Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan GST kepada rakyat dan negara

Kerajaan telah memperkenalkan sistem percukaian GST yang akan dilaksankan pada 3
April 2015.Kerajaan juga mengambil langkah proaktif bagi mendedahkan GST kepada
rakyat.Oleh itu, terdapat banyak faedah yang terdapat melalui GST kepada rakyat dan
negara.
Melalui GST , penguna dapat dididik agar berhemah ketika berbelanja.GST mampu
mengehadkan perbelanjaan untuk kemahuan penguna agar penguna hanya berbelanja
terhadap keperluan sahaja.Hal ini demikian kerana GST menggunakan konsep lebih
banyak anda pakai atau beli, lebih banyak anda bayar.Perkembangan ini mewujudkan
golongan berpendapatan rendah akan berjimat cermat dan mengelakkan golongan ini
daripada berbelanja di luar kemampuan manakala golongan yang berkemampuan akan
meningkatkan pendapatan negara.
Selain itu, kadar GST lebih rendah daripada sistem percukaian SST.Perbandingan dapat
dilihat daripada peratusan kadar GST sebanyak 6% dan kadar SST pula 6% hingga
10%.Hal ini demkian kerana SST merangkumi cukai perkhidmatan dan barangan
manakala GST menyatukan cukai perkhidmatan dan barang menjadi satu sistem
percukaian dengan kadar yang lebih rendah.
GST juga dapat menurunkan harga barangan semasa.Golongan daripada pelbagai kelas
perlu membayar cukai perkhidmatan dan barangan yang terselindung dalam
harga.Dengan pelaksanaan GST, cukai-cukai tersebut dikurangan dan secara tidak
langsung menurunkan harga-harga barangan tersebut.Peniaga yang melaksanakan GST
juga membantu penurunan harga barangan ini secara drastik.
Pengecualian GST terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu juga dilakukan.
Pengecualian tersebut merangkumi penyewaan dan pembelian rumah, pengunnaan
eleterik pada 200 unit pertama oleh pengguna domestik dan barangan serta perkhidmatan
yang lain.Pengecualian ini dapat meringankan beban golongan yang kurang
berkemampuan.
Dalam masa yang sama juga, aliran pendapatan negara akan meningkat dengan
pelaksanaan GST. GST berpotensi membantu kerajaan mengurangkan kadar percukaian
koperat dan pendapatan.Ini secara tidak langsung membuka peluang perkerjaan yang
berpendapatan tinggi dalam pasaran perkerjaan rakyat.Negara mempunyai kemampuan
dalam berdaya saing di peringkat global dan meningkatkan imej negara.
Kesimpulannya, GST memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan rakyat di
Malaysia.Pelaksanaan ini seharusnya diserapkan dalam kalangan rakyat agar negara
dapat dibangunkan bersama-sama dengan pembangunan rakyat.

Anda mungkin juga menyukai