Anda di halaman 1dari 3

JURNAL HARIAN (HARI PERTAMA)

Nama saya Nur Farah Farhanie Bt Zolkafli, mengambil jurusan Pendidikan Awal
Kanak-kanak di Kolej Poly Tech-Mara, Kota Bharu. Pada minggu kelima, saya ditugaskan
untuk membuat kerja lapangan bersama dua orang rakan sekelas di Tabika Perpaduan Tmn
Tanjung Chat, Kota Bharu selama 2 hari. Tabika tersebut mempunyai 28 orang kanak-kanak,
bersamaan 10 orang kanak-kanak lelaki dan 18 orang kanak-kanak perempuan.
Pada hari pertama, Rabu bersamaan 24 ogos 2016, saya bertolak ke tabika pada
pukul 7.00 pagi dengan menaiki kereta bersama dengan rakan sepraktikum. Saya tiba di
Tabika pada pukul 7.30 pagi dan mendaftarkan diri serta menyerahkan surat kebenaran
untuk melakukan kerja lapangan di tabika tersebut. Saya diterangkan tentang beberapa
perkara berkaitan tabika tersebut seperti jadual harian, latar belakang murid dan peraturanperaturan di tabika tersebut.
Pada pukul 8.00 pagi, saya menyambut kehadiran kanak-kanak, dan menjemput
mereka masuk ke dalam tabika. Saya memperkenalkan diri kepada kanak-kanak di tabika
tersebut dan menjemput mereka untuk minum pagi di dapur. Pada pukul 8.30 pagi, setelah
selesai minum pagi, saya mengambil perhatian kanak-kanak dengan menyuruh mereka
menari teko cantik bersama saya dan rakan sepraktikum.
Pada pukul 9.00 pagi, saya memulakan pengajaran sains tentang masam, manis,
masin dan pahit. Saya memperkenalkan bahan-bahan yang berkaitan masam, manis, masin
dan pahit dan menunjukkan tayangan tentang aktiviti yang akan dilakukan bersama dengan
kanak-kanak tersebut. Pada pukul 9.30 pagi, saya memulakan aktiviti tentang masam,
manis, masin dan pahit bersama kanak-kanak tersebut.
Pada pukul 10.15 pagi, saya menyuruh mereka beratur dan bergerak ke ruang
makan untuk makan pagi. Guru di tabika tersebut mengajak saya dan rakan sepraktikum
untuk makan pagi bersama kanak-kanak tersebut. Setelah selesai makan pagi, kira-kira
pada pukul 10.45 pagi, saya membiarkan kanak-kanak tersebut untuk bermain permainanpermainan yang disediakan di tabika tersebut sementara menunggu saya dan rakan
sepraktikum selesai makan pagi.
Pada pukul 11.00 pagi, sebelum saya meneruskan pengajaran saya, saya menyuruh
kanak-kanak untuk menari teko cantik bersama saya dan rakan sepraktikum untuk menarik
perhatian mereka meneruskan aktiviti yang seterusnya. Pada pukul 11.15 pagi, saya
meneruskan aktiviti mewarna bendera Malaysia sempena menyambut hari kemerdekaan
pada 31 ogos 2016. Kanak-kanak yang mewarna bendera paling cantik akan diberikan
hadiah dan hasil karya mereka akan ditampal di ruang dinding yang disediakan.

Pada pukul 11.45 pagi, kanak-kanak dikendaki beratur di luar kelas. Seorang
daripada kanak-kanak dipilih untuk mengetuai bacaan ikrar bersama rakan-rakannya. Pada
pukul 12.00 tengahari, kanak-kanak bersalaman dengan guru dan dibenarkan pulang ke
rumah masing-masing.

JURNAL HARIAN (HARI KEDUA)


Pada hari kedua, Khamis bersamaan 25 ogos 2016. Saya bertolak ke tabika pada
pukul 7.00 pagi dengan menaiki kereta dan mengambil masa 45 minit kerana kesesakan
lalulintas dan tiba di tabika pada pukul 7.45 pagi. Saya menerangkan sebab kelewatan saya
ke tadika kepada guru yang bertugas pada hari tersebut.
Sementara menunggu ketibaan kanak-kanak, saya dan rakan sepraktikum meminta
kebenaran untuk menggunakan dapur bagi menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti subjek
nutrisi yang akan dilakukan bersama kanak-kanak tersebut. Seperti kebiasaan, kanak-kanak
tiba pada pukul 8.00 pagi dan minum pagi di ruang makan. Pada pukul 8.30 pagi, saya
memulakan pengajaran subjek nutrisi dengan menerangkan tentang piramid makanan.
Pada pukul 9.00 pagi, saya memperkenalkan bahan-bahan yang akan digunakan
untuk aktiviti membuat sandwic telur dan sayuran bagi subjek nutrisi kepada kanak-kanak.
Pada pukul 9.15 pagi, saya memulakan aktiviti tentang subjek nutrisi bersama kanak-kanak
tersebut. Terdapat sesetengah kanak-kanak yang berjaya membuat sandwic tersebut
dengan kreatif dan terdapat beberapa orang kanak-kanak yang tidak mampu membuat
sandwic dengan baik.
Pada pukul 9.30 pagi, saya membiarkan kanak-kanak untuk makan sandwic yang
telah mereka siapkan. Sementara itu, saya mengimbas kembali tentang piramid makanan
dan bersoal jawab tentang piramid makanan tersebut kepada kanak-kanak. Pada pukul
10.00 pagi, saya mengarahkan kanak-kanak beratur dan bergerak ke ruang makan untuk
makan pagi.
Pada pukul 10.30 pagi, setelah selesai kanak-kanak makan pagi, saya menyuruh
kanak-kanak untuk berkumpul didalam kelas untuk melakukan aktiviti yang seterusnya iaitu
musical chair dan music box. Pada pukul 11.00 pagi, bermula aktiviti musical chair dan
setengah jam kemudian, pada pukul 11.30 pagi, bertukar kepada aktiviti music box untuk
mengelakkan kanak-kanak merasa bosan dengan melakukan aktiviti yang sama.
Pada pukul 12.00 tengahari, kanak-kanak diminta untuk berkumpul dan bacaan ikrar.
Setelah selesai bacaan ikrar, kanak-kanak bersalaman dengan guru dan dibenarkan pulang
ke rumah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai