Anda di halaman 1dari 1

Perkhemahan Di Gunung Pulai

Dua minggu yang lepas pengakap-pengakap dari SK


Kelana Jaya telah pergi berkhemah di Gunung Pulai. Terdapat
dua puluh orang pengakap dan empat orang guru dalam
lawatan tersebut. Mereka telah pergi ke Gunung Pulai dengan
menaiki bas. Mereka telah membawa bersama makanan
dalam tin, lampu picit dan pakaian.
Sejurus setelah mereka tiba di tapak perkhemahan,
mereka mula mendirikan khemah mereka. Terdapat lima buah
khemah secara keseluruhannya. Terdapat sebatang sungai
berhampiran tapak perkhemahan itu. Guru-guru tersebut
telah mengajar para pengakap untuk menangkap ikan di
sungai. Pengakap-pengakap itu telah berjaya menangkap
beberapa ekor ikan. Menjelang tengah hari, mereka mula
menyediakan makanan tengah hari. Mereka telah
memanggang ikan-ikan dengan seronoknya.
Selepas makan tengah hari, pengakap-pengakap itu telah
dibahagikan ke dalam empat kumpulan. Mereka telah pergi
meneroka hutan. Ia adalah amat menyeronokkan untuk
menyeberangi sungai tersebut. Para pengakap telah menyanyi
dengan gembiranya.
Di sebelah malam para pengakap telah menghasilkan
unggun api yang besar. Semua orang telah duduk mengelilingi
unggun api tersebut. Dua orang pengakap telah menyanyikan
beberapa buah lagu sambil mereka memetik gitar-gitar.
Mereka telah bergembira.

Anda mungkin juga menyukai