Anda di halaman 1dari 3

DOKUMENTASI PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAN KELAS

UNIT 3K
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PUSU
TAHUN 2015

Nama Program / Aktiviti : PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS


Masa : FEBRUARI OKTOBER 2015
Tempat : SK SUNGAI PUSU
Anjuran : UNIT HEM ( 3K)
Sasaran : SEMUA MURID SEKOLAH

Objektif Program :
1.Menceriakan kelas
Kelas yang ceria akan meningkatkan mood belajar. Oleh itu, keceriaan kelas
amat penting dalam proses pembelajaran. Minat pelajar harus dicungkil dan
digilap. Jadikan sekolah dan kelas sebagai daya penarik untuk murid dating
dan mereka akan rindu akan sekolah. Keadaan bilik darjah yang cantik akan
menanam sikap sayang akan sekolah. Oleh itu, mereka akan bersama-sama
menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kerana adanya perasaan
SekolahKu RumahKu.
2. Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
3. Memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, berdikari dan menghargai sesama
murid murid sekolah.

Kekuatan Aktiviti :
1. Program berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua warga pendidik.
2. Aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara guru dan murid kerana
memerlukan kerjasama dalam menceriakan kelas masing masing.
3. Mewujudkan suasana yang selesa untuk murid-mudi belajar.
4. 4. Murid murid bersemangat untuk memebersih dan menceriakan kelas.

Penambahbaikan
1. Mengadakan pameran dan ceramah mengenai kebersihan di kalangan muridmurid.
2. Ibu bapa dan guru-guru mesti sentiasa menasihati dan memeberi kesedaran kepada
murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Penutup
Kesimpulannya, pertandingan ini telah berjaya dijalankan dengan lancar dan ia akan
diteruskan pada setiap minggu supaya murid murid dapat melaksanakan aktiviti kebersihan
dengan sepenuhnya. Diharap juga program akan terus diberi sokongan oleh warga SKSP pada
masa masa akan datang.

Disediakan oleh :
___________________________
(NITHIYA TIAGARAJA)
(PENYELARAS KEBERSIHAN DAN KECERAIAN SKSP)

LAMPIRAN GAMBAR KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

Anda mungkin juga menyukai