Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS IFTAR 2016

KOLEJ KEDIAMAN KV PERDAGANGAN JOHOR BAHRU


Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillahhirabbilalamin
Pergi ke pekan membeli gula,
Gula dibeli untuk si dara,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Yang berbahagia, Tuan Haji Nasimin Bin Ngadi
(Yang di Pertua PIBG Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bahru)
Yang Berusaha, Puan Hajah Bechek binti Bachok
(Pengarah Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru)
Yang Dihormati, Puan Lilis binti Firdaus
(Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
Puan Hjh Zarimah binti Darmo
(Ketua Jaminan dan Kualiti)
Cik Nurzaimah Binti Ahmad Fuad
(Ketua Unit Pengurusan Asrama)
Warden-warden,
Serta Aspura dan Aspuri yang dikasihi sekalian.
_________________________________________________________
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya,
dapat kita bersama-sama berkumpul pada malam yang mulia ini.
Buluh diasah jalinan disemat
Gubahan diolah bawa berangkat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat Shamsul Nazri Bin Shamsul Zuhairi

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan


Shamsul Nazri Bin Shamsul Zuhairi untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan
AminaminYa rabbal aalamin
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian
Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya
Tak berguna, jika ada dayung, tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis, jika tiada yang berbicara
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Puan Hajjah Bechek Binti Bachok untuk menyampaikan ucapan beliau
Dengan segala hormatnya dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajjah Bechek Binti Bachok atas
ucapan sebentar tadi
Seterusnya dipersilakan yang dipertua PIBG, Tuan Haji Nasimin Bin
Ngadi untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


atas ucapan sebentar tadi.
Dengan ini, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.
Seandainya ada sebarang kata bicara yang menyinggung rasa,
ribuan ampun jua yang saya pohon.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Daun selasih permainan budak
Bunga melur berbau wangi
Bertaut kasih bercerai tidak
Panjang umur berjumpa lagi
Sekian , wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai