Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA
BALING MSSD PASIR
GUDANG
SESI 2017

SK KOTA MASAI
1.0 TAJUK

Kejohanan Bola Baling MSSD Pasir Gudang sesi 2017

2.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa untuk
melaksanakan Kejohanan Bola Baling MSSD Pasir Gudang 2017

3.0 MATLAMAT

Untuk mengembangkan bakat murid dalam kemahiran bola baling, penghayatan


dan amalan nilai murni semasa menjalankan pertandingan, bekerjasama sesama
rakan sepasukan untuk meningkatkan silaturahim, melahirkan individu yang
berpengalaman, berkemahiran dalam permainan bola baling serta dapat
membentuk satu pasukan elit yang mantap untuk tahun 2017. Pertandingan ini juga
bertujuan untuk menyemai dan mengukuhkan perpaduan diantara sekolah-sekolah
dalam daerah Pasir Gudang.

4.0 MATLAMAT

Bola baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara. Namun, negara kita agak ketandusan bakat muda bagi
sukan ini. Menyedari akan hakikat ini, melalui kejohanan bola baling ini dapat
mengcungkil bakat-bakat muda yang ada pada murid. Selain itu, sukan ini juga
dapat menyatukan masyarakat dan turut membantu menjauhkan daripada aktiviti-
aktiviti tidak sihat serta melahirkan warga yang sihat dan berdaya maju. Masyarakat
yang sihat dan bersatu akan melahirkan momentum yang besar ke arah masyarakat
yang maju dan berjaya. Sukan ini telah melahirkan sinergi yang menjadi
sumber kepada perpaduan masyarakat. Selari dengan perkembangan semasa
yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang murid tidak hanya
bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para murid juga
perlu memiliki ciri-ciri keperibadian yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia
serta berkebolehan. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini
akan difahami dan dihayati sepanjang kejohanan ini. Di samping itu, semua peserta
perlu sentiasa mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan sekaligus mencapai
kejayaan yang cemerlang.
5.0 TARIKH DAN JANGKA MASA PROGRAM

Tarikh : 2-6 April 2017

Tempat : Gelanggang Sukan, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang

Penyertaan : 4 Pasukan

6.0 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

6.1 NAMA PEGAWAI:

1) Ahmad Hafiz Bin Mat Yusoff


2) Hamizah Binti Zainol Abedin
3) Mohd Adha Bin Ismail
4) Mohaman Najib Bin Miseran

6.2 TEAM SKKM

Rujuk lampiran.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


(RM)
1 Yuran pendaftaran 480
Rm 120 x 4 Team
2 Makanan murid 1440
Rm 10 x 48 x 3 hari
JUMLAH 1920

8.0 LAMPIRAN

*Sila rujuk lampiran mengenai hal-hal lain.


DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH


(MOHD ADHA BIN ISMAIL) (ZAHAREL BIN ATAN)

DISAHKAN OLEH

.
(KAMARUDDIN BIN ABU HASSAN)

Anda mungkin juga menyukai