Anda di halaman 1dari 15

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

Kandungan

Muka Surat

1.0 2.0 2.1 2.2 3.0 3.1 3.2 4.0 4.1 4.2 5.0

Pengenalan Jadual Penentuan Ujian Langkah Pembinaan Jadual Penentuan Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Jadual Penentuan Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Item Ujian Langkah Pembinaan Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Item Ujian Aneka Pilihan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Analisis Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Indeks Kesukaran Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Indeks Kesukaran item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Kesimpulan

Lampiran 1 Rujukan

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 663025135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

1.0

Pengenalan

Perancangan ujian amat penting dalam proses penilaian. Guru perlu merancang ujian yang sesuai dan meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang ingin dinilai. Perancangan ujian ini penting agar objektif pengajaran dan pembelajaran itu dapat dicapai dengan lebih berkesan lagi. Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) merupakan alat yang penting dalam merancang item ujian yang ingin dibina. Jadual Penentuan ujian ini perlu disediakan untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik topik serta aras kemahirannya yang sesuai dengan kebolehan pelajar keseluruhannya. Pembinaan item ujian adalah berdasarkan Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) yang telah dibina dan mengikut langkah-langkah pembinaan item ujian. Pembinaan JPU dan item ujian yang baik akan menjamin keberkesanan ujian tersebut. Pembinaan JPU dan item ujian akan mempengaruhi Indeks Kesukaran Ujian dan Indeks Diskriminasi Ujian. JPU dan Item ujian yang baik akan menjamin kebolehpercayaan dan kesahan ujian dan dapat menilai pencapaian pelajar dengan lebih berkesan lagi.

2.0

Jadual Penentuan Ujian ( JPU )

Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) adalah carta dua-hala yang mengandungi objektif pengajaran dan kandungan pengajaran. Objektif objektif pengajaran ditulis pada lajur carta ini. Kandungan pengajaran pula ditulis pada baris carta ini. JPU hendaklah mewaklili keseluruhan sukatan pelajaran yang meliputi aspek yang ingin diuji seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap. JPU merupakan panduan kepada guru untuk membina item ujian. Guru akan menentukan kandungan ataupun sukatan pelajaran

HBEF3203

Zalek

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edeline Chuat Guchi/ 640909135544

yang perlu diuji. Selain itu, JPU juga menjadi panduan kepada guru untuk menentukan agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. JPU sepatutnya dibina lebih awal iaitu sebelum sesuatu pengajaran dimulakan agar kemahiran yang ingin diuji dapat ditentukan lebih awal.

2.1

Langkah Pembinaan JPU Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Menurut Mok Soon Sang (2004), terdapat empat langkah yang perlu dilaksanakan bagi membina JPU. Kami telah bersetuju untuk memilih mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek Tatabahasa untuk dibina JPU dan item ujian bagi tugasan ini. Kami memilih subjek ini sebab kami memang mengajar mata pelajaran ini. Kami telah meneliti dan mengikut langkah-langkah bagi membina JPU untuk mata pelajaran tersebut seperti langkah berikut.

2.1.1

Mengkaji Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4

Kami telah mengkaji sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Kami memutuskan untuk memilih aspek sistem bahasa iaitu Tatabahasa untuk dinilai. Kami memilih aspek Tatabahasa yang telah diajar iaitu Kata Nama, Kata Ganti Diri, Kata Adjektif, Kata hubung dan Penanda Wacana, Kata Kerja, Penjodoh Bilangan, Simpulan Bahasa dan Ayat. Setiap aspek Tatabahasa tersebut dikaji berdasarkan skop pengajarannya, pendekatan dalam pengajaran bagi aspek tersebut, kepentingan setiap aspek, kompleksiti aspek tersebut serta masa yang diperuntukkan untuk setiap aspek tersebut.

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

2.1.2

Menganalisis Objektif Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Seterusnya kami telah menganalisis objektif pengajaran untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran serta tahap kesukaran yang perlu diuji. Kami telah membahagikan aspek Tatabahasa yang ingin diuji berdasarkan aras kemahiran dalam bidang kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom yang meliputi aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kami juga telah membahagikan aspek yang ingin dinilai berdasarkan tahap kesukaran iaitu tahap mudah, pertengahan dan sukar. Hasil daripada analisis ini telah menjadi panduan kepada kami untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. 2.1.3 Menentukan Jenis Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Kami telah memilih soalan objektif aneka pilihan untuk menguji aspek Tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 ini. Kami akan menguji item ujian ini berdasarkan domain kognitif. pelajaran Bahasa Melayu. 2.1.4 Kami Menentukan Bilangan Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 telah memutuskan untuk membina dua puluh soalan aneka pilihan untuk Soalan aneka pilihan amat sesuai digunakan untuk mengukur domain kognitif pelajar dalam menguasai aspek Tatabahasa dalam

mewaklili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat pengajaran yang hendak diukur. Bilangan soalan ini merangkumi semua aspek Tatabahasa yang telah diajar mengkut domain kognitif dan aras kesukaran yang telah ditentukan. Bilangan soalan ini dapat menjamin kebolehpercayaan dan kesahan ujian

ini kerana bilangan soalan ini dapat mengukur aspek yang hendak dinilai.

HBEF3203
2.2

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

Jadual Penentuan Ujian ( JPU ) Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Jadual 1 menunjukkan Jadual Penentuan Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah dibina. Jadual 1: JPU Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Sukatan Pelajaran Tajuk M 1. Kata Nama 2. Kata Ganti Diri 3. Kata Adjektif 4. Kata Hubung dan Penanda Wacana 5. Kata Kerja 6. Penjodoh Bilangan 7. Simpulan Bahasa 8. Ayat a. Membina Jawapan b. Menentukan maksud ayat c. Kata banyak makna d. Memilih ayat yang betul 1 1 I P 1 1 Objektif Pelajaran II III S M P S M P 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 10 2 1 2 10 5 25 3 15 1 3 5 15 1 1 5 20 100 Pemberatan Bil. Peratus S Soa -lan Soalan 2 10 3 15 2 2 2 2 2 5 10 10 10 10 10 25

SISTEM BAHASA Tatabahasa

Jumlah soalan Peratusan

10 5

I : Pengetahuan II : Pemahaman dan Aplikasi III: Analisis, Sintesis, Penilaian

M P S -

Mudah Pertengahan Sukar

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

3.0

Item Ujian

Berdasarkan JPU yang telah dibina, kami telah memilih item ujian objektif aneka pilihan untuk menguji aspek Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4. ujian ini ialah selama 30 minit. Item ujian mengandungi dua puluh soalan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab item-item

3.1

Langkah Pembinaan Item Ujian Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Kami telah mengikut langkah-langkah dalam penyediaan item ujian objektif aneka pilihan seperti yang disarankan di dalam modul. Berikut merupakan langkah-langkah tersebut.

3.1.1

Menyediakan JPU Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Kami telah menyediakan JPU seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Kami telah membina item ujian berdasarkan JPU yang telah dibina. Penggunaan JPU ini memudahkan kami membina item ujian kerana ia meliputi keseluruhan kandungan mata pelajaran yang telah diajar mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang telah ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.

3.1.2

Menulis Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Jenis item ujian yang kami telah pilih merupakan item objektif aneka pilihan. Kami telah melaksanakan prinsip-prinsip am pembinaan item ujian seperti arahan

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

menjawab hendaklah jelas dan ringkas, bahasa yang digunakan hendaklah mudah dan jelas, dan jawapan hendaklah berkaitan dengan soalan. Menurut Mok Soon Sang ( 2004 ), bentuk item aneka pilihan mengandungi satu pokok item yang berfungsi sebagai soalan diikuti dengan beberapa gerak balas ( biasanya tiga atau empat) yang berfungsi sebagai pilihan jawapan. Di antara beberapa gerak balas ini, terdapat satu sahaja jawapan yang paling tepat yang dinamakan kunci atau petanda. Gerak balas yang lain yang bukan jawapan tepat dinamakan pengganggu atau distraktor. Item pilihan yang telah dibina ini berbentuk soalan, ayat tidak lengkap dan cantuman.

3.1.3

Menyemak Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Setelah item ujian siap dibina, kami telah menyemak semula item-item tersebut bagi memastikan arahan menjawab jelas, bahasa yang digunakan mudah difahami dan mengandungi maklumat yang mencukupi, soalan yang dibina mencukupi dan seimbang, soalan aneka pilihan yang dibina tidak mengandungi petanda kepada jawapan dan masa yang diperuntukkan adalah berpatutan dengan bilangan soalan. 3.1.4 Menilai Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Kami telah meminta Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah kami untuk menyemak dan menilai item ujian tersebut. Semakan daripada Ketua Panitia ini bertujuan agar perkara-perkara yang telah disemak oleh kami sebelum ini dapat dinilai semula oleh

pakar dalam mata pelajaran ini. Semakan ini akan menjamin kebolehpercayaan dan kesahan ujian

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

3.2

Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Lampiran 1 menunjukkan item ujian bagi Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah dibina. Item ini mengandungi 20 soalan objektif aneka pilihan. Ujian ini memperuntukkan masa 30 minit untuk menjawabnya. Item ujian ini telah diuji kepada 20 orang pelajar Tahun 4 Maju, Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sri Aman pada 22 Mei 2006 ( Isnin ). Pelajar kelas ini terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan.

4.0

Analisis Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4 Berdasarkan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

Setelah item ujian ditadbirkan kepada pelajar, item tersebut telah disemak bagi setiap item yang telah digubal.

dan

seterusnya dianalisis untuk menentukan Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi

Bagi mengira Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi, kami telah menyusun senarai nama calon yang mempunyai skor tertinggi kepada skor terendah. Kami telah merekod prestasi calon atau pelajar daripada item atau soalan yang dijawab oleh mereka dengan tanda betul ( ) atau salah ( ) dalam satu jadual seperti Jadual 2. Seterusnya kami telah tentukan bilangan calon dalam kumpulan skor tinggi ( R U ) dan bilangan calon dalam kumpulan skor rendah ( R L ). Kami telah mengasingkan pelajar dari kumpulan skor tinggi sebanyak 30% dan kumpulan skor rendah sebanyak 30%.

Ini bermakna daripada 20 orang calon atau pelajar yang diuji, 6 orang adalah daripada kumpulan skor tinggi dan 6 orang daripada kumpulan skor rendah.

Jadual 2: Jadual Penentuan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Ujian Tatabahasa BM Tahun 4
Bil Nama Murid 1 16 6 3
0.8 0.5

Item
2 10 2 1
0.5 0.17

1 Ashikin 2 Emillia 3 Fadil 4 Fazrina 5 Nurul 6 Shannon 7 Nurazira 8 Zafirah 9 Shafira 10 Salfika 11 Fazmira 12 Azrul 13 Amzar 14 Syafiqah 15 Hafiz 16 Kamisiah 17 Shazwan 18 Khairul 19 Shafiq 20 Samsul Jumlah jawapan Betul Bilangan Jawapan Betul ( RU ) Bilangan Jawapan Betul ( RL ) Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi

3 20 6 6
1 0

4 16 6 2
0.8 0.66

5 13 6 2
0.65 0.66

6 20 6 6
1 0

7 15 6 2
0.75 0.66

8 8 5 1
0.4 0.66

9 10 6 1
0.5 0.83

10 15 6 3
0.75 0.5

11 7 6 0
0.35 1

12 10 4 0
0.5 0.66

13 6 1 1
0.30 0

14 11 5 1
0.55 0.66

15 9 4 2
0.45 0.33

16 10 6 2
0.5 0.66

17 9 4 2
0.45 0.33

18 8 6 2
0.4 0.66

19 14 6 2
0.7 0.66

20 9 6 0
0.45 1

Skor 19 18 18 17 16 15 14 13 12 12 12 11 10 10 9 8 7 7 5 3

HBEF3203
4.1

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

Indeks Kesukaran Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Menurut Mok Soon Sang ( 2004 ), Indeks kesukaran digunakan untuk menentukan samada item ujian atau soalan itu terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah untuk dijawab. Bagi item ujian aneka pilihan ini, kami telah menggunakan rumus berikut untuk mengira Indeks Kesukaran. Indeks Kesukaran ( p ) = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab Jadual 3 menunjukkan aras kesukaran item yang boleh ditafsirkan mengikut nilai p seperti berikut. Jadual 3 : Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Nilai ( p ) 0.00 0.20 0.21 0.40 0.40 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Pengkelasan Item Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu Mudah

Bagi mengira Indeks Kesukaran item ujian aneka pilihan ini, kami telah menggunakan rumus seperti di atas. Indeks Kesukaran yang telah dikira ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan Indeks Kesukaran dalam Jadual 2, didapati 4 soalan iaitu soalan 1, 3, 4 dan 6 menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.81 hingga 1.00. Mengikut Aras Kesukaran dalam Jadual 3, item ini merupakan item yang terlalu mudah untuk diawab kerana ramai pelajar dapat menjawab soalan ini. Ini bermakna item ini tidak sesuai digunakan untuk menguji pelajar dan perlu diubahsuai. Soalan 5, 7, 10, dan
Zalelkha Bt Elie / 660325135610

HBEF3203

Edelind Chuat Guchi / 640909135544

19 pula menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.61 hingga 0.80. Berpandukan Aras Kesukaran dalan Jadual 2, item ini mudah untuk dijawab dan perlu diubahsuai. Terdapat 8 soalan yang menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.41 hingga 0.60 iaitu soalan 2, 9, 12, 14, 15, 16, 17, dan 20. Ini bermakna ada sebanyak 41% hingga 60% pelajar dapat menjawab soalan ini. Berdasarkan Aras Kesukaran dalam Jadual 2, soalan boleh diterima kerana berada dalam pengkelasan sederhana sukar untuk dijawab. Soalan yang sukar untuk dijawab adalah soalan 8, 11, 13, dan 18. Soalan-soalan ini menunjukkan Indeks Kesukaran di antara 0.0 hingga 0.20. Ini bermakna tidak ramai pelajar yang dapat menjawab soalan ini kerana sukar untuk dijawab. Item atau soalan ini perlu diubahsuai. 4.2 Indeks Diskriminasi Item Ujian Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4

Menurut Mok Soon Sang ( 2004 ), Indeks Diskriminasi berfungsi untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Ini bermakna item ujian yang baik akan dapat menentukan perbezaan antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian rendah. Indeks Diskriminasi ini boleh dikira menggunakan rumus berikut. Indeks Diskriminasi ( d ) = ( RU RL ) ( T (L+U) ) RU = Jumlah calon dalam kumpulan skor tinggi menjawab dengan betul RL = Jumlah calon dalam kumpulan skor rendah menjawab dengan betul T = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor rendah

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

Sebagai panduan, aras diskriminasi item boleh ditafsirkan mengikut nilai d seperti yang ditunjukkan dalan Jadual 4. Jadual 4: Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Kami telah membuat pengiraan Indeks Diskriminasi bagi item-item ujian ini Nilai ( d ) Pengkelasan Item 0.00 0.10 Tidak baik 0.11 0.20 Kurang baik 0.21 0.30 Sederhana baik 0.31 0.40 Baik 0.41 1.00 Sangat baik menggunakan rumus seperti di atas. Hasil pengiraan Indeks Diskriminasi ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan Indeks Diskriminasi dalam Jadual 2, didapati 14 soalan iaitu soalan 1, 4, 5, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 14, 16, 18, 19, dan 20 menunjukkan Indeks Diskriminasi yang sangat baik dan positif iaitu di antara 0.41 hingga 1.00. Berdasarkan aras diskriminasi dalam Jadual 4, sebilangan besar pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul berbanding dengan pelajar berpencapaian rendah. Item-item ujian ini amat sesuai digunakan dan boleh diterima untuk menguji pelajar dalam mata pelajaran ini. Soalan 15 dan 17 menunjukkan Indeks Diskriminasi di antara 0.31 hingga 0.40. berada dalam

Berdasarkan aras diskriminasi pada Jadual 4, item-item ujian ini

pengkelasan baik. ini bermakna soalan atau item ini sesuai dan boleh diterima.

HBEF3203

Zalekha Bt Elie / 660325135610 Edelind Chuat Guchi / 640909135544

Soalan 2 pula menunjukkan Indeks Diskriminasi di antara 0.11 hingga 0.20. Berdasarkan aras diskriminasi dalam Jadual 4, item ini berada dalam pengkelasan kurang baik. Ini bermakna item ini tidak sesuai digunakan dan perlu diubahsuai kerana tidak dapat membezakan pencapaian pelajar cerdas dengan pelajar lambat. Soalan 3, 6, dan 13 menunjukkan Indeks Diskriminasi yang tidak baik dan negatif iaitu di antara 0.00 hingga 0.10. Item-item ujian ini didapati tidak dapat membezakan pencapaian di antara kumpulan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan kumpulan pelajar yang berpencapaian rendah. Item-item ujian ini tidak boleh digunakan atau diterima. 5.0 Kesimpulan

Bermula daripada Jadual Penentuan Ujian, pembinaan item ujian dan hasil daripada analisis setiap item ujian dan berpandukan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi yang telah dibuat, didapati sebilangan besar item-item ini boleh diterima dan dapat digunakan untuk menguji mata pelajaran yang diuji. Walau bagaimanapun, tedapat juga sebilangan kecil item-item ujian ini yang perlu diubahsuai dan tidak boleh diterima langsung kerana terlalu sukar dan tidak dapat dijawab oleh sebilangan pelajar serta tidak dapat membezakan pencapaian di antara pelajar berpencapaian tinggi dengan pelajar berpencapaian rendah. Secara keseluruhannya, Jadual Penentuan Ujian dan pembinaan item ujian akan mempengaruhi Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi setiap item ujian yang dibina. Oleh kerana itu, sebagai guru kita perlu membina JPU dan item ujian bagi setiap item dengan lebih teliti dan mengambilkira semua langkah pembinaan JPU dan item ujian agar penilaian dapat dibuat dengan lebih berkesan lagi. Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 2005). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin yusof, & Kamarudin Jeon. (2006). Star Genius Bahasa Melayu Tahun 4. Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2005). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Norida Tan & Fatimah Azzahra Mat Yunus. (2006). Latih Tubi Total Tatabahasa Tahun 4. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai