kepada bakal-bakal penternak. Di antara perkara-perkara penting
yang harus diketahui sebelum memulakan ternakan lintah adalah
seperti berikut:-

• Jenis kolam lintah yang sesuai, murah dan ekonomi,


• Bekalan air yang sesuai untuk lintah,
• Keluasan kolam dan kedalaman air yang diperlukan,
• Jumlah kolam lintah yang diperlukan,
• Kaedah penyediaan kolam bagi memaksimakan keuntungan,
• Kaedah penjagaan air bagi memastikan air sentiasa bersih dan
sehat,
• Kaedah mengawal air berkaitan dengan suhu dan kandungan
asid/alkali yang sesuai dalam air,
• Menghindar haiwan pemangsa lintah,
• Kaedah memaksimakan pembiakan lintah,
• Perkara penting yang perlu dilakukan sebelum memasukkan
lintah ke dalam kolam,
• Jumlah maksima lintah yang boleh dimasukkan dalam kolam,
• Kaedah pemasaran lintah dan contract farming; dan
• Kaedah berkesan pengagihan lintah dalam kolam bagi
memudahkan dan mempercepatkan masa pengasingan induk
lintah, lintah matang dan benih lintah bagi tujuan pemasaran.
Pensyarah Kanan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu Dr Zaleha
Kassim berkata peluang seperti itu perlu direbut kerana kerajaan melalui Yayasan Tekun
Nasional (Tekun) di bawah program Tekun Rakan Niaga dan Bank Pertanian bersedia
membantu mereka yang berminat menceburi industri itu.

“Walau pun ramai orang tidak senang mendengar perkataan lintah atau pun untuk
mendekatinya, penternakan haiwan dari kelompok filum Annelida dalam subkelas
Hirudinea itu sebenarnya mampu membawa pulangan yang lumayan jika diusahakan
secara komersil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bayangkan pulangan yang boleh didapati dengan harga ladang seekor lintah induk boleh
mencecah RM1.80-RM2 manakala harga seekor anak lintah pula di antara RM0.50
hingga RM1 seekor, katanya.

Dr Zaleha berkata minat untuk menternak lintah secara komersil mula timbul di negara
ini sejak dua tahun lepas berikutan wujud permintaan terhadap haiwan itu apabila
beberapa syarikat mengusahakan perniagaan perubatan berasaskan lintah.

Sebelum ini, permintaan terhadap haiwan itu adalah kecil walaupun bidang perubatan
berasaskan lintah telah wujud sejak 20 tahun lepas apabila pengamal perubatan
tradisional menggunakan haiwan itu bagi rawatan berkaitan kesihatan seksual lelaki di
kaki lima kedai.

Katanya lintah telah lama digunakan dalam rawatan kesihatan di negara ini yang
menyaksikan haiwan itu diadun dengan santan kelapa bagi mendapatkan minyaknya yang
digunakan untuk kesihatan seksual lelaki selain membaik pulih tisu dan memperkuatkan
otot.

“Penternakan lintah ada potensi yang baik cuma tidak dieksploitasi memandangkan harga
pasaran pun baik dan penternakannya mudah dikendalikan,” katanya.

Dr Zaleha menjelaskan bahawa di negara-negara Barat seperti Britain, Jerman dan Rusia
di mana lintah dipelihara untuk tujuan khusus, hasil penyelidikan yang lama telah
membolehkan lintah digunakan dalam perubatan moden dan berjaya menghasilkan
produk siap seperti pil berkaitan sakit jantung yang dipasarkan kepada umum.

“Di sana, lintah juga turut diternak di hospital untuk tujuan perubatan terutama bagi
masalah kesihatan berkaitan bahagian yang sensitif seperti bahagian kepala, belakang
mata atau telinga yang memerlukan pembedahan, lintah hidup digunakan untuk
menghisap darah pesakit dan kemudiannya darah itu dikeluarkan untuk dianalisis
mengenai penyakit yang mungkin dihidapi oleh pesakit itu,” katanya.

“Di negara Barat, nilai perubatan berasaskan lintah sudah dipatenkan dan dikomersilkan ,
tetapi di Malaysia kita belum lagi sampai ke tahap itu…sebab itu penyelidikan dan
pembangunan (R&D) yang luas diperlukan,” kata Dr Zaleha yang sudah dua tahun
membuat penyelidikan mengenai lintah.

Katanya kini terdapat kira-kira tiga atau empat syarikat yang terlibat dalam mengeluarkan
minyak berasaskan lintah untuk tujuan kesihatan.

“Jika diusahakan dengan lebih serius, kita boleh membangunkan industri hiliran
berasaskan lintah dan membawa penternakan lintah maju ke depan yang boleh membantu
dari segi pendapatan sampingan mahu pun sumber pendapatan baru,” katanya.

Khasiat kesihatan dalam lintah terdapat pada apa yang dipanggil “Hirudin”, sejenis
protein yang berfungsi menghalang pembekuan darah, yang terdapat dalam air liur lintah.

Dr Zaleha berkata penternakan lintah amat mudah dikendalikan dengan jagaan minimum
seperti memelihara ikan dalam akuarium, sama ada di luar bangunan (kolam konkrit atau
kolam tanah) atau dalam bangunan (tangki gelas serat, tangki akuarium atau tangki lain
yang sesuai) yang didapati lebih mudah.

Makanannya pula adalah darah mamalia seperti darah daging lembu atau kambing yang
diberikan setiap seminggu atau setiap dua minggu dan biasanya ia cepat membiak melalui
sumber makanan ini, kata Dr Zaleha.

Katanya lintah yang hidup dan diternak di Malaysia mungkin tidak sama dengan yang
terdapat di negara Barat dan kajian setakat ini menunjukkan terdapat enam jenis lintah di
Malaysia.

Anak lintah yang boleh dijual biasanya berumur dua hingga tiga bulan manakala lintah
induk pula enam bulan ke atas.

Dr Zaleha juga berkata bahan yang terdapat dalam lintah juga boleh digunakan untuk
mengeluarkan produk kosmetik dan industri ini wujud antaranya di negara China,
Thailand dan kini di Korea Selatan.

“Krim yang dibuat berasaskan lintah turut digunakan untuk menegangkan kulit dan
membaiki parut,” katanya.

Memandangkan minat yang semakin meningkat, Dr Zaleha berkata beliau kini dijemput
memberikan ceramah dalam kursus ternakan lintah secara komersil di beberapa buah
negeri seperti Johor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Katanya beliau diberitahu kini ada syarikat Malaysia yang terlibat dengan perniagaan
lintah telah mendapat permintaan dari luar negara tetapi jika dihantar lintah hidup ia perlu
dipastikan spesisnya dan validasi kesihatan lintah selaras dengan keperluan dan peraturan
negara pengimport.
bagi memulakan ternakan lintah ini, modalnya tidaklah besar. kurang daripada
RM2400 termasuk:
*bimbingan sebelum dan semasa menternak secara percuma
*anda boleh ternak di mana sahaja
*penyelenggaraan belut selama 6 bulan
* induk lintah permulaan 1000 ekor di lintah kedah
* kos membina/membeli kolam

hati-hati dengan TANAH....

tanah boleh dijadikan aksesori dalam kolam lintah. tapi awas!


tanah yang salah akan membunuh lintah. lintah kedah banyak menerima email dari
penternak lintah tentang ternakan lintah mereka yang kerap mati dalam kuantiti yang
banyak.

salah satu faktor kematian lintah ialah kualiti airnya. biasanya penternak lintah memang
tahu tentang hal ini. faktor keasidan dan kealkalian tanah banyak dipengaruhi oleh
aksesori dalaman kolam. salah satunya... TANAH.

para penternak lintah tidak mengambil berat tentang hal ini. asalkan tanah jerr... terus jer
bubuh dalam kolam. bahaya beebbb...

jika mahu masukkan tanah ke dalam kolam, pastikan tanah tersebut mempunyai pH yang
sesuai dengan lintah. kalau tanah masam... ia turut mempengaruhi kualiti air.

oooiittt... pasai apa lintah lari keluaq ni?!...


setiap penternak lintah tentu menghadapi
masalah lintah lari keluar dari kolam selepas dilepaskan. alaaa... biasa la... kalau sekoq
atau dua tiga ekoq lintah yang "nakal" lari keluaq...

selepas lintah dilepaskan... lintah perlu menyuaikan diri dengan persekitaran baru. cuba
kita bayangkan... lintah dah bersesak-sesak dalam balang induk pun dah lebih satu hari.
itu diibarat "penjara" untuk lintah. lintah terpaksa berasak-asak untuk kemandiriannya
semasa proses kita memindahkan induk. jadi, bila lepas jer... tentulah dia "happy"...
lompat sana... lompat sini... panjat sana... panjat sini. tapi... ada hadnya!...

kalau dia panjat dalam jam-jam pertama selepas dilepaskan, itu adalah normal tapi jika
berlarutan sehingga empat lima jam... tentu ada yang tak kena!.

lintah kedah bagi sedikit tips aaaa...

pastikan air yang disediakan dalam kolam mempunyai nilai pH air yang betul dan tidak
berklorin. masukkan anti-klorin dan gunalah "tester clorin" untuk tahu tahap
"keklorinannya". sakit lintah bebbbb... itu pasal dia panjat. masukkanlah lintah dua tiga
ekor dulu untuk test...

pastikan juga fasalitis kolam adalah sempurna.... ada pokok tempat berlindung yang
mencukupi dan lain-lainlah... haa... ini kena menuntut nie...

satu yang penting. ikhlas lintah kedah sarankan... jangan paksa dan tarik lintah dalam
balang induk semasa pelepasan induk.
...hanya buka penutup balang dan rendamkan balang dalam kolam hingga semua
lintah keluar.

ok... harap selesai masalah lintah panjat kolam.

kitaran hidup lintah...

rasanya lintah kedah belum


lagi cerita tentang kitaran hidup lintah. macam juga benda hidup yang lain... lintah juga
mempunyai kitaran hidupnya yang tersendiri...

kitaran hidup lintah adalah ringkas sahaja iaitu telur, anak dan dewasa. tak macam
manusia... yang dikelaskan mengikut peringkat umur yang lebih khusus.

biasanya, seminggu selepas mengawan lintah akan bertelur (disimpan di dalam cocoon).
selepas 3 hingga 4 minggu, telur akan menetas di mana anak-anak lintah (juvenil) yang
berwarna kemerahan akan keluar. juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah
dewasa, bezanya ia bersaiz sangat kecil.

purata tempoh mula matang lintah adalah sekitar 4 hingga 6 bulan selepas keluar dari
cocoon di mana pada peringkat ini ia sudah sedia untuk mengawan. lintah tempatan,
hirudinaria manillensis dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mempunyai
tahap pembiakan tinggi pada umur sekitar 2-3 tahun.

jadi janganlah bimbang... lintah boleh membiak banyak kali hinggalah dikatakan
monopaus iaitu selepas berumur 4 tahun.
kelebihan terapi lintah...

dalam posting minggu lepas... lintah kedah ada ceritakan tentang


bagaimana lintah "berkerja" bertungkus lumus untuk menyambungkan kapilari seorang
pesakit yang putus telinga. kali ni lintah kedah nak senaraikan kelebihan terapi
menggunakan lintah pula...

kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman
manusia beratus tahun tanpa ragu. satu daripada bahan pertama yang dijumpai dalam
kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan

darah).

secara umumnya, kesan daripada bahan aktif biologi lintah ke atas organisma hidup:

1. menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari


2. kesan anti-inflamasi yang amat cepat
3. kesan anti stress dan adaptonege
4. kesan immunostimulating dan immunomodulating
5. anesthesia
6. anti pembekuan
7. kesan anti bacteria
8. membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini
mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh

inilah antara kelebihan terapi lintah... dan satu lagi.... katanya terapi lintah juga boleh
digunakan untuk membantu merawat kanser payu dara dan senggugut.

lintah kedah masih mencari lagi faedah lintah yang lain. nanti kalau dapat... lintah kedah
akan kongsi bersama anda...
eksklusif : darah belut !!!...

seperti yang lintah kedah janjikan... kali ni lintah kedah nak dedahkan kenapa belut
menjadi hidangan utama dalam industri ternakan lintah.

lintah kedah mengambil kesempatan melihat sendiri


kuantiti dan kualiti darah belut semasa mak joyah siangkan belut untuk juadah tengahari
keluarga kami.

lihat sendiri darah belut yang masih segar. darah belut memang banyak berbanding darah
keli dan ikan-ikan lain. darah merah segar menggambarkan kualitinya. kita sebagai insan
yang berfikir... tentu boleh membandingkan sendiri kualiti lintah yang disaji darah belut

dengan lintah yang diberi makan makanan alternatif.

siratan makanan : lintah jadi mangsa jugak...

semua orang mengetahui... lintah adalah haiwan pemangsa. walau bagaimanapun, lintah
juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa. dalam putaran rantai makanan dan siratan
makanan, lintah juga ada tempatnya.

di dalam air....
dalam kehidupan di air, lintah akan menjadi mangsa kepada sang belut. belut akan
menyerang dan memakan lintah dalam keadaan alam semula jadi. tapi dalam bidang
ternakan lintah... terbalik pulak al kisahnya... lintah pula yang memakan belut.
di daratan...
musuh lintah paling utama ialah ayam. tak sangka kan?... seperti biasa ayam akan
memakan apa saja yang dia rasa nak makan. betik, padi, nasi, roti, "tahi manusia"...
malah tidak terkecuali juga lintah. di lintah kedah kami mengambil berat hal ini kerana
kolam lintah kami terdedah kepada ayam kampung... hissshhh... ayam mak joyah la
tuuu...

di awangan...
awas dengan burung-burung yang berkicauan. burung raja udang sentiasa menjadikan
lintah dan cacing sebagai menu sehariannya. pantang "lepa".. kata orang kedah. kolam
lintah yang tiada penutup akan terdedah kepada "bahaya" ini...

dua jantina satu badan..,


lihatlah sendiri lakaran anatomi lintah ni. jelas
mempunyai dua jantina. nak dicari gambar yang betul-betul susah sikit.

jantina jantan terletak di bahagian atas jantina betina. walau bagaimanapun lintah tidak
boleh menggunakan sperma jantan dalam intuk yang sama untuk disenyawakan dengan
ovul betina dari badan yang sama. lintah masih memerlukan pasangan untuk saling
bertukar sperma.

lintah akan melekapkan badan dengan pasangan masing-masing untuk melepaskan


sperma ke badan pasangan.

dengan kekuasaan allah inilah yang menyebabka kedua-dua ekor lintah akan bertelur.

Anda mungkin juga menyukai