Anda di halaman 1dari 6

MATA PELAJARAN FIZIK

INKUIRI BERPANDU

Tajuk : Mengkaji hubungan antara bilangan lilitan gegelung dan kekuatan


elektromagnet

Hasil pembelajaran : Mereka bentuk eksperimen untuk menentukan hubungan antara bilangan
lilitan gegelung dan kekuatan elektromagnet

Situasi:

Soalan:

1. Apakah perbezaan antara dua alatan dalam rajah di atas?

2. Mengapakah kekuatan elektromagnett alatan dalam rajah di atas berbeza?

Radas/ Bahan :

Kaki retort, teras besi lembut, wayar penyambung, wayar kuprum, pin keluli kecil, ammeter,
reostat, suis, bateri.

A. Berdasarkan situasi di atas, rangka eksperimen yang boleh anda jalankan untuk
menerangkan teorinya.
B. Tulis laporan eksperimen yangtelah anda jalankan dan laporan anda perlu
mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Tujuan
2. PernyataanMasalah
3. Hipotesis
4. Pembolehubah
a) Manipulasi
b) Bergerakbalas
c) Dimalarkan
5. Prosedur
6. Penjadualkan data
7. Analisis data
8. KesimpulanEksperimen

C. Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincangkan permasalahan


berikut :

1.Sabtu telah manjalankan eksperimen ini di makmal fizik sekolahnya. Dia menukar gegelung
wayar 40 lilitan berpenebat kepada gegelung wayar 100 lilitan yang berpenebat untuk
melilit paku besi. Terangkan kesannya terhadap kekuatan medan magnet dan bilangan pin
yang tertarik.

2. Encik Isnin telah membeli sebuah loceng untuk menggantikan loceng diasrama sekolahnya.
Dia tidak berpuas hati dengan kekuatan bunyi loceng tersebut. Cadangkan pengubahsuaian
yang boleh dilakukan terhadap lilitan wayar untuk menghasilkan deringan yang lebih
kuat.Terangkan jawapan anda.
240 V a.u
50 Hz

JAWAPAN :
B. Laporan eksperimen

BIL PERKARA PENERANGAN


1 Inferens Bilangan lilitan mempengaruhi kekuatan elektromagnet
2 Pernyataan Menentukan hubungan antara bilangan lilitan wayar dan kekuatan
masalah elektromagnet
3 Hipotesis Semakin bertambah bilangan lilitan wayar, semakin bertambah
kekuatan elektromagnet
Susunan Alat
Radas Kaki teras besilembut
Retort

Lilitan wayar

pin

4 Pembolehubah Manipulasi: bilangan lilitan wayar


Bergerakbalas: Bilangan pin yang tertarik/ kekuatan elektromagnet
Dimalarkan : Arus elektrik
5 Prosedur a. Mengawal pembolehubah dimanipulasi
Menyediakan gegelung wayar 20 lilitan
b. Mengukur pembolehubah bergerak balas
i. Melaraskan rheostat untuk menetapkan nilai arus sebanyak 2A
ii. Mengira bilangan pin yang tertarik kepada electromagnet
iii. Mengulang eksperimen dengan gegelung wayar 40 lilitan, 60
lilitan, 80 lilitan, dan 100 lilitan.
6 Penjadualan c. Menjadualkan data
data Bilangan lilitan ,N Bilangan pin yang tertarik,n
20
40
60
80
100

7 Menganalisis d. melakarkan graf


data
Graf bilangan pin melawan bilangan lilitan

Bil pin,n

Bil lilitan, N
8 Kesimpulan Kekuatan elektromagnet berkadar langsung dengan bilangan lilitan
wayar

C. 1.

1. kekuatan elektromagnet bertambah.


2. bilangan lilitan bertambah.
3. bilangan pin yang tertarik bertambah.

C.2.

Pengubahsuaian Penerangan
1. menambah bilangan lilitan menambahkan kekuatan elektromagnet
2. menggunakan wayar kuprum mengurangkan rintangan
3. meggunakan wayar berdiameter lebih besar mengurangkan rintangan

SENARAI SEMAK KEMAHIRAN SAINTIFIK


INKUIRI : ARAS BERPANDU

EKSPERIMEN : ELEKTROMAGNET

BIL ITEM ()/ CATATAN


(X)
1 Menyusun radas dan bahan
a. menyediakan lilitan solenoid yang dikehendaki
b. menyusun radas seperti gambar rajah
c. menetapkan nilai arus
d. merekodkan bilangan pin yang tertarik
e. mengulang eksperimen
f. meyusun radas dan menyimpan radas

2 Persembahan Data
a. Lajur, baris, tajuk dan unit
b. pembolehubah
c. Bacaan yang betul
d. Sistematik, kualiti

3. Graf
a. Tajuk
b. Paksi dan unit
c. Skala seragam
d. Lima titik diplotkan
e. Saiz graf sekurang-kurangnya 5 x 4 kotak
f. Garis lurus penyesuaian terbaik

4. Penulisan Laporan
a. Tujuan
b. Hipotesis
c. Pembolehubah
d. Radas dan bahan
e. Prosedur
f. Penjadualan data
g. Analisa data
h. Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai