Anda di halaman 1dari 7

12.

Pengagihan Harta Zakat

12.1 Orang yang berhak mendapat zakat


Perlaksanaan zakat tidak terhenti setakat pembayarannya sahaja, bahkan berterusan sehingga
selesai diagihkan kepada golongan-golongan yang berhak. Al-Quran telah merakamkan
golongan yantg berhak menerima zakat berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-
Taubah : 60

(Surah at-taubah : 60)

Ayat di atas menyenaraikan lapan golongan yang berhak mendapat agihan zakat dalam Islam.
Para ulama telah mendefinasikan setiap asnaf dengan pelbagai definisi. Walaupun berlaku
perbezaan dalam perincian takrif setiap asnaf, namun secara ringkasnya asnaf tersebut adalah
seperti berikut :

1. Orang-orang fakir
2. Orang-orang miskin
3. Amil
4. Maullaf
5. Riqab
6. Al-Gharimin
7. Fisabilillah
8. Ibnu sabil

Penejelasan bagi semua golongan ini adalah seperti berikut;

1. Orang Fakir

Iaitu orang yang tiada harta yang boleh mencukupkan keperluan dirinya; keperluan
makan,minum, pakaian, dan tempat tinggal,seperti seseorang yang memerlukan sepuluh
ringgit sehari misalnya, tetapi dia hanya mampu memperolehi tiga ringgit sahaja.

Menurut bahasa Arab, Fakir berasal dari perkataan Faqara yang ertinya orang yang patah
tulang belakangnya. Atau orang yang sangat berhajat kepada sesuatu, kerana miskin. Atau
orang yang papa dan termiskin.

Dari Ibnu Umar, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Zakat tidak halal bagi orang kaya
dan orang yang berkemampuan.
Dari Ubaidillah bin Adi bin al-Khiyar, dia mengatakan bahawa ada dua orang lelaki
memberitahunya bahawa mereka mereka telah mendatangi Nabi SAW. Mereka meminta
zakat pada Baginda. Baginda lantas mengamati mereka berdua. Menurut pandangan baginda,
mereka adalah orang orang yang bertenaga. Aapabila kamu mahu, akan aku berikan,
padahal tidak ada hak bagi orang kaya dan orang yang masih kuat mencari penghasilan.

2. Orang Miskin

Orang yang memiliki sesuatu untuk menampung keperluannya dan cukup untuk sebahgian
dirinya tetapi ia tetap tidak memadai, seperti seseorang yang memerlukan sepuluh ringgit
sehari misalnya, tetapi dia hanya memperolehi lapan ringgit sahaja.

Kata miskin juga berasal dari perkataan Arab Sakana yang bererti diam, tidak banyak
bergerak, kerana miskin. Dalam ilmu Fiqh, orang miskin ialah orang yang tidak berharta dan
tidak mencukupi penghasilan yang ia peroleh

Menurut salah satu ayat dalam Surah al-Maun, seorang muslim sekalipun ia mengerjakan
solat masih dapat disebut orang yang celaka, jika tidak suka membantu orang miskin.hal ini
dipahami, bahwa benda yang bertahun-tahun kita kumpulkan, bukian seluruhnya milik kita,
sekalipun kita sendiri yang berusaha dan membanting tulang.sebahagian kecil didalamnya
kepunyaan orang miskin.

Dari Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Bukanlah yang
dinamakan orang miskin itu orang yang kesana ke mari sambil meminta-meminta pada orang
lain. Bukan pula yang masih boleh mencari sesuap dua suap nasi, atau sebiji dua biji kurma.

Mereka (para sahabat) pun bertanya, Kalau begitu, apa yang dimaksudkan dengan miskin
itu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab, Dia adalah orang yang tidak memiliki kekayaan
yang boleh mencukupi keperluannya. Keadaannya tidak diketahui sehingga ada yang
memberi sedekah, sedangkan dia sama sekali tidak meminta-minta pada orang lain.

3. Amil Zakat

Pegawai dan pemungut zakat yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan
membahagikan zakat. Mereka diberikan upah berdasarkan kerja yang mereka lakukan; tidak
boleh ditambah ditambah dan tidak boleh diberikan peratus tertentu daripada hasil kutipan.
Ini kerana tidak ada dalil dalam syariat Allah SWT mengenainya. Mereka hanyalah orang
yang diberikan upah, jadi mereka diberikan upah berdasarkan kerja mereka sahaja. Mereka
tidak boleh berasal dari kerabat Rasulullah SAW kerana mereka adalah orang-orang yang
diharamkan menerima zakat. Perkara tersebut sebaimana ditegaskan dalam sahih Muslim
yang diriwayatkan dari Abdul Mutallib bin Rabiah bin al-harits bahawasanya dia dan al-
Fadhl bin al-Abbas minta pada Rasulullah SAW agar memberi tugas amil zakat kepada
mereka.
Baginda bersabda: Sesungguhnya zakat tidak halal bagi Muhammad dan keluarga
Muhammad. Sebab, dia merupakan kotoran (atas harta) manusia.

4. Muallaf (orang yang dilembutkan hatinya)

Orang yang baru memeluk Islam yang dijangkakan dengan memberikan mereka zakat,
Islam mereka akan kuat. Ataupun mereka adalah orang Islam yang yang punya kedudukan
dan pemgaruh terhadap kaum mereka, apabila zakat diberikan kepada mereka dijangkakan
orang lain yang seperti mereka akan masuk Islam. Ataupun orang Islam yang berada di
sempadan; mereka menjaga orang Islam daripada serangan orang kafir dan penderhaka.
Ataupun mereka akan mengutip zakat daripada suatu kaum yang tidak dapat diutuskan
pemungut zakat daripada suatu kaum yang tidak dapat diutuskan pemungut zakat kepada
mereka.

Mereka hanya diberikan satu bahagian daripada zakat orang Islam memerlukan mereka.
Kalau tidak diperlukan, mereka langsung tidak diberi.

Sebagaimana seperti kisah yang berlaku , ketika Nabi SAW memberi Shafwan bin Umayyah
harta rampasan perang Hunain. Sebab, sekalipun masih banyak musyrik, dia turut berperang.
Dia bertutur, Baginda terus memberiku hingga Baginda menjadi orang yang paling aku
cintai. Padahal sebelumnya Baginda adalah orang yang paling aku benci.

Ada juga diberi zakat agar Islamnya semakin baik dan hatinya kian teguh. Yang seperti ini
nampak ketika Nabi SAW memberikan 100 ekor unta kepada beberapa orang perwira dan
pemimpin Quraisy yang baru memeluk Islam. Sesungguhnya aku memberikannya pada
seseorang, padahal aku lebih suka apabila dia aku berikan pada selainnya. Aku hanya takut
apabila Allah membenamkan wajahnya di dalam Neraka Jahannam, sabda Rasulullah SAW.

Dalam ash-Sahihain, diriwayatkan dari Abu Said, sia menceritakan bahawa Ali mengirim
emas mentah dari Yamjan pada Nabi SAW. Baginda terus membahaginya kepada empat
orang. Mereka adalah al-Aqra bin Hbais, Uyainah bin Badr, Alqamah bin Ulatsah dan
Zaid al-Khair. Aku ingin melembutkan hati mereka, kata Baginda.. Aku hanya takut
apabila Allah membenamkan wajahnya di dalam Neraka Jahannam, sabda Rasulullah SAW.

Ada yang diberi bahagian dengan harapan agar teman-temannya yang lain ikut masuk Isalm.

Di antara orang-orang itu, ada juga diberi bahagian dengan tujuan agar dia menarik zakat dari
bawahannya atau dengan alasan agar mahu menjaga keamanan di daerah perbatasan Negara
Islam. Wallaahu alam.

5. Riqab

Iaitu untuk membebaskan hamba. Hamba yang dimaksudkan ialah golongan muakatab
yang berakad dengan tuan-tuan mereka untuk membayar secara ansuran. Apabila cukup
bayaran, mereka akan merdeka. Oleh itu, zakat diberikan kepada mereka apabila mereka
tidak mampu untuk menjelaskan bayaran ansuran.
Diriwayatkan dari al-Hasan al-Bashari, Muqatil bin Hayyan, Umar bin Abdil Aziz, Said bin
Jubair, an-NakhaI, az-Zuhri dari Ibnu Zaid, bahawasanya yang dimaksudkan hamba sahaya
disini ialah yang membuat perjanjian dengan para majikan mereka agar membebaskan
mereka. Pendapat ini serupa dengan riwayat dari Abu Musa al-Asyari. Inilah pendapat yang
dikuatkan oleh Imam Syafie. Ibnu Abbas berkata, Tidak ada masalah seandainya zakat itu
digunakan untuk memerdekakan hamba. Pendapat ini sesuai dengan mazhab Imam Ahmad,
Imam Malik dan Ishaq. Ertinya, memerdekakan hamba dengan zakat lebih umum daripada
memberikannya kepada hamba yang dijanjiikan kemerdekaan atau membeli hamba untuk
kemudian dibebaskan. Terdapat banyak hadis yang menyatakan tentang pahala
memerdekakan hamba dan membebaskan hamba sahaya. Ia disebutkan bahawa Allah
membebaskan setiap anggota tubuhnya dari seksa mereka sebagaimana dia membebaskan
setiap tubuh anggota hamba yang dimerdekakannya. Perkara tersebut tidak lain kerana
sesungguhnya setiap perbuatan dibalas dengan ganjaran yang setimpal.

6. Al-Gharimin (Orang yang dikelilingi hutang)

Orang-orang yang dibebani hutang dan tidak mampu membayarnya. Jadi, diberikan kepada
mereka sejumlah harta yang membolehkan mereka melunaskan hutang yang telah matang
dan yang mencukupkan makanan, minuman, dan pakaian dengan syarat mereka berhutang
untuk perkara yang dibenarkan oleh syarak. Kalau mereka berhutang untuk perkara yang
tidak dibenarkan oleh syarak, mereka tidak boleh diberikan zakat kecuali setelah bertaubat
daripada maksiat dan telah diyakini benarnya taubat mereka.

Dalil utama dalam masalah ini adalah hadis Qabishah bin Mukhariq al-Hilali. Dia berkata,
waktu itu, aku sedang menanggung hutang orang lain. Aku lantas menemui Rasulullah SAW
dan meminta Baginda membantuku. Baginda berkata, Tinggallah di sini sehingga ada zakat
yang diserahkan kepada kami. Kami akan memberimu bahagian darinya. Dia berkata,
Baginda bersabda lagi, Wahai Qabishah, tidak halal bagi seseorang yang meminta-minta,
kecuali bagi tiga jenis orang iaitu: (A) orang yang berhutang kerana menanggung keperluan
orang lain. Pada keadaan ini, dia dibenarkan meminta zakat. Tapi, apabila telah dicukupkan,
dia harus menghentikannya. (B) seseorang yang terkena musibah hingga kekayaannya habis.
Dalam keadaan ini, dia boleh meminta zakat hingga kembali mampu memenuhi keperluan
hidupnya. (C) seseorang yang ditimpa kekurangan sehingga ada tiga orang hamba dari
masyarakatnya yang memberi kesaksian bahawa si fulan benar-benar kekurangan. Dalam
keadeaan seperti ini, dia boileh meminta hak zakat hingga kembali mampu mencukupi
keperluannya. Wahai Qabishah, adapun selain alas an itu, maka zakat itu adalah barang
haram yang dimakan permintaannya.

7. Fisabilillah

Lelaki yang berperang dan berjihad dengan sukarela untuk membela Islam dan mereka
tidak mendapat upah dan gaji daripada harta orang Islam. Jadi, diberikan kepada mereka apa
yang mencukupkan keperluan mereka dan apa yang mencukupkan nafkah keluarganya
sehinggalah dia kembali semula, walau bagaimana lamanya dia pergi dan walaupun dia
seorang yang kaya. Begitu juga diberikan kepadanya apa yang membantunya untuk berjihad
seperti pengangkutan diri dan barangannya, juga peralatan perang dan seumpamanya.

Menurut Imam Ahmad, al-Hasan dan Ishaq, orang yang sedang berhaji termasuk kategori
fisabilillah berdasarkan hadis yajng diriwayatkan daripada Ibnu Abbas. Dia berkata,
Rasulullah SAW hendak pergi menunaikan haji. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang
berkata kepada suaminya kepada suaminya, Tunaikan hajiku bersama Rasulullah.
Suaminya menjawab, Aku tidak memiliki apa-apa untuk menunaikan hajimu. Dia berkata,
Tunaikanlah hajiku dengan untamu. Suaminya menjawab, Unta itu aku khususkan untuk
berjihad fisabilillah.

Lalu suaminya menemui Rasulullah SAW dan berkata, Isteri saya kirim salam buat anda.
Dia minta saya agar menunaikan hajinya bersama anda. Dia berkata, Tunaikanlah hajiku
bersama Rasulullah SAW. saya katakana kepadanya , Aku tidak memiliki apa-apa untuk
menunaikan hajimu. Dia berkata lagi, Tunaikanlah hajiku dengan untamu. Saya katakan
kepadanya, Unta itu aku khususkan untuk berjihad fisabilillah. Lalu Rasulullah bersabda,
Ketahuilah jika kamu menunaikan hajinya dengan unta itu, maka dia digunakan untuk
fisabilillah.

8. Ibnu Sabil

Orang yang bermusafir dengan perjalanan yang dibenarkan syarak ataupun orang yang
hendak melakukan perjalanan yang dibenarkan syarak (maksudnya : tiada maksiat padanya)
walaupun sekadar untuk berjalan-jalan (melancong). Diberikan kepadanya apa yang
mencukupkan perjalanannya (ataupun sewaktu perjalannya) pergi dan balik sekiranya dia ada
niat untuk balik, seperti perbelanjaannya, pengangkutannya dan kenderaan kalau dia tidak
mampu membawa barangannya. Kalau dia melakukan perjalanan maksiat ataupun melakukan
maksiat ataupun melakukan maksiat dalam perjalanannya, dia tidak diberikan zakat kecuali
jika dia bertaubat dan diyakini benar taubatnya..

Dia berhak mendapat zakat untuk mencukupi belanja pulang dan perginya.golongan ini
diberi zakat dengan syarat-syarat berikut:

Sedang dalam perjalanan di luar kawasan negeri tempat tinggalnya.


Perjalanan tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam ; maksiat.
Pada masa itu tidak memiliki pembiayaan untuk kembali ke negerinya, meskipun di
negerinya sebagai orang kaya.

Hanya lapan golongan ini sahaja yang berhak mendapat zakat. Ia tidak boleh diserahkan
kepada golongan lain.
12.2 Pembahagian zakat kepada orang yang berhak

Zakat dibahagikan kepada golongan yang telah disebutkan yang berada di tempat zakat
dikutip :

# Kalau semua golongan ada, mala ia wajib diserahkan kepada mereka semua dan tidak
boleh dikecualikan walaupun satu golongan.

# Kalau satu golongan tiada, bahagiannya dibahagikan kepada golongan lain.

# Kalau bahagian suatu golongan melebihi keperluan ahli golongan itu, lebihan itu
diserahkan kepada golongan lain.

# Zakat dibahagikan kepada semua golongan yang ada secara sama rata walaupun
keperluan mereka berbeza kecuali amil, dia mendapat upah sebelum zakat
dibahagikan berdasarkan apa yang telah dijelaskan.

Tidak disyaratkan sama rata antara ahli bagi satu golongan bahkan boleh dilebihkan
sebahgian dari yang lain. Apabila pemilik mahu membahagikannya sendiri ataupun melalui
wakilnya, dia wajib membahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga orang daripada setiap
golongan sekiranya bilangan mereka tidak dapat dikira. Ini kerana al-Quran meneybut setiap
golongan menggunakan kata jamak (banyak), dan minima bagi jamak ialah tiga. Sekiranya
bilangan mereka boleh dihitung, mudah diketahui dan kebiasaannya boleh ditetapkan, maka
zakat tersebut wajib diserahkan kepada semua apabila ia dapat memenuhi keperluan mereka.
Kalau dia meninggalkan (tidak memberi) salah seorang daripada mereka dalam kedua-dua
keadaan yang disebutkan di atas (dan dia mengetahuinya), dia hendaklah memberikan kepada
orang itu, harta yang paling minima nilainya.

12.3 Memindahkan zakat dari tempat ia diwajibkan


Zakat itu boleh dipindahkan dari negeri yang wajib dikeluarkan zakat (iaitu tempat harta
itu) sebagaimana masih wujud orang yang berhak menerimanya di negeri tersebut walaupun
ke negeri yang jaraknya dekat. Ini kerana perbuatan itu membelakangkan dan menyakitkan
hati orang yang berhak di negeri yang diwajibkan zakat itu dikeluarkan, disebabkan
keinginan dan harapan mereka bergantung kepadanya. Juga disebabkan sabda Nabi SAW
kepada Muaz bin Jabal r.a. sewaktu beliau diutuskan ke Yaman :

Beritahu kepada mereka bahawa allah telah memfardhukan zakat ke atas mereka; diambil
daripada orang kaya mereka dan diserahkan kepada orang fakir mereka.

Apabila salah satu golongan tidak terdapat di negeri yang wajib dikeluarkan zakat, ataupun
bahagian satu golongan melebihi keperluan anggotanya, maka bahagian atau lebihan tersebut
dipindahkan kepada golongan yang sama di negeri lain.

Anda mungkin juga menyukai