Topik 2 PDF
Topik 2 PDF
PENGENALAN
Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-kanak. Mereka
dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia disekeliling mereka.
Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak
bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui
bagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka boleh
mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubunglkait seni dengan
perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik,
pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin
tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan
potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
OBJEKTIF
Pada akhir topik ini anda akan dapat:
OUM
26
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
PETA MINDA
OUM
27
KANAK-KANAK DAN SENI TOPIK 2
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang
mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik dajah
patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu kanak-kanak
sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.
Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak. Jika diteliti
berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalam
tahap fisiologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak.
Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia bersedia menceburi diri
dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estettik. Ini bermakna aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakad mana
keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk mencapai objektif, guru
perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
x Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu
makanan, minuman dan pakaian.
x Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.
x Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying
x Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai
x Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar
x Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri,
menerima diri dan emibatkan diri secara aktif.
OUM
28
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
2.1.1 Jasmani
OUM
29
KANAK-KANAK DAN SENI TOPIK 2
2.1.2 Emosi
x Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu
benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan
seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh
seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan.
Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan
perubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi
setiap individu.
x Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata
berbanding dengan keadaan semasa diperingkat prasekolah. Jika dahulu daya
pengawalan emosinya lemah kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan
semakin usia meningkat semakin matang pengawalan emosinya.
x Pada peringkat ini mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain.
Melalui seni juga dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan.
Terutama ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil lukisan yang
dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Bagitu juga jika dalam
permainan muzik, cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuat
pukulan alat muzik memungkinkan tedapat gangguan emosi tetapi jika pukulan stabil,
besar kemungkinan emosinya baik.
x Untuk diperingkat ini guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi
yang diingini dengan tidak di ingini.
2.1.3 Rohani
Melalui seni dalam pendidikan aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyak
menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral. Seperti
memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan
moral. Antaranya ialah,
x Penggunaan senikata lagu
x Pengucapan seperti terima kasih budak baik tahniah hendaklah disampaikan
seberapa kerap yang boleh.
x Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji.
x Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak sebaliknya perbanyakkan kata-kata memuji
dan menghoirmati kanak-kanak.
2.1.4 Intelek
x Pada peringkat ini kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang
paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehlkan mereka
menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai cara
mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula
membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka
mempunyai semagat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar.
OUM
30
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
x Pada peringkat ini juga mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca.
Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal.
Pembelajaran amelalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu situasi yang
dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari
antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri.
x Pada peringkat 11 ke 12 tahun berlaku perubahan daripada pengolahan secara
konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini kanak-kanak masih
terikat dengan pengalaman yang seberanya. Wujudnya suasana yang boleh
menimbulkan pertanyaan murid serta memberi peluang kepada mereka
menerangkan pemikaran mereka.
2.1.5 Sosial
x Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk sosial
dan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa akan
dapat menilai setakad mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat
keperkembangankan. Oleh itu peranan guru sangat penting membantu kanak-kanak
untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan
sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan
harian. Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura beliau
menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan
diperolehi dengan berdasarkan kepada:
melihat
meniru
memerhatikan tingkahlaku orang lain.
x Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai, teori pemerhatian
atau teori peniruan. Mengikutnya aspek yang penting dalam teorinya ialah
pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau juga menegaskan
bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi
kepuasan dan peneguhan yang tinggi.
x Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu;
Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung
(a) Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model
semasa mengajar.
(b) Proses ini berlaku secara tidak langsung berlaku semasa:
(i) melihat gambar
(ii) melihat filem
(iii) melihat video
Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan
(a) Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaa yang tertentu, tetapi tidak
sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.
(b) Pada masa ini individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai ditiru
dalam situasi tertentu.
OUM
31
KANAK-KANAK DAN SENI TOPIK 2
Latihan 2.1
Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, Sembunyi,
Sembunyi cuba perhatikan perkara-perkara berikut:
x Bagaimana mereka menguruskan permainan ini?
x Bagaimana menyembunyikan diri mereka?
x Tindakan-tindakan yang di ambil oleh orang yang mencari.
x Ekspresi mereka apabila mereka di temui.
2.1.6 Estetik
Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik, dimana mereka telah boleh
menilai tentang konsep keindahan dan kecantikan.
Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke
satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuatiti yang dapat dibuat di bauat ke
atas organisma dengan nyata. Peubahan kuantiti adalah seperti ukuran tinggi dan berat
badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh didefinasikan sebagai perubahan di
dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan.
OUM
32
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
Latihan 2.2
1. Bagaimanakah emosi dapat mempengaruhi hasilan Seni visual
kanak-kanak?
Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai
bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang
tidak terhad dan tidak terkongkong.
Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu
kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak
suka menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan
bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain.
Seperti telah sedia maklum bahawa bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi
kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain secara tidak langsung dia telah
memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, itelek dan sosialnya. Untuk itu aktiviti seni
juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang
digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.
OUM
33
KANAK-KANAK DAN SENI TOPIK 2
Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat
perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan
environment pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk
merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan
seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-
cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kank-kanak. Antaranya ialah
menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan
dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif di aktifkan, perspsi,
kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semu jadi.
Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial,
emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan
pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak
akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.
OUM
34
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
2.2.4 Kreativiti
Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif
terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, ekstur dan irama.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta
sesuatu yang baru, akan-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam
memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.
Pemahaman
OUM
35
KANAK-KANAK DAN SENI TOPIK 2
yang kreatif, inovatif, betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih
baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.
Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti diatas pemahaman tentang sesuatu konsep atau
perkara dapat dipertingkatkan.
Dengan itu seseorang itu akan dapat dibantu untuk memupuk kesedaran kendiri melalui
pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu. Sekiranya seseorang
pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai
seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.
Di samping itu guru memainkan peranan yang penting nntuk mendapatkan konsep
kesedaran kendiri yang positif. Antaranya ialah:
x Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran
x Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam
proses pembelajaran
x Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa
menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan
penghargaan kendiri dan keyakinan.
x Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya
x Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.
x Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
x Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
RUMUSAN
Topik ini memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya
dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan
perkembangan mereka secara menyeluruh.
OUM
36
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI
GLOSARI
Fisiologi Keperluan asas seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal
Kendiri Diri sendiri
Perkembangan Perubahan yang bersifat kualitatif
Pertumbuhan Perubahan yang bersifat kuantitatif
UJIAN 1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan dan pertumbuhan?
2. Bagaimanakan perkembangan dan pertumbuhan dapat membantu konsep kendiri
seorang kanak-kanak?
UJIAN 2
1. Apakah itu kreativiti?
2. Bagaimanakah guru dapat untuk mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak?
RUJUKAN
Dauer, V. P., & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school
children, New York:Macmillan Publishing Company.
Lowenfeld, & Brittain, (1986). Creative and mental growth. New York: Macmilan
Pica, R.(2000) experiences in movement with music, activities & theory. New York:
Thomson Delmar Learning.
Mayesky, M (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson Delmar
Learning.
OUM
37