1. Tamadun Dunia
2. Tamadun Islam
3. Sejarah Malaysia
4. Sejarah Asia Timur dan Tenggara
5. Soalan Contoh
Jacky Li Chun Leung
2
Sejarah Dunia
TAKRIF PRA SEJARAH
Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam manusia yang tidak direkodkan secara
bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zaman
sebelum 3,500 SM. Zaman pra sejarah ini boleh dikesan melalui bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti
bangunan, tembikar dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui di Palestin, Eropah Tengah,
Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan orang Cro-Magnon merupakan dua jenis fosil manusia yang telah ditemui.
Orang Neanderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun dahulu. Orang Neanderthal ini lebih tinggi daripada manusia Peking dan
manusia Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu, mereka juga tahu menggunakan api dan membuat pakaian daripada
kulit binatang.
Orang Cro-Magnon pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap intelektualisme yang lebih tinggi daripada
manusia terawal dan manuisa Neanderthal. Waris-waris bagi orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol dan
Afrika Utara.
ZAMAN PALEOLITIK
Pengenalan
Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia
Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika.
Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan
Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka.
Ciri-ciri
Tempat Tinggal
Orang Paleolitik sudah mula belajar untuk mengadakan tempat tinggal. Mereka tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah
ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal di kawasan ini
kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau binatang liar dan tiupan angin dan sebagainya. Tempat ini telah dijadikan
sebagai tempat rehat bagi mereka yang telah penat selepas melakukan aktiviti harian seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di
Sarawak dan Gua Badak di Perak.
Cara Hidup
Orang Paleolitik hidup secara nomad, iaitu berpindah-randah dalam kelompok kecil. faktor utama yang mendorong mereka hidup
secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu
menternak binatang dan menanam tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya. Apabila sumber
makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan
yang diperlukan. Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.
Kegiatan Seharian
Aktiviti yang dijalankan oleh orang Paleolitik setiap hari ialah memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya.
Semua aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berkaita dengan mencari bekalan makanan harian. Pada zaman ini, mereka tidak
mempunyai apa-apa hiburan. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur, tiada perkara lain yang akan dilakukan.
Binatang yang biasa dicuru adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar,
buah-buahan dan sebagainya.
Peralatan
Peralatan yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuk peralatannya tidak berapa kemas.
Bentuknya boleh dikatakan kasar. Peralatan ini digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong dan mempertahankan
diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya
ditajamkan dan tanduk rusa dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.
Kepercayaan
Orang Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka percaya
bahawa unsur alam semesta telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam
semesta untuk mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk bulan, matahari dan sebagainya.
Pakaian
Orang Paleolitik sudahpun tahu berpakaian. Pakaian mereka dibuat daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang
dan sebagainya. Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa tersebut. Daging rusa telah dijadikan sebgai
makanan dan kulitnya digunakan untuk dijadikan pakaian. Kulit ini kemudiannya disambung dengan tali kulit.
Penggunaan Api
Orang Paleolitik tahu menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak daging. Mereka mendapat
pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada
permulaan, mereka tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh dihasilkan dengan kaedah geseran
3
batu. Selain itu, ada kemungkinan juga api dihasilkan secara tidak langsung, iaitu hasil daripada usaha seseorang yang bersungguh-
sungguh memperbaiki alat kayunya sehingga keluar bunga api disebabkan panas. Di Australia, api dihasilkan dengan mengumpulkan
daun-daun dan lumut-lumut ke dalam sebatang kayu yang berlubang dan kemudiannya pusing sebatang kayu tajam ke atasnya
sehingga ia terbakar.
ZAMAN MESOLITIK
Pengenalan
Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM.
Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia
Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.
Ciri-ciri
Tempat Kediaman
Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang
mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut
yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal
di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.
Kegiatan Seharian
Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu,
menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada
zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-
buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan
secara memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan
kelaparan.
Peralatan
Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang
dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup
menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu
menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.
ZAMAN NEOLITIK
Pengenalan
Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM
sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman
Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho,
Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.
Ciri-ciri
Tempat Tinggal
Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya.
Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini
di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini
disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga
keselamatan.
Cara Hidup
Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk
membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang
akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi
kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah
mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.
Kegiatan Harian
Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan
menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing,
lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu,
menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan
tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.
Peralatan
Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk
memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga
diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan
pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,
4
mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang
dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih
bermutu apabila roda ceper digunakan.
Kepercayaan
Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain
itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang
mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat
dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.
Pakaian
Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan.
Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat
daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi
tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.
Aktiviti Perdagangan
Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka
saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung
dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang
langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai
di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.
Organisasi Sosial
Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan
memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk
memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara.
Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.
Teknologi Baru
Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali
digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda
membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar
membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan
kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.
ZAMAN LOGAM
Pengenalan
Zaman logam dianggarkan bermula kira-kira 2,500 tahun dahulu di dunia. Zaman ini boleh dibahagikan kepada Zaman Gangsa dan
Zaman Besi. Masyarakat logam ini mengamalkan cara hidup yang berlainan daripada masyarakat sebelumnya. segala aspek terus
mencapai perkembangan. Pada zaman ini, terdapat beberapa masyarakat yang bertamadun telah wujud di lembangan sungai utama.
Sebagai contoh, Tamadun Shang (Hwang-Ho), Tamadun Sumeria (Mesopotamia) dan Tamadun Mesir.
Ciri-ciri
Peralatan
Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada logam seperti gangsa dan besi. Sebabnya mereka berasa
alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak daripada alat-alat yang dibuat daripada batu. Bukti penggunaan alat gangsa adalah seperti
gendang dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk di Terengganu dan Sungai Lang di Selangor. Gendang gangsa ini dipercayai
berasal dari Dongson, Vietnam. Sebabnya, Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand adalah pengeluar alat gangsa utama pada
zaman itu.
Kegiatan Seharian
Masyarakat ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan, berburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga mula
melombong bijih timah. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas. Dengan adanya alat yang dibuat
daripada besi, manusia zaman ini dapat menggali, menebang dan menebas sesuatu benda dengan mudah.
TAKRIF TAMADUN
Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun,
bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan tamadun berasal
5
daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal,
membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.
Dari perepektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik,
pengetahuan dan seni.
Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang
menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan
sebagainya.
Pembentukan Kerajaan
Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat
bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman
ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang
diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.
Perkembangan Teknologi
Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian,
terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan
peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi,
matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai
contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.
Pengkhususan Kerja
Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat
susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah
melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini
disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang.
Wujudnya Kepercayaan
Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang
ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri yang dikenali sebagai
kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-
Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka
telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati.
Pembentukan Kerajaan
Peperangan sering berlaku di antara negara kota menyebabkan sentiasa berlakunya penukaran pemerintah, kemusnahan negara kota
dan keruntuhan Tamadun Sumeria. Kira-kira pada tahun 2,750 SM, Raja Sargon dan Akadia menguasai tamadun ini. Baginda
meluaskan wilayahnya sehingga Elam di Timur dan Laut Mediterranean. Kira-kira tahun 2,200 SM, sekumpulan orang Amorotes
menyerang Mesopotamia dan menawan Babylon. Babylon ini kemudian berkembang menjadi sebuah negara kota yang indah, kuat
dan termasyhur di bawah pemerintahan Hammurabi. Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini diserang oleh Kerajaan Assyria.
Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina semula menjadi sebuah negara kota yang
kuat dan pusat empayar yang baru. Selepas itu, orang Parsi (Raja Cyprus) menyerang dan menawan negara-negara kota Mesopotamia.
Perkembangan Teknologi
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan dunia luar. Sistem pengairan yang maju
dibina untuk mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok pula ditanam sebagai penghalang angin. Orang-orang Sumeria
dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu,
menggunakan pedati dalam peperangan, kincir dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda. Dalam bidang
pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja pertanian. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah
dalam bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan batu-bata yang
diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-bata. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor
yang berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan
mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan sesuatu kawasan dan isipadu.
Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial mendorong kepada kewujudan pengkhususan kerja. Raja berperanan sebagai ketua kerajaan. Baginda
berkuasa mutlak dalam pengurusan segala hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga merupakan ketua
tentera dan sebagainya. Golongan pendeta pula bertugas menguruskan hal-ehwal agama. Beliau secara tidak langsung terlibat dalam
penciptaan kalendar. Golongan petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan
artisan pula bertugas membuat roda, tembikar, mengukir dan sebagainya. Yang akhir sekali, iaitu hamba abdi bertugas untuk
melakukan kerja-kerja berat tanpa menerima gaji.
Wujudnya Kepercayaan
Orang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya sebagai Tuhan. Mereka menyembah Tuhan yang turun
ke bumi dari langit untuk melindungi negara kota mereka. Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-
7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhut ialah The Towel of Babel. Mereka mempercayai Tuhan yang mereka
sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin). Orang Sumeria menganggap dewa-
dewi menentukan kejadian bencana alam dan melapetaka. Apabila berlaku bencana ini, berertilah dewa-dewi telah menjatuhkan
hukuman ke atas rakyat. Walau bagaimanapun, orang Sumeria tidak percaya kepada konsep kehidupan selepas mati.
Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Dipercayai orang Mesir datang ke kawasan Sungai Nil pada kira-kira 5000 SM. Orang ini bergerak merata-rata di kawasan ini pada
permulaan. Apabila mereka sedar betapa suburnya delta di sebelah Utara Sungai Nil, mereka pun menetap di sini. Di sini, mereka
menjalankan aktiviti pertanian. Suatu perkampungan kecil dibentuk. Perkampungan ini kemudian mengalami urbanisasi dan
membentuk negara kota yang mempunyai ramai penduduk, merupakan pusat perdagangan dan sebagainya. Memphis dan Thebes
merupakan contoh negara kota yang terkenal di Tamadun Mesir ini.
Pembentukan Kerajaan
Di sepanjang zaman lampau ini, perkelahian sering berlaku di antara penduduk yang tinggal di sepanjang Lembah Sungai Nil. Setelah
mereka menjadi lebih mahir membuat senjata, mereka ini dapat mengatasi jiran-jiran mereka. Apabila satu-satu puak berjaya
mengatasi puak lain, puak-puak yang dikalahkan itu akan dipaksa mengiktiraf totem (simbol) puak pemenang itu sebagai tuhan yang
maha berkuasa. Lebih kurang dalam 4300 SM, dua puak telah menghapus puak-puak yang lain dan masing-masing membentuk
kerajaan di sebelah Utara dan Selatan Lembah Nil. Lama-kelamaan, Kerajaan Hulu dan Hilir bercantum menjadi satu dan diperintah
oleh seorang raja.
Perkembangan Teknologi
Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim (kalendar) dan matematik. Bidang astronomi maju
kerana para pendeta dapat mengkaji bumi, langit, peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan
takwim yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365
hari setahun. 12 bulan ini kemudian dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai. Mereka juga mencipta
jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan
empat segi tepat, bulatan, menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok batu yang
digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan mereka dapat dilihat melalui pembinaan piramid. Alat-alat
mudah seperti pahat, tembaga, baji dan tukul batu digunakan. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik mengawet
mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan mengenai pembedahan.
Pengkhususan Kerja
Kewujudan organisasi sosial telah mewujudkan pengkhususan kerja bagi setiap lapisan masyarakat. Firaun bertugas memerintah
negara Mesir dan berkuasa mutlak serta mempunyai kuasa penuh ke atas tanah air di Mesir. Baginda memerintah dengan dasar kuku
besi. Dasar kuku besi bermaksud rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan rakyat dipaksa membayar cukai. Golongan pendeta
bertanggungjawab menjalankan upacara untuk mententeramkan tuhan mereka. Golongan bangsawan pula menjadi gabenor daerah,
pegawai istana atau pemungut cukai. Kelas pertengahan pula menjadi peniaga, tabib ataupun artisan. Golongan petani bertugas untuk
menanam tanaman seperti gandum dan barli. Mereka dikehendaki menyerahkan 2/3 daripada hasil tanaman kepada kerajaan sebagai
cukai. Hamba pula bekerja sebagai petani atau bekerja di kuil atau di projek pengairan.
Wujudnya Kepercayaan
Agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Mesir. Masyarakat di Mesir percaya bahawa alam
semesta dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau mati segala-gala benda dalam alam semesta. Mereka
memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing untuk mendapatkan kebahagiaan kepada mereka. Tuhan yang disembah oleh
orang Mesir termasuk Amon-Re (matahari), Osiris (Sungai Nil), Isis (Bulan), Nut (langit), dan Shu (udara). Orang Mesir juga percaya
kepada kehidupan selepas mati. Mereka percaya orang yang mati akan hidup dengan penuh kebahagiaan di akhirat, maka roh mesti
dibekalkan dengan segala keperluan dan barang kemas. Mereka memumiakan mayat dan mayat itu disemadikan bersama-sama
dengan segala keperluan dan barang kemas. Dalam proses memumiakan mayat, mayat disumbat dengan garam dan kemudiannya
dibalut dengan kain. Golongan pemerintah pula membina piramid untuk menyimpan mumia dan dijadikan sebagai tempat roh
bersemadi. Piramid juga digunakan untuk menyimpan harta Firaun yang mati. Piramid yang terkenal ialah Piramid Agung yang dibina
di Giza untuk Firaun Khufu.
Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Penduduk Cina mendapati Lembah Sungai Hwang-Ho sesuai untuk pertanian. Mereka mendirikan perkampungan tetap di sana.
Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi dan seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem
ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang
(1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk
melindungi bandar tersebut.
Pembentukan Kerajaan
Pada permulaan, setiap negara kota itu merupakan satu kerajaan. Terdapat satu daripada negara kota itu telah berjaya memperluaskan
wilayahnya dengan menawan negara kota yang lain. Negara kota itu ialah Shang. Juga dipercayai bahawa sebelum Shang, terdapat
satu dinasti yang bernama Hsia. Raja Shang ini kemudian memperkuatkan kekuatan tenteranya dan negara kota yang lemah pun
secara sukarela menunduk terhadap kekuasaan Shang. Maka akhirnya Kerajaan Shang pun ditubuhkan. Kerajaan Shang ini diketuai
oleh seorang raja dan setiap orang bangsawan pula akan diberikan sesuatu wilayah untuk ditadbir secara turun-temurun. Kerajaan
Shang ini beribu kota di Anyang. Kerajaan Shang ini kemudian diguling oleh Wu Wang dari Kerajaan Chou kerana kezaliman raja
Shang yang bernama Zhou Hsin.
Perkembangan Teknologi
Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou. Pada zaman
Dinasti Shang, gangsa digunakan untuk membuat alat senjata dan alat pertanian, tanah liat digunakan untuk membuat tembikar, jed
digunakan sebagai alat perhiasan, sutera dihasilkan dan sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan. Pada zaman Dinasti Chou
pula, wang yang dibuat daripada logam digunakan. Buku mulai dicetak dan alat tulisan mula dihasilkan.
Pengkhususan Kerja
Raja dianggap sebagai anak tuhan iaitu Tian Zhi, maka baginda berkuasa memerintah negara dengan penuh berkuasa. Baginda juga
merupakan "Tuan Tanah" dan bangsawan pula merupakan "Penyewa Tanah". Golongan bangsawan akan dianugerahkan sebuah
wilayah untuk ditadbir secara mutlak dan sebahagian hasil yang diperolehi akan diserah kepada raja. Golongan bangsawan ini juga
mewujudkan sistem pemerintahan birokrasi di bahagian pusat di mana jabatan-jabatan seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-
undnag diwujudkan. Di antara kurun ke-8-3 SM, golongan ini menjadi terlalu kuat dan kerajaan pusat tidak lagi berupaya mengawal
kuasa mereka. Golongan petani pula bekerja sebagai pencucuk tanam ataupun penternak binatang. Hasil yang diperolehi akan
diserahkan sebahagian kepada bangsawan sebagai cukai. Seterusnya, artisan, peniaga dan askar masing-masing menjalankan
kewajipan mereka mengikut kemahirannya.
Wujudnya Kepercayaan
Mengenai Tamadun Hwang-Ho, mereka mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang. Mereka percaya nenek moyang
mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka. Apabila mereka hendak mendapat mertolongan daripada nenek moyang, mereka
akan menggunakan tulang nujum. Tulang nujum ini akan diukir dengan beberapa soalan dan kemudian dihempaskan. Berdasarkan
retak-retak atas tulang, mereka akan membuat ramalan. Selain daripada pemujaan nenek moyang, mereka juga menyembah Tuhan
Shang Ti, tuhan matahari, tuhan bulan, tuhan angin dan sebagainya.
Ciri-ciri
Pembentukan Bandar (klik sini untuk keterangan selanjutnya)
Seperti dengan tamadun yang lain, bandar negara kota ini terbentuk apabila satu perkampungan ini mengalami urbanisasi.
Pembentukan ini menunjukkan corak kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. Antara negara kota ini,
Harappa dan Mohenjo-Daro mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan
berdasarkan corak checker-board. Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur. Rumah-
rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya. Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan
telaga. Selain itu, bandaraya ini mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, sistem saluran najis di bawah tanah
dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan pemerintah. Seterusnya, kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar
ini daripada serangan musuh.
Pembentukan Kerajaan
Secara amnya, setiap negara kota ini merupakan satu kerajaan. Ia diperintah oleh pendeta atau paderi dengan kuasa mutlak. sistem
pemerintahannya adalah teratur dan bersistematik. Tamadun ini telah mengalami kemerosotan dan terus lenyap kira-kira 1500 SM.
Organisasi Sosial
Organisasi sosial bagi tamadun ini tidak berapa jelas. Tapi, apa yang dapat dilihat ialah para pendeta menjadi ketua kerajaan dan
selepasnya terdapat satu golongan petani yang bilangannya agak ramai. Selain itu, terdapat juga golongan peniaga yang dipercayai
menjalankan kegiatan perdagangan dengan bandar Ur di Mesopotamia.
Perkembangan Teknologi
Perkembangan teknologi tamadun ini tidak berapa jelas juga. Tetapi apa yang diketahui ialah roda telah dicipta dan digunakan sebagai
alat pengangkutan.
Pengkhususan Kerja
Para pendeta bertanggungjawab mengawal pembinaan bangunan baru, menetapkan piawai timbangan dan ukuran dan mengawal ketat
sistem tulisan, bentuk bangunan, pelan jalan dan saiz batu-bata yang digunakan dalam pembinaan. Golongan petani pula
bertanggungjawab menanam tanaman seperti gandum, barli, padi dan kapas dan menternak binatang seperti lembu, biri-biri, kambing,
babi dan ayam. Selain itu, terdapat orang yang mengamalkan pekerjaan berniaga, pengukir batu, pembuat barang kemas, tukang besi
dan pembuat tembikar.
Wujudnya Kepercayaan
Menurut sumber arkeologi, masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animisme. Oleh itu, penduduknya menyembah binatang,
pokok dan batu. Berdasarkan kepercayaan ini juga, lembu jantan dianggap sebagai binatang suci. Masyarakat Indus juga menyembah
Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian, kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. Masyarakat rakyat
Indus mengamalkan upacara pengebumian dan pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke dalam sungai. Kira-kira pada
tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan
api. Walaupun begitu, orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja (monotheistic) dan percaya kepada konsep
hidup semula dalam jasad lain.
Secara umum, tamadun ditakrifkan sebagai sesuatu masyarakat peringkat kemajuan dalam kehidupan manusia (merangkumi aspek
politik, ekonomi dan sosial) melalui pembentukan organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, pengkhususan
kerja, pertumbuhan bandar serta sistem pentadbiran yang sistematik. Tamadun manusia merupakan satu proses yang berlaku
secara beransur-ansur. Perkataan "tamadun" berasal daripada perkataan Latin "citivas" yang bermaksud kota.
Ciri-ciri
Penempatan Tetap
Penempatan tetap mula berkembang apabila perkampungan-perkampungan dengan bilangan penduduk yang kecil mula
10
menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan. Proses perubahan dan kemajuan ini dikenali sebagai proses
perbandaran atau urbanisasi. Misalnya, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan
Harappa yang utama. Bekalan air yang mencukupi dan kekayaan tanaman menyebabkan pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan
seperti gandum dan barli disamping betik, tembikai, dan kacang. Kejayaan paling memberangsangkan ialah penanaman kapas.
Dengan penanaman kapas, mereka telah menjalankan perusahaan ekonomi yang melibatkan kain kapas. Selain itu, penternakan
turut dijalankan. Orang Harappa juga membela anjing, lembu dan kerbau. Unta, gajah, kuda dan keldai digunakan sebagai alat
pengangkutan terutama bagi kafilah.
Perdagangan
Perdagangan yang dijalankan juga merupakan salah satu ciri perbandaran. Apabila penduduk menjalankan aktiviti perdagangan,
penempatan tetap akan mula mengalami perkembangan. Sebagai contoh, perdagangan merupakan ekonomi Tamadun Mohenjo-
Daro dan Harappa yang penting. Barangan utama yang diperdagangkan ialah kapas yang merupakan salah satu bahan eksport
utama bagi Tamadun Indus. Selain itu, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan barang-barang keluaran Indus telah sampai ke
Mesopotamia kira-kira antara tahun 2300 dan 2000 SM. Di samping itu, orang Barat dikatakan pernah tiba di Harappa. Kapak
yang diperbuat daripada tembaga atau gangsa dijumpai di kawasan Indus menunjukkan adanya hubungan dengan Asia Barat.
Dengan kehadiran benda-benda di kawasan Indus seperti lapis lazuli, jed, turquoise dan sebagainya membuktikan perdagangan
yang dilakukan antara Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa dengan Iran, Iraq, Afghanistan Pertengahan Asia. Selain itu,
Tamadun Indus juga mengamalkan industri kecil-kecilan seperti menenun kain serta pertukangan tangan.
Perancangan Bandar
Salah satu ciri perbandaran lagi ialah perancangan bandar. Bandar dirancang supaya menjadi lebih sistematik. Misalnya, bandar
Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan perancangan bandar (town planning). Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bandar Benar (city proper) dan pusat benteng atau kubu (citadel) di Timur yang lebih kecil
dan tinggi. Terdapat juga sebuah citadel yang didiami oleh golongan pemerintah. Kesimpulannya, Tamadun Mohenjo-Daro dan
Harappa memperlihatkan perancangan bandar yang sempurna.
Pembinaan Jalanraya
Pembinaan jalanraya yang sistematik dan lurus juga merupakan satu ciri perbandaran. Jalanraya dibina untuk menghubungkan satu
kawasan dengan satu kawasan yang lain. Di kota Mohenjo-Daro dan Harappa, jalan utama dibina berturut-turut dari Utara ke
Selatan dan ke arah Timur serta Barat. Di Kalibangan antara jalan Utara-Selatan mempunyai 7.2 meter lebar, sedangkan jalan
Utara-Selatan yang lain adalah tiga suku daripada lebarnya. Jadi, boleh dikatakan pembinaan sistem jalanraya yang lurus dan
sistematik adalah ciri perbandaran yang amat penting.
Kemudahan Maju
Bandar raya yang dilengkapi kemudahan maju adalah ciri perbandaran yang ketara. Kemudahan yang sempurna memperlihatkan
taraf hidup rakyat yang tinggi. Contohnya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang memiliki kemudahan yang maju. Di pusat
bandar, mereka membina rumah kedai dan rumah tinggal. Rumah-rumah diperbuat daripada batu-bata dan beratan serta
mempunyai bilik mandi, dapur, tandas dan longkang. Bandar raya terbahagi kepada petak-petak perumabahn berdasarkan corak
checker board. Terdapat juga jelapang-jelapang, dewan orang ramai dan kedai-kedai. Bandar raya tersebut mempunyai sistem
saluran najis di bawah tanah. Dengan itu, kemudahan yang ada pada Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa adalah agak maju.
Penutup
Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia. Pembentukan bandar
Mohenjo-Daro dan Harappa jelas memperlihatkan corak kehidupan manusia yang berorganisasi dan kebijaksanaan penduduk
dalam proses perbandaran.
TAMADUN ARAB
Latar Belakang
Arab merujuk kepada kawasan yang terletak di antara Asia dan Afrika. Terdapat banyak tamadun di kawasan Arab, di antaranya
termasuklah Anbat, Palmyra, Ghassan, Hirah, Main, Qatban dan Himyar. Di antara tamadun ini, Anbat ialah tamadun yang terkenal.
Ia merupakan tamadun yang teragung di Arab dan berkembang sebelum zaman Jahiliah. Tamadun Sabak pula bersifat tulen - kurang
menerima pengaruh dari tamadun asing. Ia melambangkan keemasan zaman Arab Purba. Ia terletak di bahagian Selatan Semenanjung
Arab, iaitu di negeri Yaman dan diasaskan oleh Sabak Bin Tasyjab. Kerajaan Sabak boleh terbahagi kepada 2 zaman: Sarwah
(sebelum 950 SM - 650 SM) dan Maarib (650 SM - 115SM). Pemerintahnya yang cekap ialah Balqis
11
Ciri-ciri
Pemerintahan dan Pentadbiran
Tamadun Arab berbentuk ala demokrasi. Terdapat beberapa majlis dalam sistem pemerintahannya, iaitu Majlis Diraja dan Majlis
Perwakilan. Majlis Perwakilan diwakili oleh orang kecuali hamba yang bekerja di ladang. Majlis ini akan diadakan persidangan 2 kali
setahun. Bukti amalan demokrasi: Puteri Balqis memanggil menteri-menteri untuk membincangkan kandungan surat yang diterima
daripada Nabi Sulaiman.
Organisasi Sosial
Tamadun Arab mempunyai susun lapis masyarakat yang jelas. Pemerintah yang dikenali sebagai Malik, Mulak atau Ratu menduduki
tempat yang tertinggi. Ia diikuti oleh golongan bangsawan yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dan mempunyai ladang
yang luas. Golongan pertengahan yang terdiri daripada peniaga dan tentera menduduki tempat ketiga. Di tempat yang bawah sekali
ialah hamba yang bekerja di ladang.
Teknologi
Teknologi Tamadun Arab adalah tinggi. Buktinya, Empangan Maarib yang berfungsi mengawal banjir, membekalkan air pada musim
kemarau. Banyak istana telah dibina, antaranya Istana Salihim, Ghuradan dan Bainun. Benteng-benteng pertahanan juga dibina.
Tamadun Arab menghasilkan barang-barang ukiran pada dinding rumah ibadat dan istana, contohnya patung Puteri Balqis yang
diampit oleh 2 orang dayang. Selain itu, tempat-tempat penyembahan juga banyak dibina.
Pengkhususan Kerja
Raja berkuasa mutlak dalam memerintah negara. Golongan bangsawan pula membant raja dalam pentadbiran, memegang jawatan
penting kerajaan dan mempunyai ladang yang luas. Seterusnya, peniaga melibatkan diri dalam perniagaan dan tentera menjaga
pertahanan dan keselamatan negara. Akhir sekali, golongan hamba bekerja berat di ladang dan kehidupan mereka adalah susah.
Agama
Agama yang diamalkan oleh Tamadun Arab ialah agama kosmologi (alam semesta) pada peringkat awal. Agama yang menyembah
matahari dan bulan (cakrawala) yang dikenali sebagai animisme turut diamalkan. Terdapat banyak tempat penyembahan untuk dewi
bulan dan matahari di Arab. Selepas itu, agama ini telah bertukar menjadi agama Tauhid (monoteisme) iaitu apabila Puteri Balqis
menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Allah Sulaiman.
Ekonomi
Aktiviti ekonomi yang diamalkan oleh Tamadun Arab ialah perdagangan. Mereka aktif berniaga sehingga ke peringkat antarabangsa.
Mereka mengeksport emas, batu permata ke Haspa, Mesir, India, China dan Kepulauan Melayu. Pelabuhan yang penting ketika itu
ialah Pelabuhan Adana. Mereka turut memonopoli aktiviti perdagangan di kawasan Lautan Hindi dan Lautan Merah. Pertanian turut
dilaksanakan dan Empangan Maarib amat membantukan mereka dalam aktiviti ini. Empangan Maarib menakung air semasa musim
hujan dan digunakan semasa musim kemarau. Hasil pertanian yang diperolehi bukan sekadar untuk memenuhi keperluan mereka
malah boleh dijual di kawasan berhampiran.
TAMADUN INCA
Latar Belakang
Tamadun Inca juga dikenali sebagai Tamadun Andean. Tamadun Inca ini merujuk kepada masyarakat pribumi Hindia Barat yang
telah mula berkembang di kawasan tanah tinggi Barat Laut Amerika Selatan untuk beberapa ribu tahun sebelum Masihi sehinggalah
kedatangan Sepanyol pada tahun 1532 di kawasan tersebut. Unsur asas ekonomi yang diamalkan oleh masyarakat ini masih terdapat
di kalangan penduduk kaum India di Peru, Bolivia, Ecuador dan Colombia. Frasa "Andean" ini juga termasuk penduduk yang tinggal
di tepa pantai Peruvian. Di tepi pantai, ikan dan makanan laut merupakan makanan penting manakala di kawasan tanah tinggi,
kegiatan memburu merupakan kegiatan yang penting bagi mendapatkan bekalan makanan. Seperti tamadun yang lain, Tamadun Inca
juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan dipercayai kegiatan pertanian ini mula berkembang sejak 4,000 tahun dahulu. Mereka
tinggal di rumah yang dibina dengan separuhnya di bawah tanah. Mereka tahu sedikit tentang penanaman jagung dan pembuatan
tembikar tetapi mahir dalam penanaman cili, lada dan kapas dan membuat pakaian dan bakul.
Ciri-ciri
Pembentukan Kerajaan
Maharaja Inca bertanggungjawab mentadbir empayar. Baginda suka berperang. Baginda menjalankan pentadbiran secara pecah dan
perintah: pembesar dan etnik terdapat di merata tempat dalam empayar; cuba sedaya upaya agar kumpulan etnik tidak berkeyakinan;
menyukarkan segala yang dilakukan oleh kumpulan etnik supaya mereka tidak berjaya. Baginda sering berperang demi agama. Kaum
lelaki dibahagikan kepada berbagai unit: 100, 500, 1,000, 5,000, 10,000 untuk menjadi tenaga buruh atau tentera. Wanita yang cantgik
pula dipilih untuk dijadikan gundik kepada pembesar dan raja. Gadis yang tidak cantik dijadikan "virgin of the sun" serta diarah
menenun kain.
12
Organisasi Sosial
Maharaja (emperor) dianggap sebagai "Tuhan Matahari" selagi masih hidup, berkuasa penuh. Selepas Maharaja, apo yang mentadbir
4 tentori dalam empayar (dengan itu mempunyai 4 orang apo). Mereka merupakan saudara mara Maharaja. T'oqrikq pula merupakan
gabenor wilayah. Beliau menduduki tempat selepas apo dan memerintah wilayah yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik.
Kurakas pula merupakan ketua etnik yang bertanggungjawab memungut cukai daripada kalangan penduduk dalam unit manusia.
Sebagai balasan kepada kurakas, dia tidak perlu membayar cukai. Formen pula bertanggungjawab mentadbir 10 buah rumat. Akhir
sekali ialah rakyat.
Perkembangan Teknologi
Masyarakat Inca mula menggunakan dacing untuk menimbang. Selain itu, mereka juga mempunyai sistem pengaliran yang maju.
Sistem pengairan ini telah membantu meningkatkan hasil pertanian. Mereka juga membina jambatan yang tergantung merentasi lurah.
Masyarakat Inca juga tahu membina jalanraya. Jalanraya mereka dibina melalui gunung-ganang dan pantai. Sistem sukatan telah mula
wujud pada zaman ini iaitu ukuran tangan Inca (8 inchi/20 cm) dan ukuran tubuh badan (160 cm). Mereka juga mempunyai sistem
kalendar iaitu setahun mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan 30 hari (mula dengan Disember). Setiap bulan pula mempunyai 3
minggu dengan seminggu mempunyai 10 hari.
Wujudnya Kepercayaan
Masyarakat Inca memuja nenek moyang sendiri. Selain itu, tuhan pencipta (Virococha) juga disembah oleh seluruh empayar.
Penyembahan Virococha akan dijalankan di kuil-kuil yang dibina oleh paderi. Penduduk tempatan dibenarkan menjalankan
penyembahan sendiri tetapi dengan syarat menyembah Tuhan Inca. Selain daripada penyembahan Virococha, tuhan matahari juga
disembah. Dalam penyembahan-Nya, upacara pengorbanan manusia akan dilaksanakan.
TAMADUN MAYA
Latar Belakang
Maya merujuk kepada bangsa India Amerika yang tingga di Mexico. Tamadun ini dianggar muncul pada tahun 300-900 Masihi. Dua
buah negara kota yang terkenal ialah Tical dan Kalakmul. Negara kota ini dianggarkan mempunyai 40,000 orang penduduk.
Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Masyarakat Maya membentuk satu perkampungan pada permulaannya. Lama-kelamaan, satu bandar diwujudkan. Bandar ini
merupakan satu kawasan kosong pada hari-hari biasa. Bandar ini hanya didiami oleh golongan pemerintah, iaitu paderi dan pembesar.
Pada hari perayaan, suasana bandar akan menjadi riuh-rendah. Bagi rakyat biasa, mereka tinggal di luar bandar. Rumah mereka hanya
dibina dengan tiang biasa, beratap daun dan lantai ditambun.
Pembentukan Kerajaan
Corak pemerintahan teokrasi diamalkan di Tamadun Maya. Frasa "teokrasi" ini bermakna semua keputusan yang diambil
berlandaskan unsur agama, khususnya agama matahari. Raja menjadi ketua kerajaan. Baginda memerintah dengan mengikut kata-kata
paderi dan kitab-kitab.
Organisasi Sosial
Raja menduduki tempat yang paling tinggi dalam hierarki organisasi sosial. Selepas baginda ialah golongan pendeta dan pembesar.
Rakyat pula menduduki tempat yang paling rendah.
Perkembangan Teknologi
Tamadun Maya mahir dalam bidang senibina. Buktinya, kuil piramid telah dibina dengan mempunyai 3,000 tiang, keluasannya
mencapai 16 km persegi, dan piramid ini mempunyai 200 tingkat (tingkat teratas ialah kawasan lapang yang digunakan sempena
perayaan agama) dengan setiap tingkat mempunyai bilik-bilik yang berpintu tetapi tiada tingkap. Selain itu, terdapat 10 buah
empangan telah dibina di seluruh Kerajaan Maya. Dari segi astronomi, mereka mengkaji tentang planet Venus. Mereka menghasilkan
jadual luna (bintang) dan jangka masa bagi kejadian gerhana matahari. Mereka juga menghasilkan 2 jenis kalendar. Dalam bidang
matematik, mereka mengkaji tentang sistem nombor, sifar. Mereka menganggap nombor 13 mempunyai kuasa magis.
Pengkhususan Kerja
Raja merupakan ketua kerejaan dan baginda sentiasa menurut kata pendeta. Pendeta pula merupakan orang yang berilmu tinggi.
Golongan pendeta ini boleh dibahagikan kepada 3 jens mengikut kerja yang dilakukan: membelah dada dan mengambil hati;
memegang kaki dan tangan mangsa korban; mentafsir kitab agama.
Wujudnya Kepercayaan
Masyarakat Maya percaya bahawa dunia ini mempunyai 4 arah dan diwakili oleh warna, warnanya bersama-sama pokok dan ada
burung diatasnya. Bukti kepercayaan ini ialah 4 arah dunia yang ditemui di kuil penyembahan mereka sempena hari perayaan. Mereka
juga percaya bahawa kedudukan bumi adalah di antara 13 lapis syurga dan 9 lapis "underworld" dan dunia ini terletak di tengah-
tengahnya.
13
Wujudnya Bahasa dan Tulisan
Tulisan masyarakat Maya berbentuk hieroglif: piktografik (gambar) dan logografik (fenotik, akhirnya menjadi huruf).
TAMADUN AZTEC
Latar Belakang
Masyarakat Tamadun Aztec merupakan sekumpulan atau puak memburu. Mereka tinggal di Mexico (Amerika Selatan). Tamadun ini
eujud pada tahun 1325 M.
Ciri-ciri
Pembentukan Bandar
Tamadun Aztec pada zaman kegemilangannya meliputi kawasan seluas 13 km persegi dengan penduduknya seramai 140,000 orang.
Kawasan ini dikatakan paling padat pada ketika Tamadun Amerika Pertengahan.
Pembentukan Kerajaan
Raja Tamadun Aztec sangat zalim. Baginda memerintah secara "sistem kuku besi". Baginda menggunakan kuasa tentera atau kaedah
peperangan untuk meluaskan wilayahnya.
Organisasi Sosial
Raja menduduki tempat yang paling tinggi dalam hierarki organisasi sosial. Raja yang terkenal ialah Itzcoatl (1428-1440). Selepas
raja, paderi menduduki tempat yang kedua. Dia bertanggungjawab dalam upacara agama. Kelas birokrasi yang mengendalikan hal
ehwal pentadbiran menduduki tempat yang seterusnya dan golongan serf yang terdiri daripada pekerja dan hamba menduduki tempat
yang paling rendah.
Perkembangan Teknologi
Masyarakat Aztec menjalankan aktiviti pertanian secara intensif iaitu semua tanah yang ada digunakan sepenuhnya. Mereka membina
sistem pengairan yang maju. Kawasan paya pula dibaikpulihkan untuk dijadikan kawasan pertanian. Dalam penciptaan kalendar,
paderi telah menghasilkan 2 jenis: berasaskan upacara ritual; berkaitan dengan ketuhanan. Kalendar yang berasaskan upacara ritual
mengandungi 365 hari (18 bulan dengan setiap bulan mempunyai 20 hari dan 5 hari malang lagi). Kalendar yang berkaitan dengan
ketuhanan pula mempunyai 290 hari setahun dengan salah setahun adalah Tahun Tuhan.
Wujudnya Kepercayaan
Masyarakat Aztec menganut kepercayaan kosmologi., iaitu menyembah alam semesta. Mereka percaya bahawa bumi adalah ciptaan
terakhir dalam siri alam semesta. Mereka juga menganggap kedudukan bumi adalah di antara 13 lapis syurga dan 9 lapis
"underworld". Banyak tuhan yang telah disembah oleh tamadun ini, antaranya tuhan perang, tuhan matahari dan tuhan hujan. Upacara
pengorbanan mesti diadakan untuk menyembah tuhan matahari. Manusia ditores hatinya di hadapan tuhan dan membiarkan darahnya
mengalir.
Lembah Sungai
Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang
berhampiran dengan sungai yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian manusia sejak
awal lagi adalah tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal.
Sungai menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga menjadi
sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan
di ditu. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada
batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat
berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang.
14
Iklim
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang sesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam
sekitar dapat menghasilkan sumber makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan tumbuhan dapat
bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan pembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak
akan menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun
awal bermula di kawasan iklim yang berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering telah menyebabkan
hutan terbakar dan tidak terdapat tamadun dan kehidupan angin kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan
cepat.
Pertambahan Penduduk
Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia
hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia semakin bertamadun
apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam,
menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mengalami proses
urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seorang ketua dengan sistem pentadbiran dna perundangan yang
tersusun serta sistem sosial yang teratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yang lebih dinamik
atau berdaya maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-idea dan ciptaan baru dengan menggunakan roda ceper untuk
menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan menunjukkan
kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dan gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka
juga pandai menganyam bakul dan membuat barang-barang tembikar.
Kemajuan Perlindungan
Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-lembah sungai kerana ia merupakan tempat yang paling
sesuai untuk dijadikan kawasan penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut dan kawasan tinggi
menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat
tamadun terawal yang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di
Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning. Tamadun-
tamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang dengan pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar
dan kompleks.
Kemajuan Teknologi
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan
tembikar. Mereka pandai membuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat tembikar digunakan untuk
memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Mereka menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih
bermutu dan cepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih banyak tanaman dihasilkan. Kewujudan sistem
pengairan yang maju turut membantu kegiatan pertanian dapat menghasilkan hasil yang berlipat ganda. Roda telah dicipta untuk
mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di Sungai Hwang Ho, tembok telah dibina untuk menghalang banjir.
Perkembangan Agama dan Kepercayaan
Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara
hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan
kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan yang berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda
mempunyai roh. Mereka menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam
seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu amalan yang penting untuk
mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk
mendapatkan perlindungan.
SEBAB-SEBAB TAMADUN AWAL WUJUD DI LEMBAH-LEMBAH SUNGAI
Sejarah mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,000 SM. Tarikh ini menandakan bermulanya tamadun manusia di
dunia. Mengikut ahli sejarah pembentukan tamadun manusia yang terawal bermula di lembah sungai. Empat tamadun terawal yang
wujud di lembah sungai ialah Tamadun Sumeria atau Mesopotamia (kira-kira tahun 3,500 SM) di Lembah Sungai Tigris-Eupharates,
Tamadun Mesir (kira-kira tahun 3,100 SM) di Lembah Nil, Tamadun Indus (kira-kira tahun 3,500 SM) di Lembah Indus dan
Tamadun Shang (kira-kira tahun 1,800 SM) di Lembah Sungai Hwang Ho.
Secara umumnya, tanah di lembah sungai adalah lebih subur. Setiap tahun sungai-sungai ini akan mengaliri daratan-daratan di
sekitarnya dan membentukan satu lapisan tanah yang kaya dengan galian. Misalnya, Lembah Tigris-Eupharates dan Lembah Sungai
Nil memiliki tanah lanar. Pembentukan tanah subur di Lembah Hwang Ho berbeza sedikit, tanah subur serta halus yang dipanggil
"loess" yang dimendapkan oleh angin-angin yang kencang. Kawasan-kawasan sedemikian amat sesuai untuk bercucuk tanam.
Lebihan makanan turut wujud disebabkan teknologi yang bertambah maju. Keadaan ini mendorong pertambahan penduduk
seterusnya menggalakkan pengkhususan di dalam bidang teknikal dan vokasional. Tumpuan penduduk di satu-satu kawasan terus
menggalakkan kewujudan masyarakat yang lebih dinamik. Idea-idea serta ciptaan-ciptaan baru dapat berkembang dengan mudah.
Sementara itu, kawasan lembah sungai juga mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata. Keadaan ini sesuai untuk membina
petempatan dan telah menarik ramai orang berhijrah ke kawasan lembah. Misalnya, dikatakan orang Sumeria datang ke Lembah
Tigris-Eupharates dari kawasan pergunungan yang berdekatan.
Sistem pengairan yang maju juga merupakan sebab penting yang menggalakkan kebangkitan sesebuah tamadun di kawasan lembah.
Sungai boleh membekalkan air untuk pengairan tanam-tanaman. Terusan dan empangan yang telah dibina sejak kira-kira 5,000 tahun
15
dahulu turut memainkan peranan dalam konteks ini dan meningkatkan daya pengeluaran. Kemudahan-kemudahan ini dapat
menghasilkan makanan yang lebih banyak untuk menampung pertambahan penduduk yang pesat.
Selain itu, lembah sungai juga mempunyai bekalan sumber-sumber semula jadi yang kaya. Misalnya, sungai kaya dengan sumber
makanan yang penting seperti ikan. Lembah Sungai Tigris dan Eupharates pula membekalkan mensiang (sejenis rumput panjang) dan
tanah liat yang sesuai untuk pembinaan.
Keadaan iklim juga merupakan salah satu sebab yang penting. Keadaan iklim di kawasan lembah adalah sederhana, iaitu tidak terlalu
panas atau sejuk. Hal ini membolehkan aktiviti penanaman dijalankan tanpa banyak masalah. Malah, manusia tidak perlu
menghabiskan banyak untuk mengatasi cabaran alam seperti iklim yang terlalu sejuk. Keadaan ini memang menggalakkan
kebangkitan sesebuah tamadun.
Sungai-sungai yang menjadi asas kepadatan tamadun-tamadun awal ini pula menjadi alat perhubungan yang penting. Sungai yang
menghubungkan petempatan di kawasan hilir dengan kawasan hulu merupakan satu cara pengangkutan yang mudah. Pedagang-
pedagang menggunakannya untuk menghantar barang-barang ke kawasan-kawasan lain. Hal ini telah menggalakkan perdagangan dan
perkembangan tamadun di kawasan lembah.
Akhirnya lembah-lembah yang dalam akibat hakisan sungai turut bertindak melindungi tamadun-tamadun awal ini daripada serangan-
serangan luar. Oleh itu, didapati kebanyakan tamadun awal wujud di lembah sungai
Memandangkan pelbagai kemudahan dan kebaikan telah dibekalkan di kawasan lembah sungai, memang tidak hairanlah kebanyakan
tamadun awal manusia bermula di situ. Tamadun-tamadun lain yang tidak wujud di lembah sungai seperti Tamadun Hattites,
Tamadun Greek, Tamadun Kush dan Tamadun Olimecs turut memilih tapak yang berhampiran dengan punca air seperti tepi laut dan
tepi sungai.
Mengikut Kamus Dewan, negara kota ditakrifkan sebagai negara yang berautonomi atau memerintah sendiri yang terdiri daripada
ketua dan wilayah di sekelilinginya.
Mengikut Encyclopedia Britania pula, negara kota ditakrifkan sebagai satu komuniti urbanisasi yang saling bergantung antara bandar
dan kawasan pedalaman.
Dalam Bahasa Greek pula, negara kota disebut sebagai polis yang bermaksud sekumpulan penduduk bergabung menjadi satu
komuniti politik dan sama-sama menjalankan pemerintahan.
Negara kota biasanya terdiri daripada sebuah kota kecil yang dikelilingi oleh satu kawasan kecil pertanian. Sebagai contoh, Sparta,
Athens, Corinth dan Argos di Yunani; Rom di Rom; Mekah, Madinah dan Taif di Arab dan Langkasuka dan Kedah di Tanah Melayu.
Penubuhan negara kota ini didorong oleh perubahan corak kehidupan nomad kepada tetap.
Kedudukan Strategik
Kedudukan sesuatu negara kota dikatakan strategik hendaklah dilihat berdasarkan bandar itu sendiri dan kedudukannya. Sebagai
contoh: Rom terletak di Lembah Latin yang mempunyai satu bandar yang dipanggil Bandar Tujuh Bukit; Langkasuka terletak di
tengah-tengah jalan perdagangan antara China dan India; Kedah terletak di Lembah Bujang yang menjadi tempat tumpuan pedagang;
Mekah terletak di tengah jalan perdagangan antara Syam di Utara dengan Yaman di Selatan.
Unir Bebas/Kerajaan
Setiap negara kota merupakan satu unit bebas. Ia mempunyai kedaulatan sendiri, cara pentadbirannya berbeza di antara satu sama
lain. Kerajaan telah dibentuk untuk mengarah, mengatur dan mengawal aktiviti manusia bagi membolehkan mereka hidup secara
aman. Sebagai contoh, Sparta diperintah oleh 2 orang raja dan dibantu oleh 3 orang ephor yang dilantik oleh Majlis Perhimpunan
yang dianggotai oleh semua rakyat lelaki Sparta; Rom pula mengamalkan sistem pemerintahan republik, ekoran daripada kekejaman
yang dilakukan oleh pemerintah Tarquim; Mekah sejurus sebelum kedatangan Islam, menjalankan pemerintahan bercorak aristokrasi
di mana golongan Bangsawan Quraisy mendominasikan pemerintahan; Langkasuka pula diperintah oleh raja-raja yang beragama
Hindu dan Buddha.
Pasukan Tentera
Setiap negara kota mempunyai tenteranya yang tersendiri. Sebagai contoh, Sparta merupakan negara kota di Yunani di mana militari
(tentera) merupakan elemen paling penting. Pasukan tenteranya terdiri daripada tentera darat dan laut. Kanak-kanak Sparta akan
16
menerima latihan tentera sejak berumur 7 tahun dan akan memasuki tentera apabila berusia 20 tahun dan terpaksa tinggal di berak
(kem) sehingga 30 tahun. Di Mekah, ia mempunyai tentera yang kemas dan tersusun. Urusan ketenteraannya terletak di bawah Majlis
Unnah (Jabatan Urusan Peperangan). Jabatan ini bertanggungjawab memanggil dna mengendalikan hal-ehwal ketenteraan serta
menyiapkan senjata perang. Jabatan ini dipegang oleh Bani Makhzum. Kewujudan pasukan tentera membolehkan Mekah
mempertahankan kedaulatan sepanjang masa walaupun ketika Rom dan Parsi begitu giat melakukan usaha untuk menguasai
Semenanjung Tanah Arab.
Agama
Di Yunani, mereka mempercayai tuhan seperti Zeus, Apolo, Athana dan lain-lain. Semua tuhan-tuhan ini dipercayai tinggal di
Gunung Olympus. Kota-kota yang mempunyai agama yang sama akan membentuk sebuah majlis agama. Majlis ini akan mewujudkan
pertalian di antara negara-negara kota tersebut. Di Alam Melayu, kebanyakannya terpengaruh dengan Agama Hindu dan Buddha. Di
Mekah, terdapat pelbagai agama yang dianuti tetapi majoritinya menganut agama berhala. Selain itu, terdapat juga penganut Agama
Yahudi, NAsrani, Majusi dan lain-lain lagi.
Prasarana
Di Yunani, setiap kota mempunyai tembok pertahanan, kuil, kawasan kediaman dan pasar. Di Alam Melayu, terdapat kemudahan
pelabuhan dan kuil-kuil untuk tempat ibadat disediakan. Di Mekah, pasar-pasar disediakan sebagai tempat untuk berniaga seperti
pasar Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinnah. Bekalan-bekalan dan minuman juga disediakan untuk para pengunjung.
Penduduk
Apabila disebut negara, Sudah pasti ia diwakili oleh sejumlah penduduk. Setiap negara kota mempunyai penduduk yang berbeza. Di
Yunani, negara kota yang mempunyai penduduk yang paling ramai ialah Athens iaitu seramai 40,000 orang. Negara kota yang paling
sedikit ialah 2,000 orang. Menurut Plato, jumlah yang ideal ialah seramai 5,040 orang.
Keluasan
Keluasan di antara sebuah negara kota dengan yang lain juga berbeza. Sparta luasnya ialah 8,400 km persegi. Ada juga sebuah negara
kota yang paling kecil iaitu seluas 22 km persegi. Sebuah negara kota yang luas tidak semestinya mempunyai bilangan penduduk
yang ramai dan begitulah sebaliknya.
KOTA MEKAH
Latar Belakang
Mekah juga dikenali sebagai Bakkah dan terletak di daerah Hijaz. Ia dipercayai didirikan dalam pertengahan kurun ke-5 SM. Mula-
mulanya, suku Jurhum menguasainya kemudian suku Khuzaah datang dan menaklukinya dan akhirnya suku Quraisy mengusainya.
Sejarah kota Mekah ini bermula dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya dan puteranya di lembah yang kering-
kontang. Baginda merupakan bangsa Kaldani (di Iraq) dan bertutur dalam Bahasa Ibrani (Hebrew). Kota Mekah ini juga dikenali
sebagai Jantung Hati Semenanjung Tanah Arab memandangkan ia merupakan kota terpenting di Arab.
Ciri-ciri
Kedudukan yang Strategik
Walaupun ia dikelilingi oleh banjaran-banjaran gunung, namun masih terdapat jalan-jalan keluar menuju ke kawasan-kawasan utama
di Yaman (Selatan), Palestine dan Syam (Utara) dan Pelabuhan Jeddah (Barat). Kedudukan Mekah adalah di tengah-tengah perjalanan
ke wilayah-wilayah ini. Ia seolah-olah menjadi sendi perhubungan di antara kawasan-kawasan utama ini. Hal ini menyebabkan ia
sering dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab sama ada dari Utara atau dari Selatan.
Ekonomi Kukuh
Mekah merupakan pusat perdagangan di kawasan tengah yang bertaraf antarabangsa. Sebabnya, ia mempunyai bekalan air dari
Telaga Zam-zam yang terkenal. Semasa telaga tersebut belum ditimbus oleh suku Khuzaah yang dihalau oleh kabilah Quraisy,
terdapat satu Majlis Siqayah yang diketuai oleh Abdul Mutalib yang bertugas untuk memberikan air percuma kepada pengunjung-
pengunjung Haji. Hal ini terbukti bahawa bekalan air tidak pernah putus di Mekah. Selain itu, kedudukannya yang strategik juga
menjadikannya tumpuan kepada kafilah perdagangan dari Utara ke Selatan. Seterusnya, kehandalan kabilah Quraisy sendiri dalam
bidang perniagaan juga memperkukuhkan ekonomi di Mekah.
Unit Bebas/Kerajaan
Qusai Bin Kilab telah menubuhkan Dewan Nadwah yang menjadi tempat perbincangan pemimpin-pemimpin Mekah mengenai
masalah-masalah yang mereka hadapi. Kewujudannya telah menyatupadukan masyarakat Quraisy yang telah berpecah kepada satu
kabilah yang besar dan mulia. Semasa pemerintahan Abdul Manaf pula, 15 buah majlis telahpun dibentuk di bawah Darun Nadwah
ini yang berfungsi untuk menjamin keamanan kota Mekah dan melindungi jemaah Haji. Di antaranya ialah Majlis Siqayah (air),
Majlis Rifadah (makanan), Majlis Sidanah (kaabah), Majlis Asynaq (mahkamah) dan sebagainya. Terdapat satu perkara yang juga
penting ialah Mekah bebas daripada pengaruh asing dan tidak ada raja.
17
Pasukan Tentera
Majlis Unnah (urusan perang) telah ditubuhkan di bawah Dewan Darun Nadwah dan ia bertanggungjawab memanggil dan
mengendalikan hal ketenteraan serta menyiapkan senjata perang. Jabatan ini dipegang oleh Bani Makhzum. Kewujudan majlis ini
membolehkan Mekah mempertahankan kedaulatan sepanjang masa walaupun ketika itu Rom dan Parsi begitu giat melakukan usaha
untuk menguasai Semenanjung Tanah Arab. Di Mekah, semua lelaki dijadikan tentera. Pahlawan yang terkenal ialah al-Walid, Saad
Bin Ali Qaqas.
Agama
Pada permulaan, agama yang dianuti oleh masyarakat Mekah merupakan agama Allah (kemudiannya digelar Hanif). Agama ini
dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.. Baginda menyeru masyarakat supaya menganuti-Nya dan mengerjakan Haji. Kaabah telah dibina atas
perintah Allah. Apabila suku Khuzaah yang berasal dari Yaman mengambilalih pemerintahan Mekah, agama penyembahan berhala
diperkenalkan. Buktinya, di sekitar Kaabah sahaja terdapat 360 berhala. Berhala-berhala ini kekal sehinggalah dihancurkan oleh umat
Islam pada tahun 8 Hijrah. Selain itu, terdapat juga agama Yahudi, majlis dan sebagianya.
Prasarana
Di Mekah, terdapat Pasar Ukadz (Suq-Ukaz) yang terkenal dengan kegiatan pesta-pesta perdagangan dan kesusasteraannya. Selain
itu, terdapat juga Pasar Zul Majaz dan al-Majinah yang mempunyai fungsi yang sama. Majlis Siqayah dan Majlis Rifadah juga
ditubuhkan untuk membekalkan air dan makanan secara percuma kepada para pengunjung. Selain itu, Kaabah yang telah dibina di
tengah kota Mekah juga menjadi tempat tumpuan bangsa Arab. Sekitar Kaabah merupakan kawasan haram perang sepanjang masa.
Bangunan ini telah menjadi pusat ibadat dan pusat kebudayaan bagi mereka.
ATHENS
Latar Belakang
Negara kota telah wujud antara tahun 800-500 SM. Kebanyakan negara kota di dunia ini telah wujud di kawasan lembah sungai tetapi
keadaan ini sangat berbeza dengan negara kota di Yunani. Kebanyakan negara kota di Yunani telah muncul di kawasan bergunung-
ganang dan berhampiran dengan laut. Di Yunani, terdapat lebih kurang 150 buah negara kota. Antara negara kota yang sangat
terkenal di Yunani adalah negara kota Athens dan negara kota Sparta. Kedua-duanya merupakan negara kota penting yang menjadi
asas kepada Tamadun Yunani. Athens ialah negara kota di Yunani yang berkembang pesat dengan cepat sehingga terdapat negara
kota lain iri hati, terutamanya negara kota Sparta.
Ciri-ciri
Kedudukan
Kedudukan negara kota Athens yang terletak di Utara Semenanjung Peloponnesus adalah sangat strategik kerana ianya wujud di
kawasan yang bergunung-ganang serta berhampiran dengan laut. Kedudukan ini adalah sangat sesuai dari segi pertahanan kerana
terlindung daripada serangan musuh yang mungkin menyerang dari arah darat atau laut. Keadaan ini juga bersesuaian dengan
perkembangan komuniti-komuniti kecil dalam sesebuah kota. Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan laut sangat
strategik bagi mereka kerana dapat memperolehi sumber makanan seperti ikan, dan lain-lain makanan laut dengan mudah. Di samping
itu, mereka juga dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan. Kebanyakan lembah-lembah Greek berbentuk piring terbalik
iaitu berbonggol-bonggol dan kawasannya sangat subur untuk pertanian. Apabila tiba musim menuai iaitu dalam bulan Mei dan awal
bulan Jun, hasil tanaman seperti jagung dan anggur sudah boleh dituai. Kawasan-kawasan belukar pula mereka akan gunakan untuk
memelihara kambing biri-biri.
Ekonomi
Athens juga sangat terkenal dalam kegiatan ekonominya. Mereka menjalankan kegiatan perdagangan seperti import dan eksport.
Menjelang abad ke-4, Athens terpaksa mengimport 75% daripada gandum dan ternakan dari Thrace dan kawasan Laut Hitam. Athens
juga turut mengimport ikan, daging bergaram, buah-buahan dan arak. Selain itu, bahan mentah seperti galian, kain-kain bulu, pakal
iaitu dibuat daripada damar untuk menutup celah-celah papan dan fleks. Namun begitu, eksport Athens pula terdiri daripada minyak
zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan lukisan. Athens juga terkenal dan termasyhur dalam perdagangan kerana mereka
mengamalkan cukai import dan eksport yang rendah. Sebahagian besar kegiatan perdagangan Athens dilakkan melalui jalan laut
kerana jalan darat ketika itu amat mundur dan terancam daripada serangan musuh. Negara kota yang terkenal dengan sektor
perdagangan di Yunani antaranya ialah Athens, Corinth dan Aegina. Perjalanan perdagangan dapat berjalan lancar dengan adanya
pengawalan laut yang cekap dan ketika itu kemajuan dalam bidang pelayaran juga telah mula berkembangan. Tempat-tempat
membaiki dan membuat kapal atau limbungan kapal juga telah meningkatkan nama Athens dalam sektor perdagangan.
Unit Bebas
Negara kota Athens merupakan sebuah negara kota yang bebas iaitu tidak dijajah atau berdaulat. Athens menguruskan pentadbiran
dengan membentuk kerajaan yang ditadbir oleh menteri. Ianya bertujuan untuk mengawal aktiviti rakyat supaya dapat hidup dengan
aman. Melalui unit yang bebas ini telah diperkenalkan sistem demokrasi iaitu suatu konsep penyertaan rakyat dalam politik. Rakyat
berperanan memilih wakil mereka sebagai pemerintah melalui pilihanraya. Warganegara lelaki bermesyuarat memutuskan perkara-
perkara tertentu. Sistem pentadbiran terdiri daripada tiga buah institut iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis Majistret dan Juri. Mesyuarat
awam atau Dewan Perhimpunan membincang dan meluluskan tindakan pemerintah. Majlis Majistret dan Juri pula berhak meluluskan
undang-undang serta melantik wakil-wakil untuk mentadbir hal-ehwal negara. Sementara itu, Mahkamah Undang-undang berjuri
ditubuhkan untuk membicarakan tentang orang yang melanggar undang-undang. Terdapat juga 10 orang jeneral yang dipilih daripada
warganegara untuk menjaga keselamatan negara.
18
Agama
Kepercayaan masyarakat Athens berasaskan Polytheism iaitu kepercayaan terhadap banyak tuhan. Masyarakat Greek percaya bahawa
dunia tuhan adalah sama dengan dunia manusia. Mereka juga mempercayai bahawa tuhan-tuhan mereka menetap di Gunung Olympus
yang berada di Utara Greek. Tuhan-tuhan yang utama ialah Zeus, tuhan kilat dan tuhan langit. Tuhan-tuhan lain antaranya ialah
Poseidon (tuhan laut), Aphrodite adalah tuhan kasih dan kecantikan, Artemis ialah tuhan pemburuan, Ares pula adalah tuhan
peperangan, Demeter pula merupakan tuhan bumi dan kesuburan serta Athena merupakan tuhan kebijaksanaan dan perang. Ketika
mengadakan penyembahan tuhan Apollo, ia diiringi oleh muzik, tarian dan nyanyian. Di dalam rumah berhala ini jugalah akan
diadakan mesyuarat majlis perwakilan negeri-negeri. Sukan Olimpik diadakan untuk memperingati tuhan Zeus. Sekiranya mereka
memperolehi kecemerlangan dalam permainan, mereka dianggap sebagai penghormatan kepada tuhan Zeus.
Ketenteraan
Sesebuah kerajaan perlu mempunyai pasukan tenteranya yang kuat untuk mengekalkan kedaulatannya daripada musuh. Bagi
masyarakat Athens, berkhidmat dalam tentera merupakan perkara biasa dalam kehidupan. Masyarakat Athens menerima latihan
daripada umur 18 hingga 20 tahun. Setelah 20 tahun, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan sempadan di Attica. Dalam umur 20
hingga 60 tahun, dikerah berkhidmat bila-bila masa. Askar-askar dilengkapi dengan senjata berat dan berdiri rapat-rapat dalam
barisan. Mereka juga mempunyai angkatan laut yang handal dan telah ditubuhkan oleh Themispocles. Angkatan laut ini telah berjaya
menyelamatkan Greek di Salamis dan Mycale. Tentera Athens diberi kuasa memimpin bagi kuasa-kuasa laut Greek yang dikenali
sebagai "Gabungan Delos". Kapal laut yang terkenal ialah Trireme.
Penduduk
Sesebuah kerajaan yang aman memerlukan penduduk yang ramai untuk memerintah dan mempertahankan negara. Negara kota
Athens mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di Yunani iaitu seramai 40 ribu orang. Seorang ahli falsafah yang terkenal
iaitu Plato menyatakan bahawa sesebuah negara kota perlulah mempunyai penduduk lebih kurang 5,040 orang.
Tiada Perpaduan
Negara kota Yunani wujud di kawasan yang bergunung-ganang dan hampir dengan laut. Keadaan ini sesuai untuk perkembangan
komuniti-komuniti kecil tetapi amat sukar untuk mengadakan perpaduan. Mereka berhubung hanya melalui jalan laut. Selain itu,
persaingan antara negara-negara kota untuk menguasai pemerintahan oligarki orang Athens menyebabkan mereka memberontak.
Prasarana
Negara kota Athens terkenal dalam kegiatan perdagangan import dan eksport. Di antara prasarana yang terdapat di negara kota Athens
adalah pengawalan laut yang cekap. Selain itu, Kerajaan Athens juga mengadakan tempat-tempat membaiki dan membuat kapal atau
limbungan kapal. Di Athens juga terdapat pelabuhan-pelabuhan yang indah dan kubu di Piraeus. Menyediakan buruh-buruh untuk
memunggah dan memuatkan barang ke dalam kapal. Menyediakan pasar-pasar dan jimnasium. Di pasar, masyarakat Athens akan
bertemu dan berhimpun dan di jinnasium pula akan digunakan untuk bersenam.
SPARTA
Latar Belakang
Negara Kota dalam Bahasa Greek disebut sebagai polis menulis Kamus Dewan, ia ditakrifkan sebagai negara berautonomi yang
memerintah sendiri dan terdiri daripada kota dan wilayah sekelilingnya. Secara umumnya, negara kota bolehlah dianggap sebagai
kumpulan penduduk yang bergabung menjadi satu komuniti dan sama-sama menjalankan pemerintahan. Terdapat banyak negara kota
di seluruh dunia contohnya di Yunani, Arab, Alam Melayu dan Rom. Sparta merupakan salah sebuah negara kota yang terdapat di
Yunani. Ia terletak di Selatan Yunani iaitu di Semenanjung Peloponnesus dalam daerah Laconia. Seperti negara kota yang lain, Sparta
mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah negara kota.
Ciri-ciri
Unit yang Bebas
Sebagai sebuah negara kota Sparta merupakan sebuah unit yang bebas. Sparta mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki
terhad. Pemerintahannya diperintah oleh 2 orang keluarga raja iaitu Agiadae dan Eurypontidea yang selalu selisih atau bertelingkah.
Selain itu, urusan pentadbiran dibantu oleh sebuah majlis yang mempunyai 28 orang yang kebanyakan anggotanya berketurunan
bangsawan. Perkhidmatan bangsawan adalah untuk seumur hidup. Ahli-ahli majlis dipilih oleh warganegara Sparta dalam Dewan
Perhimpunan yang kesemua ahlinya terdiri daripada lelaki. Bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan, Dewan Perhimpunan melantik 5
orang pegawai yang dikenali sebagai Ephors. Mereka berperanan untuk memastikan tidak berlaku pemerintahan mutlak di kalangan
raja. Lama-kelamaan, kuasa mereka mengatasi kuasa raja sehingga raja boleh dihukum buang negeri atau dibunuh. Oleh itu,
kebanyakan rakyat berasa tidak puas hati dengan kuasa golongan ini.
Penduduk
Sebuah negara perlu diwakili oleh sejumlah penduduk. Masyarakat Sparta diwakili oleh 3 golongan iaitu peer, helot dan perioeci. Peer
terdiri daripada golongan pemerintah dan pemilik tanah. Hamba abdi dan petani yang mengerjakan tanah golongan peer dikenali
sebagai helot. Golongan helot ini sebahagiannya diwakili oleh penduduk yang ditawan. Ia merupakan majoriti penduduk Sparta.
19
Perioeci pula ialah orang bebas yang menjalankan kegiatan pertanian dan perdagangan. Di dalamnya termasuk para pekerja tukang
dan pedagang yang dengan rela hati tunduk kepada pemerintah. Mereka memiliki kebebasan dan mengekalkan cara hidup mereka.
Ekonomi
Ciri-ciri lain bagi negara kota Sparta adalah berdasarkan dari segi ekonomi. Sebenarnya, negara kota Sparta merupakan sebuah negara
kota yang tidak menggalakkan kegiatan perdagangan dan perniagaan walaupun terdapat pelbagai bentuk muka bumi yang subur dan
mempunyai deposit bahan galian seperti bijih besi. Kesemua ini dilakukan semata-mata untuk memastikan masyarakat yang ingin
dilahirkan dan dibesarkan adalah masyarakat militer.
Pasukan Tentera
Pasukan tentera merupakan salah satu ciri yang amat penting dalam pembentukan sesebuah negara kota. Kewujudan pasukan tentera
ini bertujuan untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara kota serta mempertahankan sesebuah negara kota daripada serangan
musuh. Kerajaan Sparta adalah sebuah negara kota yang terkenal dengan pasukan tentera yang kuat. Militari ialah elemen yang paling
penting di Sparta. Tenteranya terdiri daripada 2 komponen iaitu tentera darat dan tentera laut. Kanak-kanak Sparta akan menjalani
latihan ketenteraan bila mereka mencapai usia 7 tahun di mana mereka diajar menulis, membaca, berperang dan menggunakan
senjata. Mereka dilatih secara kuku besi: sepasang pakaian sepanjang tahun, berjalan tanpa kasut dan tidur atas bantal yang dipintal
sendiri. Hal ini adalah wajib bagi golongan peer. Mereka akan memasuki tentera pada usia 20 tahun sehingga berusia 30 tahun dan
terpaksa tinggal di berek tentera di bawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan pemuda-pemuda Sparta yang diberi nama
"Tukang Sebat". Sistem ini menyebabkan bayi-bayi yang lemah dibunuh sebaik sahaja dilahirkan tanpa perasaan belas kasihan.
Kemudahan Infrastruktur
Prasarana merupakan salah satu ciri penting bagi sesebuah negara kota. Di Yunani, negara kota Sparta mempunyai tembok pertahanan
yang kuat dan bertujuan untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Dalam masyarakat Sparta di Yunani juga menyediakan
kemudahan kuil bagi penduduk tempatan untuk menyembah tuhan-tuhan mereka dan antara seni bina kuil-kuil yang teragung di
Yunani adalah Temple of the Virgin dan Erechtheum. Kawasan kediaman dan pasar juga disediakan dan pelan bagi tempat kediaman
penduduk adalah lebih teratur dan bersistematik. Penduduk Sparta dapat tinggal di dalam tempat kediaman yang lebih selesa dan
dapat memberi perlindungan kepada mereka. Selain itu, kemudahan pasar yang disediakan telah menyenangkan penduduk Sparta
untuk menjalani kegiatan perdagangan di dalam kawasan pasar dan hasil jualan yang diperolehi dapat membiayai kehidupan mereka.
Tiada Perpaduan
Di Sparta, sentiasa berlaku perang dengan negara kota lain seperti Athens, Corinth, Olympia dan Argos. Persaingan ini berlaku kerana
ingin meluaskan tanah jajahan mereka. Selain itu, kekayaan dan kekuasaan juga mendorong mereka berperang. Biasanya, peperangan
dan permusuhan berlaku apabila idea baru menentang fikiran lama mereka dan menggancang tapak pendirian hidup mereka.
Kepercayaan yang berbeza turut mengakibatkan peperangan dan pertelingkahan.
Keluasan
Sparta mempunyai tanah jajahan seluas 8,400 km persegi. Ia merupakan negara kota yang paling luas berbanding dengan negara kota
yang lain.
ROM
Latar Belakang
Kerajaan Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus. Ia bermula sebagai sebuah negara kota seperti negara kota Greek. Negara
kota Rom terletak di Lembah Latium. Penduduknya adalah berbangsa Latin (dominan).
Ciri-ciri
Kedudukan yang Strategik
Rom terletak di Lembah Latium yang luas juga dikenali sebagai Bandar Tujuh Bukit. Kawasan ini adalah terletak di tengah jalan
Selatan ke Utara dan di tebing sungai Tibet. Di kawasan pantai Barat pula, kuasa sungai telah dijadikan pelabuhan. Kawasan ini
merupakan tempat tumpuan bagi pedagang-pedagang dari merata dunia seperti Mesopotamia, Arab dan Sepanyol. Mereka telah
merentasi Laut Mediterannean dan sampai ke pelabuhan tersebut kerana kawasan ini adalah selamat (tiada lanun).
20
Ekonomi yang Kukuh
Ekonomi negara kota Rom adalah berasaskan pertanian dan perdagangan. Mereka turut mengendalikan perdagangan import dan
eksport. Oleh sebab kedudukan yang strategik, Rom menjadi pusat tumpuan pedagang-pedagang dari Syria, Sepanyol, Afrika dan
India. Rom juga menjalankan kegiatan interport selain daripada import dan eksport. Mereka turut menggunakan wang syiling dalam
perdagangan. Sumber utama yang diperdagangkan di Rom adalah seperti gandum, anggur dan biri-biri.
Tentera
Penduduk Rom pula pada hakikatnya adalah bersifat ketenteraan dan semua institusi mereka mencerminkan kelakuan mereka yang
suka berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan dengan sepenuhnya dalam usaha ketenteraan. Mereka telah menyusun semula
angkatan tentera, membesarkannya dan membahagikan warganegara mengikut kekayaan mereka. Hal ini adalah perlu kerana
askarnya terpaksa membeli kelengkapan mereka sendiri, dan juga perlu untuk menyelenggarakannya dengan licin.
Penduduk
Rom terdiri daripada 3 golongan penduduk, iaitu raja, golongan patrician dan golongan plebeian. Raja merupakan pemerintah dna
tarafnya adalah tertinggi. Golongan patrician pula merupakan golongan bangsawan. Mereka berasal daripada keluarga yang telah
lama tinggal di Rom. Mereka memegang jawatan tinggi dalam angkatan perang dan kerajaan. Mereka juga boleh memegang jawatan
paderi dan majistret. Golongan plebeian pula merupakan golongan rakyat biasa yang terdiri daripada orang yang lebih miskin. Selain
itu, saudagar-saudagar kaya dan tukang-tukang mahir juga termasuk dalam golongan ini. Mereka tidak boleh menjadi pegawai-
pegawai kerajaan dan sentiasa bertelingkah dengan golongan bangsawan. Penduduk di Rom ini juga boleh dibahagikan kepada 3 jenis
kaum iaitu Latin, Sabines dan Etruscan.
Prasarana
Prasarana amat diperlukan bagi negara kota bagi mempertingkatkan martabat negara kota. Di Rom, tembok dibina untuk
mempertahankan negara kota. Seseorang yang mula-mula melengkungi semua komuniti dengan satu tembok boleh dianggap sebagai
pengasas bandar itu. Bangunan Colleseum telah dibina di Rom dan ia menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai jenis permainan.
Bangunan ini boleh memuat kira-kira 45 ribu orang penonton dan dibina dalam bentuk lengkung. Jalanraya juga dibina supaya
angkatan tentera dapat bergerak dengan mudah ke seluruh empayarnya. Pada masa yang sama, ia juga digunakan oleh pedagang-
pedagang. Di Rom, terdapat sistem saliran yang dinamakan aqueduct telah dibina untuk membekalkan air minuman. Antara 10
aqueduct, Aqua Claudia ialah aqueduct yang termasyhur. Orang Rom juga pandai membina empangan dan kolam air, pelabuhan serta
sistem pengaliran najis. Terdapat juga tempat mandi awam, air pancuran dan kolam renang. Salah satu kolam mandi raksasa dibina di
Caracalla. Kolamnya seluas 11 hektar dan boleh memuatkan seramai 1,500 orang sekali mandi.
Agama
Orang Rom amat cepat mempelajari sesuatu dari orang asing. Kesederhanaan yang ada pada agama mereka pada awalnya telah lenyap
dalam sekejap mata. Mereka selalu sedia menyembah tuhan jiran mereka sekiranya tuhan yang disembah masa itu rupa-rupanya tidak
sanggup mengendalikan permintaan mereka. Hal ini bukanlah menghina tuhan asal mereka tetapi mempunyai maksud yang tertentu.
Sebagai contoh, wabak hawar di Rom menyebabkan penyembahan tuhan penyembuh Greek dimulakan. Mereka menganggap tuhan
itu adalah makhluk ghaib. Bukti yang menunjukkan adanya agama di Rom ialah terdapat obor suci di kuil Vestal.
Tiada Perpaduan
Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kaum iaitu Latin, Sabines dan Etruscan. Setiap suku kaum ini mempunyai 10 curiae. Setiap
curiae ini mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai curio. Di antara 3 kaum ini selalu berlaku peperangan kerana wujudnya
jurang perbezaan antara kepercayaan, kaya dan miskin. Selain disebabkan oleh suku kaum yang berbeza, bentuk muka bumi juga
mempengaruhi Rom kurang mengadakan perhubungan dengan dunia lain atau negara kota yang lain menyebabkan perpaduan tidak
wujud.
LANGKASUKA
Latar Belakang
Langkasuka merupakan kerajaan terawal di Tanah Melayu. Ia wujud sejak tahun 100 M. Ia merupakan sebuah kerajaan maritim, iaitu
kerajaan yang terletak di persisiran pantai dna berasaskan kegiatan ekonomi perdagangan. Ia merupakan sebuah kerajaan berunsur
keindiaan dan terletak di Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu berhampiran dengan Pattani. Langkasuka diasakan oleh putera Raja
Mahadewa Mahawangsa yang berasal dari India. Pemerintah yang termasyhur ialah Bhagadatta.
Ciri-ciri
Kedudukan yang Strategik
21
Langkasuka dikatakan mempunyai kedudukan yang strategik iaitu terletak di Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu berhampiran
dengan Pattani yang merupakan tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa. Ia telah menjadi tumpuan bagi pedagang-pedagang
sama ada dari China, India ataupun Alam Melayu.
Unit Bebas/Kerajaan
Langkasuka mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja-rajanya beragama Hindu atau Buddha dan mempunyai hubungan yang
rapat dengan Kerajaan India. Raja yang menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh golongan pembesar. Langkasuka tidak pernah
dikuasai oleh orang lain. Pemerintah yang masyhur adalah seperti Mahawangsa dan Bhagadatta.
Tentera
Langkasuka mempunyai tenteranya yang sendiri. Pasukan tentera ini diwujudkan dengan tujuan mempertahankan tanah air daripada
diserang oleh musuh yang lain. Semasa perang, gajah digunakan sebagai kenderaan utama bagi golongan raja, manakala askar-askar
lain terpaksa berjalan kaki. Badan gajah yang kuat membantu tentera mengalahkan musuh.
Agama
Langkasuka mengamalkan agama Hindu dan Buddha. Kerajaan ini dapat dibuktikan menerusi Hikayat Merong Mahawangsa:
Kerajaan Langkasuka diasaskan oleh Mahadewa atau Mahawangsa Mahadewa yang berasal dari India. Baginda telah membawa
pengaruh Hindu yang kuat ke atas Langkasuka. Langkasuka mempunyai hubungan yang rapat dengan India. Agama Hindu telah
dibawa masuk oleh peniaga.
Penduduk
Penduduk di negara kota Langkasuka terdiri daripada 2 golongan utama. Salah satu golongan penduduk ini tinggal di dalam kota dan
satu golongan penduduk lagi tinggal di luar bandar. Penduduk yang tinggal di dalam kota terdiri daripada raja, tukang dan sami,
manakala penduduk yang tinggal di luar kota merupakan rakyat jelata. Penduduk di sini juga terdiri daripada pelbagai ras iaitu
Melayu, Cina, India, Arab dan sebagainya, tetapi yang dominan ialah Melayu.
Prasarana
Bandar Langkasuka ini dikelilingi oleh kota-kota yang mempunyai 2 pintu besar yang bertujuan menjamin keselamatan yang baik.
Selain itu, kerajaan ini juga mempunyai pelabuhannya di mana ia menjadi tempat bagi pedagang menjalankan kegiatan jual beli
mereka, membaiki kapal mereka dan sebagainya. Sebagai sebuah kerajaan yang beragama Hindu-Buddha, Langkasuka turut
mempunyai kuil-kuil yang dibina untuk tujuan penyembahan tuhan. Yang penting sekali ialah Langkasuka mempunyai bekalan
makanan dan miniman yang mencukupi.
KEDAH TUA
Latar Belakang
Kerajaan Kedah Tua muncul lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka iaitu di antara abad ke-5 hingga abad ke-14 M. Bukti yang
menunjukkan kewujudan Kedah Tua dapat dilihat apabila kuil, candi, patung dewa-dewi Hindu, barang tembikar serta peralatan yang
digunakan pada masa itu dijumpai di Lembah Bujang.
Ciri-ciri
Kedudukan Strategik
Kerajaan Kedah Tua terletak di Lembah Bujang. Kawasan ini merupakan tempat yang strategik di mana ia merupakan pintu keluar
dari atau masuk ke Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan yang penting pada masa itu. Kedudukannya ini membolehkan
Kedah Tua menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan bagi kapal yang melalui Selat Melaka yang penting.
Kerajaan ini berpusat di Kampung Sungai Emas dari abad ke-5 hingga abad ke-10 M dan pada abad ke-10 hingga ke-14M, kerajaan
ini berpusat di Pangkalan Bujang.
Unit Bebas/Kerajaan
Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan Bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, raja
merupakan ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh segolongan pembesar. Pembesar ini pula dibahagikan mengikut pangkat masing-
masing iaitu Menteri Berempat, Menteri Delapan dan Menteri Enam Belas. Raja Kedah telah menerima pengaruh daripada India
terutamanya dari segi kebudayaan dan pentadbiran.
Agama
Sebelum kedatangan Islam, penduduk Kedah beragama Hindu dan Buddha. Bukti Kerajaan Kedah Tua ini menganut agama Hindu
adalah dengan jumpaan arkeologi berbentuk kuil Hindu. Ia dipercayai dibina dalam kurun ke-9 M dan dipersembahkan kepada bijih
Dewa, iaitu Raja Kedah. Apabila agama Islam berjaya bertapak di Tanah Arab, ia mula disebar ke merata dunia. Kini Kedah telah
diislamkan oleh Sheikh Abdullah. Raja Kedah yang bernama Pra'Ong Mahawangsa (mengikut Hikayat Merong Mahawangsa) telah
memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Prasarana
Kerajaan Kedah Tua mempunyai kuil-kuil yang dibina untuk menyembah dewa-dewi agama Hindu. Selain itu, pelabuhan dan pasar
juga disediakan untuk pedagang-pedagang dari Arab, China dan India.
Penduduk
Di Kedah, penduduknya terdiri daripada Melayu, China dan India tetapi yang majoriti ialah kaum Melayu. Kaum China dan India ini
pula merupakan pedagang-pedagang.
TAKRIF EMPAYAR
Empayar boleh ditakrifkan sebagai satu sempadan politik yang terletak di bawah pemerintahan seorang pemerintah atau sebuah
negara yang berdaulat. Ia juga diertikan sebagai kumpulan negara atau gagasan tanah jajahan yang diperintah oleh sebuah kerajaan
yang berdaulat atau diketuai oleh seorang Maharaja atau Emperor. Mengikut Encyclopedia Britanica, empayar diaplikasikan kepada
kawasan politik yang luas dan ada pengaruh dominan terhadap yang lain sama ada dengan kerelaan atau tidak. Biasanya, empayar
tersebut pemusatan kuasa dan dikuasai oleh emperor. Sebagai contoh, di India terdapat Empayar Maurya, di China terdapat Empayar
Han, di Alam Melayu terdapat Empayar Melaka dan sebagainya.
CIRI-CIRI EMPAYAR
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
Empayar Maurya di bawah pemerintahan Chandra Gupta telah meluaskan kuasanya sehingga merangkumi seluruh India Utara hingga
ke Dataran Deccan dan di Baratnya hingga ke Saurashtra dan di Timurnya ke Mysore Utara. Empayar Han di China meluaskan
empayarnya hingga ke Kansu, Asia Tengah, Manchuria, Korea Utara, Annam dan Pulau Hainan. Empayar Yunani pula telah
meluaskan jajahannya hingga ke Mesir, Syria, Palestin dan Phoenicia. Empayar Rom berjaya meluaskan kawasannya hingga meliputi
3 buah benua, iaitu benua Asia, Eropah, dan Afrika. Empayar Melaka berjaya meluaskan kawasannya hingga ke beberapa negeri di
tanah Melayu dan Sumatera.
EMPAYAR CHIN
Latar Belakang
Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur
Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebalum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang
agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu
kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang
lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah
Maharaja Chin yang zalim.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu.
Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM,
raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya memandangkan kerajaan jirannya
masing-masing begitu giat melaksanakan dasar perluasan kuasa. Baginda melantik Shangyang yang berfahaman legalisme sebagai
Perdana Menteri untuk melaksanakan dasar memperkuatkan negara. Pada tahun 359 SM, Shangyang mula memperkenalkan dasar
kerajaan yang baru, begitu juga pada tahun 350 SM. Beliau berjaya melaksanakan dasarnya walaupun mendapat tentangan yang kuat
daripada golongan konservatif. Kerajaan Chin terus berkembang menjadi sebuah kerajaan yang kuat. Pada masa ini, Kerajaan Chin
mulai memperluaskan wilayahnya. Pada tahun 256 SM, Kerajaan Chin menyerang ibu kota Dinasti Chou dan menawan kota tersebut.
Pada masa yang sama, tindakan Chin ini ditentang kuat oleh bangsawan yang lain kerana raja Chou dianggap sebagai ketua mereka.
Raja Chin pun mengambil tindakan untuk menghapuskan negeri-negeri yang menentangnya. Pada tahun 246 SM, Ying Zheng
(kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai
bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat. Baginda melantik Li Shi untuk membentuk dasar kerajaan baru untuk menjadi
perintis bagi menyerang keenam-enam kerajaan yang lain selepas kerajaan kecil telah disatukan. Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin
telah menawan Kerajaan Han yang terletak di tengah Honan dan Tenggara Shensi. Seterusnya, pada tahun 226 SM, Kerajaan Ch'i
yang terletak di Utara Shantung dan Tenggara Hopeh telah ditakluk. Pada tahun 225 SM, Kerajaan Wei yang terletak di Utara Honan,
Timur Shensi, Barat Daya Shansi dan Selatan Hopeh dikalahkan. Pada tahun yang seterusnya, iaitu 223 SM, Chin menyerang dan
menawan Kerajaan Chu yang terletak di Hupeh dan Utara Hunan. Kerajaan Yen yang terletak di Utara Hopeh dan Selatan Liao Ning
dan Kerajaan Chao yang terletak di Shansi dan Barat Hopeh ditawan oleh Chin pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin pun
terbentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.
EMPAYAR HAN
Latar Belakang
Empayar Han diasaskan pada tahun 206 SM oleh Liu Pang. Empayar Han ini berlangsung sehingga 220 SM. Empayar Han ini boleh
dibahagikan kepada 2 tahap iaitu Empayar Han Barat yang beribu kota di chang An (206 SM - 25 M) dan Empayar Han Timur yang
beribu kota di Loyang (25-220). Empayar Han telah mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Maharaja Wu Ti. Pada
zaman ini, Empayar Han meliputi Kansu, Asia Tengah, Manchuria, Korea Utara, Nan Yueh dan Pulau Hainan.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
Pada zaman akhir Dinasti Chin, rakyat jelata tidak sanggup hidup di bawah pemerintahan Maharaja Chin yang zalim. Pada tahun 206
SM, mereka memberontak tetapi gagal. Usaha ini tidak bermakna sudah tamat tetapi diteruskan oleh Liu Pang. Dengan bekerjasama
dengan kuasa pemberontak yang satu lagi, Dinasti Chin digulingkan pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, Liu Pang berasa
tidak senang hati dengan kuasa tersebut kemudian melancarkan peperangan terhadapnya tetapi pada permulaannya gagal. Pada tahun
202 SM, baginda berjaya menewaskan kuasa tersebut dan memerintah seluruh negeri China. Maharaja Wu Ti menaiki takhta pada
tahun 140 SM, baginda menerukan usaha perluasan kuasa. Dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara di Asia Barat,
pada tahun 121 SM, Han berjaya menewaskan orang nomad dan menawan kawasan Kansu. Seterusnya, negara-negara di Asia Tengah
25
terus tunduk terhadap kekuasaan dan keagungan Empayar Han. Selain itu, baginda juga menawan Manchuria, Korea Utara,
Annam, Nan Yueh dan Pulau Hainan sehinggalah mencapai kegemilangan.
EMPAYAR MAURYA
Latar Belakang
Dinasti Maurya dan Gupta merupakan dua empayar yang terkenal dalam sejarah India purba. Dinasti Maurya merupakan dinasti yang
unik dan empayar yang pertama dalam sejarah India. Manakala, Gupta merupakan satu zaman keemasan dalam sejarah India. Dinasti
Maurya wujud antara tahun 324-185 SM. Empayar ini diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 322 SM dan telah memilih
Palatiputra sebagai ibu kotanya. Kedua-dua dinasti wujud pada masa yang berbeza tetapi penyumbang yang paling besar dalam
sejarah Tamadun India, yang meliputi aspek politik dan pentadbiran, sosial, ekonomi dan kebudayaan.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah
Empayar Maurya di India meluaskan kuasa hingga merangkumi seluruh India Utara hingga ke dataran Deccan di Barat hingga ke
Sauras-Atra di Timur hingga ke Mysara. Empayar Maurya bermula selepas beliau berjaya mengusir orang Handa yang pernah
merampas kerajaan daripada bapanya dahulu. Selepas menabalkan dirinya menjadi raja, Chandragupta Maurya memilih Pataliputra
sebagai pusat pemerintahannya. Empayar Maurya kemudiannya berkembang ke seluruh Utara India termasuk Afghanistan. Hal ini
terjadi selepas beliau berjaya mengusir tentera-tentera Greek di bawah pimpinan Seleukos Hikator, Jeneral Iskandar Zulkarnain.
Selepas itu, beliau menyerang Selatan India dan berjaya menawan wilayah Mysore. Pada masa pemerintahan Asoka, Empayar
Maurya bertambah luas apabila beliau berjaya menawan wilayah Kalinga. Dengan tertawannya wilayah Kalinga, maka Empayar
Maurya sekarang meliputi seluruh benua kecil India hingga ke Afghanistan. Perluasan Empayar Maurya sedemikian rupa adalah
disebabkan oleh kecekapan Chandragupta Maurya dan Asoka memilih dan mengambil tentera-tenteranya.
EMPAYAR SRIVIJAYA
Latar Belakang
Srivijaya ialah sebuah kerajaan Malaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhir kurun ke-7. Ia mula
muncul sebagai empayar selepas kejatuhan Kerajaan Funan (Segenting Kra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini
terletak di Pantai Timur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyang pada tahun 683 Masihi. Srivijaya
berada pada puncak kekuasaannya di antara kurun ke-8 hingga kurun ke-11. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menakluk
kerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama di Gugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-
kerajaan yang pernah ditakluk oleh Empayar Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada 775 Masihi,
Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumatera termasuk Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat.
Seperti empayar lain, Empayar Srivijaya mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah empayar.
Ciri-ciri
Laksanakan Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah
Srivijaya melaksanakan dasar perluasan kuasa dan wilayah untuk memperluaskan kuasa dan pengaruh serta menambah lagi sumber
ekonomi. Empayar Srivijaya sangat luas. Jajahannya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo dan Ligor. Srivijaya
dinamakan sebagai Tuan Kawasan Selat kerana berjaya menguasai kawasan selat. Srivijaya mempunyai kuasa thalasokrasi yang kuat.
Jadi, ia menguasai daerah-daerah berhampiran melalui peperangan. Srivijaya telah meluaskan kuasanya ke Selatan Sumatera dan
Barat Jawa untuk menguasai Selat Sunda. Tujuan Srivijaya menguasai Selat Sunda adalah demi pelabuhan. Kemudian, Srivijaya telah
berjaya menawan Kerajaan Melayu-Jambi dan Kedah di Semenanjung Tanah Melayu. Seterusnya, Srivijaya menguasai kawasan lain
seperti Banga, Tulang Bawang, Minanga, Tarimanaga dan Langkasuka untuk menguasai Selat Melaka. Menerusi perluasan kuasa ini,
Srivijaya telah menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Selain itu, Srivijaya adakan hubungan diplomatik dengan China (992
Masihi). Tujuan Srivijaya berbuat demikian adalah untuk mendapatkan perlindungan dan menjalin hubungan antarabangsa. Srivijaya
dapat berkembang pesat dan kuat adalah kerana ia menguasai dan mengawal pintu masuk ke Selat Melaka, pelabuhan menjadi tempat
persinggahan bagi kapal dari Timur dan Barat. Srivijaya juga mempunyai kekayaan barang dagangan dan angkatan laut yang kuat.
Zaman keagungan Srivijaya adalah semasa menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Segenting Kra di Thai. Kesannya adalah
menjejaskan kepentingan Kerajaan Chola di India. Pada tahun 1023-1024, Kerajaan Chola menyerang Srivijaya.
EMPAYAR GRAECO-ROMAN
Latar Belakang
Empayar Graeco-Roman juga dikenali sebagai Empayar Hellenistik. Perkataan Hellenistik berasal daripada perkataan Greek iaitu
hellenizein yang bermaksud to speak or act Greek. Selepas Iskandar Zulkarnain mangkat di Babylon (323 SM), tiada pengganti yang
handal. Akibatnya, Yunani (Greek) berpecah-belah kepada 3 bahagian dan setiap bahagian mewakili satu dinasti dari keturunan
seorang daripada marsyal, menjalankan pengaruhnya. Zaman ini tamat apabila Rom menguasai negara-negara Hellenistik pada tahun
30 SM.
Ciri-ciri
Dasar Perluasan Kuasa
Penubuhan sesebuah tanah jajahan Greek bukanlah dibuat tanpa rancangan. Kumpulan orang lelaki dan perempuan dihantar di bawah
pimpinan seorang warganegara yang terkemuka sebagai "pengawas" tanah jajahan ke seberang laut untuk menduduki satu tempat
yang telah dipilih secara berhati-hati. Tanah jajahan yang diasaskan oleh mereka itu dirancang menyerupai kota induk. Tanah jajahan:
Naucratis di Delta Sungai Nil dan Cyrene di sebelah Barat Laut. Corinth menubuhkan sebuah tanah jajahan yang kuat di Corcyra. Di
Barat terdapat Torentum (dibuka oleh orang Sparta) serta Sybaris Croton, Paestum, Naples dan Cumae. Keseluruhannya dikenali
sebagai Greek Besar. Daya usaha yang bersungguh-sungguh dijalankan olehnegara-negara kota Greek untuk berkembang menjadi
Mediterranean seperti Laut Greek.
Ekonomi
Rhodes menggantikan Athens sebagai pusat pelabuhan di Aegean. Dalam bidang pertanian, mereka menjalankan rancangan tali air
dan terusan di kawasan Fayum. Fayum menjadi kawasan penempatan orang Greek. Keperluan ketenteraan (menunggang dan industri
tekstil) menyebabkan penternakan juga dimajukan.Di Fayum, banyak kawasan ternakan dan padang ragut diwujudkan. Mereka turut
memberi perhatian kepada penanaman anggur dan zaitun dengan memberikan lesen wain dan menjatuhkan cukai kepada penduduk
yang mempunyai dusun. Industri tekstil, sutera dan pakaian dicos juga diberi perhatian. Perkembangan pendidikan menggalakkan
pengeluaran buku dan papyrus (daun lontar). Kuari industri juga berkembang. Pengamum menjadi pusat barang tekstil menggantikan
Miletus. Kawasan paling sibuk sebagai pusat pelabuhan ialah di Alexandria dan ia mempunyai ramai penduduk. Rhodes dan Cindus
menghasilkan jar untuk menjadi pengeksport wain. Kerajaan memonopoli perusahaan seperti garam, minyak, zaitun, wain dan bijirin
serta papyrus, juga berjak memiliki tanah. Dua jenis mata wang digunakan iaitu Attic sejak zaman Alexander yang digunakan oleh
Macadonia dan negeri Asia; Phonician oleh Ptolemy.
29
Undang-undang yang Teratur
Kemajuan pesat dibuat dalam bidang kehakiman dengan adanya juru damai yang profesional menggantikan juri yang besar bilangan
itu. Atas kemajuan dalam bidang kehakiman, satu gerakan dibuat untuk membebaskan hamba abdi yang ramai dan wanita mendapat
lebih banyak kebebasan.
EMPAYAR MELAKA
Latar Belakang
Melaka diasakan oleh Parameswara pada tahun 1400. Parameswara merupakan putera Raja Pelambang yang berketurunan Sailendra
yang memerintah Kerajaan Srivijaya. Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit iaitu kira-kira
tahun 1414 Masihi. Ketika itu, Melaka diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri
sekitar Melaka. Ekspedisi perluasan kuasa ini telah membantu menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia
Tenggara pada abad ke-15. Sejak pengasasannya, Melaka telah mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun, faktor ini menyebabkan
Melaka muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal. Namun begitu, kegemilangannya hanya bertahan untuk beberapa tempoh
sahaja. Hal ini adalah disebabkan pada tahun 1511, Melaka telah mengalami kejatuhan akibat serangan daripada Portugis.
Ciri-ciri
Pemerintah yang Cekap
Negeri Melaka telah diterajui oleh sultan-sultan yang cekap dan berwibawa. Antaranya yang terkenal ialah Sultan Muzaffar Syah,
Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Syah. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, baginda berjaya menyelesaikan masalah
perpecahan di kalangan pembesar Melaka. Sebagai contoh, menyatukan Tun Perak dengan Tun Ali untuk jawatan Bendahara. Ketika
Sultan Mansur Syah, baginda telah berjaya meluaskan kawasan taklukan Melaka. Antaranya ialah Bernam, Perak, Siak, Rupat dan
Rokan. Baginda juga berjaya mematahkan usaha Inderagiri, Kampar dan Pahang yang cuba melepaskan diri daripada kekuasaan
Melaka. Pemerintahan yang paling cekap ialah ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah antara tahun 1477 hingga 1488.
Baginda merupakan seorang sultan yang mementingkan keamanan. Baginda juga telah dikatakan menyamar dan meronda pada waktu
malam untuk menjalankan penyiasatan agar keamanan Melaka sentiasa terpelihara. Ketegasan baginda juga telah berjaya melahirkan
pembesar yang bertanggungjawab.
EMPAYAR ACHEH
Latar Belakang
Empayar Acheh merupakan sebuah kerajaan Islam di hujung Pulau Sumatera. Ia juga dikenali dengan nama Kesultanan Acheh atau
Acheh Darulsalam. Sebelum tahun 1514, Kerajaan Acheh terdiri daripada beberapa buah kerajaan. Pada tahun 1514, Raja Ibrahim
(Pedir) telah menyatukan seluruh empayar Acheh dan menjadi Sultan Acheh pertama dengan gelaran Sultan Ali Mughayat syah
(1514-1530). Pusat Kesultanan Acheh ialah Bandar Acheh Darulsalam. Acheh mula menjadi empayar selepas kejatuhan Melaka pada
tahun 1511 sebab ketika usahanya menentang ancaman Portugis pada tahun 1512 dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
Dasar ini mula dilaksanakan pada zaman pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah dimana apabila Portugis mengawal perdagangan
lada hitam di Pasai dan menyerang Acheh tetapi gagal pada tahun 1512. Akibatnya, Kerajaan Acheh menguasai Pedir pada tahun
1521 dan menjajah Pasai pada tahun 1523. Seterusnya, melalui Perang Tiga Segi, Acheh berjaya menguasai Aru, Perlis dan Perak.
Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Sumatera dan
Kepulauan Riau Lingga.
EMPAYAR MAJAPAHIT
Latar Belakang
Kerajaan ini muncul sebagai kuasa yang kuat selepas kemerosotan Kerajaan Singhasari pada tahun 1292. Pengasas kerajaan ini ialah
Raden Vijaya. Kerajaan ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hayam Wuruk (1350-1389). Kerajaan ini runtuh
pada tahun 1478.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa
Empayar Majapahit dibentuk menerusi hubungan khas dengan kerajaan di sekitarnya. Sebelum Srivijaya, Singhasari merupakan
kerajaan yang kuat di Jawa. Rajanya yang bernama Kertanegara berjaya menyatukan daerah-daerah kecil di sekitarnya. Pada tahun
1275, Kertanegara mengalahkan Srivijaya. Seterusnya, Singhasari telah runtuh pada tahun 1292 kerana diserang oleh Kerajaan Kediri.
Raden Wijaya (menantu Kertanegara) mendirikan Kerajaan Majapahit dengan pertolongan tentera Monggol dari China. Pada kurun
ke-14, Majapahit berjaya menyatukan seluruh Asia Tenggara dengan menggunakan kekuatan tentera laut di bawah pimpinan
Panglima Nala. Penyatuan ini dilakukan dengan cara: bersahabat dengan Melayu-Jambi pada tahun 1377 (Raja Muda Adityawarman
sebagai ketuanya), bersahabat dengan Kerajaan Tanjungpura di Kalimantan Barat, bersahabat dengan negara di Indo-China seperti
Syangka, Martaban, Rajapura, Dharmanagari, Singanagari, Kemboja, Yuwana, Langkasuka dan Tambralinga.
Pentadbiran Sistematik/Kemas
Dalam pentadbiran, Prapancha memberikan penerangan yang selanjutnya berkenaan jawatan dan tugas kerabat diraja. Bapa raja
bertanggungjawab menguruskan hal-hal keadilan, cukai dan pengelasan penduduk. Bapa saudara raja pula bertanggungjawab menjaga
hal-hal tanah dan jalan raya serta jambatan. Tanah kampung dan tanah suci telah diukur untuk membezakannya. Kerja-kerja lain akan
diserahkan kepada pelbagai lapisan masyarakat tertentu.
EMPAYAR ROM
Latar Belakang
Kerajaan Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus. Rom terletak di Lembah Latium yang luas, bersama-sama dengan
beberapa buah negara kota lain yang bebas. Mereka ini berbangsa Latin dan menggunakan Bahasa Latin. Sejarah Rom boleh
dibahagikan kepada 3 tahap iaitu zaman beraja (753-509 SM), zaman republik (509-27 SM) dan zaman empayar (27 SM - 476 M).
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa
Permulaan era "Imperial Rome" ialah pada 27 SM. Sebenarnya, zaman perluasan empayar ini telah mula sejak zaman republik.
Zaman pemerintahan empayar dimulai oleh Augustus (27 SM - 14 M). Pada zaman pemerintahan baginda, Rom mencapai zaman
32
kegemilangan dan digelar sebagai keamanan Rom (Pax Roman). Zaman ini berlangsung selama 200 tahun iaitu dari 27 SM - 180
M. Dalam jangka waktu ini, Kerajaan Rom berkembang sebagai sebuah empayar meliputi 3 benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah.
Zaman ini merupakan satu zaman dimana empayarnya terbentang luas dan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan.
Empayar Rom terbentang seluas lebih kurang 2,000 batu dari Utara ke Selatan dan 3,000 batu dari Timur ke Barat dan keluasannya
dianggarkan seluas 2.5 juta batu persegi. Jajahan taklukannya menganjur dari Tembok Besar Britain dan dari bahagian Rhine,
Danube, Laut Hitam ke Pergunungan Atlas, Gurun Sahara sehinggalah ke Sudan dari Utara ke Selatan. Di bahagian Barat, menganjur
dari kawasan Atlantik, Timur gurun Arab dan Mesopotamia, sebahagian Sepanyol, Afrika Utara, Jerman, Macadonia dan Timur Jauh.
Ciri-ciri
Memperluaskan Dasar Perluasan Kuasa
Pada tahun 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak menguasai seluruh wilayah
Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, terdiri dari petani Makedonia dan melatih
askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes. Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang terdapat di
antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian
Utara Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di tengah Greek dengan menghancurkan tentangan
orang Phocia. Pada tahun 338 SM, Athens dan Thebes dikalahkan. Malangnya, baginda telah mangkat dalam satu kesibukan
menyambut perkahwinan anak perempuannya dan anaknya Iskandar Zulkarnain menaiki takhta pada tahun 336 SM. Dalam 334 SM,
baginda menyeberangi Dardanelles dan memasuki Asia Kecil dan menyerang Parsi, kemudian Syria dan Mesir. Pada tahun 331 SM,
baginda sekali lagi menyerang Parsi dan menaklukinya. Kemudian, pada tahun 326 SM, baginda menawan Raja India yang bernama
Porus dalam pertempuran Hydaspeas. Baginda mangkat pada tahun 323 SM ketika baginda berumur 32 tahun kerana penyakit
Malaria.
EMPAYAR SARGON
Latar Belakang
Empayar Sargon diasaskan oleh seorang ketua Semitik yang bernama Sargon yang memerintah di Akad. Empayar ini dipercayai
dimulakan pada 2750 SM dan tamat pada tahun 2200 SM.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa
Sargon merupakan seorang perwira yang agung. Beliau berjaya menjadi orang yang berkuasa di seluruh Akkad termasuk kota-
kotanya. Selepas itu, beliau pun menyerang penduduk di Sumeria. Beliau berjaya mengalahkan mereka dan menjadi raja di kawasan
itu. Kemudian, beliau menumpukan serangan ke atas orang Amorite. Setelah menakluki orang Amorite, baginda pun menyerang
Elam. Akhirnya, baginda berjaya menjadi pemerintah sebuah empayar yang terbentang luas, dari Elam di sebelah Timur hingga ke
Laut Mediterranean dan ke Utara sampai ke Sungai Tigris dan Sungai Eupharates. Baginda belayar ke Cyprus tetapi beliau
menganggap dia tidak dapat melanggarnya.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Peluasan Kuasa
Lebih kurang dalam tahun 2200 SM, orang Amorites telah datang ke Sungai Eupharates dan menetap di sekeliling Kampung Babylon.
Lama-kelamaan, kekuasaan mereka bertambah. Raja mereka yang bernama Hammurabi telah berazam hendak menyerang kota-kota
yang berjiran dan menubuhkan sebuah empayar yang kuat seperti yang ditubuhkan oleh Sargon. Baginda memulakan serangan
terhadap kota-kota di sebelah Selatan. Mereka berperang secara beransur-ansur setiap kota yang ditakluknya didirikan kubu yang
dikawal oleh angkatan tentera. Sehingga akhirnya, baginda berjaya menubuhkan empayar yang luas.
EMPAYAR CHALDEA
Latar Belakang
Nabopolassar benci tinggal di bawah belenggu Assyria. Dia telah memimpin puak Chaldea menyerang dan menghancurkan Nineveh.
Dia mengisytiharkan diri sebagai raja Babylon dalam tahun 625 SM dan mengasaskan dinasti yang akhir sekali memerintah di zaman
keagungan Mesopotamia. Dinasti ini mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Nebuchadnezzar dan 200 tahun kemudian
seorang penakluk yang lebih kuat dari Cyprus telah datang dan menawan empayar ini.
Ciri-ciri
Melaksanakan Dasar Peluasan Kuasa
Pada tahun 625 SM, Nabopolassar mengisytiharkan dirinya sebagai raja Babylon. Negerinya diambil nama Chaldea. Baginda telah
memimpin puaknya menyerang Nineveh. Pada tahun yang sama, anaknya Nebuchadnezzar telah menaiki takhta. Baginda
mempertahankan sempadan Utaranya dengan membuat pertikaian dengan orang Mede. Keadaan ini membolehkan baginda
menumpukan perhantiannya terhadap negeri-negeri kecil di sebelah Barat. Baginda telah menghancurkan angkatan Mesir di
Carchemish. Kemudian, baginda telah menakluk kota-kota di Phonesia, melainkan Tyre, yang tidak tertawan setelah dikepung selama
13 tahun. Selepas itu, Nebuchadnezzar mengepung Baitul Mukaddis dan menawannya. Akhirnya, baginda menguasai seluruh Lembah
Eupharates dan seluruh negeri Syam dan Palestine sampai ke sempadan Kerajaan Mesir yang dibangunkan semula itu.
England
Negara bangsa di England terbentuk dengan kemunculan Dinasti Tudor (1458-1603) iaitu apabila Henry VII berjaya menamatkan
kekacauan yang berlaku akibat Perang Bunga Ros. Peperangan ini berlaku selama 30 tahun. Ia menyebabkan kedudukan golongan
bangsawan lemah dan membuka ruang untuk raja dan rakyat merampas kuasa. Henry VII telah mengambilalih kuasa dari Richard III
(raja terakhir keluarga White Rose). Beliau telah meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas, pengekalan tentera
persendirian dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Beliau juga menggunakan Majlis Dirajanya
sebagai mahkamah baru untuk berurusan dengan hal-hal harta benda dan keadaan yang mengganggu ketenteraman awam. Majlis ini
pada mulanya dianggap sebagai alat untuk mengukur kedudukan raja dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan. Ia juga
memperlihatkan Henry VII sebagai pemimpin yang mulia walaupun beliau mempunyai peribadi yang tidak baik.
Perancis
Negara bangsa Perancis dimulakan oleh Louis XI yang memerintah antara tahun 1461 hingga 1483 dan diteruskan oleh penggant-
penggantinya. Beliau telah membina pasukan tentera diraja bagi menumpaskan pencerobohan yang menggunakan golongan
bangsawan untuk memberontak. Pada tahun 1519, Perancis berjaya memperluaskan kekuasaannya ke atas gereja melalui perundingan
dengan Pope Lee X. Beliau juga bersetuju menerima pendapatan gereja Perancis dan raja-raja Perancis akan mengawal gereja
kebangsaan.
Sepanyol
Negara bangsa di Sepanyol terbentuk ekoran daripada penyatuan 2 kerajaan iaitu Kerajaan Aragon dan Castrie. Penyatuan ini
dilakukan melalui perkahwinan Ferdinand dan Esabella pada tahun 1479. Pada tahun 1480, atas desakan kedua-duanya, Dewan
Parlimen Sepanyol telah mengarahkan golongan feudal menyerahkan tanah yang dahulunya dirampas daripada raja. Golongan
bangsawan tidak dibenarkan membina istana untuk kepentingan sendiri. Ferdinand dan Esabella menggunakan gereja untuk
kepentingan mereka sendiri, mereka melantik Bishop, Paderi Besar dan Biara sedangkan kuasa tersebut berada di tangan Pope di Rom
sebelum itu. Kerajaan Aragon dan Castile mengiktiraf kedua-dua raja tetapi tidak ada institusi politik, kehakiman dan pentadbiran
yang sama di antara kerajaan tersebut. Dalam keadaan ini, negara bangsa di Sepanyol telah menerima pengaruh agama dan
penyatuannya juga hanya berlaku di sekitar gereja dan mereka seterusnya mendesak kepada penyatuan agama dan semangat
kebangsaan. Penyatuan Sepanyol menjadi lengkap apabila orang-orang Moors yang beragama Islam dipaksa meninggalkan Sepanyol.
Pada tahun 1502, bermulalah sejarah negara Sepanyol dengan raja kebangsaan yang beragama Katolik.
Terdapat perbezaan dari segi sains dan bilangan penduduk. Ada negara bangsa yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan
ada pula yang terlalu sedikit. Negara bangsa akan diminta kawasan gabungan dalam sempadannya untuk mengagungkannya.
36
Sebagai sebuah negara gabungan, negara bangsa jelas di dalam beberapa perkara diantaranya ialah keahlian negara bangsa adalah
wajib kepada semua warganegara. Terdapat monopoli penggunaan tentera dalam kawasan sempadannya dan pegawai-pegawai
kerajaan negara bangsa berhak untuk bertindak atas nama tanah dan orangnya.
Kesatuan negara bangsa adalah salah satu daripada bentuk negara bangsa secara keseluruhannya. Negara bangsa dunia adalah dalam
bentuk kesatuan, contohnya, Sepanyol dan Perancis. Ada yang memberi kuasa desentralisasi, antara kerajaan dengan sub negara
bangsa sehingga nampak seperti sistem persekutuan. Ada juga yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik untuk mentadbir
dalam teritorinya. Di Perancis, desentralisasinya dilakukan secara terkawal iaitu secara pengawalan pusat. Di bawah sistem
pentadbiran Perancis, terdapat 95 department dan setiap satunya diketuai oleh prefect. Di bawah department ini, terdapat 322
cawangan department yang dikenali sebagai arrondisment yang setiap satunya diketuai oleh sous prefect dna sous prefest dilantik oleh
kerajaan untuk bertindak sebagai agen daripada kerajaan pusat dan juga bertindak sebagai pegawai eksekutif.
Dalam sistem persekutuan pula, pemerintahnya dibahagikan antara 2 set kerajaan autonomi. Satu secara kebangsaan dan satu lagi
secara sub kerajaan. Kedua-duanya dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat. Biasanya kuasa sepenuhnya dijalankan oleh kerajaan
kebangsaan yang menguasai keseluruhan teritori kebangsaan dan pentadbiran wilayah sendiri. Bagi negara bangsa yang berbentuk
persekutuan, terdapat perbezaan dalam struktur pemerintahan dan proses politik ini dilakukan disebabkan perbezaan kebudayaan.
Wujudnya perdagangan antarabangsa, perdagangan antarabangsa dijalankan secara sistem barter: barangan atau perkhidmatan. Ia
muncul bersama dengan kemunculan negara bangsa ketika zaman pertengahan di Eropah. Ia merupakan ciri terpenting bangsa dan
orang yang terlibat ialah saudagar, merchant atau mercantile. Sistem perdagangan ini muncul pada abad ke-18 dan 17 dan ia lebih
menekankan kebajikan negara bangsa. Ia juga mementingkan keupayaan atau kemewahan terutamanya dalam bentuk emas. Emas
adalah perkara terpenting dalam polisi kebangsaan dan saudagar menganggap emas seolah-oleh keimanan.
Falsafah perdagangan negara bangsa adalah menggalakkan eksport dan mengurangkan imprt. Lebihan eksport adalah dalam bentuk
emas. Menurut Encyclopedia Britanica, polisi ini memusnah diri sendiri.
Pada zaman Empayar Ur Ketiga, sistem pemerintahan berpusat adalah kukuh. Raja merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Raja
dibantu oleh sistem birokrasi yang amat cekap. Di samping itu, urusan dan komunikasi yang melibatkan pelbagai unit pentadbiran
dikendali dengan lancar oleh satu rangkaran messengers.
Semasa pemerintahan Assyria, sistem pentadbiran pusat menjadi kompleks dan birokratik. Raja merupakan pemerintah mutlak dan
mempunyai tanggungjawab dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Baginda dibantu oleh gabenor di peringkat provinsi dan juga
ambassador yang membantu menyampaikan maklumat. Raja adalah ketua kerajaan dan dilantik melalui divine election. Walaupun
raja merupakan ketua kerajaan, baginda masih memerlukan pengiktirafan daripada golongan bangsawan yang dikenali sebagai mar
banuti (sons of creation). Tanpa sokongan golongan ini, raja tidak dapat mentadbir negara dengan berkesan. Selepas raja, terdapat
sekumpulan pegawai tinggi seperti ketua komander, chief cup-bearer, pengawas istana, abarakku dan shaknu yang bertindak sebagai
penasihat kepada kerajaan pusat. Selain itu, terdapat ummane yang merupakan kumpulan profesional seperti pemilik bank, pedagang,
doktor dan sebagainya.
TAMADUN MESIR
Sistem pemerintahan pusat di Mesir diketuai oleh Firaun. Selepas Firaun, terdapat pegawai tinggi seperti Wazir, Canselor dan
Wizurai. Terdapat juga jabatan-jabatan yang mempunyai fungsi yang khas di peringkat pusat.
Wazir
Wazir merupakan pegawai yang paling berpengaruh. Pada zaman Thinite dan Kerajaan Lama, beliau dilantik di kalangan raja.
Selepas itu, jawatan ini dilantik dari kalangan bangsawan dan paderi. Menjelang zaman Kerajaan Baru, dua orang Wazir dilantik bagi
mentadbir Mesir Utara (kawasan menganjur dari Elephantine hingga Cusae) dan Mesir Selatan (kawasan menganjur dari Delta hingga
Cusae). Jawatan Wazir ini boleh diwarisi. Tugas seorang Wazir adalah berat, iaitu:
a. Memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatatkan pembekalan barang makanan dan memeriksa tangki air.
b. Mengawasi kerja menebang pokok.
c. Membina terusan bagi tujuan pengairan.
d. Menyimpan rekod terperinci mengenai hujan dan banjir di Sungai Nil.
e. Menyelia ekspedisi raja, bengkel dan projek pembinaan.
f. Memilih dan melantik kaki tangan yang berkhidmat untuk keluarga di raja.
g. Memeriksa akaun mengenai cukai.
h. Merekrut pengawal keselamatan bagi raja.
Selain tugasan di atas, Wazir juga menjadi hakim. Dalam menjalankan tugas, Wazir dibantu oleh Canselor.
Canselor
Tugas utama seorang Canselor ialah:
37
a. Menguruskan hal-ehwal ekonomi negara yang kompleks.
Urusniaga di Mesir dijalankan secara sistem barter. Canselor perlu menetapkan cukai yang perlu dibayar. Oleh sebab cukai
dibayar secara barangan seperti tepung, ikan dan sebagainya, Canselor harus memastikan barang ini disimpan dengan baik
dan barang yang mudah rosak harus diedarkan dengan segera.
b. Menentukan gaji yang dibayar kepada pekerja di estet-estet raja.
c. Menjadi pengerusi hal-ehwal ekonomi rumah berhala.
d. Menentukan gaji yang dibayar kepada anggota tentera laut dan darat.
Wizurai
Jawatan ini diwujudkan semasa Dinasti ke-18 ekoran daripada kolonisasi Nubia yang menganjur hingga ke Napata. Wizurai Nubia
dikenali sebagai royal son of Kush. Beliau adalah ketua bagi satu organisasi yang dibentuk berdasarkan jentera politik di ibu kota.
Bidang kuasanya tertumpu pada aspek polisi awam.
Jabatan-jabatan
Dalam pentadbiran pusat, Mesir dipercayai menubuhkan 6 jabatan kerajaan yang dikenali sebagai six great houses. Di antara jabatan-
jabatan ini, jabatan perbendaharaan merupakan jabatan yang paling penting. Ia ditadbir oleh 2 orang penyelia yang merupakan ejen
kepada Wizurai. Dalam menguruskan perbendaharaan di raja, terdapat hubungan dan kerjasama yang erat dengan pentadbir wilayah
atau provinsi.
Mahkamah
Dalam perundangan Mesir, mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Wazir. Dalam melaksanakan tugasan, Wazir dibantu oleh
golongan eksekutif, pengarah kabinet dan kerani-kerani (scribes). Dalam membuat keputusan penghakiman, Wazir bertindak sebagai
medium untuk menyampaikan idea firaun. Perlu ditekankan di sini ialah Firaun merupakan ketua hakim yang sebenar. Dalam sistem
perundangan Mesir, terdapat satu majlis yang dikenali sebagai Kenbet yang merupakan badan penasihat yang mengawasi dasar dan
hukuman yang diamalkan oleh sebuah tribunal perundangan yang dikenali sebagai Zazat.
TAMADUN INDIA
Zaman Klasik
Raja menjadi ketua kerajaan. Di bawah raja, terdapat Majlis Menteri-menteri, Mantri Parishad dan jabatan-jabatan.
Raja
Raja merupakan ketua kerajaan. Baginda bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif, kehakiman dan ketenteraan. Lazimnya,
jabatan ini diwarisi secara turun-temurun. Raja ini dianggap suci dan bersifat ketuhanan tetapi baginda masih tidak terlepas daripada
hukuman sekiranya tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Raja dikehendaki menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan, di
mana waktu siang dan malam dibahagikan kepada 8 bahagian. Sebagai contoh, pada waktu siang ke-3, raja dikehendaki mandi,
makan dan belajar dan pada waktu malam bahagian ke-8, baginda dikehendaki menjalankan tugas dalam negeri dan upacara
keagamaan. Tugas utama raja ialah melindungi rakyat jelata dan kebajikan mereka. Dalam melaksanakan tugasnya, baginda dibantu
oleh menteri-menteri. Menteri-menteri ini pula dilantik berdasarkan kebolehan dan kelayakan mereka.
Majlis Menteri-menteri
Bilangan anggota berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang. Salah seorang menteri menjadi Perdana Menteri. Setiap menteri
yang lain pula mengetuai sesebuah kementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Peperangan dan Perdamaian dan
sebagainya. Raja akan membandingkan pendapat para menteri dan pendapat sendiri, biasanya baginda akan mempersetujui pandangan
majlis ini.
Mantri Parishad
Majlis ini ditubuhkan untuk membantu raja dalam pentadbiran. Ia terdiri daripada 2 majlis iaitu Majlis Negeri dan Majlis Eksekutif.
Anggota Majlis Negeri berubah mengikut keperluan negara. Mengikut petikan dan Mahabaratha, majlis ini mengandungi 37 orang
ahli, iaitu 4 Brahman, 3 Khastriya, 21 Vaisya, 3 Sundra dan 1 Sutta. Majlis ini sangat penting. Raja harus mendapatkan pandangan
daripada anggota yang tidak hadir sebelum membuat keputusan. Mengikut petikan Mahabaratha juga, 8 orang dari majlis ini akan
dipilih menjadi menteri.
Jabatan-jabatan
Mengikut Kautilnya, terdapat 28 jabatan kerajaan seperti perlombongan, akaun, emas, perbendaharaan, gudang dan sebagainya.
Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa. Mereka dibantu oleh sebilangan kakitangan sokongan. Penguasa ini diwarisi oleh
Komisioner yang dilantik oleh Collector General (Ketua Pemungut Cukai). Penguasa-penguasa ini boleh ditukar antara jabatan ke
jabatan.
Naib Wazir
Naib Wazir ialah pembantu Wazir. Beliau dibantu oleh pegawai penting iaitu Mushrif-i-mumalik (akauntan jeneral) dan Mustaufi-i-
mumalik (auditor jeneral).
Jabatan
Terdapat 3 jabatan utama iaitu:
1. Diwan-i-risalat Bertanggungjawab terhadap hal ehwal keagamaan.
2. Diwan-i-arz Berhubung dengan jabatan ketenteraan.
3. Diwan-i-insha Menguruskan surat-menyurat.
Keadilan
Urusan keadilan dijalankan oleh Kadi dengan bantuan Mufti. Kes-kes orang Hindu pula diuruskan oleh Panchayat. Kotwal pula
merupakan penaung keadilan dan keamanan dalam negara. Muhtasib mengawasi tingkah laku rakyat, mengawal pasar-pasar dan
menetapkan ukuran dan timbangan.
Zaman Moghul
Maharaja adalah ketua bagi pentadbiran sivil dan ketenteraan. Baginda bertindak sebagai komander angkatan tentera, penaung
keadilan dan ketua perundangan. Maharaja Moghul bersifat autokrat. Walau bagaimanapun, mereka sentiasa mengambil berat
terhadap kebajikan rakyatnya.
Vakil
Vakil merupakan timbalan kepada Maharaja. Beliau merupakan orang perantaraan antara raja dan pengawai kerajaan yang lain.
Menteri-menteri
1. Diwan Diwan bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan percukaian. Beliau dibantu oleh pegawai-
pegawai seperti Diwan-i-khalisah yang bertanggungjawab terdapat pendapatan dari tanah, Diwan-i-tan
yang bertanggungjawab terhadap pembayaran gaji dan perlantikan Jagir, Mushrif-i-mumalik sebagai
akauntan umum dan Mushtaufi-i-mumalik sebagai auditor umum.
2. Mir Bakshi Beliau bertanggungjawab terhadap hal ehwal ketenteraan. Beliau juga bertanggungjawab melantik
Mansab, iaitu pemerintah pasukan tentera diraja, menguatkuasakan peraturan diraja dalam tentera dan
bertindak sebagai Pay-master yang bertugas meluluskan gaji Mansabdar.
3. Mir Saman Juga dikenali sebagai Khan-i-saman. Beliau merupakan menteri pembekalan dan perindustrian dan
bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan keperluan kerajaan.
4. Sadr-us-sudur Menteri ini bertanggungjawab dalam hal-ehwal keagamaan dan menguruskan pemberian bantuan
kerajaan untuk tujuan keagamaan. Beliau juga bertindak sebagai Ketua Kadi.
Keadilan
Tugasan keadilan diketuai oleh Quaziul-Quzat dengan bantuan Mufti, Kadi dan Mir'Adl. Mufti bertanggungjawab mentafsir undang-
undang dan Kadi pula membuat keputusan kes yang dibicarakan. Mir'adl pula bertanggungjawab membawa kedua-dua pihak ke
mahkamah dan menguatkuasakan undang-undang.
TAMADUN CHINA
Maharaja
Maharaja China mempunyai kuasa tertinggi seperti kuasa perundangan dan kehakiman. Baginda juga bertindak sebagai ketua paderi.
San Kung (Three Lord)
1. Canselor Beliau merupakan orang kanan Maharaja. Beliau mempunyai kuasa tertinggi selepas Maharaja
dan bertugas untuk mengetuai semua pegawai kerajaan. Peranan dan fungsi Canselor ialah:
(a) menyokong / melantik calon bagi jawatan penting kerajaan,
(b) mengawasi prilaku dan menghukum pegawai yang bersalah,
(c) bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan negara,
(d) membuat persediaan ketika melancarkan kempen ketenteraan,
(e) mengetuai mesyuarat dalam istana dan menghantar laporan kepada Maharaja, dan
(f) bertindak mengarahkan serta memeriksa pegawai pentadbir di peringkat Provinsi.
2. Setiausaha Diraja (Vice Setiausaha Diraja membantu Canselor dalam bidang pentadbiran negara. Tugas utama beliau
Canselor) ialah:
(a) menyelia dan mengawasi pegawai kerajaan,
(b) memastikan tidak berlaku penyelewengan di kalangan pegawai,
(c) mengawal disiplin pegawai dan pekerja di istana, dan
(d) menyimpan peta, buku pendaftaran, buku-buku suci dan menyimpan rekod tentang aktiviti
39
Maharaja.
3. Grand Commandant Pegawai ini bertanggungjawab dalam hal ehwal ketenteraan. Jawatan ini tidak tetap.
Qiu Qing
1. Menteri Upacara dan Adat-istiadat Menteri ini menjalankan upacara perayaan tokong-tokong kerabat diraja dan upacara
(Minister of Ceremonies) penyembahan syurga dan bumi. Beliau juga bertanggungjawab menyelia akademi diraja.
Anggota akademi terdiri daripada golongan cendekiawan yang akan mengajar bakal
pemegang jawatan penting dalam kerajaan. Menteri ini turut mengendalikan peperiksaan
kerajaan dan melaporkan kepada Maharaja sama ada pelajar ini layak memegang jawatan atau
tidak.
2. Penyelia Pembantu Diraja Pegawai ini bertanggungjawab terhadap pengawal keselamatan istana yang menjaga pintu
(Supervisor of Attendants) masuk dewan dan istana.
3. Komandan Tentera (Commandant Menteri ini bertanggungjawab mengawasi anggota tentera yang mengawal pintu masuk istana.
of Guards) Beliau boleh juga dianggap sebagai Ketua Pengawal Diraja - pengawal diraja dipilih daripada
kalangan orang awam.
4. Pambantu Kanan (Grant Servant) Pembantu Kanan bertanggungjawab terhadap kereta kuda dan kuda. Beliau memastikan
persiapan yang dilakukan memuaskan. Beliau juga bertanggungjawab memerhatikan kawasan
padang rumput dan kuda-kuda dipelihara.
5. Komandan Keadilan (Commandant Menteri ini pula bertanggungjawab dalam bidang undang-undang negara. Beliau menerima
of Justice) dan menyelesaikan kes-kes rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh Gabenor di Provinsi.
6. Bentara Agung (Grand Herald) Pemegang jawatan ini bertanggungjawab terhadap orang gasar yang menyerah diri. Beliau
merupakan pengarah ritual semasa upacara pengorbanan bagi syurga. Beliau turut
mempengerusikan majlis dalam majlis jamuan yang diadakan oleh Maharaja untuk tetamu-
tetamunya.
7. Pengarah Kerabat Diraja (Director Pengarah ini bertanggungjawab terhadap anggota keluarga diraja. Beliau turut menyimpan
of Imperial Clan) rekod mereka dan menerima rekod saudara-mara mereka yang disediakan oleh pihak berkuasa
Provinsi.
8. Menteri Pertanian (Grand Minister Menteri Pertanian bertanggungjawab membayar gaji kakitangan kerajaan dan mengumpulkan
of Agriculture) cukai. Cukai kepala, cukai tanah, hasil garam dan besi serta jualan arak dimasukkan dalam
perbendaharaan negara. Cukai gunung, cukai laut dan tasik menjadi milik Maharaja.
9. Bendahari (Small Treasurer) Bendahari menjadi pengurus kewangan anggota kerabat diraja.
Majlis Tertinggi
Majlis ini terdiri daripada 4 orang pembesar, iaitu:
1. Bendahara Bendahara merupakan orang yang paling kanan kepada raja. Beliau memangku tugas raja
ketika ketiadaan baginda. Beliau juga bertindak sebagai ketua angkatan tentera darat dan laut.
Beliau menjadi ketua hakim ketika mengadili kes-kes awam dan jenayah di peringkat negeri.
2. Penghulu Bendahari Penghulu Bendahari merupakan ketua kepada bendahari raja. Beliau mengetuai pengawal yang
menguruskan hasil kerajaan. Beliau turut mengetuai semua Syahbandar dan menjadi ketua adat-
istiadat dan upacara di raja.
3. Laksamana Pembesar ini merupakan ketua angkatan laut. Beliau mengiring raja semasa mengadakan
lawatan ke luar negeri. Beliau turut menjadi duta, pembawa berita atau utusan diraja.
4. Temenggung Temenggung bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri.
Kapten
Kapten mengetuai pasukan polis dan tentera di sesebuah bandar. Mereka bertanggungjawab meronda dan mengawal kubur-kubur
diraja dan kawasan sempadan negara.
TAMADUN INDIA
Zaman Klasik
Daerah
Terdapat seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai Sthanika. Tugasnya ialah mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh Gapa
(juru akaun di kampung).
Kampung
Ketua kampung dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung. Beliau dibantu oleh assembly yang terdiri daripada penduduk
kampung dalam menguruskan hal ehwal dan memelihara keamanan kampung. Setiap kampung mesti menyediakan bantuan
ketenteraan dan tenaga buruh kepada raja dan membayar cukai dalam bentuk ternakan, bijirin, emas atau bahan mentah.
Gopa ialah juru akaun. Beliau menyimpan akaun dan statistik bagi kampung. Beliau turut menyimpan rekod mengenai tanah (sama
ada diusahakan atau tidak), kebun, hutan, kuil-kuil, kerja pengairan, tanah perkuburan dan jalan. Beliau menetapkan sempadan
kampung, tanah pertanian, hutan dan jalan. Beliau mendaftar penjualan hasil, pemberian hadiah, sumbangan darma dan pengecualian
dari membayar cukai. Tanggungjawabnya turut meliputi menyimpan rekod mengenai bilangan petani, gembala lembu, pedagang,
tukang kraf tangan, buruh, hamba dan binatang. Akhir sekali, Gopa menyimpan maklumat tentang bilangan anggota di rumah, sejarah
mereka, pekerjaan, pendapatan dan perbelanjaan.
Bandar
Pengawal tingginya ialah Nagaraka atau Penguasa Bandar. Bandar dibahagikan kepada wad dan setiap wad didiami oleh beberapa
keluarga. Terdapat majlis perbandaran, contohnya: Bandar Pataliputra (Empayar Maurya) mempunyai majlis perbandaran yang terdiri
daripada 30 orang ahli. Tugas majlis perbandaran ialah: (1) memelihara dan memperbaiki bangunan awam, (2) menetapkan peraturan
harga barangan, menyelia pasar, pelabuhan dan rumah ibadat, dan (3) menyediakan kemudahan untuk memelihara kebersihan dan
mengelakkan bencana seperti kebakaran. Di bandar, terdapat pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat kepada raja dan pengawai
penting untuk mengawasi tindak-tanduk para pegawai.
Kesultanan Delhi
Pada zaman Kesultanan Delhi, empayarnya dibahagikan kepada beberapa provinsi. Sebagai contoh, terdapat 12 provinsi pada
pemerintahan Muhammad Bin Tughluq.
Gabenor
Gabenor juga dikenali sebagai Wali. Tugasnya ialah bertanggungjawab kepada hal-hal sivil dan ketenteraan dan menyediakan
bantuan ketenteraan kepada Sultan. Jawatan ini tidak boleh diwarisi dan ia dilantik oleh Sultan. Sultan berkuasa menamatkan
perkhidmatan Gabenor atau memindahnya ke provinsi-provinsi yang lain.
Zaman Moghul
Empayar Moghul dibahagikan kepada beberapa wilayah (Subas) dan setiap wilayah pula dibahagikan kepada daerah (Sarkar) dan
seterusnya mukim (Pargana, kampung.
Wilayah (Subas)
Ketua wilayah dikenali sebagai Gabenor. Pada zaman Akbar, ia dikenali sebagai Sipah-Salar. Manakala, di bawah pengganti-
penggantinya, ia dikenali sebagai Subedar atau Nizam. Tugasnya ialah (1) memelihara keamanan wilayah, (2) menguatkuasakan
undang-undang, dan (3) membantu memungut cukai. Beliau dibantu oleh menteri-menteri yang mengawasi jabatan kerajaan di
wilayah.
Daerah (Sarkar)
Daerah ditadbir oleh Faujdar (Pegawai Daerah). Faujdar dilantik oleh Subedar. Tugasnya ialah mengawasi kerja pentadbiran dan
membantu mengutip cukai.
Mukim (Pargana)
Mukim diketuai oleh Amir atau Shiqdar (Ketua Hakim).
Kampung (Mahal)
Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil.
TAMADUN CHINA
Unit pentadbiran yang paling utama ialah Chun (Provinsi). Chun dibahagikan kepada Hsien (Council), Hsiung (Districts) dan Li.
41
Chun (Provinsi)
Wizurai
Lazimnya dilantik untuk mentadbir 2 Provinsi, terdapat juga yang mentadbir 3 Provinsi. Ia tertakluk kepada Maharaja. Kuasanya
seperti seorang raja di dalam kawasan takluknya.
TAMADUN MELAYU
Empayar Melaka
Pentadbir jajahan takluk terdiri daripada raja-raja tempatan yang menerima ketuanan Melaka dan ada pula merupakan anak raja yang
dihantar dari Melaka. Bagi kawasan seperti Klang, Selangor, Bernam, Jugra dan sebagainya, ia ditadbir oleh Mandelika. Beliau
bertanggungjawab terus kepada Sultan Melaka. Jajahan takluk ini dikehendaki:
a. Menghantar ufti ke Melaka.
b. Mengerahkan tenaga manusia untuk menjalankan tugas awam dan ketenteraan.
c. Menghadap Sultan Melaka ketika sambutan hari kebesaran diraja, sambutan adat dan perayaan agama.
TAKRIF RAJA
Mengikut Kamus Dewan, raja bermaksud orang yang mengetuai dan memerintah sesebuah negara atau bangsa, menjadi kepala
negara, kepala negeri atau kepala suku. Mengikut Encyclopedia Britanica, raja lelaki dan ratu bagi perempuan adalah pemerintah
tertinggi dalam negeri, lebih tinggi kedudukannya daripada mana-mana pentadbir. Pemerintahan beraja adalah fenomena seluruh
dunia secara keturunan sempurna atau raja berperlembagaan. Biasanya dalam bentuk monarki dan raja juga dianggap sebagai
penghubung antara rakyat dengan tuhan.
Institusi Tertinggi
Raja merupakan institusi yang tertinggi. Raja mempunyai kuasa pengurus dalam segala tindakan penggubalan dan perlaksanaan dasar.
Raja juga mempunyai kuasa mutlak.
Secara Warisan
Institusi raja adalah berterusan secara warisan. Ada juga yang berjaya menjadi raja setelah berjaya menggulingkan raja yang sedia
ada. Mereka menggunakan kekuatan ketenteraan dan pengaruh yang dimiliki untuk menggulingkannya.
Keistimewaan Raja
Raja sentiasa istimewa daripada orang lain. Keistimewaan ini dapat dilihat dari cara berpakaian, bertutur, majlis-majlis tertentu,
mempunyai daulat, ada lambang kekuasaan seperti cop mohor, pedang, keris, mahkota, cokmar, pending dan sebagainya.
Cara Pemerintahan
Raja akan dibantu oleh pembesar-pembesar yang menjalankan tugas. Hal ini bermakna pemerintahan adalah secara berpusat.
Pemerintahan berpusat di ibu kota negeri untuk seluruh jajahan takluk.
Berkuasa Penuh
Raja berkuasa penuh dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi juga. Segala sumber yang mendatangkan keuntungan dikuasai oleh
baginda seperti pungutan cukai, hasil, pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja dianggap sebagai tuan punya tanah di
mana segala penggunaan terhadap tanah hendaklah dalam pengetahuan raja.
42
Agama
Dalam bidang agama, raja bertindak sebagai ketua agama dan dinasihati oleh tokoh agama yang bertindak sebagai penasihat.
Pertahanan
Dalam bidang pertahanan, raja mempunyai kuasa kerahan ke atas rakyat. Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang jika
diperintahkan. Hal ini kerana raja tidak mempunyai tentera yang khas. Tentera raja hanya pengawal istana sahaja. Oleh itu, rakyatlah
yang bertindak sebagai tentera.
Perbelanjaan
Perbelanjaan istana dan peribadi adalah dibiayai dengan menggunakan pendapatan negara atau sumbangan pembesar.
ALAM MELAYU
Kerajaan-kerajaan awal mengamalkan pemerintahan beraja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sistem beraja adalah gabungan sistem
tempatan dan pengaruh agama Hindu dan Buddha. Raja berkuasa memberikan undang-undang untuk mengukuhkan kedudukannya,
menjatuhi hukuman mati, memegang jawatan penting dan bertindak menurut keperluannya. Rakyat mesti mematuhi undang-undang
yang ditentukan oleh raja dan tidak boleh mempersoalkannya. Raja juga berperanan menguasai sumber ekonomi seperti pungutan
cukai, penggunaan tenaga buruh, perkhidmatan, hasil pertanian, hasil bumi dan perdagangan. Sumber pendapatan baginda ialah cukai,
ufti dan barangan yang diperolehi dari kawasan pedalaman. Ibu kota diraja berperanan sebagai pusat pemerintahan dan pusat kegiatan
ekonomi. Raja mempunyai hubungan baik dengan kawasan yang membekalkan barangan untuk perkembangan ekonomi bagi
menjamin penguasaannya terhadap kawasan itu. Hubungan raja dengan kuasa-kuasa kecil terjalin melalui kepercayaan dan amalan.
Hal ini membolehkan raja meluaskan pengaruhnya. Raja bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Golongan
Brahmin digunakan untuk mendapatkan penghormatan rakyat. Golongan ini akan menyebarkan cerita dongeng, mitos dan lagenda
mengenai kesaktian raja bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Raja diberi keistimewaan dari segi penggunaan bahasa, wajah,
kehidupan, kedudukan, kekuasaan dan sebagainya melalui cerita kesaktian. Rakyat menganggap raja sebagai tuhan dan tidak
mempersoalkan tindakan raja. Raja bertanggungjawab menyelesaikan masalah tanah dan buruh apabila pembesar gagal
mengendalikannya.
Kerajaan Angkor
Pentadbirannya adalah berdasarkan kelas sosial atau hierarki sosial. Raja dianggap sebagai dewaraja atau raja tuhan. Baginda
mempunyai kuasa veto (kata pemutus) dalam semua hal kenegaraan dan kehidupan rakyat. Raja ini juga menjadi penggubal undang-
undang dan ketua tentera, menjaga ketenteraman dan keselamatan rakyat dan kerajaan.
Dalam pentadbiran, terdapat pegawai kerajaan pusat di peringkat tertinggi, gabenor di wilayah dan ketua di kampung-kampung. Di
peringkat pusat, terdapat satu majlis menteri atau kebinet. Majlis menteri ini berfungsi untuk membantu raja dalam pemerintahan dan
pentadbiran. Selain itu, terdapat juga pegawai yang bertanggungjawab berkenaan dengan perundangan dan pegawai-pegawai
kebajikan. Para pegawai dilantik menerusi sistem peperiksaan untuk menentukan kecekapan dan tahap keilmuannya, di samping
untuk menentukan kesetiaan mereka kepada raja. Dengan itu, mereka dapat bertugas secara teratur dan sistematik serta penuh taat
kepada raja kerana percaya berbakti kepada raja bererti menjalankan perintah dewa.
Kerajaan Srivijaya
Sistem pemerintahan dan pentadbiran adalah mencontohi kerajaan yang terdapat di India. Raja-rajanya mempunyai hubungan erat
dengan India. Raja di Srivijaya berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan. Raja dianggap sebagai "raja di gunung", suci dan istimewa.
Dalam pemerintahan negara, terdapat satu jemaah menteri yang menasihati raja dalam perkara yang berkaitan dengan masalah-
masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Pentadbirannya juga mengikut hierarki yang dibahagikan kepada pentadbiran diraja, hal
ehwal diraja, perdagangan, hukuman/denda dan kutipan cukai.
Pentadbiran tentera pula diketuai oleh panglima yang bergelar Pratisava yang bertanggungjawab untuk membina pasukan tentera dan
mengadakan latihan yang berkaitan.
Di peringkat daerah, ketua wilayah yang bergelar "Datu" bertanggungjawab dalam hal-ehwal tanah dan kebajikan rakyat. Beliau
menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang menentang kerajaan. Beliau juga bertanggungjawab menanamkan dan
memupuk rasa setia terhadap pemerintah di kalangan rakyat.
Kerajaan Melaka
Orang yang menduduki tempat yang tertinggi ialah raja. Baginda merupakan ketua dalam pemerintahan dan pentadbiran. Konsep raja
di Melaka dipengaruhi oleh unsur agama Hindu seperti istilah devaraja. Pemerintahannya dianggap luhur dan suci. Baginda dianggap
sebagai wakil dewa di bumi dan berkuasa mutlak. Dengan kedatangan Islam, raja menggunakan gelaran sultan dan dianggap Amirul
Mukminin. Baginda juga mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa menggubal undang-undang. Baginda dibantu oleh sekumpulan
pembesar yang bertugas sebagai pegawai pentadbir dalam Empayar Melaka.
Di peringkat pusat, terdapat satu Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh 4 orang pembesar utama iaitu Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Penghulu Bendahari. Bendahara merupakan ketua pentadbiran negeri, Temenggung bertugas sebagai ketua polis
negara yang ada seperti hari ini, Laksamana menjadi ketua angkatan laut dan Penghulu Bendahari menguruskan hal-ehwal kewangan
43
kerajaan. Selepas Majlis Tertinggi terdapat 8 orang pembesar yang bergelar Sri dengan salah satu daripadanya ialah Syahbandar.
Seterusnya, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar raja dan 32 orang pegawai kerajaan yang menduduki tangga terakhir.
Di peringkat kampung, ketuanya ialah Penghulu dan Penggawa. Beliau menjadi orang perantaraan antara pembesar-pembesar daerah
dengan rakyat. Tugasnya adalah untuk memungut cukai, menjaga keamanan dalam kampung, menjaga keadilan dengan menjatuhkan
hukuman ringan, mendapatkan tenaga buruh untuk sultan, membekalkan tenaga tentera semasa peperangan dan memastikan rakyat
kampungnya taat setia kepada sultan. Mereka tidak diberi gaji tetapi memperoleh pendapatan daripada hasil cukai yang dikutip
daripada anak kampungnya.
Kerajaan Majapahit
Raja menduduki tempat yang tertinggi dalam hierarki organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa mutlak. Baginda bertindak sebagai
orang yang bertanggungjawab menggubal undang-undang dan segala undang-undang yang digubal mesti dipatuhi oleh rakyat.
Semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana Menteri, beliau telah membentuk sebuah kabinet. Beliau sendiri menjadi ketua kabinet
dan ahli-ahlinya terdiri daripada Demung, Kahuruhan, Rangga dan Temenggung.
MESIR
Mesir juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja Mesir telah berjaya menyatukan Mesir Utara dan Mesir Selatan
menjadikan Memphis sebagai ibu kotanya. Beliau telah mewujudkan sistem beraja dan dinasti. Dalam sistem dinasti, raja-raja yang
memerintah Mesir berasal dari satu keluarga. Mesir telah diperintah oleh 30 dinasti di antara tahun 3500 hingga 1000 SM. Raja Mesir
dikenali sebagai Firaun yang mempunyai kuasa mutlak dan berkuasa penuh ke atas tanah dan air di Mesir. Rakyat mesti patuh kepada
Firaun dan mesti membayar cukai dan Firaun memerintah dengan dasar kuku besi. Firaun dianggap sebagai tuhan dan anak tuhan atau
disebut sebagai Amon Re.
Di bawah sistem pemerintahannya, Mesir dibahagikan kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Pegawai-pegawai ini terdiri daripada golongan bangsawan dan kuasa meraka diwarisi secara turun-temurun. Orang Mesir membina
piramid sebagai lambang kekuasaan dan kebesaran Firaun dan ia menjadi tempat bersemadi seorang Firaun apabila ia meninggal
dunia. Piramid juga dibina untuk golongan bangsawan.
CHINA
Pada zaman pemerintahan Shang, satu sistem pemerintahan beraja yang berwibawa dan berkuasa mutlak telah wujud di China. Raja
mempunyai kuasa tertinggi memerintah satu golongan tentera yang besar. Beliau juga dapat menguruskan tenaga buruh supaya
menjalankan projek-projek umum dan menyumbangkan bijirin kepada negara. Pemerintahan beraja ini dikuasai oleh golongan
bangsawan mengikut sistem turun-temurun dan berjaya pula memerintah kawasan masing-masing. Mereka memusatkan kuasa kepada
sesebuah bandar. Semua pembesar menjadi tuan tanah. Oleh itu, mereka dikehendaki taat setia kepada raja dan kerajaan. Mereka
mesti mengikut raja pergi berperang, menjaga sempadan, membayar cukai, mengurus tenaga buruh supaya dapat menjadi askar dalam
masa perang dan bekerja dalam projek-projek umum dalam masa aman.
Raja juga bertugas mengawal dan menokong pembesar dalam pusat pemerintahannya dan pembesar-pembesar akan menjadi
pelindung bagi raja. Hal ini bermakna raja harus menolong wakil-wakil atau pembesar dalam kes-kes yang mana mereka dilanggar
oleh musuh. Kuasa politik raja berdasarkan kuasa agamanya. Raja Shang menjadikan dirinya pawang tertinggi dan pemimpin untuk
menukar atau memilih kalendar dan takwim.
Rakyat menghormati raja dengan membayar ufti dan memberi khidmat dalam angkatan tentera secara sukarela. Pemerintahan Shang
kemudiannya telah digulingkan oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa. Rakyat percaya bahawa dinasti baru telah mendapat
mandat daripada tuhan. Menurut konsep tersebut, kuasa pemerintah yang diperolehi daripada tuhan, pemerintah yang adil akan
mendapat mandat daripada tuhan manakala pemerintah yang zalim akan kehilangan mandat. Kehilangan mandat akan menyebabkan
bencana alam seperti banjir, kemarau, wabak penyakit. Apabila raja hilang mandat maka rakyat berhak merampas kuasa.
Pemerintah Dinasti Chou mengamalkan sistem feudal secara berleluasa. Golongan bangsawan merupakan pembesar kedua selepas
raja dan mereka berkuasa mutlak mentadbir wilayah masing-masing malah sesetengahnya mentadbir dengan menubuhkan beberapa
jabatan untuk mengawasi hal-hal seperti kewangan, pasukan bersenjata, undang-undang dan menyimpan rekod. Lama-kelamaan,
golongan pembesar ini menjadi pentadbir yang berwibawa dan bercita-cita tinggi. Sikap tamak ini telah menimbulkan persaingan
untuk menguasai wilayah lain. Akibatnya, Dinasti Chou mulai lemah dan berada dalam keadaan huru-hara dari abad ke-8 hingga ke-2
SM.
Selepas tamadun awal, China mengamalkan pemerintahan monarki di mana raja mempunyai kuasa mutlak. Kedudukan rajanya juga
meningkat apabila kerajaannya berjaya meluaskan kuasa dan membentuk empayar. Gelaran Maharaja mula digunakan. Maharaja
China dibantu oleh golongan birokrasi untuk memerintah empayar. Golongan birokrasi terdiri dari pegawai kerajaan yang dilantik
oleh Maharaja.
Pada zaman Dinasti Han, satu sistem perkhidmatan awam dibentuk untuk melantik pegawai kerajaan. Pemerintah Han juga
memperkenalkan Peperiksaan Awam China. Rakyat yang berpendidikan dan lulus peperiksaan awam boleh dilantik sebagai pegawai
kerajaan. Undang-undang dan sistem pemerintahan pada zaman ini adalah berasaskan kepada falsafah Confucius (pemerintahan
melalui teladan).
44
Pada zaman Dinasti Chin, undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu iaitu seorang pendokong falsafah
Legalisme (pemerintahan melalui undang-undang lebih berkesan daripada pemerintahan teladan). Beliau berpendapat tingkah laku
manusia dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang ketat. Falsafah Legalisme berbeza daripada falsafah Confucius
yang mengatakan pemerintahan melalui teladan adalah lebih baik.
INDIA
Pada peringkat awal India ditadbir oleh seorang pemimpin daripada golongan pendita. Pemerintahannya adalah berkuasa mutlak dan
sangat dihormati oleh rakyat. Tugas-tugas pemerintahan ialah mengawal pembinaan baru menetapkan piawai timbangan dan ukuran
dan mengawasi sistem tulisan, bentuk bangunan, pelan jalan dan sebagainya.
Selepas tamadun awal, India mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan pemerintahan mutlak. Kedudukan raja di India semakin
meningkat apabila kerajaannya berjaya meluaskan kuasa dan membentuk empayar. Raja menggelarkan dirinya sebagai Maharaja.
Empayar Maurya di India merupakan sebuah empayar yang cekap dan tersusun. Raja merupakan ketua pentadbir kepada kerajaan.
Raja juga sebagai ketua hakim, penasihat dan penggubal undang-undang dan juga ketua tertinggi dalam angkatan tentera di mana
kuasa raja adalah tidak terhad.
Raja akan melantik penasihat-penasihat untuk dijadikan pembantu dalam urusan pentadbiran misalnya untuk menjatuhkan hukuman
raja akan berbincang dengan penasihat beliau. Terdapat juga majlis menteri sebagai tambahan kepada penasihat-penasihat raja.
Jumlah menteri adalah tidak ditentukan dan ia bergantung kepada keadaan. Raja akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri.
Di dalam pentadbiran harian, terdapat 13 jabatan yang mengendalikan urusan yang berkaitan. Setiap jabatan mempunyai seorang
pengawas. Terdapat juga kelas-kelas pegawai yang akan membantu raja di dalam kecemasan. Kelas-kelas ini dikenali sebagai Mantri
dan Mantri Parishad. Di samping itu, terdapat juga jawatan seperti Pegawai Daerah, Pesuruhjaya Bandaran dan badan-badan yang
mengendalikan hal-ehwal ketenteraan. Pegawai Daerah bertanggungjawab dalam urusan memungut cukai, mengukur tanah,
mengawasi kerja-kerja pengairan, mengawal paras air, mendaftar kelahiran dan kematian, mengawasi pengeluaran barang
perdagangan, penipuan perdagangan, denda dan hal-ehwal orang asing.
Asoka memerintah Empayar Maurya berdasarkan pemerintahan melalui teladan. Perintah atau Dikri Maharaja Asoka diukir pada
tiang-tiang batu di tepi jalan untuk dibaca dan dipatuhi oleh rakyat.
TAKRIF REPUBLIK
Republik adalah negara yang diketuai oleh seorang Presiden yang dipilih oleh rakyat. Republik juga bermaksud negara yang tidak
diperintah oleh raja. Dalam kerajaan republik, kuasa tidak sepenuhnya di tangan rakyat. Pemerintahan republik mengamalkan prinsip
demokrasi, serta tidak ada sesiapapun yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik. Bagi Kerajaan Rom di Rom dan Athens di
Yunani, kedua-duanya merupakan contah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan repbulik.
ATHENS
Athens adalah sebuah negara kota yang mengamalkan sistem pemerintahan republik. Pentadbirannya dikendalikan oleh tiga buah
institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret dan Juri.
Dewan Perhimpunan
Dewan Perhimpunan adalah institusi yang diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens. Setiap warganegara berpeluang
memegang jawatan selama 6 bulan hingga setahun sahaja. Dewan Perhimpunan ini bersidang 40 kali setiap tahun dan selama 3 kali
sebulan. Dalam persidangan, warganegara boleh mengemukakan pandangan mereka tentang dasar-dasar kerajaan. Dalam setiap
persidangan, 40 ribu warganegara Athens dibenarkan menghadiri perhimpunan. Sesungguhnya badan ini berperanan sebagai badan
legislatif/perundangan. Badan ini mempunyai kawalan penuh ke atas pentadbiran dan kehakiman.
Di samping tugas-tugas di atas, Dewan Perhimpunan juga berperanan dalam melantik ahli-ahli Majlis, menggubal undang-undang dan
dasar bagi polis; membahas dan membuat keputusan tentang deklarasi peperangan, membuat perjanjian dengan negara-negara lain
dan membincangkan hal-hal kewangan, percukaian dan berperanan dalam menerima wakil duta dari negara-negara asing.
Golongan hamba tidak mewakili Dewan Perhimpunan. Hanya di zaman Solon (negarawan Athens 638-558 SM), golongan tidak
bertanah dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan melalui pindaan perlembagaan. Pindaan perlembagaan Solon menetapkan 9
orang Archon (pentadbir utama yang terdiri daripada golongan bangsawan) yang dilantik dalam Dewan Perhimpunan dan tidak lagi
diambil secara warisan. Antara Archon ialah Chief Argon atau Regent, Raja untuk mengurus hal-hal agama, Ketua Perang dan 6
orang Junior Judicial Archons.
Solon juga menetapkan bahawa selepas tempoh perkhidmatan Archon, mereka perlu dihadapkan ke Dewan Perhimpunan dan
menjawab tuduhan-tuduhan sewaktu memegang jawatan dan hanya bebas setelah mereka didapati menjalankan perkhidmatan yang
bersih. Setiap warganegara pula berpeluang menjadi salah seorang daripada 9 Archon. Dewan Perhimpunan juga berfungsi sebagai
Mahkamah Orang Ramai (Peoples Court); mendengar aduan orang ramai dan bukan hanya orang berada; menghadapkan pesalah ke
muka pengadilan. Sistem keadilan seperti ini melindungi dan memelihara hak-hak masyarakat miskin dan yang tidak bermaya
khususnya yang yatim piatu dan golongan janda.
45
Majlis
Sebuah dewan perhimpunan yang besar memerlukan sebuah jawatankuasa untuk mengendalikan urusannya dan juga untuk
berbincang tentang hal-hal yang penting. Maka dengan itu muncul Majlis yang melaksanakan keputusan-keputusan Dewan
Perhimpunan. Badan ini dianggotai oleh 500 ahli yang tidak dilantik tetapi dipilih melalui pengundian dan 50 orang mewakili setiap
suku. Oleh kerana Majlis ini diwakili oleh penduduk yang berlainan setiap tahun, ia tidak dapat melahirkan semangat bekerjasama.
Sesungguhnya inilah tujuan Majlis, supaya kuasanya tidak mengatasi Dewan Perhimpunan.
Kebanyakan jabatan kerajaan dikendalikan oleh ahli-ahli Majlis dan setiap tahun ahli-ahlinya diganti dengan muka-muka baru. Oleh
kerana 500 orang lelaki tidak boleh bersidang berterusan dan terlalu ramai untuk menjadi jawatankuasa eksekutif yang efisyen, maka
dibentuk sebuah Majlis dalaman yang dikenali sebagai Prytany yang terdiri daripada 50 orang yang diambil daripada setiap 10 suku
kaum yang bersidang untuk 1/10 daripada setahun. Pemilihan pengerusi Majlis pula dilakukan setiap hari melalui pengundian. Hal ini
bererti setiap hari ada pengerusi baru.
Walaupun Majlis memberi peluang kepada setiap warganegara menganggotinya, rata-rata mereka yang menguasai badan ialah
Archon yang kaya dan sering bertelingkah antara satu sama lain. Hal ini membuka jalan kepada kemunculan tyrant (pemerintah
mutlak).
Wujudnya institusi Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret tidak menghalang kemunculan pemerintah mutlak di Athens.
Persaingan tetap berlaku antara golongan aristokrat yang merebutkan jawatan Archon. Salah seorang tyrant ialah Pisistratus, seorang
bangsawan dan jeneral yang membentuk pakatan di kalangan golongan miskin dan petani. Dia berjaya berkuasa mulai 546 SM hingga
528 SM. Setelah mati, kedua anaknya menjadi tyrant Athens. Tetapi anak-anaknya tidak terkenal seperti Pisistratus yang memerintah
dengan adil dan disukai oleh masyarakat tani. Hal ini kerana beliau membahagikan estet-estet milik orang kaya di kalangan penduduk
miskin. Malangnya dasar ayah tidak diteruskan oleh anak dan ini menyebabkan rakyat bosan dengan pemerintahan tyrant dan mereka
bersatu (golongan miskin dan kaya) menentang tyrant.
Pemimpin pemberontak ini ialah seorang pemilik tanah yang bernama Cleisthenes. Dia membentuk satu sistem pemerintahan yang
tidak lagi memungkinkan muncul para pemerintah tyrant. Salah satu sebab yang memudahkan kemunculan tyrant adalah kerana
adanya fahaman kesukuan yang kuat di kalangan penduduk wilayah kekuasaan Athens. Hal ini menyebabkan seseorang pemerintah
menguatkan pengaruh mereka di kawasan berkenaan. Cleisthenes bertindak dengan menyatukan satu daerah dengan daerah yang lain
untuk menamatkan semangat kepuakan dan kedaerahan. Keadaan ini sudah pastinya akan menyukarkan salah satu fahaman
perkauman manjadi dominan.
Cleisthenes membahagikan penduduk Greek kepada wilayah-wilayah yang bertentangan dengan unit-unit lama. Sepuluh suku kaum
baru dicipta dengan perwakilan yang sama dalam Majlis 500. Keahlian dalam Majlis terbuka kepada semua warganegara yang
melebihi umur 30 tahun. Untuk memastikan ia menjadi badan kewarganegaraan yang adil, keahliannya dipilih daripada orang ramai.
Orang lelaki yang telah memegang jawatan sebanyak dua kali tidak layak. Majlis tidak membuat keputusan muktamad dalam
perundangan tetapi menyediakan bil untuk dibawa ke Dewan Perhimpunan, mengeluarkan dikri untuk membantu perlaksanaan
keputusan-keputusan yang dibuat oleh Dewan Perhimpunan dan merundingkan dengan perwakilan kuasa-kuasa asing. Majlis ini juga
bekerjasama dengan Majistret dalam kerja-kerja pentadbiran. Cleithenes mengekalkan hakim-hakim lama tetapi sebahagian besar
daripada kuasa politik mereka berpindah ke tangan sebuah badan 10 orang strategoi (jeneral) yang dilantik setiap tahun.
Strategoi yang pada asalnya dicipta untuk mengetuai tentera, kemudian menjadi ketua eksekutif para pegawai negara dan boleh
dilantik semula setiap tahun. Sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Cleithenes memulakan era kerajaan berperwakilan.
Dari segi pengadilan pula, pada zaman itu kuasa pengadilan terletak di tangan warganegara. Si pesalah akan merayu secara terus
kepada rakan-rakan warganegara lain untuk keadilan. Kebiasaannya untuk hal-hal kecil ia akan diselesaikan dalam mahkamah
tempatan tetapi jika kes besar, jenayah atau sivil ia akan diselesaikan di mahkamah Athens. Juri adalah sebahagian daripada Dewan
Perhimpunan. Jumlah mereka berbeza-beza. Ada keahlian juri yang terdiri daripada 101 orang sehingga kepada 1,001 orang mengikut
keseriusan kes. Dalam persidangan ini tidak ada hakim, hanya terdapat seorang pengerusi dan mereka yang terlibat akan
mengendalikan kes sendiri.
Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan tidak ada peluang bagi yang tertuduh untuk merayu. Jika kesalahan yang mereka lakukan
tiada hukuman dalam kanun hukuman Greek dan juri juga tidak dapat menetapkan hukuman, maka pendakwaraya akan
mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.
Satu hal yang nyata, setiap warganegara Athens berpeluang bertugas sebagai tentera, hakim, pentadbir atau ahli Dewan Perhimpunan.
Susun lapis masyarakatnya pula terbahagi kepada aristokrasi, rakyat biasa dan hamba.
46
ROM
Raja Rom terakhir dikenali sebagai Tarquin the Proud. Pada tahun 509 SM, dia diusir dan sejak itu bangsa Rom memutuskan mereka
tidak akan memiliki raja lagi. Sebaliknya mereka memilih dua orang dari kalangan penduduknya untuk memerintah selama setahun.
Mereka ini dipanggil Majlis. Dua orang ini dipilih agar dapat mengawasi antara satu sama lain.
Majlis mempunyai kuasa yang banyak. Majlis mengetuai tentera, mengetuai hal-hal berkaitan dengan agama dan bertindak sebagai
hakim. Tetapi seorang Majlis tidak boleh mengambil tindakan tanpa persetujuan yang seorang lagi.
Untuk membantu mereka memerintah, ditubuhkan sebuah Majlis yang digelar Senat (Senate). Senat ini terdiri daripada 300 orang
yang mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan nasihat mereka sering berharga. Senat memutuskan semua persoalan yang
berkaitan peperangan, keamanan dan mencadangkan undang-undang baru. Sistem kerajaan tanpa raja ini dikenali sebagai republik.
Rakyat Rom menganggap bentuk kerajaan republik ini sebagai sesuatu yang baik berbanding dengan pemerintahan beraja.
Di zaman awal kerajaan republik, golongan bangsawan menguasai dua institusi kerajaan yang penting, iaitu Majlis dan Senat. Dua
majlis yang dipilih dari kelas bangsawan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha untuk jangka waktu selama setahun. Majlis ini
biasanya mengetuai tentera, tetapi di zaman perang atas nasihat Senat, mereka biasanya menyerahkan kuasa kepada seorang selama
enam bulan.
Ahli-ahli senat dipilih daripada golongan bangsawan. Dari segi teori, peranan senat adalah semata-mata untuk menasihati, tetapi pada
hakikatnya ia mempunyai pengaruh yang luas ke atas republik. Golongan rakyat biasa (Plebian) pula menyampaikan pandangan
mereka kepada suatu badan lain, iaitu Centuriate Assembly.
Menjelang akhir zaman pemerintahan republik, beberapa jawatan baru diwujudkan untuk mengambilalih tugas Majlis. Antaranya
ialah Quaster untuk mengurus kewangan negara; hakim yang dikenali sebagai Praetors mengambilalih tugas mendengar dan
memutuskan kes-kes di mahkamah; Censors dilantik untuk menjalankan banci penduduk, mengenalpasti mereka yang layak menjadi
tentera serta menyelia tanah-tanah awam.
Untuk mengubah corak pemerintahan dan membawakan pembaharuan kepada negara, kepimpinan seorang tyrant dengan sokongan
tentera yang kuat diperlukan. Hal ini menyebabkan bermula pertelagahan antara tokoh-tokoh yang mahu memimpin negara.
Antaranya Marius, Wsulla, Pompey dan Caesar. Setelah Caesar berjaya mengalahkan musuhnya, Pompey, dia telah memaksa Senat
meluluskan segala kehendaknya. Pada 49 SM, dia menjadi diktator dan sekali gus menamatkan sistem pemerintahan republik Rom.
Orang Rom menjadikan Caesar seorang diktator seumur hidup. Dia adalah pemerintah seluruh angkatan tentera sehingga digelar
maharaja.
Caesar memerintah Rom hanya selama 5 tahun. Tetapi dalam jangka waktu itu dia telah menghasilkan pelbagai pembaharuan yang
membanggakan rakyat jelata. Caesar dibunuh pada 44 SM oleh sekumpulan ahli Senat. Pembunuhan ini dilakukan beralasankan
Caesar menjadi terlampau kuat. Sebaliknya, keadaan menjadi kelam-kabut dan mula tercetus peperangan. Dalam waktu keributan
inilah muncul Octavian (Augustus) yang menjadi Maharaja Rom yang pertama dengan memerintah tanah-tanah luas di bawah
penguasaan Rom.
Republik bermaksud negara yang tidak mempunyai raja. Republik juga bermaksud sebuah negara yang diperintah oleh seorang
Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Selain itu, Republik juga bermaksud kuasa tidak sepenuhnya terletak di tangan
rakyat. Tidak ada sesiapapun yang boleh mewarisi jawatan politiknya kepada orang lain mengikut sistem warisan. Terdapat dua buah
kerajaan yang mengamalkan republik dalam sistem pemerintahan iaitu Rom di Rom dan Athens di Yunani.
Rom pada asalnya mengamalkan pemerintahan beraja. Rajanya berkuasa mutlak. Raja Rom bersifat zalim menyebabkan rakyatnya
berasa tertekan dengan tindakan raja. Rakyat tidak mahu lagi ditindas oleh raja. Sikap raja yang zalim menyebabkan golongan rakyat
memberontak. Raja Tarquin adalah raja Rom terakhir. Raja Tarquin disebabkan kezalimannya telah diusir keluar dari Rom pada tahun
509 SM. Dengan itu, tamatnya pemerintahan beraja dan munculnya republik di Rom. Rakyat biasa yakin akan memerintah dengan
lebih baik mengikut sistem republik daripada sistem beraja.
47
Rom tidak lagi mempunyai raja semasa mengamalkan republik. Rakyat yakin mereka boleh tadbir sendiri dengan baik tanpa raja.
Rakyat telah memilih 2 orang dari kalangan penduduk untuk mentadbir Rom. Dua orang itu membentuk majlis. Rakyat memilih 2
orang wakil supaya mereka boleh sering mengawal kuasa masing-masing supaya tidak mempunyai kuasa yang lebih dan mutlak
seperti pemerintahan Raja Tarquin. Dua orang yang dilantik akan memegang jawatan selama satu tahun.
Ciri yang kedua Republik Rom ialah mempunyai 3 badan utama dalam pemerintahan. Ia ialah Dewan Perhimpunan, Majlis dan
Majistret. Majlis dianggotai oleh 2 orang Konsul. Majlis mempunyai kuasa politik yang banyak. Walau bagaimanapun, Majlis tidak
boleh ambil sebarang tindakan tanpa persetujuan daripada seorang lagi. Hal ini akan lebih menjamin keselamatan dan keamanan
rakyat. Majlis akan mengetuai angkatan tentera semasa berperang dan menguruskan hal keagamaan. Senat terdiri daripada golongan
Patrician yang mempunyai pengalaman banyak dalam kerajaan. Mereka menguruskan hal perundangan, cukai dan hal-hal lain.
Nasihat mereka adalah amat berharga.
Republik Rom mengamalkan sistem yang berunsur demokrasi. Semua rakyat diberi hak untuk menyampai pandangan. Mereka juga
berhak untuk memilih. Walaupun rakyat biasa tidak dapat jawat jawatan penting dalam kerajaan, mereka boleh menyampai
pandangan mereka melalui badan tertentu. Ia adalah Centuriate Assembly. Rakyat juga berhak untuk memilih wakil mereka di Majlis,
semasa pemilihan Konsul diadakan.
Selain itu, rakyat biasa di Rom tidak mempunyai kuasa politik yang sepenuhnya. Rakyat biasa hanya boleh menjadi ahli Dewan
Perhimpunan. Mereka tidak boleh menjadi anggota senat dan majlis. Mereka tidak boleh jawat jawatan tinggi dalam kerajaan.
Golongan Patrician memonopolikan 2 institusi yang penting. Ia ialah senat dan majlis. Jadi, kuasa rakyat biasa adalah lebih kurang
daripada golongan Patrician.
Ciri seterusnya di Republik Rom ialah hak rakyat. Di Rom, golongan Patrician mempunyai kuasa dan hak yang lebih luas. Mereka
boleh menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka mempunyai hak yang lebih luas. Golongan Plebian pula mempunyai hak dan
kuasa yang lebih kurang. Mereka tidak boleh menjadi anggota Senat dan Majlis. Mereka mempunyai hak rakyat yang terhad sahaja.
Walau bagaimanapun, mereka masih boleh mengemukakan pandangan mereka melalui badan tertentu. Badan itu ialah Centuriate
Assembly.
Dalam Republik Rom, golongan Patrician yang akan mendominasikan kuasa politik. Oleh sebab Senat dianggotai oleh golongan
bangsawan, maka pertelingkahan, pergaduhan akan sering berlaku di kalangan mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak bersatu
padu. Seterusnya ia telah membuka jalan kepada kemunculan diktator. Golongan petani dan bawahan telah bergabung memberontak
golongan Patrician. Mereka inginkan pembaharuan dari segi ekonomi terutamanya mengenai isu tanah. Hal ini menyebabkan
kemunculan diktator yang terkenal iaitu Julius Caesar yang mempunyai angkatan tentera yang kuat dan teratur.
Selain itu, pada akhir pemerintahan Republik Rom, beberapa jawatan baru telah diadakan. Jawatan itu diwujud untuk mengambilalih
tugas Majlis. Jawatan itu seperti Quasters, hakim, Cansor dan sebagainya. Quasters bertanggungjawab mengenai hal kewangan dalam
Republik Rom. Hakim atau dikenali sebagai Praetors akan ambilalih tugas Majlis. Hakim mendengar kes-kes kesalahan di mahkamah
kemudian hakim akan memutuskan sama ada pesalah itu bersalah ataupun tidak. Cansors pula bertindak seperti pegawai tanah atau
daerah. Dia bertanggungjawab menyeliakan tanah-tanah, memastikan ketaatan rakyat serta memungut cukai. Jawatan baru ini telah
mengurangkan kuasa dan tugas Majlis.
Di Republik Rom, jawatan politik tidak boleh diwarisi. Tidak ada seorang pun yang berhak untuk mewarisi hak politiknya kepada
orang lain. Sistem ini berbeza dengan sistem beraja. Orang yang memegang jawatan politik dalam kerajaan adalah dipilih oleh rakyat.
Sebagai contoh, Konsul yang telah meninggal dunia tidak boleh mewarisi hak politiknya kepada anaknya. Anaknya tidak semesti
menjadi Konsul. Jawatan kosong akan diisi melalui pilihanraya.
Semasa peperangan, salah seorang Konsul harus mengetuai tentera. Jadi hanya akan tinggal seorang Konsul di kerajaan. Orang yang
telah pergi berperang itu boleh menyerahkan kuasanya kepada seorang itu lagi yang mentadbir kerajaan. Jadi, seoranag Konsul lagi
itu boleh mentadbir kerajaan Rom seorang diri dalam tempoh tertentu. Konsul yang pergi berperang menyerah kuasa selama 6 bulan
sahaja. Jadi, pemerintahan seorang Konsul hanya boleh dijalankan dalam tempoh 6 bulan. Dia tidak boleh mentadbir lebih daripada 6
bulan.
Secara kesimpulannya, pemerintahan berbentuk republik adalah jauh lebih baik daripada pemerintahan beraja. Rakyat boleh hidup
dengan lebih aman. Republik mempunyai faedahnya sehingga corak pemerintahan ini telah diamalkan hingga sekarang, contohnya
Republik Jerman.
TAKRIF EKONOMI
Pengenalan
Istilah ekonomi berasal dari istilah Greek oikos dan oikonomia. Oikos memenuhi kehendak ahli-ahlinya dengan membekalkan
makanan dan pakaian, tempat tinggal dalam lindungannya sendiri tanpa sebarang pertukaran barang dengan orang lain. Oikos dan
oikonomia merujuk kepada perurusan rumah kerana rumah adalah asas unit ekonomi yang meliputi kegiatan mencucuk tanam dan
kegiatan pengeluaran. Perkataan Economistes pertama kali digunakan di Kancis pada tahun 1760-an dan pada abad tersebut, Adam
Smith menghasilkan suatu teori yang komprehansif tentang pertumbuhan nilai distribusi dan percukaian. Robbins mengatakan
ekonomi adalah sains yang mengkaji tentang perangin manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barang-barangan terhad
yang mempunyai kegunaan alternatif. Adam Smith menganggap ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-sebab kekayaan
negara. Bill menganggap ekonomi sebagai sains praktikal mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan. Ada juga ahli ekonomi
48
lain menganggap ekonomi dalam bentuk kebajikan dengan menekankan aspek manusia dan kebendaan. Secara kesimpulannya,
ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dan penggunaan bahan-bahan atau barang-barang
yang bersifat kekurangan serta beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi melibatkan aspek
perilaku manusia.
TAMADUN MESOPOTAMIA
Sistem Ekonomi Sara Diri
Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi masyarakat Sumeria. Terdapat petani yang telah menyewa tanah daripada raja,
paderi dan pengawal-pengawal tentera bagi mengeluarkan hasil pertanian demi menampung keperluan sendiri. Terdapat juga tanaman
diusahakan di tanah-tanah persendirian yang dimiliki oleh golongan bangsawan yang kaya dan juga di kebun-kebun yang dimiliki
oleh petani-petani miskin dan orang-orang nomad.
Menjelang zaman Chaldea, rumah berhala yang bebas dari kongkongan kerajaan pusat memiliki sebahagian besar tanah dan
menjalankan kegiatan perdagangan secara besar-besaran di dalam dan di luar Mesopotamia.
Kegiatan ekonomi rumah berhala ditadbir oleh Shatammu dan beliau dibantu oleh qipu (penyelia) dan jurutulis. Di bawah golongan
pentadbir ini terdapat sebilangan pekerja yang terdiri daripada orang bebas (free man), kelas pertengahan (shirke) dan hamba (hired
man). Orang bebas berkhidmat dalam bidang-bidang yang beraneka jenis, manakala hamba membajak, menuai hasil tanaman,
menggali dan menyelenggarakan terusan, ternakan binatang dan mengendalikan pengangkutan dan penyimpanan barangan. Golongan
shirke pula bekerja tanpa menerima gaji tetapi diberi makanan dan tempat tinggal (secara sukarela). Hasil pendapatan rumah berhala
terdiri daripada sewa tanah, sewa rumah, cukai dan keuntungan daripada perdagangan.
Terdapat 2 bentuk perdagangan luar negara di Mesopotamia. Pertama, eksport barang-barang perindustrian seperti tekstil bagi
mendapatkan benda lain; kedua, perdagangan antara bandar di negara asing, pusat-pusat perdagangan dan di antara suku-suku nomad.
Pedagang-pedagang dikenali sebagai tamkaru. Mereka bertanggungjawab mengimport barang mewah dan bahan mentah untuk
kegunaan istana dan rumah berhala. Daripada teks bandar Kanis, pedagang dikatakan bertanggungjawab mengeksport tekstil,
menjalankan perdagangan melalui bandar Assur di samping menjadi orang tengah serta melebur barang logam. Mereka mempunyai
49
hubungan dengan raja tempatan dan memperolehi perlindungan daripada raja. Mereka menikmati kelas sosial yang tinggi.
Sementara itu, teks dan mari mengatakan, mari adalah stesen yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan timah. Penduduk
Babylon mempunyai banyak keistimewaan dalam menjalankan kegiatan perdagangan dengan dunia luar.
TAMADUN MESIR
Pada zaman kerajaan lama, pusat perdagangan yang paling penting adalah Byblos. Byblos dianggap penting kerana ia
menghubungkan Mesir dengan laluan perdagangan utama. Byblos merupakan pelabuhan entreport Mesir yang penting. Ia juga
merupakan pembekal kayu balak yang utama.
Menjelang tahun 2000 SM, kegiatan perdagangan di Mesir berkembang dengan pesat. Mesir berdagang dengan Crete, Phoenicia,
Palestine, Syria dan Cyprus. Mesir mengeksport gandum, linen, fabrik, kertas, ikan masin, tembikar dan jagung. Di sebaliknya, Mesir
mengimport emas, perak, gading gajah, wain, minyak zaitun dan kayu balak.
Di Mesir, ekspedisi-ekspedisi perdagangan dianggap sebagai duta dan barang-barang yang diterima dianggap sebagai ufti. Biasanya,
ekspedisi ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya diraja Mesir.
Secara umumnya, terdapat 3 kaedah digunakan oleh pemerintah Mesir untuk memperolehi barang dagangan dari luar negeri:
Kaedah Pertama: menghantar ekspedisi diraja untuk mendapatkan bahan galian (tembaga, firus dari Sinai). Ekspedisi ini diketuai oleh
pegawai raja dan dibantu oleh tentera. Tentera dihantar untuk menundukkan orang nomad dan melindungi pelombong.
Kaedah Kedua: memperolehi barang dagangan dari pedagang asing. Segala urusan perdagangan dikendali oleh pegawai kerajaan yang
dilantik oleh Firaun. Pegawai ini akan menukar barang dengan pedagang asing ini di sempadan Mesir (contoh Elephantine, Kerma
berhampiran dengan Katarak-3) bagi memperolahi barang seperti ebony, gading gajah, damar wangi dan sebagainya.
Kaedah Ketiga: menghantar tentera laut ke negara asing untuk mengadakan rundingan dengan pemerintah asing. Kapal yang dihantar
amat besar dan dibina dengan kayu cedar dan dimiliki oleh Firaun. Sebagai contoh, Permaisuri Hapshepsut menghantar ekspedisi ke
Punt untuk mendapat barang dagangan seperti ebony, gading gajah, emas dan kera.
TAMADUN INDIA
Sistem Ekonomi Sara Diri
Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan peranan penting dalam perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka
mempunyai pengetahuan yang luas tentang musim. Mereka juga tahu cara untuk membajak, menyemai, menuai menerusi Rig Veda.
Di samping bercucuk tanam, mereka juga terlibat dalam penternakan binatang. Mereka menternak lembu, kambing, biri-biri dan kuda
(untuk mengangkut bijirin). Menjelang akhir zaman Vedik (1000-600 SM), pertanian dan penternakan menjadi sumber makanan yang
penting. Antara tanaman yang ditanam ialah barli, gandum, padi dan tebu. Barli dan gandum merupakan makanan utama manakala
padi adalah makanan sekunder.
Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada
9 bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan kepada pemerintah. Penternakan
masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.
Selepas Dinasti Chou, ekonomi sara diri masih diamalkan oleh penduduk tetapi pertanian secara ekstensif telah mula diusahakan.
Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat ditubuhkan. Pemilikan tanah
persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian,
penternakan dan pengeluaran kain. Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan berguna, malas bekerja akan menjadi hamba. Kerajaan
Chin menggalakkan kemasukan imigran dan Timur untuk memberi peluang kepada mereka membuka lebih banyak tanah pertanian
bagi meningkatkan keluaran negara.
Pada zaman Dinasti Han, pengeluaran pertanian terus meningkat dengan pesat. Alat pertanian besi telah digunakan, sistem pengairan
dan terusan diperluaskan. Tekstil terus menjadi hasil utama negara dan ia mempunyai kualiti yang tinggi.
Pada zaman Tiga Kerajaan, Kerajaan Wei yang terletak di Utara China berusaha untuk memulihkan ekonomi yang musnah. Kerajaan
Shu pula maju dalam pertanian disebabkan Lembah Chengtu yang diairi dengan baik dan subur, manakala Kerajaan Wu pula maju
dalam pertanian disebabkan Lembah Yangtze yang subur yang sesuai bagi pertanian.
Pada zaman Dinasti Tang, banyak tanah terbiar telah diusahakan dan ini menyebabkan pertambahan pengeluaran hasil pertanian
malah kawasan pertanian baru telah dibuka khususnya di Lembah Yangtze. Akibatnya, pertanian telah diusahakan secara besar-
besaran. Kemajuan dalam bidang pertanian turut mempengaruhi kemajuan dalam industri kraftangan seperti sutera, kertas dan
porselin.
Pada zaman Dinasti Ming, telah disaksi revolusi pertanian di kawasan luar bandar negara China. Kaedah pertanian baru dan
permulaan tanaman padi 2 musim yang dipinjam dan Vietnam Selatan dimulakan. Tanaman baru seperti jagung India, ubi kentang
manis dan kekacang telah diperkenalkan. Kerajaan Ming juga memperkenalkan tanaman bergilir dalam skala yang besar begitu juga
dengan penggunaan baju. Ksemuanya ini membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil pertanian dan menggalakkan lagi
penanaman secara komersil.
Pada zaman Ching, pemulihan ekonomi di seluruh negara dapat dilihat pada zaman pemerintahan Maharaja Kang-hsi. Pengeluaran
pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang
penting pada zaman ini.
Sebagai kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya merangsangkan ekonomi sara diri
berkembang menjadi ekonomi komersil dimana tingkat pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil yang berlebihan dapat
dijual kepada orang lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China.
Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang
dalam zaman ini adalah banyak sekali.
Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan garam telah membawa kepada kemajuan
perdagangan tempatan dan asing.
Selepas Dinasti Han, negara China sekali lagi menjadi huru-hara. Peperangan sering berlaku dan ini tidak menggalakkan kegiatan
perdagangan. Sehinggalah Dinasti Tang, negara China mulai menjadi aman damai. Keadaan politik menjadi stabil kembali.
51
Peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan kraftangan telah membawa kepada kemajuan perdagangan domestik yang
dirangsangkan oleh komunikasi yang diperbaiki termasuk sistem pos baru dan jalan utama yang menghubungkan ibu kota.
Perdagangan dengan orang asing juga berkembang pesat tetapi berada di bawah pengawasan orang asing. Terdapat banyak koloni
pedagang asing bukan sahaja di pusat tetapi juga di kawasan lain.
Selepas kejatuhan Dinasti Tang, zaman selepasnya dikenali sebagai zaman 5 dinasti dan sepuluh kerajaan. Zaman ini menyaksikan
kemajuan dalam perindustrian dan perdagangan. Menjelang abad ke-11 M, banyak tembaga dan besi dihasilkan. Selain itu, banyak
bandar baru dan pusat perdagangan telah muncul.
Pada zaman pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini tetap terletak di bawh
penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan cari China dan
menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi.
Pada zaman Dinasti Ming pula, pusat perkembangan ekonomi adalah Lembah Yangtze. Kemajuan industri seperti industri tekstil di
Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan perdagangan.
TAMADUN ARAB
Sistem Ekonomi Perdagangan
Sebelum kelahiran Islam, ekonomi bangsa Arab berasaskan perdagangan. Mereka muncul sebagai bangsa yang handal, mempunyai
pengalaman, kemahiran dalam perdagangan. Semenanjung Tanah Arab telah muncul sebagai pusat perdagangan dunia yang
dikunjungi oleh pedagang dari seluruh pelosok dunia. Tanah Arab menghasilkan rempah, arak, madu dan buah-buahan seperti anggur.
Rempah ini memanglah terkenal dan diperlukan di Eropah. Hal ini telah dinyatakan oleh Bernard Lewis dalam bukunya The Arabs in
History.
Untuk menjalankan kegiatan perdagangan, banyak pasar telah diwujudkan. Antaranya ialah Ukadz yang terletak di Pekan Majad yang
dibuka mulai 15 Zulkaedah selama sebulan, Zul Majaz yang terletak berhampiran Pekan Ukadz yang dibuka selama seminggu dari
awal bulan hingga 7 Zulhijah, Nazat yang terletak di Khaibar yang dibuka selama 20 hari dari 10 hingga akhir bulan Muharam dan
sebagainya.
TAMADUN GRAECO-ROMAN
Sistem Ekonomi Kapitalisme
Sistem ekonomi di Tamadun Graeco-Roman bersifat laissez-faire. Sistem ini juga dikenali sebagai sistem ekonomi bebas atau
kapitalisme. Dalam sistem ekonomi kapitalisme ini, tumpuan yang lebih telah diberi dalam bidang perdagangan, perbankan, insurans
dan mata wang. Kini, institusi perhambaan mulai merosot. Individu-individu bebas untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini, tetapi
rajinya mungkin rendah.
TAMADUN YUNANI
Sistem Ekonomi Sara Diri
Kerajaan Sparta menggalakkan penduduknya bertani. Hal ini adalah disebabkan untuk menggalakkan Kerajaan Sparta dari masalah
kekurangan bekalan makanan. Dengan menjalankan kegiatan pertanian sara diri, permintaan untuk bahan makanan setiap keluarga
akan dapat dipenuhi dan tidak perlu lagi untuk mengimport makanan dari dunia luar.
Secara umumnya, perdagangan melalui laut adalah berkembang secara semula jadi. Hal ini adalah disebabkan keadaan sepanjang
pantai di Yunani adalah berteluk-teluk. Mereka berdagang dengan koloni di Selatan, di sekitar Laut Hitam, Mesir, Syria dan
Phoenicia.
TAMADUN ROM
Sistem Ekonomi Sara Diri
Penduduk awal Republik Rom mengusahakan tanaman demi keperluan sendiri. Mengikut Kirchner, pertanian mendominasikan
kegiatan hidup penduduk Rom waktu ini.
TAMADUN BARAT
Sistem Ekonomi Sara Diri
Pada zaman pertengahan awal (500-1050 M), sistem ekonominya adalah bercorak sara diri. Sebahagian besar daripada keperluan
petani seperti makanan, pakaian dan peralatan dihasilkan daripada institusi manor. Hasil-hail ini kemudian diedarkan dalam
lingkungan kawasan manor. Di bawah sistem manor ini, petani tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar. Pendek kata, sistem
ekonomi sara diri di bawah sistem manor merupakan suatu dunia kecil di mana di dalamnya terangkum sistem ekonomi dan politik
yang mudah dan primitif.
Menjelang pertengahan abad ke-14 M, Itali telah mendahului daerah lain dalam pemulihan perdagangan. Bandar-bandar Milan,
Venice, Florence, Genoa dan Pisa dikunjungi oleh pedagang dari semua bahagian dunia Barat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat
Itali terdedah kepada pelbagai gaya hidup. Kemudian, Gerakan Renaissance (abad ke-16) dan Reformasi (abad ke-17) yang bermula
di Itali telah menjadi asas kepada Revolusi Perindustrian dna Revolusi Pertanian (abad ke-18). Revolusi ini telah menyebabkan
kemajuan dalam bidang pertanian dan perindustrian dan meninggalkan kesan yang besar ke atas perdagangan luar terutamanya di
England. Penghasilan barangan yang berlebihan membolehkan ia dieksport ke luar negeri. Menjelang pertengahan abad ke-19 M,
perdagangan antarabangsa telah meningkat 20 kali ganda.
Selepas gerakan Renaissance dan Reformasi, sistem kapitalisme menjadi lebih sempurna. Individu diberi kebebasan yang sepenuhnya
dalam mengerja kekayaan. Bukti yang menunjukkan bahawa sistem kapitalisme menjadi asas ekonomi di Barat selepas abad ke-17
ialah:
a. Parlimen England telah memansuhkan monopoli perdagangan SHTI dengan negara China pada tahun 1833;
b. Parlimen England juga mengurangkan senarai barang yang dikenakan duti import dan eksport; dan
c. Melonggarkan Undang-undang Jagung yang mengharamkan import jagung melainkan harga dalam negeri mencapai 8 syiling
satu suku oleh Parlimen England.
Pemansuhan penyekatan ini membolehkan perdagangan dijalankan dengan bebas di Barat tanpa gangguan dan sekatan kerajaan.
53
TAMADUN ALAM MELAYU
Sistem Ekonomi Sara Diri
Sistem Ekonomi tradisional masyarakat Melayu bergantung kepada pertanian. Konsep pertanian ini meliputi bercucuk tanam,
menternak binatang, menangkap ikan, memburu dan memungut hasil hutan. Kegiatan pertanian ini berasaskan kepada sistem ekonomi
sara diri. Para petani menjalankan kagiatan pertanian untuk keperluan keluarga mereka. Mereka menanam padi, ubi, keladi, sayur-
sayuran dan buah-buahan. Antara tanaman ini, padilah yang terpenting kerana ia merupakan makanan utama. Mereka juga memungut
hasil hutan seperti damar, rotan dan gading.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan Melaka terus menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Pedagang dari seluruh
dunia telah datang ke sini dan bertemu dengan pedagang tempatan atau pedagang lain untuk berurusniaga. Selepas kejatuhan Melaka
ke tangan Portugis, Acheh dan Johor pula mengambilalih peranan pelabuhan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting.
PEMBANGUNAN EKONOMI
Perhubungan
Perhubungan merupakan salah satu prasarana penting bagi membangunkan sesebuah ekonomi, contoh jalan raya dibina di seluruh
empayar China. Lebarnya 50 langkah, tepi jalan di tanam pokok, di tepi jalan ditambak menghalang banjir. Selain itu, jalan sungai
China digunakan. Ada Jalan Sutera yang merentasi Asia Tengah antara China dan India. Di India, jalan raya dibina secara teratur dan
banyak di bina semasa perkembangan Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa. Di Mesopotamia, jalan sungai digunakan. Di Mesir,
perhubungan adalah secara jalan sungai. Di Rom, jalan raya sebagai perhubungan. Di Alam Melayu, sungai dan laut digunakan untuk
perhubungan.
Pengangkutan
Pengangkutan juga penting sebagai prasarana ekonomi. Di China, terdapat penggunaan pedati secara meluas, kapal laut dan tongkang.
Di India, pengangkutan ialah kereta lembu dan kapal. Di Mesopotamia, pengangkutan beroda ada digunakan. Di Mesir, terdapat
kapal-kapal laut yang besar. Kapal laut pertama dibina oleh orang Mesir awal dibuat daripada kayu bermutu tinggi digunakan untuk
tujuan perdagangan dan peperangan. Di Alam Melayu, sampan, kapal, kereta lembu adalah pengangkutan.
Institusi Kewangan
Institusi kewangan adalah badan yang mengendalikan hal-hal kewangan. Pada tahun 1019-1086, Maharaja Dinasti Sung yang
bernama Wang An Shih menubuhkan Bank Pertanian. Fungsinya memberi pinjaman dengan kadar bunga atau faedah yang rendah.
Petani akan membayar pinjaman bila hasil tanaman dapat dituai. Kaedah ini menguntungkan Kerajaan China kerana dapat mengutip
cukai daripada petani. Sebelum itu, petani terpaksa meminjam daripada tuan-tuan tanah yang merupakan golongan bangsawan. Petani
terpaksa mencagarkan tanah mereka dan dikenakan kadar bunga atau faedah yang tinggi. Di India, semasa Kesultanan Delhi iaitu
semasa pemerintahan Muhammad Tughluq, baginda menggunakan wang kerajaan dan menubuhkan sebuah badan kewangan untuk
membantu petani-petani dalam rancangan bumi hijaunya. Di Mesopotamia, ada urusan bank seperti pinjaman dijalankan di rumah
berhala yang menjadi pusat perniagaan. Bank tersebut mengendalikan penggunaan mata wang seperti mata wang emas dan tetapkan
kadar nilai 15 kali ganda daripada mata wang perak. Pinjaman rumah berhala di Mesopotamia dikenakan kadar bunga 20%.
Gudang
Gudang adalah tempat menyimpan barang hasil pertanian dan perkilangan kecil. Setor besar di Mesopotamia disediakan untuk
menyimpan hasil-hasil kutipan cukai dalam bentuk bijirin serta hasil pertanian. Di India, ada gudang yang mengutip cukai dan
menyimpan dalam bentuk bijirin. Semasa kemarau, bijirin ini dikeluarkan tujuannya adalah supaya harga barang makanan boleh
dikurangkan ketika negara mengalami kemarau, bencana alam contohnya banjir dan juga ketika wabak penyakit. Di China juga ada
gudang untuk menyimpan padi dan lain-lain.
Limbungan
Limbungan maksudnya dermaga iaitu membuat dan membaiki kapal. Di Arab, Kerajaan Sabak terdapat limbungan di Aman. Orang
Sabak pandai membuat kapal dan menjadi pelayar-pelayar. Di Mesir, perusahaan pembinaan kapal laut iaitu kapal yang digunakan
untuk perdagangan serta kapal perang.
54
Kemudahan Pelabuhan
Pelabuhan menjadi prasarana penting dan menjadi kemudahan berbeza bagi tamadun berbeza. Di Melaka, terdapat gudang
menyimpan barang untuk pedagang luar Melaka di pelabuhannya. Terdapat pentadbiran 4 Syahbandar untuk menguruskan hal-hal
berkaitan dengan perdagangan seperti cukai, tempat berniaga, tempat penginapan, keselamatan dan lain-lain lagi. Di Arab, terdapat
banyak pelabuhan, antaranya Adana.
Bazar
Bazar adalah tempat untuk berniaga. Di Mesopotamia, rumah kediaman dijadikan kedai mengikut jenis perniagaan. Di India, kedai-
kedai khas dibina terutama di Mohenjo-Daro dan Harappa. Di Arab, contohnya Mekah, terdapat banyak pasar yang disediakan
antaranya Ukadz, Zulmajaz, Zul Majinnah.
TAMADUN MESOPOTAMIA
Prasarana
Institusi Kewangan
Pada akhir abad ke-6 SM, sistem perbankan persendirian mula berkembang. Perkembangan ini menyebabkan lahirnya beberapa bank
seperti bank yang dimiliki oleh keluarga Egibi di Babylon. Mereka meminjam kepada orang dengan kadar faedah 20-30%.
Pusat Komersil/Bazar
Setiap bandar di Mesopotamia mempunyai satu pusat komersil atau bazar yang dikenali sebagai Karu. Pedagang-pedagang asing
boleh menjalankan urusniaga di situ. Pedagang asing juga akan tinggal di sini.
Gudang
Di setiap pusat komersil atau Karu, terdapat gudang yang membolehkan pedagang menyimpan barang dagangan mereka.
Sistem Kewangan
Mata wang perak telah digunakan sebagai medium pertukaran dan juga dalam urusan pembayaran untuk tujuan pembayaran, ketulan
perak ini akan ditimbang. Sebab yang menyebabkan penggunaan wang perak ialah syiling perak mudah disimpan dan digunakan.
Selain wang perak, wang emas juga digunakan. Nilai emas ini telah ditetapkan sebagai 15 kali ganda nilai perak.
TAMADUN MESIR
Prasarana
Perhubungan
Jalan sungai merupakan sistem perhubungan yang penting di Mesir.
Pengangkutan
Pengangkutan yang digunakan oleh orang Mesir terdiri daripada kapal-kapal. Kapal laut yang pertama digunakan oleh orang Mesir
dibina daripada kayu bermutu tinggi untuk tujuan perdagangan dan peperangan.
Gudang
Gudang-gudang besar di Mesir dimiliki oleh raja. Ia digunakan untuk menyimpan cukai-cukai yang dikutip dalam bentuk barangan
seperti gandum, wain, linen, ikan dan sebagainya.
Sistem Kewangan
Tidak terdapat sebarang sistem mata wang di Mesir. Penggunaan mata wang hanya bermula apabila orang Parsi memperkenalkan
wang perak Shekel. Menjelang zaman Remesside, sistem mata wang diamalkan secara meluas. Gelang-gelang yang dibuat daripada
emas, perak, dan tembaga dijadikan media pertukaran.
Sistem Percukaian
Cukai telah dikenakan terhadap institusi yang memiliki tanah pertanian, khususnya rumah berhala. Individu-individu terutamanya
tentera juga dikehendaki membayar cukai. Selain itu, para pedagang dan juga tukang-tukang juga perlu membayar cukai. Cukai-cukai
dibayar dalam bentuk barangan seperti padi, barli, lilin, ikan, gandum, wain dan sebagainya dan disimpan dalam gudang besar.
Sistem Pengukuran
Sistem ukuran yang standard bagi bijirin diperolehi daripada mitos mata Horus. Menurut mitos ini, mata Horus dipecahkan kepada 6
bahagian semasa berperang dengan Seth, iaitu 1/2, 1/4, 1/8, 1/16, 1/32, dan 1/64. Mata Horus ini kemudian dilukis dan digunakan
untuk mengukur bijirin.
Ukuran panjang di Mesir pula terdiri daripada jari, tapak tangan dan kubit (20.6 inci). Ukuran linear yang panjang ialah ukuran
panjang sungai iaitu 4,000 kubit. Ukuran ini digunakan bagi tujuan geografi.
Ukuran yang standard bagi keluasan ialah khet persegi, 100 kubit persegi / 2/3 ekar. Sementara ukuran jar yang berasingan digunakan
bagi bir, susu, madu dan wain.
55
TAMADUN CHINA
Prasarana
Perhubungan
Jalan raya telah dibina di seluruh Empayar China. Lebarnya ialah 50 kaki, tepi jalan ditanam pokok, dan tambak dibina untuk
menghalang banjir. Selain itu, jalan sungai di China seperti Sungai Hwang-Ho, Sungai Yang-Tze juga digunakan. Terdapat juga Jalan
Sutera yang merentasi Asia Tengah antara China dan India yang dibuka oleh Chang-Qian pada zaman Dinasti Han.
Pengangkutan
Di darat, kereta kuda telah digunakan untuk mengangkut barangan. Di laut pula, kapal-kapal telah digunakan. Terdapat juga
tongkang, sampan kecil dan perahu.
Institusi Kewangan
Pada zaman Dinasti Sung, Perdana Menteri yang bernama Wang An Shih telah menubuhkan bank pertanian. Fungsinya ialah
memberi pinjaman dengan kadar bunga dan faedah yang rendah. Petani akan membayar pinjamannya apabila hasil pertanian dapat
dituai. Kaedah ini menguntungkan kerajaan kerana memperolehi hasil sampingan.
Gudang
Di setiap bandar di negeri China, terdapat sebuah atau lebih gudang yang dibina untuk menyimpan cukai yang dikutip dalam bentuk
bijirin dari penduduk bandar tersebut. Kadang-kala, pihak pemerintah juga akan membeli bahan makanan seperti padi dan gandum
dari petani untuk kegunaan tentera dan ia disimpan dalam gudang ini. Terdapat juga gudang yang dibina bagi menyimpan ketulan
emas dan perak yang dikutip sebagai cukai dari rakyat. Gudang ini akan dilindungi oleh askar-askar raja.
Bazar
Di setiap bandar di negeri China, terdapat sekurang-kurangnya satu pasar yang merupakan tempat para pedagang bertemu dan
menjual-beli barangan. Sebagai contoh, pada zaman Dinasti Tang, kota Chang-An mempunyai 2 pasar iaitu pasar Timur dan pasar
Barat dimana semua urusan perniagaan dijalankan di sini.
Sistem Kewangan
Pada tahap awal, kulit siput dijadikan sebagai mata wang khususnya pada zaman Dinasti Shang. Pada zaman Dinasti Chou pula,
terdapat mata wang tembaga dalam pelbagai rupa dan saiz. Emas dan perak juga telah muncul tetapi bukan dalam bentuk syiling.
Wang kertas pula diperkenalkan pada zaman Dinasti Sung (907-1279 M).
TAMADUN INDIA
Prasarana
Institusi Kewangan
Persatuan-persatuan pedagang berperanan sebagai bank, deposit dan memberi pinjaman kepada para pedagang dan orang lain.
Mengikut Rig Veda dan Dharma Sutra, kadar faedah dan peraturan yang berhubung dengan hutang dan gadai janji telah ditetapkan,
iaitu 1 1/4% sebulan ataupun 15% setahun. Tetapi dari segi praktiknya, kadar faedah yang dikenakan lebih tinggi. Manu telah
menetapkan kadar faedah yang berlainanbagi pinjaman tidak terjamin mengikut kelas penghutang iaitu Brahman 24%, Khastriya
36%, Vaisya 48% dan Sundra 60% setahun. Bagi pinjaman jangka pendek untuk tujuan perdagangan, Arthasastra menyenaraikan
pedagang biasa 5%, pedagang yang mengembara melalui hutan 10% dan pedagang di seberang laut 20% sebulan. Selain persatuan
pedagang, raja juga bertindak memberi pinjaman kepada petani bagi menggalakkan kegiatan pertanian. Terdapat juga peminjam wang
berprofesional seperti ceti.
Gudang
Sesetengah syarikat pedagang di India mempunyai cawangan di semua bandar utama. Mereka mendirikan gudang di merata tempat
bagi menyimpan barang dagangan mereka. Semua gudang ini dilindungi oleh askar persendirian.
Pelabuhan
Menjelang abad pertama masihi, perdagangan maritim telah berkembang pesat. Di bahagian Timur, pelabuhan seperti Lampa dan
Tamralipti telah berkembang pesat. Raja-raja di Selatan India pula menggalakkan perdagangan maritim dengan membina rumah api,
bagan dan pelabuhan. Kavirippattinam merupakan pelabuhan utama Kerajaan Chola. Pelabuhan ini mempunyai kemudahan untuk
kapal berlabuh dan semua barang dagangan akan diperiksa oleh pegawai kastam dan dicap dengan mohor diraja dan disimpan di
dalam gudang.
Sistem Kewangan
Kemungkinan besar orang India mempelajari mata wang daripada orang Parsi. Mata wang yang awal dibuat daripada gangsa ataupun
perak dan bentuknya tidak sekata. Mata wang itu mempunyai lambang diraja dan tanda kawalan pegawai dan pedagang tempatan.
Mata wang emas dan plumbum juga digunakan. Kulit kowri (varataka) pula digunakan oleh golongan miskin sebagai mata wang.
Pada zaman pemerintahan Maurya, mata wang Rom digunakan secara meluas. Mata wang ini dibuat daripada emas. Dalam urusan
jual beli, wang perak dan emas ini telah digunakan secara meluas.
Wang tembaga pula digunakan pada zaman pemerintaan Naga, iaitu Ganapati Naga dan dinasti tempatan seperti Yaudheya dan
Mathura.
56
Sistem Percukaian
Cukai yang paling utama ialah levi yang dikenakan terhadap para petani. Mereka dikehendaki menyerahkan 1/6 daripada hasil
pertanian kepada raja. Cukai ini dikenali sebagai Bhaga. Di samping itu, petani juga perlu membayar cukai taksiran yang dikenakan
terhadap beberapa kampung. Terdapat juga cukai-cukai seperti berikut:
Prasarana
Bazar
Terdapat pasar yang berperanan sebagai pusat petemuan pedagang untuk menukarkan barangan dari bahagian Arab yang lain. Antara
pasar-pasar yang terkenal ialah Ukaz, Zulmajaz, Zul Majinnah dan sebagainya.
TAMADUN GRAECO-ROMAN
Sistem Kewangan
Dua jenis mata wang telah digunakan iaitu Attic sejak zaman Alexander yang digunakan oleh Macedonia dan negeri Asia dan
Phoenician oleh Ptolemy.
TAMADUN BARAT
Prasarana
Perhubungan
John Macadam telah memperkenalkan pembinaan jalan raya dengan batu dan minyak tar pada tahun 1815. Pembinaan jalan melalui
cara ini telah membolehkan jalan yang dibina mempunyai permukaan yang baik dan licin yang membolehkan pengangkutan barang
menjadi lebih cepat. Pada tahun 1761, Terusan Bridgewater telah dibina oleh James Bridley. Terusan ini menghubungkan tapak
perlombongan dengan bandar perusahaan di Manchester.
Pengangkutan
Seperti dengan tamadun yang lain, kereta kuda digunakan di darat, kapal digunakan di kawasan perairan.
Institusi Kewangan
Institusi perbankan telah berkembang pesat pada zaman kemuncak pertengahan khususnya di Genoa dan Tuscany, Itali.
Sistem Kewangan
Mata wang telah diperkenalkan pada zaman kemuncak pertengahan dan telah menjadi alat pertukaran. Menjelang penghujung abad
ke-13, urusan perniagaan secara tunai menjadi ketara. Venice telah membuat mata wangnya sendiri pada tahun 1200 M.
TAMADUN MELAYU
Prasarana
Gudang
Gudang bawah tanah telah dibina di Melaka untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka. Gudang ini
diberi perlindungan daripada api, kerosakan atau kecurian. Gudang ini dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu terkunci. Ia
dikawal rapi oleh penjaga yang bertindak membunyikan loceng sekiranya berlaku kekecohan ataupun kecemasan.
Pelabuhan
Alam Melayu memanglah dikelilingi air. Hal ini menyebabkan kegiatan yang mereka lakukan biasanya bercorak maritim. Kepulauan
Melayu yang berteluk-teluk ini seterusnya membolehkan pelabuhan didirikan. Antaranya ialah pelabuhan Oc-Eo dan pelabuhan
Melaka. Menurut Tom Pires, pelabuhan Melaka dikatakan begitu besar sehingga boleh menampung hampir 2,000 buah kapal yang
berbagai saiz pada satu masa.
Sistem Kewangan
Mata wang logam dibuat daripada celains digunakan dalam urusan jual beli. Di mata wang tersebut, nama Sultan yang memerintah
diukir (Melaka).
Sistem Pengukuran
Di Melaka, timbangan diukur dengan unit kati dan tahil. Satu kati bersamaan dengan 20 tahil. Satu tahil bersamaan dengan 16 mas.
Satu mas bersamaan dengan 20 cumduryns atau 4 cupoes. Empat mas pula bersamaan dengan satu pau dan satu pau bersamaan
dengan 4 cumdryns. Satu tahil pula bersamaan dengan 11.5 drams. Alat timbang yang digunakan dikenali sebagai dacing.
57
TAKRIF KETAHANAN DAN PERTAHANAN
Berdasarkan Kamus Dewan, ketahanan bererti sesuatu yang menahan, menghalang, rintangan dan keupayaan menanggung sesuatu.
Dalam konteks ini, ketahanan merujuk kepada daya juang dan sifat tahan lasak seseorang dalam menghadapi ancaman di medan
peperangan. Pertahanan pula bermaksud hal mempertahankan kubu dan benteng yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada
serangan. Secara keseluruhannya, ketahanan dan pertahanan merujuk kepada semua usaha yang diambil oleh pemerintah dalam
mempertahankan negara mereka daripada serangan musuh.
TAMADUN MESOPOTAMIA
Kekuatan Fizikal dan Peralatan Senjata
Semasa pemerintahan Sargon, tenteranya menggunakan lembing dan anak panah. Mereka tidak menggunakan perisai untuk
melindungi diri mereka. Mereka berperang secara terbuka. Sargon dikatakan mempunyai 5,400 tentera yang mungkin merupakan
pengawal diraja. Setiap wilayah juga mempunyai tenteranya misalnya wilayah Mari mempunyai 10,000 anggota tentera.
Menjelang abad pertama Masihi, pasukan tentera Assyria menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang ketenteraan. Senjata mereka
lebih superior kalau dibandingkan dengan masa lepas. Kini, tenteranya dilengkapi dengan busar khasnya bagi tentera berkuda.
Terdapat juga tentera kuda yang memakai tombak dan ada yang menggunakan pemanah. Bagi tentera yang lain, pedang kecil, pisau
belah dan cokmar digunakan. Mereka merupakan masyarakat yang paling awal menggunakan besi dan gangsa untuk membuat
senjata. Dalam pada itu, mereka bolehlah dikatakan sebagai masyarakat yang handal dalam bidang ketenteraan.
Jenis Tentera
Tentera Infantri (Tentera Berjalan Kaki)
Semasa zaman Assyria, ia terdiri daripada pemanah yang handal.
Tentera Berkuda
Tentera berkuda ditubuhkan menjelang abad pertama Masihi. Ia dilengkapkan dengan busar. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu
yang membawa tombak dan yang terdiri daripada pemanah. Tentera berkuda juga memilik pedang kecil, pisau dan cokmar. Ia
memakai kasut boot bertali dan pakaian seragam.
TAMADUN MESIR
Jenis Tentera
Terdapat tiga jenis tentera iaitu tentera berjalan kaki, tentera berkereta kuda dan tentera laut. Tentera laut ini bertujuan
mempertahankannya dari serangan dari laut. Perahu dan kapal biasa digunakan untuk mengangkut tentera ke medan peperangan.
Bukti kewujudan tentera laut: Ramses III telah berjaya dalam pertempuran laut di muara Sungai Nil pada abad ke-12 SM.
Kekuatan Mental
Pada zaman sebelum kedatangan Islam, angkatan tenteranya mempunyai satu objektif yang utama iaitu untuk mencari nama dan
kemegahan. Motif peperangan pula berdasarkan semangat asabiyah atau perasaan kesukuan.
58
Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk
kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia.
Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan
tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di
muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.
Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan
yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah
melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia
boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.
MASYARAKAT JAHILIAH
Pengertian Jahiliah
Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliah
bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan
sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun
yang tinggi.
Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum
Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah seperti berikut:
a. Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk.
b. Tidak mempunyai tamadun / peradaban.
c. Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.
d. Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.
Jika salah satu dari tersebut terdapat pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat jahiliah.
Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas
kejatuhan Kerajaan Sabak.
Agama Majusi
Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di
Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama
ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungan
dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.
Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama ini tersebar
luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-
orang Yahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadi
kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap diri
mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama
ini ialah Yusof Zu Nuwas.
Agama Nasrani
Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke
Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah
jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini
termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang
berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria
/ Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasrani
hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.
Agama Hanif
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah
ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu
bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudi
dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.
Kepercayaan Animisme
Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang
ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka
menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.
61
Kepercayaan Adat (Sunah)
Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabila
memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah
burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.
Politik
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing
yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya Kerajaan
Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat
dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau
Parsi.
Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pemerintahanya
menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.
Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak di
Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak
Jurham, diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif. Pemerintahan begini
dikatakan berbentuk aristokrasi. Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasar
perluasan wilayah.
Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan
yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap
kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki
kabilah yang lain.
Ekonomi
Sistem ekonomi orang-orang Hadari lebih maju berbanding dengan orang Badwi. Mereka kebanyakannya ialah pedagang yang
bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah
sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan
pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah
Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman.
Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan
dengan orang-orang India, China dan Nusantara.
Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi sukatan dan
timbangan.
Sistem barter masih diamalkan secara meluas terutamanya oleh golongan Badwi.
Selain dari kegiatan perdagangan, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan kawasan pertanian yang paling subur
ialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu Yaman. Yaman sememangnya mempunyai tanah yang subur di samping
mendapat hujan tahunan yang agak seragam. Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi teknologi sehingga
membolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan pertanian.
Orang-orang Arab Jahiliah juga menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan lain-lain lagi. Dari binatang ini, mereka
memperolehi susu, daging dan kulit yang boleh dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan apa sahaja. Ada
kalanya, mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi. Hal ini menyebabkan peperangan yang tidak
berkesudahan.
Sosial
Orang-orang Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab Badwi dan Hadari. Arab Badwi ialah
orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak banyak bercampur dengan masyarakat luar. Oleh itu, ciri-ciri asli
budaya Arab masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput / kawasan yang mempunyai air. Ia
juga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Orang-orang Hadari pula menetap di bandar-bandar tertentu dan cara hidup mereka
lebih maju serta mempunyai fikiran yang matang. Hal ini disebabkan mereka banyak terdedah kepada dunia luar khususnya melalui
perdagangan.
Mereka mengamalkan cara hidup berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan keturunan, kepercayaan,
adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia berperanan
menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah lain, melayan tetamu, memberi
perlindungan kepada anggota kabilah dan lain-lain.
62
Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah
yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang
lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi.
Mereka juga mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka, terdapat golongan hamba dan merdeka.
Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk hidup bebas atau memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi hamba melalui
beberapa cara sama ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan.
Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal
ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan
membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.
Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa, kahwin mencari anak pintar, mewarisi
isteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada anaknya.
Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah
menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair.
Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan
semangat asabiyah dan lain-lain.
Ilmu Pengetahuan
Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan
perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak
diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah
runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahu
membaca dan menulis sahaja.
Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah.
Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah.
Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak
cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau
khayalan. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.
QURAISY
Asal-usul Quraisy
Perkataan Quraisy berasal dari kata dasar "taqarrasya" yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilab
menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Qusai bin Kilab adalah datuk keempat Nabi Muhammad. Beliau adalah dari keturunan Kinanah
yang berasal dari keturunan Nabi Allah Ismail. Qusai bin Kilab telah berpindah bersama ibunya dan dibesarkan di Syam. Setelah
dewasa, beliau kembali ke Mekah dan berkahwin dengan seorang gadis dari Bani Khuzaah yang memegang pemerintahan kota
Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah. Daripada
kalangan Quraisy, muncul ramai tokoh terkemuka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan lain-lain. Di dalam kabilah
Quraisy, terdapat beberapa bani yang terkenal seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Adi, Bani Taym dan sebagainya.
Orang-orang Quraisy telah menyusun pentadbiran kota Mekah dengan sistematik bagi menjaga kepentingan penduduk dan
pengunjungnya. Para pengunjung dikehendaki membayar cukai perlindungan yang disebut "Muhajarah" atau "Harim". Beberapa
jabatan juga telah diwujudkan seperti Hijabah, Rifadah, Siqayah, Sirafah dan lain-lain. Dengan ini, suasana aman dan kerjasama dapat
diwujudkan di Mekah.
Mereka juga telah menubuhkan sebuah badan tertinggi yang dikenali sebagai Mala' (Majlis Ketua-ketua Suku) yang akhirnya telah
dikuasai oleh ketua-ketua suku yang berpengaruh sahaja. Oleh itu, golongan yang kurang berpengaruh telah menubuhkan satu lagi
badan yang dikenali sebagai Half-al-Fudhul. Ia berfungsi untuk mengimbangi pertubuhan Mala' di samping untuk menjaga
kepentingan suku-suku yang lemah.
Satu fakta yang nyata bahawa masyarakat Arab Quraisy mengenal dan mengamalkan sistem kelas suku dan kabilah. Kelas tertinggi
dipegang oleh golongan aristokrat dari keturunan Quraisy.
Golongan Quraisy merupakan kelas pemerintah bukan disebabkan oleh keturunan tetapi oleh kekayaan. Sebagai satu sistem sosial
feudalisme, terdapat kelas hamba yang besar bilangannya dan mereka tidak mempunyai apa-apa hak, walaupun ke atas diri mereka
sendiri hingga mereka boleh dijual beli.
63
Kedudukan wanita pada umumnya nilai mereka sangat rendah.
Di dalam pembentukan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang diamalkan. Di dalam kehidupan keluarga, yang menjadi
ketua ialah lelaki.
Orang-orang Quraisy mengamalkan nilai-nilai negatif. Mereka juga mengamalkan nilai-nilai positif seperti memuliakan tetamu, setia
pada janji dan sebagainya.
Suku Aus
Jumlah suku Aus adalah lebih kecil dari Khazraj. Pengaruh mereka juga kurang. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganut
berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi dibanding dengan Quraisy.
Suku Khazraj
Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar kalau dibandingkan dengan suku Aus. Seperti suku Aus juga, sebelum
kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jika
dibandingkan dengan kaum Quraisy.
YAHUDI
Bani Qainuqa'
Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah tiba di Madinah, mereka mendirikan rumah
kediaman mereka di kawasan Barat Daya berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan aktiviti
perdagangan, pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera yang kuat.
Bani Nadir
Bani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana tekanan tentera Rom yang menganut agama
Kristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen. Sewaktu di Madinah,
mereka menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke Selatan kota Madinah.
Bani Quraizah
Ia juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka tinggal di Wadi Mahzur (luar kota
Madinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.
Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam.
Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawa
wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud: bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dan
segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa. Selepas
menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa baginda
berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang itu
ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.
Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satu
suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijah
menyelimutkannya. Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yang
berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatan
dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Dengan
wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammad
untuk mengingatkan manusia.
Pengenalan
Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang diturunkan kepada baginda melalui malaikat
Jibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua Hira sehinggalah
baginda wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi kepada dua, iaitu:
a. Zaman Makkiyah
Zaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa selama 13 tahun.
b. Zaman Madinah
Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.
Peringkat Seruan
Peringkat Sirriah (tersembunyi)
Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari Surah al-Muddatthir ayat 1-7. Penurunan
ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda menjalankan
dakwahnya secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah Khadijah al-Kubra, Ali Bin
Abu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman Bin Auf, Uthman
bin Affan, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya. Mereka digelar
sebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan ini dijalankan selama 3 tahun dan seramai 55 orang
penduduk Mekah memeluk Islam. Arqam Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan umat Islam.
Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr. Baginda mula menyeru kepada segenap
lapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja. Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di
Madinah.
Akhlak
Selama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping berusaha mengikis sifat-sifat yang tercela
seperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur, ikhlas, amanah dan
sebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama ada di dunia atau di akhirat. Nabi cuba
65
banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan yang diterima
oleh orang yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi dan umat terdahulu.
Ibadat
Di Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat ini mula diwajib selepas berlakunya
peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang 5 waktu sehari semalam.
Rumusan
Cara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan kebijaksanaan Nabi dalam soal berdakwah.
Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-ajaran yang baginda
bawakan jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan dunia dan akhirat.
Pengenalan
Semasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit, tidak terdapat sebarang bentuk penentangan yang ketara dari kaum
Quraisy. Semasa seruan mula dijalankan kepada keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada kalangan kaum kerabat
baginda sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya sebagai masalah dalaman keluarga Bani Hasyim yang boleh
diselesaikan sesama mereka sendiri. Namun setelah seruan secara terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar dugaan dan
setelah Nabi Muhammad mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek moyang mereka, maka kaum Quraisy mula
bimbang lantas mengadakan pelbagai usaha untuk mebendung perkembangan Islam.
Sebab Penentangan
Politik
Dalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi teras politik mereka. Hal ini dapat
dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum, diikuti oleh
puak Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani Hasyim. Bani-bani lain
dari kaum Quraisy terutamanya Bami Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka. Menerima ajaran Islam
seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah dan
mempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi pemimpin, mereka
bimbang kuasa kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang meletakkan diri mereka
sebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian dan kepimpinan.
Ekonomi
Pengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan musyirikin Mekah terjejas. Agama Islam menentang penyembahan berhala
kerana ia dianggap syirik. Pengharaman ini akan menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga Kaabah kehilangan
sumber pendapatan.
Penentangan orang musyirikin juga disebabkan agama Islam yang dibawa oleh Nabi menentang penjualan hamba abdi. Orang
musyirikin yang menpunyai kedudukan tinggi biasanya memiliki hamba yang ramai, malah bilangan hamba dikatakan melambangkan
status seseorang. Mereka menggunakan tenaga hamba dengan percuma bagi membantu dalam kegiatan ekonomi. Pengharaman
hamba sudah pasti akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka.
Orang musyirikin juga bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat kebudayaan akan terjejas
dengan kedatangan Islam. Mereka percaya Mekah maju disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling
Kaabah. Sekiranya patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah.
Sosial
Menurut Islam, manusia akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan terhadap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan di
dunia. Orang musyirikin yang sememangnya sentiasa melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak dan sebagainya
takut akan pembalasan yang akan diterima nanti. Hal ini disebabkan mereka tidak faham tentang konsep taubat dalam ajaran Islam.
Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau pangkat. Yang berbeza hanya dari segi
ketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka akan meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba. Golongan musyirikin
juga menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana
ia bertentangan dengan kehidupan biasa mereka.
Agama Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka. Orang musyirikin sangat kuat berpegang kepada tradisi
nenek moyang atau sunnah. Mereka bimbang jika mereka menerima Islam, mereka akan melanggar adat tradisi mereka dan akan
dimakan sumpah.
Golongan musyirikin menentang Islam kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan. Islam ialah agama monteisme. Sebaliknya,
kaum Quraisy menyembah tuhan-tuahn berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk. Malah mereka menganggap lagi bahawa
penyembahan berala ialah mendekatkan lagi diri kepada Allah.
66
Cara Penentangan
Perang Saraf
Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat Arab tidak terpengaruh dengan dakwah
yang disampaikan. Mereka mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak. Sungguhpun begitu, semua tuduhan itu tidak memberi
apa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang berjumpa dengan
Nabi bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi.
Menawarkan Kekayaan
Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranya
termasuklah harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawab
dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan matahari di sebelah kiri dan bulan di sebelah
kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan berganjak."
Membebaskan Hamba
Nabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan mereka.
Antara sahabat yang menyahut seruan ini termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan Bilal Bin Rabah
dari tuannya Umayyah Bin Khalaf.
Berhijrah ke Habsyah
Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang Islam supaya
berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orng Islam.
Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi. Ia diketuai oleh
Uthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5 perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan yang
diketuai oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.
67
Berundur ke Taif
Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani
Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentah-
mentah dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan Nabi.
Bai'at Aqabah
Setalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi berusaha menemui orang-orang luar yang
datang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya, pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal ini
diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam dijemput ke Yathrib
(Madinah).
Hijrah ke Yathrib
Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebih
keras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orang
musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.
Perang
Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri dan agama. Oleh
itu, di dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan ini
kemudiannya telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir dengan kekalahan tentera
Islam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orang
musyirikin Mekah, tetapi juga golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani Yasyjab
dan sebagainya.
Rumusan
Nabi Muhammad menghadapi perjuangan yang sukat untuk mengembangkan Islam di sesetengah masyarakat Quraisy yang
mengagung-agungkan patung-patung berhala mereka. Namun dalam tempoh hampir 13 tahun itu juga kaum Quraisy berasa amat
sukar untuk membendung perkembangan Islam walaupun mereka telah melakukan pelbagai tindakan. Perjuangan Nabi Muhammad
tidak pernah mengenal erti kejayaan.
BAI'AT AQABAH
Latar Belakang
Bai'at ialah persetiaan, ikrar atau sumpah setia. Bai'at aqabah telah diadakan di antara Nabi dengan penduduk Yathrib di sebuah
tempat yang dikenali sebagai Aqabah. Aqabah adalah nama sebuah bukit yang terletak antara Mekah dan Madinah. Bai'at ini diadakan
sebanyak dua kali. Bai'at yang pertama dikenali sebagai Bai'at Wanita / Bai'at al-Nisak kerana ia merupakan perjanjian keamanan.
Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada 10 Khazraj dan 2 Aus terlibat dalam bai'at ini. Mereka berjanji tidak akan
menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak fitnah-menitnah dan lain-lain. Pada tahun
berikutnya iaitu pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, seramai 73 orang penduduk Madinah datang menemui Nabi bagi
mengukuhkan kesetiaan mereka dalam Bai'at Aqabah I. Mereka memeluk Islam sejak dari Yathrib lagi. Bai'at kedua ini disebut
sebagai Bai'at al-Haub. Di samping mengulangi ikrar yang pertama, mereka berjanji akan melindungi dan mempertahankan Nabi serta
umat Islam seperti mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Mereka juga mengajak Nabi untuk berhijrah ke Yathrib.
Rumusan
Bai'at Aqabah berlaku di antara seorang pemimpin yang sedang mencari umat untuk diserukan ajaran Islam dengan sekumpulan
masyarakat yang mencari seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan mereka. Ia memainkan peranan besar dalam sejarah
perkembangan Islam. Ia membawakan sinar baru terhadap perkembangan Islam. Ada sejarahwan yang menganggap peristiwa Ikrar
Aqabah sebagai "penyelamat nyawa terancam". Ia merupakan anak kunci peristiwa Hijrah yang bersejarah yang dapat mengubah
perjalanan sejarah perkembangan Islam.
Pengenalan
Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah. Namun dalam
2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut
digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini. Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya
sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan.
Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab. Ada yang kembali
semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.
Peristiwa Penting
Bantuan Perlindungan di Habsyah
Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana. Nabi
Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidak
berlaku di sana. Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat perlindungan di Habsyah
walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi
Muhammad untuk terus berjuang menyebarkan Islam.
Pengislaman Umar
Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka
menerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapi
selepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat. Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap perkembangan
Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar mempunyai
penyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat secara
terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar
bersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam.
Pengislaman Hamzah
Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidak
terlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada suatu hari semasa
beliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau memarahi orang itu
dan menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya memantapkan lagi
perjuangan Islam.
Bai'at Aqabah
Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar Mekah. Pada tahun
ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan menyatakan keislaman mereka. Pada tahun
berikutnya, 12 orang lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila mereka pulang ke Madinah,
Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagi
mengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah bertambah bilangannya. Secara tidak langsung,
tenaga pendakwah bertambah. Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap sebagai Muqaddinah
kepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.
Rumusan
Jangkamasa di antara Hijrah ke Habsyah dengan Hijrah ke Madinah mengandungi banyak peristiwa penting yang memantapkan lagi
perjuangan Nabi Muhammad. Setiap peristiwa yang berlaku sama ada yang mendatangkan kesedihan atau kegembiraan kepada
baginda ternyata mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Sebagai seorang pejuang yang memandang jauh ke hadapan, baginda
menggunakan setiap pengajaran daripada kegagalan atau kegembiraan daripada setiap kejayaan untuk mengatur langkah yang lebih
padu dan teratur.
HIJRAH
Pengenalan
Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan
Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam
hidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh
musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke
Madinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.
Wahyu
Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30,
Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi.
Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.
Kepentingan Hijrah
Perubahan Pusat Gerakan Islam
Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum
Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam
diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah.
Rumusan
Hijratul-Rasul adalah suatu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat besar dalam sejarah perjuangan Islam. Ia jelas telah
membawa banyak perubahan dalam corak perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi
Muhammad sendiri dan perkambangan Islam di seluruh dunia. Penghijrahannya ini membawa kepada kemenangan umat Islam dalam
hampir setiap bidang seperti ekonomi, sosial dan politik.
UMMAH
Pengenalan
Sebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama
iaitu Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering bermusnahan
antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal
ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah
Nabi berhjrah ke Madinah.
Definisi Ummah
Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada semua penduduk
Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenali
sebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai golongan Ansar serta
orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah telah menyebutkan
nama mereka satu persatu dan mereka masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah.
PENYATUAN UMMAH
Pengenalan
Nabi Muhammad tiba di Madinah pada bulan September 622 M. Dengan penghijrahan ini, pusat gerakan umat Islam telah bertukar
dari kota Mekah ke kota Madinah. Nabi Muhammad telah diterima sebagai pemimpin Madinah kerana Madinah pada waktu tersebut
belum mempunyai seorang pemimpin tunggal. Madinah adalah sebuah kota di Utara Mekah yang diduduki oleh pelarian Yahudi dari
Palestine dan bangsa Arab dari Yaman. Oleh sebab ia lebih merupakan kota tumpuan pelbagai bangsa yang belum pernah dipimpin
oleh mana-mana pemerintah, maka Nabi Muhammad terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang timbul oleh pelbagai golongan.
Golongan Ansar
Mereka adalah penduduk Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka adalah kumpulan pertama yang mendiami
Madinah. Mereka berasal dari Arab Selatan berpindah ke Madinah selepas pecahnya Empangan Maarib. Antara Aus dan Khazraj
sering berlaku pertelegahan. Dalam pertelegahan ini, suku Aus disokong oleh Yahudi. Daripada golongan inilah, lahirnya golongan
munafik. Mereka memeluk Islam Ba'at Aqabah. Jumlah mereka lebih kurang 500 orang berdasarkan jumlah yang menyambut Nabi
apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka digelar Ansar kerana membantu menyebarkan Islam serta memberikan pertolongan kepada
Muhajirin. Mereka juga banyak berkorban sama ada harta atau nyawa bagi menegakkan Syi'ar Islam. Mereka diletakkan setaraf
dengan Muhajirin dan disebutkan juga sebagai as-Sabiquna al-Awwalun.
Golongan Yahudi
Kaum Yahudi berasal dari Palestine. Mereka datang ke Madinah apabila Nabi Isa menyebarkan agama Nasrani. Kerajaan Rom yang
memerintah Palestine menganut agama Nasrani. Hal ini menyebabkan golongan Yahudi lari ke Semenanjung Tanah Arab
termasuklah ke Khaibar, Wadi al-Qura dan Madinah. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah ialah sebanyak 20. Yang terkenal
hanyalah 3 iaitu Quraizah, Nadhir dan Qainuqak. Walaupun terdapat percampuran darah antara Yahudi dan Arab tetapi Yahudi tetap
dengan Yahudinya sama ada dari segi kepercayaan atau kebudayaan. Kaum Yahudi mempunyai angkatan tentera yang kuat serta
ekonomi yang kukuh.
Bani Qainuqak adalah Yahudi yang paling berpengaruh. Mereka juga dikatakan Yhudi yang mula-mula sampai ke Madinah. Mereka
tinggal di Barat Daya Madinah berhampiran Wadi Buhtan. Mereka bekerja sebagai pedagang di samping petukang dan mempunyai
pasukan tentera yang ramai. Mereka pernah membekalkan sejumlah 700 tentera termasuk 200 tentera berperisai bagi membantu kaum
Khazraj menentang Aus dalam Perang Bua'th.
Bani Nadhir merupakan golongan kedua berpengaruh. Mereka tinggal di kawasan bukit yang namanya al-Nadhir di Selatan Kota
Madinah. Mereka berniaga dan bertani. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th. Sokongan yang diberi kerana tujuan
tertentu, iaitu untuk memecahbelahkan orang Arab dan ini membolehkan mereka berkuasa di Madinah.
Bani Qainuzah pula dikenali sebagai Darih. Mereka tiba di Madinah agak lewat. Mereka tinggal di Wadi Mahzur, Selatan kota
Madinah. Pekerjaan mereka adalah bertani. Kebanyakan mereka kaya, mempunyai bekalan makanan dan senjata yang banyak. Jumlah
tentera mereka dianggarkan 750 orang. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th sehingga menyebabkan suku Khazraj
tertewas. Mereka sedar suku Khazraj adalah kuat. Dengan kekalahan Khazraj, pentadbiran kota Madinah akan terlepas ke tangan
Yahudi. Yahudi Madinah mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi di luar Madinah.
Golongan Munafik
Munafik adalah orang yang perpura-pura masuk Islam tetapi pada hakikatnya mereka memusuhi Islam. Sejarah kaum munafik
bermula apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka telah menimbulkan pelbagai masalah, misalnya dalam Perang Uhud, mereka telah
menarik diri sebelum berlakunya peperangan sehingga menyebabkan barisan tentera Islam kucar-kacir dan seterusnya menyebabkan
tentera Islam kalah. Pemimpin mereka yang terkenal ialah Abdullah Bin Ubay dari suku Khazraj. Allah menyifatkan munafik sebagai
orang yang bercakap bohong seperti yang disebutkan dalam surah al-Imran ayat 167, surah al-Taubat ayat 64-69, al-Ahzab ayat 1, 12,
24, 60 dan 73. Mereka menyokong Nabi kerana kepentingan sendiri; jika didapati musuh lebih kuat, mereka akan menyokong musuh.
Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi. Secara umumnya, mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Oleh itu,
mereka tertewas dalam perjuangan mereka.
73
Usaha yang Dijalankan dalam Penyatuan Ummah
Membina Masjid
Sebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, Nabi telah berusaha membina masjid yang akan dijadikan sebagai tempat ibadat. Selain itu,
masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang / bermesyuarat bagi menyelesaikan sebarang
masalah. Pada peringkat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ialah Masjid
Nabi / Nabawi. Ia dibina atas tanah milik 2 orang yatim, Sahl dan Suhail. Ia dibeli hanya dengan 10 dinar.
Menggubal Perlembagaan
Sebuah perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi demi untuk menjamin perpaduan di kalangan
penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti / ummah. Ia diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang Islam dan juga
orang Islam dan Yahudi. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi seperti
tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, Kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan perlembagaan dan
kedudukan Nabi sebagai ketua negara. Pada dasarnya kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka.
Melaksanakan Syura
Sistem Syura atau mesyuarat telah dilaksanakan oleh Nabi di semua peringkat. Ia bertujuan untuk menjamin keadilan dan
mengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan sosial akan dibincang dan
diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarkat diberi peluang untuk memberi / mengemukakan pendapat selagi ia tidak bercanggah
dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.
Rumusan
Nabi Muhammad terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah, sama ada masalah yang dihadapi
oleh umat Islam sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannya
sebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya
disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan.
74
GERAKAN AL-RIDDAH
Pengenalan
Gerakan al-Riddah ialah gerakan ahli kerajaan Islam atau gerakan mengingkari Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad,
perjalanan sejarah Semenanjung Arab seolah-olah kembali surut ke belakang. Masyarakat Islam menghadapi krisis yang hebat yang
hampir-hampir mengalami kehancuran. Terdapat golongan yang mengaku menjadi Nabi, keluar terus daripada Islam (murtad) dan
tidak mahu membayar zakat yang merupakan satu daripada rukun asas Islam. Gejala ini muncul di Mekah, Madinah dan Taif.
Menurut Profesor Philip K. Hitti, hanya 1/2 daripada penduduk Tanah Arab yang benar-benar beriman dengan agama Islam dan
mengakui kekuasaan Nabi Muhammad.
Golongan al-Riddah
Nabi Palsu
a. Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed atau Tengah Arab. Di antara ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud
dalam sembahyang. Beliau juga menghapuskan amalan zakat. Beliau pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untuk
menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.
b. Al-Aswad al-Ansi dari Yaman yang gemar memakai purdah. Nama sebenarnya ialah Ailat Bin Ka'ab Bin Auff al-Ansi.
Ajarannya ialah membebaskan setiap pengikutnya dari amalan sembahyang dan zakat dan menghalalkan perzinaan.
c. Sajjah Binti al-Harith Bin Suwaid Bin Aqfan daripada Bani Tamim di Yamamah.
d. Musailamah al-Khazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Beliau telah bergabung dengan Sajjah al-Harith.
Golongan Murtad
Golongan yang terus keluar dari Islam banyak terdapat di Bahrain seperti Bani Bakar dan Bani Abdul Qais, di Oman dipeloroti oleh
Laqit Bin MAlik Azadi, di Mahrah terdapat dua golongan iaitu yang menyokong syakrit dan yang mengyokong al-Musabbah, di
Yaman Selatan oleh Bani Kindah dan sebagainya.
Memerangi Mereka
Bagi golongan yang degil, Khalifah Abu Bakar telah memerangi mereka. Sebanyak 11 buah pasukan tentera baru dibentuk. Ketua-
ketua pasukan ini terdiri daripada Khalid al-Walid, Akramah Bin Abu Jahal, Amru Bin al-Ass dan sebagainya. Pasukan ini telah
dikerah untuk menentang golongan Nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat. Antaranya Kahlid al-Walid memerangi Tulaihah
al-Khuwailid dan Malek Bin Nuwairah, Amru Bin al-Ass ke negeri Qudhaah, Akramah Bin Abu Jahal memerangi Musailamah al-
75
Khazzab dan sebagainya. Setiap pasukan ini dipesan untuk memberi utusan dahulu kepada golongan al-Riddah. Sekiranya mereka
masih enggan kembali ke pangkal, barulah diperangi secara habis-habisan.
Kesimpulan
Pembanterasan gerakan al-Riddah merupakan titik tolak dalam usaha meneruskan syiar Islam supaya satu kesinambungan sejarah
yang dibentuk oleh Nabi Muhammad akan berkekalan. Dengan pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh panglima Islam yang gagah
itu, gerakan al-Riddah dapat disekat. Islam telah menjadi agama yang unggul di Semenanjung Tanah Arab.
Pengenalan
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, berlakunya beberapa peristiwa pembukaan wilayah di Utara Semenanjung Arab secara meluas
seperti di Iraq, Syam dan Mesir. Mereka yang terlibat dalam pembukaan wilayah tersebut digelar ahl-al-ayyam. Kebanyakan mereka
terdiri daripada suku kecil dan suku Syaiban adalah yang majoriti. Semasa Khalifah Umar al-Khattab, bilangan ahl al-ayyam
dikatakan sebanyak 12,000 orang.
Golongan di Iraq
Terdapat 3 golongan utama.
1. Mereka yang pernah murtad dan menentang Kerajaan Madinah
2. Muhajirin dan Ansar
3. Golongan ahl al-ayyam (peneroka)
Golongan Pertama
Dikecualikan daripada menjawat jawatan penting oleh Khalifah Umar al-Khattab.
Golongan Kedua
• Bilangannya tidak ramai.
• Kebanyakannya balik ke Hijaz, Mekah, Madinah dan Taif selepas selesainya pembukaan Iraq.
Golongan Ketiga
• Menjadi penting setelah golongan di atas keluar.
• Digelar sebagai trustee.
• Mengelolakan tanah yang dikuasai oleh orang Islam di Iraq dan menganggap sebagai hak milik mereka yang tidak boleh
ditukar milik.
• Menikmati kekuasaan yang penuh terhadap tanah-tanah yang ditakluki di Iraq.
• Ada di antara mereka berkongsi tugas menerima cukai yang dikutip oleh pegawai dan ketua tempatan, dahaqin dan
menukar mata wang kepada perbendaharaan negara.
• Boleh juga menjadi penyelia kerja-kerja dan pemungut cukai kepada (jizyah).
Pentadbiran Kewangan
• Semua pembayaran elaun atau gaji dibuat oleh pemegang amanah (ahl al-ayyam), kelompok 7 dan pemimpin kumpulan,
kemudian dipindah kepada ketua-ketua unit ('urafa), naqib-naqib dan umana'.
• Setiap 'arafah mengagihkan 100,000 dirham kepada anggotanya: -
a. Unit ahl al-ayyam
20 lelaki - 3,000 seorang
20 perempuan - 340 seorang
340 kanak-kanak - 100 seorang
b. Unit ahl al-Qadisiyah
43 lelaki - 2,000 seorang
45 perempuan - 200 seorang
500 kanak-kanak - 100 seorang
c. Unit ahl al-rawadif (pendatang baru)
60 lelaki - 1,500 seorang
60 perempuan - 100 seorang
40 kanak-kanak - 100 seorang
76
• Bagi pewira yang layak menerima elaun, jumlahnya adalah seperti berikut: -
a. Muhajirin / Ansar - 3,000-5,000 dirham setahun
b. Ahl al-ayyam - 3,000 setahun
c. Orang yang menyertai perang Yarmuk dan Qadisiyah, pernah murtad dan bukan murtad - 2,000 setahun
d. Rawadif - 1,500-2,000 setahun
Pentadbiran Kewangan
• Dalam pengagihan elaun di bawah sistem 'arafah, hanya pemimpin yang diiktiraf sahaja layak menerima elaun.
• Jumlah yang diterima ialah 2,500 dirham, sementara yang lain ialah 250-300 dirham.
• Bagi pendatang baru, elaunnya rendah.
• Pendatang baru tidak puas hati - menimbulkan kekacauan.
• Khalifah Umar menaikkan alaun kepada 2,000 dirham untuk menyelesaikan kekacauan dengan alasan mereka berani
dalam Perang Nihavan.
Golongan Khawarij
• Kaum al-Qurra di Iraq memberi sokongan kepada Khalifah Ali ketika menentang Aisyah, Talhah dan al-Zubayr dalam
Perang Jamal dan menentang Muawiyah dalam Perang Siffin.
• Selepasnya kaum al-Qurra berpaling tadah dengan Khalifah Ali dan keluar dari barisan tentera Khalifah Ali dan digelar
Khawarij.
• Khawarij berasal dari kata dasar kharaja bererti keluar.
Golongan Pemerintah
Golongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena nama ketua keluarga Umayyah Bin Abd
Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari keturunan Quraisy.
Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan keluarga Marwan (68 tahun). Terdapat 3
orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680), Yazid Bin Muawiyah (680-683) dan Muawiyah
Bin Yazid (683). Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama dimulakan oleh Marwan I Bin al-
Hakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-Walid II bin Yazid,
Yazid III Bin al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad.
Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan mengambilalih pemerintahan, negara Islam
tidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani Umayyah mulai
mengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula sebuah komuniti Islam yang teguh tetapi
penggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan.
Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak pemerintahan Kerajaan Byzantine dengan
dikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah gerakan
Azariqah dan Najdiyah.
Golongan Mawali
Terdapat dua pandangan.
Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev. Mereka berpendapat bahawa Mawali tidak
mempunyai tempat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan semngat
Asabiyah keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum Mawali tidak dapat
memegang jawatan penting dan tidka bebas bergerak. Dari segi ekonomi, mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan
tidak menerima ganjaran atau sara hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan. Dari segi sosial, golongan Mawali tidak boleh
berkahwin dengan perempuan Arab. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini diperintah untuk balik ke Kufah bagi
mengusahakan pertanian. Tangan dan kaki mereka dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan. Dari segi Agama, kaum
Mawali tidka boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk Mawali. Mereka
dikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama Islam.
Pandangan kedua menghala ke positif. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, mereka dikatakan memainkan peranan penting.
Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan (Diwan al-Kharaj). Sebagai contoh, Maymun Bin Mihran menjadi Pengarah
Jabatan Cukai di Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh Muawiyah. Selain itu,
mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam) yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi kerajaan. Kerja ini
merupakan kerja yang sulit dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. Sebagai contoh, Junah (oleh Khalifah
Abdul Malik), Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik), Amir Binal-Harith dan Qatan (oleh Khalifah Yazid Bin al-
Walid). Mereka juga pernah menjadi pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasa'il) seperti al-Laith Abi Ruqayyah,
Rusydayn dan Salim. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Tuganya ialah menjaga keselamatan istana dan
78
dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan. Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Rabah, Khalid, Safwan dan
Jubayr pula menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu dengan Khalifah. Di Afrika Utara
dan Maghribi, Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu Muslim menjadi Gabenor wilayah. Dari segi ekonomi, mereka hidup kaya
raya seperti Fairuz Husayn. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan. Dari segi ketenteraan,
ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada kaum Mawali. Angkatan tenteranya diketuai oleh orang Arab
Syria sama ada keturunan Yaman atau Qais. Bani tentera pembantu, ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali. Tentera Arab didaftar
dan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri, tidak didaftar dan dibayar gaji.
Najaiyah
Gerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi. Ia muncul serentak dengan Gerakan Azariqah. Dari segi matlamatnya, ia
sama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah dan kuasa Ibn al-Zubayr. Pada permulaannya, gerakan ini bekerjasama
dengan Azariqah tetapi disebabkan perbezaan ideologi, akhirnya berpecah. Perbezaan ini berlaku dimana Azariqah mengamalkan
konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia terlampau.
Golongan Najdiyah berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka menentang. Najdiyah
menubuhkan komuniti sendiri, mengamalkan al-Quran mengikut tafsiran mereka. Mereka tidak mewajibkan adanya Khalifah tetapi
perlu mematuhi al-Quran. Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan berbanding dengan
teologi.
Sistem Perhambaan
• Semakin meluas.
• Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam.
• Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.
• Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.
79
• Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.
Golongan Masyarakat
• 2 golongan utama: (a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar, pemahat
dan golongan pemahat yang lain; (b) golongan bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi.
• Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi - dibenarkan menghantar
pengembang agama ke China dan India.
Sukan
• Berkembang pesat.
• Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.
• Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing.
Versi Kedua
• Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang
Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.
• Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.
Versi Ketiga
• Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.
• 630 M, beliau tiba di Canton.
• Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton.
• Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.
Kerajaan Ghaznawi
• Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.
• Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu terhadap
Kerajaan Bani Umayyah.
• Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskan
pemerintahan mereka.
• Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral
beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.
Kerajaan Ghori
• Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.
81
• Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.
• Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.
• Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.
Kesultanan Delhi
• Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi
menjadi pusat pemerintahan.
• Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil -
seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).
• Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat
bertamadun.
• Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.
• Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.
• Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara.
• Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara,
meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.
• Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara pembesar;
(c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada
penduduk terhadap Zamindar.
• Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari
Tulingana ke Kashmir.
Kerajaan Moghul
Akbar
• Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.
• Seorang yang mengamalkan dasar liberal.
• Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan
bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan -
mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.
• Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri
mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.
• Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man
Singh menjadi panglima juga dan gabenor.
• Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.
• Bahasa Arab - bahasa agama.
• Bahasa Turki - untuk bangsawan
• Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan
• Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.
• Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.
• Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.
• Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam.
• Pendidikan wanita juga diberi perhatian.
• Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b)
perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan
poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).
• Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak di
bawah umur 12 tahun.
• Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.
• Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).
• Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India.
Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang mati
sekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau
penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidak
boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras
ugut, bermegah diri.
• Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkan
pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.
• Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukai
tanah dan sebagainya.
• Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.
• Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).
• Kalendar Islam turut dihapuskan.
82
Aurangzeb
• Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.
• Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin
secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.
• Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.
• Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.
Pengenalan
Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat Islam di benua
Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol,
masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.
Muwalladun
• Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol
• Lebih ramai daripada kaum Arab
• Dengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap sehingga ada yang mengaku
keturunan Arab
• Faktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap agama baru yang dianuti
Mozarab
• Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam
• Tinggal di luar bandar dan bandar
• Bertutur mengikut loghat Rom
• Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik
• Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap bangsa dan
agama mereka
• Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun
yang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeri
Kristian di Utara Sepanyol.
Barbar
• Kaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika Utara
• Sering diperalatkan oleh Kaum Arab
• Kebanyakan menganut Mazhab Maliki
Penduduk Tempatan
Menyamai golongan Muwalladun di Sepanyol
Pengelasan Masyarakat
• Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
• Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.
• Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang
Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah
dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.
• Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
• Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.
Hukuman
• Setiap golongn itu adalah berbeza.
• Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
• Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.
Demografi Penduduk
• Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.
• Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
• Rakyat - kaki bukit.
• Orang laut - tepi pantai atau sungai.
Sistem Masyarakat
• Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
• Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas
dari hukuman.
• Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar
didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh
pembesar dan rakyat.
• Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
84
• Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa
banyak budi bicara.
• Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.
• Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar
peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.
Adat Perpatih
1. Latar belakang
Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning oleh orang Minangkabau. Adat Perpatih dibawa oleh orang
Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke-17. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera dengan nyanyian “Asal Usul Adat Perpatih”. Semua undang-undang Adat Perpatih
kecuali undang-undang Sungai Ujong diwarisi secara turun-temurun.
2. Ciri-ciri
a. Lebih mengutamakan golongan perempuan
Adat Perpatih lebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal-soal pembahagian harta benda dan jurai
keturunan. Ini bukan bermakna lelaki lebih rendah tarafnya daripada perempuan tetapi mereka lebih suka mengembara atau merantau
untuk mencari penghidupan baru yang lebih baik. Maka, golongan wanita mesti dibekalkan dengan harta benda sebagai nafkah. Selain
itu, selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Walaupun adat ini mengutamakan
golongan perempuan, tetapi dari segi pentadbiran, lelaki merupakan pemegang tampuk pemerintah tertinggi seperti jawatan Yamtuan
Besar.
b. Undang-undang bersifat pemulihan
Undang-undang tidak disimpan atau dimaktubkan dalam bentuk rekod bertulis tetapi berbentuk bidalan, peribahasa, pantun dan
sebagainya. Dari segi sifatnya, undang-undang jenayah adalah lebihbertimbang rasa, berperikemanusiaan dan bersifat pemulihan.
Seorang yang membuat kesalahan akan didenda mengikut kesalahannya. Mangsa akan diberi ganti rugi. Contohnya, jika seseorang itu
dilukakan dia akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat ini percaya bahawa
orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka.
c. Mempunyai unsur-unsur demokrasi
Adat Perpatih adalah bercorak demokrasi, iaitu orang ramai dilindungi oleh undang-undang dan pemerintah sendiri juga mesti
mengikut undang-undang dan tidak boleh berbuat sesuka hati. Dalam bidang pentadbiran, kuasa pemerintah dibahagikan di antara
pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak dan orang ramai. Ini bermaksud, orang ramai memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga,
Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar.
Adat Temenggung
1. Latar belakang
Adat Temenggung diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung disusun oleh Datuk
Ketemenggungan, iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan Sebatang di Palembang. Adat ini dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-
15. Dari Melaka, Adat Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka.
2. Ciri-ciri
a. Lebih mementingkan lelaki
Adat Temenggung mengiktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga. Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak lelaki. Dalam
hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada anak lelaki. Adat Temenggung juga mengkehendaki seseorang
isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya. Selain itu, Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting.
Perkahwinan di antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kedua-dua orang tua tidak mempunyai pertalian darah.
b. Undang-undang bersifat kekerasan
Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggung berbentuk peribahasa, bidalan dan sebagainya. Tetapi undang-
undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan kesalahan, dia akan di hokum dengan hukuman berat. Sebagai contoh,
seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat
mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan.
c. Mempunyai unsur autokratik
Adat Temenggung mengutamakan kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada
pemerintah tetapi juga kepada para pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyai kuasa berlebihan. Dengan itu, adat ini
dikatakan bersifat autokrasi dimana semua kuasa adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.
Adat lain/khusus
1. Adat melenggan perut
Adat ini dilakukan oleh seseorang ibu yang sedang mengandung dan biasanya dibantu oleh mereka yang mahir dalam perbidanan.
Adat ini bertujuan untuk membuang bencana yang mungkin menimpa ibu yang bakal melahirkan anak.
2. Adat mengadap raja
Seseorang yang diperkenan mengadap raja harus membuat persiapan-persiapan tertentu termasuklah peraturan pakaian, cara duduk
dan sebagainya. Selain itu, bahasa yang digunakan sewaktu bertutur dengan raja adalah berbeza dengan bahasa yang dituturkan
semasa bercakap dengan orang kebanyakan. Seseorang itu haruslah berpakaian tertib dan sopan dengan bertanjak, berpancung dan
berkeris di hadapan.
89
3. Adat menjunjung duli
Adat menjunjung duli dilaksanakan oleh pembesar untuk menunjukkan kedaulatan sultan dan taat setia pembesar terhadap
sultan. Semasa upacara dijalankan, terdapat paluan nobat dan bedilan meriam. Antara lagu nobat yang dimain ialah Raja
Berangkat, Nobat Talal dan Nobat Raja.
4. Adat berserumah tangga
Adat ini menyentuh tentang kelakuan kanak-kanak di rumah. Sebagai seorang anak, ia dikehendaki sentiasa menghormati ibu
bapa mereka dan bersopan-santun apabila bercakap dengan orang tua. Kita juga harus berbaik-baik dengan jiran kita dan
melayan tetamu dengan baik-baik.
5. Adat kampung
Adat ini menentukan tingkah laku seseorang dalam masyarakat dan kampung. Kita haruslah mengadakan hubungan baik dengan
penghulu dan sering melawatnya. Kita haruslah mengamalkan semangat bergotong-royong agar perpaduan dapat dicapai.
Sara Diri
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga.
Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan
tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan
sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan.
1. Pertanian
93
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional yang sangat penting. Merujuk
kepadanya, padi pula merupakan tanaman utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. Di Tanah
Melayu, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit).
Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur dengan tanah alluvium. Penanaman
padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri
Selatan. Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan
Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18,
dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama.
Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak
abad ke-19. Air telah dibawa masuk ke sawah padi melalui tali air dan terusan. Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Wan
Mat Saman yang dibina pada tahun 1885 di Kedah. Di Negeri Sembilan pula, kincir telah dibina untuk membawa air masuk ke
sawah padi.
Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman
dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-
ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan
kegiatan penanaman padi huma.
Walau bagaimanapun, terdapat juga tanaman-tanaman lain sebagai pelengkap kepada hasil padi seperti ubi, sayur-
sayuran dan sebagainya. Penanaman tanaman ini menjadi penting kerana ia merupakan “makanan selang”. Selain itu, ubi juga
dapat dijadikan sebahagian makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi.
2. Perikanan
Ikan merupakan sumber makanan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kegiatan perikanan merupakan pekerjaan utama bagi
masyarakat Melayu yang tinggal di tepi laut dan sungai. Hasil tangkapan akan dijadikan keperluan diri sendiri dan lebihan hasil
akan dijual.
Kegiatan perikanan dapat dilihat khasnya di negeri Terengganu dan Pahang. Mereka menjalankan aktiviti mereka di
antara bulan Mac hingga bulan Oktober dan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana masa itu merupakan
musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, nelayan-nelayan di negeri ikan akan menangkap ikan di kolam, sungai dan sawah
padi. Selain itu, mereka juga cuba memperbaiki alat-alat penangkapan mereka pada masa ini.
Di laut, nelayan menggunakan pukat, jala, jaring, bubu, kelong dan rawai untuk menangkap ikan. Di sungai pula,
pancing, jala, tangguk, kai, lukah, tomak dan serampang digunakan untuk menangkap ikan.
Komersil
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah
mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mempunyai teknologi yang lebih maju. Salah satu perkembangan
yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sector perdagangan dan perlombongan.
1. Perdagangan
Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu merupakan lanjutan daripada kegiatan perlombongan memandangkan bahan-bahan
perdagangan itu sendiri lebih berasaskan kepada bahan-bahan mentah. Walau bagaimanapun, terdapat juga bahan-bahan
dagangan yang berorientasikan kepada hasil-hasil pertanian. Dalam soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang
berkaitan seperti sistem pengangkutan, perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan.
Dalam tahun 1879, pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah dari Perak dan Selangor masing-masing
berjumlah $281823 dan $107558. Dalam tahun 1895, eksport bijih timah mencapai paras 127714498 (89% daripada nilai jumlah
eksport Negeri-negeri Melayu Bersekutu) bagi negeri Perak dan Selangor. Hasil yang banyak membolehkan British menjalankan
rancangan pembinaan jalan keretapi dan sebagainya. Pembinaan infrastruktur ini membolehkan bijih timah dieksport dengan
mudah. Tetapi pengeluaran bijih timah yang banyak menyebabkan lebihan penawaran di pasaran dunia. Dengan itu, harga bijih
timah telah menyusut dari 99.7 pound setan (1870-an) kepada 96.7 pound setan (1880-an). Beberapa langkah telah diambil oleh
British untuk menyekat dan mengawal pengeluaran bijih timah agar harganya tidak turun.
Selain bijih timah, lada hitam, rempah, gambir dan tebu juga merupakan barang dagangan yang penting. Kegiatan
penanaman tumbuhan ini dapat dilihat di Johor dimana orang Cina yang berhijrah dari Singapura mengusahakan penanaman
gambir; di Pulau Pinang dan Perak usaha penanaman tebu dijalankan oleh orang Eropah dan orang Cina.
Bermula, abad ke-20, getah pula menjadi tanaman eksport atau hasil dagangan yang penting kerana ia sangat
menguntungkan. Perkembangannya berhubung rapat dengan sistem pengangkutan, sebab itulah banyak kemudahan infrastruktur
dibina. Perkembangan yang pesat dalam penanaman getah telah menambahkan lagi hasil perdagangan Tanah Melayu. Antara
tahun 1906-1929, purata keluasan penanaman getah di Tanah Melayu telah meningkat dari 129809 hektar kepada 2971000
hektar dan eksport getah telah bertambah dari 6500 tan dalam tahun 1910 kepada 456000 tan pada tahun 1929. Harga getah juga
meningkat daripada 1s3d sepaun kepada 2s6d sepaun antara tahun 1830-1900. Harganya terus menaik sehingga 8s9d sepaun
pada tahun 1910. Walau bagaimanapun, pengeluaran yang tidak terkawal menyebabkan kelebihan penawaran dan harga getah
telah merosot daripada 8s9d (1910) kepada 1s10d sepaun (1920-an). Fenomena ini menyebabkan British mengambil langkah
untuk menyusun semula program perusahaan getah dan beberapa pendekatan telah dibuat seperti Rancangan Sekatan Stevenson
(1922-1928).
Sejak 1917, kelapa sawit telah ditanam secara komersil di Selangor. Akibat kemelesetan harga getah, kawasan
penanaman kelapa sawit telah meningkat dari 4900 hektar (1926) kepada 25777 hektar (1933). Hasil kelapa sawit seterusnya
menjadi bahan dagangan yang penting di Tanah Melayu.
2. Perlombongan
Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan
logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit. Secara amnya, aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesar-
pembesar Melayu. Dalam tempoh yang lebih lewat, penggunaan pam kelikir dan sebagainya telah merangsangkan hasil
pengeluaran terus meningkat.
94
a. Bijih timah
Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih
timah telah menarik minat pedagang-pedagang asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong
daripada kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir sungai untuk diperniagakan.
Kekayaan bijih timah di Tanah Melayu dapat dibuktikan melalui seorang pengembara Arab yang bernama Abu
Dulaf (abad ke-10). Beliau berkata “di seluruh dunia tidak ada lombong bijih timah seperti di Tanah Melayu”. Pada abad
ke-12 pula, seorang penulis Itali mengulas bahawa bijih timah di Tanah Melayu sangat tulen dan bercahaya. Menurut
sumber China pula, Melaka dan Pahang ada mengeksport bijih timah. Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih
timah mula dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas.
Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijin timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong
ini dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara melampan dan mendulang untuk melombong. Hasilnya
adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan
menyebabkan perkembangannya tidak pesat.
Atas inisiatif pembesar, mereka telah menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas
dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah. Selain itu, akibat
perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah, permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan
buruh Cina juga dipergiatkan lagi.
Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan modal
Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah membawa perubahan
kekuasaan dan kaitan politik orang Cina di Tanah Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah memberi peluang kepada
British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah Melayu
Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan kepada
perkembangan perusahaan bijih timah swasta kepunyaan orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk
melombong. Penggunaan kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan belanja yang
tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh syarikat Eropah kerana modal orang
Cina adalah kecil dan tidak mampu memperolehi kapal korek menyebabkan mereka sentiasa mengalami kerugian dan
akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British.
b. Emas
Menurut J. Kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka pada zaman Neolitik
lagi dan kenyataan ini mungkin benar kerana semenjak dahulu, emas merupakan dagangan yang penting di Tanah
Melayu sehinggakan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semenanjung Kencana. Dinyatakan
bahawa di Pahang terutamanya di Kuala Lipis, perlombongan emas telah dijalankan selewat-lewatnya semenjak abad ke-
16 lagi. Perusahaan ini pada umumnya merupakan perusahaan orang Melayu dan jumlah pengeluarannya adalah kecil.
Pada tahun 1889, Raub Australian Gold Mining Company (oleh orang Australia) telah ditubuhkan. Ia merupakan
syarikat perlombongan emas yang terpenting di Tanah Melayu dan ditutup pada tahun 1960-an.
c. Arang batu
Perlombongan arang batu dijalankan di Batu Arang (Selangor) dan Enggor (Perak). Kegiatan ini dijalankan oleh Syarikat
Malayan Collieries semenjak tahun 1915. Arang batu yang diperolehi telah dijual dalam pasaran tempatan kepada
Keretapi Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong bijih timah. Dalam tahun 1950-an, pengeluaran arang batu
mula merosot sebagai akibat persaingan dengan bahan api minyak. Dengan itu, lombong arang batu di Batu Arang telah
ditutup pada tahun 1960.
d. Bijih besi
Perlombongan bijih besi hanya dijalankan oleh syarikat-syarikat Jepun hanya selepas Perang Dunia Pertama di Johor dan
Terengganu serta Kelantan. Bijih besi ini kemudian dieksport ke negara Jepun dan menjelang tahun 1938, kira-kira
setengah daripada jumlah import bijih besi Jepun datangnya dari Tanah Melayu.
e. Bauksit
Bauksit hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu
Pahat. Sebelum Perang Dunia Kedua, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun
kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia Kedua. Kebanyakan hasil
bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.
Konsep Peluasan Kuasa Asing
Pengenalan
Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan
dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya
juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan
kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan.
Latar belakang peluasan kuasa asing
1. Tanah Melayu
Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis,
Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-
perjanjian yang ditandatangani.
Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa
asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di samping pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak
telah meresap ke dalam budaya orang Melayu.
Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan terhadap Tanah Melayu. Kuasa ini menggantikan kuasa Portugis di
Melaka tetapi tidak seperti Portugis, mereka hanya menumpukan perhatian dalam hal-hal ekonomi.
95
British merupakan kuasa asing yang memberi pengaruh yang paling kuat dalam hal pentadbiran dan segala aspek
yang lain. Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi, namun atas dasar keutamaan dengan
China, maka mereka pun mula menukar dasar mereka daripada tidak campur tangan kepada campur tangan.
2. Sarawak
Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih merujuk kepada pihak British di mana seorang bekas tentera Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh Pangeran Muda Hashim sebagai “Raja Sarawak”. Kedudukannya ini
kemudian diperturunkan kepada anaknya. Apabila sampai ke tangan Vyner Brooke, baginda telah menyerahkan kuasanya
kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dengan pengisytiharaan Perlembagaan Sarawak pada tahun
1941. Kemudian, Sarawak manjadi tanah jajahan British pada tahun 1946.
3. Sabah
Pada mulanya, Amerika berdagang dengan Sabah melalui perjanjian yang dibuat pada tahun 1850. Melalui perjanjian, C. Lee
Moses mendapat tanah pajakan daripada Sultan Brunei. Moses telah memberikan tanah tersebut kepada William Torrey. Beliau
mengusahakan tanaman kopi tetapi tidak berjaya dan kawasan itu dijual kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent. Kompeni
Overbeck and Dent kemudian membentuk kompeni British untuk menarik palabur British. Overbeck tidak dapat menyertai
kompeni ini kerana dia bukan rakyat British. Dent mendapat piagam daripada British dan sebuah kompeni yang bernama
Kompeni Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada tahun 1881. Kompeni memerintah Sabah sehingga tahun 1946 kemudian
diserahkan kepada Kerajaan British.
Mekantilisme
Mekantilisme merupakan satu dasar di mana kekayaan diukur dengan wang emas dan perak dan objektif utamanya adalah untuk
meningkatkan kuantiti wang dan galian berharga dalam sesebuah negara. Mengikut pengertian Thomas, mekantilisme ialah konsep di
mana hendak menjadikan sesebuah negara itu kaya dan kuat; menjadi semakin kaya setiap tahun disebabkan oleh negara lain.
Kemakmuran yang dimaksudkan oleh golongen mekantilisme ialah berdasar kepada penduduk yang ramai, pekerjaan yang
menguntungkan bagi seluruh penduduk semata-mata.
Secara ringkas, mekantilisme merupakan dasar yang mementingkan 3K iaitu kekuasaan, kekayaan dan kebajikan. Kekayaan
diperolehi dengan mengusai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula
diperolehi dengan membesarkan angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan yang menafikan
hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan rakyat dalam negara induk pula diperolehi dengan meluluskan akta-akta
yang dapat meningkatkan produktiviti negara antaranya Apprentice Act 1563 dan Poor Law 1600 di England.
Imperialisme
Imperialisme ialah dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara
lain. Seperti dasar mekantilisme, imperialisme juga merupakan satu bentuk penjajahan malah ia lebih jelas kerana ia melibatkan kuasa
politik dan pemerintahan yang secara langsung meragut kedaulatan sesebuah negara atau kerajaan. Dalam erti kata yang lain, hak
untuk mentadbir dan menguasai sesuatu kumpulan masyarakat telah diambil alih oleh satu lagi kuasa baru iaitu kuasa imperialis. Kita
juga boleh mengatakan bahawa dasar imperialis itu bermula atau berasaskan kepada konsep mekantilisme.
Kolonialisme
Kolonialisme merupakan satu dasar menguatkuasakan atau mengekalkan kekuasaan atau pemerintahan atas negeri jajahannya.
Dengan kata lain, kolonialisme bermaksud tindakan menjajah negara lain. Kalau imperialis hanyalah meletakkan kekuasaannya
terhadap sesebuah negara atau kerajaan itu, kolonialisme pula adalah tindakan yang mencampuri hal-hal dalaman negara atau kerajaan
yang telah dijajah itu. Maknanya konsep kolonialisme itu merupakan lanjutan kepada usaha imperialisme dalam erti kata pengukuhan
kepada usaha penjajahan.
Kemunculan Kuasa Asing
Pengenalan
Kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kuasa-kuasa barat seperti Belanda, Portugis dan British. Kemunculan kuasa
asing di Tanah Melayu merupakan hasil daripada penjelajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di dunia oleh negara-negara itu
sejak kurun ke-15 dan ke-16. Faktor yang mendorong mereka ke sini adalah disebabkan oleh keperluan dari segi bahan mentah,
kemjuan dalam pengangkutan dan perhubungan dan sebagainya.
Belanda
Negara Belanda menjadi sebuah negara yang maju dan mekmur akibat kegiatan perdagangan di Eropah. Orang Portugis yang telah
berdagang dengan Timur membenarkan Belanda menyebarkan barang-barang Timur di Eropah. Dengan cara ini, Belanda menjadi
orang tengah bagi barang-barang Timur di Eropah dan mendapat keuntungan yang amat besar. Peranan Belanda dalam penyebaran
barang-barang Timur di Eropah membolehkannya muncul sebagai sebuah negara mekantile yang mekmur.
Disebabkan persengketaan politik dan agama yang tercetus di antara Sepanyol dan Belanda, Portugis menjadi musuh ketat
orang Belanda di Eropah dan di Timur. Maka, orang Belanda berniat mencari jalan laut yang baru ke Timur dan berazam merebut
monopoli perdagangan di situ. Tujuan ini telah membawa kepada persaingan di antara pedagang-pedagang Belanda dan Portugis di
Asia Tenggara.
Pada tahun 1595, ekspedisi pertama yang diketuai oleh Cornelius de Houtman belayar ke Timur melalui Lautan Hindi dan
melalui Selat Sunda ke Bantam. Antara tahun 1595 dan tahun 1601, banyak ekspedisi dibiayai oleh syarikat-syarikat Belanda ke Asia
Tenggara. Banyak loji Belanda didirikan di Asia Tenggara terutamanya di Bantam, Banda, Pulau Ambon, Acheh, Ternate, Grisek,
Johor dan Patani.
Pada 20 Mac 1602, semua syarikat di Belanda disatukan menjadi sebuah Syarikat Hindia Timur Bersatu atau Vereenidge
Oostandische Compagnie (VOC). VOC ini menjalankan perdagangan di Timur dan juga mendirikan kubu-kubu di jalan perairan
penting untuk menguasai perdagangan di pelabuhan-pelabuhan tempatan. Malah VOC juga bertujuan melancarkan peperangan ke atas
raja-raja tempatan atau kuasa-kuasa asing untuk memperoleh hak-hak perdagangan.
96
Menjelang tahun 1660-an, Belanda dapat memonopoli perdagangan di Hindia Timur. Hakikat ini terbukti apabila Belanda
menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641 dan memaksa orang Inggeris menutup semua loji mereka di Kepulauan Melayu
kecuali Bangkahulu selepas peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Ambon” pada tahun 1623.
British
British muncul sebagai sebuah negara mekantile pada permulaan abad ke-17. Hakikat ini jelas kelihatan apabila kerajaan Inggeris
menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur pada akhir abad ke-16 dan pada awal abad ke-17.
Pada tahun 1600, SHTI ditubuhkan untuk berniaga di Timur. Syarikat ini telah menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur di
bawah pimpinan James Lancaster (1602), Henry Middleton (1605) dan David Middleton (1610) dan mendirikan loji-loji perdagangan
di Bantam, Maluku, Sulawesi, Borneo, Siam, Kepulauan Banda, Sumatera dan Jawa. Penubuhan-penubuhan loji ini menimbulkan
persaingan antara British dengan Belanda. Persaingan ini bertambah buruk dan memuncak apabila berlakunya peristiwa
“Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada 23 Februsri 1623 dimana orang Belanda menyerang pangkalan Ambon secara
mengejut dan membunuh beberapa orang Inggeris di situ. Peristiwa ini menyebabkan SHTI menutup loji-loji mereka di Hindia Timur
dna berundur ke India. Hanya Bangkahulu dikekalkan sebagai ibu pejabat SHTI.
Namun, menjelang pertengahan abad ke-18, SHTI kembali semula ke Hindia Timur kerana ia memerlukan sebuah pelabuhan
serta pusat perdagangan terutamanya di sepanjang Selat Melaka untuk menjalankan perdagangan dengan negara China.
Pada tahun 1751, kerajaan China membenarkan SHTI berdagang di pelabuhan Canton. Akibat tindakan ini, perdagangan the
di antara British dengan China semakin bertambah. Langkah British (1784) untuk mengurangkan cukai import ke atas teh dari kadar
100% ke 12½% telah meningkatkan lagi kepentingan perdagangan teh dengan Canton.
Walau bagaimanapun, SHTI tidak mempunyai sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai si antara
India dengan China yang boleh memberi kemudahan berlabuh semasa penukaran angin-angin monsun, untuk memperlengkapkan dan
mengisi bekalan serta membaiki kapal dalam pelayaran mereka ke India atau China apabila tibanya angin monsun yang sesuai.
Kehendak ini akhirnya menyebabkan SHTI membuka satu petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
Penubuhan Pusat-pusat Perdagangan oleh Inggeris di Tanah Melayu
Pengenalan
Hasil daripada kegiatan perdagangan teh di antara China dengan British yang semakin maju, British ingin mencari sebuah pusat
perdagangan dan pelabuhan persinggahan yang sesuai di Alam Melayu untuk membolehkannya berlabuh semasa angin monsun dan
memperlengkapkan dan mengisi bekalan mereka serta membaiki kapal sementara menunggu masa yang sesuai untuk berlayar ke
China lagi.
Pembukaan Pulau Pinang, 1786
Pada tahun 1780-an, sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1798) telah meminta bantuan SHTI untuk menentang
serangan Siam. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk dijadikan pangkalan perdagangan dan pelabuhan
persinggahan. SHTI bersetuju menerima Pulau Pinang tetapi berasa keberatan untuk memberikan jaminan perlindungan tentara bagi
menentang musuh Kedah. Namun, Francis Light, seorang pegawai SHTI telah menyakinkan Sultan Abdullah bahawa permintaan
baginda sedang dipertimbangkan walaupun beliau sedar bahawa SHTI tidak akan memberi naungan kepada Kedah. Bagi mencapai
matlamatnya, Francis Light telah menipu Sultan Abdullah dengan memberikan janji-janji kosong. Atas janji-janji ini, Sultan Abdullah
membenarkan Light menduduki Pulau Pinang tetapi dengan syarat Light akan berundur jika naungan tidak diberi oleh SHTI.
Pada 11 Ogos 1786, British telah menduduki Pulau Pinang dengan rasminya. Hubungan antara Sultan Abdullah dan SHTI
mula tegang apabila Francis Light tidak menghiraukan syarat yang dikemukakan oleh baginda pada bulan Ogos 1785. Antara syarat-
syarat utama baginda ialah:
1. SHTI dibenarkan menduduki Pulau Pinang dengan syarat ia mengawal kawasan perairan Kedah daripada musuh.
2. Segala perbelanjaan perang hendaklah ditanggung oleh SHTI.
3. SHTI akan membantu Kedah sekiranya Kedah diserang dari darat oleh musuhnya dan segala perbelanjaan akan ditanggung
oleh Kedah.
Baginda tidak puas hati apabila SHTI enggan membayar ganti rugi dan bantuan tentera untuk melindungi Kedah daripada musuhnya
iaitu Bugis dan Siam. Hubungan antara Francis Light dan Sultan Abdullah bertambah buruk apabila Light tidak mengambil sebarang
langkah untuk memastikan SHTI mematuhi syarat-syarat tersebut.
Sultan Abdullah berasa kecewa atas sikap Light dan membuat rancangan untuk mengambil semula Pulau Pinang. Rancangan
itu dapat diketahui oleh Light. Beliau telah bertindak dahulu dengan menyerang dan memusnahkan angkatan tentara Kedah yang
berhimpun di Seberang Perai pada bulan April 1791. Sultan Abdullah mengalami kekalahan yang teruk dan terpaksa menandatangani
perjanjian damai dengan SHTI pada bulan Mei 1791. Syarat-syarat perjanjian 1791 ialah:
1. Kedah mengakui kedudukan SHTI di Pulau Pinang.
2. Kedah akan menerima elaun tahunan sebanyak Sp$6000 selagi SHTI menduduki Pulau Pinang.
3. British akan membeli bekalan makanan di Kedah tanpa sebarang sekatan atas cukai.
Walau bagaimanapun, perjanjian damai ini tidak menjanjikan sebarang bantuan kepada Kedah untuk menentang musuhnya.
Pengambilan Seberang Perai, 1800
Di bawah pentadbiran Francis Light dan penggantinya, Pulau Pinang telah mengalami kemajuan yang pesat dan membawa kepada
pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk ini telah menyebabkan Pulau Pinang terpaksa bergantung kepada Kedah untuk
mendapatkan bekalan makanan. Akan tetapi, permusuhan masih berterusan di antara SHTI dengan Kedah walaupun selepas
Perjanjian Damai 1791. Ini telah menyebabkan Kedah menghalang bekalan makanan ke Pulau Pinang.
Oleh itu, SHTI berasa perlu untuk mengambil Seberang Perai, sebuah wilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang untuk
dijadikan kawasan pertanian. Pihak syarikat telah berunding dengan sultan Kedah dan berjaya menandatangani satu perjanjian pada
tahun 1800. Syarat-syarat perjanjian 1800 ialah:
1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI.
2. SHTI bersetuju menambahkan ganti rugi daripada Sp$6000 kepada Sp$10000 setahun selagi syarikat menduduki Pulau Pinang.
Perjanjian ini tidak menjanjikan perlindungan kepada sultan Kedah tetapi berjanji akan melindungi pantai Kedah daripada serangan
musuh.
97
Pembukaan Singapura, 1819
Minat untuk membuka Singapura sebagai pusat perdagangan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dagangan antara India dan
China berlaku selepas Perang Napoleon yang tamat pada tahun 1815.
Selepas tamatnya Perang Napoleon, Jawa dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818.
Apabila Belanda kembali ke Jawa, mereka mula melaksanakan dasar monopoli perdagangan dan menyekat perdagangan Inggeris di
rantau Kepulauan Melayu.
Oleh itu, SHTI telah mengambil langkah untuk memenuhi keperluan-keperluan berikut:
1. Melindung perdagangan Inggeris di Gugusan Kepulauan Melayu.
2. Mencegah perluasan pengaruh Belanda di rantau kepulauan Melayu dan memecahkan monopoli perdagangannya.
3. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kapal-kapal British yang belayar di antara India dan China berlabuh, membaiki dan
melengkapi bekalannya.
4. Mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengumpul hasil-hasil selat untuk ditukar dengan barangan China.
Pada tahun 1818, Gabenor Jeneral India, Lord Hastings, telah menghantar Stamford Raffles untuk mencari pangkalan di
Acheh dan Riau. Raffles mendapati kedudukan Singapura yang strategik di pintu masuk Selat Melaka dan Selat Sunda amat sesuai
untuk mengawal monopoli perdagangan Belanda. Pada masa itu, Singapura merupakan sebahagian daripda Empayar Johor dan
ditadbir oleh Temanggung Abdul Rahman.
Pada bulan Januari 1819, Raffles telah menandatangani satu perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman. Menurut
perjanjian ini, SHTI dibenarkan membina loji di Singapura. Sebagai balasan, syarikat berjanji akan melindungi Temenggung dan akan
memberi bayaran tahunan sebanyak Sp$3000 kepada Temenggung. Walau bagaimanapun, Raffles masih perlukan kebenaran Sultan
Johor. Sultan Johor pada masa itu ialah Sultan Abdul Rahman yang berada di Riau di bawah pengaruh Belanda. Oleh itu, Raffles
yakin Sultan Abdul Rahman tidak akan melayan permintaannya untuk membuka sebuah loji perdagangan di Singapura.
Seterusnya, Raffles telah memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya melantik Tengku Hussein, putera sulung Sultan
Mahmud III sebagai Sultan Johor. Tengku Hussein menerima tawaran itu dan menaiki takhta Kerajaan Johor dengan Sultan Hussein
Muhammad Syah. Pada 6 Februsri 1819, Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian rasmi
dengan Raffles. Menurut perjanjian ini, Singpura diserahkan kepada SHTI. British akan membayar Sp$5000 setahun kepada sultan
dan Sp$3000 kepada Temenggung. Selain itu, British juga akan melindungi baginda dan temenggung.
Perdagangan Singapura
Pengenalan
Singapura dibuka oleh Stamford Raffles pada tahun 1819. Dalam masa yang singkat, ia telah muncul sebagai pusat perdagangan yang
maju dan terpenting di Asia Tenggara. Nilai perdagangan Singapura telah bertambah daripada $8568151 pada tahun 1822 kepada
kira-kira $18 juta pada tahun 1833. Nilai perdagangan tersebut seterusnya bertambah sehingga melebihi $88 juta pada tahun 1873.
Sebab-sebab pertumbuhan perdagangan Singapura yang pesat
1. Kedudukan geografi Singapura
Seperti yang dinyatakan oleh N.J. Ryan, kedudukan alam Singapura merupakan faktor penting bagi pertumbuhan
perdagangannya. Singapura menempati kedudukan yang strategic di tengah-tengah jalan perdagangan yang utama antara timur
barat. Barangan perdagangan dari Eropah (tekstil dan barangan logam) dan India (candu) dibawa ke Singapura untuk dihantar ke
negara China atau diedarkan ke seluruh Asia Tenggara. Singapura juga terletak di pertengahan Asia Tenggara. Keadaan ini
menyebabkan Singapura menjadi pusat pengumpulan bagi hasil Asia Tenggara. Singapura terlindung dari tiupan angin monsun
oleh Pulau Sumatera. Dengan itu, pelabuhan Singapura mempunyai air yang tenang. Perairan yang tenang telah membolehkan
Singapura menjadi pusat utama bagi perdagangan melalui perahu dan tongkang. Singapura juga merupakan tempat persinggahan
yang sesuai bagi pedagang-pedagang Asia Tenggara, China dan Eropah. Sebelum pembukaan Hong Kong pada tahun 1842,
Singapura merupakan pusat pengumpulan yang penting bagi barang-barang dari negara China seperti sutera dan teh.
2. Dasar-dasar Inggeris
a. Dasar pelabuhan bebas
Dasar Inggeris menjadikan Singapura sebuah pelabuhan bebas telah mendorongkan perkembangan perdagangan Singapura.
Pedagang-pedagang tidak dikenakan bayaran cukai import dan eksport. Bagi sepuluh tahun yang pertama, Singapura
merupakan pelabuhan bebas yang tunggal di Gugusan Kepulauan Melayu. L.A. Mills berpendapat bahawa polisi pelabuhan
bebas ini merupakan faktor bagi perkembangan pesat perdagangan Singapura.
b. Sistem pentadbiran
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Inggeris telah menubuhkan sistem pentadbiran yang menjamin keselamatan
nyawa dan harta. Keamanan telah menggalakkan perkembangan perdagangan Singapura.
c. Dasar penghijrahan
Dasar Inggeris tidak menyekat penghijrahan telah menyebabkan kemasukan ramai orang Cina yang telah mendorong
memajukan perdagangan Singapura. Bilangan penduduk Cina di Singapura telah meningkat daripada 3000 orang pada
tahun 1820 kepada 50043 pada tahun 1860.
d. Kemudahan-kemudahan perkapalan
Inggeris telah membekalkan kemudahan-kemudahan seperti membaiki kapal, limbungan kapal dan gudang arang batu yang
mendorong sebilangan besar kapal-kapal untuk singgah di Singapura.
e. Pemansuhan monopoli perdagangan dengan negara China
SHTI telah memansuhkan monopoli perdagangan dengan negara China pada tahun 1833. Pemansuhan ini menggalakkan
ramai pedagang berdagang dengan negara China melalui Singapura.
3. Pembukaan pasaran-pasaran baru di sekitar Singapura
Perluasan kuasa dan pengaruh Inggeris di Asia Tenggara telah mengakibatkan pembukaan pasaran-pasaran baru bagi hasil
perdagangan Singapura yang mendorong perkembangan perdagangan Singapura. Perlantikan James Brooke sebagai Gabenor
Sarawak pada tahun 1841 telah menambahkan perdagangan Singapura. Kejayaan James Brooke menghapuskan kegiatan lanun
di sekitar Borneo telah merintis jalan bagi perkembangan perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Pada tahun 1833,
98
tidak terdapat perdagangan antara Sarawak dengan Singapura. Menjelang tahun 1873, nilai perdagangan tersebut melebihi
setengah juta ringgit. Pada tahun 1855, Siam (Raja Mongkut) telah membuka pintu kepada pedagang-pedagang Inggeris melalui
Perjanjian Bowring. Perkembangan ini telah memberi peluang kepada Singapura menjalankan perdagangan yang maju dengan
Siam. Perluasan kuasa dan pengaruh Belanda di Indonesia telah juga membuka pasaran-pasaran baru bagi hasil-hasil
perdagangan Singapura. Antara tahun 1826-1858, Belanda membuka lebih daripada 30 buah pelabuhan bagi perdagangan di
Jawa, Sumatera, Bali dan lain-lain tempat.
4. Pembukaan Terusan Suez
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menambahkan perdagangan Singapura dengan memendekkan perjalanan laut di
antara Eropah dan Asia dan mengurangkan kos pengangkutan. Pembukaan Terusan Suez membolehkan pemasaran lebih banyak
jenis dan kuantiti barangan perdagangan. Terusan baru ini memungkinkan penghantaran barangan yang memerlukan ruang yang
luas seperti beras dan gula. Pembukaan Terusan Suez merupakan faktor penting bagi perkembangan perdagangan Singapura.
Sesungguhnya seorang ahli sejarah, G. Bogaars, berpendapat bahawa pembukaan Terusan Suez telah memulihkan perdagangan
Singapura dan menghasilkan satu zaman kemewahan.
5. Pengenalan kapal-kapal stim
Perubahan daripada kapal layar kepada kapal stim telah menyenangkan perdagangan dan mengurangkan kegiatan-kegiatan
lanun. Perkembangan teknologi ini telah menyebabkan bertambahnya bilangan kapal dan pedagang asing yang datang berdagang
di Singapura.
6. Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London
Perkhidmatan telegraf di antara Singapura dan London yang dimulakan pada tahun 1870 telah mempercepatkan urusan
perniagaan kerana laporan-laporan mengenai kedudukan pasaran dapat dihantar dalam masa yang singkat. Menurut C.D. Cowan,
perkembangan teknologi ini telah melicinkan dan menambahkan perdagangan Singapura.
Imperialisme Britishdi Sabah dan Sarawak
Pengenalan
Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak juga berlakunya keadaan yang
sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga
Brooke telah menduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya
dalam sector ekonomi di Sabah.
Sarawak
Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu
wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang
dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota.
Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran Muda Hashim. Dengan itu, James
Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.
Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil
baginda di Sarawak.
Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi Sarawak seperti
orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James
Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.
James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas mendapatkan kebenaran
Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk
menjaga keamanan di situ.
Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James Brooke. Antaranya ialah
Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong.
Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke kerana beliau
mewujudkan keamanan di wilayah tersebut.
Sabah
Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di bawah Kesultanan Brunei dan
bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.
British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander Dalrymple berjaya
menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak
British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di
Timur Kimanis.
Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi telah dimusnahkan oleh
Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775.
Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa membuka petempatan baru
di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya
bercanggah dengan arahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya
mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.
Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) pada tahun
1881.
Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat bernama Charles Lee
Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan
bayaran $9500 daripada Sultan Brunei – Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu
dijual kepada The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong
Kong.
99
William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu dan kopi di
Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli
perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa
pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat.
Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877. Syarat-
syarat perjanjian 1877 ialah:
a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.
b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran.
Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneck dan Dent. Baginda
bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.
Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British supaya rakyat British
boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang
akan dibentuk itu ialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British.
Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan British dan Kompeni
Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu,
Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881
hingga tahun 1946.
Pelanunan
Pengenalan
Asal-usul pelanunan tidak diketahui dengan jelas. Kegiatan lanun di Perairan Tanah Melayu dan Borneo telah meluas menjelang awal
abad yang ke-19. Menjelang tahun 1825, pelanunan merupakan ancaman besar kepada perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu.
L.A. Mills menyifatkan sebagai “a great ang blighting curse”. Kumpulan lanun yang paling kuat ialah lanun-lanun dari Mindanao
(Filipina). Lain-lain lanun yang penting ialah Balanini dari Kepulauan Sulu, lanun Melayu dari Kepulauan Riau-Lingga, Dayak Laut
dari Borneo Utara dan lanun-lanun Cina yang berleluasa selepas tahun 1840. Perahu-perahu tempatan merupakan sasaran serangan
lanun. Kapal-kapal Eropah jarang sekali diserang oleh lanun. Ini adalah kerana kapal-kapal tersebut bukan mudah ditawan dan
lengkap dengan senjata.
Sebab-sebab kewujudan lanun
1. Pekerjaan turun-temurun
Pelanunan merupakan cara hidup tradisional orang-orang di Gugusan Kepulauan Melayu. Pelanunan dianggap sebagai pekerjaan
yang mulia dan memandangkan seorang lanun mestilah berani dalam perjuangan dan mahir dalam ilmu pelayaran. Menurut L.A.
Mills, pelanunan bukan sahaja dijalankan oleh rakyat biasa tetapi juga oleh golongan bangsawan, raja dan pedagang.
2. Kedatangan orang Eropah
L.A. Mills berpendapat bahawa kedatangan orang Eropah telah mendorong pelanunan. Orang Portugis dan Belanda telah
menghancurkan sistem perdagangan tempatan. Dasar perdagangan monopoli Belanda menyebabkan kehilangan serta mata
pencarian sebilangan besar pedagang. Mereka dilarang menjalankan sebarang kegiatan perdagangan di kebanyakan pulau yang
berada di bawah pengaruh Belanda. Kehilangan mata pencarian ini memaksa pedagang-pedagang beralih kepada lanun. Sebagai
contoh yang paling baik ialah orang Bugis di Makasar.
3. Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu
Bentuk muka bumi Gugusan Kepulauan Melayu yang berteluk, berpaya dan mengandungi banyak sungai memudahkan lanun-
lanun menyembunyikan diri semasa menanti mangsanya atau selepas mengalami kekalahan. Sungai-sungai kecil dijadikan
pangkalan memandangkan bahawa kapal besar Eropah tidak dapat mengejar kapal layar kecil lanun kerana airnya cetek. D.G.E.
Hall berpendapat bahawa tiada tempat lain di dunia yang mempunyai keadaan geografi sebegitu sesuai bagi pelanunan.
4. Ketidakstabilan politik
Ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Melayu (terutama sekali di Selangor dan Perak) dan Borneo telah menggalakkan
kegiatan lanun. L.A. Mills berpendapat bahawa keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu telah mendorong pelanunan. Seorang
pemerintah biasanya terlalu lemah untuk mengawal kegiatan lanun.
5. Desakan ekonomi
Desakan ekonomi juga telah mendorong sebilangan orang tempatan untuk menjadi lanun. Sebagai contoh, penduduk Sambas
menjadi lanun apabila perdagangan mereka diambil alih oleh negara jiran, Pontianak di Borneo Barat.
6. Perdagangan
Jenis perdagangan melalui perahu dan tongkang di pesisiran pantai dan sungai memudahkan lagi kegiatan pelanunan.
Perkembangan perdagangan Negeri-negeri Selat yang pesat dalam pertengahan abad ke-19 juga mendorong kegiatan pelanunan.
7. Sokongan dari ketua-ketua tempatan
Kegiatan melanin bertambah luas kerana mendapat sokongan dari ketua-ketua tempatan. Ketua-ketua tempatan memberi senjata
dan perlindungan kepada lanun-lanun sebagai balasan untuk sebahagian daripada hasil rompakan mereka.
Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan sebelum tahun 1835
Sebelum tahun 1835, Kerajaan British tidak mengambil tindakan yang tegas atau berkesan untuk mengawal kegiatan lanun. Negeri-
negeri Selat tidak mempunyai bilangan kapal dan angkatan laut yang mencukupi untuk mengawal pelanunan. Pada tahun 1831,
Negeri-negeri Selat hanya mempunyai 3 buah kapal kecil bagi melindungi perdagangan. Mahkamah Negeri-negeri Selat tidak
mempunyai kuasa untuk membicara atau menghukum lanun-lanun. Sebaliknya, lanun-lanun dihantar ke Calcutta untuk dibicarakan
dan selalunya mereka dibebaskan kerana kekurangan bukti. Keadaan ini disebabkan oleh keengganan Kerajaan British terutama sekali
selepas tahun 1833, untuk membelanjakan wang ke atas Negeri-negeri Selat yang tidak mendatangkan sebarang hasil baginya.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memperuntukkan bahawa Inggeris dan Belanda akan bekerjasama untuk menghapuskan pelanunan.
Namu demikian, kerjasama tersebut tidak diamalkan. Kerajaan British hanya mengambil dua langkah yang positif sebelum tahun
1835 untuk mengawal pelanunan:
100
a. Kapal HMS Southampton bersama dengan kapal perang Diamond pada tahun 1830 berjaya menewaskan sebuah angkatan
lanun yang terdiri daripada 30 buah perahu di Selat Melaka.
b. Kapal HMS Harrier pada tahun 1833 telah memusnahkan sebuah petempatan lanun di Pulau Durian yang terletak di selatan
Selat Singapura.
Langkah-langkah untuk mengawal pelanunan selapas tahun 1835
Pada tahun 1835, pedagang-pedagang British dan Cina di Singapura menghantar surat-surat rayuan kepada Kerajaan India dan
Parlimen British yang menggesa mereka mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menghapuskan pelanunan.
1. Penghantaran kapal-kapal perang
Hasil daripada surat-surat rayuan yang dihantar pada tahun 1835, kerajaan British menghantar kapal perang HMS Andromache
di bawah pimpinan Kapten Chads ke Selat Melaka dalam tahun yang sama untuk mengawal kegiatan pelanunan. Pada tahun
1836, dua buah lagi kapal perang iaitu HMS Wolf dan Raleigh dihantar ke Negeri-negeri Selat. Kapal-kapal ini meronda Selat
Melaka dan sepanjang pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dan berjaya memusnahkan beberapa petempatan lanun
termasuk petempatan di Pulau Galang. Pada tahun 1837, kerajaan British menempatkan secara tetap 2 buah kapal Angkatan Laut
Diraja dan 5 buah bot bersenjata di Negeri-negeri Selat.
2. Penghantaran kapal-kapal stim
Kapal-kapal stim memainkan peranan penting dalam menghapuskan pelanunan. Pada tahun 1837, Kerajaan British
menempatkan kapal stim yang pertama, iaitu Diana di Negeri-negeri Selat untuk mengawal pelanunan. Kedatangan kapal stim
Diana merupakan titik peralihan dalam sejarah penghapusan pelanunan. Kapal Diana mempunyai kelajuan sebanyak 5 knot
sejam dan tidak perlu bergantung kepada angin bagi pelayaran. Faktor-faktor ini memudahkan operasi-operasi menentang lanun.
Dalam pertempuran yang pertama (1837), kapal Diana telah memusnahkan 6 buah perahu lanun di sekitar perairan pantai
Terengganu. Pada tahun 1862, Kerajaan India menempatkan 2 buah kapal stim, iaitu Pluto dan Avon di Negeri-negeri Selat.
3. Kuasa membicarakan kes pelanunan
Pada tahun 1837, Negeri-negeri Selat diberi kuasa untuk membicara dan menghukum lanun-lanun. Langkah ini dapat mengawal
kegiatan lanun pada setakat yang tertentu.
4. Peranan James Brooke dan Angkatan Laut British di Borneo
James Brooke dengan bantuan Angkatan Laut British (Skuadron Timur Jauh) bertanggungjawab bagi penghapusan kegiatan
lanun di Borneo. Pada tahun 1843-1844, James Brooke dengan bantuan kapal HMS Dido yang dipimpin oleh Kapten Keppel
memusnahkan kubu-kubu lanun Saribas dan Sikarna (Dayak Laut). Pada tahun 1845, Laksamana Cochrane dan skuadronnya
memusnahkan petempatan-petempatan lanun di Teluk Marudu, Barat Laut Borneo. Tugas menghapuskan petempatan lanun di
barat laut Borneo diselesaikan oleh Captain Mundy yang memimpin kapal HMS Iris pada tahun 1846. Pada tahun 1847, kapal
Nemesis menewaskan satu skuadron Balanini berhampiran dengan Labuan. Pada tahun 1849, James Brooke dengan bantuan
kapal-kapal Angkatan Laut British (HMS Albatross dan HMS Royalist) dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris
(Nemesis dan Semiramis) menewaskan lanun-lanun Dayak Laut dengan teruknya di Batang Maru.
Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah mengurangkan dengan banyaknya kegiatan pelanunan di
Semenanjung Tanah Melayu. Menjelang akhir abad ke-19, pelanunan di perairan Tanah Melayu dan Borneo telah luput sama sekali.
Kongsi-kongsi Gelap Cina
Pengenalan
Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang
ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan
menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga
Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786)
dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara
kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina
di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut
terdiri daripada penjenayah Cina.
Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina
1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan
Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli
kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.
2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama
Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri
daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan
keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan
diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan
kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang
meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan.
3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa
Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan
pelacuran.
4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat
Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai
awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18
orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun
sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan
sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat
101
kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang
hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.
Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina
1. Sebelum tahun 1867
Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-
negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam
hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin
pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.
2. Selepas tahun 1867
a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta
Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang
mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment)
dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.
b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua
pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang
memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.1
c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang
boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.
d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina.
Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi
gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali
kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud
hingga hari ini.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Pengenalan
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 juga dikenali sebagai Perjanjian London 1824. Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi
masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya sentiasa dalam keadaan tegang di samping adanya kepentingan-
kepentingan mereka sendiri. Termeterainya perjanjian tersebut merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah Tanah Melayu dan
juga Indonesia.
Faktor-faktor membawa kepada perjanjian
1. Persaingan perdagangan di Timur
Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah
tidak mempunyai perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja
tempatan. Kemudian, Belanda berjaya meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari
pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara.
Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin
memonopoli perdagangan di Asia Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan
kebebasan untuk berdagang di rantau ini.
Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris.
Contoh yang baik bagi pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-
duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.
Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan
tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota yang baru dan
diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau
Ambon” pada tahun 1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum bunuh kerana ditubuh
mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah Belanda di Ambon.
Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak British hampir menutup hampir semua
lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan
perdagangan mereka kemudian bertumpu di India.
2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah
Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan
antara Negeri Belanda dengan British adalah berdekatan. Negeri Belanda ialah tempat yang paling sesuai untuk digunakan oleh
pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Peristiwa ini telah pun terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon
Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British.
Dalam peristiwa ini, British sedar bahawa Belanda dapat menentukan masa depan Btitish. Oleh itu, pihak British benar-
benar mengharapkan bantuan dan persahabatan dari Belanda untuk menentang musuh. Malahan, British terpaksa membantu
Belanda menguatkan pasukan tenteranya supaya negeri itu dapat mempertahankan diri dari serangan musuh. Ini membuktikan
bahawa British berharap agar Belanda menjadi barisan hadapan jika terjadi sebarang peperangan.
102
British juga sedar bahawa kedudukannya di Eropah mulai terancam. Ini disebabkan perhubungannya dengan
negara-negara Barat yang lain telah pudar. Selepas Perang Napoleon (1795-1815), British terpencil dari rakan-rakan sekutunya
yang pada satu ketika dahulu sama-sama menentang Napoleon. Prusia, Austria dan Rusia mulai mengasingkan diri dari England
kerana perbezaan idea dan juga disebabkan perbezaan mazhab agama. Oleh itu, British mengharapkan Belanda dapat menjadi
penyokongnnya di Eropah.
Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung
selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun
1818 kepada Belanda yang diperolehi melalui Surat-surat Kew 1795. Kerajaan British berbuat demikian sungguhpun mendapat
tentangan hebat daripada SHTI memandangkan Pulau Jawa merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang berpotensi.
3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura
Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles
berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan.
Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan SHTI di rantau
ini kerana kedudukannya yang jauh di utara dan di luar laluan perdagangan. Selain itu, Bengkahulu juga kurang strategik
memandangkan kedudukannya di pantai barat Sumatera terpisah daripada laluan perdagangan di Selat Melaka.
Oleh itu, Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan
Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819.
Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh
Belanda. Pihak Belanda mendakwa bahawa Singapura adalah wilayah di bawah naungannya. Belanda mengatakan Raffles
mencerobohi wilayah mereka dan mengugut akan menggunakan kekerasan sekiranya British enggan berundur dari Singapura.
Dengan itu, masalah ini telah menimbulkan perang dingin antara British dan Belanda.
Bantahan juga dibuat oleh Gabenor Jeneral Betawi iaitu Baron Van der Capellan kepada Gabenor Jeneral India, iaitu
Lord Hastings. Ini telah mencetuskan sati “peperangan kertas” di antara mereka antara tahun 1819 hingga 1824.
4. Kemajuan Singapura
Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf
bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4
juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga
meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura
dikekalkan.
Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur. Perdagangan pelabuhan-
pelabuhan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mulai mengalami kemerosotan. Untuk mengelakkan pertempuran yang
terbuka, pihak British mengambil langkah untuk berunding dengan Belanda.
5. Masalah kewangan Belanda
Negara Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan
perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh Britain. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk
mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British.
Bantuan dan pinjaman telah diberikan oleh British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin
dimana hutang terhadap British adalah sebanyak £144 juta.
Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang
ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah hutang piutang ini, Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan
British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.
Syarat-syarat Perjanjian
Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak
Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah:
1. Syarat-syarat kewilayahan
a. Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang
pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura.
British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut.
b. British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan.
c. Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat
sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.
d. Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau
perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.
e. Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan
membayar sebanyak £100000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya.
f. Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya,
wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.
g. Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta
mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih.
h. Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825.
2. Syarat-syarat perdagangan
a. Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan
Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap
kawasan.
b. Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri
yang mempunyai pelabuhan.
103
c. Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati
kebebasan perdagangan.
d. Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan membenarkan lanun-lanun
menjual barang-barang dagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka.
e. Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih
dahulu dari kerajaan mereka di Eropah.
f. British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku.
Kesan-kesan Perjanjian
1. Pembahagian Kepulauan Melayu kepada 2 lingkungan pengaruh
Kesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya 2 kawasan pengaruh. Belanda ingin menguasai kawasan-
kawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura;
manakala British menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu.
Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. British dan Belanda kini dapat
meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan masing-masing tanpa gangguan daripada pihak lain.
2. Perpecahan Empayar Johor
Dengan pembahagian 2 kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung telah membawa kepada runtuhnya Empayar Johor. Kini
Singapura dan Tanah Besar Johor dikuasai oleh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga
menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan
Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga. Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba
membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan
Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat ini.
3. Perhubungan Inggeris-Belanda di Timur
Perhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan-laporan pegawai-
pegawai Negeri-negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British
menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian, tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terus memberi bantuan
kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British
terutama di Eropah.
4. Pertelingkahan mengenai Borneo
Perbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tersetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat
kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat “sebarang pulau lain ke selatan Singapura” tercetus apabila Sultan Brunei
menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di selatan Selat
Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British
dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.
5. Pelanunan
Belanda tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan dengan penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak
Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan
Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini
memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan.
Negeri-negeri Selat
Pengenalan
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada 1786; Singapura yang
diperolehi daripada Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris-Belanda
1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudian disatukan dan dipanggil sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Kesimpulan
Menjelang tahun 1930-an, perusahaan getah telah berkembang sehingga menjadi perusahaan dan sumber pendapatan eksport yang
utama di Semenanjung Tanah Melayu. Namun, perusahaan ini telah terbantut semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942-
1945). Selepas Perang Dunia Kedua pula, getah tiruan yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat telah menyaingi pasaran getah asli.
Namun masih terdapat pasaran bagi getah asli memandangkan mutunya yang lebih tinggi.
Perubahan Penduduk Akibat dari Perkembangan Perusahaan Bijih Timah dan Getah
Pengenalan
Pada abad ke-19, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik tetapi juga perubahan ekonomi yang membawa kepada
perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan perkembangan
perusahaan getah membawa kepada kedatangan orang India. Kemudahan yang disediakan seperti Jabatan Perlindungan Orang-orang
Cina 1871, Tabung Imigran Orang India 1907 dan sebagainya telah menggalakkan lagi kedatangan imigran-imigran yang berpunca
daripada kesusahan yang dialami di negara mereka seperti bencana alam, pertambahan penduduk, takanan sosial, politik dan
sebagainya. Mereka dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Buruh Bebas, Sistem Buruh Kontrak, Sistem
Kangani dan sebagainya.
Perubahan-perubahan penduduk
Sebelum 1848, hampir seluruh penduduk Tanah Melayu terutamanya penduduk Negeri-negeri Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petempatan kecil orang Cina di Negeri-negeri Selat, muara Seberang Perai, Johor, muara
Sungai Pahang, Kuala Terengganu manakala sebilangan orang India lebih kecil dan mereka terdapat di Negeri-negeri Selat sebagai
buruh di ladang-ladang kopi, tebu dan sebagainya. Mengikut bancian 1839, penduduk Tanah Melayu berjumlah 250 ribu orang.
Akibat dari perkembangan perusahaan bijih timah dan getah, telah berlaku perubahan penduduk Tanah Melayu. Penduduk Tanah
Melayu yang berjumlah 0.5 juta orang pada tahun 1870 telah meningkat kepada 3 juta orang pada tahun 1921. Pertambahan penduduk
berpunca daripada kedatangan imigran-imigran yang kebanyakannya terdiri daripada buruh-buruh dari Selatan China terutamanya
dari wilayah Kwantung, Kwangsi dan Fukkien serta dari Selatan India terutamanya Madras.
Kedatangan orang-orang Cina secara beramai-ramai berlaku antara tahun 1840-1914 semasa perkembangan perusahaan bijih
timah, manakala kedatangan orang-orang India berlaku antara tahun 1906-1921 semasa perkembangan perusahaan getah. Akibat dari
perkembangan perusahaan bijih timah dan getah, bilangan orang Melayu telah bertambah akibat dari kedatangan imigran Indonesia
dari Sumatera, Jawa, Kalimantan, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Selain itu, bilangan orang Eropah meningkat kerana
147
mereka terlibat dalam kedua-dua perusahaan tersebut. Menjelang tahun 1921, 50% daripada kegiatan perlombongan bijih timah
dikuasai oleh orang-orang Eropah dan kebanyakan ladang adalah kepunyaan mereka.
Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah juga komposisi penduduk mengalami perubahan. Walaupun sebelum
1848, orang Melayu menjadi majoriti penduduk Tanah Melayu tetapi menjelang tahun 1921 bilangan imigran hampir sama ramai
dengan orang Melayu. Pada tahun 1911, 1/3 daripada penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Cina. Mengikut bancian 1921,
pecahan penduduk Tanah Melayu adalah seperti berikut:
a. Melayu: 3,338,545
b. Cina: 1,170,551
c. India: 472,000
d. Lain-lain: 46,000
Sebelum tahun 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk yang menetap di Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada
orang Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu dan nisbah antara lelaki dan perempuan seimbang. Menjelang tahun 1921, kira-kira ½
dari penduduk Tanah Melayu merupakan penduduk yang tinggal tidak menetap di tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Cina
dan India yang dilahirkan sama ada di China atau India dan nisbah antara lelaki dan perempuan tidak seimbang kerana majoriti
imigran adalah lelaki. Pada tahun 1921, hanya 21% orang Cina dan 12% orang India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Imigran-
imigran Cina dan India masih menumpukan taat setia kepada negara asal mereka. Bilangan penduduk Tanah Melayu juga bergantung
kepada keadaan ekonomi Tanah Melayu. Pada zaman ekonomi mewah, penduduk Tanah Melayu telah bertambah kerana keadaan ini
menarik kedatangan imigran-imigran. Pada zaman ekonomi meleset, penduduk Tanah Melayu berkurangan kerana kecenderungan
imigran terutama imigran India untuk pulang ke negara asal mereka.
Sebelum 1870, penduduk Tanah Melayu adalah penduduk desa kerana petempatan orang Melayu adalah di tepi pantai, kuala
sungai dan pinggir sungai. Akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah kawasan tempat tinggal orang Melayu telah
mengalami perubahan penduduk orang Cina tinggal di pelabuhan dan kawasan perlombongan yang kemudiaannya berkembang
sebagai bandar. Akibatnya, orang Cina menjadi penduduk bandar hingga hari ini. Manakala orang-orang India pula tinggal di ladang
getah dan sebahagian mereka tinggal di bandar selain daripada kawasan ladang. Pekerjaan penduduk di Tanah Melayu juga
mengalami perubahan. Orang India menjadi penoreh getah, pekerja ladang dan buruh di jabatan kerjaan terutamanya Jabatan Kerja
Raya, Keretapi; orang Cina menjadi pelombong dan peniaga; orang Melayu menjadi penanam padi, nelayan dan sebagainya.
Kesimpulan
Selepas tahun 1921, terdapat tanda-tanda bahawa imigran Cina dan India mahu menetap di Tanah Melayu. Buktinya mereka mula
membawa keluarga mereka ke Tanah Melayu. Tindakan mereka untuk menetap di Tanah Melayu telah membawa kepada wujudnya
masyarakat majmuk di mana orang India dan Cina merupakan masyarakat yang tidak dapat mengasimilasikan diri mereka ke dalam
masyarakat Melayu kerana beberapa perbezaan dari segi agama, adat resam, bahasa dan cara hidup. Berdasarkan pernyataan di atas,
memang tidak dinafikan bahawa perkembangan perusahaan bijih timah dan getah membawa kepada perubahan penduduk di Tanah
Melayu.
Perkembangan Sosial di Tanah Melayu
Pengenalan
Campur tangan British di Tanah Melayu sejak tahun 1874 bukan sahaja membawa kepada perubahan dari segi politik dan ekonomi,
bahkan campur tangan mereka juga menyebabkan perubahan dari segi sosial. Sebelum British memperluaskan kuasanya di Tanah
Melayu, sistem perhubungan yang wujud amat mundur. Begitu juga dalam bidang kesihatan. Selepas British campur tangan semuanya
ini telah mengalami perkembangan yang pesat. British telah memperkenalkan cara membina jalan raya Barat, cara membina landasan
keretapi dan amalan perubatan yang diamalkan oleh Barat. Kesemuanya ini telah berjaya meningkatkan tingkat taraf hidup penduduk
di Semenanjung Tanah Melayu.
Perhubungan
1. Jalan keretapi
Keretapi merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Jalan-jalan keretapi telah dibina
untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan keretapi yang
pertama di Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh Low bagi menghubungkan Taiping dengan
Port-Weld. Jalan keretapi sepanjang 12.8 kilometer ini dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun 1885. Beberapa lagi jalan
keretapi telah dibina oleh British di Perak. Jalan keretapi di antara Tapah dengan Teluk Anson telah dibina pada tahun 1893
manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada tahun 1895. Sir Frank Swettenham telah membina beberapa jalan keretapi di
Selangor. Jalan keretapi yang pertama telah dibina antara Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda pada tahun 1886. Menjelang tahun
1889 jalan keretapi ini dipanjangkan ke Port Swettenham. Pada tahun-tahun 1892 dan 1893 British telah membina jalan-jalan
keretapi yang pendek bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di Rawang,
Kuala Kubu dan Sungai Besi. Perhentian keretapi tetap yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Jalan keretapi
yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu di antara Port Dickson dengan Seremban telah siap dibina pada tahun 1891. Jalan
Keretapi sepanjang kira-kira 38 km ini dibina oleh Syarikat Keretapi Sungai Ujong. Pada tahun 1908 Kerajaan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu telah membelinya daripada syarikat tersebut.
Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, jalan-jalan keretapi yang sedia wujud mula
disambungkan atas initiatif Sir Frank Swettenham. Menjelang tahun 1903, terdapat jalan keretapi yang menghubungkan
Seremban dengan Perai. Jalan keretapi ini telah dipanjangkan ke Johor Bahru pada tahun 1909 dan ke Singapura pada tahun
1923. Jalan keretapi di bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu yang menghubungkan Perai, Bukit Mertajam, Sungai Petani,
Alor Setar dan Padang Besar di sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918. Jalan keretapi di bahagian Timur yang
menghubungkan Gemas dengan Bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang, Tumpat dan Sungai Golok disiapkan pada tahun
1931.
2. Jalan raya
148
Jalan-jalan raya yang pertama dibina untuk meghubungkan kawasan-kawasan bijih timah dan getah dengan pelabuhan-
pelabuhan. Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902. Menjelang tahun
1906, Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kira-kira 2560 km jalan raya bertar (metal led roads). Mulai dekad pertama
abad ke-20, jalan-jalan raya yang lebih lebar dan kukuh telah dibina bagi memenuhi keperluan kenderaan bermotor yang kian
bertambah. Jalan raya utama ke Perai siap dibina pada tahun 1911. Jalan raya utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah siap
pada tahun 1899. Menjelang tahun 1928 terdapat jalan raya yang menghubungkan Singapura di Selatan dengan Perlis di Utara.
Jalan raya utama yang menghubungkan Terengganu dan Pahang dengan pantai Barat telah dibina hanya selepas tahun 1945.
Semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, terdapat kira-kira 9600 km jalan raya motor yang baik.
3. Perkhidmatan udara
Syarikat perkhidmatan udara yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Wearne Brothers. Ia
dikenali sebagai Wearne’s Air Service. Syarikat tersebut telah memulakan perkhidmatan udara antara Singapura, Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Perkhidmatan udara ini telah dihentikan apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada tahun 1920-an, lapan
buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Butterworth dan
Alor Setar. Dalam pada itu terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang kian maju di Singapura. Pada tahun 1947,
Malayan Airways Limited telah ditubuhkan. Pada tahun 1956, sebuah lapangan terbang antarabangsa dibina di Kuala Lumpur.
4. Perkhidmatan perkapalan
Menjelang tahun 1870-an, terdapat beberapa syarikat perkapalan yang menggunakan kapal-kapal stim untuk membawa hasil-
hasil Tanah Melayu ke Singapura. Dalam perjalanan balik ke pelabuhan-pelabuhan Tanah Melayu, kapal-kapal tersebut
membawa bekalan-bekalan dan alat-alat jentera. Pada tahun 1890, Theodore Cornelius Bogaardt (seorang Belanda)
mengasaskan Straits Steamship Company yang muncul sebagai syarikat perkapalan yang terpenting. Selepas tahun 1896, Straits
Steamship Company memulakan perkhidmatan penumpang kelas pertama. Perkhidmatan ini menjadi penting selepas Kuala
Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tidak dihubungi oleh jalan keretapi persekutuan.
Pelabuhan-pelabuhan yang penting ialah Port Swettenham, Port Dickson, Teluk Anson dan Port Weld. Port Swettenham
merupakan pelabuhan yang terpenting sekali. Dalam tahun 1930-an, syarikat-syarikat perkapalan menghadapi persaingan hebat
dari sistem pengangkutan jalan raya dan keretapi.
Kesihatan
Tanah Melayu menghadapi beberapa masalah kesihatan pada abad ke-19. Penyakit-penyakit seperti malaria, disenteri, demam cacar
dan kolera biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut telah mengakibatkan kematian ramai orang. Sebagai contoh, kira-kira 65 orang
telah menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun 1874. Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada tahun 1894 ialah sebanyak
2817 di mana kadar kematian ialah 24%.
Selepas tahun 1900, taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu telah bertambah baik. Penyakit-penyakit beri-beri dan malaria
dapat dikawal. Antara tahun-tahun 1900-50 kadar kematian bagi orang dewasa dan kanak-kanak telah dikurangkan sebanyak 50%.
Kerajaan British telah menubuhkan hospital-hospital, pusat-pusat perubatan dan menjalankan penyelidikan perubatan. Hospital
kerajaan yang pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuka di Taiping pada tahun 1878. Pada kira-kira masa yang sama,
sebuah hospital telah didirikan di Selangor. Selepas tahun 1884, pusat-pusat perubatan telah dibuka di Tanjung Malim, Batu Gajah,
Gopeng, Kerian, Kuala Kangsar. Hospital Besar di Kuala Lumpur telah didirikan manakala sebuah hospital baru di Kelang dibina.
Masyarakat Cina juga membina beberapa hospital seperti Hospital Tai Wah (1895) dan Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.
Menjelang tahun 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital, Selangor 14, Negeri Sembilan 3 dan Pahang 2. Menjelang tahun
1908, terdapat 52 buah hospital di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Penyelidikan perubatan memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit-penyakit malaria dan beri-beri. Institusi
Penyelidikan Perubatan telah didirikan di Kuala Lumpur pada tahun 1901. Maktab Perubatan King Edward VII telah ditubuhkan di
Singapura pada tahun 1905. Maktab tersebut telah menghasilkan beberapa orang doktor tempatan yang dapat berkhidmat di hospital-
hospital kerajaan.
Selepas tahun 1909, pusat-pusat spesialis bagi kesihatan mental dan penyakit kusta telah didirikan. Menjelang tahun 1941,
kira-kira satu pertiga daripada hospital-hospital di Tanah Melayu merupakan institusi-institusi kerajaan. Hospital-hospital lain
dikendalikan oleh estet-estet (melalui undang-undang), persatuan-persatuan mubaligh dan pertubuhan-pertubuhan Cina. Kebanyakan
daripada kemudahan perubatan ini terdapat di bandar.
Pendidikan
Pengenalan
Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu.
Apa yang wujud ialah 4 sistem sekolah yang berlainan di Tanah Melayu, iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan
Sekolah Inggeris. Seperti yang dinyatakan oleh Paul Chang Ming Phang, sistem sekolah berbilang bahasa di Tanah Melayu
disebabkan oleh 3 faktor iaitu struktur penduduk yang berbilang bangsa, usaha individu-individu dan badan-badan mubaligh dan
ketiadaan satu dasar pendidikan yang sejajar dengan matlamat-matlamat yang tetap. Kewujudan sistem sekolah berbilang bahasa telah
menyulitkan proses nation-building selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Pendidikan Melayu
1. Pengenalan
Pendidikan Melayu secular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19. Sebelum itu, pendidikan Melayu umumnya
berbentuk agama. Murid-murid diajar mengaji dan membaca al-Quran serta cara-cara bersembahyang. Bahasa pengantarnya
ialah Bahasa Arab dan guru-guru biasanya terdiri daripada imam-imam masjid. Bahasa Melayu tidak dititikberatkan. Hal ini
adalah kerana ibu bapa mementingkan pendidikan agama Islam. Pada tahun 1821, sebuah Sekolah Melayu dibuka di Gelugor
sebagai cawangan Penang Free School (sekolah aliran Inggeris) yang diasaskan oleh R.S. Hutchings pada tahun 1816.
2. Pertumbuhan Sekolah-sekolah Melayu
a. Negeri-negeri Selat
149
Akibat dari usaha mubaligh-mubaligh beberapa Sekolah Melayu telah dibuka di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
Pada tahun 1855, sebuah Sekolah Melayu telah dibuka di Bayan Lepas (Pulau Pinang). Pada tahun 1856, 2 buah sekolah
Melayu telah dibuka di Singapura, satu di Teluk Belanga dan satu lagi di Kampung Gelam. Di Melaka terdapat 9 buah
Sekolah Melayu yang dibuka antara tahun-tahun 1858-63. Pada tahun 1871, A.M. Skinner, Pemangku Majistret di
Butterworth telah menyusun semula sistem pendidikan Melayu di Province Wellesley. Beliau mencantumkan sistem
persekolahan moden dengan sistem pelajaran Quran. Murid-murid mengikuti pelajaran sekular di sebelah pagi dan mereka
mengaji Quran di sebelah petang. Gaji guru-guru yang mengajar pelajaran sekular dibayar oleh kerajaan manakala gaji
guru-guru agama dibayar oleh ibu bapa dan murid-murid. Percubaan Skinner telah berjaya dan beliau dilantik sebagai
Nazir sekolah-sekolah pada tahun 1872. Bilangan Sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat telah meningkat daripada 16 buah
pada tahun 1872 (jumlah murid 596 orang) kepada 189 buah pada tahun 1892 (jumlah murid 7218 orang). Pada tahun
1884, Kerajaan British telah membuka sekolah pertama untuk murid-murid perempuan di Teluk Belanga, Singapura. Pada
tahun 1889 pula, sebuah lagi sekolah sedemikian telah dibuka di Pulau Pinang.
b. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Nazir Sekolah-sekolah Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya dilantik pada tahun 1897. Bilangan Sekolah
Melayu di negeri-negeri tersebut telah meningkat daripada 168 buah (157 bagi murid lelaki dan 11 bagi murid perempuan)
pada tahun 1898 kepada 266 buah pada tahun 1907 (232 bagi murid lelaki dan 34 bagi murid perempuan).
c. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Sekolah Melayu yang pertama di Kedah telah ditubuhkan pada kira-kira tahun 1897. Sekolah ini mula-mulanya dikhaskan
untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja. Pada tahun 1910 telah ada 20 buah Sekolah Melayu di Kedah. Jawatan
Nazir Pelajar diadakan pada tahun 1911. Kelantan mempunyai Sekolah Melayu yang pertama pada tahun 1903.
Terengganu tidak mempunyai sebuah pun Sekolah Melayu sebelum tahun 1915 sedangkan Perlis telah mempunyai 5 buah
pada tahun 1913. Sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di Johor yang berhampiran dengan Singapura. Pada
tahun 1913, negeri Johor mempunyai 56 buah sekolah.
3. Tujuan pendidikan Melayu
Mengikut Dr. Awang Had Salleh, pendidikan sekular Melayu anjuran British mempunyai 4 tujuan besar iaitu:
a. Mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang berlebihan.
b. Mengekalkan status quo dengan memastikan orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi.
c. Menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, penanam padi, nelayan, pekedai-pekedai kecil dan
kerani-kerani rendah.
d. Menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa.
Pada hakikatnya, pendidikan bahasa Melayu sebelum tahun 1942 kurang memberi peluang kepada orang Melayu mencapai
kemajuan dalam bidang sosial dan ekonomi. Pendidikan Melayu hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang
Melayu.
4. Sukatan pendidikan Melayu
Pada amnya, pendidikan Melayu hanyalah untuk empat tahun. Sekolah-sekolah Melayu yang lebih besar menyediakan pelajaran
hingga ke darjah 6. Taraf pengajaran umumnya adalah rendah. Sebelum tahun 1917, pengajaran yang diberi di sekolah-sekolah
Melayu ialah membaca, menulis, mengira dan ilmu alam serta karangan. Sejak tahun 1917 secara beransur-ansuran, tumpuan
juga diberi kepada perkebunan dan pertukangan tangan. Bangunan dan alat kelengkapan sangatlah rendah mutunya berbanding
dengan sekolah-sekolah bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah tidak mempunyai bilik darjah yang sesuai.
5. Perkembangan pendidikan Melayu
Perkembangan pendidikan Melayu (terutamanya bagi kanak-kanak perempuan) pada peringkat awal adalah lembap oleh sebab
perkara berikut:
a. Ibu bapa cemburukan kehilangan tenaga kanak-kanak mereka yang diperlukan bagi kerja di rumah.
b. Mempunyai syak wasangka terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan pengajaran Quran.
c. Lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan.
Mulai abad ke-20 pendidikan Melayu mula berkembang maju. Antara tahun-tahun 1900-23, Kerajaan British di Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu
yang berumur antara 7-14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan 2
batu dari sekolah. Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular Melayu di Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Berbagai-bagai usaha diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan Bahasa Melayu
selepas perlantikan R.J. Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Beliau telah memperkenalkan
tulisan rumi yang sistematik serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Wilkinson juga bertanggungjawab menerbitkan
buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan kesusasteraannya sendiri. Kerajaan
British telah menubuhkan beberapa maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan mutu pengajaran di sekolah-sekolah
Melayu. Pada tahun 1878, Maktab Melayu Singapura telah ditubuhkan untuk melatih guru-guru. Maktab ini ditutup pada tahun
1895. Pada tahun 1900 sebuah maktab latihan perguruan dibuka di Melaka. Kemudian pada tahun 1913, sebuah lagi maktab
perguruan dibina di Matang, Perak. Maktab Perguruan Melayu yang paling terkemuka ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang
telah dibuka pada tahun 1922 di Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1924, sebuah Biro Terjemahan telah ditubuhkan di maktab
ini untuk menterjemahkan buku-buku Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pada tahun 1935, Maktab Perguruan Perempuan
Melayu dibuka di Melaka. Pelajar-pelajar maktab ini diambil dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pendidikan Cina
Pendidijan Cina di Tanah Melayu dipelopori oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Persatuan Mubaligh London telah menubuhkan
sebuah sekolah Cina di Melaka pada bulan Ogos 1815. Namun demikian, kebanyakan sekolah Cina telah dibuka dan diselenggarakan
oleh masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1854, sebuah sekolah Cina telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin Hokkien di Singapura.
150
Di antara tahun 1854-84, lebih daripada 100 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini
menggunakan berbagai-bagai loghat sebagai bahasa pengantar. Murid-murid ini mempelajari klasik-klasik Cina secara hafal dan
bagaimana menggunakan capua.
Pendidikan Cina telah berkembang pesat mulai abad ke-20 akibat pengaruh pemimpin-pemimpin politik negara China seperti
Kung Yu Wei dan Sun Yat Sen. Tujuan mereka ialah untuk memupuk kesedaran politik dan perasaan kebangsaan di kalangan orang
Cina seberang laut. Sekolah-sekolah yang berasaskan pengajaran Confucius dan sains moden mula dibuka di seluruh Tanah Melayu
dan Singapura.
Di antara tahun 1911-19 lebih daripada 50 buah sekolah Cina telah dibuka di Tanah Melayu. Guru-guru dan buku teks
dibawa dari negara China. Di sesetengah sekolah, perkembangan politik di negara China dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.
Mulai tahun 1920, bahasa Mandarin (Kuo Yu) digunakan sebagai bahasa pengantar di kebanyakan sekolah Cina. Hal ini
adalah selaras dengan perkembangan di negara China di mana Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahap awal, Kerajaan
British membenarkan sekolah-sekolah Cina berkembang dengan pesat dan bebas. British tidak membantu atau mengawal sekolah-
sekolah Cina. Namun demikian, pada tahun 1920, Kerajaan British telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawasi
sekolah Cina. Hal ini adalah kerana sekolah Cina telah mula dipengaruhi oleh politik negara China. Di bawah Enakmen Pendaftaran
Sekolah, semua guru dan sekolah dikehendaki mendaftar dengan kerajaan. Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada
sekolah Cina pada tahun 1923.
Kerajaan British melantik seorang Nazir sekolah-sekolah Cina untuk mengawasi sekolah Cina. Sekolah Cina mempunyai
pelajaran rendah 6 tahun, menengah rendah 3 tahun dan menengah atas 3 tahun. Sekolah-sekolah menengah menyediakan para pelajar
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di China. Mutu pelajaran sekolah Cina lebih tinggi daripada mutu pelajaran sekolah Melayu
dan sekolah Tamil. Menurut Abu Zahari, peruntukan persekutuan bagi sekolah Cina telah bertambah berlipat ganda menjelang tahun
1938.
Pendidikan Tamil
Pada tahun 1821, sebuah sekolah Tamil dibuka di perkarangan Penang Free School. Pada tahun 1850, terdapat sebuah sekolah Anglo-
Tamil yang dibantu oleh kerajaan di mana Inggeris dan juga Tamil diajar. Namun demikian, seperti dinyatakan oleh Paul Chang Ming
Phang, sejarah sebenar pendidikan Tamil di Tanah Melayu bermula dengan perkembangan ladang kopi, gula, kelapa dan akhirnya
getah.
Mulai tahun 1870, sekolah-sekolah kecil telah dibuka di ladang-ladang di mana penduduk India memerlukan pendidikan bagi
anak-anak mereka. Kebanyakan sekolah ini merupakan hasil usaha persendirian. Kerajaan pada masa itu tidak menganggapnya perlu
bagi memberi pendidikan kepada anak-anak buruh Tamil yang berhijrah masuk. Pada tahun 1905, terdapat 13 buah sekolah Tamil
(kerajaan) dan 4 buah sekolah Tamil persendirian di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah
Tamil di negeri-negeri tersebut ialah lebih kurang 4000 orang.
Pada tahun 1923, Kerajaan British memperkenalkan satu undang-undang yang memaksa pihak pengurusan ladang untuk
mendirikan sebuah sekolah sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang anak buruh yang berumur di antara 7-14 tahun. Sekolah-
sekolah ini hendaklah dibiayai oleh pihak pengurusan ladang.
Satu masalah utama yang dihadapi oleh sekolah Tamil ialah kekurangan guru-guru yang terlatih. Mutu pelajaran Tamil
adalah rendah. Sekolah Tamil di ladang hanya memberikan pelajaran rendah selama 4-5 tahun. Buku-buku dibawa dari India.
Persatuan-persatuan orang India ada menubuhkan sekolah Tamil di bandar. Mutu sekolah ini lebih tinggi dari sekolah ladang.
Pada tahun 1920-an, Kerajaan British mula mengawal sekolah Tamil. Seorang Nazir sekolah Tamil berbangsa Eropah telah
dilantik pada tahun 1930. Pada tahun 1932, Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.
Pendidikan Inggeris
1. Pengenalan
Kebanyakan sekolah Inggeris dibuka oleh mubaligh-mubaligh Kristian dan benda-benda awam. Kerajaan British pada mulanya
tidak berminat untuk mengembangkan pendidikan Inggeris bagi faedah rakyat Tanah Melayu. Sekolah Inggeris boleh
dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu Sekolah Free dan Sekolah Inggeris Separa Bantuan (Grant-in-aid English School). Sekolah-
sekolah Free dibuka dengan sumbangan wang dari orang ramai dan kerajaan. Sekolah ini seterusnya telah diambil alih
sepenuhnya oleh Kerajaan. Sekolah Inggeris Separa Bantuan dibuka dan dibiayai oleh persatuan mubaligh. Apabila telah
mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, sekolah ini mula berkembang. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah
mubaligh.
2. Sekolah Free
Sekolah Inggeris yang awal ditubuhkan di Negeri-negeri Selat oleh mubaligh-mubaligh. Sekolah ini dinamakan Sekolah Free
kerana ia menerima murid-murid dari pelbagai bangsa dan agama. Sekolah Free yang pertama (dan juga di Tanah Melayu) ialah
Penang Free School yang diasaskan oleh Rev. R.S. Hutchins pada tahun 1816. Sekolah Free yang lain ialah Singapore Free
School dan Malacca Free School. Semenjak ditubuhkan, Sekolah Free berada di bawah naungan kerajaan. Terdapat wakil
kerajaan dalam Jawatankuasa Pengurusan sekolah tersebut. Sekolah Free telah diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya akibat
kegagalan Jawatankuasa Pengurusan untuk membiayai penyelenggaraannya. Sekolah pertama yang diambil alih oleh kerajaan
ialah Malacca Free School. Penang Free School telah diambil alih kuasanya oleh kerajaan pada tahun 1920. Mulai tahun 1928,
sekolah tersebut menjadi sekolah menengah pada keseluruhannya.
3. Sekolah Mubaligh
Kebanyakan dari sekolah mubaligh (mission schools) telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London,
Kumpulan Mubaligh Roman Catholic, Kumpulan Mubaligh Methodist dan Gereja England (Church of England). Sekolah
mubaligh terbuka kepada kanak-kanak terdiri daripada semua bangsa dan agama. Tujuan sekolah tersebut ialah untuk memberi
pendidikan am serta memperbaiki akhlak berdasarkan ajaran agama Kristian. Sebelum Perang Dunia Pertama, lebih daripada
75% murid-murid lelaki memasuki sekolah Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura adalah di sekolah mubaligh. Persatuan
mubaligh telah membuka sekolah bagi murid lelaki dan perempuan. Mubaligh-mubaligh Kristian adalah bertanggungjawab bagi
151
perkembangan dan kepopularan pendidikan Inggeris di kalangan murid perempuan. Antara sekolah perempuan yang
ditubuhkan ialah Sekolah Perempuan Bukit Bintang (Kuala Lumpur-1893), Sekolah Convent (Kuala Lumpur-1899), Sekolah
Perempuan Inggeris Pudu (Kuala Lumpur-1914) dan Sekolah Perempuan St. George (Pulau Pinang). Menjelang tahun 1947,
terdapat 33 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan mubaligh di Tanah Melayu. Pada tahun yang
sama hanya terdapat 6 buah sekolah perempuan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Antara sekolah mubaligh yang ditubuhkan bagi
murid lelaki ialah Sekolah Anglo-Chinese (Pulau Pinang-1891), Sekolah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur-1897) dan Sekolah
St. John (1904).
4. Sekolah Inggeris Kerajaan
Sekolah Inggeris Kerajaan yang pertama di Perak ialah Government Central School yang ditubuhkan pada tahun 1883. Namanya
telah ditukar kepada Sekolah King Edward VII pada tahun 1901. Victoria Institution telah diasaskan pada tahun 1893 di Kuala
Lumpur. Pada tahun 1905, Kerajaan British telah menubuhkan Maktab Melayu di Kuala Kangsa yang pada mulanya dibuka
hanya kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu. Tujuan utama Maktab Melayu ialah untuk memberi pendidikan
Inggeris kepada golongan atasan Melayu bagi membolehkan mereka menjadi pegawai-pegawai tadbir dalam perkhidmatan
awam British di Tanah Melayu. Pada tahun 1919, terdapat 17 buah sekolah Inggeris kerajaan di Tanah Melayu. Sekolah ini
bertujuan mendidik anak-anak kelas pertengahan untuk menjadi guru-guru dan kerani-kerani. Kebanyakan murid sekolah
tersebut terdiri daripada bangsa Cina dan India.
5. Sukatan pelajaran
Pada peringkat awal tiada terdapat sukatan pelajaran yang seragam bagi sekolah Inggeris. Sukatan Pelajaran yang seragam hanya
wujud selepas adanya peperiksaan bagi memperoleh Biasiswa Queen (1885) dan Sijil Cambridge (1891). Sekolah Inggeris dapat
dibahagikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah meliputi pendidikan selama 7 tahun, iaitu sampai
darjah V. Sekolah menengah pula meliputi selama 4 tahun sehingga murid-murid mencapai Sijil Persekolahan Cambridge. Mata
pelajaran utama yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Sejarah, Ilmu Alam, Matematik Asas, Ilmu Kesihatan dan Latihan Jasmani.
Kelas-kelas sains hanya terdapat di sekolah menengah yang besar di kawasan bandar. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris di
Tanah Melayu adalah berasaskan kepada sekolah menengah di Britain. Justeru itu, murid-murid sekolah Inggeris telah
mempelajari ilmu alam dan sejarah Britain.
6. Latihan Perguruan Inggeris
Satu sistem yang dinamakan Normal Class telah dimulakan pada tahun 1905 di Kuala Lumpur untuk melatih guru-guru sekolah
Inggeris. Guru-guru yang diberi latihan adalah mereka yang sedang berkhidmat. Latihan diadakan 5 jam seminggu di luar jadual
waktu pengajaran selama 2 tahun. Tempoh latihan telah dilanjutkan kepada 3 tahun mulai tahun 1925. Selepas Perang Dunia
Kedua, Sistem Normal Class telah digantikan dengan maktab pergurusan berasrama. Maktab Perguruan Kirkby telah ditubuhkan
berhampiran dengan Liverpool. Maktab Perguruan Brinsford Lodge di Wolverhampton telah ditubuhkan pada tahun 1955.
7. Pendidikan Tinggi dan Universiti
Maktab Perguruan King Edward VII telah diasaskan di Singapura pada tahun 1905. Maktab ini menjadi sebuah universiti pada
tahun 1947. Maktab Raffles telah dibuka pada tahun 1929 di Singapura bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi dalam aliran
sains dan sastera. Institusi pengajian tinggi yang lain ialah Maktab Pertanian Serdang (1931). Maktab Pertanian Serdang
dinaikkan ke taraf universiti pada tahun 1972. Pada tahun 1949, Universiti Malaya (gabungan Maktab Raffles dan Maktab
Perubatan King Edward VII) telah dibuka di Singapura. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya dibuka di Kuala Lumpur.
Cawangan tersebut merupakan nucleus Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1962. Universiti asal di Singapura mula
dikenali dengan nama Universiti Singapura.
Gerakan Nasionalisme
Pengenalan
Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada
tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada pengusaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan
dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada
cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah
seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah
pembentukan satu identity bangsa yang berbudaya tinggi. Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di
kalangan orang Melayu. Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin
oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:
Tahap Tahun Pendidikan
Agama 1906 – 1926 Arab
Sosioekonomi 1926 – 1937 Inggeris
Politik 1937 – 1941 Melayu
Kesan-kesan
1. Politik
Selepas menguasai Tanah Melayu, Jepun menyusun semula pentadbiran dengan meletakkan Tanah Melayu di bawah pentadbiran
tentera yang dikenali sebagai Malaya Military Administration (MMA) sesuai dengan keadaan peperangan ketika itu. Matlamat utama
MMA ialah untuk memulihkan ketertiban awam, mengeksploitasikan sumber-sumber penting untuk menampung ekonomi perang dan
menjamin bekalan yang cukup bagi keperluan tenteranya di Tanah Melayu. Dalam menjalankan pentadbiran, MMA dibantu oleh
Polis Rahsia Jepun dan Badan Perisikan Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai Tekkikan dan Toko. Negeri-negeri Selat (NNS)
ditadbir secara langsung oleh Jepun manakala sistem kerajaan di negeri-negeri lain diteruskan dan diletakkan di bawah kawalan
langsung seorang Gabenor Jepun. Majlis Mesyuarat Negeri ditukarkan menjadi Majlis Penasihat. Majoriti ahlinya adalah orang Jepun
dan orang Melayu. Walau bagaimanapun, kuasa sebenar berada di tangan Jepun. Untuk mendapat sokongan orang Melayu, Jepun
mengekalkan institusi Sultan sebagai pentadbir bersama-sama dengan pihak Jepun.
Pada peringkat awal pendudukan Jepun, Sumatera digabungkan dengan Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran yang berpusat di
Singapura yang dikenali sebagai Shonan. Walau bagaimanapun, penyatuan ini gagal dan Sumatera dipisahkan dari NNM daripada
segi pentadbiran pada tahun 1944.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang
Melayu. Hal ini dijelaskan oleh Yoji Akashi dalam bukunya “The Japanese Military Administration in Malaya”. Anthony Hill dalam
bukunya “Division in Malaya” menegaskan “The Japanese regime and its aftermath awakened for the first time the political
consciousness among the Malay People. They certainly developed it, leading its solidarity and direction”. Manakala John Fustons
dalam bukunya “Malay Politic in Malaysia” menegaskan yang pendudukan Jepun telah “politicize the Malay Peasantry to the extent
that they were available for mass mobilization immediately after the war”. Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun “Asia
untuk Asia” telah membangkitkan kesedaran penduduk tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik dan kemerdekaan.
Dalam menjalankan pentadbiran Jepun lebih mengutamakan orang Melayu kerana ia menganggap Tanah Melayu sebagai hak orang
Melayu. Dalam buku yang sama Yoji Akashi menjelaskan “In the early stage of accupation, the MMA was obliged to regard the
Malays as the rightful owner of Malaya while the Chinese and Indian as subordinate races”. Orang Melayu diberi peluang memegang
jawatan-jawatan pentadbiran seperti Pegawai Daerah dan sebagainya. Dalam Majlis Penasihat bilangan ahli Melayu melebihi bilangan
bangsa-bangsa lain. Sebagai contoh, di Perak 14/20, di Negeri Sembilan 7/12 dan di Pahang 5/9. Pengalaman dalam pentadbiran yang
diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri
mereka sendiri.
Dasar Jepun terhadap orang India agak memuaskan kerana ia mengharapkan sokongan mereka dalam usaha untuk menjayakan
rancangan Jepun untuk menguasai India. Orang India digalakkan bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan India daripada
British. Mereka diminta menganggotai Tentera Kebangsaan India (MIA) yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu. Dengan
tujuan mendapatkan sokongan orang India juga, Jepun menubuhkan Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad Hind di
Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Dasar Jepun terhadap orang India telah menimbulkan masalah dalam usaha
untuk mewujudkan semangat kenegaraan di kalangan orang India di Tanah Melayu.
Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada dasar mereka terhadap orang Melayu dan India. Selepas menguasai
Tanah Melayu mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina. Keadaan ini berlaku
kerana permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China. Selain itu, Jepun marah kepada orang Cina di Tanah Melayu yang telah
membantu Negeri China semasa Jepun menyerang China 1937. Akibat daripada tindakan Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke
dalam hutan bagi mengelakkan penindasan Jepun dan seterusnya menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Dasar Jepun terhadap
orang Cina dan India telah menebalkan lagi semangat kecinaan dan keindiaan di kalangan orang Cina dan India di Tanah Melayu.
Kekalahan British dengan begitu mudah telah menjatuhkan maruah British dan telah melenyapkan “mitos superioriti” yang
menganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh kuasa Timur. Cara mereka diusir oleh Jepun serta cara tawanan dilayan telah
menjatuhkan lagi maruah British. Kekalahan British menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada
British untuk mempertahankan Tanah Melayu. Keadaan ini menyedarkan penduduk tempatan supaya berusaha sendiri bagi
mempertahankan hak-hak dan kepentingan serta tanah air mereka.
Tindakan Jepun menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada Ogos 1943 menyedarkan penduduk
tempatan bahawa Jepun tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Jepun yang dianggap sebagai
pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu juga merupakan kuasa penjajah. Apa yang berlaku sebenarnya ialah
penjajahan British digantikan dengan penjajahan Jepun malah penjajahan Jepun lebih kejam daripada penjajahan British.
163
Permusuhan yang timbul dengan orang Cina akibat pendudukan Jepun telah menyedarkan orang Melayu untuk bangun
memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu. Jepun dengan nasionalis-nasionalis Melayu telah
menimbulkan lagi semangat nasionalisme. Jepun memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim
Yaacob. Ia juga telah menubuhkan Pasukan Tentera Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang lebih dikenali sebagai Giyu Gun
di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun membebaskan nasionalis-nasionalis yang dipenjarakan
oleh British seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Pembebasan telah membolehkan perjuangan
nasionalisme diteruskan.
Pendudukan Jepun telah memberi peluang kepada PKM untuk berkembang. Ia mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada
orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun. Apabila Tanah Melayu dikuasai Jepun, anggota-
anggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka telah menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU)
yang ditubuhkan oleh British. PKM seterusnya menubuhkan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya atau Malayan People anti-Japanese
Army (MPAJA). MPAJA mendapat bantuan seperti senjata, makanan, ubat-ubatan dan latihan daripada pihak Berikat terutamanya
Pasukan 136. Pengalaman dalam peperangan di hutan dan senjata yang diperolehi semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan
PKM terutamanya dalam usaha untuk menjayakan matlamat mereka. Semasa pendudukan Jepun, mereka menyerang hendap tentera
Jepun dan menjalankan pengintipan bagi pihak British. Selepas pendudukan Jepun, PKM muncul sebagai parti yang kuat dan teratur.
Mengenangkan jasa PKM membantu British menentang Jepun, ia diterima sebagai parti yang sah sejak tahun 1945. Kegagalan untuk
mencapai matlamat melalui perlembagaan telah mendorong PKM melakukan pemberontakan bersenjata sejak 16 Jun 1948 bagi
menjayakan matlamat mereka menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan munculnya kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk Tanah
Melayu selepas pendudukan Jepun. Di antara parti-parti yang wujud ialah UMNO, MCA, MIC, API, AWAS, PKMM, Hizbul
Muslimin dan sebagainya.
Idea kemerdekaan juga didapati akibat daripada pendudukan Jepun. Ia telah berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu di bawah lingkungan “Indonesia Raya”. Untuk tujuan tersebut, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah
ditubuhkan pada Julai 1945. Rundingan telah diadakan di antara pemimpin Tanah Melayu iaitu Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin
dengan pemimpin Indonesia iaitu Sukarno dan Hatta untuk menjayakan matlamat kemerdekaan bersama. Rundingan diadakan di
Singapura pada 8 Ogos 1945 dan Taiping pada 12 Ogos 1945. Walau bagaimanapun, KRIS gagal memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu akibat daripada kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945.
2. Ekonomi
Ekonomi dan taraf hidup rakyat Tanah Melayu mengalami kemerosotan semasa pendudukan Jepun. Ekonomi Tanah Melayu yang
bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan kerana pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan
juga kerana dasar “Bumi Hangus” yang diamalkan oleh British dimana mereka telah merosakkan pokok-pokok getah, kilang-kilang,
lombong-lombong dan jentera perlombongan sebelum beundur dari Tanah Melayu bagi mengekalkannya daripada jatuh ke tangan
Jepun. Tanah Melayu juga telah putus daripada pasaran antarabangsa bijih timah dan getah kerana Jepun mengharamkan eksport
keduanya kecuali Jepun.
Selain itu, Jepun juga mengeksploitasikan sumber-sumber yang diperlukan di negeri Jepun terutamanya besi dan bauksit. Semasa
pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami kekurangan barang pengguna khususnya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah
Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya. Walaupun Burma yang banyak menghasilkan beras juga dikuasai
oleh Jepun tetapi import beras dari Burma tergendala kerana masalah peperangan. Beberapa langkah telah dijalankan atas arahan
Jepun bagi menambahkan pengeluaran beras Tanah Melayu. Di antara langkah-langkah tersebut ialah menggalakkan penanaman padi
2 kali setahun, memperkenalkan benih padi daripada Taiwan, membuka tanah pertanian baru dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
pengeluaran beras Tanah Melayu tetap tidak mencukupi untuk keperluan penduduknya. Akibatnya penduduk Tanah Melayu terpaksa
bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan sebagainya. Semasa Jepun, Tanah Melayu mengalami inflasi
kerana pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan barang pengguna terutamanya makanan. Pada tahun 1945,
pengedaran wang kertas di Tanah Melayu berjumlah $4000 juta sedangkan sebelum pendudukan Jepun pengedaran wang kertas
hanya $200 juta. Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun telah mengakibatkan
kemerosotan ekonomi Tanah Melayu. Walapun Jepun melaksanakan beberapa industri seperti kilang kasut, tayar dan sebagainya,
tetapi ia tidak mencapai kejayaan.
3. Sosial
Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada rakyat Tanah Melayu. Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya
Kempeitai telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Tanah Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun seperti orang Cina. Ramai
orang Cina telah dibunuh dan dizalimi oleh Jepun menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di dalam hutan dan
menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri. Tidakan orang Cina telah membawa kepada permulaan wujudnya masalah
setinggan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh paksa dan dihantar ke
sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan ramai meninggal dunia
sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai “Jalan Keretapi Maut”. Kekurangan makanan terutamanya beras telah menimbulkan
pelbagai penyakit. Di antara penyakit yang banyak membawa maut ialah malaria dan beri-beri. Masalah penyakit semakin serius
kerana kekurangan ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera Jepun bagi keperluan mereka di Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada
dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum tersebut. Layanan baik Jepun kepada orang Melayu telah menimbulkan kemarahan
orang Cina. Malah Jepun telah mengambil orang Melayu untuk dijadikan polis dan tentera dimana mereka digunakan oleh Jepun
untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Tindakan orang Melayu menjadi pengintip Jepun telah menambah lagi
kemarahan orang Cina. Akibatnya selepas pendudukan Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina
terutamanya di Perak dan Johor. Pendudukan Jepun telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang Melayu
seperti menghasilkan barang daripada daun nanas dan gula dari nira kelapa. Pendudukan Jepun turut menimbulkan kesedaran orang
Melayu terhadap pentingnya pengajaran, dimana selepas perang sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara.
164
Malayan Union
Pengenalan
Kekalahan British di Tanah Melayu atas tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadap kelemahan
pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang. Akibat pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di
London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti. Pada 31 Mei 1944,
kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945,
Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang
dikenali sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan
tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember
1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan MU.
Cadangan-cadangan MU
Cadangan Perlembagaan MU mengandungi 2 fasal utama, iaitu yang berkaitan dengan pentadbiran dan kerakyatan.
1. Pentadbiran
a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan
sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai MU.
b. Singapura diasingkan dari MU kerana jumlah penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf
pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor.
c. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai
kuasa dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana
mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.
d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah
kawalan langsung kerajaan pusat.
e. MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala
Lumpur.
f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain
itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.
g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran MU, Singapura dan wilayah Borneo.
2. Kerakyatan
Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Syarat kerakyatan:
a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura.
b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15 Februari 1942.
c. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara MU.
d. Mereka yang tidka layak mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu
selama 5 tahun.
Sebab penubuhan MU
1. Mewujudkan keseragaman dan kecekapan
MU dilaksanakan supaya dapat mewujudkan keseragaman atau kecekapan dalam pentadbiran di seluruh Tanah Melayu. Sebelum
perang, terdapat 3 bentuk pentadbiran yang tidak seragam, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sistem pentadbiran
tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal. Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak
kelemahan. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya bukan sahaja dapat mewujudkan keseragaman dan
kecekapan dalam pentadbiran, tetapi juga menjimatkan belanja pentadbiran.
2. Melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu
Penubuhan MU bertujuan untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya di kalangan orang-orang Cina dan
India. Taat setia orang Cina dan India masih lagi ke negara asal mereka. Diharapkan dengan pemberian kerakyatan yang
longgar, orang Cina dan India akan menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara MU.
3. Mengimbangi perkembangan ekonomi
MU juga bertujuan untuk mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, perkembangan
ekonomi antara negeri tidak seimbang. Secara umunya, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu lebih maju
daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan
mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu.
4. Persiapan ke arah berkerajaan sendiri
Mengikut British, MU merupakan persiapan Tanah Melayu menuju ke arah berkerajaan sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai
pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan. Selain itu, kesedaran nasional perlu ditanam di kalangan penduduk seluruh Tanah
Melayu.
5. Meneruskan usaha British
MU juga dilaksanakan bagi meneruskan usaha British untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu sebagai satu unit
politik seperti yang dijalankan sebelum Perang Dunia Kedua. Buktinya: desentralisasi dilaksanakan dengan tujuan
mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan.
6. Meneruskan penguasaan politik dan ekonomi
Penubuhan MU akan membolehkan British meneruskan penguasaannya ke atas politik dan ekonomi Tanah Melayu kerana
Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
165
7. Membalas dendam
MU juga dilaksanakan dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V.
Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British
bersikap anti-Melayu kerana mereka kecewa dengan tindakan orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya,
perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta
kewibawaan Sultan.
8. Mengenang jasa
James V. Allen juga mendakwa penubuhan MU bertujuan mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British
untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bersama-
sama British dalam usaha mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Akibatnya, perlembagaan MU dirangka sebegitu rupa yang
menguntungkan orang Cina yang berkaitan dengan kerakyatan.
9. Menghalang usaha ke arah kemerdekaan
MU dilaksanakan bagi menghalang usaha ke arah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh penduduk Tanah Melayu, terutamanya
orang Melayu. Sejak pendudukan Jepun, orang Melayu telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Usaha mereka akan
terhalang kerana MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
10. Menyusun strategi pertahanan
Penubuhan MU bertujuan memudahkan British menyusun strategi pertahanan. Sebelum Perang Dunia Kedua, British mendapati
sukar untuk menyusun strategi pertahanan Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British.
Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan memudahkan British menyusun strategi pertahanan
yang berkesan.
Kesimpulan
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu
perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil
daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang
Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.
Persekutuan Tanah Melayu
Pengenalan
Akibat tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (MU) dan perakuan Edward Gent dan Malcolm MacDonald, maka Kerajaan
British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau
kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU. Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa
Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai Eropah, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO untuk merangka satu perlembagaan
baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu, khususnya yang dapat diterima oleh orang Melayu dan British. Pada dasarnya,
matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh, memajukan ekonomi Tanah Melayu dan menyelesaikan hak
istimewa orang Melayu, kekuasaan serta kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Orang-orang bukan Melayu tidak bersetuju
dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja kerana mereka bimbang Jawatankuasa Kerja yang tidak diwakili oleh orang bukan Melayu
akan merangka perlembagaan yang hanya menguntungkan orang Melayu dan merugikan orang bukan Melayu. Mereka telah
mengadakan beberapa halangan bagi mengagalkan tugas Jawatankuasa Kerja. Walaupun mendapat halangan, Jawatankuasa Kerja
telah berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu (PTM).
Perkembangan 1946-1948
Penentangan PTM berbeza dari MU terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan dan kewibawaan
Sultan dan syarat kerakyatan. Pad 15 Disember 1946, Jawatan Perunding yang terdiri daripada 5 pegawai Eropah, 2 wakil Cina dan 2
wakil India telah ditubuhkan untuk meninjaukan pandangan orang bukan Melayu terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja.
Jawatankuasa Perunding telah mengemukakan laporan mereka pada 21 Mac 1947 yang mengandungi beberapa pindaan ke atas draf
167
perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Dalam usaha untuk menentang draf perlembagaan tersebut, mereka telah menubuhkan All
Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. AMCJA dipimpin oleh Dato’ Tan Cheng Lock sebagai Presiden
dan John Eber sebagai Setiausaha. Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA ialah Malayan Democratic Union, Malayan Indian
Congress, Pan-Malayan Federation of Trade Union, Malayan People Anti-Japanese Ex-Services Comrades Association dan Parti
Komunis Malaya. Mereka telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru di Tanah Melayu.
Antara cadangan itu ialah:
a. Pernyatuan Tanah Melayu dengan Singapura sebagai satu unit politik.
b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan melalui badan perundangan pusat yang ahlinya dipilih.
c. Kerakyatan yang sama yang memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan
keturunan.
AMCJA telah mendesak supaya British membatalkan semua persetujuan yang telah dicapai antara British dengan Raja-raja
Melayu dan UMNO. Mereka juga mahu AMCJA diterima sebagai wakil bukan Melayu.
Pada 22 Disember 1947, golongan kiri orang Melayu telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang
draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. PUTERA dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr.
Burhannuddin, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan
Shamsiah Fakeh. PUTERA juga mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu.
Antaranya ialah:
a. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan di mana hal-ehwal luar dn pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan British
dengan Kerajaan Tanah Melayu.
c. Perkataan “Melayu” mesti digunakan sebagai rupa bangsa warganegara Tanah Melayu.
d. Bendera Tanah Melayu mesti mengandungi warna-warna kebangsaan Tanah Melayu.
Pada 16 Mac 1947, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang menguatkan penentangan mereka terhadap draf
perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Mereka telah mengemukakan “perlembagaan rakyat” yang merupakan gabungan cadangan
PUTERA dan AMCJA untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Mereka juga telah melaksanakan “hartal” di
seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan
Jawatankuasa Kerja serta menunjukkan kekuatan mereka. Walau bagaimanapun, British tidak berminat untuk menerima cadangan
PUTERA-AMCJA. British menerima draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang dijadikan asas perlembagaan PTM. Pada 21
Januari 1948, Raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan British menandatangani persetujuan penubuhan PTM. Pada 1 Februari 1948,
lahirlah PTM secara rasminya.
Perkembangan 1948-1957
Mengikut perlembagaan PTM 1948, Kerajaan British bersetuju untuk memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan
akan dijalankan beransur-ansur. British juga bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli MPP. Walau bagaimanapun,
usaha ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun 1948. Apabila keadaan mulai reda,
usaha ke arah tersebut diteruskan. Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi MPP dilantik
untuk mengetuai 9 jabatan kerajaan. Jabatan-jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri, Kesihatan,
Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan, Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan,
Keretapi dan Pos. Antara mereka ialah Dato’ Onn bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau Sek Lee mengetuai
Jabatan Kesihatan dan Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.
168
Mulai 1951, pilihanraya perbandaran mulai diadakan bagi memilih ahli majlis perbandaran. Pada 1 Disember 1951,
Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih 9 orang ahli. Dalam pilihanraya tersebut Parti Radikal Pulau Pinang
memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO satu kerusi. Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur
diadakan untuk memilih12 ahli. Untuk menghadapi pilihanraya tersebut UMNO dan MCA telah bergabung sebagai Parti Perikatan
untuk menghadapi Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar yang telah keluar dari UMNO akibat
perselisihan dasar. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan bebas 1 kerusi.
Akibat kemenangan Parti Perikatan, 2 orang anggotanya iaitu H.S. Lee dan Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Kerajaan dalam
Sistem Ahli. Pada tahun 1953, seorang rakyat tempatan yang menjadi ahli MPP dilantik menjadi “speaker” menggantikan PJT yang
tidak lagi menjadi ahli MPP. Pada tahun 1953 juga, Parti Perikatan UMNO-MCA telah mendesak supaya British mengadakan
pilihanraya umum bagi memilih ahli-ahli MPP.
Pada tahun 1954, Gerald Templer selaku wakil Kerajaan British telah mengumumkan MPP akan mempunyai 98 ahli, iaitu 52
dipilih dan 46 dilantik. Pilihanraya Umum yang pertama akan diadakan pada 27 Julai 1955. Berikutan dengan pengumuman itu,
UMNO dan MCA bergabung pula dengan MIC menjadi Parti Perikatan yang lebih besar. Antara parti yang bertanding dalam
Pilihanraya Umum Pertama ialah Parti Buruh, Parti Sosialis, Parti Negara, Parti Progresif Rakyat, Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS),
Parti Perikatan Melayu Perak dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC
telah memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi. Hasil dari kemenangan besar Parti Perikatan, Tanah Melayu telah diberi berkerajaan
sendiri di mana Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada 6 Melayu, 3 Cina
dan 1 India telah dibentuk. Bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu, usaha-usaha telah dijalankan untuk menamatkan
pemberontakan PKM. Hasilnya Rudningan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku
Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Cheng Tien dan Rashid Maidin. Walau
bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan
PKM diterima sebagai parti yang sah dan Chin Peng pula tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM
dibubarkan.
Pada 6 Januari 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
telah berangkat ke England untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Rundingan yang diadakan dari
18 Januari hingga 8 Februari 1956 dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasil dari rundingan tersebut, British bersetuju memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka perlembagaan PTM yang merdeka, Suruhanjaya Reid yang
diketuai oleh Lord Reid telah dibentuk. Anggota-anggotanya terdiri daripada hakim-hakim negara Komanwel, iaitu Ivor Jenning
(Britain), William Mackell (Australia), B. Malik (India) dan Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan
mendapatkan pandangan daripada orang tempatan, pelbagai parti politik, persatuan dan pertubuhan. Sejumlah 131 memorandum telah
diterima. Hasil dari memorandum ini, Suruhanjaya Reid telah menyusun dan merangka perlembagaan dan siap pada bulan Mac 1957.
Pada 31 Ogos 1957, lahirlah PTM yang merdeka.
1930-1941
PKM telah diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu.
PKM telah diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh yang berpusat di Shanghai. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa
menjalankan kegiatan mereka secara sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan kegiatan anti-British yang dijalankan dianggap
mengganggu ketenteraman awam.
Sejak 1930 agen-agen komintern mula dihantar ke Tanah Melayu untuk membantu kegiatan PKM. Pada Jun 1931, seorang
agen kanan komintern dari Parsi iaitu Joseph Dacroux telah tiba di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, beliau telah ditangkap tidak
lama selepas ketibaannya di Singapura. Penangkapan dan pengakuannya telah mendedahkan maklumat penting mengenai PKM
sehingga menyebabkan ramai anggota dan pemimpin termasuk 14 ahli jawatankuasa PKM ditangkap. Peristiwa ini telah melemahkan
PKM.
Sejak tahun 1932, kegiatan PKM mulai pulih apabila mereka diarah untuk melatih pemimpin dan anggota baru. Pada 6 Mac
1933 satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura untuk merangka perlembagaan PKM. Mesyuarat tersebut
telah membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik
Komunis Malaya. Sejak itu, mereka menjalankan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah Cina dan
pertubuhan Cina. Mereka telah berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja semasa berlakunya kemelesetan ekonomi 1930-
an. Bagi melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu supaya PKM mudah merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi
kesatuan-kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura
pada 1936-1937. Sebagai contoh, satu permogokan besar berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937 di mana
6000 pekerja telah berjaya merampas lombong tersebut dari pihak majikan. Berikutan dengan peristiwa permogokan, kerajaan telah
mengisytiharkan Banishment Ordinance pada tahun 1937 yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan anggota
PKM ditangkap kerana melanggar undang-undang tersebut. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China.
Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM.
Apabia Jepun menyerang China pada tahun 1937, PKM memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan anti-
Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. PKM telah menjalankan kutipan derma dan menggalakkan pemuda Cina di Tanah
Melayu kembali ke China untuk menentang Jepun. Akibat dari kegiatan mereka, PKM mula mendapat sokongan ramai terutamanya
daripada orang-ornag Cina. Buktinya pada tahun 1939, PKM sudah mempunyai anggota berdaftar seramai 37 ribu orang. Semasa
Peperangan China-Jepun, PKC telah mengarahkan PKM menghentikan kegiatan anti-British dan bekerjasama dengan British untuk
menentang Jepun. Arahan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin dan anggota PKM kerana golongan radikal mahu
mengambil kesempatan ini mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Akibatnya,
komintern telah mengarahkan Setiausaha Agong Lai Teik menyatupadukan anggota PKM. Lai Teik telah berjaya meyakinkan mereka
bahawa kerjasama dengan British hanya sebagai muslihat dalam usaha untuk mencapai matlamat PKM.
1941-1945
Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu sikap orang ramai terutamanya orang Cina terhadap PKM telah berubah. PKM mula
mendapat sanjungan dan pengikut yang ramai kerana PKM dianggap sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan Jepun.
Semasa Jepun menguasai Tanah Melayu, anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan dan bekerjasama dengan British dengan
menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sebelum Tanah Melayu dikuasai oleh Jepun,
anggota-anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan
bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai
Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari
Pasukan Berikat. MPAJA juga mengadakan hubungan baik dengan pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British. Henry Miller dalam
bukunya “The Jungle War in Malaya” menegaskan terdapat kira-kira 200 anggota PKM mendapat latihan dari British sebelum
jatuhnya Singapura pada 15 Februari 1942. Semasa pendudukan Jepun, PKM melakukan serangan hendap ke atas tentera Jepun dan
menjalankan pengintipan untuk British. Pengalaman yang diterima semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM
terutamanya ke arah menjayakan matlamat perjuangan mereka.
Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak
British. Pemerintahan PKM berlangsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai “Bintang Tiga”. Mereka telah merayakan kekalahan
Jepun sebagai kemenangan mereka dan mendakwa merekalah bertanggungjawab mengalahkan Jepun di Tanah Melayu. Mereka telah
merampas senjata tentera Jepun untuk digunakan dalam perjuangan mereka. Seterusnya, mereka telah melakukan kekejaman ke atas
orang yang enggan bekerjasama dengan mereka lebih-lebih lagi yang menjadi “tali barut” Jepun. Akibat tindakan PKM, berlakulah
pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina terutamanya di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun.
Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka telah mengambil alih pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA
dibubarkan. Anggota-anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata mereka kepada British. Pada 1 Disember 1945, 6800 anggota
MPAJA telah menyerahkan senjata mereka dan dibayar sagu hati sebanyak $350 seorang. Walau bagaimanapun, dipercayai masih
ramai anggota MPAJA yang tidak menyerahkan senjata kerana mereka tidak yakin dengan dasar British terhadap PKM.
1945-1948
PKM telah menuntut supaya merek diberi hak dalam pentadbiran. Kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British
menentang Jepun, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah
Melayu untuk menambahkan anggotanya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan
170
menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. PKM akan menganjurkan “Gerakan Massa” untuk memaksa
British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi
parti-parti politik, kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina. Untuk mendapat sokongan pekerja, PKM telah
menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan untuk mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia Demokratik Baru pada tahun
1946. Bagi menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Sekerja Pusat, contohnya, PKM yang menubuhkan Pan-
Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) telah menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU. Bagi
melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan
permogokan. Akibatnya 300 permogokan telah dipengaruhi oleh PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada 1946-1947.
Bagi menghadapi permogokan tersebut, British telah melaksanakan undang-undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti
politik supaya tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah menghancurkan PMFTU yang dikuasai oleh PKM.
Pada 15 Februari 1946, PKM telah menganjurkan satu perarakan besardi Singapura bagi memperingati kekalahan British di
tangan Jepun pada 15 Februari 1942. Tujuannya ialah menjatuhkan maruah British serta menunjukkan kekuatan PKM. Pada 22
Disember 1946, PKM telah menyertai AMCJA bagi menggagalkan penubuhan PTM. Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa
pusat PKM telah diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM. Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teiktidak
menghadirinya dan beliau telah hilang diri bersama-sama wang parti. Akibatnya, pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal
pimpinan Ong Boon Hua yang lebih dikenali sebagai Chin Peng. Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah
diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia. PKM diwakili oleh Lee Soong.
Persidangan Calcutta telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat
perjuangan komunis.
1948-1954
Berikutan dengan keputusan Calcutta, PKM mula mengubah dasar dan taktiknya sejak tahun 1948. Sejak itu, PKM berusaha untuk
mencapai matlamat melalui pemberontakan bersenjata. Langkah ini juga diambil akibat kegagalan PKM untuk mencapai matlamat
melalui perlembagaan yang dijalankans sejak tahun 1945. PKM menubuhkan pasukan tentera antu-British yang dikenali sebagai
Malayan People Anti British Army (MPABA) yang di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew.
Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA. Bagi
menjayakan matlamatnya, PKM akan menggunakan strategi Mao Tze Tung. Mengikut strategi ini, PKM akan menguasai kawasan
pedalaman di mana kawalan kerajaan amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan.
Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menyerang dan menguasai
seluruh Tanah Melayu. Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya
banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM meneruskan usaha meresapi
parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 orang
pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948. Berikutan dengan peristiwa itu, kerajaan
mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 dan Undang-undang Darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948 di
mana PKM diharamkan. Akibat pengisytiharaan Darurat, anggota PKM melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan.
Mereka menyerang pasukan keselamatan dan juga orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong Eropah.
Pejabat-pejabat kerajaan terutamanya Balai Polis menjadi sasaran PKM. Mereka memusnahkan sistem hubungan jalan raya dan jalan
keretapi. PKM juga menyerang ladang-ladang bijih timah di mana pokok getah dan jentera perlombongan dimusnahkan untuk
menyekat pengeluaran bagi melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha untuk mendapat bantuan, PKM menubuhkan
pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan. Edger O. Balance
dalam bukunya “The Communist Insurgent War 1948-1964” menegaskan terdapat antara 30-40 ribu anggota “Min Yuan” pada
peringkat awal pemberontakan PKM. Dalam usaha untuk menakutkan orang ramai dan menjejaskan pasukan keselamatan, PKM
menjalankan kempen membunuh pegawai tinggi kerajaan. Akibat dari kempen itu, mereka telah berjaya membunuh Pesuruhjaya
Tinggi British, Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang untuk mengkaji semula taktik PKM.
Apabila menyedari keganasan mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap PKM menyebabkan mereka berusaha
untuk mengelakkan serangan ke atas orang awam. Sejak September 1951, serangan hanya dilakukan ke atas pasukan keselamatan,
orang Eropah, pengintip kerajaan dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Pada 1950-an, mereka meneruskan usaha meresapi
parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Menjelang tahun 1954, ternyata perjuangan PKM menemui
kegagalan kerana ramai anggotanya dibunuh, ditangkap atau menyerah diri.
Terbunuh: 16 Jun 1953 6304 (1948-1953)
Jun 1954 9581 (1948-1954)
Tertangkap: 1948 5097
1951 11000
1954 2000
Dihantar pulang: 1950 7000
1954 10000
Dasar dan Taktik PKM (1945-1954)
Pengenalan
Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an terutamanya di sekitar tahun 1925. Ideologi ini telah tersebar luas di
kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Hasilnya Liga Belia Komunis telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926. Pada
tahun 1927, Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dan parti ini telah dicadangkan supaya disusun semula pada tahun berikutnya.
Akibatnya satu persidangan Komunis telah diadakan di Singapura pada 6 April 1930 dan hasilnya lahirlah PKM yang beribu pejabat
di Singapura. Matlamat PKM ialah menggulingkan Kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu.
Selain itu, PKM juga diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa
menjalankan kegiatan secara sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan kegiatan anti-British dianggap mengganggu ketenteraman
171
awam. Kegiatan anti-British telah diberhentikan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sebaliknya, PKM telah
bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. Anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan untuk
menubuhkan MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, PKM menuntut supaya mereka diberi
hak dalam pentadbiran. Oleh sebab mengenang jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM akhirnya diterima
sebagai parti yang sah.
Dasar PKM
1. 1945-1948
Setelah PKM mula diterima sebagai parti yang sah, PKM telah menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu bagi
menambahkan keanggotaannya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan
menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. Oleh itu, PKM telah menganjurkan “Gerakan Massa” untuk
memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif
untuk mempengaruhi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina.
2. 1948-1954
Dalam tahun 1948, PKM memasuki zaman baru kerana ia telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah negara
komunis di Tanah Melayu melalui satu revolusi bersenjata. Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dasar ini ialah:
a. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan
Beberapa ahli Sejarah berpendapat bahawa pemberontakan PKM meletus akibat kegagalan polisi perdamaian bersatu.
PKM telah gagal untuk mencapai cita-citanya melalui cara-cara perlembagaan antara tahun 1945-1948. Justeru itu, PKM
terpaksa menggunakan cara-cara lain seperti kekerasan untuk menggulingkan Kerajaan British di Tanah Melayu.
b. Perubahan pucuk pimpinan
Ahli-ahli Sejarah seperti Noel Barber berpendapat bahawa krisis dalam PKM sendiri telah mengakibatkan pemberontakan
komunis 1948. Pada bulan Mac 1947, Setiausaha Agung PKM, Lai Teik, telah menghilangkan diri dengan wang parti.
Peristiwa ini telah menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Chin Peng. Mengikut
pendapat Chin Peng, dasar yang lebih aktif perlu dilaksanakan bagi memulihkan semangat perjuangan komunis.
c. Persidangan di Calcutta
Ahli-ahli Sejarah seperti Harny Miller pula berpendapat keputusan PKM untuk memberontak adalah dipengaruhi oleh
keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Calcutta pada 18 dan 19 Februari 1946. Kongres tersebut
telah mengarah parti-parti komunis untuk mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka.
Taktik PKM
1. 1945-1948
Untuk mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan cawangan di seluruh Tanah Melayu, misalnya PKM telah menubuhkan
Kesatuan Buruh Am untuk mendapat sokongan pekerja dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan belia. Untuk
menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) yang berjaya
menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi dan memudahkan PKM
merampas kuasa, PKM telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya, 300 permogokan yang
dipengaruhi PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1946-1947.
PKM juga menceburkan diri dalam kegiatan dan pergerakan politik misalnya PKM telah menentang rancanagn pembentukan
PTM pada tahun 1948. Pada pendapat mereka, pembentukan PTM sudah pasti menggagalkan rancangan PKM untuk
menubuhkan Republik Komunis Malaya, maka pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai All Malayan Council of Joint
Action (AMCJA) bagi menentang rancangan pembentukan PTM.
2. 1948-1954
Bagi mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-British yang dikenali sebagai Malayan People Anti
British Army (MPABA) di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara pemimpin lain
ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA.
PKM juga menggunakan strategi Mao Tze Tung dalam perjuangan mereka. Mengikut strategi ini, PKM akan
menyerang dan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan Kerajaan British amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan
sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di
sekitarnya dan seterusnya menguasai seluruh Tanah Melayu.
Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya permogokan
berlaku di Tanah Melayu termasuk di Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM juga meneruskan usaha meresapi parti-
parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina.
Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Peristiwa ini telah
menyebabkan Darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Pada 23 Julai 1948, Undang-undang Darurat
dikeluarkan. Undang-undang ini telah mengharamkan PKM. Akibatnya anggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan
perjuangan mereka. Mereka telah menyerang pasukan keselamatan dan orang awam terutamanya peladang-peladang dan
pelombong-pelombong. Mereka juga memusnahkan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Dalam usaha mendapat
bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di
pinggir hutan.
Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang. Apabila menyedari bahawa
keganasan yang mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai, PKM telah mengubah taktik perjuangan mereka, iaitu
hanya menyerang pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Menjelang
tahun 1954, perjuangan PKM mengalami kegagalan.
172
Sebab PKM Memberontak
Pengenalan
PKM ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat penubuhannya ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan
Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarah menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak
ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatannya secara sulit kerana kegiatan anti-Britishnya dianggap mengganggu ketenteraman
awam. Sebelum tahun 1941, pertubuhan ini mendapat sambutan dari orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM
telah memberhentikan kegiatan anti-British. Di sebaliknya, PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan
menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Selain itu, PKM juga menubuhkan pasukan tentera
anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali
ke Tanah Melayu pada tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Akibatnya, antara tahun 1945-1948, PKM berusaha
mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. Namun usaha PKM tersebut gagal dan kegagalan tersebut telah menyebabkan
PKM melaksanakan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948.
Langkah-langkah
1. Undang-undang Darurat
Berikutan dengan pembunuhan 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948, kerajaan telah mengisytiharkan drurat di
seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Undang-undang Darurat telah dikeluarkan pada 23 Julai 1948 dan diperkemaskan pada Julai
1949. Mengikut Undang-undang Darurat, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan, mereka yang
disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya
membahayakan keselamatan Tanah Melayu. Berikutan dengan pengisytiharaan Darurat, PKM diharamkan dan diikuti dengan
pengharaman ke atas parti-parti kiri yang merupakan penyokong kuat PKM seperti Malayan Democratic Union, API dan AWAS.
Sekatan kebebasan juga diperkenalkan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk-penduduk di kawasan ini
dikawal oleh pasukan keselamatan dan dikenakan perintah kurung serta catuan makanan. Akta Pendaftaran mula dilaksanakan yang
mewajibkan mereka yang berumur 12 tahun keatas, memiliki kad pengenalan. Tujuannya ialah memudahkan usaha mengesan anggota
PKM.
Perlaksanaan Undang-undang Darurat telah memberi tamparan terhadap pejuang PKM. Pada tahun 1949, 6000 orang telah ditangkap
dan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Pada tahun 1950, 70000 orang telah dihantar balik ke negeri China.
Pengharaman PKM telah menghalang usaha mereka ke arah mencapai matlamat mengusai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik
Komunis Malaya. Pengharaman ke atas parti-parti kiri menyebabkan PKM kehilangan punca sokongan dan bantuan. Sekatan
kebebasan yang dikenakan menyulitkan kegiatan PKM.
2. Rancangan Briggs
Apabila Harold Briggs menjadi pengarah gerakan menentang PKM sejak 3 April 1950, beliau menjalankan rancangan penempatan
semula. Di bawah rancangan ini, penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir hutan dan dianggap sebagai punca sokongan PKM telah
dipindahkan ke kampung-kampung baru. Kampung-kampung baru ini telah dipagar dan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.
Menjelang tahun 1954, 550000 orang dipindah ke 550 kampung baru. Antara mereka, 86% terdiri daripada orang Cina, 9% orang
Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa lain. 84% daripada kampung-kampung baru terletak di Pantai Barat Semenanjung. Penduduk-
penduduk kampung baru juga dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan.
Perlaksanaan Rancangan Briggs menyulitkan lagi kegiatan PKM. Mereka yang dipaksa menyokong PKM telah diberi perlindungan
dan yang secara sukarela menyokong PKM dapat dihalang berbuat demikian. Rancangan Briggs telah melumphkan kegiatan “Min
Yuan”. Akibatnya PKM terputus bekalan makanan, ubat, senjata, pakaian dan sebagainya menyebabkan mereka terpaksa keluar untuk
mendapatkan bekalan. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menghadapi pasukan keselamatan. Walau bagaimanapun, terdapat
juga kampung-kampung baru yang gagal mencapai matlamatnya kerana kawalan yang tidak rapi membolehkan anggota PKM
memasuki kampung baru dan orang ramai membantu PKM. Oleh sebab kampung baru diwujudkan untuk kepentingan keselamatan
dan bukannya untuk kepentingan ekonomi, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan
tempat tinggal, makanan, kemudahan kesihatan, bekalan api dan air dan sebagainya.
3. Pembesaran pasukan keselamatan
Bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan mengambil langkah untuk menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan
terutamanya semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi sejak Februari 1952. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah
digalakkan untuk mnyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat dan dihantar untuk mengawal tempat-tempat
strategic seperti pejabat kerajaan, lombong bijih dan ladang getah. Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera,
70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung. Bilangan tentera yang ramai dapat digunakan untuk menyerang sarang-sarang
persembunyian PKM. Serangan ke atas PKM dibuat melalui darat dan udara. Pada masa itu, majoriti anggota pasukan keselamatan
terdiri daripada orang Melayu, British dan Gurkha. Semasa Gerald Templer, bantuan ketenteraan juga diperolehi dari negara-negara
Komanwel seperti Rhodesia, Britain, India, Australia dan New Zealand. Kerajaan Tanah Melayu juga telah menandatangani
perjanjian dengan Thailand untuk membolehkan pasukan keselamatan melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.
4. Jawatankuasa Perhubungan Kaum
Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara iaitu Malcolm MacDonald telah mencadangkan supaya diambil langkah-langkah bagi
mewujudkan hubungan baik antara kaum terutamanya antara orang Melayu dan Cina. Beliau menegaskan usaha menetang PKM tidak
akan berjaya selagi hubungan antara kaum runcing. Akibat dari saranan tersebut, pada 1949, pemimpin-pemimpin kaum iaitu Dato’
174
Onn Bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Kerjasama antara
kaum lebih terbukti dengan terbentuknya parti perikatan UMNO-MCA (1952) dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC (1954).
5. Malayan Chinese Association (MCA)
Malcolm MacDonald juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu pertubuhan sederhana yang anti komunis untuk orang-orang Cina
supaya mereka tidak menaganggap PKM sebagai parti orang Cina. Akibatnya, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949 di bawah
pimpinan Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama. Orang-orang Cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap
MCA sebagai parti orang Cina yang akan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina.
6. Tolak ansur
Walaupun parti-parti kiri diharamkan, tetapi kerajaan British bertolak ansur dengan membenarkan parti-parti sederhana yang anti
komunis seperti UMNO, MCA dan MIC. British juga bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana tersebut.
Buktinya: Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari
1952. Pilihanraya Umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya tersebut, Tanah Melayu diberi berkerajaan
sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tolak ansur kerajaan British memenuhi tuntutan rakyat Melayu telah
menyebabkan orang ramai menyokong kerajaan untuk menentang PKM.
7. Rancangan Gerald Templer
Semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi, beliau menjalankan rancangan “kawasan hitam” dan “kawasan putih”. Kawasan
hitam ialah kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk di kawasan ini dikawal rapi oleh pasukan keselmatan dan
dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan. Kawasan putih ialah kawasan yang tidak terlibat dengan
kegiatan PKM dan penduduk kawasan ini diberi kebebasan. Akibatnya penduduk di kawasan hitam telah bekerjasama dengan
kerajaan untuk menghapuskan kegiatan PKM di kawasan mereka supaya kawasan mereka akan diisytiharkan sebagai kawasan putih
di mana penduduknya akan diberi kebebasan. Templer juga melawat kawasan hitam untuk meyakinkan orang ramai terhapap
kemampuan kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan PKM. Orang ramai juga digesa supaya tidak bekerjasama dengan PKM.
8. Kelonggaran syarat kerakyatan
Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina bagi menghadapi pemberontakan PKM,
kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Akibatnya seramai 1.2 juta orang Cina dan
180 ribu orang India menjadi warganegara antara Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957. Tindakan kerajaan menyebabkan orang Cina
dan India bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang PKM.
9. Majlis Perang
Mengikut arahan nombor 1 yang dikeluarkan oleh Harold Briggs bertarikh 16 April 1950, Majlis Perang Persekutuan (MPP) dan
Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan dalam usaha untuk membanteras pemberontakan PKM.
MPP diketuai oleh Harold Briggs. Anggotanya terdiri daripada Ketua Setiausaha Kerajaan, komander-komander angkatan darat, laut
dan udara serta pesuruhjaya Polis. Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri diketuai oleh Menteri Besar dan di peringkat daerah
diketuai oleh pegawai daerah. Anggota-anggota terdiri daripada polis, tentera dan pegawai tadbir. Tujuannya ialah untuk mewujudkan
koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam usaha menentang PKM.
10. Tawaran pengampunan
Tawaran pengampunan telah dikeluarkan sejak 1949. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri dimaafkan dan dibenarkan kembali
ke dalam masyarakat. Tawaran hadiah juga dikeluarkan kepada mereka yang dapat menunjukkan sarang PKM atau menangkap
anggota PKM. Pada tahun 1954, tawaran hadiah kepada mereka yang dapat menangkap Chin Peng telah dinaikkan dari $150000
kepada $250000 dan ahli Jawatankuasa Pusat PKM sebanyak $100 ribu. Semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan
kemudiannya Perdana Menteri, tawaran hadiah yang lebih berkesan telah dikeluarkan. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri
bukan sahaja dimaafkan dan dibenarkan kembali ke masyarakat, tetapi juga diberi ganjaran berupa tanah dan wang. Tawaran ini telah
menarik perhatian ramai anggota dan pemimpin PKM menyerah diri, contohnya Hor Lung, pemimpin komunis kawasan selatan telah
dibayar sagu hati $247 ribu apabila beliau keluar menyerah diri bersama-sama 160 orang pengikut. Seorang lagi ialah Kim Cheng,
pemimpin komunis kawasan Yong Peng telah dibayar $150 ribu bila beliau menyerah diri bersama pengikutnya. Pembayaran sagu
hati ini bergantung kepada kedudukan seseorang dalam PKM dan juga anggota yang menyerah diri bersamanya.
11. Rundingan Baling
Dalam usaha untuk menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak
kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall dan PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Chen
Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku
Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan dan Tunku Abdul Raham tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan
PKM diterima sebagai parti yang sah.
Sebab Pemberontakan PKM Gagal
Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu
dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan menyelia gerakan komunis di
Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu,
PKM telah memberhentikan gerakan anti-British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun dengan menyertai
Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah dan
berusaha mencapai matlamat melalui perlembagaan. Namun usaha ini gagal menyebabkan sejak Jun 1948, PKM melakukan
pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu. Pemberontakan tersebut juga menemui kegagalan.
Sebab-sebab kegagalan
1. Keganasan
Kegagalan pemberontakan PKM berpunca daripada taktik keganasanya. Sejak Jun 1948, PKM mulai melakukan pemberontakan
bersenjata di seluruh Tanah Melayu. Dalam tempoh itu, PKM telah melancarkan serangan-serangan ke atas ladang-ladang getah dan
175
lombong-lombong bijih timah. Serangan-serangan tersebut menyebabkan kehilangan mata pencarian orang ramai. Oleh itu, PKM
bukan sahaja tidak mendapat sokongan ramai, malah menimbulkan kebencian orang ramai.
2. Tidak mendapat sokongan
Majoriti penduduk di Tanah Melayu tidak menyokong PKM. Hanya sebilangan kecil orang cina sahaja yang menyokong PKM. Orang
Melayu tidak menyokong PKM kerana menganggap PKM sebagai parti orang cina, lebih-lebih lagi majoriti pemimpin dan anggota
PKM ialah orang cina. Selain itu, orang Melayu juga menganggap pemberontakan PKM sebagai satu percubaan orang cina untuk
merampas kuasa Tanah Melayu. Orang Melayu juga tidak dapat menerima dasar anti-agama yang diperjuangkan oleh PKM
sedangkan mereka berpegang teguh kepada agama Islam. Pengalaman orang Melayu di bawah pemerintahan “Bintang Tiga” telah
menyebabkan mereka enggan menyokong PKM. Dalam tempoh pemerintahan tersebut, anggota PKM telah melakukan kekejaman
dan tindakan tersebut telah menimbulkan pergaduhan kaum di Johor dan Perak.
Orang cina tidak menyokong PKM kerana tidak dapat menerima dasar anti agama yang diperjuangkan. Selain itu, mereka juga tidak
menyokong dasar anti kapitalisme kerana mereka ingin jadi kaya-raya. Pada masa yang sama, kebanyakan orang cina pada masa itu
lebih menumpukan perhatian dalam ekonomi. Mereka tidak begitu berminat terlibat dalam politik. Di samping itu, kebanyakan cina
adalah buta huruf. Ini menyebabkan mereka tidak memaham ideologi komunis. Akibatnya mereka tidak sokong PKM.
Orang India turut tidak menyokong PKM kerana dasar anti agama. Selain itu, mereka juga menganggap PKM sebagai parti orang cina.
Pada masa itu juga, orang India lebih menumpukan perhatian mereka terhadap politik di India. Ini menyebabkan mereka tidak
menyokong PKM.
3. Keadaan ekonomi dan politik stabil
PKM juga gagal mendapat sokongan yang luas kerana wujudnya keadaan yang stabil di Tanah Melayu. Keadaan tersebut telah
menimbulkan rasa puas hati rakyat terhadap pemerintahan British. Dengan itu, mereka tidak sokong PKM. Sememangnya komunisme
hanya boleh berkembang dengan pesat sekiranya terdapat kemiskinan dan penderitaan.
4. Kegagalan PKM mendaftar matlamat dan perlembagaan secara publik
PKM gagal mendapat sokongan orang ramai kerana tidak mendaftarkan matlamat dan perlembagaannya secara publik. Ini
menyebabkan orang ramai tidak mengetahui matlamat dan perlembagaan sebenar PKM. Sebaliknya, PKM dianggap sebuah kongsi
gelap kerana ia telah diharamkan oleh British.
5. Tekanan awal
Sejak ditubuhkan, PKM telah ditekan oleh British. PKM tidakdiberi peluang untuk berkembang dan diharamkan sejak pertubuhan.
Pada 1937, British telah mengisytiharkan Banishment Ordinance yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan
anggota PKM ditangkap. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China. Pada tahun 1940, kerajaan British
memperkenalkan undang-undang kesatuan sekerja. Undang-undang ini telah melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin
kesatuan sekerja. Ini telah melemahkan PKM kerana pada masa itu, kebanyakan pemimpin kesatuan sekerja ialah pemimpin PKM.
Pada 23 Julai 1948, undang-undang Darurat diisytiharkan. Sehubungan itu, sekali lagi PKM diharamkan. Akibatnya, pemberontakan
PKM menemui kegagalan.
6. Persaingan dengan Kuomintang (KMT)
Dalam usaha untuk mendapat sokongan orang ramai, PKM menghadapi persaingan yang hebat dari KMT. PKM ditubuhkan pada
tahun 1930. Pada ketika itum cawangan KMT telah lama wujud di Tanah Melayu. Cawangan KMT yang pertama ditubuhkan pada 18
Disember 1912 di Singapura. Sejak 1913, sudah terdapat banyak cawangan KMT di Tanah Melayu seperti di Kuala Lumpur, Ipoh,
Seremban, Pulau Pinang dan sebagainya. Ini menyebabkan orang ramai menyokong KMT. Selain itu, dasar yang diperjuangkan oleh
KMT juga disokong oleh orang ramai. Kerajaan KMT di China menganggap orang cina di seberang laut sebagai warganegara China.
7. Strategi Mao Tze Tung
Dalam pemberontakan yang dilakukan, strategi Mao Tze Tung telah digunakan. Di bawah strategi ini, PKM akan menerang dan
menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan pusat amat lemah. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai
seluruh Tanah Melayu. Strategi ini telah berjaya di China. Walau bagaimanapun, ia gagal mencapai matlamatnya di Tanah Melayu
kerana ia tidak sesuai.
8. Perpecahan PKM
Kegagalan PKM juga disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam PKM. Dalam PKM sendiri, keanggotaannya dibahagikan
kepada 2 golongan, iaitu golongan radikal di bawah pimpinan Chin Peng dan golongan sederhana di bawah Lai Teik. Golongan
sederhana mengamalkan dasar bekerjasama dengan British manakala golongan radikal lebih bersifat anti-British. Pada 6 Mac 1947,
satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik
tidak menghadirinya dan menghilangkan dirinya bersama-sama wang parti. Ini menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan
Chin Peng.
9. Kelemahan pemimpin PKM
Kelemahan pemimpin PKM sendiri menggagalkan pemberontakan yang dilakukan. Berikutan dengan peristiwa Lai Teik, orang ramai
mulai tidak yakin terhadap PKM. Selain itu, pemimpin PKM mungkin mahir tetapi mereka tidak dapat menyesuaikan ideologi
tersebut dengan keadaan tempatan. Misalnya, dasar anti agama yang diperjuangkan tidak dapat diterima oleh orang ramai. Akibatnya,
pemberontakan PKM gagal.
10. Bantuan luar
Pemberontakan dianjurkan oleh Comintern dan telah disokong oleh PKC dan Parti Komunis Rusia (PKR). Dengan itu, PKM mulai
melakukan pemberontakan bersenjata sejak Jun 1948. Sepanjang tempoh pemberontakan, PKM tidak mendapat bantuan langsung dari
Comintern, PKC ataupun PKR. Akibatnya, PKM menghadapi kegagalan dalam pemberontakannya.
11. Langkah kerajaan
Langkah-langkah kerajaan yang diambil untuk mengatasi pemberontakan di Tanah Melayu telah menggagalkan PKM. Sebab satu
langkah yang diambil ialah mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948. Akibatnya, PKM diharamkan dan diikuti
parti-parti kiri.
176
Selain itu, British juga melaksanakan Rancangan Briggs. Di bawah rancangan ini, penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan
dianggap sebagai punca penyokong PKM akan dipindahkan ke kampung baru yang dikawal rapi. Akibatnya, PKM terpaksa keluar
dari hutan untuk mendapat bantuan/bekalan.
British juga membesarkan pasukan tentera di Tanah Melayu. Dengan bilangan tentera yang ramai tersebut, British dapat menyerang
sarang PKM.
Penubuhan MCA pada 27 Februari 1949 telah menyebabkan orang Cina tidak lagi menganggap PKM sebagai parti orang Cina. Pada
masa yang sama, British juga mula bertolak-ansur dengan penduduk tempatan, misalnya menerima tuntutan parti sederhana
mengadakan pilihanraya. Akibatnya, orang ramai sokong kerajaan dan menentang PKM.
British turut menubuhkan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa Kerja Perang di peringkat negeri dan daerah. Kedua-dua
pertubuhan ini bertujuan untuk mewujudkan kordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam usaha menentang PKM. British juga
memberi tawaran pengampunan kepada anggota PKM yang menyerah diri sejak 1949. Di samping itu, tawaran hadiah juga diberi
kepada mereka yang berjaya menangkap Chin Peng. Langkah-langkah tersebut telah menyebabkan PKM gagal dalam pemberontakan
mereka.
Kesan Pemberontakan PKM
Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu,
seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk menyelia gerakan komunis di
Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah
menghentikan kegiatan anti British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan
Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah mulai berusaha mencapai matlamatnya melalui
perlembagaan. Usaha ini gagal dan menyebabkan PKM melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu sejak Jun 1948.
Namun, usaha ini juga gagal. Pemberontakan PKM telah membawa kesan kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Tanah
Melayu
Kesan-kesan politik
1. Penubuhan MCA
Atas cadangan Malcolm MacDonald, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng
Lock menjadi presiden pertama. Orang-orang cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti
orang cina yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan orang cina.
2. Penubuhan Parti Perikatan
Untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum, Parti Perikatan telah ditubuhkan pada 1952 di mana UMNO telah bergabung
dengan MCA. Parti Perikatan UMNO-MCA kemudiannya bergabung dengan MIC pada 1954 untuk membentuk Parti Perikatan
UMNO-MCA-MIC yang lebih besar.
3. Mempercepatkan kemerdekaan
Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti
sederhana, misalnya Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur
diadakan pada 16 Februari 1952. Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya itu, Tanah
Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
4. Pembesaran pasukan keselamatan
Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan. Pemuda-
pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk menyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat. Menjelang
1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung.
5. Pemimpin sederhana
Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, lahirlah parti-parti politik sederhana. Daripada parti-parti ini, lahirlah pemimpin
sederhana seperti Tan Cheng Lock, Thuraisingam, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang
penting dalam pentadbiran Tanah Melayu.
6. Undang-undang Darurat
Semasa pemberontakan PKM, Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 23 Julai 1948 dan diperkenalkan pada Julai
1949. Undang-undang ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Keselamatan ISA (terutamanya yang berkaitan dengan
penangkapan tanpa bicara).
7. Melumpuhkan parti kiri
Undang-undang Darurat bukan sahaja mengharamkan PKM, telah juga mengharamkan parti-parti kiri yang merupakan
penyokong PKM seperti Malayan Democratic Union, AWAS, API dan sebagainya. Akibatnya, ini telah melumpuhkan parti-
parti kiri di Tanah Melayu.
8. PKM diharamkan
Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948 telah mengharamkan PKM. Mengikut undang-undang ini, kerajaan diberi kuasa
untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan bagi mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi
kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu.
9. Kegiatan politik terbantut
Semasa pemberontakan PKM di Tanah Melayu, parti-parti kiri telah diharamkan. Walaupun kerajaan membenarkan penubuhan
parti-parti sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC tetapi parti-parti ini diawasi oleh kerajaan dan tidak mempunyai kebebasan
untuk berkembang. Akibatnya, kegiatan politik Tanah Melayu terbantut.
10. Kerjasama dengan Siam
Pemberontakan PKM di Tanah Melayu juga membuka jalan kepada Tanah Melayu untuk mengadakan kerjasama dengan Siam.
Pada ketika itu, kerajaan Tanah Melayu telah menantangani perjanjian dengan Siam untuk membolehkan pasukan keselamatan
Tanah Melayu melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.
177
11. Dasar luar Tanah Melayu selepas merdeka
Pemberontakan PKM juga mempengaruhi dasar luar Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Selepas merdeka, Tanah Melayu
langsung tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1974
dimana Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah mengubah dasar tersebut.
12. Perkembangan parti sederhana
Dalam pemberontakan PKM, PKM telah diharamkan oleh British dan ini diikuti dengan pengharaman parti-parti kiri. Pada masa
yang sama penubuhan parti sederhana dibenarkan. Akibatnya ini telah memberi peluang kepada parti sederhana berkembang
tanpa saingan parti-parti kiri.
13. Rundingan Baling
Dalam usaha menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak
kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. Pihak PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen
Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan ini gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku
Abdul Rahamn iaitu membubarkan PKM dan Tunku Abdul Rahman pula tidak dapat menerima kehendak Chin Peng iaitu
mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah.
14. Perubahan pucuk pimpinan UMNO
Pemberontakan PKM turut merintis jalan kepada perubahan pucuk pimpinan UMNO. Sebelum itu, Dato’ Onn Bin Jaafar ingin
membuka UMNO kepada orang bukan Melayu supaya mereka dapat menyertainya. Namun, cadangan ini ditentang oleh ahli-
ahli dalam UMNO. Akibatnya, Dato’ Onn Bin Jaafar keluar dari UMNO dan menubuhkan parti politik baru, iaitu Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP). Sementara di UMNO, pucuk pimpinan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman.
15. Hubungan rakyat dengan kerajaan
Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menangkap rakyat yang disyaki. Tindakan ini sedikit sebanyak
telah menjejaskan hubungan rakyat dengan kerajaan.
Kesan-kesan ekonomi
1. Perbelanjaan yang banyak
Dalam usaha menghadapi pemberontakan, kerajaan terpaksa membelanjakan satu jumlah wang yang banyak. Pada masa itu,
perbelanjaan harian dianggarkan $150 ribu hingga $1 juta setiap hari. Menjelang 1954, kerajaan Tanah Melayu telah
membelanjakan $100-200 juta. Pada masa yang sama, kerajaan British telah membelanjakan $500 juta bagi tujuan yang sama.
2. Pembangunan negara diabaikan
Semasa berlakunya pemberontakan, kerajaan hanya berupaya menumpukan perhatian mereka untuk mengatasi masalah tersebut.
Pada masa yang sama, kerajaan juga terpaksa memperuntukkan satu jumlah wang yang besar untuk masalah ini. Ini
menyebabkan pembangunan negeri diabaikan kerana tiada perhatian dan peruntukan wang dari kerajaan pusat.
3. Ekonomi di Tanah Melayu merosot
Pemberontakan PKM telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Sememangnya ekonomi Tanah Melayu amat
bergantung kepada bijih timah dan getah. Namun, semasa berlakunya pemberontakan PKM sejak Jun 1948, ladang-ladang getah
dan lombong bijih timah dimusnahkan oleh PKM. Akibatnya perusahaan bijih timah dan getah terjejas. Walaupun terdapat
ladang-ladang dan lombong-lombong yang tidak dimusnahkan, tetapi pekerja-pekerja tidak berani keluar untuk bekerja. Bukti:
pada tahun 1948, jumlah sawah padi yang diusahakan ialah 95 ribu ekar dan pada tahun 1954, hanya 65 ribu ekar sawah sahaja
diusahakan.
4. Hutang negara
Sebelum berlakunya pemberontakan, Tanah Melayu merupakan satu kerajaan yang kaya. Namun, pemberontakan PKM
menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan satun jumlah wang yang banyak. Akibatnya, kerajaan Tanah Melayu terpaksa
mendapat sumber wang dari luar melalui pinjaman. Ini telah menyebabkan hutang negara bertambah. Pada tahun 1954, hutang
Tanah Melayu telah mencapai $146 juta.
Kesan-kesan sosial
1. Penubuhan kampung-kampung baru
Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh PKM, telah wujudnya banyak kampung baru. Pada 1954, terdapat 550 buah
kampung baru yang menempatkan 550 ribu orang. Pada tahun 1964, terdapat lebih 600 buah kampung bagi menempatkan 660
ribu penduduk. Penduduk-penduduk kampung baru ini terdiri daripada 86% orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan
1% bangsa-bangsa lain. Kampung-kampung baru ini kemudiannya mengalami proses urbanisasi sehingga berkembang menjadi
bandar-bandar.
2. Syarat kewarganegaraan
Semasa pemberontakan PKM, kerajaan juga berusaha untuk mendapat sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina.
Akibatnya kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Sejak Februari 1952
sehingga 31 Ogos 1957, seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India telah menjadi warganegara Tanah Melayu.
3. Perpecahan kaum
Pemberontakan PKM telah menyebabkan perpecahan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Orang Melayu menganggap
pemberontakan dan keganasan PKM merupakan percubaan orang Cina untuk merampas Tanah Melayu. Pertempuran yang
berlaku antara pasukan keselamatan yang majoriti terdiri daripada orang Melayu dengan anggota PKM seolah-olah
menggambarkan pertempuran di antara orang Melayu dan orang Cina.
4. Penderitaan
Keganasan melalui pemberontakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan penderitaan kepada rakyat Tanah Melayu.
Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong bijih timah memberi penderitaan kepada rakyat dan juga negara. Undang-
undang Darurat menyebabkan ramai lagi yang tidak bersalah ditangkap kerana disyaki.
178
5. Usaha mengeratkan hubungan kaum
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipelopori oleh Dato’ Onn bin Jaafar,
Tan Cheng Lock dan Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yakni di kalangan
penduduk Tanah Melayu
6. Sistem perhubungan
Jalan raya dan jalan keretapi juga dimusnahkan akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM dalam tempoh pemberontakan
mereka.
7. Akta Pendaftaran 1948
Pada tahun 1948, Akta Pendaftaran telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke
atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM.
8. Kesatuan sekerja
Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin politik tidak diberi peluang memegang jawatan dalam
kesatuan sekerja. Ini bagi mengelakkan pengaruh dan kawalan PKM di dalam kesatuan itu. Pada masa yang sama, kerajaan juga
dapat mengawal secara langsung kesatuan-kesatuan sekerja ini.
9. Guru
Guru-guru telah dihantar ke England untuk mendapat latihan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan guru-guru ini dipengaruhi
oleh fahaman serta ideology komunis.
Pembentukan Malaysia
Pengenalan
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah
mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah
Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan
Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah
sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-
wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura
digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai
1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan
Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak
menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian
menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada
Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya
pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London
pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.
Faktor-faktor
1. Persekitaran geostrategik
Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di pertengahan laluan perdagangan antara Timur
Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan negara kita
mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa berusaha memastikan kawasan ini terhindar
daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.
2. Struktur ekonomi negara
Negara kita kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya. Keadaan ini
menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan perdagangan untuk memasarkan barangan dan hasil negara kita. Maka kita
haruslah mengkaji aspek dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan perdagangan yang sedia
ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan perdagangan.
3. Struktur politik negara
Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan
dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama.
4. Demografik
Negara kita negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh yang demikian negara kita mengamalkan dasar luar yang
mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dan juga prinsip-prinsip penghormatan hak asasi manusia. Bukti negara
kita mengamalkan dasar ini ialah negara kita telah menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang mengancam hak asasi
manusia dan bertentangan dengan amalan perpaduan yang wujud di negara kita.
5. Keselamatan negara
Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai contoh, keganasan komunis di negara kita
menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita
menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik di Asia
Tenggara.
6. Keadaan politik serantau
Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar luar negara kita bertujuan
mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala
perbincangan mengenai Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar keamanan dan
kestabilan politik wujud di negara itu.
7. Institusi antarabangsa
Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB merupakan satu
pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia.
Maka, apabila negara kita menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan menyelaraskan
dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli
Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya.
8. Hubungan diplomatik
Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh
seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan
diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial dari negara
tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut.
9. Undang-undang antarabangsa
Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara kita menghormati prinsip-prinsip yang
digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan
antarabangsa telah menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara terutamanya peraturan
atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan
sesuatu pertelingkahan. Maka, dasar luar negara kita juga terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.
Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa
Pengenalan
Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Atas cadangan Tunku Abdul Rahman, gagasan
Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963. Untuk membolehkan nama Malaysia dikenali oleh seluruh dunia, Malaysia telah
menyertai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Komanwel dan sebagainya. Melalui
pertubuhan ini, nama Malaysia telah disebar ke seluruh dunia. Dalam pertubuhan ini juga, Malaysia telah memperolehi banyak
bantuan sama ada dari segi politik ataupun ekonomi. Semuanya ini banyak membantu Malaysia dalam pembangunan negara.
184
Tanah Melayu
Malaysia Timur
Borneo
Asia Tenggara
Sistem beraja di Asia Tenggara berasaskan pengaruh dan sistem politik di India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia
merupakan gabungan unsur-unsur tempatan dan unsur-unsur keindiaan tetapi unsur-unsur keindiaan telah mengatasi unsur-unsur
tempatan. Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep orde kosmos diumpamakan kepada satu negara : satu negara itu
melambangkan satu alam semesta dan pusatnya adalah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina masyarakat
selaras dengan peraturan-peraturan alam semesta atau dharma. Raja juga dianggap sebagai dewa raja. Mengikut kepercayaan, raja itu
dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja.
1. Myanmar
Kanun India Manu meletakkan taraf separuh ketuhanan ke atas raja, tiada seorangpun yang berani mencabar manu. Mengikut Cady
dalam bukunya “South East Asia : Its Historical Development” : tidak ada orang Myanmar yang berani mempersoalkan hak raja bagi
menguasai kehidupan, harta dan kewajipannya kecuali kalau orang itu sanggup dikatakan sebagai penderhaka. Sifat ketuhanan ini
diberi kepada raja-raja apabila sami-sami Brahmin memegang payung putih yang menunjukkan simbol kedaulatan dan ketuhanan dan
mengurniakan raja-raja dengan alat-alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti. Raja dianggap pelindung ketidakadilan dan
pencerobohan. Baginda juga merupakan pelindung penganjur agama Buddha. Bilangan gajah albino yang dimiliki oleh raja
merupakan satu tanda pasti kuasa raja Myanmar. Istana pula menjadi satu simbol yang mewakili Gunung Meru – iaitu tempat
kediaman tuhan-tuhan dan pusat alam menurut kosmologi orang India. Prinsip kosmologi ini memberi kuasa yang sungguh besar
kepada raja dan juga menolong meninggikan anggapan diri mereka dan kebanggan mereka. Kegagalan raja mempertahankan ibu
negeri daripada ditawan bermakna kehilangan takhta kerajaan. Bagi mempertahankan istana dan ibu negeri, tombak telah dibina.
Dalam pentadbiran negara, raja dan permaisuri pertama adalah penting. Di bawahnya, terdapat sami-sami Brahmin. Tugas-
tugas sami-sami Brahmin ialah memberi penghormatan rakyat kepada raja, mengadakan upacara adat-istiadat dan mengetuai semua
amalan-amalan yang penuh tahyu. Selain itu, Raja Muda (Einshemin) juga menduduki tempat yang sama. Einshemin ini mempunyai
istananya dan pegawainya sendiri serta pengawal peribadi. Kaum bangsawan pula terdiri daripada keluarga diraja yang mempunyai
hak turun-temurun. Kuasa mereka adalah dari kuasa mutlak raja. Mereka memegang jawatan di pentadbiran awam. Pendapatan
mereka adalah cukai-cukai yang dikumpulkan di kawasan Myosa. Selepas bangsawan, terdapat 4 orang Wungyi (menteri-menteri
raja). Mereka menguasai pusat pentadbiran Hlutdaw (Dewan Kerja). Mereka terdiri daripada orang yang cekap dan boleh dipercayai.
Mereka dibantu oleh menteri-menteri kelas dua (Wundauk). Selepas Wungyi, terdapat 4 atau 8 orang Atwinwun yang menjalankan
pentadbiran dalam istana. Myowun yang berkuasa tentera pula menjadi gabenor di wilayah. Terdapat 4 orang Myowun di Myanmar.
Akunwun pula merupakan pengutip cukai dan penyelia. Cukai yang dikutip oleh beliau akan diserah 60-80% kepada raja. Bakinya
disimpan olehnya. Pengawai polis pula dikenali sebagai sitke. Myothugyi pula menjadi ketua bandar dan bertanggungjawab di
peringkat kampung dan daerah juga.
2. Thailand
Rakyat di Thailand tidak boleh melihat muka raja dan adat menyembah bersujut atau menyiarap mesti dilakukan semasa mengadap
raja. Seseorang yang hendak mengadap raja harus merangkap masuk dan berada dalam keadaan menyiarap. Apabila rombongan diraja
tiba di suatu tempat, rakyat jelata terpaksa melarikan diri dari tempat tersebut.
Dalam pentadbiran, ia terbahagi kepada 2 bentuk iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah. Kedua-dua peringkat pentadbiran
menguasai tenaga menusia sepenuhnya. Di Thailand, terdapat 3 jenis wilayah, iaitu :
a. Wilayah Kelas I
Kawasan strategik keselamatan, Bandar-bandar besar yang mampu mengancam keselamatan.
b. Wilayah Kelas II dan III
Kawasan Bandar agak besar, tidak termasuk di bawah kuasa penyeliaan kerajaan pusat.
c. Wilayah Kelas IV
Bandar-bandar kecil di sekitar ibu kota di bawah penguasaan kerajaan pusat.
Setiap wilayah diserah kepada pembesar digelar Chao Phraya. Beliau dibantu oleh Naib Gabenor (Yok-Krabat). Yok-Krabat ini boleh
menjadi pengganti Chao Phraya apabila Chao Phraya mati. Pegawai ini dilantik melalui surat tauliah dan biasanya dilantik dari
keluarga Kunnang. Dalam pentadbiran Thailand juga, terdapat 3 buah krom (jabatan) iaitu :
a. Krom Mahatthai
Ia merupakan Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam. Ketuanya digelar Samuha Nayok. Ia bertanggungjawab mengawal wilayah utara
Thai.
b. Krom Kalahon
Krom ini merupakan Jabatan Pertahanan. Ketuanya ialah Samuha Phra Kalahon dan beliau bertanggungjawab dalam aspek
pertahanan. Beliau mengawal kawasan selatan Thai.
c. Krom Khlang
Ia juga dikenali sebagai Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar. Ketuanya dipanggil Chao Phraya Phra Khlang. Jabatan ini
bertanggungjawab untuk mengawal kawasan pesisiran pantai dan Teluk Siam.
187
Di bawah krom ini, terdapat mahkamah yang mendengar kes-kes rayuan mahkamah Bandar. Selepas krom, terdapat 4 Jabatan
kanan iaitu Krom Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana) dan Krom Khlang (Jabatan
Kewangan, Perniagaan dan Hubungan Luar).
3. Vietnam
Pada teorinya, seseorang maharaja itu mempunyai kuasa mutlak. Konsep maharaja digunakan. Tugas maharaja sering dipenuhi
dengan upacara amal resam (tradisional). Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharajanya.
Pengabaian upacara amal resam menyebabkan negara ditimpa kecelakaan. Seseorang maharaja memberikan contoh yang baik
terhadap rakyatnya. Mengikut Confucius, “Seseorang maharaja samalah seperti angin. Sifat rakyat seperti rumput. Rumput akan
tunduk mengikut arah angin bertiup.” Andaikata kalau maharaja tidak adil, mandat dari alam kudus yang dimilikinya akan lenyap
sendirinya. Penentangan rakyat terhadap maharaja yang sedemikian dikatakan sangat wajar.
Dalam pentadbiran, maharaja dianggap puncak kekuasaan, mempunyai kuasa mutlak. Pembesar Mandarin merupakan pegawai yang
terdiri daripada orang yang paling alim, menjalankan kehendak raja. Mereka merupakan sekumpulan orang yang mendapat kuasa dari
raja. Peluang yang besar dimiliki oleh mereka untuk mempengaruhi maharaja. Jawatan ini tidak boleh diwarisi. Tidak mempunyai
bangsawan yang menguasai tanah. Dalam kesusasteraan Vietnam, ada dinyatakan bahawa kaum Mandarin dan raja melakukan
penyeksaan : “Raja paksa rakyat bekerja tanpa makan dan bayar gaji. Kaum ini mencuri, merampas seberapa banyak yang dapat.”
Asia Timur
1. China
Maharaja dianggap sebagai “son of heaven” (anak tuhan). Baginda mendapat mandat dari tuhan untuk memerintah. Kalau negara
maju, rakyat menganggap maharaja masih mendapat mandat tuhan dan disebaliknya, maka boleh menggulingkannya sehingga dapat
mandat tuhan. Rakyat tidak boleh memandang wajah maharaja. Sesiapa yang pandang wajah maharaja akan ditimpa kecelakaan.
Rakyat jelata haruslah kowtow sebanyak 9 kali semasa mengadap maharaja.
Untuk melaksanakan mandat dari syurga, maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi terdiri daripada
6 orang pembesar kanan. Terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Awam, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Upacara dan Adat Istiadat,
Jabatan Perang, Jabatan Pengadilan, Jabatan Pengangkutan dan sebagainya. Setiap jabatan itu diketuai oleh seorang pegawai yang
dilantik. Ada sati jabatan khas dipanggil Jabatan Penapis. Jabatan ini terdiri daripada 24 orang di Peking dan 56 orang di wilayah
menjadi mata-mata dan telinga bagi maharaja untuk mengintip tingkah laku pegawai wilayah. Ibu kota dan kawasan sekitar terletak di
bawah kawalan kerajaan pusat. Manakala kawasan lain dibahagikan dan dikuasai oleh seorang pembesar feudal. Kuasanya seperti
seorang raja tetapi dasar umum dibentuk di Peking, tetapi pembesat-pembesar wilayah boleh membubarkan dasar umum dengan
kebenaran adat-istiadat dan keadaan tempatan. Wilayah-wilayah merupakan kerajaan sendiri yang diketuai oelh Gabenor.
Tanggungjawab gabenor ialah mengekalkan keamanan, mewujudkan ketenteraman dan memastikan kemakmuran wilayah masing-
masing. Gabenor ini dibantu oleh pembesar wilayah seperti Bendahari, Hakim dan Pengawal Garam, Pengurus Bijirin, Pegawai
Pentadbiran Khas (Tao Tai). Semua pembesar kerajaan dilantik dan wajib lulus peperiksaan awam. Ini adalah dikecualikan daripada
kemasukan tentera.
2. Jepun
Sistem beraja di Jepun dipengaruhi oleh fahaman Shintoisme (kesetiaan rakyat kepada raja dan maharaja). Mengikut fahaman ini,
maharaja adalah ketua agama, ketua negara dan rakyat perlu selalu taat setia pada negara dan maharaja.
Maharaja Jepun dibantu oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Pemujaan (Jingikan) dan Jabatan Negara (Dajokan). Kerajaan
dibahagikan kepada kerajaan-kerajaan wilayah dipanggil Kuni, ditadbir oleh gabenor (Kami). Pegawai ini dilantik mengikut kelahiran
dan keturunan. Selepas maharaja ialah Shogun. Shogun dibantu oleh Tairo (Majlis Penasihat Agung) dan Roju (Majlis Tertua). Tairo
bertanggungjawab menasihati raja dalam dasar-dasar negara penting dan Roju bertugas membentuk Majlis Negara menguruskan
perkara-perkara berhubung dengan istana raja, golongan bangsawan iaitu Damyo. Damyo pula dibantu oleh Samurai dan Karo (orang
suruhan pentadbir tanah). Terdapat 3 kumpulan Damyo iaitu Shimpon (ahli keluarga Tokugawa), Fudali (orang yang menerima
kepimpinan Tokugawa Iyeyasu) dan Tozama (bangsawan yang setanding dengan Iyeyasu).
Selepas Maharaja Meiji menjalankan pemodenan, sistem pentadbiran Jepun telah berubah. Maharaja kini dibantu oleh 3 orang
pembesar iaitu Ketua Yang Agung (putera mahkota), Majlis Kelas Pertama (Gijo) dan Majlis Kelas Kedua (terdiri daripada 5 orang
Kuge iaitu pembesar istana dan 15 orang samurai) (Sanyo). Maharaja Meiji juga menubuhkan satu dewan yang dikenali sebagai
Daijokwan. Daijokwan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Dewan Pertuanan yang dibantu oleh 8 lembaga pentadbir dan ahlinya
terdiri daripada golongan pembesar serta diketuai oleh Ketua Menteri yang bertanggungjawab terhadap maharaja dan Dewan Rakyat
yang juga dikenali sebagai Dewan Perhimpunan.
Sistem feudal
Dalam sistem feudal, raja menjadi tuan tanah. Tanah dibawah kuasanya dibahagikan dan diletakkan di bawah kawalan seorang
pembesar yang dilantik oleh raja. Sebagai balasan, raja boleh meminta bantuan dari pembesar ini. Pembesar ini memberi bantuan
kepada raja dari segi ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Sistem ini bergantung kepada hubungan antara raja dan bangsawan.
Petani tidak mempunyai sebarang hak. Dari segi struktur, sistem feudal merupakan satu pyramid, golongan bangsawan menjadi tali
penghubung di antara raja dengan rakyat. Contoh struktur ialah di China ialah raja, bangsawan, petani dan kemudian artisan, peniaga
dan askar. Di India, raja kemudian Brahmin dan bangsawan, askar, peniaga dan artisan, petani dan hamba. Di Jepun, Maharaja
menduduki tempat pertama, kemudian Damyo dan disebelahnya ialah Tokugawa, selepas itu ialah samurai, petani dan tukang dan
saudagar. Di Thailand ialah raja, bangsawan dan nai, phrai dan that.
Walaupun dari segi struktur sistem sosial adalah berbeza di antara negara, tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri yang sama di
antara negara-negara ini, seperti :
1. Raja/Maharaja memerintah kawasan yang lebih kecil daripada kawasan tadbiran pembesar. Pembesar ini boleh diwarisi
kecuali di Vietnam.
2. Raja atau maharaja mempunyai kuasa penuh.
3. Raja atau maharaja menguasai dalam agama, upacara adat-istiadat.
4. Pembesar mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kekayaan mereka. Pembesar ini ada pengikutnya yang setia. Mereka
sendiri pula harus taat setia kepada raja dan beri bantuan kepada raja jika perlu.
5. Negara dibahagikan kepada beberapa jajahan.
Sistem Ekonomi
Pengenalan
Sistem ekonomi di Asia sebelum kemasukan kuasa asing terdiri daripada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem
ekonomi komersil.
Sara diri
Sistem ekonomi sara diri ialah kegiatan penanaman bahan makanan untuk keperluan diri untuk kewajipan cukai. Ia merupakan kegiatan
ekonomi asas bagi kebanyakan penduduk di rantau Asia. Kebajikan dan ketenteraman masyarakat bergantung kepada kebolehan sesebuah
negara mengeluarkan makanan yang cukup untuk keperluan rakyatnya.
1. Asia Tenggara
Sistem ekonomi sara diri di Asia Tenggara berasaskan penanaman padi sawah. Padi sawah di tanam di lembah dan dataran sungai yang subur
contohnya Menam Chao Phraya, Lembah Irrawaddy dan Lembah Sungai Mekong. Selain itu, padi huma juga ditanam di Filipina dan Pulau
Jawa. Kegiatan penanaman padi huma ini dikerjakan oleh suku-suku kaum pedalaman, sebagai contoh, suku Chin di Indo-China, Karen
Kachin di Thailand dan Myanmar. Di kawasan kering seperti bahagian Minku, Myingyan Burma, kapas dan kacang tanah ditanam dengan
meluas. Selain kegiatan penanaman, kegiatan memburu dan menternak ikan juga dijalankan. Di Vietnam, sara dirinya dijalankan di kawasan
Sungai Songkoi dan kawasan Sungai Mekong serta Delta Sungai Merah (Tongkin). Kegiatan sara dirinya amat bergantung kepada sistem
parit dan tali air seperti yang ada di Sungai Songkoi untuk mengawal banjir. Najis manusia dan binatang telah dijadikan sebagai baja.
2. Asia Timur
Kegiatan sara diri di Asia Timur dapat dilihat di negeri China. Ia dijalankan di sekitar Sungai Yang-tze Kiang dan Sungai Hwang Ho.
Tanaman yang diusahakan adalah seperti sekoi, gandum, barli dan pelbagai jenis kacang. Selain itu, kegiatan penternakan juga dijalankan
serentak dengan kegiatan pertanian. Binatang yang diternak adalah seperti ayam, itik dan khinzir. Di China, teknologi pengairan dan
penanamannya adalah sangat baik tetapi ia hanya mampu mengeluarkan bahan makanan yang mencukupi sahaja kerana di China sentiasa
berlaku bencana alam dan binatang penduduknya juga. Di China, kegiatan import amat kurang kerana apa yang diperlukan dapat dikeluarkan
dalam negaranya sendiri.
3. Asia Selatan
Di India, padi merupakan tanaman utama. Ia ditanam di lembah sungai yang mempunyai ratusan cabang. Contohnya Sungai Ganges, wilayah
Benggal pula menghasilkan kapas yang banyak dan bermutu tinggi. Di antara kain kapas ini yang paling terkenal ialah kain “calico” yang
ditanam di Dataran Deccan. Industri kain kapas ini telah berkembang maju pada abad ke-19. Kain ini telah dieksport ke China dan Asia
Tenggara
Sistem komersil
Kegiatan ekonomi komersil merupakan asas dalam pertukaran dan penjualan barangan dan penglibatan dalam perdagangan dan
perlombongan. Kegiatan perdagangan ini memanglah tidak asing lagi di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.
Di Asia Selatan, barang dagangan utama ialah hasil pertanian. Selain itu, kain “calico” dari Benggal juga sangat popular di seluruh dunia.
Kain itu amat disukai oleh penduduk di Asia Tenggara dan penduduk di negeri China.
Di Asia Timur, barang dagangan utama ialah kain sutera dan tembikar.
189
Di Asia Tenggara, rempah ratus menjadi barang dagangan utama. Selain itu, padi dari Myanmar dan Thailand serta Vietnam juga
diperdagangkan secara meluas. Padi di negeri-negeri ini dihasilkan secara intensif kerana permintaan terhadapnya tinggi. Teknologi yang
digunakan juga meningkatkan lagi keluarannya. Peningkatan penduduk dan galakan dari pemerintah juga merangsangkan tanaman ini
diusahakan secara besar-besaran. Selain negeri-negeri ini, Jawa juga membekalkan beras. Jawa Timur dan Bali merupakan pembekal kain
manakala Luzon (Filipina), Sibu, Panay (Filipina) pula memasarkan kapas. Gula yang dikeluarkan di Jawa, Siam, Kampuchea, Vietnam dan
Filipina pula dijual ke negeri China dan Jepun.
Kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat kerana terdapatnya sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan bagi memudahkan
kegiatan komersil berjalan lancar, contohnya Sungai Ganges, Mekong, Menam Chao Phraya dan Sungai Yang-tze Kiang. Di China terdapat
pelabuhan penting seperti Fukkien, Canton, Tien Sin, Peking dan Shanghai.
Selepas kedatangan pihak penjajah ke rantau ini, kegiatan komersil di rantau ini mulai berubah. Kini, tanah telah dijadikan elemen penting
dalam pertanian dan ia boleh dijual beli. Sebelum ini seperti di Vietnam, tanah tidak boleh dijual dan ia merupakan milikan raja. Selain itu,
kegiatan pertanian juga mulai dijalankan secara besar-besaran. Lading-ladang, estet-estet telah dibuka. Tanaman yang sudah ditanam di
rantau ini juga telah diusahakan dengan besar-besaran, contohnya tebu. Pelbagai tanaman baru juga ditanam seperti getah dan kelapa sawit.
Dalam perusahaan, modal yang besar diperlukan dan konsep buruh bergaji juga mula dijalankan. Dalam perlombongan, imperialis barat juga
cuba menguasainya.
Islam
Agama Islam disebarkan di Tanah Arab kira-kira 1400 tahun dahulu. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab menganut pelbagai
agama dan kepercayaan. Mereka dikenali sebagai masyarakat Jahiliah. Agama Islam diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad
di Gua Hira pada tahun 610M. Ajaran agama Islam ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy di Mekah. Mereka
menentang ajaran agama Islam kerana mereka masih berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan nenek moyang dan
penyembahan berhala.
Dua aspek penting yang terkandung dalam agama Islam ialah :
a. Akidah – kepercayaan manusia terhadap Allah
b. Syariah – undang-undang dan hokum Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah (Hadith)
Al-Quran ialah sabda-sabda Allah yang suci dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad dan Sunnah ialah sabda-sabda Nabi
Muhammad yang ditulis secara mutawatir dalam al-Quran.
Ajaran Islam berasaskan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Imam iaitu :
Rukun Islam
a. Syahadah – mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu : tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
b. Solat – menunaikan sembah 5 waktu sehari semalam
c. Zakat – orang Islam diwajib memberi zakat kepada orang yang miskin
d. Puasa – mewajibkan berpuasa pada bulan Ramadan
e. Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi orang yang mampu
Rukun Imam
a. Percaya kepada Allah
b. Percaya kepada Malaikat
c. Percaya kepada Kitab-kitab Allah
d. Percaya kepada nabi dan rasul
e. Percaya kepada hari kiamat
f. Percaya kepadaqadak dan qadar
Agama Islam akhirnya tersebar luas ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah.
Kristian
Agama Kristian bermula di Palestin kira-kira 2000 tahun dahulu. Menurut orang Kristian, pengasasnya ialah seorang daripada keturunan Bani
Israel yang bernama Jesus Christ iaitu Nabi Isa. Nabi Isa dilahirkan di Bandar Bethlehem di selatan Palestin. Semasa berusia 30 tahun Nabi
Isa menerima wahyu daripada tuhan dan kemudian menyebarkan ajarannya. Beliau menggunakan cerita-cerita mudah (parables) yang
mempunyai nilai-nilai moral. Beliau dikatakan mempunyai kuasa mukjizat untuk menyembuh orang yang sakit dan cacat, memulihkan
penglihatan orang buta dan menghidupkan orang yang mati.
Ajaran Nabi Isa mendapat tentangan hebat daripada paderi dan pembesar Bani Israel. Mereka berasa iri hati kerana Bani Isa
menjadi seorang yang termasyhur dan mempunyai banyak pengikut. Mereka membuat rancangan untuk menghapuskan Nabi Isa. Atas
tuduhan menyebarkan agama palsu (bidaah) dan mendakwa dirinya sebagai anak tuhan, Nabi Isa dihukum salib sampai mati pada 33M.
Menurut kepercayaan Kristian, Nabi Isa telah bangkit semula selepas 3 hari dan dinaikkan ke syurga. Ajaran Nabi Isa disebarkan oleh
pengikutnya di seluruh Empayar Rom tetapi mendapat tentangan hebat daripada maharaja Rom seperti Pontius Pilate. Walau bagaimanapun,
Maharaja Rom, Constantine telah memeluk agama Kristian pada 323M. Tindakannya menyebabkan penyebaran agama Kristian dengan luas.
Ajaran Kristian menekankan unsur-unsur kasih saying dan pengampunan antara manusia. Nabi Isa memberitahu pengikut-
pengikutnya “kamu hendaklah mengasihi jiran kamu dan juga musuh kamu. Doakan mereka yang mengecam kamu dan mereka yang
melakukan tindakan buruk terhadap kamu”. Prinsip asas dalam agama Kristian ialah cintailah Tuhan dengan sepenuh ragamu dan cintailah
jiranmu seperti kamu mencintai dirimu sendiri. Ajaran agama Kristian percaya bahawa pengikut-penigkutnya yang mengamalkan ajaran ini
akan menikmati kesempurnaan hidup di akhirat. Ajaran Nabi Isa terkandung dalam kitab suci Kristian yang dipanggil Kitab Injil (Bible).
Hinduisme
Agama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun dahulu. Perkataan Hindu berasal
daripada perkataan Sindhu, iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran kebudayaan dan
kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama
Hindu.
Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India. Oleh itu, Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama.
Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut Hindu
menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci. Ia mengandungi nyanyian-nyanyian dewata dan mengajar tentang cara-cara kebahagiaan dan
ketinggian hidup manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai Nyanmar dan Alwar. Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh
itu, mereka menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa
Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang
mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan
tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme.
191
Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati :
Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan
semula untuk memulakan kehidupan yang baru.
a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma.
b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan
menerima hasil pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk.
c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam kasta yang lebih tinggi untuk menikmati
kehidupan yang baik.
d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh dilahirkan semula.
e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana.
f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.
Buddhisme
Agama Buddha adalah berdasarkan ajaran Siddharta Gautama. Gautama ialah seorang putera raja yang dilahirkan di Kapilavastu pada tahun
563SM. Gautama dibesarkan di istana sebagai seorang yang beragama Hindu. Baginda berkahwin dengan sepupunya Yasodhra dan hidup
dalam penuh kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi baginda tidak berasa gembira dengan kehidupan yang mewah itu. Semasa berusia 29
tahun, Gautama menyaksikan kelaparan, kesakitan dan kematian. Baginda berasa terharu menyaksikan keadaan hidup manusia itu. Baginda
ingin tahu mengapa manusia menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah itu.
Gautama telah meninggalkan keluarganya dengan memakai jubah kuning seperti seorang petapa dan mengembara untuk mencari
jawapan tentang erti hidup yang sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab suci Hindu iaitu Veda dan Upanishad, bertapa beberapa hari
dengan berpuasa hingga hampir kebuluran dan menanggung penderitaan. Namun demikian, baginda tidak dapat mencari kebenaran kepada
penderitaan manusia. Baginda akhirnya berjaya mendapat kebenaran atau pencerahan agung yang dicarinya setelah bertapa selama 45 hari di
bawah pokok Bo di Boghgaya, berhampiran dengan Benares. Pada suatu malam purnama, Gautama telah menerima pengetahuan daripada
tuhan dan mengetahui jawapan bagi masalah kehidupan dan kematian manusia. Hari ini dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai hari itu, baginda
digelar Buddha yang bermakna Penyinar Cahaya. Buddha kemudian mengembara ke seluruh India untuk menyebarkan ajarannya. Buddha
mengasaskan satu pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami yang memasuki Sangha mencukur rambut dan memakai jubah kuning yang
menandakan mereka telah bebas daripada segala hal duniawi. Selepas mengembangkan ajaran-ajaran selama 45 tahun, Buddha meninggal
dunia pada tahun 483SM semasa berusia 80 tahun.
Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam Bahasa Pali oleh pengikut-pengikutnya yang setia. Empat
Kebenaran Mulia yang didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran Mulia merangkumi perkara berikut :
a. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati.
b. Manusia mendeirta kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk keselesaan hidup.
c. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan.
d. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis.
Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Jalan Lapan
Lapis menjadi teladan bagi pengikut-pengikutnya. Hokum-hukumnya ialah :
a. Pengetahuan yang baik
b. Pemikiran yang baik
c. Keinginan yang baik
d. Kelakuan yang baik
e. Kehidupan yang baik
f. Perkataan yang baik
g. Usaha yang baik
h. Pertapaan yang baik
Jalan ini mencadangkan jalan tengah untuk mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan jalan yang suci seperti yang berikut :
a. Bersedekah
b. Mencari ilmu pengetahuan dan kesucian
c. Mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan mencuri
Selain itu, agama Buddha juga menerima beberapa kepercayaan seperti Nirvana, kelahiran semula dan karma daripada agama Hindu.
Matlamat Buddha ialah pencapaian Nirvana, iaitu tahap kebahagiaan yang kekal dan tidak dilahirkan semula selepas beberapa kelahiran.
Buddha juga menentang 2 kepercayaan terutamanya kedudukan istimewa Brahmin dalam masyarakat. Ajaran asal Buddha dipanggil
Hinayana. Ajaran ini diubahsuai dan dipindahkan menjadi Mahayana.
Agama Buddha ini telah menyebar ke rantau Asia Tenggara, Asia Timur dan sebagainya. Menjelang abad ke-19, negara-negara
yang menjadikannya agama rasmi ialah Thailand, Indo-China dan sebagainya.
Confucianisme
Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga Lu di wilayah Shangtung, dimana
tempat beliau dilahirkan. Nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah laku yang baik. Beliau telah
meninggal dunia pada tahun 479SM semasa berusia 72 tahun. Semua ajarannya telah dibukukan oleh pengikut-pengikutnya.
192
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang
baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap
orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab “kebolehan mengamalkan
5 kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, amanah, kerajinan dan sifat baik”.
Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun Yu atau Analekta. Dua orang
pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang pertama di China yang cuba menulis
sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini
terdiri daripada :
a. Book of Odes (Shih Ching)
b. Book of History (Shu Ching)
c. Book of Rites (Li Chi)
d. Book of Changes (I Ching)
e. Sping Ang Autum Annals (Chun Ching)
Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia cuma mempunyai
kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.
Ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau rukun bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan
kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat 5 jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu
dalam masyarakat iaitu :
a. Pemerintah dengan rakyat
b. Ibu bapa dengan anak
c. Suami dengan isteri
d. Abang dan adik
e. Kawan dan kawan
Menurut beliau setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi,
masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa
mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut
diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah
disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.
Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat
dan taat setia kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus
memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus
dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan
sebagai Shang-Ti.
Bagi masyarakat China, mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau
menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselesaikan. Beliau yang
mewujudkan confucianisme juga mementingkan penyembahan nenek moyang.
Meng Tze, pengikut Confucius telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana
Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya
adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras
kepada pesalah.
Taoisme
Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti
Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh
pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.
Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi
terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze
lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud “cara” atau “jalan” bagi mencapai keharmonian alam semesta.
Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara
bersemadi atau tasawuf.
Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada
peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada peraturan
ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak
bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah
yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang
paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan
timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh kalangan penduduk di luar Bandar. Taoisme tidak
mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai berfahaman confucianisme.
193
Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya
jangan mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia
menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak
dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana
manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi
tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze “tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi”. Ajaran Lao Tze hanya
sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat
antara satu sama lain tetapi boleh hidup dengan gembira.
Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga
mencipta ubat bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli.
Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang
merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak menjadi warisan kesusasteraan yang terkenal.
Shintoisme
Shintoisme juga dikenali sebagai “jalan tuhan” merupakan agama asli masyarakat Jepun yang bermula dari zaman silam dan mitos. Ia
dianggap sebagai agama yang secara penuhnya dimiliki oleh masyarakat Jepun tanpa mempunyai pengaruh daripada luar. Ajaran ini
berkembang daripada tradisi komuniti asli. Sewaktu tahap awal ia wujud dalam bentuk yang paling mudah iaitu tradisi rakyat dan berpusat
pada semangat di sekeliling kehidupan masyarakat, kampung dan persekitaran.
Kepercayaan ghaib atau kami ini wujud dalam alam sekitar, pokok, gunung, air, api dan sebagainya. Perkataan kami ini juga sering
kali diterjemahkan sebagai Shinto. Kepenitngan agama ini terletak pada sifatnya yang bertujuan membentuk rasa taat setia kepada keluarga
diraja dan kepada negara dengan cara memupuk rasa patriotic yang meluap-luap berdasarkan anggpan bahawa negara dan raja-rajanya
mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
Jainisme
Jainisme merupakan ajaran yang diasaskan oleh Mahavira atau nama lain Vardhmana pada abad ke-6SM. Ia mempunyai benyak persamaan
dengan agama Hindu dan Buddha. Agama ini memberi penekanan yang lebih terhadap karma dan samsara. Penganut agama ini biasanya
tidak memakan haiwan atau merupakan vegetarian.
Agama Buddha
Pengenalan
• Menurut disiplin antropologi, agama merupakan sistem kepercayaan dan amalan dalam sesuatu masyarakat.
• Manakala, mengikut pendapat lain, agama juga dilihat sebagai satu bentuk idea, sikap, kepercayaan dan perlakuan terhadap
kuasa-kuasa supernatural yang wujud dalam konsep tuhan dewa-dewi, kuasa halus, roh, hantu dan sebagainya.
• Mengikut seorang sarjana, Malinowaski menjelaskan bahawa emosi manusia menyebabkan kemunculan agama dan ia
menjadi salah satu jawapan kepada semua persoalan yang di luar kawalan manusia seperti alam ghaib dan lain-lain lagi.
• Kekukuhan sesuatu agama adalah bergantung kepada dua faktor iaitu agama universal dan kepercayaan komuniti.
• Agama Buddha merupakan salah satu agama universal di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Kesimpulan
• Secara kesimpulannya, walaupun agama Buddha mendapat tempat di ketuga-tiga wilayah itu, tetapi agama ini seperti agama
Hindu, Islam, Kristian dan sebagainya turut bertapak bersama dan agama-agama ini masik kekal di negara-negara itu sehingga
ke hari ini.
• Pengamalan agama-agama inilah yang menentukan dasar negara dan corak kehidupan masyarakat pada hari ini.
Islam
1. India
Islam sampai di India pada tahun 710M. Sejak itulah munculnya kerajaan Islam di India seperti Ghaznawi, Ghori, Delhi dan Moghul. Semasa
pemerintahan Moghul, Islam telah berkembang pesat. Akibatnya, wujudnya satu budaya yang dikenali sebagai Indo-Islam di India. Pada
period yang lebih lewat, masyarakat di India telah menubuhkan satu parti Islam yang penting iaitu Liga Muslim.
2. China
Islam sampai di negeri China kira-kira abad ke-7M. Secara umumnya, penganut agama Islam tertumpu di masyarakat Uyghurs, Kazakhs,
Uzbeks, Tartars, Tajiks, Hui dan Dongxiang. Dengan kemasukan Islam, terdapat budaya Islam yang meresap masuk dalam masyarakat
China. Kombinasi kaligrafi China dan Islam digunakan serentak. Tulisan Arab juga dipraktiskan. Seni bina Islam turut diasimilasikan dengan
seni bina China seperti yang terpapar dalam pembinaan Masjid Nanguan di Yincuan. Terdapat juga sarjana Islam yang terkenal seperti Yusuf
Ma Dexin. Antara karyanya yang terkenal ialah “Kitab Ajaran Suci”.
3. Asia Tenggara
Islam telah menjadi agama penting di wilayah Asia Tenggara. Ia telah menjadi anutan komuniti di Selatan Filipina, Selatan Siam, Kepulauan
Indonesia, Brunei dan agama minoriti di Myanmar, Laos dan Kampuchea. Sumbangan Islam di Asia Tenggara adalah seperti pengenalan
Undang-undang Islam. Islam turut mempengaruhi bidang kesusasteraan, seni bina, masyarakat dan seni muzik masyarakat Asia Tenggara.
Kristian
1. Asia Selatan
Usaha mengembangkan agama Kristian di Asia Selatan bermula sejak abad ke-15. Tetapi, sambutannya kurang baik. Walau bagaimanapun,
golongan dari kasta bawahan menerima ajaran ini sebagai langkah untuk membebaskan diri dari kasta. Sewaktu pemerintahan British,
sekolah Inggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian telah didirikan. Penyebaran agama Kristian telah mendapat penentangan dari
masyarakat tempatan. Antara pergerakan yang penting ialah Brahmo Samaj dan Aligarh di bawah pimpinan Sayiid Ahmad Khan dan gerakan
Madrasah Deoband.
2. Asia Timur
a. China
Agama Kristian mula masuk ke negeri China pada abad ke-7M. Agama ini menjadi agama minoriti di China. Pemerintah Manchu
menganggap agama ini merupakan agama orang Barbarian. Pihak Manchu telah mengharamkan agama ini pada tahun 1722 kerana agama ini
mengatakan Pope di Rom ialah kuasa yang teragung di dunia, manakala bagi masyarakat China, Maharaja China dianggap sebagai “Anak
Syurga”.
b. Jepun
196
Agama Kristian mula berkembang pada abad ke-16 tetapi ia telah diharamkan kemudian. Semasa pemerintaha Meiji, ia kembali
berkembang semula. Banyak sekolah agama Kristian telah ditubuhkan.
3. Asia Tenggara
a. Filipina
Agama Kristian mula kukuh di Filipina kerana adanya naungan dari pihak penjajah Sepanyol tetapi ia tetap menerima penentangan dari
masyarakat Islam di Selatan Filipina. Perkembangan agama Kristian telah mewujudkan beberapa bandar baru seperti Malolos, Lingayen dan
sebagainya. Bahasa Sepanyol turut menjadi bahasa lingua franca di masyarakat tempatan.
b. Vietnam
Kristian turut menjadi agama yang penting di Vietnam. Para mubaligh telah mengenakan pakaian, belajar bahasa mereka dan mempelajari
adat-adat tempatan menjadikan agama Kristian berkembang maju di Vietnam.
Hinduisme
1. Asia Selatan
Terdapat 5 mazhab yang biasa iaitu Ganapatya, Saura, Vaisnava, Saiva dan Sakta.
2. Asia Tenggara
Agama Hinduisme telah tersebar ke Asia Tenggara akibat daripada kegiatan perdagangan. Ia telah mempengaruhi institusi pemerintahan di
kerajaan awal. Selain itu, pengaruhnya juga dapat dilihat dari segi kesusasteraan.
Buddhisme
1. Asia Selatan
Agama ini telah berkembang beransur-ansur di Asia Selatan kerana adanya sokongan dari Asoka dan Kaniskha.
2. Asia Timur
a. China
Perkembangan agama Buddha di China ditentang oleh penganut ajaran Confucius tetapi disokong oleh para petani. Penganut-penganut
Buddha telah merantau ke India untuk mempelajari agama tersebut dan menterjemahkan ajaran-ajaran Buddha ke dalam Bahasa Cina.
b. Jepun
Agama Buddha menerima tentangan yang hebat dari penganut Shintoisme. Walau bagaimanapun, melalui tolak ansur ia telah berjaya
bertapak di Jepun.
3. Asia Tenggara
a. Myanmar
Agama Buddha menjadi elemen penting dalam pemerintahan. Terdapat undang-undang Biara atau Sangha yang digunakan untuk
mengekalkan ketenteraman. Terdapat juga bandar-bandar sami seperti bandar Sagaing.
b. Kampuchea
Terdapat 2 mazhab iaitu Mohanikay dan Thommayuttinikay. Agama Buhhha telah dianggap sebagai Tuhan dan masyarakat Kampuchea
harus menyembahnya.
c. Thailand
Raja-raja Thailand merupakan penaung agama Buddha. Beliau telah dianggap sebagai penyelesai segala masalah serta kesulitan rakyat yang
beragama Buddha agar masyarakat dapat hidup dengan tenteram.
Confucianisme
1. Asia Timur
Ajaran ini telah membentuk satu aliran falsafah yang utama di China dan berikutan itu, ajaran ini menjadi asas kepada kebudayaan
orang Cina. Ajaran ini juga memperkenalkan satu sistem peperiksaan awam untuk memilih pegawai-pegawai kerajaan.
2. Asia Tenggara
Ajaran ini meninggalkan kesan yang mendalam di Vietnam. Raja Vietnam dikehendaki mempunyai latar belakang pendidikan China
termasuklah menguasai ajaran Confucius. Bagi negara lain, pengaruh Confucius dibawa masuk oleh imigran Cina.
Taoisme
Ajaran Taoisme kurang mendapat sambutan. Ia hanya berkembang di negeri China. Kemudian, ajaran ini telah berkembang ke luar negara
dan ia dibawa oleh imigran.
Shintoisme
Shintoisme merupakan agama masyarakat Jepun. Ia mempunyai pengaruh yang kuat dalam sejarah Jepun. Ia bertanggungjawab dalam
membangkitkan semangat nasionalisme dan perpaduan Jepun. Maharaja Meiji telah menjadikan Shinto sebagai asas kerohanian bagi kerajaan
yang dikenali sebagai Shinto Negara merupakan langkah membangkitkan kesedaran tersebut.
Jainisme
Jainisme berkembang di Magadha telah menikmati naungan dari Chandragupta Maurya. Namun masalah kebuluran telah menyebabkan
ajaran ini berpindah ke Deccan. Sambutannya tidak begitu baik dan kesannya juga tidak mendalam.
Hukum Adat, Peraturan dan Undang-undang
197
Pengenalan
Perkataan adat berasal daripada perkataan Arab – “Adah” yang bermaksud kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara
berulang-ulang menjadi kebiasaan masyarakat. Hukum adat ini membawa sejumlah tatacara, larangan, pepatah, petitih, upacara-
upacara suci dan sebagainya yang pada dasarnya membawa keyakinan kolektif dan muafakat dalam satu-satu masyarakat. Hukum
adat ini kemudian membawa kepada kewujudan peraturan.
Adat
1. Asia Tenggara
Di Asia Tenggara, institusi yang bertanggungjawab mengendalikan hukum adat ialah Majlis Orang Tua atau Ketua Kampung. Di Filipina, ia
dikendalikan oleh cabeza de barangay. Di Myanmar, ia dikendalikan oleh ywathu-guji atau myei-taing. Di Vietnam pula, ia dikendalikan oleh
xa truong.
Dalam masyarakat Asia Tenggara, adat ini memanglah penting terutama yang menyentuh tentang aspek kehidupan. Di Indonesia, malam
Jumaat Kliwon dianggap sebagai malam yang sakraf sifatnya dan harus dihormati dengan mengadakan beberapa upacara tertentu bagi
mengelakkan bencana. Asia Tenggara sebagai wilayah yang terbuka yang sering kali dikunjungi oleh pendatang dari China, India dan Islam
menyebabkan hukum adatnya dipengaruhi oleh negara-negara tersebut. Sebelum Islam, pengaruh Hindu-Buddha amat kuat. Pengaruh ini
dapat dilihat dalam kaum di Asia Tenggara mengamalkan adat mencecah garam ke mulut bayi yang banyak dilakukan oleh kaum di rantau
ini mempunyai persamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh
Brahmin agar bayi tersebut panjang umur dan mendapat kebahagiaan hidup.
Adat di Myanmar pula diikat dengan aspek tanah. Mengikut adat, tanah dipunyai oleh keluarga, masyarakat dan raja dari segi teori
dan tidak dimiliki oleh individu. Seseorang yang berhutang boleh menjual keluarganya dan dirinya ke dalam perhambaan tetapi tidak
boleh menjual tanahnya. Penyingkiran seseorang dari tanah keluarga adalah satu cara hukuman sosial yang berkesan.
2. Asia Timur
Di China, hukum adat diamalkan sejak kelahiran sehingga kematian. Seseorang yang baru lahir ke dunia dianggap setahun. Sejak kecil-kecil
lagi, mereka terpaksa mempelajari ilmu Confucius. Dalam hal perkahwinan, ia diaturkan semasa kecil untuk menjamin hubungan
kekeluargaan tidak putus. Mengikut adat orang China juga, adalah penting bagi mendapatkan anak lelaki untuk mengekalkan nama keluarga
tersebut. Oleh yang demikian, kanak-kanak perempuan kurang nilainya. Dalam masa yang sama, adat pemujaan roh nenek moyang juga
penting. Mereka dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga dalam apa jua keadaan.
3. Asia Selatan
Di Asia Selatan, mereka mempunyai adat yang tersendiri, misalnya Valaikaappu. Adat ini ialah pemakaian gelang tangan baru bagi
wanita yang mengandung bagi tujuan memberi perlindungan kepada bayi dalam kandungan daripada gangguan roh-roh jahat. Selain
itu, adat ciimantan yang merupakan adat menyalakan api pengorbanan yang diiringi dengan bahan-bahan persembahan seperti bijirin,
minyak sapi dan sebagainya juga diamalkan.
Undang-undang
1. Asia Tenggara
a. Indonesia
Golongan pemerintah menggunakan peraturan syariat semasa Islam. Selain itu, pengaruh Belanda turut dilihat. Percampuran ini
dikenali sebagai “legal syncretism”.
b. Thailand
Pemerintahan kerajaan berjalan atas undang-undang bertulis yang dikenali sebagai Kod Undang-undang Tiga Tera. Kod undang-
undang ini menggalurkan segala aspek yang berkaitan dengan pemerintahan negara termasuklah kuasa raja ke atas tanah. Selain
itu, terdapat beberapa Phongsawadan atau undang-undang diraja yang digunakan bagi menjadi panduan kepada seseorang raja
memerintah. Mehkamah wilayah yang dipegang oleh Krom Kalahon turut diwujudkan. Ia bertujuan mendengar rayuan dari
Mahkamah Bandar. Selain itu, Krom Lukkhun (pejabat pakar undang-undang) turut diadakan. Pegawai Krom Lukkhun terdiri
daripada golongan Brahmin.
c. Myanmar
Hlutdaw bertindak sebagai Mahkamah Awam. Semua ahlinya bertanggungjawab kepada Gabenor. Penjenayah akan dibubuh tatu
manakala pesalah kecil dicatatkan. Mengikut Cady: undang-undang adat dan bukannya kanun manu yang digunakan dalam
penghakiman dalam semua kehakiman. Undang-undang biara (sangha) pula diwujudkan bagi mengekalkan ketenteraman
masyarakat. Semua budak lelaki diwajibkan memakai jubah kuning seumur hidupnya, belajar hidup sederhana. Hal ini menjadi
satu sifat kebangsaan.
2. Asia Timur
a. China
Undang-undang di China bergantung kepada Maharaja di mana baginda bertindak sebagai penggubal undang-undang dan baginda sering kali
dilihat sebagai sumber keadilan. Undang-undang negeri China berasaskan tanggungjawab kumpulan. Sekiranya seseorang yang melakukan
suatu kesalahan tidak dapat ditemui maka kesalahan itu terpaksa dipikul oleh orang lain yang berkaitan dengannya. Adalah seseorang itu
bersalah sehingga dapat membuktikan dia tidak bersalah. Hukuman juga berasaskan budi bicara yang tidak terhad. Pentadbiran undang-
undang adalah dibawah orang-orang yang diberi kuasa dan tidak ada satu badan penasihat. Hukuman biasa yang diamalkan ialah hukuman
bunuh.
b. Jepun
198
Semasa Meiji, sebuah Majlis Negara yang dikenali sebagai Dajokan ditubuhkan. Selain itu, sebuah perhimpunan dwidewan yang terdiri
daripada Dewan Tinggi dan Dewan Rendah turut ditubuhkan. Dewan Tinggi terdiri daripada Daimyo manakala Dewan Rendah terdiri
daripada pegawai yang berasal dari pelbagai bandar dan daerah. Fungsi Dewan Tinggi ialah menggubal undang-undang.
3. Asia Selatan
Undang-undang di Asia Selatan telah meletakkan raja sebagai “separuh ketuhanan”.
Faktor Kemunculan Imperialisme di Rantau Asia
Pengenalan
Imperialisme bermaksud kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara lain dari
segi ekonomi, politik dan sosial. Zaman ini bermula hasil daripada usaha penjelajahan dan penerokaan kawasan baru di dunia pada kurun ke-
15 dan ke-16 oleh kuasa Barat seperti Portugis dan Sepanyol. Mereka telah menemui jalan laut ke Timur. Apabila mereka sampai ke Timur,
mereka mendapati kawasan ini kaya dengan pelbagai benda yang dikehendaki lalu bercita-cita untuk menguasainya. Selain untuk
memperolehi benda yang dikehendaki, mereka juga mempunyai tujuan yang khas untuk menjajah negara Asia.
Faktor-faktor
1. Bahan mentah
Faktor utama yang membawa kepada kemunculan kuasa imperialis di Asia ialah bahan mentah. Revolusi Perindustrian yang berlaku di
Eropah telah membawa kepada perkembangan teknologi. Perkembangan teknologi ini menyebabkan beberapa jenis bahan mentah yang tidak
pernah dikehendaki pada masa dahulu diperlukan pada masa kini. Sebagai contoh: pengenalan proses mengetin mewujudkan permintaan yang
tinggi bagi bijih timah. Keadaan ini menyebabkan pengeluar bijih timah tidak berupaya menampung permintaan yang dikehendaki, lalu
mereka pun pergi ke kawasan lain untuk memperolehi sumber baru. Selain itu, mereka juga memerlukan getah asli untuk menyalut dawai
elektrik, membuat tayar dan sebagainya. Kelapa sawit dan kelapa pula diperlukan untuk membuat sabun, lilin, mentega, minyak sayur dan
sebagainya. Ciptaan kenderaan bermotor yang memerlukan petroleum juga menyebabkan kuasa Barat berusaha memperolehi sumber ini dari
kuasa lain. Memandangkan rantau Asia yang mempunyai pelbagai bahan mentah seperti petroleum dan bijih timah dan iklim di kawasan
sesuai bagi penanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya, lalu mereka datang ke kawasan Asia dan berusaha untuk menguasai negara Asia.
2. Pasaran
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan barang-barang dapat dikeluarkan secara besar-besaran. Pengeluaran secara
besar-besaran memerlukan pasaran yang besar supaya barang-barang tersebut dapat dijual. Akibatnya, mereka telah datang ke Asia dan
mereka mendapati kawasan ini mempunyai potensi yang tinggi bagi memasarkan barang keluaran mereka. Dengan itu, mereka pun bertindak
untuk menjajah negara tersebut.
3. Kemajuan dalam pengangkutan dan perhubungan
Perkembangan perhubungan laut terutamanya penciptaan kapal berkuasa wap telah mendorong dan mempercepatkan imperialisme di rantau
Asia. Penciptaan kapal berkuasa wap telah menjadikan perjalanan laut di antara Barat dan Asia lebih cepat dan selamat. Selain itu, kapal
berkuasa wap juga dapat membawa muatan yang banyak. Keadaan ini telah mendorong kuasa Barat menguasai ekonomi Asia. Seterusnya,
pembukaan Terusan Suez turut menambahkan lagi minat kuasa Barat untuk menjajah negara Asia. Ciptaan telegraf turut menyebabkan
imperialis di rantau Asia. Kuasa Barat semakin berminat untuk menjajah Asia yang jauh dari negara asal mereka. Walaupun jauh, tetapi tidak
menjadi masalah untuk berhubung kerana adanya telegraf.
4. Politik
Kuasa-kuasa Eropah ingin membentuk empayar yang lebih luas untuk memperbaiki imej mereka sebagai kuasa besar dunia. British sebagai
pelopor Revolusi Perindustrian ingin memeproleh tanah jajahan yang lebih luas kerana ini bukan sahaja menunjukkan ia sebagai kuasa yang
besar, malah ia juga dapat menjamin kepentingan ekonomi mereka. Begitu juga bagi Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika
Syarikat. Dengan itu, mereka telah berlumba-lumba ke rantau Asia yang begitu luas yang masih terdapat negara yang belum dijajah oleh
mana-mana kuasa dan dengan menguasai negara itu, maka mereka akan memperolehi bahan mentah dan pasaran di samping memperluaskan
wilayahnya.
5. Tanggungjawab orang putih
Orang putih yakin bahawa kebudayaan dan peradaban mereka lebih tinggi daripada bangsa lain. Keyakinan ini digunakan oleh mereka untuk
menjajah seluruh dunia. Orang Eropah terutamanya Inggeris dan Amerika menganggap mereka bertanggungjawab untuk mengubah
kebudayaan dunia kepada sistem kebudayaan Barat yang lebih baik. Mereka mengistilahkan tugas mereka sebagai “White Man Burden”.
Orang Perancis pula menggunakan dasar “tugas menyebarkan tamadun” kerana menganggap penduduk yang bukan Eropah adalah
mundur.
6. Agama
Agama juga menjadi salah satu faktor bagi kuasa Barat untuk menjajah negara Asia. Mereka menyebarkan agama Kristian di kalangan
penduduk pribumi di luar Eropah. Mereka menganggap tugas ini sebagai satu misi suci. Untuk menyenangkan proses penyebaran agama
Kristian, mereka telah menjajahi negara-negara yang menjadi sasaran.
Masyarakat Berbilang Kaum
Pengenalan
Kehadiran kuasa Barat di Asia Tenggara bermula kira-kira abad ke-17. Mereka telah memperkenalkan ekonomi komersil, pertanian
niaga yang bertujuan untuk di eksport dan sebagainya. Semua kegiatan ini memerlukan tenaga manusia, maka mereka pun cuba
mendapat tenaga manusia dari kalangan pribumi tetapi usaha mereka gagal. Dengan itu, mereka pun menggunakan alternatif lain
dengan membawa buruh dari India dan China. Penghijrahan beramai-ramai telah berlaku, maka masyarakat berbilang kaum mula
wujud di negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Indonesia, Filipina dan Siam.
199
Myanmar
Pihak British telah berperang dengan Myanmar mulai tahun 1824. Pada tahun 1885, seluruh negara Myanmar terjatuh ke dalam
tangan British. Selepas itu, mereka pun memberi perhatian mereka ke dalam bidang ekonomi. Kegiatan ekonomi memerlukan ramai
tenaga buruh, dengan itu mereka pun membawa ramai orang India masuk ke dalam Myanmar. Mengikut Gillbert Khoo dan Doroty,
pada tahun 1823, sudah terdapat kira-kira 2000 orang India dan 200 orang Cina di Myanmar. Kemudian pada tahun 1870, terdapat
kira-kira 15000 orang India masuk ke Myanmar. Angka ini kemudian meningkat menjadi 430 ribu pada tahun 1927. Bagi orang Cina,
pada tahun 1937, terdapat lebih kurang 200000 orang. Orang India telah menjadi buruh dalam ladang-ladang, penanaman padi dan
pekerja peringkat rendah manakala kebanyakan orang Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan perniagaan. Di Myanmar,
terdapat satu lagi golongan yang penting iaitu golongan ceti. Golongan ini menjadi peminjam wang. Mereka meminjamkan wang
kepada orang lain dan kalau peminjam ini tidak dapat menjelaskan hutang, maka tanah akan dirampas. Menjelang zaman kemelesetan
ekonomi dunia, lebih kurang 6% daripada tanah di Lembah Irrawaddy dikuasai oleh golongan ini. Kehadiran orang India dan Cina
telah mewujudkan masyarakat berbilang kaum di Myanmar.
Indonesia
Pengenalan ekonomi laissez faire di bawah Dasar Liberal telah menjadi daya tarikan bagi penghijrahan masuk orang Cina ke Pulau
Jawa dan pulau-pulau yang lain. Kebanyakan orang Cina di Pulau Jawa bekerja sebagai buruh ladang dan lombong, orang tengah,
mengutip cukai bagi pihak Belanda dan sebagainya manakala bagi orang Cina di luar Pulau Jawa, mereka menjadi buruh di ladang
dan lombong. Mengikut Tate dalam bukunya “The Making of Modern South East Asia”, pada tahun 1773, terdapat 80000 orang Cina
di Betawi. Kemudian pada tahun 1850, jumlah ini dianggarkan sebagai 150000 orang. Dalam jangka masa 1900-1920, dianggarkan
terdapat 28 ribu orang Cina masuk ke Indonesia. Angka ini meningkat menjadi 40000 setahun menjelang 1920-1930. Pada tahun 1900,
terdapat lebih kurang 277 ribu orang Cina di Pulau Jawa manakala di luar Pulau Jawa, terdapat lebih kurang 250 ribu orang. Kaum
Cina telah bersama penduduk pribumi membentuk satu masyarakat berbilang kaum.
Filipina
Di Filipina, wujudnya sejenis perdagangan yang dikenali sebagai perdagangan geliong iaitu perdagangan antara Manila, Mexico dan
Sepanyol. Perdagangan ini diuruskan oleh Syarikat Perkapalan Sepanyol. Apabila orang Cina masuk, mereka menjadi orang tengah.
Kemudian, orang Cina kekal di bahagian Utara Filipina khususnya Pulau Luzon, Panay, Cebu dan Utara Mindanao. Kewujudan orang
Cina, peranakan-Cina, Sepanyol, peranakan-Sepanyol dan pribumi telah merangsangkan pembentukan masyarakat berbilang bangsa
di Filipina.
Siam
Di Siam, orang asing mula masuk pada tahun 1855. Kemasukan orang asing merangsangkan peningkatan aktiviti ekonomi, khususnya
migran dari negeri China. Orang Cina melibatkan diri dalam perniagaan dan perdagangan, kegiatan perlombongan sehingga akhirnya
menguasai ekonomi Siam. Lebih kurang pada 1920-an, pihak Siam memperkenalkan dasar Thailandisasi. Sejak itu, berlakulah
asimilasi antara kaum bumiputera dan orang Cina.
Tindakbalas Masyarakat Filipina, Myanmar dan Vietnam Terhadap Kuasa Penjajah
Pengenalan
Kehadiran kuasa Barat di rantau ini telah membawa pelbagai perubahan dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial. Perubahan ini telah
menyebabkan penentangan rakyat tempatan kerana kepentingan mereka telah terjejas.
Filipina
Sejak pemerintahan Sepanyol pada pertengahan abad ke-16, rakyat Filipina tidak puas hati dengan corak pentadbirannya. Perasaan
tidak puas hati semakin memuncak apabila Sistem Polo dan Sistem Vandala diperkenalkan.
1. Penentangan 1565-1872
Dalam penentangan pada tempoh ini, ia lebih bersifat kedaerahan atau tempatan. Ia dipelopori oleh rakyat tempatan. Penentangan ini
menghadapi pelbagai kekurangan. Strategi mereka juga lemah. Kebangkitan yang utama selepas tahun 1800 ialah:
a. Pemberontakan Basi (1807) – Ilcandia
b. Pemberontakan Noveles (1823)
− Tentera Filipina memberontak menentang tentera Sepanyol.
− Menyerang Manila, hampir menguasainya.
c. Pemberontakan Tayabas (1840-1841)
− Dipimpin oleh Paderi Apolinario de La Cruz.
− Gagal kerana kekurangan pemimpin berkebolehan.
− Sebab memberontak: menerima layanan yang berbeza daripada paderi Sepanyol.
2. Penentangan 1872-1886
Penentangan pada masa ini bercorak nasionalisme. Penentangan yang penting pada masa ini ialah Pemberontakan Cavite (1872).
Pemberontakan Cavite merupakan pemberontakan tentera Filipina yang dipimpin oleh Sarjan Lamadrid. Pemberontakan ini
telah gagal kerana kekurangan kelengkapan. Tiga orang paderi yang menyokong pemberontakan ini ialah Mariano Comez, Jose
Burgos dan Jucinto Zamora telah dihukum mati, begitu juga bagi pemimpin pemberontakan ini. Faktor yang berlakunya
pemberontakan ialah:
a. Faktor dalam negeri
− Sepanyol telah menyatukan rakyat Filipina melalui agama Kristian dan Bahasa Sepanyol.
− Perasaan nasionalisme telah dilahirkan akibat pendidikan diterima.
− Mereka membentuk golongan elit: Jose Rizal, Emilio Aguinaldo, Andre Bonifacio dan sebagainya.
− Penyalahgunaan kuasa oleh paderi Sepanyol turut merangsangkan mereka bangkit menentang kerajaan.
200
− Paderi Filipina menentang kerana mereka tidak dianggap sama taraf dengan paderi Sepanyol.
− Penyebaran fahaman liberal oleh De La Tore turut melahirkan lagi semangat nasionalisme mereka.
b. Faktor luar negeri
− Revolusi Amerika Syarikat (1776), Perancis (1789) dan Mexico (1826).
− Pembukaan Terusan Suez (1869) – ramai pelajar belajar di Barat – bertembung dengan konsep demokrasi, anti-penjajahan dan
republik serta pembaharuan-pembaharuan.
3. Gerakan propaganda 1886-1898
− Dipelopori oleh pelajar Filipina di luar negeri.
− Wujud akibat Sepanyol semakin ganas terhadap orang Filipina – ramai orang diusir.
− Dijalankan dengan aman – menggunakan media massa.
− Mendedahkan kezaliman Kerajaan Sepanyol.
− Kebanyakan dari golongan pertengahan: Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.
Myanmar
Penentangan di Myanmar berbentuk perang gerila yang menggunakan senjata. Semua lelaki Myanmar Utara telah menyertai
pemberontakan ini yang dipimpin oleh penguasa tempatan dan rahib. Di Myanmar, rahib itu ialah sami-sami Buddha. Walau
bagaimanapun, pemberontakan tersebut telah gagal kerana ia tidak tersusun. Namun demikian, pemberontakan tersebut menjadi asas
nasionalisme di Myanmar.
Vietnam
Pemberontakan di Vietnam dipimpin oleh pembesar wilayah dari golongan Mandarin. Raja Ham Nghi memimpin penentangan
berkumpulan yang dipanggil “Persetiaan Kepada Raja”. Tujuan penentangan ini ialah untuk mengembalikan kuasa diraja tempatan.
Pemberontakan ini dipatahkan oleh Perancis pada tahun 1895. Selain itu, terdapat juga penentangan oleh rakyat jelata khususnya
golongan petani yang menggunakan senjata. Penentangan ini dipimpin oleh Mandarin tetapi akhirnya juga gagal. Sebab-sebab
penentangan ini gagal ialah ia bersifat kewilayahan, tidak tersusun, tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan kekurangan dari
segi kelengkapan.
Gerakan Kesedaran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
Faktor-faktor kebangkitan gerakan kesedaran
1. Peranan agama
− Masayrakat di Asia berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya.
− Di Indonesia, Sarekat Islam (1906) telah menggunakan agama Islam untuk dapatkan sokongan rakyat.
− Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama juga gunakan Islam.
− Perjuangan mereka umpama perjuangan membela agama dan jihad untuk Islam.
− Gerakan awal nasionalisme di Myanmar dipelopori oleh golongan sami Buddha.
− Golongan Pongyi (sami-sami Buddha) menjadi penyokong gerakan pelajar dan alat menyedarkan petani tentang gerakan
nasionalisme.
− Di negeri Thai, agama Buddha telah menjadi penyatu rakyat.
− Di Filipina, Sepanyol telah mengkristiankan orang Filipina.
− Ia tidak mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan mereka.
− Agama Kristian menjadi penyatu rakyat seluruh Filipina.
− Paderi-paderi Gomez, Burgos dan Zamora (GOBUZA) memulakan gerakan nasionalisme Filipina.
− Pembunuhan mereka telah dianggap sebagai kematian kerana agama atau sebagai mati syahid.
− Di India, agama memainkan peranan dalam pembentukan persatuan-persatuan pada awal perkembangan nasionalisme.
− Di negeri China, perkembangan agama Kristian menimbulkan kebencian rakyat China.
− Shinto di Jepun dianggap sebagai ajaran awal mereka.
− Telah menarik minat orang Jepun untuk kembali kepada tradisi asal untuk memulih dan memodenkan Jepun.
2. Peranan bahasa dan kesusasteraan
− Bahasa sebagai simbol perpaduan rakyat.
− Di Indonesia, Bahasa Melayu menyatukan penduduk kerana Belanda telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan dalam urusan pentadbiran di Indonesia.
− Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat.
− Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan merapatkan perbezaan kaum.
− Kemunculan idea Melayu Raya atau Indonesia Raya memperlihatkan perpaduan bangsa Indonesia.
− Di negeri Thai, golongan nasionalis titikberatkan kemegahan bahasa dan kebudayaan Thai.
− Di Filipina, Bahasa Sepanyol menjadi alat penyatuan rakyat.
− Di India, Bahasa Inggeris menjadi alat telekomunikasi dan penyebaran maklumat.
− Di China, Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi membantu menyatukan penduduk serta memudahkan penyebaran idea
semangat kebangsaan.
− Hasil-hasil karya sastera digunakan untuk mengkritik dan membidas penjajah.
− Di Filipina, karya-karya Jose Rizal seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) – 1887 dan El-Filibusterismo (1891)
serta Ninay (1885) oleh Dr. Pedro A. Peterno membidas Sepanyol.
− Di Indonesia, karya-karya seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun dan Student Hidjo oleh
Bakti Siregar digunakan untuk mengkritik Belanda.
201
− Di Vietnam, Phan Boi Chan menulis Luu Cau Huyet Le Tan Thu (Surat Dari Tulisan Ryuktus Dalam Tangisan
Darah) memberi kesedaran kepada rakyat Vietnam.
− Di negeri China, Gerakan Revolusi Kesusasteraan pada pertengahan 1910-an.
− Muncul tokoh sastera seperti Hu Shih.
− Menganjurkan kesusasteraan popular yang mudah dan jelas dan bermakna.
− Menyeru karyawan jangan meniru sarjana klasik tetapi meluahkan idea dengan bebas menggunakan bahasa.
− Jepun berbeza – Jepun melihat nilai-nilai kebudayaan kebangsaan tradisi dalam usaha memberi semangat nasionalisme.
− Mulakan Gerakan Pembelajaran Kebangsaan atau Kokugaku.
− Paderi-paderi Shinto seperti Kada Azumamaro dan Kamo Mabuchi beri perhatian kepada puisi klasik Jepun dalam usaha
memberi semangat nasionalisme Jepun semasa proses Pemulihan Meiji.
3. Peranan kewartawanan
− Akhbar dan majalah adalah alat sebaran am penting dalam gerakan kesedaran.
− Dicetak dalam bahasa penjajah, bahasa ibunda dan bahasa lain.
− Membolehkan idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi yang tertindas.
− Mengkritik mengenai hal kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik.
− Menyebarkan berita dari luar, menyedarkan dan menyeru rakyat untuk bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan.
− Di Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia dan akhbar terjemahan dari Belanda dan
sebagainya muatkan tema-tema politik, kebebasan manusia dan pemansuhan perbezaan kaya dan miskin.
− Di Filipina, akhbar La Solidaridad membawa kepada perubahan sikap rakyat.
− Di China, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negeri sebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar.
− Mereka muatkan idea-idea revolusi dalam akhbar seperti New Youth, Kuo Min Pao (Citizen’s Tribune) dan Twentieth
Century China (China Kurun ke-20) dalam usaha mereka menggulingkan Dinasti Manchu.
− Mereka menerbitkan akhbar Su Pao di negara China sendiri untuk menyebarkan idea mereka.
− Akhbar memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di negara-negara Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.
4. Peranan pendidikan
− Pengenalan pendidikan sekular Barat.
− Terdedah kepada idea-idea liberalis, sosialis, demokrasi dan nasionalis seperti John Locke, Voltaire, Montesquie,
Rousseau dan Mazzini.
− Juga menerima idea-idea pembaruan dan falsafah Barat.
− Perasaan idea menyatukan pemikiran pemimpin nasionalis.
− Di Indonesia, pendidikan Barat melahirkan tokoh-tokoh intelektual.
− Mereka menjadi tokoh-tokoh pergerakan nasionalis Indonesia.
− Taman Siswa diasaskan oleh Suardi Surjaningrat pada tahun 1921.
− Ia memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran.
− Sistem pendidikan mendedahkan pelajar dengan budaya sendiri.
− Melatih pemuda untuk percaya pada diri mereka sendiri.
− Menaikkan semangat nasionalisme mereka.
− Tenaga pengajarnya merupakan ahli-ahli gerakan nasionalisme.
− Di Filipina, kelas menengah yang berpendidikan telah memberi pendidikan Barat kepada anak mereka.
− Anak golongan ini seperti Dr. Jose Rizal, Marcelo H. Del Pilar, Mariano Ponce, Graciano Lopez Jaena, Dr. Pedro A.
Paterno muncul sebagai pemimpin nasionalis.
− Semasa pentadbiran Amerika Syarikat, ramai dihantar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
− Pembukaan Universiti Yangoon di Myanmar pada awal 1920-an, menyemarakkan semangat nasionalisme di Myanmar.
− Pelajar-pelajar mulakan gerakan anti Akta Universiti Burma kerana tinggikan tahap kemasukan.
− Di Vietnam, sekolah-sekolah dijadikan alat oleh Persatuan Pemodenan dna Phan Chu Trinh.
− Persatuan Permodenan jadikan sekolah sebagai alat propaganda untuk revolusi bersenjata.
− Phan Chu Trinh suka sekolah itu mengubah keadaan politik dan sosial masyarakat Vietnam.
− Sekolah-sekolah menjalankan aktiviti menyunting dan menerbitkan buku dan risalah yang menekankan hal-hal patriotik,
menguatkan diri dan pemodenan dalam quoc-ngu dan sebarkannya kepada semua penduduk.
− Sekolah-sekolah menjadi landasan pendidikan dan reformasi budaya di Vietnam.
− Di India, pengenalan sistem pendidikan Barat pada tahun 1930-an membantu melahirkan golongan intelektual seperti
Mahatma Gandhi, Jawaharlal Nehru dan Muhammad Ali Jinnah.
− Di China, Universiti Peking (Peita) menjadi tempat untuk berbincang dan perdebatan antara pelajar.
− Tsai Yuan-Pei (Canselor) letakkan asas-asas yang perlu bagi Peita sebagai pusat pengajian tinggi yang lebih berguna
kepada negara.
− Peita menjadi simbol kebebasan dan kemerdekaan kepada pelajar.
− Galakkan pelajar berucap, berbincang, menerbit dan aktiviti lain secara bebas.
5. Peranan golongan intelektual
− Berpendidikan Barat.
− Dipengaruhi oleh idea liberal, nasionalis, demokrasi, sosialis dan Marxisme-komunis.
− Elit baru ini tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan penjajah yang memeras kekayaan negara dan menindas rakyat.
− Peluang pekerjaan gagal disediakan untuk mereka.
− Diskriminasi diamalkan oleh pentadbir Barat.
202
− Orang Barat yang disifatkan sebagai pendukung utama idea-idea demokrasi, liberalisme dan hak asasi manusia tidak
praktikkannya.
− Di Indonesia, Raden Adjeng Kartini (1879-1904) berasal daripada keluarga pembesar Jawa.
− Bersikap terbuku dan mempunyai idea-idea yang matang untuk memajukan bangsanya.
− Dalam surat-suratnya, beliau menyeru rakyat membebaskan diri daripada pemikiran kolot dan menggalakkan penubuhan
sekolah untuk wanita.
− Sama-sama Dr. Mas Wahidin Saediro Hoesoeda mulakan kempen untuk majukan Jawa.
− Tekankan perlunya penyebaran pendidikan Barat bagi mencapai kebahagian dan kemakmuran rakyat.
− Di negeri Thai, Pridi Phanomyong gunakan jawatannya dalam kerajaan untuk mempengaruhi pegawai kerajaan.
− Menggunakan kedudukannya sebagai pensyarah Universiti Chulalongkorn untuk mempengaruhi pelajarnya.
− Golongan pelajar Universiti Yangoon gelarkan diri sebagai Thakin atau Tuan di bawah pimpinan Aung San.
− Menubuhkan Dobama Asiayone (Kami Penduduk Myanmar) pada tahun 1935.
− Sehingga tahun 1941, golongan Thakin telah menjalankan pelbagai aktiviti.
− Seperti permogokan pelajar 1936, sertai pilihanraya tahun 1936 dan 1938 dan dapat sokongan petani.
− Menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan Liga Penanaman Seluruh Burma.
− 1940, All Burma Trades Union Congress ditubuhkan untuk selaraskan pertubuhan buruh dan menentang pemerintahan
British.
6. Peranan pengaruh luar
a. Reformasi Mesir
− Perjuangan tokoh Islam Jamaluddin al-Afghani (1838-1879) mempengaruhi dan mencorakkan kebangkitan di Asia
Tenggara dan Asia Selatan.
− Perjuangan menekankan kepada “kembali kepada prinsip agama”.
− Yakin dan percaya terhadap demokrasi dan prosesnya serta perlunya mempertahankan suara demokrasi melalui
perlembagaan dan perwakilan yang sah.
− Menentang penindasan yang dilakuakn ke atas manusia.
− Pelajar Islam di Asia yang belajar di Mesir terpengaruh dengan reformsi di Mesir di bawah Muhammad Abduh.
− Contoh di Indonesia, Sarekat Islam, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama.
− Di India, pembaharuan Islam di Mesir mempengaruhi masyarakat Islam.
− Sir Sayid Ahmad Khan (1817-1898) menubuhkan Universiti Islam di Aligarh yang sediakan pembelajaran Islam
yang tidak bertentangan dengan undang-undang sains dan idea-idea Barat.
b. Pengaruh Golongan Nasionalis dan Liberal di Eropah
− Pertengahan abad ke-19, Revolusi England, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis.
− Idea-idea demokrasi, kemerdekaan, hak asasi manusia, persamaan dan kebebasan mempengaruhi pemikiran
golongan muda di China.
− Kejayaan gerakan penyatuan Itali dan Jerman 1870 menjadi contoh kepada China tentang perlunya usaha untuk
menyatukan China.
− Orang Cina kecewa tentang kelemahan idea Barat yang hanya pada idea dan bukan dijalankan secara praktikal.
− Sebagai alternatifnya, mereka cenderung dalam pemikiran Marxisme yang memberi keutamaan kepada kebajikan
rakyat.
− Kejayaan Revolusi Russia pada Oktober 1917 membuka mata orang Cina bahawa dunia kapitalis menekan
kehidupan mereka sehingga menyebabkan mereka sengsara.
− Maka mulalah pengaruh komunisme di kalangan pemimpin Asia khususnya China dan Vietnam.
c. Pengaruh Gerakan Negara Jiran
− Revolusi China 1911 dan Gerakan Kongres Kebangsaan India mempengaruhi gerakan nasionalisme negara-negara
di Asia Tenggara.
d. Kebangkitan Jepun
− Memberi semangat kepada para nasionalis.
− Menyedarkan bahawa Asia mampu untuk maju dan menjadi kuat.
− Perang Jepun-Russia 1904-1905 membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan kuasa Barat.
− Sebelum itu mereka menganggap bahawa kuasa Barat itu kuasa unggul dan mereka tidak boleh dikalahkan tetapi
memberi dorongan kepada orang Asia untuk bangkit menentang negara Barat.
− Pemulihan Meiji 1864 menunjukkan jalan kepada bangsa Asia bahawa mereka perlu satu reformasi dalam bangsa
mereka sendiri.
Indo-China
• Usaha Jepun untuk menawan seluruh Tanah Besar China telah gagal. Jadi, ia telah mengalih kepada Indo-China. Maka, Jepun
telah menandatangani satu perjanjian di Hanoi pada 22 September 1940. Mengikut perjanjian:
a. Jepun menggunakan 3 lapangan terbang di Tongkin.
b. Perancis membenarkan petempatan 600 tentera di Tongkin.
c. 25000 tentera boleh melintas Indo-China setiap kali.
• Jepun kemudian berjaya menguasai Indo-China sepenuhnya selepas Jerman menguasai hampir seluruh Perancis.
203
• Jepun mencadangkan konsep “Asia untuk Asia” berbeza dengan konsep persekutuan Indo-China yang dilaungkan oleh
Gabenor Jeneral Perancis Jean Decoax.
• Ahli nasionalis Vietnam yang pro Kuomintang pimpinan Ho Chi Minh mengaturkan pergerakan pemerintahan Jepun.
• Kaum nasionalis di seberang laut telah membentuk unit Nam Doc Lip Dong Minh Hoi (Liga Kemerdekaan Vietnam) atau
Viet Minh untuk menimbulkan semangat kebangsaan dan memudahkan aktiviti sabotaj ke atas Jepun dengan bantuan negeri
China.
• Amerika dan juga Britain juga memberi bantuan senjata kepada Viet Minh untuk memperhebatkan penentangan terhadap
Jepun.
• Perancis mengambil kesempatan ini menyebelahi Viet Minh. Perancis menyertai pasukan berikat untuk menentang Jepun
pada akhir Perang Dunia Kedua.
• Jepun telah merampas kubu Perancis dan semua pejabat Kerajaan Perancis di Vietnam ditawan dan dikuasai oleh Jepun.
Decoux ditangkap oleh Jepun. Jepun mengisytiharkan Vietnam sebagai negeri bebas daripada pengaruh Perancis pada 11 Mac
1945.
• Namun demikian, Viet Minh tidak mengakui pengisytiharaan tersebut dan bertindak merampas beberapa wilayah di Tongkin.
• Menjelang penyerahan Jepun, Viet Minh berjaya menampakkan kuasanya di Vietnam Utara lalu menubuhkan Republik di
Vietnam Utara.
Negeri Thai
• Pendudukan Jepun di Thai berbeza.
• Semasa Perang Dunia Kedua, Negeri Thai menyebelahi Jepun dengan harapan Jepun akan menang dalam perang ini.
• Phibun Songkram berpendapat bahawa kemenangan Jepun akan mengekalkan kemerdekaan Negeri Thai.
• Pada tahun 1940, perjanjian dengan Jepun diadakan. Wilayah di Laos (Luang Prabang) dan Kampuchea dikembalikan kepada
Siam.
• Pakatan Rahsia antara Jepun dengan Thai diadakan pada 21 Disember 1941. Jepun akan menggunakan Siam sebagai
pangkalan pergerakan untuk menawan Asia Tenggara.
• Sebagai balasannya, Thai mendapat Negeri-negeri Melayu Utara di Tanah Melayu dan pembinaan jalan keretapi.
• Negeri Thai mengisytiharkan peperangan ke atas Amerika Syarikat dan Britain.
• Nai Pridi Phanomyong pula meletakkan jawatannya di Kabinet Phibun Songkram dan membentuk gerakan anti-Jepun.
• Pridi mengatur gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun dan Kerajaan Phibun Songkram.
• Pridi mengadakan hubungan rapat dengan Amerika menerusi duta Thai di Amerika Syarikat iaitu Senu Pramoj.
• Pridi membantu pihak berikat dengan membekalkan maklumat tentang pergerakan tentera Jepun.
• Menjelang tahun 1944, Phibun Songkram digulingkan kerana Negeri Thai bertambah mundur dalam bidang ekonomi dan
perdagangan. Di bawah Phibun, rakyat Thai telah mengalami penderitaan.
Myanmar
• Mei 1942, Jepun berjaya menawan Myanmar dengan bantuan golongan nasionalis Thakin yang berpendidikan sekular/Barat
dibawah pimpinan Aung San. Kerajaan Inggeris diambilalih oleh golongan Thakin. Jepun tidak buat banyak perubahan. Jepun
bebaskan pemimpin ahli politik seperti Dr. Ba Maw, U Nu, U Ba Pa, Than Tun dengan harapan mendapat sokongan mereka.
Pentadbiran golongan Thakin tidak memuaskan Jepun, ia dibubarkan. Sebuah kerajaan boneka di bawah Dr. Ba Maw
ditubuhkan. Tentera Pembebasan Myanmar yang tolong Jepun memperolehi kuasa di Myanmar dihapuskan sebab 30 ribu askar
tidak berdisiplin dan melakukan rompakan. Angkatan Tentera Pertahanan Myanmar (Burmist Defense Army) dibentuk. Dr. Ba
Maw menjadi Adipati (ketua negara) dan dibantu oleh sebuah kabinet.
• Tentangan terhadap Jepun bermula di bawah Thien Pe dan Thien Soe. Kedua-dua mereka ialah ahli Thakin yang berfahaman
Komunis. Angkatan tentera gerila ditubuhkan oleh Thien Soe untuk menentang kuasa fasis Jepun. Oleh itu, Aung San dan Than
Tun berancang untuk menggulingkan Jepun. Dengan bantuan Jeneral Ne Win, Aung San menubuhkan Angkatan Tentera
Kebangsaan Burma (ATKB) pada tahun 1943. AKTB merupakan penganjuran pergerakan nasionalisme yang giat di Myanmar
di bawah Aung San. Menjelang akhir perang, Aung San menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF) dengan
pertolongan pemimpin Thakin Komunis Thien Soe. LPRAF ditugaskan untuk menjalankan aktiviti sabotaj. Pada Mac 1945,
ATKB dibawah pimpinan Aung San dan Than Tun menyerang Jepun apabila mereka dikalahkan di Mandalay oleh tentera
bersekutu Mauntbatten. Pemerintahan Jepun tumbang apabila mereka dikalahkan di Rangoon. Pada Mei 1945, Myanmar
ditawan balik oleh British.
Indonesia
• Mac 1942, Jepun menakluki Indonesia tanpa apa-apa peperangan besar. Jepun disambut baik oleh orang Indonesia.
Alasannya, Jepun akan melayan rakyat Indonesia dengan baik. pemimpin seperti Mohammad Hatta, Sukarno, Sharir dibebaskan
oleh Jepun. PETA ditubuhkan untuk melatih belia-belia Indonesia dalam bidang ketenteraan dengan harapan mereka akan
membantu Jepun berperang. Melancarkan gerakan 3A, benarkan penggunaan Bahasa Indonesia dan lagu kebangsaan Indonesia
Raya. Jepun harap dapat sokongan rakyat Indonesia dengan cara ini.
• Pemimpin-pemimpin nasionalis digunakan sepenuhnya untuk menyokong Jepun. Jepun janji akan memberi kebebasan
pemerontahan ataupun berkerajaan sendiri. Benarkan nasionalis menubuhkan PUTERA yang merupakan gabungan badan-badan
kebangsaan di Pulau Jawa dan Madura.
• Mac 1943, Sukarno dijadikan pengerusinya, Sukarno menggunakan PUTERA untuk mempengaruhi Indonesia dan dapat
sokongan kuat rakyat di samping menguatkan semangat kebangsaan. Badan penasihat pusat pemimpin Sukarno ditubuhkan.
Jepun harapkan sokongan dan kesetiaan rakyat Indonesia. Hei Ho ditubuhkan untuk mendapatkan buruh-buruh secara paksa
untuk pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Apabila PUTERA tidak dapat capai objektif yang diharapkan oleh Jepun,
PUTERA dibubarkan. Sebaliknya, mereka menubuhkan Hokakai pada tahun 1944. Sukarno dijadikan pemimpin tetapi di bawah
penguasaan Jepun. Semangat kebangsaan Indonesia tidak reda. Jepun gagal mendapat sokongan rakyat Indonesia kerana
204
pemerintahannya yang kejam dan ganas. Jepun juga tidak peduli kebajikan rakyat. Jepun mengeksploitasikan ekonomi
Indonesia. Ramai ditangkap, kebuluran berlaku dan buruh paksa berlaku di New Guinea. Gerakan bawah tanah berkembang di
bawah pimpinan Shahrir. Jepun menubuhkan angkatan tentera pada tahun 1944 untuk mengataso masalah yang diberi oleh
Shahrir. Jepun tidak berjaya menyekat perkembangan ini malah tambahkan perasaan anti-Jepun. Pada akhir tahun 1944, Jepun
mengalami kekalahan, perasaan anti-Jepun bertambah lalu menubuhkan Panitia Penyelidikan Kemerdekaan untuk merangka
perlembagaan asas. Jepun menjanjikan kemerdekaan pada 24 Ogos 1945 tetapi Jepun kalah pada 15 Ogos 1945.
Filipina
• 10 Disember 1941, Jepun menyerang Filipina. Februari 1942, Manila jatuh. Pada Mac 1942, Filipina ditawan oleh Jepun.
Ketua Pertahanan Komanwel Douglas Mac Arthur melarikan diri ke Mindanao. Mauel Quezon dan Sergeo Osmenia iaitu
Presiden dan Naib Presiden melarikan diri ke Amerika Syarikat dan membentuk Kerajaan Buangan Filipina di Washington.
Jepun tidak banyak ubah sistem pentadbiran Amerika Syarikat dan mengekalkan kebanyakan pegawai-pegawai bangsa Filipina
dibawah Pengerusi Tinggi Jepun. Keganasan dan kekejaman memang berlaku. Semua parti politik diharamkan. Ahli-ahli
digalakkan menyertai Kalibapi (Kesatuan Perkhidmatan Filipina Baru).
• Jepun mencadangkan pembentukan sebuah Republik Filipina merdeka dan melaksanakannya pada Oktober 1943. Jose P.
Laurel ‘dijadikan Presiden republik tersebut.
• Ada gerakan menentang rejim Jepun. Pertubuhan Hakbalahap iaitu tentera anti-Jepun berhaluan kiri paling awal menentang.
Pemimpinnya ialah Louis Taruc dan Castro Alejendrina. Mereka mengumpulkan maklumat dan menyekat bekalan makanan
orang Jepun.
• Akhir tahun 1944, Amerika Syarikat berjaya menduduki Leyte dan Luzon. Angkatan Laut Jepun dimusnahkan. 23 Februari
1945, Manila dapat ditawan semula dengan penawanan Pulau Baguio.
• Selepas penyerangan di Pulau Baguio, Jeneral Yamashita menyerah diri pada 3 Disember 1945.
205
Negera-negera di Asia Tenggara
Indonesia
Perang Jawa (1825-1830)
Pengenalan
Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28 Mac 1830. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Depo Negoro kerana ianya
dipimpin oleh Depo Negoro atau Pengeran Anta Wira, iaitu putera Sultan Amangkubuwono III dari keturunan Jogjakarta. Perang Jawa bukan
sahaja merupakan penentang rakyat Jawa terhadap Belanda, tetapi juga terdapat orang-orang Cina kerana kegiatan-kegiatan mereka telah
menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Jawa. C.L.M. Penders dalam bukunya “Indonesia: Selected Documents on Colonialism
and Nationalism 1830-1942” menegaskan bahawa ekonomi merupakan faktor utama menyebabkan meletusnya Perang Jawa. Pendapat ini
disokong oleh M.C. Ricklefs dalam buku “A History of Modern Indonesia”. Walau bagaimanapun, faktor politik dan sosial juga penting
dalam meletusnya Perang Jawa.
Sebab-sebab
1. Politik
Pada tahun 1814, Sultan Amangkubuwono III dari Kesultanan Jogjakarta mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu
Depo Negoro dan Mas Djorat yang masing-masing beribukan rakyat biasa dam keturunan raja. Atas nasihat pembesar-pembesar,
Stamford Raffles yang menjadi Leftenan Gabenor Jawa ketika itu melantik Mas Djorat sebagai Sultan Amangkubuwono IV. Untuk
mengelakkan penentangan Depo Negoro, Raffles berjanji akan melantik Depo Negoro sebagai Sultan selepas kematian Mas Djorat.
Pada tahun 1822, Mas Djorat mangkat. Belanda yang kembali memerintah Jawa melantik putera Mas Djorat iaitu Raden Menol yang
berumur 2 tahun sebagai Sultan Amangkubuwono V. Tindakan Belanda tidak melantik Depo Negoro menyebabkan beliau menentang.
Belanda melantik Raden Menol sebagai Sultan dengan tujuan untuk mengurangkan pengaruh Depo Negoro serta untuk memudahkan
dasar peluasan kuasa. Walau bagaimanapun, terdapat ahli-ahli Sejarah yang menegaskan Belanda sememangnya tidak mengetahui
adanya janji antara Raffles dengan Depo Negoro.
Tindakan Belanda untuk mengurangkan pengaruhnya telah mendapat bantahan Depo Negoro. Sebagai contoh, dalam menjalankan
pentadbiran Jogjakarta, Belanda tidak pernah berunding dengan Depo Negoro walaupun beliau telah dilantik sebagai Pemangku Sultan.
Hubungan baik yang wujud antara Perdana Menteri, Pateh Denuredjo yang merupakan musuh Negoro telah menambahkan kemarahan beliau.
Depo Negoro juga tidak setuju dengan campur tangan Belanda dalam hal-ehwal Jogjakarta. Belanda telah melantik Smissert sebagai
residennya di Jogjakarta. Campur tangan Belanda telah menyebabkan beberapa wilayah Jogjakarta seperti Kedu, Madiun dan
Magelang telah dikuasai oleh Belanda.
2. Ekonomi
a. Pembatalan sistem sewa tanah
Pada tahun 1823, Van der Capellan telah mengeluarkan undang-undang tanah baru. Mulai 1 Januari 1824, sistem sewa tanah yang diamalkan
selama ini dibatalkan. Pembatalan sistem sewa tanah telah menimbulkan bantahan golongan bangsawan dan petani-petani Jawa terutamanya
di Jogjakarta dan Surakarta. Telah menjadi amalan tuan tanah sejak awal abad ke-19 untuk menyewakan tanah mereka kepada pengusaha-
pengusaha Eropah dan Cina lebih-lebih lagi pengusaha-pengusaha ini tidak dibenarkan membeli tanah. Van der Capellan menganggap
tindakan ini bukan sahaja merugikan tuan tanah tetapi juga kerajaan. Mengikut undang-undang tanah yang baru, tuan tanah diminta
mengembalikan wang yang telah diambil dari pengusaha. Walaupun undang-undang ini dapat mengelakkan tuan tanah kehilangan tanah
tetapi ianya dianggap sebagai satu bebanan oleh tuan tanah. Pembatalan sistem sewa tanah telah menutup satu sumber pendapatan tuan tanah.
Selain itu, wang yang diambil dari pengusaha telah pun dibelanjakan. Antara tuan tanah yang terlibat ialah Depo Negoro. M.C. Ricklefs
dalam bukunya “A History of Modern Indonesia” menegaskan pembatalan sistem sewa tanah merupakan langkah terakhir yang
membangkitkan penentangan rakyat Jawa terhadap Belanda. Pembatalan sistem sewa tanah juga membebankan petani-petani kerana mereka
telah dipaksa oleh tuan tanah untuk bekerja lebih kuat lagi bagi menambahkan pengeluaran supaya tuan tanah dapat mengembalikan wang
kepada pengusaha. Petani-petani tidak menentang tuan tanah kerana mereka mengetahui keadaan ini berlaku akibat tindakan Belanda.
b. Cukai
Perang Napoleon telah menjejaskan ekonomi Belanda. Pada tahun 1815, hutang Belanda telah meningkat 600 juta guilders. Gabenor Jeneral
yang dilantik di Jawa selepas Perang Napoleon iaitu Elout (1816), Buysken (1817) dan Van der Capellan (1819) telah diarahkan untuk
melaksanakan rancangan bagaimana Jawa dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Antara langkah yang dijalankan oleh Belanda
ialah rakyat Jawa dikehendaki menjual hasil mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran
sebagai sumbangan rakyat Jawa untuk ekonomi Belanda. Selain itu, rakyat Jawa juga dikenakan pelbagai cukai yang tinggi. Salah satu cukai
yang dianggap membebankan ialah cukai sempadan. Di bawah sistem cukai sempadan, rakyat Jawa yang melalui tanah kerajaan dikehendaki
membayar cukai. Hak memungut cukai telah diserahkan kepada orang Cina yang mengambil kesempatan mengenakan cukai tambahan
seperti cukai pintu gerbang, cukai jambatan dan sebagainya yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh Belanda.
c. Kemelesetan
Kemelesetan ekonomi telah berlaku pada 1820-an. Pada tahun 1822, berlaku kejatuhan harga kopi. Kejatuhan ini membebankan ekonomi
rakyat Jawa kerana majoriti rakyat Jawa bergantung kepada hasil kopi. Kehidupan mereka bertambah sulit apabila mereka terpaksa
membayar pelbagai cukai yang dikenakan oleh Belanda.
d. Orang Cina
Orang Cina bukan sahaja bertindak sebagai pemungut cukai tetapi juga sebagai orang tengah dan peminjam wang. Sebagai orang tengah,
mereka membeli hasil rakyat Jawa dengan harga yang lebih rendah. Sebagai peminjam wang pula, mereka mengenakan bunga yang tinggi ke
atas pinjaman orang Jawa. Kegiatan orang Cina telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Jawa.
3. Sosial
206
a. Jalan raya
Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina jalan raya dari Megelang ke Jogjakarta melalui tanah perkuburan nenek moyang Depo
Negoro di Tegalredjo. Tindakan Belanda dianggap menjejaskan kesucian Islam serta menjatuhkan maruah Depo Negoro lebih-lebih lagi
Belanda tidak berunding dengannya terlebih dahulu. Kemarahan Depo Negoro bertambah apabila Belanda menyerahkan tanggungjawab
membina jalan raya ini kepada Perdana Menteri Pateh Denvredjo yang merupakan musuh Depo Negoro.
b. Islam
Depo Negoro merupakan seorang yang alim dan banyak menghabiskan masa bermeditasi di Gua Langse di Pergunungan Silarong. Rakyat
Jawa menganggap beliau sebagai pemimpin Islam Jawa dengan gelaran Sheikh Ngadburrahim dan Sheikh Ngabdul Hamid. Tindakan
Belanda tidak menyifatkannya sebagai pemimpin Islam Jawa telah mendapat bantahan Depo Negoro. Dewasa itu telah wujud kepercayaan
terhadap “Ratu Adil” iaitu kemunculan Raja Adil yang akan menghalau Belanda dan menghapuskan penderitaan rakyat Jawa. Kepercayaan
ini diperkukuhkan dengan konsep “Imam Mahadi” dalam Islam. Orang Jawa menyokong Depo Negoro kerana mereka menganggap beliau
sebagai Raja Adil. Selain itu, rakyat Jawa telah diyakinkan bahawa peperangan dengan Belanda dan Cina merupakan jihad dan kematiannya
dianggap sebagai Syahid. Ketokohan Depo Negoro bukan sahaja dapat sokongan rakyat biada tetapi juga pembesar seperti Pangeran
Natadningrat, Pangeran Djayakusomo, Pangeran Mangkubumi, Kijau Madjo dan Sentut Primiradrjo.
c. Keruntuhan moral dalam kraton
Depo Negoro juga menentang keruntuhan moral dalam kraton akibat pengaruh Belanda. Sebagai contoh, dalam majlis yang diadakan
di rumah Perdana Menteri Pateh Denurudjo, minuman keras telah dihidangkan. Depo Negoro menganggap pengaruh Barat hanya
dapat dihapuskan sekiranya Belanda diusir dari Jawa.
Proses peperangan
Perang Jawa bermula 20 Julai 1825 apabila pengikut-pengikut Depo Negoro cuba menggagalkan rancangan Belanda untuk membina
jalan raya dari Magelang ke Jogjakarta. Alat-alat pembinaan dimusnahkan dan pekerja diserang menyebabkan seorang pegawai
Belanda terbunuh. Belanda bertindak balas dengan menghantar tenteranya menangkap Depo Negoro dan pengikutnya. Kegagalan
untuk menangkap mereka telah menyebabkan Belanda membakar rumah Depo Negoro. Depo Negoro dan pengikutnya melarikan diri
ke kawasan pergunungan Kalisoko dan kemudiannya muncul di Jogjakarta menyerang orang Cina dan Belanda. Pada tahun 1828,
Depo Negoro mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan. Tentera Belanda yang dihantar oleh Belanda untuk menentang Depo Negoro
dipimpin oleh Van Green, Cochivs dan De Knock. Pada April 1828, Pangeran Natadningrat berpaling tadah dan menyebelahi Belanda.
Menjelang April 1829, lebih banyak pengikut Depo Negoro berpaling tadah. Antara mereka ialah Pangeran Djayakusumo, Pangeran
Mangkubumi, Rajai Madjo dan Sentut Primiradrjo. Apabila menyedari perjuangannya akan menemui kegagalan, Depo Negoro
bersetuju untuk mengadakan rundingan sejak tahun 1830. Kegagalan rundingan tersebut menyebabkan Depo Negoro ditangkao pada
28 Mac 1830 dan dibuang ke Medano. Pada tahun 1834, beliau dipindahkan ke Makasar di mana beliau meninggal dunia pada 8
Januari 1855.
Kesan-kesan
1. Membebankan kewangan Belanda
Perang Jawa telah membebankan lagi ekonomi Belanda yang hampir muflis selepas Perang Napoleon. Perang Jawa telah menelan
perbelanjaan antara 20 juta – 25 juta guilders yang sebahagian besarnya didapati dari pinjaman. Selepas Perang Jawa, Belanda mula
mengambil lankah untuk mengurangkan kos pentadbiran dengan mengurangkan residensinya di Jawa.
2. Wilayah
Bagi mengelakkan berulangnya peristiwa seperti Perang Jawa, Belanda mula mengambil tindakan untuk menguasai beberapa wilayah
Jogjakarta dan Surakarta. Pemerintahnya telah dibayar sagu hati. Antara wilayah yang dikuasai ialah Bangjumas, Bagelen, Manduin dan
Kediri.
3. Sistem Kultur
Bebanan kewangan yang bertambah akibat Perang Jawa menyebabkan Belanda mengambil pendekatan baru untuk mengatasi masalah
ekonominya. Raja Belanda telah mengarahkan Van den Bosch untuk merangka satu rangcangan bagaimana Jawa digunakan untuk membantu
ekonomi Belanda. Akibatnya, Sistem Kultur telah mula dilaksanakan oleh Ven den Bosch di Jawa pada 8 Januari 1830. Di bawah sistem ini,
petani-petani dikehendaki memperuntukkan 1/5 daripada tanah mereka untuk ditanam dengan tanaman dieksport yang ditetapkan oleh
kerajaan seperti tebu, kopi, tembakau, kapas, cengkih, nila, kina dan sebagainya.
4. Sistem sewa tanah
Selepas Perang Jawa, Belanda mengkaji semula dasar pentadbirannya terutamanya dasar ekonomi di Jawa. Belanda menyedari punca utama
Perang Jawa ialah pembatalan sistem sewa tanah yang dilaksanakan oleh Van der Capellan sejak 1 Januari 1824. Akibatnya, selepas Perang
Jawa, pembatalan sistem sewa tanah tersebut ditarik balik. Pembatalan undang-undang itu membolehkan tuan tanah menyewakan tanah
mereka kepada pengusaha-pengusaha.
5. Penderitaan
Perang Jawa telah menimbulkan pelbagai penderitaan bukan sahaja di pihak rakyat Jawa tetapi juga di pihak Belanda. Belanda kehilangan 15
ribu askar yang terdiri daripada 8 ribu Belanda dan 7 ribu Jawa. Di pihak rakyat Jawa, dianggarkan 200 ribu orang terkorban. Perang Jawa
telah membawa kepada penderitaan lain seperti penyakit, kekurangan makanan dan sebagainya.
6. Kegagalan pentadbiran Belanda
Perang Jawa membuktikan kegagalan pentadbiran Belanda di Jawa terutamanya rancangan ekonomi Van der Capellan. Selepas Perang Jawa,
Belanda mula mengkaji penubuhan pentadbiran serta dasar ekonomi.
7. Nasionalisme
207
Perang Jawa telah memberi kesan terhadap kebangkitan nasionalisme Indonesia. Van de Krof dalam bukunya “Prince Depo Negoro:
Progenitor of Indonesia Nationalism” menegaskan walaupun Perang Jawa bukan merupakan kebangkitan nasionalisme, tetapi ianya telah
dijadikan ilham oleh nasionalis-nasionalis pada abad ke-20 untuk membangkitkan penentangan terhadap Belanda.
8. Kebangkitan lain
Perang Jawa mempengaruhi kebangkitan lain oleh rakyat Hindia Timur untuk menentang Belanda. Antaranya ialah Kebangkitan Ambun dan
Kebangkitan Sumatera.
Kesimpulan
Perang Jawa telah meninggalkan pelbagai kesan terutamanya terhadap nasionalisme Indonesia. Peperangan ini merupakan gerakan
anti-Belanda yang terbesar pada abad ke-19. Ahli-ahli Sejarah menganggap Perang Jawa sebagai “fore runner” kepada gerakan anti-
Belanda yang lebih sistematik pada abad ke-20. Hal ini ditegaskan oleh Van de Krof dalam bukunya “Prince Depo Negoro:
Progenitor of Indonesia Nationalism”.
Sistem Kultur/ Kebudayaan
Pengenalan
Sistem Kultur mula dilaksanakan di Jawa pada tahun 1830 oleh Van de Bosch. Beliau merupakan seorang ahli sosio ekonomi yang telah
berjaya dalam rancangan untuk membantu petani-petani miskin di Belanda. Van de Bosch telah diarahkan oleh Raja Belanda untuk merangka
satu rancangan bagaimana Indonesia dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Beliau mengemukakan rancangannya pada tahun
1828 yang dikenali sebagai Sistem Kultur. Bagi memudahkan perlaksanaannya, Van de Bosch telah dilantik sebagai Gabenor Jeneral Jawa
pada Januari 1830. Sistem Kultur mempunyai kesamaan dengan Sistem Tanaman Paksa yang dilaksanakan oleh Syarikat Hindia Timur
Belanda (VOC) pada abad ke-18. J.M. Kahim dalam bukunya “Nationalism And Revolution in Indoensia” menegaskan secara menyeluruh,
Sistem Kultur dilaksanakan sehingga 1877 dan dihapuskan sama sekali pada tahun 1915.
Sebab-sebab
Sistem Kultur dilaksanakan dengan tujuan untuk mengatasi masalah ekonomi Belanda yang hampir muflis kerana beberapa sebab:
1. Perang Napoleon
Penglibatan Belanda dalam Perang Napoleon 1795-1815 telah membebankan ekonomi Belanda. Kerajaan Belanda terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi serangan Perancis. Bila Belanda dikuasai oleh Perancis pada tahun 1795, segala hasil Belanda
telah dibolot oleh Perancis. Semasa Perang Napoleon juga, Belanda kehilangan hasil tanah jajahannya yang terpaksa diserahkan kepada
British mengikut Surat Kew 1795. Hutang Belanda yang berjumlah 600 juta guilders pada tahun 1815 telah meningkat 900 juta guilders pada
tahun 1830. Faedah tahunan ke atas hutang tersebut yang berjumlah 15 juta guilders pada tahun 1815 telah meningkat 25 juta guilders pada
tahun 1830.
2. Perang Jawa
Penglibatan Belanda dalam Perang Jawa 1825-1830 membebankan lagi ekonomi Belanda. Peperangan tersebut telah menelan perbelanjaan
antara 20-25 juta guilders yang sebahagian besarnya dibiayai oleh pinjaman.
3. Pemberontakan Belgium
Kesatuan Netherlands yang menggabungkan Holand dan Belgium telah hancur akibat pemberontakan Belgium sejak tahun 1830. Belanda
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi pemberontakan tersebut. Kemerdekaan Belgium pada tahun 1839 telah
menyebabkan Belanda kehilangan hasil penting dari Belgium.
4. Kemelesetan ekonomi
Kemelesetan ekonomi 1820-an telah membebankan ekonomi Belanda. Kejatuhan harga kopi pada tahun 1822 menjejaskan pendapatan
Belanda yang banyak bergantung kepada hasil kopi dari Jawa.
5. Singapura
Pendudukan British di Singapura sejak tahun 1819 telah menjejaskan ekonomi Belanda kerana Singapura menjadi saingan Betawi. Taraf
pelabuhan bebas dan dasar perdagangan bebas yang diamalkan British dapat menarik pedagang-pedagang dari Betawi ke Singapura.
6. Kegagalan rancangan ekonomi
Kegagalan rancangan ekonomi di Jawa telah menjejaskan ekonomi mereka. Kegagalan rancangan ekonomi Van der Capellen telah
membangkitkan penentangan rakyat Jawa sehingga meletusnya Perang Jawa 1825-1830.
7. Perjanjian British-Belanda 1824
Perjanjian British-Belanda 1824, sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi Belanda. Pertukaran Melaka dengan Bengkulan merugikan
Belanda kerana Bengkulan terkeluar dari jalan perdagangan Timur-Barat. Mengikut perjanjian tersebut juga, Belanda terpaksa menjelaskan
semua hutangnya kepada British.
8. VOC (Syarikat Hindu Timur Belanda)
VOC menjadi muflis dan terpaksa dibubarkan pada tahun 1799. Pembubaran VOC membebankan ekonomi Kerajaan Belanda yang terpaksa
menanggung hutang VOC sebanyak 144 juta guilders.
9. Pemberontakan lain
Pemberontakan-pemberontakan lain yang berlaku di Hindia Timur juga menjejaskan ekonomi Belanda. Belanda terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan bagi menghapuskan pemberontakan-pemberontakan tersebut. Antaranya ialah Pemberontakan Ambun dan Pemberontakan
Sumatera.
10. Pedagang Bugis dan Cina
Dasar liberal Stamford Raffles semasa mentadbir Jawa 1811-1816 telah menyebabkan orang-orang Bugis dan Cina muncul sebagai
pedagang-pdagang penting di Hindia Timur. Apabila Belanda kembali memerintah Jawa sejak tahun 1816, mereka terpaksa
menghadapi saingan pedagang-pedagang Bugis dan Cina.
208
Ciri-ciri Sistem Kultur
1. Petani-petani dkehendaki memperuntukkan 1/5 daripada tanah mereka untuk tanaman eksport yang ditetapkan oleh kerajaan
seperti tebu, kopi, tembakau, cengkih, kayu manis, teh, kina, nila dan sebagainya.
2. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport dikecualikan dari cukai.
3. Sekiranya tanaman eksport musnah disebabkan oleh bencana alam seperti banjir dan kemarau dan bukannya kecuaian petani,
maka kerugiannya akan ditanggung kerajaan.
4. Tanaman padi mesti diutamakan. Petani-petani akan mengerjakan tanaman eksport selepas selesai mengerjakan tanaman padi.
5. Masa yang ditetapkan untuk tanaman eksport ialah 66 hari setahun.
6. Petani-petani akan bekerja di arah arahan pembesar-pembesar tempatan yang diawasi oleh penyelia-penyelia Belanda.
Pembesar dan penyelia Belanda akan dibayar komisen berdasarkan sistem peratus daripada hasil pengeluaran kawasan masing-
masing.
7. Pengkhususan kerja akan dilaksanakan di mana petani-petani ditetapkan sama ada untuk membajak, menanam, menjaga
tanaman, menuai, memungut hasil dan sebagainya.
8. Tugas mengeksport hasil pertanian menjadi tanggungjawab Belanda. Syarikat perkapalan Belanda yang ditubuhkan pada
tahun 1824 diberi monopoli untuk membeli, mengangkut dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran Eropah.
9. Semua hasil tanaman eksport akan dihantar ke pusat pengumpul. Sekiranya ditafsirkan lebih, maka lebihan hasil akan
dipulangkan kepada petani.
10. Petani-petani yang tidak mempunyai tanah dikehendaki bekerja untuk tanaman eksport 66 hari setahun.
11. Sebuah badan pelindung akan ditubuhkan untuk menjaga kebajikan petani-petani di Jawa.
12. Dari segi teorinya, semua pihak, iaitu Kerajaan Belanda dan petani Jawa akan menikmati faedah dari sistem perlaksanaan
Kultur.
Kesan-kesan
1. Ekonomi
a. Menguntungkan Belanda
Sistem Kultur menguntungkan Belanda dari segi ekonomi. Keuntungan tahunan dianggarkan 20 juta guilders. Antara tahun 1830-1877,
Belanda memperolehi keuntungan 832.4 juta guilders. Keuntungan ini dapat digunakan oleh Belanda untuk mengatasi masalah ekonominya
seperti menjelaskan hutang, menggantikan wang yang digunakan dalam Pemberontakan Belgium, membangunkan Belanda dengan membina
jalan raya, jalan keretapi, membiayai pusat dan sebagainya. J.S. Fainival dalam bukunya “Netherlands India: A Study of Plural Economy”
menegaskan Sistem Kultur sebagai “life belt which kept Netherlands of loat”.
b. Meruntuhkan sistem ekonomi sara diri
Sistem Kultur meruntuhkan sistem ekonomi sara diri. Belanda telah memperkenalkan tanaman jualan seperti tebu, kopi, tembakau, cengkih,
kayu manis dan sebagainya. Akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman eksport menyebabkan tanaman sara diri khususnya padi mengalami
kemerosotan.
c. Kedudukan ekonomi rakyat Jawa
Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan kedudukan ekonomi rakyat Jawa terutamanya di Jawa Tengah seperti Tegal, Cheribon dan
Priangan mengalami kemerosotan akibat penyelewengan dalam perlaksanaan sistem tersebut sejak tahun 1836. Petani-petani telah dipaksa
untuk bekerja lebih dari 66 hari setahun untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa bekerja untuk
tanaman eksport sehingga 240 hari setahun. Selain itu, petani-petani juga dipaksa memperuntukkan lebih 1/5 tanah mereka untuk tanaman
eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa memperuntukkan ¼, 1/3, ½, ¾ dan sebagainya untuk tanaman eksport.
Malah terdapat petani-petani di beberapa kawasan Jawa Tengah yang dipaksa memperuntukkan semua tanah mereka untuk tanaman eksport.
Keadaan bertambah buruk kerana adanya komisen berdasar sistem peratus yang dibayar kepada pembesar dan penyewa Belanda. Hal ini
menyebabkan pembesar dan penyelia Belanda memaksa petani-petani memperuntukkan lebih masa dan tanah bagi menanam tanaman eksport
untuk menambahkan pengeluaran supaya mereka mendapat komisen yang lebih. Petani-petani juga dipaksa melakukan kerja-kerja lain seperti
membina jalan raya, jambatan, terusan dan sebagainya. Pada tahun 1830-an, arahan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Belanda supaya petani-
petani Jawa menjual hasil tanaman mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebagai
sumbangan kepada rakyat Jawa untuk membantu ekonomi Belanda. Sebagai contoh, pada tahun 1833, rakyat Jawa dipaksa menjual hasil kopi
mereka kepada kerajaan dengan harga yang lebih rendah dari pasaran. Pelbagai penyelewengan telah berlaku dalam perlaksanaan Sistem
Kultur. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport juga dikenakan cukai. Pengkhususan kerja tidak dilaksanakan menyebabkan
petani-petani terpaksa bekerja untuk tanaman eksport sepanjang tahun. Badan pelindung yang diharapkan dapat menjaga kebajikan petani
tidak pernah ditubuhkan oleh Belanda. J.S. Farnival dalam bukunya “Netherlands India: A Study of Plural Economy” menegaskan Sistem
Kultur tidak memberi peluang pada wujudnya kelas perdagangan tempatan. Fungsi ekonomi rakyat Jawa hanya sebagai buruh pertanian
kepada Kerajaan Belanda. Mereka tidak mempunyai pengalaman perdagangan dan terputus dari pasaran antarabangsa.
d. Keuntungan terhad
Sistem Kultur memberi keuntungan terhad kepada Jawa. Sistem ini hanya menguntungkan petani-petani di Probolingo, Passoren dan
daerah-daerah lain di Jawa Timur kerana di kawasan ini Sistem Kultur dilaksanakan sebagaimana yang dirancang oleh Van de Bosch.
Pembesar-pembesar dan penyelia-penyelia Belanda di kawasan ini lebih mengutamakan kebajikan petani. Di kawasan ini, tanaman
padi tidak diabaikan. Untuk memudahkan pengakutan hasil pertanian dan kawasan pengeluaran pelaburan, banyak jalan raya telah
dibina di Jawa. Akibatnya, seluruh Jawa dapat dihubungi kerana adanya sistem jalan raya yang baik. Lebih banyak tanah dibuka
untuk pertanian menyebabkan Jawa muncul sebagai negeri pertanian dan lebih maju daripada pulau-pulau luar. Dalam melaksanakan
Sistem Kultur, Belanda telah mempelbagainya pertanian. Dalam jangka masa panjang, ianya memberi manfaat ekonomi yang
berorientasikan pertanian eksport.
e. Sistem ekonomi bebas
209
Sistem Kultur meruntuhkan sistem ekonomi bebas kerana sistem ini merupakan monopoli kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Jawa.
Kapitalis-kapitalis tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Jawa.
f. Betawi
Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan Betawi muncul sebagai pelabuhan penting pengeksport hasil pertanian Jawa.
g. Negeri Belanda
Negeri Belanda telah menjadi pasaran penting di Eropah yang menjual hasil pertanian Jawa.
h. Syarikat Perkapalan Belanda
Syarikat Perkapalan Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1824 telah muncul sebagai syarikat perkapalan yang ke-3 terbesar di Eropah.
Syarikat ini telah diberi monopoli untuk membeli, mengangkut dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran Eropah.
i. Jawa
Sistem Kultur hanya dilaksanakan di Jawa sedangkan pulau-pulau luar diabaikan. Selain itu, di bawah Sistem Kultur, kegiatan ekonomi
hanya tertumpu dalam bidang pertanian sedangkan ekonomi lain tidak dijalankan.
2. Sosial
a. Petambahan penduduk
Perlaksanaan Sistem Kultur telah mengakibatkan berlakunya pertambaha penduduk di Jawa. Penduduk Jawa telah meningkat 50% semasa
perlaksanaan Sistem Kultur pada tahun 1830-1877. Buktinya: penduduk Jawa yang berjumlah 6 juta pada tahun 1830 telah meningkat 9.5
juta pada tahun 1877. Pertambahan berlaku kerana wujudnya keamanan semasa perlaksanaan Sistem Kultur. Belanda telah mengambil
langkah untuk menjamin wujudnya keamanan bagi menjayakan Sistem Kultur.
b. Kebuluran
Perlaksanaan Sistem Kultur telah mengakibatkan berlakunya kebuluran di Jawa Tengah, terutamanya di Tegal, Cheribon dan Priangan, pada
tahun 1840-an, terutamanya antara 1843-1850. Kebuluran I berlaku di Cheribon pada tahun 1843. Kebuluran yang dashyat berlaku di Jawa
Tengah pada tahun 1849-1850 di mana 300 ribu orang terkorban. Punca utama berlakunya kebuluran disebabkan kurangnya pengeluaran
tanaman makanan iaitu padi akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman eksport. Petani-petani telah dipaksa untuk memperuntukkan lebih
masa dan tanah untuk tanaman eksport.
c. Merenggang hubungan petani-pembesar
Sistem Kultur merenggangkan hubungan antara petani dengan pembesar kerana pembesar telah bekerjasama dengan Belanda dalam
menjayakan Sistem Kultur. Rakyat Jawa tidak lagi menganggap pembesar sebagai pelindung kerana mereka bersama-sama dengan
Belanda telah menindas rakyat semasa perlaksanaan Sistem Kultur.
d. Mengukuhkan kuasa pembesar
Sistem Kultur telah mengukuhkan kuasa pembesar-pembesar kerana mereka diperlukan oleh Belanda bagi menjayakan Sistem Kultur. Untuk
mendapat sokongan, mereka telah diberi geran tanah dan jawatan-jawatan mereka dijadikan turun-temurun. Malah mereka juga dianggap
sebagai pemangku raja. Selain itu, pembesar-pembesar juga dibayar komisen dalam perlaksanaan Sistem Kultur.
e. Penghijrahan
C.L.M. Penders dalam bukunya “Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism 1830-1942” menegaskan perlaksanaan
Sistem Kultur telah mengakibatkan penghijrahan rakyat Jawa ke pulau-pulau luar. Rakyat Jawa berhijrah dengan tujuan untuk mengelakkan
penindasan dan kerja paksa di bawah Sistem Kultur.
f. Sistem perhubungan
Semasa perlaksanaan Sistem Kultur, banyak jalan raya telah dibina di Jawa. Langkah tersebut sedikit sebanyak telah memberi kemudahan
perhubungan kepada rakyat Jawa. Walau bagaimanapun, sistem perhubungan diwujudkan untuk kepentingan ekonomi khususnya untuk
mengangkut hasil pertanian dari kawasan pengeluaran ke pelabuhan.
Kesimpulan
Sistem Kultur telah membawa pelbagai penderitaan kepada rakyat Jawa. Akibatnya, sistem ini bukan sahaja ditentang oleh rakyat
Jawa tetapi juga orang-orang Belanda, terutamanya golongan liberal di negeri Belanda. Mereka mendakwa Sistem Kultur merupakan
sistem pemerasan dan ½ perhambaan. Mereka mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat
menjaga kebajikan rakyat Jawa. Penentangan terhadap Sistem Kultur semakin hebat selepas terbitnya novel “Max Havelaar” oleh
Douwes Dehken dan risalah Regulation of Sugar Contracts in Java oleh Van de Dutte. Apabila Parti Liberal memerintah Belanda
sejak tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur bagi menggantikan Sistem Kultur.
Dasar Liberal
Pengenalan
Dasar Liberal bukan merupakan sistem ekonomi seperti Sistem Kultur. Ianya merupakan dasar pentadbiran dan perlaksanaannya merupakan
langkah ke arah menghapuskan Sistem Kultur. Keburukan Sistem Kultur telah mendapat tentangan daripada rakyat Jawa dan juga orang-
orang Belanda. Dasar Liberal dilaksanakan dengan tujuan untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial rekyat Hindia Timur terutamanya
rakyat Jawa yang tertindas akibat perlaksanaan Sistem Kultur. Selain itu, Dasar Liberal bertujuan untuk memberi peluang kepada kapitalis-
kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah di Belanda pada tahun 1863, Dasar
Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur.
Sebab-sebab
1. Keburukan Sistem Kultur
Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan kedudukan rakyat Jawa terutamanya di Jawa Tengah seperti Tegal, Cheribon dan Priangan
mengalami kemerosotan akibat penyelewengan dalam perlaksanaan sistem tersebut sejak tahun 1836. Petani-petani telah dipaksa untuk
bekerja lebih dari 66 hari setahun untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa bekerja untuk tanaman
eksport sehingga 240 hari setahun. Selain itu, petani-petani juga dipaksa memperuntukkan lebih 1/5 tanah mereka untuk tanaman eksport.
210
Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa memperuntukkan ¼, 1/3, ½ dan ¾ dan sebagainya untuk tanaman eksport.
Malah terdapat petani-petani di beberapa kawasan Jawa Tengah yang dipaksa memperuntukkan semua tanah mereka untuk tanaman eksport.
Keadaan bertambah buruk kerana adanya komisen berdasarkan sistem peratus yang dibayar kepada pembesar dan penyelia Belanda. Hal ini
menyebabkan pembesar dan penyelia Belanda memaksa petani-petani memperuntukkan lebih masa dan tanah bagi menanam tanaman eksport
untuk menambahkan pengeluaran. Petani-petani juga dipaksa melakukan kerja-kerja lain seperti membina jalan raya, jambatan, terusan dan
sebagainya. Pada tahun 1830-an, arahan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Belanda supaya petani-petani Jawa menjual hasil tanaman mereka
kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebagai sumbangan rakyat Jawa untuk membantu ekonomi
Belanda. Sebagai contoh, pada tahun 1833, rakyat Jawa dipaksa menjual hasil kopi mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang
lebih rendah dari harga pasaran. Pelbagai penyelewengan telah berlaku dalam perlaksanaan Sistem Kultur. Tanah yang diperuntukkan untuk
tanaman eksport juga dikenakan cukai. Pengkhususan kerja tidak dilaksanakan menyebabkan petani-petani terpaksa bekerja untuk eksport
untuk sepanjang tahun. Badan pelindung yang diharapkan dapat menjaga kebajikan petani tidak pernah ditubuhkan. J.S. Farnival dalam
bukunya “Netherlands India: A Study of Plural Economy” menegaskan Sistem Kultur tidak memberi peluang pada wujudnya kelas
perdagangan tempatan. Fungsi ekonomi rakyat Jawa hanya sebagai buruh pertanian kepada Belanda. Mereka tidak mempunyai pengalaman
perdagangan dan terputus dari pasaran antarabangsa.
Perlaksanaan Sistem Kultur telah mengakibatkan berlakunya kebuluran di Jawa Tengah, terutamanya di Cheribon, Tegal dan Priangan. Pada
tahun 1840-an, terutamanya 1843-1850. Kebuluran pertama berlaku di Cheribon pada tahun 1843. Kebuluran yang dashyat berlaku di Jawa
Tengah pada 1849-1850 di mana 300 ribu nyawa terkorban. Punca utama berlakunya kebuluran ialah kekurangan pengeluaran tanaman
makanan, iaitu padi akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman eksport. Petani-petani telah dipaksa untuk memperuntukkan lebih masa dan
tanah untuk tanaman eksport
Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Jawa dan sistem ini hanya menguntungkan Belanda. Kerajaan Belanda telah
mengabaikan kebajikan umum rakyat Jawa. Tidak ada langkah-langkah yang diambil bagi meningikan taraf sosial terutamanya kesihatan dan
pendidikan rakyat Jawa.
2. Kebangkitan fahaman Liberal
Sejak pertengahan abad ke-19, fahaman liberal telah merebak di Eropah termasuk di Belanda. Golongan liberal di bawah pimpinan
Van Hoeval telah mengecam hebak Sistem Kultur dan menganggapnya sebagai sistem pemerasan dan ½ perhambaan. Mereka
mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat Hindia
Timur dan bukannya menindas mereka. Mereka juga menegaskan tanggungjawab penjajah ialah menjaga kebajikan rakyat yang
dijajah. Sistem Kultur yang merupakan monopoli kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Jawa amat bertentangan dengan prinsip
ekonomi golongan liberal. Mereka mahukan kerajaan melaksanakan dasar ekonomi bebas/laissez faire yang membuka peluang kepada
kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Mereka menegaskan langkah ini akan menyebabkan
perkembangan ekonomi yang pasti menguntungkan Belanda dan rakyat Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah Belanda
pada tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur. Antara tokoh golongan liberal ialah Van Hoeval, Van de Putte,
Thorbecke dan Douwas Dekken.
3. Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan 1848 telah menetapkan raja Belanda melalui Menteri Tanah Jajahan mesti melaporkan hal ehwal tanah jajahan kepada
Parlimen tiap-tiap tahun. Pindaan perlembagaan tersebut juga telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang
berkaitan dengan kewangan tanah jajahan. Akta Akaun 1864 telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk meluluskan belanjawan tanah
jajahan. Akta tersebut juga telah menamatkan hak mutlak raja ke atas tanah jajahan. Tanggungjawab ke atas tanah jajahan telah diserahkan
kepada Parlimen Belanda. Perkembangan ini membolehkan ahli-ahli liberal dalam Parlimen mengecam Sistem Kultur dan melaksanakan
Dasar Liberal.
4. Desakan kapitalis
Kapitalis-kapitalis Belanda telah mengecam Sistem Kultur kerana ianya merupakan monopoli kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Kapitalis-
kapitalis tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di bawah Sistem Kultur. Mereka mendesak Kerajaan Belanda
melaksanakan dasar ekonomi bebas/laissez faire yang membuka peluang kepada kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia
Timur. Kapitalis-kapitalis yang terdiri daripada pedagang-pedagang, pengusaha-pengusaha industri, pemilik bank dan sebagainya mahu
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi bukan sahaja di Jawa, tetapi di seluruh Hindia Timur dan bukan sahaja dalam pertanian tetapi juga
dalam kegiatan ekonomi lain. Mereka mahu memperolehi sebahagian keuntungan di Hindia Timur yang selama ini hanya dinikmati oleh
kerajaan. Apabila Parti Liberal yang disokong kuat oleh golongan kapitalis memerintah Belanda sejak tahun 1863, maka dasar yang
menguntungkan kapitalis, iaitu Dasar Liberal dilaksanakan di Hindia Timur. Desakan kapitalis juga menyebabkan Kerajaan Belanda
melaksanakan undang-undang pertanian 1870 di Hindia Timur yang membolehkan kapitalis menyewa tanah rakyat tempatan dalam tempoh
maksimum 35 tahun dan tanah kerajaan 75 tahun.
5. Faktor kemanusiaan
Faktor kemanusiaan juga bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Dasar Liberal di Hindia Timur. Penderitaan rakyat Jawa tanah mendapat
simpati orang-orang Belanda. Mereka mengutuk Sistem Kultur dan mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab
yang dapat meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat Hindia Timur. Golongan ini menegaskan tanggungjawab Kerajaan Belanda ialah
menjaga kebajikan mereka dan bukannya menindas mereka. Faktor kemanusiaan kemuncak dengan terbitnya novel “Max Havelaar” oleh
Douwes Dukker pada tahun 1860. Novel tersebut telah mendedahkan penderitaan serta penyelewengan dalam perlaksanaan Sistem Kultur.
C.L.M. Penders dalam bukunya “Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism 1830-1842” dan D.G.E. Hall dalam
bukunya “A History of South East Asia” menegaskan novel “Max Havelaar” telah membangkitkan penentangan rakyat Belanda terhadap
211
Sistem Kultur. Faktor kemanusiaan diperkukuhkan lagi dengan terbitnya kisah “Regulation of Sugar Contract in Jawa” oleh Van de
Putte pada tahun 1862. Risalah tersebut telah mendedahkan keterlaluan-keterlaluan dalam perlaksanaan Sistem Kultur.
Kesan-kesan
1. Ekonomi
a. Perkembangan ekonomi
Perlaksanaan Dasar Liberal telah mengakibatkan perkembangan ekonomi di seluruh Hindia Timur akibat penglibatan modal kerajaan dan
kapitalis. Perkembangan ekonomi terbukti dengan pertambahan nilai eksport dan import. Antara tahun 1870-1900, eksport Hindia Timur
meningkat 2 kali ganda dan import meningkat 4 kali ganda. Buktinya eksport Hindia Timur bernilai 107 juta guilders pada tahun 1870 telah
meningkat 258 juta guilders pada tahun 1900, manakala import yang bernilai 44 juta guilders pada tahun 1870 telah meningkat 176 juta
guilders pada tahun 1900. Tanaman baru seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko diperkenalkan. Banyak kilang didirikan dan syarikat-
syarikat perdagangan serta bank ditubuhkan. Satu sistem ekonomi yang berorientasikan pertanian ladang dan perlombongan mula dijalankan
di Hindia Timur. J.F. Cady dalam bukunya, “South East Asia: Its Historical Development” menegaskan hasil pertanian ladang telah
meningkat 10 kali ganda antara 1860-1885. Perlombongan bijih timah juga dijalankan di Bangka dan Belitung. Sebagai contoh, pengeluaran
bijih timah Bangka sebanyak 2200 tan pada tahun 1870 telah meningkat 10 ribu tan pada tahun 1900
b. Ekonomi seluruh Hindia Timur
Di bawah Dasar Liberal, kegiatan ekonomi dijalankan di Jawa dan juga pulau-pulau luar yang sebelumnya diabaikan. Sebagai contoh,
pengusaha-pengusaha Belanda telah membuka ladang tembakau di Sumatera Timur dan Selatan. Selain itu, kegiatan ekonomi bukan sahaja
tertumpu dalam bidang pertanian, tetapi juga dalam bidang ekonomi lain. Sebagai contoh, pengeluaran arang dijalankan di Kalimantan
Selatan dan Sumatera Barat. Pengeluaran minyak dijalankan di Sumatera dan Kalimantan mulai tahun 1883.
c. Kedudukan ekonomi rakyat Hindia Timur
Dasar Liberal meninggikan taraf ekonomi rakyat Hindia Timur dan dasar ini hanya menguntungkan kapitalis-kapitalis Belanda dan Cina.
Sistem ekonomi bebas di bawah Dasar Liberal menyebabkan rakyat tempatan tidak dapat bersaing dengan kapitalis kerana kekurangan modal
dan pengetahuan. Fungsi ekonomi mereka hanya sebagai buruh di ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis. Mereka dibayar gaji
yang rendah dan bekerja dalam suasana yang menyedihkan. Daya pembelian rakyat Hindia Timur semakin merosot. Selain itu, mereka juga
dibebankan dengan pelbagai cukai terutamanya cukai tanah. Sebagai contoh, 80% daripada hasil cukai di Jawa dibayar oleh orang-orang
Jawa.
d. Merugikan kerajaan
Perlaksanaan Dasar Liberal menyebabkan kapitalis mengambil alih penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Kekuatan
modal mereka telah membolehkan kapitalis membuka lebih banyak ladang dan lombong di seluruh Hindia Timur. Perangkaan berikut
menunjukkan perbezaan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan dan kapitalis antara tahun 1865-1885:
Tahun Kerajaan (juta guilders) Kapitalis (juta guilders)
1865 64 34
1870 46 68
1875 41 130
1885 16 168
Perkembangan ini telah memberi bebanan ekonomi pada Kerajaan Belanda sedangkan sebelum ini masalah ekonomi telah dapat diatasi
akibat perlaksanaan Sistem Kultur. Pada tahun 1897, Kerajaan Belanda berhutang sebanyak 18 juta guilders.
2. Sosial
a. Meruntuhkan sistem sosial tradisional
Perlaksanaan Dasar Liberal telah meruntuhkan sistem sosial tradisional akibat pengambilan rakyat Indonesia sebagai buruh bergaji di
ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis. Peluasan kuasa dan perkhidmatan Kerajaan Belanda telah mempercepatkan
proses keruntuhan sistem sosial tradisional. Kawalan sosial semakin merosot dan hubungan kekeluargaan semakin renggang.
b. Sistem perhubungan
Kemajuan sistem perhubungan merupakan kesan sosial yang penting akibat perlaksanaan Dasar Liberal. Banyak jalan raya dan jalan keretapi
telah dibina di seluruh Hindia Timur. Tujuannya ialah untuk memudahkan usaha membuka kawasan pertanian dan perlombongan. Sebagai
contoh, jalan keretapi sejauh 1600 km pada tahun 1890 telah meningkat 3500 km pada tahun 1900. Perkhidmatan telegraf kawasan
pedalaman yang pertama telah diadakan pada tahun 1856. Perkhidmatan pos kawasan pedalaman yang pertama telah diadakan pada tahun
1866. Perkhidmatan telefon semakin berkembang dan syarikat telefon yang petama ditubuhkan pada tahun 1882.
c. Pelajaran
Di bawah Dasar Liberal, Belanda mula membina sekolah-sekolah untuk rakyat tempatan. Pada tahun 1871, terdapat 263 sekolah dan pada
tahun 1898, jumlah sekolah meningkat menjadi 516 buah. Selain itu, maktab-maktab latihan perguruan dan institut-institut latihan khas telah
ditubuhkan. Sebagai contoh, penubuhan Sekolah Latihan Doktor di Jawa pada tahun 1897.
d. Kelas menengah
Perlaksanaan Dasar Liberal telah melahirkan satu kelas baru dalam masyarakat Indonesia, iaitu kelas menengah yang ditentukan oleh faktor
ras dan ekonomi. Majoriti kelas menengah terdiri daripada orang-orang Belanda, Indo-Belanda dan sebilangan kecil orang Indonesia.
e. Penghijrahan
Perkembangan ekonomi di bawah Dasar Liberal telah menggalakkan penghijrahan ramai orang Belanda ke Indonesia. Kebanyakan orang
Belanda yang berhijrah ke Indonesia terdiri daripada golongan professional dan peniaga. Selepas tahun 1870, kebanyakan orang Belanda
yang berada di Indonesia bukan lagi terdiri daripada pegawai kerajaan seperti sebelumnya. Pada tahun 1900, terdapat 67 ribu orang Belanda
di Indonesia. Bilangan orang Cina yang berhijrah ke Indonesia juga meningkat. Sebagai contoh, bilangan orang Cina di Jawa seramai 150
212
ribu orang pada tahun 1850 telah meningkat menjadi 277 ribu orang pada tahun 1900. Kebanyakan orang-orang Cina tinggal di bandar-
bandar dan menjado pekedai runcit, orang tengah dan peminjam wang. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian orang Cina yang terlibat
dalam pertanian komersil.
3. Politik
Perkembangan ekonomi di bawah Dasar Liberal yang berlaku di seluruh Indonesia telah menyebabkan Belanda mulai mengambil
langkah untuk mengelakkan pulau-pulau luar jatuh ke tangan kuasa-kuasa Barat lain. Kepentingan ekonomi juga menyebabkan
Belanda berusaha untuk menghapuskan kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam kegiatan ekonomi seperti pelanunan, perang
saudara serta kekacauan-kekacauan lain. Akibatnya, Belanda mula campur tangan dalam hal-ehwal pulau-pulau luar. Sebagai contoh,
campur tangan Belanda di Bali dan Sumatera Utara.
Kesimpulan
Dasar Liberal seperti Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Mengikut Goertz, Dasar Liberal merupakan cara
yang berlainan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu mengangkut hasil Indonesia ke Belanda. Akibatnya, Dasar Liberal bukan
sahaja ditentang oleh rakyat Indonesia, tetapi juga orang-orang Belanda, terutamanya golongan sosialis yang memperjuangkan
konsep-konsep “Hindia Timur untuk Hindia Timur”. Mereka mahukan segala keuntungan di Indonesia dibelanjakan untuk kebajikan
rakyat Indonesia. Golongan ini mendakwa Belanda mempunyai tanggungjawab moral untuk menjaga kebajikan rakyat Indonesia.
Penentangan terhadap Dasar Liberal bertambah selepas terbitnya risalah “Ons Program” oleh Dr. Abraham Kayper dan “A Debt of
Honour” oleh Ven Deventer. Apanila parti campuran Neo Calvinist dan Katholik yang dapat sokongan sosialis memerintah di
Belanda di bawah Perdana Menteri Dr. Abraham Kayper dan Menteri Tanah Jajahan Alexander Idenberg, maka Dasar Liberal
dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Etika mulai tahun 1901. Dasar Etika mempunyai 3 prinsip utama, iaitu pendidikan,
penghijrahan dan pengairan.
Nasionalisme di Indonesia
Pengenalan
Kebangkitan pergerakan nasionalisme di Indonesia bermula pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Pergerakan
nasionalisme Indonesia berlaku dikatakan sesudah orang Filipina berjuang menentang penjajah Sepanyol yang bermula pada tahun
1896 dan kemudian menentang penjajah Amerika pada tahun 1898 apabila didapati Amerika belum bersedia memberi kemerdekaan
kepada mereka seperti yang dijanjikan apabila orang Filipina membantu Amerika. Sebenarnya, perjuangan mereka telahpun bermula
sejak awal lagi, contohnya Perang Padri (1821) di Sumatera dan Perang Jawa (1825-1830). Para sarjana menyifatkan pergerakan ini
bersifat sederhana. Ia tidak melibatkan seluruh rakyat. Maka ini tidak digolongkan sebagai gerakan nasionalisme. Walau
bagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan kegiatan pemberontak ini memberi inspirasi kepada generasi muda untuk bangun
menentang penjajah Belanda.
Faktor-faktor kebangkitan nasionalisme
1. Kesamaan agama
Menurut G.M. Kahin, kesamaan agama merupakan faktor yang penting bagi perkembangan semangat nasionalisme di Indonesia. Lebih
daripada 90% penduduk Indonesia beragama Islam. Agama Islam telah menyatukan segala lapisan rakyat Indonesia. Agama Islam
membolehkan rakyat Indonesia melupakan perbezaan-perbezaan kebudayaan dan keturunan serta semangat kewilayahan mereka.
2. Bahasa Melayu
213
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Indonesia telah membantu menyatukan penduduk Indonesia dan memupuk
semangat kebangsaan di kalangan mereka. Malahan, Kerajaan Belanda telah menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran
Indonesia. Bahasa Melayu muncul sebagai satu faktor integrasi yang penting.
3. Golongan intelektual
Pada mulanya, tujuan pemerintah Belanda mendirikan sekolah-sekolah bercorak Barat untuk anak-anak Eropah dan anak-anak Indonesia dari
golongan “ningrat” dan “priyai”. Dengan pendidikan yang diberikan, pemerintah Belanda berharap anak-anak ningrat dan priyai itu akan
menjadi golongan yang akan mengagung-agungkan dan membantu pihak Belanda.
Sungguhpun bilangan anak Indonesia dari golongan ningrat dan priyai serta anak-anak dari golongan biasa terhad dalam sekolah Eropah
tetapi lama-kelamaan bilangan itu telah meningkat berlipat-ganda. Hakikat ini terpaksa diterima oleh Belanda dan sukar bagi mereka untuk
menghalangnya. Malah, ada di antara mereka telah dihantar ke luar negeri terutamanya Belanda untuk melanjutkan pelajaran.
Ketika mereka berada di luar negeri, tidak sahaja dapat menambahkan pengetahuan mereka malah pengalaman dan pandangan mereka
semakin luas. Semangat nasionalisme mereka semakin kuat melihat negara-negara Barat telah mencapai kemajuan yang pesat
sedangkan Indonesia, negara ibunda mereka, masih dalam keadaan mundur dan ketinggalan dalam semua bidang. Oleh sebab itu,
mereka mula bergiat dalam persatuan-persatuan bersifat sosial untuk membincangkan nasib masa depan Indonesia. Untuk tujuan itu,
beberapa pertubuhan telah didirikan sama ada di Indonesia mahupun di negeri Belanda sendiri. Antara persatuan yang terkenal di
negeri Belanda ialah Perhimpunan Indonesia yang mana anggotanya terdiri dari pelajar-pelajar seperti Sukarno, Muhammad Hatta,
Sutan Syahrir dan lain-lain lagi. Mereka inilah kemudiannya menjadi tokoh nasionalis yang ulung.
Peranan mereka dalam gerakan nasionalisme Indonesia adalah besar. Setelah pengaruh Sarekat Islam mulai merosot dalam tahun-
tahun 1920-an, golongan pendidikan Barat mulai mengambilalih tugas itu. Dengan semangat yang gigih seperti Sukarno maka
ditubuhkan beberapa buah parti politik seperti Parti Nasional Indonesia pada tahun 1927.
4. Pengaruh luar (antarabangsa)
Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah berlaku beberapa pergerakan politik di negara-negara Asia. Pergerakan itu sedikit sebanyak
mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Indonesia. Di antaranya ialah:
a. Penentangan orang Filipina terhadap penjajah
Orang Filipina telah bangun membenrontak terhadap Sepanyol dalam tahun 1896. Dalam tahun 1898, mereka telah bersatu dengan
Amerika dan berjaya menggulingkan kekuasaan Sepanyol di Manila. Buat sementara waktu, Amerika telah mengambil alih kekuasaan
di Filipina. Tetapi apabila orang-orang Filipina sedar bahawa orangAmerika tidak bermaksud untuk memberi kemerdekaan kepada
Filipina, mereka telah menentang Amerika. Mereka menganggap Amerika sebagai penjajah dan dengan ini meletuslah Perang
Kemerdekaan yang bermula pada 10 Oktober 1898. Sungguhpun Amerika Syarikat berjaya mematahkan pemberontakan orang
Filipina tetapi akhirnya Amerika sendiri terpaksa tunduk dan memenuhi beberapa permintaan rakyat Filipina yang mahukan
kepentingan negara mereka terjamin.
b. Revolusi China, 1911
Pada 10 Oktober 1911 telah bermula satu revolusi di negeri China untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Orang Cina mensifatkan orang
Manchu sebagai pendatang dan telah menjajah negeri China apabila mereka berjaya menggulingkan Dinasti Ming dan mengambil kekuasaan
di negeri China pada tahun 1644. Sentimen anti-Manchu semakin kuat disebabkan sifat kejam orang Manchu terhadap orang Cina. Pihak
revolusiner pimpinan Dr. Sun Yat Sen berjaya mendirikan sebuah republik di negeri China. Selain Manchu, Dr. Sun juga mempunyai satu
matlamat iaitu menghapuskan tekanan Barat terhadap China.
c. Gerakan Kebangsaan India
Gerakan nasionalisme di India telah bermula dalam tahun 1885 dipelopori oleh Parti Kongres India. Penubuhan Parti Kongres India itu telah
diputuskan dalam Kongres Nasional India di Bombay pada tahun 1885. Parti Kongres dengan pimpinan Surendranath Baneriji, Ghokala,
Tilak dna Mahatma Gandhi telah memperjuangkan dengan gigihnya kemerdekaan India hingga India mencapai kemerdekaan pada tahun
1947. Pengaruh perjuangan Parti Kongres juga besar terutama dalam gerakan nasionalisme Indonesia. Taktik yang digunakan oleh Parti
Kongres seperti tidak bekerjasama telah menjadi ikutan beberapa buah parti di Indonesia seperti Sarekat Islam dan Parti Nasional Indonesia.
d. Perang Rusia-Jepun, 1904-1905
Perang Rusia-Jepun merupakan perang yang paling bersejarah kepada bangsa Asia. Perang ini ialah perang antara kuasa Barat dengan kuasa
Asia. Dalam peperangan itu, Jepun dianggap negara kecil telah berjaya mengalahkan Rusia dengan kemenangan yang paling menakjubkan.
Rusia akhirnya bersedia menandatangani Perjanjian Portsmouth. Kekalahan Rusia dianggap telah memalukan imej kuasa Barat dan sedikit
sebanyak menjejaskan kedudukan Rusia di mata dunia antarabangsa terutama kepada bangsa-bangsa Asia. Dengan kekalahan Rusia itu maka
hancurlah anggapan “bangsa Barat adalah bangsa yang kuat dan tidak dapat dikalahkan oleh orang Asia”. Ini membuktikan kemanangan
Jepun telah memberi perangsang yang kuat kepada bangsa Indonesia dan bangsa lainya untuk melakukan penentangan terhadap penjajah dan
mereka boleh mencapai kejayaan jika mereka mempunyai keyakinan dan kesungguhan seperti yang dibuktikan oleh bangsa Jepun.
e. Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah
Menurut Deliar Noer, nasionalisme di Indonesia telah bermula dengan nasionalisme Islam. Sebilangan orang Indonesia telah dipengaruhi
oleh Gerakan Reformis Islam yang dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan golongan al-Manar di Kaherah. Gerakan ini
memperjuangkan konsep pan-Islamisme dan membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran Islam.
Gerakan Reformis Islam turut telah memberi inspirasi kepada orang Islam Indonesia untuk menghadapi ancaman sekularisme Barat dan
agama Kristian. Parti-parti seperti Muhammadiah dan Sarekat Islam dipimpin oleh reformis-reformis Islam. Mereka menganggap Islam
sebagai alat tunggal untuk memajukan kepentingan-kepentingan sosioekonomi penduduk Indonesia.
5. Penubuhan Volksraad
Pada tahun 1916, Kerajaan Belanda telah meluluskan penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat) yang telah juga menyumbangkan kepada
perkembangan nasionalisme Indonesia. Penubuhan Volksraad memungkinkan penemuan nasionalis-nasionalis dari seluruh Indonesia. Mereka
214
dapat membincangkan masalah-masalah nasional Indonesia dan cara-cara mengatasinya. Hal ini telah mengukuhkan semangat
perjuangan mereka.
6. Pemerintahan Belanda yang menekan
Sejak orang Belanda datang ke Indonesia, mereka terkenal dengan sifat menindas rakyat. Dari segi ekonomi, orang Indonesia terutama petani
telah ditindas. Bukti yang paling jelas ialah perlaksanaan Sistem Kultur. Petani-petani dipaksa menyediakan sebahagian dari tanah sawahnya
untuk ditanam tanaman kerajaan, bekerja di kilang-kilang kerajaan dengan mendapat upah yang rendah. Tenaga rakyat telah diperah sehabis-
habisnya tetapi keuntungan yang diperolehi di bawa pulang ke Belanda. Nasib orang Indonesia diabaikan.
Kemudian pada tahun 1860, pemerintah Belanda mula melaksanakan Dasar Liberal. Perlaksanaan dasar ini bertujuan untuk memperbaiki
taraf hidup rakyat yang telah diabaikan. Tetapi malangnya dengan sistem ini, rakyat tidak dapat menikmati hasil keuntungan. Pengusaha-
pengusaha persendirian yang mendapat faedahnya kerana memonopoli kegiatan ekonomi. Orang Indonesia tidak dapat bersaing dengan
pengusaha asing kerana tiada modal dan kurang pengetahuan.
Dalam bidang sosial, timbul tidak puas hati terhadap tindakan Belanda yang tidak memberi pelajaran yang sempurna. Dalam
perkhidmatan kerajaan terdapat sikap pilih kasih. Walaupun orang Indonesia mempunyai kelayakan dan berkebolehan tetapi mereka
sukar mendapat pekerjaan. Jika dapat, gajinya pula rendah.
7. Kemajuan dalam sistem perhubungan
Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti akhbar vernakular, radio dan kemudahan pengangkutan telah memudahkan pengaliran
idea-idea kebangsaan di kalangan penduduk Indonesia. Hal ini menolong mengambangkan nasionalisme Indonesia.
Pengenalan
Pada tahun 1905, ditubuhkan Sarekat Pedagang Batik Arab Indonesia di bawah pimpinan Raden Mas Tirtoadisurdjo. Pada tahun
1911, pertubuhan ini dikenali sebagai Sarekat Dagangan Islamiyah di bawah pimpinan Haji Samanhudi. Pada tahun 1912, pertubuhan
ini ditukarkan menjadi Sarekat Islam di bawah pimpinan Omar Said Tjokroaminato. Pada tahun 1923, pertubuhan ini dikenali sebagai
Partai Sarekat Islam di bawah pimpinan Haji Agoes Salim.
Tujuan
Dari segi politik, Sarekat Islam ditubuhkan dengan tujuan untuk memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. Dari segi
ekonomi dan sosial, tujuannya ialah meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Dari segi agama, tujuannya ialah menyebarkan ajaran
Islam dan menyekat perkembangan agama Kristian yang dijalankan oleh Gerakan Mission dan Zending dan Mazhab Katolik dan
Protestant. Ahli Sarekat Islam pada tahun 1912 ialah 60000 orang; 1916 – 366 ribu; 1917 – 800 ribu dan 1919 – 2.5 juta.
Perkembangan sehingga 1920
1. Islam
Sarekat Islam menggunakan agama Islam sebagai lambing penyatuan orang Indonesia dalam usaha untuk menentang orang asing,
serta mengukuhkan kedudukan mereka di Indonesia. Pendekatan ini telah menarik sokongan ramai orang Islam terutamanya golongan
reformis yang terpengaruh dengan gerakan pembaharuan Islam di Timur Tengah yang dipelopori oleh Muhammad Abduh. Malah
orang-orang Islam di Kalimantan dan Sulawesi menganggap penubuhan Sarekat Islam sebagai langkah pertama ke arah melancarkan
perang suci terhadap orang asing.
2. Program sosioekonomi
Program sosioekonomi Sarekat Islam yang bertujuan untuk meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia telah mendapat sokongan orang
ramai. Ahli-ahli biasa dalam Sarekat Islam menganggap penyertaan mereka sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah
sosioekonomi mereka. Program sosioekonomi Sarekat Islam mendapat sokongan ramai kerana kehidupan rakyat Indonesia amat
terhimpit pada tahun-tahun 1913-1923 akibat Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1916, Sarekat Islam telah mengkritik Belanda kerana
gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Keberanian Sarekat Islam telah menambahkan populariti parti tersebut. Dalam
bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan langkah-langkah diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-
pelajar ke sekolah. Selain itu, Sarekat Islam mendesak Belanda melaksanakan program pelajaran wajib bagi mereka yang berumur 15
tahun ke bawah. Kerajaan Belanda juga didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk membolehkan lebih ramai belia
Indonesia melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Dalam bidang ekonomi, kerajaan didesak supaya memiliknegarakan industri-
industri penting seperti besi, tekstil dan kertas. Sarekat Islam telah menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa
dan mengadakan lebih banyak klinik yang memberi rawatan percuma kepada rakyat Indonesia. Idea nasionalisme yang diperjuangkan
telah menarik sokongan ramai. Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja
yang maksima bagi pekerja.
3. Program politik
Program politik Sarekat Islam telah menarik sokongan ramai terutamanya nasionalis-nasionalis yang sememangnya memperjuangkan
kemerdekaan Indonesia. Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan berkerajaan sendiri pada tahun 1916 dan
menuntut kemerdekaan pada tahun 1917. Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, Sarekat Islam akan menggunakan kekerasan
sekiranya perlu. Sarekat Islam juga mendesak Belanda mengadakan lebih banyak Majlis Daerah dan meluaskan kuasa majlis
terutamanya Volksraad.
4. Ketokohan pemimpin
Ahli-ahli sejarah seperti Stainberg dan Penders mengatakan populariti Sarekat Islam berpunca daripada ketokohan pemimpin,
khususnya Omar Said Tjokroaminato. Beliau merupakan orang yang lantang berpidato dan berkarisma. Beliau telah mendedahkan
beberapa ketidakadilan di bawah pemerintahan Belanda yang perlu dihapuskan. Keberanian beliau telah menarik sokongan ramai.
Malah beliau dianggap sebagai Ratu Adil iaitu kemunculan pemimpin yang akan menghapuskan penderitaan dan menghalau orang
asing dari Indonesia. Selain itu, Sarekat Islam juga mempunyai pemimpin yang berkebolehan seperti Haji Agoes Salim, Abdul Muis,
Semaun, Darsono dan lain-lain lagi.
215
5. Tolak ansur Belanda
Di bawah Dasar Etika, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia sehingga tahun 1926. Toleransi Belanda
membolehkan Sarekat Islam berkembang dengan pesat. Pada tahun 1913, Belanda mengiktiraf cawangan-cawangan Sarekat Islam
dan pada tahun 1916, Belanda mengiktiraf Sarekat Islam pusat sebagai pertubuhan nasional. Sebelum tahun 1926, Belanda tidak
mempunyai pengalaman dan keupayaan dalam menghadapi parti-parti politik semasa perkembangan Sarekat Islam.
6. Parti pertama
Sarekat Islam merupakan parti pertama yang terbuka kepada semua lapisan rakyat Indonesia. Walaupun Budi Utomo ditubuhkan lebih
awal iaitu 20 Mei 1908, tetapi parti tersebut hanya terbuka kepada golongan intelek, pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa.
7. Penyertaan ISDV
Kelab Sosial Demokratik Hindia (Indischa Social Democratischa Vereeninginp – ISDV) telah ditubuhkan pada 5 Mei 1914 oleh
Hendrick Sneeuliet. Pada tahun 1916, ISDV menyertai Sarekat Islam. Penyertaan ISDV telah menambahkan bilangan anggota Sarekat
Islam lebih-lebih lagi ISDV menguasai kesatuan sekerja.
Kemerosotan selepas tahun 1920
Walaupun ahli Sarekat Islam berjumlah 2.5 juta orang pada tahun 1919, tetapi keahliannya merosot menjelang 1920-an. Pada tahun
1928, ahlinya hanya tinggal 12 ribu orang.
1. Persaingan dengan Komunis
Dalam Sarekat Islam terdapat 2 golongan iaitu golongan yang berorientasikan Islam dan golongan yang berorientasikan Komunis.
Fahaman Komunis telah dibawa ke Indonesia oleh orang Belanda selepas penubuhan ISDV oleh Henderick Sneevliet pada 5 Mei
1914. Pada tahun 1916, ISDV menyertai Sarekat Islam. Ramai ahli Sarekat Islam terpengaruh dengan fahaman Komunis termasuk
Semaun dan Darsono. Menjelang tahun 1916, banyak cawangan Sarekat Islam telah diresapi fahaman Komunis. Semaun dan Darsono
telah berusaha untuk membawa aliran radikal ke dalam Sarekat Islam. Mereka mendapat tentangan daripada pemimpin yang
berorientasikan Islam iaitu Haji Agoes Salim dan Abdul Muis. Persaingan ini telah mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam.
Pada 10 Oktober 1920, Semaun dan Darsono telah menubuhkan Parti Komunis Indonesia (PKI). Mereka menjadikan Sarekat Islam
cawangan Semarang sebagai pusat kegiatan PKI. Dalam kongres Sarekat Islam pada tahun 1921, Agoes Salim melarang ahli Sarekat
Islam menjadi ahli parti ini. Arahan ini mengakibatkan golongan Komunis dan yang pro-Komunis keluar dari Sarekat Islam dan
menyertai PKI. Di kawasan bandar mereka menubuhkan cawangan PKI dan di kawasan luar bandar, mereka menubuhkan Sarekat
Islam Merah dan sejak tahun 1923 dikenali sebagai Sarekat Rakyat. PKI menjalankan propaganda memburukkan pemimpin Sarekat
Islam di mana mereka dituduh menyalahgunakan wang parti. Selain itu, Sarekat Islam juga dituduh sebagai parti golongan kapitalis
memandangkan majoriti pemimpinnya terdiri daripada kapitalis. Propaganda PKI telah menghilangkan keyakinan pengikut terhadap
pemimpin Sarekat Islam. Fahaman Komunis semakin merebak dan PKI telah mengambil alih kepimpinan gerakan nasionalisme
Indonesia sedangkan Sarekat Islam semakin merosot dari segi anggota dan pengaruh.
2. Pertentangan reformis/ortodoks
Pada tahun 1920-an, berlaku pertentangan antara golongan reformis dengan golongan ortodoks dalam Sarekat Islam. Golongan
ortodoks tidak mahu Sarekat Islam memperjuangkan politik, mereka mahukan Sarekat Islam memperjuangkan agama, ekonomi dan
sosial. Akibat pertentangan ini, golongan ortodoks keluar dari Sarekat Islam dan menyertai Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada
September 1926. Selain itu, terdapat sebahagian dari golongan reformis yang tidak mahu Sarekat Islam menumpukan perjuangan
dalam politik. Sejak tahun 1922, ramai antara mereka keluar dari Sarekat Islam dan menyertai Muhammadiah yang ditubuhkan pada
18 November 1912.
3. Cawangan B Sarekat Islam
Cawangan B Sarekat Islam yang radikal ditubuhkan di Jawa Barat pada tahun 1917 di bawah pimpinan Sosrokardono dan Haji Israel.
Pada tahun 1919, mereka melancarkan pemberontakan terhadap Belanda di Jawa Barat. Walau bagaimanapun, pemberontakan
tersebut berjaya dihancurkan oleh Belanda dan pemimpinnya ditangkap. Kegiatan cawangan B Sarekat Islam membimbangkan ahli-
ahli sederhana dalam Sarekat Islam. Mereka mula menganggap keahlian Sarekat Islam sebagai paspot ke arah kekacauan. Bagi
mengelakkan kekacauan dan tindakan Belanda, ramai antara mereka keluar dari Sarekat Islam.
4. Penubuhan Parti Nasional Indonesia (PNI)
Nasionalis-nasionalis sekular dalam Islam telah hilang keyakinan terhadap kemampuan Sarekat Islam dalam memperjuangkan
kemerdekaan. Akibatnya ramai antara mereka keluar dari Sarekat Islam menyertai PNI yang ditubuhkan pada 4 Jun 1927 oleh
Sukarno. Ketokohan Sukarno seperti program PNI telah menarik sokongan ramai. Sejak tahun 1927, PNI telah mengambilalih
kepimpinan gerakan nasionalisme Indonesia.
5. Tekanan Belanda
Sebelum tahun 1926, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Pemberontakan PKI pada 1926-1927 di Jawa
Barat dan Sumatera Tengah telah menyedarkan Belanda terhadap bahayanya parti politik ke atas pemerintahan Belanda. Akibatnya
sejak tahun 1926, Belanda mula menekan parti-parti politik. Tindakan Belanda sudah tentu menjejaskan perkembangan Sarekat Islam.
6. Perpecahan tahun 1930-an
Perpecahan yang berlaku dalam Sarekat Islam pada tahun 1930-an telah menambahkan kemerosotan parti tersebut. Pada tahun 1932,
seorang pemimpin Sarekat Islam, iaitu Dr. Sukirman telah keluar dari parti tersebut dan menubuhkan Parti Sarekat Islam Indonesia I.
Pada tahun 1937, Dr. Sukirman menyertai semula Sarekat Islam. Pada tahun 1938, beliau sekali lagi keluar dari Sarekat Islam dan
memperjuangkan Parti Sarekat Islam Indonesia I. Pada tahun 1940, sebarang pemimpin lagi keluar dari Sarekat Islam iaitu
Kurtosuwirdjo dan menubuhkan Parti Sarekat Islam Indonesia II.
Kesimpulan
Sungguhpun pengaruh Sarekat Islam telah pudar dalam tahun-tahun 1920-an, namun tidak dapat diragukan bahawa Sarekat Islam
telah memainkan peranan penting di peringkat awal pergerakan nasionalisme. Juga tidak dapat dinafikan bahawa Sarekat Islam
menjadi popular kepada penubuhan parti-parti politik yang lain di Indonesia.
Pembahagian dalam Pergerakan Nasionalisme Indonesia (1908-1942): parti politik dalam Indonesia
Pengenalan
216
Ahli-ahli sejarah bersetuju kebangkitan nasionalisme Indonesia bermula pada awal abad ke-20 serentak dengan perlaksanaan Dasar
Etika. Kebangkitan nasionalisme berpunca dari faktor-faktor luar dan faktor dalam. Perkembangan pelajaran Barat telah melahirkan elit-elit
politik yang telah terpengaruh dengan idea Barat. Penubuhan majlis-majlis terutamanya Volskraad dan kemajuan sistem perhubungan
memberi sumbangan terhadap kebangkitan nasionalisme. Penderitaan yang dialami di bawah pemerintahan Belanda menyedarkan rakyat
Indonesia untuk bangun memperjuangkan kemerdekaan. Kejayaan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun (1904-1905) membangkitkan semangat
nasionalisme Indonesia. Perjuangan nasionalisme di negara-negara Asia terutamanya Kongres Kebangsaan India di bawah Mahatma Gandhi
telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme. J.D. Legga dalam bukunya “Indonesia” menegaskan pembahagian dan pertandingan
merupakan ciri utama nasionalisme Indonesia 1908-1942.
Parti-parti
1. Budi Utomo
• Hari: 20 Mei 1908
• Nama: Dr. Wahidin Sudiro Usodo
• Raden Soetomo, Raden Gunawan, Mangoenkusomo
• Terbuka kepada golongan intelek, pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa.
• Memajukan kebudayaan dan pendidikan Jawa.
• Dianggap sebagai Jawa Centric dan tidak mempunyai tujuan politik sehingga tahun 1917.
• Sederhana.
• Tidak mendapat sokongan ramai kerana
a. Bukan parti orang ramai;
b. Kemunculan parti yang berorientasikan politik terutamanya Sarekat Islam.
• Pada tahun 1909, hanya 10 ribu orang ahli. Pada tahun 1917, Budi Utomo mencadangkan kerajaan berparlimen, sistem
perundangan yang seragam dan pengecualian agama serta hak dan peluang yang sama kepada seluruh rakyat Indonesia
dalam ekonomi dan sosial. Pada tahun 1935, Budi Utomo menyertai Persatuan Bangsa Indonesia untuk menubuhkan Parti
Indonesia Raya (PARINDRA).
2. Sarekat Islam
• September 1912
• Omar Said Tjokroaminato
• Haji Abbass Salim, Abdul Muis
• Terbuka kepada semua orang Islam.
• Dari segi politik, memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. Dari segi ekonomi, bertujuan untuk
meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Dari segi agama, bertujuan menyebarkan ajaran Islam dan menyekat
perkembangan ajaran Kristian.
• Pada mulanya sederhana tetapi menjadi radikal selepas penyertaan ISDV.
• Mendapat sokongan sehingga tahun 1920. Keanggotaan pada tahun 1912: 60 ribu orang; 1916: 366 ribu orang; 1917:
800 ribu orang dan 1919: 2.5 juta orang. Namun sokongan mulai merosot sejak tahun 1920. Buktinya keanggotaannya
telah merosot menjadi 12 ribu orang sahaja pada tahun 1928.
3. Indische Partij (Parti Nasional Hindia)
• September 1912
• E.F.E. Douwes Dekker
• Tjipto Mangoenkusomo, Ki Hadjar Dewantoro
• Terbuka kepada semua tetapi yang menyertai majoriti daripada orang Indo-Belanda.
• Untuk mencapai kemerdekaan penuh Indonesia dalam tempoh yang singkat dan jika perlu melalui kekerasan.
• Radikal.
• Pada tahun 1913, ahlinya 1300 Indonesia dan 10000 orang Indo-Belanda. Tidak mencapai kejayaan kerana parti ini
diharamkan pada tahun 1913 dan pemimpinnya dibuang negeri ke Belanda.
4. Muhammadiah
• 18 November 1912
• Kijai Haji Ahmad Dahlan
• Kijai Haji Rasul
• Terbuka kepada semua orang Islam tetapi yang menyertai majoriti terdiri daripada golongan reformis yang terpengaruh
dengan gerakan pembaharuan Islam di Timur Tengah.
• Untuk menyebarkan ajaran Islam sejati dan menyekat perkembangan agama Kristian serta sekularisme Barat.
Muhammadiah menjalankan kerja-kerja kebajikan serta pendidikan. Mereka menguruskan masjid-masjid, sekolah-sekolah,
perpustakaan dan klinik.
• Sederhana.
• Pada mulanya tidak mendapat sokongan kerana populariti Sarekat Islam. Sarekat Islam merosot sejak tahun 1920-an
telah menyebabkan perkembangan Muhammadiah. Pada tahun 1925 – 4000 ahli; 1930 – 24000 ahli; 1935 – 43000 ahli dan
1938 – 250000 ahli. Pada tahun 1938, Muhammadiah menguruskan 834 masjid, 31 perpustakaan, 1774 sekolah dan
mempunyai mubaligh seramai 7630 orang.
5. Indische Social Democratische Vereeniging (ISDV)
• 5 Mei 1914
• Hendrick Sneevliet
• Bergsma, Brandstender, Semaun, Darsono
217
• Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
• Pada mulanya sosialisme, kemudiannya komunisme.
• Radikal.
• Tidak mendapat sokongan ramai. Pada tahun 1916, ISDV menyertai Sarekat Islam dan bertanggungjawab membawa
aliran radikal dan komunisme ke dalam Sarekat Islam. Pada tahun 1918, Hendrick Sneevliet dibuang negeri ke Belanda
menyebabkan pimpinan ISDV jatuh ke tangan Semaun dan Darsono.
6. Parti Komunis Indonesia (PKI)
• 10 Oktober 1920
• Semaun
• Darsono, Alimin, Musso, Tan Malaka
• Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
• Komunisme serta pembentukan sebuah negara Komunis yang akan dikenali sebagai Republik Komunis Soviet Indonesia.
• Radikal, militan dan revolusioner.
• Dasar anti-Belanda PKI menarik sokongan ramai. Di kawasan bandar, mereka menubuhkan cawangan PKI dan di
kawasan luar bandar, mereka menubuhkan Sarekat Islam Merah. Sejak tahun 1923 dikenali sebagai Sarekat Rakyat. Antara
tahun 1923-1926, PKI menganjurkan permogokan bagi melumpuhkan ekonomi dan politik supaya PKI mudah rampas
kuasa. Pada tahun 1926-1927, PKI menganjurkan pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tengah. Pihak Belanda
berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut dan 13000 orang ditangkap. Beberapa orang dihukum bunuh, 4500
dipenjarakan dan selebihnya dibebaskan. PKI diharamkan.
7. Nahdatul Ulama
• September 1926
• Kijai Hasjim Asjari
• Kijai Haji Abdul Wahab Hasbullah, Kajai Haji Bisri
• Anggota: terbula kepada semua orang Islam tetapi yang menyertai majoriti terdiri daripada ulama-ulama luar bandar.
• Untuk menyebarkan ajaran Islam ortodoks dan menggalakkan pengikutnya mengikut salah satu daripada 4 mazhab
dalam Islam.
• Sederhana.
• Nahdatul Ulama menjalankan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan. Mereka menguruskan masjid-masjid, sekolah-
sekolah ortodoks, membantu balu, anak yatim dan sebagainya. Parti ini terlibat dalam perdagangan. Pada tahun 1942,
terdapat 120 cawangan Nahdatul Ulama di Kalimantan dan Jawa.
8. Parti Nasional Indonesia (PNI)
• 4 Jun 1927
• Sukarno
• Sartono, Hatta, Sjahrir, Anwari
• Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
• Untuk mencapai kemerdekaan melalui perpaduan seluruh rakyat Indonesia.
• Radikal dan mengamalkan dasar tidak kerjasama.
• PNI berusaha untuk mengukuhkan kesatuan sekerja, memajukan syarikat kerjasama dan membantu pendidikan nasional.
Program PNI dan ketokohan Sukarno telah menarik sokongan ramai. Sejak tahun 1927, PNI telah mengambilalih
kepimpinan gerakan nasionalisme Indonesia. Pada 17 Disember 1927, PNI telah berjaya mewujudkan satu gabungan
nasionalis yang dikenali sebagai Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Pada Mei 1929, PNI
mempunyai ahli seramai 10000 orang. Dasar anti-Belanda dan populariti PNI membimbangkan Belanda. Pada 24
Disember 1929, 7 orang pemimpin termasuk Sukarno ditangkap dan PNI diharamkan. Ahli-ahlinya menyertai parti-parti
lain yang wujud pada tahun 1930-an seperti Parti Rakyat Indonesia, Parti Indonesia dan PNI Baru.
9. Parti Rakyat Indonesia (PRI)
• 14 September 1930
• Muhammad Thabrani
• Raden Soetomo
• Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
• Untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.
• Sederhana dan mengamalkan dasar kerjasama.
• Tidak dapat sokongan ramai kerana sikapnya yang sederhana sedangkan aliran nasionalisme masa itu radikal.
10. Parti Indonesia (PARTIDO)
• April 1931
• Sartono
• Sukarno
• Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
• Sama dengan PNI.
• Radikal dan tidak kerjasama dengan Belanda.
• Pada Jun 1933, terdapat 20 ribu orang ahli. Pada Ogos 1933, PARTIDO diharamkan dan pemimpinnya dipenjarakan.
11. Kelab Pendidikan Nasional Indonesia (PNI – Baru)
• Februari 1932
• Hatta
218
• Sjahrir
• Hanya terbuka kepada golongan intelek.
• Radikal dan tidak bekerjasama dengan Belanda.
• Tidak banyak mencapai kejayaan kerana diharamkan pada tahun 1934 dan pemimpinnya dibuang ke Belanda.
12. Parti Indonesia Raya (PARINDRA)
• Mei 1935
• Raden Soetomo
• Muhammad Husni Thamrin
• Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
• Mencapai kemerdekaan Indonesia.
• Sederhana dan mengamalkan kerjasama dengan Belanda.
• Perkembangan: Parti ini memajukan Syarikat Kerjasama Petani, menubuhkan sebuah bank untuk membekalkan kredit
dengan syarat-syarat berpatutan, menubuhkan asrama untuk golongan pekerja dan mengambil langkah untuk membasmi
buta huruf. Parti ini dapat sokongan ramai akibat tindakan Belanda yang menekan parti-parti radikal yang tidak bekerjama
dengan Belanda tetapi membenarkan kegiatan parti-parti sederhana yang bekerjasama dengan Belanda.
13. Gerakan Rakyat Indonesia (GERINDO)
• April 1937
• Amir Syarifuddin
• Muhammad Yamin
• Terbuka kepada semua rakyat.
• Untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.
• Radikal dan pura-pura memberi kerjasama.
• GERINDO ditubuhkan selepas kegagalan Rayuan Suetardjo pada tahun 1937. Suetardjo Kartohadikusomo, seorang ahli
Volksraad, tidak puas hati denga diskriminasi Belanda dan perkembangan perlembagaan yang lembap. Pada Julai 1936,
beliau telah mengemukakan rayuan untuk mengadakan satu persidangan Volksraad bagi membincangkan autonomi
Indonesia dalam Kesatuan Indonesia Belanda. Rayuan beliau diluluskan oleh Volksraad. Pada September 1936, Kerajaan
Belanda membatalkan kelulusan tersebut.
14. Gabungan Politik Indonesia (GAPI)
• Mei 1939
• Amir Syarifuddin dari GERINDO, Muhammad Husni Thamrin dari PARINDRA, Abi Kusno dari Parti Sarekat Islam
• Anggota: anggota parti yang menyertai GAPI
• Perjuangan:
− Menuntut hak, menentukan nasib sendiri bagi Indonesia.
− Perpaduan nasional berdasarkan demokrasi politik, ekonomi dan sosial.
− Menuntut sebuah parlimen yang dipilih secara demokratik.
− Perpaduan erat Indonesia-Belanda bagi menghadapi ancaman Fascist Dunia.
• Perkembangan:
Pada Disember 1939, GAPI berjaya menganjurkan Kongres Rakyat Indonesia I di Jakarta yang dihadiri oleh 90 pertubuhan
nasionalis. Kongres tersebut mencapai beberapa persetujuan:
− Perpaduan di antara semua pertubuhan nasionalis dititikberatkan.
− Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
− Bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan dan lagu “Indonesia Raya” sebagai lagu kebangsaan.
15. Majlis Rakyat Indonesia
Kegagalan rayuan Wiwoho yang mengulangi rayuan Soetardjo untuk menuntut kuasa Indonesia telah mengecewakan nasionalis-
nasionalis. Pada 13 dan 14 September 1941, Kongres Rakyat Indonesia II diadakan di Jogjakarta. Kongres tersebut telah mencapai
keputusan untuk menubuhkan Majlis Rakyat Indonesia yang akan diwakili oleh seluruh Indonesia. Walau bagaimanapun, majlis ini
tidak mencapai kejayaan akibat serangan Jepun sejak tahun 1942.
Sebab-sebab
1. Perbezaan ideologi
Perbezaan ideologi merupakan faktor utama yang mengakibatkan perpecahan dalam pergerakan nasionalisme Indonesia 1908-1942. Dalam
pergerakan nasionalisme, terdapat 3 aliran utama iaitu Islam, Komunis dan sekular. Parti-parti seperti Sarekat Islam dan Muhammadiah
memperjuangkan pembaharuan Islam kerana terpengaruh dengan gerakan reformasi Islam di Timur Tengah yang dipelopori oleh Muhammad
Abdul. Parti-parti memperjuangkan Islam serta penubuhan negara yang berlandaskan undang-undang Islam. Nahdatul Ulama yang dianggotai
oleh ulama ortodoks memperjuangkan Islam tradisional. Indische Partij dan ISDV memperjuangkan sosialisme serta pembentukan negara
sosialis. PKI pula memperjuangkan Komunisme serta pembentukan negara Komunis yang dikenali sebagai Republik Komunis Soviet
Indonesia. Parti-parti yang wujud sejak tahun 1927 seperti PNI, PARTIDO dan PARINDRA memperjuangkan sekularisme. Parti-parti ini
mengamalkan pendekatan Indonesia Centric dan menolak perjuangan Islam serta Komunis. Perbezaan ideologi memecahbelahkan gerakan
nasionalisme Indonesia. Contoh yang jelas ialah persaingan antara Komunis dan Islam telah mengakibatkan perpecahan Srekat Islam.
2. Bentuk perjuangan
Bentuk perjuangan/cara-cara mengusir Belanda berbeza antara parti-parti Indonesia. PKI menggunakan taktik militan, radikal dan
revolusioner. Pada tahun 1926-1927, PKI menganjurkan pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tengah. Parti-parti radikal seperti PNI,
219
PARTIDO, ISDV dan sebagainya; parti-parti sederhana seperti GERINDO, PARINDRA, Nahdatul Ulama, Parti Rakyat Indonesia dan
sebagainya; parti yang mengamalkan dasar tidak kerjasama dengan Belanda seperti PNI, PNI-Baru, PARTIDO dan sebagainya; parti yang
mengamalkan dasar bekerjasama dengan Belanda seperti PARINDRA. Walaupun corak perjuangan berbeza, tetapi matlamat parti-parti ini
adakan sama, iaitu mmperjuangkan kemerdekaan Indonesia.
3. Apa yang diperjuangkan
Apa yang diperjuangkan oleh setiap parti juga mengakibatkan perpecahan dalam pergerakan nasionalisme Indonesia. Terdapat parti yang
memperjuangkan kebudayaan dan pendidikan seperti Budi Utomo. Terdapat juga parti yang hanya memperjuangkan Islam seperti Sarekat
Islam, Muhammadiah dan Nahdatul Ulama. PKI pula memperjuangkan ideologi Komunis manakala ISDV memperjuangkan ideologi
sosialisme pada peringkat awal. Terdapat juga parti-parti yang memperjuangkan kepentingan dari segi politik misalnya ISDV, PKI dan
Indische Partij. Malah, parti-parti seperti PNI dan GAPI juga memperjuangkan kepentingan dari segi ekonomi dan sosial selain dari politik.
4. Keanggotaan
Bukan semua parti terbuka kepada semua rakyat Indonesia. Terdapat parti-parti yang hanya terbuka kepada golongan tertentu. Sebagai
contoh, Budi Utomo terbuka kepada golongan intelek, pegawia kerajaan dan bangsawan Jawa. Sarekat Islam, Muhammadiah dan Nahdatul
Ulama pula terbuka kepada golongan Islam. PNI-Baru pula terbuka kepada golongan intelek. Terdapat juga parti yang terbuka kepada semua
golongan lapisan masyarakat seperti PKI, PNI, PRI, PARIDRA, GERINDO.
5. Perbezaan etnik
Indonesia terdiri daripada 13667 buah pulau dengan 366 suku kaum. Perbezaan etnik juga mengakibatkan perpecahan dalam gerakan
nasionalisme Indonesia. Parti yang awal ditubuhkan iaitu Budi Utomo dianggap sebagai Jawa Centric kerana parti ini hanya terbuka kepada
golongan intelek, pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa. Antara lain, parti ini memperjuangkan kebudayaan dan pendidikan Jawa.
Penduduk-penduduk di pulau luar mahu mengekalkan identiti etnik dan kebudayaan mereka. Mereka tidak mahu nasionalisme Indonesia
dikuasai oleh orang Jawa. J.F. Cady dalam bukunya “South East Asia: It’s Historical Development” menegaskan penduduk pulau luar
sememangnya anti Jawa sejak turun-temurun. Akibatnya, lahirnya pertubuhan tempatan seperti Sarekat Ambun (1920), Sarekat Sunda (1914)
dan Sarekat Sumatera (1918).
6. Konflik pemimpin
Konflik yang berlaku antara pemimpin mengakibatkan perpecahan nasionalisme Indonesia. Biasanya, pengikut-pengikut akan mengikut
tindakan pemimpin-pemimpin mereka. Sebagai contoh, konflik antara Semaun dan Darsono dengan Haji Agoes Salim dan Abdul Muis telah
menyebabkan perpecahan dalam Sarekat Islam. Semaun dan Darsono serta penyokong mereka keluar dari Sarekat Islam dan meneruskan
perjuangan dalam PKI. Konflik antara pemimpin juga mengakibatkan wujudnya parti-parti baru. Sebagai contoh, konflik antara Sukarno dan
Hatta menyebabkan Hatta menubuhkan Kelab Pendidikan Nasional Indonesia (PNI-Baru) manakala Sukarno menyertai PARTIDO yang
ditubuhkan oleh Sartono.
7. Dasar Belanda
Dasar Belanda yang tidak konsisten antara tahun 1908-1942 juga merupakan faktor yang mengakibatkan perpecahan dalam nasionalisme
Indonesia. Antara tahun 1904-1926, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Langkah ini diambil selaras dengan
perlaksanaan Dasar Etika yang bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman pentadbiran kepada rakyat Indonesia. Pemberontakan PKI
1926-1927 telah mengakibatkan penubuhan dasar Belanda terhadap gerakan nasionalisme. Antara tahun 1927-1934, Belanda menekan parti-
parti politik. Selepas tahun 1934, dasar Belanda ialah menekan parti-parti radikal yang tidak bekerjasama dengan Belanda tetapi
membenarkan kegiatan parti-parti yang bekerjasama dengan Belanda.
8. Pengaruh luar
Pengaruh luar yang diterima oleh parti-parti Indonesia telah mencorak perjuangan mereka. Sarekat Islam dan Muhammadiah mendapat
pengaruh dari gerakan reformis Islam di Timur Tengah dan Muhammad Abduh. Indische Partij dan ISDV pula mendapat pengaruh dari Parti
Komunis Rusia. PNI dapat pengaruh daripada perjuangan Kongres Kebangsaan India pemimpin Mahatma Gandhi, terutamanya dasar tidak
bekerjasama dengan penjajah.
9. Pendidikan pemimpin
Pendidikan yang diterima oleh pemimpin juga mencorakan parti mereka. Misalnya Abdul Muis dan Kijai Ahmad Dahlan menerima
pendidikan bercorak agama Islam. Maka perjuangan mereka lebih cenderung ke arah Islam. Sementara Hatta dan Sukarno pula menerima
pendidikan yang berbentuk sekular. Oleh itu, perjuangan mereka lebih berbentuk sekularisme.
Pengenalan
Jepun mula menyerang Indonesia pada 14 Februari 1942 dan berjaya menguasainya pada 9 Mac 1942 apabila ketua turus tentera Berikat
Leftenan Jeneral Ter Poorten menyerah kalah kepada panglima tentera Jepun, Immamura Hitoshi. Selepas menguasai Indonesia, Jepun
membahagikan pentadbiran kepada 3 unit iaitu Sumatera, Jawa dan Madura, Kalimantan dan Indonesia Timur. Jepun mengekalkan
pentadbiran asas Belanda dan memerintah melalui elit-elit yang berpengaruh seperti golongan priyayi di Jawa. Dalam menjalankan
pentadbiran, Jepun mempunyai matlamatnya iaitu menghapuskan pengaruh Barat di kalangan rakyat Indonesia dan mengeksploitasikan
penduduk dan sumber Indonesia untuk kepentingan negeri Jepun. Jepun memerintah Indonesia sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun
pendudukan Jepun berlangsung hanya 3 ½ tahun, tetapi ianya telah meninggalkan pelbagai kesan terutamanya terhadap perkembangan
220
nasionalisme Indonesia. J.M. Kahin dalam bukunya “Nationalism dan Revolution In Indonesia” mendakwa pendudukan Jepun telah
mengukuhkan semangat nasionalisme dan mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan.
Kesan-kesan
1. Kekalahan Belanda
Kekalahan Beland begitu mudah telah menjatuhkan maruah Belanda, lebih-lebih lagi Belanda tidak memperlihatkan semangat untuk
menentang Jepun. Cara mereka diusir oleh Jepun dan cara orang tawanan dilayan oleh Jepun telah menjatuhkan lagi maruah Belanda. Dalam
tempoh 6 bulan selepas menduduki Indonesia, semua orang Belanda yang masih berada di Indonesia telah dipenjarakan. Kekalahan ini telah
melenyapkan “mitos superioriti” yang dianggap kuasa Barat sukar dikalahkan. Kekalahan Belanda juga menghilangkan keyakinan rakyat
tempatan terhadap kebolehan Belanda kerana Belanda gagal melindungi Indonesia. Perkembangan ini menyedarkan rakyat Indonesia bahawa
mereka juga mampu mengalahkan Belanda. Akibatnya, perasaan anti penjajah khususnya anti-Belanda bertambah di kalangan rakyat
Indonesia.
2. Pembebasan nasionalis
Selepas menguasai Indonesia, Jepun telah membebaskan nasionalis-nasionalis yang telah dipenjarakan oleh Belanda. Antara mereka ialah
Sukarno, Hatta, Shahrir, Amir Syarifuddin, Sartono dan lain-lain lagi. Pembebasan nasionalis membolehkan perjuangan ke arah kemerdekaan
diteruskan sama ada melalui kerjasama dengan Jepun seperti Sukarno atau Hatta atau melalui gerakan bawah tanah seperti Shahrir dan Amir
Syarifuddin. Walaupun tindakan Jepun membebaskan nasionalis bertujuan mendapat sokongan nasionalis dalam usaha untuk mengekal dan
mengukuhkan kedudukan Jepun tetapi langkah tersebut telah menguntungkan perjuangan nasionalisme Indonesia.
3. Kerjasama Jepun dengan nasionalis
Dalam menjalankan pentadbiran, Jepun bekerjasama dengan nasionalis dengan tujuan untuk mendapat sokongan nasionalis dalam usaha
untuk mengeksploitasikan penduduk serta sumber Indonesia bagi kepentingan negeri Jepun. Nasionalis seperti Sukarno dan Hatta telah diberi
kebebasan bergerak dan berpidato ke seluruh Indonesia. Kesempatan ini digunakan oleh nasionalis untuk menanamkan semangat kebangsaan
di kalangan rakyat Indonesia, khususnya perasaan anti penjajah iaitu anti-Jepun dan anti-Belanda.
4. Peluang pentadbiran
Kekalahan Belanda telah meninggalkan kekosngan jawatan dalam pentadbiran. Oleh sebab Jepun kekurangan pegawai pentadbir, maka
rakyat Indonesia yang terpelajar telah dilantik memegang jawatan-jawatan dalam pentadbiran. Pengalaman dalam pentadbiran telah memberi
keyakinan diri serta kesedaran terhadap kemampuan mereka untuk mentadbir negeri sendiri. Selain itu, terdapat pegawai-pegawai Indonesia
yang berselindung di sebalik jawatan mereka dalam memperjuangkan nasionalisme Indonesia.
5. Bahasa, bendera dan lagu
Dalam usaha untuk menghapuskan pengaruh Barat, Jepun telah mengharamkan penggunaan bahasa Barat khususnya Bahasa Inggeris dan
Bahasa Belanda. Penggunaan Bahasa Jepun digalakkan. Oleh sebab Bahasa Jepun tidak difahami oleh kebanyakan rakyat Indonesia, maka
penggunaan Bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan dipertingkatkan. Langkah tersebut telah mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat
seluruh Indonesia. Tindakan Jepun membenarkan kibaran bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan dan nyanyian lagu “Indonesia
Raya” sebagai lagu kebangsaan telah mengukuhkan lagu semangat nasionalisme rakyat Indoensia.
6. Penderitaan
Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Indonesia terutamanya golongan petani. Semasa pendudukan
Jepun, rakyat Indonesia menghadapi kebuluran barangan pengguna, penyakit, inflasi, kezaliman Jepun dan sebagainya. Petani Indonesia telah
dipaksa menjual padi mereka kepada pihak Jepun dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasaran. Semasa pendudukan Jepun, ramai
rakyat Indonesia dijadikan buruh paksa. Sekurang-kurangnya 200 ribu orang buruh paksa dihantar ke sempadan Siam-Myanmar dan New
Guinea. Kekurangan makanan dan penyakit telah menyebabkan ramai buruh paksa meninggal dunia. Ekonomi Indonesia mengalami
kemelesetan. Peredaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan barangan pengguna telah mengakibatkan berlakunya inflasi. Pada
tahun 1945, nilai mata wang Jepun hanya 2.5% nilai mukanya. Eksport Indonesia mengalami kemerosotan kerana terputus dengan pasaran
antarabangsa. Jepun mengharamkan eksport kecuali ke negeri Jepun. Pengeluaran hasil juga semakin merosot semasa pendudukan Jepun.
Sebagai contoh, pengeluaran getah tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941. Pengeluaran teh pada tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran
tahun 1941. Pada mulanya kedatangan Jepun dianggap sebagai kedatangan pembebas yang akan membebaskan Indonesia daripada penjajahan
Belanda. Apa yang berlaku sebenarnya ialah penjajahan Belanda di gantikan dengan penjajahan Jepun. Malah penjajahan Jepun lebih kejam
daripada penjajahan Belanda terutamanya kezaliman polis rahsia Jepun Kempetai, Tekkikan dan Toko. Perkembangan ini menjejaskan rakyat
Indonesia untuk bangun menghapuskan semula bentuk penjajahan mereka sama ada penjajahan Barat ataupu Timur. Kezaliman Jepun dan
kemerosotan taraf hidup telah menguatkan keazaman rakyat Indonesia untuk bangun memperjuangkan kemerdekaan.
7. Anti-Belanda
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan bertambahnya perasaan anti-Belanda di kalangan rakyat Indonesia. Buktinya rakyat Indonesia telah
menentang pemerintahan semula Belanda selepas kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945. Selama 5 tahun berlaku revolusi iaitu kebangkitan
Indonesia menentang Belanda.
8. Janji Jepun
Pada 7 September 1944, Perdana Menteri Jepun Koiso telah berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Indonesia pada tempoh yang
singkat. Janji Jepun telah menambahkan lagi semangat nasionalisme kerana sebelumnya Belanda tidak pernah berjanji akan memberi
kemerdekaan kepada rakyat Indonesia. Pada 1 Mac 1945, Badan Penyelidikan Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI)
ditubuhkan untuk merancang kemerdekaan Indonesia. Pada 1 Jun 1945, Sukarno telah menyampaikan pidatonya kepada badan-badan ini dan
pidato tersebut mengandungi 5 pancasila iaitu nasionalisme, internasionalisme, demokrasi, keadilan sosial dan ketuhanan. Pada 7 Ogos 1945,
221
Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia ditubuhkan bagi menggantikan BPUPKI. Pada 8 Ogos 1945, Sukarno dan Hatta telah
berangkat ke Saigon untuk merundingkan kemerdekaan Indonesia dengan panglima tentera Jepun bagi Asia Tenggara – Marshall Terauchi.
Pada 11 Ogos 1945, Jepun bersetuju memberi kemerdekaan kepada Indonesia pada 24 Ogos 1945. Perkembangan ini sudah tenti memberi
sumbangan terhadap perkembangan nasionalisme Indonesia.
9. Pertubuhan
Pertubuhan-pertubuhan yang wujud semasa pendudukan Jepun telah beri sumbangan terhadap perkembangan nasionalisme Indonesia.
a. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
PUTERA ditubuhkan pada 9 Mac 1943. PUTERA dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden dan Hatta sebagai Timbalan Presiden. PUTERA
merupakan gabungan nasionalis Indonesia. Jepun menubuhkan PUTERA dengan tujuan untuk mengawal nasionalis supaya tidak
menjalankan kegiatan anti-Jepun. Walau bagaiamanapun, penubuhannya telah mewujudkan perpaduan di kalangan nasionalis dalam
memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. G.M. Kakin dalam bukunya “Nationalism and Revolution In Indonesia” mendakwa penubuhan
PUTERA telah menambahkan kesedaran politik dan mengukuhkan keazaman rakyat Indonesia untuk capai kemerdekaan.
b. PETA
Tentera Sukarela Pembela Tanahair (PETA) ditubuhkan pada September 1943. PETA dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia tetapi
menerima latihan tentera daripada pihak Jepun. Jepun menubuhkan PETA dengan tujuan menggunakan anggota PETA bagi menentang
kemaraan tentera Berikat kerana Jepun menyedari kekuatan tenteranya tidak mencukupi untuk mempertahankan Indonesua. Menjelang Jun
1945, terdapat 120 ribu anggota PETA. Mereka telah menjadi tulang belakang Tentera Revolusi Indonesia yang menentang pemerintahan
semula selepas kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945. Anggota-anggota PETA telah ditanam semangat anti penjajahan khususnya anti-Belanda
dan Jepun akibat propaganda nasionalis-nasionalis.
c. Pertubuhan Belia dan Pelajar
Dalam usaha untuk mengawal belia-belia serta pelajar-pelajar daripada menjalankan kegiatan anti-Jepun, beberapa pertubuhan belia dan
pelajar telah ditubuhkan oleh pihak Jepun. Antaranya ialah Seinendan, Gakutotai, Barisan Pelopor dan Angkatan Muda. Belia-belia dan
pelajar-pelajar dalam pertubuhan-pertubuhan telah diberi Indoktrinasi politik dan latihan tentera. Pada September 1944, Jepun menubuhkan
Asrama Indonesia mereka di Jakarta dan Surabayau. Nasionalis-nasionalis seperti Sukarno dan Hatta telah dijemput untuk memberi ceramah
kepada pelajar-pelajar Asrama Indonesia merdeka serta ahli-ahli Pertubuhan Belia dan Pelajar. Kesempatan ini digunakan oleh nasionalis-
nasionalis untuk menanamkan semangat nasionalisme di kalangan belia dan pelajar.
d. Masjumi
Majlis Seluruh Muslimin Indonesia (Masjumi) telah ditubuhkan pada Oktober 1943. Masjumi merupakan gabungan badan-badan Islam
seperti Muhammadiah, Nahdatul Ulama dan Parti Sarekat Islam. Jepun menubuhkan Masjumi dengan tujuan untuk dapat sokongan orang-
orang Islam serta menyebarkan semangat anti-Belanda di kalangan rakyat Indonesia melalui agama. Di bawah Masjumi, Jepun berjanji akan
bantu orang-orang Islam menunaikan fardu Haji, mencetak al-Quran, mendirikan universiti Islam dan sebagainya. Penubuhan Masjumi
mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Indonesia lebih-lebih lagi majoriti rakyat Indonesia terdiri daripada orang Islam.
Kesimpulan
Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 berikutan dengan peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Nasionalis-nasionalis muda
seperti Adam Malik, Pandu Wiguine dan Chairil Salleh bimbang Belanda yang akan kembali memerintah Indonesia tidak akan mengiktiraf
kemerdekaan yang telah dipersetujui oleh Jepun. Akibatnya, mereka telah “menculik” Sukarno dan mendakwa beliau mengisytiharkan
kemerdekaan di Rengas Dengkelok pada 17 Ogos 1945. Belanda yang kembali memerintah Indonesia tidak mengiktiraf kemerdekaan
tersebut. Akibatnya berlaku zaman revolusi iaitu kebangkitan rakyat Indonesia menentang Belanda hampir 5 tahun. Campur tangan PBB
telah memaksa Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 27 Disember 1949.
Perjuangan Kemerdekaan Indonesia
Setelah Jepun menyerahkan dan meninggalkan Indonesia, pada 29 September 1945, tentera British di bawah
perintah Jeneral Christison mendarat di Jakarta. Pasukan itu merupakan unit pertama mewakili tentera berikat
terutamanya bagi pihak Belanda. Tujuan unit tersebut ialah untuk membantu pentadbir-pentadbir Belanda bagi
memulihkan pemerintahan Belanda di Indonesia. Tidak lama selepas mendarat, ia diikuti oleh unit tentera Belanda.
Sementara itu pihak Belanda telah cuba mengadakan perundingan dengan Republik Indonesia pimpinan Sukarno.
Dr. Van Mook sebagai wakil Kerajaan Belanda tidak menerima Sukarno sebagai wakil Indonesia kerana dianggap
bersuhabat dengan Jepun. Sebagai jalan tengah maka Sutan Shahrir yang disifat lebih sederhana ditugaskan berunding
dengan pihak Belanda. Perundingan menghadapi jalan buntu kerana Sutan Shahrir menuntut supaya pihak Belanda
mengiktiraf Republik Indonesia.
Kemaraan tentera British telah disalahertikan oleh orang Indonesia akibatnya tentera British menerima tentangan.
Apabila tentera Belanda pula mengambil bahagian menyebabkan orang Indonesia mengambil keputusan akan menentang
tentera British dan Belanda demi mempertahankan kemerdekaan Indonesia yang telah diumumkan itu. Dengan penentangan
itu, maka bermula Zaman Revolusi Indonesia.
Pada awal Oktober 1945, berlaku pertempuran yang sengit antara tentera British dengan tentera revolusi.
Pemerintah tentera British iaitu Jeneral Mallaby telah terkorban setelah berjaya menduduki Surabaya. Kematian Jeneral
Mallaby merupakan satu tamparan hebat kepada Inggeris. Tentera British menghadapi tindak balas dari tentera Revolusi
Indonesia. Hanya dengan campur tangan Sukarno, kemusnahan yang lebih buruk yang mungkin dihadapi oleh tentera
British dapat dielakkan. Pihak Inggeris sedar selama ini mereka menerima keterangan yang tidak betul mengenai kedudukan
Indonesia. Apa yang dilihat bahawa seluruh rakyat Indonesia bersama-sama dengan kerajaan dan turut berjuang dalam
revolusi walaupun mereka kekurangan dalam serba-serbi. Sebelum tercebur lebih jauh dalam revolusi Indonesia maka
tentera British akan ditarik keluar dari Indonesia yang dijadualkan pada 10 November 1946.
222
Republik Indonesia pimpinan Sukarno terus berusaha agar perundingan dapat diadakan dengan Belanda
supaya dihentikan pertempuran yang menumpahkan darah. Oleh itu, Sutan Shahrir sebagai Perdana Menteri terus
mengadakan perbincangan dengan Van Mook kemudian dengan Kerajaan Belanda di Holland. Dalam bulan April 1946,
perundingan itu gagal kerana Sutan Shahrir tidak dapat menerima syarat Belanda yang hanya mengakui kekuasaan
Republik Indonesia ke atas Jawa dan Madura.
Repulik Indonesia ketika ini dalam keadaan tidak mentap kerana selain tidak mendapat pengiktirafan Belanda juga
disebabkan oleh ancaman dari pertubuhan-pertubuhan yang tidak begitu bersetuju dengan sikap republik yang mengadakan
perundingan dengan Belanda. Dalam bulan Jun 1946, golongan komunis pimpinan Tan Malaka telah melakukan satu
percubaan rampasan kuasa. Mereka telah mencuba menculik Shahrir dan beberapa rakannya yang lain. Percubaan Tan
Malaka itu telah dipatahkan oleh republik. Selain komunis terdapat pula pertubuhan persatuan perjuangan, gabungan
beberapa buah parti politik, turut menentang tindakan republik itu.
Sebelum tentera British meninggalkan Indonesia satu perjanjian telah ditandatangani antara Republik Indonesia
dengan Belanda pada 15 November 1946, dinamakan Perjanjian Ligardjati. Antara syarat-syarat perjanjian ialah:
1. Belanda mengakui Repulik Indonesia sebagai kuasa de facto di daerah Madura, Jawa dan Sumatera.
2. Pembentukan Republik Persekutuan Negeri-negeri Bersatu Indonesia yang merangkumi Hindia Timur Belanda.
3. Republik Indonesia dikehendaki bersama-sama dengan negeri Belanda dan negeri lain jajahan Belanda di Laut
Caribean menjadi satu pakatan dengan memakai nama Persatuan Indonesia Belanda.
4. Pemulangan semula harta-benda Belanda kepada yang punya.
Selain perkra-perkara di atas, terdapat beberapa perkara yang lain dipersetujui antara dua pihak. Antaranya
negara baru Republik Indonesia hendaklah membuat jaminan kepada pelabur-pelabur Belanda di Indonesia dan kaki tangan
Belanda, terus mengadakan hubungan baik dengan negeri Belanda dan mengambil alih hutang-hutang Belanda yang
berjumlah 4300 juta guilders. Dari jumlah itu, 1291 juta merupakan hutang luar negeri yang mesti dibayar dengan mata
wang asing.
Tidak lama selepas itu iaitu pada bulan Disember 1946, pemerintah Belanda menubuhkan satu negara
“Persekutuan” yang menyatukan wilayah-wilayah Timur termasuk Bali dan Sulawesi.
Perjanjian Linggardjati telah menjejaskan kedudukan Perdana Menteri Shahrir yang menerima perjanjian itu. Hal
ini disebabkan oleh perjanjian itu tidak mendapat persetujuan penuh dari orang Indonesia malah mendapat tentangan hebat
dari Parti Masjumi, PNI dan golongan komunis. Selain itu, pihak Belanda sendiri telah mengenakan tekanan-tekanan politik
dan tuntutan-tuntutan yang sukar untuk dilaksanakan oleh Shahrir. Oleh sebab masalah-masalah tersebut menyebabkan
Shahrir meletakkan jawatan dan dengan ini memberi peluang kepada Amir Syarifuddin menjadi Perdana Menteri dan
membentuk kabinet pada 3 Julai 1947.
Kabinet Amir juga tidak dapat bertahan lama kerana adanya tentangan dari Parti Masjumi dan menghadapi banyak
krisis terutama dengan Belanda. Keadaan ini akhirnya melemahkan kedudukan Amir sendiri. Ketika ini hubungan Belanda-
Republik Indonesia dalam keadaan genting terutama sifat Sukarno yang tidak percaya kepada janji-janji Belanda. Oleh
sebab dipengaruhi oleh perasaan bimbang menyebabkan pada Julai 1947 pihak Belanda telah melancarkan “Tindakan
Tentera” terhadap Republik Indonesia yang telah menampakkan sikap tidak mahu bekerjasama. Pihak Belanda memberi
alasan bahawa tindakannya itu disebabkan adanya ancaman komunis dan keadaan kacau-bilau dalam negeri. Belanda telah
berjaya menawan bahagian Barat dan Timur Jawa serta bahagian Timur dan Selatan Sumatera yang kaya dengan minyak.
Tindakan tentera oleh Belanda telah mendapat perhatian antarabangsa. Oleh sebab itu, pada Ogos 1947, Majlis
Keselamatan PBB telah mengesyorkan satu gejatan senjata. Seterusnya atas dya usaha Belgium, Australia dan Amerika
Syarikat telah diadakan perundingan antara Republik Indonesia dengan Belanda pada 17 Januari 1948 di atas kapal perang
Amerika bernama Renville. Wakil Belgium telah diamanahkan mewakili pihak Belanda sementara wakil Australia mewakili
Republik Indonesia. Mengikut perjanjian tersebut, Republik Indonesia hanya dihadkan kepada Jawa Tengah dan beberapa
bahagian Sumatera. Belanda dan Republik Indonesia bersetuju bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan lain di Indonesia
iaitu Persekutuan Negeri-negeri Bersatu.
Seperti Perjanjian Linggardjati, perjanjian yang baru itu juga tidak memberi apa-apa erti kepada Indonesia. Pihak
“Persekutuan” tetap menentang Republik Indonesia kerana mereka bimbang orang Jawa yang merupakan setengah dari
jumlah penduduk seluruh Indonesia, akan lebih berkuasa. Pihak Belanda yang mengetahui hal ini terus menakut-nakutkan
pihak “Persekutuan” akan keburukan yang akan diterima jika mereka bersatu atau bekerjasama dengan pihak republik.
Belanda memang mencari jalan untuk memecahkan perpaduan di kalangan orang Indonesia.
Bagi pihak Belanda halangan besar ialah pihak Republik. Belanda sedar bahawa mereka tidak akan dapat
kerjasama dan tolak ansur dari Sukarno dan pemimpin nasionalis yang lain terutama dari golongan komunis. Keadaan ini
mempengaruhi pihak Belanda bersiap sedia untuk melancarkan tindakan tentera sekali lagi.
Ketika ini pemimpin PKI secara sulit telah merancang untuk mengadakan satu revolusi yang bertujuan untuk
menumbangkan Perdana Menteri Muhammad Hatta. Mereka menentang Hatta kerana beliau cuba melaksanakan
persetujuan yang telah dicapai dalam Perjanjian Renville terutama mengenai pengunduran tentera Republik Indonesi dari
kawasan Belanda. Hatta cuba mengadakan perundingan dengan Fronk Demokratik Rakyat (FDR) pimpinan Amir yang
terdiri daripada anggota PKI dan sosialis tetapi gagal.
Akhirnya pada 18 September 1948, meletus pemberontakan komunis di Mediun tetapi pemberontakan ini dapat
dipatahkan oleh Hatta. Beberapa pemimpin termasuk Musso telah terbunuh. Peristiwa percubaan pihak komunis untuk
merampas kuasa telah mempengaruhi pihak Belanda melancarkan “Tindakan Tentera II” pada bulan Disember 1948.
Belanda telah membatalkan Perjanjian Renville. Sukarno dan pemimpin Republik Indonesia yang lain telah ditangkap dan
menawan beberapa wilayah Republik. Tetapi Syarifuddin Prawinegoro telah berjaya melarikan diri lalu menubuhkan
Pemerintahan Darurat Republik Indonesia berpusat di Sumatera.
Tindakan Tentera oleh Belanda sekali lagi tidak disetujui oleh dunia malah India dan Australia menganggap
tindakan Belanda itu satu perkara yang berat. Kedua-dua negara tersebut telah menyeru kepada Setiausaha Agung PBB
223
supaya campur tangan. Dengan adanya tekanan antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menyebabkan Belanda
menghentikan tindakan tenteranya. Pada bulan Mei 1949, persetujuan dicapai antara Belanda dan Indonesia. Kerajaan
Belanda bersetuju membebaskan pemimpin Indonesia dan ini membolehkan Sukarno dan Hatta berkuasa semula menjelang
bulan Julai 1949.
Kemudian satu perundingan antara pihak Republik Indonesia dan Negara Persekutuan diadakan dalam bulan Julai
dan Ogos. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju terhadap pembentukan sebuah negara Persekutuan Negara-
negara Bersatu.
Di samping itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan yang dianggotai oleh wakil-wakil dari Australia, Belgium dan
Amerika Syarikat. Jawatankuasa tersebut telah berjaya mengatur satu persidangan antara Indonesia dengan Belanda di
Hague, ibu negeri Belanda, pada 2 Disember 1949. Satu perjanjian telah ditandatangani dan antara syarat-syarat perjanjian
ialah:
1. Penyerahan kuasa sepenuhnya dari Kerajaan Belanda kepada Kerajaan Indonesia yang baru akan dilaksanakan
sebelum akhir tahun 1949.
2. Penyerahan kuasa itu tidak termasuk wilayah Irian Barat. Perkara ini akan dibincangkan semula dalam jangka waktu
satu tahun.
3. Kerajaan Belanda dan Negara Persekutuan bersetuju bekerjasma di dalam Persatuan Indonesia Belanda dan
Kerajaan Indonesia bersetuju memikul segala hutang piutang Kerajaan Hindia Belanda.
4. Pihak Belanda dibenarkan menjalankan kepentingan-kepentingan ekonomi yang mereka punya di Indonesia.
Pada 27 Disember 1949, berlangsung upacara pemindahan kuasa di istana diraja di Amsterdam, negeri Belanda.
Negeri Belanda diwakili oleh Queen dan Perdana Menteri. Republik Indonesia diwakili oleh Perdana Menteri Hatta dan
Negara Persekutuan diwakili oleh Sultan Abdul Hamid (Sultan Pontianak).
Hasil dari Perjanjian Hague itu maka lahirlah dengan rasminya negara yang berdaulat dan merdeka iaitu Republik
Persekutuan Negeri-negeri Bersekutu Indonesia yang merangkumi seluruh wilayah Indonesia kecuali Irian Barat. Sukarno
telah dilantik menjadi Presiden sementara Hatta sebagai Naib Presiden.
Sungguhpun Indonesia telah merdeka namun politik dalam negeri belum lagi stabil sebab adanya curiga antara
golongan republik dan persekutuan. Dalam bulan Jun 1950, seorang pegawai Belanda iaitu Westerling telah cuba
menggulingkan Kerajaan Indonesia dengan menakluki Selatan Bandung. Percubaan itu dapat dipatahkan dan beliau
melarikan diri ke Singapura. Sultan Abdul Hamid pula terlibat dalam komplot untuk membunuh Sukarno dan pemimpin
Indonesia, dan baginda ditangkap dan negaranya disatukan dengan republik.
Tentangan dan percubaan Sukarno untuk menguasai negara-negara persekutuan telah menimbulkan tentangan.
Tindakan itu telah mencetuskan pemberontakan di Jawa Barat, Sulawesi Selatan dan Maluku. Sungguhpun demikian,
akhirnya satu persetujuan telah dicapai untuk membentuk negara Republik Indonesia yang tunggal. Pada 17 Ogos 1950,
Presiden Sukarno telah mengisytiharkan wujudnya sebuah negara tunggal Republik Indonesia.
Filipina Penerimaan dan Pengubahsuaian di Filipina
Pengenalan
Kuasa Sepanyol telah mengusai Kepulauan Filipina sejak lebih kurang abad ke-14 lagi. Seperti kuasa barat lain, pihak Sepanyol juga
mengadakan beberapa pengubahsuaian sama ada dari segi pentadbiran, sosial ataupun ekonomi.
Dari segi pentadbiran
Dari segi pentadbiran, orang Sepanyol telah memperkenalkan corak pentadbiran oligarki. Pada masa ini, golongan paderi juga
berkuasa dalam pentadbiran. Pentadbiran di Filipina diketuai oleh Gabenor Jeneral Adelantadol. Beliau dikawal oleh 2 badan iaitu
Audiencia dan Residencia (mahkamah penyiasat). Beliau dibantu oleh Alcade Mayor iaitu Ketua Datuk Bandar. Alcade Mayor ini
berkuasa dalam kerajaan tempatan dan wilayah. Visitadar pula bertanggungjawab menjaga hal-ehwal jajahan. Setiap jajahan ini
dibahagikan kepada Puebla iaitu bandar dan diletakkan di bawah gabenor kecil dengan memakai gelaran Gabenodorcilla. Beliau
bertanggungjawab dalam menjaga bandar dan menjadi hakim besar. Di bawah bandar adanya kampung Barangay yang diketuai oleh
seorang Datu. Jawatan-jawatan rendah yang lain pula dipegang oleh ketua-ketua tempatan.
Dari segi ekonomi
Pihak imperialis Sepanyol mengamalkan sistem polo dan bandula (kerah dan serah) di Filipina. Dalam perdagangan galian, hanya
kerajaan sahaja yang boleh mengambil bahagian. Bagi kegiatan pertanian, ia dijalankan untuk tujuan perdagangan eksport. Tanaman
yang ditanam adalah seperti tebu, kopi, kapas, teh, tembakau, indigo dan sebagainya. Perusahaan turut dimajukan oleh pihak
Sepanyol.
Dari segi sosial
Pihak Sepanyol mementingkan aspek pendidikan. Pada peringkat awal, Bahasa Tagalog digunakan, kemudiannya Bahasa Sepanyol
dipraktiskan dalam pelajaran. Kebanyakan pelajar-pelajar di Filipina terdiri daripada golongan aristokrat.
Thailand
Mongkut
Pengenalan
Somdeth Phra Paraminda Maha Mongkut atau Phra Chom Klau lebih dikenali sebagai Mongkut adalah putera yang ke-43 Raja Rama II yang
dilahirkan pada 18 Oktober 1804. Apabila saudaranya putera Jeetha dilantik sebagai Raja Rama III pada tahun 1824, Mongkut menjadi sami
selama 27 tahun dari tahun 1824 hingga 1851. Pengalaman baginda sebagai seorang sami telah membolehkan baginda mengetahui kehidupan
rakyatnya serta Tamadun Barat. Pergaulannya dengan mubaligh-mubaligh Barat seperti Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Reverend
Bradley dan Dr. House telah membolehkan baginda mempelajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi, Matematik, Astronomi,
224
Bahasa Latin, Bahasa Inggeris serta sistem kerajaan negara-negara Barat. Mongkut merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis
dan membaca dalam Bahasa Inggeris. Apabila Raja Rama III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851.
Pembaharuan
Mongkut menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi menyelamatkan kemerdekaan Siam. Baginda juga sedar
Siam perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara agar kemerdekaan Siam dapat dikekalkan. Mongkut
juga perlu membuktikan Siam merupakan negara progresif dan liberal bagi mengurangkan campur tangan asing dalam hal-ehwal
Siam. Pembaharuan berdasarkan idea Barat juga dapat meninggikan taraf hidup rakyat Siam. Oleh itu, Mongkut telah mengadakan
beberapa pembaharuan dalam politik, ekonomi dan sosial.
1. Politik
Mongkut manaiki takhta semasa kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba dapatkan tanah jajahan di Asia Tenggara. Sebagai contoh, British di
Myanmar dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Mongkut menyedari kuasa-kuasa Barat
lebih superior daripada kuasa-kuasa Timur. Pengalaman Myanmar, China dan Vietnam menyedarkan Mongkut akibat buruk sekiranya kuasa
Timur cuba menentang kuasa Barat. Oleh itu, Mongkut telah mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan
perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Siam. Baginda telah melaksanakan beberapa pembaharuan politik
terutamanya dalam hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat. Mongkut telah menamatkan dasar isolasi (tutup pintu) yang diamalkan oleh
raja-raja Siam sebelumnya. Sebaliknya, baginda melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat terutamanya pedagang-pedagang.
Orang Barat dibenarkan berdagang di Siam dengan diberi pelbagai keistimewaan. Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda menyedari
sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku di China, Myanmar dan
Vietnam. Mongkut mula menerima perwakilan asing yang dihantar ke Siam. Sebagai contoh, perwakilan British yang diwakili oleh Harry
Parkes dan James Brooke dan perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier. Selain itu, Mongkut juga menghantar perwakilan
Siam ke negara-negara Barat. Sebagai contoh, pada Ogos 1857, satu perwakilan Siam yang diketuai oleh Chao Phraya Mantri Sri
Suryawongse telah dihantar ke England.
Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Mongkut telah menandatangani beberapa perjanjian dengan
mereka. Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Seterusnya, Siam
menandatangani perjanjian dengan Amerika pada tahun 1856, Perancis 1856, Denmark 1858, Portugis 1859, Holand 1860, Prussia 1862,
Belgium, Norway, Itali, Sweden 1868. Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di
Siam. Selain kebenaran berdagang, mereka dibenarkan mendirikan konsul, mendapat hal wilayah asingan, menyebar agama Kristian,
membeli/menyewa tanah di sekitar Bangkok, berlabuh di semua pelabuhan Siam dan sebagainya.
Untuk menyusun semula pentadbiran Siam mengikut sistem pentadbiran Barat, Mongkut telah mengambil 80 orang pegawai Barat. Mongkut
mengambil pegawai-pegawai negara Barat dan ditempatkan di pelbagai jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan
hal-hal pendidikan, kewangan, polis dan pelabuhan, Amerika dalam perkhidmatan kastam, Perancis serta Itali dalam ketenteraan. Mongkut
mengambil pegawai-pegawai dari pelbagai negara Barat supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh terlalu kuat di Siam.
Akibatnya pegawai yang banyak memberi sumbangan semasa pemerintahan Mongkut ialah Anna Leonowens, Robert Marrant dan Major
Gerini.
Mongkut banyak bertolak ansur dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat. Walaupun tolak ansur tersebut merugikan Siam tetapi
tindakan Mongkut telah menyelamatkan kemerdekaan Siam. Sebagai contoh, bagi mengelakkan perbalahan dengan Perancis, Mongkut
sanggup menandatangani Perjanjian Siam-Perancis pada 15 Julai 1867 yang menyerahkan pertuanan Siam ke atas Kampuchea kepada
Perancis. Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda sedar Siam perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia
Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Siam. Pengalaman Myanmar, Vietnam dan China mengajar Mongkut supaya lebih banyak bertolak
ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Dasar tolak anasur Mongkut telah diikuti oleh raja-raja Siam selepasnya terutamanya Chulalongkorn yang
dilantik sebagai Raja Rama V pada 1 Oktober 1868.
2. Ekonomi
Dasar buka pintu dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani telah memajukan ekonomi Siam. Kedatangan orang Barat telah membuka
Siam kepada perdagangan antarabangsa. D.J. Steinberg dalam bukunya “In Search of South East Asia” menegaskan bilangan kapal dagangan
yang berlabuh di Siam telah meningkat 10 kali ganda semasa pemerintahan Mongkut. Raja Syamananda dalam bukunya “A History of
Thailand” mendakwa pada tahun 1852, hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok tetapi pada tahun 1856, 200 buah kapal
dagangan asing berlabuh di Siam. Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan sistem ekonomi sara diri dan membawa kepada wujudnya
sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem ekonomi tukar barang telah digantikan sengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati
menjadi eksport utama Siam. Eksport beras yang selama ini disekat telah dibenarkan oleh Mongkut. Gula yang menjadi eksport utama Siam
ke Eropah telah meningkat 2 kali ganda dari segi pengeluaran dan kawasan tanaman menjelang tahun 1865. Selain itu, nilai import
terutamanya tekstil juga telah meningkat. Perkembangan ekonomi berlaku akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai
eksport 5%. Dalam tempoh yang singkat, Siam telah menikmati imbangan perdagangan yang memuaskan. Sebagai contoh, eksport Siam
bernilai 5.5 juta bath pada tahun 1850 telah meningkat 11 juta bath pada tahun 1870. Manakala nilai import yang berjumlah 4.3 baht pada
tahun 1850 telah meningkat 8 juta bath pada tahun 1870. Anna Leonawens dalam bukunya “The English Governess at the Siamese Court”
menegaskan pedagang-pedagang Barat berkerumum ke Bangkok untuk mendirikan kilang beras, gula dan kayu.
Dalam usaha untuk menyusun semula sistem kewangan Siam mengikut sistem kewangan Barat, Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada
tahun 1861. pegawai-pegawai Barat terutamanya British telah diberi tugas untuk menguruskan Royal Mint.untuk kepentingan ekonomi,
Mongkut telah membina jalan raya, jambatan dan terusan terutamanya untuk menghubungkan kawasan pengeluaran pertanian dengan Menam
225
Chao Phraya. Empat terusan utama yang menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina semasa pemerintahan Mongkut. Jalan raya
utama di Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun 1862.
3. Sosial
a. Pelajaran
Mongkut telah memperkenalkan pelajaran Barat terutamanya bahasa-bahasa Eropah dan ilmu sains. Guru-guru dari Barat terutamanya
British diberi tugas untuk melaksanakan pelajaran Barat di Siam. Pelajaran Barat hanya diadakan di istana dan hanya terbuka kepada
anak-anak golongan bangsawan terutamanya anak-anak raja. Antara guru yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan
pelajaran Barat di Siam ialah Anna Leonawens dan Robert Warrant. Antara anak raja yang dapat pelajaran Barat dari mereka ialah
Chulalongkorn yang dilantik menjadi Raja Rama V pada 1 Oktober 1868.
b. Buruh paksa, hamba, wanita dan kanak-kanak
Mongkut telah berusaha menghapuskan sistem buruh paksa yang dikenali sebagai “Corvee” dan digantikan dengan sistem buruh
bergaji. Mongkut gagal menghapuskan sistem penghambaan di Siam. Walau bagaimanapun, baginda berjaya memperbaiki kehidupan
hamba-hamba di mana undang-undang dikeluarkan melarang penyeksaan ke atas hamba-hamba. Mongkut juga berusaha meninggikan
taraf wanita dan kanak-kanak. Undang-undang telah dikeluarkan melarang penindasan ke atas wanita dan kanak-kanak. Dalam usaha
untuk meninggikan taraf wanita, Mongkut membenarkan isteri-isterinya keluar dari istana dan bekas isteri-isterinya berkahwin semula
kecuali mereka yang menjadi ibu kepada putera raja.
c. Adat
Mongkut berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam. Baginda melarang rakyatnya
melarikan diri apabila tembung dengan raja. Baginda juga menghapuskan adat yang melarang rakyatnya melihat muka raja. Mongkut
telah memecahkan tradisi dengan keluar mengadakan lawatan untuk menemui rakyatnya. Langkah ini membolehkan baginda
mengetahui dengan lebih jelas keadaan hidup rakyatnya. Orang-orang asing tidak dipaksa untuk mematuhi adat sujud di hadapan raja.
Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara mereka sendiri.
d. Agama
Walaupun Mongkut berpegang teguh kepada ajaran Buddha dan pernah menjadi sami selama 27 tahun, baginda bersikap liberal
terhadap agama-agama lain. Baginda membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian kerana baginda sedar selain
menyebarkan agama, mubaligh-mubaligh juga menyebarkan pengetahuan Barat. Pada tahun 1852, sebuah sekolah Kristian telah
didirikan di Bangkok.
e. Sistem perhubungan
Untuk memudahkan perhubungan, Mongkut telah membina jalan raya, jambatan dan terusan untuk menghubungkan kawasan
pengeluaran pertanian dengan Menam Chao Phraya. Empat terusan utama yang menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina semasa
pemerintahan Mongkut. Jalan raya yang utama di Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun 1862.
Kesimpulan
Mongkut yang memerintah Siam dari tahun 1851-1868 merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda
berjaya menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara sehingga kemerdekaan Siam dapat dikekalkan. Tolak ansur
baginda dengan kuasa-kuasa Barat juga telah menjamin kemerdekaan Siam. Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 dan
digantikan oleh puteranya Chulalongkorn sebagai Raja Rama V. D.G. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” mendakwa
Siam terhutang budi kepada Mongkut jika dibandingkan dengan raja-raja lain kerana dasar yang dimulainya telah menyelamatkan
kemerdekaan Siam.
Pengenalan
Mongkut yang manaiki takhta sebagai Raja Rama IV pada 3 April 1851 telah menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengamalkan
dasar buka pintu kepada orang-orang asing. Dalam usaha mewujudkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, Mongkut telah
menandatangani beberapa perjanjian dengan mereka. Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang
dikenali sebagai Perjanjian Bowring. British diwakili oleh Gabenor Hong Kong iaitu Sir John Bowring dan Siam diwakili oleh
Mongkut. Daid A. Wilson dalam bukunya “Politics in Thailand” menegaskan Perjanjian Bowring merupakan titik peralihan antara
Siam tradisional dengan Siam moden kerana selepas perjanjian tersebut, pelbagai perubahan telah berlaku di Siam sama ada dalam
politik, ekonomi ataupun sosial.
Syarat-syarat
1. Cukai import ditetapkan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%
2. Eksport beras dibenarkan.
3. Kapal dagang British dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan Siam.
4. British diberi kebenaran untuk menempatkan konsulnya di Bangkok.
5. Rakyat British di Siam diberi “Hak Wilayah Asingan”.
6. Rakyat British dibenarkan membeli atau menyewa tanah dalam lingkungan 4 batu atau 6 km di sekitar Bangkok.
7. Pedagang-pedagang British dibenarkan bawa masuk candu tetapi tertakluk di bawah peraturan-peraturan yang ketat.
8. Rakyat British dibenarkan meneroka kawasan pedalaman Siam dalam jarak satu hari perjalanan dari Bangkok.
9. Mubaligh-mubaligh diberi kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian.
10. Sebarang pindaan ke atas syarat perjanjian perlu dipersetujui oleh semua pihak.
Kesan-kesan
1. Ekonomi
a. Perkembangan ekonomi
226
Perjanjian Bowring buat pertama kalinya telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa. D.J. Stainberg dalam bukunya
“In Search of Southeast Asia” menegaskan bilangan kapal dagangan yang berlabuh di Siam telah meningkat 10 kali ganda dalam
tempoh yang singkat selepas Perjanjian Bowring. Rong Syamananda dalam bukunya “A History of Thailand” mendakwa pada tahun
1852, hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun 1850, terdapat 200 kapal dagang asing yang berlabuh di Siam.
Perkembangan ekonomi selepas Perjanjian Bowring telah meruntuhkan sistem ekonomi sara diri dan membawa kepada wujudnya
sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem ekonomi tukar barang telah digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan
kayu jati menjadi eksport utama Siam. Eksport beras sebanyak 5% pengeluaran pada tahun 1850 telah meningkat 50% pada tahun
1905. Gula yang menjadi eksport utama Siam ke Eropah telah meningkat 2 kali ganda dari segi pengeluaran dan kawasan tanaman.
menjelang tahun 1865. Selain itu, nilai import terutamanya tekstil juga telah meningkat. Perkembangan ekonomi berlaku akibat
daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%. Dalam tempoh yang singkat, Siam telah menikmati
imbangan pembayaran yang memuaskan. Sebagai contoh, eksport Siam bernilai 5.5 juta bath pada tahun 1850 telah meningkat 11 juta
bath pada tahun 1870. Manakala nilai import yang berjumlah 4.3 juta bath pada tahun 1850 telah meningkat 8 juta bath pada tahun
1870. Anna Leonowens dalam bukunya “The English Governess at the Siamese Court” menegaskan pedagang-pedagang Barat
berkerumun ke Bangkok untuk mendirikan kilang beras, gula dan kayu.
b. British sebagai pelabur utama
Selepas Perjanjian Bowring, pedagang-pedagang British telah menguasai perdagangan asing Siam dan muncul sebagai pelabur utama
di Siam. Pedagang-pedagang British mula mengadakan hubungan perdagangan yang menguntungkan dengan Siam. Pelabuhan-
pelabuhan British terutamanya Hong Kong dan Singapura telah mengadakan hubungan perdagangan dengan Siam. Sehingga tahun
1941, 70% daripada eksport Siam ialah dengan Empayar British. D.J.M. Tate dalam bukunya “The Making of Modern South East
Asia” menegaskan Siam merupakan “satelit ekonomi” kepada British selepas Perjanjian Bowring.
c. Perubahan susunan kewangan Siam
Perjanjian Bowring mengakibatkan perubahan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam. Perjanjian tersebut telah mengubah sistem
cukai dan menamatkan monopoli perdagangan yang dipegang oleh golongan bangsawan dan Kerajaan Siam. Penamatan monopoli
perdagangan dan pembatasan kuasa untuk memungut cukai telah menghadkan pendapatan Kerajaan Siam. Akibatnya satu perubahan
telah dijalankan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam dalam usaha untuk membiayai kewangan kerajaan.
d. Penguasaan orang Cina
Perjanjian Bowring telah menamatkan monopoli perdagangan asing yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Perdagangan asing mula
dikuasai oleh orang-orang Eropah terutamanya British. Penamatan monopoli perdagangan orang Cina telah mewujudkan hubungan
ekonomi yang baru antara orang Cina dengan Kerajaan Siam. Orang-orang Cina telah diberi monopoli eksais ke atas perjudian, loteri,
minuman keras dan ganja.
e. Perjanjian lain
Perjanjian Bowring telah menarik perhatian negara-negara lain untuk menandatangani perjanjian yang serupa dengan Siam.
Akibatnya, Perjanjian Bowring menjadi model kepada lebih 20 perjanjian yang ditandatangani antara Siam dengan kuasa-kuasa Barat
pada tahun-tahun berikutnya. Sebagai contoh, perjanjian dengan Amerika (1856), Perancis (1856), Denmark (1858), Portugal (1859),
Holand (1860), Prussia (1862), Belgium, Norway, Itali, Sweden (1868), Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan
sebagainya. Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Siam. Selain kebenaran
berdagang, kuasa-kuasa Barat dibenarkan mendirikan konsul, menyebarkan agama Kristian, mendapat hak wilayah asingan,
membeli/menyewa tanah dis ekitar Bangkok, berlabuh di pelabuhan Siam dan sebagainya.
2. Politik
a. Mengeratkan hubungan dengan British
Perjanjian Bowring telah mengeratkan hubungan antara Siam dan British. Rakyat British di Siam dibenarkan berdagang dan diberi
keistimewaan-keistimewaan lain. Pada tahun 1856, Siam menerima perwakilan British yang diketuai oleh Harry Parkes. Pada Ogos
1857, Siam telah menghantar satu perwakilan ke Eropah yang diketuai oleh Chao Phraya Montri Sri Istimewa. Selain itu, ramai
pegawai British telah dilantik dalam pentadbiran Siam.
b. Mengekalkan kemerdekaan Siam
Perjanjian Bowring merupakan faktor penting yang dapat mengekalkan kemerdekaan Siam. Dasar buka pintu dan keistimewaan-
keistimewaan yang diberi telah mengurangkan campur tangan asing dalam hal-ehwal Siam. Selain itu, berlaku proses pembaratan
dalam politik, ekonomi dan sosial. Selain itu, ramai golongan professional, mubaligh-mubaligh, tukang-tukang dan sebagainya datang
ke Siam. Mereka bertanggungjawab memberi sumbangan dalam pembangunan Siam yang merupakan salah satu faktor yang
menjamin kemerdekaan Siam.
3. Sosial
a. Pelajaran
Selepas Perjanjian Bowring, pelajaran Barat mula diperkenalkan di Siam. Guru-guru dari Barat terutamanya British telah diberi
tanggungjawab untuk melaksanakan pelajaran Barat di Siam. Semasa Mongkut, pelajaran Barat diadakan di istana dan hanya terbuka
kepada anak-anak golongan bangsawan, terutamanya anak-anak raja. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja diadakan
di istana, tetapi juga di luar istana dan bukan sahaja untuk anak-anak golongan bangsawan tetapi juga untuk anak-anak rakyat biasa
selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. Selain itu, semasa Chulalongkorn, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat
pelajaran Barat di Siam, tetapi juga di seberang laut.
b. Buruh paksa, perhambaan dan kanak-kanak
Selepas Perjanjian Bowring, sistem buruh paksa yang dikenali sebagai “corvee” mula dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh
bergaji. Sistem corvee dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Sistem penghambaan mula dihapuskan pada tahun 1874 dan
dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1905. Usaha-usaha juga dijalankan bagi meninggikan taraf wanita dan kanak-kanak di mana
undang-undang dikeluarkan melarang penindasan ke atas wanita dan kanak-kanak.
c. Adat
Adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam telah dihapuskan selepas Perjanjian Bowring. Rakyat dilarang melarikan
diri apabila bertembung dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa Mongkut, orang-orang
227
tidak dipaksa untuk sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara mereka sendiri.
Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja dihapuskan.
d. Agama
Perkembangan agama Kristian berlaku selepas Perjanjian Bowring kerana mubaligh-mubaligh telah diberi kebebasan untuk
menyebarkan agama Kristian. Banyak sekolah Kristian dan gereja mula didirikan di Siam.
e. Sistem perhubungan
Selepas Perjanjian Bowring, banyak jalan raya, jambatan dan terusan telah dibina terutamanya untuk menghubungkan kawasan
pertanian dengan Menam Chao Phraya. Empat terusan utama yang menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina selepas Perjanjian
Bowring. Jalan raya utama di Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun 1862. Jalan keretapi yang
pertama dibina pada tahun 1893 untuk menghubungkan Bangkok dengan Paknam. Kemudahan telegraf bermula pada tahun 1875 dan
perkhidmatan pos serta telefon bermula pada tahun 1881.
Kesimpulan
Mongkut merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda telah dapat menyesuaikan diri dengan
perkembangan politik yang berlaku di Asia Tenggara pada pertengahan abad ke-19. Mongkut telah berjaya menyelamatkan
kemerdekaan Siam dalam zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia
terutamanya di Asia Tenggara. Baginda juga telah dapat membuktikan Siam merupakan sebuah negara progresif dan liberal sehingga
dapat mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal Siam. Dasar tolak ansur baginda juga menguntungkan Siam terutamanya
dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. D.E.G. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” menegaskan Siam
terhutang budi kepada Mongkut daripada raja-raja lain kerana dasar yang dimulainya telah berjaya menyelamarkan kemerdekaan
Siam. Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 dan digantikan oleh Raja Chulalongkorn sebagai Raja Rama V.
Chulalongkorn
Pengenalan
Somdeth Phra Paraminda Maha Chulalongkorn adalah putera Mongkut yang dilahirkan pada 20 September 1853. Baginda dilantik sebagai
Raja Rama V selepas kemangkatan Mongkut pada 1 Oktober 1868 semasa berumur 15 tahun. Oleh sebab baginda terlalu muda, maka
pentadbiran dipangku oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke
India, Myanmar, Singapura dan Jawa bagi mempelajari sistem pentadbiran Barat. Baginda mendapat pendidikan Barat daripada Anna
Leonowens serta Robert Marnant dan terpengaruh dengan idea Anna Leonowens yang menekankan pembaharuan yang lebih luas perlu
dilaksanakan di Siam. Chulalongkorn mengambilalih pentadbiran daripada Chao Phraya Montri Sri Suryawongse pada tahun 1873.
Pembaharuan
1. Politik
Seperti Mongkut, Chulalongkorn menaiki takhta pada zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan
tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Sebagai contoh, British di Myanmar dan Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Sepanyol
di Filipina dan Perancis di Indo-China. Chulalongkorn menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat perlu dilaksanakan di Siam dalam
usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Ahli-ahli sejarah seperti Stainberg, Wilson dan Tate mendakwa Chulalongkorn
bertanggungjawab dalam melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya. Baginda telah mempercepatkan dan memperluaskan
pembaharuan yang dimulai oleh Mongkut.
Chulalongkorn juga melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat. Selain mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani
semasa Mongkut, Chulalongkorn juga menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Sebagai contoh, perjanjian dengan
Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Seperti Mongkut, baginda telah memberi pelbagai keistimewaan kepada
orang-orang Barat. Dalam menjalankan pentadbiran, Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Bagi
mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup menyerahkan wilayah-wilayah Siam kepada mereka. Sebagai contoh,
Perancis diserahkan Tongking Utara/Wilayah Sip Song Chu Thai pada tahun 1888, daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan Laos-
Siam (1904) dan Battambang serta Siem Reap (1907). Kepada British pula diserahkan Mongpan dan Kentung (1897) dan Negeri-negeri
Melayu Utara (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu – 1909). Walaupun tolak ansur Chulalongkorn menyebabkan Siam kehilangan 90000
batu persegi wilayahnya tetapi langkah tersebut telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.
Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Chulalongkorn telah mengadakan hubungan dengan
pemimpin-pemimpin Barat, contohnya Raja William II (Jerman), Tzar Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan Presiden
Lawbet (Perancis). Selain itu, Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan baginda merupakan Raja Siam yang pertama
melawat Eropah sebanyak 2 kali, iaitu tahun 1897 dan 1907.
Chulalongkorn meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai bagi memodenkan pentadbiran Siam. Secara umumnya,
British ditugaskan dalam hal kewangan dan pentadbiran, Perancis dalam undang-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi,
Denmark dalam angkatan laut dan polis wilayah manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Tokoh utama yang banyak membantu
Chulalongkorn melaksanakan pembaharuan di Siam ialah penasihat amnya berbangsa Belgium, iaitu Rollin Jacquemins.
Bagi memodenkan pentadbiran, Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874, untuk menasihatinya dalam
pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan
Majlis Penasihat Rendah Negeri (MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem
pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur pentadbiran lama dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian.
Tiap-tiap kementerian diketuai oleh seorang menteri. Antara menterinya ialah Putera Rabi, Putera Damrong dan Putera Dewawongse.
Kementerian-kementerian yang ditubuhkan ialah Kementerian Hal-Ehwal dalam Negeri, Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri,
Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Keadilan, Kementerian Kesihatan,
Kementerian Istana, Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tanah dan Kementerian Pertanian.
Mulai tahun 1892, semua hal ehwal pentadbiran diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Putera
228
Damrong. Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan sejak turun-temurun. Bagi memudahkan
pentadbiran juga, negeri Siam telah dipecahbelahkan kepada 18 Monthons, Cangurat, Amphoe dan Tambun.
2. Sosial
a. Keadilan
Chulalongkorn telah berusaha untuk menyusun semula sistem keadilan Siam berdasarkan sistem keadilan Barat dengan bantuan
pegawai-pegawai Perancis. Antara tokoh yang bantu Chulalongkorn memodenkan sistem keadilan Siam ialah Rollin Jacquemins
Stroebell. Kementerian Keadilan telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan diletakkan di bawah Putera Rabi. Pada tahun 1894, sistem
Mahkamah Awam dan Jenayah berdasarkan sistem Mahkamah Barat mula dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1897, sebuah
Suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji semula sistem keadilan Siam. Pada tahun tersebut juga, sekolah latihan peguam telah
didirikan di Bangkok untuk melatih peguam-peguam Siam. Pada tahun 1904, Kod Jenayah berdasarkan Kod Jenayah Barat mula
dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1908, sebuah mahkamah yang akan melaksanakan sepenuhnya undang-undang Barat telah didirikan
di Bangkok. Tujuannya ialah untuk mendesak kuasa-kuasa Barat menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Siam.
b. Pelajaran
Pelajaran Barat semakin berkembang semasa pemerintahan Chulalongkorn. Pada tahun 1878, arahan telah dikeluarkan mendesak anak-anak
golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat pelajaran Barat. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja terbuka kepada
anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. selain
itu, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di Siam, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar Siam dihantar ke
seberang laut tiap-tiap tahun. Untuk memajukan pelajaran, Jabatan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1887 dengan bantuan pegawai
pelajaran British iaitu Cangbell. Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan
pengurusan didirikan. D.G.E. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” menegaskan perkembangan pelajaran Barat berlaku
kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai sepenuhnya guru-guru British pada tahun 1890-an. Sekolah-sekolah tersebut ialah Maktab
Raja 1878 untuk anak-anak lelaki golongan bangsawan, Sunandalaya 1883 untuk anak perempuan golongan bangsawan dan sekolah harian
1884 untuk anak lelaki kelas pertengahan.
c. Adat
Chulalongkorn telah berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam. Adat sujud di hadapan raja telah
dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan pada tahun 1873 dan digantikan dengan sistem
buruh bergaji. Sistem penghambaan mula dihapuskan pada tahun 1874. Mulai tahun tersebut, tidak ada orang yang dilahirkan sebagai hamba.
Anak-anak hamba akan jadi rakyat bebas apabila mencapai umur 21 tahun. Sistem penghambaan dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1805.
d. Agama
Walaupun Chulalongkorn beragama Buddha, baginda bersikap liberal terhadap agama-agama lain. Baginda membenarkan penyebaran agama
Kristian dan Islam. Akibatnya berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan perkembangan agama Islam di Selatan Siam.
e. Sistem perhubungan
Sistem perhubungan semakin berkembang semasa Chulalongkorn. Banyak jalanraya, terusan dan terusan telah dibina. Jalan keretapi yang
pertama dibina pada tahun 1893 untuk menghubungkan Bangkok dengan Paknam. Seterusnya dibina jalan keretapi menghubungkan
Bangkok-Ayuthia pada tahun 1897, Bangkok-Korat 1900, Bangkok-Lupburi 1901. Perkhidmatan telegraf bermula pada tahun 1875 dan
perkhidmatan pos serta telefon pada tahun 1881.
f. Kesihatan
Chulalongkorn telah mengambil langkah untuk memajukan perkhidmatan kesihatan di Siam. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di
klinik-klinik dan hospital-hospital yang didirikan oleh Chulalongkorn. Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan pada tahun 1892. Sebuah
sekolah latihan doctor telah didirikan di Bangkok. Seterusnya didirikan sekolah latihan perbidaan 1897 dan sekolah latihan jururawat 1898.
g. Penjara dan polis
Chulalongkorn telah menyusun semula sistem penjara dan perkhidmatan polis. Usaha-usaha ini dijalankan dengan bantuan pegawai-pegawai
British dan Jabatan Polis Imperial Myanmar dan India.
3. Ekonomi
Ekonomi Siam berkembang maju semasa pemerintahan Chulalongkorn. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama Siam.
Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden dengan bantuan pegawai-pegawai British. Jabatan
Kastam dan Hasil Dalam Negeri telah ditubuhkan pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 dan
mulai tahun tersebut, sistem cukai secara langsung telah dilaksanakan. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri telah disusun semula
pada tahun 1892. Pada tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam. Sistem audit
dan akaun yang teratur telah dilaksanakan dan pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama berjaya dikeluarkan.
Chulalongkorn menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan sebuah
bank Perancis didirikan pada tahun 1897. Chulalongkorn juga menggalakkan perdagangan asing di Siam. Akibatnya ramai pedagang Barat
datang ke Siam dan semasa Chulalongkorn, perdagangan asing Siam dikuasai oleh pedagang-pedagang British. Chulalongkorn telah
menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman padi bagi tujuan eksport. Dalam usaha untuk menjayakan rancangan ini, baginda
telah mengurangkan atau menggantung buat sementara cukai ke atas sawah padi, membina projek-projek pengairan serta membina jalan raya
dan jalan keretapi.
Kesimpulan
Chulalongkorn merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda telah berjaya menyelamatkan
kemerdekaan Siam dalam zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapat tanah jajahan di Asia
terutamanya di Asia Tenggra. Dasar buka pintu, keistimewaan-keistimewaan yang diberi dan dasar tolak ansur baginda telah
mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal Siam. Pemerintahan baginda selama 42 tahun (1868-1910) telah
memperlihatkan pelbagai perubahan berlaku di Siam sama ada dalam politik, sosial ataupun ekonomi. Baginda dikenali sebagai “Raja
229
Teragung dan Tercinta”. Chulalongkorn mangkat pada 23 April 1910 dan digantikan oleh puteranya Raja Vajiravudh sebagai
Raja Rama VI.
Pengenalan
Mongkut menaiki takhta sebagai Raja Rama IV pada 3 April 1851. Pemerintahanya membawa kepada permulaan pembaharuan berdasarkan
idea Barat dilaksanakan di Siam. Baginda mangkat pada 1 Oktober 1868 selepas memerintah selama 18 tahun dan digantikan oleh puteranya
Chulalongkorn sebagai Raja Rama V. Pemerintahan Chulalongkorn memperlihatkan pembaharuan yang lebih luas dilaksanakan di Siam.
Ahli-ahli sejarah menganggap Chulalongkorn bertanggungjawab dalam melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya.
Baginda telah mempercepat dan memperluaskan pembaharuan yang dimulai oleh Mongkut. Chulalongkorn mangkat pada 23 April 1910
selepas memerintah selama 42 tahun. Pemerintah-pemerintah Siam selepas Chulalongkorn ialah Vajiravudh, Prajadhipok dan Ananda
Mahidol.
Vajiravudh 1910-1925
Selepas kemangkatan Chulalongkorn pada 23 April 1910, puteranya Vajiravudh dilantik sebagai Raja Rama VI. Baginda merupakan
putera raja Siam yang pertama mendapat pelajaran di seberang laut, khususnya di Universiti Oxford. Baginda berada di seberang laut
selama 9 tahun dan pernah berkhidmat dalam angkatan tentera British. Oleh sebab terlalu lama berada di seberang laut, maka
hubungannya dengan keluarga menjadi renggang dan baginda tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Siam dalam tempoh
tersebut.
Ahli-ahli sejarah menganggap Vajiravudh merupakan seorang pemerintah yang lemah jika dibandingkan dengan Mongkut
ataupun Chulalongkorn. Walaupun baginda berpelajaran tinggi di seberang laut, Vajiravudh tidak berminat dalam pentadbiran.
Baginda lebuh menumpukan perhatian dalam hal-hal kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, penulisan, seni lukis, lakonan dan
sebagainya. Baginda telah menulis 200 artikel dalam akhbar-akhbar Siam terutamanya yang berkaitan dengan sejarah dan
kesusasteraan Siam. Baginda juga telah menterjemah karya-karya Barat terutamanya karya Shakespear dan Moliere ke dalam Bahasa
Siam.
Dalam menjalankan pentadbiran, baginda menyerahkannya kepada pegawai-pegawainya. Oleh sebab baginda tidak
mengawasi kegiatan pegawai-pegawainya menyebabkan mereka melakukan rasuah dan penyelewengan untuk kepentingan diri sendiri.
Untuk mengisi jawatan-jawatan kerajaan, Vajiravudh mengamalkan sikap pilih kasih di mana baginda mengutamakan sahabat-
sahabatnya terutamanya yang sama-sama belajar dengannya di England. Menjelang tahun 1915, kebanyakan pegawai yang dilantik
semasa Chulalongkorn telah dipecat dan digantikan dengan sahabat-sahabatnya. Vajiravudh jarang mengadakan mesyuarat kabinet
dan majlis-msjllis yang ditubuhkan semasa Chulalongkorn seperti Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis Penasihat Rendah
Negeri tidak berfungsi. Semasa Chulalongkorn, golongan bangsawan memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Semasa
Vajiravudh, mereka yang bukan golongan bangsawan telah dilantik memegang jawatan-jawatan penting. Sebagai contoh, semasa
Chulalongkorn, semua kementerian diketuai oleh golongan bangsawan tetapi semasa Vajiravudh, 8 daripada 12 kementerian diketuai
oleh golongan bukan bangsawan. Akibatnya, pemerintahan Vajiravudh mendapat tentangan golongan bangsawan kerana dasar
pentadbirannya menjejaskan kepentingan golongan bangsawan.
Vajiravudh merupakan seorang pemerintah yang boros dan banyak menghabiskan wang untuk hal-hal kesenian, perayaan-
perayaan di istana dan sebagainya. Sebagai contoh, baginda telah menggaji 3000 pekerja istana. Selain itu, baginda juga telah
menubuhkan pasukan tentera peribadi yang dikenali sebagai “Pasukan Harimau Liar”. Pasukan ini mendapat pelbagai keistimewaan
jika dibandingkan dengan tentera biasa. Pentadbiran yang tidak cekap, rasuah serta penyelewengan dan pemborosan Vajiravudh telah
membebankan ekonomi Siam. Masalah ekonomi semakin runcing apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1920-an.
Akibat perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Vajiravudh, menyebabkan berlaku percubaan membunuhnya
sebanyak dua kali. Percubaan membunuh tahun 1912 diketuai oleh adiknya sendiri, Putera Pitsanulok kerana dasar pentadbiran
Vajiravudh menjejaskan kepentingan golongan bangsawan. Percubaan membunuh tahun 1917 dilakukan oleh tentera akibat tindakan
baginda menyebelahi Pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Majoriti tentera Siam bersikap pro-Jerman lebih-lebih
yang mendapat latihan dari pegawai-pegawai Jerman. Walau bagaimanapun, kedua-dua percubaan membunuh tersebut berjaya
dipatahkan oleh tentera-tentera yang masih setia terhadap Vajiravudh. Tindakan Vajiravudh menyebelahi Pihak Berikat
menguntungkan Siam kerana peperangan tersebut dimenangi oleh Pihak Berikat. Selepas Perang Dunia Pertama, Siam berjaya
merampas kembali perkhidmatan keretapi yang dikuasai oleh Jerman sebelum Perang Dunia Pertama. Perjanjian Versailles 1919 telah
mengiktiraf Siam sebagai negara merdeka dan diterima sebagai anggota Liga Bangsa-bangsa (LBB) pada tahun 1922. Mulai tahun
tersebut juga, kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Siam kerana mengenangkan jasa Siam
menyebelahi Pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama.
Walau pemerintahan Vajiravudh menimbulkan pelbagai masalah, terutamanya masalah ekonomi, tetapi beberapa tindakan
baginda telah memberi sumbangan ke arah pembaharuan Siam. Baginda telah berjaya menubuhkan pasukan pengangkap dan
pertolongan cemas terutamanya di sekolah-sekolah, mendirikan Universiti Chulalongkorn (1917), mendirikan sekolah Vajiravudh
(1921) dan melaksanakan rakan pelajaran rendah wajib sejak tahun 1921. Baginda juga melaksanakan undang-undang monogami dan
mengadakan pembaharuan ke atas pakaian wanita tradisional Siam terutamanya pakaian wanita supaya kelihatan kemas. Penyuntikan
wajib dan kalendar mengikut cara Barat juga dilaksanakan oleh baginda. Baginda mangkat pada tahun 1925 dan digantikan oleh adik
bongsunya Prajadhipok.
Prajadhipok 1925-1935
Selepas kemangkatan Vajiravudh pada tahun 1925, adiknya Prajadhipok dilantik sebagai Raja Rama VII kerana Vajiravudh tidak
mempunyai putera. Ahli-ahli sejarah menganggap Prajadhipok tidak bersedia menjadi raja kerana baginda banyak menghabiskan
masa di seberang laut. Oleh sebab baginda mendapat pelajaran Barat di seberang laut, Prajadhipok telah terdedah kepada idea-idea
Barat seperti liberal, demokrasi, kerajaan berpelembagaan dan sebagainya. Baginda berusaha melaksanakan idea-idea tersebut di Siam.
230
Walau bagaimanapun, tindakan baginda dapat tentangan golongan bangsawan kerana perlaksanaan idea-idea tersebut akan
menjejaskan kepentingan golongan bangsawan.
Prajadhipok berusaha memulihkan kembali majlis-majlis yang diabaikan semasa pemerintahan Vajiravudh. Pada tahun 1927,
baginda menubuhkan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh 5 orang golongan bangsawan. Pemerintahan Prajadhpok memperlihatkan
usaha untuk mengembalikan kepentingan golongan bangsawan. Sebagai contoh, semasa Vajiravudh, 8 daripada 12 kementerian
diketuai oleh bukan golongan bangsawan tetapi semasa Prajadhipok, 8 daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bangsawan.
Akibatnya, pemerintahan Prajadhipok mendapat tentangan pegawai-pegawai awam dan tentera bukan golongan bangsawan.
Pentadbiran yang tidak cekap, rasuah serta penyelewengan dan pemborosan Vajiravudh telah membebankan ekonomi Siam.
Masalah ekonomi semakin runcing apabila berlaku kemelesean ekonomi dunia tahun 1920-an. Untuk mengatasi masalah ini, beberapa
langkah telah dijalankan oleh Prajadhipok. Antaranya ialah memecat pegawai-pegawai yang dilantik atas dasar pilih kasih semasa
Vajiravudh, mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang-barang keperluan, mengurangkan gaji serta kakitangan, menghapuskan
jawatan-jawatan dan jabatan-jabatan yang tidak penting dan mengurangkan pekerja istana dari 3000 menjadi 300. Langkah-langkah
yang dijalankan sedikit sebanyak telah memulihkan ekonomi Siam. Walau bagaimanapun, pemulihan itu tidak kekal lama akibat
kemelesetan ekonomi dunia seterusnya sejak tahun 1929. Pada Mac 1931, Siam mengalami kekurangan wang sebanyak 11 juta bath.
Kegagalan mendapat pinjaman negara-negara Barat, terutamanya Perancis dan Amerika Syarikat menyebabkan Prajadhipok
mengambil langkah-langkah yang lebih tegas ke arah mengatasi masalah ekonomi. Baginda telah mengurangkan gaji serta kakitangan,
menyekat kenaikan pangkat serta gaji dan membubarkan “Pasukan Harimau Liar”.
Walaupun langkah-langkah yang dijalankan oleh Prajadhipok amat penting untuk memulihkan ekonomi Siam, tetapi langkah
tersebut mendapat tentangan terutamanya daripada mereka yang kepentingannya terjejas. Selain itu, langkah-langkah tersebut
dianggap sebagai kelemahan Prajadhipok. Golongan yang menentang pemerintahan Prajadhipok ialah pegawai-pegawai awam dan
tentera bukan golongan bangsawan mereka yang mendapat pelajaran Barat di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat
seperti demokrasi, liberal dan sosialisme, komunisme, kerajaan berpelembagaan dan sebagainya. Mereka yang mendapat pelajaran di
Jerman dan Perancis dianggap lebih radikal. Golongan ini menentang sistem monarki mutlak dan menganggapnya sebagai sistem
lapuk yang menghalang kemajuan Siam. Akibat dari perasaan tidak puas hati menyebabkan berlakunya Revolusi tanpa pertumpahan
darah pada 24 Jun 1932. Revolusi ini dipimpin oleh Pridi Panomyong yang mendapat bantuan pegawai-pegawai tentera iaitu Pribun
Songkram, Phya Bahol, Phra Manopakorn dan Khrung Aiphaiwang. Golongan revolusi telah berjaya mengusai istana dan ketika itu
Raja Prajadhipok berada di seberang laut. Apabila kembali baginda terpaksa menerima cadangan-cadangan “Perlembagaan Rakyat”
yang dikemukakan oleh Pridi Panomyong.
1. Sistem monarki mutlak dihapuskan dan digantikan dengan sistem monarki berpelembagaan.
2. Demokrasi berparlimen akan dilaksanakan dan sebuah Dewan Perundangan akan ditubuhkan
3. Pilihanraya Umum akan diadakan 4 tahun sekali untuk memilih ahli-ahli Dewan Perundangan.
4. Kepentingan golongan bangsawan dalam perkhidmatan kerajaan dihapuskan. Mereka dilarang memegang jawatan-jawatan
penting seperti menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan.
5. Rakyat dapat hak dan peluang yang sama dalam politik, ekonomi dan sosial.
1932-1941
Selepas revolusi, Phya Manapakorn dilantik sebagai Perdana Menteri memandangkan hubungannya yang amat rapat dengan raja.
Revolusi 1932 menandakan permulaan kepada berlakunya pergolakan dalam politik Siam seterusnya. Sebagai contoh, perbalahan
pertama berlaku antara Perdana Menteri Manapakorn dengan Pridi Panomyong kerana rancanga ekonomi. Pridi dianggap bercorak
komunis. Akibatnya, Pridi telah dibuang negeri. Phya Manapakorn telah berusaha untuk menjadi seorang dictator. Dengan kerjasama
Prajadhipok, beliau telah menggantung Dewan Perundangan. Pemerintahan Phya Manapakorn yang bertentangan dengan prinsip
demokrasi telah mendapat tentangan ramai. Akibatnya, satu revolusi telah berlaku pada 20 Jun 1933 di bawah pimpinan Phya Bahol.
Revolusi tersebut telah berjaya menggulingkan kerajaan Phya Manapakorn dan Phya Bahol dilantik sebagai Perdana Menteri baru.
Beliau telah memanggil pulang Pridi dan melantiknya sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pemerintahan Phya Bahol yang
menjejaskan kepentingan golongan bangsawan telah mendapat tentangan golongan tersebut. Akibatnya, satu revolusi golongan
bangsawan yang dipimpin oleh bekas Menteri Pertahanan Putera Bovaradej telah berlaku pada 12 Oktober 1933. Walau
bagaimanapun, revolusi tersebut berjaya dipatahkan oleh tentera pimpinan Pribun Songkram. Dalam usaha untuk mewujudkan
demokrasi berparlimen, Pilihanraya Umum pertama telah diadakan pada 13 November 1933. Dalam pilihanraya tersebut, golongan
pro-Pridi telah mencapai kemenangan. Perbalahan kemudiannya berlaku antara Pribun Songkram dengan Pridi Panomyong kerna
rancangan ekonomi Pridi dianggap terlalu radikal. Walau bagaimanapun, perbalahan itu berjaya diredakan oleh Perdana Menteri,
Phya Bahol.
Raja Prajadhipok yang masih berselisih faham dengan kerajaan Phya Bahol telah meletakkan jawatan pada 21 Mac 1935.
Baginda digantikan oleh anak saudaranya Anando Mahidol yang berumur 10 tahun dan masih menuntut di Switzerland. Akibatnya,
sebuah Jemaah Pemangku Raja yang terdiri daripada 3 anggota telah dibentuk.
Walaupun pemerintahan Prajadhipok telah menimbulkan pelbagai masalah, tetapi beberapa tindakan baginda telah memberi
sumbangan ke arah pembaharuan Siam. Antara sumbangan baginda ialah mengadakan perkhidmatan wireless pertama di Siam,
membina lapangan terbang Don Maung, menubuhkan institut kesusasteraan di raja, muzium serta perpustakaan negara dan
mengeluarkan undang-undang kesihatan orang awam yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan.
Pada tahun 1928, beliau mengeluarkan arahan perkhidmatan yang membolehkan rakyat biasa dilantik untuk memegang
jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Beliau juga telah memperluaskan kuasa Lembaga Mata Wang dan untuk kepentingan
ekonomi, kerajaan diberi kuasa penuh dalam perkhidmatan bank dan insurans.
Pilihanraya Umum kedua diadakan pada tahun 1937. Dalam pilihanraya tersebut, parti pimpinan Phya Bahol telah mencapai
kemenangan dan beliau sekali lagi dilantik menjadi Perdana Menteri. Perbalahan kemudiannya berlaku antara Phya Bahol dengan
golongan tentera pimpinan Pribun Songkram. Akibat daripada undi tidak percaya dalam Dewan Perundangan, Phya Bahol terpaksa
meletak jawatan pada Disember 1938 dan digantikan oleh Pribun Songkram sebagai Perdana Meneri baru.
Pemerintahan Pribun Songkram membawa banyak perubahan yang memperlihatkan semangat nasionalisme yang keterlaluan.
Beliau telah berusaha untuk meninggikan taraf hidup orang Siam. Bantuan-bantuan telah diberi kepada orang-orang Siam
231
terutamanya golongan petani bagi membebaskan mereka daripada belenggu hutang, ceti dan peminjam-peminjam wang Cina.
Kerajaan juga telah mengambil langkah untuk membantu perusahaan-perusahaan orang Siam. Langkah-langkah juga dijalankan untuk
menyekat kebebasan kegiatan ekonomi orang-orang asing terutamanya orang-orang Cina. Kemasukan orang-orang Cina ke Siam telah
disekat. Tiap-tiap orang Cina yang masuk ke Siam dikenakan cukai sebanyak 100 baht. Perusahaan-perusahaan orang-orang Cina
dikenakan cukai yang tinggi dan 26 jawatan dalam perkhidmatan awam diharamkan kepada orang-orang Cina. Sekolah-sekolah dan
akhbar-akhbar Cina telah ditutup. Kerajaan Pribun Songkram telah menggalakkan orang-orang Siam melibatkan diri dalam
perdagangan dan perusahaan. Arahan telah dikeluarkan supaya syarikat-syarikat asing memiliki 70% modal dan 75% kakitangan
Siam. Kerajaan juga telah mengambilalih perusahaan asing untuk diserahkan kepada orang-orang Siam atau syarikat-syarikat Siam.
Sebagai contoh, perusahaan kayu jati yang selama ini dikuasai oleh syarikat British iaitu Bombay Burma Trading Cooperation (BBTC)
telah diambilalih dan diserahkan kepada syarikat Siam.
Pada Jun 1939, nama Siam ditukarkan menjadi Maung Thai/Thailand yang bermaksud tanah atau negeri yang bebas.
Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat kemegahan bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana Siam merupakan stu-satunya
negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Pribun Songkram juga berusaha untuk mendapat kembali wilayah-
wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Tindakan telah menyebabkan berlakunya pertempuran di antara Siam dan
Perancis di Sempadan Laos-Siam. Pada 11 Disember 1940, Phibun Songkram menandatangani perjanjian kerjasama dengan Jepun.
Akibat tekanan Jepun, Perancis terpaksa menyerahkan Laos, Battambang dan Siem Reap kepada Siam pada Mac 1941. Pendudukan
Jepun di Indo-China pada Julai 1941 sedikit sebanyak menjejaskan usaha Phibun Songkram untuk mendapat kembali wilayah-wilayah
Siam.
Kesimpulan
Semasa Perang Dunia Kedua, semua negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh Jepun kecuali Siam. Negeri Siam terselamat daripada
penyerangan Jepun kerana kerjasama Phibun Songkram dengan Jepun. Semasa Perang Dunia Kedua juga, Siam telah mendapat
kembali wilayah-wilayahnya seperti Mongpan, Kentung dan Negeri-negeri Melayu Utara. Pada Julai 1944, Kerajaan Phibun
Songkram yang pro-Jepun telah digulingkan oleh Khuang Aiphaiwong yang pro-pihak Berikat. Akibatnya, pihak berikat yang
kemabli ke Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua tidak dapat mengambil tindakan ke atas Siam kerana pada dewasa itu, Siam
diperintah oleh kerajaan yang pro-pihak Berikat. Pada September 1945, Khuang Aiphaiwong digulingkan oleh Seni Pramoj. Tekanan
British dan Perancis menyebabkan Seri Pramoj tanpa bantahan menyerahkan kembali wilayah-wilayah yang dirampas oleh Siam
semasa Perang Dunia Kedua. Akibatnya, British dan Perancis tidak perlu bertindak secara kekerasan ke atas Siam.
Pengenalan
Revolusi tanpa pertumpahan darah telah berlaku di Siam pada 24 Jun 1932. Revolusi tersebut telah menamatkan sistem monarki mutlak dan
digantikan dengan sistem monarki berperlembagaan. Ahli-ahli sejarah tidak menganggapnya sebagai revolusi massa kerana tidak disertai oleh
orang ramai. Revolusi tersebut hanya disertai oleh pegawai-pegawai awam dan tentera bukan golongan bangsawan. Revolusi 1932 dipimpin
oleh Pridi Panomyong yang mendapat bantuan pegawai-pegawai tentera seperti Phya Bahol, Pribun Songkram, Khuang Aiphaiwong dan
Phya Manapakorn. Revolusi ini menandakan permulaan kepada berlakunya pergolakan dalam politik Siam hingga hari ini.
Sebab-sebab
1. Kemerosotan sistem monarki mutlak
Kemerosotan sistem monarki mutlak menjadi faktor utama mengakibatkan meletusnya Revolusi 1932. Kemerosotan tersebut telah
menimbulkan kebencian dan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap pemerintahan golongan bangsawan. Kemerosotan
sistem monarki mutlak bermula semasa pemerintahan Vajiravudh disebabkan oleh dasar pentadbirannya. Dalam menjalankan
pentadbiran, baginda telah menyerahkannya kepada pegawai-pegawainya. Oleh sebab baginda tidak mengawasi kegiatan pegawai-
pegawainya, menyebabkan rasuah dan penyelewengan berleluasa. Selain itu, baginda juga mengamalkan dasar pilih kasih dalam
mengisi jawatan kerajaan. Baginda jarang mengadakan mesyuarat kabinet majlis-majlis yang ditubuhkan oleh Chulalongkorn. Dalam
menjalankan pentadbiran, baginda lebih mengutamakan golongan bukan bangsawan. Misalnya, 8 daripada 12 kementerian di Siam
diketuai oleh golongan bukan bangsawan. Akibatnya, pemerintahan Vajiravudh mendapat tentangan golongan bangsawan.
Baginda juga menubuhkan pasukan tentera peribadi yang dikenali sebagai “Pasukan Harimau Liar”. Pasukan ini mendapat pelbagai
keistimewaan berbanding dengan tentera biasa. Tindakan Vajiravudh ini ditentang pula oleh tentera biasa. Akibat dari perasaan tidak puas
hati berlaku 2 percubaan membunuh baginda, iaitu tahun 1912 dan 1917. Walau bagaimanapun, kedua-dua percubaan itu berjaya dipatahkan.
Sistem monarki mutlak menjadi semakin lemah semasa pemerintahan Prajadhipok. Baginda cuba mengembalikan kepentingan
golongan bangsawan. Sebagai contoh, semasa Vajiravudh, 8 daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bukan bangsawan tetapi
semasa pemerintahan Prajadhipok, 8 daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bangsawan. Tindakan baginda telah ditentang
oleh pegawai-pegawai awam dan tentera bukan golongan bangsawan.
Dalam usaha untuk menghadapi kemelesetan ekonomi, Prajadhipok telah mengambil langkah ke arah mengurangkan perbelanjaan,
misalnya mengurangkan gaji serta kakitangan, memecat pegawai yang dilantik atas dasar pilih kasih oleh Vajiravudh dan
menghapuskan jawatan tidak penting. Walaupun langkah ini sedikit sebanyak dapat memulihkan ekonomi, tetapi pemulihan tersebut
tidak kekal lama disebabkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk pada tahun 1929. Akibatnya, Prajadhipok terpaksa mengambil
langkah yang lebih tegas, misalnya menyekat kenaikan pangkat dan gaji serta membubarkan “Pasukan Harimau Liar”. Langkah-
langkah ini telah menambahkan ketidakpuasan di kalangan pegawai awam dan tentera.
2. Perkembangan pelajaran
Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Siam. Mereka yang
mendapat pelajaran Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti kerajaan berperlembagaan, demokrasi,
liberal, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Usaha-usaha mereka untuk melaksanakan idea-idea tersebut di Siam mendapat tentangan
golongan bangsawan yang menguasai pentadbiran Siam. Mereka yang dapat pelajaran di Jerman dan Perancis dianggap lebih radikal kerana
232
golongan ini menentang sistem monarki mutlak dan menganggapnya sebagai sistem lapuk yang menghalang kemajuan Siam. Antara
golongan intelek itu ialah Pridi Panomyong, Pribun Songkram, Phya Bahol, Phya Manapakorn, Khuang Aiphaiwong dan lain-lain lagi.
Donald E. Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South East Asia” mendakwa punca utama berlakunya revolusi ialah
keazaman golongan intelek untuk memodenkan struktur politik dan mengadakan pembaharuan yang radikal.
3. Kemelesetan ekonomi (Krisis Ekonomi di Eropah pada Tahun 1929)
Pentadbiran yang tidak cekap, rasuah serta penyelewengan dan pemborosan Vajiravudh telah membebankan ekonomi Siam. Masalah
ekonomi semakin runcing apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia 1920-an dan 1930-an. Pada tahun 1931, Siam mengalami kekurangan
sebanyak 11 juta bath. Prajadhipok telah mengambil beberapa langkah tegas dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi. Antaranya ialah
mengurangkan gaji serta kakitangan, menyekat kenaikan pangkat serta gaji, mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang keperluan,
menghapuskan jabatan-jabatan dan jawatan-jawatan yang tidak penting, membubarkan “Pasukan Harimau Liar” dan sebagainya. Tindakan
tersebut telah mendapat tentangan ramai, terutamanya daripada mereka yang kepentingannya terjejas. Selain itu, langkah-langkah tersebut
dianggap sebagai kelemahan Prajadhipok.
4. Krisis politik
Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan peruntukan kewangan kepada jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian dikurangkan.
Langkah tersebut telah menimbulkan perbalahan antara Menteri Pertahanan Putera Bovaradej dengan Menteri Perdagangan Putera
Purachatra. Krisis politik yang berlaku pada Oktober 1931 telah mengoncangkan keyakinan orang ramai terhadap pemerintahan
golongan bangsawan.
5. Kebebasan akhbar
Kebebasan akhbar telah lama dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1931, Prajadhipok telah mengeluarkan arahan supaya semua berita perlu
ditapis sebelum disiarkan. Arahan tersebut telah dapat tentangan ramai kerana ianya memperlihatkan kecurigaan kerajaan dalam kebebasan
akhbar.
6. Anti Cina
Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Siam. Peranan orang Cina sebagai peminjam wang telah
menyebabkan banyak tanah orang Siam jatuh ke tangan orang Cina. Peranan orang Cina sebagai orang tengah telah menghimpitkan lagi
kehidupan orang Siam. Orang-orang Cina dianggap sebagai “Yahudi Timur” dan masih menumpukan taat setia terhadap negara asal mereka.
Kemarahan orang Siam bertambah kerana semua pertubuhan yang diwujudkan oleh orang-orang Cina hanya terbuka kepada orang Cina.
Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas
orang Siam. Malah orang Cina diberi peluang ekonomi yang lebih luas seperti monopoli eksais ke atas perjudian, loteri, minuman keras dan
ganja.
7. Agama
Kegiatan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian mendapat tentangan orang ramai terutamanya daripada golongan sami.
Akibat kegiatan mubaligh, ramai orang Siam terutamanya golongan muda telah memeluk agama Kristian dan mereka ini telah
meninggalkan budaya Siam. Orang ramai telah mendesak kerajaan supaya menyekat kegiatan mubaligh-mubaligh menyebarkan
agama Kristian. Keengganan kerajaan telah menambahkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan pimpinan golongan bangsawan.
Kesan-kesan
1. Menamatkan sistem monarki mutlak
Revolusi 1932 telah menamatkan sistem monarki mutlak dan digantikan dengan sistem monarki berperlembagaan. Keistimewaan golongan
bangsawan dan perkhidmatan kerajaan dihapuskan mereka tidak dibenarkan memegang jawatan-jawatan penting seperti menteri, timbalan
menteri, ketua jabatan dan sebagainya. Selepas revolusi mereka yang bukan golongan bangsawan memainkan peranan penting dalam
pentadbiran.
2. Perubahan ekonomi dan sosial
Revolusi 1932 bukan sahaja membawa perubahan politik, tetapi juga perubahan ekonomi dan sosial. Pelbagai perubahan telah berlaku seperti
pendidikan yang universal, kebebasan akhbar, sistem cukai pendapatan yang gratitude, iaitu yang bergantung kepada pendapatan dan
sebagainya. Langkah-langkah juga dijalankan untuk meninggikan taraf hidup orang Siam. Antara langkah tersebut ialah memberi subsidi,
mengutamakan orang-orang Siam serta syarikat-syarikat Siam dan mengambilalih perusahaan asing untuk diserahkan kepada orang-orang
Siam atau syarikat Siam.
3. Tentera
Selepas revolusi, golongan tentera memainkan peranan penting dalam pentadbiran Siam. Perdana Menteri yang dilantik terdiri daripada
pegawai-pegawai tentera. Antara mereka ialah Phya Manapakorn (1932), Phya Bahol (1933), Pribun Songkram (1938), Khuang Aiphaiwong
(1944), Seni Pramoj (1945) dan lain-lain lagi. Perbalahan sering berlaku terutamanya di antara pegawai-pegawai awam dan tentera.
4. Nasionalisme
Revolusi 1932 telah mengakibatkan kebangkitan semangat nasionalisme di Siam. Walaupun nasionalisme Siam tidak bercorak anti-kolonial
kerana Siam tidak dijajah, tetapi nasionalisme Siam bercorak anti-monarki, anti-Cina dan nasionalisme ekonomi serta kebudayaan. Orang-
orang Siam mahu melaksanakan perubahan politik, ekonomi dan sosial bagi mengekalkan kemerdekaan Siam.
5. Revolusi lain
Revolusi 1932 menandakan permulaan kepada berlakunya revolusi lain dalam politik Siam seterusnya. Contohnya, Revolusi Phya Bahol Jun
1933, Revolusi Putera Bovaradej Oktober 1933, Revolusi Pribun Songkram Disember 1938, Revolusi Khuang Aiphaiwong Julai 1944,
Revolusi Seni Pramoj September 1945, Revolusi Khuang Aiphaiwong Januari 1946, Revolusi Pridi Panamyong Mac 1946, Revolusi
Thamrong Nawasawad Ogos 1946, Revolusi Khuang Aiphaiwong November 1947, Revolusi Pribun Songkram Ogos 1948 dan sebagainya.
6. Thailand
233
Pada Jun 1939, nama Siam ditukar menjadi Thailand atau Maung Thai yang bermaksud tanah/negeri yang bebas. Penukaran nama ini
dilaksanakan semas aPribun Songkram menjadi Perdana Menteri Siam. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat kemegahan bangsa di
kalangan orang Siam kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
7. Langkah terhadap orang Cina
Selepas revolusi, usaha-usaha dijalankan untuk menyekat kepentingan orang-orang Cina di Siam. Orang-orang Cina tidak lagi bebas masuk
ke Siam. Tiap-tiap orang Cina yang masuk ke Siam dikenakan cukai 100 baht. Perusahaan-perusahaan orang Cina dikenakan cukai yang
tinggi dan 26 jawatan dalam perkhidmatan kerajaan diharamkan bagi orang Cina. Sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina ditutup.
8. Wilayah Siam
Usaha-usaha juga dijalankan bagi mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Usaha ini
dijalankan oleh Pribun Songkram. Dengan kerjasama Jepun, Siam telah merampas kembali beberapa wilayahnya seperti Laos, Batambang,
Seam Reap, Maung Pan, Kentung dan Negeri-negeri Melayu Utara.
9. Perlembagaan baru
Revolusi 1932 telah membawa kepada perlaksanaan perlembagaan baru yang menentukan hak rakyat, raja dan Dewan
Perundangan.
a. Hak rakyat
· Rakyat mendapat hak dan peluang yang sama dalam politik, ekonomi dan sosial.
· Kemantapan ekonomi dan peluang pekerjaan untuk kepentingan rakyat.
· Kemerdekaan yang tidak akan menjejaskan kepentingan rakyat.
· Kerajaan bertanggungjawab mewujudkan keamanan, peraturan dan ketenteraman untuk kesejahteraan rakyat.
b. Hak raja
· Sistem monarki mutlak dihapuskan dan digantikan dengan sistem monarki berperlembagaan.
· Raja diberi kuasa pengampunan.
· Raja berkuasa membubarkan Dewan Perundangan walaupun tanpa persetujuan kabinet.
· Raja berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perudangan tetapi Dewan Perundangan
berkuasa untuk menolak pembatalan tersebut.
· Raja berkuasa mengisytiharkan Darurat tetapi mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang menteri.
c. Hak Dewan Perundangan
· Demokrasi berparlimen akan diwujudkan di mana sebuah Dewan Perundangan akan diwujudkan.
· Dewan Perundangan akan mempunyai 156 orang ahli dan raja berkuasa untuk melantik ½ daripada ahli dewan
sehingga pilihanraya diadakan.
· Parti Rakyat Pimpinan Pridi Panamyong diberi kuasa menubuhkan kerajaan sementara sehingga kerajaan
berdasarkan perlembagaan beru dibentuk.
· Pilihanraya umum akan diadakan 4 tahun sekali. Calon-calon yang bertanding mesti berbangsa Siam, berumur 23
tahun ke atas, tinggal di kawasan mengundi dan mempunyai tingkat pelajaran yang ditetapkan.
Kesimpulan
Revolusi Siam 1932 telah menamatkan pemerintahan sistem monarki mutlak. Politik Siam yang seterusnya telah memperlihatkan
persaingan antara golongan tentera dan parlimen (ahli-ahli politik) untuk memegang teraju kerajaan. Revolusi Siam 1932 merupakan
peristiwa penting dalam sejarah Siam kerana ia telah membawa banyak perubahan. Revolusi Siam 1932 juga menunjukkan
kecenderungan golongan nasionalis untuk mengubah institusi pemerintahan yang ada kepada institusi pemerintahan yang lebih
membawa keuntungan kepada negara dan rakyat.
Pengenalan
Abad ke-19 merupakan zaman peluasan wilayah kuasa Barat. Mereka berlumba-lumba mencari tanah jajahan terutama di sebelah Timur. Hal
ini disebabkan mereka memerlukan bahan-bahan mentah untuk keperluan perusahaan di negara mereka akibat revolusi perusahaan. Selain itu,
mereka memerlukan pasaran bagi barang-barang kilang mereka. Selanjutnya, sebagai kuasa tentera, kuasa-kuasa Barat memerlukan
pangkalan angkatan laut untuk menjamin kedudukan mereka. Akibatnya, banyak negeri di Asia Tenggara yang telah jatuh ke tangan kuasa-
kuasa Barat. British bertapak di Myanmar dan Tanah Melayu, Balanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina.
Wilayah yang hilang kepada British dan kepentingannya
Hubungan Chulalongkorn dengan British dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini disebabkan adanya campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu Utara. Memandangkan pengaruh Siam yang mengalami kejatuhan di Negeri-negeri Melayu tersebut dan Siam
memerlukan bantuan dari pihak British menyebabkan Raja Chulalongkorn menandatangani satu perjanjian iaitu Perjanjian Bangkok
pada tahun 1909. Berdasarkan perjanjian itu, pihak berkuasa Siam menyerahkan 4 negeri Melayu Utara iaitu, Perlis, Kedah, Kelantan
dan Terengganu pada pengawalan British. Sebagai balasan, pihak British berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam
yang lain dan memberi pinjaman untuk pembinaan jalan keretapi.
Bagi pihak British, British ingin menggabungkan 4 negeri Melayu tersebut dengan Negeri-negeri Melayu yang telah
diletakkan di bawah pengawalan British iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan gabungan ini bermakna lengkaplah
penubuhan Tanah Melayu. Dengan pengambilan 4 negeri Melayu itu bermakna British dapat menghalang campur tangan asing di
negeri-negeri tersebut. Ketika ini, kuasa Barat yang menjadi ancaman kepada British ialah Jerman. Sejak penyatuan Jerman pada
234
tahun 1871, negara tersebut telah berusaha untuk menandingi British dalam penguasaan angkatan laut. Selanjutnya, Jerman telah
berusaha mendapat wilayah di Asia Tenggara untuk dijadikan pangkalan angkatan laut. Pada tahun 1899, terdengar berita mengatakan
bahawa Jerman telah cuba mendapatkan Pulau Langkawi dari pemerintahan Siam. Keadaan ini juga mempengaruhi British
mengadakan persahabatan dengan Perancis pada tahun 1904 (Ententi Cordiale) yang mana pihak British membenarkan Perancis
bertindak di Kampuchea.
Wilayah yang hilang kepada Perancis dan kepentingannya
Sungguhpun ketika Raja Chulalongkorn menjadi raja (1868-1910) menjalankan dasar “buka pintu” dengan mengadakan persahabatan
dengan Barat, Negeri Siam masih mendapat tekanan dari Perancis. Perancis telah bergiat di Indo-China dengan mengadakan tuntutan
wilayah. Oleh sebab hubungan Siam dengan Perancis dalam keadaan yang genting maka Chulalongkorn telah menyerahkan wilayah-
wilayah yang dituntut oleh Perancis. Misalnya, wilayah tebing Sungai Mekong (1886), wilayah di Tongking Utara (1888), wilayah
sebelah Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang (1893), wilayah sepanjang sempadan Laos-Siam (1904) dan wilayah
Battambang dan Siemreap (1907). Dengan ini bermakna seluruh Indo-China jatuh ke tangan Perancis.
Perancis menuntut wilayah di Indo-China dari negeri Siam kerana ingin menubuhkan Empayar Perancis di Indo-China.
Tujuan ini perlu dilaksanakan memandangkan adanya persaingan pengaruh British yang kuat terutama di negeri Siam. Hal ini
bermakna pengaruh British boleh berkembang di mana-mana bahagian Indo-China. Oleh itu, dengan penaklukan Indo-China
bermakna pihak Perancis dapat menghalang kemungkinan merebaknya pengaruh British itu. Selain itu, ia juga menjamin perjalanan
darat ke Yunnan yang terletak di Selatan China. Perjalanan darat ini dianggap penting kerana Perancis boleh mengadakan hubungan
perdagangan dengan China. Pihak Perancis menganggap negeri China mempunyai potensi yang baik untuk menjadi pasaran bagi
barang-barang buatan Perancis.
Kesimpulan
Dengan penyerahan wilayah-wilayah kepada Perancis dan British, negeri Siam telah kehilangan wilayah seluas kira-kira 90000 batu
persegi. Namun demikian, tindakan itu merupakan satu tindakan bijak untuk menghalang ancaman dari kedua-dua kuasa Barat itu.
Ternyata tindakan ini dapat menyelamatkan Siam dari ditawan oleh Perancis atau British. Negeri Siam kekal sebagai negara yang
berdaulat dan merdeka di tengah-tengah dasar perluasan wilayah kuasa-kuasa Barat.
Pengenalan
Thailand ialah negera di Asia Tenggara yang tidak dijajahi oleh mana-mana imperialis barat. Walau bagaimanapun, masih terdapat
pengaruh dari barat yang berjaya meresap masuk ke dalam bidang pentadbiran, sosial dan ekonomi.
Dari segi pentadbiran
Pihak pemerintah Siam telah berusaha memodenkan pentadbiran Kerajaan Siam. Beberapa orang penasihat berbangsa barat telah
dilantik oleh Siam seperti penasihat dari British, Brazil, Perancis dan Amerika Syarikat. Satu Majlis Negeri turut ditubuhkan dan ia
terdiri daripada Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Majlis Penasihat Rendah pada tahun 1874. Badan Penasihat Raja pula digantikan
dengan Menteri-menteri Kabinet. Pelbagai kementerian ditubuhkan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Keadilan dan
sebagainya. Semua kementerian ini diketuai oleh putera-putera raja dan dibantu oleh pakar asing. Mengikut sistem pentadbiran British
di Myanmar, Siam membahagikan wilayahnya kepada 18 bulatan. Setiap bulatan ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Residen.
Bulatan ini kemudian dibahagikan kepada wilayah (maunt) dan wilayah ini dibahagikan kepada daerah (Ampur). Seterusnya, daerah-
daerah ini dibahagikan kepada kampung (Tambol) dan kampung-kampung ini pula dibahagikan kepada desa (Hamlet) dan ia diketuai
oleh seorang ketua desa.
Pihak Siam telah menubuhkan Kementerian Kehakiman Khas yang dibantu oleh seorang Peguam. Pada tahun 1894, sistem
pentadbiran kehakiman disusun semula. Pada tahun 1904, mahkamah jenayah dan awam ditubuhkan. Mahkamah ini mempunyai
undang-undang jenayah sendiri. Kemudian, Kanun Hukuman telah diperkenalkan oleh Peguam Perancis pada tahun 1908. Sistem
penjara dan angkatan polis turut disusun semula.
Dari segi ekonomi
Pihak Siam telah menghapuskan sekatan perdagangan dengan kuasa asing. Selain itu, pelbagai kemudahan asas seperti jalan raya dan
jalan keretapi turut disediakan.
Dari segi sosial
1. Pendidikan
Pelajaran barat telah dititkberatkan. Sekolah-sekolah rendah dan menengah telah didirikan. Maktab-maktab bagi kaum bangsawan
turut ditubuhkan. Pihak Siam telah memaksa rakyat jelatanya untuk mendapatkan pendidikan Inggeris. Jabatan Pelajaran turut
ditubuhkan oleh pihak Siam.
2. Adat
Dari segi adat, sistem perhambaan mula dihapuskan. Di samping itu, istiadat sujut semasa manghadap raja turut dihapuskan.
Sistem buruh paksa pula digantikan dengan sistem buruh dibayar. Amalan golongan Prai dan hamba yang terpaksa berkhidmat
dalam ketenteraan dan polis turut di hapuskan. Sejak masa ini, raja juga sering menghadap khalayak ramai.
Nasionalisme Siam
Pengenalan
Nasionalisme Siam bergerak mengikut haluan yang berbeza daripada negeri-negeri lain di Asia Tenggara. Nasionalisme Siam tidak
bercorak anti-koloniah kerana Siam tidak dijajah. Ianya lebih bercorak anti-monarki, anti-Cina dan nasionalisme ekonomi serta
kebudayaan. Pembaharuan yang dilaksanakan di Siam terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn menjadi faktor yang
mengakibatkan kebangkitan dan perkembangan nasionalisme Siam. Perkembangan tersebut telah menyedarkan rakyat Siam untuk
bangun mempertahankan kemerdekaan mereka.
235
Nasionalisme
1. Kemerosotan sistem monarki
Kemerosotan sistem monarki mutlak sejak pemerintahan Vajiravudh menjadi faktor utama yang mengakibatkan kebangkitan dan
perkembangan nasionalisme Siam. Vajiravudh dan Prajadhipok merupakan pemerintah yang lemah jika dibandingkan dengan
Mongkut dan Chulalongkorn. Perkembangan semasa pemerintahan mereka telah mendedahkan kelemahan sistem monarki mutlak dan
menggoncangkan keyakinan orang ramai terhadap pemerintahan golongan bangsawan.
a. Vajiravudh
Beliau pernah berada di seberang laut selama 9 tahun. Oleh sebab itu, beliau tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Siam
dalam tempoh tersebut. Walaupun beliau berpelajaran tinggi, Vajiravudh tidak berminat dalam pentadbiran. Dalam menjalankan
pentadbiran, beliau telah menyerahkannya kepada pegawai-pegawainya. Oleh sebab beliau tidak mengawal kegiatan pegawai-
pegawai menyebabkan berlaku penyelewengan dan rasuah. Untuk mengisi jawatan-jawatan kerajaan, beliau mengamalkan dasar pilih
kasih di mana beliau telah mengutamakan sahabat-sahabatnya. Menjelang tahun 1915, kebanyakan pegawai termasuk menteri yang
dilantik oleh Chulalongkorn telah dipecat. Selain itu, Vajiravudh juga jarang mengadakan mesyuarat kabinet dan majlis-majlis yang
ditubuhkan semasa Chulalongkorn tidak berfungsi. Vajiravudh juga seorang pemerintah yang boros dan banyak menghabiskan wang
untuk hal-hal kesenian, perayaan-perayaan di istana dan sebagainya. Contohnya, beliau telah menggaji 3000 pekerja istana. Di
samping itu, beliau juga menubuhkan pasukan tentera peribadi, iaitu pasukan Harimau Liar. Pasukan ini mendapat pelbagai
keistimewaan jika dibandingkan dengan tentera biasa. Akibat daripada dasar-dasar yang diamalkan tersebut, perasaan tidak puas hati
telah timbul sehingga berlakunya 2 kali percubaan membunuh Vajiravudh. Pecubaan pertama berlaku pada tahun 1912 diketuai oleh
adiknya sendiri Putera Pitsanulok. Percubaan membunuh pada tahun 1917 pula dilakukan oleh tentera. Walau bagaimanapun, kedua-
dua percubaan tersebut berjaya dipatahkan.
b. Prajadhipok
Ahli-ahli sejarah menganggap Prajadhipok tidak bersedia menjadi raja kerana beliau banyak menghabiskan masanya di seberang laut.
Semasa pemerintahan Prajadhipok, pelbagai usaha telah diambil untuk mengembalikan kepentingan golongan bangsawan. Contohnya,
semasa Vajiravudh, 8 daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bukan bangsawan tetapi semasa pemetintahan Prajadhipok, 8
daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bangsawan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi pula, beliau telah
mengambil beberapa langkah tegas. Misalnya, beliau telah mengurangkan gaji serta kakitangan, menyekat kenaikan pangkat dan gaji,
mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang keperluan, menghapuskan jabatan-jabatan dan jawatan-jawatan yang tidak penting,
membubarkan “Pasukan Harimau Liar” dan sebagainya. Tindakan tersebut telah mendapat tentangan orang ramai, terutamanya
golongan yang berkepentingan. Selain itu, langkah-langkah yang diambil oleh Prajadhipok juga dianggap sebagai kelemahan beliau.
Justeru itu, ia membangkitkan semangat nasionalisme.
2. Perkembangan pelajaran Barat
Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek di Siam. Mereka
yang mendapat pelajaran Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti kerajaan berperlembagaan,
demokrasi, liberal, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Usaha-usaha mereka untuk melaksanakan idea-idea tersebut di Siam
mendapat tentangan golongan bangsawan yang menguasai pentadbiran Siam. Mereka yang dapat pelajaran di Jerman dan Perancis
dianggap lebih radikal kerana golongan ini menentang sistem monarki mutlak dan menganggapnya sebagai sistem lapuk yang
menghalang kemajuan Siam. Antara golongan intelek ini ialah Pridi Panomyong, Pribun Songkram, Khuang Aiphaiwong, Phya
Bahol, Phya Manopakorn dan lain-lain lagi. Donald E. Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South East Asia”
mendakwa punca utama kebangkitan nasionalisme ialah keazaman golongan intelek untuk memodenkan struktur politik dan
mengadakan pembaharuan ekonomi yang radikal.
3. Anti-Cina
Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Siam. Peranan orang Cina sebagai peminjam wang telah
menyebabkan banyak tanah orang Siam jatuh ke tangan orang Cina. Peranan orang Cina sebagai orang tengah pula menghimpitkan
lagi kehidupan orang Siam. Orang-orang Cina dianggap sebagai “Yahudi Timur” dan masih menumpukan taat setia terhadap negara
asal mereka. Kemarahan orang Siam bertambah kerana semua pertubuhan yang diwujudkan oleh orang-orang Cina hanya terbuka
kepada orang Cina. Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan
orang-orang Cina menindas orang Siam. Malah orang Cina diberi peluang ekonomi yang lebih luas seperti monopoli eksais ke atas
perjudian, loteri, minuman keras dan ganja.
Selepas revoludi, usaha-usaha dijalankan untuk menyekat kepentingan orang Cina di Siam. Orang-orang Cina tidak lagi bebas masuk
ke Siam. Setiap orang Cina yang masuk ke Siam dikenakan cukai 100 baht. Perusahaan-perusahaan orang Cina dikenakan cukai yang
tinggi dan 26 jawatan dalam perkhidmatan kerajaan diharamkan bagi orang Cina. Sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga
ditutup.
4. Nasionalisme ekonomi
Dalam usaha untuk mengelakkan ekonomi Siam dikuasai oleh orang-orang asing, kerajaan telah menjalankan beberapa langkah ke
arah melaksanakan nasionalisme ekonomi. Kerajaan mula melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti pengeluaran getah, kilang
memproses getah, minyak dan kertas serta perkhidmatan keretapi. Kerajaan juga telah memberi subsidi kepada orang-orang Siam dan
syarikat-syarikat Siam dalam kegiatan ekonomi. Orang-orang Siam digalakkan untuk melibatkan diri dalam perdagangan dan
perusahaan. Arahan telah dikeluarkan supaya syarikat-syarikat asing memiliki 70% modal dan 75% kakitangan Siam. Kerajaan juga
telah ambilalih perusahaan asing untuk diserahkan kepada orang-orang Siam atau syarikat-syarikat Siam. Contohnya: perusahaan
kayu jati yang selama ini dikuasai oleh Syarikat British “Bombay Burma Trading Company” (BBTC) telah diambilalih dan
diserahkan kepada syarikat Siam. Dalam kegiatan ekonomi, kerajaan mengutamakan orang-orang Siam dan syarikat-syarikat siam.
Langkah-langkah diskriminasi juga dijalankan di mana perusahaan-perusahaan orang asing dikenakan cukai yang lebih tinggi
daripada perusahaan orang-orang Siam.
5. Perubahan selepas Perang Dunia Pertama
Perubahan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah mengakibatkan kebangkitan nasionalisme Siam. Perjanjian
Versailles 1919 telah mengiktiraf Siam sebagai negara merdeka dan diterima sebagai anggota Liga Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun
236
1922. Mulai tahun tersebut juga, kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan “Hak Wilayah Asingan” mereka di Siam. Perkembangan
ini menyedarkan rakyat Siam untuk bangun mempertahankan kemerdekaan mereka.
6. Nasionalisme kebudayaan
Nasionalis-nasionalis telah berjaya membangkitkan semangat kemegahan bangsa dan kebudayaan Siam. Pendidikan Siam dan
penggunaan bahasa Siam digalakkan. Agama Buddha telah dijadikan lambang penyatuan orang-orang Siam. Mereka mendakwa
hanya penganut agama Buddha boleh menjadi pejuang bangsa dan negara. Mengabuti agama Buddha dianggap sebagai tanda taat
setia terhadap negara Siam. Perkembangan ini telah menyebabkan ramai orang Siam-Kristian kembali kepada ajaran Buddha sejak
tahun 1930-an.
7. Pribun Songkram
Semasa Pribun Songkram menjadi Perdana Menteri sejak Disember 1938, langkah-langkah yang tegas telah diambil untuk
menanamkan semangat nasionalisme. Semangat nasionalisme bukan sahaja ditanam di kalangan orang-orang Siam di Siam tetapi juga
di kalangan orang-orang Siam di Laos dan Kemboja. Pada tahun 1939, nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri
atau tanah yang bebas. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana
negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Pribun Singkram juga
menubuhkan Pasukan Pemuda Militan dan merangka tatasusila kebangsaan yang dikenali sebagai wiratham. Usaha-usaha juga
dijalankan bagi mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Usaha ini berjaya
dilaksanakan sejak tahun 1941 dengan kerjasama Jepun. Antara wilayah yang berjaya dikuasai semula oleh Siam ialah Batambang,
Seam Reap, Laos, Kentung, Negeri-negeri Meleyu Utara dan sebagainya.
Kesimpulan
Gerakan nasionalisme di Siam merupakan percubaan orang-orang Siam untuk meminda perlembagaan negeri dan perjuangan rakyat
untuk mendapatkan hak mereka. Gerakan nasionalisme di Siam adalah sesuatu yang unik kerana ia hanya melibatkan golongan elit
dan tentera dan tidak melibatkan rakyat. Keadaan ini telah membezakan Siam dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.
Kemerdekaan Siam
Pengenalan
Abad ke-19 terutamanya sejak pertengahan abad ke-19 merupakan zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba
untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia, khususnya di Asia Tenggara. Akibat dasar imperialisme ini, British telah menjajah Burma
dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China, Belanda di Indonesia, Sepanyol dan kemudiannya Amerika di Filipina. Siam merupakan
satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidka dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Sejak Perang Dunia Kedua, Siam juga terselamat
daripada penjajahan Jepun walaupun semua negeri di Asia Tenggara dikuasai oleh Jepun. Ahli-ahli sejarah berpendapat kejayaan
Siam mengekalkan kemerdekaannya disebabkan oleh kebijaksanaan raja-rajanya sejak Mongkut, kesediaan mereka untuk bertindak
sewajrnya dan perkembangan yang menguntungkan Siam.
Faktor-faktor
1. Dasar buka pintu
Sejak Mongkut, Siam menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengamalkan dasar buka pintu kepada orang-orang asing
terutamanya pedagang-pedagang. Langkah ini diambil kerana Mongkut menyedari sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi, kuasa-
kuasa Barat akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku ke atas Burma, Vietnam dan China. Dalam usaha untuk
melaksanakan dasar buka pintu, Siam telah menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Perjanjian pertama
ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Seterusnya Siam menandatangani
perjanjian dengan Amerika (1856), Perancis (1856), Portugal (1859), Holand (1860), Prusia (1862), Norway, Belgium, Itali, Sweden
(1868), Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat
telah diberi pelbagai keistimewaan di Siam. Selain kebenaran berdagang, kuasa-kuasa Barat juga dibenarkan menempatkan konsul,
menyebar agama Kristian, membeli/menyewa tanah di Siam, mendapat hak wilayah asingan, berlabuh di pelabuhan Siam dan
sebagainya.
Siam telah menerima perwakilan asing yang dihantar ke Siam sejak pemerintahan Mongkut. Antara perwakilan itu ialah Perwakilan
British yang diketuai oleh Harry Parkes dan James Brooke serta perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier. Selain itu,
Siam juga telah menghantar perwakilan ke Eropah. Misalnya, pada Ogos 1857, perwakilan Siam yang diketuai oleh Chao Phraya
Montri Sri Suryawongse telah dihantar ke Eropah.
Semasa Chulalongkorn, hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat bertambah erat kerana Chulalongkorn juga mneruskan dasar buka
pintu yang dimulai oleh Mongkut. Semasa Chulalongkorn bukan sahaja konsul asing terdapat di Siam, tetapi kedutaan-kedutaan Siam
juga didirikan di negara-negara Barat seperti di New York, London, Paris, Brussels, Tokyo dan sebagainya. Chulalongkorn juga telah
mengadakan hubungan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman), Tzar Nicholas II (Rusia), Prince
of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan beliau merupakan Raja
Siam yang pertama melawat ke Eropah sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1897 dan 1907.
Dasar buka pintu yang dimulai oleh Mongkut telah diteruskan oleh raja-raja Siam selepasnya. Akibatnya, Siam bukan sahaja berjaya
mewujudkan hubungan perdagangan tetapi juga hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat. D.G.E. Hall dalam bukunya “A
History of South East Asia” menegaskan Siam terhutang budi kepada Mongkut daripada raja-raja lain kerana dasar buka pintu yang
dimulainya telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.
2. Pembaharuan
Sejak Mongkut, Siam telah melaksanakan pembaharuan-pembaharuan politik, ekonomi dan sosial berdasarkan idea Barat. Mongkut
menyedari pembaharuan ini bukan sahaja dapat meninggikan taraf hidup orang Siam tetapi juga dapat mengurangkan campur tangan
asing dalam hal-ehwal Siam.
a. Pembaharuan politik
237
Dalam usaha untuk menyusun semula pentadbiran Siam mengikut sistem Barat, Mongkut telah mengambil orang-orang Barat dan
mereka berasal dari pelbagai negara serta ditempatkan di pelbagai jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan
pendidikan, kewangan, polis dan pelabuhan; Amerika dalam perkhidmatan kastam dan Perancis serta Itali dalam ketenteraan.
Tindakan Mongkut ialah supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh yang kuat di Siam.
Semasa Chulalongkorn, lebih ramai pegawai Barat yang diambil bagi memodenkan pentadbiran Siam. Secara umumnya, British telah
ditugaskan dalam pendidikan dan kewangan, Perancis dalam undnag-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi, Denmark dalam
angkatan laut dan polis wilayah, manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Selain itu, Chulalongkorn juga menubuhkan 2 buah
majlis pada tahun 1874 untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis itu ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis
Penasihat Rendah Negeri. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Sistem
pentadbiran lama telah duhapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Setiap kementerian akan diketuai oleh seorang menteri.
b. Pembaharuan ekonomi
Dasar buka pintu oleh Mongkut telah memajukan ekonomi Siam. Kedatangan orang Barat telah membuka Siam kepada perdagangan
antarabangsa. Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan ekonomi sara diri dan mewujudkan sistem ekonomi komersil. Selain itu,
sistem tukar barang juga digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama. Perkembangan
ekonomi berlaku akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport 5%. Dalam masa yang singkat, Siam telah
menikmati imbangan pembayaran yang memuaskan (contoh). Dalam usaha untuk menyusun semula sistem kewangan Siam mengikut
sistem kewangan Barat, Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861.
Semasa Chulalongkorn pula, baginda telah mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden dengan bantuan pegawai-pegawai British.
Jabata kastam dan hasil dalam negeri telah ditubuhkan pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892
dan mulai tahun tersebut, sistem cukai secara langsung dilaksanakan. Jabatan kastam dan hasil dalam negeri tersebut telah disusun
semula pada tahun 1892. Pada tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam.
Sistem audit dan akaun yang teratur telah dilaksanakan dan pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama dikeluarkan. Selain itu,
Chulalongkorn juga menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula didirikan antara tahun 1888-
1894 dan sebuah bank Perancis didirikan pada tahun 1897. Di samping itu, baginda juga menggalakkan perdagangan asing di Siam
serta pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman padi bagi tujuan eksport.
c. Pembaharuan sosial
Dari segi sosial pula, pelajaran Barat telah diperkenalkan di Siam. Semasa Mongkut, ia hanya diadakan di istana dan hanya untuk
golongan bangsawan. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja diadakan di istana tetapi juga di luar istana dan bukan
sahaja untuk anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat jelata biasa selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun
1884. Selain itu, semasa Chulalongkorn pelajar-pelajar Siam juga mendapat pelajaran Barat di sebarang laut.
Semasa Mongkut, sistem buruh paksa atau corvee telah mula dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem ini
hanya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Pada tahun 1874, sistem penghambaan mula dihapuskan dan berjaya dihapuskan
sepenuhnya pada tahun 1905.
Di samping itu, pemerintah-pemerintah Siam juga berusaha menghapuskan adat yang dapat menghalang kemajuan Siam. Rakyat biasa
dilarang melarikan diri apabila bertembung dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa
Mongkut, orang-orang asing tidak dipaksa sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara
sendiri. Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.
Mubaligh-mubaligh juga diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian. Banyak sekolah Kristian dan gereja mula didirikan di
Siam. Sistem perhubungan juga diperbaiki di mana lebih banyak jalan raya dan jalan keretapi dibina. Perkhidmatan yang lebih moden
seperti telegraf, telefon dan pos mula diperkenalkan.
Dasar liberal raja-raja Siam telah menghapuskan sebab-sebab yang memungkinkan campur tangan kuasa-kuasa Barat ke atas Siam.
3. Perjanjian British-Perancis
Donald E. Neuchterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South East Asia” mendakwa persaingan British-Perancis juga
merupakan faktor penting yang menyelamatkan kemerdekaan Siam. British dan Perancis bukan sahaja bermusuhan di Eropah tetapi
juga di Timur. Bagi mengelakkan perbalahan, kedua-dua kuasa tersebut bersetuju supaya tidak mempunyai tanah jajahan yang
bersempadan. Dewasa itu, British menjajah Burma dan Tanah Melayu manakala Perancis menjajah Indo-China. Mereka mahu
menjadikan Siam sebagai negara penampan (Buffer State) antara pengaruh British di Burma serta Tanah Melayu dan pengaruh
Perancis di Indo-China. Pada 15 Januari 1896, mereka telah menandatangani penyisytiharaan British-Perancis yang mengiktiraf Siam
sebagai negara yang merdeka. Tindakan British dan Perancis menyelamatkan kemerdekaan Siam.
4. Tolak ansur
Raja-raja Siam sejak Mongkut mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Mereka sanggup menyerahkan wilayah-
wilayah Siam bagi mengelakkan perbalahan serta menyelamatkan kemerdekaan Siam pada 15 Julai 1867. Mongkut menandatangani
perjanjian dengan Perancis yang menyerahkan pertuanan Siam ke atas Kemboja kepada Perancis. Semasa Chulalongkorn, lebih
banyak wilayah Siam diserahkan kepada kuasa-kuasa Barat dalam usaha untuk mengelakkan perbalahan dan menyelamatkan
kemerdekaan Siam kepade Perancis, diserahkan Tongking Utara, Wilayah Sip Song Chu Thai (1888), daerah Timur Sungai Mekong
(1893), sempadan Laos-Siam (1904) dan Battambang dan Seam Reap (1907). Kepada British pula diserahkan Kentung dan Mong Pan
(1897) serta Negeri-negeri Melayu Utara (1909). Dasar tolak ansur tersebut telah menyebabkan Siam kehilangan 90 ribu batu persegi
wilayah. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam.
5. Dasar abad ke-20
Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), Vajiravudh yang memerintah Siam telah memihak kepada pihak Berikat walaupun
terdapat tentangan tenteranya yang pro-Jerman. Tindakan Vajiravudh menguntungkan Siam kerana peperangan tersebut dimenangi
oleh pihak Berikat. Perjanjian Versailles 1919 telah mengiktiraf Siam sebagai negara merdeka dan diterima sebagai anggota Liga
Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1922. Mulai tahun tersebut juga, kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan hak wilayah asingan
mereka di Siam kerana mengenangkan jasa Siam memihak kepada pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama.
Semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), Pribun Songkram yang menjadi Perdana Menteri bersikap pro-Jepun. Pada 11 Disember
1940, Siam menandatangani perjanjian kerjasama dengan Jepun. Pribun Songkram telah membenarkan Jepun menggunakan Siam
238
sebagai pangkalan untuk menyerang Indo-China, Burma dan Tanah Melayu. Akibatnya, Siam terselamat daripada penjajahan
Jepun sedangkan negeri-negeri lain di Asia Tenggara telah dikuasai oleh Jepun.
Pada Julai 1944, kerajaan Pribun Songkram yang pro-Jepun telah digulingkan oleh Khuang Aiphaiwong yang pro-Berikat. Akibatnya,
pihak Berikat yang kembali ke Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua tidak dapat mengambil tindakan ke atas Siam kerana
dewasa itu, Siam diperintah oleh kerajaan yang pro pihak Berikat. Pada September 1945, kerajaan Khuang Aiphaiwong digulingkan
oleh Seni Pramoj. Akibat desakan British dan Perancis, Seni Pramoj tanpa bantahan telah menyerahkan kembali wilayah-wilayah
yang dirampas oleh Siam semasa Perang Dunia Kedua kepada kuasa-kuasa tersebut. Akibatnya, British dan Perancis tidak perlu
bertindak secara kekerasan ke atas Siam.
6. Kedudukan negeri Siam
Kedudukan Siam sedikit sebanyak juga memberi kesa ke atas kemerdekaan Siam. Secara amnya, Siam terletak lebih jauh ke Utara
dan kedudukannya seumpama ini telah menyebabkan ia terkeluar dari jalan perdagangan ke Timur khususnya ke China. Akibatnya,
kuasa-kuasa Barat tidak begitu berminat untuk menjajah Siam.
7. Bahan mentah
Dari segi sumber alam, Siam merupakan sebuah negara yang kekurangan bahan mentah. Ekonomi Siam hanya bergantung kepada
sektor pertanian. Dewasa itu, Revolusi Perindustrian telah berlaku di negara-negara Eropah dan perkembangan ini telah meningkatkan
keperluan terhadap bahan mentah. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia
terutamanya Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan bahan mentah. Dalam hal ini, kuasa-kuasa Barat memang tidak berminat
terhadap Siam kerana Siam tidak mempunyai sumber alam tersebut.
Kesimpulan
Pada keseluruhannya, kejayaan Siam mengekalkan kemerdekaannya adalah disebabkan oleh kebijaksanaan raja-rajanya yang
memahami perkembangan politik antarabangsa. Dengan itu, tidak dapat dinafikan berpendapat D.E.G. Hall yang menyatakan bahawa
Siam terhutang budi kepada Mongkut mempunyai kebenarannya memandangkan dasar yang dimulai oleh Mongkut telah berjaya
mengekalkan kemerdekaan Siam. Di samping itu, persaingan di antara Perancis dan British juga mempunyai peranannya dalam
kemerdekaan Siam.
Myanmar
Perang Inggeris-Myanmar Pertama, 1824-1826
Pengenalan
Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan
peperangan yang pertama dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi negeri Myanmar. Kekalahan
Myanmar dalam peperangan itu memberi satu pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa dirinya lebih
kuat dari negeri lain. Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai kelebihan dalam peperangan moden. Selain
itu, negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar “tutup pintu” (isolasi) yang telah dijalankan begitu lama. Dengan menandatangani
Perjanjian Yandabo, pada tahun 1826, negeri Myanmar telah mengadakan hubungan dengan British.
Sebab-sebab berlakunya peperangan
1. Dasar meluaskan wilayah
Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti baru diberi nama Konbaung pada tahun 1752.
Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya
kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya
(1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan bernama
Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar. Selepas menakluki Arakan, tentera
Myanmar melancarkan serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun dapat diusir
oleh Siam. Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja
Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam.
2. Masalah orang pelarian Arakan
Apabila Arakan terletak di bawah kekuasaan Myanmar maka tindasan-tindasan terhadap orang Arakan telah dilakukan. Orang-orang Arakan
telah dikerah secara paksa untuk bekerja sebagai buruh dan bertugas dalam perkhidmatan kerajaan. Dengan adanya tindasan dari pemerintah
Myanmar, pada tahun 1794 telah terjadi stu pemberontakan dengan dibantu oleh orang-orang Arakan yang telah melarikan diri dan menetap
di Chittagong. Pemberontakan itu dapat dikalahkan menyebabkan ramai orang-orang Arakan melarikan diri ke tanah jajahan Inggeris.
Peristiwa itu dipandang berat oleh British dan masuk menghalang kemaraan tentera Myanmar maka British menghantar tenteranya ke
sempadan di bawah Kolonel Erskine. Dengan ini, pelarian orang-orang wilayah Arakan ke wilayah British telah menimbulkan persengketaan
antara British dan Myanmar.
Untuk menyelesaikan masalah sempadan, maka pada tahun 1795, British telah menghantar Kapten Michael Seymes ke Myanmar. Kapten
Seymes juga telah mengesyorkan supaya satu perjanjian perdagangan antara Myanmar dengan Inggeris diadakan. Hasil dari perundingan itu,
pemerintah Myanmar bersetuju menerima seorang wakil British bertempat di Rangoon untuk menjaga hal-ehwal perniagaan British di
Myanmar.
Sungguhpun British dibenarkan melantik residennya di Rangoon keamanan hubungan antara British dan Myanmar sentiasa diancam oleh
orang pelarian Arakan. Pada tahun 1798, timbul sekali lagi pemberontakan di Arakan tetapi gagal menyebabkan mencurah-curah orang
pelarian Arakan memasuki Chittagong. Disebabkan ramai orang Arakan memasuki Chittagong dan mengancam pemerintah Myanmar di
Arakan maka pada Januari 1802, pemerintah Arakan atas nama Kerajaan Myanmar mendesak British menyerahkan orang-orang pelarian
Arakan kepada Kerajaan Myanmar. Myanmar juga menggugat akan menyerang India sekiranya tuntutan itu tidak ditunaikan. Dengan adanya
239
ancaman tersebut, maka British menyerahkan pasukan tenteranya untuk mengawal sempadan antara India dan Myanmar. Untuk
menyelesaikan masalah pertikaian mereka maka British menghantar Kapten Syemes ke Myanmar pada Mei 1802 bagi mengadakan
perdamaian.
Masalah orang-orang Arakan menjadi kemuncak apabila pada tahun 1811, satu pemberontakan di bawah pimpinan Chin Byan telah meletus.
Chin Byan secara diam-diam telah mengumpulkan kekuatannya di wilayah British lalu menyerang Myanmar dengan menawan Miohaung.
Chin Byan telah meminta bantuan British dengan membuat satu perjanjian untuk meletakkan wilayah di bawah tadbirnya di bawah
kedaulatan British. Hal ini telah meruncingkan hubungan antara British dengan Myanmar. Untuk menyakinkan Kerajaan Myanmar bahawa
British tidak terlibat dalam tindakan Chin Byan itu maka dalam September 1811, Kapten Canning diutus ke negeri Myanmar. Pemerintah
Arakan telah mengancam untuk menyerang Chittagong jika orang-orang pelarian tidak diserahkan. Peperangan dapat dielakkan apabila
tentera Myanmar yang berada di sempadan terpaksa ditarik balik pada musim tengkujuh. Untuk mendapatkan kepercayaan Myanmar maka
pada akhir tahun 1812, Inggeris berjaya melumpuhkan sebahagian besar pasukan Chin Byan. Pergerakan Chin Byan lumpuh sama sekali
apabila Chin Byan meninggal dunia pada tahun 1815. Sungguhpun pergerakan Chin Byan dapat diatasi oleh British, tetapi hubungan baik di
antara British dengan Myanmar masih tidak terjamin.
3. Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik
Orang-orang Inggeris ingin mengadakan hubungan yang baik dengan Myanmar. Keinginan British mengadakan hubungan selain disebabkan
faktor politik iaitu cuba bersaing dengan pengaruh Perancis, ada juga faktor-faktor ekonomi. Pihak kompeni ingin:
a. Mendapatkan kayu balak dari Myanmar untuk membuat kapal.
b. Menjadi Myanmar sebagai pasaran bagi barang British.
c. Menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke negeri China dengan melalui Sungai Irrawaddy.
Malangnya, orang Myanmar mempunyai pandangan hidup yang berlainan. Seperti orang China, orang Myanmar mempunyai sikap bongkak
dengan anggapan bahawa mereka mempunyai darjat tinggi. Oleh itu, mereka merasa bahawa taraf mereka akan jatuh jika mereka
mengadakan hubungan yang sama taraf dengan British, lebih-lebih lagi pihak kompeni bukan mewakili Kerajaan British. Oleh sebab sikap
pemerintah dan pegawia Myanmar sedemikian rupa, wakil-wakil British gagal untuk mengadakan perhubungan sama taraf dengan Myanmar.
Kebanyakan dari mereka terpaksa meninggalkan Myanmar kerana merasakan kecewa atas tindakan pemerintah Myanmar. Misalnya seperti
yang terjadi pada Residen Hiram Cox yang dilantik pada tahun 1796 terpaksa meninggalkan Myanmar pada April 1798. Dengan pemergian
Cox maka Myanmar tidak membenarkan perlantikan residen di negeri itu. Setelah mengadakan perundingan dengan Kapten Seymes, Raja
Bodawpaya memperkenankan perlantikan residen di negeri itu. Dalam bulan Mei 1803, Lieutenant John Canning telah dilantik sebagai
residen tetapi beliau terpaksa pulang ke India dalam November 1803. Peristiwa ini mengecewakan British untuk melantik residennya di
Myanmar.
4. Campur tangan Myanmar di Assam
Seperti yang diterangkan bahawa Raja Bodawpaya mempunyai cita-cita untuk menakluki India terutamanya wilayah di Timur Laut
seperti Manipur dan Assam dan seterusnya Benggala. Untuk mencapai maksudnya maka Bagydaw telah melantik Bandula menjadi
gabenor pertama bagi Assam dan Arakan. Rancangan untuk meletakkan Assam di bawah kekuasaan Myanmar terbuka apabila
berlaku huru-hara di kawasan itu. Pada akhir kurun ke-18, pengaruh Kerajaan Ahom merosot. Raja Ahom yang bernama Gaurinath
Singh merupakan raja yang lemah. Orang-orang Moamarias yang selama ini ditindas oleh mereka telah memberontak. Untuk
menghadapi pemberontakan ini, baginda meminta bantuan British tetapi memandang sepi.
Keadaan huru-hara timbul kembali apabila berlaku pertentangan di antara Bar Phukan dengan Burha Gohain. Bar Phukan telah berangkat ke
Calcutta untuk mendapatkan pertolongan British tetapi gagal. Dengan itu, Bar Phukan pun berpaling pula kepada Raja Bodawpaya.
Menggunakan peluang ini, pada Mac 1817, tentera Myanmar mara ke Jorhat dan melantik seorang raja boneka tetapi sebaik sahaja tentera
Myanmar pulang, raja boneka itu digulingkan. Tentera Myanmar kembali ke Assam pada tahun 1819 lalu melantik Chandrakanta Singh
menjadi Raja Assam. Nasib yang sama diterima olehnya sebaik-baik sahaja tentera Myanmar kembali ke Myanmar. Oleh sebab dipengaruhi
oleh perasaan takut, Chandrakanta Singh melarikan diri ke India. Keadaan yang tidak aman di Assam menyebabkan Bagydaw (cucu
Bodawpaya) yang menjadi raja pada tahun 1819 melantik Bandula menjadi Gabenor Assam selepas menaklukinya.
Selepas menakluki Assam, Myanmar meneruskan perluasan wilayahnya ke Manipur. Raja Myanmar telah menggunakan peristiwa
kegagalan Raja Manipur menghadiri pertabalan Bagydaw menjadi raja sebagai alasan untuk menguasai kawasan itu. Oleh sebab
ketakutan, maka raja dan pengikutnya melarikan diri ke Cacar. Raja Cacar yang negerinya dirempuh oleh orang-orang pelarian
Manipur dan takutkan ancaman Myanmar telah melarikan diri ke India. Dengan kemaraan tentera Myanmar yang begitu jauh telah
membimbangkan British. British sedar jika kemaraan Myanmar tidak dihalang bermakna wilayah Benggala yang terletak di bawah
kekuasaan British akan terancam. Oleh itu, British terpaksa mengambil satu tindakan yang tegas dengan mengisytiharkan wilayah
Cacar dan wilayah kecil lainnya seperti Jaintia terletak di bawah pengaruh British.
Ketegangan menjalar pula ke sempadan Arakan apabila Jeneral Bandulu mengalihkan pandangannya ke wilayah itu. Jeneral Bandula
sememangnya ingin menguasai wilayah Benggala. Tentera Myanmar telah memasuki kawasan Ramu lalu menangkap pemburu gajah
dari pihak kompeni. Peristiwa itu menyebabkan British menguatkan pertahanannya di Tek Naaf dan di Pulau Shahpuri yang terletak
di muara sungai berhampiran dengan Chittagong. Tentera Myanmar telah menawan pulau tersebut dalam bulan September 1823 tetapi
dapat kembali kemudiannnya oleh British. Selepas peristiwa itu, Jeneral Bandula telah menyiapkan angkatan secara besar-besaran
untuk menyerang Chittagong. Menggunakan peristiwa itu pada 5 Mac 1824, Gabenor Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang
ke atas Myanmar.
Peristiwa dan kesan peperangan
Setelah peperangan diisytiharkan maka tenterra British telah dihantar ke wilayah yang disempadankan dengan Myanmar. Tentera
British telah ditempatkan di Manipur dan Assam serta penumpuan yang besar di Arakan. Dari Arakan, tentera British akan menyerang
Tennaserim. Jeneral Bandula menunjukkan kebolehannya dengan mengalahkan tentera British dan Tek Naaf dan ini menyebabkan
Calcutta terancam. Tetapi malangnya ketika Bandula mendapat kejayaan di Tek Naaf, tentera British di bawah Sir Archibald
240
Campbell yang berpusat di Pulau Andaman telah berjaya menawan Rangoon dalam bulan Mei 1824 tanpa perlawanan. Kejatuhan
Bandar Rangoon menyebabkan Bandula terpaksa bergerak menuju ke Selatan. Tentera British tidak dapat bergerak mudik mengikut
Sungai Irrawaddy kerana berlakunya hujan monsun yang lebat. Tentera kekurangan bantuan dan makanan. Untuk menggunakan jalan
darat agar sukar kerana penuh dengan hutan belantara. Kelewatan tentera British bergerak telah memberi peluang kepada Bandula
menguatkan pasukan tenteranya. Pada 1 Disember 1824, Bandula melakukan serangan tetapi gagal.
Sementara itu, di medan pertempuran di pantar Barat, tentera British telah menawan pelabuhan penting di Tennasserim dan
pada Januari 1825 mereka menawan Mrohaung. Kejayaan ini membolehkan British menguasai Arakan.
Kekuatan tentera Myanmar telah tergugat pada 1 April 1825 apabila Jeneral Bandula mati semasa mempertahankan bandar
Danubyu. Kematiannya membolehkan British menduduki Prome. Tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas tentera British di
Prome tetapi gagal. Setelah berjaya mengalahkan tentera Myanmar di Prome, tentera British diarahkan bergerak menuju ke Ava.
Tetapi sebelum tentera British tiba di Yandobo, pemerintah Myanmar telah bersetuju untuk berdamai dan dengan ini pada 24 Februari
1926, Perjanjian Yandabi ditandatangani di antara British dan Myanmar. Syarat-syarat Perjanjian Yandabo ialah:
a. Myanmar menyerahkan Assam, Arakan dan Tennasserim kepada British.
b. Myanmar tidak akan campur tangan di Cacar, Manipur dan Jaintia yang menjadi wilayah perlindungan British.
c. Myanmar bersetuju menerima wakil British yang bertempat di Rangoon dan juga lain-lain kawasan di Myanmar.
d. Myanmar bersetuju mambayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee (kira-kira $5 juta) kepada Inggeris.
e. Myanmar bersetuju mengadakan hubungan diplomatik dengan British dengan menghantar seorang dutanya ke Calcutta.
f. Myanmar bersetuju hendak berundingkan berkenaan dengan perjanjian perdagangan dengan British pada masa akan datang.
Perjanjian Yandabo telah dapat menghentikan peperangan antara kedua-duanya namun pada hakikatnya ia tidak dapat
menyelesaikan sikap permusuhan Myanmar kepada British. Bagi orang-orang Myanmar, kekalahan mereka dalam pertempuran bukanlah
disebabkan mereka pengecut tetapi disebabkan lain-lain perkara. Anggapan ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang-orang Myanmar
masih mempunyai keyakinan mereka akan dapat mengalahkan British. Orang yang benar-benar merasa kurang puas hati ialah Raja Bagydaw
dan ia menggunakan Perjanjian Yandabo untuk mempersiapkan diri. Dengan sikap permusuhan yang masih ada di diri orang Myanmar
menyebabkan Perjanjian Yandabo tidak dijalankan dengans sempurna. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada British. Unsur-unsur
ini telah mencetuskan peperangan yang kedua yang dikenali sebagai Perang Inggeris-Myanmar Kedua pada tahun 1852.
Pengenalan
Walaupun dalam peperangan yang pertama, Myanmar menerima kekalahan, namun sikap mereka masih lagi sombong dan bongkak.
Akibatnya, British gagal untuk mendapatkan satu dasar keadilan dan hubungan diplomatik yang sama taraf. Perlantikan Residen
British di Myanmar seperti yang tercatat dalam Perjanjian Yandabo tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna. Dengan lain
perkataan, pemerintah Myanmar tidak mahu menerima Residen British dan memberi kerjasama. Peristiwa ini telah membawa
pertentangan kembali hubungan British dengan Myanmar. Hubungan yang genting ini akhirnya membawa kepada meletusnya
peperangan kali kedua.
Sebab-sebab berlakunya peperangan
1. Kegagalan mengadakan hubungan diplomatik
Untuk menunaikan syarat-syarat Perjanjian Yandabo maka dalam bulan September 1826, John Crowford dilantik sebagai Residen
British. Dalam bulan November, Crowford telah cuba membuat satu perjanjian baru mengenai perdagangan tetapi tidad ada keputusan
kerana terdapat pertentangan di antara dua pihak. Pihak British cuba mendapatkan beras dari Rangoon tetapi ditolak oleh Kerajaan
Myanmar sebagai reaksi dari keengganan British membincangkan masalah politik. Crowford merasa kecewa atas sikap Kerajaan
Myanmar menyebabkan ia pulang ke India.
Setelah Crowford menarik dirinya dari tempatnya, ia diganti oleh Sir Henry Burney iaitu dalam bulan April 1830. Burney
telah mendapat kepercayaan dari Raja Bagydaw dan ini membawa perhubungan yang baik antara Burney dengan raja dan tanda-tanda
menunjukkan bahawa perselisihan dapat diselesaikan. Tetapi malangnya raja kemudiannya menjadi kurang siuman dan ini menjejaskan
perhubungan yang baik dan perundingan-perundingan terhenti. Ketika Raja Bagydaw tidak siuman, Minthagyi, iaitu abang kepada
Permaisuri Raja yang pertama telah cuba mengambil alih kuasa. Untuk mengelakkan dari berlaku perkara pertama maka pada tahun
1837, Tharawwaddy telah membunuh isteri dan anak-anak Minthagyi serta menteri-menteri yang menyokongnya. Burney telah cuba
menghalang tindakan kejam Raja Tharawwaddy. Tharawwaddy menjadi marah dan ini membawa kepada hubungan yang buruk antara
Burney dan Tharawwaddy.
2. Sikap anti-Inggeris
Harapan British untuk mendapatkan hubungan yang lebih erat dari Raja Tharawwaddy yang baru menjadi raja ternyata gagal. Raja ini
ternyata dengan sifatnya yang anti-British. Tindakan baginda yang selanjutnya ialah menolak Perjanjian Yandabo. Bagi baginda, penyerahan
Arakan dan Tennasserim sebagai satu penghinaan. Sikap dan tindakan baginda yang anti-British telah menimbulkan kebimbangan kepada
Burney dan oleh sebab soal keselamatan, pada Jun 1837, Burney meninggalkan Amarapura menuju ke Rangoon. Burney mencadangkan
kepada Calcutta agar British jangan menubuhkan residensinya di Myanmar lagi selagi Tharawwaddy tidak mahu mengakui Perjanjian
Yandabo dan tindakan-tindakan tentera telah ditolak oleh Calcutta malahan Burney sendiri dimarahi. Pihak Calcutta masih percaya bahawa
perhubungan dapat diadakan antara British dengan Myanmar.
Atas arahan dari Gabenor Jeneral Lord Auckland maka Richard Benson mengambil alih tugas Burney. Benson ditugaskan supaya
menubuhkan kembali residensi British di Rangoon. Ternyata Benson juga gagal menjalankan tugasnya sebagai Residen kerana tidak
mendapat kerjasama dari Myanmar. Tempat yang sudah ditetapkan untuk tapak residensi British telah ditolak oleh Kerajaan Myanmar dan
241
sebagai ganti disediakan satu kawasan yang mudah banjir di Sungai Irrawaddy. Tindakan Kerajaan Myanmar dianggap sebagai satu
penghinaan terhadap British. Oleh sebab Benson merasa ia tidak dapat meneruskan tugasnya maka pada bulan Mac 1839, ia bersara dengan
alasan kesihatannya terganggu. Tempatnya diganti oleh Kapten William Maclood iaitu pembantu Benson di Amarapura. Seperti Benson, ia
juga mengalami kegagalan. Memandangkan kegagalan residen-residen British di Myanmar, Gabenor Jeneral sedar bahawa Kerajaan
Myanmar benar-benar enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan British. Akhirnya, pada permulaan tahun 1840, Calcutta telah
menarik balik residensinya dari Myanmar. Keadaan menjadi semakin genting apabila Raja Tharawwaddy telah mengadakan satu perbarisan
tentera untuk menunjukkan kekuatan tenteranya. Peristiwa ini telah menyedarkan pihak British bahawa Myanmar telah bersiap sedia untuk
mengadakan satu peperangan baru. Tetapi British tidak dapat bertindak kerana terlibat dalam Perang Afghan dan Sikh di India. Perang
Afghan telah berlaku pada 1836-1839 iaitu dalam pemerintahan Lord Auckland (1836-1842), Perang Sikh Pertama pada 1845-4846 iaitu
semasa Lord Hardings (1844-1848) dan Perang Sikh Kedua pada 1848-1849 semasa Lord Delhousie (1848-1856).
Cita-cita Raja Tharawwaddy untuk menentang British tidak dapat dilakukan kerana baginda mangkat pada tahun 1846 dan tempatnya
digantikan oleh Pagan Min. Pagan Min seorang raja yang bersifat anti-British dan sangat kejam. Pagan Min telah membunuh ramai
orang Myanmar sendiri antara tahun 1846-1848. Pagan Min juga merupakan seorang raja yang kurang bijak dalam menjalankan
urusan-urusan pentadbiran sebaliknya menyerahkan tugas-tugasnya kepada para pegawai. Hanya yang dikehendaki ialah pegawai
yang dapat menyediakan pendapatan negara.
3. Layanan buruk ke atas rakyat British
Selain Pagan Min, pegawai Myanmar juga bersifat anti-British. Misalnya Gabenor Pegu iaitu Maung Ok. Beliau seringkali menindas orang
asing di Rangoon untuk mendapatkan wang. Tindakan ini juga dikenakan ke atas orang Inggeris lebih-lebih lagi tidak adanya Residen
Inggeris yang dapat mengambil berat terhadap hal-ehwal orang Inggeris di sana. Tindakan menindas menyebabkan pada tahun 1851,
saudagar British membuat pengaduan ke Calcutta. Berikutnya secara rasminya Calcutta telah membuat bantahan kepada Kerajaan Myanmar.
Sikap permusuhan yang ditunjukkan oleh Pagan Min dan pegawai Myanmar telah mendalamkan lagi jurang perselisihan antara British dan
Myanmar.
Oleh sebab sifatnya yang anti-British, Maung Ok telah melakukan penganiayaan terhadap orang Inggeris. Dalam bulan Julai dan Ogos 1851,
beliau telah menghukum 2 kapten kapal berbangsa Inggeris iaitu Kapten Sheppard dari Kapal Monarch dan Kapten Lewis dari Kapal
Champion. Mereka dituduh cuba membunuh sedangkan perkara sebenarnya seorang kelasinya telah terjatuh ke dalam laut. Seorang lagi
dituduh cuba menggelapkan wang pekerja-pekerjanya. Kedua-duanya telah dihukum denda sebanyak 1000 rupee. Mereka berdua telah
menyampaikan peristiwa tersebut kepada Gabenor Jeneral Lord Delhousie di India. Oleh sebab tindakan Kerajaan Myanmar sebagai satu
tindakan permusuhan dan penghinaan dengan tujuan memalukan maka Lord Delhousie telah bertindak. Sungguhpun peristiwa itu hanya
peristiwa yang kecil namun, Lord Delhousie merasa telah sampai masanya untuk menggunakan kekerasan terhadap Myanmar. Lagipun ketika
itu, Perang Afghan dan Perang Sikh telah tamat dengan pihak British mendapat kejayaan yang besar. Lord Delhousie telah mengirim
Komander Lambert dengan 3 buah kapal perang ke Rangoon. Lord Delhousie telah menuntut bayaran ganti rugi untuk Kapten Sheppard dan
Lewis dan mendesak supaya Maung Ok dipecat dari jawatannya. Amaran yang diterima dari Lord Delhousie telah mencemaskan Pagan Min.
Seorang pegawai baru dilantik untuk menggantikan Maung Ok, tetapi ia juga bersifat anti-British. Oleh sebab Lambert tidak sebar dengan
sikap Myanmar yang melewat-lewatkan perundingan dan sentimen anti-British maka ia mengarahkan penutupan pelabuhan Rangoon dan
menembak kapal-kapal Myanmar. Satu lagi kata dua telah sampai pada Februari 1852 dimana pihak British menuntut bayaran ganti rugi
sebanyak 1 juta rupee. Apabila tarikh tuntutan tamat pada 1 April 1852, tanpa sebarang jawapan rasmi dari Kerajaan Myanmar, Lord
Delhousie telah mengisytiharkan perang ke atas Myanmar. Pagan Min tidak menduga pihak British akan berbuat demikian sedangkan
Myanmar belum bersedia untuk menghadapi peperangan terhadap British.
Peristiwa dan kesan peperangan
Setelah peperangan diisytiharkan, tentera British telah bertindak dan dengan senangnya mereka menawan Rangoon, Martaban dan
Bassein dalam bulan Mei 1852. Kemudiannya dalam bulan Ogos 1852, Lord Delhousie telah melawat Rangoon dan mencadangkan
pengambilan wilayah Pegu. Sebenarnya Delhousie tidak berniat untuk menawan wilayah Pegu dan merasa cukup menawan ketiga-
tiga bandar itu. Tetapi akhirnya kepentingan wilayah Pegu telah dirasakan. Oleh itu, pada November 1852, Jeneral Godwin telah
menawan Prome dan Pegu. Kemudian dalam Disember 1852, Major Arthur Purve sebagai Pesuruhjaya Pegu Pertama telah
mengisytiharkan Pegu sebagai sebahagian dari wilayah British seperti Arakan dan Tennasserim.
Penaklukan Pegu adalah penting bagi British kerana kawasan itu dapat digunakan sebagai jalan darat ke China, merupakan
kawasan pertanian dan kawasan yang penting dari segi kayu balak. Dengan penaklukan wilayah Pegu bermakna hanya tinggal
Myanmar Hulu yang masih dikuasai oleh orang Myanmar. Hal ini adalah kesalahan pihak Myanmar sendiri yang masih menggunakan
taktik berlambat-lambat untuk menantikan musim hujan tiba yang pada fikiran mereka musim tengkujuh akan menyudahkan
pergerakan tentera British. Tetapi tafsiran pihak Myanmar telah silap kerana pihak British telah pun mempunyai persiapan yang
cukup untuk menghadapi musim tengkujuh. Pengalaman dalam Perang Inggeris-Myanmar Pertama cukup untuk British
memikirkannya jangan sampai peristiwa di mana British terpaksa berundur jangan berulang lagi. Kesan-kesan buruk akibat kemaraan
tentera British telah dirasai oleh Mindon dan oleh sebab itu sebaik sahaja Mindon menjadi raja ia telah menghentikan peperangan dan
meminta supaya British memulangkan kembali wilayah-wilayah yang telah ditawannya. Mindon telah merampas kuasa dari Pagan
Min dalam Februari 1853 ketika peperangan masih berjalan. Mindon dari mula lagi tidak setuju dengan Pagan Min yang mengambil
tindakan berperang dengan British.
Peperangan Inggeris-Myanmar Kedua telah memberi kesan yang buruk kepada Myanmar bukan sahaja kehilangan wilayah
yang lebih luas malah dalam aspek-aspek yang lain. Pertama, keagungan dan kekuatan tentera Myanmar yang pada satu ketika sangat
ditakuti sekarang dibukti kelemahannya. Sebagai bukti, Myanmar tidak berdaya untuk mempertahankan Pegu yang merupakan
kawasan yang amat penting. Kedua, dengan penaklukan wilayah-wilayah pantai oleh British bermakna Myanmar Hulu terpencil
dengan dunia luar. Ketiadaan pelabuhan akan mempengaruhi kejatuhan ekonomi Myanmar Hulu. Sedangkan bagi British
242
pengambilan Myanmar Selatan terutama wilayah Pegu merupakan tambahan wilayah yang sangat menguntungkan. Wilayah Pegu
ternyata dapat membekalkan kayu jati untuk kegunaan angkatan laut seperti pembinaan kapal.
Pengenalan
Seperti yang diketahui, negeri Myanmar telah pun menghadapi 2 kali peperangan dengan British yang berkesudahan Myanmar kehilangan
wilayah-wilayah Arakan, Tennasserim dan Myanmar Selatan. Sungguhpun demikian, pemimpin dan raja Myanmar belum lagi sedar akan
pengalaman pahit yang mereka rasai. Mereka terus ingin mempertahankan maruah dan berusaha mendapatkan semula wilayah yang ditawan
oleh British. Bagi British, mereka memanglah mempunyai rancangan yang seterusnya iaitu menguasai Myanmar Utara. Bagi British,
Myanmar Utara mempunyai kepentingan politik dan ekonomi. Akhirnya, kedua-dua pihak telah berperang bagi kali ketiga pada tahun 1885.
Sebab-sebab berlaku peperangan
1. Kegagalan mengadakan hubungan diplomatik
Pihak British merasa perlu diadakan hubungan diplomatik dengan Myanmar demi menjamin kepentingan politik dan ekonomi. Tetapi pihak
British gagal dalam tujuan tersebut memandangkan terjadinya hubungan yang runcing antara kedua-duanya. Hubungan yang runcing telah
pun berlaku sejak pemerintahan Raja Mindon yang berpunca dari segi masalah kasut, masalah wilayah Kareni Barat dan hubungan baik
dengan Perancis. Hubungan antara kedua-duanya menjadi semakin serius apabila Raja Thibaw (1878-1886) menaiki takhta. Beliau bersifat
anti-British dan meneruskan hubungan dengan Perancis. Akibatnya pada akhir tahun 1879, Kerajaan India menarik balik residensinya dari
Myanmar Utara. Dengan ini tidak ada lagi saluran rasmi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kedua-dua kerajaan itu.
Memandangkan hal ini, Kerajaan Myanmar cuba mengadakan hubungan secara langsung.
2. Kekacauan politik di Myanmar Utara
Raja Thibaw seorang raja yang lemah tetapi zalim. Baginda tunduk di bawah pengaruh permaisuri yang jahat iaitu Permaisuri Supayalat.
Sebaik sahaja baginda berkuasa, baginda telah melakukan pembunuhan ke atas kerabat diraja yang dianggap menjadi ancaman kepadanya.
Tindakan baginda telah menimbulkan rasa dendam terhadap kerabat diraja yang terlibat. Pada tahun 1880, seorang saudara Thibaw sendiri
yang berlindung di Calcutta kembali ke Myanmar dan melancarkan satu pemberontakan. Percubaan itu gagal dan beliau melarikan diri ke
wilayah British. Kerajaan Myanmar telah menuduh British campur tangan dalam pemberontakan tersebut dan hal ini memburukkan lagi
hubungan antara mereka.
Kekacauan yang berlaku juga disebabkan oleh pemberontakan oleh suku kaum Syan dan Kachin. Pada tahun 1884, orang Kachin telah
melakukan pemberontakan di Utara dan perompak Cina telah menyerang Bhamo. Dengan danya kekacauan dan peristiwa pembunuhan,
saudagar dan golongan ugama telah mendesak India supaya campur tangan. Bagi saudagar, kekacauan yang terus-menerus mengganggu
perjalanan perdagangan mereka.
3. Desakan saudagar British
Selain Raja Thibaw, terdapat beberapa orang pegawai Myanmar yang anti-British. Akibatnya berlaku penindasan ke atas rakyat British
terutama golongan saudagar. Pihak Myanmar telah mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap urusan perdagangan. Mereka tidak lagi
melaksanakan perjanjian-perjanjian 1862 dan 1867 yang dibuat oleh Raja Mindon dengan British. Tekanan-tekanan yang dikenakan oleh
Kerajaan Myanmar menyebabkan saudagar British membuat bantahan kepada India dan mendesak supaya diambil tindakan terhadap
Myanmar. Selain itu, Myanmar Utara juga mempunyai kepentingan dari segi perdagangan. Sebuah syarikat iaitu Manchester Chamber of
Commerce ingin menjadikan Myanmar sebagai pasaran baru bagi perusahaan kapasnya. Sejak tahun 1860, syarikat tersebut mendesak
Kerajaan India membuka jalan perdagangan Moulmein-Yunnan yang dapat menghubungkan Myanmar dengan China. Untuk menjayakan
rancangan ini, British terpaksa menguasai Myanmar Utara. Seterusnya, golongan saudagar British juga menyokong pengambilan seluruh
Myanmar kerana ini akan membawa kepada keuntungan yang besar. Golongan saudagar telah banyak menanam modal di Lembah Irrawaddy,
Arakan dan Tennasserim. Perniagaan ini perlu diberi perlindungan dan ini hanya terjadi jika Myanmar Utara diletakkan di bawah pentadbiran
British. Atau setidak-tidaknya memaksa Myanmar Utara memberi beberapa hak istimewa kepada saudagar British.
4. Tekanan pengaruh Perancis
Raja Thibaw menyedari bahawa British tidak senang hati dengan kegiatan Perancis di Annam dan Tongking. Baginda menggunakan peluang
ini untuk menentang tekanan-tekanan dari Inggeris. Oleh sebab itu, baginda mengambil keputusan untuk meneruskan semula rundingan
dengan Perancis yang telah dihentikan sejak pemerintahan Mindon. Pada Mei 1883, baginda menghantar satu perwakilan ke Eropah atas
alasan untuk mendapatkan pengetahuan mengenai perkilangan dan sains. Tetapi ternyata tujuan perwakilan itu ialah untuk mendapat bantuan
senjata dari Perancis. Pada tahun 1884, Myanmar dan Perancis telah bersetuju secara sulit di mana Perancis akan menghantar alat-alat senjata
ke Myanmar setelah tamatnya peperangan di Indo-China dan sebagai balasan Perancis akan dibenarkan mengusahakan lombong permata dan
diberi beberapa hak istimewa yang lain. Persetujuan sulit tersebut diketahui oleh British. Hal ini benar-benar membimbangkan British kerana
ini membuktikan dengan jelas juga usaha Thibaw untuk menghapuskan kepentingan British di Myanmar.
Kemuncak hubungan Myanmar-Perancis ialah bila pada tahun 1886 ditandatangani perjanjian yang memberi kemudahan yang luas kepada
Perancis. Seorang Konsol Perancis dilantik di Mandalay. M. Ilaas telah dilantik sebagai Konsol Perancis yang pertama ke Myanmar.
Sungguhpun Ilaas dipanggil pulang pada bulan Oktober 1885 dan pihak Perancis memberi jaminan tidak akan merosakkan hubungan dengan
British, pihak British tetap curiga. Untuk mengelakkan penglibatan Perancis di Myanmar, British terpaksa menawan Myanmar Utara.
5. Perubahan dasar kerajaan British dan India
Sebab lain yang membantu keputusan Kerajaan India untuk berperang dengan Myanmar ialah berlakunya perubahan pucuk pimpinan dan
dasar Kerajaan British di England dan juga Kerajaan India. Pada Jun 1885, di England, Parti Konservatif pimpinan Salisbury telah berjaya
243
mengalahkan Parti Liberal pimpinan Gladstone. Kerajaan baru dari Parti Konservatif telah mengamalkan dasar yang tegas terhadap
Myanmar. Begitu juga di India, Gabenor Jeneral Lord Ripon yang bersifat sederhana telah diganti oleh Lord Dufforin yang bersifat lebih
radikal.
6. Denda ke atas Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
Peristiwa tindakan Kerajaan Myanmar mengenakan denda kepada Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar merupakan sebab terakhir yang
membawa kepada keputusan Inggeris untuk berperang dengan Myanmar. Syarikat tersebut diberi hak mengambil kayu balak di Ningyan
selama 25 tahun dan permit itu telah diperbaharui pada tahun 1884. SPBB telah dituduh mengambil kayu balak yang berlebihan dari had
yang ditetapkan. Ia juga dikatakan tidak membayar cukai eksportnya, memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan memberi gaji rendah
kepada pekerja bangsa Myanmar. Akibatnya, SPBB didenda sebanyak 2.3 juta rupee. Pihak British meminta supaya masalah itu diselesaikan
tetapi cadangan itu ditolak. Oleh sebab itu, Kerajaan India telah menghantar kata dua kepada Raja Thibaw bertarikh 22 Oktober 1885. British
meminta supaya SPBB diselesaikan melalui orang tengah. Kata dua ini berakhir pada 10 November 1885.
Kata dua dari British tidak mendapat sambutan. Sebahagian besar pegawai Myanmar mendesak Thibaw untuk berperang. Ada juga yang
mencadangkan perdamaian. Oleh sebab rasa bongkak, Thibaw telah memberi jawapan kepada British:
a. Baginda bersetuju melucutkan denda ke atas SPBB kalau rayuan diterima.
b. Wakil British dibenarkan menetap di ibu negeri Myanmar tetapi kebebasan bergerak sama seperti dulu.
c. Myanmar akan meneruskan perhubungan dengan Perancis, Itali dan negara lain.
Jawapan itu sampai ke Rangoon pada 9 November tetapi British tidak bersetuju dengan syarat itu. Tanpa memberi sebarang alasan,
pada 11 November 1885, Kerajaan India mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
Peristiwa dan kesan peperangan
Apabila setelah peperangan diisytiharkan, Jeneral Prendergast diarahkan menawan Mandalay. Serangan tentera British ternyata tidak
mendapat tentangan hebat dari tentera Myanmar. Raja Thibaw yang berada di Mandalay begitu yakin akan kerajaannya kerana beliau
menerima berita yang sengaja dipalsukan mengenai kedudukan medan pertempuran. Tetapi setelah tentera British menawan Ava, Raja
Thibaw bersetuju menyerah diri. Raja Thibaw bersama isterinya dan pengikutnya dibuang negeri ke India pada 11 Januari 1886. Raja Thibaw
mangkat di India pada tahun 1916 dan permaisurinya Supayalat dibenarkan balik ke tanah airnya.
Dengan penaklukan Myanmar Utara bermakna seluruh negeri Myanmar ditakluk oleh British. Kejatuhan Myanmar Utara juga
berakhirnya pemerintahan raja-raja dari Dinasti Kombaung yang telah diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Setelah Raja Thibaw
ditangkap dan dibuang negeri ke India, tidak ada tokoh yang layak ditabalkan untuk menjadi raja. Ini terjadi disebabkan tindakan Thibaw
yang membunuh kerabat diraja kerana bimbang berlaku rampasan kuasa. Kekosongan ini menyebabkan pemerintahan beraja ditamatkan pada
Januari 1886. Dari segi pentadbiran, Myanmar diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan India sehingga tahun 1937.
Penghapusan pemerintahan beraja telah menimbulkan kekacauan buat seketika waktu kerana orang Myanmar menentangnya. Bagi
orang Myanmar, “Raja” adalah satu-satunya simbol pengiktirafan kuasa politik Myanmar. Antara tahun 1886-1889, pejuang-pejuang dan
gerila-gerila Myanmar menyerang pusat tentera British. Tentera British menghadapi kesukaran untuk menentang mereka kerana ia melibatkan
rakyat biasa, ketua-ketua tempatan dan juga pemimpin agama. Sementara itu, Putera Myingun telah menuntut takhta kerajaan bagi Myanmar
Utara yang dikosongkan oleh Thibaw dan Putera Limbin pula menuntut kekuasaan ke atas wilayah Syan. Tuntutan itu tidak dihiraukan oleh
British. Pihak British telah mengambil masa 4 tahun untuk menenteramkan keadaan dalam negeri. Sungguhpun demikian, perasaan benci dan
semangat untuk berjuang terus wujud di kalangan orang Myanmar. Keadaan ini disedari oleh pihak British dan oleh sebab itu, dikenakan
beberapa kawalan politik terutama ke atas orang-orang Syan.
Ketika British berkuasa, mereka telah mengadakan beberapa perubahan dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh,
dalam bidang pentadbiran sistem pemerintahan tradisional ketua-ketua puak (Myothugyi/Thaiktugyi) dimansuhkan dan diganti dengan ketua-
ketua kampung. Hal ini bertujuan untuk menghindarkan munculnya semangat anti-British kerana ketua-ketua puak telah memainkan peranan
penting dalam berlakunya penentangan terhadap British.
Pengenalan
Penguasaan British ke atas Myanmar adalah melalui 3 peringkat iaitu malalui Perang Inggeris-Myanmar Pertama (1826), Perang Inggeris-
Myanmar Kedua (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar Ketiga (1885). Penguasaan British ke atas Myanmar telah membawa kepada pelbagai
perubahan sama ada dari segi pentadbiran, ekonomi ataupun sosial. Semua perubahan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan
mereka. Pada permulaannya, segala perubahan yang diperkenalkan telah menimbulkan penentangan penduduk setempat.
Dari segi pentadbiran
1.Perlaksanaan sistem pentadbiran India
Corak pentadbiran yang dijalankan di Pegu ialah menurut dasar liberal yang disesuaikan dengan corak-corak tempatan. Wilayah ini
dibahagikan kepada 5 buah daerah dengan setiap daerah dilantik seorang Pesuruhjaya Daerah yang terdiri daripada bangsa Inggeris. Daerah-
daerah ini pula dipecahkan kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang Pegawai Bandaran (Myo-oks). Setiap bandar dipecahkan menjadi
sistem bulatan dengan seorang ketua sebagai penasihat. Corak pentadbiran di Pegu ini adalah mirip dengan corak pentadbiran di India. Hal
ini berlaku kerana pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas pernah berkhidmat di Benggala dan Madras.
244
Di Myanmar Utara, ia dibahagikan kepada 14 daerah. Sir Charles Bernard, pesuruhjaya yang pertama mengusulkan supaya pentadbiran
awam dan pungutan cukai dijalankan melalui wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan tetapi Sir Charles Crosthwaite yang
menggantikan Sir Charles Bernard lebih suka menjalankan pentadbiran ini mengikut sistem di India.
2.Penghapusan pentadbiran tradisional
Apabila British berjaya menawan Myanmar Utara, British telah melakukan beberapa perubahan besar dalam sistem pentadbiran tempatan.
Perubahan yang paling ketara ialah hapusnya sistem pemerintahan beraja (monarki). British memberi alasan bahawa tidak ada putera-putera
raja yang layak ditabalkan menjadi raja. Selain pemerintahan beraja, sistem tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Badan
Hlutdaw (Majlis Tertinggi Orang-orang Bangsawan) dan Thatnabaing yang terdiri daripada sami-sami Buddha turut dimansuhkan. Kedua-dua
badan tersebut merupakan badan penasihat kepada raja.
Sebahagian daripada Hlutdaw telah dilantik oleh British sebagai pegawai kerajaan yang bergaji tetap. Oleh sebab kebanyakan pegawai-
pegawai dilantik oleh British, maka ini menyebabkan mereka tidak mendapat penghormatan dan kerjasama dari rakyat tempatan.
Pemansuhan Thainabaing yang mempunyai pengaruh kuat terhadap raja telah dilakukan. Orang-orang Myanmar mendesak agar sistem
Thainabaing dikekalkan tetapi ditolak oleh British.
Sir Charles Crosthwaite telah mebuat rancangan untuk menjadikan kampung-kampung sebagai unit pentadbiran dan dengan demikian
kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada lingkungan kawasan itu. Perlaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan berdasarkan
kepada Undang-undang Kampung Myanmar 1889. Berdasarkan undang-undang ini seorang ketua kampung dilantik dan secara tidak
langsung juga bertugas sebagai pegawai kerajaan. Keamanan dan kutipan cukai adalah di bawah tanggungjawab ketua dan Majlis Kampung
sendiri.
3.Penubuhan Dewan Perundangan
Penglibatan mereka dalam pentadbiran benar-banar aktif pada tahun 1897 apabila jawatan Ketua Pesuruhjaya telah dinaikkan menjadi
Leftenan Gabenor. Arthur Phayte, Gabenor Myanmar yang pertama, dibantu oleh Dewan Perundangan yang mengandungi 9 orang anggota
yang dilantik. Pada tahun 1909, jumlah anggota dewan telah ditambah menjadi 15 orang. Pada tahun 1920, anggota dewan ditambah menjadi
30 orang. Golongan pedagang mempunyai wakil paling ramai. Beberapa orang Myanmar juga dipilih untuk menjadi anggota dewan ini.
Dari segi ekonomi
1.Tanaman bercorak perdagangan
Perubahan dalam bidang pentadbiran juga membawa kepada perubahan dalam bidang ekonomi. Ekonomi saradiri telah berubah menjadi
ekonomi perdagangan yang berdasarkan prinsip-prinsip ekonomi barat. Sistem pentadbiran untuk keperluan sendiri bertukar kepada pertanian
secara besar-besaran untuk dieksport ke luar negeri. Hasilnya negeri Myanmar menjadi menjadi pengeluar beras utama. Pelabuhan Rangoon
merupakan pelabuhan utama mengendalikan eksport beras. Pada tahun 1886 di negeri Myanmar terdapat kira-kira 4 juta ekar tanah yang
ditanam dengan padi dan pada tahun 1920 menjadi 10.3 juta. Di Myanmar Selatan sahaja terdapat 8.6 juta ekar. Sementara itu, eksport beras
di Myanmar pada tahun 1881 ialah 0.5 juta tan telah meningkat kepada 1.4 juta tan pada 1901 dan 2.5 juta tan pada 1921.
2. Memajukan perusahaan dan perlombongan
Di samping pertanian, pemerintah British juga menumpukan bidang perusahaan dan perlombongan. Antara perusahaan dan perlombongan
utama yang dijalankan ialah :
a.Perusahaan minyak
Telaga-telaga minyak kebanyakan berpusat di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah. Pada tahun 1886, Syarikat Minyak Burma
(Burma Oil Company) telah ditubuhkan. Pengeluaran secara besar-besaran dijalankan selepas tahun 1908. Pada tahun itu Syarikat Minyak
Burma telah mengeluarkan tiga perempat dari pengeluaran minyak di Myanmar. Sementara bakinya dikeluarkan oleh Syarikat Petrol Indo-
Burma (Indo-Burma Petroleum Company), Syarikat Petrol British Burma (British Burma Petroleum Company) dan Syarikat Minyak Nath
Singh (Nath Singh Oil Company). Pada tahun 1923 pengeluaran minyak Myanmar berjumlah 273 juta tong.
b. Perusahaan balak
Ia merupakan eksport kedua penting negeri Myanmar selepas minyak. Perusahaan balak terutama kayu jati mempunyai sejarah yang lama.
Kawasan kayu balak yang utama ialah Pegu. Pada tahun 1856 ditubuhkan Jabatan Perhutanan yang bertugas memastikan kegiatan
mendapatkan sumber-sumber dari hutan dijalankan dengan sempurna. Langkah ini diambil memandangkan kemusnahan kawasan kayu balak
seperti di daerah Amherst menjelang tahun 1850 dan pengalaman British di Tennasserim akibat tidak adanya pengawasan. Terdapat 6
syarikat yang mengusahakan pengusahaan balak dan yang terbesar ialah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma (Bombay-Burma Trading
Corporation).
c.Bijih timah
Ia didapati di Mawchi, Tavoy dan Tennasserim. Negeri Myanmar menduduki tempat keempat di antara pengeluar-pengeluar timah di Asia
Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua tetapi pengeluarannya jauh di belakang kalau dibanding dengan negara-negara lain. Pada tahun 1910
pengeluaran negeri Myanmar hanya berjumlah 100 ton.
d.Lain-lain
Bahan-bahan galian yang lain yang terdapat di Myanmar ialah timah hitam di Badwin dan Namtu. Selain itu, terdapat zink, perak, tungsten,
batu delima dan nilam di Mogok ke utara Mandalay.
3.Pembina alat perhubungan dan pengangkutan
Untuk membantu meningkatkan hasil pertanian dan juga pengeluaran hasil perusahaan dan perlombongan, pemerintah British telah membina
alat-alat perhubungan dan pengangkutan. Jalan keretapi antara Rangoon dan Prome telah disiapkan pada tahun 1877. Ia dikendalikan oleh
245
Irrawaddy State Railway. Pada tahun 1884 jalan keretapi dari Rangoon ke Toungoo pula disiapkan. Kemudian dari Toungoo jalan
keretapi dibina menyambungkan Mandalay dan disiapkan pada tahun 1889. Selanjutnya pada tahun 1898 ia diteruskan ke Myitkina di utara.
Di samping jalan keretapi, dibina juga jalan raya dan mengadakan kemudahan pengangkutan malalui sungai. Menjelang tahun 1920 telah
dibina jalan raya dari Rangoon ke Prome dan ke Pegu. Selepas tahun 1920 semakin banyak jalan raya dibina yang menyambungkan Prome
dan Pegu dengan bandar-bandar lain di Myanmar.
4.Lain-lain
Selain perubahan di atas, British juga berusaha meningkatkan ekonomi di Myanmar melalui perlaksanaan sistem perdagangan bebas di
Tennasserim. Dengan hal yang demikian akan dapat menggalakkan kemasukan saudagar-saudagar dan pemodal-pemodal luar dan dengan ini
dapat membantu membangunkan wilayah itu.
Pemerintah British menggalakkan orang Myanmar membuka tanah-tanah baru dengan cara membersih dan meneroka hutan di delta-delta
untuk pertanian terutama tanaman padi. Rancangan ini tidak sahaja dapat meningkatkan ekonomi Myanmar malahan dapat meringankan
beban rakyat. Malangnya rancangan ini kurang berjaya kerana untuk membuka tanah baru memerlukan perbelanjaan dan pengetahuan.
Dari segi sosial
1.Kemerosotan kebudayaan Myanmar
Ketika pemerintahan British, Myanmar mengalami kemerosotan kebudayaan dan pegangan agama yang hebat. Kebudayaan dan kesenian
orang Myanmar mulai mengalami perubahan disebabkan kemasukan orang India dan kebudayaan barat. Mereka telah memperkenalkan cara
hidup moden yang mengikut prinsip-prinsip barat. Akibatnya sifat asli Myanmar telah hilang.
Tatatertib dan kesetiaan mereka terhadap ajaran Buddha dan kuil-kuil mulai longgar. Dalam hal ini pihak British turut bertanggungjawab
kerana dasar mereka tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat resam. Kegiatan agama Buddha tidak dipedulikan oleh
British, aktiviti mereka disekat dan diletakkan di bawah kekuasaan mahkamah, undang-undang dan polis.
Di sebaliknya, pihak British menggalakkan kegiatan kebudayaan barat dan agama Kristian. Usaha-usaha mengembangkan agama Kristian
telah dijalankan hinggalah mubaligh-mubaligh Kristian telah berjaya mengkristiankan suku kaum Karen. Sekolah-sekolah yang dikendalikan
oleh pergerakan-pergerakan Kristian digalakkan kerana dengan cara ini dapat mengembangkan kebudayaan British kepada orang-orang
Myanmar terutama dari golongan bangsawan.
2.Perubahan pelajaran
Sebelum penguasaan British ke atas Myanmar, negeri itu tidak mempunyai sistem pelajaran moden. Sistem pelajaran yang ada hanya
tertumpu kepada bidang keagamaan yang dijalankan oleh sami-sami Buddha. Phayre telah mengambil langkah-langkah untuk mengubah
sistem pelajaran yang sedia ada. Sebagai langkah permulaan ialah mengenalkan pelajaran yang berasaskan sekolah-sekolah bercorak gereja
dan mengadakan pelajaran rendah untuk kanak-kanak lelaki bagi seluruh negara tetapi rancangan itu kurang berjaya.
Sungguhpun terdapat masalah-masalah terutama sikap negatif orang Myanmar, ini tidak menghalang pemerintah British untuk meneruskan
langkah-langkah meningkatkan taraf pelajaran negara itu. Hasilnya beberapa sekolah kerajaan telah didirikan dalam tahun-tahun 1870-an.
Pada tahun 1873 Anglo Vernacular School telah didirikan dan ia menjadi pusat menyediakan pelajar-pelajar ke Universiti Calcutta, India.
Pada tahun 1880 pemerintah British telah menjalankan penyusunan semula sistem pelajaran agar diadakan sistem pelajaran yang lebih
berkesan. Kemudian pada tahun 1884 Maktab Rangoon didirikan yang juga menjadi pusat menyediakan pelajar-pelajar yang akan
melanjutkan pelajarannya ke Universiti Calcutta. Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan penubuhan sekolah yang dikendalikan oleh
pengembang-pengembang agama Kristian.
Menjelang abad ke-20, semakin dirasakan kepentingan sistem pelajaran barat. Semakin ramai orang Myanmar merasakan kepentingan
pelajaran peringkat tinggi dan penubuhan sebuah universiti sendiri. Oleh sebab itu pada tahun 1920 ditubuhkan Universiti Rangoon.
Universiti ini diberi bantuan wang yang cukup untuk meluaskan bidang pengajiannya termasuk perubatan, perhutanan, kejuruteraan dan
jabatan latihan guru.
Perkembangan Nasionalisme di Myanmar oleh Golongan Pongyi (Sami-sami Buddha)
Sebab perjuangan
Sebab utama golongan Pongyi atau sami-sami Buddha menyertai proses politik Myanmar ialah disebabkan kemerosotan pengaruh sangha
(komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pemerintahan British. Dengan itu, mereka menyertai proses ini
untuk menegakkan kembali pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar.
Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1916-1920
Antara tahun 1916-1917, golongan Pongyi telah memberi sokongan kepada Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Young Men
Buddhist Association atau YMBA) yang telah melancarkan protes terhadap permakaian kasut oleh orang Eropah dalam rumah berhala
dan pagoda-pagoda.
Pada tahun 1918, British memutuskan ketua pagoda tempatan berhak untuk melaksanakan larangan permakaian kasut. Hal
ini merupakan kejayaan pertama yang dicapai oleh nasionalisme politik Myanmar.
Pada tahun 1920, golongan Pongyi menyokong satu permogokan pelajar yang dianjurkan oleh Persatuan YMBA untuk
membantah langkah British meninggikan taraf kelayakan untuk memasuki Universiti Rangoon dan markah kelulusan peperiksaan.
Permogokkan itu gagal dalam aspek pendidikan. Namun berjaya membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Myanmar
terutamanya para pelajar.
Antara tahun 1916-1920, sebenarnya Persatuan Belia Buddha yang lebih memainkan peranan utama dalam mengembangkan
nasionalisme Myanmar dan golongan Pongyi hanya bertindak sebagai “supportive”.
Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1921-1929
246
Antara tahun 1921-1922, peranan Pongyi mengambilalih penguasaan kebanyakan unit politik perinkat desa yang telah
ditubuhkan oleh Majlis Persatuan Am bagi Kesatuan-kesatuan Burma (General Council of Burma Association atau GCBA).
Pada tahun 1921, U Ottama, seorang Pongyi terkemuka mengembara ke seluruh Myanmar dan mengutuk sistem
pemerintahan dua lapis serta menuntut kemerdekaan sendiri. Beliau memujuk rakyat agar menentang kerajaan. Beliau menggunakan
taktik-taktik agama bagi mendapat sokongan ramai. Sehingga tahun 1927, beliau telah banyak kali dipenjarakan, namun keadaan ini
menyebabkan beliau bertambah popular di kalangan rakyat terutamanya di desa. Beliau meninggal dunia pada tahun 1939.
Pada tahun 1922, golongan Pongyi menubuhkan Majlis Am Sangha Semetggi (General Council of Sangha Semetggi) untuk
mengendalikan program politik mereka. Pongyi bernama GBCA telah memulaukan pilihanraya untuk melantik ahli-ahli Majlis
Undangan. Kejayaan dapat dilihat apabila hanya 7% pengundi pada tahun 1922 dan 16% pada tahun 1925 keluar mengundi.
Pada tahun 1923, Pongyi dan GBCA menentang pemerintahan dua lapis yang diperkenalkan di Myanmar dan menuntut
pemerintahan sendiri. Kepentingan dan pengaruh Pongyi dapat dilihat apabila ahli-ahli baru Majlis Undangan yang dilantik selepas
tahun 1923 sering mendapatkan pandangan pemimpin-pemimpni Pongyi sebelum mengundi atas isu-isu penting.
Pada tahun 1924, golongan Pongyi melancarkan beberapa kempen anti-cukai.
Seterusnya, pada tahun 1926, U Wisara, seorang Pongyi yang terkemuka telah melancarkan kempen anti cukai di Daerah
Tharrawaddy. Beliau ditangkap dan dipenjarakan.
Antara tahun 1926-1927, Pongyi-pongyi lain melancarkan beberapa lagi kempen anti cukai.
Pada tahun 1928, GBCA terpecah menjadi tiga kumpulan kecil di bawah pimpinan U Chit Hliang, U Su dan U Soe Thin
akibat perselisihan yang berlaku antara tahun 1924-1928. Namun, kumpulan ini tidak banyak berbeza dari segi prinsip dan objektif
dan terpengaruh dengan pergerakkan Parti Kongres Nasional India dan menentang reformasi Montague-Chelmsford dan menentang
cadangan Suruhanjaya Simon 1928 agar Myanmar dipisahkan daripada India.
Pada tahun 1929, U Wisara meninggal akibat berpuasa dalam penjara. Kematian beliau menambahkan lagi perasaan anti-
British di kalangan rakyat Myanmar.
Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1930-1935
Pada tahun 1930, golongan Pongyi memberi sokongan kepada Liga Anti-Pemisahan (Anti-Seperationist League) di bawah pimpinan
Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint dengan alas an pemisahan membantutkan perkembangan kerajaan sendiri di Myanmar. Golongan
Pongyi juga telah menentang pengajaran agama Kristian kepada murid-murid beragama Buddha di sekolah-sekolah mubaligh di
Rangoon.
Pada 22 Disember 1930, Pemberontakan Saya San meletus di daerah Tharawaddy, Burma Hilir. Pemberontakan ini dipimpin
oleh Saya San (bekas Pongyi dari Shwebo) dan diatur oleh Pongyi-pongyi di peringkat desa. Pemberontakan ini meletus disebabkan
oleh:
a. Ketidakpuasan petani-petani terhadap cukai capitation.
b. Beban hutang petani-petani dengan peminjam-peminjam wang.
c. Arahan-arahan kerajaan mengkhaskan kawasan-kawasan hutan.
Pemberontakan ini bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan British dan memulihkan agama Buddha. Pemberontakan ini dengan cepat
berkembang ke sebahagian Hilir Myanmar.
Pada tahun 1931, pemberontakan berjaya dipatahkan. Saya San ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Walau
bagaimanapun, pemberontakan ini menaikkan lagi semangat kebangsaan rakyat Myanmar.
Pada tahun 1932, pengaruh ke atas petani memastikan kejayaan Liga Anti-Pemisahan dalam pilihanraya umum. Mereka
berjuang agar Myanmar terus dalam persekutuan India kerana sedar bahawa hanya Kongres Nasional India yang mampu berjuang
menuntut kemerdekaan dengan berkesan. Namun, British enggan memberi Myanmar hak memilih keluar daripada persekutuan India.
Seterusnya, pada tahun 1935, Myanmar dipisahkan dari India dan diletakkan di bawah kawalan langsung Pejabat Myanmar
di London. Akta Kerajaan Myanmar diluluskan oleh Parlimen British. Hal ini menyebabkan parti-parti politik Myanmar berusaha
mendapatkan sokongan bagi menduduki dewan perundangan atau kabinet. Pelajar sering membuat tunjuk perasaan dan ahli politik
mengambil kesempatan memperalatkan pelajar. Dr. Ba Maw menyertai Parti Rakyat dan mengemukakan undi tidak percaya kepada
para menteri. Hal ini menyebabkan para menteri meletak jawatan dan tempat mereka diambil alih oleh Dr. Ba Maw dan U Ba Pe.
Boleh dikatakan selepas tahun 1932 atau awal 1930-an, pengaruh golongan Pongyi semakin merosot dan secara beransur-
ansur diambil alih oleh golongan Thakin.
Latar belakang
Golongan Thakin juga dikenali sebagai Dobama Asiayone (Persatuan Kita Orang Myanmar). Ia dikenali sebagai Parti Thakin kerana para
pemimpinnya menggelarkan diri mereka Thakin yang bererti tuan. Ia memberi simbol penolakan kuasa British dan orang Myanmar
seharusnya menjadi tuan di negara sendiri. Ia merupakan percantuman dua buah pertubuhan iaitu percantuman di antara Liga Pemuda Pelajar
yang dibentuk pada tahun 1931 dengan Persatuan Dobama yang ditubuhkan pada tahun 1930. Parti ini ditubuhkan dengan rasminya pada
tahun 1936 di Universiti Rangoon.
Corak perjuangan
Corak perjuangan golongan Thakin dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme seperti Marxism, pergerakan Sein-Fein di Ireland dan pergerakkan
Farsis Itali dan Jerman. Ia juga merupakan sebuah pergerakkan bercorak politik yang memperjuangkan kemerdekaan dengan kaedah yang
radikal dan tidak bekerjasama dengan Inggeris. Mereka mengadakan perhubungan dengan gerakan kebangsaan di negara lain yang pelbagai
ideologi seperti Kongres India, Kuomintang dan Parti Komunis China.
Indo-China (Vietnam)
Pengilhakan Perancis di Vietnam, Kampuchea dan Laos
Pengenalan
249
Maharaja Gia Long mengadakan hubungan baik dengan Perancis. Perlantikan Bishop Pigneau sebagai Menteri Besar mengeratkan lagi
hubungan Vietnam dan Perancis. Namun, selepas tahun 1820, keadaan telah berubah. Penggantinya Minh Mang, menjalankan dasar tutup
pintu. Baginda mengeluarkan perintah untuk melarang kemasukan mubaligh Kristian. Thien Tri (penggantinya) meneruskan dasar
ayahandanya. Keadaan menjadi tegang semasa pemerintahan Tu Duc (1848-1883). Oleh sebab penekanan yang teruk maka Perancis telah
mengambil tindakan untuk menakluki Vietnam.
Pengilhakan Tourane dan Saigon di Vietnam
Semasa Tu Duc, keadaan anti Kristian memuncak. Pada tahun 1852, Paderi Augustin Schoeffler dibunuh dan seterusnya Paderi Jean-
Louis Bonnard (1852). Akibatnya, Napoleon III mengambil tindakan menakluki Vietnam. Alasannya ialah pembunuhan Bishop Diaz
di Tongking. Pada 1 September 1858, de Genouilly menyerang Tourance dan menaklukinya pada hari esok. Kemudian, tenteranya
menuju ke Saigon dan menakluki Saigon pada 17 Februari 1859. Pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc menyerah kalah. Satu perjanjian
damai ditandatangani, menurutnya:
a. 3 wilayah Timur Cochin-China diserah kepada Perancis.
b. Pelabuhan Tourance, Balat dan Kuang Anh dibuka kepada Perancis.
c. Kapal Perancis dibenarkan belayar di Sungai Mekong.
d. Mubaligh dibenarkan menyebarkan agama Kristian.
Pengilhakan Kampuchea
Kampuchea membayar ufti kepada Vietnam dan Siam bagi menjaga kemerdekaannya. Pada tahun 1862, Raja Norodom diminta
membayar ufti kepada Perancis oleh Laksamana Bonnard. Pada tahun seterusnya, baginda dipaksa menandatangani satu perjanjian
dengan Perancis bagi menghentikan pembayaran ufti kepada Vietnam dan Siam. Siam menentang hebat campur tangan Perancis. Pada
tahun 1867, satu perjanjian ditandatangani bagi menyelesaikan masalah ini. Menurut perjanjian ini, Perancis mengakui kedaulatan
Siam terhadap Battambang dan Siemreap, manakala Siam menarik balik segala tuntutannya. Dengan itu, Kampuchea menjadi negeri
naungan Perancis dan Raja Norodom menjadi raja boneka.
Pengilhakan di Tongking
Tujuan pengilhakan di Tongking ialah meluaskan pengaruhnya dari segi perdagangan dan kebimbangan akan persaingan kuasa Barat
lain. Penindasan Maharaja Tu Duc terhadap orang Kristian juga memaksa Perancis menakluki Tongking. Pada Disember 1873,
Perancis merampas Hanoi dan lain-lain kubu pertahanan seperti Haiphong dan Nihn Ninh. Seterusnya, pada tahun 1882, Kapten
Henry Riviere telah menyerang dan merampas Hanoi dan Tongking pada tahun 1883. Pada Ogos 1883, Maharaja Hiep Hoa
(pengganti Tu Duc) bersetuju menandatangani perjanjian damai, menurutnya:
a. Vietnam menjadi negeri lindungan Perancis.
b. Binh Thuan diserahkan kepada Perancis.
c. Vietnam menarik balik semua angkatannya di Tongking.
Pengilhakan di Laos
Perancis membantah Laos menghantar ufti kepada Siam dan mendakwa Laos harus menghantar ufti kepadanya. Pada tahun 1886,
Perancis menuntut kawasan di sebelah Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang. Laos membantah kuat tuntutan Perancis. Hal
ini menyebabkan Perancis melantik Auguste Pavie sebagai Naib Konsular di Luang Prabang. Siam pula membantu pemberontak Cina
yang melarikan diri ke wilayah Sip Song Chu Thai, sementara itu, Auguste Pavie membantu Raja Luang Prabang menentang
pemberontak itu. Pada tahun 1888, Auguste mengambil alih Sip Song Chu Thai. Raja Luang Prabang ditabalkan semula. Pada tahun
1892, Auguste menjadi Residen Menteri di Bangkok. Beliau mendakwa wilayah sebelah Barat Sungai Mekong sebagai hak Perancis.
Siam tidak mengakui tuntutan itu. Pada tahun 1893, 2 kapal Perancis tiba di Paknam tetapi dibedil oleh Siam. Walau bagaimanapun,
tentera Siam juga dikalahkan dan kapal Perancis terus belayar ke Bangkok. Siam akhirnya bersetuju berdamai dan menyerahkan
wilayah Barat Sungai Mekong. Siam juga berjanji mengundurkan tenteranya dari Battambang dan Siemreap. Wilayah itu disatukan
menjadi Laos, manakala Luang Prabang dikekalkan sebagai sebuah negeri naungan di bawah rajanya.
Pengenalan
Kuasa Perancis telah menguasai kawasan Indo-China dengan cara pengilhakan dan juga peperangan. Seperti kuasa-kuasa Barat yang
lain, demi memperkukuhkan kedudukan, pelbagai perubahan telah diperkenalkan oleh Perancis sama ada dari segi pentadbiran,
ekonomi ataupun sosial.
Dari segi pentadbiran
Kerajaan Perancis di Indo-China diketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat di Saigon. Wilayah Annam, Tongking, Laos dan
Kampuchea diletakkan di bawah seorang Residen Superior Perancis. Beliau bertanggungjawab terhadap Residen Jeneral. Cochin-
China pula diletakkan di bawah Leftenan Gabenor yang tarafnya lebih tinggi daripada Residen Superior Perancis. Leftenan Gabenor
ini dibantu oleh Majlis Privy dan Majlis Penjajahan. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah yang ditadbir oleh
Residen Perancis. Residen Jeneral dibantu oleh Dewan Agung yang mengawal ekonomi dan kewangan. Majlis ini dianggotai oleh
pegawai tinggi Perancis. Residen Jeneral juga dibantu oleh jabatan-jabatan seperti Angkatan Tentera dan Laut, Jabatan Urusetia
(perkhidmatan awam), Jabatan Pengadilan, Jabatan Kastam dan Eksais dan sebagainya. Perancis turut menyusun semula sistem
keadilan dengan menggubal satu kanun undang-undang yang berasaskan kepada undang-undang Perancis.
Dari segi ekonomi
Sistem ekonomi yang dijalankan oleh Perancis di Indo-China hanya memberi faedah kepada segolongan pemodal asing terutamanya
orang Perancis. Segolongan orang Vietnam yang kaya turut melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi di Vietnam.
Dari segi sosial
Pihak Perancis telah menubuhkan sebuah majlis khas untuk mengatur semula sistem pelajaran di Indo-China. Setiap kampung
ditubuhkan sekolah permulaan dan Bahasa Guocrigu digunakan. Pihak Perancis turut berusaha menghapuskan institusi perhambaan
250
yang merupakan kebudayaan orang Vietnam. Selain itu, Sistem Mandarin juga dihapuskan dan ia digantikan dengan pegawai-
pegawai Perancis. Keadaan ini telah menjadi satu pukulan yang hebat terhadap sistem tradisional Indo-China.
Nasionalisme Indo-China
China
Perang Candu Pertama1839-1842
Pengenalan
Peperangan British-China 1839-1842 juga dikenali sebagai Perang Candu I. Peperangan ini merupakan titik peralihan dalam sejarah moden
negeri China kerana selepas peperangan ini, khususnya selepas termeterai Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842, China terpaksa
menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. Orang Cina menganggap peperangan ini berlaku
kerana masalah candu. Orang-orang barat pula menganggap peperangan ini berlaku kerana masalah politik, ekonomi dan sosial yang
berkaitan dengan hubungan diplomatic, perdagangan bebas dan sistem keadilan. Masalah candu hanya merupakan faktor sampingan yang
mempercepatkan peperangan. Ramai ahli sejarah mendakwa peperangan ini berlaku akibat pertembungan dua kebudayaan.
Sebab-sebab
1. Hubungan Diplomatik
Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Edgar Holt dan Soothills menganggap keengganan China untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas
dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat menjadi sebab utama berlakunya Perang Candu Pertama. Orang-orang Cina menganggap China
sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Koa” yang lebih bertamadun. Maharaja China dianggap sebagai anak syurga dan pemerintah
universal. Orang-orang asing dianggap sebagai orang gasar atau barbarian atau fan kwae, iaitu hantu-hantu asing yang tidak bertamadun.
Kedatangan orang asing dianggap sebagai kehadiran wakil-wakil negara pembayar ufti yang mahu tunduk di bawah kekuasaaan China. Dasar
ini tidak dipersetujui oleh orang-orang barat, terutamanya British kerana mereka mengamalkan konsep persamaan taraf, lebih-lebih lagi
selepas termeterainya Perjanjian Westphalia 1648 antara negara-negara Eropah yang menegaskan hubungan antara negara mesti dijalankan
atas dasar sama taraf, tidak kira negara itu kecil atau besar.
Sebelum Perang Candu, China tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa barat kecuali dua perjanjian mengenai
sempadan dengan Rusia, iaitu Perjanjian Nerchinsk 1689 dan Perjanjian Kiachta 1727. Usaha-usaha British untuk mewujudkan hubungan
diplomatik dengan China gagal kerana China tidak dapat menerima konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh British. Antara utusan
British yang dihantar ke negeri China ialah utusan Lord Macartney 1793, utusan Lord Amherst 1816 dan utusan Napier 1834. Faktor utama
yang menggagalkan utusan tersebut ialah masalah “kow tow” (adat menyembah raja) yang dikenakan ke atas utusan-utusan tersebut.
Orang-orang barat tidak boleh mengadakan hubungan secara langsung dengan Kerajaan China. Hubungan mesti dijalankan melalui sebuah
badan iaitu “cohong” yang ditubuhkan pada 1720. Keengganan China untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf telah
menyebabkan kuasa-kuasa barat terutamanya British terpaksa mengambil tindakan secara kekerasan. Edgar Holt dalam bukunya “The Opium
Wars in China” menegaskan “the opium war was fought to end forever China’s assumption of superiority to all other nations”.
Pembubaran monopoli perdagangan China Syarikat Hindia Timur British pada tahun 1833 telah menyebabkan ramai pedagang British datang
ke negeri China. Untuk melindungi mereka, seorang penguasa perdagangan atau Taipan telah dilantik di Canton. Penguasa perdagangan yang
pertama dilantik pada Mac 1834 ialah Lord Napier. Kegagalan untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China telah mengecewakan
beliau sehingga meninggal dunia di Macau pada Oktober 1834. beliau digantikan oleh L.V. Davies pada tahun 1835. L.V. Davies juga gagal
mewujudkan hubungan diplomatic dengan China dan terpaksa bersara pada 1837. Beliau digantikan oleh GeorgeBest Robinson. Robinson
juga menerima nasib yang sama sehingga terpaksa bersara pada 1839 dan digantikan oleh Charles Elliot. Semasa Charles Elliotlah berlaku
Perang Candu 1839-1842.
2. Perdagangan bebas
Christopher Hibbert dalam bukunya “The Dragon Wakes” dan Kenneth Scott Latourette dalam bukunya “A History of Modern
China” menegaskan masalah perdagangan bebas khususnya sekatan China ke atas perdagangan asing merupakan faktor utama
berlakunya Perang Candu I 1839-1842. Dewasa itu, British mengamalkan dasar perdagangan bebes yang menganggap mereka berhak
berdagang di mana sahaja dan dengan siapa sahaja. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan negeri China
sebagai pasaran kepada barang-barang keluaran industri mereka serta untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera.
Bagi British, perdagangan dianggap sebagai hak manakala China menganggapnya sebagai keistimewaan yang diberi dan boleh ditarik
balik jika difikirkan perlu.
China bersikap anti perdagangan asing. Mereka menganggap perdagangan asing tidak penting kerana keperluan dalam negeri khususnya
makanan mencukupi disebabkan pertanian merupakan punca utama ekonomi China. Dalam susunlapis masyarakat China, peniaga/pedagang
merupakan golongan yang terendah dan kegiatan perdagangan atau perniagaan sebagai pekerjaan yang hina. Malah orang-orang Cina yang
berdagang dengan orang-orang asing dianggap sebagai pengkhianat. Akibat daripada itu, China telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas
perdagangan asing. Sekatan-sekatan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pedagang-pedagang asing.
Mengikut perintah diraja 1757 yang dikeluarkan oleh Maharaja Chien Lung, pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di
Canton. Pedagang-pedagang asing di Canton telah dikenakan pelbagai sekatan. Mereka hanya dibenarkan berada di Canton dalam musim
perdagangan dari bulan Oktober hingga Januari. Di luar musim perdagangan, pedagang-pedagang asing dikehendaki meninggalkan Canton.
Untuk menjamin mereka tidak menetap di Canton, pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa keluarga mereka. Keluarha mereka
mesti ditinggalkan di Macau (wilayah Portugis). Mereka juga tidak boleh bergerak bebas kecuali pada 8, 18 dan 28 hari bulan tiap-tiap bulan
dalam musim perdagangan. Selain itu, pedagang-pedagang asing tidak boleh berdagang secara langsung dengan orang Cina. Perdagangan
mesti dijalankan melalui cohong yang dianggotai oleh 13 pegawai dan ketuanya bergelar Hoppo. Cohong mempunyai kuasa penuh dalam
254
perdagangan asing seperti memberi kebenaran berdagang, kebenaran menggunakan sungai, menetapkan harga dan cukai, menentukan
jenis perdagangan dan sebagainya. Malah hubungan antara orang asing dengan Kerajaan China mesti dijalankan melalui cohong.
Pedagang-pedagang asing mahu berdagang di bahagian-bahagian lain di China selain di Canton. Mereka mahu berdagang secara bebas dan
mendapatkan harga yang berpatutan bagi barang-barang China. Tindakan cohong mengenakan cukai dan harga yang tinggi serta tidak tetap
menimbulkan perasaan tidak puas hati pedagang-pedagang asing. Sekatan China ke atas pedagang asing telah menyebabkan peperangan tidak
dapat dielakkan antara British yang merupakan negara progresif, perindustrian dan kapitalis dengan China yang merupakan negara pertanian,
tidak progresif dan bersikap anti perdagangan asing.
3. Sistem keadilan
Dari segi sosial, timbul masalah keadilan kerana konsep keadilan China berbeza dengan konsep keadilan British. Kerajaan China telah
mengeluarkan arahan supaya semua orang asing yang berada di China mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan di China. Arahan
ini tidak dipersetujui oleh pedagang asing kerana mereka menganggap undang-undang China sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contohnya, pada 1784, seorang anak kapal “Lady Hughes” telah dijatuhkan hukuman dicekik sampai mati kerana kesalahannya membunuh
secara tidak sengaja seorang rakyat China semasa upacara kehormatan di Whampoa. Hukuman yang sama juga dikenakan kepada Terranova
iaitu anak kapal “Emily” pada 1821. Pada 12 Julai 1839, 3 orang British yang mabuk telah membunuh seorang rakyat China iaitu Lin Wei
Hsi. Pesuruhjaya Tinggi China di Canton, Lin Tse Hsu telah mengarahkan penguasa perdagangan British Charles Elliot menyerahkan ketiga-
tiga orang British yang terlibat dalam pembunuhan tersebut kepada pihak China untuk diadili. Charles Elliot yang menyedari hukuman yang
akan dijatuhkan enggan menyerahkan mereka. Sebaliknya beliau membicarakan mereka dan menjatuhkan hukuman penjara. Tindakan
Charles Elliot sudah tentu menjejaskan hubungan antara British dan China
Mengikut undang-undang China, seseorang yang dituduh melakukan kesalahn tetap bersalah sehingga beliau dapat membuktikan dirinya
tidak bersalah. Mengikut undang-undang British pula, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak bersalah sehingga pihak pendakwa
dapat membuktikan beliau bersalah. China mengamalkan undang-undang kumpulan dan tanggungjawab ketua. Mengikut undang-undang
kumpulan, jika seseorang melakukan kesalahan, semua anggota dalam kumpulannya bertanggungjawab dan boleh dijatuhkan hukuman.
Mengikut undang-undang tanggungjawab ketua, sekiranya anak buah melakukan kesalahan ketuanya juga bertanggungjawab dan juga boleh
dijatuhkan hukuman. Undang-undang ini tidak dipersetujui oleh British kerana mereka mengamalkan undang-undang tanggungjawab
individu. Hanya mereka yang melakukan kesalahan bertanggungwab di atas kesalahannya dan boleh dijatuhkan hukuman. Di negeri China,
tidak ada perbezaan antara undang-undang dan perintah. Perintah pegawai lebih-lebih lagi perintah maharaja sudah dianggap sebagai undang-
undang yang mesti dilaksanakan.
4. Masalah candu
Perdagangan antara British dan China tidak seimbang. British memerlukan barang-barang China terutamanya teh dan sutera tetapi
China tidak memerlukan barang-barang British. Akibatnya banyak wang British mengalir ke negeri China.
1780-1790 14 juta taels
1790-1800 26 juta taels
Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada British. Untuk mengimbangi perdagangan, British membawa masuk
candu dari India dan Turki sejak 1773.
Pengenalan
Pemberontakan Taiping meletus pada tahun 1851-1864 di bawah pimpinan Hung Hsiu Chuan. Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1814
di Huah Hsien dekat Canton dalam wilayah Kwangtung. Kegagalan menjadi pegawai sarjana telah menyebabkan beliau melibatkan
diri dalam hal keagamaan. Beliau mengkaji ajaran Kristian melalui buku yang dipinjamkan dari Liang Ah Fa yang baru memeluk
agama Kristian. Hung Hsiu Chuan juga berdamping rapat dengan seorang mubaligh I.J. Robert dan seterusnya memeluk agama
Kristian. Beliau bercita-cita untuk menyebarkan satu ajaran baru iaitu campuran ajaran Kristian dengan kepercayaan China. Pada
tahun 1844 bersama-sama dengan Feng Yun Shan, beliau telah menubuhkan Pertubuhan Penyembah-pemyembah Tuhan yang
dikenali sebagai Shang Ti Hui. Pemberontakan Taiping meletus berikutan peristiwa pada Disember 1850 di mana tentera Menchu
telah memaksa penduduk Kweilin membayar cukai 2 kali ganda sedangkan dewasa itu mereka mengalami kebuluran. Secara
kebetulan majoriti penduduk Kweilin adalah anggota Shang Ti Hui.
Jalan Pemberontakan
Pemberontakan Taiping meletus secara rasminya pada 11 Januari 1951 di Chientien dalam wilayah Kwangsi. Pada September 1851,
mereka berjaya menawan Yung An yang dijadikan sebagai ibu kota sementara Taiping. Dari Yung An, mereka mara ke Utara dan
menawan bandar-bandar seperti Kweilin, Changhwa, Changsha, Liling, Wuchang, Hankow, Kiukiang, Anking dan sebagainya.
Semakin jauh tentera Taiping bergerak, semakin ramai yang menyertai pemberontakan kerana terpengaruh dengan janji-janji Hung
Hsiu Chuan serta kejayaan-kejayaan awal Taiping. Antara tahun 1851-1853, mereka berjaya menawan 600 bandar dalam 16 wilayah.
Pada 19 Mac 1853, mereka berjaya menawan Nanking yang dijadikan ibu kota Taiping menggantikan Yung An. Pada 21 Mac 1853,
Hung Hsiu Chuan menubuhkan Kerajaan Taiping Tien Kao yang bermaksud “Kerajaan Kesyurgaan Aman Damai”. Beliau
mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja kesyurgaan bergelar Tien Wang. Selepas menubuhkan Kerajaan Taiping di Nanking, Hung
Hsiu Chuan mula melaksanakan rancangan pembaharuan yang terkandung dalam dokumen Tien Chou, Tien Mou, Chih Tu.
Dari Nanking, satu pasukan tentera seramai 60-70 ribu orang di bawah pimpinan Lin Feng Hsing dan Li Kai Feng telah
dihantar ke Utara untuk menawan ibu kota Peking. Walau bagaimanapun, pasukan ini berjaya dihancurkan oleh tentera Manchu di
Tientsin. Satu lagi pasukan tentera seramai 50 ribu orang di bawah Lo Ta Kang dihantar ke Barat China. Pasukan ini juga tidak
banyak mencapai kejayaan. Pemimpin-pemimpin Taiping selain dari Hung Hsiu Chuan ialah Yang Hsiu Ching, Li Hsiu Cheng, Shih
Ta Kai, Wei Chang Hui, Hsiao Chao Kuei, Hung Ta Chuan, Hung Jen Fa, Hung Jen Kao dan sebagainya.
Kerajaan Taiping kekal sehingga 19 Julai 1864 di mana ia ditumpaskan oleh tentera Manchu pimpinan Tseng Kao Fan,
Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang yang mendapat bantuan daripada tentera upahan Barat yang dikenali sebagai
“Ever Victorious Army” di bawah pimpinan Frederick T. Ward dan Charles George Gordon.
Sebab-sebab
1. Anti Manchu
Wolfgang Franke dalam bukunya “ A Century of Chinese Revolution 1851-1949” mendakwa semangat kebangsaan khususnya
perasaan anti Manchu merupakan faktor utama yang mengakibatkan meletusnya Pemberontakan Taiping pada tahun 1851. Manchu
merupakan dinasti asing dari Manchuria yang memerintah negeri China sejak tahun 1644. Akibatnya pemerintahan Manchu tidak
disukai oleh orang-orang Cina terutamanya penduduk wilayah Selatan seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Dalam usaha untuk
menentang Kerajaan Manchu mereka menubuhkan kongsi gelap seperti White Lotus Society, Heaven and Earth Society, Big Sword
Society, Small Sword Society, Long Hair Bandits, Eight Diagrams dan sebagainya. Mereka melakukan rompakan dan serangan
hendap ke atas tentera Manchu dalam usaha untuk melemahkan Kerajaan Manchu. Bila Hung Hsiu Chuan mencadangkan satu
pemberontakan menentang Manchu, cadangan tersebut mendapat sokongan ramai orang Cina yang sememangnya anti Manchu.
Akibatnya, didapati banyak kongsi gelap menyertai Taiping dalam usaha menumpaskan Manchu.
2. Kesengsaraan ekonomi dan sosial
Wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” dan Frans Micheal dalam bukunya “The Taiping
Rebellion: History and Documents” menegaskan kesengsaraan ekonomi dan sosial juga merupakan faktor penting mengakibatkan
meletusnya Pemberontakan Taiping. Antara tahun 1826-1850, berlaku pelbagai bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa
bumi yang telah merosakkan tanaman. Pada tahun 1840-an, banjir besar berlaku di sekitar Sungai Tangtze dan kemarau panjang di
wilayah Hunan. Selain itu, penduduk Kwangsi mengalami kebuluran. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan
pertambahan tanah pertanian telah menambahkan penderitaan rakyat China. Penduduk China yang berjumlah 181 juta pada tahun
1751 telah meningkat menjadi 432 juta pada tahun 1851. Keadaan ini sudah tentu mengakibatkan kemiskinan dan kemerosotan taraf
hidup. Ramai petani kehilangan tanah kerana gagal membayar cukai yang tinggi. Pada pertengahan abad ke-19, kira-kira 60-90%
petani tidak memiliki tanah. Kemarahan orang China terhadap Kerajaan Manchu disebabkan Menchu tidak berusaha untuk membantu
orang-orang China terutamanya mangsa-mangsa bencana alam. Selain itu, orang-orang China menganggap bencana alam yang
berlaku menandakan Tuhan telah menarik balik mandat yang diberikan kepada Dinasti Manchu untuk memerintah negeri China.
3. Kelemahan pentadbiran
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light on the History of the Taiping Rebellion” menganggap korupsi politik menjadi punca
Pemberontakan Taiping. Sejak akhir abad ke-18, terdapat kemerosotan sistem pentadbiran Manchu akibat perbuatan rasuah,
penyelewengan serta ketidakcekapan dalam pentadbiran. Ramai pegawai mengamalkan rasuah untuk kepentingan diri. Contohnya, Ho
261
Shen seorang pegawai tinggi kerajaan semasa pemerintahan Maharaja Chien Lung (1736-1796) telah berjaya mengumpul harta
sebanyak 800 juta taels. Jumlah tersebut merupakan separuh daripada pendapatan negeri China dalam tempoh 20 tahun. Selain itu,
berlaku penyelewengan dalam jabatan-jabatan kerajaan di mana peruntukan telah disalahgunakan untuk kepentingan pegawai. Antara
jabatan yang terlibat ialah “Yellow River Conservancy” dan “ Grand Canal Administration”.
4. Kelemahan tentera
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light on the History of the Taiping Rebellion” mendakwa sejak akhir abad ke-18, terdapat
kelemahan dalam sistem ketenteraan Manchu. Tentera Manchu tidak berdisiplin, tidak teratur dan tidak bersemangat. Selain itu,
terdapat penyelewengan dalam pentadbiran tentera di mana peruntukan disalahgunakan untuk kepentingan pegawai-pegawai.
Kelemahan tentera Manchu terbukti bila mereka begitu mudah dikalahkan di Kweilin. Pada Disember 1850, kekalahan ini memberi
keyakinan kepada pengikut-pengikut Taiping bahawa perjuangan mereka untuk menumpaskan Manchu akan berjaya. Sebelum itu,
kelemahan tentera Manchu telah terdedah apabila mereka begitu mudah dikalahkan oleh British dalam Perang Candu 1839-1842.
5. Kemasukan Barat
Kemasukan Barat telah mendedahkan Manchu. Buktinya Manchu begitu mudah dikalahkan oleh British dalam Perang Candu 1839-
1842. Selepas Perang Candu, kuasa Barat mula campur tangan dalam hal ehwal China. Mereka telah menuntut pelbagai keistimewaan
dari Kerajaan Manchu. Kegagalan Manchu untuk menyekat kegiatan Barat menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap Manchu.
Kemasukan Barat juga telah menyebabkan banyak wang China mengalir keluar. Kemasukan Candu semakin bertambah selepas
Perang Candu 1839-1842. Kemasukan Candu menjejaskan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku
ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari
segi ekonomi, banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu melebihi nilai eksport barang-
barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan
dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China yang menjadi penagih candu. Kegagalan Manchu untuk menyekat perdagangan
candu telah menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap Manchu.
Pembukaan 5 pelabuhan China kepada pedagang asing iaitu Canton, Foochow, Amoy, Ningpo dan Shanghai telah mengakibatkan
kemasukan barang-barang Barat yang menjadi saingan barang-barang China. Kemasukan barang-barang Barat telah menjejaskan
pasaran barang-barang tempatan sehingga menyebabkan banyak industri tempatan terpaksa ditutup.
Kedatangan Barat juga telah membawa kepada pengenalan sistem pengangkutan moden terutamanya kapal yang telah menjejaskan
mata pencarian mereka yang bergantung kepada sistem pengangkutan kuno seperti tongkang dan kereta lembu. Pembukaan Shanghai
kepada orang-orang asing pada tahun 1842 juga menjejaskan mata pencarian mereka yang selama ini menjalankan pengangkutan
barang-brang eksport terutamanya teh dan sutera dari Lembah Yangtze ke Canton.
Kedatangan Barat telah menyebabkan kemasukan agama Kristian yang telah memecahbelahkan rakyat China. Hung Hsiu Chuan telah
menjadikan agama Kristian sebagai ilham dalam rancangan untuk membentuk satu susunan sosio-ekonomi baru di negeri China.
Beliau juga menjadikan agama Kristian sebagai alat untuk menyatupadukan orang China menentang Kerajaan Manchu. Beliau telah
menyakinkan pengikut-pengikutnya bahawa peperangan menentang Manchu sebagai peperangan agama. Beliau juga menggunakan
agama Kristian dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang-orang Barat terutamanya mubaligh-mubaligh.
6. Diskriminasi Manchu
Dalam menjalankan pentadbiran, Manchu mengamalkan diskriminasi terhadap orang-orang Cina. Orang-orang Cina tidak diberi
peluang untuk memegang jawatan-jawatan penting. Peluang dalam pentadbiran terbuka luas kepada orang-orang Manchu di mana
mereka dapat hidup dengan mewah dan menikmati pelbagai keistimewaan. Orang-orang Cina juga terpaksa mematuhi beberapa
arahan sebagai tanda taat setia terhadap Kerajaan Manchu. Di antara arahan itu ialah memakai rencana, membotakkan bahagian
hadapan kepala bagi lelaki dan membungkus kaki bagi wanita. Perkahwinan campuran di antara Manchu dan Cina diharamkan.
7. Kezaliman Manchu
Kerajaan Manchu juga melakukan kezaliman terhadap orang-orang Cina terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng
(1723-1736) dan Maharaja Chien Lung (1736-1796). Contoh, semasa pemerintahan Maharaja Yung Cheng ramai cerdik pandai telah
dibunuh kerana bimbang mereka akan mempengaruhi orang Cina menentang Kerajaan Manchu. Tindakan tersebut bukan sahaja
menyebabkan Manchu tidak dapat kerjasama orang Cina tetapi juga menimbulkan kebencian orang Cina terhadap Kerajaan Manchu.
8. Cukai
Sejak 1840-an, Kerajaan Manchu telah mengenakan cukai 2 kali ganda daripada biasa dengan tujuan untuk menghadapi masalah
ekonomi akibat bencana alam, perbelanjaan peperangan, bayaran ganti rugi dan sebagainya. Tindakan tersebut telah mendapat
bantahan orang-orang Cina wilayah Selatan terutama Kwangtung, Kwangsi, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka mengalami
kebuluran.
9. Ketokohan pemimpin
Vincent Y.C. Shih dalam bukunya “The Taiping Ideology” menegaskan ketokohan pemimpin khususnya pemimpin utama Hung Hsiu
Chuan dan Yang Hsiu Ching merupakan faktor penting mengakibatkan meletusnya Pemberontakan Taiping pada tahun 1851. Hung
Hsiu Chuan merupakan seorang yang berkebolehan dalam mempengaruhi orang ramai menyertai Pemberontakan Taiping. Beliau
berjaya merangka satu program dan ideologi Taiping yang berjaya menarik sokongan ramai. Malah beliau dianggap sebagai keramat
yang diutuskan untuk membebaskan orang ramai daripada penderitaan. Yang Hsiu Ching merupakan seorang panglima tentera yang
berkebolehan dalam menyusun strategi peperangan. Beliau berkebolehan dalam mengawal dan mengarahkan pengikut-pengikutnya.
Selain daripada mereka, Taiping juga mempunyai pemimpin-pemimpin lain yang berkebolehan seperti Lin Fang Sing, Yang Hsiu
Ching, Hsio Chuo Kuei, Hung Jen Fa. Pemberontakan Taiping juga meletus kerana bilangan tentera Taiping lebih ramai, teratur,
berdisiplin, bersemangat dan mereka amat patuh kepada arahan ketuanya. Tentera Taiping dikawal oleh 62 artikel undang-undang
tentera. Selain daripada peraturan-peraturan yang berkaitan dengan khemah dan ekspedisi tentera.
10. Kawasan Selatan
Kawalan Kerajaan Manchu di kawasan Selatan amat lemah kerana tumpulan mereka ialah di Utara khususnya di ibu kota Peking.
Keadaan ini menyedarkan pengikut-pengikut Taiping bahawa mereka akan berjaya. Akibatnya kita dapat Pemberontakan Taiping
bermula di kawasan Selatan.
11. Masalah lain
262
Pada tahun 1840-an dan 1850-an, Kerajaan Manchu menghadapi pelbagai masalah seperti bencana alam, Pemberontakan Nien,
Pemberontakan Muslim, masalah ekonomi dan sebagainya. Walaupun Perjanjian Nanking telah ditandatangani, hubungan di antara
British dan China masih lagi runcing sehingga mengakibatkan peperangan pada tahun 1856-1860. Perkembangan ini menyedarkan
pengikut-pengikut Taiping bahawa perjuangan mereka akan berjaya kerana Kerajaan Manchu tidak akan dapat menumpukan sepenuh
perhatian bagi menghadapi Taiping.
12. Rancangan pembaharuan
Rancangan pembaharuan Taiping yang terkandung dalam dokumen Tien Chau Tien Mou Chih Tu mengandungi idea-idea progresif
yang menarik sokongan ramai. Dasar pembahagian tanah dan hak milik bersama ke atas harta telah menarik sokongan petani-petani
miskin di Selatan China. Selain itu, rancangan pembaharuan Taiping idea-idea progresif lain seperti persamaan seks, serta
penghapusan perbuatan-perbuatan buruk seperti pelacuran, perjudian, menghisap candu, menghisap tembakau dan sebagainya. Idea-
idea tersebut telah menyatupadukan pengikut-pengikut Taiping dalam rancangan mereka untuk membentuk satu susunan ekonomi
baru di negeri China.
Rancangan Pembaharuan
Rancangan pembaharuan Taiping terkandung dalam dokumen Tien Chou Tien Mou chih Tu.天朝田畝制度
1. Politik
Sistem pentadbiran Taiping berdasarkan teks klasik China Chou Li. Pemerintahan tertinggi ialah Maharaja Kesyurgaan bergelar
Tien Wang. Baginda menjadi ketua bagi hal keduniaan dan akhirat. Di bawahnya terdapat 5 orang raja yang menjadi ketua
awam dan tentera. Di bawah mereka terdapat menteri digelar Cheng Hsiang, penyelia Chien Tien, komander – Chih Hui dan
jenaral – Chiang Chun. Semua pengikut Taiping adalah tentera tidak kira lelaki atau wanita. Semasa peperangan, mereka
menjadi tentera dan semasa aman menjadi petani. Walau bagaimanapun, terdapat juga tentera Taiping sepenuh masa. Tentera
Taiping dikawal oleh 62 artikel undang-undang tentera selain daripada peraturan-peraturan yang berkaitan dengan khemah atau
ekspedisi tentera. Unit yang paling kecil dalam pentadbiran Taiping ialah keluarga. 25 keluarga digabungkan di bawah satu
pentadbiran yang dikenali sebagai keluarga 25. Tiap-tiap keluarga 25 akan mempunyai sebuah gereja dan sebuah gudang.
Keluarga 25 akan diketuai seorang pegawai berpangkat Sarjan bergelar Liang Ssi Maa. Beliau menjadi ketua awam dan tentera
serta menjadi guru, hakim dan sebagainya. Peperiksaan awam akan diadakan setahun sekali untuk mengisi jawatan-jawatan
dalam pentadbiran.
2. Ekonomi
Kegiatan ekonomi asas Taiping ialah pertanian. Tanah dibahagikan kepada 9 gred mengikut mutu dan diserahkan kepada setiap
keluarga berdasarkan bilangan ahli. Tanah dibahagikan sama rata dan tidak kira lelaki atau wanita. Mereka yang berumur 16
tahun ke atas mendapat satu bahagian dan yang berumur di bawah 16 tahun mendapat separuh bahagian. Harta menjadi hak
milik bersama dan hak milik persendirian diharamkan. Taiping juga mempunyai sebuah kenderaan yang akan menguruskan
perkahwinan, kelahiran dan kematian. Pengikut-pengikut Taiping juga digalakkan terlibat dalam kegiatan ekonomi lain seperti
pertukangan tangan dan penternakan bagi menambahkan pengeluaran. Wolfgang Franke, Paul H. Cylde dan Burtan F. Beers
menegaskan dasar tanah Taiping hanya dijalankan di wilayah-wilayah tertentu untuk tempoh yang terhad.
3. Sosial
Taiping mengamalkan persamaan taraf di antara lelaki dan wanita. Undang-undang telah dikeluarkan untuk menjatuhkan hukuman
berat ke atas mereka yang memperkosa wanita. Wanita dibenarkan mengambil peperiksaan dan dilantik sebagai pegawai seperti
lelaki. Taiping menghapuskan amalan-amalan tradisional seperti pelacuran dan membungkus kaki. Poligami diharamkan dan Taiping
mengamalkan monogami. Perkahwinan di gereja mengikut adat Barat dijalankan di Taiping juga akan menghapuskan amalan buruk
seperti perjudian, menghisap candu, menghisap tembakau dan sebagainya. Agama Kristian dijadikan agama rasmi Kerajaan Taiping.
Mereka akan memusnahkan tokong-tokong dan patung-patung agama Buddha dan ajaran Tao. Taiping menggunakan kalendar baru
berdasarkan peredaran bulan dan matahari.
Sebab berjaya
1. Rancangan pembaharuan
Rancangan Pemberontakan Taiping yang terkandung dalam dokumen Tien Chou Tien Mou Chih Tu mengandungi idea-idea progresif
yang menarik sokongan ramai. Dasar pembahagian tanah dan hak milik bersama ke atas harta telah menarik sokongan petani-petani
miskin di Selatan China. Selain itu, rancangan pembaharuan Taiping juga mengandungi idea-idea progresif lain seperti persamaan
seks serta menghapuskan perbuatan buruk seperti perjudian, pelacuran, menghisap candu, menghisap tembakau dan sebagainya. Idea-
idea tersebut telah menyatupadukan pengikut-pengikut Taiping dalam rancangan mereka untuk membentuk satu susunan
sosioekonomi baru di negeri China.
2. Kekuatan tentera/ketokohan pemimpin
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light on the History of The Taiping Rebellion” mendakwa bahawa tentera Taiping merupakan
faktor yang menjayakan Pemberontakan Taiping. Bilangan tentera Taiping adalah lebih ramai, teratur, berdisiplin, bersemangat dan
mereka patuh kepada arahan ketuanya. Tentera Taiping dikawal oleh 62 artikel undang-undang tentera selain daripada peraturan-
peraturan yang berkaitan dengan khemah dan ekspedisi tentera. Vincent Y.C. Shih pula dalam bukunya “The Taiping Ideology”
menegaskan ketokohan pemimpin utama Hung Hsiu Chuan dan Yang Hsiu Ching telah mempercepatkan kejayaan Pemberontakan
Taiping. Hung Hsiu Chuan merupakan seorang yang berkebolehan dalam mempengaruhi orang ramai menyertai Pemberontakan
Taiping. Beliau berjaya merangka satu program dan ideology Taiping yang dapat menarik sokongan ramai. Malah beliau dianggap
sebagai keramat yang diutuskan untuk membebaskan orang Cina daripada penderitaan. Yang Hsiu Chuan pula merupakan seorang
panglima tentera yang berkebolehan dalam menyusun strategi peperangan. Beliau berkebolehan dalam mengawal dan mengarahkan
pengikut-pengikutnya. Selain itu, Taiping juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berkebolehan yang lain seperti Li Hsiu Cheng,
Wei Chang Hui, Shih Ta Kai, Hsio Chao Kuei, Hung Jen Fa, Hjng Jen Kao dan sebagainya. Terdapat kerjasama yang erat antara
pemimpin-pemimpin Taiping pada tahap awal pemberontakan. Dewasa itu, tentera Manchu tidak berdisiplin, tidak bersemangat, tidak
teratur dan tidak terdapat kerjasama antara pemimpin-pemimpin Manchu. Semasa berlakunya Pemberontakan Taiping, tentera
Manchu belum lagi pulih daripada kekalahan di tangan British dalam Perang Candu 1839-1842.
263
3. Anti-Manchu
Wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan dasar anti Manchu yang diperjuangkan
telah membolehkan populariti Taiping. Dasar tersebut telah mendapat sokongan orang-orang Cina di Selatan terutamanya penduduk
wilayah Kwangtung, Kwangsi dan Fukien yang sememangnya anti Manchu. Dasar anti Manchu ini juga telah menarik sokongan
kongsi gelap yang selama ini menjalankan gerakan anti Manchu. Akibatnya, banyak kongsi gelap menyertai Taiping. Antaranya ialah
White Lotus Society, Heaven and Earth Society, Big Sword Society, Small Sword Society, Eight Diagrams dan sebagainya.
4. Agama
Tanping memperjuangkan agama Kristian. Perjuangan ini dapat sokongan orang-orang Cina kerana mereka menganggap agama baru
ini akan membawa harapan yang lebih baik kepada kehidupan mereka. Akibatnya, Taiping dapat sokongan ramai orang Cina yang
baru memeluk agama Kristian. Selain itu, pengikut-pengikut Taiping telah diyakinkan bahawa perjuangan menentang Manchu
sebagai peperangan agama.
5. Dasar berkecuali kuasa Barat
Dasar berkecuali kuasa Barat pada tahap awal pemberontakan telah membolehkan Taiping berkembang tanpa menghadapi banyak
halangan kerana Manchu terlalu lemah untuk menghancurkan mereka. Terdapat pedagang-pedagang terutamanya pedagang British
dan Perancis yang memberi bantuan senjata kepada Taiping kerana mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Manchu yang
masih menekan perdagangan asing. Selain itu, Taiping juga dapat sokongan mubaligh-mubaligh kerana Taiping memperjuangkan
agama Kristian.
6. Kawasan Selatan
Kawalan Kerajaan Manchu di kawasan Selatan amat lemah kerana tumpuan mereka ialah di Utara, khususnya di ibu kota Peking.
Menyedari hakikat ini, Hung Hsiu Chuan telah memulakan pemberontakan di kawasan Selatan dan dengan mudah mereka telah
berjaya menawan tempat-tempat tersebut. Antara 1851-1853, mereka berjaya menawan 600 bandar dalam 16 wilayah.
7. Masalah lain
Pada tahun 1840-an dan 1850-an, Kerajaan Manchu telah menghadapi pelbagai masalah seperti bencana alam, Pemberontakan Nien,
Pemberontakan Muslim, masalah ekonomi dan sebagainya. Walaupun Perjanjian Nanking telah ditandatangani, hubungan British dan
China masih runcing sehingga mengakibatkan peperangan pada tahun 1856-1860. Perkembangan ini telah memberi peluang kepada
pengikut-pengikut Taiping untuk meneruskan perjuangan mereka tanpa menghadapi tekanan daripada Kerajaan Manchu.
8. Strategi yang betul
Strategi perjuangan Taiping menjadi faktor penting yang menjayakan perjuangan mereka. Taiping memulakan serangan di kawasan di
mana kawalan Kerajaan Manchu amat lemah. Keadaan ini membolehkan mereka mudah menguasai kawasan-kawasan yang diserang.
Kejayaan mudah ini juga telah menaikkan semangat mereka dan menambahkan keyakinan pemimpin dan pengikut terhadap
perjuangan Taiping.
9. Gudang senjata
Pada tahun 1853, Taiping berjaya menawan gudang senjata tentera Manchu di Wuchow. Kejayaan ini membolehkan mereka
menggunakan senjata-senjata tersebut untuk menentang Manchu.
Sebab gagal
1. Tidak mendapat sokongan sarjana ningrat
Paul H. Clyde dan Burtan F. Beers dalam buku mereka “The Far East” mendakwa kegagalan Taiping berpunca daripada ketiadaan
sokongan golongan sarjana ningrat. Malah wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” dan
Fairbank dalam bukunya “East Asia: Modern Transformation” menegaskan Kerajaan Manchu telah diselamatkan daripada
Pemberontakan Taiping oleh golongan sarjana ningrat. Golongan ini amat berpengaruh dalam masyarakat China tradisional. Mereka
menentang Taiping kerana ideologi Taiping mengandungi konsep Kristian dan juga kerana Taiping menentang birokrasi Confucius
yang dianggap sebagai korup. Selain itu, sistem pentadbiran Taiping mengancam susunan sosial tradisional di mana golongan sarjana
ningrat mempunyai kedudukan yang tinggi dan menikmati pelbagai keistimewaan. Akibatnya, ramai sarjana ningrat menyokong
Kerajaan Manchu untuk menumpaskan Taiping. Antara mereka ialah Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Li
Hung Chang. Tseng Kao Fan telah menubuhkan pasukan tentera moden dan handal di Hunan. Beliau berjaya menawan kawasan
Yangtze tengah termasuk Hupei dan Hanyang daripada Pemberontakan Taiping. Li Hung Chang pula telah menubuhkan pasukan
tentera yang moden dan dilengkapkan dengan senjata Barat di Anhwei. Dengan bantuan orang-orang Barat, beliau berjaya menawan
kawasan Yangtze hilir daripada Taiping. Malah keruntuhan sebenar Kerajaan Taiping berpunca daripada tindakan golongan sarjana
ningrat. Pada 19 Julai 1864, Tseng Kao Chuan telah berjaya menawan Nanking yang merupakan ibu kota dan kubu terakhir Taiping.
Pengganti Hung Hsiu Chuan, iaitu Hung Fu ditawan dan dibunuh.
2. Korupsi politik
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light on the History of The Taiping Rebellion” mendakwa korupsi politik juga merupakan faktor
penting yang menggagalkan perjuangan Taiping. Selepas tertubuhnya Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853, pemimpin-
pemimpin Taiping mula melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ideologi. Mereka menjadi malas, boros, mengamalkan
kehidupan mewah dan melakukan perbuatan maksiat seperti perjudian, menghisap candu, menghisap tembakau, mengambil minuman
keras dan sebagainya. Walaupun poligami diharamkan, tetapi terdapat pemimpin Taiping yang mengamalkannya. Sebagai contoh,
Hung Hsiu Chuan mempunyai 300 orang isteri selain daripada gundik-gundik. Ramai di antara mereka menyimpan gundik dan
menyimpan harta untuk kepentingan diri sedangkan ia bertentangan dengan ideologi. Cara hidup yang sedemikian telah
mengakibatkan kemerosotan pengaruh serta disiplin pemimpin dan menghilangkan keyakinan pengikut terhadap perjuangan Taiping.
3. Kelemahan pemimpin
Vincent Y.C. Shih dalam bukunya “The Taiping Ideology” menegaskan kelemahan pemimpin juga mengakibatkan kegagalan
Taiping. Mereka berkebolehan dalam menyusun strategi peperangan, tetapi mereka tidak berkebolehan dalam pentadbiran. Sebagai
contoh, Hung Hsiu Chuan sendiri gagal dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai sarjana. Akibatnya, selepas tertubuh Kerajaan
Taiping di Nanking pada tahun 1853, pentadbiran yang berkesan tidak dapat dijalankan. Mereka bukan sahaja tidak melaksanakan
rancangan pembaharuan, tetapi juga melakukan kesilapan ketenteraan. Selepas tahun 1856, Taiping telah kehilangan pemimpin-
pemimpin yang berkebolehan seperti Feng Yun Shan, Yang Hsiu Ching, Li Hsiu Cheng, Wei Chang Hui, Hsia Chao Kuei, Lin Feng
264
Hsing, Li Kai Feng, Lo Ta Kang dan sebagainya kerana terbunuh dalam pertempuran dengan Manchu, terbunuh dalam
pertempuran sesama Taiping atau membunuh diri. Tanpa pemimpin-pemimpin yang berkebolehan telah mempercepatkan kehancuran
Kerajaan Taiping. Hung Hsiu Chuan merupakan seorang yang degil dan tidak akan menerima nasihat orang lain. Beliau mengamalkan
nepotisme di mana jawatan-jawatan penting diserahkan kepada kaum keluarganya. Beliau telah melantik saudara-saudaranya menjadi
pemerintah wilayah-wilayah yang ditawan oleh Taiping. Malah beliau telah memecat seorang pemimpin yang berjasa, iaitu Shih Ta
Kai dan digantikan dengan adik-adiknya iaitu Hung Jen Fa dan Hung Jen Kao. Tindakan Hung Hsiu Chuan menyebabkan ramai
pemimpin dan pengikut meninggalkan perjuangan Taiping. Terdapat sebahagian mereka menyebelahi Manchu untuk menentang
Taiping.
4. Sokongan tidak menyeluruh
Wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan Taiping tidak mendapat sokongan yang
menyeluruh dan tidak dianggap sebagai kebangkitan nasional. Taiping hanya dapat sokongan petani-petani miskin di selatan China.
Golongan menengah seperti tuan tanah dan pegawai sarjana tidak menyokong kerana pentadbiran Taiping akan menjejaskan
kepentingan mereka. Walaupun pemberontakan Taiping merupakan kebangkitan orang Cina menentang Manchu, tetapi masih ramai
orang Cina terutamanya penduduk wilayah Utara menyokong Manchu. Malah pegawai-pegawai sarjana yang bertanggungjawab
menumpaskan Taiping seperti Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang adalah terdiri daripada orang
Cina. Franz Micheal dalam bukunya “The Taiping Rebellion: History and Documents” menegaskan Taiping gagal mendapat
sokongan yang menyeluruh dan berterusan daripada petani-petani. Petani-petani hanya menyokong Taiping pada tahap awal
pemberontakan. Mereka kemudiannya menarik balik sokongan apabila mendapati pemimpin-pemimpin Taiping tidak melaksanakan
rancangan pembaharuan, terutamanya pembaharuan ekonomi seperti yang dijanjikan. Petani-petani tidak berpuas hati kerana
kebajikan mereka diabaikan. Perasaan tidak puas hati petani bertambah bila mereka mendapati pemimpin-pemimpin Taiping
mengamalkan kehidupan mewah dan mengumpul harta untuk kepentingan diri sedangkan ia bertentangan dengan ideologi. Akibatnya
ramai petani meninggalkan perjuangan Taiping.
5. Pergelutan sesama Taiping
Pergelutan yang berlaku semasa Taiping juga mengakibatkan kehancuran Kerajaan Taiping. Pendapat ini disokong oleh Vincent Y.C.
Shih dalam bukunya “The Taiping Ideology”. Pergelutan pertama berlaku antara kongsi gelap Small Sword Society dengan Shang Ti
Hui kerana Hung Hsiu Chuan lebih mengutamakan Shang Ti Hui. Akibatnya Small Sword Society meninggalkan Taiping dan
menguasai Shanghai. Pergelutan kedua berlaku antara puak Kwongtung pimpinan Hung Hsiu Chuan dengan puak Kwangsi pimpinan
Yang Hsiu Ching kerana Hung Hsiu Chuan mengutamakan puak Kwangtung. Hung Hsiu Chuan juga bimbang terhadap
perkembangan pengaruh pemimpin lain di Nanking yang dianggap boleh mencabar kekuasaannya. Pada 2 September 1856, beliau
mengarahkan Wei Chang Hui membunuh Yang Hsiu Ching serta pengikut-pengikutnya. Selepas peristiwa tersebut, Wei Chang Hui
pula dibunuh oleh Hung Hsiu Chuan. Pergelutan sesama Taiping telah mengorbankan kira-kira 30 ribu pengikut. Dalam usaha untuk
menghapuskan pengaruh pimpinan lain di Nanking, Hung Hsiu Chuan mengarahkan Lin Feng Hsing dan Li Kai Feng menyerang
Peking dan Lo Ta Kang menyerang Barat China. Akibatnya, ketiga-tiga pemimpin tersebut terbunuh dalam pertempuran dengan
tentera Manchu. Tanpa perpaduan yang erat antara pemimpin-pemimpin Taiping seperti pada tahap awal pemberontakan telah
mempercepatkan kehancuran Taiping.
6. Sokongan Barat
Pada tahap awal pemberontakan, pihak Barat menyokong Taiping. Mereka kemudiannya menarik balik sokongan selepas tertubuh
Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853. pedagang-pedagang menarik balik sokongan kerana pentadbiran Taiping menjejaskan
kegiatan perdagangan mereka di China. Mubaligh-mubaligh menarik balik sokongan kerana Kristian yang diperjuangkan oleh Taiping
bertentangan dengan ajaran Kristian yang sebenarnya. Terdapat pedagang-pedagang Barat terutamanya pedagang British dan Perancis
memberi bantuan kepada Manchu untuk menumpaskan Taiping. Malah kuasa-kuasa Barat tetapi menubuhkan tentera upahan yang
terdiri daripada orang Cina dikenali sebagai “Ever Victoriuos Army” untuk menentang Taiping. Tentera ini dipimpin oleh Frederick
T. Ward dan sejak 21 November 1862, pimpinan oleh Charles George Gordon. “Ever Victorious Army” bertanggungjawab
menumpaskan Taiping di Shanghai, Soochow, Ningpo dan Chekiang.
7. Kelemahan tentera
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light on the History of the Taiping Rebellion” mendakwa kelemahan tentera juga mengakibatkan
kegagalan Taiping. Tentera Taiping yang terdiri daripada petani-petani bukan sahaja tidak terlatih, tetapi juga menggunakan senjata-
senjata kuno seperti pedang, lembing dan panah. Menjelang tahun 1860-an, tentera Manchu lebih terlatih serta menggunakan senjata-
senjata moden bantuan Barat. Selepas tahun 1856, terdapat kemerosotan disiplin serta semangat tentera Taiping akibat perkembangan
yang berlaku dalam pergerakan tersebut.
8. Ideologi kabur
Ideologi Taiping terlalu kabur bukan sahaja kepada pengikut tetapi juga kepada pemimpin. Ideologi Taiping yang merupakan
campuran ajaran Kristian dengan kepercayaan orang Cina sukar difahami. Malah tindakan mencampuradukkan ajaran Kristian dengan
kepercayaan Cia dianggap sebagai percubaan untuk menghancurkan Tamadun China.
9. Masalah lain
Menjelang tahun 1860-an, beberapa masalah yang dihadapi oleh Manchu telah berjaya diselesaikan. Masalah hubungan yang runcing
dengan kuasa-kuasa Barat telah ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Tientsin (26 Jun 1858) dan Perjanjian Peking pada 24
Oktober 1860. Keadaan ini membolehkan Manchu menumpukan sepenuh perhatian untuk menumpaskan Taiping.
10. Kesilapan strategi
Kesilapan strategi juga mengakibatkan kegagalan Taiping. Pada tahap awal Pemberontakan Taiping, Taiping begitu mudah
menumpaskan tentara Manchu. Akibatnya mereka beranggapan tentera Manchu terlalu lemah. Anggapan ini semakin mereka yakini
kerana antara 1851-1853, mereka berjaya menawan 600 bandar dalam 16 wilayah. Akibat anggapan ini, mereka tidak berusaha untuk
mengukuhkan pertahanan wilayah-wilayah yang ditawan. Keadaan ini membolehkan Manchu kemudiannya menawan semula
wilayah-wilayah ersebut satu per satu. Tindakan Hung Hsiu Chuan membiarkan Small Sword Society yang keluar dari Taiping
menguasai Shanghai dianggap sebagai satu kesilapan. Shanghai kemudiannya digunakan oleh Manchu dan pihak Barat sebagai
pangkalan untuk menyerang Taiping di Nanking. Tindakan Hung Hsiu Chuan tidak meneruskan serangan ke Utara dan menawan ibu
265
kota Peking dianggap sebagai kesilapan strategi. Kejayaan Taiping menawan kawasan Selatan dan menubuhkan kerajaan di
Nanking tidak banyak menjejaskan pentadbiran Manchu yang berpusat di Peking. Pihak Manchu kemudiannya menyusun strategi dan
menawan kembali wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Taiping.
11. Kemusnahan
Kemusnahan yang dilakukan oleh Taiping bukan sahaja tidak dapat sokongan Barat tetapi juga orang Cina. Taiping dianggap lebih
banyak membawa penderitaan daripada kebajikan. Akibatnya ramai orang Cina menyokong Manchu untuk menumpaskan Taiping.
12. Rancangan pembaharuan
Sejak tahun 1861, Kerajaan Manchu di bawah Maharaja Tung Chih melaksanakan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan
Memperkuatkan Diri dengan bantuan orang-orang Barat. Di antara tokoh yang menjayakan rancangan pembaharuan ini ialah Li Hung
Chang, Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Putera Kung. Rancangan pembaharuan ini merangkumi bidang
politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Dari segi politik, China menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengadakan hubungan
diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat. Dalam bidang ekonomi, banyak kilang telah didirikan. Dalam bidang sosial, pelajaran Barat
diperkenalkan dan terdapat rakyat China yang dihantar melanjutkan pelajaran di seberang laut. Dalam bidang ketenteraan, tentera
China dilatih mengikut teknik Barat dan menggunakan senjata-senjata moden. Rancangan pembaharuan ini dianggap akan memberi
banyak kebaikan kepada orang-orang Cina. Akibatnya mereka menyokong Manchu untuk menumpaskan Taiping supaya rancangan
pembaharuan akan dijalankan tanpa gangguan.
13. Kematian Hung Hsiu Chuan
Kematian Hung Hsiu Chuan kerana membunuh diri pada 1 Jun 1864 telah menyebabkan Taiping kehilangan pemimpin agung.
Puteranya Hung Fa yang dilantik sebagai Maharaja baru merupakan pemerintah yang lemah dan tidak dapat menjalankan pentadbiran
dengan berkesan. Pada 19 Julai 1864, beliau ditangkap dan dibunuh.
Kesan-kesan
1. Kemusnahan harta benda dan nyawa
Pemberontakan Taiping telah mengakibatkan kemusnahan banyak harta benda dan nyawa. Ahli-ahli sejarah telah menganggarkan
sebanyak 20 juta hingga 40 juta orang yang terkorban dalam tempoh pemberontakan selama 11 tahun.
2. Jenayah
Pemberontakan Taiping juga menimbulkan kesulitan ekonomi disebabkan berlakunya kemusnahan tanaman. Akibatnya, kehidupan
rakyat China semakin terhimpit menyebabkan mereka terlibat dalam kongsi gelap serta melakukan pelbagai jenayah seperti
merompak, mencuri, memeras ugut dan sebagainya.
3. Tempat bersejarah
Banyak tempat bersejarah juga musnah dalam Pemberontakan Taiping. Antaranya ialah Pagoda Tembikar yang mempunyai
ketinggian sebanyak 260 kaki yang berada di Nanking, perpustakaan-perpustakaan, rumah-rumah ibadat dan sebagainya. Pemusnahan
tersebut telah menyebabkan pihak China kehilangan banyak benda yang berharga terutamanya buku-buku dan karya yang bernilai.
4. Penghijrahan
Selepas Pemberontakan Taiping, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara. Penghijrahan
rakyat China semakin hebat apabila British menjalankan perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara.
Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri
daripada penderitaan di negeri China. Bekas-bekas pengikut Taiping pula berhijrah ke seberang laut untuk melarikan hukuman
Kerajaan Manchu.
5. Perasaan anti asing
Pemberontakan Taiping telah menambahkan perasaan anti asing di kalangan rakyat China. Mereka telah menjalankan kegiatan
menentang kegiatan orang Barat serta pengaruh mereka di China. Misalnya pada 21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-
kanak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 orang rahib. Pada tahun 1875, Raymond Margary serta
5 orang China yang menjadi pengikutnya telah dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Burma ke
China.
6. Penglibatan orang Barat
Sejak tahun 1861, ramai orang Barat terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran orang China. Mereka dilantik untuk membantu China
memodenkan pentadbiran mengikut sistem pentadbiran Barat. Semasa perlaksanaan “Gerakan Memperkuatkan Diri” pihak China
telah mengambil ramai pegawai Barat untuk memodenkan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Antara mereka ialah Robert
Hart, Horatio N. Lay dan W.A.P. Martin.
7. Pemberontakan lain
Pemberontakan Taiping turut mempengaruhi kepada berlakunya pemberontakan-pemberontakan lain di China. Misalnya
Pemberontakan Nien 1853-1868, Pemberontakan Muslim 1855-1872 dan Revolusi 1911 yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen untuk
menggulingkan Kerajaan Manchu. Karl Marx telah menganggap pemberontakan ini sebagai kebangkitan rakyat yang tertindas
menentang Kerajaan Manchu yang kejam. Mao Tze Tung pula menggunakan strategi Pemberontakan Taiping untuk menjayakan
perjuangan Parti Komunis China (PKC).
8. Komunis primitif
Ahli-ahli sejarah menganggap Pemberontakan Taiping sebagai permulaan komunis yang berbentuk primitif. Pendapat ini disebabkan
terdapat persamaan antara perjuangan Taiping dengan komunisme. Misalnya dari segi strategi peperangan, mereka memulakan usaha
penawanan wilayah dengan menguasai kawasan di mana kawalan kerajaan pusat adalah lemah. Dari segi struktur sosial pula mereka
mengamalkan dasar hak milik bersama dalam soal harta serta mengharamkan hak milik persendirian.
9. Orang Cina
Kesan daripada Pemberontakan Taiping, Kerajaan Manchu mula memberi perhatian kepada orang Cina di mana mereka diberi
peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan-jawatan dalam pentadbiran. Tindakan Manchu bukan sahaja ingin mengenang jasa
orang China kerana membentu menumpaskan Pemberontakan Taiping, malah juga bertujuan untuk mengelakkan kebangkitan Cina
bagi menggulingkan Manchu. Akibatnya, bilangan orang Cina yang memegang jawatan pentadbiran bertambah. Misalnya, antara
1861-1894, seramai 34 orang Cina dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan 104 orang sebagai Gabenor.
266
10. Kemerosotan ekonomi
Pemberontakan Taiping juga menjejaskan ekonomi China. Dalam menghadapi pemberontakan, China terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang banyak. Selain itu, pihak China juga kehilangan hasil cukai kerana tidak dapat memungut cukai di wilayah-wilayah
Selatan yang dikuasai oleh Taiping selama 11 tahun. Kemusnahan tanaman akibat daripada pemberontakan telah menjejaskan lagi
ekonomi China.
11. Pemimpin wilayah
Selepas Pemberontakan Taiping, pengaruh pemimpin wilayah mulai menonjol. Golongan ini memainkan peranan yang amat penting
dalam usaha menumpaskan Taiping. Antara mereka ialah Tso Tsung Tang, Tseng Kao Fan, Li Hung Chang dan Tseng Kao Chuan.
Bagi mengenang jasa mereka, pihak Manchu telah mengiktiraf kuasa mereka. Berikutan dengan itu, pengaruh mereka bertambah
kukuh. Keturunan golongan ini kemudiannya menjadi hulubalang dalam Zaman hulubalang 1916-1927.
12. Kelemahan Manchu
Berlakunya Pemberontakan Taiping juga mendedahkan kelemahan Manchu. Buktinya Manchu gagal mematahkan Pemberontakan
Taiping menyebabkan pengikut-pengikut Taiping berjaya menawan banyak tempat di wilayah Selatan dan seterusnya menubuhkan
Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853. Kerajaan Taiping kekal selama 11 tahun dan hanya ditumpaskan pada tahun 1864.
Kerajaan Manchu hanya berjaya menumpaskan Kerajaan Taiping selepas mendapat bantuan daripada pegawai wilayah seperti Tseng
Kao Fan dan Li Hung Chang serta bantuan dari pihak Barat. Hal ini jelas menunjukkan Kerajaan Manchu tidak akan mampu
menghadapi Taiping secara penderitaan.
1
Gerakan Memperkuatkan Diri (GMD), 1861-1894
Pengenalan
Pada penghujung abad ke-19, terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Manchu. Buktinya, China begitu mudah dikalahkan
oleh British dalam Perang Candu 1839-1842. Kerajaan Manchu juga tidak dapat memadamkan Pemberontakan Taiping kecuali
selepas mendapat bantuan Barat. Kelemahan ini menyedarkan pemimpin-pemimpin China untuk melaksanakan satu rancangan bagi
memoden dan menguatkan China. Akibatnya terlaksana rancangan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan Memperkuatkan Diri
(GMD) atau Restorasi Tong Chih. Sejak tahun 1861, pengasas GMD ialah Feng Kuei Fen, seorang sarjana dari Soo Chow. Beliau
menegaskan kelemahan China berpunca daripada kejahilan terhadap dunia luar dan teknologi Barat. Beliau mencadangkan China
memperolehi dan menggunakan ilmu-ilmu Barat bagi memodenkan dan menguatkan China. Pemimpin GMD terdiri daripada Feng
Kuei Fen, Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Li Hung Chang, Cheng Chih Tong, Putera Kung dan sebagainya.
Rancangan pembaharuan
Rancangan pembaharuan GMD merangkumi politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan.
1. Politik
Sejak tahun 1861, China menamatkan dasar isolasi dan mengamalkan dasar buka pintu. Seterusnya China mengadakan hubungan dengan
kuasa-kuasa Barat. Dalam usaha untuk menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, sebuah institusi yang dikenali sebagai Tsungli
Yamen telah ditubuhkan pada 11 Mac 1861. Tsungli Yamen dikatakan diletakkan di bawah Grand Council/Majlis Tertinggi yang diketuai
oleh Putera Kung dan bertindak sebagai pejabat hal-ehwal luar. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara
mereka ialah Anson Burlingame (Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866
dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah. Pada tahun 1868, dengan bantuan
Anson Bulingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh Chih Kong dan Sun Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini kemudiannya
melawat negara-negara Eropah seperti England, Perancis, Jerman, Holand, Sweden, Denmark, Rusia dan Sepanyol. Sejak tahun 1877, duta
China mula ditempatkan di negara-negara asing. Menjelang tahun 1879, sudah terdapat duta China di England (1877), Jerman (1877),
Perancis (1878), Amerika (1878), Rusia (1879) dan Sepanyol (1879). Bagi menjayakan GMD, China telah menggunakan khidmat pegawai
Barat. Antara mereka ialah Robert Hart, W.A.P. Martin dan Horatio N. Lay. Kerajaan Manchu juga mula memberi peluang kepada orang-
orang Cina untuk memegang jawatan-jawatan penting yang selama ini dikuasai oleh orang Manchu. Buktinya antara tahun 1861-1894, 34
orang Cina dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan 104 orang sebagai Gabenor. Wanita juga diberi peluang menduduki peperiksaan dan dilantik
sebagai pegawai sekiranya berkebolehan. Dalam menjayakan GMD, Kerajaan Manchu menggunakan khidmat golongan intelek Cina
sedangkan sebelum ini golongan ini sentiasa dicurigai oleh Manchu.
2. Ekonomi
Li Hung Chang menegaskan kelemahan China disebabkan oleh ekonomi. Begitu juga kekuatan Barat bukan kerana kekuatan tentera tetapi
ialah ekonomi. Bagi memulihkan kekuatan China, kekuatan ekonomi perlu dipulihkan. Berdasarkan ini, beberapa program ekonomi telah
dilaksanakan di bawah formula “Penyeliaan Kerajaan dan Pengelolaan Saudagar”. Di bawah formula ini, kegiatan ekonomi dijalankan oleh
saudagar-saudagar dan diawasi oleh kerajaan.
a. Pertanian
Program ekonomi GMD menitikberatkan sektor pertanian yang merupakan tulang belakang ekonomi tradisional China. Beberapa langkah
untuk memajukan pertanian telah dijalankan. Kerajaan China melaksanakan pembahagian tanah kepada petani-petani miskin yang tidak
mempunyai tanah. Orang-orang Cina digalakkan mengusahakan tanah terbiar akibat Pemberontakan Taiping. Cukai pertanian dikurangkan
dan bantuan seperti benih dan baja diberikan. Lebih banyak tali air dibina untuk kepentingan pertanian. Rakyat Cina juga digalakkan
membuka tanah baru untuk pertanian. Langkah-langkah yang dijalankan telah menambahkan kawasan tanaman dan meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian.
1
Self-strengthening movement
267
b. Perlombongan
Pada tahun 1876, Li Hung Chang telah membuka lombong arang batu di Kaiping dan Syarikat Perlombongan Kaiping telah ditubuhkan pada
tahun 1883. Pada tahun 1890, Chang Chih Tung telah membuka lombong arang batu dan besi “Tayeh” di Han He Ping dalam wilayah Hupei.
c. Perkilangan
Di bawah program ekonomi GMD, beberapa kilang telah didirikan. Pada tahun 1878, Tso Tsung Tang telah mendirikan kilang kain bulu di
Luchow. Pada tahun 1878 juga, Li Hung Chang telah mendirikan kilang kain di Canton dan Shanghai. Chang Chih Tung telah mendirikan
kilang kain di Wucang pada tahun 1891 dan sebuah lagi pada tahun 1894. Pada tahun 1891, Li Hung Chang mendirikan kilang kapas dan
kertas di Shanghai dan kilang simen di Kaiping. Pada tahun 1890-an, kilang duit telah didirikan di Canton, Shanghai, Nanking dan Tientsin.
d. Sistem perhubungan
Untuk kepentingan ekonomi, sistem perhubungan dan pengangkutan dimajukan. Pada tahun 1871, Imperial Telegraph Administration telah
ditubuhkan untuk membina kabel telegraf menghubungkan bandar-bandar penting di China. Kabel telegraf yang pertama dibina pada 1881
untuk menghubungkan Shanghai dengan Tientsin. Dalam tempoh 2 dekad syarikat ini berjaya membina 22400 km kebel telegraf
menghubungkan bandar-bandar penting China. Pada tahun 1872, Syarikat Perkapalan China yang pertama ditubuhkan dikenali sebagai China
Merchants Steam Navigation Company. Tujuannya ialah untuk melibatkan diri dalam bidang pengangkuta dan memecahkan monopoli British
dalam pengangkutan di China. Menjelang tahun 1877, syarikat ini berjaya membeli beberapa buah kapal daripada syarikat perkapalan Eropah
yang terkenal iaitu Russels & Company. Pada tahun 1876, jalan keretapi yang pertama dibina untuk menghubungkan Shanghai dengan
Wusung. Pada tahun 1888, dibina jalan keretapi yang menghubungkan Tientsin dengan Kaiping seterusnya jalan keretapi ini disambungkan
ke Shanhaikuan dan ke pinggir Peking pada tahun 1896. Fairbank dalam bukunya “East Asia: Modern Transformation” menegaskan
Kerajaan Manchu tidak menitikberatkan pembinaan jalan keretapi.
e. Cukai
Dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi, beberapa cukai diperkenalkan. Salah satu cukai yang penting ialah Cukai Larkin iaitu cukai
yang dikenakan ke atas keluarga dan ke atas barang-barang yang belum dipasarkan. Cukai yang tinggi juga dikenakan ke atas perdagangan.
f. Jabatan Kastam Laut
Disebabkan China mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas dan pelabuhan yang banyak, maka Jabatan Kastam Laut telah ditubuhkan
pada tahun 1862 bagi menguruskan kutipan cukai eksport dan import. Bagi menjayakan jabatan ini, China telah menggunakan khidmat
pegawai Barat seperti Robert Hart dan Horatio N. Lay.
3. Sosial
Dari segi sosial, China mula bertolak ansur mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan adat. Orang asing tidak dipaksa mematuhi adat
Kowtou. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara mereka sendiri. Langkah ini diambil kerana Maharaja Tung Chih
menyedari masalah Kowtou yang menimbulkan keruncingan antara hubungan China dengan British.
Sistem pelajaran China disusun semula dengan kemasukan mata pelajaran Barat seperti sains, matematik, geografi dan sebagainya. Buku-
buku dan guru-guru dibawa dari Barat. Sejak tahun 1872, pelajar China mula dihantar melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Antara tahun
1872-1881, 30 orang dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Dalam tempoh tersebut, 120 orang dihantar ke Amerika dan pada tahun 1876,
30 orang dihantar ke British dan Perancis.
Kerajaan China juga mnenggunakan rakyatnya mempelajari bahasa asing untuk mengetahui hal ehwal luar. Untuk mencapai matlamat
ini, beberapa maktab bahasa didirikan. Antaranya ialah Maktab Bahasa di Peking yang dikenali sebagai “Tung Wen Kuan” (1862),
Shanghai (1863), Canton (1864) dan Foochow (1866). Sejak tahun 1866, kurikulum Maktab Bahasa telah disusun semula dengan
memasukkan mata pelajaran lain selain dari bahasa. Sejak tahun 1866 juga, ditubuhkan maktab yang kemudiannya menjadi universiti
seperti Universiti Che Foo dan Universiti Wu Chang.
Perkhidmatan pos dimulai pada tahun 1881 di bandar-bandar besar seperti Canton, Shanghai, Nanking dan Tientsin.
4. Ketenteraan
Li Hung Chang menegaskan kelemahan tentera China berpunca daripada kekurangan latihan dan senjata moden. Bagi memulihkan
kekuatan tentera China, beberapa program telah dilaksanakan. Pakar-pakar dan jurulatih-jurulatih tentera dari Barat telah diambil
untuk melatih tentera China dan menyusun semula sistem ketenteraan China berdasarkan sistem ketenteraan Barat. Senjata-senjata
juga diimport dari Barat. Sejak tahun 1872, pegawai-pegawai tentera telah dihantar menjalani latihan di Barat. Sebagai contoh, pada
tahun 1876, pelatih-pelatih limbungan kapal Foochow telah dihantar menjalani latihan di Britain dan Perancis. Oleh sebab China
mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas, maka pertahanan laut amat penting bagi China. Pada tahun 1866, angkatan laut
China yang pertama ditubuhkan dikenali sebagai Armada Foochow. Menjelang tahun 1883, terdapat 3 lagi angkatan laut iaitu Armada
Nanyang 17 kapal, Armada Peiyang 15 kapal, dan Armada Hokkien 11 kapal. Untuk membina dan membaiki kapal angkatan laut,
limbungan kapal telah didirikan di Foochow pada tahun 1866. Antara tahun 1867-1874, limbungan kapal ini berjaya menghasilkan 15
buah kapal angkatan laut China. Bagi melengkapkan tentera China dengan senjata-senjata moden, kilang senjata mula didirikan sejak
tahun 1861. Antaranya ialah kilang senjata di Anking (1861), Shanghai (1862), Canton (1864), kiangnan (1865), Foo Chow (1866),
Nanking (1867) dan Tientsin (1867). Kilang senjata terbesar dibina oleh Tseng Kao Fan dan Li Hung Chang pada tahun 1865. Kilang
senjata tersebut mempunyai 32 bangunan dan mampu menghasilkan 454 kg serbuk letup sehari. Kilang senjata tersebut juga
menghasilkan 8 buah kapal perang. Kilang senjata kedua terbesar dibina oleh Tso Tsung Tang di Foochow pada tahun 1866. Kubu
China berdasarkan teknik Barat telah dibina di Taku dekat Tientsin pada tahun 1867. Bagi melatih tentera China, Maktab Tentera
telah didirikan di Tientsin (1880), Whampao (1880) dan Nanking (1890).
Batasan-batasan
1. Kekurangan tenaga mahir
Oleh sebab China kekurangan tenaga mahir mereka terpaksa bergantung kepada orang Barat bagi menjayakan GMD, lebih-lebih lagi
rancangan pembaharuan tersebut berdasarkan idea Barat. Sekiranya hubungan antara China dengan kuasa-kuasa Barat berada dalam keadaan
268
yang baik, China tidak menghadapi masalah untuk dapat bantuan Barat. Sebaliknya, jika perhubungan antara mereka runcing, sudah
tentu menjejaskan perlaksanaan GMD. Sebagai contoh, pada tahun 1883, hubungan antara China dengan Perancis Runcing kerana masalah
Annam. Akibatnya dalam pertempuran antara China dengan Perancis pada tahun 1883-1884, Armada Hokkien yang dilatih oleh Perancis
telah dihancurkan oleh Perancis, kerana kekurangan tenaga mahir juga hasil-hasil keluaran China bermutu rendah. Contohnya kapal-kapal
yang dihasilkan oleh limbungan kapal Foochow tidak setanding dengan kapal-kapal Barat atau Jepun.
2. Pemimpin wilayah
Perlaksanaan rancangan pembaharuan GMD dianggap sebagai tanggungjawab pemimpin wilayah. Kerajaan pusat tidak mengambil inisiatif
untuk merancang dan menyelaraskan perlaksanaan rancangan tersebut. Perlaksanaannya diserahkan kepada kebijaksanaan serta budi bicara
pemimpin wilayah. Akibatnya, pemimpin wilayah melaksanakan rancangan itu tanpa arahan dan pimpinan kerajaan pusat. Selain itu,
rancangan itu hanya dijalankan di wilayah-wilayah tertentu dan bukannya di seluruh China.
3. Tiada kerjasama
Perlaksanaan rancangan pembaharuan juga dianggap sebagai tanggungjawab wilayah berkenaan dan tidak ada kena-mengena dengan
wilayah-wilayah lain. Akibatnya tidak wujud kerjasama antara wilayah dalam perlaksanaan GMD. Malah setiap masalah yang timbul
dianggap sebagai masalah wilayah berkenaan dan tidak akan dapat bantuan wilayah-wilayah lain. Sebagai contoh, pertempuran antara
Armada Hokkien dengan Perancis pada tahun 1883-1884 dianggap sebagai masalah Armada Hokkien. Akibatnya, Armada Hokkien tidak
dapat bantuan armada lain. Begitu juga dengan semasa pertempuran antara Armada Peiyang dengan Jepun pada tahun 1894-1895. Armada
Peiyang tidak dapat bantuan armada lain.
4. Tiada mendapat sokongan Kerajaan Manchu
Rancangan pembaharuan GMD tidak dapat sokongan yang menyeluruh daripada pegawai Manchu. Majoriti pegawai tidak memahami
rancangan pembaharuan yang berdasarkan idea Barat yang hendak dilaksanakan di China. Terdapat juga pegawai yang memahami tetapi
tidak yakin ianya dapat dilaksanakan di negeri China. Pegawai-pegawai Manchu masih lagi dikongkong oleh adat resam tradisional dan
ajaran Confucius. Mereka bukan sahaja tidak memahami rancangan pembaharuan, tetapi juga tidak menghargainya, mereka bukan sahaja
tidak cekap tetapi juga korup. Usaha-usaha untuk melaksanakan rancangan itu tidak dititikberatkan kerana mereka masih mengutamakan
kepentingan peribadi.
5. Tentangan golongan konservatif
Rancangan pembaharuan telah dapat tentangan golongan konservatif daripada orang-orang Manchu terutama selepas hilangnya pengaruh
Putera Kung sejak tahun 1875. Golongan Konservatif di bawah Maharani Dowager Tzu Hsi amat berpengaruh sejak tahun 1875. Mereka
menentang GMD kerana menganggap rancangan itu hanya menguntungkan orang Cina dan bukannya orang Manchu. Kebimbangan mereka
bertambah kerana majoriti golongan reformis terdiri daripada orang Cina kecuali Putera Kung. Mereka juga mendakwa rancangan
pembaharuan bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Manchu. Selain itu, mereka menganggap tindakan meniru idea Barat boleh menjatuhkan
maruah serta menhancurkan Tamadun China. Mereka telah mempengaruhi orang ramai supaya menentang rancangan itu contohnya mereka
telah mempengaruhi ibu bapa supaya tidak menghantar anak ke seberang laut kerana bimbangkan pengaruh Barat terutamanya agama
Kristian. Akibatnya usaha menghantar pelajar China ke seberang laut terjejas selepas tahun 1881.
6. Kelemahan Kerajaan Manchu
Kelemahan Kerajaan Manchu juga mengakibatkan kegagalan GMD. Kerajaan Manchu gagal melahirkan pemimpin yang berkebolehan, cekap
dan dinamik dalam melaksanakan rancangan pembaharuan. Kerajaan Manchu tidak merancang dan menyelaraskan perlaksanaan rancangan
itu. Tanggungjawab melaksanakan rancangan pembaharuan diserahkan kepada pemimpin-pemimpin wilayah. Kerajaan Manchu hanya
berminat untuk meniru sains dan teknologi Barat bagi memodenkan negeri China. Mereka tidak berminat untuk mengadakan perubahan yang
radikal atau menyusun semula masyarakat serta institusi China. Kegagalan menggunakan nilai-nilai dan institusi Barat juga menggagalkan
GMD. Paul A. Conen dalam bukunya “Ching China: Confrontation with the West 1850-1900” menegaskan kegagalan GMD berpunca
daripada “refusal of Chinese reformers to see the relevance of modernization to what their eyes were essentially traditional problems.”
7. Penyelewengan
Sejak golongan konservatif berpengaruh dalam istana Manchu, pelbagai penyelewengan telah berlaku dalam perlaksanaan GMD. Peruntukan
telah disalahgunakan untuk kepentingan lain. Sebagai contoh, peruntukan untuk memodenkan angkatan laut telah digunakan oleh Maharani
Dowager untuk membina semula “Istana Musim Panas” yang musnah semasa Perang Arrow 1856-1860. Penyelewengan yang berlaku sudah
tentu menjejaskan perlaksanaan GMD.
8. Peruntukan
GMD memerlukan peruntukan yang banyak. Dewasa itu, China menghadapi masalah ekonomi akibat perbelanjaan peperangan, bayaran ganti
rugi, pemberontakan, bencana alam dan sebagainya. Kekurangan peruntukan telah menjejaskan perlaksanaan GMD.
9. Imperialisme asing
Kemasukan Barat dan Jepun telah menjejaskan perlaksanaan GMD. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk
menghadapi perbelanjaan perang dan bayaran ganti rugi. Kemasukan asing juga menyebabkan China tidak dapat menumpukan
sepenuh perhatian dalam melaksanakan GMD. Syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah telah menyebabkan industri tempatan tidak
dapat dilindungi daripada saingan asing. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Dasar imperialisme asing juga
menjejaskan lagi perlaksanaan GMD. Pada tahun 1874, Jepun menyerang dan menguasai Formosa (Taiwan). Pada tahun 1881, Rusia
menguasai Ili di Sinkiang. Pada tahun 1884, Perancis menduduki Annam. Pada tahun 1895, Jepun menduduki Korea. Peperangan
China-Jepun 1894-1895 menandakan akhirnya rancangan pembaharuan GMD.
Sebab-sebab
1. Kelemahan China
Pada abad ke-19, China melalui zaman kelemahan sama ada dalam politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Walaupun rancangan
pembaharuan Gerakan Memperkuatkan Diri dilaksanakan sejak 1861, tetapi Kerajaan Manchu gagal mewujudkan pentadbiran yang berkesan.
Keadaan ini berlaku kerana gerakan ini tidak mendapat sokongan yang menyeluruh. Majoriti orang Cina bersikap anti asing dan mereka
menentang rancangan pembaharuan yang berdasarkan idea Barat. Mereka menganggap idea Barat terlalu asing kepada mereka. Mereka masih
mengagungkan peradaban China dan menganggap tindakan meniru Barat sebagai satu penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah serta
menghancurkan Tamadun China. Dalam bidang pentadbiran, pegawai-pegawai Manchu masih lagi mengamalakn rasuah serta penyelewengan
sehingga menyebabkan wujudnya ketidakcekapan dalam pentadbiran. Dalam ketenteraan kelemahan China ternyata apabila mereka
dikalahkan dalam Perang Candu 1839-1842 dan Perang Arrow 1856-1860. China juga tidak dapat memadamkan Pemberontakan Taiping
kecuali selepas mendapat sokongan dan bantuan Barat. Kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895 membuktikan lagi kelemahan
China. Keadaan ini menyedarkan pemimpin China untuk melaksanakan satu rancangan pembaharuan bagi memulihkan China dari segi
politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan.
2. Imperialisme Barat
Kelemahan China telah memperhebatkan imperialisme Barat di China. Kuasa-kuasa Barat telah menekan China untuk menuntut pelbagai
keistimewaan sehingga ahli-ahli sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan secara sesama kuasa
Barat dan Jepun. Sebagai contoh, Rusia menduduki Semenanjung Liaotung 1896, Jerman menduduki Teluk Kiaochow 1897, British
menduduki Wei Hai Wei 1898 dan Perancis menduduki Teluk Kwangchou 1898. Kuasa-kuasa Barat juga telah menuntut keistimewaan lain
selain dari wilayah. Sebagai contoh, mereka telah mendesak China membenarkan mereka membina jalan keretapi di China. British menuntut
kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batu dan Perancis 420 batu, Rusia 1530 batu serta Belgium 650 batu. Keadaan ini
menyedarkan pemimpin China untuk melaksanakan pembaharuan bagi memulihkan China supaya China mampu menghadapi imperialisme
Barat dan Jepun.
3. Kemunculan golongan reformis
Pada akhir abad ke-19, muncul golongan reformis yang menyedari betapa perlunya pembaharuan dilaksanakan di China. Kegagalan Gerakan
Memperkuatkan Diri mendorong mereka untuk merangka satu lagi rancangan pembaharuan yang lebih berkesan dalam usaha untuk
memulihkan China. Mereka menegaskan Islah 1898 bertujuan untuk menyusun semula institusi politik dan sosial China berdasarkan model
Barat bagi memulihkan negeri China. Kang Yu Wei menegaskan perubahan yang radikal perlu dijalankan bagi menguat dan memodenkan
negeri China. Golongan reformis telah mengadakan ceramah di merata tempat dengan tujuan untuk menyedarkan orang ramai betapa
perlunya pembaharuan berdasarkan idea Barat dilaksanakan di negeri China. Mereka telah menubuhkan persatuan dalam usaha untuk
menjayakan rancangan mereka. Sebagai contoh, “Society For The Study of The Self Strengthening”. Pelbagai kegiatan telah diadakan seperti
ceramah, menterjemah buku-buku Jepun dan Barat, mendirikan perpustakaan dan sebagainya. Islah 1898 dipimpin oleh Kang Yu Wei dan
dibantu oleh reformis lain seperti Liang Chih Chao, Weng Tung Ho, Kang Kuan Jen, Wong Kang Nien, Tau Ssu Tung, Huang Tsun Hsien,
Kuo Sung Tao, Yau Shen Shin dan lain-lain. Cadangan-cadangan pembaharuan juga telah dimuatkan ke dalam akhbar terutamanya akhbar
“Wang Kuo Kung Pao” yang dimiliki oleh Liang Chih Chao.
4. Pengaruh Barat
Sejak tahun 1840-an, beberapa buah pelabuhan China telah dibuka kepada perdagangan asing. Mengikut Perjanjian Nanking 29 Ogos 1842, 5
buah pelabuhan telah dibuka kepada perdagangan asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Mengikut Perjanjian Tientsin
28 Jun 1858, 11 pelabuhan telah dibuka kepada perdagangan asing iaitu Newchwang, Tungchow, Cheefoo, Chinkiang, Nanking, Hankow,
Kiukiang, Tanshui, Swatow, Kiungchow dan Tainan. Mengikut Perjanjian Peking 24 Oktober 1860, Tientsin dibuka kepada perdagangan
asing dan mengikut Perjanjian Shimonoseki 17 April 1875, 4 buah pelabuhan iaitu Shansi, Chungking, Soochow dan Hangchow dibuka
kepada pedagang asing. Pembukaan pelabuhan China telah membawa kepada kemasukan pengaruh Barat terutamanya di pelabuhan
perjanjian. Terdapat sebahagian daripada orang Cina yang telah terpengaruh dengan idea Barat dan mahukan ianya dilaksanakan di negeri
China. Sebelum itu, orang-orang China terdedah kepada idea-idea Barat semasa perlaksanaan Gerakan Memperkuatkan Diri sejak tahun
1861.
273
5. Sokongan Maharaja
Sokongan Maharaja juga penting membawa kepada perlaksanaan Islah 1898. Maharaja Kuang Hsu terpengaruh dengan rancangan
pembaharuan Kang Yu Wei dan mahukan ianya dilaksanakan di negeri China. Untuk menjamin perlaksanaannya, cadangan-cadangan
pembaharuan telah dikeluarkan sebagai perintah diraja atau dikri.
6. Kejayaan pembaharuan di Jepun dan Rusia
Kejayaan rancangan pembaharuan di Jepun dan Pembaharuan Peter The Great Rusia juga mempengaruhi perlaksanaan Islah 1898.
Golongan reformnis menegaskan kejayaan pembaharuan di Jepun dan Rusia kerana rancangan pembaharuan tersebut berdasarkan
idea Barat. Mereka mendesak Maharaja Kuang Hsu melaksanakan rancangan pembaharuan di China seperti pembaharuan yang
dilaksanakan di Jepun dan Rusia. Untuk menyakinkan Maharaja, Kang Yu Wei telah mengemukakan kajiannya bertajuk “A Study of
Meiji Reformis” dan “A Study of Peter Rusia”.
Rancangan pembaharuan
1. Politik
a. Sistem pentadbiran China akan disusun semula berdasarkan sistem pentadbiran Barat.
b. Jawatan-jawatan dan jabatan-jabatan yang tidak penting dihapuskan.
c. Pegawai yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan dipecat.
d. Hanya pegawai progresif yang menyokong rancangan pembaharuan dilantik dalam perkhidmatan awam.
e. Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran dengan menghapuskan kelambatan melalui satu aturcara yang mudah.
f. Kenaikan pangkat pegawai berdasarkan kejayaan mereka dalam melaksanakan rancangan pembaharuan.
g. Pendapat rakyat akan diterima dan dikaji. Jika didapati sesuai akan dilaksanakan.
h. Pegawai-pegawai akan dihantar ke seberang laut untuk mempelajari sistem pentdabiran Barat.
i. Belanjawan China akan dibuat tiap-tiap tahun.
j. Memudah dan memodenkan undang-undang.
2. Ekonomi
a. Teknik Barat akan digunakan bagi memajukan ekonomi sama ada dalam pertanian, perdagangan, perusahaan dan
sebagainya.
b. Sistem perhubungan dan alat pengangkutan akan dimajukan. Untuk tujuan tersebut sebuah “Biro Pengangkutan” akan
ditubuhkan di Peking.
c. China menggalakkan rekaan.
d. Orang Manchu digalakkan supaya melibatkan diri dalam perdagangan.
e. China akan memajukan perdagangan luar.
3. Sosial
a. Pelajaran
• Sistem pelajaran China akan disusun semula berdasarkan sistem pelajaran Barat.
• Sistem peperiksaan berdasarkan karangan “Bersudut Lapan” digantikan dengan karangan mengenai hal semasa.
• Universiti kebangsaan akan didirikan di Peking.
• Lebih banyak sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat dan pelajaran China akan didirikan di
wilayah dan daerah.
• Sebuah maktab khas akan didirikan untuk mengkaji sistem pelajaran Barat.
• Biro Terjemahan akan diwujudkan di Shanghai.
• Pelajar-pelajar China akan dihantar melanjutkan pelajaran di seberang laut.
• Kuil-kuil akan dijadikan sekolah-sekolah.
b. Kesihatan
Kemudahan kesihatan akan diadakan dengan mendirikan lebih banyak klinik dan hospital di seluruh China.
c. Mubaligh akan diberi perlindungan oleh Kerajaan China.
d. Usaha-usaha akan dijalankan bagi mencantikkan bandar-bandar.
e. China akan mempunyai akhbar harian rasmi.
4. Polis/Tentera
Perkhidmatan polis dan tenetra China akan disusun semula berdasarkan sistem ketenteraan dan polis Barat. Pegawai-pegawai
polis dan tentera dari Barat ditugaskan untuk melatih polis dan tentera China. Selain itu, pegawai polis dan tentera China
dihantar menjalani latihand di seberang laut.
Sebab kegagalan
1. Tentangan/Tiada sokongan
a. Masyarakat umum
Ahli-ahli sejarah Komunis China menegaskan Islah 1898 kerana gagal ialah tidak mendapat sokongan orang ramai. Paul H. Clyde dan Burton
F. Beers dalam buku mereka “The Far East” menegaskan orang Cina tidak mempunyai fahaman yang jelas serta keinginan untuk
melaksanakan rancangan pembaharuan. Mereka menentang Islah 1898 kerana dipengaruhi oleh sentimen anti asing. Islah 1898 berdasarkan
idea Barat sedangkan majoriti rakyat China bersikap anti Barat. Mereka menganggap idea Barat terlalu asing bagi mereka. Mereka
mendakwa tindakan meniru idea Barat sebagai satu langkah penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah China serta menghancurkan
Tamadun China. Majoriti orang China masih mengagungkan peradaban China.
b. Orang Manchu
Orang Manchu di bawah Maharani Dowager Tsu Hsi menentang Islah kerana menganggap ianya hanya menguntungkan orang Cina dan
bukannya orang Manchu. Malah terdapat di kalangan orang Manchu yang menganggap Islah 1898 sebagai suatu percubaan untuk
274
menggulingkan Dinasti Manchu. Mereka merasa curiga kerana majoriti golongan reformis kecuali Maharaja Kuang Hsu terdiri daripada
orang Cina yang memang diketahui bersikap anti Manchu. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan melantik golongan reformis ke dalam
perkhidmatan kerajaan. Sebagai contoh, Liang Chih Chao dilantik sebagai Setiausaha Biro Penterjemahan manakala Yang Jui, Kuang Ti, Lin
Hsun dan Tao Ssu Tung dilantik sebagai Setiausaha di Grand Council. Orang Manchu juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka
akan terjejas lebih-lebih lagi mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya. Selain itu, rancangan pembaharuan
bertentangan dengan amalan mereka terutamanya yang berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan.
c. Pegawai sarjana
Islah 1898 juga mendapat tentangan pegawai sarjana. Mereka yang dipengaruhi oleh fahaman Confucius menentang kerana sebab-sebab
ideologi. Mereka menganggap rancangan pembaharuan seperti kerajaan berperlembagaan terlalu asing di kaca mata prinsip politik dan
kesusilan China. Mereka juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi kerana mereka tidak memahami
rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya. Penghapusan jawatan di jabatan yang tidak penting membimbangkan pegawai terhadap
kedudukan mereka. Selain itu, cadangan-cadangan pembaharuan seperti penyusunan semula pentadbiran, anti korupsi dan sebagainya
dianggap boleh menjejaskan kepentingan pegawai-pegawai.
d. Pelajar
Pelajar-pelajar China juga menentang Islah 1898. Mereka menganggap sistem pelajaran Barat terlalu asing bagi mereka yang sudah biasa
dengan sistem pelajaran China. Penghapusan sistem peperiksaan karangan bersudut lapan akan mensia-siakan usaha mereka selama ini.
e. Golongan agama
Islah 1898 juga mendapat tentangan golongan agama. Mereka menganggap Kang Yu Wei terlalu radikal kerana beliau mendakwa Confucius
sebagai reformis. Golongan agama juga tidak setuju dengan tindakan menjadikan kuil-kuil sebagai sekolah.
f. Golongan reformis
Islah 1898 tidak mendapat sokongan yang menyeluruh dari golongan reformis. Walaupun mereka mempelopori Islah 1898, terdapat juga
beberapa cadangan pembaharuan ditentang oleh reformis-reformis tertentu kerana menganggap ianya menjejaskan kepentingan mereka.
Sebagai contoh, beberapa cadangan di dalam Islah 1898 ditentang oleh Weng Tung Ho dan Chan Po Chen.
2. Terlalu was
Rancangan pembaharuan terlalu was merangkumi politik, ekonomi, sosial dan keteneraan. Dalam tempoh 11 Jun 1898 sehingga 21
September 1898, kira-kira 40-50 cadangan pembaharuan telah dikeluarkan. Cadangan pembaharuan dikeluarkan secara tergesa-gesa tanpa
perancangan yang teliti. Selain itu, tidak ada koordinasi di antara cadangan dan perlaksanaannya.
3. Kelemahan pemimpin
Wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan kelemahan pemimpin merupakan faktor yang
penting membawa kepada kegagalan Islah 1898. Reformis-reformis dikatakan tidak mempunyai ketajaman fikiran politik. Tindakan Kang Yu
Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap sebagai satu kesilapan. Beliau sepatutnya
berusaha mencari jalan untuk mendapatkan sokongan Maharani bagi menjayakan Islah 1898 kerana dewasa itu Maharani amat berpengaruh
dan mempunyai kekuatan tentera. Kang Yu Wei bukanlah seorang pemimpin yang praktikal. Beliau tidak mengkaji terlebih dahulu sama ada
cadangan pembaharuan dapat dilaksanakan atau tidak. Beliau tidak menyedari perubahan yang radikal tidak dapat dilaksanakan dalam
tempoh yang singkat. Maharaja Kuang Hsu pula merupakan seorang pemerintah yang lemah. Walaupun beliau menjadi Maharaja tetapi
Maharani Dowager Tsu Hsi lebih berpengaruh. Maharaja Kuang Hsu tidak memahami masalah praktikal dalam perlaksanaan rancangan
pembaharuan. Keneth Scott Latourette dalam bukunya “A History of Modern China” menegaskan Maharaja Kuang Hsu bukan sahaja tidak
cekap tetapi juga tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kekuatan peribadi bagi melaksanakan rancangan pembaharuan.
China tidak mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan dalam menjayakan Islah 1898. Majoriti pemimpin China yang brkebolehan
dalam pembaharuan serta perlaksanaannya. Mereka menganggap idea Barat terlalu asing bagi mereka. Terdapat juga pemimpin China yang
memahami tetapi tidak yakin ianya dapat dilaksanakan di negeri China. Golongan reformis dianggap tidak berpengalaman. Kang Yu Wei
yang berumur 40 tahun dan Liang Chih Chao yang berumur 25 tahun dianggap terlalu mentah dalam pentadbiran. Mereka juga tidak
mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerana tidak pernah menjadi pegawai sebelumnya. Pngetahuan mereka mengenai idea Barat juga
tidak kukuh kerana mereka tidak pernah mendapat pendidikan Barat secara formal atau melawat negeri Barat. Pengetahuan mereka mengenai
Barat hanya diperolehi melalui buku dan pergaulan mereka dengan orang Barat di negeri China dari lawatan mereka ke negeri Jepun.
4. Kelemahan ekonomi
Pada akhir abad ke-19, China mengalami kemelesetan ekonomi akibat peperangan dengan negeri Jepun, bayaran ganti rugi, bencana
alam, kemasukan barang Barat dan sebagainya. Islah 1898 memerlukan perbelanjaan yang besar. Peruntukan yang terhad sudah tentu
menjejaskan perlaksanaan rancangan pembaharuan tersebut.
5. Kekuatan tentera
Dewasa itu, kekuatan tentera amat penting bagi menjayakan sesuatu rancangan. Golongan reformis tidak mempunyai kekuatan tentera.
Tentera China di bawah Jung Lo dan Yuan Shih Kai memihak kepada Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang rancanga pembaharuan.
6. Penyelewengan
Walaupun pada mulanya Yuan Shih Kai, seorang panglima tentera memihak kepada Maharaja Kuang Hsu tetapi akibat hasutan, beliau telah
berpaling tadah dan menyebelahi Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang rancangan pembaharuan. Yuan Shih Kai yang diarahkan oleh
Maharaja Kuang Hsu untuk membunuh pembantu kanan Maharani iaitu Jung Lo dan menangkap Maharani sebaliknya berpaling tadah untuk
menyebelahi Maharani dan seterusnya menangkap Maharaja Kuang Hsu.
7. Tidak mendapat sokongan Maharani
275
Golongan reformis gagal mendapat sokongan Maharani dalam melaksanakan rancangan pembaharuan. Sokongan Maharani penting bagi
menjayakan Islah 1898 kerana beliau amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan tentera. Maharani bukan sahaja tidak menyokong Islah
tetapi sebaliknya mengambil langkah untuk menggagalkannya.
8. Tidak mendapat sokongan Barat
Walaupun Islah 1898 berdasarkan idea Barat tetapi reformis tidak mendapat sokongan dan bantuan Barat dalam menjayakan rancangan
pembaharuan. Perlaksanaan Islah 1898 bergantung sepenuhnya di atas budi bicara reformis-reformis.
9. Tidak menyeluruh
Islah 1898 hanya dilaksanakan di wilayah-wilayah tertentu dan bukannya di seluruh China. Kebanyakan pemimpin wilayah hanya menerima
cadangan-cadangan pembaharuan tetapi tidak melaksanakannya kecuali gabenor wilayah Hunan iaitu Chan Po Chen.
10. Penangkapan Maharaja Kuang Hsu
Penangkpan Maharaja Kuang Hsu pada 21 September 1898 oleh Yuan Shih Kai atas arahan Maharani menjadi faktor menggagalkan Islah
1898. Maharaja Kuang Hsu telah dipaksa menyerahkan kuasa kepada Maharani. Maharaja Kuang Hsu juga dipaksa untuk mengisytiharkan
penarikan balik sokongan baginda kepada reformis.
11. Kehilangan reformis
Selepas 21 September 1898, Islah 1898 telah kehilangan ramai reformis kerana dipecat dari jawatan masing-masing, dibunuh atau melarikan
diri. Chan Po Chen dan Weng Tung Ho telah dipecat dari jawatan mereka. Enam orang reformis telah dibunuh oleh Manchu iaitu Kang Kuan
Jen, Tao Ssu Tung, Yau Shen Shin, Lin Shun, Yang Jui dan Kuang Ti. Maharaja Kuang Hsu dipenjara dan Kang Yu Wei dan Liang Chih
Chao melarikan diri ke Jepun.
12. Imperialisme Barat
Pada akhir abad ke-19, khususnya selepas kekalahan China di tangan Jepun dalam Perang China-Jepun 1894-1895, kuasa-kuasa Barat
telah menekan China untuk mendapatkan keistimewaan. Mereka telah berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi di China sehingga
ahli-ahli sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai
contoh, Rusia menduduki Semenanjung Liaotung 1896, Jerman di Teluk Kiaochow 1897, British di Wei Hai Wei 1898, dan Perancis
di Teluk Kwangchow 1898. Kuasa-kuasa Barat juga telah menuntut keistimewaan lain selain dari wilayah. Sebagai contoh, mereka
telah mendesak China membenarkan mereka membina jalan keretapi di mana British meminta kebenaran membina jalan keretapi
sejauh 2800 batu, Perancis 420 batu, Rusia 1530 batu dan Belgium 650 batu.
Kesimpulan
Kegagalan Islah 1898 menyebabkan kekuatan China tidak dapat dipulihkan dan China terus berada dalam kelemahan. Walaupun
Maharani menentang Islah 1898 tetapi beberapa cadangan dalam pembaharuan tersebut telah dilaksanakan oleh Maharani. Sebagai
contoh, penubuhan Universiti Imperial di Peking dan penubuhan sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat dan China.
Islah 1898 telah melahirkan 2 golongan dalam masyarakat China iaitu golongan pro Manchu dan golongan anti Manchu. Golongan
pro Manchu memperjuangkan slogan “Lindungi Manchu dan Usir Barat”. Kegiatan mereka telah membawa kepada berlakunya
Pemberontakan Boxer 1898-1900. Manakala golongan anti Manchu membawa kepada kelahiran gerakan revolusioner di bawah Sun
Yat Sen yang berjaya menggulingkan Dinasti Manchu dalam Revolusi Oktober 1911.
Pemberontakan Boxer (1898—1900)
Pengenalan
Boxer merupakan gabungan kongsi gelap seperti White Lotus Society, Big Sword Society, Eight Diagrams dan lain-lain. Pada
mulanya, Boxer dikenali sebagai I Ho Tuan yang bermaksud Pertubuhan Keadilan dan Keharmonian. Kemudian Boxer dikenali pula
sebagai I Ho Chuan yang bermaksud Tinju Keadilan dan Keharmonian. Boxer dipercayai wujud pada akhir abad ke-18 atau awal abad
ke-19 iaitu semasa pemerintahan Maharaja Chia Ching (1796-1820). Pada peringkat awal, penubuhan Boxer bersikap anti-Manchu
dan anti asing. Slogan perjuangan mereka ialah “Gulingkan Manchu dan Usir Orang Asing”. Pada tahun 1890-an, sikap mereka
berubah menjadi pro-Manchu dan anti asing. Slogan mereka juga bertukar menjadi “Lindungi Manchu dan Usir Orang Asing”.
Perubahan ini berlaku kerana mereka diyakinkan segala masalah yang berlaku di China bukan kerana Manchu tetapi akibat dari
kehadiran asing. Pemberontakan Boxer yang berlaku pada tahun 1900 dipimpin oleh Chu Hung Teng bertujuan mengusir orang asing
dari negeri China.
Sebab-sebab
1. Anti asing
Sejak awal lagi, orang-orang Cina memang bersikap anti asing lebih-lebih lagi mereka diyakinkan segala masalah yang berlaku di China
berpunca dari kedatangan orang asing. Perasaan anti asing di kalangan orang Cina bertambah semasa perkembangan pengaruh Maharani
Dowager Tzu Hsi pada akhir abad ke-19. Pencerobohan Barat sejak Perang Candu 1839-1842 bukan sahaja menjejaskan kedaulatan China
tetapi juga menjatuhkan maruah China. Akibatnya, timbul keinginan di kalangan orang Cina untuk membalas dendam dan memulihkan
kebanggaan nasional China. Perasaan anti asing juga bertambah akibat dari perkembangan imperialisme asing pada tahun 1890-an
terutamanya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895. Kerajaan China juga tidak bersetuju dengan tindakan orang
asing melindungi pelarian-pelarian China yang dikehendaki oleh Kerajaan Manchu. Sebagai contoh, British telah membantu Kung Yu Wei
dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Hong Kong dan kemudiannya mendapat perlindungan di Jepun. Tindakan Jepun membenarkan
penerbitan Chiang I Pao yang diharamkan oleh China telah menambahkan lagi kemarahan China. Untuk kepentingan China maka orang-
orang asing perlu diusir dari negeri China.
2. Kemasukan asing
Kemasukan orang asing telah membebankan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan
dalam pentadbiran serta amalan rasuah dan penyelewengan kerana pegawai kerajaan menjadi penagih candu yang dibawa oleh orang-orang
276
asing terutamanya British. Kemasukan asing juga menyebabkan China terpaksa menghadapi peperangan-peperangan dan pemberontakan
seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Arrow (1856-1860), Perang China-Jepun (1894-1895), Pembeorntakan Taiping (1851-1864),
Pemberontakan Nien (1853-1868), Pemberontakan Muslim (1855-1873) dan Pemberontakan Tungan (1862-1878). Selain dari itu, China telah
kehilangan beberapa wilayah kepada kuasa-kuasa asing. Di antara wilayah tersebut ialah Hong Kong, Kowloon, Kepulauan Pescadores,
Semenanjung Liaotung, Farmosa dan lain-lain lagi.
Dari segi ekonomi, kemasukan orang asing telah menjejaskan ekonomi China. Banyak wangChina mengalir keluar kerana mengimport
candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu membebankan ekonomi China.
Kemasukan asing juga menyebabkan China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi peperangan-peperangan dan
pemberontakan-pemberontakan seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Arrow (1856-1860), Pemberontakan Taiping (1851-1864) dan
lain-lain. Selain itu, China terpaksa membayar ganti rugi selepas menerima kekalahan dalam tiap-tiap peperangan. Sebagai contoh, ganti rugi
Perang Candu sebanyak 21 juta taels, Perang Arrow sebanyak 20 juta taels dan dalam Perang China-Jepun sebanyak 200 juta taels.
Pembukaan negeri China kepada orang-orang asing telah menyebabkan ekonomi China dikuasai oleh orang asing. Pembukaan pelabuhan-
pelabuhan China telah menyebabkan kemasukan pengusaha-pengusaha dan barang asing yang menjadi saingan kepada barang-barang China.
Barang-barang asing lebih diminati kerana harganya murah. Keadaan ini menyebabkan pasaran China dikuasai oleh barang-barang asing.
Akibatnya banyak perusahaan tempatan terpaksa ditutup menyebabkan berlakunya pengangguran. Pengenalan sistem pengangkutan moden
telah menjejaskan mata pencarian mereka yang bergantung kepada sistem pengangkutan kuno. Perkembangan perdagangan asing di China
amat merugikan negeri China. Sebagai contoh, pada tahun 1899, China mengalami kerugian sebanyak 69 juta taels dalam perdagangan asing.
Masalah ekonomi yang dihadapi menyebabkan kerajaan memperkenalkan cukai-cukai baru dan cukai-cukai tambahan. Langkah ini sudah
tentu membebankan ekonomi orang-orang China. Kemerosotan taraf hidup telah menyebabkan petani-petani, penganggur-penganggur dan
kongsi gelap-kongsi gelap menyertai Boxer untuk mengusir orang-orang asing dari negeri China.
Dari segi sosial, kemasukan Barat telah membawa kepada kemasukan pengaruh Barat. Orang-orang Cina terutamanya golongan muda
terpengaruh dengan unsur-unsur Barat menyebabkan mereka meninggalkan adat resam tradisional. Kemasukan candu telah
menimbulkan masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak di kalangan orang-orang Cina.
Kemasukan Barat telah membawa kepada kemasukan agama Kristian. Orang-orang Cina tidak bersetuju dengan tindakan mubaligh-
mubaligh mengkristiankan orang-orang Cina. Selepas Perjanjian Peking 1860, mubaligh-mubaligh bukan sahaja diberi kebebasan
menyebarkan agama Kristian tetapi boleh membeli tanah untuk tujuan agama seperti mendirikan gereja, sekolah dan lain-lain.
Perkembangan agama Kristian pada tahun 1890-an dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah China.
Tindakan orang-orang Cina terhadap Kristian juga menimbulkan kemarahan orang-orang Cina lain. Mereka dianggap sombong dan
telah mengasingkan diri dari orang-orang Cina yang lain. Orang-orang Cina Kristian menganggap taraf mereka lebih tinggi dari
orang-orang Cina yang lain. Mereka tidak lagi membiayai perayaan-perayaan orang Cina serta memulaukannya. Tindakan ini sudah
tentu membebankan orang-orang Cina yang lain. Tindakan mubaligh-mubaligh juga menimbulkan kemarahan orang-orang Cina.
Mubaligh-mubaligh sentiasa menyebelahi orang-orang Cina Kristian dalam perselisihan di antara orang-orang Cina Kristian dengan
orang-orang Cina bukan Kristian. Mubaligh-mubaligh juga lebih mengutamakan orang-orang Cina Kristian dalam kegiatan mereka.
Selain itu, terdapat kepercayaan bahawa mubaligh-mubaligh melakukan amalan-amalan ganjil serta tidak berperikemanusiaan seperti
mencungkil mata kanak-kanak. Akibatnya, orang Cina menganggap agama Kristian sebagai unsur yang memecahbelahkan orang-
orang Cina. Untuk menyatupadukan orang-orang Cina, agama Kristian dan orang-orang Barat perlu diusir dari negeri China.
3. Sokongan Maharani
Menurut Wolfgang Frankie dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” sokongan Maharani Dowager Tzu Hsi merupakan
faktor penting menyebabkan berlakunya Pemberontakan Boxer 1900. Maharani yang memang bersikap anti asing bercita-cita untuk mengusir
orang asing dari negeri China bagi memulihkan Kerajaan Manchu. Sokongan Maharani menyebabkan anggota-anggota Boxer berani
menentang orang-orang asing. Pada akhir abad ke-19, berlaku pelbagai masalah di negeri China dan Maharani menyedari Kerajaan Manchu
tidak mampu untuk menyelesaikannya. Untuk mengalihkan perhatian orang Cina supaya tidak menyalahkan Kerajaan Manchu, Maharani
menjalankan kegiatan menanam perasaan anti asing di kalangan orang-orang Cina.
4. Bencana alam
Pada akhir abad ke-19 terutamanya pada tahun 1890-an berlaku pelbagai bencana alam di negeri China. Sebagai contoh, kemarau panjang
berlaku di sekitar Sungai Yangtze dan di beberapa wilayah Utara. Pada 1898, banjir besar berlaku di sekitar Hwang Ho. Pada tahun yang
sama, kebuluran berlaku di Shantung. Orang-orang China mendakwa bencana alam berlaku akibat dari kemarahan dewa khususnya dewa
tanah. Tindakan Barat meneroka tanah telah memusnahkan tempat kediaman dewa dan seterusnya menimbulkan kemarahan dewa. Untuk
mengelakkan kemarahan dewa supaya tidak menurunkan bencana alam maka orang-orang Barat perlu dihalang dari meneroka tanah. Untuk
menjamin orang-orang asing tidak meneroka tanah, mereka perlu diusir dari negeri China.
5. Imperialisme asing
Pada akhir abad ke-19 khususnya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895, kuasa-kuasa Barat telah menekan China
untuk mendapatkan wilayah keistimewaan. Mereka telah berlumba untuk mendapat konsesi di China sehingga ahli-ahli Sejarah menganggap
China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh, Russia menduduki
Semenanjung Liaotung 1896, Jerman menduduki Teluk Kiaochow di Shantung 1897, British menduduki Wei Hai Wei 1898 dan Perancis
menduduki Teluk Kwangchow 1898. Kuasa-kuasa Barat juga telah menuntut keistimewaan-keistimewaan lain selain dari mendapatkan
wilayah. Sebagai contoh, mereka telah mendesak China membenarkan mereka membina jalan keretapi di China. British telah meminta
kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batu, Perancis 420 batu, Russia 1530 batu dan Belgium 650 batu. Untuk menghalang
imperialisme asing, kuasa-kuasa asing perlu diusir dari negeri China.
6. Kelemahan China
277
Kelemahan China ternyata pada akhir abad ke-19 sama ada dalam pentadbiran atau ketenteraan. Dalam pentadbiran berlaku amalan
rasuah, penyelewengan serta ketidakcekapan. Kelemahan dalam tentera terbukti bila China dikalahkan oleh British dalam Perang Candu
(1839-1842) dan Perang Arrow (1856-1860). China juga tidak dapat memadamkan Perang Taiping (1851-1864) kecuali selepas mendapat
bantuan Barat. Kelemahan China lebih terbukti apabila dikalahkan oleh Jepun dalam Perang China-Jepun 1894-1895. Kelemahan ini
menyedarkan orang Cina untuk bangun membantu Manchu dan menganggap ianya sebagai tanggungjawab mereka untuk memulihkan negeri
China dengan mengusir orang-orang asing.
7. Anti Manchu
Pemberontakan Boxer juga meletus kerana adanya perasaan anti Manchu di kalangan anggota Boxer. Pada mulanya mereka bersikap anti
Manchu dan anti asing, di mana slogan perjuangan mereka ialah “Gulingkan Manchu dan Usir Orang Asing”. Hanya pada tahun 1890-an,
sikap mereka berubah menjadi pro Manchu dan anti asing di mana slogan mereka bertukar menjadi “Lindungi Manchu dan Usir Orang
Asing” bila mereka diyakinkan segala masalah yang berlaku di China bukan kerana Manchu tetapi akibat kedatangan orang asing.
8. Sokongan pegawai
Boxer bukan sahaja mendapat sokongan Maharani tetapi juga dari pegawai-pegawai Kerajaan Manchu. Sebagai contoh, Gabenor Shantung Li
Ping Heng dan kemudiannya Yu Hsien menyokong Pemberontakan Boxer. Akibat dari sokongan mereka, Pemberontakan Boxer bermula di
Shantung. Selain dari itu, Boxer juga mendapat sokongan pegawai-pegawai seperti Putera Tuan, Putera Chuan, Kang I dan Yu Lu.
9. Kongsi gelap
Pemberontakan Boxer juga berlaku kerana Boxer mendapat sokongan dari kongsi gelap-kongsi gelap seperti White Lotus Society, Big
Sword Society, Eight Diagrams dan sebagainya. Kongsi gelap-kongsi gelap menyertai gabungan Boxer yang dikenali sebagai I Ho
Tuan dan kemudiannya I Ho Chuan.
Peristiwa kebangkitan
Pemberontakan Boxer bermula pada tahun 1898 di Shangtung di mana mereka telah menyerang orang-orang Cina Kristian. Pada
tahun 1899, anggota Boxer menyerang orang-orang Cina Kristian dan orang-orang asing di Shantung, Chihli, Shansi dan Manchuria.
Mereka telah memusnahkan gereja-gereja dan jalan keretapi. Pada Mei 1900, Boxer telah membunuh 68 orang Cina Kristian dan
membakar 75 buah rumah mereka. Walau bagaimanapun, ahli-ahli Sejarah China mendakwa kebangkitan Boxer yang sebenar berlaku
pada pertengahan 1900. Pada 14 Jun 1900, anggota-anggota Boxer tiba di Peking dalam usaha untuk mengusir orang-orang asing dari
negeri China. Pada 19 Jun 1900, Maharani secara langsung menyatakan sokongannya kepada Boxer. Pada tarikh tersebut, baginda
mengarahkan orang-orang asing keluar dari Peking. Keengganan orang asing menyebabkan Maharani mengisytiharkan peperangan
pada 21 Jun 1900. Mereka telah berjaya mengepung pejabat perwakilan asing tetapi gagal menawannya. Walau bagaimanapun,
mereka berjaya membunuh duta Jerman iaitu Von Ketterler dan pegawai kedutaan Jepun iaitu Sugiyama. Pada 15 Ogos 1900, 19000
tentera asing terdiri daripada Amerika, British, Jepun, Itali, Belgium, Perancis, Russian dan Austria telah menyerang dan menawan
Peking. Maharani Dowager Tzu Hsi melarikan diri ke Sian dan membawa Maharaja Kwang Hsu sebagai tebusan. Satu rundingan
telah diadakan di antara China yang diwakili oleh Li Hung Chang dan Putera Kung dengan ketua perwakilan asing. Hasil dari
rundingan tersebut Protokol Boxer telah ditandatangani pada 7 September 1901.
1. China akan menghantar utusan ke Jepun dan Jerman untuk memohon maaf secara rasmi dari Kerajaan Jepun dan Kerajaan
Jerman kerana kematian Sugiyama dan Von Ketterler.
2. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan akan dihukum dan yang terlibat secara langsung dalam pembunuhan akan
dihukum bunuh.
3. Peperiksaan di bandar-bandar berlakunya pemberontakan digantung selama 5 tahun.
4. China akan membayar ganti rugi sebanyak 450 juta taels yang perlu diselesaikan dalam tempoh 40 tahun.
5. China dilarang mengimport atau membuat senjata selama 2 tahun.
6. China bersetuju untuk mengkaji semula perjanjian yang telah ditandatangani dengan kuasa-kuasa asing.
7. Kuasa asing dibenar menempatkan pegawai bagi menjaga keselamatan pejabat kedutaan masing-masing di Peking.
8. Kuasa-kuasa asing akan mendapat keistimewaan tambahan seperti pajakan dan kawasan tambahan.
9. Kuasa-kuasa asing boleh menduduki tempat-tempat strategik bagi menjamin keselamatan hubungan antara kedutaan di Peking
dengan laut.
10. Kuasa-kuasa asing boleh menduduki tempat-tempat strategik di sepanjang jalan keretapi terutamanya di kawasan pantai.
11. Kubu China di Taku dan kubu-kubu lain antara Peking dengan laut mesti dimusnahkan.
12. Tugu mesti didirikan di tempat orang-orang asing terbunuh.
13. Pejabat Hal Ehwal Luar atau Tsungli Tamen ditukar menjadi Kementerian Luar.
Kesimpulan
Pemberontakan Boxer mempengaruhi masa depan politik China. Ianya telah mempercepatkan keruntuhan Dinasti Manchu dan
wujudnya sebuah republik. Kegagalan Pemberontakan Boxer mengakibatkan kemerosotan maruah serta kewangan Kerajaan China.
Manakala kedudukan orang-orang asing di China semakin kukuh akibat daripada Protokol Boxer. Kegagalan Pemberontakan Boxer
278
juga telah memperhebatkan gerakan anti Manchu sehingga membawa kepada perkembangan gerakan revolusioner di bawah Sun
Yat Sen yang berjaya menggulingkan Dinasti Manchu melalui Revolusi 1911.
Peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 (dikonstruksikan Teori Revolusi)
Pengenalan
Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan 40 batu dari Canton dalam
wilayah Kwangtung di Selatan China. Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada tahun 1879,
beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di Hawali beliau memasuki sekolah
mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada
unsur-unsur tradisi dan konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama
Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma
perubatan dan pembedahan beliau mempraktikkannya di Macau.
Kesimpulan
Revolusi China bermula dengan rasminya pda 10 Oktober 1911 dan Sun Yat Sen tidak berada di China semasa meletusnya revolusi
tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25
Disember 1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Sun Yat Sen memegang jawatan tersebut secara
rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai, Sun Yat Sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan
Shih Kai pada 15 Februari 1912.
Nasionalisme di China, 1901-1949
Pengenalan
• 1900 – Pemberontakan Boxer gagal, masyarakat China mengalih perhatian kepada pemulihan berdasarkan pemodenan Barat.
• Lahirnya sentimen anti-Manchu dalam masyarakat China membawa kepada Revolusi China 1911, tujuan: menggulingkan
Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China.
• Gerakan nasionalisme China dibahagikan kepada 3 aliran:
− Gerakan nasionalisme bersentimen anti-Manchu
− Gerakan nasionalisme yang ingin memasukkan dan menguatkan China melalui gerakan pemulihan
− Gerakan nasionalisme yang bersentimen orang asing
Isi-isi
• 1901, Kerajaan China lancar satu gerakan pembaharuan – tujuan: menguatkan dan memodenkan China – ciri-ciri peradaban
Barat.
• Maharani Dowager – pembaharuan – dalam aspek pendidikan, ekonomi, ketenteraan, perlembagaan, perdagangan dan
sebagainya.
• Pendidikan – hantar pelajar ke luar negeri: Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan sebagainya (pendidikan moden).
• Sukatan pelajaran: sejarah China dan Barat, sistem kerajaan dan ilmu sains.
• Pembaharuan ekonomi – tubuhkan Kementerian Pertanian, Perdagangan dan Perindustrian (1903), banyakkan penggunaan
barangan tempatan, tubuhkan maktab teknikal dan bank moden.
• Yuan Shih Kai – program ketenteraan: tubuhkan sek-sek tentera moden, memperbesarkan angkatan tentera dan hantar
pegawai tentera ke luar negeri untuk jalani latihan tentera.
• 1908, luluskan peraturan untuk tubuhkan Perhimpunan-perhimpunan Wilayah.
• Mesyuarat pertama perhimpunan nasional (3 Oktober 1910) tuntut penubuhan parlimen – akhirnya janji tubuhkan parlimen
pada tahun 1913.
• 1906, kerajaan keluarkan satu dikri – larang kakitangan kerajaan dan orang awam bawah umur 60 tahun dari hisap candu.
• Usaha ini – galakkan perkembangan idea-idea revolusioner dan perasaan anti-Manchu (pelajar China) tapi gagal selepas
Maharani Dowager mangkat diganti oleh Maharaja Kuang (1908).
• 1911, Revolusi China di bawah Dr. Sun Yat Sen – kejatuhan Dinasti Manchu.
• Faktor Revolusi China:
− Kemerosotan pengaruh dan kuasa Kerajaan Manchu
− Perasaan anti-Manchu di kalangan masyarakat China sendiri
− Pengaruh gerakan pembaharuan sebelumnya
− Peranan golongan terpelajar dan Dr. Sun Yat Sen
− Kesengsaraan sosial dan ekonomi rakyat China
− Kemajuan dalam sistem perhubungan
− Keputusan kerajaan untuk memiliknegarakan jalan-jalan keretapi
• Tujuan Revolusi: gulingkan Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China.
• 10 Oktober 1911, Li Yuan Hung berjaya tawan Wuchang, Hanyang dan Hankow.
• Disember 1911, wilayah Selatan, tengah, Barat Daya China diisytihar merdeka oleh Kerajaan Manchu.
• Oktober 1911, Yuan Shih Kai dilantik sebagai ketua tentera untuk tumpaskan Gerakan anti-Manchu.
• Beliau tawan Hankow dan Hanyang (akhir Oktober 1911).
• 8 November 1911, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Perhimpunan Nasional.
• Golongan revolusioner tubuhkan kerajaan sendiri di Nanking – Dr. Sun Yat Sen sebagai Presiden.
280
• 1 Januari 1912, golongan revolusioner isytihar China – negara republik.
• 12 Februari 1912, Maharaja Hsuan Tung (6 tahun) turun takhta.
• Selepas Dr. Sun Yat Sen letak jawatan, Yuan Shih Kai jadi Presiden sementara (15 Februari 1912).
• Kesan Revolusi China – kacau-bilau.
• Kemudian beliau tubuhkan Parti Progresif – menang banyak kerusi dari kerusi bagi Perhimpunan Kebangsaan dalam
Pilihanraya Umum 1912-1913.
• Yuan Shih Kai – pembaharuan dan bertindak sendiri tanpa persetujuan Parlimen atau Kuomintang.
• Kesan – Pemberontakan Kuomintang (Julai 1913) dan Pemberontakan Yunan (Disember 1915).
• Beliau haramkan Kuomintang. Dr. Sun Yat Sen dan pemimpin-pemimpin Kuomintang lari ke Jepun.
• 1915, beliau tabalkan dirinya – Maharaja dinasti baru dan isytihar sistem pemerintahan monarki berperlembagaan.
• Mac 1916, terpaksa tubuhkan semula republik kerana rakyat enggan terima.
• 6 Jun 1916, beliau mati dan diganti oleh Li Yuan Hung.
• Selepas itu, China alami Zaman Hulubalang kerana persaingan para hulubalang untuk kuasai kerajaan pusat di Peking.
• 1916-1928, keadaan anarki dan tiada perpaduan politik.
• 1917, Gerakan 4 Mei (golongan intelektual khususnya pelajar “U” Peking) tercetus.
• 1919, Gerakan 4 Mei – peristiwa demonstrasi, mogok dan rusuhan (1917-1921).
• Punca – kegagalan pemimpin menjalankan tugas, muncul golongan saudagar dan pekerja baru, perkembangan intelektualisme
dan teknologi Karl Marx serta Bolshevik dan hasil Perjanjian Versilles 1919.
• Matlamat – selamatkan China, satukan rakyat, tuntut kebebasan dan pulihkan maruah China.
• Hasil – semangat kebangsaan bertambah, fahaman komunis berkembang, kedudukan Kuomintang diperbaiki dan Gerakan
Kebudayaan Baru mulai muncul.
• 1912, Kuomintang ditubuhkan di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen.
• Tujuan – wujudkan demokrasi berparlimen.
• Peringkat awal – parti yang lemah kerana ancaman Yuan Shih Kai dan para hulubalang.
• 1917, Dr. Sun Yat Sen tubuh kerajaan tentera di Canton untuk satukan China dan hapuskan kuasa asing.
• Gagal kerana tiada sokongan rakyat di China Selatan.
• Oleh itu, Dr. Sun Yat Sen minta bantuan kuasa Barat.
• Setelah gagal lagi, beliau alih ke Rusia.
• Benarkan Parti Komunis China (PKC) sertai Parti Kuomintang dan terima pengaruh Parti Komunis Rusia.
• Beliau bentuk 3 prinsip rakyat: nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
• 12 Mac 1925, Dr. Sun mati, Chiang Kai Sek – Kuomintang.
• 1926, beliau lancar Ekspedisi Utara – menentang hulubalang, satukan China dan tubuhkan kerajaan nasionalis di Nanking
(1928).
• Kemudian, beliau – kempen anti-Komunis (1927).
• Kerajaan Nasionalis – (cuba) kukuhkan perpaduan China, hapuskan perjanjian dengan kuasa asing dan perolehi semula
autonomi tarif.
• Perang Dunia II (1937), paksa beliau bekerjasama dengan PKC untuk menentang Jepun.
• Perang saudara – Kuomintang dan PKC (1946-1949).
• Akhirnya, PKC menang dan Chiang Kai Sek bersama tentera Kuomintang undur ke Taiwan.
• 1 Julai 1921, PKC ditubuhkan – rasmi di Shanghai oleh Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao dengan bantuan komintern.
• Kumpulan komunis di bawah Mao Tze Tung dan Chu The – giat – gerakan bawah tanah dan tetapkan diri antara sempadan
Kiangsi dan Hunan akibat tentangan Chiang Kai Sek.
• Akhir 1931, PKC tubuhkan Republik Soviet China di Kiangsi – Mao Tze Tung sebagai Pengerusi.
• Apabila tentera Kuomintang tubuhkan barisan bersatu untuk tentang Jepun – Perang China-Jepun II.
• Selepas Perang Dunia II, perang saudara antara Kuomintang dan PKC – PKC menang.
• 1 Oktober 1949, PKC isytihar Kerajaan Republik Rakyat China.
Kesimpulan
• Selepas itu, negara China jadi negara republik – fahaman komunis.
• PKC semakin berkuasa dan berpengaruh di kalangan masyarakat China, khususnya golongan pekerja dan petani.
Gerakan 4 Mei (pada tahun 1919)
Pengenalan
Gerakan 4 Mei ialah peristiwa demonstrasi, permogokan dan rusuhan yang dijalankan pada tahun 1919 oleh kira-kira 5000 pelajar
di Peking dari 13 institusi pengajian tinggi dan diketuai oleh pelajar-pelajar serta pensyarah-pensyarah Universiti Peking (Peita). Universiti
Peking merupakan pusat revolusi intelektual kerana canselornya Tsai Yuan Pei menggalakkan perkembangan idea-idea baru di kalangan
pelajar-pelajar. Gerakan ini merangkumi jangkasama 1917-1921 yang dikenali sebagai “Zaman Revolusi Intelektual” kerana ianya telah
meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, sosial, intelektualisme dan kebudayaan. Di antara tokoh-tokoh penting dalam Gerakan
4 Mei ialah Tsai Yuan Pei, Chen Tu Hsiu, Hu Shih, Monlin, Kuo Mojo dan Lu Shun.
Sebab-sebab
1. Keadaan politik yang tidak mantap
281
Setelah berjaya menggulingkan Dinasti Manchu melalui Revolusi 1911, pemimpin-pemimpin China gagal membentuk sebuah kerajaan
yang efektif. Perselisihan sering berlaku di antara pemimpin-pemimpin menyebabkan rancangan-rancangan pembaharuan tidak dapat
dilaksanakan. Sebagai contoh, perselisihan di antara Yuan Shih Kai dan Dr. Sun Yat Sen serta Kuomintang dan kemudiannya selepas
kematian Yuan Shih Kai pada tahun 1916 berlaku pula perselisihan di antara Presiden Li Yuan Hung dan Perdana Menteri Tuan Chi Jui.
Selepas kematian Yuan Shih Kai juga berlaku zaman “Hulubalang” (Warlordism) yang menyebabkan negeri China semakin menuju
kepada kehancuran. Pergolakan politik yang tidak berkesudahan ini menyebabkan golongan bangsawan, sarjana dan intelak hilang
kepercayaan terhadap kerajaan.
2. Peranan saudagar dan pekerja
Semasa Perang Dunia Pertama 1914-1918, muncul perusahaan penting di negeri China seperti perusahaan besi dan keluli yang sangat
diperlukan oleh Pihak Berikat. Perkembangan perusahaan ini menyebabkan munculnya saudagar-saudagar besar dan bertambahnya tenaga
buruh terutamanya di bandar-bandar perusahaan seperti Shanghai, Canton, Tientsin dan lain-lain. Golongan saudagar dan pekerja merasa
kurang senang terhadap politik dalam negeri kerana ianya mengancam kepentingan ekonomi mereka. Golongan ini menentang perbuatan
rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerana ianya akan menjejaskan faedah-faedah yang seharusnya diterima
oleh mereka. Akibatnya, golongan saudagar dan pekerja melibatkan diri dalam Gerakan 4 Mei dengan tujuan mewujudkan kemantapan
politik bagi menjaga kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka.
3. Perkembangan intelektualisme
Antara tahun 1903-1919, semakin ramai pelajar China dari luar negeri pulang ke negeri China. Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dan Tsai Yuan
Pei dari Perancis, Kuo Mojo dan Lu Shun dari Jepun dan Hu Shih serta Mon Lin dari Amerika. Dengan menggunakan Universiti Kebangsaan
Peking (Peita), Tsai Yuan Pei yang menjadi Canselor, Chen Tu Hsiu dan Hu Shih yang menjadi pensyarah, telah menyebarkan idea-idea
Barat kepada pelajar-pelajar. Mereka menyebarkan pelajar-pelajar bahawa negeri China jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemajuan
negara-negara Barat. Mereka menekankan kepada penggunaan politik, ekonomi dan pendidikan moden secara Barat untuk membentuk
sebuah negara China yang moden dari segi politik, ekonomi dan sosial.
4. Faktor luar negeri
Peristiwa yang berlaku di negeri-negeri lain turut memberi inspirasi kepada golongan nasionalis terutamanya pelajar-pelajar China. Antaranya
peristiwa penting yang memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada tahun 1917. Revolusi Bolshevik
merupakan kejayaan perjuangan rakyat Rusia menggulingkan Kerajaan Czar yang korup. Mereka telah berjaya membentuk sebuah kerajaan
yang moden dan disegani. Selain itu, revolusi sosial yang berlaku di beberapa buah negara Eropah seperti Finland, Jerman, Austria dan
Hungary serta “rusuhan beras” di Jepun pada tahun 1918 juga telah membangkitkan kesedaran rakyat China untuk menentang kerajaan.
Peristiwa-peristiwa tersebut merupakan perjuangan rakyat menentang kerajaan hasil dari rasa tidak puas hati.
5. Masalah Shantung
Semasa berlakunya Perang Dunia Pertama 1914-1918, Jepun telah mengalahkan Jerman di Shantung dan merampas konsesi Jerman di
Shantung. Pada 18 Januari 1915, Jepun telah mengemukakan tuntutan yang dikenali sebagai “21 permintaan” untuk dilaksanakan oleh
China. Penerimaan tuntutan-tuntutan tersebut akan menjadikan negeri China sebagai protektorat Jepun. Di antara tuntutan itu ialah:
a. Negeri China hendaklah berjanji tidak akan menyerahkan atau memajakkan kepada kuasa-kuasa lain mana-mana bahagian,
pelabuhan, teluk, pulau atau pantai di sepanjang negerinya.
b. Negeri China mesti mengambil penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan, ketenteraan dan pasukan polis.
c. China mesti bersetuju terhadap tuntutan yang dicapai di antara Jepun dan Jerman di Shantung.
d. China hendaklah melanjutkan tempoh pajakan Port Arthur dan khidmat keretapi Manchuria Selatan dari 25 tahun kepada 99 tahun.
e. China hendaklah mengakui pendudukan Jepun di Shantung.
f. China dan Jepun akan menjalankan usahasama dalam perusahaan besi. China tidak dibenarkan menjual besi tanpa izin Jepun atau
mendirikan perusahaan besi yang lain yang akan menjejaskan usahasama itu.
g. China mesti membeli 50% senjata dari Jepun.
Golongan pelajar menganggap tuntutan tersebut sebagai satu penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah China. Mereka mendesak supaya
Kerajaan China menolak sama sekali “21 tuntutan” tersebut. Kemarahan golongan pelajar China bertambah kerana Persidangan Damai
Versailles Januari 1919 yang dihadiri oleh pihak berikat mengiktiraf “21 tuntutan” tersebut. Persidangan Versailles Januari 1919 telah
memutuskan bahawa bekas hak-hak Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun. Keputusan Persidangan Versailles telah mengakibatkan
satu demonstrasi pelajar-pelajar di Peking pada 4 Mei 1919. Mereka menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak
Kerajaan China supaya tidak menandatangani Perjanjian Versailles. Golongan pelajar juga mendesak Kerajaan China menghukum tiga ahli
politik pro Jepun iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin yang dipercayai bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan
berkenaan oleh China.
Kebangkitan
Pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 pelajar di Peking telah mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan Persidangan Damai Versailles
mengenai Shantung. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Peking. Mereka berkumpul di
bangunan kedutaan iaitu Tien an Men dan membawa sepanduk-sepanduk seperti “Negeri China kepunyaan orang China”, “Kembalikan
Hak China di Shantung”, “Jangan Terima 21 Tuntutan”, “Hukum Semua Pengkhianat” dan sebagainya. Tunjuk perasaan menjadi
ganas apabila mereka membakar rumah pemimpin-pemimpin China yang pro Jepun seperti Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju
Lin dan mendesak mereka meletakkan jawatan. Golongan pelajar juga telah mendesak wakil China dalam Persidangan Versailles iaitu C.T.
282
Wong dan Wellington Khoo supaya jangan menandatangani Perjanjian Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919. Perjuangan
golongan pelajar mendapat simpati dari beberapa golongan masyarakat China yang lain. Akhirnya, pekedai-pekedai, pekerja-pekerja kilang
dan saudagar-saudagar mengambil bahagian. Golongan pekedai dan saudagar memulaukan barang-barang buatan Jepun sementara pekerja-
pekerja pelabuhan memulaukan kapal-kapal Jepun. Sokongan juga datangnya dari tokoh-tokoh politik seperti Sun Yat Sen pemimpin
Kuomintang yang berkuasa di Canton dan Warlord. Kerajaan mengambil tindakan menangkap 10 pemimpin pelajar dan 1150 orang pelajar
dan dipenjarakan di Penjara Peking serta di Universiti Peking. Di antara pemimpin pelajar yang ditangkap ialah Hsu Te Heng, Chang Kuo
Tao dan Yi Ken Ni. Kerajaan juga menutup maktab-maktab dan universiti-universiti di 200 bandar di negeri China.
Tindakan pelajar, pekedai, saudagar, pekerja kilang dan pekerja pelabuhan menyebabkan ekonomi China merosot dan ini
menjejaskan Kerajaan Peking. Untuk meredakan ketegangan politik, kerajaan membebaskan pelajar-pelajar yang ditangkap pada 7 Mei 1919.
Kawat juga telah dihantar kepada perwakilan China yang menghadiri Persidangan Versailles untuk menyampaikan arahan Presiden Hau Shih
Chang supaya menolak syarat-syarat Perjanjian Versailles. Perwakilan China telah diugut akan menerima hukuman jika menandatangani
perjanjian itu. Pelajar-pelajar China di Perancis turut mengambil bahagian dengan mengawasi gerak-geri perwakilan China.
Kesan-kesan
1. Pencapaian matlamat
Gerakan 4 Mei telah mencapai matlamat perjuangannya. Wakil China dalam Persidangan Damai Versailles iaitu C.T. Wong dan Wellington
Khoo tidak menandatangani Perjanjian Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919 akibat dari desakan pelajar. Tiga orang ahli politik
China yang dianggap pro Jepun dan bertanggungjawab bagi penerimaan “21 Tuntutan” Jepun oleh China iaitu Chang Tsung Hsing, Lu
Tsung Yu dan Tsao Ju Lin telah meletakkan jawatan. Dalam Persidangan Washington pada 21 November 1921, negeri Jepun telah bersetuju
untuk menarik diri dari Shantung.
2. Membangkitkan semangat kebangsaan
Gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang-orang China. Ianya merupakan saru revolusi mental di kalangan
orang-orang China yang digerakkan oleh golongan intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela kepentingan nasional China.
Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan pelajar dan intelek dari Universiti Kebangsaan Peking memainkan
peranan penting. Demonstrasi oleh pelajar-pelajar mengakibatkan demonstrasi dan permogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga telah
menganjurkan pemulauan barang-barang buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan menjejaskan perdagangan Jepun dengan
China. Perasaan anti Jepun juga bertambah di kalangan orang-orang China akibat dari Gerakan 4 Mei. Buat pertama kalinya pekerja-pekerja
China mengadakan demonstrasi-demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan bandar-bandar lain.
3. Perkembangan fahaman Komunis
Gerakan 4 Mei telah membuka jalan kepada perkembangan fahaman Komunis di negeri China. Ideologi-ideologi Barat telah menarik minat
intelek-intelek China yang merupakan pengasas Gerakan 4 Mei. Dalam tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan “Society for the Study
of Marxism” di Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakan ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Peking
seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam gerakan Komunis di negeri China. Chen
Tu Hsiu seorang pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei telah menganut fahaman Marx-Lenin dalam tahun 1920. Beliau telah menubuhkan
“Socialist Youth Corps” di Shanghai pada tahun 1920. Pada tahun tesebut juga, Li Ta Chao telah menubuhkan “Socialist Youth Corps”
di Peking. Pada tahun 1920 juga, pertubuhan-pertubuhan Marxism telah disatukan dan pada tahun 1921, Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao telah
menubuhkan Parti Komunis China dengan bantuan Comintern.
4. Memperbaiki kedudukan Kuomintang
Gerakan 4 Mei telah melemahkan kedudukan hulubalang-hulubalang yang menguasai Kerajaan China di Peking. Golongan pelajar yang
mendapat sokongan orang ramai telah menyalahkan mereka di atas kegagalan negeri China menjaga kepentingannya dalam Perjanjian
Versailles 1919. Akibat desakan orang ramai, Kabinet China yang dipimpin oleh Tuan Chi Jui terpaksa dibubarkan. Gerakan 4 Mei telah
memperbaiki kedudukan Kuomintang yang bertujuan untuk menyatukan negeri China. Akibat dari tindakan Sun Yat Sen menyokong
Gerakan 4 Mei menyebabkan Kuomintang mendapat sokongan ramai terutamanya di kalangan pelajar. Sokongan ini memberi inspirasi
kepada Sun Yat Sen untuk menegakkan kuasa Kuomintang di negeri China. Sokongan ini juga membolehkan Sun Yat Sen menyusun semula
dan memperkuatkan Kuomintang sehingga Kuomintang di bawah Chiang Kai Shek berjaya menubuhkan kerajaan baru di Nanking pada
tahun 1928.
5. Kemunculan gerakan kebudayaan baru
Gerakan 4 Mei telah mengakibatkan kemunculan Gerakan Kebudayaan Baru. Golongan intelek sama ada dari professor, guru, pelajar atau
penulis berpendapat bahawa perjuangan mereka adalah untuk membentuk satu masyarakat baru, menilai kembali tradisi China dan
memperkenalkan idea-idea Barat. Universiti Peking memainkan peranan penting menerbitkan majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang
bertujuan menyumbangkan usaha-usaha membina sebuah masyarakat China yang baru. Di antara majalah dan akhbar tersebut ialah New
Youth (Pemuda Baru), New Tide (Aliran Baru) dan Weekly Critic (Pembidas Mingguan). Para intelek seperti Chen Tu Hsiu, Lu Shun, Hu
Shih dan Lin Pan Nung telah mengkritik masyarakat tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius. Mereka telah menyokong
pembentukan negeri China yang moden yang berasaskan sains dan idea-idea Barat. Satu lagi perubahan ialah mengkaji semula ajaran
Confucius yang menjadi pegangan hidup orang-orang China. Intelek-intelek China telah terpengaruh dengan pemikiran saintifik Bertrand
Russel, John Dewey dan Thomas Huxley yang menganggap fahaman Confucius sudah tidak sesuai lagi dan perlu dihapuskan.
Gerakan 4 Mei telah mendapat perhatian dari negara-negara asing terutama di kalangan penulis. Untuk meninjau lebih lanjut mengenainya
ramai penulis Barat dan Asia telah melakukan lawatan ke negeri China. Di antara mereka ialah Bertrand Russel antara Oktober 1920 hingga
283
Julai 1921, Paul Monroe seorang penulis dari Amerika pada tahun 1921, Hans Driesh seorang ahli falsafah Jerman pada tahun 1922 dan
pujangga terkenal Rabindranath Tagore pada tahun 1923.
Kesimpulan
Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi perkembangan politik dan sosial negeri China. Negeri China
telah mengalami perubahan politik dan sosial yang mendadak selepas gerakan ini dan ianya juga telah merintis jalan kepada kemunculan
Parti Komunis China sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dewasa itu sehingga akhirnya PKC berjaya menubuhkan sebuah Kerajaan
Republik Komunis pada tahun 1949.
Masalah Kerajaan China 1927-1936
Pengenalan
Sun Yat Sen meninggal dunia pda 12 Mac 1925. Kepimpinan Kuomintang (KMT) telah berpecah kepada 2 puak, iaitu puak kiri di
bawah pimpinan Wing Ching Wei dan puak kanan di bawah pimpinan Chiang Kai Shek. Chiang Kai Shek berjaya mengambilalih
pucuk kepimpinan KMT. Beliau merupakan pengetua Akademik Whampao dan Ketua Komander Tentera KMT. Beliau dilahirkan di
wilayah Chekiang pada tahun 1887 dan menerima pendidikan ketenteraan di negara Jepun.
Masalah-masalah
Sewaktu Chiang Kai Shek mengamblialih kepimpinan parti KMT, beliau diancam oleh hulubalang-hulubalang. Semasa kematian
Sun Yat Sen, KMT belum dapat menyatukan seluruh negeri China. Sebahagian besar negara China diperintah oleh hulubalang-
hulubalang. Sebagai contoh, hulubalang Chang Tso Lin menguasai wilayah Peking, Manchuria, Shantung dan sebahagian wilayah
Chihli, hulubalang Sun Chuan Fang pula menguasai wilayah Fukien, Kiangsi, Chekiang, Kiangsu dan Anhwei dan lain-lain lagi.
Selagi hulubalang-hulubalang ini tidak ditewaskan, maka selagi itulah negara China tetap akan berpecah-belah. Justeru itu, pada bulan
Jun 1926, Chiang Kai Shek dengan seramai 85000 tentera dan dibantu oleh 6000 orang kadet dari Akademik Tentera Whampao telah
melancarkan Ekspedisi Utara bagi menentang hulubalang-hulubalang dan menyatukan negara China. Pada tahun 1928, kebanyakan
hulubalang telah dikalahkan oleh Chiang kecuali hulubalang Chang Tso Lin. Pada bulan Jun 1928, Chang Tso Lin terbunuh dalam
letupan bom di Shanghai. Anaknya Chang Hsueh Liang yang menyedari tentang mustahaknya penyatuan dan perpaduan telah tunduk
di bawah kekuasaan Chiang Kai Shek. Dengan jatuhnya Peking ke tangan tentera KMT pada tahun 1928, bermakna kempen yang
dimulakan pada tahun 1926 telah tamat. Chiang Kai Shek telah menjadikan Nanking sebagai pusat pentadbiran kerajaannya. Kerajaan
KMT yang dipimpin oleh Chiang Kai Shek ini dikenali sebagai Kerajaan Kebangsaan/Nasionalis China. Kerajaan ini mendapat
pengiktirafan kuasa-kuasa asing sebagai pemerintah negeri China sehinggalah ke tahun 1949. Kerajaan ini menghadapi pelbagai
masalah besar. Masalah ini menyebabkan Chiang Kai Shek gagal mewujudkan sebuah kerajaan yang mantap dan stabil.
Masalah semasa yang utama ialah hendak menghancurkan pengaruh Komunis di China. Perikatan KMT-PKC tidak pernah
disenangi oleh Chiang Kai Shek yang anti-Komunis. Chiang Kai Shek berasa bimbang terhadap pengaruh Komunis yang semakin
berkembang dan yakin bahawa perjuangan mereka adalah untuk mengambilalih kuasa di China. Justeru itu, pada tahun 1927, Chiang
Kai Shek merasakan kerjasama dengan golongan Komunis tidak diperlukan lagi dan mengambil keputusan menyingkirkan mereka
dan penentang-penentang dari KMT. Beliau bertindak menjalankan kempen anti-Komunis dengan cara menindas dan membunuh
ramai Komunis dan golongan yang menyokong Komunis di Shanghai, Nanking, Foochow dan Canton.
Tindakan Chiang Kai Shek menyingkirkan Komunis telah menimbulkan kemarahan mereka. Pada 1 Ogos 1927, golongan
Komunis yang dibantu oleh tentera dan petani cuba merampas kuasa di Nanking, tetapi gagal. Pada November 1927, Komunis berjaya
menguasai Canton selama 3 hari sahaja. Dalam tempoh 3 hari, kira-kira 15000 terbunuh dan kerosakan dianggarkan kira-kira $250
yuan. Pada tahun 1928, Mao Tse Tung telah menjadikan Yuichin di Kiangsi sebagai pusat pentadbiran. Pelbagai usaha dan
pemberontakan dijalankan oleh Komunis untuk menentang Chiang Kai Shek, tetapi semuanya gagal.
Chiang menumpukan perhatiannya untuk menghapuskan Komunis dan untuk tujuan tersebut, beliau telah meminta bantuan
Jerman. Dengan bantuan Jerman, Chiang Kai Shek telah memulakan serangannya ke atas kedudukan Komunis di negeri China.
Antara tahun 1930-1934, Chiang Kai Shek telah melancarkan serangan ke atas kedudukan Komunis. Namun begitu, kedudukan
Chiang dan KMT agak terancam apabila tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Manchuria pada tahun 1931. Tentera KMT tidak
dapat mempertahankan China dari serangan Jepun sedangkan tentera Jepun sudah mendekati bandar Peking. Oleh sebab tidak ada
jalan lain, Chiang Kai Shek telah mengadakan gencatan senjata dengan Jepun. Dengan perdamaian ini bermakna Chiang Kai Shek
dapat meneruskan usahanya menentang Komunis.
Pada tahun 1934, Chiang telah melancarkan serangan kelimanya ke atas pangkalan tentera Komunis di Juichin, Hunan,
Kiangsi yang menyebabkan pihak Komunis mengalami kekalahan teruk. Pada 15 Oktober 1934, Mao Tse Tung bersama-sama 8500
tentera dan 15000 kerajaan dan parti telah berundur dari Juichin ke Shensi Utara sejauh 12800 km/6600 batu dalam peristiwa yang
dikenali sebagai “Perjalanan Jauh Dengan Berbarisan”/”Long March”. Mereka tiba di Shensi Utara pada bulan Oktober 1935 yang
mengorbankan kira-kira 70000 orang. Mao Tse Tung telah mengisytiharkan “Republik Raykat Soviet China”dan Yunan dijadikan
sebagai pusat pemerintahan.
Chiang berusaha untuk menghapuskan Parti Komunis China (PKC) dengan cara memerintah Chang Hsueh Liang tetapi
beliau enggan. Sebaliknya beliau bertindak bekerjasama dengan Komunis untuk menentang Jepun. Chiang mengeluarkan arahan
supaya Chang ditangkap, malangnya tindakan Chiang telah menimbulkan perbalahan. Akhirnya, Chiang telah diculik. Chiang
dibebaskan atas jasa baik T.V. Sang dan Puan Chiang. Persetujuan telah dicapai di mana Chiang diminta menghapuskan polisinya
untuk menghapuskan Komunis dan menubuhkan pakatan bersatu dengan Komunis menentang Jepun. Untuk merapatkan lagi
hubungan dan kerjasama, pada tahun 1937, Chiang telah menjemput pihak Komunis menghadiri kongres rakyat. Dalam kongres
tersebut datu perlembagaan baru telah digubal.
Satu lagi masalah besar yang dihadapi oleh China ialah tekanan pengaruh asing iaitu kuasa-kuasa Barat dan Jepun. China
terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang berat sebelah. Melalui perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat dan Jepun
menikmati kemudahan tarif dan wilayah asingan sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Hal ini amat menjejaskan kedaulatan China.
284
Kerajaan nasionalis yang dipimpin oleh Chiang berusaha menghapuskan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dengan kuasa-
kuasa Barat dan Jepun untuk membebaskan China dari cengkaman tersebut.
Pada 7 Julai 1928, kerajaan nasionalis telah mengisytiharkan tamatnya tarif bagi kuasa-kuasa Barat di China. Menjelang
tahun 1933, China telah memperolehi semula autonomi tarifnya dari kuasa-kuasa Barat. Menjelang akhir tahun 1930-an, hanya
Britain, Jepun, Perancis dan Amerika yang masih mengekalkan hak wilayah asingan di China. Perjanjian-perjanjian dengan kuasa-
kuasa Barat hanya dapat dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1943.
Perluasan kuasa Jepun di negeri China pada tahun 1930-an telah mengancam kedudukan kerajaan nasionalis. Pada tahun
1931, Jepun telah menyerang dan menawan Manchuria. Sementara pada tahun 1937, Perang China-Jepun Kedua telah meletus.
Pencerobohan Jepun menyebabkan Chiang terpaksa membahagikan tenteranya untuk melindungi Peking dan Nanking semasa
menyerang PKC. Hal ini bererti Chiang tidak dapat menggunakan sepenuhnya kekuatan tenteranya bagi menghapuskan pengaruh
PKC. Hal ini menjejaskan peluang kerajaan nasionalis kejayaan.
Chiang lebih mengutamakan usaha-usaha menghapuskan PKC daripada menentang pencerobohan Jepun. Hal ini
menyebabkan KMT dan kerajaan nasionalis mula kehilangan kepercayaan dan sokongan rakyat. Malahan, ia telah membawa kepada
perpecahan tentera kerajaan nasionalis.
PKC sebaliknya menggunakan peluang ini untuk melaungkan perikatan KMT-PKC bagi mempertahankan China dari
serangan Jepun. Tindakan PKC ini menyebabkan PKC menjadi semakin popular di kalangan rakyat China.
Pencerobohan Jepun juga menambahkan lagi kemerosotan ekonomi China kerana kerajaan nasionalis terpaksa berhadapan
dengan ancaman Jepun terlebih dahulu dengan hasil ekonominya. Hal ini menyebabkan reformasi sosial terpaksa diabaikan. Hal ini
juga menyebabkan kaum petani telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan nasionalis dan sebaliknya semakin ramai bertindak
menyokong PKC kerana PKC berjaya menubuhkan sistem pemerintahan dan melancarkan reformasi tanah untuk kaum petani.
Pada tahun 1937, PKC telah menjalinkan perikatan dengan KMT untuk menentang Jepun. Kesempatan ini digunakan oleh
PKC untuk mengembalikan pengaruhnya di negeri China, meluaskan pangkalannya, mengatur strategi untuk meluaskan kawasan
penaklukan dan seterusnya merampas kuasa dari KMT.
Ringkasannya, pencerobohan Jepun merupakan satu faktor dan masalah utama yang melemahkan KMT sehingga
membolehkan PKC mendirikan kerajaan Komunis di China pada tahun 1949.
Cara-cara
Perang China-Jepun telah mengurangkan tekanan KMT ke atas PKC. Semasa Perang China-Jepun, PKC telah mencadangkan
penyatuan KMT dengan PKC bagi mempertahankan China daripada serangan Jepun. Dengan itu, pada bulan September 1937, PKC
dan KMT bersetuju untuk berdamai bagi mempertahankan China daripada serangan Jepun. Denagn wujudkan pakatan bersama
menentang Jepun, ini bererti KMT telah menamatkan permusuhannya dengan PKC. Perikatan ini telah mengurangkan tekanan KMT
kepada PKC dan ini memberi peluang kepada PKC untuk mengukuhkan kedudukannya dan meluaskan pengaruhnya di China.
Sedangkan KMT terpaksa menumpukan perhatiannya terhadap serangan Jepun.
Peperangan antara China dengan Jepun selama 8 tahun (1937-1945) telah melemahkan kekuatan tentera KMT kerana
peperangan ini merupakan peperangan antara KMT dengan Jepun. Jepun telah lebih menumpukan serangan ke atas KMT,
memandangkan KMT-lah yang menerajui Kerajaan China ketika meletusnya Perang China-Jepun. Kekuatan tentera KMT telah
digerakkan untuk menentang Jepun. Hal ini menyebabkan ramai daripada tenteranya telah terkorban. Sebahagian besar daripadanya
terdiri daripada anggota tentera yang berpengalaman dan cukup terlatih. Sebagai contoh, KMT telah kehilangan pasukan-pasukan
tentera yang handal seperti Rejimen ke-87 dan Rejimen ke-88.
Perang China-Jepun juga menyebabkan kedudukan kewangan KMT mengalami kemerosotan. Penaklukan bandar-bandar dan
pelabuhan-pelabuhan utama oleh Jepun menyebabkan Kerajaan KMT kehilangan sokongan dan bantuan kewangan daripada golongan
hartawan, peniaga dan pedagang-pedagang China. Sumber-sumber pendapatan utama yang bepunca daripada perdagangan,
perusahaan dan cukai-cukai kastam di bandar-bandar dan pelabuhan-pelabuhan utama telah terputus akibat penaklukan Jepun. Dengan
itu, hasil Kerajaan KMT menjadi semakin berkurangan.
Banyak sumber ekonomi seperti perlombongan, pelabuhan dan kilang telah musnah akibat peperangan. Di samping itu,
peperangan dengan Jepun juga memerlukan peruntukan yang tinggi. Selepas perang tamat, Kerajaan KMT terpaksa mengambil masa
yang panjang untuk memulihkan sumber-sumber ekonomi yang telah lumpuh. Pihak KMT terpaksa memperbaiki segala kerosakan
akibat peperangan dengan menggunakan belanja yang besar. Lantaran itu, Kerajaan KMT telah mencetak mata wang dengan
berlebihan. Tindakan ini menyebabkan berlakunya inflasi. Dengan ini, harga barangan China telah meningkat sebanyak 2 kali ganda
sebagai 67 kali antara bulan Jun 1946 hingga Ogos 1947 (30% sebulan). Pada tahun 1947, nilai mata wang China dibandingkan
dengan US$ ialah 1:45000 yuan. Keadaan inflasi ini menyebabkan kemerosotan pengaruh KMT di kalangan orang China.
Korupsi dalam Kerajaan KMT telah bertambah semasa meletusnya Perang China-Jepun. Semasa perang ini, China
mengalami kemerosotan ekonomi. Bagi memulihkan ekonomi China, Amerika telah memberi bantuan kepada Kerajaan KMT. Namun
begitu, bantuan Amerika kepada KMT tidak dapat memulihkan ekonomi China. Keadaan ini berlaku kerana pegawai-pegawai
Kerajaan KMT tidak cekap dan kegiatan korupsi di kalangan pegawai-pegawai semakin bertambah semasa perang ini. Faktor korupsi
ini telah menjatuhkan maruah KMT di kalangan orang China. Dengan itu, ramai askar-askar KMT telah melarikan diri dan menyertai
PKC.
285
Peperangan selama 8 tahun berturut-turut dengan Jepun telah menyebabkan tentera KMT penat dan bosan. Keadaan ini
telah melemahkan semangat askar-askar KMT. Lantaran itu, ramailah askar-askar KMT meninggalkan medan peperangan. Dengan
ini, mulai tahun 1943, KMT tidak lagi menyerang tentera Jepun di China. Hal ini telah menjatuhkan imej KMT sebagai pembela
tanahair.
Sejak dari tahun 1930-an hingga 1945, Kerajaan KMT menghadapi cabaran PKC dan pencerobohan Jepun. Ancaman dari
PKC dan Jepun ini telah menyebabkan Kerajaan KMT terpaksa menghabiskan sebahagian besar kewangan, tenaga dan masa untuk
mengukuhkan angkatan tenteranya. Keadaan ini telah menghalang KMT daripada melancarkan reformasi sosial dan ekonomi. Hal ini
menyebabkan KMT gagal memperbaiki nasib golongan petani China. Jadi, KMT telah kehilangan golongan kaum petani China yang
bertindak menyokong PKC.
Selepas perang, Kerajaan KMT telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan ekonomi seperti bidang kewangan,
perusahaan, memperbaiki sistem perhubungan dan lain-lain yang lebih menguntungkan kelas pedagang, perusahaan dan golongan
kapitalis. Hal ini bererti ekonomi KMT banyak bergantung kepada perdagangan, perusahaan dan cukai kastam yang berpusat di
kawasan pantai yang jauh dari kawasan pedalaman. Kekuatan ekonomi KMT bukan berdasarkan sumber pertanian. Hal ini
menyebabkan Kerajaan KMT tidak berusaha untuk memajukan bidang pertanian dan meninggikan taraf hidup rakyat khasnya
golongan petani yang merupakan golongan terbesar. Hal ini menyediakan peluang keemasan kepada PKC untuk mempergunakan
golongan petani.
Imej dan pengaruh KMT telah merosot sebelum meletusnya Perang China-Jepun. Hal ini berlaku disebabkan penindasan dan
paksaan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai KMT. Misalnya, petani dipaksa membayar cukai yang tinggi. Tindakan ini sudah pasti
menambahkan beban hidup golongan petani dan golongan yang berpendapatan rendah. Dari hari kepercayaan rakyat terhadap KMT
telah hilang. Sungguhpun selepas perang, KMT berkuasa, tetapi orang-orang China mensifatkan mereka sebagai penakluk baru, bukan
sebagai pembebas tanahair. Pegawai-pegawai Kerajaan KMT telah melakukan penindasan terhadap orang-orang China yang dianggap
tidak setia dan pembelot. Pegawai-pegawai KMT lebih berminat untuk mengumpulkan harta benda yang ditinggalkan oleh Jepun.
Mereka telah mengabaikan rancangan dan usaha untuk memperbaiki taraf hidup yang sekian lama terbiar akibat dari peperangan.
Keadaan ini dipergunakan oleh pihak Komunis untuk mengeksploitasi fikiran rakyat di wilayah-wilayah yang mundur.
Perang China-Jepun telah menambahkan kepopularan PKC di kalangan orang-orang China. PKC telah muncul sebagai
pejuang kebangsaan, apabila PKC mencadangkan penyatuan PKC dengan KMT bagi menghadapi serangan Jepun ke atas China.
KMT yang berada dalam keadaan serba-salah terpaksa menerima cadangan PKC, walaupun rancangan ini memberi faedah yang lebih
kepada perjuangan PKC.
Imej PKC di kalangan rakyat adalah tinggi ketika meletusnya Perang China-Jepun kerana PKC dianggap sebagai juara dan
penyelamat kedaulatan China. Tentera PKC telah menunjukkan perjuangan yang gigih dan berjaya menanam semangat anti-Jepun di
kalangan orang-orang China. PKC menjadi semakin popular apabila masih meneruskan serangan secara gerila ke atas tentera Jepun
selepas tahun 1943, berbandingkan dengan KMT yang telah memberhentikan serangannya ke atas Jepun pada masa itu.
Kelemahan KMT menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan dan bosan dengan perjuangannya. Ketidakyakinan ini tidak
sahaja lahir dari golongan rakyat biasa, malah juga dari golongan intelek. Jadi, rakyat dan golongan intelek mula berpaling kepada
Komunis yang berjaya menanam semangat nasionalisme yang kuat di kalangan mereka. PKC menjadi semakin popular di kalangan
golonagn petani dan intelek melalui rancangan-rancangan pembaharuan ekonomi dan sosialnya di wilayah-wilayah yang dikuasai
antara tahun 1937-1945. Sebagai contoh, PKC telah melancarkan rancangan pembaharuan pertanian. Melalui rancangan ini, tanah-
tanah yang dirampas di wilayah Hunan dibahagikan kepada petani-petani China. Sementara di tempat-tempat lain, PKC telah
menetapkan kadar sewa tanah kepada 37.5% daripada jumlah hasil tanaman. Di samping itu, PKC juga telah mengambil langkah-
langkah lain seperti menubuhkan koperasi, dan menurunkan kadar faedah bagi pinjaman untuk meningkat pengeluaran pertanian.
Kepercayaan rakyat terhadap PKC juga dipengaruhi oleh ketabahan, ketokohan, kesabaran dan semangat perjuangan yang
ada pada diri pemimpin-pemimpin mereka. Mereka juga menunjukkan semangat berjiwa rakyat dengan cara turut serta melakukan
satu-satu rancangan dan cuba membantu serta bersimpati dengan penderitaan hidup yang dialami oleh rakyat. Sifat-sifat ini berbeza
dengan pemimpin-pemimpin parti KMT.
PKC juga mendapat sokongan golongan intelegensia kerana perjuangannya adalah untuk memelihara kedaulatan China dan
memperbaiki taraf hidup rakyat. Golongan intelegensia tertarik dengan cadangan-cadangan PKC untuk mengatasi masalah-masalah di
China dan sikap anti-imperialismenya. Kepopularan PKC jelas terlihat apabila bilangan ahlinya telah meningkat daripada 40000 pada
tahun 1937 kepada 1.2 juta orang pada tahun 1945.
Perang China-Jepun juga membolehkan PKC menguasai daerah-daerah luar bandar khasnya di bahagian-bahagian China
Utara dan China Tengah yang berjumlah penduduk seramai 70-90 juta orang. Pengaruh PKC ketika dan selepas Perang China-Jepun
semakin bertambah disebabkan mereka mendapat sokongan dan bantuan daripada rakyat khasnya golongan petani di kawasan luar
bandar. Sedangkan tentera KMT pada masa itu bermati-matian menentang serangan Jepun khasnya dk kawasan-kawasan bandar dan
pelabuhan-pelabuhan utama. Hal ini menyebabkan kawasan luar bandar terpaksa diabaikan.
Perang China-Jepun juga membolehkan PKC menambahkan kekuatan tenteranya. Hal ini disebabkan PKC mengatur strategi
peperangan dengan bijak. Semasa Perang China-Jepun, PKC lebih tertumpu di wilayah-wilayah Barat Laut China yang kurang
diserang oleh Jepun. Selain itu, PKC seboleh-bolehnya cuba mengelakkan daripada berperang secara terbuka dengan tentera Jepun.
PKC sekadar membuat serangan hendap yang kecil terhadap Jepun. Justeru itu, PKC tidak kehilangan ramai askarnya semasa
meletusnya Perang China-Jepun (1937-1945).
Perang China-Jepun juga membolehkan PKC menambahkan kekuatan tenetranya. PKC telah mengambil ramai rekrut-rekrut
baru khasnya dari golongan petani. Bilangan tentera PKC telah bertambah dari 80000 orang (1937) kepada 910000 orang pada tahun
1945. Teras kekuatan dan pertahanan tentera PKC ialah anggota yang terlatih, berdisiplin dan teratur. Mereka bermoral tinggi dan
komited terhadap perjuangan Komunis.
Semasa Perang China-Jepun, kekuatan PKC di Machuria semakin bertambah apabila pihak Rusia membenarkan PKC
mengambil senjata-senjata dan wilayah-wilayah yang ditinggalkan oleh tentera Jepun selepas tamatnya peperangan. Rusia juga
membantu PKC merampas kuasa dan mengukuhkan kekuatannya di Manchuria. Bantuan ini telah membantu PKC dalam kempennya
286
menentang kerajaan nasionalis dalam tahun 1946-1949. Dari Manchuria bermulanya kejayaan PKC menawan wilayah-wilayah
China satu demi satu.
Kesimpulan
Sebenarnya, Perang China-Jepun telah membolehkan PKC merombak organisasinya, memasukkan rekrut baru dan meluaskan
pengaruhnya di kalangan kaum petani serta bersedia untuk memerangi KMT selepas Perang Dunia Kedua untuk menegakkan
kerajaan Komunis di China.
Faktor-faktor
Perjanjian Sun-Joffe yang ditandatangani antara Sun Yat Sen dengan pihak Komunis Rusia pada tahun 1923 merupakan titik tolak ke
arah kejayaan PKC. Melalui kerjasama tersebut, PKC yang baru diasaskan pada tahun 1921 telah dapat berkembang dengan pesat di
bawah naungan KMT. Hal ini jelas terbukti dengan bertambahnya keahlian PKC begitu pesat sekali. Malahan KNT sendiri hampir-
hampir dikuasai oleh Komunis jika Chiang Kai Shek tidak mengambil tindakan menghapuskan anasir-anasir Komunis di dalam KMT
dan seterusnya menamatkan kerjasama antara KMT-PKC pada tahun 1927.
PKC juga mempunyai pemimpin yang baik dan berdedikasi seperti Mao Tze Tung dan Chu Teh. Mao Tze Tung adalah
teraju utama yang mempunyai strategi perjuangan yang bersama dengan Komunis Rusia dan pemimpin-pemimpin lain dalam PKC.
Beliau berpendapat PKC perlu menyatukan sebuah masyarakat China, bukan sekadar kaum buruh sahaja, tetapi juga petani dengan
cara menghasut mereka menentang tuan-tuan tanah. Mao Tze Tung memilih kawasan pergunungan berhampiran Juichin yang terletak
di sempadan Hunan-Kiangsi sebagai kawasan operasinya. Pengaruh PKC semakin bertambah di bawah kepimpinan Mao Tze Tung.
Selain itu, pemimpin-pemimpin PKC yang lain termasuklah Mao Tze Tung tidak mudah putus asa walaupun mereka mengalami
kekalahan demi kekalahan kepada tentera KMT di peringkat awal.
Perjalanan Jauh/Long March yang dijalankan oleh Mao Tze Tung dan penyokong-penyokongnya semasa berundur dari
Kiangsi dengan seramai 80000 orang tentera, 15000 pegawai kerajaan dan parti yang bermula dari Juichin ke Shensi Utara sejauh
12800 km telah tiba pada Oktober 1935 mengorbankan kira-kira 70000 orang. Perjalanan ini telah meninggalkan beberapa implikasi
yang menarik mengenai sejarah ketahanan manusia dalam menghadapi pelbagai cabaran dengan berjalan kaki selama setahun yang
telah memperlihatkan kejayaan Mao Tze Tung menanamkan semangat gigih dan disiplin yang tinggi di kalangan pengikut-
pengikutnya. Perjalanan ini juga memberi kesempatan kepada PKC untuk menyebarkan ideologi Komunis di kalangan rakyat dan
berjaya memisahkan PKC dari kongkongan Moscow. Mao Tze Tung telah muncul sebagai pemimpin yang tidak boleh dipertikaikan
dan mulai tahun 1935, PKC benar-benar berorientasikan China dan bukannya Moscow lagi.
Asas kejayaan PKC ialah kekuatan tentera dan strategi peperangan yang baik. tentera PKC adalah terlatih, berdisiplin dan
teratur. Mereka bermoral tinggi dan komited terhadap perjuangan Komunis. Bilangan tentera PKC telah bertambah daripada 80000
pada tahun 1937 kepada 910000 pada tahun 1945. Pertambahan bilangan tentera PKC adalah disebabkan oleh PKc amat bijak
mengatur strategi dalam menghadapi serangan Jepun. PKC seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada peperangan secara terbuka
dengan Jepun. PKC sekadar membuat serangan hendap yang kecil terhadap Jepun. Selain itu, PKC juga bertumpu di wilayah-wilayah
Barat Laut China yang kurang diserang oleh Jepun. Dengan demikian, PKC tidak mengalami kehilangan askar yang ramai semasa
serangan Jepun ke atas China pada tahun 1937-1945.
Perang China-Jepun membolehkan PKC mengambil rekrut-rekrut baru di kalangan golongan petani. Perang ini juga
membolehkan PKC menguasai daerah-daerah luar bandar di China Utara dan Tengah yang berjumlah penduduk seramai 70-80 juta
orang. Justeru itu, menjelang bulan Jun 1947, bilangan tentera, senapang dan meriam PKC dengan KMT hampir-hampir sama.
Keadaan ini menyenangkan usaha-usaha PKC untuk merampas kuasa di China.
Selepas Perang China-Jepun, PKC telah berjaya mengatur strategi-strategi dan teknik-teknik peperangan dengan baik. PKC
telah melanggarkan serangan secara gerila ke atas garisan-garisan KMT yang terpencil antara tahun 1946-1948. Tindakan ini
menyebabkan PKC berjaya menguasai daerah-daerah luar bandar dan memutuskan saluran makanan dan perhubungan KMT yang
berpusat di bandar-bandar. Dengan ini, tentera KMT di bandar terkepung dan mudah ditewaskan. Kebijaksanaan PKC menyusun
strategi tentera jelas kelihatan dalam Perang Hsuchow yang berlaku antara bulan Oktober sehingga Disember 1948. Askar-askar KMT
yang dikepung oleh askar-askar PKC terpaksa menyerah diri.
PKC juga menubuhkan pasukan propaganda iaitu United Front Cadres yang menjalankan propaganda di kalangan rakyat di
kawasan yang dikuasai oleh KMT dan pasukan Friendly Armie’s yang ditugaskan menyusup masuk ke dalam pasukan tentera KMT.
Rusia sentiasa memberi bantuan kepada PKC sejak penubuhannya pada tahun 1921. Keadaan ini dapat dilihat melalui
tindakan Rusia memberikan bantuan kepada PKC dengan membenarkan mereka memperoleh senjata dan kelengkapan perang yang
ditinggalkan oleh Jepun di Manchuria. Dengan bantuan Rusia, PKC telah berjaya merampas kuasa dan menduduki Manchuria.
Bantuan ini telah membantu PKC dalam kempen mereka menentang kerajaan nasionalis pada tahun 1946-1949.
Tentera KMT tidak berciri-ciri disiplin dan semangat yang tinggi seperti PKC, malahan semakin merosot. Keadaan ini
wujud kerana askar-askar KMT sudah lama mengalami peperangan iaitu sejak KMT mula ditubuhkan lagi. Hal ini menyebabkan
askar-askar KMT letih dan bosan. Ia secara sulit tidak langsung telah melemahkan semangat perjuangan mereka. Justeru itu, mulai
penghujung tahun 1943, KMT tidak menyerang tentera Jepun di China.
Tambahan pula, semasa Perang China-Jepun (1937-1945), KMT mengalami kehilangan askar yang ramai berbandingan
dengan PKC. Hal ini disebabkan Jepun lebih menumpukan serangannya ke atas KMT, memandangkan KMT-lah yang menerajui
287
Kerajaan China ketika meletusnya Perang China-Jepun. KMT telah kehilangan anggota tentera yang berpengalaman dan cukup
terlatih seperti pasukan ke-87 dan ke-88.
Organisasi tentera KMT yang lemah. Tenteranya terbahagi kepada beberapa golongan komander-komander yang cekap
tetapi tidak termasuk golongan Whampao telah diberi jawatan-jawatan yang tidak penting. Hal ini telah melemahkan kedudukan
KMT.
Strategi-strategi dan teknik-teknik tentera KMT adalah lemah. Tenteranya berselerak dan tertumpu di bandar-bandar sahaja.
Sementara kawasan-kawasan luar bandar telah diabaikan. Hal ini membolehkan PKC menguasai kawasan-kawasan luar bandar dan
mengepung tentera KMT di bandar-bandar dengan cara memutuskan saluran perhubungan dan bekalan. Sementara pemimpin-
pemimpin tentera KMT, bukan sahaja tidak cekap tetapi korupsi. Hal ini menyebabkan ramai askar KMT melarikan diri dan berpaling
tadah dengan menyertai tentera PKC.
PKC menjadi semakin popular di kalangan orang China khasnya golongan petani dan intelegensia. Hal ini merupakan
faktor penting kejayaan PKC di China. Perang China-Jepun telah menambahkan kepopularan PKC. PKC telah muncul sebagai
pejuang kebangsaan, apabila PKC mencadangkan penyatuan KMT dengan PKC untuk mempertahankan China dari serangan Jepun.
KMT yang berada dalam keadaan serba salah terpaksa menerima cadangan PKC. Jadi, pada bulan September 1937, PKC dan KMT
telah bersetuju untuk berdamai bagi mempertahankan China dari serangan Jepun. Dengan wujudnya pakatan bersama menentang
Jepun, bererti KMT telah menamatkan permusuhannya dengan PKC. Suasana seperti ini telah memberi peluang kepada PKC untuk
mengukuhkan diri dan meluaskan pengaruhnya di China.
Imej PKC sebagai pejuang kebangsaan semakin meningkat dan bertambah popular apabila PKC meneruskan serangan gerila
ke atas Jepun selepas tahun 1943. Sedangkan KMT yang sangat lemah ketika itu tidak lagi menyerang tentera Jepun di China kerana
terlalu letih dan bosan akibat terlalu lama berperang.
Rancangan dan strategi PKC dalam memenangi hati rakyat semasa Perang China-Jepun (1937-1945) telah menjadikan PKC
semakin popular di kalangan golongan petani dan intelegensia. PKC mendapat sokongan petani melalui rancangan pembaharuan
pertanian. Di bawah rancangan ini, PKC telah merampas tanah-tanah di wilayah Hunan dan kemudiannya dibahagikan semula kepada
petani-petani. Selain itu, PKC telah menubuhkan koperasi-koperasi dan menurunkan kadar faedah bagi pinjaman untuk meningkatkan
keperluan pengeluaran pertanian. Golongan petani juga digalakkan mengambil bahagian dalam pentadbiran tempatan. Selain itu,
pemimpin-pemimpin dan askar-askar PKC juga mewujudkan hubungan yang baik dengan petani-petani. Mereka mengikut corak
penghidupan yang sama seperti rakyat. Keadaan ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin parti KMT. Hal-hal seperti inilah yang
menambahkan kepopularan PKC di kalangan petani-petani China. Justeru itu, sebahagian besar daripada mereka telah menyertai
PKC.
PKC juga mendapat sokongan golongan intelegensia yang berpendapat ianya berjuang untuk kebajikan rakyat. Mereka
tertarik dengan perjuangan PKC untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan memelihara kedaulatan China. Golongan intelegensia
tertarik dengan dasar PKC untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh China berhubung dengan tekanan dunia antarabangsa,
khasnya imperialisme Barat dan Jepun. Kepopularan PKC jelas terbukti dengan peningkatan keahliannya dari kira-kira 40000 orang
pada tahun 1937 kepada 1.2 juta orang pada tahun 1945.
Rakyat China telah hilang keyakinan terhadap KMT sebagai ejen yang berkesan dalam pembinaan semula negara. KMT
telah gagal memperbaiki taraf hisup petani-petani China. Keadaan ini berlaku kerana KMT menghadapi masalah kewangan semasa
meletusnya Perang China-Jepun. Penaklukan bandar-bandar dan pelabuhan-pelabuhan utama oleh Jepun menyebabkan KMT
kehilangan sokongan dan bantuan kewangan daripada golongan hartawan, peniaga dan pedagang China. Lagipun, sumber pendapatan
utama kerajaan KMT yang sebahagian besarnya berpunca dari perdagangan, perusahaan dan cukai-cukai kastam di bandar-bandar
utama dan pelabuhan-pelabuhan penting juga terjejas akibat penaklukan Jepun. Selain itu, KMT terpaksa menghabskan sebahagian
besar kewangan, tenaga dan masa untuk mengukuhkan angkatan tenteranya. Keadaan ini menghalang KMT daripada melancarkan
reformasi sosial dan ekonomi. Hal ini menyebabkan KMT gagal memperbaiki nasib golongan petani China. Lantaran itu, KMT telah
kehilangan sokongan petani China yang bertindak menyokong PKC.
KMT juga tidak berjaya mencegah inflasi yang disebabkan perbelanjaan tentera yang tinggi dan kemerosotan ekonomi serta
pengeluaran mata wang yang berlebihan. Semasa Perang China-Jepun, banyak kegiatan ekonomi telah musnah seperti perlombongan,
pelabuhan, kilang dan lain-lain. Selain itu, peperangan dengan Jepun juga memerlukan peruntukan yang tinggi. Bagi memulihkan
semula sumber ekonomi China, KMT terpaksa menggunakan perbelanjaan yang besar. Lantaran itu, kerajaan KMT terpaksa
mencetak mata wang dengan berlebihan. Tindakan ini menyebabkan berlakunya inflasi di mana harga barangan telah meningkat dua
kali ganda sebanyak 67 kali antara bulan Jun 1946 sehingga Ogos 1948. Pada pertengahan tahun 1947, nilai mata wang China
berbanding Dollar Amerika ialah 45000:1. Keadaan ini sudah tentulah menyulitkan kehidupan rakyat China yang sedang hidup
menderita. Justeru itu, terdapat kepercayaan umum bahawa KMT telah hilang mandat dari syurga untuk memerintah China.
Korupsi dan rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin tentera KMT telah bertambah semasa
meletusnya Perang China-Jepun. Semasa perang ini, China mengalami kemerosotan ekonomi. Bagi memulihkan ekonomi China,
Amerika telah memberi bantuan kepada kerajaan KMT. Namun begitu, bantuan Amerika kepada KMT tidak dapat memulihkan
ekonomi China. Kebanyakan bantuan kewangan Amerika telah disalahgunakan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-
pemimpin tentera KMT. Selain itu, peralatan senjata dan bekalan perubatan KMT telah dijual kepada PKC oleh pegawai-pegawai
KMT sendiri. Faktor korupsi ini telah menjatuhkan maruah KMT di kalangan orang-orang China yang menyebabkan rakyat China
hilang kepercayaan dan kesetiaan kepada KMT.
Selepas perang, kerajaan KMT telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan ekonomi seperti dalam bidang
kewangan, perusahaan, memperbaiki pehubungan dan lain-lain yang lebih menguntungkan kelas pedagang, pengusaha dan golongan
kapitalis. Hal ini bererti ekonomi KMT banyak bergantung kepada perdagangan, perusahaan dan cukai kastam yang berpusat di
kawasan pantai yang jauh dari kawasan pedalaman. Hal ini menyebabkan kerajaan KMT tidak berusaha untuk memajukan bidang
pertanian dan meninggikan taraf hidup golongan petani yang merupakan golongan terbesar. Keadaan ini menyediakan peluang
keemasan kepada PKC untuk mempergunakan golongan petani.
288
Imej dan pengaruh KMT telah merosot sebelum meletusnya Perang China-Jepun. Hal ini disebabkan oleh penindasan
dan paksaan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai KMT. Misalnya, petani dipaksa membayar cukai yang tinggi. Tindakan ini sudah
tentu menambahkan beban hidup golongan petani dan golongan yang perpendapatan rendah.
Selepas Jepun menyerah kalah, tentera KMT mula masuk ke kawasan yang dahulunya diduduki oleh Jepun dan bersikap
sebagai penakluk baru, bukan sebagai pembebas tanahair. Mereka melayan penduduk China dengan sikap yang angkuh dan
penghinaan. Pegawai-pegawai KMT telah melakukan penindasan terhadap orang-orang China yang dianggap tidak setia dan
pembelot. Pegawai kerajaan KMT lebih berminat untuk mengumpul harta benda yang ditinggalkan oleh Jepun. Mereka terpaksa
mengabaikan rancangan dan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang sekian lama terbiar akibat peperangan. Keadaan ini
dipergunakan oleh PKC untuk mengeksploitasikan fikiran rakyat di wilayah-wilayah yang mundur.
Selepas perang, KMT gagal memperbaiki taraf hidup rakyat China, khasnya golongan petani. KMT juga membenarkan tuan-
tuan tanah mengenakan kadar cukai yang tinggi ke atas rakyat khasnya golongan petani. Pengaruh KMT di kalangan golongan
peniaga juga merosot selepas Perang China-Jepun, apabila KMT mengenakan bayaran-bayaran yang tinggi ke atas firma-firma
swasta. Sementara golongan intelegensia pula telah menarik diri dari KMT akibat tentangan-tentangan KMT terhadap pembaharuan-
pembaharuan yang dilaksanakan dan pemerintahan dictator yang diamalkan oleh KMT.
Kesimpulan
PKC akhirnya telah berjaya merampas kuasa dari KMT pada tahun 1949. Dengan kekalahan ini tentera KMT telah berundur ke
Taiwan. PKC seterusnya telah mengisytiharkan penubuhan KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA pada 1 Oktober 1949.
Negara Jepun
Kejatuhan Shogun Tokugawa
Pengenalan
Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya itu maka pada
tahun 1603, Maharaja Jepun memberi gelaran “Shogun” kepadanya. Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun dari keluarga Tokugawa.
Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan Shogun Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari Maharaja sehingga Shogun Tokugawa yang
benar-benar berkuasa di Jepun. Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan tidak dibenarkan
bergiat dalam urusan pentadbiran.
Kesimpulan
Faktor dalam negeri merupakan faktor utama yang membawa kepada kejatuhan Tokugawa. Shogun Tokugawa telah berjaya berkuasa
kira-kira lebih dari dua abad setengah. Pada peringkat awal pemerintahan Tokugawa telah mencapai beberapa kemajuan. Tetapi
kejayaan lebih besar telah dicapai semasa pemerintahan Meiji. Dalam zaman Meiji, Jepun mula memasuki dunia moden dan dalam
masa yang sangat singkat Jepun mencapai taraf yang sama dengan negara-negara Barat, baik dalam bidang ekonomi mahupun dalam
bidang ketenteraan.
Sebab-sebab berlaku
1. Perasaan dendam sepoi-sepoi
Tentera Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dari Rajput mencetuskan dahagi kerana mereka menganggap mereka akan tercemar
sekiranya berkhidmat di luar India. Perasaan tidak puas hati semakin meningkat apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan Tentera
Am yang membolehkan pihak British menghantar sepoi-sepoi ke wilayah yang jauh tanpa diberi elaun berlebihan. Amalan diskriminasi gaji
dan layanan serta kenaikan pangkat mengikut jangka perkhidmatan dan bukan kebolehan telah mengecewakan sepoi-sepoi India lagi.
Masalah disiplin yang serius berlaku akibat pemindahan pegawai tentera berkebolehan untuk mengisi jawatan awam. Pengenalan senapang
rifle Royal Enfield menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati. Terdapat khabar angin yang mengatakan peluru yang hujungnya terpaksa
digigit sebelum dimasukkan ke dalam senapang disapu dengan minyak babi dan lembu. Oleh itu, sepoi Hindu dan Muslim menganggap ini
291
sebagai muslihat British menentang kebudayaan tradisional mereka. Walaupun peluru itu ditarik balik, tetapi perasaan tidak puas hati
terus memuncak sehingga akhirnya mereka menganggap British cuba mengkristiankan mereka.
2. Perubahan-perubahan sosial
Pengenalan perubahan sosial ala Barat telah menjejaskan cara hidup penduduk tempatan. Gabenor Jeneral William Bentick telah
menghapuskan adat resam orang India seperti suttee, thuggee dan pembunuhan bayi perempuan. Lord Delhousie pula meluluskan undang-
undang mengesahkan perkahwinan balu Hindu. Walaupun British bertujuan memperbaiki kehidupan mereka tetapi mereka masih belum
bersedia menerima idea-idea Barat ini. Penyebaran pendidikan British dianggap sebagai percubaan mengkristiankan mereka. Pengenalan
teknologi Barat dianggap sebagai langkah mencemarkan agama Hindu. Di wilayah tawanan, banyak keluarga kehilangan tanah kerana tidak
dapat membuktikan hak milik secara sah. Tanah itu diambil alih oleh British. Perasaan tidak puas hati terus memuncak apabila tentera asli
dibubarkan selepas suatu wilayah diambil alih.
3. Politik
Dasar pengilhakan Delhousie berlandaskan kepada hak menakluk agung, undang-undang warisan dan untuk menlanjutkan faedah
pemerintahan British ke atas wilayah yang disalahtadbirkan oleh pemerintah India. Melalui dasar ini, Punjab, Karnatik, Oudh dan
Tajor serta Satera, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur telah diilhakan. Walaupun Delhousie percaya pemerintahan British adalah
paling baik bagi orang India tetapi dasarnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemerintah India. Dasar ini
menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka. Akibatnya, Nawab, Raja Tanjor dan Nana Sahib mengambil bahagian dalam dahagi.
Selain itu, pembatalan bayaran pencen Nana Sahib juga menyebabkan beliau menyertai dahagi.
Peristiwa dahagi
Dahagi telah bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut apabila sepoi-sepoi yang enggan menggunakan peluru telah dihukum penjara. 2
orang sepoi rejimen telah membalas perbuatan ini dan membunuh beberapa pegawai Inggeris. Pada keesokan hari, sepoi-sepoi mara
ke Delhi, memasuki istana secara paksa dan menaikkan Bhahadur Syah II, seorang keturunan Maharaja Moghul sebagai Maharaja
Delhi. Pihak British telah mengumpulkan bala tenteranya untuk membalas serangan ke atas Delhi tetapi gagal. Berita bahawa Lord
Canning telah meminta bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka telah mencemaskan sepoi-sepoi. Akhirnya, rejimen di Azamgarh,
Ludhiana dan Allahabad telah membangkit. Pada 30 Mei 1857, rejimen di Lucknow memberontak. Hal ini diikuti oleh Benggala dan
Oudh. Dahagi Oudh lebih menyerupai pemberontakan umum kerana tuan tanah dan pembesar yang kehilangan tanah serta martabat
dan kaum tani yang menderita akibat pembayaran cukai dan penindasan British telah menyertai pemberontakan. Selepas 4 bulan, Sir
John Lawrence menawan semula Delhi. Bhahadur Syah ditangkap dan putera Moghul lain ditembak. Selepas menawan Delhi, tentera
British menyerang Kanpur dan Lucknow. Tentera Jeneral Havelock mara ke Kanpur tetapi mendapat tentangan hebat. Percubaan
untuk membebaskan Lucknow gagal. Jhansi Rani, iaitu Lakshmi Bai telah bertempur dengan British tetapi akhirnya gagal dan
terbunuh. Dahagi dapat dikawal dengan berkesan. Menjelang tahun 1858, dahagi telah ditumpaskan dengan jayanya. Pihak British
bernasib baik kerana dahagi tidak merebak selanjutnya dan pembesar Sindhia, Holkar dan pemerintah Rajput dan Sikh tidak
menyertai pemberontakan sepoi ini. Selain itu, sebahagian besar orang India yang pro-British yang inginkan pemulihan undang-
undang dan peraturan tidak membantu Pemberontakan Dahagi.
Sebab-sebab kegagalan
1. Ketiadaan tujuan yang sama
− Rani Jhansi berjuang untuk hak asasi seorang putera.
− Nana Sahib berjuang untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan estet ayahanda angkatnya, Baji Rao.
− Orang Muslim berjuang untuk memulihkan Empayar Moghul.
− Sepoi-sepoi berjuang atas agama, membalas dendam peribadi.
− Yang lain hanya mempunyai rasa benci terhadap British.
2. Merupakan kejadian tempatan
− Tertumpu pada satu kawasan terhad.
3. Sikap bertolak ansur Lord Canning
− Meredakan perasaan Sepoi dan mengenangkan tentangan.
4. Kekurangan pucuk pimpinan
Kesan-kesan dahagi
1. Penghapusan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pada 1858
− Peristiwa dahagi menunjukkan SHTI tidak berupaya memerintah India yang luas.
− Menurut Akta Kerajaan India, pentadbiran Kerajaan India terus diserah kepada Kerajaan Mahkota.
− Gabenor Jeneral menerima gelaran Wizurai.
2. Pengampunan umum
− Diberi kepada pada pemberontak kecuali yang membunuh rakyat British.
3. Penghapusan undnag-undang warisan
4. Pemberian jawatan awam tanpa mengira kasta dan kepercayaan
292
Penutup
Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset penting dalam sistem politik di Tanah Melayu. Setiap orang pembesar
mempunyai peranannya dalam ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu.
Dari segi politik, di negeri-negeri Melayu, pembesar merupakan pentadbir tempatan sebelum kewujudn sistem kerajaan dan institusi
kesultanan. Misalnya, pembesar bergelar Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa telah mentadbir negeri Kedah sebelum kewujudan
Kerajaan Kedah. Datuk Am, Tok Penggawa Permatang, Tok Klang dan Tok Naga serta Datuk Menteri telah mentadbir jajahan-
jajahan Selangor sebelum Raja Lumu dilantik sebagai rajanya. Empat orang penghulu telah mengetuai pentadbiran Luak Sungai
Ujong, Luak Rembau, Luak Johol dan Luak Jelebu di Negeri Sembilan.
Selepas institusi kesultanan wujud, para pembesar dilantik untuk membantu raja menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri
untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka. Pembesar ini mempunyai cop mohor sendiri. Pembesar-pembesar
seperti Pembesar Empat Lipatan semasa Kesultanan Melayu Melaka membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
pusat. Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan. Sistem Pembesar Empat Lipatan Kerajaan
Melayu Melaka telah menjadi model bagi pengurusan dan pentadbiran pusat kerajaan-kerajaan awal seperti Perak, Johor dan
sebagainya. Di Kelantan, Jemaah Menteri membantu Sultan dalam pentadbiran kerajaan pusat. Di Negeri Sembilan, Undang-undang,
Lembaga, Buapak membantu di dalam pentadbiran kerajaan pusat.
Pembesar-pembesar pusat memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Sebagai contoh, Bendahara
dalam Kesultanan Melayu Melaka memimpin angkatan bersenjata semasa menghadapi peperangan, Laksamana menjaga keselamatan
negara di perairan dan Temenggung menjaga keselamatan dalam negeri. Di negeri Kelantan, Jemaah Menteri bertanggungjawab
mengurus hal ehwal peperangan, ketenteraan dan sebagainya.
Para pembesar juga menjadi ahli dalam Jemaah Penasihat Sultan. Sebagai contoh, Bendahara menasihati Sultan dalam soal
pentadbiran negara dan perhubungan luar. Pembesar-pembesar yang lain pula bertanggungjawab dalam bidang masing-masing.
Para pembesar juga membantu raja untuk mentadbir di luar wilayah yang dipanggil pegangan yang merupakan anugerah Sultan
kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka. Bendahara Melaka telah memegang kawasan Muar dan Bintan merupakan salah
satu contoh daripadanya. Di tanah jajahan atau daerah, pembesar yang bergelar Mandulika memainkan peranan penting dalam
pentadbiran. Di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa pula mentadbir peringkat kampung. Pembesar ini akan
memastikan penduduk di bawah jajahannya sentiasa taat setia terhadap Sultan dan kerajaan. Mereka membekalkan tenaga ketenteraan
untuk mempertahankan negara dan untuk ekspedisi memperluaskan empayar jika perlu. Mereka ini ibarat “jambatan menghubungkan
rakyat jelata dengan pemerintah”.
Adakalanya, pembesar-pembesar ini juga mempengaruhi pentadbiran raja ataupun Sultan. Sebagai contoh, di Melaka, peranan
Bendahara Tun Perak sebagai “The King Maker” dan di negeri Perak, pembesar memainkan peranan penting dalam perlantikan
Sultan mengikut sistem penggantian raja.
Pembesar seterusnya juga memainkan peranan dalam menentukan perhubungan antarabangsa, contohnya Bendahara Melaka
memainkan perana penting dalam hal ini.
Dari segi ekonomi, pembesar memainkan peranan penting dalam pengutipan cukai. Sebagai contoh, Syahbandar mengutip cukai dari
pedagang-pedagang dan pembesar daerah atau penggawa memungut cukai di kawasan pemakanannya. Pembesar pusat pula mengutip
cukai dari kawasan pegangannya. Daripada hasil tersebut, sebahagiannya akan diserahkan kepada raja yang memerintah.
Pembesar-pembesar bertanggungjawab memastikan urusan perdagangan berjalan dengan licin. Sebagai contoh, Temenggung
bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan yang betul dan mengawasi saudagar-saudagar daripada kepulauan Melayu.
Laksamana pula menjaga pencerobohan orang asing ke kawasan perairan kerajaannya. Syahbandar pula bertanggungjawab menjaga
pelabuhan, hal ehwal pedagang asing serta mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk menyimpan barang.
Dari segi sosial, pembesar memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anak buahnya. Di kawasan pegangannya, pembesar
ini bertanggungjawab membina balai raya, pondok dan segala kemudahan awam yang akan digunakan oleh semua anak buahnya.
Semasa pembinaan benda berkenaan, pembesar ini akan mengarah anak buahnya untuk melakukan kerja tersebut.
Pembesar juga memainkan peranan penting dalam mengawasi keamanan dan kesejahteraan di kawasan pentadbirannya. Sebagai
contoh, pembesar ini telah menjadi hakim dalam perbicaraan di kawasan pegangannya. Seseorang yang bersalah akan dijatuhkan
hukuman yang selaras dengan kesalahan yang dilakukan. Namun begitu, hukuman mati perlu mendapat keizinan daripada Sultan yang
memerintah terlebih dahulu.
Pembesar juga bertanggungjawab mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan surau, masjid, balai raya, jambatan dan sebagainya.
Semasa pembinaan bangunan ini dilakukan, pembesar ini akan mengarahkan anak buahnya melakukannya dan menetapkan seseorang
yang bertanggungjawab mengetuai pembinaan sesuatu bahagian bangunan tersebut.
298
Selain itu, pembesar juga bertanggungjawab mengawasi adat dan tradisi supaya dapat diteruskan dari saru generasi ke generasi
yang lain. Seseorang yang didapati melanggar adat akan dijatuhkan hukuman. Tujuannya adalah supaya adat dan tradisi dapat
dijalankan tanpa gangguan dan sebagainya.
Bincangkan pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayu tradisional.
Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-7. Walau bagaimanapun, pernyataan ini tidak mempunyai bukti yang sahih.
Menurut Sejarah Melayu, negeri Champa mulai menerima Islam pada abad ke-15 tetapi dalam Sejarah China, Islam dikatakan wujud di
Sumatera pada abad ke-13. Namun begitu, Islam mula dibawa masuk ke Tanah Melayu khasnya Melaka hanya selepas penghujung abad ke-
14. Pemerintah Melaka yang pertama menganuti Islam ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah. Penerimaan agama Islam oleh masyarakat
tradisional bukan sahaja membawa pengaruh kepada akidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang lain.
Dari segi pentadbiran, Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor
dan Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah seperti Kerajaan
Turki Uthmaniyyah. Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultan yang menganggap Sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu
pegangan bahawa Sultan itu adalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai Aminul Mukminin iaitu ketua
kepada umat Islam. Dalam sektor agama, Sultan menjadi ketua agama Islam dan baginda bertanggungjawab memerintah dengan adil
dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya. Selain daripada peranan Sultan, ahli-ahli sufi dan ulama-ulama juga menjadi penasihat
tentang agama Islam kepada raja. Kini, agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.
Dari segi undang-undang, undang-undang Islam memainkan peranan dalam kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Para ulama
memainkan peranan yang penting dalam perundangan Islam. Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang
bertulis seperti Hukum Kanun Melaka. Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayu yang lain pada hari kemudian. Sebagai contoh,
Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Pahang. Selain itu, undang-undnag syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti
hukum kesalahan jenayah (mencuri, membunuh dan sebagainya), jual beli, hal-ehwal perkahwinan dan pembahagian harta pusaka
juga diperkenalkan. Tokoh-tokoh yang akan memelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi. Walaupun hakim dan
kadi menjadi tokoh yang memelihara undang-undang, tetapi rajalah yang akan menjatuhkan hukuman. Baginda akan menjatuhkan
hukuman mengikut hukum adat dan bukan hukum Islam.
Dari segi kehidupan masyarakat, kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidup mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu
dan Buddha telah berubah menjadi agama Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Mengikut agama Islam,
ia menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka. Selain itu, unsur-unsur metafizik
telah terterap ke dalam nilai hidup msyarakat tempatan. Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafah hidup yang
berkaitan dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal, kewajipan mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Islam juga membawa pengaruh kepada adat resam masyarakat tempatan. Agama Islam telah membawa sistem nilai sosial yang
berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayu telah membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkan
amalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam. Agama Islam telah menghapuskan sistem nilai sosial
yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta. Mengikut agama Islam, semua umat Islam merupakan stu gagasan. Mereka
haruslah sentiasa beriman dan bersaudara dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah perpaduan masyarakat. mereka juga
menganggap orang asing yang beragama Islam adalah saudara mereka. Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh Islam ialah
adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru juga diamalkan, contohnya membayar zakat,
bekerjasama, bergotong-royong dan kekeluargaan.
Islam juga memberi pengaruh yang kuat dari segi pendidikan masyarakat Melayu tradisional. Pendidikan formal mula wujud sejak
Kesultanan Melayu Melaka dengan kedatangan pada pendakwah dan alim ulama agama Islam. Istana telah dijadikan pusat pendidikan,
pusat kegiatan intelektual dan menjadi tumpuan alim ulama dari negara-negara Arab, India dan Parsi. Di sini, mereka akan berbincang
tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Istana juga menjadi khazanah hikayat yang memberi pengajaran agama
bertemakan kisah para nabi, contohnya, Hikayat Abu Samah dan Hikayat Nabi Yusof. Mereka mengadakan pendidikan Islam dengan
tujuan melahirkan pelajar-pelajar yang tahu tentang agama Islam, memupuk akhlak mulia dan sebagainya.
Para ibu bapa sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka menghantar anak-anak mereka ke rumah tok guru untuk
menerima pelajaran agama. Pada peringkat pertama, mereka akan belajar tentang muqaddam dan al-Quran mengikut tajwid yang
betul. Pada peringkat kedua, mereka akan belajar tentang fardu ain dan akhlak mulia. Pelajar-pelajar ini tidak dikenakan bayaran
tetapi ibu bapa akan memberi penghargaan dengan menghantar padi, beras, ubi sebagai membalas budi tok guru. Selepas peringkat ini,
mereka akan melanjutkan pelajaran ke masjid atau surau untuk melanjutkan pelajaran tentang ilmu agama. Di sini, mereka terus
mempelajari tentang al-Quran, mendalami fardu ain pada siang pagi. Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran, iaitu seseorang
itu menghadapi kesulitan untuk memahami sesuatu kitab, mereka akan hafalkannya sahaja. Walaupun pendidikan ini berbentuk
formal, namun ia adalah kurang teratur kerana bilangan murid yang tidak terhad dan gurunya berkhidmat secara sukarela.
Selain itu, sistem pengajian madrasah juga merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan
Islam. Ia merupakan lanjutan daripada sistem pendidikan di masjid dan surau. Di madrasah, kitab bahasa Arab atau kitab bahasa
Melayu yang ditulis ikut struktur Bahasa Arab digunakan. Kitab mereka dipegang atau diletak di atas lantai dan kemudian tok gurulah
yang akan menjelaskan pengertiannya dengan menggunakan kaedah menadah kitab.
299
Seterusnya, sekolah pondok merupakan pusat pengajian tertinggi di Tanah Melayu. Ramai ibu bapa tidak mampu menghantar
anak mereka ke sekolah pondok kerana kesempitan wang. Sekolah pondok ini amat terkenal di negeri Kelantan sehingga negeri ini
digelar sebagai “Serambi Mekah”. Sekolah pondok juga wujud di Kedah, Perlis, Terengganu dan Melaka. Sekolah ini didirikan oleh
seorang guru atau ulama yang kepakaran dalam ilmu agama yang dipelajari dari Mekah. Sebuah sekolah madrasah akan dibina dan
pondok-pondok kecil akan dibina juga oleh Pelajar. Mereka tinggal secara berkongsi. Guru besar sekolah pondok dipanggil Mudir dan
ketokohannya amat dihormati oleh masyarakat. Mereka menekankan aspek agama dan matapelajaran seperti saraf, tafsir, wujudiah
diajar. Selepas 10 tahun, pelajar boleh melanjutkan pelajarannya di Mekah atau berkhidmat sebagai guru dipondoknya juga sekiranya
ia lulus.
Walaupun pengaruh Islam memberi kesan yang kuat dalam pelbagai aspek kehidupan, namun setelah kedatangan British, pengaruh
Islam semakin luntur. British telah menggantikan atau memperkenalkan kaedah baru dala pentadbiran dan perundangan, kehidupan
seharian dan pendidikan. Semuanya ini telah menjadi asas kehidupan masyarakat sehinggalah apa yang wujud pada hari ini.
Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakatnya. Bincangkan susun
lapis masyarakat Melayu tradisional.
Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan awal di Tanah Melayu telah mempengaruhi kepada pembentukan susun
lapis masyarakat. setiap lapisan masyarakat ini mempunyai peranannya yang masing-masing. Secara amnya, susun lapis masyarakat Melayu
lama ini dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Golongan pemerintah menduduki bahagian teratas susun lapis masyarakat. raja atau Sultan merupakan orang yang menduduki tempat
yang tertinggi dalam kategori ini. Baginda di pandang mulia. Baginda mempunyai kuasa mutlak bagi melakukan apa-apa sahaja.
Sebagai contoh, baginda berkuasa menggubal undang-undang untuk memperkukuhkan kedudukannya. Baginda merupakan tunggak
menyatupadukan rakyat. Mengikut konsep dewa raja, segala perintah haruslah diikuti oleh rakyat jelata tanpa dipersoalkan. Baginda
juga berhak memiliki hak-hak keistimewaan seperti penggunaan bahasa dalaman, penggunaan warna kuning dan sebagainya. Baginda
juga dianggap sebagai seorang yang daulat dan apabila baginda mangkat, tempatnya akan diwarisi oleh puteranya melalui adat
pertabalan.
Kerabat diraja pula menduduki tempat selepas raja. Mereka merupakan ahli daripada keluarga di raja yang mempunyai pertalian darah
dengan raja yang sedang memerintah. Golongan kerabat diraja ini dibenarkan menggunakan bahasa dalaman, warna kuning dan
sebagainya. Semuanya ini merupakan hak istimewa mereka tetapi hak istimewa yang dimiliki oleh mereka, tidak boleh melebihi hak
istimewa yang dimiliki oleh raja yang sedang memerintah.
Golongan bangsawan, pembesar dan ulama menduduki tempat selepas golongan kerabat diraja. Golongan ini dikenali sebagai anak
baik-baik. mereka boleh terdiri daripada kerabat diraja dan juga kerabat raja. Taraf mereka adalah sentiasa kekal. Mereka mempunyai
pengaruh yang kuat di kalangan pembesar dan rakyat. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pemerintahan dan
pentadbiran. Bagi mengekalkan identiti mereka, golongan bangsawan dibenarkan menggunakan bahasa dalaman.
Pembesar pula merupakan orang yang memainkan peranan yang penting dalam sektor pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Mereka merupakan golongan yang paling menghampiri raja atau Sultan yang memerintah. Jawatan pembesar ini biasanya diwarisi
secara turun-temurun. Sebagai contoh, Bendahara Melaka di negeri Melaka diwarisi oleh keluarga Tun Perak secara turun-temurun.
Golongan ulama pula merupakan orang yang menjadi pemimpin agama. Mereka merupakan orang mahir atau pakar dalam bidang
keagamaan, kesenian, kesusasteraan dan sebagainya. Mereka juga menjadi penasihat atau perujuk kepada Sultan khasnya dalam soal
keagamaan. Biasanya, golongan ulama ini menjadi penulis atau perawi diraja juga. Mereka dikenali sebagai khatib, mufti dan kadi
dan memakai gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan seperti Maharaja Kadi dan sebagainya.
Golongan diperintah pula terdiri daripada 2 golongan utama manusia. Salah satunya ialah rakyat. Golongan rakyat ini pula dapat
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan rakyat yang bermastautin secara tetap
dalam kerajaan itu. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. Biasanya, aktiviti perniagaan atau perdagangan yang
dijalankan oleh mereka merupakan milikan para pembesar. Mereka yang terlibat ini dikenali sebagai orang kiwi. Selain itu, terdapat
juga orang yang mahir dalam sesuatu bidang seperti tukang kayu, tukang jahit dan mereka dikenali sebagai orang menderhaka.
Golongan rakyat biasa ini juga menjadi pengikut atau penyokong kepada seseorang pembesar yang memegang kawasan mereka
menetap.
Orang asing pula merupakan sebahagian daripada golongan rakyat. Mereka ini lebih dikenali sebagai orang dagang. Selain itu,
penerokawan juga merupakan orang asing. Biasanya, orang asing datang ke sini untuk menuntut, berniaga dan sebagainya. Selain itu,
terdapat juga mereka yang menjadi tentera upahan di kerajaan-kerajaan Melayu awal. Orang asing ini dapat dibahagikan kepada 2
golongan, iaitu mereka yang mengunjungi sekali-sekala dan mereka yang menetap terus di kawasan kerajaan tersebut. Dari golongan
yang menetap terus, ada kalangan mereka telah menukarkan identiti mereka supaya sama dengan masyarakat tempatan; ada juga
dikalangan mereka yang masih mengekalkan identiti asal mereka. Walaupun begitu, mereka tetap tidak terlepas daripada hukum adat
seperti Hukum Kanun Melaka.
Golongan hamba pula merupakan golongan yang menduduki tempat paling rendah dalam hierarki organisasi sosial. Golongan hamba
ini juga dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu hamba diraja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba diraja ini merupakan
300
orang yang secara sukarela menjadi hamba bagi raja yang memerintah. Mereka bertanggungjawab melakukan apa-apa saja yang
dititah oleh Sultan. Mereka juga mempunyai status yang lebih tinggi daripada golongan hamba yang lain.
Hamba berhutang pula terdiri daripada mereka yang tidak mampu membayar hutang kepada pemiutangnya dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Mereka ini disebut sebagai masuk hulan. Mereka ini terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal dengan si
pemiutang dan bekerja sehingga hutangnya dibayar. Mereka boleh diperjual beli kepada/daripada pembesar-pembesar lain. Walau
bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila ia setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh
yang dijanjikan.
Hamba biasa pula menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-temurun. Mereka ini dapat digolongkan kepada 3
jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja-kerja berat dan kasar, dengan yang merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang
merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.
Setelah British hadir ke Tanah Melayu, struktur/organisasi sosial telah mengalami perubahan yang mendadak. Kini, golongan raja
tidak lagi berkuasa seperti dahulu, kuasa mereka telah diambilalih oleh Residen. Sistem perhambaan juga mengalami kemerosotan
dan akhirnya pupus. Akhirnya, satu struktur organisasi sosial yang lebih unik telah diwujudkan dan hak-hak setiap orang telah
diperakui dan dilindungi.
Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 dan nyatakan perbezaan di antara Adat
Perpatih dan Adat Temenggung.
Pengenalan
Pada dasarnya undang-undang dibentuk dengan tujuan untuk memelihara keamanan, keselamatan dan ketertiban masyarakatnya.
Walaupun kini undang-undang Malaysia berdasarkan undang-undang British, namun undang-undang tradisional telah memainkan
peranan tersendiri di kalangan masyarakat Melayu. Undang-undang tradisional tidak dianggap sebagai undnag-undang bertulis,
namun ia diamalkan dan diterima pakai. Ia dibentuk berdasarkan kepercayaan serta adat-istiadat dan amalan hidup orang Melayu.
Isi
Hukum adat merupakan satu bentuk amalan dan peraturan yang diwarisi sejak turun-temurun.
Masyarakat Melayu sangat kuat berpegang kepada hukum adat sehingga lahirnya pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”.
Hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu mempunyai pengaruh keagamaan yang sangat jelas, misalnya pengaruh Hindu-
Buddha dan pengaruh Islam.
Antara hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah berdasarkan kepada Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Adat Perpatih merupakan amalan masyarakat Melayu keturunan Minangkabau.
Adat Temenggung mula dikesan sejak zaman Melaka dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri-negeri Melayu kecuali
Negeri Sembilan.
Adat khusus merupakan amalan yang diamalkan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti adat melenggang perut, adat
bersalin, adat perkahwinan, adat pertabalan raja dan sebagainya.
Pengenalan
Sistem pembesar di negeri-negeri Melayu adalah warisan Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem pembesar empat lipatan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi model bagi pengurusan dan pentadbiran kerajaan-
kerajaan di negeri-negeri Melayu.
Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset terpenting dalam sistem politik di Tanah Melayu.
Setiap orang pembesar mempunyai peranannya dalam politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat Melayu.
Politik
Peranan utama pembesar ialah dalam bidang politik.
Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan.
Ada kalanya, golongan pembesar mempunyai kuasa untuk melantik raja. Misalnya, empat orang Undang (Undang Jelebu,
Undang Sungai Ujong, Undang Rembau dan Undang Hohol) akan melantik Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Dalam keadaan biasa, pembesar membantu raja dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
Untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka, para pembesar ini mempunyai cop mohornya sendiri.
Para pembesar menjadi penasihat atau menjadi ahli Jemaah Penasihat Sultan.
Misalnya, pada tahun 1800, Sultan Muhammad I (Sultan Kelantan) telah melantik seramai 7 orang pembesar untuk
memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbirannya.
Sultan Muhammad II telah melantik 8 orang Jemaah Menteri.
Sultan Abu Bakar (1862-1895) telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati Sultan (Johor).
Pembesar juga membantu raja mentadbir kawasan-kawasan tertentu di luar wilayah dipanggil “pegangan” yang merupakan
anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan semerlang mereka atau menjadi pentadbir daerah/jajahan. Misalnya, Dato’
Bahaman menguasai kawasan Semantan dengan gelaran Orang Kaya Semantan; Tok Gajah mentadbir Pulau Tawar; Ngah
Ibrahim menguasai Larut.
Para pembesar juga memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Misalnya, Jemaah
Menteri Peperangan di Kelantan menguruskan hal-ehwal peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan; Lembaga di
Negeri Sembilan menjaga keselamatan dan keamanan.
Sebagai pentadbir kawasan atau daerah/jajahan, para pembesar memastikan penduduk di bawah jagaannya taat setia kepada
pemerintah.
Menyediakan dan membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan juga untuk ekspedisi memperluaskan
empayar (jika ada).
Para pembesar ibarat “jambatan” menghubungkan rakyat jelata dengan pemerintah.
Ekonomi
Para pembesar memainkan peranan penting dalam pengutipan cukai.
Pembesar di pelabuhan (Shah Bandar) mengutip cukai daripada pedagang-pedagang.
Pembesar daerah/jajahan mengutip cukai daripada rakyat di kawasannya dengan bantuan Penghulu.
Pembesar menguasai sumber ekonomi seperti lombong bijih timah dan juga hasil eksport lain.
Menggunakan sistem kerah dan sistem serah untuk dapatkan hasilan.
Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kala menyebabkan mereka lebih kaya daripada Sultan. Contoh: Long
Jaafar dan Ngah Ibrahim yang menguasai Larut.
Pembesar juga melibatkan diri dalam perdagangan.
Mereka menjadi pengeluar modal.
Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya.
Para pembesar juga memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan licin.
Menentukan timbangan dan sukatan yang betul.
Menjaga perairan daripada pencerobohan lanun.
Mengawasi pedagang-pedagang; menjaga hal-ehwal pedagang asing; mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan
gudang untuk menyimpan barang-barang.
Sosial
Kebajikan anak buahnya adalah tanggungjawab para pembesar.
Memastikan kewujudan keamanan.
Menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan dan meleraikan perselisihan.
Mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan surau, masjid, balai raya, jambatan dan sebagainya.
Kesimpulan
Golongan pembesar memainkan peranan penting sebagai “penggerak” dalam sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu
sebelum campur tangan British.
302
Cmapur tangan British dan pengenalan Sistem Residen menjelang tahun 1870-an, menjejaskan kedudukan politik,
ekonomi dan sosial pembesar Melayu. Perkhidmatan sebahagian para pembesar Melayu, kemudiannya digunakan oleh British
untuk membantu pegawai-pegawai British.
Analisakan penentangan pribumi terhadap campur tangan British di Tanah Melayu.
Adat
1. Larangan ke atas pembesar Perak untuk memungut cukai bercanggah dengan nilai-nilai tradisi pembesar yang bebas
memungut cukai di mana cukai telah menjadi sumber pendapatan mereka.
2. J.W.W. Birch cuba menghapuskan amalan perhambaan di Perak – memberi perlindungan kepada hamba – menghasut hamba
melarikan diri dari tuannya. Dengan ini, melanggar amalan tradisi.
3. Ketidakhadiran Dato’ Kelana dalam upacara pertabalan Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti; mengakui hak ke
atas Terachi dan melantik seorang penghulu di Terachi.
Agama
1. Unsur agama menjadi asas perjuangan iaitu ajaran yang menegaskan bahawa sesiapa yang mematuhi peraturan baru yang
diperkenalkan oleh British adalah menyebelahi orang kafir dan segala peraturan yang diperkenalkan itu adalah undang-undang
kafir – ini merupakan ajaran Haji Musa bin Abdul Ghani di Terengganu.
2. Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulama telah memimpin penentangan di Terengganu. Beliau menegaskan bahawa tanah
adalah hal Allah dan pihak British tidak berhak untuk memungut cukai ke atas tanah tersebut. Rakyat jelata memberi sokongan
padu kepada pemimpin agama kerana seorang yang alim dalam ilmu agama dianggap sebagai pemimpin masyarakat.
Peribadi/Kewibawaan
1. Desakan-desakan ke atas raja dan pembesar mencabar kewibawaan mereka, misalnya di Perak. J.W.W. Birch mendesak Sultan
Abdullah menandatangani surat perjanjian pengisytiharaan penyerahan kuasa pentadbiran. Beliau juga mengugut akan
menyerahkan takhta Perak kepada Raja Ismail sekiranya Raja Abdullah tidak mahu menandatanganinya.
2. Di Pahang, kewibawaan pembesar dicabar oleh British apabila British memperkenalkan jawatan-jawatan baru untuk
mengambilalih tugas pembesar Melayu, contohnya jajahan Temerloh diletakkan di bawah E.A. Wise – mencabar kewibawaan
Engku Besar Jeram kerana jajahan Temerloh ialah di bawah kuasanya – penentangan dilakukan oleh Dato’ Bahaman.
Ekonomi
1. Residen-residen British menubuhkan pusat pemungutan cukai yang diletakkan di bawah kawalan pegawai-pegawai British.
2. Cukai disusun semula seperti cukai-cukai pajak, candu, arak, judi, permit balak, cukai perahu, cukai senjata, cukai padi dan
juga cukai untuk memotong atap (pungutan hasil hutan).
3. Di Perak, tindakan J.W.W. Birch disedari oleh Sultan dan pembesar bahawa kehadiran Residen bukanlah sekadar untuk
menasihati Sultan tetapi mahu merampas kuasa pemerintahan mereka. Bila menyedari hakikat ini, Sultan Abdullah kembali
berbaik-baik dengan Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela membina kubu pertahanan di Pasir Salak untuk menghadapi sebarang
kemungkinan percubaan Britisk memperkenalkan peraturan-peraturan baru di sana.
4. Perang Naning (1831-1832) adalah satu lagi bukti penentangan masyarakat tempatan – diketuai oleh Dol Said (Penghulu
Naning). Sebabnya: dilihat mempunyai perkaitan dengan pengenalan dasar British terutamanya dari sudut pembayaran cukai –
mendesak Naning menghantar 1/10 hasil padi ke Melaka setiap tahun. Tindakan ini membebankan penduduk Naning. Naning
sebenarnya bukan berada di bawah Melaka tetapi sebuah negeri yang merdeka. Maka, cukai yang dituntut oleh British adalah
satu paksaan – wujudkan ketidakpuasan hati dan mencetuskan peperangan.
Bincangkan kesan-kesan campur tangan British di Tanah Melayu menjelang tahun 1870-an.
Sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai British juga diarahkan supaya
hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri
Melayu, khasnya Negeri-negeri Melayu Utara diakui sebagai negeri naungan Siam. Selain itu, penglibatan mereka dalam Perang Naning
(1831-1832) yang menyebabkan mereka mengalami kerugian $100 ribu juga menyedarkan mereka supaya tidak campur tangan. Tetapi
selepas tahun 1874, akibat beberapa faktor seperti faktor ekonomi, kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain, keselamatan Negeri-negeri
Selat, faktor kemanusiaan, perubahan pegawai dan tindakan Sir Andrew Clarke telah menyebabkan campur tangan British. Campur tangan
British ini telah meninggalkan banyak kesan di Tanah Melayu, Borneo sama ada dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya.
Kesan utama campur tangan British di Tanah Melayu ialah kewujudan msayarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Apabila
British datang ke Tanah Melayu, tujuan utama mereka adalah memperolehi sumber bahan mentah seperti bijih timah bagi perusahaan
mereka di Eropah. Akibat Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah, permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat
303
sehingga akhirnya pengeluaran tidak dapat menampung permintaan. Kelebihan permintaan timah mendorong British
menggalakkan para pengeluar untuk mengeluarkan lebih banyak bijih timah kerana perdagangan bijih timah ini amat menguntungkan.
Tetapi masalah telah ditemui apabila para pelombong Melayu enggan bekerjasama dengan pihak British. British dengan initiatifnya
telah membawa orang Cina dari China untuk bekerja di tapak perlombongan untuk mengatasi masalah kekurangan buruh di samping
meningkatkan pengeluaran. Selain perusahaan bijih timah, perusahaan getah juga menjadi semakin giat pada abad ke-19. Ladang telah
dibuka secara besar-besaran dan permintaan terhadap tenaga buruh untuk bekerja di ladang getah juga semakin meningkat. Orang
Melayu di Tanah Melayu enggan bekerjasama dengan British dalam hal ini menyebabkan British terpaksa membawa masuk orang
India ke Tanah Melayu untuk mengusahakan ladang getah. Orang Cina dan orang India yang datang membawa masuk bahasa, agama
dan budaya mereka yang tersendiri. Mereka melibatkan diri dalam perusahaan yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak
bergaul kecuali di pasar untuk membeli-belah.
Campur tangan British di Tanah Melayu juga menyebabkan masyarakat tempatan menentang kedatangan mereka terutamanya apabila
tindakan mereka yang telah mengancam kepentingan mereka. Di Sungai Ujong, tindakan British yang melantik Dato’ Kelana sebagai
pemerintah Sungai Ujong ditentang kuat oleh Dato’ Syahbandar. Sebagai balasan, Dato’ Syahbandar melancarkan serangan terhadap
Dato’ Kelana. Tetapi, atas bantuan British, Dato’ Syahbandar dikalahkan oleh Dato’ Kelana dan terpaksa berundur ke Selangor. Dato’
Syahbandar dipaksa mengaku salah kemudian, pihak British menetapkannya di Singapura. Di Seri Menanti, Tengku Antah
membantah perlantikan Kapten Tatham sebagai penolong Residen di Sungai Ujong. Dato’ Kelana di Sungan Ujong pula tidak
mengiktiraf perlantikan Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Perselisihan menjadi hebat apabila Dato’ Kelana
menuntut kawasan Terachi. Pertempuran di antara mereka telah berlaku dan Tengku Antah telah dikalahkan oleh Dato’ Kelana yang
dibantu oleh pihak British. Tengku Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus tetapi kawasan ini akhirnya juga ditawan oleh British.
Atas usaha Maharaja Abu Bakar di Johor, pada bulan Disember 1876, perundingan telah diadakan di antara British dengan Tengku
Antah dan satu perjanjian damai telah ditandatangani bagi menyelesaikan masalah ini.
Di Perak pula, tindakan J.W.W. Birch telah menyebabkan masyarakat Melayu di Perak tidak senang hati. Pembaharuan Birch telah
bercanggah dengan amalan tradisi Melayu seperti pembasmian hamba adbi dan pembatalan hak pajakan. Keadaan ini telah
menyebabkan hubungan Birch dan Sultan Abdullah menjadi tegang. Tambahan pula, tindakan Sir William Jervols seterusnya
menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Maka, Sultan Abdullah telah mengadakan persidangan dengan pembesarnya di Durian
Sebatang dan mengamanahkan Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh Birch. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang
suruhan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Pasir Salak. Peristiwa ini menggempakan British. British dengan segera mendapat bantuan
dari India dan Hong Kong dan menawan Pasir Salak, Kota Lama dan kawasan di sekitar. Dato’ Maharaja Lela dan Pandak Induk serta
Dato’ Sagor dihukum mati dan yang lain do buang negeri ke Pulau Seychelles termasuk Sultan Abdullah. Raja Ismail diarahkan pergi
ke Johor dan Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.
Di Pahang, campur tangan British tidak disenangi oleh pembesar-pembesar seperti Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Apabila J.P.
Rodger dilantik sebagai Residen di Pahang, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan peraturan baru yang
bercanggah dengan sistem tradisional Pahang. Tindakan ini menyebabkan Dato’ Bahaman melancarkan tentangan terhadap
pentadbiran baru yang diwujudkan. Beliau melancarkan beberapa serangan dengan bantuan Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya.
Tetapi British telah berjaya mematahkan serangan ini, malah Dato’ Bahaman dan Mat Kilau terpaksa berundur ke Terengganu.
Walaupun serangan balas dilakukan tetapi akhirnya semua menemui kegagalan sehinggalah Dato’ Bahaman terpaks berundur ke Siam
dan menetap di situ.
Di Kelantan, peraturan baru yang diperkenalkan oleh W.A. Graham menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan.
Tambahan pula, tindakan British yang menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari luar negeri Kelantan untuk melaksanakan
peraturan-peraturan tersebut juga tidak disukai oleh pembesar di Kelantan. Tindakan British ini telah mencetuskan kebangkitan di
daerah Pasir Putih, Kelantan pada tahun 1915. Kebangkitan ini adalah dibawah pimpinan Tok Janggut dan berjaya buat sementara
mengundurkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Bharu. Namun, kebangkitan ini telah gagal mempertahankan kejayaannya.
Pasukan British balas dengan cepat dan berjaya mematahkan kebangkitan dan Tok Janggut sendiri terkorban dalam pertempuran.
Dari segi pentadbiran, campur tangan British telah membuat penyesuaian baru dalam sistem pemerintahan tradisional. Satu sistem
yang dipanggil sebagai Sistem Residen telah diperkenalkan di negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Sistem ini adalah
berdasarkan konsep pemerintahan secara tidak langsung di mana Kerajaan British memerintah tanpa sebarang tanggungjawab yang
berat. Menurut sistem ini, Sultan dan pembesar Melayu dapat mengekalkan kedudukannya. Seorang Residen British dilantik untuk
menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam. Di bawah sistem ini, Sultan tidak lagi berkuasa
penuh dalam pentadbiran dan terpaksa menerima nasihat Residen. Sistem ini telah ditamatkan pada tahun 1895 dan digantikan dengan
sistem pentadbiran berasaskan persekutuan.
Dari segi ekonomi, ekonomi yang bercorak pertanian sara diri telah berubah menjadi ekonomi komersil atau ekonomi perdagangan.
Perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam sektor pertanian niaga dan perlombongan. Dalam sektor perlombongan, perusahaan
bijih timah menjadi semakin maju. Ramai orang Cina telah dibawa masuk ke daerah Lukut, Ampang, Klang dan Kuala Lumpur untuk
mengusahakan kawasan lombong bijih timah. Kedatangan orang Cina telah membekalkan tenaga buruh yang mencukupi. Seterusnya,
pelbagai cara baru juga diperkenalkan untuk melombong dengan lebih berkesan. Antaranya ialah lombong dedah dan cara pam.
Penggunaan teknik baru ini telah menyebabkan hasil lombong bijih timah meningkat berlipat ganda. Dalam sektor pertanian juga,
getah telah diperkenalkan. Penanaman getah adalah hasil usaha Sir Henry Wickham. Pada tahun 1876, beliau pergi ke Brazil untuk
mendapatkan benih getah dan menanamnya di Taman Kew di London. Pada tahun 1877, 22 anak pokok dihantar ke Singapura.
Beberapa daripadanya ditanam di Taman Bunga Singapura dan yang lain dihantar ke Kuala Kangsar. Pada mulanya, sambutannya
tidak begitu baik dan hanya dijalankan oleh pengusaha Inggeris. Peladang-peladang tempatan lebih suka menanam kopi yang
304
mempunyai harga tinggi di pasaran dunia. Namun demikian, penanaman getah telah berkembang dengan pesat pada awal abad
ke-20 kerana permintaan tinggi bagi getah dalam pasaran dunia.
Dari segi pendidikan, dasar pendidikan British mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang berasingan antara satu sama lain telah
menyebabkan sekolah-sekolah tersebut terpisah. Setiap sekolah khusus untuk sesuatu kaum tertentu sahaja seperti sekolah Melayu
untuk orang Melayu, sekolah Cina untuk orang Cina dan sebagainya. Selain itu, bahasa pengantar yang digunakan juga berbeza.
Kurikulum yang digunakan oleh setiap sekolah turut mengikut sukatan pelajaran di sekolah-sekolah negara asal. Perbezaan yang
ketara ini wujud kerana penjajah British telah mengabaikan pengawalan dan perancangan pendidikan di negara kita. Malah, penjajah
British juga tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan.
Selepas tahun 1870-an, campur tangan British semakin meluas dan pengaruhnya semakin kukuh di Tanah Melayu. Selepas semua
penentangan masyarakat tempatan dipatahkan, British pun dapat memerintah dan mentadbir Negeri-negeri Melayu dengan lancar.
Pelbagai pembaharuan telah dilakukan dalam pelbagai aspek sehinggalah akhirnya terbentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1948.
Bincangkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu mulai pertengahan abad ke-19.
Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu. Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik tetapi juga
perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah
telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran
di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia. Kedatangan imigran ini seterusnya bersama orang Melayu tempatan membentuk masyarakat yang
berbilang kaum.
Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Bugis, orang Jawa
dan orang Minangkabau. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia ke Tanah Melayu semakin meningkat.
Kesemuanya ini disebabkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Indonesia. Dari segi sosial, penduduk Indonesia
terutama dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat menyebabkan kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan taraf
hidup rakyat Indonesia. Sementara itu, tekanan politik oleh pihak penjajah iaitu Belanda telah mendorong kemasukan orang-orang
Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Sistem Kultur (1830-1870) yang dikenakan terhadap orang Jawa menyebabkan rasa
kurang senang hati orang Jawa menyebabkan mereka berhijrah ke Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, pelbagai cukai seperti cukai
tanah, cukai kepala dan cukai tol telah menambahkan lagi kesenangan hidup.
Bagi orang Cina, sebenarnya mereka telah pun datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Mereka datang ke Tanah Melayu adalah
untuk berdagang. Menjelang awal abad ke-19, penghijrahan orang Cina semakin bertambah. Penghijrahan orang Cina ini adalah
disebabkan oleh 2 faktor iaitu faktor penolak dan faktor penarik.
Keadaan politik dan sosial di negeri China merupakan faktor penolak. Keadaan politk di China yang tidak stabil menggalakkan
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China sejak tahun 1644 mengamalkan sikap diskriminasi
terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak berpuas hati sering melancarkan pemberontakan untuk
menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati
rakyat dan pemberontak. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.
Mereka mula berhijrah ke seberang laut seperti Korea, Jepun dan negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu, Filipina,
Indonesia dan lain-lain.
Selain faktor penolak, faktor penarik juga menyebabkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Faktor penarik ini telah berlaku
di Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke
Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu adalah salah satu faktor disamping
peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan bandar dan kawasan perlombongan. Peluang untuk menjalankan pertanian
seperti di bawah Sistem Kangchu (Johor) juga menggalakkan lagi penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Di bawah Sistem
Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.
Dari segi politik, hasil daripada pemerintahan British yang liberal telah mewujudkan keadaan politik yang stabil. British juga
menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya. Pembesar-
pembesar tempatan pula menggalakkan kemasukan buruh Cina untuk mengerjakan perusahaan bijih timah.
Orang India pula mulai datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka menamai Tanah Melayu sebagai “Suvarnabumi”
atau “Tanah Emas”. Namun begitu, mereka hanya berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19
akibat perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Faktor yang menggalakkan penghijrahan orang India juga terdiri daripada
faktor penolak dan faktor penarik.
Perkembangan perusahaan getah dan galakan daripada Kerajaan British merupakan faktor penarik yang menarik orang India datang
ke Tanah Melayu. Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah telah menggalakkan kedatangan orang
India ke Tanah Melayu. Peluang ekonomi yang wujud dalam sektor ini adalah disebabkan oleh keengganan orang Melayu untuk
bekerja di ladang getah. Selain itu, dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan tenaga buruh India ialah Jabatan
Keretapi dan Jabatan Kerja Raya juga menarik kehadiran orang India ke Tanah Melayu. Seterusnya, peluang pekerjaan bagi golongan
305
menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India. Pada tahun 1920-an, kestabilan politik di Tanah Melayu telah
mendorong kedatangan orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dengan Kerajaan
British di India telah memudahkan lagi kemasukan India ke Tanah Melayu. Kejayaan orang India yang lebih awal datang ke Tanah
Melayu juga telah mendorong kepada kemsukan lebih ramai orang India.
Setelah meninjau sebab kedatangan imigran orang Indonesia, orang Cina dan orang India dalam pembentukan masyarakat majmuk,
biarlah kita meneliti cara atau sistem kemasukan mereka.
Bagi orang Indonesia, tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui untuk datang ke Tanah Melayu. Mereka datang ke sini dengan
berusaha sendiri.
Bagi orang Cina, terdapat 3 cara mereka datang ke Tanah Melayu, iaitu melalui sistem tiket kredit, melalui cara bersendirian dan
melalui Sistem Kangchu. Bagi orang yang datang dengan cara sistem tiket kredit, mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi
suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Sementara itu, orang yang datang melalui cara persendirian adalah dibantu
oleh rakan atau ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Melalui Sistem Kangchu pula, orang Cina berpindah dan menetap
kekal di Johor dam membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh dan sebagainya.
Bagi orang India, imigrasi mereka dijalankan melalui sistem buruh kontrak (1820-1910) dan Sistem Kangani (1898-1938). Melalui
sistem buruh kontrak, pemilik ladang akan membuat pesanan bagi buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke
kampung-kampung untuk mengumpulkan buruh India. Tambang pelayaran mereka dibiayai oleh majikan yang membuat pesanan.
Setelah sampai di Tanah Melayu, mereka akan menandatangani kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang ditetapkan.
Pekerja-pekerja ini biasanya dilayan dengan buruk. Melalui Sistem Kangani, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan
menghantar seorang Kangani dari ladangnya ke India untuk mendapatkan buruh dari kampung halaman Kangani itu. Kangani itu akan
dibayar mengikut bilangan pekerja yang diambil dan dia sendiri pula dikehendaki membayar tambang dan perbelanjaan lain bagi
buruh-buruh itu sehingga ketibaan mereka di ladang. Biasanya pekerja dilayan dengan baik.
Kedatangan imigran ini bukan sahaja mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu, namun mereka juga memberikan banyak
sumbangan terhadap pelbagai sektor terutamanya sektor ekonomi di Tanah Melayu.
Orang Indonesia telah menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertanian seperti padi,
kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka
adalah pendorong kepada kedatangan mereka ke Tanah Melayu.
Kedatangan orang Cina pula menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut,
Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya, eksport bijih timah Tanah Melayu telah meningkat secara berterusan dari tahun
1850 dengan jumlah eksport 6500 tan kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai di buka oleh
orang Cina terutamanya di bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga berkembang hasil
daripada Sistem Kangchu.
Kemasukan orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah. Buktinya, pada tahun 1897, hanya
terdapat 345 ekar ladang getah di Tanah Melayu tetapi pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar. Di samping
itu, dalam bidang professional, orang India telah menyumbangkan tenaga mereka dengan menjadi guru, doctor, kerana dan
sebagainya.
Imigran Cina, dan Indonesia yang masih tinggal membentuk satu masyarakat majmuk. Kaum-kaum ini berpisah bukan sahaja dari
segi bangsa tetapi juga bahasa, agama, kepercayaan, tempat kediaman dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mereka masih dapat
hidup dengan aman damai dan keadaan ini telah menggalakkan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.
Bincangkan tindak balas pribumi terhadap campur tangan British di Pahang, Kelantan dan Terengganu.
Sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya
hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri
Melayu khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Tetapi selepas tahun 1874, British mula
mengubah polisinya terhadap Negeri-negeri Melayu dari dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Pada mula-mulanya, British
campur tangan di Perak, Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Seterusnya, campur tangan mereka merebak ke negeri Kelantan dan
Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani. Campur tangan mereka di negeri-negeri tersebut telah membawa kepada
perubahan pelbagai aspek dalam negeri tersebut. Keadaan ini telah menjejaskan kepentingan penduduk pribumi dan akhirnya mereka bangun
bertindak untuk menentang pemerintahan British.
Di Pahang, perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen Inggeris pertama amat tidak disenangi oleh pembesar-pembesar terutamanya
Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Mereka ini pernah membantu Wan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863) untuk merebut takhta
kerajaan daripada abangnya, Wan Mutahir. Sebagai balasan, pmbesar-pembesar itu dianugerahi gelaran oleh Sultan Ahmad. Dato’
Bahaman dilantik sebagai Orang Kaya Semantan, Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar Raja. Apabila J.P. Rodger dilantik sebagai
Residen Pahang pada bulan Oktober 1888, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan peraturan baru yang
306
bercanggah dengan sistem tradisional Pahang. Keadaan inilah yang menjadi punca kepada tercetusnya peristiwa penentangan
yang dipimpin oleh Daro’ Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.
Pada bulan Disember 1891, orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Dato’ Bahaman melancarkan tentangan terhadap pentadbiran
baru yang diwujudkan oleh Inggeris. Beliau mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Dato’ Bahaman
melancarkan serangan ke atas rombongan C.E.B. Desborough yang menawan dan enggan menyerahkan tiga orang pengikut Dato’
Bahaman yang dituduh mengutip cukai secara haram. Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya datang ke Bentong berjumpa dengan
Penghulu di situ untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Bentong. Pada awal tahun 1892, Sultan Ahmad dan pembesar-
pembesar Pahang mengadakan perjumpaan sulit di Pulau Tawar. Sultan Ahmad berjanji akan mengekalkan kedudukan tradisi
pembesar. Sementara itu, para pembesar akan merujuk kepada Sultan terlebih dahulu sebelum menghubungi Residen Inggeris. Pada
bulan Mac 1892, Dato’ Bahaman melancarkan serangan ke atas Lubuk Trua dan berjaya menawan bandar Temerloh. Pasukan
Inggeris di bawah pimpinan Hugh Low dan E.A. Wise bersama angkatan Tengku Ali membuat serangan balas ke atas Dato’ Bahaman
di Temerloh dan pertahanannya dimusnahkan. Beliau dan pengikut-pengikutnya sempat mengundurkan diri ke dalam hutan. Pada
bulan April 1892, Panglima Muda Jempul menyerang Pekan. Beliau telah membunuh dua orang pegawai Inggeris iaitu Harris dan
Steward. Pada 8 Mei 1892, berlaku pertempuran di Batu Hampar. Dato’ Bahaman dikalahkan dan anaknya Awang Hamat terbunuh
sementara Mat Lela pula cedera. Seterusnya, pengikut-pengikut Mat Kilau melancarkan serangan terhadap Inggeris dan menyebabkan
beberapa orang Cina dan polis Sikh terbunuh pada awal bulan Mei 1892. Apabila Inggeris membuat serangan bebas, Dato’ Bahaman,
Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya berundur ke Kuala Ceka tetapi mereka diserang di situ oleh tentera Inggeris. Akibatnya, Dato’
Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Terengganu. Pada bulan Ogos 1892, Tok Gajah dan keluarganya berundur
ke Kuala Tembeling dan bergabung dengan gerakan menentang Inggeris. Akhirnya, menjelang bulan September 1892, para pejuang
Pahang mengundurkan diri ke Kelantan dan Terengganu. Inggeris memujuk Dato’ Bahaman dan Tok Gajah supaya menyerahkan diri
dan dijaminkan pengampunan. Namun demikian, mereka enggan menyerah diri.
Ketika bersembunyi di Terengganu, para pejuang Pahang mendapat perangsang dari seorang ulama bernama Tokku Paloh. Tokku
Paloh menanam semangat perang jihad dan menghadiahkan sebilah pedang bertulis ayat al-Quran. Pada bulan Jun 1894, Dato’
Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau serta pengikut-pengikutnya melancarkan serangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling. Lima
orang polis terbunuh. Kemudian mereka menyerang dan menawan Kubu Jeram Ampai untuk mempertahankan kedudukan mereka.
Pasukan Inggeris dengan bantuan orang Pahang telah melancarkan tindak balas. Pertempuran berlaku di Jeram Ampai dan pihak
Inggeris menawan kubu itu. Para pejuang Pahang sekali lagi terpaksa mengundurkan diri ke Kelantan dan Terengganu. Hugh Clifford
mengetuai sepasukan askar untuk memberkas mereka tetapi tidak berjaya kerana Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu tidak
memberi kerjasama yang diharapkan. Pada bulan November 1895, beberapa orang pembesar termasuk Dato’ Bahaman berundur ke
Siam dan menetap di situ. Pembesar-pembesar lain seperti Tok Gajah dan Mat Kilau diwartakan meninggal dunia. Keseluruhannya
perjuangan orang Melayu Pahang pada tahun 1891 hingga tahun 1895 mengalami kegagalan.
Di Kelantan pula, kebangkitan menentang British bermuka sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902. Menurutnya,
seorang Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik sebagai penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada bulan Julai
1903. Beliau telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan.
Kebangkitan ini semakin hebat apabila Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani antara British dengan Siam. Penglibatan British
dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga tercetusnya kebangkitan di daerah Pasir Putih pada tahun
1915 yang diketuai oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).
Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan disokonh oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu
Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih
menentang peraturan baru serta menentang Inggeris. Pad 28 April 1915, Encik Abdul Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih
mendapat berita yang Tok Janggut dan pengikutnya bermesyuarat di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan
Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai. Dalam pertengkaran
yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan
kepada Encik Latiff. Peristiwa pembunuhan itu mencetuskan penentangan bersenjata rakyat Kelantan terhadap Inggeris di Jeram.
Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis
tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih.
Dengan itu, Encik Abdul Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bharu dengan bot melalui Kuala Semerak. Tok Janggut,
Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan tiga penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira pukul 4
petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat-pejabat kerajaan, menawan balai polis dan
membebaskan orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar Jeram sebagai Raja
Jeram dna Tok Janggut sebagai Perdana Menteri. Penasihat Inggeris, W. Longham Carter menerima berita ke atas serangan Pasir
Putih pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya menguatkan pertahanan Kota Bharu. Penasihat Inggeris
meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari Singapura tiba di Tumpat dengan Kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri
daripada 239 orang di bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow. Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal
menangkap pemimpin yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500
ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar. Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok
Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said dibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir
Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang polis Sikh dan 7 orang Eropah datang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk
menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh akhirnya
bertempur dengan pasukan Inggeris. Dalam pertempuran ini, Engku Besar Jeram Tun Ahmad telah mengalami kecederaan dan
diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Negeri Thai. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bhasa. Setelah diarak, mayat beliau
digantungkan dengan kepala di bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bharu selama satu jam sebelum dimakamkan di
307
Pasir Putih. Kebangkitan ini berjaya buat sementara sahaja dan mengalami kegagalan pada akhirnya disebabkan tindak balas
British yang cepat dan handal.
Usaha British meluaskan kuasa di Terengganu turut menyebabkan kebangkitan rakyat menentang British antara tahun 1922 hingga
1928. Punca kebangkitan ini juga disebabkan oleh tindakan British yang memperkenalkan peraturan yang mencabul kepentingan
penduduk pribumi Terengganu dan peraturan yang bercanggah dengan agama Islam.
Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong. Penentangan bermula apabila 43 orang
rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas
kebenaran daripada Kerajaan Inggeris. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya membebaskan mereka dari
tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.
Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang campur tangan British berlaku di Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan
oleh beberapa orang yang telah membersihkan tanah kepunyaan Tengku Haji Nik dan tanah kerajaan yang terbiar untuk bercucuk
tanam tanpa meminta pas kebenaran. Kebangkitan ini telah mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Terengganu. Walau
bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut.
Peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap
British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang. Penduduk Kuala
Berang, Kampung Pelam, Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pasa kebenaran daripada
pihak Inggeris. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu,
penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Pada 23 Mei 1928,
penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menguasai pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai
Inggeris di Kuala Berang telah berundur ke Kuala Terengganu. Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke
arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan Inggeris telah menghantar
sepasukan polis di bawah pimpinan Datuk Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan.
Pasukan polis telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Datuk Seri Lela Diraja telah memberi
amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak
menghiraukan amaran tersebut dan pasukan polis telah melepaskan tembakan. Dengan bantuan polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu,
kebangkitan rakyat Terengganu dipadamkan. Semua pemimpin ditangkap dan dipenjarakan. Mereka ialah Haji Zakaria (7 tahun), Abu
Bakar Chinting (10 tahun), Abdullah Juru Kaka (10 tahun), Mat Tok Pitas (5 tahun) dan Lebai Hassan (5 tahun). Penghulu Salleh
Pasir Nyior telah dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah kerana beliau sangat berpengaruh. British
takut hukuman penjara akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan. Selain itu, beliau sendiri juga meminta British supaya
menghantarnya ke Makkah untuk mendalami dan mengajar agama Islam.
Penentangan pribumi terhadap pemerintahan British mengingatkan British supaya jangan melaksanakan sesuatu peraturan baru
dengan terburu-buru. Peraturan baru haruslah diperkenalkan langkah demi langkah agar penduduk tempatan dapat menyesuaikan diri
mereka dengan peraturan baru ini. Dengan itu, pada masa yang seterusnya, British telah mengambil sesuatu keputusan dengan
berhati-hati agar tidak menimbulkan ketidakpuasan penduduk pribumi yang seterusnya mencetuskan penentangan.
Bincangkan perubahan-perubahan sistem pentadbiran Tanah Melayu dari tahun 1874 sehingga 1896.
Pada tahun 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah
perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan
oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha daripada Sir Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula di Perak, kemudian Selangor,
Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, Sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah Sistem
Residen, Sultan menerima seorang Residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan
agama Islam dan adat resam orang Melayu.
Pengenalan Sistem Residen ini telah mewujudkan satu jawatan baru selepas Sultan iaitu Residen. Residen ini dilantik untuk
menasihati Sultan-sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat
resam orang Melayu. Beliau bertanggungjawab mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di
wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan. Beliau juga bertugas membentuk sebuah sistem
cukai yang berkesan serta merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar. Selain itu, beliau juga dikehendaki memperbaiki
sistem perhubungan.
Di peringkat negeri, pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis
Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan
tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai penasihat
sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan
kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan,
pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali
urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Negeri ini dijalankan dalam Bahasa Melayu dan
segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul
Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai
308
tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun
majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya,
majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan
majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat.
Di peringkat daerah, pentadbirannya diserah di bawah jagaan seorang pegawai daerah British. Pada peringkat awal, pegawai daerah
dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau berfungsi sebagai pemungut cukai dan menjadi majlistret di
peringkat daerah. Pegawai daerah juga bertanggungjawab menjaga perbandaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan
jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai
Daerah bertugas untuk mengawasi ketua jabatan itu.
Setiap daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim pula. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran
Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat. Selain itu, British juga berhasrat
melibatkan mereka dalam pentadbiran British. Mereka ini juga lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata dan mempunyai
pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Tugas mereka termasuklah memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang
tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata, menyampaikan dasar dan usaha
kerajaan kepada rakyat jelata, menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan dan menyimpan kira-kira dan membuat laporan
bertulis.
Seterusnya, di peringkat kampung, ia diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh
penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan
negeri-negeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang.
Pada awal tahun 1890-an, sebuah Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan bagi mentadbir bandar Kuala Lumpur. Tugas lembaga ini
adalah untuk mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, meluluskan pelan bangunan dan menjaga kebersihan bandar. Ahli-ahli lembaga
ini terdiri daripada jurutera di Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis Daerah dan individu yang dilantik oleh Residen.
Pada tahun 1892, Frank Swettenham memperkenalkan idea penubuhan persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith.
Pada tahun 1893, Cecil Clementi menghantarkan cadangan ini kepada Pejabat Tanah Jajahan. Frank Swettenham dengan initiatifnya
mendapat persetujuan dari Raja-raja Melayu. Akihirnya, pada 1 Julai 1895, Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan
dan perjanjian ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1896 di mana persekutuan yang dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.
Di bawah sistem persekutuan ini, pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral telah berlaku. Sudahpun diketahui, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) bukan merupakan persekutuan dalam erti kata yang sebenarnya tetapi satu kesatuan politik. Kuasa
pentadbiran dipusatkan dalam tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur yang menjadi ibu negeri persekutuan. Semua keputusan
penting berkaitan dengan keempat-empat Negeri-negeri Melayu berkenaan dibuat di Kuala Lumpur. Tiada terdapat pengagihan kuasa
pentadbiran di antara negeri-negeri dan kerajaan pusat. Beberapa jabatan persekutuan seperti Jabatan Keretapi, Jabatan Polis, Jabatan
Hutan, Jabatan Hal-ehwal Cina, Malay States Guides dan Jabatan Kewangan ditubuhkan. Residen Jeneral mempunyai kuasa atas
perkara kewangan. Punca utama hasil, iaitu duti-duti atas eksport, berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Sir Frank Swettenham
dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama bagi NNMB. Pemusatan kuasa ini mengakibatkan Sultan-sultan Melayu, Residen-
residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa.
Di bawah persekutuan juga, Persidangan Raja-raja Melayu (DURBAR) ditubuhkan. DURBAR membolehkan Sultan-sultan
membincangkan kepentingan mereka bersama dengan pegawai-pegawai British. Persidangan ini dijalankan dalam Bahasa Melayu.
Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama diadakan pada tahun 1897 di Kuala Lumpur. Sultan Idris dari Perak mengkritik
pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Residen Jeneral. Baginda menggesa Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan kuasa.
Baginda juga menggesa Kerajaan British untuk menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
Penubuhan NNMB telah menyebabkan kuasa Sultan-sultan, Residen-residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Sultan
Idris dari Perak selalu mengkritik Kerajaan British atas tindakan ini dan mendesak Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan
kuasa atau desentralisasi. Hasil usaha dari John Anderson, desentralisasi peringkat pertama dimulakan pada tahun 1904. Pada
peringkat ini, Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1909. Selepas John Anderson, Guillemard dan Sir Cecil Clementi
juga melaksanakan dasar desentralisasi masing-masing pada tahun 1920 dan 1930.
Jelaskan pengertian imperialisme dan huraikan proses imperialisme British di Negeri-negeri Melayu sehingga tahun 1874.
Pendahuluan
Nyatakan secara ringkas kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Timur dan juga faktor yang mendorong mereka berbuat demikian secara
umum.
Melalui peperangan
Perang Naning, 1831-1832.
Konflik timbul apabila gabenor Robert Fullerton dan Dol Said bertelagah tentang tuntutan bayaran sebanyak 10% daripada
hasil Naning serta cadangan Inggeris melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau membayar pencen
sebagai bayaran ganti rugi.
Dol Said tewas dan dibuang negeri ke Melaka.
British kuasa Naning.
Penutup
Inggeris berjaya meluaskan pengaruhnya/imperialismenya ke negeri-negeri Melayu melalui dua cara, iaitu melalui perjanjian dan juga
peperangan. Imperialisme cara peperangan dijalankan oleh British dalam usaha menguasai Tanah Melayu. Imperialisme British di
negeri-negeri Melayu oleh British kerana British bimbang kuasa Barat yang lain akan masuk ke Tanah Melayu jika mereka tidak
berbuat demikian.
Pengenalan
Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik
sepenuhnya. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan orang Cina dan Indis secara beramai-
ramai. Penghijrahan kaum imigran mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Kesan migrasi
1. Wujud masyarakat majmuk di Tanah Melayu
Membentuk organisasi sosial dan budaya yang berbeza.
Furnival mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai pelbagai bangsa yang berbeza wujud dalam satu kawasan politik
tertentu iaitu wujud berdampingan tetapi berasingan.
Kaum-kaum imigran berpisah bukan sahaja kerana bangsa tetapi agama, bahasa, budaya, adat resam, kegiatan ekonomi,
tempat tinggal dan taraf hidup.
2. Pertambahan bilangan penduduk
Peringkat awal kebanyakan imigran tidak menetap, untuk mencari kekayaan tetapi akhirnya ada yang berkahwin
dengan orang tempatan dan menetap kekal.
Orang India melebihi 30000 orang pada tahun 1870 dan bertambah melebihi 120000 orang pada tahun 1901.
3. Lahir satu kebudayaan yang unik
Setiap kaum mengekalkan agama dan kepercayaan masing-masing.
Melayu – agama Islam, Cina – Buddha dan India – Hindu.
Bahasa, ketiga kaum bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
4. Segi ekonomi – setiap kaum mengikut kegiatan tertentu
Melayu – bidang pertanian dan penangkapan ikan.
Cina – perlombongan dan perdagangan.
India – ladang getah dan perladangan lain.
5. Kegiatan ekonomi – terpisah tempat kediaman
Melayu – kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut.
Cina – perlombongan dan bandar pusat perniagaan.
India – di estet-estet dan kelapa sawit.
Taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.
Penutup
Keseluruhannya, faktor penolak seperti sosial, ekonomi dan politik negara asal serta faktor penarik seperti perkembangan ekonomi
dan politik yang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini mewujudkan masyarakat majmuk di
Tanah Melayu.
Sistem pemerintahan Dinasti Brooke pada abad ke-19 di Sarawak merupakan suatu bentuk pemerintahan baru berbanding pemerintahan
tradisional. Bincangkan.
Sarawak asalnya wilayah pegangan atau hak Kesultanan Brunei. Namun begitu, pada tahun 1836, telah berlaku pemberontakan di Sarawak.
Sultan Brunei waktu itu, Sultan Omar Ali Saifuddin gagal untuk menyelesaikan krisis tersebut. Fenomena inilah yang menyebabkan baginda
meminta bantuan daripada James Brooke pada tahun 1839 yang kebetulan berada di sana. Atas bantuan James Brooke pada masa itu, krisis
tersebut diselesaikan, beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarawak pada 24 November 1841. Akhirnya, pada tahun
1846, Sultan Brunei telah mengakui sepenuh James Brooke dan penggantinya sebagai pemerintah bebas di Sarawak.
James Brooke mentadbir Sarawak mengikut asas pentadbiran British. Beliau telah memperkenalkan satu kod undang-undang
keamanan di Sarawak. Namun begitu, bagi jenayah-jenayah berat, hukumannya masih berpandukan kepada undang-undang tradisi
Brunei. Pada tahun 1855, James Brooke telah menubuhkan sebuah Majlis Tertinggi yang berperanan sebagai penasihatnya dalam
pentadbiran. Majlis ini terdiri daripada Charles Brooke dan 4 orang Datu daripada orang Melayu. Selain itu, beliau juga
memperkenalkan sistem perdagangan bebas kecuali bagi dagangan antimoni dan candu.
James Brooke juga telah menghapuskan amalan tradisi masyarakat pribumi iaitu perburuan kepala dan sistem perhambaan. Pada
tahun 1840-an ini juga, beliau cuba menghapuskan aktiviti pelanunan yang selama ini mengganggu keamanan di perairan Sarawak.
Beberapa kubu lanun berjaya dimusnahkan seperti di Saribas, Padeh, Teluk Marudu, Dayak Laut dan Batang Muru. Selain daripada
usaha-usaha pentadbiran James Brooke di atas, beliau juga berjaya memperluas wilayah Sarawak itu sendiri. Kawasan asal Sarawak
yang diperolehinya dari Sultan Brunei hanyalah kawasan antara Tanjung Datu dan Sungai Samarahan. Pada tahun 1853, Sultan
Brunei, Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan kawasan di sekitar Sungai Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Kalaka. Sultan Brunei
telah menerima bayaran tahunan sebanyak 1000 paun atas penyerahan ini. Pada tahun 1861 pula, Sultan Brunei telah menyerahkan
311
kawasan pantai di antara Sungai Rajang dan Tanjung Kindurong dan Sultan menerima bayaran tahunan sebanyak 4500 paun atas
penyerahan ini.
Pada September 1865, James Brooke telah menyerahkan tampuk pemerintahan Sarawak kepada anak saudara beliau Charles Brooke.
Charles Brooke turut mengambil beberapa langkah untuk mengemaskinikan sistem pemerintahan Sarawak. Pada tahun 1865, beliau
telah menubuhkan sebuah Majlis Negeri. Penubuhan majlis ini untuk memberi peluang kepada suku-suku kaum tempatan terlibat
dalam pentadbiran. Di antara ahli-ahlinya ialah, ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketua suku daerah, pegawai kanan Eropah dan Residen
Eropah. Oleh sebab wilayah Sarawak semakin besar, beliau membahagikan Sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh Residen
Eropah setiap satu. Residen ini dibantu oleh penolong Residen dan pegawai rendah. Di bawah Residen ini pula ditubuhkan Majlis
Bahagian yang bertanggungjawab sebagai penasihat kepada Residen tadi. Sementara itu, di peringkat Kampung, ketua-ketua kampung
masih dipegang oleh ketua suku kaum di kawasan berkenaan.
Di dalam soal kehakiman, hukuman masih berasaskan undang-undang tradisional suku kaum pribumi. Namun, sekiranya terdapat
sebarang hukum yang diragui, undang-undang British akan digunakan. Pada tahun 1883, Charles Brooke telah memperkenalkan rang
undang-undang untuk membebaskan semua hamba di Sarawak dalam masa 5 tahun. Sebagai mana bapa saudaranya, Charles Brooke
turut berusaha memperluaskan wilayah Sarawak. Pada tahun 1890, misalnya, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang
kepada Brooke. Pada tahun 1905 pula, Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan kawasan Sungai Lawas kepada Brooke.
Charles Brooke turut membuat beberapa pembaharuan dan usaha untuk memajukan ekonomi Sarawak. Contohnya, pada tahun 1876,
beliau telah menggubal dasar yang menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura ke Sarawak untuk mengerjakan tanaman
lada hitam. Pada tahun 1885, Sarawak berjaya mengeksport lada hitam sehingga berjumlah 392 tan. Getah pula mula ditanam di
Sarawak pada tahun 1905. Untuk itu, buruh-buruh Jawa telah diimport untuk mengerjakan ladang-ladang getah. Sagu turut
diusahakan dan kemudian salah satu tanaman eksport yang diusahakan oleh orang Malanau. Selain hasil pertanian, kegiatan ekonomi
turut pesat dalam aktiviti perlombongan. Antara sumber galian yang dilombong di Sarawak ialah antimoni, raksa dan arang batu.
Pemerintahan Charles Brooke ini kemudian berakhir apabila beliau diganti oleh anaknya Vyner Brooke pada 24 Mei 1917. Vyner
Brooke banyak menyambung usaha-usaha yang dilakukan oleh bapanya. Pada tahun 1924, beliau telah memperkenal satu kanun
jenayah Sarawak. Kanun ini amnya berasaskan kepada Kanun Jenayah India. Pada tahun 1923 pula, beliau telah memperkenalkan
jawatan Ketua Setiausaha. Selain itu, beliau juga telah mewujudkan jawatan Peseruhjaya Hakim yang sebelum ini dikenali sebagai
Ketua Hakim. Pada tahun 1929, beliau telah melantik seorang Setiausaha Hal-Ehwal Orang Cina. Jawatan ini berfungsi untuk
menguruskan perkara yang berkaitan dengan orang Cina. Pada 24 September 1941 pula, Vyner Brooke telah memperkenalkan sebuah
perlembagaan baru untuk Sarawak. Perlembagaan ini merupakan langkah pertamanya ke arah pemerintahan sendiri. Intipati kepada
perlembagaan ini, Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi. Majlis Negeri dikekalkan dengan keanggotaan seramai
25 orang ahli yang bertindak sebagai badan perundangan.
Vyner Brooke turut berusaha untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di Sarawak. Getah kini menjadi eksport terpenting Sarawak
dengan keluasan ladangnya yang kian bertambah. Petroleum telah ditemui di Miri dan ia menjadi pengeluaran utama bagi negeri
Sarawak. Perusahaan kayu balak turut dimulakan. Perkembangan infrastruktur juga turut bertambah dengan lebih banyak pembinaan
jalan raya dan keretapi. Namun, pengangkutan air masih merupakan pengangkutan utama di Sarawak.
Pemerintahan Vyner Brooke berhenti seketika apabila berlaku Perang Dunia Kedua dan jatuhnya Sarawak ke tangan Jepun. Vyner
Brooke mengambilalih semula Sarawak selepas Perang Dunia Kedua. Namun begitu, pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke telah
menyerahkan Sarawak ke bawah pentadbiran Kerajaan British. Hal ini disebabkan beliau tidak mempunyai waris dan beliau tidak
cukup wang untuk membangunkan semula Sarawak selepas mengalami kemusnahan teruk semasa Perang Dunia Kedua. Justeru itu,
tahun 1946 ini, berakhirlah pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak.
Bincangkan transformasi ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan british sehingga Perang Dunia Kedua.
Masyarakat tradisional Melayu telahpun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi sara diri sebelum kedatangan pihak atau penjajah
British. Antara, kegiatan-kegiatan yang telah dijadikan asas sistem ekonomi sebelum kedatangan pihak British adalah seperti kegiatan
ekonomi sara diri, kegiatan perlombongan, kegiatan pertukangan, sistem berjaja di pasar-pasar dan sebagainya. Dengan adanya sistem
ekonomi yang kukuh sebelum kedatangan pihak Inggeris dan perintis kepada pihak Inggeris dalam membuka Negeri-negeri Selat iaitu
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Maka terdapatnya penghijrahan beramai-ramai kaum asing seperti kaum cina, India dan Melayu
di bawah pengawasan pembesar-pembesar di Tanah Melayu. Penguasaaan kaum-kaum ini terutamanya kaum Cina dalam perusahaan
lombong bijih timah dalam ekonomi Tanah Melayu telah sekaligus membangunkan ekonomi di Tanah Melayu. Namun demikian,
hasil dari tuntutan, tekanan-tekanan dan keadaan kacau bilau oleh penduduk di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak British telah
campur tangan dalam Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan dasar ‘tidak campur tangan’ dalam hal elwal politik di negeri-
negeri Melayu sehingga September 1873.
Dengan adanya campur tangan oleh British dalam Tanah Melayu, maka ini telah mendorong pihak British dalam menguasai ekonomi
dalam Tanah Melayu khususnya dalam perusahaan bijih timah, getah dan sebagainya. Transformasi atau perubahan yang dibawa oleh
pihak British tidak dapat dinafikan memang telah membawa banyak kemajuan dan pembangunan dalam negeri-negeri Melayu.
Sebelum kedatangan pihak British, perusahaan lombong bijih timah ini telah dimonopoli oleh saudagar-saudagar Cina hampir
setengah abad lamanya. Sejak pertengahan abad yang ke-18 hinggalah akhir abad tersebut hampir seluruh perusahaan lombong bijih
timah di Tanah Melayu dimiliki oleh orang-orang Cina, sementara hampir seluruh pekerjanya juga terdiri daripada orang-orang Cina.
312
Namun demikian mulai akhir abad yang ke-19 terdapatnya pula pemodal-pemodal Inggeris yang melaburkan modal mereka di
beberapa buah lombong di Tanah Melayu ini.
Lombong-lombong yang mereka usahakan itu mula-mulanya terdiri di Lembah Kinta, iaitu suatu kawasan yang amat kaya dengan
bijih timah di dunia. Kemunculan Kinta sebagai kawasan perlombongan yang terpenting sekali bermula dari awal tahun-tahun 1890an
lagi, dan sejak itu pula Larut tidak lagi merupakan kawasan perlombongan yang utama yang sebelum ini dibuka oleh Long Jaafar.
Akibat dari pembukaan lombong bijih timah ini dan akibat daripada kemasukan pelombong-pelombong Cina itu maka banyaklah
bandar baru telah muncul terutama di sekitar kawasan-kawasan perlombongan itu. Jalanraya-jalanraya dan jalan-jalan keretapi juga
telah dibina bagi memudahkan lagi proses mengeluar dan mengeksport bijih timah itu.
Penglibatan orang-orang Eropah secara besar-besaran di dalam perusahaan melombong bijih timah ini bermula di awal abad yang
keduapuluh, terutama selepas mula diperkenalkan cara melombong yang lebih moden dalam tahun 1913, iaitu dengan menggunakan
kapal korek (dredges) yang diperkenalkan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Kapal korek yang pertama telah
digunakan di Selangor pada tahun 1918.
Melombong dengan kapal korek ini memerlukan modal yang besar dan hanya pelombong-pelombong Eropah sahajalah yang mampu.
Bagaimanapun, perlombongan menggunakan kapal korek ini telah dapat menghasilkan jumlah bijih timah yang banyak dan sebab itu
telah dapat memberikan keuntungan yang lebih besar kepada pengusaha-pengusahanya dan seterusnya menambahkan lagi ekonomi
Tanah Melayu. Justeru, pihak British dengan bantuan syarikat-syarikat Eropah telah mula bertinak membuka kilang-kilang melebur
bijih timah. Contohnya, Straits Trading Company yang telahpun mendirikan dua buah kilang melebur di Pulau Brani, Singapura(1887)
dan di Butterworth(1897).
Pengeluaran bijih timah dari Tanah Melayu pda mulanya tidak mendapat saingan dari lain-lain negara. Dalam tahun 1904, misalnya
jumlah pengeluaran bijih timah Tanah Melayu ialah sebanyak 51733 tan, iaitu lebih kurang separuh daripada jumlah pengeluaran bijih
tmah dunia seluruhnya pada masa itu.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa bijih timah yang memulakan sejarah Tanah Melayu moden. Ini adalah sebab bijih timahlah yang
menyediakan pendapatan bagi membangunkan dan memodenkan negeri ini. Seterusnya bijih timahlah yang memberikan industrinya
yang pertama iaitu industri melebur bijih timah. Kilang-kilang melebur dan memproses bijih timah yang dikeluarkan di Tanah Melayu
telah didirikan di Singapura dan Pulau Pinang dan ini telah menambahkan lagi jumlah pekerjaan di negara ini di samping
memurahkan lagi belanja memprosesnya.
Perusahaan getah juga merupakan satu perusahaan yang amat penting di Tanah Melayu khususnya selepas kedatangan pihak British.
Getah berasal dari Brazil (di Amerika Selatan). Kebetulaanya penemuan getah ini sejajar pula dengan kemajuan perusahaan membuat
kereta dan alat-alat yang lain yang menggunakan getah sebagai salah satu bahan penting dalam ciptaan-ciptaan tersebut. Sejak itu
maka permintaan terhadap getah telah bertambah.
Tetapi selama beberapa tahun pokok-pokok getah yang mula-mula ditanam itu tidak dihiraukan. Ini adalah kerana pada masa itu pihak
pemerintah dan peladang-peladang di Tanah Melayu lebih mengutamakan perusahaan menanam kopi dan tebu.
Dalam tahun 1888, Ridley dilantik oleh pemerintah Inggeris menjadi Pengarah di Botanical Garden, Singapura. Semasa beliau
bertugas di Botanical Garden inilah beliau membuat kajian-kajian dan penyiasatan-penyiasatan berhubung dengan kegunaan dan
faedah getah. Beliau sangat berkeyakinan terhadap kejayaan getah di Tanah Melayu.
Kebetulan perusahaan menanam kopi di Tanah Melayu pada akhir abad yang ke-19 sedang menghadapi dua ancaman besar. Pertama,
ialah kejatuhan harga kopi akibat saingan yang hebat dari pengeluaran kopi di negeri-negeri lain. Kedua, pokok-pokok kopi itu pada
masa itu banyak yang diserang oleh sejenis serangga hingga membunuh pokok-pokok itu.
Apabila Ridley berkunjung ke Tanah Melayu di akhir abad tersebut, beliau telah mengesyorkan supaya peladang-peladang itu cuba
pula menanam pokok getah. Waktu ini permintaan getah telah menjadi semakin bertambah akibat perkembangan perusahaan-
perusahaan membuat kereta dan sebagainya di Amerika dan Eropah.
Pada tahun 1897, peladang-peladang atau penanam-penanam getah itu jua telah mengambil faedah daripada kaedah menoreh getah
sejalur nipis kulit dari getah itu mengikut corak tulang ikan dan membiarkan getahnya mengalir masuk ke dalam sebuah mangkuk
kecil, membolehkan pokok getah itu ditoreh setiap hari selama beberapa tahun tanpa mengurangkan hasilnya. Kaedah Ridley ini
adalah suatu kaedah yang saintifik dan lebih dikenali sebagai sistem ibedem atau istem tulang ikan herring. Ia boleh menjamin setiap
pokok akan mengeluarkan hasil yang setinggi-tingginya.
Di bawah pemerintahan dan pengawasan pihak Britsh, kemajuan dan pembangunan yang dicapai hasil daripada perusahaan getah
telah menampakkan kejayaan. Kerajaan British juga bertindak dalam memperkenalkan dan menubuhkan Institut Penyelidikan Getah
pada tahun 1926 di Kuala Lumpur untuk menjalankan penyelidikan teknik bagi memajukan perusahaan getah. Telah diketahui
permintaan terhadap getah oleh negara-negara lain dari Tanah Melayu juga meningkat bahkan kawasan penanaman getah telah
bertambah beratus-ratus ganda jika dibandingkan dengan kawasan penanaman getah sebelum kedatangan British. Kemajuan
sedemikian telah mendorong kemasukan beramai-ramai tenaga-tenaga pekerja dari India yang telah dianggap sebagai buruh-buruh
ladang.
313
Apabila negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu masuk ke dalam pengawasan Inggeris dengan Perjanjian Bangkok
tahun 1909, perusahaan menanam getah ini telah diperluaskan pula ke negeri-negeri tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa,
penanaman getah secara besar-besaran ini didorong oleh pendapatan yang lumayan darinya berikutan dengan harag yang mahal.
Antara tahun 1910 hingga 1912, misalnya, harga getah telah mencapai kemuncak yang paling tinggi dalam sejarah perusahaan itu,
iaitu hampir lima ringgit bagi setiap paun.
Peluasan penananam getah yang demikian pesat itu telah memberi sumber hasil yang besar kepada rakyat dan pemerintah negeri ini di
bawah pengawasan dan perancangan pihak British. Penghasilan itu telah menyediakan wang yang diperlukan oleh pemerintah untuk
mengadakan banyak kemudahan bagi pemodenan negara. Pembukaan ladang-ladang getah oleh pihak Inggeris yang dijalankan secara
besar-besaran ini juga membuka kawasan hutan rimba dengan luasnya.
Selain daripada perkembangan dan kemajuan kegiatan perusahaan bijih timah dan getah, pihak Inggeris juga membawa banyak
perubahan dan transformasi terhadao sistem ekonomi yang lain. Contohnya, sistem ekonomi komersil. Sistem ekonomi komersial di
Tanah Melayu bukanlah hanya wujud setelah kehadiran penjajah British dan akab ke-19 itu tetapi telah wujud semenjak daripada
Kesultanan Melayu Malaka lagi. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menafikan juga bahawa dengan kahadiran penjajah British
telah mempergiat lagi bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mempunyai teknologi yang lebih maju. Satu perkembangan
yang nyata semasa pemerintahan penjajah Inggeris pada abad ke-19 ialah pembangunan pesat industri perlombongan terutamanya
bijih timah dan getah sehingga meletakkan Semenanjung Tanh Melayu sebagai negara terkemuka dalam pengeluaran dan eksport
bahan-bahan mentah tersebut. Selain itu, perusahaan-perusahaan lain seperti perlombongan emas, perlombongan arang batu,
perlombongan bijih besi dan sebagainya dapat diperinci sebagai berikut.
Pada tahun 1889, sebuah syarikat perlombongan emas Australia iaitu Raub Australian Gold Mining Company telah ditubuhkan di
Raub, Pahang. Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting dan berjaya di Tanah Melayu. Syarikat tersebut telah
mengeluarkan 24700 gram emas dalam tempoh 50 tahun sejak pengeluaran dimulakan.
Dengan adanya kedatangan pihak British, perlombongan arang batu telah giat dijalankan di Batu Arang, Selangor dan Enggor, Perak.
Kegiatan perlombongan tersebut dijalankan oleh Syarikat Malayan Colloeries semenjak tahun 1915. Arang batu keluaran lombong-
lombong berkenaan telah dijual dalam pasaran tempatan iaitu kepada Kereta Api Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong-
lombong bijih timah. Jelasnya, perusahaan perlombongan arang batu di Tanah Melayu hanyalah merupakan sampingan sahaja iaitu
menjadi pemangkin kepada perusahaan lain dan pengeluarannya hanya untuk kegunaan tempatan sahaja. Umpamanya untuk bahan
api kepada kereta api sebahagian sistem pengangkutan utama selepas perusahaan bijih timah semakin meningkat di Tanah Melayu.
Ekonomi perdagangan juga giat dijalankan semasa British campur tangan dalam Tanah Melayu. Kegiatan perdagangan di Tanah
Melayu telah dikembangkan oleh pihak British memandangkan terdapatnya banyak bahan-bahan mentah di Tanah Melayu.
Keuntungan yang diperoleh selepas pihak British bertindak dalam mengeksport bahan-bahan mantah ini adalah besar. Contohnya,
pertambahan eksport bijih timah pada 1870an telah menguntungkan pihak penjajah. Dalam tahun 1879 umpamanya, pendapatan cukai
terhadap perlombongan bijih timah dari negeri Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281 823 daripada jumlah hasil $388
372 dan $107 558 daripada jumlah hasil $184 387.
Kesimpulaanya, akibat daripada kemajuan ekonomi yang telah dicapai di Tanah Melayu di bawah pengaruh pihak British terutamanya
perusahaan bijih timah dan getah telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Tambahan pula, kemajuan ekonomi juga
telah membawa kesan-kesan yang menguntungkan kerana adanya kemajuan seperti sistem perhubungan, munculnya bandar-bandar
baru dan juga menambahkan pendapatan Tanah Melayu hasil daripada keluaran. Kewujudan masyarakat majmuk telah membawa
kepada perubahan keadaan sosial yang besar di Tanah Melayu. Contohnya, pengekalan identiti kaum masing-masing dan kurangnya
pergaulan telah mewujudkan banyak masalah sosial sehingga munculnya kebudayaan, persatuan-persatuan, kongsi-kongsi gelap kaum
masing-masing. Perpaduan kaum kurang dirasai di kalangan penduduk antara kaum yang punca utamanya adalah disebabkan kaum
masing-masing mengusahakan kegiatan ekonomi yang berlainan
Sejauhmanakah agama memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu?
Kebangkitan gerakan kesedaran di Tanah Melayu hanya bermula pada awal kurun ke-20. Gerakan kesedaran sebelum Perang Dunia Kedua
ini berjalan agak perlahan jika dibandingkan dengan gerakan kesedaran di negara-negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Secara
umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu
mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3
golongan iaitu golongan reformis Islam berpendidikan Arab, golongan inteligensia berpendidikan Melayu dan golongan birokrasi
berpendidikan Inggeris.
Dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu, agama merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan gerakan ini.
Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang
lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir dan Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani.
Mereka telah melahirkan gerakan Pan Islamism. Di Turki pula muncul Mustafa Kamal Attaturk dan dibawah pimpinannya, negara
Turki sedang mengalami proses membangun dan pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan-perubahan dan
penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat. Penuntut-penuntut dari Tanah
Melayu dan Indonesia yang melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah telah menerima pengaruh Pan Islamism di Mesir dan
pemodenan negara Turki. Mereka menubuhkan persatuan yang dikenali sebagai Perkumpulan Pemuda Indonesia-Malaya (Perpindom).
Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat. Antara pelajar yang terkenal
314
ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Apabila mereka pulang
ke Tanah Melayu, mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka ditentang oleh golongan
tua dan dianggap telah menyeleweng. Walau bagaimanapun, mereka masih mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang masih
menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk mengadakan satu gerakan
Pan Islamism yang besifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia.
Selain itu, bahasa dan kesusasteraan juga mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar tempatan memuatkan
puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Sebagai contoh, puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan
Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh
bangsa lain. Selain itu, puisi seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan
Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) dan Seruan Pujangga oleh Anum (1940) juga telah membangkitkan semangat kebangsaan.
Dalam ini juga, novel juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi (1925)
mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu
berjuang mencapai kemajuan. Cerpen yang merupakan cerita pendek mempunyai nasihat juga tidak kurang kepentingannya dalam
mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Jijai yang menyeru orang
Melayu supaya rajin bekerja dan Anak Dibuat Denal (1938), Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang (1940) dan Siasat Yang Tiada
Diminta (1941) yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan
yang hendak disampaikan.
Seterusnya, akhbar dan majalah juga memainkan peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh,
pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin
oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahr Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini
diterbitkan dengan tujuan menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat di samping
membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial
dan ekonomi. Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti
Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan.
Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak
Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk
kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas, terdapat juga
akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan sebagainya.
Dari segi pengaruh pendidikan pula, pengaruhnya tidak boleh dipandang kecil. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura,
Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar
(Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau
Pinang ialah Madrasah al-Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajar-
pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha
bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk.
Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan
memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka.
Perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini telah
terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta
nasionalisme. Mereka ini terdiri daripada Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang
berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan yang menjadi ahli Majlis Pusat telah memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu,
manakala Dato’ Onn bin Jaafar pula mengkritik pedas terhadap pentadbiran British. Selain itu, graduan-graduan MPSI telah
menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 untuk menggunakan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang
diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929
dan 1930 pula, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo”
dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Pertubuhan ini telah menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka
sedar akan nasib buruk bangsa mereka.
Akhir sekali ialah pengaruh dari luar. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905 membawa kesan lebih mendalam ke atas
perkembangan nasonalisme di Tanah Melayu. Kerajaan Jepun membuktikan rakyat Asia juga bijak dan berkebolehan. Kepercayaan
ini memberi ilham dan menguatkan keazaman rakyat Asia terutama kaum nasionalis Melayu untuk menentang penjajah Barat.
Seterusnya, nasionalisme Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh nasionalisme Indonesia. Hal ini adalah disebabkan adanya hubungan
rapat antara penduduk bumuputera Tanah Melayu dengan penduduk Indonesia seperti agama, bahasa dan satu keturunan darah. Pada
permulaannya, nasionalisme kedua-dua tempat ini memperjuangkan ajaran agama Islam yang sebenar. Kemudian, perjuangan radikal
Parti Nasional Indonesia telah mempengaruhi pemimpin-pemimpin politik radikal Tanah Melayu untuk memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
Gerakan nasionalisme sebelum tahun 1941 adalah bercorak agama, sosioekonomi dan politik. Selepas pendudukan Jepun di Tanah
Melayu, corak gerakan kesedaran ini telah berubah menjadi perjuangan secara perlembagaan. Kini, golongan nasionalis ini cuba
melepaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah secara perdamaian. Hasilnya, British mula memberi peluang kepada rakyat
tempatan untuk memerintah sendiri sehinggalah akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu diberi kemerdekaan.
315
Bagaimana orang-orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan Union pada tahun 1946?
Hasil daripada kajian Malayan Planning Unit, satu “kertas putih” telah dikeluarkan oleh parlimen di London pada 22 Januari 1946.
“Kertas Putih” ini mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union. Ia dikuatkuasakan pada 1 April 1943. Hal ini bermakna, Malayan
Union telah ditubuhkan. Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan yang kuat dari kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan
bahasa cadangan yang dikemukakan dalam “kertas putih” telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera.
Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing.
Untuk menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan Union pada tahun tersebut juga.
Dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union, akhbar-akhbar telah memainkan peranan yang penting.
Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan.
Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang Malayan Union. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan
pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan
penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk
pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara,
Majlis dan Pelita Malaya.
Dalam usaha menentang Malayan Union, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan rakyat Melayu telah bersatu-padu dan mengadakan
kerjasama. Mereka telah menulis surat kepada Raja Britain dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan
membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu
khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain,
terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British
tersebut ialah Frank Swettenham, Aurthur Richard, Cecil Celmenti, Rolland Braddle dan Windtreadt.
Orang-orang Melayu juga mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu
untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union. Sebagai contoh, pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah
berkumpul di hadapan istana di Kota Bharu semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25
Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946,
perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang
diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946.
Selain usaha di atas, Kongres Melayu Se-Malaya juga telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada
1-4 Mac 1946. Kongres ini diadakan adalah hasil dari daya usaha Kelab Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar. Kongres ini
dihadiri oleh 107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati dari 41 buah pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres
tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha menentang Malayan Union. Kongres tersebut juga mencadangkan
supaya ditubuhkan pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946,
Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut.
Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya
Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai presiden UMNO yang pertama.
Walaupun terdapat penentangan hebat dari kaum Melayu, pihak British tetap mengumumkan penubuhan Malayan Union pada 1 April
1946. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan rakyat Melayu telah memulaukan upacara penubuhan Malayan Union dan
perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union.
Namun begitu, gagasan Malayan Union tetap dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan walaupun semua upacara yang dijalankan
telah dipulaukan oleh kaum Melayu. Untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union, orang Melayu
telah mengadakan perkabungan selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu
memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan Melayu
mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah
keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung.
Seterusnya, ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat turut menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan
Union.
Akibat penentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu
perwakilan ahli parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil
daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak
istimewa orang Melayu dan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan turut diperketatkan.
Antara tahun 1941 hingga 1945, Jepun telah memerintah Tanah Melayu. Pendudukan Jepun telah meninggalkan berbagai kesan terhadap
Tanah Melayu sama ada dari segi politik, sosial dan ekonomi. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah. Sebelum British balik ke
316
Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) telah memerintah secara langsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai “Bintang
Tiga”. Pada 22 Januari 1946, Parlimen British telah mengemukakan satu kertas putih yang mengandungi cadangan penyatuan politik Tanah
Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Selepas balik ke Tanah Melayu lebih kurang 4 bulan, kertas putih ini dikuatkuasakan pada 1
April 1946 dan Edward Gent telah dilantik menjadi Gabenor Malayan Union yang pertama.
Dalam perlembagaan Malayan Union, terdapat dua fasal utama iaitu fasal pentadbiran dan fasal kerakyatan. Dalam fasal pentadbiran,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu unit
politik yang dikenali sebagai Malayan Union. Singapura diasingkan kerana penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategic
dan pelabuhan bebas. Ia menjadi wilayah jajahan yang berasingan dan ditadbir oleh Gabenor. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan
tetapi mereka hanya berkuasa dalam hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan
sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi ia diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat. Tanah Melayu
akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan ia ditadbir oleh seorang Gabenor yang berada di Kuala Lumpur. Gabenor akan
menjalankan tugas pentadbirannya dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis
Penasihat juga ditubuhkan. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union, Singapura dan Borneo.
Berhubung dengan fasal kerakyatan, warganegara akan diberi kepada orang yang lahir di Tanah Melayu atau Singapura. Sekiranya
seseorang itu dilahirkan di luar Tanah Melayu, beliau akan diberi taraf warganegara sekiranya ibu atau bapa ialah warganegara
Malayan Union. Bagi orang yang tinggal 10 tahun daripada 15 tahun yang terdahulu sebelum 15 Februari 1942 di Tanah Melayu,
taraf warganegara juga diberi kepadanya. Bagi orang-orang yang tidak memenuhi syarat di atas, beliau boleh memohon menjadi
warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.
Pengenalan Malayan Union ditentang oleh orang Melayu kerana cara Harold Mac Michael untuk mendapat tandatangan Sultan. Selain
itu, cadangan perlembagaan yang menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan telah dijadikan alasan penentangan. Orang Melayu
juga menentang bahawa hak istimewa orang Melayu terjeja dan syarat kerakyatan yang longgar diberi kepada orang bukan Melayu.
Mereka juga tidak berpuas hati kerana dalam menggubal rangka perlembagaan, mereka tidak dilibatkan.
Akibat penentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu
perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil
daripada laporan mereka, mereka bersetuju membubarkan Malayan Union.
Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai British, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO
untuk merangka satu perlembagaan yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu, khususnya yang sesuai bagi orang Melayu. Orang bukan
Melayu tidak bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut. Mereka bimbang jawatankuasa ini akan merangka satu
perlembagaan baru yang merugikan mereka. Namun begitu, jawatankuasa itu tetap beroperasi dan berjaya mengemukakan laporan
mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf perlembagaan bagi penyatuan politik yang baru yang dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu.
Draf perlembagaan persekutuan yang digubal dibantah oleh PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All Malayan Council of
Joint Action). British tidak berminat dengan bantahan mereka. Pada 21 Januari 1948, raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan British
menandatangani persetujuan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan
secara rasminya.
Mengikut perlembagaan baru ini, Singapura masih diasingkan dari Tanah Melayu, tetapi Tanah Melayu beralih menjadi negeri
lindungan British. Pentadbiran persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT). PJT dibantu oleh Majlis Perundanga Persekutuan
yang terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 orang ahli tak
rasmi dan Majlis Mesyuarat Kerja yang terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-kurangnya 5-7 orang ahli tak
rasmi. Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu. Kekuasaan Sultan dikekalkan. Baginda akan
menjalankan pentadbiran dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Hak istimewa orang Melayu juga dikekalkan.
Bagi fasal kerakyatan, mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun dari tempoh 12 tahun yang terdahulu.
Bagi mereka yang lahir di luar Tanah Melayu, mereka mesti bermastautin selama 15 tahun daripada 20 tahun yang terdahulu. Umur
minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun. Mereka mesti tahu bercakap dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Mereka juga
dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada Tanah Melayu.
Langkah Kerajaan British menubuhkan persekutuan ini adalah untuk menyiapkan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Walau
bagaimanapun, pemberontakan PKM telah menghalang usaha ini. Apabila keadaan mulai reda, usaha itu diteruskan. Pada tahun 1951,
Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan dilantik untuk mengetuai 9
jabatan kerajaan. Antara mereka ialah Dato’ Onn Bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri dan E.E.C. Thuraisingam
mengetuai Jabatan Pelajaran.
Mulai tahun 1951, pilihanraya perbandaran diadakan. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan. Dalam
pilihanraya ini, parti radikal memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO 1 kerusi. Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya
Perbandaran Kuala Lumpur diadakan. UMNO-MCA memenangi 9 kerusi, IMP (Independent Malaya Party) 2 kerusi dan bebas 1
kerusi. Seterusnya, pada 27 Julai 1955, Pilihanraya Umum yang pertama diadakan. Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memenangi 51
317
kerusi dan PAS satu kerusi. Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Ketua Menteri. Sebuah jemaah menteri yang terdiri
daripada 6 orang Melayu, 3 Cina dan 1 India telah dibentuk.
Seterusnya, perjuangan kemerdekaan dimulakan. Rundingan Baling telah diadakan untuk mengatasi masalah PKM tetapi rundingan
ini gagal. Seterusnya, pada 6 Jun 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman berangkat ke London untuk merundingkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Rundingan ini dijalankan dari 18 Januari
hingga 8 Februari 1956 dan dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasilnya, British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, Suruhanjaya Reid
ditubuhkan. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan anggotanya terdiri daripada hakim negara Komanwel, iaitu Ivor Jenning
(Britain), William Mackel (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dilahirkan.
Selepas merdeka, Pilihanraya Umum Pertama telah diadakan pada tahun 1959. Dalam pilihanraya ini, Parti Perikatan memperolehi
kemenangan yang besar. Seterusnya, pada 16 September 1963, satu persekutuan baru yang dikenali sebagai Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan baru ini menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta Tanah Melayu. Tetapi pada tahun 1965, Singapura
menarik diri daripada Persekutuan Malaysia.
Bincangkan sebab-sebab penubuhan Malaysia dan reaksi Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei terhadap cadangan tersebut.
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan
cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.
Namun, Kerajaan Inggeris menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura
pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku
Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei
1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk
Persekutuan Malaysia. cadangan Tunku Abdul Rahman itu menimbulkan pelbagai reaksi. Walau bagaimanapun, pada 16 September 1963,
gagasan Malaysia berjaya ditubuhkan tetapi Brunei telah menarik diri.
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan Komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an.
Ejen-ejen Komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, Komunis telah menganjurkan satu
permogokan di sebuah syarikat bas. Permogokan ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Komunis juga merampas pucuk pimpinan
Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka
menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik
dengan kumpulan ini tetapi pertelingkahan telah berlaku pada akhirnya. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam
pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh
Komunis kian bertambah. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir kumpulan berhaluan kiri dari PETIR. Pengaruh Komunis terus
berkembang sehingga sebuah parti berhaluan Komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku
Abdul Rahman bimbang Komunis akan meresap masuk ke Tanah Melayu. Diharapkan persekutuan Malaysia dapat menyekat
kemaraan Komunis dari merebak ke Tanah Melayu dan menguasai Singapura.
Penubuhan Malaysia turut bertujuan menyekat perkembangan Komunis di Sarawak. Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina
Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan tetapi diharamkan semasa darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan
Komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut
masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh Komunis. Lalu, Kerajaan British
melancarkan Operasi Pisang untuk menyekat pengaruh Komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui Malaysia, kestabilan
politik yang diperolehi dapat menentang ancaman Komunis.
Selain itu, penubuhan Malasyia juga bertujuan mengimbangkan jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan, Sabah,
Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu
dan Singapura akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini kerana ¾ penduduk di Singapura adalah orang Cina.
Kemasukan Sabah dan Sarawak serta Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk di Borneo ialah
penduduk Bumiputera.
Di samping itu, penubuhan Malaysia juga membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama.
Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai perkembangan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak
ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud,
kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek-projek pembangunan.
Akhir sekali, penubuhan Malaysia juga bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
British telah berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung
dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin
kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
318
Berhubungan dengan cadangan penubuhan Malaysia, Lee Kuan Yew selaku Ketua Menteri Singapura menyokong gagasan ini
kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman Komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura
menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh tidak
menyokong gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan
persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura
menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura tetap mempunyai kuasa
autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
Di Sabah dan Sarawak, penubuhan Malaysia amat memeranjatkan pemimpin di sana. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini
membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui
(Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha Bin Dato’
Harun dan Donald Stephen. Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka
takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga
Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan
Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum Bumiputera bukan Islam menentang gagasan Malaysia.
Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan
sebagainya. Pemimpin di kedua-dua negeri ini juga menganggap Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah
Melayu dan menggantikan penjajah British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan
mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai Malaysia. Oleh itu, sebuah Persidangan Persatuan Komanwel diadakan di
Singapura pada Julai 1961. Berapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantarkan oleh British ke persidangan ini. Mereka
membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) dibentuk untuk
mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS)
menyokong gagasan ini. Kemudian, Donald Stephen, Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah
Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.
Di Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari
menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka
dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persektuan Borneo
Utara di bawah pemerintahan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Perundangan Negeri yang
diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini meyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan
Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa
gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan
Brunei dengan bantuan tentera British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mendakwa dirinya Perdana Menteri
dan Sultan Brunei sebagai ketua negara Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini,
tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya
kepada Kerajaan Pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang
paling rendah dalam senarai nama-nama Sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 telah mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Filipina telah mendakwa bahawa
Sabah adalah hak miliknya. Indonesia pula menuduh gagasan ini merupakan satu penjajahan baru di Asia Tenggara yang mengancam
Indonesia. Dalam penentangan, Filipina mengikuti dasar berhati-hati manakala Indonesia telah melancarkan konfrontasi terhadap
Malaysia pada hari pengisytiharaan Malaysia. Walau bagaimanapun, semua masalah di antara Indonesia dan Filipina dengan Malaysia
dapat diselesaikan pada akhirnya. Filipina telah mengisytiharkan Malaysia pada Jun 1966 dan Indonesia pada 11 Ogos 1966.
Jelaskan syarat-syarat Malayan Union dan nyatakan reaksi masyarakat Melayu sehingga tahun 1948.
Pengenalan
Sehingga Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu semata-mata wujud dalam konsep georgrafikal. Dalam pada itu, timbul cadangan-
cadangan untuk menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran. Justeru itu, wujudlah rancangan Malayan
Union yang berdasarkan Piagam Mantik yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Winston Churchill dan President Amerika
Syarikat Rosevelt pada bulan Ogos 1941. Rancangan Malayan Union telah diumumkan oleh George Hill, iaitu Setiausaha Tanah
Jajahan pada 10 Oktober 1945. Akhirnya Malayan Union diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1 April 1946.
Penyelarasan Pentadbiran
Erti Malayan Union – pemusatan kuasa pentadbiran oleh seorang Gabenor British.
Sebelum Perang Dunia Kedua, 3 sistem pentadbiran iaiatu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Untuk melicinkan, menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran.
Penyatuan negeri-negeri Melayu – kukuhkan pertahanan semasa perang.
Malayan Union merupakan cara bagi Inggeris untuk berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.
319
Syarat Kewarganegaraan
Orang-orang bukan Melayu yang bermastautin di Tanah Melayu boleh mendapat kewarganegaraan dengan mudah.
Sesiapa yang tinggal lebih daripada 5 tahun – layak memohon.
Prinsip jud soli dilaksanakan – sesiapa yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura berhak mendapat kerakyatan.
Kerakyatan Malayan Union beri hak sama rata tanpa mengira kaum.
Kedudukan Raja
Istilah raja dikekalkan.
Raja/Sultan tidak mempunyai sebarang kuasa kecuali dalam bidang agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu.
Mereka menjadi penasihat kepada Gabenor dan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu.
Penutup
Malayan Union dikuatkuasakan pada 1 April 1946. Ianya dipulaukan oleh orang-orang Melayu.
British terpaksa mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dan UMNO untuk menggubal perlembagaan baru.
Akhirnya, wujud Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
Pengenalan
Selepas Perang Dunia Kedua, pihak Inggeris, Ketua Menteri Singapura dan tokoh-tokoh politik Semenanjung Tanah Melayu telah
mencadangkan gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Walaupun ada beberapa cadangan, penubuhan
Malaysia menjadi realiti apabila Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj dalam upacaranya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar
Negeri di Singapura pada 27 Mei 1961 mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disekutukan
menjadi sebuah persekutuan. Cadangan ini menjadi titik permulaan penting bagi penubuhan Malaysia. Malaysia telah dibentuk pada
16 September 1963.
Faktor-faktor
Ada beberapa faktor yang menyebabkan penubuhan Malaysia. Antaranya ialah:
Keseimbangan Kaum
Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah.
Ketidakseimbangan kaum kerana 75% penduduknya terdiri daripada kaum Cina.
Perkembangan ini akan menggugat kedudukan dan keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman mencadangkan kemasukan wilayah-wilayah Borneo yang mempunyai kaum Bumiputera yang ramai
untuk mengimbangi kadar kaum di Malaysia.
Mempercepatkan Kemerdekaan
Wilayah-wilayah Borneo dan Singapura belum mencapai kemerdekaan ketika cadangan penubuhan Malaysia.
British berjanji akan memberi kemerdekaan awal sekiranya wilayah-wilayah Borneo dan Singapura bercantum dengan Tanah
Melayu membentuk Semenanjung Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold
Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London pada bulan Oktober 1961 untuk mendapatkan sokongan Kerajaan British.
British bersetuju dengan penubuha Malaysia tetapi hendak mengumpulkan pendapat dan sambutan penduduk Sabah dan
Sarawak terhadap Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh British untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor-syor
perlembagaan setelah mendapat pandangan rakyat.
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan mengesahkan bahawa 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak
menyokong Malaysia.
Jawatankuasa Cobbold telah mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk merangka Perlembagaan
Malaysia.
Penutup
Pengisytiharaan Malaysia dibuat secara rasminya pada 16 September 1963.
Hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan penarikan Singapura dari Malaysia.
Akhirnya Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sejauhmanakah pengaruh luar memainkan peranan penting dalam pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada awal
abad ke-20.
Pengenalan
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan
negara dan bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing.
Gerakan nasionalisme Melayu merupakan satu tindak balas terhadap kekuasaan penjajah dalam bidang politik dan ekonomi.
Penentangan di Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu jelas memperlihatkan tindak balas orang Melayu terhadap
pentadbiran Inggeris.
321
Pembesar-pembesar dan peminpin rakyat berjuang membebaskan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan.
Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme meluas.
W.R. Roff – proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada tiha tahap – dipimpin oleh 3 golongan yang
mempunyai latar belakang pendidikan berlainan – tahap agama, sosioekonomi dan politik.
Pengaruh luar juga memainkan peranan penting dalam pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
Pengaruh Luar
Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
Bermula di Mesir pada penghujung abad ke-19.
Mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Islam.
Dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani.
Matlamat:
a. Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme “Penyatuan Umat Islam Seluruh Dunia”.
b. Bebas agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks.
c. Memulih agama Islam mengikut ajaran Islam – al-Quran dan Hadis.
d. Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadis.
e. Membebaskan negara Islam dari pengaruh Barat.
Ilham kepada pelajar-pelajar Melayu untuk menuntut di Universiti al-Azhar – berjuang di negara sendiri.
Pulang ke Tanah Melayu menjadi pelopor gerakan Islah Islam.
Tokoh-tokoh Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Mohd. Salim al-Kalali dan Haji Abbass Bin
Mohd. Taha.
Menyebarkan idea-idea Islah Islamiah/pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme.
Majalah al-Imam.
Faktor-faktor Lain
322
Perkembangan Pendidikan
Melahirkan satu golongan intelektual terpelajar.
Terpengaruh idea-idea dan falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan nasionalisme.
Golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’ Onn Jaafar.
Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu.
Dato’ Onn Bin Jaafar dari Johor melalui akhbat Warta Malaya dan Lembaga Melayu membuat bidasan dan kritikan,
mengadakan rapat umum.
Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris menaikkan semangat penuntut-penuntut.
MPSI menerbitkan majalah Cenderama 1923 dan majalah Guru 1924 menyiarkan pendapat penuntut.
Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayu 1923 menggalakkan pertumbuhan sastera dan membangkitkan
semangat nasionalisme melalui novel Melur Kuala Lumpur karya Harun Mohd. Amin.
1929 – Ibrahim Yaacob di MPSI emnubuhkan pertubuhan politik iaitu Ikatan Semenanjung Borneo dan Ikatan Pemuda
Pelajar.
Kesimpulan
Peranan pengaruh luar merupakan faktor penting kebangkitan nasionalisme Melayu.
Akibatnya, timbul persatuan Melayu pada tahap-tahap berlainan.
Kongres Melayu Se Malaya diadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu.
Usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan UMNO pada tahun 1946.
Bincangkan faktor-faktor penubuhan dan pencapaian-pencapaian UMNO pada tahun 1948.
Pengenalan
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Oleh Dato’ Onn Bin Jaafar sebagai Presiden.
UMNO merupakan gabungan beberapa puluh persatuan Melayu.
1948 – UMNO dijadikan sebuah parti politik dan dibahagikan kepada 2 iaitu Pemuda dan Kaum Ibu.
UMNO muncul sebagai parti politik teragung dan merupakan tulang belakang kepada pergerakan mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu 1957.
Akhbar-akhbar Tempatan
323
Peranan akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu menyeru orang Melayu bersatu menentang
MU.
Akhbar Utusan Melayu mencadangkan persatuan-persatuan Melayu bergabung menubuhkan satu pertubuhan kebangsaan
menentang MU.
Dato’ Onn Bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada Januari 1946 untuk pertahankan hak-hak
bangsa Melayu dan agama Islam.
1-4 Mac 1946 diadakan kongres parti-parti politik Melayu di Kelab Sultan Sulaiman.
Matlamat kongres menyeru padu bangsa Melayu dalam satu badan politik yang kuat untuk menentang MU dan pertahankan
kedaulatan Raja-raja Melayu.
Kongres Melayu Se Malaya mengambil ketetapan menubuhkan sebuah parti politik yang kuat.
11 Mei 1946, Kongres Ketiga dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu di Johor Bharu.
Piagam UMNO disahkan.
UMNO dilahirkan secara rasmi.
Pengerusi: Dato’ Onn Bin Jaafar.
Pencapaian-pencapaian UMNO
Pemansuhan Malayan Union
UMNO menentang MU mengadakan rapat umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara.
Berkabung 7 hari bantahan terhadap MU 1 April 1946.
UMNO meminta raja-raja Melayu serta rakyat memulau upacara perlantikan Gabenor Sir Edward Gent.
UMNO hantar telegram kepada Perdana Menteri Inggeris Clement Atlee supaya ingati Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu
bahawa negara ini milik raja-raja dan rakyat Melayu.
MU ditarik dan Jawatankuasa Kerja ditubuhkan merangka perlembagaan baru gantikan MU.
Perlembagaan ini memenuhi matlamat UMNO.
Kesimpulan
walaupun terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan UMNO tertubuh namun pencapaian-pencapaiannya boleh memberi
kesinambungan politik di Tanah Melayu.
Untuk memantapkan lagi UMNO, Dato’ Onn Bin Jaafar memberi cadangan supaya UMNO dibuka keanggotaannya kepada
orang bukan Melayu ditentang sehingga Dato’ Onn meletak jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 27 Ogos 1951 dan
pucuk pimpinan bertukar tangan kepada Tunku Abdul Rahman.
UMNO memainkan peranan penting kepada politik negara.
Huraikan peranan yang dimainkan oleh Ibrahim Haji Yaacob dan Ahmad Boestmam dalam nasionalisme Melayu.
Pengenalan
Tokoh-tokoh yang terlibat di dalam perjuangan nasionalisme Melayu boleh terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang
yang berbeza. Misalnya, golongan reformis Islam, guru dan wartawan.
Ahmad Boestmam
dilahirkan pada tahun 1920 di Tanjung Malim, Perak. Nama sebenar Abdullah Sani Bin Raja Kecil.
Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.
Beliau sangat aktif dalam gerakan nasionalisme sehingga gagal dalam peperiksaan Junior Cambridge.
Menyertai bidang kewartawanan. Pada tahun 1930, menjadi wartawan akhbar Majlis.
Pada tahun 1938, menyertai KMM. Beliau banyak mengkritik pemerintahan British.
Pada tahun 1945, beliau menyertai KRIS. Tahun yang sama, terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu.
Pada tahun 1946, mengetuai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Pernah ditahan oleh British.
Kesimpulan
Dua tokoh ini berperanan penting dalam membangkit semangat nasionalisme Melayu terutama melalui usaha menubuhkan
pertubuhan politik dan rencana-rencana hasil tulisan mereka yang telah diterbitkan menerusi akhbar-akhbar pada masa itu.
Sejauhmanakah faktor sejarah memainkan peranan penting dalam menentukan dasar luar Malaysia 1957-1963.
Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar yang bebas dan berkecuali. Malaysia mengutamakan semangat kerjasama
dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik. Selepas merdeka, Malaysia mengamalkan dasar-dasar luar
yang berkait rapat dengan dasar dalaman negara. Tidak dapat dinafikan faktor sejarah memainkan peranan penting dalam menentukan
dasar luar negara Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menentukan dasar tersebut.
Faktor sejarah
Persekutuan Tanah Melayu mempunyai hubungan rapat dengan semua negara-negara khasnya negara-negara Islam.
Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan oleh itu dasar persaudaraan Malaysia mengadakan hubungan dengan semua
negara-negara Islam.
Kebanyakan penduduk juga mahu mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Islam.
Bekas penjajah British – Malaysia mendapat kemerdekaan menerusi rundingan dengan British – mengadakan hubungan.
Ada hubungan khasnya dengan Negara-negara Komanwel (bekas jajahan British).
British membantu Malaysia semasa konfrontasi.
PBB juga bantu Malaysia – ada hubungan dengan anggota-anggotanya.
Hubungan dengan Amerika Syarikat atas dasar demokrasi dan anti-Komunis.
Faktor-faktor lain
1. Sumber ekonomi negara
Minyak, bijih timah, kelapa sawit, getah dan barangan pembuatan – dasar eksport.
Pasaran luar bagi barang-barang Malaysia.
Malaysia menjadi tumpuan pelancong-pelancong.
2. Penduduk
Berbilang kaum.
Mengamalkan dua prinsip: (1) prinsip perpaduan antara manusia; (2) prinsip penghormatan hak asasi manusia.
Menentang dasar Apartheid Afrika Selatan.
3. Kedudukan negara dari segi geografi
Malaysia terletak di kawasan yang paling strategik.
Laluan perdagangan yang utama di Asia Tenggara.
4. Kepimpinan
Di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman mementingkan hubungan luar dan dasr anti-Komunis.
Hal ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman bersikap pro-Barat dan mengadakan hubungan dengan negara-negara
bukan Komunis.
Mengadakan hubungan dengan Amerika Syarikat untuk menentang Komunis.
5. Struktur politik
Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Pentingkan kebebasan dan kemakmuran rakyat.
Memperjuangkan prinsip kebebasan manusia.
6. Keselamatan negara
Mengelakkan ancaman dari negara-negara luar.
Perlukan dasar luar yang mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.
Demi keselamatan negara, Malaysia menjadikan Asia Tenggara rantau yang bebas dan aman dari ancaman kuasa-kuasa
besar.
325
7. Keadaan politik serantau
Menyelesaikan konflik di Kampuchea dengan memainkan peranan aktif seperti:
a. Mesyuarat Tidak Rasmi Jakarta
b. Persidangan Antarabangsa Kampuchea
c. Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu New York.
8. Institusi antarabangsa
Menyokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Mendukung prinsip PBB.
a. Menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia.
b. Melindungai hak asasi manusia.
c. Menegakkan keadilan undang-undang.
d. Menggalakkan perlembagaan ekonomi dan sosial.
Menyertai agensi PMM seperti UNESCO, UNCTAD dan WHO.
Dasar luar negara kita dibentuk, memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa.
9. Hubungan diplomatik
Menitikberatkan hubungan diplomatik negara-negara lain dunia.
Menyeratkan kerjasama sosio-ekonomi dan politik.
Mengadakan hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara dunia yang mempunyai pelbagai sistem politik dan
ideologi di Asia, Afrika, Amerika dan Eropah.
Penutup
Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil di rantau Asia Tenggara. Bagi Malaysia, kerjasama dengan negara-negara luar adalah
penting dalam menentukan dasar luar negara Malaysia. Faktor sejarah adalah penting dalam menentukan dasar luar Malaysia. Begitu
juga terdapatnya faktor-faktor lain yang tidak kurang penting dalam menentukan dasar luar Malaysia.
326
Contoh Soalan—Sejarah Asia
Bincangkan sistem beraja dan sistem pentadbiran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.
Institusi pemerintahan di Asia secara umumnya berasaskan sistem beraja atau sistem bermaharaja. Di negara-negara Asia Tenggara,
kebanyakan sistem beraja dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Bagi negara Indo-China, sistem berajanya menerima pengaruh dari China.
Menjelang abad ke-18 dan 19, hampir semua negara mengamalkan sistem ini. Mengikut sistem ini, raja menjadi ketua negara. Baginda
berkuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga dibantu oleh sekumpulan pembesar yang berkaliber.
Sistem beraja di Asia Tenggara berasaskan pengaruh sistem politik di India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia
merupakan gabungan unsur-unsur keindiaan dengan unsur-unsur tempatan tetapi unsur-unsur keindiaan mengatasi unsur-unsur
tempatan. Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep orde kosmos diumpamakan kepada satu negara: satu negara itu
melambangkan satu alam semesta dan pusatnya ialah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina masyarakat
selaras dengan peraturan-peraturan alam semesta atau dharma. Raja juga dianggap sebagai dewa raja. Mengikut kepercayaan, raja itu
dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja.
Di Myanmar, Kanun India Manu telah meletakkan taraf separuh ketuhanan ke atas raja: tiada seorangpun yang berani mencabar manu.
Mengikut Cady dalam bukunya “South East Asia: Its Historical Development”: tiada orang Myanmar yang berani mempersoalkan
hak raja bagi menguasai kehidupan, harta dan kewajibannya kecuali kalau orang itu sanggup dikatakan sebagai penderhaka. Sifat
ketuhanan ini diberi oleh sami-sami Brahmin kepada raja apabila mereka memegang paying putih yang menunjukkan simbol
kedaulatan dan ketuhanan dan mengurniakan raja-raja dengan alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti. Raja dianggap sebagai
pelindung ketidakadilan dan pencerobohan. Baginda juga merupakan pelindung penganjur agama Buddha. Bilangan gajah albino
yang dimiliki oleh raja merupakan satu tanda pasti kuasa raja Myanmar. Istana pula menjadi satu simbol yang mewakili Gunung Meru
iaitu tempat kediaman tuhan-tuhan dan pusat alam menurut kosmologi orang India. Prinsip kosmologi ini memberi kuasa yang
sungguh besar kepada raja dan juga menolong meninggikan anggapan diri mereka dan kebanggaan mereka. Kegagalan raja
mempertahankan ibu negeri daripada ditawan bermakna kehilangan takhta kerajaan. Bagi mempertahankan istana dan ibu negeri,
tembok telah dibina.
Di Thailand, rakyat di sana tidak boleh melihat muka raja dan adat menyembah bersujut atau menyiarap mesti dilakukan semasa
mengadap raja. Seseorang yang hendak mengadap raja harus merangkap masuk dan berada dalam keadaan menyiarap. Apabila
rombongan raja tiba di suatu kawasan, rakyat jelata terpaksa melarikan diri dari tempat tersebut.
Di Vietnam pula, seseorang maharaja itu mempunyai kuasa mutlak. Tugas maharaja sering dipenuhi dengan upacara amal resam
(tradisional). Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharajanya. Pengabaian upacara amal resam
menyebabkan negara ditimpa kecelakaan. Seseorang maharaja memberikan contoh yang baik terhadap rakyatnya. Mengikut
Confucius: seseorang maharaja samalah seperti angin. Sifat rakyat seperti rumput. Rumput akan tunduk mengikut arah angin bertiup.
Andaikata kalau maharaja tidak bertindak adil, mandat dari alam kudus yang dimilikinya akan lenyap sendirinya. Penentangan rakyat
terhadap maharaja yang sedemikian dikatakan sangat wajar.
Di Asia Timur, kalau ditinjau dari China, maharaja dianggap sebagai “son of heaven” (anak tuhan). Baginda mendapat mandat dari
Tuhan untuk memerintah. Kalau negara maju, rakyat menganggap maharaja masih mendapat mandat Tuhan dan disebaliknya, maka
boleh menggulingkannya sehingga dapat mandat Tuhan. Rakyat tidak boleh pandang wajah maharaja. Sesiapa yang pandang wajah
maharaja akan ditimpa kecelakaan. Rakyat jelata juga perlu kowtow sebanyak 9 kali semasa mengadap raja.
Di Jepun pula, sistem berajanya dipengaruhi oleh fahaman Shintoisme (kesetiaan rakyat kepada raja dan maharaja). Mengikut
fahaman ini, maharaja adalah ketua agama, ketua negara dan rakyat perlu amat setia pada negara dan maharajanya.
Dari segi pentadbiran, di Myanmar, raja dan permaisuri pertama adalah penting. Dibawahnya, terdapat sami-sami Brahmin. Tugas-
tugas sami Brahmin ialah memberi penghormatan rakyat kepada raja, mengadakan upacara adat-istiadat dan mengetuai semua
amalan-amalan yang penuh tahyul. Selain itu, Raja Muda (Einshemin) juga menduduki tempat yang sama. Einshemin ini mempunyai
istananya dan pegawai sendiri serta pengawal peribadi. Kaum bangsawan pula terdiri daripada keluarga diraja yang mempunyai hak
turun-temurun. Kuasa mereka adalah dari kuasa mutlak raja. Mereka memegang jawatan di pentadbiran awam. Pendapatan mereka
adalah cukai-cukai yang dikumpulkan di kawasan Myosa. Selepas bangsawan, terdapat 4 orang Wungyi (menteri-menteri diraja).
Mereka menguasai pusat pentadbiran Hlutdaw (Dewan Kerja). Mereka terdiri daripada orang yang cekap dan boleh dipercayai.
Mereka dibantu oleh menteri-menteri kelas dua (Windauk). Selepas Wungyi, terdapat 4 atau 8 orang Atwinwun yang menjalankan
pentadbiran dalam istana. Myowun yang berkuasa tentera pula menjadi gabenor di wilayah. Terdapat 4 orang Myowun di Myanmar.
Akunwun pula merupakan pengutip cukai dan penyelia. Cukai yang dikutip oleh beliau akan diserah 60-80% kepada raja. Bakinya
disimpan olehnya. Pegawai polis pula dikenali sebagai Sitke. Myothugyi pula menjadi ketua bandar dan bertanggungjawab di
peringkat kampung dan daerah juga.
Di Thailand, pentadbirannya terbahagi kepada 2 iaitu pentadbiran pusat dan wilayah. Kedua-duanya menguasai tenaga manusia
sepenuhnya. Di Thailand, terdapat 3 jenis wilayah, iaitu wilayah kelas pertama yang terdiri daripada kawasan strategik, bandar besar
yang mampu menentang ancaman musuh; wilayah kelas kedua dan ketiga ialah kawasan bandar yang agak besar, tiada termasuk di
bawah kuasa penyeliaan kerajaan pusat dan wilayah kelas keempat ialah bandar-bandar di sekitar ibu kota dan dibawah penguasaan
kerajaan pusat. Setiap wilayah ini diserah kepada pembesar bergelar Chao Phraya. Beliau dibantu oleh Yok-Krabat. Yok-Krabat ini
boleh menjadi pengganti Chao Phraya apabila Chao Phraya mati. Pegawai ini dilantik menerusi surat tauliah dan biasanya dilantik
dari keluarga Kunnang. Dalam pentadbiran Thailand, terdapat juga 3 jabatan utama iaitu Krom Mahatthai yang diketuai oleh Samuha
327
Nayok yang mengawal wilayah Thai Utara; Krom Kalahon yang diketuai oleh Samuha Phra Kalahon yang mengawal Selatan
Thai dan Krom Khlang yang diketuai oleh Chao Phraya Phra Khlang yang mengawal persisiran pantai dan Teluk Siam. Selepas
jabatan utama, terdapat 4 jabatan kanan iaitu Krom Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana)
dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan, Perniagaan dan Perhubungan Luar).
Di Vietnam, Maharaja dianggap sebagai puncak kekuasaan, mempunyai kuasa mutlak. Pembesar Mandarin merupakan pegawai yang
terdiri daripada orang yang paling alim, menjalankan kehendak raja. Mereka merupakan kumpulan orang yang mendapat kuasa dari
raja. Peluang yang besar dimiliki oleh mereka untuk mempengaruhi Maharaja. Jawatan ini tidak boleh diwarisi. Tidak mempunyai
bangsawan yang menguasai tanah. Dalam sastera Vietnam, ada dinyatakan bahawa kaum Mandarin dan raja melakukan penyeksaan:
“Raja memaksa rakyat bekerja tanpa makan dan bayar gaji. Kaum ini mencuri, merampas seberapa banyak yang dapat.”
Di India, raja dinasihati oleh Mantri Parishad. Mantri Parishad pada awal dilantik kemudian menjadi hak warisan pada akhirnya. Ada
kalanya, ia lebih berkuasa daripada raja. Di Kerajaan Maratha, terdapat satu golongan pembesar yang dipanggil Peshwa yang lebih
berkuasa. Di bawahnya ada Mantrin. Purohita sangat berpengaruh, rapat dengan raja, raja menerima nasihat darinya dalam segala hal.
Purohita ini adalah seperti tukang tilik. Selepasnya terdapat satu barisan menteri-menteri. Dalamnya terdapat Sanidhatar, Samahartar
dan sebagainya. Selepas kedatangan Islam, Mansabdar menjadi pembesar kanan. Sistem pemerintahannya dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu pengurusan kerajaan, pengurusan tentera dan pengurusan empayar. Setiap bahagian mempunyai ketuanya masing-
masing. Pentadbiran awam diketuai oleh Perdana Menteri (Vakil). Pengurusan cukai diserahkan kepada Wazir. Setiap wilayah di
India diketuai oleh Subahdar. Qazi menjadi hakim.
Di negeri China, Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi yang terdiri daripada 6 orang pembesar kanan.
Terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Awam, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Perang dan sebagainya. Setiap jabatan ini diketuai
oleh seorang pegawai dilantik. Ada satu jabatan khas yang dipanggil Jabatan Penapis yang terdiri daripada 24 orang di Peking dan 56
orang di wilayah menjadi mata dan telinga bagi Maharaja untuk mengintip tingkah laku pegawai wilayah. Ibu kota dan kawasan
sekitar terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. Manakala kawasan lain dibahagikan dan dikuasai oleh seorang pembesar feudal.
Kuasanya seperti seorang raja tetapi dasar umum dibentuk di Peking, tetapi pembesar-pembesar wilayah boleh membubarkan dasar
umum dengan kebenaran adat-istiadat dan keadaan tempatan. Wilayah-wilayah merupakan kerajaan sendiri yang diketuai oleh
Gabenor. Tanggungjawab gabenor ialah mengekalkan keamanan, mewujudkan ketenteraman dan memastikan kemakmuran wilayah
masing-masing. Gabenor ini dibantu oleh pembesar wilayah seperti bendahari, hakim, pengawal garam dan sebagainya. Semua
pembesar kerajaan dilantik dan wajib lulus peperiksaan awam. Hal ini adalah dikecualikan daripada kemasukan tentera.
Di Jepun, Maharaja dibantu oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Pemujaan (Jingikan) dan Jabatan Negara (Dajokan). Kerajaan dibahagikan
kepada kerajaan wilayah dipanggil Kuni, ditadbir oleh Kami (gabenor). Pegawai ini dilantik mengikut kelahiran dan keturunan.
Selepas Maharaja ialah Shogun. Shogun dibantu oleh Tairo (Majlis Penasihat Agung) dan Roju (Majlis Tertua). Tairo
bertanggungjawab menasihti raja dalam dasar-dasar negara penting dan Roju bertugas membentuk Majlis Negara menguruskan
perkara-perkara yang berhubungan dengan istana raja, golongan bangsawan iaitu Daimyo. Daimyo pula dibantu oleh Samurai dan
Karo (orang suruhan pentadbir tanah). Terdapat 3 kumpulan Daimyo iaitu Shimpon (ahli keluarga Tokugawa), Fudali (orang yang
menerima kepimpinan Tokugawa Iyeyasu) dan Tozama (bangsawan yang setanding dengan Iyeyasu). Selepas Maharaja Meiji
menjalankan pemodenan (1868), sistem pentadbiran telah berubah. Maharaja kini dibantu oleh ketua yang agung (Putera Mahkota),
Majlis Kelas Pertama (Gijo) dan Majlis Kelas Kedua (Sanyo). Maharaja Meiji juga menubuhkan satu dewan yang dikenali sebagai
Daijokwan. Daijokwan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Dewan Pertuanan ini dibantu
oleh 8 lembaga pentadbir, ahlinya dari golongan pembesar dan ia diketuai oleh ketua menteri yang bertanggungjawab kepada
Maharaja.
Menjelang akhir abad ke-19, kuasa-kuasa asing mula campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran setempat. Kuasa-kuasa asing ini
adalah seperti British, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Akibatnya, sistem beraja yang diamalkan selama ini makin luntur
pengaruhnya dan digantikan dengan sistem pentadbiran birokrasi yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Sistem birokrasi baru telah
menjejaskan kepentingan pembesar tempatan lalu banyak penentangan terhadap kuasa Barat telah berlaku, khasnya di negara Asia
Tenggara.
Bincangkan peperangan-peperangan dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan kuasa asing Inggeris dan Perancis di Asia Tenggara.
Sejak abad ke-19, kuasa asing mula campur tangan di negara-negara di Asia Tenggara. Sebabnya adalah untuk kepentingan perdagangan dan
keselamatan. Dua kaedah digunakan oleh kuasa asing untuk campur tangan iaitu dengan peperangan dan perjanjian. Dengan menggunakan
perjanjian, ia memberi keuntungan yang lebih kepada kuasa Barat sama ada jangka panjang atau jangka pendek. Biasanya, kuasa tempatan
berada dalam keadaan tertekan kerana tidak terdapat pilihan. Dengan menggunakan pendekatan peperangan, kuasa Barat biasanya
mempunyai kelebihan yang amat ketara dari sudut teknologi ketenteraan, peperangan dan persenjataan. Mereka mempunyai alatan yang
canggih dan kaum pribumi sering kali akan kalah.
Di Myanmar, campur tangan British bermula dengan Perang Inggeris-Myanmar Pertama (1824-1826). Perang ini berlaku kerana
terdapatnya beberapa sebab. Salah satunya ialah dasar peluasan wilayah yang dilakukan oleh Myanmar. Pada tahun 1752, Alaungpaya
mendirikan Dinasti Konbaung. Baginda berjaya mnyatukan negara Myanmar. Penggantinya pula berusaha meluaskan wilayah
Myanmar. Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan pada tahun 1784. Penaklukan ini membimbangkan British kerana sempadan
Myanmar telah mara ke Benggala. Seterusnya masalah orang pelarian Arakan timbul. Kezaliman Myanmar terhadap penduduk
Arakan memberontak telah memberontak tetapi gagal. Pemberontak ini melarikan diri ke tanah jajahan British. Tentera Myanmar
328
telah masuk ke kawasan British. British memandang berat peristiwa ini dan menghalang kemaraan Myanmar. Hal ini telah
menjadi punca persengketaan mereka. Pada tahun 1798, berlaku lagi pemberontakan tetapi gagal. Ramai orang Arakan masuk ke
Chittagong. Myanmar mendesak agar British menyerahkan orang pelarian ini. Untuk menyelesaikan pertikaian, satu rundingan damai
diadakan. Seterusnya, pada tahun 1811, satu pemberontakan pimpinan Chin Byan meletus. Chin Byan meminta bantuan British. Bagi
menunjukkan British memanglah tidak terlibat dalam pemberontakan ini, Kapten Canning di utus ke Myanmar. Pada tahun 1812,
sebahagian pasukan Chin Byan dilumpuhkan oleh British. Pada tahun 1815, Chin Byan meninggal dunia. Faktor yang menyebabkan
perang ini juga disebabkan oleh keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik dengan British. Walaupun terdapat
Residen-residen British yang dilantik, tetapi sikap pemerintah Myanmar telah mengecewakan mereka. Akhir sekali, campur tangan
Myanmar di Assam turut menyebabkan meletusnya perang ini. Myanmar telah menggunakan kesempatan untuk menjajah Assam
apabila berlakunya huru-hara di situ. Myanmar kemudian mara ke Manipur dan seterusnya. British bimbcang lalu pada 5 Mac 1824
mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
Peperangan ini ditamatkan dengan Perjanjian Yandabo yang ditandatangano pada 24 Februari 1826. Melalui perjanjian ini, Myanmar
bersetuju menyerahkan Assam, Arakan dan Tenasserim kepada British. Myanmar juga bersetuju tidak campur tangan di Cacar,
Manipur dan Janitia. Di samping itu, Myanmar akan menerima seorang wakil British bertempat di Rangoon. Myanmar juga akan
membayar ganti rugi sebanyak $5 juta kepada British. Perhubungan diplomatik antara mereka juga diwujudkan dengan Myanmar
menghantar seorang duta ke Calcutta. Myanmar juga bersetuju hendak berundingkan berkenaan dengan perjanjian perdagangan
dengan British pada masa akan datang.
Walaupun Myanmar kalah dalam perang ini, tetapi mereka masih bersikap sombong. Atas beberapa sebab lagi, Perang Inggeris-
Myanmar Kedua (1852) telah berlaku. Sebab-sebab ini adalah kegagalan mengadakan hubungan diplomatik dengan Myanmar, sikap
anti British orang Myanmar dan layanan buruk ke atas rakyat British dan rakyat Myanmar. John Crawford telah menjadi Residen
British pada September 1826. Pada November, beliau cuba mengadakan perjanjian perdagangan tetapi gagal. Crawford berasa kecewa
lalu meninggalkan Rangoon. Henry Burney telah menggantikannya pada April 1830. Beliau mendapat kepercayaan dari Bagydaw.
Pada tahun 1837, Tharawwaddy membunuh semua ahli keluarga dan pengikut Minthagyi kerana Minthagyi cuba merampas kuasa
semasa Bagydaw tidak siuman. Tindakan Burney menghalang Tharawwaddy menyebabkan beliau marah. Tharawwaddy ini
memanglah bersikap anti British. Beliau tidak mengakui Perjanjian Yandabo. Beliau menolak penubuhan tapak residensi British di
Rangoon tetapi digantikan satu tempat yang mudah banjir di Lembah Sungai Irrawaddy. Pada tahun 1846, Pagan Min menggantikan
Tharawwaddy. Beliau merupakan seorang anti British dan kejam. Beliau bersama pegawainya seperti Maung Ok bertindak
menganiayai orang British. Pada bulan Julai dan Ogos 1851, Maung Ok menghukum 2 kapten kapal bangsa Inggeris dengan hukuman
1000 rupee kepada dituduh membunuh. Lord Delhoesie bertindak untuk mendesak supaya Maung Ok dipecat. Pada tahun 1852
(Februari), British menuntut ganti rugi sebanyak 1 juta rupee. Apabila tarikh tuntutan tamat, maka pada 1 April 1852, perang ke atas
Myanmar diisytiharkan.
Semasa itu, Myanmar masih belum bersedia. Dengan senangnya, Rangoon, Martaban dan Bassain telah dikuasai. Pada November
1852, Pegu dan Prome ditawan. Pada bulan Disember 1852, Major Arthur Purve mengisytiharkan Pegu sebagai sebahagian dari
wilayah Britsish seperti Arakan dan Tenaserrim.
Walaupun dua kali kegagalan ditemui tetapi mereka masih tidak sedar. Mereka terus ingin mempertahankan maruah dan mendapat
balik semula wilayah yang diambilalih British. Bagi British, memanglah mereka merancang untuk mengambil Myanmar Utara. Maka
dengan sebab-sebab lain lagi, Perang Inggeris-Myanamr Ketiga (1885) telah berlaku. Salah satu sebab ialah kegagalan hubungan
diplomatik diadakan. Raja Thibaw yang menaiki takhta masih bersikap anti British. Baginda mengadakan hubungan dengan Perancis.
Akibatnya, British menarik semula residensinya. Seterusnya, kekacauan di Myanmar Utara turut dijadikan sebab berlaku perang
ketiga ini. Raja Thibaw telah membunuh kerabat diraja, sehingga akhirnya pemberontakan berlaku. Selain itu, pemberontakan juga
dilakukan oleh suku Syan dan Kachin. Pemberontakan ini menyebabkan kematian saudagar British. Desakan dari saudagar British
juga menyebabkan meletusnya perang ini. Para saudagar ingin menjadikan Myanmar Utara sebagai pasaran baru mereka. Selain itu,
mereka juga ingin menjalankan perdagangan dengan Yunnan melalui pembukaan jalan Moulmein-Yunnan. Seterusnya, tekanan dari
Perancis juga menyebabkan perang ini berlaku. Myanmar mendapatkan bantuan senjata dari Perancis untuk menentang British.
Kemuncak hubungan Myanmar-Perancis ialah bila perjanjian di mana seorang konsul Perancis dilantik di Mandalay ditandatangani
pada tahun 1885. British amat bimbang. Seterusnya, perubahan pucuk pimpinan di England dari parti liberal ke parti konservatif juga
menyebabkan perang ketiga ini berlaku. Akhir sekali, tindakan Myanmar mendenda Syarikat Perdagangan Bombay-Burma (SPBB)
juga menyebabkan perang ini berlaku dengan serta-merta. Myanmar mendenda SPBB sebanyak 2.3 juta rupee kerana ia dituduh tidak
membayar cukai import, memberi rasuah dan sebagainya. British mendesak agar kes ini diselesaikan melalui orang tengah. Kata dua
British tidak disambut. Maka pada 11 November 1885, perang ke atas Myanmar diisytiharkan.
Serangan British tidak mendapat tentangan hebat tentera Myanmar. Raja Thibaw di Mandalay begitu yakin dengan kejayaan yang
akan diterima berdasarkan berita yang dipalsukan. Apabila British menawan Ava, Raja Thibaw bersetuju menyerah kalah. Baginda
bersama isterinya telah dibuang negeri ke India pada 11 Januari 1886. Penawanan Myanmar Utara bermaksud Dinasti Konbaung telah
tamat. Selain itu, pemerintahan beraja di Myanmar juga dihapuskan. Kini, Myanmar menjadi tanah jajahan British dan diletak di
bawah Kerajaan India.
Di negeri Thai, hubungan Raja Chulalongkorn dengan British kurang baik. walaupun Thai pada masa itu menjalankan dasar buka
pintu tetapi baginda masih mendapat tekanan dari British. Pada tahun 1909, Perjanjian Bangkok telah ditandatangani. Mengikut
perjanjian ini, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserah kepada British. Sebagai balasan, British tidak campur tangan dalam
hal-ehwal pentadbiran Thai.
329
Bagi Perancis, mereka juga memberi tekanan kepada Siam. Perancis ini bergiat di kawasan Indo-China dengan mengadakan
tuntutan wilayah. Oleh sebab hubungan Thai dan Perancis dalam keadaan yang genting, maka Raja Chulalongkorn bertindak
menyerahkan wilayah yang dituntut. Melalui perjanjian-perjanjian yang diadakan, beberapa wilayah telah diserahkan. Antaranya ialah
wilayah di tebing Sungai Mekong (1886), wilayah di Tongking Utara (1888), wilayah di sebelah Timur Sungai Mekong termasuk
Luang Prabang (1893) dan wilayah Battambang dan Siemreap (1907). Dengan itu, seluruh Indo-China jatuh ke tangan Perancis.
Sudahpun diketahui Perancis bergiat di Indo-China. Kehadiran Perancis di kawasan ini turut mendapat tentangan. Semasa Maharaja
Tu Duc, keadaan anti Kritstian memuncak. Pada tahun 1852, Paderi Augustin Schoeffler dibunuh. Perancis tidak bertindak. Kemudian
Paderi Jean-Louis dibunuh. Raja Napoleon III pun bertindak menyerang Vietnam. Pada 1 September 1858, de Genouilly menyerang
Tourance. Kemudian, tenteranya mara ke Saigon dan menaklukinya pada 17 Februari 1859. Pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc kalah.
Satu perjanjian ditandatangani. Menurutnya, 2 wilayah Timur Cochin-China diserah kepada Perancis. Pelabuhan Tourance, Balat dan
Kuang Anh dibuka kepada Perancis; kapal Perancis dibenarkan belayar di Sungai Mekong dan mubaligh dibenarkan menyebarkan
agama Kristian.
Seterusnya, Perancis meminta Raja Napoleon dari Kampuchea membayar ufti kepadanya. Siam menentang. Pada tahun 1867,
perjanjian ditandatangani bagi menyelesaikan masalah ini. Mengikut perjanjian, Perancis mengaku kedaulatan Siam di Battambang
dan Siem Reap. Manakala Siam menarik semula tuntutannya. Kampuchea menjadi negeri naungan Perancis.
Perluasan kuasa tidak berhenti di situ. Perancis kemudian mengilhakan kawasan Tongking. Pada tahun 1873, Perancis merampas
Hanoi dan lain-lain kubu seperti Haiphong dan Ninh Binh. Seterusnya pada tahun 1882, Kapten Henry Riviere menyerang dan
merampas Hanoi. Pada tahun 1883, Tongking dikuasai. Maharaja Hiep Hoa bersetuju berdamai. Satu perjanjian ditandatangani.
Menurutnya, Vietnam menjadi negeri lindungan Perancis, Binh Thuan diserahkan kepada Perancis dan Vietnam menarik balik semua
angkatannya di Tongking.
Selepas itu, Perancis menaruh minat terhadap Laos. Pada tahun 1886, Perancis menuntut kawasan sebelah Timur Sungai Mekong
termasuk Luang Prabang. Perancis melantik Auguste Pavie sebagai Naib Konsular di Luang Prabang. Siam telah membantu
pemberontak Cina yang melarikan diri ke Sip Song Chu Thai, sementara itu, Auguste Pavie membantu Raja Luang Prabang
menentang pemberontak itu. Pada tahun 1888, Auguste mengambilalih Sip Song Chu Thai. Raja Luang Prabang ditabal semula. Pada
tahun 1892, Auguste menjadi Residen Menteri di Bangkok. Beliau mendakwa wilayah sebelah Barat Mekong sebagai hak Perancis.
Siam tidak mengakuinya. Pada tahun 1893, 2 kapal Perancis tiba di Paknam tetapi dibedil oleh Siam. Kapal ini berjaya mengalahkan
Siam dan terus belayar ke Bangkok. Siam bersetuju berdamai dan menyerahkan wilayah Barat Sungai Mekong. Siam juga bersetuju
mengundurkan tenteranya dari Battambang dan Siem Reap. Wilayah itu disatukan menjadi Laos, manakala Luang Prabang dikekalkan
sebagai negeri naungan di bawah rajanya.
Dasar campur tangan yang diamalkan oleh kuasa Barat ini menyebabkan banyak negara di rantau Asia Tenggara dikuasai oleh kuasa
Barat sama ada melalui perjanjian ataupun peperangan. Kehadiran kuasa Barat telah menimbulkan pelbagai perubahan. Perubahan ini
telah menjejaskan kepentingan pembesar tempatan. Lalu, ramai daripada mereka telah bangun memberontak.
Bincangkan tindak balas pribumi terhadap kuasa-kuasa asing di rantau Asia Tenggara.
Sejak kurun ke-18, kuasa Barat berlumba-lumba ke Asia Tenggara untuk mendapatkan kawasan tanah jajahan. Kehadiran kuasa Barat telah
menyebabkan banyak negara di Asia Tenggara jatuh ke tangan kuasa Barat. Antaranya ialah Indonesia ke tangan Belanda, Myanmar ke
tangan British, Indo-China ke tangan Peracnis, Filipina ke tangan Sepanyol dan sebaginya. Kehadiran mereka memanglah tidak disukai oleh
rakyat tempatan. Mereka telah bangun menentang kuasa asing ini.
Di Indonesia, penentangan kuasa Belanda yang terkenal ialah Perang Jawa. Perang Jawa ini diketuai oleh Depo Negoro dan
berlangung dari 1825 hingga 1830. Sebab berlakunya Perang Jawa adalah faktor politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, Depo
Negoro tidak puas hati kerana tidak dilantik menjadi Sultan selepas Sultan Amangkubuwono III mangkat. Beliau dijanjikan dinaikkan
takhta selepas Sultan Amangkubuwono IV mangkat. Tetapi janji ini tidak ditunaikan. Dari segi ekonomi, pembatalan sistem sewa
tanah telah menyebabkan mereka kehilangan pendapatan. Tambahan lagi, cukai-cukai yang dikenakan oleh pihak Belanda juga amat
membebankan. Keadaan menjadi semakin teruk apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia. Dari segi sosial, tindakan Belanda
membina jalan raya dari Magelang ke Jogjakarta melalui tanah perkuburan nenek moyang Depo Negoro di Tegalredjo ditentang oleh
Depo Negoro. Beliau menganggap tindakan Belanda ini menjatuhkan maruahnya. Dari Segi agama, orang ramai menganggap beliau
sebagai pemimpin Islam Jawa tetapi Belanda tidak mengiktirafkannya. Hal ini menyebabkan rakyat menentang Belanda. Selain itu,
keruntuhan moral dalam kraton juga digunakan oleh Depo Negoro sebagai alasan penentangan.
Pada 20 Julai 1825, Perang Jawa bermula akibat pengikut Depo Negoro menggagalkan rancangan Belanda membina jalan raya. Alat-
alat pembinaan telah dimusnahkan dan pekerja diserang. Belanda bertindak balas dengan menghantar tenteranya menangkap Depo
Negoro dan pengikutnya. Kegagalan untuk menangkap Depo Negoro menyebabkan Belanda membakar rumahnya. Depo Negoro
melarikan diri ke Pergunungan Kalisoko dan kemudiannya muncul di Jogjakarta. Pada tahun 1828, Depo Negoro mengisytiharkan
dirinya sebagai Sultan. Tentera Belanda yang dihantar untuk menentangnya diketuai oleh Van Green, Cochivs dan de Knock. Pada
bulan April 1828, Pangeran Natadningrat berpaling tadah dengan beliau dan menyebelahi Belanda. Hal ini kemudian berlaku dengan
Pangeran Primiradrjo, Pangeran Djayakusumo dan Pangeran Mangkubumi. Depo Negero berasa usahanya akan gagal lalu bersetuju
berunding. Tetapi rundingan yang diadakan gagal mendatangkan apa-apa hasil. Pada 28 Mac 1830, Depo Negoro ditangkap dan
dipindahkan ke Makasar dan meninggal dunia di sana pada 8 Januari 1855.
330
Di Filipina, penentangan pribumi boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Tahap pertama berlangsung dari 1565-1872. Kebanyakan
penentangan pada tahap ini bersifat kedaerahan atau tempatan. Antara pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Basi (1807)
di Ilcandia, Pemberontakan Novales (1823) dan Pemberontakan Tayabas (1840-1841). Pemberontakan Novales dipimpin oleh tentera
Filipina, manakala Pemberontakan Tayabas oleh Paderi Apolinarro de La Cruz. Semua pemberontakan ini gagal kerana serba
kekurangan.
Pada tahap kedua (1872-1886), Pemberontakan Cavite merupakan pemberontakan yang terkenal. Ia dipimpin oleh Sarjan Lamadrid.
Kegagalan pemberontakan ini menyebabkan pemimpinnya dan 3 orang paderi iaitu Comez, Jose Burgos dan Jucinto Zamora terbunuh.
Pemberontakan ini berlaku disebabkan oleh 2 faktor iaitu faktor dalam negeri dan luar negeri. Dalam negeri, Sepanyol telah
menyatupadukan rakyat Filipina melalui agama dan bahasa. Pemberian pendidikan juga menyebabkan rakyat mula melahirkan
perasaan nasionalisme. Selain itu, penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol dan penyebaran fahaman liberal oleh De La Tore turut
menyebabkan mereka bangun untuk berjuang. Dari luar negeri, Revolusi Amerika Syarikat, Percanis dan Mexico juga memberi ilham
kepada mereka. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 membolehkan mereka belajar di Barat dan menerima fahaman demokrasi,
anti penjajah dan republik.
Dalam tahap ketiga ia lebih berbentuk gerakan propaganda. Tahap ini berlangsung dari 1886-1898. Gerakan ini dipelopori oleh
pelajar Filipina di luar negeri. Gerakan ini wujud kerana sikap Sepanyol yang semakin ganas terhadap orang Filipina. Gerakan ini
dijalankan dengan aman dengan menggunakan media massa. Mereka mendedahkan kezaliman pemerintah Sepanyol. Mereka yang
terlibat dalam gerakan adalah seperti Jose Rizal, Lopez Jaema dan Marcelo del Pilar.
Di Myanmar, penentangan berbentuk perang gerila yang menggunakan senjata. Semua lelaki di Myanmar Utara telah menyertai
pemberontakan ini yang dipimpin oleh penguasa tempatan dan rahib. Di Myanmar, rahib merujuk kepada sami-sami Buddha. Walau
bagaimanapun, pemberontakan tersebut telah gagal kerana mereka tidak mempunyai strategi yang sesuai. Namun demikian,
pemberontakan ini menjadi asas nasionalisme di Myanmar.
Di Vietnam, pemberontakan dipimpin oleh pembesar wilayah dan golongan Mandarin. Raja Ham Nghi memimpin penentangan
berkumpulan yang dipanggil “Persetiaan Kepada Raja”. Tujuan penentangan ini ialah untuk mengembalikan kuasa diraja tempatan.
Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh Perancis pada tahun 1895. Selain itu, terdapat juga penentangan oleh rakyat jelata
khususnya golongan petani yang menggunakan senjata. Penentangan ini diketuai oleh Mandarin tetapi gagal. Sebab-sebab kegagalan
mereka ialah ia bersifat kewilayahan, tidak tersusun, tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan kekurangan dari segi
kelengkapan.
Penentangan yang berlaku menyedarkan kuasa Barat tentang kelemahan pentadbiran mereka. Penentangan ini juga memberitahu
kuasa Barat bahawa segala perubahan yang hendak dilakukan tidak boleh dijalankan dengan tergesa-gesa. Sejak itulah, kuasa Barat
menjadi semakin berhati-hati dalam mentadbir tanah jajahan mereka.
Huraikan tindak balas masyarakat pribumi Indonesia dan India terhadap pemerintahan Barat pada abad ke-19.
Pengenalan
Pada umumnya, kehadiran dan campur tangan pihak Barat di Asia, Asia Selatan dan Asia Timur telah ditentang oleh pribumi
tempatan. Ketidakpuasan terhadap ekonomi pribumi, sikap Belanda yang enggan mengiktiraf hak politik dan pencemaran yang
dilakukan oleh Belanda terhadap agama Islam telah menyebabkan penduduk Jawa bangkit menentang pemerintahan Belanda.
Penentangan ini dikenali sebagai Perang Jawa. Manakala pembaharuan politik, ekonomi dan sosial dibawa oleh British di India telah
menimbulkan rasa kebencian, penentangan pribumi India terhadap British di India. Penentangan ini pula dikenali sebagai Dahagi
India.
Perang Jawa
Faktor-faktor
• Ketidakpuasan ekonomi merupakan faktor asas menyebabkan Perang Jawa.
• Belanda telah menghapuskan Sistem Kontrak Sewa Tanah kerana baginya ia merupakan suatu bentuk penindasan ke atas
kaum tani.
• Pembatalan penggadaian, penyewaan dan pemajakan tanah kepada orang asing telah menimbulkan keresahan di kalangan
bangsawan dan pengusaha asing.
• Perasaan benci terhadap Belanda memuncak apabila bangsawan memaksa petani bekerja lebih masa.
• Pengenalan pelbagai jenis cukai yang tinggi, pemajakan pengutipan cukai kepada orang Cina meningkatkan kemarahan
petani.
• Penindasan/pemerasan orang Cina terhadap orang Jawa dan peranannya sebagai peminjam wang dan orang tengah
menyemarakan perasaan anti-Cina.
• Keengganan Belanda mengiktiraf Depo Negoro sebagai pemerintah Jogjakarta menyebabkan beliau menentang Belanda.
• Rancangan Belanda untuk membina jalan raya di atas tanah perkuburan nenek moyang dianggap sebagai satu penghinaan.
Peristiwa Penentangan
• Perang Jawa dicetuskan oleh golongan bangsawan dan petani yang dipimpin oleh Depo Negoro.
• Perang Jawa tercetus pada tahun 1825 dengan pembunuhan beramai-ramai orang Eropah dan orang Cina.
• Depo Negoro dan pengikutnya melancarkan perang gerila ke atas Belanda.
• Pada mulanya, Depo Negoro mendapat kejayaan tetapi kemudiannya Belanda telah menyusun dan memperkuatkan
pertahanannya menentang Depo Negoro.
• Raja Madura, Pakubuwono IV Sentot berpaling tadah terhadap Depo Negoro.
• Depo Negoro telah ditangkap dan dibuang negeri.
Kesan-kesan
• Kira-kira 200 ribu orang Jawa, orang Cina dan Eropah, 15 ribu orang tentera Belanda dan 700 orang Indonesia telah
terkorban.
• Keadaan kewangan Belanda bertambah buruk dan memperkenalkan beberapa dasar untuk mengatasi masalah kewangan.
• Belanda menarik balik beberapa jenis cukai yang dikenakan ke atas rakyat Jawa.
Dahagi
Sebab-sebab
• Tentera India tidak puas hati kerana mereka dikehendaki berkhidmat di luar India dan amalan diskriminasi yang dilakukan
oleh British.
• Pengenalan senapan rifle Royal Enfield yang bertentangan dengan kebudayaan Hindu dan Islam.
• Pengenalan perubahan-perubahan sosial Barat telah menjejaskan amalan hidup rakyat tempatan seperti penarikan elaun
separuh-batta, penghapusan amalan suttee, amalan thuggee dan pembunuhan bayi perempuan.
• Penyebaran pendidikan Barat dianggap sebagai percubaan mengkristiankan masyarakat India. Pengenalan teknologi Barat –
keretapi dan telegraf dianggap sebagai pencemaran terhadap agama Hindu.
• Kehilangan tanah kepada Inggeris akibat gagal menunjukkan bukti yang sah dan pembubaran tentera asli selepas tanah
diambilalih oleh Inggeris memuncakkan rasa tidak puas hati.
• Dasar pengilhakan Lord Delhousie menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemerintah India.
Peristiwa
• Dahagi bermula pada 10 Mei 1857 apabila sepoi-sepoi yang enggan menggunakan peluru yang disapu minyak babi telah
dihukum penjara.
• Beberapa orang pegawai Inggeris telah dibunuh.
• Pihak British telah meminta bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka.
332
• Tuan tanah dan pembesar yang kehilangan tanah,kaum tani yang menderita, golongan putra, nawab menyertai
pemberontakan.
• Jhansi Rani bertempur hebat dengan tentera Inggeris.
• Delhi, Kampur dan Lacknow telah ditawan oleh pemberontak.
Kesan-kesan
• Syarikat Hindia Timur Inggeris telah dihapuskan dan Kerajaan India telah diletakkan do bawah pentadbiran Kerajaan
Mahkota.
• Putra-putra tidak akan kehilangan hak-hak ke atas wilayah masing-masing.
• Ratu Victoria bertolak ansur dalam hal agama dan orang India yang layak akan diberi peluang memegang jawatan tanpa
mengira kasta dan kepercayaan.
Penutup
Walaupun Perang Jawa telah menemui kegagalan tetapi ia dianggap sebagai gerakan nasionalisme awal di Indonesia yang menentang
penjajah Belanda. Dahagi di India yang dianggap sebagai rusuhan tentera yang disertai oleh beberapa golongan penduduk yang
bertempur bagi kepentingan-kepentingan sendiri. Oleh itu, Dahagi ini tidak dianggap sebagai satu pemberontakan kebangsaan dan ia
hanya berlaku secara setempat yang melibatkan beberapa kawasan tertentu. Pemberontakan-pemberontakan pribumi ke atas pihak
penjajah telah menyedarkan pihak penjajah supaya berwaspada dan berhati-hati dalam memperkenalkan pembaharuan di jajahan.
Huraikan usaha-usaha pemodenan yang dilaksanakan oleh Raja Chulalongkorn di Thailand dan Meiji di Jepun pada penghujung abad
ke-19.
Pengenalan
Terangkan latar belakang Chulalongkorn dan Meiji.
Penutup
• usaha-usaha pemodenan Chulalongkorn di Thailand dan juga Meiji di Jepun dapat membangunkan kedua-dua buah negara
dibandingkan dengan negara Asia yang lain.
• Pemodenan juga telah secara tidak langsung dapat menyelamatkan Thailand dan juga Jepun daripada dicerobohi oleh kuasa-
kuasa Barat pada abad ke-19.
333
Dengan merujuk kepada PKI di Indonesia dan Kaputinan di Filipina. Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme yang bersifat
revolusioner di kedua-dua negara tersebut.
Pengenalan
• Perkembangan gerakan nasionalisme Indonesia yang bersifat revolusioner bermula dengan penubuhan Parti Komunis
Indonesia (PKI) di Semarang pada 23 Mei 1920. Matlamat PKI ialah mendapatkan kemerdekaan Indonesia yang menubuhkan
republik dengan menyerapkan fahaman Komunis. Bagi mencapai matlamat tersebut, pada tahun 1926, PKI telah merancangkan
revolusi bersenjata bagi menentang Belanda tetapi telah gagal.
• Sementara di Filipina pula, gerakan nasionalisme yang bersifat revolusioner muncul dengan penubuhan Katipunan iaitu
sebuah pertubuhan yang bercorak radikal dan revolusioner bagi meneruskan perjuangan menentang Sepanyol selepas
penangkapan Jose Rizal dan dibuang negeri ke daerah Dapitan Mindanao serta pengharaman Liga Filipina pada 7 Julai 1892.
Kesimpulan
• Revolusi yang dilancarkan oleh Katipunan gagal mencapai matlamatnya akibat berlaku perselisihan faham antara pemimpin-
pemimpin Katipunan. Keadaan ini membawa kepada perpecahan dalam Katipunan. Aguinaldo telah bertindak merampas pucuk
pimpinan Katipunan. Bonifacio ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati pada 10 Mei 1897. Selepas kematian Bonifacio,
Aguinaldo telah mengalami kekalahan kepada pihak Sepanyol dan berundur ke Biacnabato.
• Sementara di Indonesia, PKI gagal mencapai matlamatnya dalam revolusi 1926-1927. Kegagalan revolusi ini menyebabkan
Kerajaan Belanda bertindak dengan lebih tegas terhadap gerakan Komunis di mana lebih ramai pemimpin Komunis ditangkap
dan dibuang negeri. Sehubungan dengan itu, PKI telah diharamkan.
Sejauhmanakah golongan pelajar memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Myanmar dan China pada awal abad
ke-20.
Pengenalan
Peluasan kuasa pihak penjajah menimbulkan kebimbangan di hati rakyat tempatan. Tambahan pula, kuasa asing ini menjalankan
dasar eksploitasi dan diskriminasi terhadap sistem politik, ekonomi dan sosial menyebabkan rakyat hidup semakin menderita. Oleh
itu, timbul gerakan kesedaran menentang penjajah, lebih-lebih lagi secara agresif apabila lahir golongan pelajar yang mendapat
pendidikan di Barat dan dalam negeri. Golongan ini terpengaruh dengan gerakan kesedaran yang berlaku di luar negara. Mereka
memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran di Myanmar dan China pada awal abad ke-20.
Myanmar
1. Perdana Menteri Myanmar U Nu mengambil kira beberapa faktor dalam menentukan dsar luar negaranya.
• Myanmar masih mentah lagi dan perlukan pertolongan dari segi bantuan ekonomi dan sosial daripada negara luar.
• Dunia pada masa itu menghadapi masalah perang dingin yang mengancam kestabilan dunia.
• Golongan pro-Barat dipimpin oleh Amerika Syarikat telah menubuhkan pakatan antara mereka untuk melawan blok
Komunis di bawah Rusia.
• Parti Komunis China mengalahkan Kuomintang pada tahun 1949.
• Pemberontakan di bawah kumpulan Komunis Burma – People Voluntary Organization (PVO) dan Karen National
Defense Organization (KNDO) mencabar keselamatan Myanmar.
2. Dasar berkecuali
• U Nu tidak menyebelahi mana-mana pihak.
• Menjalin hubungan yang lebih berhati-hati dengan negara luar untuk tidak menyinggung perasaan puask pro-Komunis
dan pro-Barat.
• 1948-1963, Myanmar menekankan dasar berkecuali dalam semua tindakannya.
• Myanmar memberi sokongan kepada China Komunis untuk menyertai PBB.
• Myanmar tidak menyokong usaha Rusia dalam beberapa isu Korea.
• Myanmar tidak bersetuju dengan resolusi Amerika Syarikat yang mengatakan China Komunis sebagai negara penyerang
dalam krisis Korea pada 1950-1953.
3. Bantuan ekonomi diterima dari semua negara tanpa mengira ideologi politik sekiranya ia tidak mengancam kedaulatan dan
keselamatan dalaman Myanmar.
• Myanmar bersetuju untuk menerima bantuan pinjaman 30 juta dari China.
• Myanmar menerima 6 juta daripada pinjaman negara-negara Komanwel seperti Britain, Sri Lanka, India, Pakistan dan
Australia pada Mac 1950.
• Myanmar bersetuju menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah 210 juta dalam bentuk bantuan teknikal dan bahan
mentah pada 17 Januari 1957 daripada Rusia.
• Myanmar bersetuju buat perjanjian memberi $8010000 dengan Amerika Syarikat.
4. Selepas tahun 1953, Myanmar menjalankan dasar luar lebih matang.
• Pengalaman awal Myanmar telah menguatkan dasar pendirian berkecuali Myanmar.
• Kehadiran diplomat Myanmar di beberapa negara Eropah, Amerika Syarikat dna di Rusia.
336
• Menyatakan pandangan peribadinya mengenai situasi dunia.
• U Nu mula mengkritik blok Barat dan blok Komunis terutamanya Amerika Syarikat dan Rusia yang dianggapnya
sebagai cuba memperjuangkan kepentingan mereka sahaja.
Filipina
1. Juara negara-negara bebas di Asia
• Memasuki masyarakat dunia dengan mengikuti dasar luar yang bersemangat.
• Carlos P. Romolo sebagai wakil Filipina ke PBB dan duta besar ke Amerika Syarikat menonjolkan imej Filipina dan
mendapatkan kehormatan dan negara lain.
• Dianggap juara bagi negara-negara bebas di Asia.
2. Hubungan dengan Amerika Syarikat tetap rapat
• Filipina terus mempunyai kerjasama yang rapat dan mengikuti fahaman yang sama dengan Amerika Syarikat.
• Menentang pengaruh fahaman Komunis.
3. Cergas dalam bidang politik serantau
• Kerana kedudukan geografi dan sentimen asli, Filipina telah mencari satu pengenalan ke arah ketimuran.
• Menukarkan haluan dari rapat dengan Amerika Syarikat ke Asia.
• Menyokong revolusi Indonesia apaila revolusi itu meletus.
• Berusaha mengadakan Persidangan Bagnio pada tahun 1950 untuk mengatasi masalah bersama di antara sekumpulan
negara Asia.
• Kerana menyedari kepentingan keselamatan serantau, Filipina cergas menyokong cadangan Pakatan Asia Tenggara
(SEATO) pada 1954.
• Filipina mengikuti jalan pertengahan dalam Persidangan Afro Asia Bandung (1955) walaupun negara-negara lain
menunjukkan sikap anti-Barat.
4. Hubungan dengan negara jiran terjejas
• Hubungan rapat Filipina dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara (Persatuan Asia Tenggara 1961, MAPHILINDO
1963 dan ASEAN (selepas ASA dibubarkan)) terjejas semasa pentadbirn Presiden Macapagal kerana tuntutan Filipina ke
atas Sabah ketika penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
• Di bawah pentadbiran Presiden Marcos, Filipina masih menunjukkan minatnya untuk keamanan dan kerjasama serantau
di antara negara-negara di Asia Tenggara.
Bincangkan perkembangan penganutan kepercayaan dan agama bagi masyarakat Asia Tenggara sehingga kurun ke-19 dan ke-20.
Pengenalan
Kepercayaan masyarakat di Asia Tenggara tidak bersifat statik sebaliknya dinamik ekoran Asia Tenggara yang terdedah kepada
kemasukan pengaruh-pengaruh asing.
Isi-isi
• Masyarakat Asia Tenggara asalnya mempunyai kepercayaan pribumi sendiri yang disebut Animisme – bermaksud
kepercayaan alam semula jadi dan benda-benda di sekitarnya.
• Masyarakat kemudiannya dipengaruhi pula oleh kepercayaan Hindu-Buddha yang dibawa dari India dan China.
• Masyarakat terdedah pula kepada agama Islam yang dibawa dari Tengah Arab.
• Kemudian kuasa Eropah pada abad ke-20 membawa masuk agama Kristian.
• Faktor-faktor kemasukan kepercayaan-kepercayaan tersebut di Asia Tenggara:
− Kemasukan agama Hindu dikaitkan dengan teori Ksyatria (akibat penaklukan oleh pahlawan-pahlawan Hindu) dan teori
Vaisya (perjumpaan raja-raja tempatan dengan pedagang Hindu).
− Kemasukan agama Islam dikaitkan dengan faktor-faktor perdagangan, penyebaran mubaligh, kelebihan ideologi, sikap
pemerintah dan usaha untuk menyekat perkembangan agama Kristian.
• Perkembangan masyarakat akibat perkembangan kepercayaan tersebut:
− Politik: daripada masyarakat dengan sistem Tribal, lahir konsep Dewaraja dan kemudian konsep Khalifah. Masyarakat
juga didedahkan dengan konsep kerajaan, negara dan empayar.
− Sosial: bermula dengan kepercayaan kepada benda-benda ghaib kepada dewa-dewa Hindu, kepada Allah di dalam Islam
dan Jesus di dalam agama Kristian. Sistem sosial masyarakat yang berkasta di dalam Hindu berubah di dalam Islam yang
mementingkan kesamarataan. Bahasa turut berkembang melalui pengaruh daripada Melayu Kuno, Sanskrit, Jawa Kuno,
Arab dan Barat. Perkembangan juga dari segi sastera, kesenian dan lain-lain.
− Ekonomi: pengenalan sistem mata wang, sistem jual beli, cukai, sistem timbang dan lain-lain.
Kesimpulan
Masyarakat Asia Tenggara sememangnya mengalami perkembangan anutan kepercayaan dan agama yang berbagai-bagai.
Kepelbagaian anutan ini didapati mempengaruhi cara hidup mereka dalam semua aspek.
Bincangkan kemasukan agama Buddha ke dalam Asia Tenggara dan Asia Timur.
337
Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-
kawasan tersebut. Hal ini disebabkan di dalam proses Indianisasi tersebut, berbagai-bagai aspek kehidupan dari India telah dibawa masuk ke
Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama mereka iaitu Hindu dan Buddha. Ajaran agama Buddha berasaskan ajaran
Sindharta Gautama Buddha. Pada peringkat awal, agama ini berpusat di India dan telah disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka
seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara dan Asia Timur amnya terbahagi kepada 2
fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Buddha Hinayana. Apa yang didapati, penyebaran agama Buddha ini telah mendapat
tempat di Asia Tenggara terutama di Tanah Besar Asia Tenggara dan di Asia Timur. Jika dibandingkan dengan penyebaran agama Hindu,
agama Buddha telah mendapat tempat yang lebih berbanding agama Hindu. Agama Hindu lebih mendapat tempat daripada golongan
bangsawan dan raja-raja. Hal ini sebab di dalam fahaman agama Hindu, wujud konsep kasta dan perbezaan taraf. Golongan bangsawan
dianggap mulia dan mempunyai kaitan dengan dewa-dewa. Justeru itulah, agama Buddha telah mendapat tempat di kalangan masyarakat
tempatan kerana agama Buddha menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf ataupun hierarki sosial.
Di Asia Tenggara, fahaman agama Buddha yang tersebar di sini ialah agama Buddha fahaman Theravada. Ajaran agama Buddha
Theravada dikatakan lebih mirip kepada fahaman agama Buddha yang asal. Ajaran ini telah tersebar hingga ke sebelah Timur. Antara
negara-negara yang paling kuat menerima pengaruh agama ini ialah Thailand, Myanmar, Kampuchea dan Laos. Kesan-kesan
tinggalan ajaran ini di negara-negara tersebut masih wujud misalnya bangunan Angkor Wat di Kampuchea. Kedatangan ajaran agama
Buddha ke Tanah Besar Asia Tenggara sebenarnya telah berlaku pada kurun-kurun terawal masihi lagi. Hal ini terbukti melalui kesan-
kesan tinggalan kerajaan-kerajaan klasik seperti Dvaravati (Mon) dan Funan. Kesan tinggalan kerajaan ini menunjukkan kekuatan
pengaruh Buddha telah menular di tapak-tapak tersebut.
Sejak dari abad ke-16 lagi, Kerajaan Mon didapati tanggungjawab menyebarkan agama ini hingga ke negara Myanmar. Agama ini
tersebar dengan luas sekali juga atas sokongan daripada golongan pembesar dan raja. Misalnya, usaha yang dimainkan oleh
pemerintah Thai yang bernama Lopburi yang telah meminta rakyatnya supaya menukar fahaman-fahaman klasik seperti animisme
dan kepercayaan kepada matahari kepada agama Buddha. Di Myanmar, agama Buddha telah mempengaruhi sebahagian daripada
sistem kehidupan masyarakatnya. Undang-undang biara atau dikenali dengan Sangha telah dibentuk di Myanmar. Raja-raja Myanmar
juga kini bertindak sebagai penaung kepada agama Buddha. Raja-raja juga menggalakkan pembinaan kuil Buddha dengan lebih
banyak.
Bagi masyarakat di Asia Timur, mereka lebih terdedah kepada fahaman ajaran Buddha Hinayana. Secara keseluruhan, intipati ajaran
ini agak berbeza daripada fahaman yang asal. Hal ini kerana fahaman ini telah mengalami asimilasi dan penyesuaian dengan cara
hidup masyarakat tempatan. Namun begitu, intipati asal ajaran Buddha tidak diubah. Perkembangan ajaran Buddha Hinayana didapati
bermula di China sejak abad ke-3. Oleh sebab ajaran Buddha mudah difahami dan tidak menekankan hidup berhieraki maka
penyebarannya lebih luas.
Selain itu, fahaman agama ini digunakan untuk menenang keadaan apabila negara di dalam keadaan huru-hara. Namun begitu,
penyebaran agama Buddha ini mendapat tentangan daripada ajaran tempatan yang lain seperti Confucius dan Shintoisme. Pemerintah
China juga didapati menggunakan petua ini untuk menenangkan keadaan huru-hara. Di Jepun, proses asimilasi dengan ajaran
Shintoisme dilakukan.
Secara keseluruhannya, ajaran Buddha mendapat sambutan baik di Asia Tenggara. Namun begitu, penyebaran ini di Asia Timur
mendapat sedikit tentangan. Agama Buddha dianggap sebagai ajaran yang bersifat sederhana.
Bincangkan perkembangan sosial ekonomi Myanmar di bawah pemerintahan British dan Indo-China di bawah Perancis.
338
Keseluruhan Myanmar ditakluki oleh British pada 1 Januari 1886 dan menamatkan dinasti terakhir di Myanmar iaitu Dinasti Konbaung yang
ditubuhkan pada tahun 1752. Pemerintahan British telah membawa kepada perubahan-perubahan kehidupan dalam pelbagai aspek di
Myanmar. Sementara itu, pada 25 Ogos 1883, Maharaja Indo-China telah mengaku bernaung di bawah Perancis dan menyerahkan segala hal
ehwal perhubungan luarnya kepada Perancis. Perancis juga berhak untuk melantik residen-residennya di bandar-bandar penting di sana.
Sememangnya Myanmar mengalami banyak perubahan semasa di bawah pemerintahan British. British mengamalkan dasar ekonomi
laissez-faire dan ini mengakibatkan banyak perubahan ekonomi dan sosial. Pemerintahan British menyebabkan Myanmar mengalami
kepesatan penduduk. Keadaan ini berlaku terutamanya di Myanmar Hilir. Misalnya, pada tahun 1900, penduduk Myanmar berjumlah
9.28 juta orang dan jumlah ini menjadi 13.2 juta pada tahun 1921. Ramai petani dari kawasan Myanmar Hulu telah berpindah ke
Myanmar Hilir untuk membuka dan mengerjakan kawasan baru untuk penanaman padi. Selain itu, British juga telah membawa masuk
imigran India ke Myanmar untuk membangunkan ekonomi sekali gus mengelakkan penderitaan mereka di India. Sehingga tahun 1890,
kemasukan orang India ke Myanmar mencecah 250000 orang setahun dan mereka ini bertumpu di bandar-bandar.
Selain dari India, British juga telah membawa masuk imigran Cina. Kebanyakan orang Cina ini terlibat dalam perdagangan dan
perindustrian. Sehingga tahun 1931 telah terdapat hampir 200000 orang Cina di Myanmar. Dengan kemasukan orang India dan Cina
ini, masyarakat Myanmar telah menjadi masyarakat berbilang kaum.
Selain itu, wujud juga masalah perpindahan hak tanah petani. Hal ini sebab petani-petani Myanmar telah meminjam wang daripada
ceti untuk mengerjakan sawah padi mereka. Kebanyakan petani ini tidak mampu bayar balik dan menyebabkan tanah mereka telah
diambilalih oleh ceti-ceti ini. Keadaan ini menyebabkan ramai petani kehilangan tanah mereka dan menjadikan sebahagian tanah
pertanian di Myanmar Hilir dipegang oleh tuan-tuan tanah yang tidak tinggal di tanahnya.
Pemerintah British telah menyebabkan gaya hidup tradisional, kebudayaan dan keagamaan orang Myanmar merosot. British telah
menghapuskan istana dan sistem hierarki birokratik yang selama ini menjadi pusat kepada perkembangan kebudayaan seperti sastera
dan muzik. Oleh itu, perkembangan kebudayaan pun merosot. Kepentingan Bahasa Myanmar juga merosot kerana mahkamah,
sekolah dan pentadbiran kerajaan menggunakan Bahasa Inggeris. Disiplin sami-sami Buddha turut merosot kerana British tidak
menyokong ajaran Buddha. Sami Buddha juga diletakkan di bawah kawalan makamah dan polis.
British juga mengakibatkan perubahan dalam pimpinan Myanmar. Sistem tradisional berbentuk monarki dihapuskan. Kuasa peringkat
tempatan diberikan kepada Thugyi, tetapi Thugyi tidak dihormati kerana mereka merupakan pegawai kerajaan. Tindakan British
menyebabkan Persatuan Belia Buddha ditubuhkan pada tahun 1906 bertujuan menghidupkan semula nilai-nilai tradisional dan agama
Buddha. Hal ini lebih-lebih lagi apabila British cuba menyebarkan agama Kristian.
British juga membina banyak sekolah Inggeris di samping sekolah kebangsaan Myanmar. Universiti Rangoon ditubuhkan pada tahun
1920. Sekolah-sekolah teknik dan maktab perguruan turut dibina. Hingga tahun 1900, telah wujud sebanyak 5 buah sekolah untuk
melatih guru. Fenomena tersebut menyebabkan pendidikan tradisional oleh sami Buddha merosot. Bagi aspek kesihatan pula, hospital
awam telah dibina. Selain itu, pada tahun 1907, Kolej Perubatan dan Jabatan Kesihatan Awam ditubuhkan.
British turut membuat perubahan dari sudut ekonomi Myanmar. Padi telah muncul sebagai tanaman dagangan. British menggalakkan
pembukaan lebih banyak kawasan menanam padi. Buruh dari India dibawa masuk sebagai petani. Terusan Suez yang dibuka pada
tahun 1869 telah membantu perkembangan perusahaan beras. Hingga akhir abad ke-19, eksport beras telah berjumlah sebanyak 2 juta
tan.
Perusahaan kayu jati turut dikembangkan. Jumlah pengeluaran kayu jati antara tahun 1919-1924 ialah sebanyak 500000 tan setahun.
Hal ini menggalakkan perusahaan papan dan pembuatan kapal. British juga mengambilalih perusahaan minyak Myanmar melalui
Syarikat Minyak Myanmar pada tahun 1886. Pengeluaran minyak pada tahun 1898 berjumlah 90 juta litar meningkat kepada 1225
juta liter pada tahun 1923. Secara keseluruhan, nilai eksport Myanmar meningkat sebanyak 660 juta rupee antara tahun 1926-1927.
Nilai import bagi tahun yang sama meningkat sebanyak 390 juta rupee. Selain perkembangan dalam aspek ekonomi, British juga
memperbaiki sistem perhubungan Myanmar. Jalan raya, jalan keretapi dan jambatan dibina. Penggunaan bot stim di Sungai Irrawaddy
diluaskan.
Perancis di Indo-China turut melaksanakan beberapa perubahan dari aspek ekonomi dan sosial. Perancis memberi perlindungan ketat
kepada 2 pusat penanaman padi di Delta Sungai Merah dan Sungai Mekong. Namun begitu, penduduk Indo-China masih kekal
sebagai petani. Kehidupan mereka terlalu miskin dan masih tidak berupaya membeli barangan Perancis yang dibawa masuk ke Indo-
China. 60% petani hanya memiliki 1 ekar tanah, 63% daripada pembayar cukai pula memiliki kurang daripada seekar tanah.
Perancis lebih banyak melaksanakan penubuhan ladang-ladang besar dan ladang Eropah. Di Cochin-China, mislanya, 80% sawah
padi dikuasai oleh tuan tanah. Polisi Perancis lebih berbentuk menyatukan ladang-ladang besar daripada membuat pembahagian
semula tanah-tanah tersebut. Orang Cina menguasai pembelian beras. Sistem “Credit Populaire” ditubuhkan pada tahun 1926 dan
disusun semula pada tahun 1933. Badan ini memberikan pinjaman kepada syarikat kerjasama pertanian yang melibatkan pelbagai
jenis tanaman seperti jagung, tembakau, teh, kopi dan terutamanya padi. Namun begitu, usaha Perancis untuk menarik penduduk di
delta mengerjakan ladang tidak berjaya kerana Indo-China tidka suka berpindah-randah.
339
Perusahaan perlombongan juga berkembang. Perlombongan bijih timah bermula pada tahun 1901 dengan modal sebanyak 2 juta
francs. Zink mula dilombong pada tahun 1906 dengan modal yang serupa. Sebuah syarikat Artificial Portland Seaman Company
didirikan pada tahun 1899 dengan modal sebanyak 1 juta francs.
Pertalian ekonomi antara Indo-China dan Perancis bertambah kuat. Antara tahun 1911-1920, 19.6% eksport Indo-China dibawa ke
Perancis dan pada tahun 1938, jumlahnya meningkat kepada 53%. Bagi import pula, antara tahun 1911-1920, import dari Perancis ke
Indo-China berjumlah 29.6%. Perusahaan kain dan logam Perancis merupakan 2 pasaran yang menguntungkan di Indo-China.
Secara keseluruhan, British dan Perancis telah membuat pelbagai perkembangan di Myanmar dan Indo-China. Perkembangan
ekonomi dan sosial ini secara tidak langsung memberi kesan kepada perkembangan masyarakat di kedua-dua negara. Sistem
tradisional sama ada dalam bentuk ekonomi dan sosial telah berubah akibat tindakan daripada kedua-dua kuasa penjajah tersebut.
Namun perkembangan ini telah membuka negara tersebut kepada perdagangan yang seterusnya mengakibatkan berlakunya proses
sosialisasi dan asimilasi budaya luar.
Bagaimana pendudukan Jepun memberi kesan kepada nasionalisme negara Asia Tenggara?
Pengenalan
Kebangkitan Jepun sebagai kuasa Asia memberi semangat kepada para nasionalis negara Asia Tenggara bahawa mereka juga mampu
menjadi kuat.
Isi-isi
1. Kemenangan Jepun ke atas Rusia pada 1904-1905 (Perang Rusia-Jepun)
• Ini membuka mata mereka bahawa Asia Tenggara mampu menandingi kuasa kapitalis Barat yang selama ini dianggap
sebagai unggul dan tidak dapat dikalahkan tetapi Jepun telah mengalahkannya.
2. Jepun melaungkan slogan “Asia untuk Asia” dan “Lingkungan Kesemakmuran Asia Raya” dan “3A”. Slogan “3A” berbunyi
“Jepun Cahaya Asia, Jepun Pemimpin Asia dan Jepun Pelindung Asia”. Hal ini memberi rangsangan kepada nasionalis dan
penduduk di Asia Tenggata. Justeru itu, apabila Jepun menyerang, hampir semua negara yang ditakluki oleh Jepun menyokong
kemaraan Jepun untuk menduduki negara mereka. Sebagai contoh, di Myanmar, Tentera Kemerdekaan Myanmar di bawah
pimpinan golongan Thakin (terutama Aung San) membantu Jepun mengalahkan British di Myanmar. Di Indonesia, Hatta
bersedia untuk bekerjasama dengan Jepun kerana tujuan Jepun bukan untuk menjajah Indonesia tetapi membebaskan bangsa
Asia kepada dominasi negara Barat.
3. Membebaskan nasionalis
• Sebelum pendudukan Jepun di kebanyakan negara, nasionalis yang membuat tuntutan ditangkap dan dipenjarakan tetapi
apabila Jepun menawan negara tersebut, Jepun membebaskan nasionalis tersebut.
• Mengambil hati nasionalis. Contoh: Indonesia – Sukarno, Mohammad Hatta, Shahrir; Myanmar – Dr. Bamaus, U Nu, U
Ba Pa, Than Tun.
4. Nasionalis diberi peluang untuk menjalankan pentadbiran negara masing-masing
• Kerajaan sementara dibentuk dengan melantik Tun Oke untuk mengadakan pentadbiran di Myanmar yang diberi nama
Pentadbiran Baho.
• Kerajaan sementara di bawah Dr. Bamaus pula ditubuhkan pada 1 Ogos 1942.
• Di Filipina, suatu suruhanjaya eksekutif Filipina ditubuhkan untuk mentadbir negara dengan dipengerusikan oleh rakyat
Filipina Jurge B. Vegas.
5. Pemimpin nasionalis diberi kebenaran untuk menjalankan kegiatan politik mereka
• Di Indonesia, dengan sokongan Jepun dan kebenaran Jepun, Sukarno dan Hatta menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA) pada 9 Mac 1943. Sukarno dan Hatta diberi kebenaran untuk berpidato kepada rakyat dan bergerak ke seluruh
Indonesia.
6. Golongan belia diberi kebebasan untuk berpersatuan
• Di Indonesia, Seimenden (1942), Keibodan, Rovisan Pemuda Asia Raya, Komitee Penginsafan Pemuda, Hizbullah –
Jepun turut menubuhkan Asrama Indonesia Merdeka di Jakarta dan dijadikan pusat ceramah bagi nasionalis untuk
membangkitkan semangat nasionalis rakyat.
• Di Vietnam, Jepun telah memberi bantuan kewangan kepada pertubuhan patriot-patriot Vietnam seperti Dai Viet Quoc
Dan Hoe (Persatuan Republik Vietnam yang lebih besar) dan Dai Viet Cach Menh Dang (Parti Revolusi Vietnam yang
lebih besar). Latihan-latihan ketenteraan diberi kepada pemuda-pemuda seperti PETA (tentera sukarela, pembela tanahair)
pada September 1943, Angkatan Tentera Myanamr.
7. Jepun telah menjanjikan kemerdekaan
• Filipina, pada Oktober 1943, kemerdekaan diberi, Jose P. Laurel, anak watar Filipina dilantik sebagai Presiden Filipina.
• Myanmar, pada 1 Ogos 1943, kemerdekaan diberikan dan ia diletakkan di bawah Dr. Bamaus.
• Indonesia, Jepun telah bersetuju untuk memberi kemerdekaan pada 24 Ogos 1945.
• Di Indo-China, Maharaja Bao Dai diminta mengisytiharkan kemerdekaan pada 11 Mac 1945.
• Janji-janji ini memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri tersebut telah menaikkan semangat nasionalisme.
Kesimpulan
Secara langsung atau tidak langsung, pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Pemimpin
diberi keyakinan untuk berkerajaan sendiri. Penduduk seperti pemuda disediakan dengan latihan ketenteraan untuk mempertahankan
negara masing-masing. Pemberian kemerdekaan menaikkan semangat nasionalisme semua golongan di negara Asia Tenggara lagi.
340
Huraikan senario politik Thailand dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua.
Sebagaimana negera-negara lain yang dijajah oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand turut menghadapi beberapa masalah. Selain
daripada kerosakan kepada sistem perhubungan dan ekonomi, masalah utama yang dihadapi oleh Thailand adalah untuk memulihkan
hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat. Hal ini sebab semasa Perang Dunia Kedua, iaitu ketika Thailand di bawahan pimpinan Luang
Phibun Songkram, negara Thai dan Jepun telah menandatangani satu perjanjian pada 25 Januari 1942 yang mengisytiharkan peperangan ke
atas Amerika Syarikat dan British. Filipina pula mengalami kerosakan dan kebinasaan di merata-rata tempta. Modal yang banyak telah binasa
dan inflasi yang teruk berlaku disebabkan oleh peredaran mata wang Jepun waktu itu yang meninggikan belanja hidup.
Politik Thai selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara tahun 1944-1947 adalah dibawah pengaruh Pridi Panomyong. Pridi adalah
seorang yang sangat aktif menentang Jepun semasa pendudukan Jepun di Thailand. Semasa pendudukan Jepun, Pridi di bawah
pergerakannya telah banyak membantu kuasa berikat dengan memberi maklumat mengenai keupayaan pergerakan tentera Jepun
terutama di Thailand. Justeru itu, beliau mempunyai hubungan yang erat dengan kuasa berikat seperti Amerika dan British. Pada
bulan Ogos 1945, Pridi telah mengambil langkah mengumumkan proklamasi diraja yang menyangkal pengisytiharaan perang Siam ke
atas Amerika dan British sebelum ini.
Seterusnya, atas usaha yang sama, pada bulan September 1945, Perdana Menteri Thai telah ditukar. Seni Pramoj dilantik
menggantikan Khuang Aphaiwong kerana beliau dianggap sebagai seorang yang sesuai untuk memulihkan hubungan baik negara
Thai dengan kuasa-kuasa berikat. Selain itu, negara Thai juga berusaha memulihkan hubungan baik dengan membuat perjanjian
persahabatan dan perdagangan dengan negara-negara terbabit. Perjanjian telah ditandatangani dengan British pada Januari 1946 dan
dengan Perancis pada November 1946. Pada bulan Disember 1946 pula, negara Thai diterima sebagai sebuah ahli PBB. Peluang ini
mendekatkan lagi negara Thai dengan kuasa berikat dan negara dunia yang lain.
Namun begitu, negara Thai juga mengalami masalah politik dalaman. Jika dilihat, Kerajaan Seni Pramoj hanya berkuasa sehingga
bulan Januari 1946. Pridi didapati cmpur tangan di dalam soal pimpinan negara Thai dan melantik Khuang Aiphaiwong sebagai
Perdana Menteri. Namun begitu, akibat krisis dalaman dan masalah politik, Khuang Aiphaiwong hanya memegang jawatan sehingga
bulan Mac 1946. Kali ini Pridi mengambil langkah lebih jauh. Beliau sendiri mengambil jawatan Perdana Menteri, tetapi beliau
memegang jawatan ini hanya selama 5 bulan dan turun pada Ogos 1946. Akibat kurang sokongan, beliau menyerahkan jawatan ini
kepada Thamrong Nawasawat.
Selain menghadapi masalah pemimpin, negara Thai turut menghadapi masalah ekoran campur tangan tentera ke dalam politik. Pada
November 1947, pihak tentera telah mengadakan rampasan kuasa. Pihak tentera ini kemudian telah melantik semula Khuang
Aiphaiwong sebagai Perdana Menteri. Masalah politik timbul sekali lagi pada tahun 1948, Perdana Menteri negara Thai bertukar lagi
dan kali ini disandang oleh Phibun Songkram. Di antara tahun 1948-1951, 4 kali percubaan rampasan kuasa dan usaha untuk
menggulingkan Phibun Songkram menemui gagal. Phibun menjadi Perdana Menteri bagi tempoh yang agak lama berbanding Perdana
Menteri yang lain. Namun kepopularannya mula merosot terutama di kalangan tentera Thai. Pada bulan September 1957, beliau telah
berjaya digulingkan oleh tentera.
Filipina mula mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk selepas Perang Dunia Kedua. Namun Filipina mendapat bantuan daripada
tentera Amerika pada peringkat awal yang cuba mengembalikan keamanan, membuka semula sekolah dan membaik pulih sistem
perhubungan. Apabila Kerajaan Komanwel ditubuhkan pada 27 Februari 1945, kerja-kerja pemulihan ini diserahkan kepada
Pentadbiran Pemulihan dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu. Dasar kewangan Komanwel dikuasai oleh Amerika. Amerika memberi
bantuan sebanyak 72 juta ringgit kepada Filipina hasil daripada penghapusan kutipan cukai barang-barang import Filipina ke Amerika.
Dari segi persoalan politik, pilihanraya yang pertama selepas Perang Dunia Kedua telah diadakan pada 23 April 1945. Dalam pilihan
ini, Roxas telah menang dengan fahaman liberalnya. Beliau telah memegang jawatan Perdana Menteri apabila menewaskan lawan-
lawannya dengan lebihan beberapa undi sahaja. Walau bagaimanapun, parti beliau mendapat undian terbesar di kedua-dua dewan
kongres. Rakannya, Elpidio Quirino, telah dipilih sebagai Timbalan Presiden. Oleh itu, apabila Republik Filipina diwujudkan pada 4
Julai 1946, kedua-dua mereka muncuk sebagai ketua pertama pentadbiran Filipina.
Roxas telah membuat peraturan-peraturan ekonomi terhadap negara barunya itu. Kongres Amerika telah menggubal kedua-dua rang
undang-undang tersebut yang kemudian diluluskan dalam tahun 1946. Rang undang-undang tersebut adalah Rang Undang-undang
Beli dan Rang Undang-undang Tydings.
Roxas meninggal dunia pada 15 April 1946 dan jawatannya diganti oleh timbalan beliau itu iaitu Quirino. Quirino pula telah
mendirikan sebuah majlis tindakan milik kemajuan sosial, sebuah majlis buruh, sebuah bank pinjaman untuk syarikat kerjasama
pertanian dan bank-bank di luar bandar. Beliau juga telah menawarkan pengampunan kepada pemberontak sekiranya mereka
menyerahkan senjata mereka.
Kedudukan Filipina dalam bulan Julai 1946 dari segi pemilihannya agak memberangsangkan. Amerika telah terlibat dengan
pembayaran ganti rugi peperangan yang banyak dan keselamatan luar negeri yang lebih terjamin supaya perbelanjaan yang untuk
pertahanan yang banyak itu tidak diperlukan. Ekonomi Filipina kian mengembang. Keluaran hasil dalam negeri dari tahun 1946
hingga tahun 1949 mencatatkan peningkatan sebanyak 91%.
341
Secara keseluruhannya, boleh digambarkan bahawa Perang Dunia Kedua memang memberi kesan yang hebat kepada negara-
negara yang dijajahi dan tidak dijajahi. Kemerosotan ekonomi berlaku dengan teruk ekoran sikap Jepun yang memusnahkan
kemudahan-kemudahan negara akibat kalah dalam perang itu. Selain itu, kegagalan Jepun mengawal nilai mata wang juga
menyebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk. Selain itu, keamanan politik sesebuah negara juga tergugat. Hal ini sebab sesebuah
negara itu terpaksa bekerjasama dengan Jepun di zaman pendudukannya dan ini telah menyebabkan hubungan politik dengan kuasa-
kuasa berikat terjejas. Kekalahan Jepun kemudiannya telah merumitkan lagi keadaan. Namun begitu, didapati negara-negara terbabit
kemudian telah pulih sedikit apabila Perang Dunia Kedua tamat.
Huraikan senario politik dan ekonomi Indonesia dan Filipina selepas kemerdekaan masing-masing.
Pengenalan
Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1949 sementara Filipina mencapainya pada tahun 1950.
Indonesia
• Selepas merdeka sudah wujud kerjasama antara kabinet dengan Jawatankuasa Kerja, juga antara Presiden Sukarno dengan
Naib Presiden Mohammed Hatta.
• Kelemahan pentadbiran Indonesia kerana semasa penaklukan Belanda hanya sedikit orang Indonesia terlibat sebagai pegawai
kerajaan atau ahli perniagaan.
• Pilihanraya pertama pada tahun 1955 melibatkan penguasaan empat parti, Parti Nasional Indonesia, Masjumi, Nahdatul
Ulama dan Parti Komunis.
Filipina
• Berlaku kemelesetan ekonomi selepas merdeka. Jawatankuasa Banci Ekonomi ditubuhkan.
• Januari 1950, Amerika Syarikat memberi bantuan sebanyak RM2000 juta.
• Presiden Quirino melantik Roman Massaysay sebagai Setiausaha Pertahanan Negara.
• Magsaysay mengambilalih pemerintahan dan membersihkan pejabat kastam daripada rasuah. Beliau juga membentuk sebuah
mahkamah hubungan pertanian.
Kesimpulan
Sememangnya kedua-dua negara tidak mengalami keamanan dan kemewahan sebaik sahaja kemerdekaan. Namun setelah usaha
dalam jangka masa bertahun-tahun akhirnya kedua-dua negara memperlihat keupayaan mentadbir negara sendiri.
Faktor utama yang telah mengakibatkan kemunculan Gerakan 4 Mei ialah Versailles yang telah memutuskan bahawa bekas hak-hak
Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun. Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama, Jepun telah bertindak merampas konssi-
konsesi Jerman di Shantung. Perjanjian Versailles pada tahun 1919 menyerahkan hak-hak Jerman di Shantung kepada Jepun.
Keputusan Perjanjian Versailles ini mengakibatkan satu demonstrasi oleh 5000 orang pelajar di Peking pada 4 Mei 1919. Mereka
menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak Kerajaan China supaya tidak menandatangani Perjanjian
Versailles.
Pada 18 Januari 1915, Jepun telah membuat 21 Tuntutan dalam 5 kumpulan ke atas China. Penerimaan tuntutan ini akan menjadikan
China tergadai kemerdekaan kepada Jepun. Antara lain tuntutan tersebut mensyaratkan China mestilah berjanji tidak akan
menyerahkan/memajakan kepada ketiga mana-mana pelabuhan, teluk/pulau di sepanjang pantainya. China juga dikehendaki
mengambil penasihat-penasihat Jepun dan menyetujui apa-apa keputusan yang akan dicapai oleh Jepun dengan Jerman berkenaan
dengan hak-hak Jerman di Shantung. Selepas beberapa rundingan, China telah menerima tuntutan tersebut dengan beberapa pindaan
yang menguntungkannya. Namun demikian, golongan pelajar menganggap tuntutan berkenaan sebagai satu penghinaan terhadap
China. Justeru itu, golongan pelajar telah menuntut supaya Kerajaan China menolak sama sekali 21 Tuntutan berkenaan. Mereka juga
mendesak Kerajaan China supaya menghukum 3 orang ahli politik pro-Jepun yang dipercayai beri jawab atas penerimaan tuntutan-
tuntutan berkenaan oleh China.
Secara keseluruhannya, Gerakan 4 Mei telah berjaya mencapai matlamat-matlamatnya. Oleh sebab desakan-desakan yang hebat dari
golongan pelajar, pedagang dan pekerja yang mendapat sokongan dari masyarakat China, perwakilan China di Persidangan Damai
Versailles enggan menandatangani Perjanjian Versailles kerana syarat-syaratnya yang berat sebelah. Ketiga-tiga pegawai China yang
pro-Jepun dan dianggap bertanggungjawab atas penerimaan 21 Tuntutan oleh China dipaksa meletakan jawatan. Sementara kebinet
Republik China yang dipimpin oleh Tuan Chi Jai terpaksa menarik diri.
Sementara pihak Amerika yang kemudiannya menyedari bahawa terlalu banyak keistimewaan telah diberikan kepada Jepun melalui
Versailles. Keadaan tersebut menjadikan Jepun sebagai kuasa yang teragung di Asia. Oleh yang demikian, Amerika telah berusaha
menganjurkan satu persidangan yang bertujuan untuk menyekat kuasa Jepun dan menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit di
342
Timur Jauh. Persidangan Washington telah diadakan pada 21 November 1921. Melalui perjanjian ini, Jepun terpaksa
memulangkan wilayah Shantung dan menggugurkan 21 Tuntutan.
Gerakan 4 Mei telah merintis jalan bagi perkembangan fahaman Komunis di China. Hal ini Gerakan 4 Mei telah menyediakan satu
suasana yang sesuai bagi Rusia untuk meluaskan pengaruhnya dan merapatkan hubungannya dengan China serta menyebarkan
fahaman Marxisme ke China. Pada tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan persatuan pengajian Marxisme di Universiti Peking
yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakannya ahlinya terdiri daripada pelajar universiti termasuklah Chang Kuo Tau dan
Mau Tse Tung yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam gerakan Komunis di China. Chen Tu Hsiu seorang pemimpin
terkemuka Gerakan 4 Mei menjadi penganut fahaman Marx-Lenin pada tahun 1920. Beliau telah menubuhkan Persatuan Pemuda
Sosialis yang sama di Peking. Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao seterusnya menubuhkan Parti Komunis China (PKC) pada tahun 1921
dengan bantuan seorang agen Komunis antarabangsa.
Gerakan 4 Mei telah melemahkan kedudukan hulubalang-hulubalang yang menguasai Kerajaan China di Peking. Golongan pelajar
yang mendapat sokongan ramai telah mengalahkan hulubalang-hulubalang atas kegagalan China menjaga kepentingan-kepentingan
dalam Perjanjian Versailles. Malahan kabinet China terpaksa dibubarkan akibat desakan orang ramai. Sebaliknya, Gerakan 4 Mei
berjaya memperbaiki kedudukan Kuomintang (KMT) yang bertujuan untuk menyatukan China. KMT mendapat rahmat dari Gerakan
4 Mei kerana sikap Sun Yat Sen yang pro gerakan pelajar. Dengan demikian, KMT mendapat simpati dan sokongan mereka.
Sokongan ini menguntungkan KMT kerana gerakan pelajar tidak berdasarkan parti politik. Hal ini membolehkan para pelajar dan
masyarakat yang menyertai gerakan ini memasuki Parti KMT, jika mereka berminat di dalam gerakan bercorak organisasi. Gerakan 4
Mei telah memberi inspirasi kepada Sun Yat Sen untuk menegakkan kuasa KMT di China. Ketika ini, KMT muncul sebagai sebuah
organisasi yang terpenting di China. KMT seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan baru pada tahun 1928 di Nanking.
Gerakan 4 Mei juga mengakibatkan kemundulan Gerakan Kebudayaan Baru. Beratus-ratus naskah majalah dan akhbar yang bertujuan
menyumbangkan usaha-usaha membina sebuah masyarakat China yang baru telah diterbitkan. Di antara yang terpenting termasuk
Pemuda Baru, Aliran Baru dan Pembidas Mingguan. Sementara para intelektual China seperti Chen Tu Hsiu dan Lin Hsun mengkritik
masyarakat tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius. Banyak idea-idea dari pengajian tradisional itu adalah bertentangan
dengan kemajuan dan perkembangan intelektual moden. Pengajaran berbentuk Barat semakin diminati. Jadi, para intelektual China
telah menyokong pembentukan China berasaskan sains dan idea-idea baru.
Dalam bidang pendidikan, Hu Shih telah memperkenalkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantara dan bahasa kesusasteraan.
Pada tahun 1920, Kementerian Pelajaran telah menetapkan bahawa Bahasa Mandarin wajib diajar di sekolah rendah dan pada tahun
1930 semua sekolah menengah dan rendah dikehendaki menggunakan buku tekas Bahasa Mandarin kecuali mata pelajaran
kesusasteraan China.
Sebelum Gerakan 4 Mei, pendidikan hanya dinikmati oleh golongan atas dan golongan menengah sahaja. Rakyat jelata tidak
berpeluang menerimanya. Sejak Gerakan 4 Mei, banyak sekolah campuran Barat-Confucius telah ditubuhkan dan mata pelajaran
moden telah diajar. Pada tahun 1907, terdapat lebih kurang 40000 buah sekolah termasuk universiti dan institusi teknik di China
dengan seramai sejuta orang pelajar. Pada tahun 1933, bilangan sekolah telah meningkat kepada 260000 dan bilangan pelajar
bertambah sehingga berjumlah lebih daripada 12 juta orang.
Gerakan 4 Mei telah membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang China. Gerakan ini memberi kesedaran kepada
masyarakat dan juga kerajaan tentang tindak-tanduk kuasa-kuasa Barat yang menyebabkan China terumbang-ambing dan dipermain-
mainkan oleh mereka. Gerakan ini telah menonjolkan golongan pelajar sebagai pembela kepentingan nasional China. Gerakan mereka
bukan sekadar terhad di kalangan golongan pelajar semata-mata, tetapi melewati pelbagai pihak dalam masyarakat China.
Demonstrasi oleh golongan pelajar mengakibatkan demonstrasi dan permogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga memulakan
pemulauan barangan buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan ini telah menjejaskan perdagangan Jepun dengan
China. Perasaan anti-Jepun telah bertambah di kalangan orang-orang China. Buat kali pertama, pekerja-pekerja China telah
mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan bandar-bandar lain.
Pendekatan moden yang dibawa oleh pelajar-pelajar sebagai pengajaran falsafah, sains, idea-idea baru seperti demokrasi, kebudayaan
Barat dan bentuk kesusasteraan moden mula diterima oleh masyarakat. Dalam usaha mengembangkan nasionalisme, golongan pelajar
dan intelek dari Universiti Kebangsaan Peking telah memainkan peranan penting. Di mana sesungguhpun Gerakan 4 Mei ini telah
memainkan semangat nasionalisme bangsa China ke tahap yang sangat tinggi berbanding zaman-zaman lain. Mereka amat sensitif
terhadap sebarang bentuk penekanan yang berunsurkan imperialisme yang dikenakan oleh kuasa-kuasa ke atas bangsa dan negara
China.
343
Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada kemunculan Gerakan 4 Mei 1919 di China.
Gerakan 4 Mei merupakan satu kebangkitan semangat nasionalisme rakyat China sebagai protes terhadap kegiatan imperialisme yang ditekan
ke atas negeri China. Ianya merupakan peristiwa demonstrasi terhadap keputusan Persidangan Versailles. Gerakan 4 Mei mencakupi period
antara tahun 1917 apabila isu wilayah Shantung mula diperhatinkan sehingga tahun 1927. Ia disebut sebagai Gerakan 4 Mei kerana pada
tarikh tersebutlah bermulanya protes yang nyata dari golongan intelektual. Di mana pada 4 Mei 1919, kira-kira 5,000 orang pensyarah dan
mahasiswa Universiti Peking mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan Persidangan Damai Versailles mengenai Shantung.
Setelah berjaya melancarkan revolusi menggulingkan Dinasti Manchu, pemimpin-pemimpin China gagal membentukan sebuah
kerajaan yang stabil. Sebaliknya, perselisihan telah berlaku di kalangan mereka menyebabkan mereka gagal mengadakan rancangan-
rancangan yang elanat mengubah keadaan negeri China yang masih mundur. Sebaliknya, rasuah, perang saudara, perebutan kuasa dan
usaha-usaha menghidupkan semula sistem dinasti yang rajanya berkuasa mutlak telah berlaku di negeri China. Keadaan negeri China
semakin menuju ke arah kehancuran apabila berlakunya zaman hulubalang selepas kematian Presiden Yuan Shih Kai. Pergolakan
politik yang tidak berkesudahan ini menyebabkan golongan bangsawan, sarjana dan intelek mula hilang kepercayaan terhadap
kerajaan revolusi.
Ketika meletusnya Perang Dunia Pertama (1914-1918), muncul perusahaan-perusahaan penting di China seperti perusahaan besi dan
keluli. Bahan besi dan keluli serta kelengkapan perang sangat diperlukan oleh pihak berikat. Dengan adanya permintaan yang besar
dan perkembangan perusahaan menyebabkan munculnya kelas pedagang dan pekerja di China. Antara tahun 1907 sehingga 1917,
terdapat sekurang-kurangnya 10 juta orang yang terdiri daripada kelas dagangan dan sekerja di China. Golongan saudagar dan pekerja
berasa kurang senang terhadap pergolakan politik dalam negeri China kerana ia mengancam kegiatan ekonomi mereka. Mereka juga
terlibat dalam bidang perusahaan tekstil, sutera, gandum dan bank-bank moden. Pergolakan politik menyebabkan golongan saudagar
mengalami kerugian, sementara golongan sekerja mata pencarian mereka akan terjejas. Melalui kegiatan ekonomi, golongan
pedagang dan pekerja mulai sedar tentang penindasan dan perusahaan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa-kuasa asing ke atas China.
Mereka juga menentang perbuatan rasuah dan penyelewngan yang dilakukan oleh pegawai kerajaan kerana perbuatan ini akan
menjejaskan faedah-faedah yang seharusnya diterima oleh mereka. Oleh itu, tindakan golongan saudagar dan pekerja dalam Gerakan
4 Mei selain berunsur semangat nasionalisme adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka.
Sejak tahun 1905, sistem peperiksaan dan sukatan pendidikan mula di rombak semula berdasarkan pendidikan Barat dan Jepun.
Justeru itu, ramai pelajar China telah dihantar ke luar negeri. Antara tahun 1903 sehingga 1919, semakin ramai pelajar China dari luar
negeri telah pulang ke tanah air mereka. Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dan Tsai Yuan Pei dari Perancis, Kuo Ma Jo dan Lu Hsun dari
Jepun, Hu Shih dan Manlin dari Amerika. Dengan menggunakan pusat pengajian tinggi terutamanya Universiti Peking (Peita), Tsai
Yuan Pei yang menjadi Canselor, Chen Tu Hsiu dan Hu Shih yang menjadi pensyarah telah menyebabkan idea-idea Barat kepada
pelajar-pelajar Peita. Di samping itu, mereka juga menyeru diadakan penilaian semula terhadap warisan kebudayaan China. Mereka
juga menekankan perlunya penggunaan politik, ekonomi dan pendidikan moden secara Barat membentuk sebuah negeri China yang
moden. Bagi mereka, negeri China jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemajuan yang dicapai oleh negeri-negeri Barat. Oleh
sebab Peita adalah universiti terulung di China, maka apa sahaja yang dianjurkan oleh pelajar-pelajarnya akan mendapat perhatian dan
ikatan daripada mereka di institusi pengajian tinggi yang lain dan masyarakat.
Perkembangan-perkembangan politik dan ekonomi antarabangsa turut memberi inspirasi kepada golongan terpelajar di negeri China.
Antara peristiwa penting yang memberi kesan yang mendalam ialah kejayaan Revolusi Bolshevik Ceevohisi Russial 1917 yang
merupakan kejayaan perjuangan rakyat Russia menggulingkan Kerajaan Tzar yang korupsi. Mereka telah berjaya membentuk
kerajaan yang moden dan disegani. Di samping itu, kejayaan pemberontakan-pemberontakan Sohalis di Finland, Jerman, Austria,
Hungary dan pergolakan di Jepun apabila meletusnya rusuhan beras pada tahun 1918 telah menyedarkan golongan pelajar dan
intelektualisme di China.
Penerbitan makalah-makalah dan majalah-majalah oleh golongan intelektualisme telah berjaya mempengaruhi golongan pelajar.
Pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan perjumpaan golongan intelektualisme telah menubuhkan persatuan-persatuan seperti
kesatuan kerja dan pelajar, Persatuan Arus Baru, Persatuan Majalah Rakyat dan lain-lain lagi. Persatuan-persatuan ini
membincangkan Karl Marx dan ideologi Bolshevik. Ringkasnya, persatuan-persatuan ini memainkan peranan menyemaikan dan
menipukan semangat nasionalisme di kalangan orang China supaya menentang penjajah, kolonisme dan penindasan. Golongan intelek
China juga bertindak menterjemahkan buku-buku falsafah, ekonomi dan politik Barat serta teori Karl Marx ke dalam Bahasa
Mandarin bagi membolehkan para pembaca China mengikuti perkembangan pemikiran Barat dan Russia pada kurun ke-20.
Faktor utama yang menyebabkan tercetusnya Gerakan 4 Mei ialah kerana sentimen bencikan orang-orang Jepun di kalangan orang-
orang China. Peristiwa pengambilan Shantung pada tahun 1914 menjadikan perasaan bencikan Jepun semakin memuncak. Semasa
tercetusnya Perang Dunia Pertama (1914), Yuan Shih Kai telah mengisytiharkan China sebagai negeri berkecuali. Semasa Jepun pula
telah mengisytiharkan perang ke atas negeri Jerman. Pada masa ini Jepun telah menggunakan Shanghai sebagai pusat penghimpunan
tenteranya. Dengan bantuan British, Jepun telah menyerang Jerman yang menduduki Semenanjung Shantung fan menakluki wilayah
Shantung. Perbuatan ini dibantah oleh negeri China.
Pada tahun 1915, Jepun telah mengemukakan 21 tuntutan secara rahsia kepada Yuan Shih Kai. Tuntutan ini mengandungi 5 kumpulan.
Kumpulan 1 hingga 4 mengandungi perkara-perkara seperti melanjutkan tempoh pajakan pelabuhan Arthur selama 99 tahun dan
mengesahkan pendudukan Jepun di Semenanjung Shantung, penaklukan Jepun di Manchuria Selatan, Monggolia Timur, kawasan
Itan-Yeh-Ping (kawasan industri China Tengah) dan sebahagian pantai Tenggara China. Sementara kumpulan 5 pula membenarkan
344
rakyat Jepun untuk mendirikan hospital, gereja dan sekolah. Jika segala butir tuntutan ini diterima oleh China, bermakna
kemerdekaan negeri China tergadai kepada Jepun.
Apabila rahsia 21 tuntutan itu dibongkarkan oleh pihak akhbar, Jepun telah menggugurkan 21 tuntutan dalam kumpulan 5. Tetapi,
Jepun telah memberi kata dua bahawa China mesti mematuhi tuntutan 4 kumpulan pertama pada 7 Mei 1915. Justeru itu, pada 9 Mei
1915, Yuan Shih Kai tanpa merujuk kepada Dewan Perundangan telah menandatangani satu perjanjian persetujuan dengan Jepun.
Apabila Perang Candu Pertama tamat, satu persidangan antarabangsa telah diadakan di Versailles, Perancis. Pihak China yang
menyertai Pihak Berikat pada tahun 1917, telah menghadiri persidangan tersebut sebagai pihak yang menang. Wakil mereka ialah C.T.
Wong dan Wellington Khor. Jepun juga menyertai pihak yang menang. 21 tuntutan Jepun ke atas China turut dibincangkan dalam
persidangan ini. Yang menyakitkan China, Perjanjian China-Jepun pada 9 Mei 1915 diluluskan. Hal ini bermakna Jepun tetap berhak
ke atas Semenanjung Shantung.
Keputusan Persidangan Versailles yang menyerahkan Shantung kepada Jepun telah memeranjatkan orang-orang China dan akhirnya
satu tunjuk perasaan telah dilancarkan. Pada 4 Mei 1919, kira-kira 5,000/3,500 orang pelajar dari 13 buah maktab dan universiti
terutamanya dari Universiti Peking telah berkumpul di Medan Tien An Men untuk melancarkan demonstrasi sebagai bantahan
terhadap keputusan Persidangan Versailles. Tunjuk perasaan menjadi semakin ganas apabila para pelajar memukul seorang pegawai
China yang dituduh pro-Jepun. Mereka bertindak menyerang dan membakar rumah-rumah pemimpin China yang dianggap sebagai
pengkhianat bangsa. Mereka juga menuntut wakil-wakil China di Persidangan Versailles jangan menandatangani perjanjian.
Perjuangan golongan pelajar mendapat simpati dari beberapa golongan masyarakat China yang lain. Gerakan ini juga mendapat
sokongan dan liputan meluas dari akhbar-akhbar. Selain itu, pekedai-pekedai, pekerja-pekerja kilang dan saudagar turut mengambil
bahagian. Pekedai dan saudagar telah memulau barangan buatan Jepun sementara pekerja pelabuhan memulau kapal-kapal Jepun.
Sokongan juga datangnya dari tokoh-tokoh politik seperti Dr. Sun Yat Sen. Maktab-maktab dan universiti turut ditutup. Pada akhir
bulan Mei dan Jun, kira-kira 200 buah bandar terlibat dengan demonstrasi.
Akibat demonstrasi dan bantahan daripada golongan pelajar, wakil-wakil China tidak hadir pada hari menandatangani Perjanjian
Versailles iaitu pada 28 Jun 1919.
Bincangkan peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 di negeri China.
Dr. Sun Yat sen yang digelar “Bapa Revolusi China” dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan iaitu sebuah kampung yang terletak kira-
kira 40 batu di Selatan Cantoon. Beliau mendapat pendidikan klasik Kung Fu Tze dari umur 6 tahun hingga 12 tahun. Pada tahun 1879,
beliau telah mengikuti abangnya ke Honolulu, Hawaii dan memasuki sekolah mubaligh Anglican. Beliau meneruskan pengajian di Kolej
Oahu sehingga tahun 1883. Oleh sebab bimbangkan Sun Yat Sen terpengaruh dengan agama Kristian, abangnya telah menghantar beliau
pulang. Dengan pengaruh Kristian yang ada padanya, beliau melarang masyarakat kampungnya menyembah patung kerana tidak memberi
apa-apa faedah. Masyarakat tempatan marah, lalu mengambil tindakan mengusir beliau keluar dari kampungnya. Setelah meninggalkan
kampungnya, beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke Hong Kong pada tahun 1883 dan belajar di Rumah Diocesan dan
kemudiannya berpindah ke Kolej Queen dan memeluk agama Kristian.
Semasa berusia 20 tahun, Sun Yat Sen memasuki Sekolah Perubatan Dochi di Cantoon dan pada tahun 1887 beliau berpindah ke
Kolej Perubatan untuk orang-orang China di Hong Kong. Setelah belajar selama 5 tahun, beliau lulus dengan tempat pertama dalam
kelasnya dan menjadi doktor di Macao dan kemudiannya berpindah ke Cantoon.
Ketika menuntut di Kolej Perbatan Hong Kong, beliau memperlihatkan kecenderungan ke arah perkembangan politik moden
terutamanya mengenai nasionalisme, demokrasi cara Amerika dan sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong
telah mempengaruhi beliau. Perbezaan yang begitu menonjol antara China dengan Hong Kong dan Hawaii benar-benar
mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan kerajaan yang bercorak republik di China.
Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat Sen berpendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut amatlah penting. Justeru
itu, pada 24 November 1894, beliau belayar ke Honolulu dan dengan bantuan abangnya, beliau telah menubuhkan “Hsiung Chung
Hui”/“Persatuan Memulihkan Negara China” dengan keahliannya seramai 112 orang yang kebanyakannya golongan sarjana. Hal ini
merupakan gelaran pertama yang ditubuhkan oleh Dr. Sun Yat Sen dengan slogan perjuangannya “Singkirkan Orang-orang Manchu,
Pulihkan Pemerintahan Orang-orang China dan Tubuhkan Republik”. Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang pertama
ditubuhkan di luar negeri dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya yang ditubuhkan secara sulit di wilayah-wilayah
dalam China bagi mencari sokongan dan bantuan untuk menggerakkan revolusi.
Pada tahun penghujung tahun 1894, Sun Yat Sen telah berusaha mewujudkan satu gerakan yang dapat melancarkan revolusi melalui
penglibatan kongsi-kongsi gelap di Cantoon, malangnya usaha beliau melalui Hsiung Chung Hui telah gagal kerana kurang sambutan
dan kejayaan pihak berkuasa mngesan gerakan mereka. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa melarkan diri ke Hong Kong kerana
diburu oleh Kerajaan Manchu. Beliau mendapat perlindungan di Jepun.
Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903 hingga tahun 1904, beliau sering berulang-alik antara Jepun,
Hawaii, Amerika dan Eropah. Dalam musim panas tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang nasionalis
China iaitu Huang Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan Kerajaan Jepun, Sun Yat Sen dan pengikut-
pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-orang China dari pelbagai golongan di Tokyo pada bulan Ogos 1905. Dalam
345
perjumpaan yang besar ini, Sun Yat Sen telah menubuhkan Tung Meng Hui/Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905. Tung Meng Hui
merupakan gabungan Hsiung Chung Hui dengan 2 persatuan revolusioner yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui. Tujuan
Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China.
Cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco, Honolulu dan bandar-bandar penting di
China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut, Sun Yat Sen telah memungut dana dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan
pemberontakan di China. Tung Meng Hui juga dikembangkan di China khsanya di bahagian China Selatan. Ianya dikembangkan
melalui pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap.
Sun Yat Sen telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti-Manchu di kalangan orang-orang China. Beliau
berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan perjuangannya di kalangan orang-orang China, khasnya di kalangan mereka yang
berada di seberang laut. Beliau berkhutbah pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar. Beliau telah menerbitkan
akhbar sendiri iaitu Ming Pao/The People di Tokyo. Melalui penerbitan ini, idea-idea republik beliau disebarkan. Selain berjaya
mengumpulkan dan mempengaruhi orang-orang China yang berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke
merata tempat di dunia khasnya di Amerka dan Eropah. Tujuannya ialah mendapat sokongan moral dan material dari masyarakat
China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah menghasilkan kejayaan. Beliau berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya
dari segi kewangan. Sokongan tersebut sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan kegiatan pemberontakan di
China. Hasil usaha Sun Yat Sen yang bersungguh-sungguh itu menyebarkan Tung Meng Hui begitu popular dan mendapat sambutan
dari pelbagai golongan sama ada dalam atau luar negeri. Gerakan revolusioner pimpinan Sun Yat Sen mendapat sokongan pelajar,
rakyat China yang tidak puas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatihkan secara Barat.
Ketika Sun Yat Sen berusaha mendapat sokongan di Barat, didapati usaha-usaha menyekat pergerakan beliau diteruskan oleh
Kerajaan Manchu. Semasa di London pada tahun 1896, beliau diculik oleh diplomat China dari kedutaan dan berusaha untuk
menghantarnya pulang ke China untuk menghadapi tuduhan subversif dan dijatuhkan hukuman mati. Dengan pertolongan London, Dr.
Cantlie dan Kementerian Luar British, beliau telah dapat diselamatkan. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang penting ke arah
mempercepatkan lagi proses perjuangan revolusi kerana akhbar Londin menyiarkan secara besar-besaran.
Perjuangan beliau menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China kerana beliau mengemukakan ideologi/prinsip
perjuangan. Beliau mengemukakan juga prinsip rakyat/San Min Chui iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Ideologi ini
telah menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusioner di China. Tujuannya untuk melaksanakan prinsip-prinsip tersebut.
Di sebalik usaha-usaha menguatkan pertubuhan ini, Dr. Sun Yat Sen tetap menggerakkan Tung Meng Hui ke arah mencetuskan
revolusi. Bagi menggerakkan revolusi mulai tahun 1906, beberapa pemberontakan kecil telah berjaya dilancarkan di beberapa tempat
dalam wilayah Selatan China. Pemberontakan telah diprojekkan di Jepun. Oleh sebab mendapat protes yang kuat dari Kerajaan China,
Jepun tidak dapat membenarkan Dr. Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui digerakkan dari Jepun. Oleh itu, pada tahun 1907, Dr. Sun Yat
Sen dan sekutunya terpaksan berpindah ke Hanoi bagi meneruskan gerakannya. Pada 11 April 1911, satu gerakan telah diatur bagi
melancarkan revolusi tetapi gagal dan menyebabkan 72 orang tokoh revolusioner terkorban. Di antara tahun 1906 hingga tahun 1911,
Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya telah merancang, mengatur dan mencetuskan hampir sepuluh pemberontakan dan beberapa
pembunuhan di China. Pemberontakan yang dianjurkan semuanya gagal dan dapat diatasi oleh Kerajaan Manchu. Namun begitu, ia
telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan kewibawaan Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wu Cang pada 10 Oktober 1911
yang dimulakan oleh tentera China hasil pengaruh Tung Meng Hui adalah menandakan permulaan revolusi China. Daerah-daerah lain
di bawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut memberontak. Hal ini mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Manchu dan penubuhan
sebuah kerajaan republik di China. Dr. Sun Yat Sen telah dilantik sebagai Presiden Kerajaan Sementara yang ditubuhkan di Nanking.
Dr. Sun telah menubuhkan Parti Kuomintang pada tahun 1912 yang seterusnya menguasai negeri China pada tahun 1928.