Anda di halaman 1dari 8

Tajuk 1 :

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM


Pemuda adalah harapan setiap bangsa untuk mengembalikan keagungan mereka. Pemuda
Islam perlukan:
Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
Faham dakwah dan cara kerja yang betul
Dakwah kurun ke 15 Hiirah.
Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia
sedang menunggu-nunggu.
Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan Sahabat)
Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85)
Musuh telah cuba merosakkan Islam.
Tugas kita:
Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.(manhaj hidup)
Berjuang terus hingga mati.
Slogan & keyakinan kita :
Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid
cita-cita tertinggi.
Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.
Titik kekuatan:
Iman (8:65)
Ukhuwwah (8:46)
Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb) (8:60)
Program kita:
Individu Muslim
Rumahtangga Muslim
Ummat Islam
Kerajaan Islam
Watan Islam (Tanahair)
Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
Menjadi pemerintah dunia.(Ustaziyyatul-Alam)
Lain-lain
Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak yakin kearah ini
maka sila cari cara & jalan lain.
Kita bukan lemah (3:173)
Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang
lain?
Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria disiangnya.
Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semuanya kerana Iman.
1

Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.


Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan
kita.
Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.(tajarrud)
Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus
berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai.Allah boleh
gantikannya dengan orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta untuk
berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)


Tajuk 2: FIKRAH ISLAM KITA

Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah, yang lengkap yang sempurna, syumul dan
merangkumi seluruh kehidupan mukmin.
Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh
Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah Taala telah menjelaskan dan
menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam al-Quran 5:3.
Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau
mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan
meninggalkan sebahagian yang lain.
Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan kita
bukannya pencipta Dien. Oleh yang demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri
dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita
dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan
menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak
lain hanyalah berdusta terhadap Allah. (Al-anam 6:116)
Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh
Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat
Islam.
Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah bersifat jiddiah di
dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain.
Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam
untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap
rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat
membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Kata Sayyidina Omar ra:
Ikatan Islam akan terungkai apabila lahir dalam Islam orang-orang yang tidak mengenal jahiliyyah.
2

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri
kebajikan itu halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang
ilmu, oleh itu kita perlu berjamaah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang
serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.
Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam,
jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti.
Demi pembangunan, demi kemajuan dan Malam Amal. Dalam hal ini kita hendaklah
mengenegahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegah kepada
masyarakat.
Kita juga mesti mempunyai kesedaran Islam. Ianya bukan sama dengan ilmu Islam.
Dalam usaha memperolehi kesedaran Islam perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih
dalam usaha. Seorang yang mempunyai kesedaran Islam akan mudah terasa dan sensitif
terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.
Untuk itu kita perlu kepada didikan atau tarbiyyah. Tarbiyyah yang boleh melahirkan
syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.
Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah
dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya
dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima dan sebagainya.
Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith
dan juga dari ulama dan mujahid Islam yang mutabar.
Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman atau tidak,
sebagaimana firmannya :
Ertinya : Dan katakanlah: kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu maka barangsiapa yang ingin
(beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang inginkan (kafir) biarlah ia kafir. Sesungguhnya
kami telah menyediakan bagi orng-orang zalim itu neraka ,yang gejoloknya mengepung mereka.
Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak umpamanya pada
majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu kesedaran Islam yang jelas dan bukannya
ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam.
Dalam konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.
Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman/tarbiyyah iman
sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran
sahaja tidak mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di mana sahaja
kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam ....
Islam menjadi darah daging.
Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki
jahiliyyah. Pernah Abu Zarr memanggil Bilal dengan panggilan Ibnu Assauda. Bilal
memberitahu Rasulullah S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa
ia masih ada saki baki jahiliyyah. Abu Zarr meminta dibalas dengan memijak pipinya.
Proses tarbiyyah imaniyyah ,adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mumin


Tajuk 3 : SAYONARA JAHILIYYAH

Seorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang
dikecapinya itu. Tidak terlintas di hatinya ketika melafazkan kalimah dua kalimah
syahadah melainkan ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah
dan kekufuran buat selama-lamanya.
Hakikat ini boleh dirasai daripada hadis Rasulullah s.a.w (yang bermaksud):
Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan rasulNya
lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana
Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam
api. [Riwayat al-Bukhari]
Dua golongan berbeza
Perbezaan antara mukmin dan bukan mukmin banyak ditonjolkan di dalam ayat-ayat Allah,
antaranya ialah (yang bermaksud):
Orang-orang yang kafir serta menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah sia-siakan amalan
mereka. Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan beramal soleh serta beriman dengan apa yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad dan itulah yang hak dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan
dosa-dosa mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Yang demikian itu kerana orang-orang kafir
mengikuti perkara yang batil dan orang-orang yang beriman mengikuti hak dari Tuhan mereka.
Demikianlah Allah membuat kepada manusia contoh perbandingan bagi mereka. [Muhammad: 1-3]
Perbezaan ini bukan sahaja terletak kepada pegangan akidah tetapi juga perbezaan dari
sudut ubudiah, amalan, akhlak, matlamat hidup, persoalan yang menjadi perhatian mereka
dan juga manhaj hidup yang diamalkan oleh mereka.
Meninggalkan jahiliyyah
Justeru itu, setiap mukmin tidak cukup sekadar untuk mengaku bahawa dia beriman
dengan Allah s.w.t dan RasulNya sahaja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk
diri dan kehidupannya dengan manhaj Islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliah
secara total. Ini adalah kerana Islam tidak menerima sebarang percampuran antara
keduanya.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam sepenuhnya dan janganlah
kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. [AlBaqarah 2:208]
Meninggalkan jahiliah ini secara ringkasnya perlu dilaksanakan dengan:
1) Akidah yang sejahtera
Setiap muslim perlu memastikan akidah yang dipegang olehnya adalah benar dan sejahtera
serta bersih daripada sebarang kekurangan mahupun penambahan. Kebersihan akidah
merupakan titik pemisahan utama, antaranya dengan jahiliyyah.
2) Ibadah yang sahih
4

Al-Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan firman Allah s.w.t (yang bermaksud): ...Untuk
menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya [Al-Mulk: 2] berkata: Yang
paling ikhlas dan yang paling betul amalannya.
Dia terus menerangkan: Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak betul, ia
tidak diterima. (Begitu juga) sekiranya ia betul tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, ia juga
tidak diterima, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan betul... Maksud amalan
yang dilakukan dengan ikhlas ialah yang dilakukan kerana Allah dan amalan yang betul
ialah yang dilakukan mengikut Sunnah.
3) Akhlak yang murni
Akhlak merupakan salah satu lambang pemisahan mukmin daripada jahiliyyah. Banyak ayat
Allah dan Hadis yang menggesa mukmin meninggalkan akhlak-akhlak jahiliyyah, antaranya
tabarruj al-jahiliyyah, asobiah jahiliyyah dan lain-lain.
Ini tidak dapat dicapai dengan hanya pembacaan semata-mata tetapi memerlukan kepada
mujahadah dan latihan yang berterusan.
4) Manhaj hidup yang lurus
As Syatibi berkata:
Allah telah menghadkan sesuatu kepada dua perkara: Wahyu iaitu syariat dan Hawa. Tiada
lagi jenis yang ketiga selain daripada kedua-duanya [Al-Muwafaqat: 2/121]
Mukmin hanya mempunyai dua pilihan syariat atau hawa yang menyesatkan. Menjadi
kewajipan-nya untuk hidup di atas manhaj Islam dan syariatnya sahaja.
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang l lurus, maka kamu ikutilah dia dan
janganlah kamu megikuti jalan-jalan yang lain (dari Islam), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan
kamu dari jalan Allah. Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, agar kamu bertakwa. [AlAnam 6:153]
5) Wala yang benar
Allah s.w.t telah menentukan garis sempadan wala mukmin kepada tiga pihak sahaja iaitu:
Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang
mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku (tunduk menjunjung perintah
Allah). [Al-Maidah 5:55]
Allah juga melarang mukmin menyerahkan walanya kepada bukan mukmin: Wahai orangorang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi
orang yang dipercayai... [Ali Imran 3:118]
Dr. Ali Abdul Halim Mahmud [Tarbiah an-Naasyi al-Muslim] memberi beberapa
pengertian wala iaitu:
Al-Qurb (mendekati)
Al-Nusrah (menolong)
Al-Mahabbah (mencintai)
Berasaskan pengertian ini, setiap mukmin perlu berusaha mendekatkan dirinya kepada
Allah, rasulNya dan mukminin, membantu dan mencintai mereka.
Beberapa contoh perlaksanaan wala:
a) Wala kepada Allah
Mentajarrudkan diri kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
5

Allah lebih dicintai olehnya daripada dirinya dan segala-galanya (keluarga, tempat tinggal,
harta benda dsb.)
Merujuk kepada Allah dalam setiap keinginan, tindakan dan diamnya; ketika
berseorangan atau ketika bersama orang lain.
MentaatiNya dan beriltizam dengan syariat yang dibawa oleh RasulNya.
Mengimani bahawa manhajNya adalah satu-satunya manhaj yang benar dan tidak
mungkin ditukar ganti, seterusnya berjuang dan berusaha merealisasikannya dalam
segenap kehidupan.
Meletakkan ghayah matlamat dalam segala usahanya kerana Allah.
b) Wala kepada Rasul
Oleh kerana Rasul s.a.w adalah selaku utusan kepada Allah s.w.t maka walanya
dilaksanakan sama dengan wala kepada Allah.
c) Wala kepada mukminin
Menjadikan akidah sebagai asas ikatan (bukan keturunan, warna kulit, negara,
kepentingan ekonomi, sosial atau politik).
Tiada toleransi dalam masalah akidah dan peraturan hidup antara mukmin dan bukan
mukmin. Toleransi hanya wujud dalam masalah muamalat individu.
Mengambil berat hal ehwal mukminin serta membantu mereka menghadapi
permasalahan mereka dan perancangan musuh Islam.
Mencintai mukminin kerana Allah, selagi mana mereka di dalam ketaatan kepada Allah.
Menyeru maruf dan mencegah mungkar serta meninggalkan majlis di mana maksiat
sedang dilakukan.
Bekerjasama dalam perkara takwa dan kebaikan.
Membantu memperkuatkan sof mukmin di samping berusaha melemah dan
menghapuskan sof jahili.
Sekiranya perkara-perkara ini dapat dilakukan oleh mukmin, terlaksanalah
tuntutan iman yang dipegang olehnya. Jahiliyyah yang berleluasa kini akan
menerima nasib yang sama dengan jahiliyyah 14 kurun yang lalu.

Tajuk 4: DAKWAH KITA ADALAH PENYELAMAT

Kita ditakdirkan hidup di zaman kemerosotan umat. Beban adalah berat. Mesti lakukan
dakwah dalam erti kata yang amat luas.
Kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi kita mahu :
Bebaskan tanahair Islam dan mendirikan daulah & tamaddun Islam.
Kemudian kita mahu membaiki keilmuan masyarakat Islam, mutu kehidupan dan
membuang penyakit dan jenayah.
Cara dakwah kita :
Iman yang mendalam,
Pembentukan yang rapi dan
Kerja yang berterusan.
Wasilah kita ialah semua cara yang syarI
Masalah kita:
6

Terpaksa berdepan dengan masyarakat untuk buat perubahan.


Akan ada orang yang memandang remeh kerja ini dan menganggap tidak mampu
merubah.
Dakwah ini belum dikenali - orang ramai, orang besar dan negara-negara akan
menentang bila mereka tahu.
Tohmahan, fitnah akan terjadi. Penjara, siksaan dan pengusiran mesti berlaku.
Bersedialah ! (2:214)
Kita akan berjaya, kerana:
Kita adalah sebaik-baik dakwah
Keperluan manusia kepada Islam
Kesucian niat kita
Pertolongan Allah (30:47)
Apa yang perlu kita buat sekarang? Perlu segera kita:
Menyahut seruan (8:24)
Mengukuh fikrah dan kesatuan.
Bekerja bersungguh-sungguh
Kita bukan parti politik, bukan badan kebajikan atau persatuan terhad. Kita
adalah roh baru untuk ummat manusia.
Dakwah kita adalah Islam dan politik sebahagian darinya.
Kita bukan golongan penentang tetapi akan menentang sesiapa yang menghalang
kebenaran
.

Tajuk 5: CIRI-CIRI MEREKA YANG MENGHAYATI


DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM
Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah
berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:
1. Terikat dan menurut ajaran Islam.
Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan
dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.
Firman Allah SWT: maksudnya;
...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ... (Al-Ashr 103:3)
Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain
berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.Firman Allah SWT:
Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu
sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?. (Al-Baqarah 2: 44)
2. Mengutamakan kepentingan Islam.
Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;
Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.
Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;
Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka
ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).
7

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;


Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai
musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.
3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.
Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifatsifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang
bermaksud;
Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi
(mulia) jika kamu (benar-benar) beriman. (Ali Imran 3:139)
Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan
menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka
sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Jafar bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua
rombongan itu menjawab: Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.
4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.
Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara
berjamaah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT,
menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja
keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan
negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya;
Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu. (Al-Qashash 28: 35)
Firman Allah SWT lagi: bermaksud;
Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa
dan permusuhan. (Al-Maidah 5: 2)
Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;
Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun.
Sebahagiannya meneguhkan sebhagian yang lain.
Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.
Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).
Hendaklah kamu bersama-sama Jamaah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.

Anda mungkin juga menyukai