Anda di halaman 1dari 2

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAYI

TABUNG UJI?
Secara kasar ia bermaksud persenyawaan dalam tabung uji. IVF
memerlukan persenyawaan telur dan sperma dalam tabung uji di makmal
dalam persekitaran terkawal.
Sebelum sesuatu kaedah dilakukan, wanita diperiksa tahap kesihatannya
terlebih dulu dan kemudian diberi suntikan hormon bagi membantu dia
mengeluarkan lebih banyak telur bermutu. Sperma juga perlu dipilih bagi
memastikan ia benar-benar bermutu dan boleh disenyawakan.
Persenyawaan dilakukan di makmal dan keadaan persekitaran perlu sesuai.
Apabila persenyawaan berjaya dilakukan, dalam tempoh 48 jam embrio akan
dimasukkan ke dalam rahim dan perkembangan seterusnya akan sentiasa
diperhatikan melalui teknik ultrabunyi dan ujian air kencing untuk
memastikan wanita itu mengandung atau tidak, katanya.
Lazimnya, hanya satu atau dua embrio dipilih. Embrio selebihnya pula
disejukbekukan dan boleh digunakan untuk cubaan pada masa depan.

Terdapat dua kaedah persenyawaan yang boleh dilakukan bagi mengatasi


masalah ketidaksuburan dan kesukaran pasangan mendapatkan zuriat.
Dalam kaedah IVF, setiap telur ditaburkan dengan 100,000 sperma. Bagi
kaedah suntikan sperma intrasitoplasmik atau ICSI (jika sampel sperma
kurang baik), satu sperma yang sihat disedut dengan jarum berlubang dan
disuntik ke dalam telur).
Mikroskop khas serta alat robotik diperlukan untuk melakukan proses ini.
Embrio dimasukkan ke dalam inkubator dengan tahap karbon dioksida, suhu
dan kelembapan sama seperti di dalam tiub fallopio.
2)
http://www.hmetro.com.my/articles/Persenyawaantelur_spermadalamtabunguji/Artic
le

Ketidaksuburan di kalangan lelaki berlaku mungkin disebabkan urat yang


timbul pada bahagian zakar, keturunan, jangkitan, kecelaruan sistem imun
badan dan jenis pekerjaan.
Sementara itu, ketidaksuburan wanita pula berpunca daripada masalah
ovari yang menghalang telur keluar, tiub fallopio tersumbat dan masalah
implantasi, PCOS, jangkitan kuman, keadaan rahim yang tidak normal, fibroid
dan endometriosis iaitu kehadiran tisu dinding rahim yang tumbuh di luar
rahim. Ia boleh tumbuh di bahagian lain seperti usus, pundi najis, pundi dan
salur kencing serta di luar kawasan pelvik,

2)
http://www.hmetro.com.my/articles/Persenyawaantelur_spermadalamtabunguji/Artic
le

Anda mungkin juga menyukai