Anda di halaman 1dari 16

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 1

UNIT 1
PERATURAN DAN AMALAN KESELAMATAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan peranan amalan lima S dalam aktiviti pengurusan bengkel.
2. Menyenaraikan faktor yang boleh membawa kepada kemalangan dan kecederaan
di bengkel.
3. Melaksanakan kaedah rawatan kecemasan yeng bersesuain dengan jenis
kecederaan.
4. Memilih pemadam api yang bersesuaian dengan jenis kebakaran.

1.1 PENGENALAN
roses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bengkel-bengkel sekolah sangat
menitikberatkan aspek keselamatan. Keselamatan di bengkel-bengkel sekolah meliputi
keselamatan pengguna iaitu pelajar dan guru serta keselamatan peralatan, bahan dan infrastuktur
yang digunakan. Untuk menjamin keselamatan dan menghindari kecelakaan, terdapat beberapa peraturan
yang perlu dipatuhi oleh pelajar dan juga guru-guru semasa menggunakan bengkel kayu, paip dan juga
logam. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut menyebabkan kemungkinan berlakunya
kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian harta benda dan juga boleh membawa kepada kematian.

Sebagai usaha untuk memastikan organisasi bengkel berjalan lancar serta dapat mengurangkan
risiko berlakunya kemalangan, kebanyakan bengkel-bengkel di sekolah, institusi kemahiran dan pusat
pengajian tinggi menerapkan elemen 5S sebagai amalan. Amalan 5S tersebut meliputi:
1. SISIH:
Mengasingkan atau membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan daripada ruangan
atau kawasan kerja.
2. SUSUN:
Menyusun barangan-barangan yang diperlukan dengan teratur supaya mudah untuk
diambil dan digunakan.
3. SAPU:
Membersihkan kawasan tempat kerja, mesin, dan alatan supaya kemas, tiada habuk
dan dapat digunakan pada masa yang lain.
P
K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 2

4. SERAGAM:
Memelihara tahap keselamatan, penjagaan kebersihan, dan susun atur kawasan kerja
pada setiap masa.
5. SENTIASA:
AMAL
Melatih pelajar dan guru mematuhi serta mengamalkan peraturan keselamatan dan
penjagaan kebersihan pada setiap masa.


Rajah 1.0: Amalan 5S



1.2 KECEDERAAN DAN RAWATAN KECEMASAN

Aktiviti-aktiviti pelajar dan guru di bengkel-bengkel sekolah banyak melibatkan penggunaan objek,
peralatan, dan mesin-mesin yang tajam dan merbahaya. Oleh yang demikian risiko berlakunya kecederaan
sentiasa ada terutama sekiranya berlaku kecuaian atau kegagalan dalam mematuhi peraturan-peraturan
yang ditetapkan. Diantara risiko-risiko kecederaan yang banyak berlaku di bengkel-bengkel serta langkah
rawatan kecemasan adalah seperti berikut:

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 3

1. Luka kecil akibat terkena objek tajam
Luka-luka kecil kebiasaannya melibatkan pendarahan yang tidak kritikal tetapi masih memerlukan
rawatan kecemasan untuk mengelakkan risiko berlakunya jangkitan kuman. Kebiasaanya kecederaan
ini berlaku disebabkan:
i. Kecuaian semasa menggunakan alatan tajam seperti pisau dan gergaji.
ii. Terkena selumbar kayu atau besi.
iii. Tidak memakai peralatan perlindungan seperti sarung tangan semasa mengerjakan bahan-
bahan kayu, besi dan paip.



Rajah 1.2 Imej Luka-luka kecil

Kaedah rawatan kecemasan bagi luka-luka kecil adalah seperti berikut:
i. Bersihkan luka dengan menggunakan aliran air bersih (air paip)
ii. keringkan kawasan luka dengan kain bersih
iii. sapukan antiseptik pada luka dengan menggunakan kapas atau kain bersih
iv. balut luka dengan menggunakan kain bersih atau plaster luka
v. dapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital sekiranya pendarahan masih terus berlaku.

( i. )
( ii. ) ( iii. )
( iv. )

Rajah 1.3: Langkah-langkah merawati luka kecil
Sumber: http://firstaid.about.com
2. Melecur
Kecederaan lecur biasanya berlaku akibat sentuhan pada permukaan objek panas atau akibat
terbakar. Terdapat tiga tahap lecur yang boleh dikategorikan mengikut tahap kecederaan pada
bahagian kulit iaitu:
i. Lecur tahap pertama
Hanya melibatkan permukaan paling luar kulit. Biasanya disebabkan terkena air panas,
tersentuh besi yang baru dikimpal dan lain-lain. Permukaan melecur biasanya kelihatan
bewarna merah dan kering

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 4






ii. Lecur tahap kedua
Melibatkan kecederaan pada permukaan kulit dan bahagian epidermis (dibawah permukaan
kulit). Biasanya disebabkan oleh terbakar, terkena letupan dan sebagainya. Permukaan yang
melecur akan kelihatan merah dan mengelembong.



iii. Lecur tahap ketiga
Melibatkan kecederaan pada permukaan kulit, bahagian epidermis (dibawah permukaan kulit)
dan bahagian tisu otot. Permukaan yang melecur akan kelihatan bewarna perang, putih,
kuning, merah, atau hitam. Biasanya disebabkan oleh terkena renjatan elektrik, bahan kimia,
wap panas dan lain-lain. Kecederaan lecur peringkat ketiga perlu segera diberikan rawatan
rapi oleh pegawai perubatan.





Rajah 1.4: Tahap lecur dan bahagian kulit yang terlibat.
K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 5

Kaedah rawatan kecemasan bagi kecederaan lecur tahap pertama adalah seperti berikut:
i. Alirkan dengan aliran air sejuk pada permukaan yang melecur dalam 10-15 minit (untuk
menyejukkan permukaan yang cedera & mengurangkan kesakitan)
ii. tanggalkan barangan kemas dan jam yang berada berhampiran dengan permukaan yang
cedera
iii. balut permukaan yang cedera menggunakan kain bersih
iv. segera dapatkan rawatan lanjut sekiranya mangsa mengalami kecederaan lecur tahap ke-2
dan 3.

Rajah 1.5: Langkah-langkah merawati lecur
Sumber: http://www.iowaclinic.com

Elakkan daripada melakukan perkara-perkara berikut:
i. Menyejukkan permukaan lecur menggunakan ais.
ii. Menyapukan krim atau minyak pada permukaan lecur.
iii. Membalut permukaan lecur dengan terlalu kuat.
iv. Menggunakan kapas atau kain yang berbulu untuk membalut lecur.

3. Kecederaan akibat terkena objek tumpul
Kecederaan seperti ini biasanya mengakibatkan lebam, luka, retak atau patah tulang serta risiko
berlakunya pendarahan dalaman. Berikut adalah punca-punca berlaku kecederaan seperti yang
dinyatakan:
i. Terjatuh.
ii. Ditimpa objek berat (tukul, besi batu dan lain-lain).
iii. Terlanggar atau tersepak permukaan keras.
iv. Penggunaan alatan yang rosak.


Rajah 1.6: Contoh kecederaan akibat terkena objek tumpul

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 6

Kaedah rawatan kecemasan bagi merawat kecederaan yang mengakibatkan lebam adalh seperti
berikut:
i. Sediakan bungkusan yang mengandungi ketulan ais dan dibalut dengan tuala bersih
ii. letakkan bungkusan ais tersebut pada bahagian lebam
iii. tinggikan bahagian yang cedera melebihi aras kepala
Kedua-dua tindakan ini akan meminimakan pengaliran darah ke kawasan yang cedera
seterusnya mengurangkan lebam dan bengkak.

Kaedah rawatan kecemasan bagi merawat retak atau patah tulang
i. Jangan gerakkan bahagian yang dijangka retak atau patah
ii. rawat dan hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka
iii. jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang yang terkeluar
iv. buat tuapan dengan menggunakan objek keras seperti kayu, kertas tebal dan sebagainya
pada bahagian bawah sendi atau tulang yang patah
v. ikat tuapan (jangan ikat terlalu kuat)
vi. dapatkan rawatan lanjut.

i. rawat dan hentikan pendarahan ii. buat tuapan

Rajah 1.7: Langkah-langkah rawatan kecemasan bagi kecederaan retak atau patah tulang

4. Kecederaan luka yang kronik.
luka yang kronik kebiasaannya menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak dan memerlukan
bahagian tersebut dijahit oleh pegawai perubatan. Kecederaan ini mungkin berlaku akibat kecuaian
semasa menggunakan mesin pemotong dan sebagainya.

Rajah 1.8: Contoh kecederaan luka yang kronik.


K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 7

Kaedah rawatan kecemasan bagi merawat luka kronik
i. Tekan pada luka dengan menggunakan kain bersih
ii. sekiranya kain dipenuhi darah jangan gantikan dengan kain lain, sebaliknya tambahkan kain
bersih yang lain
iii. jika tangan atau kaki yang tercedera, tinggikan bahagian luka melebihi paras kepala
iv. sekiranya ada bahagian yang terpotong atau putus, bungkus bahagian tersebut dengan kain
atau plastik bersih, letakkan bersama ketulan ais dan bawa bersama mangsa ke hospital
berhampiran.
v. dapatkan rawatan lanjut


Rajah 1.9: Langkah-langkah rawatan kecemasan bagi kecederaan luka yang kronik
Sumber: http://firstaid.about.com

1.3 PENCEGAHAN KEBAKARAN
Bengkel-bengkel teknikal di sekolah terutamanya bengkel kerja kayu banyak mengandungi bahan-bahan
yang mudah terbakar seperti kayu, papan lapis, bahan kimia pelarut dan sebagainya. Oleh yang demikian,
pengetahuan berkaitan pencegahan kebakaran perlulah dikuasai oleh guru-guru yang terlibat dalam
pengurusan bengkel-bengkel tersebut. Ini bagi membolehkan mereka berkemampuan untuk menghindari
kebakaran daripada berlaku atau bertindak pantas dan tepat sekiranya menghadapi situasi tersebut.

Diantara punca-punca berlakunya kebakaran adalah seperti berikut:

Rajah 1.10: Punca-punca berlakunya kebakaran di bengkel


K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 8

Sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran, pihak pengurusan
perlulah sentiasa memastikan bengkel-bengkel di sekolah dilengkapi dengan peralatan pemadam
kebakaran yang lengkap, berfungsi dan sentiasa diperiksa secara berkala oleh kontraktor dan pihak
bomba. Jenis-jenis alat pemadam api yang biasa ditemui adalah seperti berikut:

Jenis Kebakaran Alat Pemadam Api Cara Penggunaan
Kelas A

Kebakaran melibatkan kayu,
kertas, kain, tilam dan lain-lain
Jenis Air


i. Cabutkan pin keselamatan
ii. halakan muncung penyembur
ke pangkal api
iii. hampiri tempat kebakaran
iv. tekan tuil.
Kelas B

Kebakaran melibatkan cecair,
petrol, minyak, cat dan
sebagainya
Jenih Buih


i. Gongcangkan tabung
ii. tarik dan pusingkan tuil ke
kanan
iii. terbalik kan tabung
iv. halakan muncung ke pangkal
api
v. hampiri tempat kebakaran.
Kelas C

Kebakaran melibatkan
peralatan, kabel, mesin dan
jentera elektrik
Jenis Karbon Dioksida
CO


i. Cabutkan pin keselamatan
ii. halakan muncung penyembur
ke pangkal api
iii. tekan tuil
iv. hampiri tempat kebakaran.

Kelas D

Kebakaran bahan logam
seperti Magnesium, Sodium
dan Potasium
(juga boleh memadam api
kelas A, B dan C
Jenis Serbuk Kering


i. Cabutkan pin keselamatan
ii. halakan muncung penyembur
ke pangkal api
iii. hampiri tempat kebakaran
iv. tekan tuil.

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 9

Prosedur memadam kebakaran menggunakan pemadam api kelas D

Rajah 1.11: Cara menggunakan alat pemadan api serbuk kering
Sumber: http://www.exelgard.com


PETI BANTUAN KECEMASAN
Pada saat-saat kritikal terutamanya semasa berlaku kemalangan atau kecederaan, bantuan kecemasan
perlulah didahulukan sebelum mangsa dirujuk kepada pihak berkuasa atau pegawai perubatan. Untuk
membolehkan bantuan kecemasan diberikan kepada mangsa, adalah menjadi kewajipan bagi bengkel-
bengkel disekolah menyediakan peti bantuan kecemasan yang lengkap serta sentiasa diperiksa dan
dikemaskini. Selain daripada itu guru-guru perlulah mempunyai asas pengetahuan yang lengkap berkaitan
bahan-bahan yang terdapat dalam peti kecemasan serta prosedur penggunaannya.


Rajah 1.12: Peti kecemasan dan kandungan-kandungan asas



K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 10

Secara umumnya peralatan atau bahan-bahan asas yang perlu ada dalam sesebuah peti kecemasan
adalah seperti berikut:

i. Cecair atau losyen anti septik
Cecair antiseptik ini digunakan bertujuan untuk menghapuskan dan mengelakkan kuman daripada
menjangkiti anggota badan yang terluka. Antiseptik biasanya disapukan kepada luka dengan
menggunakan kapas yang telah dinyah kuman atau putik kapas.

Rajah 1.13: Cecair antiseptik

ii. Kain pembalut (telah dinyahkuman), kain kasa dan gunting
Kain pembalut digunakan untuk menghentikan pendarahan dan juga untuk membalut luka. Kain
kasa juga digunakan untuk menghentikan pendarahan yang banyak.

Rajah 1.14: Kain pembalut nyahkuman, kain kasa dan gunting









K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 11

iii. Kain anduh dan kayu tuapan
Kedua-dua bahan ini digunakan bersama sekiranya mangsa patah, retak tulang dan sebagainya.
Kayu tuapan digunakan untuk menyokong bahagian yang patah manakalan kain anduh digunakan
untuk mengikat bahagian yang patah atau tercedera untuk mengurangkan pergerakan pada
bahagian tersebut

Rajah 1.15: Kain anduh dan kayu tuapan.

iv. Pita pelekat
Digunakan untuk melekatkan atau mengikat kain pembalut pada anggota atau permukaan badan
mangsa

Rajah 1.16: Pita pelekat

v. Plaster luka
Digunakan untuk menutupi luka-luka kecil dan mengelakkan luka daripada terdedah ke
persekitaran dan bakteria.

Rajah 1.16: Plaster luka




K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 12

vi. Instant Cold Compress (pek ais segera)
Digunakan untuk menggantikan ketulan-ketulan ais bagi merawat kecederaan seperti lebam,
terkena objek tumpul dan lain-lain. Untuk menggunakannnya tekan permukaan pek sehingga pek
air di dalam pek utama pecah dan permukaan pek utama mulai sejuk.

Rajah 1.17: Instant Cold Compress

vii. Amonia Inhalants
Digunakan untuk dihidu oleh mangsa bagi mengurangkan pening dan menyedarkan mangsa yang
pengsan. Untuk menggunakannya buka pek balutan dan pecahkan kapsul amonia inhalants dan
dekatkan berhampiran hidung mangsa sehingga boleh dihidu olehnya. Alihkan bahan kapsul
tersebut apabila mangsa telah mula sedar.

