Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PERNYATAAN MASALAH

Anda seorang jurutera dan anda ditugaskan untuk membina sebuah alat yang
menggunakan tenaga matahari bagi pengguna yang memerlukannya dalam
situasi tertentu sebagai peralatan ikhtiar hidup. Rekaan anda hendaklah tidak
menggunakan bahan bakar fosil dan tidak menyebabkan pencemaran

Anda dikehendaki mencipta dapur solar yang boleh memasak telur.


Perbincangan, kajian dan rekaan anda hendaklah didokumentasikan.

2.0 OBJEKTIF

i. Menghubungkan teori pembelajaran ke dalam kerja lapangan


ii. Memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan dengan sumber-sumber
tenaga alternatif
iii. Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga(REEE)
di kalangan warga pendidikan dan masyarakat.
iv. Memupuk budaya reka cipta dan inovasi di kalangan pelajar
v. Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan dan semangat kerjasama
di antara pelajar dalam satu pasukan.

3.0 PENGETAHUAN SEDIA ADA

Sains Tingkatan 1 (KBSM)

BAB 6 : SUMBER TENAGA


6.1 Memahami pelbagai bentuk dan sumber tenaga
6.2 Memahami tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui
6.3 Menyedari kepentingan memulihara sumber tenaga

BAB 7 : HABA
7.1 Memahami haba sebagai suatu bentuk tenaga
7.2 Memahami pengaliran haba dan kesannya
7.3 Menganalisa kesan haba ke atas jirim
7.4 Mengaplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan jirim
7.5 Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan
membebaskan haba dengan lebih baik
7.6 Menghargai faedah pengaliran haba

Kemahiran Hidup

-Kemahiran pertukangan

Geograf

- Perkaitan antara tenaga solar dan kedudukan Malaysia sebagai negara


khatulistiwa
4.0 RANGKA PERLAKSANAAN TUGASAN

Mingg Masa Aktiviti


u
1 1 Taklimat projek, perlaksanaan dan
(Kelas) dokumentasi projek
Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan
dan berbincang menentukan organisasi dan
pembahagiaan tugas
RUJUK 5.0 :Pelajar dikendaki
membincangkan idea dan menjawab soalan
yang disediakan.
Dokumentasi aktiviti

2 Pelajar dibenarkan mencari maklumat


(Makmal menggunakan kemudahan disediakan
Komputer) Perbincangan mengenai rekaan
Dokumentasi aktiviti

2 3
(Bengkel KH) RUJUK 6.0: Penyediaan bahan
Membina model seperti yang dirancang

4
(Bengkel KH) Pembinaan model dan percubaan memasak
Penyediaan pembentangan

3 5
(Padang RUJUK 7.0: Pembentangan kumpulan
Sekolah) Demonstrasi dapur solar
Dokumentasi acara

6
(Kelas) RUJUK 8.0: Penulisan laporan

5.0 SOALAN PENGUKUHAN IDEA DAN CABARAN DALAM REKAAN

i. Apakah faktor yang menghadkan pemindahan haba?


ii. Apakah kesan tenaga haba/solar terhadap permukaan cerah atau gelap?
iii. Apakah kesan tenaga haba terdap material yang berbeza seperti plastik,
logam dan kaca?
iv. Bagaimanakah putaran bumi mempengaruhi haba yang diterima di
permukaan bumi?
v. Terangkan bagaimana tenaga haba memasak telur menggunakan kaedah
pemindahan haba-konduksi,perolakan dan radiasi.

6.0 DAPUR SOLAR

Matlamat

Untuk membina periuk dan pemasak solar yang paling sesuai.

Objektif

Untuk menggalakkan kempen Renewable Energy and Energy Efficiency


(REEE)

Untuk menyemai sikap bertanggungjawab dalam penggunaan tenaga


dengan cekap

Untuk menghasilkan produk yang selamat dan kalis api

Untuk menjimat wang dalam penggunaan minyak dapur gas melalui


penggunaan kuasa solar

Langkah-langkah

1. Pembinaan pemasak solar

1.1 Memotong dua kotak kepada saiz 24.5 x 18 x 10.8 cm dan satu kotak lagi
kepada saiz 21.5 x 38 x 40.5 cm.

1.2 Melekat kotak-kotak dengan menggunakan pita pelekat.

1.3 Membina dinding kotak.

1.4 Untuk mengelakkan kehilangan haba, polistirena digunakan sebagai bahan


penyekat haba, manakala kepingan aluminium diletakkan di bahagian bawah
kotak sebagai konduktor kepada periuk.

