Anda di halaman 1dari 19

Mengenal Kraf Tradisional

Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap
insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula
sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai seni yang
tersendiri dan seni yang paling indah ialah hanya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan
seharian kita.

Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah
memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria
kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui ide dari alam
semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah seni
yang tidak ternilai.

Keaslian pereka bentuk istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus.
Cetusan ide yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik
hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi seni yang berharga.

Kehalusan reka bentuk dan buatan kain songket bukan sahaja melambangkan
kekayaan khazanah seni tekstil Melayu tradisional, malah ianya adalah sebagai satu
penggerak ide dan pemangkin kepada pereka-pereka tekstil generasi kini, khususnya
pelajar-pelajar yang sedang mendalami selok-belok seni ini.

Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman
berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus
yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil
kerja tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan bidang seni halus yang akan
dipaparkan dalam lama web ini adalah anyaman, seni batik, pua kumbu, songket, tekat,
kain dastar, kain tenun, manik, ukiran kayu, ukiran batu, ukiran logam dan tembikar.
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

1. Alat domestik (Segala alatan domestik kegunaan harian- bacaan Lanjut-


Klik Disini)

2. Alat permainan (Klik Disini)


PROSES PENGHASILAN WAU

1. Proses Memilih Buluh

Buluh yang dipilih mestilah buluh yang kuat, liut dan ringan.

Buluh duri dan dikeringkan ialah buluh yang baik untuk membuat wau.

2. Proses meraut buluh

Proses yang memerlukan ketelitian.

Bahagian kulit buluh tidak dibuang semasa diraut.

Bilah-bilah dilayur dengan api sebelum dilentur.

Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0cm dengan kadar lembut dan
sederhana keras.

Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5cm dan semakin
halus di hujung bilah tersebut.

Bahagian ekor diraut sehingga 0.5cm.


Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.

3. Membentuk rangka / membuat bingkai

Biasanya buluh betung dijadikan tulang.

Bingkai terdiri daripada 4 bahagian iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap,
rangka sayap dan rangka ekor.

Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki.

Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan


menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.

4. Proses Menampal Kertas dan Corak pada Rangka

Kertas ditampal pada rangka wau mengikut guiz.

Kertas adalah daripada jenis yang ringan.

Kertas warna / kertas wau yang digunakan untuk membuat hiasan.

Corak untuk motif adalah berdasarkan flora dan fauna.

5. Membuat Kemasan

Memasang Jambul

Jambul / rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor / sayap wau.

Diperbuat daripada benang yang dipotong dengan gunting secara memanjang.

Memasang Belalai

Dipasang pada kepala wau.

Memasang Busur dan Memasang Tali Teraju

Fungsinya mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan.


3. Alat pertahanan diri

4. Perhiasan diri (ornamen) (Langkah penghasilan rantai leher- Klik Disini)

Kaum India (1,2)

(Makhudam - Mahkota)
5. Batik
6. Tekat

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja
menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat
memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai
acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. (Klik Disini
untuk info tambahan)

7. Ukiran (Klik Disini

8. Tenunan (Klik Disini)


9. Anyaman

Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi,
bertam,

mengkuang, pandan dan sebagainya. Antara contoh anyaman ialah tudung


saji, bakul rotan, nyiru, bubu, lekar dan kampit.

ALAT YANG DIGUNA

i. Parang untuk menetak pangkal daun

ii. Pisau membuang empulur dan duri

iii. Pelurut dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun

iv. Tempayan untuk merendam daun

v. Bekas besar untuk mencuci

vi. Periuk untuk merebus

vii. Dapur - diguna dalam proses mewarna

viii. Jangka untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki


ix. Penyisip untuk menyisip lebihan helaian daun supaya tidak terburai

3. PROSES MEMBUAT ANYAMAN

Ambil daun di waktu pagi / petang -> Potong bahagian pangkal -> Susun 3
5 helai -> Buang empulur -> Melayur daun di atas bara api -> Mengjangka
daun -> Melurut daun -> Ikat menjadi tongkol -> Rendam dalam air biasa 2
hari 2 malam untuk melunturkan warna hijau daun ( air perlu ditukar 2 kali
sehari ) -> Jemur hingga kering -> Proses mewarna -> Jemur semula ->
Melurut daun sekali lagi -> Proses anyaman boleh dilakukan.

4. TEKNIK DAN PROSES ANYAMAN

i. Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman

ii. Pepeh / Lepih anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses anyaman

iii. Sisip untuk mengelakkan anyaman terburai, alat penyisip buluh


digunakan

iv. Kerat pisau tajam digunakan untuk mengerat lebihan / baki anyaman

5. KELARAI

Kelarai ialah corak atau motif pada sesuatu anyaman. Biasanya kelarai yang
terdapat apada anyaman adalah berasaskan flora, fauna, geometri, abstrak,
nama tempat dan nama pereka.

6. FUNGSI TIKAR

i. Tikar biasa alas tidur & untuk tetamu

ii. Tikar sembahyang sebagai sejadah

iii. Tikar parudan alas semasa memarut kelapa

iv. Tikar jemuran untuk menjemur padi

v. Tikar alas nikah diguna semasa upacara akad nukah


7. BENTUK TIKAR

Tikar terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu;

i. Badan

ii. Kepala tikar

iii. Bucu tikar

iv. Tepi tikar

Anyaman Malaysia (Klik Disini)

Alatan Anyaman Tikar (Klik Disini)

Anyaman Tikar (Klik Disini)

Anyman Tikar Di Sekolah (Klik Disini)

Anyaman Ketupat (Klik Disini)

Tikar Purun Palembang (Klik Disini)

Anyaman Kraf Tradisional (Klik Disini)

Kesenian Anyaman (Klik Disini)

Seni Anyaman
10. Tembikar (Bacaan Lanjut-Klik Disini)

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,
proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh
bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

SONGKET

Definisi Songket

Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang


longsin (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang). Proses
pada asasnya mudah, ini dapat menghasilkan ciptaan seni tampak yang
indah dan menjadi kebanggaan bangsa. Pusat tenunan di Semenanjung
bermula di Terengganu. Pada masa ini Terengganu dan Kelantan adalah pusat
pengeluaran kain tenunan.

Tenunan sutera mempunyai corak yang mudah seperti corak Muar (susun
melintang dan berdiri); corak Bugis (susunan bersegi kecil), corak melintang
tapak catur, kain limar, kain pelangi, corak parang, rosak, hingga ke tenunan
songket dengan corak bintang bertabur, jong sarat, dan teluk berantai.

Nama kain songket berasal daripada teknik membuat songket, iaitu


menyongket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya
songket terbahagi kepada dua jenis, iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama
tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera
dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih
sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan
benang emas yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang
sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan
kesan.

Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau
bunga lawi ayam (dalam bentuk pucuk rebung), diapit di antara kepala dan
tepi kain.

Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah


pucuk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung,
bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, dan buah
delima. Manakala corak-corak songket yang abstrak dinamakan kasap, pecah
lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga
kerongsang, dan jong sarat.

Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta,
air molek, awan larat, dan teluk berantai. Yang diilhamkan daripada haiwan
ialah bunga lawi ayam, unduk-unduk, bunga hati, dan sisik kelah.

Kain songket menggunakan warna seperti merah asam jawa, merah darah
ikan, merah jambu, kuning penang masak, kuning lemak ketam, kuning tanah
liat, kuning kunyit, hijau pucuk pisang, hijau serindit, hijau batang bemban,
hijau lumut, hijau terusi, biru air laut, biru manis, ungu biji rembia (butir
setar), ungu manis, kelabu asap, dan hitam.

Proses menenun adalah sama bagi kebanyakan negeri di Semenanjung


Melayu. Perbezaannya mungkin terdapat dalam penggunaan alat-alat
tenunan, istilah-istilah yang diberikan kepada proses menenun dan corak
bunga songket yang digunakan.

Pada amnya menenun songket terdiri dari lapan proses. Proses ini diturunkan
secara rahsia dari satu generasi ke generasi yang lain oleh penenun yang
mahir. Penenun ini hanya menyampaikan pengetahuan dan kemahiran
menenun kepada anak-anak dan cucu-cicit yang berminat sahaja.

Corak Dan Motif Songket

Kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit, serta
motif yang dihasilkan di atas kain tenunan tangan. Terdapat lebih dari 100
motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun
tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh
bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut
dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan
mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam.
Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama-nama pokok dan
sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan
dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik
dan tepung talam.

Terdapat banyak corak dan motif pada kain songket. Kadang-kadang motif
yang sama tetapi mempunyai nama yang berbeza. Sebagai contoh motif
bunga bintang di negeri Kelantan, tapak sulaiman di negeri Sarawak.

Pakar penenun di Terengganu dan Kelantan sekarang jarang sekali mendraf


atau merekakan corak songket terlebih dahulu sebelum mereka mula
menenun. Biasanya mereka akan meniru terus daripada contoh-contoh
songket lama yang mereka simpan. Kadang-kadang mereka mengambil corak
daripada sarung songket yang lain apabila cork ini menjadi kegemaran ramai.
Bagaimanapun untuk membuat corak-corak songket, seseorang itu perlu
mempunyai sifat-sifat penyabar, baik dari segi penglihatan mahupun ingatan.

Struktur kain songket terdiri daripada:

a) Badan kain

b) Kepala kain / petak kain

c) Tepi kain / kaki kain

d) Pengapit kepala kain

e) Tanah kain

f) Punca

g) Pengapit badan kain

h) Kaki punca

i) Kendik

Jenis-jenis Utama Corak Songket

Corak pada kain songket terdapat enam jenis yang utama seperti berikut:
1) Songket bunga penuh

2) Songket bunga bertabur

3) Songket corak jalur

a) Jalur corak berdiri

b) Jalur corak melintang

c) Tepi kain

4) Songket corak siku keluang (zig-zag)

5) Songket tapak catur

6) Songket pucuk rebung

Corak kain songket kontemporari

Menurut pengusaha kain songket Encik Mohamed Hussein di Cik Minah


Songket negeri Kelantan, corak kain songket temporari yang ada di negeri itu
tidak banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan corak songket masa
dahulu. Corak songket temporari yang ada adalah berdasarkan kehendak dan
citarasa pengguna kain songket. Walaubagaimanapun motif bunga-bungaan
yang ada pada kain songket kini adalah motif yang dianggap moden
berbanding dengan motif bunga pada zaman dahulu. Contohnya motif bunga
raya, bunga ros, tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis, rempah-ratus, motif
pua kumbu dari negeri Sarawak, motif tulisan,motif logo syarikat dan
sebagainya. pekerja-pekerja dari sektor kerajaan kini telah mewajibkan
pekerja-pekerja mereka memakai songket pada hari Jumaat iaitu memakai
sampin dan baju melayu bagi kaum lelaki khususnya dan menunaikan solat
Jumaat.

Nilai-nilai estetik pada corak songket kontemporari

Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi
pengolahan susun atur dan motif yang digunakan mengikut kehendak
pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain songket lebih mengutamakan
citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempah motif-motif yang
mereka minati. Bagi pengguna kain songket ini konsep keindahan dapat
dinikmati pada sesuatu motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai.
Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu yang
menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk dijadikan motif pada kain
songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini menunjukkan
bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era
pembaharuan tentang pengaplikasiannya.

Proses Menenun

Mencelup benang

Pada masa kini penenun-penenun mewarnakan benang secara moden.


Mereka menggunakan pewarna kimia yang diimport dari Amerika, Jerman dan
England. Benang yang diwarnakan secara tradisional menggunakan pewarna
tumbuh-tumbuhan seperti kesumba (carthanus tinctorius), kunyit (turmeric)
dan sebagainya. Pewarna ini dicampur dengan jus asid buah gelugur atau
buah belimbing. Sebelum benang sutera diwarnakan, ia perlu dibersihkan
dengan memasukkannnya ke dalam air yang bercampur abu kerana sutera
yang dibawa masuk dari China adalah sutera mentah, kasar dan berwarna
kekuningan. Abu yang digunakan untuk mencuci sutera itu adalah dari kulit
durian atau tangkai buah kelapa. Selepas itu ia dibilas dengan air yang bersih
dan dikeringkan. Hasilnya sutera menjadi putih, lembut dan halus dan sedia
untuk diwarnakan.

Menerai Benang

Setelah tongkol benang diwarnakan dan dikeringkan ia dililit kepada batang


buluh kecil untuk dijadikan benang peleting dengan bantuan alat rahat dan
Darwin atau daun ruing. Darwin biasanya terdiri daripada bingkai yang dibina
daripada palang-palang buluh yang dihubungkan dengan tali penjuru yang
bertentangan. Pada bingkai ini dimasukkan setongkol benang yang kemudian
benang ini dililitkan ke batang buluh yang dipanggil peleting dengan
memusingkan pemutar rahat ynag merupakan satu lat untuk proses putaran.
Rahat pada zaman moden ini terdiri daripada roda kayu sebesar jejari 12 inci
yang dihubungkan ke tempat pemutar yang dipanggil tangan rahat.
Menganing Benang

Proses untuk penyediaan benang loseng dengan menggunakan alat anian


yang terdiri daripada pemidang peleting dan bingkai pembuat loseng. Proses
membuat benang loseng bertujuan menentukan berapa panjang benang
yang perlu ditenun untuk mendapatkan saiz dan jumlah kain dikehendaki.

Menyapuk benang

Menyapuk dilakukan dengan menyusutkan dua urat benang loseng. Setelah


zaman berlalu, cara menenun yang rumit telah mengalami sedikit
perubahan. Sekarang untuk membuat latar belakang songket adalah lebih
mudah dan cepat. Cara menenun latar belakang songket yang menggunakan
teknik ikat memakan masa yang panjang dan tidak hairanlah kalau harganya
terlalu mahal. Teknik menenun dan bahan yang digunakan dalam
menghasilkan songket masih terpelihara sejak zaman berzaman.

Mengarat

Mengarat dimulakan dengan gelung bahagian bawah dahulu dan kemudian


benang loseng diterbalikkan untuk dibuat gelung-gelung bahagian atas pula.
Gelung-gelung ini dibuat dengan bantuan papan karat. Benang asing yang
lebih tebal daripada benang loseng digunakan dalam membuat karat. Benang
ini dimasukkan di bahagian bawah sebarisan benang loseng yang terangkat
meninggalkn ruang yang disebut ruang belira iaitu ruang yang terjadi apabila
kayu belira ditegakkan. Mengarat dimulakan dari bahagian hujung benang
loseng.

Menyongket

Semasa menenun kain, penenun memasukkan kayu sumbi pada bahagian


bawah kain yang ditenun. Kayu sumbi digunakan untuk mengawal supaya
tepi kain yang ditenun itu sentiasa lurus mengikut lebar kain yang
ditentukan.
Menenun

Penenun akan menggerakkan pijak karat dengan kakinya dan torak yang
mengandungi dua lembar benang emas di dalamnya, disilang merentasi
ruang belira. Selepas itu belira dikeluarkan dan benang emas disikat dan
ditekan dengan gigi jentera supaya kedudukan benang pakan kelihatan
kemas
http://artzskill.blogspot.com/p/bidang-mengenal-kraf-tradisional.html

Anda mungkin juga menyukai