Anda di halaman 1dari 20

ASAS ISLAM

Agama Islam ialah satu-satunya agama khusus daripada Allah S.w.t yang
diturunkan kepada seluruh manusia dari Nabi Adam Alaihi Salam hingga
Qiamat. Melalui Nabi-nabi dan Rasul-rasul dengan disertakan Kitab Panduan.
Ianya bukanlah agama ciptaan kebijaksanaan pemikiran manusia.
Apabila sampai kepada Nabi yang akhir Nabi Muhammad S.a.w, Agama
Islam itu dikembangkan melalui pengakuan Kalimah Tauhid Ucapan Dua
Kalimah Syahadah. Kalimah ini menjadi batas perbezaan diantara orang yang
sudah menerima dan beramal dengan agama islam atau orang yang tidak
menerima dan beramal dengan agama islam.
Dan apabila seseorang itu hendak membicarakan Kalimah Syahadah
maka akal seseorang itu hendaklah menumpukan sepenuh kepada Hukum
Akal, seumpama ia melihat dirinya tempat yang nyata bagi wujud Haq
Tuhannya, sepertimana

sabda Nabi S.a.w

Mafhumnya:
Barangsiapa mengenal dirinya masa sesungguhnya telah mengenal akan
tuhannya.

Sebab itulah menjadi Khilaf Ulama dalam menentukan Hukum ke atas


manusia Lelaki dan Perempuan didalam Islam apabila sampai Had Taklif
Syarak (Baligh) sempurna Akalnya, Sihat Ceria dan Sampai Seruan Nabi
Muhammad S.A.W., maka wajiblah mengucap dua kalimah syahadah dengan
menyempurnakan rukunnya, syarat sahnya serta mengetahui ia akan
perkara-perkara yang menyebabkan kepada membatalkannya bagi
memfardhukan Islam atas dirinya untuk menjaga, mengawal, menyelia
kemuliaan (maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air
dalam masa yang sama hendaklah meletakkan dirinya menjadi Hamba bagi
menunaikan Hak-hak kehambaan kepada Allah S.W.T. dan menjadikan Allah
S.W.T. tempat minta tolong dan berlindung dalam semua hal berkaitan
pembahagian hidupnya (manahijul Hayyah).
Lantaran itu maka seseorang Mukallaf lagi muslim itu mahulah
memberi tumpuan berusaha sepenuhnya membina kekuatan, Aqidah,
Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta dengan mempelajari serta
memahaminya mengikut kaedah-kaedah yang ulama-ulama muktabar,
bermula dari menggunakan kaedah akalnya bagi memahami Ilmu Tauhid bagi
menyempurnakan Akidahnya dan Ilmu Syarak serta Qawaidnya bagi
menyempurnakan perjalanannya.

1
Bermula Tumpuan Hukum bagi Akal itu terbahagi kepada tiga:

Pertama : Wujub = mesti sungguh =


Kedua : Istihalah = mesti tak sungguh =
Ketiga : Jawaz = patut dan padan =

Misyalnya:
Pertama : Mesti Sungguh Qudrah Allah ta’ala itulah dinamakan Wujub
Kedua : Mesti Sungguh Allah ta’ala tak lemah itulah dinamakan
Istihalah
Ketiga : Patut dan Padan Allah ta’ala membuat mungkin itulah
dinamakan Jawaz.

Barang yang menghukum atasnya oleh akal itu ada tiga perkara:

Pertama : Wajib = Barang yang mesti sungguh


Kedua : mustahil = Barang yang mesti tak sungguh
Ketiga : Jaiz = Harus barang yang boleh sungguh atau
boleh tak
sungguh

Misyalnya:
Pertama : Diri Qudrah Allah ta’ala itulah di namakan barang yang wajib.
Kedua : Lemah Allah ta’ala itulah di namakan barang yang tak di
terima
oleh akal adanya, itulah dinamakan mustahil.
Ketiga : Membuat mungkin atau tidak itulah dinamakan Jaiz,
yakni diri
membuat itu di namakan Jaiz.

KESIMPULAN

Pertama :Mesti Sungguh Qudrah Allah ta’ala itulah dinamakan Wujub,


maka Akal menghukum Allah ta’ala Wajib bersifat dengan
Qudrah akan tetapi kalau Akal tak menghukum pun, Allah ta’ala
tetap Mesti Sungguh Qudrahnya.

Kedua :Mesti Tak Sungguh Allah ta’ala itu bersifat Lemah ‘kekurangan
ada pada Zat Allah ta’ala’ seperti tak lemah, tak tuli itulah
dinamakan Istihalah, maka Akal menghukum Lemah, Buta atau
Tuli itulah dinamakan Mustahil.

Ketiga :Allah ta’ala membuat mungkin Patut dan Padan baginya itulah
dinamakan Jawaz, maka Akal menghukum Allah ta’ala Harus
membuat mungkin atau tidak, tetapi berkehendak Allah ta’ala
membuatnya makamembuat ia Allah ta’ala, maka membuat
itulah dinamakan Jaiz.ASAS ILMU TAUHID

2
(BAB PERTAMA)

MENGENALI SIFAT-SIFAT ALLAH TA’ALA

Adapun yang Wajib bagi setiap Mukallaf itu beriktiqad bahawa Sifat Kamalat
bagi Allah ta’ala itu tiada terhingga banyaknya, hanya yang wajib di ketahui
dengan Jalan Tafsil berserta dengan dalil-dalilnya hanya 20 sifat sahaja.

1. Wujud
Ertinya: Allah ta’ala itu Ada. Lawannya tiada.
Mustahil Allah ta’ala itu tiada.
Istihalah Tak Tiada Wajib Allah ta’ala itu ada.
Tanda Allah ta’ala itu Ada, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

2. Qidam
Ertinya: Allah ta’ala itu Sedia.Lawannya baharu.
Mustahil Allah ta’ala itu baharu.
Istihalah Tak Baharu Wajib Allah ta’ala itu Sedia.
Tanda Allah ta’ala itu Sedia, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

3. Baqa
Ertinya: Allah ta’ala itu Kekal.Lawannya Binasa (Fana).
Mustahil Allah itu binasa.
Istihalah Tak Binasa Wajib Allah ta’ala itu Kekal,
Tanda Allah ta’ala itu Kekal, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

3
4. Mukahalafatul Ta’ala Lil Hawadish
Ertinya: Allah ta’ala itu bersalahan bagi segala yang baharu
Lawannya bersamaan Mustahil Allah ta’ala bersamaan.
Istihalah tak bersamaan Allah ta’ala bagi segala yang baharu.
Tanda Bersalahan Allah ta’ala itu, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

5. Qiamuhu Ta’ala Binafsish


Ertinya: Allah ta’ala itu Berdiri dengan sendirinya.Lawan berdiri dengan
yang lain.
Mustahil Allah ta’ala berdiri dengan yang lain.
Istihalah tak berdiri dengan yang lain.Wajib berdiri Allah ta’ala itu
dengan sendirinya,

ada dua makna:

1. Allah ta’ala tiada berpekehendak kepada Zat kerana ianya Zat


2. Allah ta’ala tiada berpekehendak kepada yang menjadikannya
kerana ia Qadim.

Tanda Allah ta’ala Berdiri dengan sendirinya, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

6. Wahdaniah
Ertinya: Allah ta’ala itu asa (Tunggal)Lawannya berbilang-bilang.
Mustahil Allah ta’ala berbilang-bilang.
Istihalah tak berbilang-bilang.Wajib Asa Allah ta’ala itu.
Tanda Allah ta’ala itu Asa, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

7. Qudrah
Ertinya: Allah ta’ala itu PekuasaLawannya lemah.
Mustahil Allah ta’ala itu lemah.

4
Istihalah Allah ta’ala tak lemah.Wajib Allah ta’ala itu Pekuasa.
Tanda Allah ta’ala itu Pekuasa, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

8. Iradah
Ertinya: Allah ta’ala itu Pekehendak Lawannya benci.
Mustahil Allah ta’ala itu benci.
Istihalah tak benci.Wajib Allah ta’ala itu Pekehendak
Tanda Allah ta’ala itu Pekehendak, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

9. Ilmu
Ertinya: Allah ta’ala itu Pengetahuan Lawannya bodoh.
Mustahil Allah ta’ala itu bodoh.
Istihalah tak bodoh.Wajib Allah ta’ala itu Pengetahuan.
Tanda Allah ta’ala itu Pengetahuan, Baharu alam ini.

Firman Allah ta’ala:

10. Hayyah
Ertinya: Allah ta’ala itu PenghidupLawannya mati
Mustahil Allah ta’ala itu mati.
Istihalah Allah ta’ala itu tak mati.Wajib Allah ta’ala itu Penghidup
Tanda Allah ta’ala itu Penghidup, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

11. Samak
Ertinya: Allah ta’ala itu Pendengar Lawannya tuli.
Mustahil Allah ta’ala itu tuli.
Istihalah Allah ta’ala itu tak tuli.Wajib Allah ta’ala itu Pendengar
Tanda Allah ta’ala itu Pendengar, Baharu Alam ini.

5
Firman Allah ta’ala:

12. Bashor
Ertinya: Allah ta’ala itu Pelihat.Lawannya buta.
Mustahil Allah ta’ala itu buta.
Istihalah Allah ta’ala itu tak butaWajib Allah ta’ala itu Pelihat.
Tanda Allah ta’ala itu Pelihat, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

13. Kalam
Ertinya: Allah ta’ala itu Pekata.Lawannya kelu.
Mustahil Allah ta’ala itu kelu.
Istihalah Allah ta’ala itu tak kelu.Wajib Allah ta’ala itu Pekata.
Tanda Allah ta’ala itu Pekata, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

14. Qaunuhu Ta’ala Qadiran


Ertinya: Allah ta’ala itu keadaan Pekuasa.Lawannya lemah.
Mustahil Allah ta’ala itu keadaan lemah.
Istihalah Allah ta’ala itu tak lemah.Wajib Allah ta’ala itu keadaan
Pekuasa.
Tanda Allah ta’ala itu keadaan Pekuasa, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

15. Qaunuhu Ta’ala Muridan


Ertinya: Allah ta’ala itu keadaan Pekehendak.Lawannya keadaan benci.
Mustahil Allah ta’ala itu keadaan benci.
Istihalah Allah ta’ala itu tak keadaan benci.Wajib Allah ta’ala itu
keadaan Pekehendak.
Tanda Allah ta’ala itu keadaan Pekehendak, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

6
16. Qaunuhu Ta’ala A’liman
Ertinya: Keadaan Allah ta’ala itu Berpengetahuan.Lawannya keadaan
bodoh.
Mustahil keadaan bodoh. Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak bodoh.
Wajib keadaan Allah ta’ala itu berpengetahuan.
Tanda keadaan Allah ta’ala itu berpengetahuan, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

17. Qaunuhu Ta’ala Hayan


Ertinya: Keadaan Allah ta’ala itu Penghidup.Lawannya keadaan Allah
ta’ala itu mati.
Mustahil keadaan Allah ta’ala itu mati.
Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak mati.Wajib keadaan Allah ta’ala
itu Penghidup.
Tanda keadaan Allah ta’ala itu Penghidup, Baharu Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

18. Qaunuhu Ta’ala Samion


Ertinya: Allah ta’ala itu Keadaan Pendengar.Lawannya Allah ta’ala itu
keadaan tuli.
Mustahil keadaan Allah ta’ala itu tuli.Wajib keadaan Allah ta’ala itu
Pendengar.
Tanda keadaan Allah ta’ala itu Pendengar, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

19. Qaunuhu Ta’ala Basyiron


Ertinya: Keadaan Allah ta’ala itu Pelihat. Lawannya keadaan Allah
ta’ala itu buta.
Mustahil keadaan Allah ta’ala itu buta.
Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak buta.Wajib keadaan Allah ta’ala
itu Pelihat.
Tanda keadaan Allah ta’ala itu Pelihat, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

7
20. Qaunuhu Ta’ala
Ertinya: Keadaan Allah ta’ala itu Pekata.Lawannya keadaan Allah ta’ala
itu kelu.
Mustahil keadaan Allah ta’ala itu kelu.
Istihalah keadaan Allah ta’ala itu tak kelu.
Tanda keadaan Allah ta’ala itu Pekata, Baharu sekalian Alam ini.

Firman Allah ta’ala:

21. Jaiz
Ertinya: Harus iaitu satu sifat Allah ta’ala

Ertinya membuat mungkin atau meninggalkannya.

Pembahagiannya:

Wajib 20 Sifat
Istihalah 20 Sifat
Jaiz 1 Sifat

Inilah 41 sifat yang terkandung di dalam kalimah lailahhaillallah. Ia


dinamakan kalimah Tauhid yang mesti kita Jazam yang putus Iktiqad tidak
berubah dengan yakinnya kepada Allah ta’ala.

WAJIB KITA BERIKTIQAD SIFAT YANG WAJIB BAGI NABI DAN RASUL.

Wajib Iktiqad sifat kesempurnaan.


Ada pada tiap-tiap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Alaihimussalatuwasalam.
Iaitu banyak, hanya yang wajib kita ketahui dengan Jalan Tafsil 4 Sifat sahaja.

1. Syideq:
Ertinya: Benar lawannya Dusta.
Mustahil Dusta (Bohong).
Wajib benar, bermula tanda benar Rasul.

8
Rasul itu, ialah setiap Pengkhabaran daripada
mereka semuanya membawa rahmat seluruh alam,
samada Perkataan-perkataan dan Niat mereka
menepati Firman Allah S.W.T. yang bermaksud
“telah benar hambaku itu pada tiap-tiap perkara
yang ia mengkhabarkan daripadaku”.

2. Amanah:
Ertinya: Kepercayaan lawannya Kianat.
Mustahil Kianat.
Istihalah tak kianat.
Wajib Kepercayaan, bermula tanda kepercayaan itu
segala perkara dilaksanakan dengan mudah dan
redha tanpa takut dan gentar, walaupun mereka
terpaksa menerima cacian dan seksaan.
Sebahagian daripada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
terbunuh (‘Syahid’).

3. Tabligh:
Ertinya: Penyampai lawannya Sembunyi.
Mustahil Sembunyi.
Istihalah tak sembunyi.
Wajib Penyampai, bermula tanda Penyampai.Rasul-
rasul itu keseluruhannya dari kalangan makhluk,
samada daripada Jin dan Manusia menerima
dakwahnya ‘Islam’.

4. Fhatanah:
Ertinya: Bijaksana lawannya Bodoh.
Mustahil Bodoh.
Istihalah tak Bodoh.
Wajib bijaksana, bermula tanda bijaksana Rasul-
Rasul itu, Dapat mematahkan hujah-hujah musuh
dengan mudah, disamping mukjizat yang mulia
Allah S.W.T berikan kepadanya, dan sebahagian
besar manusia dan benarlah Rasul-Rasul
Alaihimussalatuwasalam itu membawa rahmat
sekalian alam.
5. Jaiz:

Ertinya: Harus iaitu satu sifat yang ada pada Rasul-Rasul.


Ertinya: Berperangai Rasul-Rasul itu seperti
perangai manusia yang tiada mencederakan dan
menjejaskan martabat mereka yang tinggi.

Pembahagiannya:

9
1. Sifat Wajib bagi Rasul ada 4.
2. Sifat Istihalah atas Rasul ada 4.
3. Sifat Harus pada hak Rasul ada 1.

Inilah 9 sifat Rasul yang terkandung didalam kalimah Muhammadun


Rasullullah. Ia dinamakan Kalimah Rasul yang wajib kita Jazam yang putus
Iktiqad tak berubah dengan bersungguh kepada Allah ta’ala.

Kemudian kita himpunkan yang 41 didalam Kalimah Tauhid yang dahulu 9


didalam Kalimah Rasul, maka jadilah 50 Aqaiduliman yang terkandung
didalam kata,

Dengan demikina itu, maka sahlah kita Beramal Ibadah kepada Allah ta’ala,
samada Wajib, Sunat dan Harus. Himpunan Ringkas sekadar lulus Fardu-Ain.

1. Kalimah Tauhid: 41
2. Kalimah Rasul: 9
Semuanya 50 Aqaiduliman

RUKUN ISLAM LIMA PERKARA

1. Mengucap dua Kalimah Syahadah


2. Mengerjakan Sembahyang Sehari Semalam Lima Waktu.
3. Mengeluarkan Zakat bagi yang berharta apabila sampai nisabnya.
4. Berpusa pada Bulan Ramadhan.
5. mengerjakan Haji bagi mereka yang cukup syaratnya.

RUKUN IMAN ENAM PERKARA

1. Percaya dengan Allah.


2. Percaya dengan segala Rasul.
3. Percaya dengan segala Kitab.
4. Percaya dengan Malaikat.
5. Percaya dengan Hari Kiamat.
6. Percaya Qadha dan Qadar Allah dengan Muafakat Iradahnya pada
sedia kala.

ERTI IMAN

1. Percaya segala perkara yang disampaikan oleh Rasul-Rasul dengan


yakin.
2. Mengikut dan Menerima dengan hati akan sekalian perkara yang di
bawa oleh Rasulallah s.a.w kepada seluruh umatnya.

AGAMA

Ialah Perhimpunan Hukum Allah yang diturunkan keatas Lidah Rasul bagi
hambanya yang Mukallaf untuk kebaikan dan kebajikan supaya selamat di
negeri akhirat dari azab api neraka.

10
TANDA ORANG YANG BERAGAMA.

Iktiqad yang betul yakni yakin di hati dengan sifat ketuhanan dan mengikut
yang di iktikad oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menunaikan amal ibadah
kerana Allah semata-mata. Buat apa yang disuruh, tinggal dan benci segala
yang dilarang.

KESEMPURNAAN AGAMA TIGA PERKARA

1. ISLAM
Ialah satu agama yang sejahtera yang dihadiahkan Allah kepada
hambanya yang mukmin dengan tak payah berfikir dan berbicara oleh
seseorang kerana Islam adalah agama dari Allah ta’ala diwajibkan
menjunjung perintahnya dan membenci larangannya.

2. IMAN
Percaya segala perkara yang disampaikan oleh rasul-rasul dengan
yakin, mengikut dan menerima dengan hati akan sekalian perkara
yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umatnya.

3. IHSAN
Ialah beramal ibadah dengan tulus ikhlas yang terbit dari hati yang
yakin kerana Allah semata-mata, kerana segala Gerak Perbuatan,
Perkataan dan Qhasad dihati (Kerja Hati), semuanya itu didalam Ilmu
Allah kerana Allah melihat kita. Tidak sempurna iman seseorang
melainkan dengan adanya ihsan.

4. BERIMAN DENGAN RASULULLAH S.A.W


Wajib kita Iktikad bagi Allah beberapa banyak Rasul dan Ambiya
Alaihisolatuwasalam. Dan hanya yang wajib kita ketahui dengan
jalan tafsil ialah 25 orang sahaja iaitu:

1. Nabi Allah Adam alahisalam 2. Nabi Allah Idris alaihisalam


3. Nabi Allah Nuh alaihisalam 4. Nabi Allah Hud alaihisalam
5. Nabi Allah Soleh alaihisalam 6. Nabi Allah Ibrahim alaihisalam
7. Nabi Allah Luth alaihisalam 8. Nabi Allah Ishak alaihisalam
9. Nabi Allah Ismail alaihisala 10. Nabi Allah Yaakob
alaihisalam
11. Nabi Allah Yusuf alaihisalam 12. Nabi Allah Ayob alaihisalam
13. Nabi Allah Syuib alaihisalam 14. Nabi Allah Harun alaihisalam
15. Nabi Allah Musa alaihisalam 16. Nabi Allah Iliasy alaihisalam
17. Nabi Allah Iliasyaq alaihisalam 18. Nabi Allah Zulkifli alaihisalam

11
19. Nabi Allah Daud alahisalam 20. Nabi Allah Sulaiman
alahisalam
21. Nabi Allah Yunus alaihisalam 22. Nabi Allah Zakaria alahisalam
23. Nabi Allah Yahya alaihisalam 24. Nabi Allah Isa alaihisalam
25. Nabi Allah Muhammad Sallallahualaihiwasalam

5. RASULLULAH S.A.W YANG MENDAPAT GELARAN ULUL AZMI

1. Nabi Ibrahim alaihisalam (Kahlilullah)


2. Nabi Noh alahisalam (Najiyullah)
3. Nabi Musa alaihisalam (Kalimullah)
4. Nabi Isa alaihisalam (Rukullah)
5. Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam

6. SAHABAT YANG MENJADI KHALIFAH ARRASYIDIN


1. Syaidina Abu Bakar As-Syidiq
2. Syaidina Omar Al-Khatab
3. Syaidina Othman bin Affan

7. ISTERI-ISTERI NABI SOLALLAHU ALAHISSALAM ADA SEBELAS ORANG.

1. Syaidatina Siti Khadijah binti Khuwailiq


2. Syaidatina Aishah binti Abu Bakar
3. Syaidatina Imu Habibah (Siti Ramlah binti Abu Sopian)
4. Syaidatina Hapsah binti Omar
5. Syaidatina Hindon binti Umaiyah
6. Syaidatina Saudah binti Zam’ah
7. Syaidatina Zainab binti Jissy
8. Syaidatina Maimunah binti Harisa
9. Syaidatina Zainab binti Khuzaimah
10.Syaidatina Jauziyah binti Hariss
11. Syadatina Sofiah binti Haiyee keturunan Nabi HarunSyaidina Ali
Karamallahu Wajhah

12
8. ANAK-ANAK NABI ADA TUJUH ORANG 3 LELAKI 4 PEREMPUAN
1. Quasim 2. Abdullah 3. Zainab 4. Rukiah
5. Umi Kalsum 6. Fatimah(Kesemua ini Bonda mereka Siti
Khadijah)
7. Ibrahim mati kecil (Bondanya Jauziyah)

9. KETURUNAN NABI DISEBELAH BAPANYA


Muhammad S.W.T bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul
Manan bin Qasar bin Qilab.

10.KETURUNAN NABI S.W.T. DISEBELAH IBUNYA


Muhammad S.W.T bin Aminah binti Wahab bin Abdul Mutalib bin Abdul
Manan bin Qusai bin Kilab

11.WAJIB DIKETAHUI DAN IKTIKAD YANG JAZAM MALAIKAT ALLAH ITU TIDAK
TERHINGGA BANYAKNYA.

Nama Malaikat Tugas-tugasnya


Jibril alaihisalam = Menurun Wahyu
Azrail alaihisalam = Mengambil Nyawa
Mikail alaihisalam = Membawa Rezeki
Israfil alaihisalam = Meniup Sangkakala
Mungkar alaihisalam = Mengawal Dalam Kubur
Nangkir alaihisalam = Mengawal Dalam Kubur
Rokib alaihisalam = Menulis di kiri / kanan manusia
Atib alaihisalam = Menulis di kiri / kanan manusia
Ridzuan alaihisalam = Menjaga Syurga
Malik alaihisalam = Menjaga Neraka

12.WAJIB IKTIKAD BAHARU TIDAK FASAD 10 PERKARA

SYURGA Tempat Kesenangan yang tidak berkesudahan


Tempat Azab yang tidak berkesudahan bagi
yang menyengutukan Allah @ Yang tidak
NERAKA menyengutukan mengikut Kadar Dosa
masing-masing

Papan tulis yang terpelihara iaitu apa-apa


LUUHUL MAHFOZ yang berlaku sesudah tertulis di Luuhul
Mahfoz
QALAM Alat Tulis
ARAS Tempat yang Mulia
Tempat yang Tinggi (Hanya Allah yang
KURSI mengetahui)

ANAK BIDADARI Anak Bidadari


ROH Nyawa Manusia dan Jin
JASAD Ambiya dan Jasad Syuhadak
TULANG PUNGGONG MANUSIA Tulang Punggong Manusia
13. WAJIB IKTIQAD BEBERAPA BANYAK KITAB-KITAB ALLAH TA’ALA
YANG DITURUN KEATAS RASUL-RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

1. Kitab Taurat - Bagi Nabi Musa Alaihisalam


2. Kitab Injil - Bagi Nabi Isa Alaihisalam
3. Katab Zabur - Bagi Nabi Daud Alaihisalam
4. Kitab Al-Quran - Bagi Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam.

14. HUKUM SYARAK TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN:


A. HUKUM TAKLIFII
B. HUKUM WAD’EE

A. Hukum Taklifi ada 5 Perkara


a. Wajib b. Sunat
c. Haram d. Makroh
e. Harus

1. Kaedah Wajib
- Buat dapat Pahala manakala ditinggalkan berdosa.

2. Kaedah Sunat
- Buat dapat Pahala, manakala ditinggalkan tiada berdosa.

3. Kaedah Haram
- Buat berdosa, manakala ditinggalkan dapat Pahala.

4. Kaedah Makroh
- Buat tidak berdosa, manakala ditinggalkan dapat Pahala.

5. Kaedah Harus
- Buat tidak berdosa, manakala ditinggalkan tak dapat
Pahala

B. Hukum Wad’I ada 5 Perkara


a. Sebab b. Syarat
c. Manik d. Sah
e. Batal

1. Kaedah Sebab
- Gelincir Matahari menyebabkan Wajib Solat Fardu Zuhur

2. Kaedah Syarat
- Mengambil Wudhu’ mensyaratkan sah Solat.
3. Kaedah Manik
- Kedatangan Haid mencegah bagi Perempuan Solat.

4. Kaedah Sah
- Sempurna Rukun dan Syarat sahlah Solat.

5. Kaedah Batal
- Bergerak 3 kali berturut di dalam Solat Batallah Solat.
C. HUKUM TAKLIFI DAN WAD’I DIHIMPUNKAN JADI 25 PERKARA
CONTOH:
Misalnya Gelincir Matahari menyebabkan wajib menunaikan Solat
1. Sebab Wajib
Fardhu Zohor
Misalnya Islam yang mukallaf Akil Baligh mensyaratkan seseorang
2. Syarat Wajib
itu melaksanakan Hukum Allah
Misalnya seseorang sedang Solat didatangi Haid, tertegahlah
3. Manik Wajib
padanya menyempurnakan Solat.
Misalnya Islam yang mukallaf Akil baligh suci daripada hadas kecil
4. Sah Wajib
dan besar mengesahkan seseorang itu berpuasa.
Misalnya seseorang yang didatangi Haid sedangkan ia sedang
5. Batal Wajib
berpuasa maka batallah puasanya.
Misalnya seseorang yang masuk ia kedalam Masjid, maka
6. Sebab Sunat
Disunatkan ia Solat 2 rakaat.
7. Syarat Sunat Misalnya Islam yang mukallaf, Akil Baligh.
Misalnya ketika Solat Sunat atau Puasa Sunat ia di datangi Haid
8. Manik Sunat
maka tertegahlah ia dari menyempurnakan solat @ puasa itu.
Misalnya Islam mukallaf Akil Baligh suci daripada dua hadas, sahlah
9. Sah Sunat
Puasa Sunatnya.
Misalnya seseorang yang hilang akal atau datang Haid maka
10. Batal Sunat
batallah Puasa Sunatnya.
Misalnya seseorang Islam yang minum arak @ berzina dan
11. Sebab Haram
sebagainya.
12. Syarat Haram Misalnya kerana ia sesorang Islam yang mukallaf
13. Manik Haram Misalnya kerana Nira itu belum berubah menjadi Arak
14. Sah Haram Misalnya setelah Nira itu berubah menjadi Arak.
15. Batal Haram Misalnya kemudian Nira itu berubah menjadi Cuka
16. Sebab Makroh Misalnya kerana memakan benda yang membusukkan mulut
17. Syarat Makroh Misalnya kerana seseorang itu Islam yang mukallaf
18. Manik Makroh Misalnya memasukkan makanan yang dimakrohkan seperti bawang
19. Sah Makroh Misalnya memakan bawang mentah
20. Batal Makroh Misalnya seseorang yang pitam atau gila
21. Sebab Harus Misalnya seperti makan dan minum seseorang
22. Syarat Harus Misalnya orang perempuan Harus ia memakai Emas
23. Manik Harus Misalnya berjual beli pada hari Jumaat lebih-lebih lagi ketika Azan
24. Sah Harus Misalnya seseorang itu berkahwin dengan sepupunya
Misalnya mertua berkahwin dengan menantunya atau berjual beli
25. Batal Harus
yang ada riba
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

1. RUKUN SYAHADAH
01. Meisbatkan Zat Allah
02. Meisbatkan Sifat Allah
03. Meisbatkan af’al Allah
04. Meisbatkan kebenaran Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W iaitu kebenaran Nabi
Muhammad S.A.W dan apa jua yang di bawa dan disampaikan kepada manusia
melalui perkataan dan perbuatannya itu adalah Wahyu dari Allah S.W.T semata-
mata.

2. SYARAT SAH SYAHADAH


01. Diketahui dan di kenal dengan sebenar-benarnya Kalimah
itu Kalimah Syahadah yang memberi pengertian makna dan maksud
mentauhidkan Zat
Allah, Sifat Allah, Perbuatan Allah yang hakiki yang wajib diabdikan seluruh diri
dengan
menunaikan Hak-hak dKehambaan untuk Allah S.W.T semata-mata dan Nabi
Muhammad
S.A.W itu pesuruh Allah S.W.T kepada seluruh manusia dan Jin.
02. Menzahirkan Kalimah Iqrar itu dengan lidah bagi mereka yang berkuasa.
03. Mentasdidkan dengan hati.
04. Segera menzahirkan perlaksanaan segala perintahnya melalui anggota Jawareh.

3. PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH


01. Menduakan allah atau menyama akan dia dengan sesuatu .
02. Menolak atau menyangkal diri dan Alam ini dijadikan Allah.
03. Tiada menisbatkan diri dan Alam ini Hamba Allah.
04. Syak dihati akan kefahaman yang lain daripada Allah

4. PERBICARAAN KALIMAH
Apabila kita membicara Kalimah Syahadah secara ringkasnya hendak
lah kita pelajari serta fahami Rukun Syahadah, Syariat Sah Syahadah serta perkara
yang membatalkan syahadah.
Makna Kalimah yang dinafikan dengan kata dan dengan
makna kalimah yang diisbatkan sungguh-sungguh dengan kata
pada kalimah perlulah kita bicarakan paling kurang secara
ringkas akan kefahaman mengikut kaedah bahasa arab, walaupun kita orang yang
bukan ahli, supaya kita dapat akan kefahaman yang jelas dan nyata malena, maani
tersirat daripada kalimah syahadah itu dan mengikut kaedah bahasa arab paling
kurang adalah berikut:

01. Kalimah mengikut kaedah bahasa arab ialah huruf yang menunjukkan
makna atau pengertian menafikan satu-satu jenis. Ertinya menolak secara
bersungguh-sungguh akan sesuatu dengan sebenar-benarnya iaitu sesuatu perkara
yang tak mahu atau tak suka, yang mana satu-satu yang tak mahu tak suka itu,
disangkakan betul-betul adanya melalui Syak, Zan, Waham sehingga Rasa Yakin dan
Rasa Betul sungguh-sungguh akan adanya.
Kalimah yang dimaksudkan sungguh-sungguh dan sebenar-benarnya disini
ialah menafikan dengan sebenar-benarnya melalui Lidah, Anggota dan Hati. Sesuatu
yang terbit pada pemikiran akan jenis ketuhanan yang lain yang Fardhu takdi
disangka ada melalui Syak, Zhon, Waham serupa atau menyamai dengan sebenar-
benarnya pada Zatnya, Sifatnya atau Hakikat namanya berbetulan adanay Zat
Tuhan, Sifat tuhan, Perbuatan Tuhan, Nama Tuhan yang hakiki dan serentaksengan
itu diisbatkan dengan sebenar-benarnya dan sesunguh-sungguhnya pada lidah,
anggota dan hatinya akan diri Tuhan yang sebenar itu yang nama khusus bagi
Zatnya itu Allah, itulah yang ada mutlak tidak lain daripada itu.

02. mengikut kaedah bahasa arab nama am atau nama umum yang memberi
gambaran makna ada banyak tuhan yang sebenar-benarnya, sekira-kiranya dari segi
bahasa iaitu yang tidak ketentuan bagi dirinya yang belum di kenal pasti sesungguh-
sungguh akan status dirinya termasuk juga status yang sebenar-sebenar yang
hendak diisbatkan sesungguh-sungguh itu. Perkara sebegini berlaku kepada
kebanyakkan orang awam oleh sebab Jahil.
Mengikut kaedah bahasa arab kalimah itu ditegakkan diatas baris
Pathah (Diatas) kerana mengandungi huruf ( ) yang tersembunyi yang asal
perkataannya
Maka dibuangkan huru ( ) Jadilah kalimah itu mengikut kaedah
bahasa arab, cerita yang hendak disampaikan melalui kalimah
yakni tidak nyata atau tidak sebut terang-terang akan statusnya bagaimana,
macammana dan lain-lain lagi. Maka dari sinilah terbitnya perkataan takdir yang ujud
dalam pemikiran melalui sangkaan, syak, zhon, waham, takdir yang macam itu,
takdir yang macam ini meraba-raba dikatalah
dan lain-lain, kerana makna itu di tujukan kepada tiap-tiap yang disembah
dan sebenar-benarnya termasuklah diri Tuhan yang wajib diisbat sungguh-sungguh
akan wujudnya.
Dan lain-lain yang nama yang diistilahkan oleh orang Jahil
umpama Bulan, Bintang, Matahari, Tokong tidak termasuk didalam makna
yang dibicarakan ini. Mengikut kaedah bahasa arab kesemua tiu di panggil
atau
(Berhala) atau (Thayol) tidak perlu
dinafikan kerana memang tidak betul, memang tidak sah penafian itu kalau perlu di
nafikan juga atau dimasukkan dalam makna Nafi melalui kalimah pada kata
maka di panggil orang itu Pendusta, Jahil murakab dan lain-lain. Makna perkataan
yang sebenar-benarnya mengikut kaedah bahasa arab pada perkataan
dalam kalimah
itu ditujukan khususnya kepada yang disembah dengan sebenar-benarnya, dimana
diri Tuhan yang sebenar-benarnya itu atau status Tuhan yang sebenar-benarnya itu
ialah Terkaya ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripadanya dan berkehendak
tiap-tiap barang yang lain daripadanya kepadanya, itulah makna yang
dibicarakan disini, apabila dinafikan semua sekali samada Tuhan yang Fardhu Takdir
dan Tuhan yang sebenarnya pada kalimah
melalui kalimah dikala itu jadilah orang itu murtad, ia jadi
Islam kembali, tatkala sampai ia pada kalimah Isbat.

03. Perkataan mengikut kaedah bahasa arab dipanggil kalimah


mengeluarkan sesuatu yang ditetapkan bersungguh dengan yakin sehingga menjadi
Jazam yang sungguh-sungguh akan adanya itu daripada samar-samar pemikiran
yang terbit melalui sangkaan, khayalan, syak, zhon, waham ertinya membenamkan
sungguh-sungguh atau memperhilangkan sungguh-sungguh akan syak, zhon, waham
sehigga tidak wujud lagi Fardhu Takdir dan disahkan bersungguh-sungguh hukum
mustahil akan wujud Zat yang lain, Sifat yang lain, Perbuatan yang lain dan menetap
bersungguh-sungguh yang sudah dihukum dengan wajib ada Zat, Sifat, Perbuatan
yang sebenar-benarnya yang diiktiqad serta wajib di perhambakan diri seluruhnya
ialah kepada Allah ta’ala seamta-mata.

04. Perkataan Allah ialah Nama Khas yang hanya ditentukan kepada diri Tuhan yang
sebenar-benarnya yang disembah iaitu diri atau Zat yang terkaya ia daripada tiap-
tiap sesuatu barang yang lain daripadanya kepadanya dan berkehendak tiap-tiap
sesuatu barang yang lain daripadanya kepadanya tidak lain dari itu. Mengikut kaedah
bahasa arab dikatakan Kalimah Allah itu Badal yakni Ganti Nama daripada
tempat Dhamir yang tersembunyi daripada nyata ada dan baris
dihadapan dengan Dhomah bermaksud ilaha itulah Tuhan yang
sebenarnya dan Zatnya ialah Allah .

5. KALIMAH SYAHADAH
Apabila Islam ialah suatu agama khusus daripada Allah ta’ala yang
diturunkan kepada seluruh manusia daripada Adam sampai kiamat melalui Nabi-nabi
dan Rasul-rasul.dengan disertakan Kitab panduan ianya bukan Agama Ciptaan
Kebijaksanaan Fikiran Manusia.
Apabila sampai kepada Nabi yang akhir Nabi Muhammad Salallahu
Alaihiwasalam, agama islam dikembangkan melalui ucapan Dua Kalimah Syahadah
sebagai batas Perbezaan antara orang yang sudah menerima dan beramal cara
hidup Islam dengan orang yang tidak menerima dan beramal dengan cara hidup
Islam (Bukan Islam).
Sebab itu sesetengah Ulama Islam menghukum Wajib fardhu Ain mengucap Dua
Kalimah Syahadah sekali seumur hidup apabila sampai had Taklif Syarak dengan
memfardhukan Islam keatas dirinya dan sanad mu’akad pada mana-mana waktu
kecuali pada solat dan masa seseorang itu jatuh murtad.
Kalimah ini apabila diucap akan dia yang disertakan kefahaman nyata
bersungguh-sungguh, makna-makni yang tersurat dan tersirat daripadanya , maka
ianya Jelas mengeluar akan seseorang itu daripada Syirik Uluhiyah dan Syirik Khafi
(iaitu yang membawa kepada kufur dan maksiat) kepada iman dan taat yang terang
benderang. Hanya Patuh dan Tunduk kepada hukum Allah Yang Maha Agong dalam
semua hal kehidupannya Zahir dan Batin.
Dan kalimah ini akan lari daripada tempat duduknya didiri setiap manusia yang
meneriam akan dia melalui lidah, Anggota dan Hati atas nama Murtad, Munafik,
Zalim dan Fasiq. Mana-mana manusia yang terjebak atas nama Murtad, Munafik,
Zalim dan Fasiq inilah Penegak Ajaran Sesat dan Pengamal Ajaran Sesat. Sebab
makna sesat mengikut Agama Islam itu, Batal Pengakuan Syahadahnya melalui salah
satu daripada tiga perkara iaitu Perkataan, Perbuatan, Hati.

01. Sesat Melalui Perkataan


iaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang memberi faham
dimana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu tersasar daripada Qawaid
Syariah. Perkara sebegini berlaku ketika bercakap biasa, ketika marah, ketika
bergurau senda dan lain-lain.

02. Sesat Melalui Perbuatan


Perlakuan atau Perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama seperti orang-
orang kafir dalam ubudiah dan dalam hidup hariannya melanggar segala hukum
syarak samada wajib atau haram dengan sengaja.

03. Sesat Melalui Hati


Qosot dan Iradat Jahat yang timbul didalam hati yang tersasar daripada Qawaid
Syariah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu.

6. Punca-Punca Seseorang Itu Menjadi Sesat Aqidah, Syariat dan Akhlak


ialah:

01. Sesat Akidah ialah seseorang Mukallaf yang mengucap ia Dua Kalimah Syahadah
dengan tidak memahami Rukun, Syarat Sah dan Perkara yang membatalkan
Syahadah ikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, Imam Abu Hassan Ass’ari dan Abu
Mansur Maturidhi (dalam masa yang sama tidak berusaha secara bersungguh-
sungguh mempelajari akan dia yang ahli pada babnya) maka ketika itu terjebak ia
jadi sesat atas nama Murtad atau berpecah ia berada dalam sesat Aqidah, Syariat
dan Akhlak jadi Murtad atau Munafik. Puak-puak ini dikenali dengan 12 Puak
Namanya Rafidhiyah, 12 Puak Nama Jabariah, 12 Puak Namanya Kharijiah, 12 Puak
Namanya Qadariah, 12 Puak Namanya Jahariah, 12 Puak Namanya Murjiah.
Kesemuanya 72 Puak.

02. Dua Puak Yang Sesat Syariat dalam Mazhab Fiqh yang Empat.
i. Bida’ah Dhalalah Karohah yang Jadi Fasik
ii. Bida’ah Dholalah Haram yang Jadi Murtad

MaksudBida’ah Dholalah iaitu suatu penambahan atau pengurangan kepada Asal


Hukum Syarak, Wajib, Haram, Sunat, Makruh, Harus tidak mengikut Qawaid Syariah,
Syarat, Sebab, Manik, Sah dan Batal dan tidak ada hubungkait dengan makna dan
makni Al-Quran, Hadis, Jimak Ulama dan Qias.

03. Tiga Belas Puak Tasauf (Sufi) yang sesat itu ialah Kaum Marjiah, Kaum
Auliya’iyah, Kaum Syamrakhiyah, Kaum Ibahiyah, Kaum Haliyah, Kaum Hariyah,
Kaum Waqi’yah, Kaum Mutajahiliyah, Kaum Mutakasiliyah, kaum Ilhamiyah, Kaum
Hululiyah, Kaum Wujudiyah, Kaum Mujasimah. (Puak-puak ini ialah mreka-mereka
yang sesat dalam Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam dari kacamata Ahlus Sunnah Wal
Jamaah tetapi diri mereka itu, tetap mereka mengaku betul dan benar mengikut
agama islam dalam semua kerja buat mereka).

7. Asas bagi seseorang itu menjadi kufur atau murtad dan bida’ah Dholalah
kerana ianya
berada pada disisi berikut :-

1. Jahil Murakab
2. Jahil Basit
3. Rabtul A’di
4. Taqlidur Rad’di
5. Tahsinul Aqli
6. Hululliah
7. Tanasikhul Arwah
8. Iktiqad Wahdatul Wujud
9. Menghuraikan Al-Quran, Hadis dan Kitab-Kitab Ulama dangan Jahil Kaedah
bahasa Arab
atau tidak mengambil daripada mereka yang mahir bahasa arab lagi alim pada
babnya
serta beramal dengan ilmunya atau Syarak.

Anda mungkin juga menyukai