Anda di halaman 1dari 2

MENYERONOKKAN Menurut Mok Soon Sang (2002), beliau menyatakan kanak-kanak belajar dalam perasaan seronok boleh mewujudkan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Aplikasikan Seni Dalam Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Misalnya, guru hendak mengajar tentang habitat burung dalam mata pelajaran Sains. Mengikut kaedah pengajaran tradisional, guru hanya menggunakan kapur menulis perkara tentang habitat burung dan menerangkannya sahaja. Kaedah yang berpusatkan guru ini amat membosankan. Dengan mengaplikasikan Seni dalam topik habitat burung, guru boleh memainkan lagu burung, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar atau mewarnakan gambar burung. Dengan ini, murid dapat belajar dalam perasaan selesa dan maklumat yang disampaikan oleh guru mudah difahami akan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, mengaplikasikan Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran lain dapat memberi peluang untuk kanak-kanak belajar dalam suasana yang aktif. Kanak-kanak akan berasa seronok kalau aktiviti pembelajaran melibatkan permainan, perlakuan, deria dan berinteraksi dengan kawan. Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), bermain adalah perkara yang terbaik dan paling disukai oleh kanak-kanak. Bermain memupuk perkembangan menyeluruh dan perlu digabungkan dengan setiap perkara

yang kanak-kanak lakukan. Misalnya aplikasikan Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran Matematik, murid diminta menyusun bentuk-bentuk 3-Dimensi yang dibuat sendiri oleh murid ikut arahan guru dalam tempoh masa yang ditentukan. Kanak-kanak berasa sangat seronok belajar melalui bermain. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan yang aktif dengan objek-objek konkrit. Mereka memerlukan pengalaman yang sebenar dengan benda-benda sebenar seperti eksperimen sains, pembinaan, lukisan, lakonan dan lawatan. Justeru, pepatah Cina ada mengatakan saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya lakukan dan saya faham. Kanak-kanak belajar melalui melakukan sesuatu adalah amat menyeronokkan. Sambung pula, Seni Dalam Pendidikan juga memberi peluang kanak-kanak belajar melalui deria, iaitu dengan melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu. Setiap deria ini merupakan lorong ataupun perantaraan pada otak. Lebih banyak lorong atau perantaraan yang terlibat, maka lebih baik proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran melalui deria menekankan keperluan pelbagai media dan bahan bagi merangsang deria kanak-kanak. Ini telah membuktikan mata pelajaran ini dapat menyediakan suatu suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan juga menggalakkan proses

pembelajaran kanak-kanak melalui bercakap, melihat dan bermain dengan kawan dan lain-lain. Pengajaran rakan sebaya adalah cara pembelajaran yang bermakna dan perlu diberi perhatian oleh sebab mereka boleh belajar melalui peniruan iaitu memerhati orang lain dan meniru apa yang mereka lihat dan dengar, memupuk konsep diri positif serta meningkatkan motivasi kanak-kanak kalau menerima pujian atau peneguhan. Melalui interaksi dengan kawan, kanak-kanak digalakkan melahirkan perasaan. Proses pembelajaran akan menjadi seronok kalau kanakkanak mempunyai interaksi dengan kawan dan melahirkan perasaan. Secara kesimpulan, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar dalam persekitaran yang menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai