Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN

KETUA PENGAWAS
SEMPENA
SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ

PADA
29 MEI 2009

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih saudara pengerusi majlis.
Yang berusaha,
Puan Rozita Binti Ahmad

Pengetua SMKCJ

Puan Sofia Nor Binti Molhit

Penolong Kanan

Encik Othman Bin Omar

Penolong Kanan (HEM)

Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash

Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Termizi Bin Mohd Tahir

Penolong Kanan Petang

Yang dihormati,
Ketua-ketua bidang,
Guru-guru Cemerlang,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru,
Kakitangan sekolah,
Dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi


peluang mengungkapkan kata-kata dan menyusun bicara pada hari yang penuh
bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee, tiada kata secantik bahasa, tiada gambar
secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan. Sebagai mewakili lebih daripada 2000
orang pelajar SMKCJ di sini, ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan
Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang pernah mengajar kami,
walaupun di mana jua berada.

Guru Pembina Negara Bangsa itulah tema hari guru yang masih
dikekalkan pada tahun ini. Tidak syak lagi bahawa gurulah yang menjadi arkitek
untuk pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Sejarah perjuangan menuntut
kemerdekaan negara ini dimulakan oleh para guru. Merekalah yang meniup api
kebencian terhadap penjajah sehingga bangkitlah semangat nasionalisme yang
kental dalam kalangan rakyat. Usaha membangunkan rakyat melalui Dasar
Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Negara juga diletakkan di pundak para
guru. Lahirnya pemimpin ternama, pakar bedah, peguam terkenal,

usahawan

terulung, jurutera, angkasawan, dan sesiapa sahaja yang membangunkan negara


ini juga bermula daripada jasa guru. Jelaslah bahawa guru berperanan untuk
membina Negara bangsa.
Guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian,
Ingin saya ungkapkan betapa syukurnya dan bertuahnya kerana berpeluang
menerima didikan di SMK Cheras Jaya ini. Para gurunya amat berdedikasi dan
komited dalam menjalankan tanggungjawab. Para guru juga sanggup berkorban
masa dan tenaga demi kejayaan anak-anak didikannya. Istilah jemu dan keluhan
tidak pernah menerpa ke kuping telinga kami. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan
dan adik-adik sekalian untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Usahlahlah
dihimpunkan segala kesumat di dada walau sekelumit sekali pun. Marilah kita samasama mengucapkan ungkapan keramat Selamat Hari Guru.
Hadirin sekalian,
Kerjaya seorang guru tidak memungkinkan gelaran hartawan apatah lagi
menjadi menjadi jutawan, namun dari segi agama, menjadi guru amat tinggi
darjatnya di sisi Allah S.W.T. Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud,

apabila matinya seseorang anak Adam itu, akan terputuslah ia daripada dunia
melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa
daripada anak-anak yang soleh.

Kepada semua guru, usahlah bersedih

seandainya prestasi kami tidak seberapa dan tingkah laku kami menyesakkan dada.
Sesungguhnya niat yang ikhlas untuk mendidik kami menjadi manusia mendapat
ganjaran yang hebat di sisi-Nya.
Kami sebagai pelajar-pelajar amat menghargai jasa-jasamu para guru. Terima
kasih kerana memarahi kami ketika kami leka diulit mimpi. Terima kasih kerana
menunjuk jalan ketika kami hilang arah tujuan. Terima kasih kerana menjadi
penyelamat ketika kami tidak lagi punya semangat. Terima kasih kerana menjadi
rakan ketika kami sangat memerlukan. Terima kasih kerana masih melemparkan
senyuman ketika kami diamuk kehampaan. Terima kasih untuk segala-galanya. Jauh
di sudut hati kami amat mengharapkan agar para guru terus mencurahkan ilmu
kerana piala hati kami masih kosong dan minda sentiasa meminta untuk dipenuhi
dengan ilmu daripadamu para guru.

Akhirul kalam, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada semua guru. Saya selaku Ketua Pelajar ingin memohon maaf kerana
sambutan hari guru di sekolah ini tidaklah semeriah mana, namun begitu kepada
kami, kecil atau besar sesuatu majlis itu bukanlah kayu pengukur kepada
penghargaan seorang murid kepada gurunya. Sesungguhnya insan yang bergelar
guru ialah insan yang paling mulia di sisi-Nya.

Pohon angsana di hujung desa,


Merimbun sitanjung tepian jambatan,
Guru pembina Negara bangsa,
Semangat dijunjung membina watan.

Semerbak gaharu hingga ke pekan,


Menyapa pepinang di tengah laman,
Selamat Hari Guru kami ucapkan,
Jasamu dikenang sepanjang zaman.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai