Anda di halaman 1dari 5

AJ10403 PENGANTAR ARKEOLOGI

NAMA PENSYARAH: EN. BASZLEY BEE BIN BASRAH BEE

NOMBOR SOALAN : 2

TAJUK SOALAN : BINCANGKAN PERBEZAAN ANTARA


ANTIKUARIAN DAN ARKEOLOGI

NAMA NO. MATRIKS TANDA TANGAN


NORIJAN BINTI MUHIN BA16110435
ABDUL KHALID BIN AMIL BA16110276
HASAN
1.0 PENGENALAN

Arkeologi umumnya sering dikaitkan dengan unsur-unsur


pengembaraan yang mencabar, penemuan yang bernilai, kisah-kisah
misteri, tamadun-tamadun purba dan watak-watak utama dalam filem
cereka seperti Indiana Jones dan The Lost of King Solomon Mines.
Gambaran-gambaran sedemikian hanyalah tokok tambah daripada
gambaran sebenar bidang ini. Arkeologi sebagai satu disiplin ilmiah telah
berkembang. Arkeologi atau juga dikenali sebagai kaji purba merupakan
salah satu bidang sains sosial yang melakukan kajian tentang kebudayaan
pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian sesuatu kesan
terhadap barangan tinggalan masa lampau.

Manakala, Purbawanisme pula bermaksud kegiatan pengumpulan


barang-barang antik atau barang-barang purba yang muncul sebelum ada
disiplin ilmu arkeologi. Purbawanisme tidak mementingkan aspek disiplin
terhadap barang-barang antik yang telah ditemui berbanding dengan
bidang arkeologi. Kegiatan Purbawanisme juga adalah tertumpu pada
pengumpulan dan penggalian tapak arkeologi untuk mendapatkan barang-
barang antik yang tidak mementingkan aspek teoritikal metodologi kajian
berbanding dengan perkembangan Arkeologi Lama pada abad ke-19
Masehi.

Berdasarkan maksud bagi kedua-dua istilah ini sahaja sudah


menggambarkan perbezaan yang cukup ketara antara satu sama lain.
Justeru, terdapat beberapa lagi perbezaan di antara bidang arkeologi dan
purbawanisme.
2.0 PERBEZAAN DARI ASPEK METODOLOGI KAJIAN

Perbezaan utama di antara bidang arkeologi dan purbawanisme


(antiquarian) adalah dari aspek metodologi kajian. Arkeologi seperti
bidang sains memerlukan pengumpulan data, menjalankan eksperimen,
membuat formula dan hypothesis, menguji hipotesis dan membuat
interpretasi serta model untuk membina gambaran sejarah lampau.
Keadaan ini sama dengan kerja seorang saintis yang membina sesuatu
pengetahuan terhadap alam dimana sesuatu fenomena atau kejadian
tidak wujud secara sendiri. Arkeologi juga adalah bidang sains dan
kemanusiaan. Arkeologi mencerminkan tahap intelektual seorang saintis
dan ahli sejarah. Aplikasi kaedah sains amat jelas dalam arkeologi seperti
penggunaan pentarikhan radiocarbon, kajian kesan gunaan, petrografi dan
ia melibatkan banyak bidang sains seperti biologi, kimia, fizik, geologi ,
zoologi, botani dan sebagainya.

Berbeza dengan golongan purbawanisme (antiquarian) yang tidak


mempunyai disiplin tersendiri terhadap pencarian mereka. Hal ini
demikian kerana mereka menjadikan pengumpulan barangan antik
sebagai hobi. Individu-individu tersebut menjadikan pengumpulan barang-
barang antik sebagai hobi dan mengejar kepelbagaian minat kerana
mereka menilai objek-objek yang mereka telah kumpul atau kaji selalunya
sebagai sesuatu yang indah atau sebagai sifat ingin tahu. Pengumpul
amatur tersebut selalunya dipanggil sebagai antiquarian, yang menjadi
pengumpul barang-barang antik tinggalan masa lampau. Pada asasnya,
usaha pada awalnya adalah bermula dengan mencari pengetahuan yang
sering digabungkan dengan aktiviti mencari harta karun. Tidak terkira
individu-individu yang telah menemui barang-barang antik. Mereka juga
kerap menghadapi kemalangan dan ada yang terkorban semasa pencarian
barang-barang antik tersebut.

3.0 PERBEZAAN DARI ASPEK SKOP KAJIAN

Berdasarkan aspek skop kajian, bidang arkeologi mempunyai enam


sub-disiplin dalam arkeologi moden hari ini seperti Arkeologi Prasejarah
iaitu mengkaji zaman prasejarah dari paleolitik-logam, kemudian Arkeologi
Klasik yang mengkaji zaman Greece dan Rom. Kedua, Arkeologi
Protosejarah iaitu mengkaji zaman selepas berakhirnya prasejarah (logam)
dan bermula dari abad 1 hingga abad ke14. Ketiga, Environment
Archaeology pula merupakan kajian terhadap bagaimana manusia
memanafaatkan sumber haiwan, tumbuhan dan bagaimana masyarakat
lampau beradaptasi dengan perubahan persekitaran. Kelima, underwater
archaeology iaitu kajian dasar laut atau tasik yang melibatkan bukti-bukti
arkeologi bawah air seperti kapal karam dan sebagainya. Akhir sekali, sub
disiplin etnoarkeologi adalah bidang arkeologi yang menggunakan
pendekatan etnografi dengan mengkaji living cultures dan budaya
material masyarakat kontemporari untuk memahami masyarakat lampau,
contohnya kajian Lewis Binford terhadap masyarakat Nunamiut Eskimo di
Alaska telah membantu beliau bagaimana sesuatu rekod arkeologi
terbentuk seperti bagaimana corak sisa tulang haiwan buruan yang
dimakan oleh manusia.

Bertitik tolak dari itu, purbawanisme pula tidak mempunyai sub-


disiplin malah tidak menekankannya dalam skop pencarian mereka.
Golongan yang dikenali sebagai antiquarian ini juga digelar sebagai
penceroboh ekoran ketaksuban mereka terhadap barangan antik yang
pada mereka memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda. Misalnya,
Pusat-pusat Tamadun Dunia Baru di Amerika Tengah dan Peru telah
menjadi tumpuan penceroboh-penceroboh yang lebih giat menjalankan
kegiatan Purbawanisme. Kebanyakan kedai seni atau studio pereka hiasan
di Amerika Syarikat mempunyai beberapa seni Columbia seperti tembikar
yang halus seninya, patung-patung ukiran batu, atau ukiran-ukiran jade.
Barang-barang purba tersebut telah diseludup keluar dari negara asalnya.
Namun begitu, pengeksportan dan pengimportan objek-objek arkeologi
pra-Columbia telah dilarang dengan wujudnya perjanjian yang baru-baru
sahaja dikuatkuasakan di antara Amerika Syarikat dengan Mexico serta
negara-negara Amerika Tengah.

4.0 PERBEZAAN DARI ASPEK TEORI

Anda mungkin juga menyukai