Anda di halaman 1dari 3

Pembukaan Oleh Pembesar Dari Sumatera

Penulisan bagi siri pertama ini akan memfokuskan terlebih dahulu kepada beberapa
sumber yang menyatakan bahawa Pulau Pinang telah dibuka oleh beberapa
pembesar yang berhijrah dari Sumatera.

Daripada catatan seorang pengembara Inggeris, James Lancaster, menyatakan


Pulau Pinang sebelum tahun 1591 didapati tidak berpenghuni, dipenuhi pokok
Pinang dan hanya sesekali sahaja dikunjungi anak raja dari Kedah untuk berkelah
dan bermain.

Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, seorang pensyarah dari Jabatan
Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas, yang telah mengkaji
sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi, berkata seawal
abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor
sudah diduduki orang Melayu. Katanya, pada awal 1700, Batu Uban dibuka
sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad
Salleh atau lebih dikenali sebagai Nakhoda Intan, manakala di Gelugor pula
kawasan seluas kira-kira 40 hektar diterokai Dato Jenatun ibni Raja Labu serta
pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749. Beliau berkata,
tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato Janatun di Gelugor itu adalah
pemberian Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll.
Bagi menghargai kurniaan Sultan Kedah itu, Dato Janatun menghadiahkan pula
kepada baginda 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar
Ruyong.

Dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (Jambras) Jilid 7 keluaran 1929,
ada catatan mengenai orang Melayu yang sudah membuka ribuan hektar tanah di
Jelutong, Batu Lancang, Sungai Gelugor, Batu Uban, Sungai Dua dan Sungai Nibong
sebagai tempat kediaman serta kawasan pertanian lama sebelum Francis Light
tiba.Daripada hasil kajiannya, orang Melayu yang tinggal di Pulau Pinang sebelum
tahun 1786 sudah membentuk institusi sosial yang lengkap dan mempunyai ketua
serta golongan ulama yang bertindak sebagai pemimpin agama serta kerohanian
yang berpusat di masjid.

Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad
memberitahu, Dato Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia,
sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera.
Menurutnya, pasangan Dato Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari
Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak. Apabila beliau berhijrah ke Baru Bara, Dato
Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana
dan dikurniakan seorang anak. Selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada
tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita
berketurunan Arab-China, dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Namun,
satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau
Pinang serta salasilah Dato Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu
yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum
ditemui. Namun beliau akan terus mengkaji dan mendapatkan nama isteri ketiga
Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato Jenaton di
Malaysia, termasuklah Ahmad Murad dan Fazil sendiri yang merupakan sepupu
merangkap waris generasi ke enam Dato' Jenaton.

Pada tahun 2002, sebuah persatuan tidak berdaftar yang dinamakan Jawatankuasa
Keluarga Dato' Jenaton telah ditubuhkan. Salasilah keluarga ini juga mencatat
beberapa nama besar waris Dato Jenaton seperti Menteri Wilayah Persekutuan,
Datuk Seri Zulhasnan Rafique; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor
(Syabas), Tan Sri Rozali Ismail; dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia,
Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh. Rozali merupakan pengerusi
jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz.
Ahmad Murad serta Fazil merupakan Ahli Jawatankuasa persatuan berkenaan.

Pada bulan November 2008 yang lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli
persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan
waris Dato Jenaton di sana. Waris-waris Dato Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta
tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya. Di sana,
perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya
dengan wakil keluarga Dato Jenaton sebelah Indonesia, iaitu Bapak M. Yusuf Morna
atau dikenali dengan panggilan Buyung. Fazil dan Buyung bertemu di Kampung
Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil
beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato Jenaton di
sana.Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada
awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato Jenaton. Ini kerana kajian kami
(waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan
dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil. Namun kami akhirnya sepakat bahawa
individu yang dicari adalah orang yang sama, jelas Buyung.

Sewaktu rombongan keluarga Dato' Jenaton dari Malaysia melawat ke Batu Bara,
Medan, Indonesia, kumpulan ini turut disambut serta dipertemukan dengan Bupati
(Pegawai Daerah) Batu Bara, Orang Kaya Arya Zulkarnain dan Ahli Parlimennya, Drs.
Syarkowi Hamid. Menariknya, kedua-dua pembesar daerah yang terletak kira-kira
150 kilometer dari ibu negeri Sumatera Utara, Medan itu juga mendakwa mereka
merupakan keturunan Dato' Jenaton di Indonesia."Berdasarkan salasilah, catatan
dan bukti lain yang dikemukakan, saya isytihar dan akui keluarga Dato' Jenaton dari
Indonesia dan Malaysia adalah daripada 'moyang' yang sama. Saya juga percaya
melalui perbualan dengan Prof. Murad, Jenaton yang dahulu tiba dan membuka
Pulau Pinang," ujar Arya. Menurutnya lagi, penemuan bukti sejarah itu diharap
dapat mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia amnya.

Bagi Ahmad Murad dan Fazil serta seluruh waris Jenaton di sini, sejarah Pulau
Pinang yang menyebut ia dibuka oleh Francis Light adalah tidak benar serta
memperkecilkan peranan kaum Melayu Nusantara dalam pemerintahan kerajaan
tradisional dan moden. Justeru itu, Ahmad Murad meminta kerajaan membantu
menyediakan dana untuk kerja-kerja mengumpulkan bukti serta hal berkaitan.
Katanya, bukti kukuh mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh Dato' Jenaton ialah
pusara individu tersebut bersama adiknya, Setia yang terletak di Persiaran Minden
1, Pulau Pinang iaitu di belakang premis Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau
mendakwa, kubur luas itu menandakan Dato' Jenaton sebagai seorang pembesar di
situ pada masa lalu serta disemadikan di tanah yang dianugerahkan kepadanya
oleh Sultan Kedah dahulu."Kini, sejarah pembukaan Pulau Pinang perlu diubah
dengan menyebut pembuka asal pulau iaitu Dato' Jenaton sebelum kedatangan
Light. Ini penting kerana kebelakangan ini beberapa pihak yang tidak memahami
dan malas mengkaji sejarah mengatakan orang Melayu juga adalah pendatang di
negara ini. Ini yang perlu diperbetul," katanya. Ketibaan Francis Light sendiri yang
mendarat di Tanjung Penaga (sekarang Kota Cornwallis) pada 11 Ogos 1786 telah
disambut oleh pengikut Datuk Jannaton. Buktinya, sebelum Francis Light sampai,
telah terdapat petempatan Melayu dan kubur lama di sekitar Batu Uban.

Anda mungkin juga menyukai