Anda di halaman 1dari 28

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

ISI KANDUNGAN
BAB

TAJUK

M/S

BAB 1

PERALATAN & AKSESORI PENDAWAIAN

1-4

BAB 2

AMALAN KESELAMATAN

5-7

BAB 3

AMALAN PENDAWAIAN

8 - 16

BAB 4

PENDAWAIAN LITAR LAMPU

17 - 22

BAB 5

PENDAWAIAN LITAR KUASA

23 27

BAB 6

PENDAWAIAN LITAR KUASA AM

28 - 33

BAB 7

PENDAWAIAN LITAR KUASA & KUASA AM

34 - 40

BAB 8

PENDAWAIAN LITAR LAMPU, KUASA &

41 - 47

KUASA AM
BAB 9

RUMUSAN

48 - 55

BAB 10

PENYELESAIAN BAGI KESILAPAN

56 - 57

BAB 11

RUJUKAN

58

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH


LAUTAN, NAMUN CITA-CITA MENUSIA TIDAK
PERNAH PADAM.
- Hamka.
KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA, BUKAN
KEJAYAAN.
- Mahatma Gandhi.
JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH
TUKUL, MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT
SEPERTI PAKU.
- Maslow.

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


PENAFIAN

Buku panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat
umum mengenai subjek yang dibincangkan. Kandungan buku ini bersesuaian bagi pelajar dan
pendawai yang melakukan kerje-kerja pemasangan pendawaian elektrik 1 fasa. Buku ini
mengandungi gambar-gambar yang menarik, tips penting dan nota ringkas yang berguna dan
sesuai bagi pelajar-pelajar dan pendawai.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab
atas apa-apa risiko, kehilangan, liability, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku
akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak
langsung.

Dengan pembelian buku ini, anda tersekat oleh syarat-syarat di atas.

@Hak Cipta Terpelihara 2014

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

PRAKATA

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi diatas izinNya maka Modul Koleksi Projek:
Pendawaian Elektrik 1 Fasa ini berjaya dihasilkan.
Modul ini adalah digunakan sebagai rujukan bagi pelajar-pelajar Sijil Modular
Kebangsaan Pendawaian Elektrik Domestik, pelajar Sijil Kolej Komuniti dan juga pendawaipendawai. Ianya mengandungi nota ringkas, koleksi projek pendawaian elekrik 1 fasa yang
telah dilakukan oleh pelajar-pelajar terdahulu yang lengkap serta tips-tips berguna yang dapat
menambah pemahaman pelajar yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan. Ianya juga boleh dijadikan rujukan untuk pelajar di masa hadapan.
Terima kasih dan sekalung penghargaan buat tenaga pengajar CIDB, En Md Nasir Bin
Abd Manan, Pengarah KKBP En Sahalani Bin Basar dan pensyarah-pensyarah bagi Sijil
Penyelenggaraan Bangunan di atas pengetahuan dan kemahiran yang dikongsi dan kerjasama
berterusan dalam menyiapkan modul ini.
Sebarang komen dan cadangan adalah dialu-alukan bagi meningkatkan mutu modul
ini di masa hadapan.

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih.

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

BAB 1
PERALATAN TANGAN DAN KEGUNAAN

Pena Ujian untuk mengesan kehadiran arus pada litar


hidup (litar yang disambung pada bekalan)

Pemutar Skru Philips untuk memasang @ membuka skru


philips

Pemutar Skru Flat untuk memasang @ membuka skru


flat

Tukul Pendawaian untuk mengetuk paku di ruang


yang sempit

Kikir Bulat untuk membuat parit dan lurah tanggam

Spring Bender untuk membengkokkan konduit


(membuat sudut pada konduit)

