Anda di halaman 1dari 9

Kitab Ilmu & Makrifat ( Tok Guru Peramu )

KESIMPULAN HATI Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir Kedua Sumah
Lawannya Bidah Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat Dan HATI inilah tempat NIAT
yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan. KEDUDUKAN NIAT Bahawa
NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus
melaksanakan :- QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan
TAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan. TAAYUN
sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada
Sifat yang disifatkan. Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT
bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku
yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN
untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-
mata. Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah
Aku semata-mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang
menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja
menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk
memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima
PemberianKu. TIANG SOLAT a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan
segala yang GHAYR (yang lain selain Allah ) didalam solat b. KHUSU / TETAP HATI
didalam solat yakni tidak merayau rayau fikiran kemana mana. c. SEMPURNA bacaan
FATIHAH SAH SOLAT a. Sah solat kerana SAH WUDHU b. Sah Wudhu kerana Sah
ISTINJA c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun
kecil. KESEMPURNAAN ISLAM Nota oleh Fakir S = Soalan , J = Jawapan Yang
dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ? Tiga Perkara :- a. Diikrarkan dengan lidah b.
Ditashdiqkan dalam hati c. Dikerjakan dengan anggota S Berapa tandakah yang dikatakan
sesaorang itu Islam ? J Empat perkara :- a. Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama
islam b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram c. Suci lidah dari dusta dan
mengumpat d. Suci badan daripada Hadath Besar S Yang dikatakan Islam berapa syarat
pakaiannya ? J Empat perkara :- a. Sabar akan Hukum Allah SWT b. Ridha akan Qadha Allah
SWT c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas d. Mengikut Firman Allah dan
Hadith Nabi. S Apakah yang membinasakan Islam ? J Empat perkara :- a. Berbuat sesuatu
amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri b. Mencela orang berbuat baik & meringankan
Hukum Allah SWT c. Diketahui tetapi tidak dibuat d. Tiada tahu tetapi malas bertanya ILMU
& MAKRIFAT TOK GURU PERAMU Pendapat Tok Peramu tentang Makrifat adalah saperti
berikut :- Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH. Kesudahannya putus
ilmu itu yaitu Mati............... Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara
terbahagi kepada 5 Bahagian....... BAHAGIAN PERTAMA :- Hendaklah diketahui 4 perkara
yakni :- Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ? Kedua Muhammad sebelum
bernama Muhammad apa namanya ? Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?
Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ? BAHAGIAN KEDUA
Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi. Pertama 40 hari hendak mati Kedua 7 hari
hendak mati Ketiga 3 harihendak mati Keempat 24 jam sebelum mati. BAHAGIAN KETIGA
Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu Kedua
hendaklah kenal NYAWA kamu Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu Keempat
hendaklah kenal TUHAN kamu BAHAGIAN KEEMPAT Hendaklah ketahui akan ZIKIR
PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga. Pertama Serahkan dengan
ZIKIR AFAL yakni La Ilaha Illallah Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA yakni Allah
Allah Allah Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu Keempat serahkan
dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah BAHAGIAN KELIMA Hendaklah ketahui berkenaan
RUH juga 4 perkara Pertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI
Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI Ketiga RUH IDHAFI yaitu
NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita
yakni DIRI YANG WUJUD. MUHAMMAD.............. Adapun nama MUHAMMAD itu jadi
TUBUH pada kita. Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita Hati kepada
Muhammad jadi NYAWA kepada kita Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.
TUBUH................. Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada
HATI. Perbuatan Hati datang daripada Nyawa Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia
Perbuatan Rahsia datang daripada AFAL ALLAH. FUAD................ Adapun yang bernama
MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada MATA HATI
pada JANTUNG. Didalam jantung ada FUAD Didalam Fuan ada CAHAYA Didalam Cahaya
ada RAHSIA Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :- Al
Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya. KENAPA
NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad ) Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama
Muhammad kerana Kehendak Allah. Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi
kerana Muhammad saperti dinyatakan didalam Hadith Qudsi :- Sekalian jadi daripadamu Ya
Muhammad dan engkau jadi daripada AKU Sabda Baginda Rasul :- Aku jadi kerana Allah
dan sekalian alam jadi kerana aku. RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )
KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL ) Pertama
menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam Ketiga Zikir
Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH Kelima semasa
itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan masa itu bernama AH...( Alif Ha )
KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA ) Artinya SIFAT HAMBA yakni
RUKUK dalam solat Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk Zikir bagi Sifat yakni Nyawa Tatkala
itu Tuhan bernama WAHDAH KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD
( MIM KEDUA ) Artinya ASMA HAMBA yaitu SUJUD dalam solat Tempat TARIQAT
tatkala Sujud Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-
benarnya meliputi NUR MUHAMMAD. Masa itu Tuhan bernama ALLAH SWT
KETERANGAN HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL ) AFAL HAMBA yaitu DUDUK
dalam solat Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk Zikir bagi Afal yaitu TUBUH La
Ilaha Illallah Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif ) Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan
NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif Dal Mim ) KEJADIAN DIRI Adapun kejadian DIRI itu
terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian yaitu ( ada 16 shj dicatitkan
fakir ) Bahagian Pertama 1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus 2
Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi Alam Jabarut 3 Jenis ASMA
Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani Tubuh halus 4 Jenis AFAL Diri Tajalli
Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir Bahagian Kedua 1 Wujud Wujud mutlak Wujud
Hakiki Wujud Idhafi Wujud Tajalli 2 Ilmu Ilmu Hakiki Ilmu Maklumat Ilmu Fikir
Ilmu Madom Al-Asma 3 Nur Nur AlHadi Nurul quddus Nur hadi Nur Al-bayan 4
Suhud Suhud Al-Ain Suhud Khadafi Khaliq Al-Asmat Suhud Taufil Bahagian Ketiga 1
Angin Angin Niat Angin Padtar Angin Sarsa Angin Serul 2 Api Al-Hayat Al-Muja
Sajin 3 Air Maal Hayat Maal Kus Maal Zam Zam Maal Hain 4 Tanah Tanah Firdaus
Tanah Tiin Arbail baasir Tiin Siipaab Bahagian Keempat 1 Di Jadi Ruh Masripah Tubuh
Afal 2 Wadi Jadi Tulang Tariqat Hati Asma 3 Mani Jadi urat Haqiqat Nyawa
Sifat 4 Manikam Jadi Nyawa Makrifat Rahsia Zat Bahagian Kelima 1 LA ( Laf Alif )
Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah 2 ILAHA ( Alif Lam Ha )
Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur 3 ILLA ( Alif Lam
Alif ) Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy 4 Allah ( Alif lam
Lam Ha ) Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah KEJADIAN
BENIH HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam
Wujud Allah La Ilaha Illallah Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa
Da Da Maa Wa Si A-Hu Il Mullah Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada
MANIKAM daripada Syurga, dirupakan Allah SWT turun kepada HU GHAIB rupa Allah
jadi Manikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit dan tujuh petala bumi -
kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari - kemudian manikam itu jatuh
kejantung bapa 40 hari - kemudian manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari -
kemudian Manikam itu jatuh TAAYUN HATI berupa air 3 hari - kemudian manikam itu
MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24 jam - kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu
dengan rupa huruf ALIF - kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji
. Itulah sebab ia bernama Manikam - kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM
MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah : al insanu sirri wa ana sirruhu - kemudian
ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah
ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar.
Kemudian bila sampai janji, keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang
dilihat maka menangis ia sebab suara inilah bernama ALAM INSAN. BILA AKHIR HAYAT
Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita
mendengar ucapan :- ALASTU BI RAB BIKUM AH ( Alif Ha ) ANA MA KAA NA BII
MAA KAA NA MASA KAA NA. Maka jawablah :- YA ANA LA ILA HA ILLALLAH 3
kali Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH 3 kali
Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU 3 kali Kemudian kita
dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA ILLALLAH ANA....serta terus kita
memandang akan KEBESARAN ALLAH maka kita zikir AH AH- AH ( Alif Ha ). Maka
tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah. Hasanul Khatimah. ALHAMDU ( Alif
Lam- Ha -Mim -Dal ) Saudara pembaca yang budiman, Mengikut penceritaan kalimah
ALHAMDU ialah kalimah pertama yang disuarakan oleh manusia yakni Nabi Adam a.s yang
bermaksud Segala Puji Milik Allah. Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada
ditangan fakir yang tidak membicarakan kalimah ALHAMDU ini. Masing masing memberi
tafsiran tersendiri secara panjang lebar. Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan
penulis manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU berkaitan kalimah
ALHAMDU ini. .................................................................................... ALHAMDU .....( Alif
Lam Ha Mim - Dal ) ALIF Huruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s
cahayanya putih. Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah Keluar dari
huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan dua mertabat yakni MERTABAT
ZAT atau AHDIAH dan Mertabat SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri .
Keluar cahaya pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH LAM Huruf LAM
itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning. Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar
dari huruf Lam itu empat rakaat kerana TAJALLI Tuhan WUJUD ILMU NUR
SUHUD. Istananya pada HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH. Kenyataan pada
kita ialah HIDUNG & MATA HA Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s
Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL. Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari
huruf HA ini empat rakaat yakni API AIR ANGIn TANAH. Istanayna pada LIMPA
Nafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA. MIM Huruf MIM itu waktunya
MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya ISHDAH
& WAHIDIAH. Istananya PARU PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita
ialah MATA ( Cahayanya ) DAL Huruf DAL itu waktu ISYA Nabinya Nabi NUH.
Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf DAL
itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI WADI MANI MANIKAM. Istananya HEMPEDU
dari bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI. Nota Fakir :-
Saudara pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan penjelasan diatas kerana
fakir tidak faham. Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada kaitan
dengan kalimah ALHAMDU ini kerana Allah jua. Bagi saudara pembaca yang ada
mempelajari perkara ini eloklah beri penjelasan melalui Ruangan KOMEN Entri ini untuk
pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk fakir . Tq. TEMPAT ZIKIR PADA
TUBUH ZIKIR QALBI Dua jari bawah susu kiri = QALBI = HATI ZIKIR RUH Dua jari
bawah susu kanan = RUH = NYAWA ZIKIR SIRR Dua jari bawah susu kiri = SIRR =
RAHSIA ZIKIR KHOFI Dua jari atas susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI ZIKIR
AKHFA Ditengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI ZIKIR NAFAS Antara 2
kening meliputi sekalian kepala ZIKIR KHALIAH Di ubun ubun meliputi sekalian jasad 20
SIFAT DIDALAM DIRI 1 WUJUD Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam
dunia 2 KIDAM RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam 3 BAQA
RUHANI dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam DIRI 4 MUKHALAFATUHU
LIL HAWADITH RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri 5 BINAFSIHI
RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI 6 WAHDANIAT RUH
RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI 7 KUDRAT RUH QUDUS urat
putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku 8 IRADAT RUH KAHFI
tulangku asal mula jadi menguatkan Alam Sendiri 9 ILMU RUH IDHAFI benihku asal mula
jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ 10 HAYAT RUH NURANI uratku yang
meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri. 11 SAMA BESI KURSANI
pendengaranku asal semula jadi 12 BASAR PANCARAN MANIKAM kalam aku berkata-
kata dengan sendiri 13 KALAM RUH MANIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia 14
QADIRUN WUJUD MANIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku 15 MURIDUN
ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku 16 ALIMUN DARJAT
ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih 17 HAIYUN Amalan
terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku 18 SAMIUN Bersama
ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku 19 BASIRUN RAHSIA NYAWA
dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat 20
MUTAKALLIMUN Ghaib didalam Kabah Ghaib aku didalam Kabah Kaca Arasy yang
putih titik didalam Kalimah. AWALUDDIN MAKRIFATULLAH Permulaan agama mestilah
MENGENAL ALLAH. Firman allah :- Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum
kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku Allah juga
Berfirman :- Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan
engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU. Dengan ini bererti
kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul
kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita
renungi Firman Firman Allah saperti berikut :- Aku tidak memandang kepada rupamu yang
cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah
amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul
dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT
MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat
Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA. Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji
dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA
sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allah
SWT. Perkara itu ialah :- Pertama Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan
bukti yang terang dan jelas. Kedua sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang
terang dan jelas juga. Ketiga sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang
jelas dan terang. Keempat Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang
sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas. Sesungguhnya keputusan perkara perkara
diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah
diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca mengkaji
banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan buku
buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secra
terang dan jelas. RAHSIA DIDALAM DIRI Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan
manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :- NAFAS ANPAS TANAPAS NUPUS Sesungguhnya
bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA. Manakala Nyawa itu adalah NAFAS
dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS
dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa
ASMA dan Asma itu saperti rupa AFAL. Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti
FirmanNya melalui Hadith Qudsi :- QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA
ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.
SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala Barangsiapa mengenal akan
BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan
mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan
TUHANnya yang qadim adanya. Ketahuilah olehmu wahai talib YANG KELUAR itu
bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah leher. Dan
yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS
itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA. WUJUD WUJU DU KA ZAHRU WALA
YUQA MU BI HI ZAHBU Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK ANA
WUJU DA HU Ada kita dengan DIA WA NAF SUHU Ada DIA dengan sendirinya. Adapun
WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT.
Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan
lafaz yang lain daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka
disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya. Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang
dikatakan itu ada. Yang dikatakan itu ialah ZAT. Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya
SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu
Wujud ada ZAT. Inilah maananya. Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa
sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang
ADA itu ialah ZAT. PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG Barangsiapa menyembah
NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia KUFUR Barangsiapa menyembah MAANA
TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK Barangsiapa menyembah NAMA DAN
MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar benarnya t
Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka itulah
ARIFBILLAH Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan.
Ianya ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur
Muhammad yakni Nyawa. PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD
MUSTAFFA RASULLULLAH NABI Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah
AFAL daripada ZAT Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFAT Adapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa
itu ASMA daripada ZAT ALLAH. ASMA Adapun ASMA itu Nama NamaNya. AFAL
Adapun AFAL itu Tubuh Nabi namanya AFAL. RASULLULLAH - Adapun Rasullullah
itulah SIRR daripada ZAT ALLAH SWT. ZAT Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi,
Cahaya Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya. Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4
syarat yakni :- Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA
pada kita Ketiga ASMA ALLAH itu HATI pada kita Keempat AFAL ALLAH itu TUBUH
pada kita. Dan TAJALLI Afal Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma Allah pada Hati kita
dan Tajalli Sifat Allah pada Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-
benarnya RAHSIA kita adanya. ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT. Inilah asal Rukun 13
yang wajib diketahui dalam melakukan Solat. Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada
ALLAH BAPA dan IBU. DATANG DARIPADA ALLAH 5 PERKARA. 1 Niat 2 Nyawa
3 Wujud 4 Nafas 5 Afal Yaitu didalam bentuk Merasa Mencium Menjamah Melihat &
Mendengar DATANG DARIPADA BAPA 4 PERKARA 1 Tulang 2 Kuku 3 Rambut 4 Rupa
DATANG DARIPADA IBU 4 PERKARA 1 Darah 2 Daging 3 Otak 4 Lendir Terhimpun
menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkan
sekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita. YANG MATI
YANG HILANG - YANG TINGGAL YANG PULANG YANG MATI itu ada 6 perkara
yakni Wujud Anggota Hawa Nafsu Gerak & Diam. YANG HILANG pula ada 4
perkara yakni Darah Daging Tulang & Kulit YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni
Iman & Taat YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya
keasalnya. HENING QASAD TAQRID & TAYUN HENING itu apa ? Adapun HENING
itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala
tertenung lantas 7 petala langit dan 7 petala bumi. Maka dalam cahaya yang HENING
JERNIH itu yang terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih
daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA. Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA
ALLAH. Inilah RUH NABI kita Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian
diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw yang dikatakan sebenar-
benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya. Dan cahaya terang benderang hening
jernih itulah CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam. QASAD Adapun QASAD itu
MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT
tetapi ADOM ( ADAM ) Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada
suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya. Asal Niat dan tempat niat
pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang
bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TARID Adapun TARID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenar-benarnya Fardhu itu
ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN
SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenar-
benarnya FARDHU itu. Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli
sekalian Ruh Adam itu. Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian
nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH QUDSI :- ANA
MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang bermaksud Daku daripada Allah
manakala segala sesuatu atau cahaya alam ini daripada cahayaku. ANA MINALLAHU WAL
ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang bermaksud :- Aku daripada Allah sekalian anbia
daripada aku. ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI Aku daripada Allah dan
segala / semua mukminin daripada aku Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA
SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD. Inilah juga sebab
kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH
BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam. TAYUN
Adapun TAYUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun
yang sebenarnya NYATA AFAL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah
ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya TAYUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI ) Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA
HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT. Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati
yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan kepada kita
( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat
Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku hanya ia
tiada gerak dan diamku hanya ia. HAKIKAT ZAT AFAL HAKIKAT SOLAT Adapun
ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU
TUHAN. Yang menyembah itu FANA - yang disembah itu BAQA. Maka sihamba
PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD (
pandangan = fakir ) kita. Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji =
DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah
makhlukNya ( Insan ) Maka hamba itu tetaplah FANA sebab ditilik sekalian keadaan dirinya
habis terpulang kepada Allah Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam, Basar, Kalam . Yang ada
pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-mata. Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada
dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri. TIADA HAMBA
TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH. Hadith Qudsi yang bermaksud :- 1 TUKARKAN CAHAYA
DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU 2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU
MATI Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang
ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad )
dan Yang Menanggung Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan
YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH. Adapun SYARAT Memulangkan
Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD
hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu
antara dua bulu kening. Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus
wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin hapus wujud yang batin kepada ZAT
SEMATA-MATA kepada suhud kita. Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH
dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut semata-mata yaitu Laut Alam Allah.
Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana sekalian kelakuan dan diri kita maka
nyatalah BAQA keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga
sampai kepada SALAM. Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata
Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN. Inilah
SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud
Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud. Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita
dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.

. Salam para pembaca yang budiman.


Semuga sehat selalu dan terima kasih kerana sudi melawat lamanblog kerdil ini dan membaca
artikel artikel yang disiarkan. Fakir perhatikan tarikh haribulan yang dicatatkan pada setiap
entri yang dipostkan terlewat sehari dari tarikh sebenar fakir memasukkannya . Silap fakir
sendiri kerana tidak tahu untuk membetulkannya. Maklumlah dalam bab ini fakir kurang
ilmu. Asalkan dapat dicatatkan kira ok-lah pada fakir. Entri yang diambil dari manuskrip
bertajuk diatas hampir selesai. Memang ada sedikit lagi tetapi ianya merupakan ulangan dari
isi kandungan yang telah diposkan . Jadi fakir memilih untuk tidak memasukkannya. Timbul
hajat dihati ini untuk memasukkan artikel artikel yang dipetik dari kitab kitab karangan
MUHYIDDIN IBN ARABI selepas ini untuk bacaan dan renungan kita bersama. Pada fakir
kitab kitab Ibn Arabi memang seronok dibaca berulang ulang kali walaupun kekadang
intipatinya susah juga untuk difahami. Barangkali ramai daripada saudara semua sudahpun
membacanya dan barangkali juga ramai juga yang belum dan ramai juga yang menganggap
ajaran Ibn Arabi menyeleweng dari Ilmu Agama Islam yang sebenarnya. Selepas entri Tok
Peramu ini selesai fakir akan postkan rencana yang dipetik dari Kitab POHON
KEWUJUDAN / EKSISTENSI secara bersiri.............Terima kasih dan Salam Takzim
dari........... Fakirabdillah. .................................................................................. MANUSKRIP
TOK PERAMU.... DALIL NAQLI AYAT AL-QURAN Telah ada Aku dalam dirimu
betapa tidak kamu lihat ? SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH A DAERAH KITA
MENGENAL DIRI YANG KASAR ADAM = JASAD YANG KASAR a. HIDUP Jasad
dengan hidup Nyawa b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa c. BERKUASA Jasad dengan
berkuasa Nyawa d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa e. MENDENGAR
Jasad dengan mendengar Nyawa f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa g. BERKATA
Jasad dengan berkata Nyawa B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD = NYAWA INSAN a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan b. TAHU
Nyawa dengan ILMU Tuhan c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan d.
MENDENGAR Nyawa dengan SAMA Tuhan e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan f.
BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan g. BERKATA Nyawa dengan KALAM
Tuhan PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK ZIKIRNYA HU
ALLAH Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam
dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA. DALIL
DALIL AL-QURAN WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN Adapun Allah itu MELIPUTI
sekalian Alam LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH Tiada bergerak sesuatu
walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIn Allah WA LA HAU LA WALA
QUWWA TA ILLA BILLAH Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah FA IN
NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH Dimana kamu hadapkan wajahmu
disitu Wajah Allah Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah
terhenti pandang kamu pada sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT
WAJIBUL WUJUD Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan
HAYAT Tuhanmu. Jika kamu pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU
Allah. Apabila kamu pandang kuasamu hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah
seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat MAANI Allah yang lain. Jika tidak
demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu.
ALLAH AN - NIAT AHDAH WAHDAH WAHIDIAH ALLAH Alif - Lam Lam- Ha
ALIF itu AHDIAH ZAT LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT
yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI
WUJUD Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat
INSAN dan AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan
kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada pihak TANZIL. LAM AWAL = ALIF
DIATAS Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka
jadilah LAM AWAL maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni
TAAYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH
menjadi NUR MUHAMMAD AIN SABITAH WUJUD IDHAFI INSAN KAMIL pun
ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT
MAANI. LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan
ASMANYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA mertabat
WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TAAYUn THANI ertinya NYATA YANG
KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi
Tubuh Adam daripada huruf Alif Di-Atas. Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka
jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR maknanya
ASMA ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat Sifat Alif
Lam Lam Ha ALLAH HU AKBAR ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) Empat Sifat ALIF
= ZAT LAM AWAL = SIFAT LAM AKHIR = ASMA HA = AFAL AKBAR ( Alif Kaf
Ba Ra ) ALIF = KAHAR KAF = JAMAL BA = JALAL RA = KAMAL ALLAH =
GHAIBUL GHUYUB ALIF = LA TAAYUN = MERTABAT ZAT LAM AWAL = TAAYUN
AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH LAM AKHIR = TAAYUN THANI = MERTABAT
ADAM = NYAWA HA = MERTABAT TUBUH = JASAD ZAT DIRI YSNG BERDIRI
SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL
YAKIN SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya
HAQ QUL YAKIN ASMA DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT.
Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya ILMU YAKIN AFAL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya
diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya ILMU YAKIN. Jelaslah
kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya. Dengan wujud itu terzahir
pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA
yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu
sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR. DARI ... Manuskrip ILMU &
MAKRIFAT TOK GURU PERAMU - ENTRI KEENAM BELAS ( 16 TERAKHIR. )
HAKIKAT FATIHAH................ Ia Menyatakan DIRI BISMILLAH.............. Menjadi ia
diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya
Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain. ALHAMDULULLAH....... Ya
Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya
Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri. RABBUL
ALAMIN................ Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam. AR RAHMAN AR
RAHIM........... Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.
MALIKIYAU MID DIIN.............. Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah
kerajaannya. IYYA KANA BUDU................ Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji
DiriKu Sendiri.. WA IYYA KAA NAS TAA IIN.... Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika
engkau tiada... IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM... Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu
Aku SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM.. Ya Muhammad sebab Aku sukakan
engkau ialah engkau itu kekasihKu. GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM.. Ya Muhammad
Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu kekasihKu WA LAD DHAL LIN... Ya
Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau.. AMIN.. Ya Muhammad Rahsiamu itu
Rahsia Aku. Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya melainkan Tuhanku.
Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya . Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya. Yang
Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa yang solat amat rapat kepada Zat
Yang Esa dengan kata ALLA HU AKBAR. Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada
SERAH Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan Tuhannya tiada mengesakan
dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :- Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan
lafaz dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-mata.

Read more at: http://alifbraja.blogspot.co.id/2013/02/kitab-ilmu-makrifat-tok-guru-


peramu.html?spref=bl
Copyright ALIFBRAJA|alifbraja.blogspot.com Under Common Share Alike Atribution

Anda mungkin juga menyukai