Anda di halaman 1dari 16

FACULTY OF ACCOUNTANCY

BACHELOR OF ACCOUNTANCY (Hons.)


AC2204H

BERSOPAN SANTUN DAN BERADAB


DALAM SEMUA PERKARA
CTU 555

PREPARED FOR:
USTAZAH MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI
PREPARED BY:
INTAN SYAHIRAH BINTI SHAHRUDIN

2015149031

NUR SYAHIRAH BINTI HASSAN

2015115685

ANIS ASYIKIN BINTI ALIAS

2015149451

IZNI NAJWA BINTI ABD RAZAK

2015139945

SUPIZAH BINTI SAMSUDDIN

2015154415

NURUL NATASHA BINTI ETRIZAL

2015182767

NUR ATIKAH BINTI YAZID

2015135375

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

1.0

PENDAHULUAN

2.0

PERNYATAAN MASALAH

3.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KURANGNYA BERSOPANSANTUN DAN BERADAB

4.0

SOLUSI

5.0

KESIMPULAN

6.0

RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN
Sopan-santun dan adab merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang
agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang dikehendaki dalam masyarakat. Apakah itu sopan santun dan adab?

Menurut Awang Sariyan (2007) telah memberi definisi kesantunan sebagai


penggunaan bahasa yang baik,sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Melalui perkataan
tersebut, kesantunaan telah didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang tetap dan
dipersetuju oleh sesuatu masyarakat dengan menjadi prasyarat dalam kalangan
masyarakat. Menurut tokoh Melayu iaitu Hamka (2002),mengatakan bahawa kesantunan
adalah kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Menurut Noriati A.Rashid (2004) berpendapat
bahawa kesantunan terbina apabila manusia menjaga air mukanya sebagai mengekalkan
hubungan dengan tuhan.

Disamping

itu,

takrifan

kesantunan

menurut

perspektif

agama

merupakan

kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan kepada pengajaran. Agama sebagai model
kepada diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan. Agama juga membantu
manusia memahami kejadian di dunia. Konsep ketuhanan merupakan satu aspek yang luas
namun semua agama menekankan kepada kebaikan dan kebenaran.

Sopan santun merupakan cermin perilaku baik batin seseorang. Dalam dunia yang
semakin mencabar ini, berbuat baik, menghormati orang lain, dan sopan santun seolah
menjadi sesuatu yang mahal, dan bahkan dilihat sangat susah untuk kita melakukannya
seolah-olah kurang baiknya akhlak ini, bukan kerana kita tidak diajar, atau tidak termaktub
dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi, seolah-olah ini lebih seperti kecuaian umum dalam
tingkah laku kita.

Secara keseluruhannya, sopan santun dan beradab sangat penting dalam diri setiap
individu dalam semua perkara baik dari segi tingkah laku, kelakuan, tutur kata, akal
kebijaksanaan, perbuatan kebajikan yang baik, mulia, tertib dan sopan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakkan diantara kita mungkin telah melupakan beberapa nilai-nilai yang telah
diterapkan dan diajar oleh ibu bapa, guru, orang-orang tua dan sebagainya. Padahal, perihal
akhlak adalah menjadi kunci bagi generasi masa depan mereka. Disebabkan itu, kita sering
ditanamkan serta diterapkan dengan nilai-nilai terutamanya nilai sopan santun oleh orang
tua kita. Namun, setelah menonton, melihat dan mendengar apa yang ada di sekitar kita,
ajaran yang ditanamkan sejak kecil pun kadang-kadang hilang atau dilupakan.

Dalam kehidupan sehari-hari, seolah-olah kita lebih peduli pada harta kita daripada
membantu orang-orang di sekitar kita. Kita sangat tertumpu pada kebendaan sehingga
mengabaikan unsur kerohanian. Padahal, unsur rohani merupakan keperluan asas manusia.
Sehingga, apabila kita gagal menghormati orang lain, kita seolah-olah menolak kehadiran
mereka sebagai sesama ciptaan Tuhan.

Pada era globalisasi ini, banyaklah perubahan-perubahan yang telah mempengaruhi


akhlak sopan santun masyarakat kita. Sikap sopan santun yang menjunjung tinggi nilai-nilai
hormat-menghormati sesama manusia, yang muda menghormati yang tua, dan yang tua
menghargai yang muda tidak lagi kelihatan dalam kehidupan yang serba moden ini. Tidak
terpeliharanya sikap sopan santun ini akan memberi impak negatif terhadap negara yang
sebelum ni memang begitu terkenat dengan adab dan kesopanan yang tinggi.

Inilah masalah besar yang timbul dari lunturnya budaya sopan santun dalam diri
masyarakat, remaja khususnya. Tidak dinafikan masih banyak masyarakat yang masih
menjunjung budaya sopan santun dan adab tetapi lebih banyak lagi yang telah melupakan
budaya tersebut.Inilah persoalan yang menjadi dasar permasalahan pada masa kini. Krisis
jati diri adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan situasi ini. Persoalan ini lah
yang perlu dikupas bagi memastikan keharmonian dan peradaban serta budaya bangsa kita
akan sentiasa terjamin dan harmoni.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KURANGNYA SOPAN SANTUN DAN


BERADAB:

Paranoid

Paranoid adalah rasa takut yang berlebihan yang telah menjadi salah satu penyumbang
faktor utama mengapa sikap sopan santun dan beradab kian pudar dalam kalangan
masyarakat manusia pada zaman modenisasi ini. Pada mulainya, sikap dan adab yang telah
diamalkan oleh nenek moyang kita seperti membasuh kaki sebelum masuk ke rumah yang
sebenarnya rasional dikatakan untuk menyucikan diri setelah seharian bergerak telah pon
ditelan zaman dan tidak diamalkan kini. Manusia kini berasa paranoid untuk melakukan
perlakuan-perlakuan yang dikatakan telah ketinggalan zaman kerana takut akan dilabel
sebagai kuno atau mandom. Dengan sikap yang lebih mementingkan maruah diri
berbanding identiti sesebuah kaum itu, manusia kini memilih untuk tidak ambil pusing
berkaitan adab dan kesopanan dalam kehidupan seharian.

Hal ini juga dapat dibuktikan dengan sikap pemberian salam yang dituntut dalam islam
namun telah samar-samar diamalkan. Pada awal ketika dibangku sekolah khususnya di
sekolah rendah, rata-rata pelajar dididik untuk memberi salam kepada guru apabila
terserempak dengan mereka dalam kawasan sekolah iaitu selain bilik darjah. Bukan itu
sahaja, malah ada pelajar yang dengan rela hati ingin membawa barangan keperluan guru
untuk mengajar dan dihantar ke kelas. Sikap ini hanya diperlihatkan semasa sekolah.
Apabila di peringkat universiti. Dapat dilihat dengan jelas, pelajar tidak pon membantu
malahan mengucapkan salam amatlah tidak dapat dikesan pada masa kini . Adalah kerana
sifat tidak hormat ? Ianya adalah sikap paranoid. Paranoid akan rakan-rakan yang
menjadikan sikap itu sebagai bahan lawak dan diperkatakan kepada kawan lain. Malah, isu
salam ini lebih menjadi cakna kepada manusia untuk menggantikannya dengan 'Hai'.
Alasannya pergantiannya adalah perkataannya yang lebih ringkas dan lebih diterima
manusia masa kini. Adalah kita sebagai isi tau apa maksud salam itu sendiri ? Salam ialah
sejahtera. dalam islam,salam lebih universal diungkap sebagai Assalamualaikum ( semoga
allah memberi kesejahteraan kepadamu) . Ibnu Al-Arabi dalam Ahkamul Quran mengatakan
" Tahukah kamu arti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberi pernyataan
bahawa kamu tidak terancam dan seenuhnya aman dari diriku" Jelaslah bahawa dengan
memberi salam dapat mengingati Allah, Mendoakan islam yang lain dan menunjukkan kasih
sayang sesama muslim. Namun sikap ini tidak menjadi kegemaran khususnya masyarakat
muda masa kini.

Selain itu, 'senyum'. Senyum ialah sikap dan adab sopan santun yang paling mudah
dilakukan namun turut dikatakan paling sukar dizahirkan dalam kehidupan seharian.
Mengikut kajian sainstifik. Dengan senyuman, otak akan merembeskan sejenis bahan kimia
yang berfungsi mengurangkan kesakitan. "Senyum tak perlu kata apa-apa", kempen
senyum ini telah dilakukan oleh kerajaan dan badan NGO sendiri. Namun budaya ini
dikatakan kian enyap sekiranya para manusia ini bertembung dengan para manusia lain
yang tiada kepentingan kepada manusia tersebut seperti tidak mengenali satu sama yang
lain. Sebagai contoh, pelajar. Dalam kawasan universiti, pelajar khusunya menundukkan
pandangan terhadap orang lain, malah sekiranya tertatap satu sama lain, masing-masing
terus mengalihkan pandangan sedangkan langkah terbaik adalah dengan menawarkan
senyuman. Namun, kerana sikap paranoid, senyum tidak dibalas, pelajar lebih memilih
untuk mengalihkan pandangan.

Daripada contoh ringkas yang diajukan, punca yang berkait rapat dengan paranoid yang
telah memudarkan sikap adab dan sopan santun dalam kalangan manusia ialah rasa malu.
Tindakan yang dilakukan bukan dalam norma masa kini sekiranya dilakukan adalah sesuatu
yang memalukan. Oleh kerana rasa malu yang membelenggu diri telah menyebabkan
puusnya sikap sopan santundan amalan adab yang telah diterapkan oleh nenek moyang
kita suatu masa dahulu. Malu ini berkaitan dengan paranoid kerana dari sifat malu itu
menjadi paranoid.

Kurang Didikan Agama

Antara faktor yang menyebabkan kurangnya sopan santun dan beradab di kalangan rakyat
Malaysia adalah disebabkan kurangnya didikan agama. Agama islam merupakan agama
universal yang sesuai diamalkan oleh seluruh masyarakat. Agama amat penting kerana ia
dapat membentuk identiti individu dan sebaiknya adalah untuk mendalami ilmu agama sejak
usia kanak-kanak lagi. Ini kerana pada usia kanak-kanak, mereka lebih mudah menerima
ajaran dan membiasakan diri dengan ajaran tersebut. Pentingnya didikan agama kerana
agama membolehkan kita berfikir secara rasional, membezakan yang baik dan yang buruk.
Contohnya, agama islam menerangkan tentang pentingnya menghormati ibu bapa. Kita
tidak boleh meninggikan suara kepada mereka walau sedikitpun. Selain itu, adab berjiran,
adab berguru, adab menuntut ilmu dan pelbagai lagi yang agama islam menekankan
sebagai manual kepada masyarakat sejagat. Didikan agama telah menetapkan garis
panduan kepada kita tentang apa yang boleh dilakukan dan batas-batas yang harus kita
jaga sebagai umat Islam. Apabila seseorang mempunyai asas didikan agama yang kukuh,
secara automatik, mereka akan mengaplikasikan nilai-nilai murni yang diajar dalam

kehidupan seharian. Secara tidak langsung, individu akan mengamalkan sikap sopan
santun dan beradab antara satu sama lain.

Pengaruh perkembangan teknologi

Pengaruh perkembangan teknologi juga merupakan salah satu faktor lunturnya budaya
sopan-santun dan adab dalam diri masyarakat. Perkembangan teknologi yang pesat di era
globalisasi masa kini, tidak hanya membawa impak yang positif namun juga meninggalkan
kesan negatif. Dengan teknologi yang maju, masyarakat, pelajar khususnya banyak
menggunakan tekonologi untuk belajar mahupun berhibur. Semua orang dapat meng-akses
banyak informasi melalui internet dengan begitu mudah melalui laptop,Tab dan juga
smartphone. Hal ini lah yang telah mempengaruhi pemikiran masa kini. Modernisasi kultur,
kemudahan akses internet, teknologi, games dan filem negara-negara barat yang banyak di
gemari oleh masyarakat memberi mereka peluang untuk melihat budaya-budaya luar
dengan mudah . Secara tidak langsung mereka mengaplikasikan dalam kehidupan seharian
tanpa memikirkan baik buruk perkara tersebut. Maka, daripada budaya-budaya kurang
sopan tersebutlah terhasilnya kelunturan budaya dalam masyarakat kita masa kini.

Persekitaran sosial

Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran


kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran
sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar 2006). Faktor
persekitaran sosial yang dimaksudkan termasuklah elemen-elemen kemanusiaan, seperti
pengaruh ibu ibapa, pengaruh guru-guru, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh
masyarakat, atau juga elemen-elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis
media yang diterima oleh seseorang semasa menjalani proses kehidupan mereka.
Pembelajaran sosial menurut perspektif Islam, selain daripada peranan diri, pembentukan
keperibadian seseorang turut dipengaruhi oleh pelbagai pengaruh yang wujud dalam
persekitaran kehidupan manusia seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8
hingga ke 10 Surah al-Shams yang bermaksud:
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh
beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang
mengotorinya.
Dalam ayat ini dijelaskan tentang proses pembentukan keperibadian manusia dipengaruhi
oleh elemen-elemen ilham sama ada ia menuju kepada jalan yang baik mahupun yang
buruk. Namun manusia dibekalkan dengan akal untuk memilih jalan mana yang harus
diikuti. Pengaruh-pengaruh jalan kebaikan dan kefasikan ini pada hakikatnya merupakan
pengaruh-pengaruh yang wujud daripada persekitaran dalam kehidupan seseorang.

Rasulullah saw juga telah menghuraikan pentingnya elemen pengaruh persekitaran sosial
terhadap proses pembentukan keperibadian seseorang. Baginda menjelaskan tentang
pentingnya seseorang memperhatikan dengan siapakah dia bergaul dalam kehidupan
sehariannya kerana pergaulan tersebut akan memberi kesan terhadap keperibadiannya.
Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran sosial iaitu pergaulan dengan
orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada tiga kaedah membentuk akhlak yang
mulia dalam diri seseorang (Muhamad Abul Quasem 1975). Ini adalah kerana manusia itu
secara semulajadi bersifat meniru di mana seseorang itu boleh memperolehi kedua-dua sifat
baik dan buruk daripada keadaan seseorang yang lain. Jika seseorang itu bergaul dengan
seseorang yang baik dalam tempoh tertentu, dia akan memperolehi dalam dirinya sesuatu
kebaikan daripada orang tersebut dan secara tidak disedari banyak mempelajari sesuatu.
Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri 157
daripadanya (M. Umaruddin 2003). Menurut al-Naimy (1994) pula, manusia berbeza
berdasarkan persekitaran di mana ia berada. Sesiapa yang mendapati dirinya berada dalam
persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan, maka dia lebih
cenderung untuk menjadi golongan yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Ibn Khaldun (2002) juga menjelaskan, persekitaran yang baik perlu bagi menghasilkan
akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu perlu lahir dari diri sendiri berdasarkan
pengamatannya kepada faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi tabiat hidup
manusia. Hassan (1987) berpendapat, persekitaran mampu memberi kesan terhadap
penghayatan nilai akhlak seseorang. Menurut beliau, penghayatan nilai akhlak merupakan
peringkat akhir dari proses pengakuran sosial yang dibentuk melalui pembelajaran sosial
yang menggabungkan asas-asas pembelajaran sosial seperti rangsangan, tindak balas,
peneguhan, kepatuhan, identifikasi, permodelan dan tiruan. Proses ini selanjutnya
memerlukan kewujudan faktor-faktor motivasi luaran seperti galakan dan ancaman dan
dalaman seperti kepuasan diri dan keinginan untuk dilihat benar.
Dari perspektif sarjana Barat, Berne (1964) menyatakan tingkah laku, pemikiran dan
perasaan manusia pada asasnya tidak terlepas daripada pengaruh pengaruh persekitaran,
terutama sekali oleh harapan dan desakan yang dibuat oleh orang yang rapat dengan diri
mereka seperti rakan sebaya, keluarga dan masyarakat dewasa. Pengaruh persekitaran ini
mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan. Walau bagaimanapun, manusia tidak
semestinya terkongkong dengan keputusan itu. Manusia mempunyai keupayaan memahami
keputusan yang telah mereka buat dan menggantikan dengan keputusan yang baru yang
lebih sesuai dengan diri mereka dan persekitaran mereka pada masa itu. Tetapi dalam
banyak keadaan, manusia selalunya tidak mempunyai keupayaan memilih dan hanya
segelintir sahaja yang mempunyai kesedaran membuat pilihan sendiri.

Teori pembelajaran sosial Bandura (1997) turut menekankan tentang peranan persekitaran
dalam pembentukan peribadi manusia. Menurut teori ini, masyarakat yang mendefinisikan
tugas dan peranan remaja serta norma-norma yang berkaitan dengan tingkah laku. Manusia
pula akan membentuk perasaan, nilai dan tingkah laku melalui permerhatian terhadap apa
yang dilakukan oleh ahli masyarakatnya. Bandura (1997) juga berpendapat, kanak-kanak
dan remaja banyak belajar melalui peniruan. Menurutnya, tingkah laku remaja terhasil akibat
daripada pengalaman pengasuhan kanak-kanak. Oleh itu, kebanyakan tingkah laku remaja
adalah mengikut kehendak ibu bapa dan masyarakat. Tingkah laku yang menyeleweng pula
adalah akibat pengasuhan dan proses sosialisasi yang kurang sempurna. Perubahanperubahan dalam masyarakat seterusnya menghasilkan perubahan dalam persepsi
terhadap masyarakat. Berasaskan pembelajaran remaja melalui peniruan ini, maka remaja
akan mengalami masalah-masalah sosial di mana mereka terjebak dengan unsurunsur
peniruan yang negatif seperti merokok, mengambil dadah dan budaya- Jurnal Hadhari
Special Edition (2012) 155 - 172 160 budaya negatif yang lain. Bruner (1960) dengan teori
pembelajaran dapatan berpendapat, di dalam keadaan normal manusia mampu belajar
dengan cara menemui sendiri pertalian di antara berbagai-bagai rangsangan yang terdapat
di alam sekelilingnya. Menurut beliau, proses pengajaran yang menggunakan kaedah ini
dapat menggalakkan pelajar mencapai celik akal dengan melalui pemikiran mereka sendiri.
Individu luar hanya berfungsi sebagai pemberi pandangan serta mengemukakan saranan
tanpa cuba mengolah dan mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar.

Rasa kurang menghargai

Rasa kurang menghargai juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan lunturnya
nilai sopan santun dan beradab dalam perkara yang kita lakukan sehari-harian.
Kebanyakkan masyarakat pada hari ini merasakan menghargai sesuatu benda atau perkara
itu tidak penting. Yang mereka rasakan penting sekarang ini ialah mengejar nilai kebendaan
di dunia ini. Disebabkan itu, mereka sering meremehkan perkara yang berkaitan tentang
menghargai ini. Asalkan mereka dapat apa yang mereka mahukan itu sudah memadai bagi
mereka tanpa menghiraukan siapa yang membantu mereka melakukannya. Selain itu,
perkataan meminta tolong juga jarang digunakan apabila seseorang itu ingin mendapatkan
khidmat daripada orang lain. Tanpa mereka sedari mereka bukan meminta tolong tetapi
mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara buat mereka. Jika hal ini
berlarutan atau berpanjangan masyarakat akan berasa kurang senang untuk mendampingi
kita kerana kurangnya adab dalam pergaulan kita.

Rakan sebaya

Faktor rakan sebaya amat memberi pengaruh yang kuat kepada diri seseorang untuk
melakukan perkara perkara yang cenderung ke arah positif mahupun negatif. Sering kali kita
dengar bahawa remaja sekarang sudah hilang sikap hormat menghormati dan bersopan
santun dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Mari kita pergi ke konteks yang lebih
kecil iaitu suasana di kolej. Sebagai seorang pelajar, bilik mereka ialah satu satunya tempat
untuk mereka berehat dan itu juga tempat persendirian untuk belajar dan sebagainya. Apa
yang saya perhatikan ialah, setiap kali mereka masuk ke rumah atau ke bilik rakan yang
lain, mereka langsung tidak memberi salam ataupun mengetuk pintu terlebih dahulu. Sikap
sebegini semakin lama menjadi kebiasaan dan akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain
seterusnya akan menyebabkan hilangnya sikap hormat dan santun sesame sendiri. Hal ini
demikian kerana, bagi mereka memberi salam dan mengetuk pintu itu adalah perkara remeh
dan tidak perlu untuk dipraktikkan kerana sudah terbiasa dengan situasi bersama rakan
sebaya yang tidak memerlukan mereka untuk bersopan.

Bergantung kepada generasi setiap individu

Pada pendapat saya, faktor kekurangan sifat sopan santun dan beradab bergantung kepada
generasi setiap individu. Individu yang bergenerasi X dan sebelumnya mempunyai nilai dan
sifat sopan santun yang amat tinggi. Ini dapat dibuktikan berdasarkan statistik pelajar
sekolah pada waktu dahulu yang kurang melanggar peraturan dan mematuhi arahan.
Generasi Y dan Z kurang dengan nilai sopan santun dan beradab apabila generasi ini telah
dibutakan dengan teknologi yang amat canggih dan menyebabkan mereka lalai sehingga
tidak beradab dengan orang sekeliling mahupun persekitaran.

4.0 SOLUSI TERHADAP MASALAH KURANGNYA SOPAN SANTUN DAN BERADAB

Mengubah diri sendiri sebelum orang lain

Antara cara lain untuk menerapkan sikap sopan santun dan peradaban baik dalam semua
perkara pada masa ini adalah dengan mengubah diri sendiri sebelum mengubah orang lain.
Seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulllullah dalam menerapkan nilai Islam dalam
kalangan sahabat. Baginda SAW, telah memulakan dengan menguatkan keimanan dalam
diri abginda seterusnya sabahat dan seterusnya seluruh Madinah, Makkah dan hingga kini.
Jelaslah bahawa permulaan yang kukuh menjadi tunjang kepada perubahan seterusnya.
Contoh semulajadi lain dapat dilihat daripada pokok. Sekiranya akar yang terlahir untuk
menampung besar gadangnya sebuah pohon adalah akar yang lemah, necaya pokok itu
akan tumbah dan tidak bertahan lama. Sebaliknya, jika akar yang terlahir itu menjalar di
tanah, kukuh dan kuat genggamannya di muka bumi, maka akan lamalah ketahanan akar
utuk memahan pohonnya. Surah Al-Ra'd 13: 11 yang bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri". Jelas dan nyatalah bahawa perubahan itu bermula
dengan diri sendri dan perlahan-lahan mengajak yang lain untuk menjadi sopan, santun dan
beradab dalam semua perkara.

Mendalami ilmu agama

Solusi kepada masalah ini adalah individu harus memperbaiki akhlak dengan mendalami
dan menerapkan ilmu agama dalam diri. Menuntut ilmu hingga ke negeri cina merupakan
pepatah yang kita selalu dengar yang membawa maksud menuntut ilmu tiada
penghujungnya dan infiniti. Tidak kira usia tua atau muda, kita tidak akan pernah terlambat
untuk menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan. Individu boleh mendalami ilmu agama
dengan berkawan dengan orang yang berpengetahuan seperti ustaz dan ustazah atau guru,
menghadiri program-program keagamaan dan lain-lain. Pada era moden ini, lebih mudah
untuk memperoleh maklumat kerana semuanya di hujung jari. Internet juga boleh dijadikan
sebagai medium untuk mencari maklumat berasaskan ilmiah. Kini, dengan wujudnya laman
sosial, individu boleh mengambil peluang untuk berkawan dengan orang yang berilmu tinggi
dalam bidang agama daripada negara lain juga. Kita harus memanfaatkan kemudahan dan
faedah yang boleh diperoleh dalam arus modenisasi ini. Oleh itu, individu haruslah berusaha
untuk mempelajari ilmu agama agar mereka mempunyai pegangan yang teguh terhadap
ajaran tersebut berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah. Individu yang mempunyai didikan
agama yang teguh akan cenderung untuk beradab dan bersopan santun dalam semua
perkara kerana mereka mematuhi nilai yang diajar dalam Islam.

Peranan media massa

Umum mengetahui bahawa antara langkah yang pragmatik untuk menangani masalah
sopan santun dalam kalangan masyarakat ialah peranan media massa. Dalam konteks ini,
media massa perlu memainkan peranan yang berkesan dalam mempengaruhi hati dan
minda masyarakat. Media massa seperti televisyen, radio, Internet ataupun media cetak
yang merupakan perantara yang paling dekat dengan jiwa rakyat perlu menyiarkan program
program yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat. Iklan-iklan yang mengenai
kepentingan mengamalkan sopan-santun juga boleh dilakukan bagi menjentik jiwa
masyarakat supaya lebih prihatin dengan keadaan sekeliling. Oleh hal yang demikian
pemilihan progam yang berkualiti dan siaran iklan yang bermotivasi dapat memberi banyak
faedah dan pihak media massa sewajarnya tidak menjadikan remaja sebagai alat untuk
mengaut keuntungan semata mata tetapi menjadi wadah penting untuk menjana
masyarakat yang berwawasan.Yang pasti, masalah lunturnya sopan santun dan adab akan
dapat diatasi sekiranya pihak media massa sama- sama bantu-membantu memainkan
peranan.

Peranan kerajaan

Kerajaan merupakan jentera paling penting dalam sesebuah negara. Dalam menangani
fenomena bahasa tidak sopan dan kurang beradab ini, kerajaan juga perlu memainkan
peranan untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, mengadakan kempen-kempen untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu
yang baik dan betul. Pihak Kementerian Penerangan Komunikasi Kesenian dan
Kebudayaan telah pun melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun.
Selain itu, Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan juga telah
melancarkan kempen Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni di media-media cetak dan
elektronik yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang amalan berbudi
bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Pihak kementerian yang berkaitan juga boleh menubuhkan sebuah lembaga penapisan
yang bertujuan menapis bahan-bahan untuk tayangan stesen-stesen radio dan televisyen
bagi memastikan rancangan-rancangan yang ingin ditayangkan menepati syarat-syarat
wajib tayang serta mematuhi nilai-nilai budaya dan kesantunan bahasa Melayu. Contoh
yang sedia ada ialah FINAS (Lembaga Penapisan Filem Negara) yang berperanan menapis
filem-filem yang ingin ditayangkan di negara ini agar menepati syarat wajib tayang yang
telah ditetapkan.

Pihak kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan satu


akta tentang penggunaan bahasa tidak sopan di khalayak umum. Melalui akta tersebut,
individu yang mengeluarkan atau mengucapkan kata-kata yang tidak sopan di khalayak
umum boleh di denda dan dikenakan hukuman. Ini bertujuan untuk membenteras
penggunaan bahasa tidak sopan yang semakin berleluasa dan sukar di bendung.

Berterima kasih dalam segala hal

Islam mengajar manusia adab menjaga hubungan dengan Allah SWT, begitu juga
hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Termasuklah amalan mengucapkan
syukur dan terima kasih. Kita sebagai manusia telah diberkan akal dan fikiran untuk
mementukan mana yang baik dan mana yang buruk. Sudah tentu kita boleh berfikir tentang
perlunya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi pertolongan. Ucapan
terima kasih walaupun ringkas dan diungkapkan secara bersahaja atau spontan, tetapi
cukup meninggalkan kesan yang mendalam dan bermakna kepada seseorang. Kita
sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah menolong serta
berbuat baik kepada kita walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebagai contoh, ketika
seseorang memberikan kita sesuatu pertolongan walaupun sekecil kuman, kita mestilah
mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan atas pertolongan yang diberi.
Jangan sesekali kita memandang remeh hal ini. Cuba bayangkan, jika kita berterima kasih
kepada orang yang menolong kita, sudah tentu mereka akan senang hati untuk membantu
di lain waktu. Contoh yang lain ialah ketika pelajar hendak turun dari bas, tidak salah jika kita
mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut kerana mereka telah menghantar
kita ke tempat yang dituju. Setidak-tidaknya, kita dapat memberi sedikit nilai sopan dan
menghormati orang lain.

Menegur dengan cara baik

Antara jalan penyelesaian yang kita boleh ambil bagi menangani masalah pengaruh rakan
sebaya yang kurang hormat dan bersopan santun dalam setiap perkara ialah kita menegur
dengan cara yang baik sambil menunjukkan cara yang betul untuk menghormati dan
bersopan santun. Sebagai contoh, semasa kita hendak memasuki rumah atau bilik rakan,
kita mengetuk dan mengucapkan salam sebagai tanda isyarat bahawa kita hendak masuk
ke bilik tersebut. Jika kita melakukan hal ini setiap hari, lama kelamaan rakan yang lain akan
sedar dan secara tidak langsung akan melakukan perkara yang sama. Hal ini demikian
kerana, barang siapa yang suka menunjukkan kebaikan kepada orang lain, maka orang
tersebut akan diberikan ganjaran sama seperti pahala yang telah diperoleh oleh orang yang

melakukannya kerana tidak ada satu amal perbuatan pun di dalam timbangan yang lebih
baik daripada akhlak yang baik.

Kesedaran diri sendiri

Faktor kurangnya sifat sopan santun dan beradab adalah berpunca daripada kesedaran diri
sendiri. Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri mereka
dari masa ke semasa. Apabila usia seorang individu semakin meningkat mereka pasti akan
berhadapan dengan situasi dan persekitaran yang positif mahupun negatif dan mengenal
pasti baik dan buruk sesuatu perkara. Jadi piihan bagi seseorang itu untuk bersopan santun
dan beradab adalah bergantung kepada individu tersebut. Sebagai seorang individu yang
cemerlang hendaklah kita mencorakkan diri dengan sifat sopan santun dan adab yang
berbudi pekerti supaya kita dapat menjadi contoh yang baik di samping dihormati
masyarakat.

5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, hasil daripada perbincangan dapat disimpulkan bahawa faktor
persekitaran sosial terutama ibu bapa, rakan sebaya, guru, media massa dan sebagainya
memainkan peranan yang cukup penting dalam pembentukan jati diri individu. Hal ini
sekaligus mengisyaratkan bahawa urusan mengembangkan potensi dan pendidikan bukan
hanya terletak dalam konteks persekolahan semata-mata, malah perlu dilakukan secara
holistik oleh semua pihak yang terlibat melalui pelbagai pendekatan pembelajaran sosial
seperti permodelan, peneguhan, maklum balas dan nasihat secara langsung bagi
menggalakkan pembelajaran sosial yang positif. Eleman-elemen pembelajaran sosial yang
sedia wujud dalam kehidupan pelajar perlu digerakkan secara bersepadu agar mereka turut
memberi sumbangan yang positif terhadap pembinaan generasi muda yang dinamik,
berketrampilan dan berakhlak mulia.
Saidina Ali bin Abi Talib berkata bahawa sopan santun adalah perkara yang selalu baru,
berfikir pula adalah cermin yang bersih. Dari kata-kata ini sudah menunjukkan bahawa
amalan sopan santun ini sudah wujud sekian lama lagi. Oleh itu, semua pihak hendaklah
bekerjasama untuk mengembalikan amalan ini supaya masyarakat zaman sekarang lebih
menghormati dan bersopan santun dalam setiap perkara. Jika kita hormat menghormati dan
bersopan santun, orang sekeliling kita akan turut memberi layanan yang sama. Hal ini
kerana, kita tidak ingin menjadi seperti Negara barat yang berjaya tetapi terus hanyut dan
hilang sikap hormat dan beradab. Dengan adanya solusi tersebut, diharap agar amalan baik
ini terus berkembang dan tidak luput ditelan zaman.

6.0 RUJUKAN
Kata-kata Ibnu Al-Arabi dalam Ahkamul Quran
http://www.ukm.edu.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdf
https://www.utusan.com.my/rencana/tanamkan-rasa-hormat-antara-kaum-1.133083
https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/11/amalan-ucapan-doa-syukur-dan-terima-kasih/
Buku ilmiah: ENSIKLOPEDIA ADAB ISLAM

Anda mungkin juga menyukai