Anda di halaman 1dari 3

Pulasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pulasan

Buah pulasan

Status pemuliharaan

Sedikit bimbang

Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:

Hidupan
Magnoliophyta

Kelas:
Order:

Magnoliopsida
Sapindales

Keluarga:
Genus:

Sapindaceae
Nephelium

Spesies:

N. mutabile
Nama binomial

Nephelium mutabile

Buah Pulasan atau nama saintifiknya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan
rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar
berbanding buah rambutan.

Ciri-ciri botani/morfologi

Buah pulasan diselitupi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Di Filipina ia dikenali sebagai bulala. Buah
Pulasan dimakan begitu saja, ia sesedap rambutan dan laici, tetapi amat jarang dijumpai di luar Asia Tenggara.

Pokok Pulasan

Buah pulasan

Buah pulasan

Pokok Pulasan
Pokok Pulasan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 m; mempunyai batang
yang halus 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda. Mempunyai daun berselang,
pinnate atau pinnate-ganjil, dengan sepanjang 17-45 cm, mempunyai 2 hingga 5 pasang daun kecil
bersetentangan atau hampir bersetentangan, bujur atau menirus (oblong-or elliptic-lanceolate), sepanjang
6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan
atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah. Mempunyai bunga yang
agak kecil, tanpa kelopak dengan 4-5 sepal berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan
utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan.

Spesies berkait

Sapindaceae

Dimocarpus longan Longan

Litchi chinensis Laici

Meliococcus bijigatus Longan Fiji, Mamoncillo

Nephelium lappaceum Rambutan

Nephelium xerospermoides Rambutan Gondol

Paullinia cupana Guarana

Anda mungkin juga menyukai