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Gergaji Besi untuk memotong benda yang


keras seperti batang besi

Tali pengukur untuk mengukur yang pendek


dan panjang

L Square untuk mengukur dan memindahkan,


membina garisan lurus pada permukaan & 90
dan menguji kerataan permukaan

Pemotong Kabel untuk melucut dan


memotong wayar atau kabel elektrik

Ragum @ Combination Plier untuk


mencengkam atau memegang objek,
melucut dan memotong wayar atau
kabel elektrik

Pemotong Sesalur untuk


memotong sesalur

Playar Muncung Tirus untuk


memegang objek kecil, memotong dan
membentuk kaki komponen

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

AKSESORI PENDAWAIAN

LAMPU PIJAR

KOTAK FIUS AGIHAN (KFA)

SOKET ALIR KELUAR 15A

LAMPU KALIMANTANG

DOL STARTER

SUIS SATU HALA

SUIS LOCENG

SOKET ALIR KELUAR 13A

SUIS DUA HALA

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

SUIS PERTENGAHAN

SUIS 1 WAY 1 GANG

SUIS 2 WAY 1 GANG

SUIS 1 WAY 2 GANG

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

BAB 2
AMALAN KESELAMATAN
TIGA LANGKAH KESELAMATAN:

2.1

Keselamatan kawasan kerja.

Tentukan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih .


Alat-alat dan perkakas mesti diletakkan di tempat yang betul.
Semua alat dan perkakas elektrik mestilah dalam keadaan baik.

Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik.

Memakai pakaian yang sesuai & kasut keselamatan. Elakkan


memakai barang kemas.
Semua kerja pemasangan seboleh-bolehnya hendaklah dilakukan
dalam keadaan litar terbuka. Cara untuk memutuskan litar ialah
dengan menutup (off) suis utama atau dengan mencabutkan fius
(dalam suis utama dan papan fius agihan).
Membuat kerja pemasangan atau kerja pemulihan semasa litar
hidup adalah tidak digalakkan, kecuali dalam keadaan
kecemasan atau dalam keadaan memerlukan bekalan yang
segera.

Keselamatan semasa membuat pemasangan atau pendawaian.

Setiap pemasangan mestilah mempunyai alat pelindungan litar


seperti fius dan pemutus litar bagi tujuan mengelakkan
berlakunya lebihan beban (beban lampau), lebihan arus dan litar
pintas.
Membuat pendawaian semula sekiranya tempoh ketahanan
pemasangan telah tamat.
Memberi pelindungan mekanikal

10

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

2.2 BAHAYA KEMALANGAN ELEKTRIK

Renjatan elektrik ialah pengaliran arus elektrik yang berlebihan melalui


badan seseorang itu. Dua syarat yang mesti dipenuhi untuk membolehkan
arus melalui seseorang itu ialah :
(i) Ia mestilah menjadi sebahagian daripada litar lengkap (litar tertutup)
bagi pengaliran arus.
(ii) Di dalam litar lengkap itu mesti terdapat daya gerak elektrik atau
beza upaya untuk membolehkan arus mengalir.
Dalam satu keadaan yang biasa, arus minimum yang boleh
mengakibatkan renjatan elektrik dan membawa maut ialah 50mA manakala
voltan minimum ialah 67 volt a.u.

Kadaran arus
1mA 3mA
10mA 15mA
25mA 30mA
50mA

Kesan bahaya
Tidak merbahaya
Boleh menjadi kaku dan rasa kebas
Kaku yang ketara sehingga boleh lumpuh
Denyutan jantung berhenti dan boleh membawa
maut
Jadual 1.1: Anggaran Arus dan Bahayanya.

Perkara-perkara yang menyebabkan renjatan elektrik :(a) Kerosakan alat-alat atau perkakas elektrik
(b) Kelalaian manusia
(i) Kegagalan untuk mematuhi segala peraturan keselamatan semasa
menggunakan alat-alat elektrik.
(ii) Membuat modifikasi (perubahah) pada alat-alat elektrik tanpa
mendapat kebenaran daripada pihak pembuat alat tersebut.
(iii) Kegagalan untuk membaiki alat-alat elektrik yang telah pun
mengakibatkan renjatan yang tidak berapa serius.
(iv) Kegagalan menguji rintangan penebat pada alat-alat elektrik.

11

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Langkah-langkah yang perlu diambil dengan segera apabila


seseorang itu terkena renjatan elektrik :(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Putuskan bekalan (kalau punca bekalan jauh gunakan


penebat untuk menarik manga dari punca bekalan).
Letakkan mangsa pada tempat yang lapang dan
mempunyai peredaran udara yang baik.
Longgarkan pakaian dan keluarkan barang-barang yang
terdapat daripada mangsa tersebut.
Mulakan pemulihan pernafasan sementara.
Dapatkan bantuan dengan segera.

Bahaya renjatan Elektrik

12

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

BAB 3
AMALAN PENDAWAIAN
TATACARA PENDAWAIAN PERMUKAAN
1. Rujuk pada rajah pendawaian. Potong setiap kabel mengikut ukuran yang diberi dan
pilih saiz yang betul.

Contoh Gambarajah Bentangan dengan ukuran

Contoh Gambarajah Pendawaian

TIPS :
Berpandukan ukuran pada rajah bentangan DARAB DENGAN
bilangan kabel dari rajah pendawaian.
Cth: 400mm x 10 kabel (L) =4000mm (sama dengan 4m)

Lakukan pengiraan mengikut pengenalan kabel iaitu Hidup ,


Neutral dan Bumi bagi mengelak kekeliruan.
AWAS!! : Lukisan rajah pendawaian mesti kemas dan tersusun
berpandukan rajah bentangan.

Potong mengikut pengenalan kabel dan lebihkan ukuran 1 2


meter.

13

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


2. Lakar tempat pemasangan kabel pada papan pendawaian dengan menggunakan
kapur dan pembaris.pastikan garisan melintang dan menegak untuk memasang kabel.

Rajah menunjukkan cara lakaran dan hasil lakaran


3. Pasang klip kabel ke papan pendawaian atas garisan lakaran kapur mengikut jarak dari
tempat seperti pada gambarajah litar yang diberi.
TIPS :
Tanda kedudukan klip dengan
kapur pada papan pendawaian
sebelum mendawai.
Jarak antara klip :
Melintang = 5 7 cm
Menegak = 7 10 cm
Simpang = 2 cm dari pusat.
Aksesori = 2 cm dari tapak.
AWAS! : Jarak klip yang terlalu
besar akan memberi hasil
pendawaian yang tidak kemas .

Rajah menunjukkan contoh klip yang siap dipasang dengan kemas.

14

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


4. Pasang kabel pada klip dengan dimulakan dari sebelah kiri atau tengah ( mana-mana
simpang) atau dari sebelah kanan mengikut cara termudah.

Rajah menunjukkan pelajar mula memasang kabeb pada klip dari sebelah kiri simpang.
5. Pegang dan tekan kabel yang telah diklip menggunakan tangan kiri. Lurutkan setiap
kabel dengan menggunakan tangan kanan. Ini bagi meluruskan kabel.

Rajah menunjukkan kaedah melurut kabel dengan menggunakan tukul besi.

15

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


6. Kabel yang bersimpang, pastikan kabel tidak dibengkokkan pada sudut tepat
(pengalir kabel akan patah ). Kabel hendaklah melengkuk dan dianggarkan sesuai
iaitu 15mm jejari, supaya tidak merosakkan penebat.

Rajah menunjukkan kaedah memasang kabel di bahagian simpang pendawaian


7. Setiap penghujung kabel hendaklah ditanda untuk memastikan kedudukan kabel L, N
dan E. Tanda seperti penebat dipotong serong,tanda X dan lain-lain

Rajah menunjukkan kabel dipotong serong sebagai tanda.


TIPS :
Pendawai perlu faham tujuan penandaan kabel.
Antara kaedah menanda lain adalah dengan menggunakan pita
berwarna, memintal dan sebagainya.