Rajah 1.18: Ammonia Inhalants











K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 13

RUMUSAN

1. Keselamatan di bengkel-bengkel sekolah meliputi keselamatan pengguna iaitu pelajar dan guru
serta keselamatan peralatan, bahan dan infrastuktur yang digunakan.
2. Sebagai usaha untuk memastikan organisasi bengkel berjalan lancar serta dapat mengurangkan
risiko berlakunya kemalangan, kebanyakan bengkel-bengkel di sekolah, institusi kemahiran dan
pusat pengajian tinggi menerapkan elemen 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa
amal.
3. Aktiviti-aktiviti pelajar dan guru di bengkel-bengkel sekolah banyak melibatkan penggunaan objek,
peralatan, dan mesin-mesin yang tajam dan merbahaya. Oleh yang demikian risiko berlakunya
kecederaan sentiasa ada terutama sekiranya berlaku kecuaian atau kegagalan dalam mematuhi
peraturan-peraturan yang ditetapkan.
4. Antara risiko-risiko kecederaan yang selalu berlaku di bengkel-bengkel adalah seperti luka kecil
akibat terkena objek tajam, melecur, kecederaan akibat terkena objek tumpul dan luka yang kronik.
5. Pengetahuan berkaitan pencegahan kebakaran perlulah dikuasai oleh guru-guru yang terlibat
dalam pengurusan bengkel bagi membolehkan mereka berkemampuan untuk menghindari
kebakaran daripada berlaku atau bertindak pantas dan tepat sekiranya menghadapi situasi
tersebut.
6. Antara punca-punca berlakunya kebakaran di bengkel-bengkel adalah kegagalan menyimpan dan
menguruskan bahan kimia mudah terbakar dengan baik, melakukan kerja kimpalan berhampiran
dengan objek mudah terbakar, dan kerosakan pada kabel atau alatan elektrik.
7. Terdapat empat jenis pemadam api yang digunakan untuk memadamkan kebakaran iaitu jenis air,
buih, gas karbon dioksida dan jenis serbuk kering.
8. Peti bantuan kecemasan yang lengkap serta sentiasa diperiksa dan dikemaskini adalah bahan
wajib yang perlu ada di bengkel-bengkel sekolah, supaya rawatan kecemasan dapat dilakukan
apabila berhadapan dengan situasi kemalangan atau kecederaan.
9. Bahan-bahan penting yang perlu ada dalam peti kecemasan adalah seperti cecair antiseptik, kain
pembalut, kain kasa, gunting, anduh, pita pelekat, plaster luka dan Instant Cold Compress.




K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 14

PETA KONSEP

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 15

LATIHAN KENDIRI
1 Langkah pertolongan cemas berikut harus diambil semasa merawat mangsa yang mengalami luka
dan pendarahan kronik kecuali ___________

A. tekan pada luka dengan menggunakan kain bersih.
B. balut luka dengan kain bersih sekiranya pendarahan telah berhenti.
C. tukarkan kain yang digunakan untuk menutup luka sekiranya telah basah dipenuhi darah.
D. jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau balut bahagian anggota disekeliling
sekeliling objek tersebut tanpa menanggalkannya.

2 Kebakaran yang melibatkan api kelas C, sesuai dipadamkan menggunakan bahan atau alat pemadam
api seperti.
i. air
ii. buih
iii. pasir
iv. serbuk kering
v. gas karbon dioksida

A. i, iv dan v sahaja.
B. i, ii dan iv sahaja.
C. i, iii dan v sahaja.
D. iii, iv dan v sahaja.

3. Nyatakan mengikut turutan, lima (5) kaedah rawatan kecemasan bagi merawat retak atau patah tulang.
a. ____________________________________________________________
b. ____________________________________________________________
c. ____________________________________________________________
d. ____________________________________________________________
e. ____________________________________________________________

4. Nyatakan tiga (3) tujuan rawatan kecemasan diberikan kepada mangsa kemalangan atau kecederaan.
a. ____________________________________________________________
b. ____________________________________________________________
c. ____________________________________________________________

K e r j a K a y u , L o g a m d a n P a i p | 16

5. Terangkan bagaimana amalan 5S dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan dan
kecederaan di bengkel-bengkel sekolah.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai