Anda di halaman 1dari 8

Mencari Sinar Harapan

Masih Adakah Kehidupan Setelah Padamnya Harapan

002

Harapan adalah jiwa kehidupan. Manusia yang tidak


memiliki harapan umpama kuburan yang bergerak.
Hari-hari barunya ditempuhi dengan penuh
keterpaksaan. Semalam adalah kekecewaan dan
kehampaan sedangkan esoknya adalah misteri yang
mengumpulkan segala ketakutan. Kehidupannya
adalah kepudaran dan kehampaan sedangkan
umurnya adalah beban-beban yang bertambah

Azmi Bahari
http://my.opera.com/azmibhr/blog/
Mencari Sinar Harapan Abu Umar

Lilin harapan
Masih adakah lagi kehidupan setelah padamnya harapan?

Kita akan sanggup menempuhi apa saja halangan dan ujian selagimana harapan
masih lagi menyala di jiwa kita. Walaupun kehidupan yang kita tempuhi tidak
sepertimana yang kita rancang, walau kegagalan menghiasi setiap langkah yang
kita aturkan namun selagimana masih ada
harapan di hati, kita kan masih mampu
Ketika angin musibah meneruskan perjalanan hidup ini. Namun
sekali sekala bertiup ketika angin musibah sekali sekala bertiup
kencang hingga hampir-hampir lilin harapan
kencang hingga hampir-
kita terpadam, ketika itu kita merasakan
hampir lilin harapan kita kegelapan; hari-hari yang dilalui adalah mimpi
terpadam, ketika itu kita ngeri sedangkan esoknya adalah misteri yang
mengumpulkan segala ketakutan dan keputus
merasakan kegelapan;
asaan. Kita menoleh kebelakang namun segala
hari-hari yang dilalui kebahagiaan lalu bagai ilusi berkaca yang
adalah mimpi ngeri boleh kita bayangkan tetapi bukan untuk
sedangkan esoknya adalah disentuh. Namun setelah musibah itu reda
dan api lilin harapan kita kembali bercahaya
misteri yang seperti sebelumnya kita seolah-olah mati
mengumpulkan segala hidup semula dengan keazaman baru,
melangkah dengan jiwa yang tenang dan
ketakutan dan keputus
semangat yang membara. Kita tidak sabar-
asaan. sabar menanti hari esok untuk kita isikan
dengan impian dan harapan.

2 |M u k a s u r a t
Mencari Sinar Harapan Abu Umar

Harapan adalah kehidupan. Tidak ada


kehidupan tanpa harapan bahkan mulianya
insan kerana mulianya harapan yang dibina. Mulianya insan kerana
Harapan yang tumbuh dari keimanan yang mulianya harapan yang
benar, harapan yang dihiasi taqwa dan
dibina. Harapan yang
tawakal serta disinari cahaya nubuwwah dan
petunjuk Ilahi. Keimanan yang akan tumbuh dari keimanan
membuahkan keyakinan dan kesabaran. yang benar, harapan yang
Keyakinan pada janji-janji dan pertolongan
dihiasi taqwa dan tawakal
Allah SWT yang merawat segala kelukaan jiwa
dan keputus asaan. Keimanan yang akan serta disinari cahaya
membuahkan kesabaran yang menjadikan nubuwwah dan petunjuk
kehidupan ini indah dan bercahaya serta
Ilahi.
dilapisi dedaunan harapan dan keazaman.
Kesabaran yang Harumannya ialah kepasrahan
iaitu memandang baik segala keputusan Allah
disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya, kelopak-kelopaknya
diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan
dengan qadar Allah SWT.

Hinanya insan kerana hinanya harapan yang menguasai diri dan tingkahlakunya.
Harapan yang dibina diatas nafsu haiwani yang tidak mengenal batas dan hak.
Nafsu yang menjadi hijab antara kebenaran dan kebathilan, hak dan
tanggungjawab, kewajiban dan tegahan serta makruf dan kemungkaran. Harapan
yang dibutakan oleh kejahilan dan kemunafiqan. Harapan yang diwarnai ego,
takbur dan kepentingan diri.