16

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


8. Bongkah kayu atau PVK hendaklah dipasang setelah semua pendawaian siap.
Pastikan kabel simpanan diadakan pada setiap penghujung sambungan. Misalnya di
kotak fius agihan, suis ros siling dan seumpamanya.

TIPS :
1. Aksesori yang di pasang dahulu sebelum kabel di klip akan
menyukarkan kerja pemasangan klip seterusnya memberi hasil
pendawaian yang kurang kemas.
2. Lebihan kabel (simpanan)
bertujuanuntukdisambungkepadatamatansuis,
soketdanseumpamanya.
9. Hujung penebat semua kabel dibuang dengan anggaran 20 mm dan pintal hujung
pengalir kabel yang telah dibuang penebatnya menggunakan playar.

Rajah menunjukkan penebat kabel dipotong dan pengalir kabel dipintal.


TIPS :
Memintal kabel tidak perlu berlebihan kerana akan menyebabkan
hujung kabel terputus atau terlalu tebal.

17

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


10. Tentukan kabel yang betul L, N dan E untuk disambungkan ke terminal aksesori dan
ke lubang terminal yang telah ditentukan. Kemudian skru dengan ketat.

AWAS!! : Skru tamatan mesti betul pada pengalir dan bukan pada penebat kerana
pemasangan salah menyebabkan litar tidak berfungsi

11. Tekan dan pusing aksesori itu dengan perlahan ke tapak bongkah kayu atau PVK
sehingga betul-betul rapat dan skru menggunakan pemutar skru.

18

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


12. Pengalir yang terkeluar dari lubang terminal hendaklah dipotong supaya kelihatan
kemas dan selamat.
13. Lakukan kerja-kerja pengujian ke atas pemasangan.
14. Masukkan bekalan arus 240 VAC dan fahamkan cara kerja kendalian litar.
TIPS :
Kabel yang dimatikan padalubang terminal seharusnya tidak terlalu panjang
kerana tapak dan suis akan sukar diskru dan tidak terlalu pendek kerana risiko
tamatan kabel tercabut dari lubang terminal.

Prosedur pengujian litar :


Pengujian Tanpa Bekalan :
o Ujian Mata Kasar Semak litar secara visual dari segi kekemasan
pemasangan, keadaan kabel (tidak luka/sambungan/tamatan), aksesori
dalam keadaan baik dan selamat.
o Ujian Kekutuban Uji dengan multimeter (seperti rajah) setiap kutub bersambung
dengan kutub yang betul.
TIPS (LITAR PENCAHAYAAN) :
Kabel Life (L) perlu melalui suis sebelum kebeban.
Kabel Neutral (N) mesti bersambung hanyapada beban.
Kabel Earth (E) mesti melalui semua suis dan beban.

19

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa


o Ujian Keterusan Uji dengan multimeter untuk litar sama ada litar pergi ke
tamatan yang betul. Terutama litar kuasa (soket) jejari dan gelang.
TIPS KAEDAH (LITAR KUASA) :
1. Kabel N dan E akan dipintas pada soket.
2. Uji pada KFA denganmultimeter N dan E. Keputusan baik bila meter
memberi bacaan.
3. Ulang semula bagi N L dan E L.
4. Langkah ini bagi situasi lokasi antara soket yang jauh.
o Ujian Rintangan Penebatan Uji dengan menggunakan Insulation Tester, untuk
menguji kebocoran arus pada penebat kabel.
TIPS KAEDAH :
1. Matikan bekalan utama.Naikkan MCB & ELCB dan hidupkan suis.
Beban di tanggalkan.
2. Ujipada KFA dengan alat penguji antara kutub bertentangan seperti
E-L, E-N, N-L
PERHATIAN !!
SEMUA UJIAN DIATAS ADALAH TANPA BEKALAN ELEKTRIK SAHAJA
15. Masukkan bekalan arus 240 VAC dan fahamkan cara kerja kendalian litar.

Rajah menunjukkan projek yang telah diuji dan dimasukkan bekalan arus.

20

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

TATACARA PENDAWAIAN KONDUIT PAIP PVK


1. Rujuk pada gambarajah pendawaian dan bentangan. Potong setiap kabel mengikut
ukuran yang diberikan dan pilih saiz kabel yang betul.
2. Lakar tempat pemasangan konduit pada papan pendawaian dengan menggunakan
kapur dan pembaris, pastikan garisan melintang dan menegak untuk pemasangan.
3. Lakukan kerja-kerja pemotongan pada konduit paip mengikut keperluan
pendawaian.
4. Pasang u-klip atau pelana pada papan pendawaian di atas garisan lakaran kapur di
tempat yang sesuai mengikut gambarajah litar.
5. Pasang konduit paip pada u-klip atau pelaja di tempat pendawaian.
6. Pasang kotak fius agihan lengkap dengan MCB, suis utama dan pemutus litar bocor
ke bumi (ELCB).
7. Pasang pengganding, bongkah PVK dan juga bus jantan.
8. Mulakan kerja-kerja menarik kabel ke dalam konduit dan jika perlu gunakan penarik
kabel.
9. Setiap penghujung kabel hendaklah ditanda untuk mempastikan kabel L, N dan E.
Tanda seperti penebat dipotong serong, tanda X dan lain-lain.
10. Hujung penebat semua kabel dibuang dengan anggaran 20mm.
11. Bongkah kayu atau PVK hendaklah dipasang setelah semua kerja pendawaian siap.
12. Pintal hujung pengalir kabel yang telah dibuang penebatnya menggunakan playar.
13. Tentukan kabel yang betul L, N dan E untuk disambungkan ke terminal aksesori dan
ke lubang terminal yang telah ditentukan. Kemudian skrukan dengan ketat.
14. Membuat kerja-kerja penyambungan kabel ke terminal-terminal suis, pemegang
lampu dan kotak fius agihan.
15. Lakukan kerja-kerja pengujian ke atas pemasangan.
16. Masukkan bekalan 240 VAC dan fahamkan cara kerja serta kendalian litar.

21

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

BAB 4
PENDAWAIAN LITAR LAMPU
PROJEK 1
Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 2 lampu yang dikawal oleh 1 suis 1
kutub sehala (Tempoh Amali : 3 Jam)

Gambarajah Bentangan Projek 1

Gambarajah Skematik Projek 1

Gambarajah Pendawaian Projek 1

22

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Hasil Pelajar Projek 1

PROJEK 2
Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 2 lampu yang dikawal oleh 2 suis 2
hala dan suis perantaraan dan kotak fius agihan (KFA). (Tempoh Amali : 3 Jam)

Gambarajah Bentangan Projek 2

Gambarajah Skematik Projek 2

23

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Gambarajah Pendawaian Projek 2

Hasil Pelajar Projek 2

24

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

PROJEK 3
Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 4 lampu, 1 kipas siling, 1 suis 2 kutub
1 hala, 2 suis 2 hala, 1 suis perantaraan dan pendawaian permukaan kotak kawalan pengguna
kepada litar kecil akhir. (Tempoh Amali : 4 Jam)

Gambarajah Bentangan Projek 3

Gambarajah Skematik Projek 3

Gambarajah Pendawaian Projek 3

25

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Hasil Pelajar Projek 3

PROJEK 4
Tajuk : Pendawaian untuk litar lampu yang mengandungi 4 lampu, 1 suis 1 hala, 2 suis 2 hala,
1 suis perantaraan dan pendawaian permukaan kotak kawalan pengguna kepada litar kecil
akhir. (Tempoh Amali : 4 Jam)

Gambarajah Bentangan Projek 4

Gambarajah Skematik Projek 4

26

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

Gambarajah Pendawaian Projek 4

Hasil Pelajar Projek 4

*** Untuk nota selanjutnya, anda dikehendaki untuk membeli


atau menghubungi penulis di Kolej Komuniti Bandar Penawar.

27

Koleksi Projek : Pendawaian Elektrik 1 Fasa

28

Anda mungkin juga menyukai