Anda di halaman 1dari 5

AJ10403 PENGANTAR ARKEOLOGI

NAMA PENSYARAH: DR. BASZLEY BEE BIN BASRAH BEE

NAMA TUTOR: CIK NURUL MARDIAH

MASA: 10:00AM-11:00AM

TEMPAT: BILIK TUTORIAL 4, FKSW

NAMA PEMBENTANG:

NORVADILA BINTI MANCA BA16110160


ASLINAH BINTI ABDILLAH BA16110176

SOALAN 13: BINCANGKAN PENEMUAN TERKINI KAJIAN ASAL USUL (KEPURBAKALAAN) MANUSIA.

Pengenalan
 Kepurbakalaan atau Antikuiti manusia adalah mengenai teori pembuktian kewujudan manusia
tentang asal usul dan zaman awal tetang manusia.
 Secara umumnya antikuiti merupakan objek atau barang purba seperti bangunan atau karya-karya
seni yang lazimnya berusia lebih dari 100 tahun atau dalam usia masa tertentu. Antikuiti manusia
ianya berkait rapat dengan kepurbakalaan hominid secara menyeluruh sama ada melalui Teori
Keciptaan (creation) atau Teori Evolusi.
 Teori yang paling awal ialah teori keciptaan yang merujuk kepada pendirian Kitab agama Samawi
iaitu penciptaan manusia dalah oleh Tuhan.
 Manakala Teori Evolusi merujuk kepada konteks kewujudan manusia berasakan daripada sains
atau biologi teori ini telah dicetuskan oleh Charles Darwin. Teori ini menekankan kepada dua teori
pokok iaitu spesies yang hidup sekarang berasal daripada spesies yang hidup sebelumnya dan
evolusi terjadi melalui seleksi alam.
 Sejarah mengenai manusia mula timbul apabila golongan purbawanisme mula berminat untuk
mengkaji masa lampau manusia. Glyn Daniel melihat usaha sedemikian adalah satu penghargaan
terhadap ketuaan sejarah kewujudan manusia dan beberapa sistem kronologi realitif dalam
pengukuran masa ketuaan tersebut.
Penemuan terkini asal usul (kepurbakalaan) manusia.

1. Penemuan terkini kajian Manusia Liang Bua pada tahun 2004.

 Penemuan rangka manusia Homo floresiensis (yang memiliki tubuh dan volume otak
kecil). Penemuan di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur di Indonesia.
 Penemuan ini di temukan oleh kumpulan peneliti gabungan Indonesia dan Australia
pada tahun 2004

 Manusia Liang Bua ditemukan oleh Peter Brown dan Mike J. Morwood pada September
2003. Temuan ini dianggap sebagai penemuan sepsis baru yang bernama Homo
floresiensis, sesuai dengan tempat ditemukan fosil Manusia Liang Bua.
 Penemuan manusia Liang Bua mempunyai kesamaan dengan serpihan alat-alat batu dan
sisa-sisa binatang komodo dan sepsis kerdil gajah purba jenis stegodon.

2. Penemuan terkini rangka manusia purba 2017.

 Ditemukan di Gua Pawon, Desa Gunung Masigit, Kecamatan Cipatat, Kabupaten


Bandung Barat (KBB), Indonesia.
 Di temukan oleh peneliti dari Balai Arkeologi (Balar) Bandung dengan menemukan 2
rangka manusia purba
 Dari penelitian yang dilakukan sejak tahun 2000, secara keseluruhannya telah
ditemukan 7 rangka manusia purba zaman mesolitik di lokasi yang sama.
 Penemuan dua rangka manusia purba kali ini adalah lebih tua daripada penemuan-
penemuan sebelumnya.
 Penemuan dan lokasinya kali ini adalah lebih dalam daripada penemuan sebelumnya.
 Dulu hanya 1,6 meter, manakala penemuan yang sekarang ini masing-masing 2,45
meter dan 2,3 meter.
 Rangka manusia purba ini daripada zaman mesolitik, ciri-cirinya mereka tinggal di gua-
gua dan ditemukan sekali alat-alat dari tulang-tulang dan serpihan yang mereka pakai.

3. Penemuan terkini tiga Rangka Manusia 2011.

 Penemuan di situs percandian Batu Jaya, Karawang, Jawa Barat. Indonesia


 Ditemukan oleh Staf pemugaran Balai Pelestarian Cagar Budaya (BPCB)
 Dilihat dari ukuran tulang belulangnya tiga rangka itu diperkirakan dari usia yang berbeza
iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak.
 Rangka kanak-kanak tersebut masih lengkap dengan tulang dan gigi.
 Rangka ini sudah 18 abad usianya.
 Ini adalah salah satu rangka manusia masyakarat Batu Jaya Kuno. Kemungkinan besar
berasal daripada zaman prasejarah. Ia dibuktikan melalui carbon dating.
 Melalui carbon dating diketahui temuan rangka tersebut berasal dari abad ke-2 sehingga
abad ke-4.

4. 2002 rangka manusia (2, 900 tahun) Naitabale, Fiji

5. Julai 2005 16 rangka (3, 000 tahun) Bourewa, Fiji


Kesimpulan.
• Manusia telah hidup sejak bila lagi.
• Mengetahui cara hidup masyarakat terdahulu
• Menuntut kita untuk melakukan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan

RUJUKAN

Mark Q. Sutton dan Robert M. 2006. Archology The Science of the Human Past. California: State University
Bakersfield.

Justin Pollend. 2007. The Story of Archaeology in 50 Great Discoveries. Britain Quercus 21 Bloomsbury Square
London.

Loretta Barnard (et.al). 2007. The World Encyclopedia of Archaeology. Singapore: Firefly Books Ltd.

Ketut Wiradnyana, 2011, Prasejarah Sumatera, Indonesia, Yayasan Pustaka Obor Indonesia.

Putudananjaya, 2016, Peninggalan Arkeologi, Indonesia, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.

Hasan Djafar, 2012, Kompleks Percandian Batu Jaya, Jakarta, Rekonstruksi Sejarah Kebudayaan Daerah Pantai Utara
Jawa Barat.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2007.

Laman web: http://www.jmm.gov.my/ms/glosari Dilayari pada 28/3/2017.

Laman web: http://www.porosilmu.com/2015/12/memahami-teori-evolusi-charles-darwin.html. Dilayari pada


15/3/2017.

Laman web: http://nationalgeographic.co.id/berita/2013/09/wow-ditemukan-kerangka-di-situs-batu-jaya Dilayari


pada 16/4/2017.

Anda mungkin juga menyukai