Biar gelombang kegagalan menggoncang jiwa, biar hari-hari yang dilalui adalah
kesedihan dan kekecewaan serta hari esok yang tidak menjanjikan apa-apa,
janganlah dibiarkan lilin harapan kita terpadam. Pelihara ia agar terus menyala
dan meyinari hidup kita kerana tanpanya ialah keputus asaan dan kekecewaan,
tanpanya hidup ini adalah kuburan dan kematian.

3 |M u k a s u r a t
Mencari Sinar Harapan Abu Umar

Menanti Keajaiban
Namun kehidupan ini kadang-kadang umpama medan peperangan. Musuh boleh
muncul bila-bila masa sahaja. Sekejap tadi kita baru saja menarik nafas lega tetapi
belum sempat nafas itu dilepaskan semula suasana gawat muncul tiba-tiba.

Begitu juga dengan kehidupan kita, ketika ketenangan datang menyapa mesra
tiba-tiba sahaja fitnah dan ujian menerpa. Ketika kita dengan susah payah
meneguk erti kebahagiaan kini keresahan dan kegelisahan mengintai dengan
penuh rasa cemburu dan iri hati. Baru sekejap tadi kita melihat lautan kehidupan
begitu luas bersama cahaya mentari yang menerangi horizon diri tetapi kini awan
hitam mula menutupi pandangan bersama dentuman kekecewaan. Keresahan
mula mengisi ruang hati kita apabila ketenangan mula mengundur diri.

Kitapun sedar bahawa dunia ini pentas ujian. Kita cuba pasrahkan diri namun
kepasrahan itu sendiri tidak semudah ungkapan madah pujangga.

Disaat ini kita benar-benar menanti keajaiban. Kita panjatkan munajat keinsafan
disetiap ruang dan kesempatan. Zikir kita tidak lekang dari mulut sedang hati kita
penuh dengan pengharapan. Ya, pengHARAPAN itulah yang masih kita miliki
ketika kita di puncak penderitaan dan kekecewaan. Harapan itulah yang akan
menemani sesiapa sahaja yang terumbang ambing di lautan hidup. Dan HARAPAN
itu tak pernah mungkir untuk setia bersama kita ketika apa saja dan sebesar mana
musibah yang datang menimpa. Mungkin kerana itulah fitrah insan, bahkan atheis
(mulhid) yang tak percayakan tuhanpun apabila terumbang ambing dipukul
gelombang tanpa disedari akan mula menggenggam harapan agar dirinya
terselamat. Cuma mungkin kerana kita tersalah sandarkan harapan kita pada
bukan tempatnya maka harapan kita berakhir dengan kekecewaan dan keputus
asaan. Ataupun kita sandarkan pada tempat yang betul namun bukan dengan
sepenuh keyakinan maka hasilnya masih keraguan dan keputus asaan. Tetapi jika
HARAPAN itu kita sandarkan kepada DIA yang menjadikan alam dan makhluk
sekeliannya, DIA yang mentadbir alam dan isinya dan DIA yang Maha tinggi kasih
sayang dan keadilannya maka tentunya kita akan menemui suatu keajaiban yang

4 |M u k a s u r a t
Mencari Sinar Harapan Abu Umar

pernah ditemui oleh umat terdahulu yang berdepan dengan musib ah dan ujian
yang berkali ganda lebih hebatnya dari apa yang sedang kita hadapi

Cahaya Baru
Ketika musibah datang bertimpa-timpa.
bertimpa Ketika
kita dipuncak kerunsingan dan kegelisahan
tiba-tiba
tiba datang musibah baru yang lebih berat
dan diluar dugaan kita.

D unia terasa kelam dan diri kita terasa begitu


kerdil. Kita merasa diri ini terlalu lemah untuk
berdepan dengan arus kehidupan yang deras
dan mencabar. Kita mula mencari tempat
untuk berpaut, apa saja yang kita yakin dapat
memberi ketenangan dan kekuatan pada diri kita. Beberapa
eberapa kali kita terhempas
kerana tersalah dalam memilih tempat untuk berpaut. Kita jatuh lagi dan terus
hanyut dibawa arus kehidupan yang deras dan ganas.

Ketika kelemahan sampai kepuncaknya, kita merasakan diri kita hilang buat
seketika. Jiwa kita terlalu lemah dan silau untuk melihat dunia. Lalu putus asa
dengan kehidupan mula mewarnai jiwa jiwa. Kita teraba-raba
raba mencari diri hingga
akhirnya kita temui bahawa memang kita ini bukan apa -apa. apa. Kita ini memang
terlalu lemah dan kerdil, kita kini sedar
se dar bahawa kita sudah terlalu lama lupa diri.
Kita terlupa bahawa memang kita ini terlalu kerdil, lemah dan hina.

Kita mendongak ke langit, meneliti alam yang begitu rapi dan tersusun dan kita
melihat pada diri kita. Kita bertambah yakin bahawa kita ini bu kan apa-apa, kita
ini lemah, kita ini terlalu kerdil tetapi kita telah lupakan itu semua.kita telah
lupa diri kita siapa. Kita mula mengangkat tangan, lalu kita tadahkan kedua tangan
dengan penuh kerendahan dan kepasrahakepasrahan.n. Kita menangisi kelalaian diri,
diri kita
mula insaff segala kesalahan dan dosa.
dosa Lalu air mata mula la mengalir membasahi

5 |M u k a s u r a t
Mencari Sinar Harapan Abu Umar

wajah dan membersihkan segala kekotoran


pada hati kita; dendam, kebencian, keraguan,
Kita ini bukan apa-apa, kemarahan, keangkuhan dan kesedihan
kita ini lemah, kita ini mengalir lalu bersama titisan air mata.
terlalu kerdil tetapi kita Kita terlena dalam munajat dan keinsafan
telah lupakan itu hinggalah datang fajar baru dengan harapan
baru. Kita bangun sebagai manusia baru; tiada
semua.kita telah lupa lagi keangkuhan, dendam dan benci, tiada lagi
diri kita siapa. kemarahan dan kesedihan. Kita melihat ke
ufuk, kita melihat fajar baru menyerakkan
cahaya baru, kita menoleh bumi sekelilingnya,
yang kita lihat ialah kehidupan baru dengan jiwa yang baru. Dan kini kita
bertambah yakin bahawa yang menghidupkan ialah Allah SWT, yang memberi
kelapangan ialah Allah. Allahlah sumber kehidupan, sumber ketenangan dan
kebahagiaan.

Kemahuan & Harapan


Saya tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa kemahuan dan harapan. Jika
ada kehidupan tanpa keduanya tentu kehidupan itu adalah kehidupan yang
kosong, hampa, kaku serta tiada warna dan coraknya. Jika ada manusia yang
hidup tanpanya tentu kehidupannya terlalu hambar, penuh dengan kekecewaan,
sunyi dari ketenangan apatah lagi kebahagiaan.

Saya tidak sanggup untuk hidup dengan keadaan ini kerana saya tidak dapat
menemukan sebarang perbezaannya dengan kematian. Saya tidak melihat
sesuatu jiwa itu hidup tanpa ada kebangkitan dan kesedaran kerana bukan fitrah
kehidupan itu kaku dan mati. Saya tidak melihat sesuatu itu hidup tanpa
perubahan dan pergerakan kerana perubahan & pergerakan ialah nadi kehidupan
itu sendiri.

6 |M u k a s u r a t
Mencari Sinar Harapan Abu Umar

Namun untuk bangkit dan sedar, untuk berubah dan bergerak modalnya ialah
kemahuan dan harapan. Manusia yang tidak memiliki harapan tidak akan
melakukan seuatu perubahan untuk dirinya apatahlagi untuk orang lain. Manusia
tanpa kemahuan ialah manusia yang bertemu hari hari yang sama di dalam
kehidupannya; tidak ada hari-hari yang baru melainkan hari-hari suram yang
menjemukan.

Pasrah
Langit tidak selalu cerah. Kita mengharapkan panas hingga ke petang, tiba-tiba
hujan ditengahari. Ini adalah sebahagian dari kata-kata orang tua-tua berkaitan
dengan kehidupan kita. Tentunya kata-kata ini tidak lahir secara kebetulan tetapi
melalui pengalaman yang terbukti berulang-ulang kali.

Inilah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Namun kenapa kita masih lagi terkejut
apabila berdepan dengan masalah yang tidak kita jangkakan? Kita inginkan
kehidupan kita berlangsung sebagaimana yang kita rancang dan harapkan.
Apabila ada penghalangnya lalu kita kecewa dan marah.

Pernah suatu hari, seorang salafussoleh pulang ke rumah dengan sebiji buah
tembikai sebagai buah tangan untuk isterinya. Apabila isterinya membelah buah
tembikai tersebut, didapati buahnya busuk dan tidak boleh dimakan. Isterinya
meluahkan kata-kata yang menggambarkan kemarahannya. Si suami lalu bertanya
"Siapa yang kamu marah? Adakah kepada penjual, kalau dia tahu tentu dia tidak
akan beli dan jual buah ini, atau adakah kamu marahkan petani, kalau boleh dia
nak semua buah yang ditanamnya elok atau kamu marahkan Allah SWT yang
menentukan segala-galanya".

Beginilah sepatutnya sikap seorang yang beriman, apabila kita kegelapan kita
tidak akan marahkan kegelapan tetapi kita mencari jalan bagaimana untuk
mendapatkan cahaya. Kita sentiasa pasrah kepada apa yang telah diputuskan oleh
Allah SWT. Segala perancangan dan ketentuan Allah adalah sempurna dan terbaik
untuk kita cuma mungkin kerana kelemahan serta kekurangan ilmu, kita tidak

7 |M u k a s u r a t
Mencari Sinar Harapan Abu Umar

dapat melihat hikmah yang terkandung disebalik semua kepahitan yang kita
tempuhi.

Pernah suatu hari, saya bawa isteri saya ke hospital pakar untuk pemeriksaan
matanya. Setelah pemeriksaan yang agak lama, doktor menyatakan isteri saya
mengalami "Retinis Pigmentasi" dimana sel-sel saraf retinanya cepat mati dan
kemungkinan besar dia akan buta ketika berumur 40 tahun iaitu setelah semua
sel-sel saraf retinanya mati.

Ketika perjalanan pulang isteri saya menangis. Saya tanyakan padanya 'kenapa
menangis? Adakah kali ini Allah tersilap, sebelum ini semua perancangan Allah
sempurna...tapi kali ini Dia tersilap? Saya bertanya lagi. "Kenapa kita tidak senyum
sebagaimana kita biasa terima berita yang baik? Dialog kami berlangsung, saya
ceritakan kisah nabi Ayyub dan sebagainya hingga isteri saya dapat menerima
dengan redha segala keputusan Allah SWT.

Sebenar sayapun faham bagaimana perasaannya, berat mata memandang tapi


berat lagi bahu memikulnya. Namun hakikatnya memang begitu dan inilah
tuntutan keimanan, kita meyakini segala keputusan Allah itu adalah yang terbaik
cuma kita yang terlalu kerdil dan jahil untuk menggali hikmah disebalik semua
kejadian yang menimpa kita.

Inilah KEPASRAHAN sebenar iaitu menerima ketentuan Allah dengan dada yang
lapang dan hati yang tenang dan kepasrahan ini perlu berlaku dalam setiap
keadaan senang atau susah, secara teori atau amali. Inilah sumber kekuatan jiwa.
Mulai hari itu saya lihat isteri saya tidak lagi tertekan dengan masalah matanya
bahkan tidak pernah mengeluh. Kalaupun kita rasa tertekan dan mengeluh,
adakah penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya? Tentunya tidak. Jadi kita
berusaha sebaik mungkin kerana usaha itu sendiri adalah sesuatu yang dituntut
oleh Allah SWT keputusannya kita serahkan kepada Allah SWT.

Kepasrahan adalah sumber ketenangan dan kepuasan hidup. Kehidupan kita


sememangnya padat dengan ujian dan halangan namun kepasrahan ialah rawatan
dan sumber kekuatan jiwa untuk berdepan dengannya. Kepasrahan mengajar kita
erti kesabaran dan redha kepada segala kehendak Allah SWT.

8 |M u k a s u r a t

Anda mungkin juga menyukai