Anda di halaman 1dari 9

ANUGERAH SERASI

(Sekolah Rakan Alam Sekitar)


2016/2017

Anjuran:
Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak
Shell Malaysia

Dengan kerjasama:
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jabatan Alam Sekitar Sarawak
Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Jabatan Penyiaran Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Hutan Sarawak
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
Perbadanan Perhutanan Sarawak
Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk membentuk generasi masa hadapan
yang menghargai alam sekitar. Keperibadian dan persepsi pelajar terhadap alam sekitar
dapat dibentuk atau dicorakkan dengan lebih mudah dan berkesan di sekolah kerana
pendekatan yang digunapakai adalah secara holistik, iaitu melalui kurikulum dan
kokurikulum.

Sekolah-sekolah di Sarawak, sama ada di peringkat Sekolah Menengah atau Rendah, telah
sekian lama melaksanakan usaha penerapan nilai-nilai alam sekitar di kalangan warganya
bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli di negeri ini.

Bagi menghargai usaha-usaha murni ini, maka pengiktirafan berupa Anugerah SERASI telah
diperkenalkan semenjak tahun 2004.

KONSEP SERASI

SERASI adalah pendekatan menyeluruh yang membabitkan individu di pelbagai peringkat di


sekolah, masyarakat setempat, agensi kerajaan, sektor swasta dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO). Ianya memberi penekanan terhadap aspek pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar di peringkat sekolah untuk jangka masa panjang melalui amalan
mesra alam di sepanjang masa. Ia memberi sokongan dan memperkukuhkan program
pendidikan alam sekitar merentas kurikulum di sekolah.

SERASI memberi penekanan dalam bidang pengurusan, kokurikulum, penghijauan sekolah,


dan kebersihan serta keindahan persekitaran sekolah. Dengan itu, ia akan mewujudkan
sekolah mesra alam sekitar yang kondusif sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran, dan
seterusnya mampu mempengaruhi komuniti sekolah serta masyarakat luar demi memastikan
pembangunan mapan di Sarawak.
OBJEKTIF SERASI

Objektif Anugerah SERASI adalah untuk:


a) Mengiktiraf dan menghargai usaha berterusan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah
dalam pendidikan dan penjagaan alam sekitar;
b) Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar di peringkat sekolah;
c) Memupuk sikap positif dan nilai cintakan alam sekitar di kalangan pelajar dan
masyarakat setempat;
d) Membentuk dan membangunkan persekitaran persekolahan yang memberi
penekanan kepada penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar; dan
e) Mewujudkan kerjasama antara agensi kerajaan, masyarakat, Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) dan sektor swasta dalam usaha penjagaan alam sekitar.

KATEGORI ANUGERAH SERASI DAN PENGHAKIMAN

Terdapat 2 kategori pertandingan, iaitu kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.

Jenis Anugerah, hadiah dan kriteria penghakiman bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

ANUGERAH KHAS BINTANG SERASI


(Hadiah: Piala Pusingan, Sijil dan Wang Tunai RM5,000)
Anugerah ini hanya terbuka kepada pemenang-pemenang Anugerah SERASI yang terdahulu
Memenuhi kriteria penghakiman bagi semua kategori, iaitu pengurusan alam sekitar, program
kesedaran, penghijauan, kebersihan & keindahan persekitaran
Markah bonus bagi inisiatif atau projek yang inovatif serta kreatif yang melibatkan penduduk
setempat selain daripada warga sekolah
Mempunyai rekod atau laporan aktiviti untuk rujukan
Penerapan nilai alam sekitar dalam visi atau misi sekolah, serta pengajaran dan pembelajaran
ANUGERAH SERASI
(Hadiah: Piala, Sijil dan Wang Tunai RM4,000)
Memenuhi kriteria penghakiman bagi semua kategori, iaitu pengurusan alam sekitar, program
kesedaran, penghijauan, kebersihan & keindahan persekitaran
Markah bonus bagi inisiatif atau projek yang inovatif serta kreatif yang melibatkan penduduk
setempat selain daripada warga sekolah
Mempunyai rekod atau laporan aktiviti untuk rujukan
Penerapan nilai alam sekitar dalam visi atau misi sekolah, serta pengajaran dan pembelajaran
PENGURUSAN ALAM SEKITAR TERBAIK
(Hadiah: Sijil dan Wang Tunai RM3,000)
Melaksanakan program berdasarkan pelan tindakan dan mempunyai organisasi yang
bertanggungjawab untuk menyelaras program/aktiviti
Mempunyai jawatankuasa yang aktif
Mempunyai rekod (fail/minit) yang teratur dan kemaskini
Mempunyai program dan perancangan aktiviti, seperti kaedah komunikasi, bahan rujukan,
peraturan, skim pengiktirafan, sistem pemantauan/penilaian kemajuan
KEGIATAN KESEDARAN ALAM SEKITAR TERBAIK
(Hadiah: Sijil dan Wang Tunai RM3,000)
Aktif menganjur dan menyertai program/aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar seperti kitar
semula, kem, ceramah, bengkel, lawatan, pertandingan, pameran, penanaman pokok, gotong
royong, dan lain-lain
Merayakan Hari/Minggu/Bulan Alam Sekitar dan peristiwa lain yang berkaitan alam sekitar
PENGHIJAUAN SEKOLAH TERBAIK
(Hadiah: Sijil dan Wang Tunai RM3,000)
Pengurusan sumber air dan tenaga / elektrik
Pengurusan sisa pepejal
Membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
Aktiviti penghijauan taman seperti mewujudkan taman-taman, deskripsi tentang tumbuhan,
melabel tumbuhan dan pemilihan bahan penyubur tanah (yang mesra alam)
KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN SEKOLAH TERBAIK
(Hadiah: Sijil dan Wang Tunai RM3,000)
Kebersihan persekitaran sekolah seperti landskap, longkang, tempat pengumpulan sampah
Kecantikan bangunan sekolah (lukisan mural, kata-kata nasihat, pedoman), pondok/gazebo,
sudut-sudut ilmu, hiasan papan notis
Tahap kebersihan kantin atau dewan makan seperti peralatan memasak, pinggan mangkuk,
lantai, tempat hidangan, kawalan serangga/haiwan perosak dan lain-lain
Tahap kebersihan dan kemudahan tandas
ANUGERAH GURU SERASI TERBAIK
(Hadiah: Sijil dan Wang Tunai RM1,000)

Mula diperkenalkan untuk Anugerah SERASI sesi 2016/2017


Bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru yang bergiat aktif menyumbang terhadap
kecemerlangan pengurusan dan program alam sekitar di sekolah
Menjadi suri teladan (role model) kepada pelajar, guru lain dan komuniti untuk perkara berkaitan
alam sekitar

PENYERTAAN ANUGERAH SERASI

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Sekolah Rendah dan Menengah, termasuk
Sekolah Agama dan Maktab Rendah Sains Mara di Sarawak.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13 April 2017

URUSETIA ANUGERAH SERASI

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak


Aras 18-20, Menara Pelita, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
(u.p.: Puan Rahmah Biak (rahmahb@nreb.gov.my) tel: 082-319526 atau
Puan Nur Aida Nur Azman (aidaa@nreb.gov.my) tel: 082-444219 atau
Encik Wan Ridzuan Wan Laila (wanridzuan@nreb.gov.my) tel: 082-319529)
No. Fax: 082-312800

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak


Shoplot No. 29, Lot 9005, Block 11,
Muara Tebas Land District, Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
(u.p.: Encik Burhannudin Hj. Suai tel: 082-365972/365546)
No. Fax: 082-365934
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak
Level UG, Blok Menara Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri,
Kawasan Bandar Baru Betong, Jalan Spine
95700 Betong, Sarawak.
(u.p.: Puan Florence Anding tel: 083471901)
No. Fax: 083471900

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak


1st Floor, Kompleks Negeri, Jalan Awang Ramli Amit,
96600 Sibu, Sarawak.
(u.p.: Encik Gabriel Kalai tel: 084337428/338428)
No. Fax: 084327488

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak


6th Floor, Menara Pehin Setia Raja,
96400 Mukah, Sarawak.
(u.p.: Cik Enderawati Mohd Dahlan tel: 084873485)
No. Fax: 084873488

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak


2nd Floor, Wisma Bintulu, No. 1, Jalan Tanjung Kidurong
97000 Bintulu, Sarawak.
(u.p.: Cik Siti Hajar bt Wahab tel: 086316562/334448)
No. Fax: 086335340

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak


9th Floor, Pelita Tunku, Jalan Puchong
98000 Miri, Sarawak.
(u.p.: Puan Radziah bt Yusuf tel: 085427419/437488)
No. Fax: 085410254

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak


3rd Floor, Limbang Plaza, Jalan Buang Siol
98700 Limbang, Sarawak.
(u.p.: Puan Juliana Samuel tel: 085216488)
No. Fax: 085216486
Anugerah SERASI 2016/2017
Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar
BORANG PENYERTAAN
Nama Sekolah :

Alamat Sekolah :

Guru :
Bertanggungjawab

Nombor Telefon :

Nombor Faks :

Alamat Emel :

Nama Pengetua/ :
Guru Besar

Tandatangan :
Pengetua/
Guru Besar

Cop Pengesahan :
Pengetua/
Guru Besar

Tarikh Penghantaran :
BORANG PENILAIAN KENDIRI (SELF-ASSESSMENT FORM)
ANUGERAH SERASI 2016/2017
Bagi menyertai Anugerah SERASI, pihak sekolah perlu mengisi BPK berikut:

Sila tanda pada jawapan Ya/Tidak, dan isi jawapan pada ruang yang berkenaan

NO. SOALAN YA TIDAK

Bahagian A. Pengurusan Alam Sekitar

1. Adakah sekolah anda mempunyai Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS)?

Adakah sekolah anda mempunyai Kelab/Persatuan yang berkaitan


dengan Alam Sekitar atau Sains?
2. P

Nyatakan jumlah Kelab/Persatuan: ______________

Adakah sekolah menganjurkan aktiviti atau program yang bertujuan


untuk melindungi dan memulihara sumber asli serta alam sekitar pada
3. tahun 2015-2016

Nyatakan jumlah aktiviti: ____________


Adakah sekolah mempunyai kaedah untuk menyampaikan maklumat
tentang alam sekitar kepada warga sekolah dan masyarakat setempat
4.

Nyatakan bilangan kaedah yang digunakan: ___________

Bahagian B. Kegiatan Kesedaran Alam Sekitar

Pernahkah sekolah menganjur Hari, Minggu atau Bulan Alam Sekitar


atau aktiviti dan program sambutan berkaitan alam sekitar pada tahun
2015-2016
5.
a. Sila nyatakan jumlah aktiviti atau program: _______

b. Peringkat Penganjuran**: Sekolah/ Daerah/ Bahagian/ Negeri


Kebangsaan
(**sila potong yang tidak berkenaan)
Pernahkah sekolah terlibat dan menyertai aktiviti atau program berkaitan
alam sekitar yang melibatkan agensi kerajaan, NGO, syarikat dan badan
6. korporat serta komuniti pada tahun 2015-2016

Sila nyatakan jumlah aktiviti atau program: ____________________


Bahagian C. Penghijauan Sekolah Terbaik

7. Adakah sekolah melaksanakan penggunaan sumber air secara mapan?

Adakah sekolah mempunyai kaedah untuk memulihara sumber


8.
tenaga/elektrik?

Adakah sekolah anda mempunyai sistem pengurusan sisa


9.
pepejal/makanan yang berkesan?

Adakah sekolah melaksanakan Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle)/


Amalan Mesra Alam/ Amalan Hijau?
10.

Nyatakan jumlah Amalan : ____________

Adakah sekolah membuat inisiatif untuk mendirikan/membina taman bagi


menghijaukan kawasan persekitaran sekolah
11.

Nyatakan jumlah Taman : __________________

Bahagian D. Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Terbaik

12. Adakah sekolah mempunyai landskap / hiasan / elemen semulajadi?

Adakah sekolah menyelenggara parit / longkang / jejambat / tempat


13.
pengumpulan sampah dengan baik?

Adakah sekolah anda mempunyai lukisan mural, graffiti, poster/ kata


nasihat dan pedoman, dan sudut ilmu yang berkaitan dengan alam
14. sekitar untuk kecantikan persekitaran sekolah?

Nyatakan jumlah: ____________

Adakah sekolah mempunyai pengurusan kantin/dewan makan bagi


15.
memastikan kebersihannya?

Adakah sekolah mempunyai kemudahan tandas yang lengkap dan


16.
berfungsi dengan baik?

Nota: Borang ini hendaklah dikembalikan kepada urus setia selepas sesi taklimat SERASI
sebelum atau pada 13 April 2017.

Anda mungkin juga menyukai