Abstrak
Artikel ini membincangkan pengertian motivasi, peranan motivasi dalam tingkahlaku manusia
serta keperluan dan matlamat yang mendorong tingkahlaku seseorang manusia. Data dalam
artikel ini dikumpul menerusi metode dokumentasi. Seseorang manusia bertingkahlaku didorong
untuk memenuhi kehendak dan keperluan yang lahir pada diri. Dorongan-dorongan tersebut
adalah pertama; keperluan dan matlamat agama. Kedua; keperluan dan matlamat biologi
seperti dorongan naluri serta pengekalan kestabilan diri. Ketiga; keperluan dan matlamat
psikososial seperti pemberian insentif, kepuasan dalaman, mendapat apa yang dijangkakan dan
persekitaran. Keempat; keperluan dan matlamat biopsikososial yang mengadunkan keperluan
biologi dan psikososial. Proses motivasi yang dilaksanakan perlu berupaya mewujudkan rasa
keperluan terhadap matlamat-matlamat tersebut dalam diri seseorang manusia. Pelaksanaan
proses motivasi perlu memberi tunjuk arah kepada seseorang manusia tentang kaedah ke arah
mencapai matlamat dengan betul dan tepat seterusnya diikuti dengan proses bimbingan bagi
memastikan seseorang itu dapat kekal iltizam dalam tingkahlaku dilakukan.
Kata kunci : Motivasi, Keperluan dan Matlamat Manusia, Dorongan Tingkahlaku Manusia
1.0 PENGENALAN
Tingkahlaku manusia tidak berlaku secara kebetulan tetapi digerakkan, didorong atau
dimotivasikan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran daripada diri seseorang manusia. Dorongan
tingkah laku manusia yang cemerlang banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti aspek
kerohanian dan keagamaan serta faktor luaran iaitu persekitaran dan komunikasi yang berkesan
(Ahmad Zabidi Razak, 2006). Motivasi yang tinggi dalam budaya kerja atau budaya organisasi
sangat berperanan membantu peningkatan tingkahlaku seseorang pekerja di sesebuah organisasi
(Ida Ayu Brahmasari & Agus Suprayetno, 2008). Kajian lepas mendapati bahawa matlamat
kepuasan kerja dapat menggerakkan motivasi pekerja supaya melibatkan dirinya secara aktif
dalam pekerjaan dan menjadi pekerja yang cemerlang dan terus menunjukkan komitmen yang
tinggi terhadap organisasi (Noorhafeza Herliani Adey & Ferlis Hj. Bahari, 2010). Oleh itu,
artikel ini membincangkan berkaitan peranan motivasi terhadap tingkahlaku manusia dalam
kehidupan sehariannya.
2.0 PENGERTIAN MOTIVASI
Motivasi berasal daripada perkataan Latin movere iaitu to move. Kamus Dewan mendefinisikan
motivasi sebagai keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang
15
mendorong untuk berusaha melakukan sesuatu tujuan bagi mencapai kejayaan (Kamus Dewan,
1991). Motivasi didefinisikan juga sebagai keadaan dalaman yang menggerakkan dan memberi
arah kepada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. Ia merupakan keadaan yang menggerak dan
mengawal tingkah laku ke arah pencapaian sesuatu matlamat (Marof Redzuan & Haslinda,
2002). Motivasi boleh difahami sebagai suatu usaha gerakan tindakan atau tingkahlaku seseorang
yang berorientasi kepada sesuatu matlamat yang disasarkan.
Keperluan
Tercapai
(Rasa Kepuasan)
Keperluan
Tingkahlaku
Matlamat
16
Pencapaian sesuatu matlamat yang disasarkan oleh seseorang manusia merupakan titik noktah
kepada suatu kitaran motivasi sekaligus berupaya meletakkan individu itu berada dalam perasaan
puas hati. Sebaliknya, jika sesuatu matlamat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu
terus akan berusaha bertindak sehingga dapat mencapai matlamat yang telah disasarkan.
akan merasa puas apabila usahanya untuk mendapatkan ubat yang boleh menyembuhkan
penyakit yang dialami anaknya tercapai sebaliknya akan terus berusaha mencari ubat yang lain
sekiranya matlamat untuk menyembuhkan penyakit anaknya belum berhasil (Ma`rof Redzuan &
Haslinda Abdullah, 2002). Seseorang manusia boleh bertindak kerana dorongan naluri yang
miliki.
4.2.2 Mengekalkan Kestabilan Diri
Mengekalkan kestabilan diri juga merupakan antara matlamat yang mendorong tingkahlaku
seseorang manusia. Manusia berusaha untuk mengurangkan dorongan-dorongan wujud yang
dialaminya. Kewujudan dorongan berpunca apabila berlaku sesuatu kekurangan pada diri
seseorang. Proses pengurangan dorongan ini tertumpu kepada mekanisme-mekanisme motivasi
dalaman. Teori pengurangan dorongan dalam motivasi menjelaskan bahawa seseorang manusia
mempunyai motivasi untuk mengurangkan dorongan mekanisme dalaman yang dialaminya
(Mahmood Nazar Mohamed, 1992)
Dorongan yang dialami dalam diri menjadi kurang apabila sesuatu kehendak itu telah dapat
dipenuhi (Ma`rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2002). Seseorang yang lapar akan berusaha
memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan makanan. Dorongan untuk mendapatkan makanan
akan meningkat selagi makanan yang dicari belum ditemui untuk mengurangkan dorongan
kelaparannya. Rasa kepuasan akan dialami apabila makanan telah diperolehi dan rasa lapar yang
dialami telah dipenuhi. Ini bermakna dorongan untuk mencapai matlamat mengekalkan
kestabilan diri telah dapat dikurangkan kerana kehendak untuk makan telah dapat dipenuhi. Diri
merasa puas hati apabila segala kekurangan dalam keperluannya telah dapat dipenuhi. Manusia
akan terdorong untuk memenuhi matlamat biologi iaitu bagi memenuhi keperluan naluri dan
mengekalkan kestabilan diri. Tingkahlaku atau tindakan seseorang manusia termotivasi dengan
kedua keperluan biologi tersebut.
kawan akan duduk dan menikmati juadah yang disediakan dalam sesebuah majlis, sebaliknya
seseorang yang mempunyai ramai kawan akan menggunakan kesempatan untuk berbual dengan
kawan-kawan lamanya tanpa mengendahkan juadah yang terhidang kerana aktiviti berbual
dengan kawan lama lebih penting baginya pada waktu itu. Justeru, pemilihan dilakukan oleh
seseorang manusia berdasarkan tarikan insentif sedia ada dan keperluan pada masa itu. Dalam
masa yang sama, sesuatu perkara atau peristiwa yang pernah menyakitkan seseorang itu pada
masa lalu adalah insentif negatif yang pasti dijauhi oleh seseorang (Ma`rof Redzuan & Haslinda
Abdullah, 2002).
Teori peneguhan dalam motivasi menjelaskan bahawa kebanyakan tingkahlaku manusia boleh
dibentuk melalui peneguhan positif atau negatif. Motivasi tidak hanya tertakluk kepada faktor
berupaya melakukan sesuatu tindakan dengan baik dan berkesan tetapi turut melibatkan faktor
peneguhan seperti pemberian ganjaran selepas sesuatu usaha yang baik serta produktif
dilaksanakan. Ganjaran merupakan salah satu bentuk insentif bagi perlaksanaan sesuatu
tingkahlaku. Jika seseorang berpuashati mendapat ganjaran selepas sesuatu kerja dilakukan
dengan jujur dan sempurna, maka lazimnya ia akan bermotivasi untuk melakukannya lagi bagi
mendapatkan ganjaran tersebut.
4.3.2 Mencapai Kepuasan Dalaman
Teori kognitif dalam motivasi memisahkan antara motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Motivasi
intrinsik mendorong seseorang manusia melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kepuasan
dalaman hasil perlaksanaan aktiviti tersebut manakala motivasi ekstrinsik memberi dorongan
seseorang manusia melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kepuasan luaran seperti ganjaran.
Kajian dilakukan mendapati seseorang manusia akan bekerja lebih kuat, rajin dan tekun serta
menghasilkan kualiti yang baik apabila motivasi tugas tersebut adalah dorongan intrinsik
berbanding ekstrinsik (Asmawati Desa, 2002). Seseorang yang terdorong melaksanakan sesuatu
tindakan disebabkan motivasi intrinsik akan merasai kepuasan dalaman setelah dapat
menyempurnakannya atau merasai kepuasan hati hasil perlaksanaannya.
4.3.3 Mencapai Jangkaan Yang Diharapkan
Seseorang manusia terdorong melakukan sesuatu tindakan apabila melihat sesuatu yang
dijangkakan itu dapat dicapai. Fenomena ini dijelaskan dalam motivasi melalui teori pencapaian
oleh McClelland. Berdasarkan teori ini, seseorang manusia bermotivasi melakukan sesuatu jika
merasakan sesuatu matlamat yang diharapkan dapat dicapai. Sebaliknya jika pada jangkaannya
sesuatu hasil tidak dapat dicapai maka ia akan mengelakkannya. Seseorang itu akan merasa
kepuasan apabila sesuatu yang diharapkan akan dapat dicapai (David C. McClelland et.al,1953).
Rasa kepuasan turut dirasai apabila seseorang itu mendapat sesuatu yang diharapkan atau apabila
sesuatu jangkaan yang diandaikan menjadi kenyataan. Teori Victor Vroom dalam teori
pengharapannya atau espectancy theory menyatakan bahawa tingkahlaku seseorang adalah
gambaran keputusan yang diambilnya. Terdapat tiga faktor yang menentukan sejauh mana
seseorang itu sanggup berusaha melakukan sesuatu tugas iaitu pengharapan, prestasi dan hasil
(Mohd Dahlan et.al, 2000). Seseorang individu akan membuat keputusan untuk melangsungkan
perkahwinan jika keadaan itu pada jangkaannya akan membawa kebaikan sebaliknya jika tidak
maka keputusannya untuk meneruskan perkahwinan tersebut akan dibatalkannya.
19
Demikianlah mengikut teori ini, seseorang manusia mempunyai harapan dan ramalan berkenaan
apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kebiasaannya segala keputusan yang diambil oleh
seseorang adalah berdasarkan apa yang diharap dan diramalkan akan berlaku hasil keputusan
yang diambilnya. Apabila sesuatu tugas yang telah terlaksana itu memberi banyak kebaikan, rasa
kepuasannya akan meningkat sebaliknya sekiranya tugas tersebut tidak banyak membawa
kebaikan, rasa ketidakpuasan akan meningkat. Seseorang manusia bertindak atau bertingkahlaku
kerana wujudnya dorongan pemberian insentif, kepuasan dalaman dan yakin mendapat sesuatu
yang dijangkakan.
4.3.4 Persekitaran
Dr. Achmad Mubarok dalam bukunya Psikologi Dakwah menambah faktor persekitaran
merupakan antara faktor yang turut menggerakkan tingkahlaku manusia seseorang manusia.
Objek yang melingkungi seseorang manusia seperti aspek ekologi, arkitektur, keadaan waktu
serta faktor sosial dan psikososial seperti kedudukan dalam masyarakat, tahap pendidikan serta
fahaman politik adalah unsur persekitaran yang turut menyumbang terhadap tingkahlaku
seseorang manusia (Achmad Mubarok, 1999). Persekitaran turut mendorong sesuatu tindakan
serta tingkahlaku seseorang manusia bagi menyesuaikan diri dalam lingkungan persekiran
sekitar.
20
Keperluan
Penghargaan
Diri
Keperluan
Keperluan Jaminan
Keselamatan
Keperluan Stimulasi
Keperluan Biologi
Keperluan Fisiologi
Menurut Maslow, manusia akan berusaha untuk memenuhi lima keperluan diri iaitu keperluan
fisiologi, keselamatan, sosial, estim dan kasih sayang serta realisasi diri. Kegagalan seseorang
dalam memenuhi keperluan-keperluan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu merasa tidak
selesa dan terus berusaha untuk memenuhinya. Kemuncak kepada keperluan diri seseorang
manusia ialah realisasi diri iaitu seseorang itu berkeinginan menjadi sebagaimana yang
diidamkan. Seandainya seseorang itu gagal memenuhi keperluan ini, dia akan menderita
sebaliknya apabila seseorang itu dapat memenuhi keperluan tersebut, dia akan berasa hidupnya
betul-betul bermakna dan merasa puas (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2002).
Menurut Maslow, terdapat dua motif yang mendorong seseorang manusia untuk mencari makna
hidup iaitu motif kekurangan dan motif pertumbuhan. Motif kekurangan ialah dorongan manusia
bagi mendapatkan sesuatu yang diperlukan iaitu mendapatkan sesuatu yang tidak ada pada
dirinya. Seseorang yang bersedih dan bersendirian memerlukan orang lain untuk membantu
menghilangkan kesunyian hidupnya. Konsep ini sama dengan keadaan seseorang yang
kekurangan makanan atau minuman yang akan berusaha mengurangkan keperluan tersebut.
Motif pertumbuhan merupakan dorongan untuk mendapatkan sesuatu yang berguna dan
bermakna dan tidak didasarkan kepada keperluan. Seseorang akan belajar bersungguh-sungguh
kerana didorong oleh rasa untuk memperolehi ilmu pengetahuan bagi membantu anggota
21
5.0 KESIMPULAN
Seseorang manusia sentiasa berusaha melakukan tindakan serta tingkahlaku untuk memenuhi
segala matlamat kehendak dan keperluan yang lahir pada diri. Ahli psikologi telah
mengemukakan pelbagai teori berkaitan keperluan dan matlamat diri manusia yang berupaya
mendorong atau memotivasikan seseorang untuk bertindak atau bertingkahlaku.
Aspek-aspek yang berperanan memotivasikan tindakan serta tingkahlaku seseorang manusia
iaitu pertama; aspek keperluan dan matlamat agama. Kedua; aspek keperluan dan matlamat
biologi seperti dorongan naluri serta pengekalan kestabilan diri. Ketiga; keperluan dan matlamat
psikososial seperti pemberian insentif, kepuasan dalaman serta mendapat apa yang dijangkakan
serta persekitaran yang melingkungi diri. Keempat; keperluan dan matlamat biopsikososial yang
mengadunkan keperluan biologi dan psikososial seseorang manusia sangat perlu dititikberatkan
dan diberi perhatian.
Proses motivasi perlu menitikberatkan aspek dorongan bagi mewujudkan rasa keperluan dalam
diri seseorang manusia. Keperluan yang wujud berupaya menunjukkan seseorang manusia
kepada suatu matlamat yang perlu disasarkan. Pelaksanaan suatu proses motivasi perlu menunjuk
arah kepada suatu matlamat yang betul dan tepat kepada seseorang manusia. Matlamat yang
betul dan tepat akan melahirkan tindakan yang benar dan jauh daripada kebatilan atau kesalahan.
Suatu proses motivasi turut perlu diikuti dengan proses membimbing tingkahlaku seseorang
manusia menerusi tindakan susulan bagi menjamin tindakan yang betul dilaksanakan.
Pelaksanaan proses bimbingan ini dapat memberi manfaat apabila segala cabaran dan masalah
yang dihadapi seseorang dapat dikenalpasti kerana cabaran dan halangan tersebut merupakan
satu halangan utama dalam menjamin tercapainya sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Matlamat suatu proses motivasi bertujuan memastikan seseorang itu dapat iltizam dengan
tingkahlaku sehingga dapat merasai perasaan kepuasan iaitu keadaan kelegaan yang tinggi pada
diri seseorang manusia yang akhirnya mewujudkan sifat iltizam dan istiqamah dengan
tingkahlaku positif yang diharapkan.
6.0 RUJUKAN
Achmad Mubarok (1999), Psikologi Dakwah, Jakarta:Pustaka Firdaus.
Asmawati Desa (2002), Psikologi Untuk Golongan Profesional, Malaysia: McGraw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
22
Azlina Abu Bakar @ Mohd (2002), Psikologi Personaliti Individu, Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Bernard Weiner (1992), Human Motivation: Metaphors, Theories And Research, U.S.A.: Sage
Publications, Inc.
Charles S. Carver & Michael F. Scheier (2003), Three Human Strengths, A Psychology Of
Human Strengths: Fundamental Questions And Future, USA.: American Psychology
Association.
David C. McClelland, John W. Atkinson, Russel A. Clark & Edgar L. Lowell (1953), The
Achievement Motive, U.S.A.: Appleton Century Crofts, Inc.
Fillmore H. Sanford (1965), Psychology:A Scientific Study Of Man, c. 2, U.S.A.: Wadsworth
Publishing Company.
Kamus Dewan (1991), c.2. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karen Huffman et. al (1994), Psychology In Action, c. 3, U.S.A.: John Wiley & Sons, Inc.
M.G.Husain (editor) (1997), Psychology And Society In Islamic Perspective, Human Motivation
In Islamic Perspective, Kuala Lumpur: S. Abdul Majid.
Ma`rof Redzuan & Haslinda Abdullah (2002), Psikologi, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.
Ma`rof Redzuan (2001), Psikologi Sosial, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed (1992), Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
Dan Tingkah Laku Manusia, c. 2, K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Dahlan Hj. A. Malek, Beddu Salam Baco & Chua Bee Seok (2000), Teori-teori Motivasi
Dalam Psikologi Industri Dan Organisasi, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
23