Anda di halaman 1dari 8

Menservis motosikal

Pengenalan

Motosikal haruslah sentiasa diservis secara berkala untuk memastikan sentiasa berkeadaan baik
dan selamat digunakan. Terdapat pelbagai jenis penyelenggaraan yang dapat dibuat keatas
motosikal, antaranya ialah ;

a) Mengganti minyak enjin


b) Menservis palam pencucuh
c) Menegang dan melincir rantai
d) Menservis brek

A) Mengganti minyak enjin

Kebiasaannya minyak enjin diganti selepas 3000 hingga 5000 kilometer sahaja. Terdapat tiga
jenis minyak enjin yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah jenis mineral, semi sintetik, dan
sintetik. Minyak enjin berbeza mengikut kelikatan dan kualiti. Semakin tinggi kualitinya
semakin tinggilah harganya. Tujuan utama mengganti minyak enjin adalah untuk memastikan
enjin sentiasa dalam keadaan baik dimana minyak enjin yang telah lama digunakan telah
kotor dan mengandungi kandungan karbon yang banyak.
Langkah-langkah menukar minyak enjin.

1. Longgarkan skru minyak enjin dengan sepana saiz 17 inci.

2. Sediakan bekas takungan untuk menakung minyak pelincir yang lama. Buka skru minyak
enjin untuk mengeluarkan minyak tersebut.

3. Pastikan minyak pelincir yang lama dikeluarkan sepenuhnya. Jika perlu, condongkan
motosikal bagi mengeluarkan sisa-sisa yang masih berbaki.

4. Longgar dan buka penutup minyak pelincir dengan menggunakan pelayar gabung atau
pelayar muncung tirus. Buka dengan berhati-hati untuk mengelakkan penutup rosak.
5. Ketatkan skru enjin dengan sepana 17 inci. Kemudian masukan muncung corong
kedalam lubang enjin.

6. Tuangkan minyak pelincir yang baru kedalam corong sebanyak 1 liter.

7. Ketatkan penutup minyak pelincir dengan menggunakan pelayar muncung tirus.


8. Periksa skru enjin untuk memastikan tiada kebocoran berlaku.

B) Menservis palam pencucuh

Palam pencucuh perlu diservis kerana bagi memastikan ruang kelegaan mengikut piawaian
supaya percikan api yang dihasilkan baik. Terdapat pelbagai jenama palam pencucuh di
pasaran.

Langkah-langkah menservis palam pencucuh.

1. Tanggalkan kabel palam pencucuh dan kemudian tanggalkan palam pencucuh menggunakan
sepana palam pencucuh saiz 17 inci.
2. Periksa palam pencucuh yang telah dibuka untuk mengetahui kerosakan yang perlu diservis.

3. Ukur ruang kelegaan palam pencucuh dengan menggunakan tolok perasa. Pastikan ruang
kelegaan adalah 0.5 mm.
4. Masukkan palam pencucuh kedalam lubang kepala silinder dan ketatkan menggunakan
sepana palam pencucuh. Masukkan kabel palam pencucuh dengan betul.

5. Hidupkan enjin motosikal bagi memastikan palam pencucuh berfungsi dengan baik.

C) Menegang dan melincir rantai

Rantai digunakan untuk menghubungkan kuasa dari enjin ke roda belakang untuk
menggerakan motosikal. Manakala minyak rantai pula berfungsi sebagai bahan pelincir pada
rantai untuk mengurangkan geseran pada gegancu. Jika geseran berlebihan akan
menyebabkan rantai putus dan gegancu cepat haus.
Langkah-langkah menegang dan melincir rantai

1. Periksa ketegangan rantai dengan menggunakan sepana atau pemutar skru. Jika rantai tidak
tegang, laraskan skru pelaras mengikut ketegangan yang sesuai.

2. Tuangkan minyak pelincir pada rantai dalam masa yang sama gerakkan roda belakang untuk
minyak pelincir terkena kesemua bahagian rantai.

D) Menservis brek

Brek merupakan salah satu komponen motosikal yang paling penting. Ini adalah kerana brek
yang berfungsi dengan baik dapat menjamin keselamatan penunggang serta orang awam.
Brek haruslah sentiasa diperiksa dan diselenggara dari masa ke semasa. Terdapat dua jenis
brek pada motosikal iaitu brek cakera dan brek gelendong.

Langkah-langkah menservis brek


1. Periksa keadaan brek dengan menekan pemijak brek.

2. Jika berlaku kekurangan cengkaman brek, laraskan skru pelaras brek menggunakan
sepana 12 inci mengikut kesesuaian cengkaman yang dikehendaki.

Anda mungkin juga menyukai