Anda di halaman 1dari 5

RUMUSAN

PERKEMBANGAN KAJIAN ASTRONOMI ISLAM DI ALAM MELAYU

1.1 SEJARAH ASTRONOMI ISLAM DAN LITERATUR-LITERATUR YANG


BERKEMBANG DI ALAM MELAYU
Astronomi Islam atau astronomi Arab juga disebut sebagai ilmu Falak atau ilmu
Hisab yang merupakan satu ilmu Islam yang makin dilupakan dalam manusia
sejagat. Ilmu ini telah pon berkembang oleh ilmuwan-ilmuwan Muslim sejak
abad pertama Hijrah lagi. Ilmu ini bukan hanya untuk dikembangkan sahaja,
malah lebih penting lagi adalah untuk kepentingan praktikal dalam
menjalankan ibadah harian dalam kehidupan yang berkait rapat dengan waktu
seperti solat, puasa dan haji. Perkembangan ilmu ini telah menunjukkan
kemajuan astronomi Islam yang sangat mengagumkan dalam peradaban Islam
dengan kelahiran tokoh-tokoh besar. Astronomi Islam atau ilmu Hisab dapat
mendatangkan keyakinan kepada setiap Muslim dalam melakukan ibadah,
sehingga ibadahnya akan menjadi lebih mantap. Pada masa yang sama juga,
kehadiran ilmu astronomi ilmu ini sangat penting kerana ia bukan sahaja
diperlukan dalam beberapa hal, malah juga memiliki makna yang sangat
penting dalam menghargai peradaban Islam.

Pada awal perjalanan astronomi Islam, perkembangannya hanya mengkaji


persoalan-persoalan ibadah seperti arah kiblat, waku solat, awal bulan dan
gerhana. Dr. Yahya Syami telah mencatatkan bahawa sejarah perkembangan
astronomi Islam menjadi dua fasa, iaitu pertama, fasa pra-Islam ( Mesir Kuno,
Mesapotamia, Cina, India, Perancis dan Yunani). Manakala fasa kedua ialah
fasa Islam.

Fasa Islam ditandai dengan proses penterjemahan karya-karya monumental


dari bangsa Yunani ke dalam bahasa Arab. Pada masa yang sama juga, kitab-
kitab tersebut tidak hanya diterjemahkan tetapi disusuli dengan penelitian
yang lebih mendalam dan telah menghasilkan teori-teori baru. Dari situ telah
muncul tokoh astronomi Islam dalam kalangan umat Islam yang sangat
berpengaruh iatu Al- Khawarizmi dengan kitabnya al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr
wa al-Muqabalah. Kitab tersebut sangat mempengaruhi pemikiran
cendekiawan-cendekiawan Eropah dan kemudian telah diterjemah ke dalam
bahasa Latin oleh Robert Chester pada tahun 535 H /1140 M dan pada tahun
1247 H / 1831 M telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Frederic
Rosen.

Di Alam Melayu, astronomi Islam juga berkembang pesat. Ulama yang berjasa
mengembangkan astronomi Islam di dunia Melayu (Indonesia-Malaysia) adalah
Syeikh Taher Jalaluddin al-Azhari (1286-1377 H / 1869-1957 M).

Di Indonesia, selain Syeikh Taher Jalaluddin, terdapat juga tokoh-tokoh


astronomi Islam yang sangat berpengaruh seperti Syeikh Ahmad Khatib
Minangkabau, Ahmad Rifai dan K.H. Sholeh Darat. Selanjutnya juga
perkembangan astronomi Islam di Indonesia dipelopori K.H. Ahmad Dahlan
dan Syeikh Muhammad Djamil Djambek. Kemudian diteruskan oleh anaknya,
Saadoeddin Djambek (1330-1398 H/ 1911-1977 M).

Di Malaysia, peranan Syeikh Taher Jalaluddin dalam perkembangan kajian


astronomi Islam sangat besar. Antara tokoh lain yang berjasa dalam
perkembangan kajian astronomi Islam di Malaysia ialah Syeikh Abdullah Fahim,
merupakan datuk kepada mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dato
Abdullah Ahmad Badawi. Dalam masa yang sama juga, tokoh astronomi Islam
yang semasa dengannya ialah Haji Umar (Kelantan), Haji Abu Bakar bin Haji
Hasan (Johor) dan Syeikh Jamil Jambek (Indonesia).

Antara tokoh lain yang berkembang di Malaysia ialah Tuan Haji Moh. Khair bin
Haji Mohd Taib (8 September 1922- 28 Oktober 1989). Beliau merupakan salah
seorang yang mengasaskan Persatuan Falak Syarie Malaysia (PFSM) (7 Oktober
1983). Tertubuhnya perkumpulan ini adalah untuk mngumpulkan semua pakar
dan peminat dalam ilmu astronomi Islam dan sebagai medan bertukar-tukar
fikiran. Seterusnya, perkembangan ilmu astronomi Islam dilanjutkan oleh Tuan
Guru Tuan Haji Abd. Rahman bin Hussain dan berjasa dalam memimpin
Persatuan Falak Syarie Malaysia (PFSM) sebagai Yang Dipertua selama 14
tahun dari Oktober 1992 hingga akhir hayatnya, September 2006.

Abd. Rahman Hussein merupakan tokoh astronomi Islam yang sangat terkenal
terutama di Kelantan kerana nama beliau selalu tertulis di calendar dan diari
agensi kerajaan negeri Kelantan sebagai hasib jadual waktu solat dan takwim
Hijri.
1.2 DINAMIKA KAJIAN ASTRONOMI ISLAM DI ALAM MELAYU : KES INDONESIA
DAN MALAYSIA

Perkembangan kajian astronomi Islam di Indonesia mengalami pasang surut


sesuai dengan berlalunya zaman. Di Indonesia, ilmu astronomi Islam diajarkan
di pondok-pondok, Madrasah Muallimin Muhammadiyah, Pendidikan Ulama
Tarjih dan Perguruan Tinggi Islam. Di pondok, kajian astronomi Islam lebih
banyak menggunakan kitab-kitab astronomi Islam yang tradisional sedangkan
di Madrasah Muallimin Muhammadiyah dan Pendidikan Ulama Tarjih lebih
banyak menggunakan kitab-kitab astronomi Islam yang moden.

Ilmu astronomi Islam semakin diperhatikan masyarakat ketika terjadinya


perbezaan dalam penentuan awal bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Pada
saat itu, masyarakat muslim berasa ingin tahu mengapa muncul perbezaan.
Artikel-artikel yang berkaitan dengan astronomi Islam muncul di media sama
ada tempatan mahupon antarabangsa.

Menyedari akan kepentingan ilmu astronomi, kerajaan Indonesia memasukkan


ilmu astronomi Islam sebagai kurikulum nasional. Mata pelajaran astronomi
Islam wajib diajar kan di seluruh Perguruan Tinggi Islam di Indonesia,
terutamanya yang di fakulti Syariah. Selain itu juga, dibuka program khas
astronomi Islam siri 1, siri 2 dan siri 3 dalam merangka memajukan khazanah
Islam dan sains moden.

Perkembangan ilmu astronomi Islam di Indonesia, dilakukan oleh mahasiswa


IAIN /UIN Sunan Kalijaga Jogjakarta dan IAIN /UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.
Hasil penelitian menyimpulkan bahawa dari tahun 1966 sehingga tahun 2007,
penyelidikan tentang astronomi Islam dilakukan oleh sejumlah 107 mahasiswa
(awal bulan kamariah = 86 orang, arah kiblat =14 orang, awal waktu solat =7
orang). Ini kerana permasalahan astronomi Islam yang telah diteliti banyak
mengenai awal bulan kamariah, awal waktu solat dan arah kiblat.

Di Indonesia, terdapat Badan Hisab Rukyat yang memberi perhatian pada


astronomi Islam. Badan ini telah dibentuk oleh pemerintah untuk memberikan
pendapat dan saranan kepada Menteri Agama dalam menetapkan awal
Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Setiap tahun juga, badan ini melakukan
perbincangan yang dihadiri oleh pelbagai pakar astronomi Islam di Indonesia.
Perbincangan ini adalah untuk membahaskan hasil perhitungan hisab dari
perlbagai aliran yang berkembang di Indonesia. Hasil perbincangan ini
kemudian akan diserahkan kepada Menteri Agama untuk membuat penetapan
akan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Pusat-pusat kajian falak juga
berkembang di Indonesia seperti Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama, Persatuan
Islam dan Dewan Dakwah Islam Indonesia. Organisasi masyarakat Islam ini juga
memiliki kalendar hijrah yang tersendiri yang sesuai dengan metodologi yang
telah diguna dalam penetapan awal bulan Qamariah.

Selain badan-badan yang formal, kajian astronomi Islam di Indonesia juga telah
dikembangkan oleh kelompok-kelompok amatur seperti Rukyatul Hilal
Indonesia (RHI). Badan ini didirikan pada 1 Muharram 1427 H /31 Januari 2006
di Jogjakarta. Pada awalnya, RHI hanya melakukan perbincangan secara atas
talian tentang permasalahan yang berkaitan dengan astronomi Islam yang
berpusat di Milis RHI. Kelompok ini memiliki lebih 300 anggota yang tersebar di
seluruh Indonesia. Perkembangan milis ini telah mengakibatkan berlakunya
komunikasi di mana sering ada perjumpaan untuk membincangkan dan
melakukan pemerhatian pada setiap awal bulan Qamariah.

Kelompok kajian Islam yang lain ialah CASA (Club Astronomi Santri Assalam).
Muhammadiyah merupakan organisasi Islam yang tertua dan terbesar serta
sebagai dasar penggunaan astronomi Islam dalam penentuan awal bulan
Qamariah di Indonesia. Pada 8 Rabiulakhir 1428 H/26 April 2007, Pusat Kajian
Falak didirikan untuk memajukan khazanah Islam dan sains moden. Dirasmikan
oleh Prof. Dr. Din Syamsuddin, Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah
di Hotel Garuda Jogjakarta. Pusat kajian ini bertujuan untuk memberikan
maklumat sekitar astronomi Islam melalui latihan, kajian dan kaji selidik.
Terdapat banyak lagi pusat-pusat kajian astronomi Islam yang bersifat
individual mahupon kolektif.

Di Malaysia pula, kajian astronomi Islam juga mengalami perkembangan yang


sangat memberangsangkan dengan menggalakkan latihan, pameran dan
seminar. Di Universiti Malaya, Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam,
mengadakan program khas falak syari. Di Universiti Darul Iman Malaysia, telah
dibuka Ijazah Pasca Siswazah Astronomi Islam. Terdapat juga tokoh-tokoh
dalam bidang astronomi Islam antaranya, Prof. Dr. Mohammad Ilyas (USM)
dan Dr. Baharrudin Zainal (KUSZA). Perkembangan kajian astronomi Islam juga
telah mendapat perhatian daripada pihak kerajaan terutamanya Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan mufti negeri-negeri. Pelbagai
laman web yang berkaitan dengan kajian astronomi Islam telah ditubuhkan.
Sehubungan itu, ia dapat memberikan kefahaman yang mendalam kepada
masyarakat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan astronomi Islam. Terdapat
juga berbagai laman web sama ada secara individu atau organisasi telah
ditubuhkan. Falakonline yang ditubuhkan oleh Shahrin bin Haji Ahmad pada
tahun 1999 merupakan laman web yang sangat kreatif. Ia adalah bertujuan
untuk sama-sama belajar, berkongsi pengalaman, penyebaran berita terkini
dan perbincangan isu. Disamping itu, ia juga memaparkan pelbagai aktiviti
astronomi Islam.

Persatuan Falak SyarI Malaysia juga telah menubuhkan laman web tentang
astronomi Islam di mana ia dirasmikan pada seminar astronomi Islam dengan
tema Ilmu Falak Menyongsong Zaman, Menjana Tamadun pada 14 Julai di
kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor, Malaysia. Laman
web tersebut telah diakses seramai 21851 orang dari pelbagai Negara seperti
Mesir, Arab Saudi, Syria, Kuwait, Indonesia, Singapore, Amerika Syarikat, Brazil
dan Nigeria. Selain itu juga, kajian astronomi Islam dikembangkan di
Planetarium Negara, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera
Universiti Sains Malaysia, Planetarium Sultan Iskandar Sarawak dan Jabatan
Fizik Universiti Malaya.

Perkembangan kajian astronomi Islam di Alam Melayu khususnya di Indonesia


dan Malaysia tidak dapat diperolehi dan dituntut oleh generasi sekarang tanpa
peranan dan jasa-jasa daripada tokoh-tokoh yang terkemuka pada masa
dahulu. Kerjasama antara Indonesia dan Malaysia perlu dibina dan
diperkukuhkan lagi dalam menviralkan tentang astronomi Islam di Alam
Melayu hingga ke peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai