Anda di halaman 1dari 1

Jiran Saya

Setiap orang mempunyai jiran. Begitu juga dengan saya. Jiran


saya bernama Lin Jia Hui.
Jia Hui berumur 10 tahun. Jia Hui sekeluarga tinggal di Taman
Kota, Yong Peng. Dia mempunyai dua orang adik. Dia anak sulung
dalam keluarganya.
Bapa Jia Hui bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa
Jia Hui memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu Jia Hui pula
seorang suri rumah tangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.
Pada waktu rehat, saya dan Jia Hui bersama-sama pergi ke
kantin untuk makan. Kami juga suka meminjam buku cerita dari
perpustakaan.
Pada masa lapang, Jia Hui suka membaca buku cerita dan
bermain badminton. Kami selalu bermain badminton di taman. Jia
Hui bercita-cita untuk menjadi seorang guru.
Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang jiran seperti
Jia Hui. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selamalamanya.

Anda mungkin juga menyukai