Anda di halaman 1dari 10

ORGANISASI PEMBELAJARAN

(TUGASAN INDIVIDU 1)

1.0 PENDAHULUAN
Orlikowski (2002) di dalam Ghani et. al. (2014) mengatakan bahawa kejayaan sesebuah

organsiasi pada masa hadapan memerlukan sikap bertanggungjawab dan pengetahuan yang

terkini. Oleh itu, Ghani et. al. (2014) menyimpulkan bahawa sesebuah organisasi perlu

menggalakkan warganya untuk belajar bagi menjayakan visi dan hasrat sesebuah organisasi

pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, setiap organisasi perlu menjadi sebuah organisasi

pembelajaran. Organisasi pembelajaran (atau learning organisation) sebeanrnya mulai

menjadi perhatian semenjak tahun 90an. Organisasi pembelajaran diperkenalkan oleh Peter

Senge di alam buku tulisannya yang bertajuk The Fifth Discipline. Organisasi

pembelajarana dalah salah satu cara atau strategi dalam memperkasakan sesebuah organsiasi

agar dapatduduk sama rendah dan berdiri sama tinggi selari dengan organaisasi yang lain di

sekitarnya.

Ciri-ciri dan struktur organisasi pembelajaran pada setiap organisasi adalah berbeza di

anatara satu sama lain(Ong Gua Pak, 2012). Fiol Et Lyles (1985) di dalam Ong Gua Pak

(2012) menyatakan bahawa konsep organisasi pembelajaran adalah satu gambaran bahawa

ahli di dalam organisasi tersebut sebenarnya melalui suatu proses pembelajaran (dengan

cepat) lantas menggunakan pengetahuan serta kecekapan mereka untuk meningkatkan

perkembangan organisasi mereka. Malah, organisasi pembelajaran sebenarnya berfokus

kepada aspek pembelajaran jangka panjang. Watkins dan Marsicks (1996) telah

mendefinisikan organisasi pembelajaran melalui gambaran ciri-ciri organisasi yang aktif

dengan aktiviti pembelajaran secara berterusan dalam pekerjaan mereka seharian.

Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa organisasi pembelajaran merupakan

perkara yang menumpukan kepada kelangsungan sesuatu organisasi, pelaksanaan aktiviti di

dalam organisasi, cara bagaimana organisasi menyesuaikan diri dengan persekitaran serta
langkah yang diambil bagi mencapai matlamat di dalam organisasi. Ong Gua Pak (2012) juga

mengatakan bahawa demi merangsang perkembangan organisasi pembelajaran makan

peruntukan seperti sumber keangan, peralatan dan latihan hendaklah diberikan kepada setiap

ahli organisasi. Tambahan itu pula, budaya penyelidikan, inovasi, kreatif dan inistiaf perlu

diterapkan dalam kalangan ahli organisasi agar dapat bersama-sama menggalakkan

pertumbuhan organisasi pembelajaran. Hal in kelak akan mewujdukan nilai tambah dalam

diri seseorang pekerja lalu menggalakkan lagi perkembangan positif organisasi pembelajaran.

2.0 DEFINISI

Organisasi pembelajaran menurut Peter Senge (1990) adalah situasi dimana setiap orang

berusaha meningkatkan keupayaan diri mereka dalam membuat keputusan dengan mengguna

pakai idea pemikiran terkini serta berhasrat untuk terus belajar. Dalam erti kata lain,

organisasi pembelajaran merupakan pembelajaran yang berlaku secara berterusan dalam

setiap pekerja dan mereka sentiasa berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri agar dapat

membuat keputusan rasional sesuai dengan bidang kerja mereka seharian. Mumford (1195)

pula meletakkan organisasi pembelajaran sebagai organisasi yang mewujudkan persekitaran

aktif dan menggalakkan (baik dari segi tingkah laku mahupun amalan) untuk pembangunan

secara berterusan. Mancini dan Marek (2004) pula berpendapat bahawa organisasi

pembelajaran adalah keadaan di mana ia mampu meningkatkan keupayaan organisasi dalam

menghadapi sebarang bentuk perubahan atau transformasi. Hal ini kerana adanya budaya

pembelajaran yang berterusan dalam kalangan ahli organisasi yang berlaku secara aktif.

Di samping itu, organisasi pembelajaran juga menurut Larsen (1996) di dalam Lyle

(2012) disokong oleh pembelajaran individu dan pembelajaran berpasukan secara bersama-
sama demi untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis yang merentasi sempadan.

Malah ia adalah perkongsian yang bermanfaat di antara kedua-dua pihak agar dapat

meyumbang kepada kejayaan organisasi untuk menjadi organisasi pembelajaran yang efektif.

Koh Lee Chin (2014) mentakrifkan organisasi pembelajaran sebagai situasi yang

menunjukkan bahawa individu-individu di dalam organisasi sentiasa berusaha untuk

menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka baik secara formal atau tidak formal

demi untuk melonjakkan pretasi diri secara amnya serta organisasi secara khususnya.

3.0 MODEL ORGANISASI PEMBELAJARAN

Perkongsian Visi

Organisasi Pemikiran Secara Bersistem


Penguasaaan Diri Pembelajaran

Pembelajaran Pembelajaran
Individu Kumpulan/Pasukan

Pembelajaran Pasukanjar
Model Mental

i) Penguasaan Diri
Penguasaan diri merujuk kepada keupayaan seseorang individu dalam menguasai

sesuatu bidang secara berterusan, memahami kehendak visi secara jelas,

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri, mempunyai kesabaran dan

menggunakan sudut pandangan yang objektif dalam menilai sesuatu perkara.

Kefahaman dan keupayaan menggunapakai fikiran bawah sedar serta kebolehan

melihat perkaitans segala sesuatu secara menyeluruh adalah adalah faktor utama

dalam penguasaan diri.

ii) Model Mental

Model mental adalah pandangan seseorang terhadap suatu perkara yang

mempengaruhinya dan bagaimana dia melihat sesuatu dan seterusnya bertindak

terhadap perkara yang berkenaan. Menurut Senge (1990), adalah penting untuk setiap

warga organisasi memastikan model mentalnya berada dalam keadaan membantu dan

tidak menghalang kemajuan organisasi. Justeru, sebahagian proses pembelajaran

adalah melihat dan menilai semula model mental masing-masing.

iii) Perkongsian Visi

Pengurus atau pemimpin pula hendaklah membangun, menyebarkan visi, matlamat

dan nilai organisasi kepada semua kakitangan di bawahnya. Senge (1990)

menyatakan bahawa perkongsian visi akan memudahkan pelaksanaan proses

pembelajaran organisasi dan visi sepunya (shared vision) akan mendorong warga

organisasi untuk lebih komited dan menggalakkan semangat kerja secara berpasukan.

iv) Pemikiran Secara Bersistem


Setiap ahli atau warga kakitangan di dalam sesebuah organisasi hendaklah melihat

setiap perkara dengan menyeluruh. Perkaitan di antara setiap perkara hendaklah

diambil kira. Pemikiran secara bersistem ini kelak akan memudahkan individu

melihat dan menilai sesuatu perkara dengan lebih berkesan.

v) Pembelajaran Berkumpulan

Kumpulan boleh mempelajari sesuatu lebih baik daripada seorang individu semata-

mata. Kecerdasan kumpulan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kecerdasan

pemikiran secara individu. Menguasai pola pemikiran dan interaksi dalam sesebuah

kumpulan adalah kunci utama kejayaan pembelajaran berkumpulan dan seterusnya

menjadi faktor penting dalam kejayaan pembelajaran organisasi.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PEMBELAJARAN ORGANISASI

MELALUI PEMBELAJARAN INDIVIDU, PEMBELAJARAN KUMPULAN DAN

PEMBELAJARAN ORGANISASI

i) Menggalakkan penghargaan kepada kelenturan dan pembelajaran

Demi untuk menggalakkan penghargaan kepada kelenturan dan penyesuaian, setiap

kakitangan diseur untuk melihat setiap amalan kerja sebagai sesuatu yang sentiasa

boelh diperbaiki dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

ii) Menggalakkan pemikiran secara bersistem

Mengikut Senge (1990), kecenderungan menggunakan model mental yang mudah

adalah halangan utama bagi pembelajaran. Pemikiran secara bersistem adalah

penggunaan model mental yang sentiasa mengambil tahu akan semua elemen
persekitaran yang wujud. Pemikiran secara bersistem akan melihat setiap perkara itu

berasal daripada pelbagai faktor dan jenis tindakan pelbagai yang boleh diambil untuk

menyelesaikannya.

iii) Membantu warga organisasi memahami dan mempertingkatkan model mental

Model mental merupakan tanggapan atau andaian seseorang individu dalam melihat

dan mentafsirkan sesuatu peristiwa. Contohnya, semakin banyak maklumat yang

diperoleh maka semakin tinggi kadar penyelesaian masalah akan berlaku. Seseorang

pemimpin hendaklah membantu ahli organisasinya dan menambah baik model mental

agar dapat meningkatkan keupayaan pembelajarannya serta boleh menyelesaikan

masalah (Senge, 1990).

iv) Menggalak dan mempermudah pembelajaran individu dan kumpulan

Senge (1990) mengatakan bahawa organisasi hanya belajar apabila individu di dalam

dalam organisasi tersebut turut belajar. Oleh tu, demi untuk meningkatkan

pembelajaran organisasi maka pembelajaran individu terlebih dahulu perlu

dipertingkatkan. Budaya pembelajaran yang kondusif perlu diwujudkan untuk

merangsang pembelajaran individu.

v) Menggalakkan penyelidikan

Aktiviti penyelidikan dijalankan untuk mengetahui berkenaan hal sebenar (masalah

dan langkah mengatasinya). Penyelidikan akan menyediakan pelbagai maklumat dan

pengetahuan yang terkini dan seterusnya dikongsikan dalam kalangan organisasi bagi

tujuan menyebar luaskan budaya pembelajaran organisasi pula untuk menggakkan

perkembangan organisasi pembelajaran.


vi) Mendapatkan pengetahuan daripada luar organisasi

Selain daripada itu, salah satu cara untuk memperolehi pengetahuan baru adalah

dengan menyelidiki dan mengenal pasti amalan kerja (terbaik) yang dilaksanakan

oleh organisasi lain yang diiktiraf sebagai berjaya. Malah, usaha sama dengan

organisasi lain juga akan menggalakkan pembelajaran organisasi.

vii) Menggalakkan inovasi

Penetapan matlamat inovasi merupakan salah satu cara yang akan meningkatkan

kecekapan warga organisasi. Matlamat inovasi ini terbahagi kepada matlamat

individu dan matlamat kumpulan. Perkembangan matlamat inovsi ini perlu sentiasa

dipantau dan dikawal selia. Sesungguhnya, tanpa sedar, kakitangan di dalam sesebuah

organisasi banyak menghasilkan idea baharu dan inovasi akan tetapi mereka

kekurangan ruang, peluang dan masa untuk melaksanakannya. Justeru, pihak

pengurusan atau kepimpinan tertinggi organisasi wajar menyediakan ruang dan

peluang untuk mereka berkarya dan menghasilkan inovasi.

viii) Pemberian pengiktirafan dan ganjaran

Pemberian ganjaran yang bersesuaian akan mendorong kerancakkan pelaksanaan

proses pembelajaran organisasi dengan lebih aktif. Sistem ganajran ini akan

mempengaruhi pembelajaran individu, kumpulan dan penyaluran maklumat atau

pengetahuan ke seluruh bahagian organisasi. Warga organisasi yang menyumbang

dalam sesuatu proses kerja perlu diebri pengiktirafan dan ganajaran sesuai.

Tuntasnya, organisasi pembelajaran adalah merupakan satu aliran baharu dalam

pengurusan yang akan mempertingkatkan keupayaan dan kejayaan bagi sesebuah

organisasi.Amalan organisasi pembelajaran juga membolehkan warganya sentiasa


mencari data dan maklumat daripada persekitarannya. Di dalamnya berlaku perkongsian

pengetahuan dan mengandungi sistem dan proses untuk berkongsi pengetahuan dan

maklumat (Johnson, 2002)

RUJUKAN
Ghani, M. F. A., Ishak, R., Siraj, S., Kenayathulla, H. B., & Crow, G. M. (2014). Keberkesanan
Amalan Organisasi Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Cemerlang Di Kuala Terengganu,
Terengganu: Satu Kajian Awal. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 2(3).

Ishak, R. B., Ghani, M. F. B. A., Siraj, S., Perancangan, J. P., & Pendidikan, D. (2013). Amalan
Pembelajaran dalam kalangan Guru Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik, 1(2).

Koh, L. C. (2014). Ciri-Ciri Organisasi Pembelajaran Mengikut Persepsi Guru Di Sekolah-


Sekolah Menengah Di Malaysia. Universiti Malaya.

Lyle, E. R. (2012). Learning organisation [al] learning. International Journal of Business and
Social Science, 3(6).

Ong Gua Pak (2012). Organisasi Pembelajaran. Jurnal Pengurusan Awam.

Senge, P. M. (2014). The fifth discipline fieldbook: Strategies and tools for building a learning
organization. Crown Business.

Watkins, K. E., & Marsick, V.J. (1996). In action: Creating a learning organization. Alexandria,
VA: American Society for Training and Development

Anda mungkin juga menyukai