Anda di halaman 1dari 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340662069

PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA

Article · April 2015

CITATION READS
1 11,942

2 authors:

Mariam Abd Majid Zanariah Dimon


International Islamic University College Selangor International Islamic University College Selangor
82 PUBLICATIONS   61 CITATIONS    9 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Model Psikologi Komunikasi Isteri Bermadu Mengurus Konflik Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam View project

Pelaksaan Pengajaran Terhadap Golongan Mualaf : Kajian Di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) View project

All content following this page was uploaded by Mariam Abd Majid on 16 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERANAN MOTIVASI TERHADAP PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU MANUSIA

Mariam binti Abdul Majid


Zanariah binti Dimon

Abstrak

Artikel ini membincangkan pengertian motivasi, peranan motivasi dalam tingkahlaku manusia
serta keperluan dan matlamat yang mendorong tingkahlaku seseorang manusia. Data dalam
artikel ini dikumpul menerusi metode dokumentasi. Seseorang manusia bertingkahlaku didorong
untuk memenuhi kehendak dan keperluan yang lahir pada diri. Dorongan-dorongan tersebut
adalah pertama; keperluan dan matlamat agama. Kedua; keperluan dan matlamat biologi
seperti dorongan naluri serta pengekalan kestabilan diri. Ketiga; keperluan dan matlamat
psikososial seperti pemberian insentif, kepuasan dalaman, mendapat apa yang dijangkakan dan
persekitaran. Keempat; keperluan dan matlamat biopsikososial yang mengadunkan keperluan
biologi dan psikososial. Proses motivasi yang dilaksanakan perlu berupaya mewujudkan rasa
keperluan terhadap matlamat-matlamat tersebut dalam diri seseorang manusia. Pelaksanaan
proses motivasi perlu memberi tunjuk arah kepada seseorang manusia tentang kaedah ke arah
mencapai matlamat dengan betul dan tepat seterusnya diikuti dengan proses bimbingan bagi
memastikan seseorang itu dapat kekal iltizam dalam tingkahlaku dilakukan.

Kata kunci : Motivasi, Keperluan dan Matlamat Manusia, Dorongan Tingkahlaku Manusia

1.0 PENGENALAN

Tingkahlaku manusia tidak berlaku secara kebetulan tetapi digerakkan, didorong atau
dimotivasikan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran daripada diri seseorang manusia. Dorongan
tingkah laku manusia yang cemerlang banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti aspek
kerohanian dan keagamaan serta faktor luaran iaitu persekitaran dan komunikasi yang berkesan
(Ahmad Zabidi Razak, 2006). Motivasi yang tinggi dalam budaya kerja atau budaya organisasi
sangat berperanan membantu peningkatan tingkahlaku seseorang pekerja di sesebuah organisasi
(Ida Ayu Brahmasari & Agus Suprayetno, 2008). Kajian lepas mendapati bahawa matlamat
kepuasan kerja dapat menggerakkan motivasi pekerja supaya melibatkan dirinya secara aktif
dalam pekerjaan dan menjadi pekerja yang cemerlang dan terus menunjukkan komitmen yang
tinggi terhadap organisasi (Noorhafeza Herliani Adey & Ferlis Hj. Bahari, 2010). Oleh itu,
artikel ini membincangkan berkaitan peranan motivasi terhadap tingkahlaku manusia dalam
kehidupan sehariannya.

2.0 PENGERTIAN MOTIVASI

Motivasi berasal daripada perkataan Latin movere iaitu to move. Kamus Dewan mendefinisikan
motivasi sebagai keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang

15
mendorong untuk berusaha melakukan sesuatu tujuan bagi mencapai kejayaan (Kamus Dewan,
1991). Motivasi didefinisikan juga sebagai keadaan dalaman yang menggerakkan dan memberi
arah kepada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku. Ia merupakan keadaan yang menggerak dan
mengawal tingkah laku ke arah pencapaian sesuatu matlamat (Ma’rof Redzuan & Haslinda,
2002). Motivasi boleh difahami sebagai suatu usaha gerakan tindakan atau tingkahlaku seseorang
yang berorientasi kepada sesuatu matlamat yang disasarkan.

1.0 MOTIVASI DAN TINGKAHLAKU MANUSIA

Motivasi berpengaruh terhadap tingkahlaku seseorang manusia sama ada ianya wujud, kekal atau
diabaikan. Ia turut berupaya mendorong pilihan tingkahlaku yang perlu dibuat oleh seseorang
manusia (Bernard Weiner, 1992). Terdapat pelbagai teori yang menerangkan perkaitan di antara
aspek motivasi dengan faktor-faktor yang mendorong tindakan atau tingkahlaku seseorang
manusia.

Teori-teori dalam motivasi menjelaskan bahawa setiap tingkahlaku manusia mempunyai sebab
dan bukan berlaku secara kebetulan (Ma’rof Redzuan, 2001). Proses motivasi bermula dengan
lahirnya keinginan atau wujudnya keperluan dalam diri seseorang manusia. Keinginan dan
keperluan yang wujud dalam diri seseorang mendorong untuk bertindak bagi memenuhi
keperluan tersebut. Perasaan kepuasan muncul dalam diri seseorang apabila keperluan tersebut
dapat dipenuhi (Karen Huffman, 1994). Keperluan yang wujud dapat menentukan matlamat yang
hendak dicapai oleh seseorang manusia. Matlamat yang jelas berupaya menggerakkan
tingkahlaku seseorang manusia bagi mencapai sesuatu matlamat yang dikehendaki atau
diharapkan (M.G. Husain, 1997). Rajah 1 dibawah menjelaskan proses motivasi terhadap
tingkahlaku seseorang manusia.

Rajah 1 : Kitaran Motivasi

Keperluan
Tercapai Keperluan
(Rasa Kepuasan)

Tingkahlaku
Matlamat
16
Sumber : Karen Huffman, Mark Vernoy & Judith Vernoy (1994)

Pencapaian sesuatu matlamat yang disasarkan oleh seseorang manusia merupakan titik noktah
kepada suatu kitaran motivasi sekaligus berupaya meletakkan individu itu berada dalam perasaan
puas hati. Sebaliknya, jika sesuatu matlamat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu
terus akan berusaha bertindak sehingga dapat mencapai matlamat yang telah disasarkan.

4.0 KEPERLUAN DAN MATLAMAT DALAM MOTIVASI TINGKAHLAKU MANUSIA

Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa motif seseorang individu merupakan matlamat yang
ingin dicapai. Matlamat tersebut direalisasikan menerusi tindakan yang dizahirkan oleh
tingkahlaku seseorang manusia. Kebiasaannya, seseorang akan memberikan sepenuh komitmen
dalam usaha mencapai sesuatu matlamat yang memberi makna pada dirinya (Charles S. Carver
& Michael F. Scheier, 2003). Ahli psikologi menjelaskan antara matlamat yang wujud pada diri
individu sekaligus memberi motivasi terhadap tindakan atau tingkahlaku seseorang manusia.
Berikut adalah keperluan dan matlamat yang mendorong tingkahlaku seseorang manusia;

4.1 Agama

Agama merupakan fokus utama sebagai keperluan dan matlamat dalam tingkahlaku seseorang
manusia. Agama juga merupakan satu panduan yang menentukan tindakan yang diambil oleh
seseorang manusia. Aspek kepercayaan kepada Tuhan, kewujudan hari Pembalasan, keyakinan
terhadap takdir dan ketentuan daripada Tuhan dan perkara-perkara ghaib merupakan agen
pemangkin utama terhadap pergerakan dan tingkahlaku seseorang manusia (Achmad Mubarok,
1999). Individu yang mempunyai pegangan agama mempunyai panduan dan ruang lingkup yang
menentukan serta membataskan tingkahlaku dan tindakan manusia.

4.2 Matlamat Untuk Memenuhi Keperluan Biologi

Seseorang manusia sentiasa akan berusaha untuk memenuhi keperluan biologi diri. ialah
(Mahmood Nazar Mohamed, 1992). Antara keperluan bagi memenuhi matlamat biologi manusia
ialah memenuhi keperluan naluri dan mengekalkan kestabilan diri;

4.2.1 Memenuhi Keperluan Naluri

Teori motivasi naluri mengemukakan bahawa seseorang manusia akan melakukan sesuatu untuk
memenuhi keperluan atau tuntutan nalurinya. Tenaga naluri yang ada pada diri menjadi
pendorong kepada tindakan seseorang manusia. Naluri merupakan sesuatu yang tidak dipelajari
tetapi diperolehi melalui fitrah atau semulajadi. Matlamat untuk memenuhi keperluan naluri ini
digambarkan apabila seorang ibu yang berusaha mendapatkan ubat bagi menyembuhkan
penyakit yang dialami oleh anaknya yang sakit. Tindakan mencari ubat bagi merawat penyakit
yang dialami anak itu didorong oleh perasaan kasih sayang seorang ibu secara semulajadi. Ibu

17
akan merasa puas apabila usahanya untuk mendapatkan ubat yang boleh menyembuhkan
penyakit yang dialami anaknya tercapai sebaliknya akan terus berusaha mencari ubat yang lain
sekiranya matlamat untuk menyembuhkan penyakit anaknya belum berhasil (Ma`rof Redzuan &
Haslinda Abdullah, 2002). Seseorang manusia boleh bertindak kerana dorongan naluri yang
miliki.

4.2.2 Mengekalkan Kestabilan Diri

Mengekalkan kestabilan diri juga merupakan antara matlamat yang mendorong tingkahlaku
seseorang manusia. Manusia berusaha untuk mengurangkan dorongan-dorongan wujud yang
dialaminya. Kewujudan dorongan berpunca apabila berlaku sesuatu kekurangan pada diri
seseorang. Proses pengurangan dorongan ini tertumpu kepada mekanisme-mekanisme motivasi
dalaman. Teori pengurangan dorongan dalam motivasi menjelaskan bahawa seseorang manusia
mempunyai motivasi untuk mengurangkan dorongan mekanisme dalaman yang dialaminya
(Mahmood Nazar Mohamed, 1992)

Dorongan yang dialami dalam diri menjadi kurang apabila sesuatu kehendak itu telah dapat
dipenuhi (Ma`rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2002). Seseorang yang lapar akan berusaha
memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan makanan. Dorongan untuk mendapatkan makanan
akan meningkat selagi makanan yang dicari belum ditemui untuk mengurangkan dorongan
kelaparannya. Rasa kepuasan akan dialami apabila makanan telah diperolehi dan rasa lapar yang
dialami telah dipenuhi. Ini bermakna dorongan untuk mencapai matlamat mengekalkan
kestabilan diri telah dapat dikurangkan kerana kehendak untuk makan telah dapat dipenuhi. Diri
merasa puas hati apabila segala kekurangan dalam keperluannya telah dapat dipenuhi. Manusia
akan terdorong untuk memenuhi matlamat biologi iaitu bagi memenuhi keperluan naluri dan
mengekalkan kestabilan diri. Tingkahlaku atau tindakan seseorang manusia termotivasi dengan
kedua keperluan biologi tersebut.

4.3 Matlamat Memenuhi Keperluan Psikososial

Manusia sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat psikososial seperti untuk mendapat
penghargaan dan menerima pemberian. Antara bentuk keperluan psikososial seseorang manusia
ialah untuk ialah (Mahmood Nazar Mohamed, 1992);

4.3.1 Memperolehi Insentif

Insentif merupakan satu rangsangan luaran yang memotivasikan sesuatu tingkahlaku individu.
Seseorang yang telah kenyang menyebabkan dorongannya untuk mendapatkan makanan berada
pada tahap yang paling bawah, namun kewujudan sesuatu makanan yang kelihatan sedap masih
lagi berupaya merangsang seseorang berkeinginan untuk makan. Justeru, menurut teori insentif
dalam motivasi, rangsangan luaran berupaya mendorong tingkahlaku seseorang.

Terdapat beberapa kriteria insentif yang boleh merangsang tindakan seseorang. Insentif yang
lebih diperlukan adalah lebih diterima berbanding insentif yang tidak diperlukan manakala
insentif yang positif lebih didekati berbanding yang negatif. Seseorang yang tidak mempunyai

18
kawan akan duduk dan menikmati juadah yang disediakan dalam sesebuah majlis, sebaliknya
seseorang yang mempunyai ramai kawan akan menggunakan kesempatan untuk berbual dengan
kawan-kawan lamanya tanpa mengendahkan juadah yang terhidang kerana aktiviti berbual
dengan kawan lama lebih penting baginya pada waktu itu. Justeru, pemilihan dilakukan oleh
seseorang manusia berdasarkan tarikan insentif sedia ada dan keperluan pada masa itu. Dalam
masa yang sama, sesuatu perkara atau peristiwa yang pernah menyakitkan seseorang itu pada
masa lalu adalah insentif negatif yang pasti dijauhi oleh seseorang (Ma`rof Redzuan & Haslinda
Abdullah, 2002).

Teori peneguhan dalam motivasi menjelaskan bahawa kebanyakan tingkahlaku manusia boleh
dibentuk melalui peneguhan positif atau negatif. Motivasi tidak hanya tertakluk kepada faktor
berupaya melakukan sesuatu tindakan dengan baik dan berkesan tetapi turut melibatkan faktor
peneguhan seperti pemberian ganjaran selepas sesuatu usaha yang baik serta produktif
dilaksanakan. Ganjaran merupakan salah satu bentuk insentif bagi perlaksanaan sesuatu
tingkahlaku. Jika seseorang berpuashati mendapat ganjaran selepas sesuatu kerja dilakukan
dengan jujur dan sempurna, maka lazimnya ia akan bermotivasi untuk melakukannya lagi bagi
mendapatkan ganjaran tersebut.

4.3.2 Mencapai Kepuasan Dalaman

Teori kognitif dalam motivasi memisahkan antara motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Motivasi
intrinsik mendorong seseorang manusia melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kepuasan
dalaman hasil perlaksanaan aktiviti tersebut manakala motivasi ekstrinsik memberi dorongan
seseorang manusia melakukan sesuatu aktiviti untuk mencapai kepuasan luaran seperti ganjaran.
Kajian dilakukan mendapati seseorang manusia akan bekerja lebih kuat, rajin dan tekun serta
menghasilkan kualiti yang baik apabila motivasi tugas tersebut adalah dorongan intrinsik
berbanding ekstrinsik (Asmawati Desa, 2002). Seseorang yang terdorong melaksanakan sesuatu
tindakan disebabkan motivasi intrinsik akan merasai kepuasan dalaman setelah dapat
menyempurnakannya atau merasai kepuasan hati hasil perlaksanaannya.

4.3.3 Mencapai Jangkaan Yang Diharapkan

Seseorang manusia terdorong melakukan sesuatu tindakan apabila melihat sesuatu yang
dijangkakan itu dapat dicapai. Fenomena ini dijelaskan dalam motivasi melalui teori pencapaian
oleh McClelland. Berdasarkan teori ini, seseorang manusia bermotivasi melakukan sesuatu jika
merasakan sesuatu matlamat yang diharapkan dapat dicapai. Sebaliknya jika pada jangkaannya
sesuatu hasil tidak dapat dicapai maka ia akan mengelakkannya. Seseorang itu akan merasa
kepuasan apabila sesuatu yang diharapkan akan dapat dicapai (David C. McClelland et.al,1953).
Rasa kepuasan turut dirasai apabila seseorang itu mendapat sesuatu yang diharapkan atau apabila
sesuatu jangkaan yang diandaikan menjadi kenyataan. Teori Victor Vroom dalam teori
pengharapannya atau espectancy theory menyatakan bahawa tingkahlaku seseorang adalah
gambaran keputusan yang diambilnya. Terdapat tiga faktor yang menentukan sejauh mana
seseorang itu sanggup berusaha melakukan sesuatu tugas iaitu pengharapan, prestasi dan hasil
(Mohd Dahlan et.al, 2000). Seseorang individu akan membuat keputusan untuk melangsungkan
perkahwinan jika keadaan itu pada jangkaannya akan membawa kebaikan sebaliknya jika tidak
maka keputusannya untuk meneruskan perkahwinan tersebut akan dibatalkannya.

19
Demikianlah mengikut teori ini, seseorang manusia mempunyai harapan dan ramalan berkenaan
apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kebiasaannya segala keputusan yang diambil oleh
seseorang adalah berdasarkan apa yang diharap dan diramalkan akan berlaku hasil keputusan
yang diambilnya. Apabila sesuatu tugas yang telah terlaksana itu memberi banyak kebaikan, rasa
kepuasannya akan meningkat sebaliknya sekiranya tugas tersebut tidak banyak membawa
kebaikan, rasa ketidakpuasan akan meningkat. Seseorang manusia bertindak atau bertingkahlaku
kerana wujudnya dorongan pemberian insentif, kepuasan dalaman dan yakin mendapat sesuatu
yang dijangkakan.

4.3.4 Persekitaran

Dr. Achmad Mubarok dalam bukunya Psikologi Dakwah menambah faktor persekitaran
merupakan antara faktor yang turut menggerakkan tingkahlaku manusia seseorang manusia.
Objek yang melingkungi seseorang manusia seperti aspek ekologi, arkitektur, keadaan waktu
serta faktor sosial dan psikososial seperti kedudukan dalam masyarakat, tahap pendidikan serta
fahaman politik adalah unsur persekitaran yang turut menyumbang terhadap tingkahlaku
seseorang manusia (Achmad Mubarok, 1999). Persekitaran turut mendorong sesuatu tindakan
serta tingkahlaku seseorang manusia bagi menyesuaikan diri dalam lingkungan persekiran
sekitar.

4.4 Memenuhi Matlamat Biopsikososial

Matlamat biopsikososial merupakan satu teori dalam motivasi yang menggabungkan dua
keperluan matlamat iaitu matlamat biologi dan psikososial. Teori Abraham Maslow merupakan
contoh teori yang menjelaskan matlamat biopsikososial seseorang manusia. Teori ini
mengutarakan motif keperluan seseorang manusia tersusun dalam bentuk piramid dan
membentuk klasifikasi dalam bentuk hierarki. Maslow menyatakan bahawa manusia harus
memenuhi setiap kehendak pada setiap tahap dalam hierarki tersebut. Kehendak ini bermula
pada tahap terbawah sekali iaitu keperluan fisiologi seperti makanan, air, udara, tempat tinggal,
pakaian dan lain-lain keperluan yang paling asas. Selepas itu, keperluan manusia bergerak ke
peringkat kedua iaitu kehendak stimulasi. Tahap keperluan ketiga ialah jaminan dan
keselamatan. Tahap ini menentukan kesejahteraan diri seseorang manusia seperti mempunyai
pekerjaan yang tetap atau mempunyai rumah yang baik seterusnya tahap keperluan keempat
ialah kehendak kasih sayang dan kepunyaan. Pada tahap ini manusia akan memenuhi keperluan
disayangi dan menyayangi serta mempunyai serta dipunyai. Tahap kelima ialah keperluan
penghargaan diri iaitu manusia akan bermotivasi untuk memenuhi kehendak ini dengan mencari
kepuasan hidup dan kerja sehingga dihormati sebagai seorang yang berkebolehan dan telah
menyumbang sesuatu kepada masyarakatnya. Akhir sekali ialah tahap keperluan manusia untuk
mendapat kesempurnaan diri. Hierarki kelima yang disarankan oleh Maslow mencatatkan
manusia didorong untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya dan keinginan
yang paling tinggi adalah keinginan untuk kesempurnaan kendiri. Usaha untuk mencapai sesuatu
yang lebih bermakna dalam hidup ini merupakan satu pendorong atau motivasi yang sangat kuat
(Fillmore H. Sanford, 1965).

20
Rajah 2 dibawah adalah teori Abraham Maslow:

Keperluan
Penghargaan
Diri Keperluan

Keperluan Kasih Sayang Psikososial


Dan Penghargaan

Keperluan Jaminan
Keselamatan

Keperluan Stimulasi
Keperluan Biologi

Keperluan Fisiologi

(Sumber : Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2002)

Menurut Maslow, manusia akan berusaha untuk memenuhi lima keperluan diri iaitu keperluan
fisiologi, keselamatan, sosial, estim dan kasih sayang serta realisasi diri. Kegagalan seseorang
dalam memenuhi keperluan-keperluan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu merasa tidak
selesa dan terus berusaha untuk memenuhinya. Kemuncak kepada keperluan diri seseorang
manusia ialah realisasi diri iaitu seseorang itu berkeinginan menjadi sebagaimana yang
diidamkan. Seandainya seseorang itu gagal memenuhi keperluan ini, dia akan menderita
sebaliknya apabila seseorang itu dapat memenuhi keperluan tersebut, dia akan berasa hidupnya
betul-betul bermakna dan merasa puas (Azlina Abu Bakar @ Mohd, 2002).
Menurut Maslow, terdapat dua motif yang mendorong seseorang manusia untuk mencari makna
hidup iaitu motif kekurangan dan motif pertumbuhan. Motif kekurangan ialah dorongan manusia
bagi mendapatkan sesuatu yang diperlukan iaitu mendapatkan sesuatu yang tidak ada pada
dirinya. Seseorang yang bersedih dan bersendirian memerlukan orang lain untuk membantu
menghilangkan kesunyian hidupnya. Konsep ini sama dengan keadaan seseorang yang
kekurangan makanan atau minuman yang akan berusaha mengurangkan keperluan tersebut.
Motif pertumbuhan merupakan dorongan untuk mendapatkan sesuatu yang berguna dan
bermakna dan tidak didasarkan kepada keperluan. Seseorang akan belajar bersungguh-sungguh
kerana didorong oleh rasa untuk memperolehi ilmu pengetahuan bagi membantu anggota

21
masyarakat yang memerlukan. Membantu anggota masyarakat yang memerlukan akan
melahirkan kepuasan hati kerana sumbangan khidmat yang dihulurkan seterusnya merasai hidup
lebih bermakna. Seseorang yang ingin mencapai kesempurnaan diri akan melakukan sesuatu
yang mempunyai erti kepada kehidupan dan keadaan ini akan memuaskan hati dan jiwa mereka
(Asmawati Desa, 2002). Teori Maslow menunjukkan kompleksiti keperluan manusia dan
menekankan bahawa apabila keperluan asas biologi manusia belum dipenuhi secara relatifnya
tidak akan memperdulikan keperluan-keperluan lain yang lebih tinggi.

5.0 KESIMPULAN

Seseorang manusia sentiasa berusaha melakukan tindakan serta tingkahlaku untuk memenuhi
segala matlamat kehendak dan keperluan yang lahir pada diri. Ahli psikologi telah
mengemukakan pelbagai teori berkaitan keperluan dan matlamat diri manusia yang berupaya
mendorong atau memotivasikan seseorang untuk bertindak atau bertingkahlaku.

Aspek-aspek yang berperanan memotivasikan tindakan serta tingkahlaku seseorang manusia


iaitu pertama; aspek keperluan dan matlamat agama. Kedua; aspek keperluan dan matlamat
biologi seperti dorongan naluri serta pengekalan kestabilan diri. Ketiga; keperluan dan matlamat
psikososial seperti pemberian insentif, kepuasan dalaman serta mendapat apa yang dijangkakan
serta persekitaran yang melingkungi diri. Keempat; keperluan dan matlamat biopsikososial yang
mengadunkan keperluan biologi dan psikososial seseorang manusia sangat perlu dititikberatkan
dan diberi perhatian.

Proses motivasi perlu menitikberatkan aspek dorongan bagi mewujudkan rasa keperluan dalam
diri seseorang manusia. Keperluan yang wujud berupaya menunjukkan seseorang manusia
kepada suatu matlamat yang perlu disasarkan. Pelaksanaan suatu proses motivasi perlu menunjuk
arah kepada suatu matlamat yang betul dan tepat kepada seseorang manusia. Matlamat yang
betul dan tepat akan melahirkan tindakan yang benar dan jauh daripada kebatilan atau kesalahan.
Suatu proses motivasi turut perlu diikuti dengan proses membimbing tingkahlaku seseorang
manusia menerusi tindakan susulan bagi menjamin tindakan yang betul dilaksanakan.
Pelaksanaan proses bimbingan ini dapat memberi manfaat apabila segala cabaran dan masalah
yang dihadapi seseorang dapat dikenalpasti kerana cabaran dan halangan tersebut merupakan
satu halangan utama dalam menjamin tercapainya sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Matlamat suatu proses motivasi bertujuan memastikan seseorang itu dapat iltizam dengan
tingkahlaku sehingga dapat merasai perasaan kepuasan iaitu keadaan kelegaan yang tinggi pada
diri seseorang manusia yang akhirnya mewujudkan sifat iltizam dan istiqamah dengan
tingkahlaku positif yang diharapkan.

6.0 RUJUKAN

Achmad Mubarok (1999), Psikologi Dakwah, Jakarta:Pustaka Firdaus.

Asmawati Desa (2002), Psikologi Untuk Golongan Profesional, Malaysia: McGraw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.

22
Azlina Abu Bakar @ Mohd (2002), Psikologi Personaliti Individu, Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Bernard Weiner (1992), Human Motivation: Metaphors, Theories And Research, U.S.A.: Sage
Publications, Inc.

Charles S. Carver & Michael F. Scheier (2003), “Three Human Strengths”, A Psychology Of
Human Strengths: Fundamental Questions And Future, USA.: American Psychology
Association.

David C. McClelland, John W. Atkinson, Russel A. Clark & Edgar L. Lowell (1953), The
Achievement Motive, U.S.A.: Appleton Century Crofts, Inc.

Fillmore H. Sanford (1965), Psychology:A Scientific Study Of Man, c. 2, U.S.A.: Wadsworth


Publishing Company.

Kamus Dewan (1991), c.2. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karen Huffman et. al (1994), Psychology In Action, c. 3, U.S.A.: John Wiley & Sons, Inc.

M.G.Husain (editor) (1997), Psychology And Society In Islamic Perspective, “Human Motivation
In Islamic Perspective”, Kuala Lumpur: S. Abdul Majid.

Ma`rof Redzuan & Haslinda Abdullah (2002), Psikologi, Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.

Ma`rof Redzuan (2001), Psikologi Sosial, Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mahmood Nazar Mohamed (1992), Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
Dan Tingkah Laku Manusia, c. 2, K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Dahlan Hj. A. Malek, Beddu Salam Baco & Chua Bee Seok (2000), Teori-teori Motivasi
Dalam Psikologi Industri Dan Organisasi, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

23

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai