Anda di halaman 1dari 4

TEMA : MENYIASAT PERHUBUNGAN HIDUPAN DENGAN PERSEKITARAN

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 EKOSISTEM TERANCAM

Objektif pembelajaran:

2.1 Menilai aktiviti manusia yang mengancam ekosistem

Hasil Pembelajaran:

- mengenalpasti aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam ekosistem. menerangkan kesan


aktiviti manusia ke atas ekosistem.
- menilai secara kritis kesan pembangunan yang tidak terancang dan tidak terurus ke atas
ekosistem.
- memerihalkan jenis-jenis pencemaran dan punca pencemaran.
- menerangkan kesan pencemaran ke atas hidupan dan alam sekitar.
- menyatakan punca-punca pencemaran udara.
Huraikan sukatan pelajaran m/s 64

9.1 AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM

Impak Aktiviti Manusia ke atas Ekosistem

1. Cabaran-cabaran hebat dunia hari ini telah membawa kepada pelbagai projek
pembangunan.
2. Sekiranya aktiviti-aktiviti manusia tidak dirancang dan dilaksanakan dengan baik, akan
menganggu keseimbangan alam semula jadidan merosakkan ekosistem.
3. Aktiviti-aktiviti manusia yang mengancam ekosistem adalah seperti:
(a) pembangunan dan perindustrian
(b) pertambahan bilangan kenderaan
(c) pertambahan penggunaan pestisid dan baja kimia dalam sector pertanian
(d) penerokaan hutan tanpa kawalan
4. Kesan-kesan dari pembangunan tidak terancang dan salah pengurusan ekosistem adalah:
(a) Hakisan tanah
(b) Banjir kilat
(c) Tanah runtuh
(d) Eutrofikasi (penyuburan tasik)
(e) Pencemaran air,udara, terma dan bunyi
(f) Pemanasan global (fenomena kenaikan suhu bumi juga dikenali sebagai kesan rumah
hijau)
(g) Penipisan lapisan ozon
(h) Kepupusan hidupan
5. Jadual 1 di bawah menunjukkan hubungan antara aktiviti pembangunan yang tidak
terancang dan disalah urus kesannya terhadap alam sekitar.

Pembangunan yang tidak terancang Kesan buruk terhadap alam sekitar


Perkembangan industri ringan dan berat Pencemaran air, udara, terma dan
yang tidak terkawal bunyi
Penipisan lapisan ozon
Kesan rumah hijau
Penerokaan hutan tanpa kawalan Hakisan tanah
(penyahutanan) Kesan rumah hijau
Perubahan iklim
Pemanasan global
Banjir kilat
Pembinaan bangunan konkrit yang Pencemaran terma
bertingkat-tingkat dan bercermin Kesan rumah hijau
Perlombongan berlebihan Hakisan tanah
Banjir
Penggunaan baja yang berlebihan Eutrofikasi
Pencemaran air
Penggunaan pestisid dan bahan kimia Pencemaran udara dan air
berlebihan Kepupusan hidupan
Penggunaan bahan api fosil seperti Kesan rumah hijau
petroleum dan arang batu Pencemaran udara
Pembakaran bahan buangan domestik Pencemaran udara
Kesan rumah hijau

Pencemaran

1. Pencemaran ialah perubahan sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang tidak diingini pada
alam sekitar dan disebabkan oleh aktiviti manusia.
2. Pencemaran mempengaruhi tanah, sungai, laut dan atmosfera. Ia juga mengancam
kehidupan dan habitat manusia, haiwan dan tumbuhan serta ekosistem.
3. Jenis-jenis pencemaran termasuklah:
(a) pencemaran udara
(b) pencemaran air
(c) pencemaran terma
(d) pencemaran bunyi

Pencemaran udara

1. Pencemaran udara disebabkan oleh kehadiran bahan-bahan pencemar dalam udara yang
berbahaya kepada hidupan dan persekitaran.
2. Punca pencemaran udara adalah seperti berikut:
(a) Pembakaran
- Sampah sarap
- hutan
- Sisa pepejal
(b) Kilang perindustrian
- Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum, diesel, gas dalam kilang dan stesen
janakuasa
- Industri pertanian yang menggunakan bahan agrokimia seperti baja, pestisid,
insektisid dan herbisid
(c) Kenderaan bermotor
- Membebaskan gas-gas yang berbahaya dalam asap ekzos kereta
3. Pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas seperti sulfur dioksida dan oksida nitrogen.
Pembakaran sampah dan kepulan asap drai ekzos kereta dan serombong kilang
menghasilkan karbon dioksida, karbon monoksida dan jelaga (partikel karbon yang tidak
terbakar).
4. Pertambahan gas karbon dioksida dalam atmosfera banyak memerangkap haba dan
menyebabkan kesan rumah hijau.
5. Keadaan ini menyebabkan suhu bumi meningkat.
6. Oksida sulfur dan oksida nitrogen adalah gas berasid yang larut dalam wap air untuk
membentuk asid seperti asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini turun bersama air hujan sebagai
hujan asid. Apabila hujan, hujan asid menyebabkan tanah dan air sungai berasid dan ini
membahayakan tumbuhan dan haiwan di dalam sungai dan di hutan.
7. Kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia
(a) Bahan pencemaran gas-gas berasid dan asap menyebabkan penyakit sistem respirasi
seperti bronchitis, sesak nafas, kanser peparu, asma dan penyakit saluran respirasi yang
lain.
(b) Bahan pencemar itu memedihkan mata, menyebabkan penyakit kulit dan konjunktivis.
8. Kesan pencemaran udara terhadap habitat haiwan dan tumbuhan
(a) Hujan asid meresap ke dalam tanah dan meningkat keasidan tanah yang menyebabkan
nutrien penting melarutresap. Ini menyebabkan tanah menjadi tidak subur
(b) Hujan asid dalam sungai dan tasik menurunkan nilai PH air dalam habitat itu dan
pemusnahan banyak ikan dan organisma akuatik lain.
(c) Hujan asid menyebabkan tanah menjadi terlalu berasid, menyebabkan tumbuhan dan
pokok mati. Ia juga merosakkan daun dan mengurangkan fotosintesis
(d) Asap, jelaga dan debu melakat pada permukaan daun dan menutup stoma. Ini
mengurangkan penyerapan cahaya matahari oleh klorofil dan resapan karbon dioksida
menyebabkan kadar fotosintesis tumbuhan menurun.
9. Kesan pencemaran udara terhadap bangunan
(a) Hujan asid mengaratkan struktur logam dan mengakis batu kapur yang digunakan untuk
membina bangunan
(b) Jelaga dan debu menjadikan bangunan kotor
10. Kesan pencemaran udara terhadap iklim
(a) Asap, debu dan jelaga bergabung kabus (wap air) untuk membentuk jerebu yang
mengancam kesihatan.
(b) Peningkatan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera menyebabkan suhu bumi
meningkat. Akhirnya bongkah ais kutub melebur lalu menaikkan paras air laut
menyebabkan banjir dan perubahan iklim
11. Kesan pencemaran udara terhadap pertanian
(a) Jerebu mnghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi. Debu dan jelaga menutup
stoma dan mengurangkan kadar fotosintesis. Oleh itu, ia mengurangkan pengeluaran
pertanian.
(b) Hujan asid memusnahkan tumbuhan, maka pengeluaran pertanian berkurang.
12. Jadual 2 di bawah menunjukkan punca pencemaran udara, bahan pencemar dan kesannya
ke atas hidupan dan persekitaran.

Punca Bahan pencemar Kesan buruk


Kilang simen, kuari, Debu Jangkitan salur respirasi
kilang Batuk dan bersin
Bangunan menjadi kotor
- Kilang Debu dan jelaga Menyebabkan jerebu
perindustrian mengaburkan penglihatan
- Pembakaran Menghalang cahaya matahari daripada
sampah sarap sampai ke Bumi dan menutup stoma.
-Kenderaan Maka, mengurangkan kadar fotosintesis
bermotor dan pengeluaran makanan
Menyebabkan kesan paru-paru
Asap dari ekzos Plumbum Toksik, berbahaya dan tidak terbiodegrasi. Maka
kenderaan plumbum boleh berkumpul dalam badan. Bila ia
menggunkan petrol mencecah paras toksik yang tinggi, ia boleh
berplumbum menyebabkan kerencatan otak pada kanak-
kanak.
Aktiviti industri Bahan agrokimia Boleh disalurkan pada rantai makanan
pertanian dan berkumpul dalam badan
menyebabkan kemudaratan pada
organisma kerana ia tidak terbiodegrasi
Menganggu proses fisiologi
Toksik kepada badan
Stesen kuasa Sinaran radioaktif Menyebabkan mutasi
nuclear Mengakibatkan kanser dan penyakit
genetik
Industri busa dan Klorofluorokarbon (CFC) Penipisan lapisan ozon
petrol Pemanasan global
Kanser kulit

Anda mungkin juga menyukai