Anda di halaman 1dari 11

KHASIAT KAF EMPAT

PULUH

Tengku Puteh Tippi


MUQADDIMAH

Bismillahir Rahmaanir
Rahiim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha


Penyayang
Nahmaduhu Wa Nusolli 'Ala Rasulihil Karim, Amma
Ba'du;

Allah Subhanahu Wa Ta'ala


berfirman

"Dan tidak Aku menciptakan Jin dan Insan melainkan agar


mereka beribadah kepadaKu."

[Az-Zariyat : 56]
ISI KANDUNGAN
MUQADDIMAH .................................................................................................................................... 1
RAHSIA KAF 40 ........................................................................................................................................ 3
Kaifiat Amalan ......................................................................................................................................... 5
Khasiat Kaf Empat Puluh ......................................................................................................................... 5
(1) Menyerang musuh......................................................................................................................... 5
(2) Membutakan mata musuh ............................................................................................................ 5
(3) Musuh berlawan sama sendiri. ..................................................................................................... 6
(4) Kelimunan. ..................................................................................................................................... 6
(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang. .............................................................. 6
(6) Perempuan lekat uri. ..................................................................................................................... 6
(7) Memperbanyakkan air susu. ......................................................................................................... 6
(8) Menghalau pelesit. ........................................................................................................................ 6
(9) Menahan darah. ............................................................................................................................ 6
(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang. ............................................................................................. 6
(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka. ...................................................................... 6
(12) Sakit mata. ................................................................................................................................... 7
(13) Terkena lintasan atau sawan. ...................................................................................................... 7
(14) Penawar demam.......................................................................................................................... 7
(15) Kuat Badan................................................................................................................................... 7
(16) Tuju demam kura......................................................................................................................... 7
(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.................................................................................. 7
(18) Sakit pinggang .............................................................................................................................. 7
(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit. ................................................................................. 8
(20) Menjinakkan binatang liar. .......................................................................................................... 8
(21) Pelaris. ......................................................................................................................................... 8
(22) Pengebal ...................................................................................................................................... 8
(23) Pelembut Besi .............................................................................................................................. 8
(24) Orang Gila .................................................................................................................................... 8
(25) Meredakan ribut dan ombak besar. ............................................................................................ 8
(26) Hendak Masuk Hutan. ................................................................................................................. 9
(27) Perang Sabil . ............................................................................................................................... 9
(28) Pendinding ................................................................................................................................... 9
Penutup................................................................................................................................................... 9
RAHSIA KAF 40

Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita
dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu
hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang
yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan
diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, meletakkan
sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya, kerana takut ilmu itu disalahgunakan
oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden
dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan
melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi
tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan
tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang
yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian
yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.

Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya
dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi
jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya.
Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya.

Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib.
Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah
syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab
dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai
empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita
sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya
(aura).

Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.
Kaifiat Amalan
Amalan sebagai Wirid

Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu
membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga
kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali.

Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap
kali selepas selesai solat lima waktu.

Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat

Kaifiatnya seperti berikut :

Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali.


Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.

Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa
beramal.
Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi)
Memasang bau-bauan yang wangi.
Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari.
Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan
mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam
berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan
telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini
akan anda perolehi insya-Allah.

Khasiat Kaf Empat Puluh


Antara khasiatnya yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :

(1) Menyerang musuh.


Jika hendak menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga dan
dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan kancingkan gigi. Kemudian
berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan itu tadi. Maka teruskanlah berjalan.
Insya-Allah terpelihara daripada musuh seteru.

(2) Membutakan mata musuh


Supaya musuh tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan pada
pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah musuh. Insya-Allah musuh
tidak akan dapat melihat kita.
(3) Musuh berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya.
Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga sesama sendiri.

(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali
pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap
gelitalah pandangan mereka insya-Allah.

(5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.


Jika terkena bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali dan
dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang dan turunlah bisa-bisa itu.

(6) Perempuan lekat uri.


Jika perempuan lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak sembilan
kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak. Kemudian diberi minum
sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu. Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.

(7) Memperbanyakkan air susu.


Jikalau perempuan kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian
sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan bertambah banyak.
Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus dan diberi makan kepada perempuan
yang bersalin itu, maka susunya akan bertambah.

(8) Menghalau pelesit.


Bagi orang yang kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada hitam
yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di sebelah atas dan di sebelah
bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan. Insya-Allah akan keluar.

(9) Menahan darah.


Barangsiapa yang luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan dihembus
serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan berhenti insya-Allah taala.

(10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang.


Jika kita disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa, samaada yang di
darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera dan serta merta selepas disengat
itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan
hilang dengan segera. Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.

(11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka.


Bacalah kaf ini tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan Allah
Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf ini di tempat yang keras
atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba
dan terbukti.(Ada satu hikayat) sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai
orang yang keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam pelayaran
di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri tiang layar. Setelah dilihat oleh
anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya
kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi,
lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam.
Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam.
Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.

(12) Sakit mata.


Bacalah Kaf ini lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi. Serta
dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit itu. Insya-Allah akan
segera sembuh

(13) Terkena lintasan atau sawan.


Bacalah kaf ini tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak
yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.

(14) Penawar demam.


Baca kaf ini tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam. Insya-
Allah akan segera sembuh.

(15) Kuat Badan.


Sesiapa yang terasa lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau
tarik nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh dilakukan kerap
kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.

Dan dilarang sama sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut
kepanasan.

(16) Tuju demam kura.


Bacakan kaf ini sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah,
selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya. Kemudian tekan dengan
ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh
pagi insya-Allah sembuh.

(17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.


Bacalah kaf ini tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ala kursiyyihi jasadan
tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang yang hendak ditebang itu,
nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita
daripada gangguan dan kejahatan mereka.

(18) Sakit pinggang


Jika sakit pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada tempat
syajanya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan, manakala tangan yang
sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf
itu. Demikianlah lakukan pada lutut yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.
(19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21 kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang
ramai.

(20) Menjinakkan binatang liar.


Baca tujuh kali pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar, insya-Allah
ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak. InsyaAllah susunya akan menjadi.

(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.

(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis
benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis :

a) Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).


b) Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).
c) Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh
diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).
d) Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui
pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam
kategori ini.
e) Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap
daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru
atau amalan wirid dan riadah
f) Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika
alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi,
besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang
jahat dan tidak bertanggungjawab.

Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat.
Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al
Habib Husein Al Idrus. Wallahualam.

(23) Pelembut Besi


Jikalau kita melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah memegang
sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi
lembut seperti kita memicit batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan
menjadi.

(24) Orang Gila


Bacalah hizib ini kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat ikhtiar.

(25) Meredakan ribut dan ombak besar.


Bacalah hizib ini tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.

Insya-Allah ribut dan ombak besar itu akan reda.


(26) Hendak Masuk Hutan.
Jika kita hendak masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk. Insya-
Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.

(27) Perang Sabil .


Jika berlaku peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang
dan pergi. Insya-Allah.

(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang
buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri
sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.
Versi kedua kaf 40

Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55,
berikut adalah matannya :






( 40)

( 55)

Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan


kifka fuha kakaminin kana min kalakin
takirru karran kakarril karri fi kibidin
tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka ka in kibidin yakfi kumul kaf -(kaf 50).

Penutup

Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah sebati
dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut niat kita insya-Allah.

Anda mungkin juga menyukai