2. Pemilihan periuk yang sesuai

2.1 Menyediakan dua jenis periuk iaitu aluminium dan keluli.

2.2 Mengecat kuali dengan cat hitam untuk memilih periuk yang boleh
menyerap haba dengan lebih berkesan.
3. Cara-cara untuk meningkatkan keberkesanan pemasak solar

3.1 Kotak (24.5 x 18 x 10.8 cm) dan satu cermin

3.2 Kotak (24.5 x 18 x 10.8 cm) dengan tiga cermin

3.3 Kotak (21.5 x 38 x 40.5 cm) dengan tiga cermin.

7.0 PEMBENTANGAN

Pembentangan hendaklah mengandungi :

Penerangan rekaan yang dipilih, bahagian dapur solar dan fungsi bahagian
tersebut
Gambar aktiviti bermula minggu pertama
Isi perbincangan berdasarkan aktiviti minggu 1 dan 2: pengenalan, proses
rekaan, masalah yang dihadapi dan cara mengatasi dan kesimpulan
Apakah punca saintis mencari alternatif baru bagi bahan bakar fosil?
Mengapakah tenaga solar boleh dipertimbang sebagai alternatif bagi
menggantikan bahan api fosil?

8.0 Penulisan Laporan

1) Pengenalan

- apa itu dapur solar secara ringkas

2) Organisasi Kumpulan

3) Jadual Dokumentasi aktiviti setiap minggu

Minggu Item dokumentasi


1 Perkara yang dibincangkan
2 Gambar dan penerangan ringkas aktiviti pembinaan model
3 Gambar dan penerangan ringkas pembentangan dan demonstrasi

4) Jawapan soalan pengukuhan idea dan cabaran dalam rekaan

5) Rekaan

- nyatakan bahagian dan labelkan

- alasan bagi rekaan yang dipillih

- fasa-fasa rekaan yang dilalui

6) Kupasan hari pembentangan dan demonstrasi

7) Pembaikan akan datang dan kesimpulan


9.0 Pentaksiran

Pelajar dinilai dari dua sudut iaitu proses semasa pembinaan dapur solar yang
dijalankan secara formatif dan penilaian pembentang, demonstrasi dan
penulisan laporan sebagai penilaian sumatif.

9.1 Formatif

Perbincangan dan Jawapaan soalan yang disediakan (di sertakan dalam


laporan):

Rubrik Penskoran

Markah 10 markah 7 markah 4 markah

Item
-isi perbincangan -isi perbincangan -isi perbincangan
Perbincangan menjurus kepada menjurus kepada menjurus kepada
idea dan idea idea
penjanaan idea -idea -idea
-idea dibentangkan dibentangkan
dibentangkan kurang tersusun kurang tersusun
dengan tersusun -idea -tiada idea
-idea meningkatkan meningkatkan
meningkatkan kebolehan dapur kebolehan dapur
kebolehan dapur solar solar
solar -kebolehan -dapat membalas
-kebolehan bertanya soalan pertanyaan guru
bertanya soalan yang berbentuk secara sederhana
yang berbentuk kefahaman
kefahaman -dapat membalas
dengan baik pertanyaan guru
-dapat membalas dengan baik
pertanyaan guru
dengan baik

-huraian yang -huraian yang -jawapan kurang


Jawapan jelas ringkas menepati konsep
- huraian berserta yang sewajarnya.
contoh (jika ada)
9.2 Sumatif

Penilaian keseluruhan berdasarkan pembentangan, demonstrasi dan penulisan


laporan:

Rubrik Penskoran

Markah
10 markah 7 markah 4 markah
Item
-penyampaian -penyampaian -penyampaian
Pembentangan yang menarik dan yang baik yang kurang jelas
(10 markah) yakin - isi yang -terdapat isi yang
-isi yang disampaikan tertinggal
disampaikan adalah mengikut -penyampaian
adalah mengikut kandungan yang yang terlalu
kandungan yang dikehendaki ringkas
dikehendaki -kurang kreativiti
- kreativiti dalam
penyampaian penyampaian
yang baik

-pemilihan dan - pemilihan dan -pemilihan dan


Rekaan penggunaan penggunaan penggunaan
(10 markah) material dan material dan material dan
warna yang warna mengikut warna kurang
mengikut konsep konsep haba menepati konsep
haba -terdapat haba
-bahagian dapur bahagian yang -kebanyakan
berfungsi tidak berfungsi bahagian tidak
-rekaan yang -rekaan yang berfungsi
kreatif, kemas dan kreatif, kurang -rekaan tidak
menarik kemas diselesaikan
dengan sempurna

Demonstrasi/Hasil Masak Separuh/kurang Tidak masak


Masakan sepenuhnya masak
(10 markah)

-penerangan idea -penerangan idea -penerangan idea


Penulisan laporan yang jelas yang ringkas kurang jelas
(10 markah) -penjelasan -penjelasan yang -penjelasan
rekaan yang jelas kurang jelas rekaan tidak tepat
-idea dihuraikan -idea dihuraikan -idea dihuraikan
dengan tidak mendalam dengan ringkas
mendalam -menepati -terdapat isi yang
-menepati kehendak isi yang tertinggal
kehendak isi yang dinyatakan
dinyatakan

Anda mungkin juga menyukai