Anda di halaman 1dari 2

SEWERAGE WORKS APPROVAL TRANSFORMATION S.W.A.

Perlaksanaan S.W.A.T Fasa 1 : Model Baru Prosedur Kelulusan Kerja-Kerja


Pembetungan Risiko Rendah (Tangki Septik, Sambungan & Sistem Rawatan
Kumbahan Kecil)

SOALAN SOALAN LAZIM

S1 Apakah perbezaan model baru (Prosedur Kelulusan Risiko Rendah) ini


berbanding dengan amalan prosedur sedia ada ?

J1 i. Berbanding dengan amalan prosedur terdahulu berdasarkan kepada


MSIG Jilid II (Edisi 2-pindaan v1 : Julai 2013), prosedur kelulusan bagi
model baru ini telah dipermudahkan dengan memperkasakan peranan
kumpulan profesional (perunding) mengeluarkan perakuan pematuhan
di bawah konsep self regulation/self assesment khususnya bagi
elemen spesifikasi rekabentuk dan pemeriksaan tapak.

ii. Buat sementara ini hanya permohonan tangki septik, penyambungan


dan sistem rawatan kumbahan kecil sahaja yang akan diproses
berdasarkan model baru ini.

iii. Prosedur kelulusan model baru ini hanya melibatkan 2 proses sahaja
iaitu Permohonan Kelulusan Kerja Pembetungan (SWA) dan Notis
Perakuan Siap kerja pembetungan (SWC) berbanding dengan prosedur
sedia ada yang melibatkan 5 proses. Jumlah tempoh piagam bagi SWA
dan SWC adalah 21 hari (14+7) berbanding 63 hari mengikut prosedur
sedia ada.

S2 Bilakah model baru ini mula digunapakai ?

J2 i. Ia mula digunapakai bermula pada 1 April 2014 bagi semua


permohonan baru perancangan.

ii. Bagi pembangunan yang telah mencapai peringkat pengemukaan


PDC6 (Notis Mula Kerja), pemohon dibenarkan untuk membuat
permohonan selanjutnya berdasarkan model baru iaitu pengemukaan
SWC.
SEWERAGE WORKS APPROVAL TRANSFORMATION S.W.A.T

Perlaksanaan S.W.A.T Fasa 1 : Model Baru Prosedur Kelulusan Kerja-Kerja


Pembetungan Risiko Rendah (Tangki Septik, Sambungan & Sistem Rawatan
Kumbahan Kecil)

S3 Adakah semua permohonan bagi tangki septik, sambungan dan sistem


rawatan kumbahan kecil dikehendaki untuk mengikut model baru ini
bermula pada 1 April 2014 ?

J3 i. Sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya,


permohonan kelulusan berdasarkan kepada prosedur terdahulu
merujuk kepada MSIG Jilid II (Edisi 2-pindaan v1 : Julai 2013) adalah
masih dibenarkan.

ii. Namun pemohon dibenarkan untuk menggunapakai model baru bagi


baki proses kelulusan selanjutnya dengan syarat telah melengkapkan
proses kelulusan sehingga peringkat PDC6 sebelum boleh
mengemukakan SWC.

S4 Bagaimana dengan tatacara pembayaran fi pemprosesan bagi model


baru ini ?

J4 i. Tatacara pembayaran adalah tidak berubah sebagaimana ketetapan


dinyatakan di dalam Perkara 3.0 MSIG Jilid II (Edisi 2-pindaan v1 :
Julai 2013.

ii. Namun, perincian amaun fi bayaran pemprosesan bagi SWA dan


SWC perlu merujuk kepada Jadual 1 yang dinyatakan di dalam
Perkara 4.0 Lampiran MSIG Jilid II [Edisi Khas 2014 (Risiko Rendah)]

iii. Pembayaran fi penuh secara serentak bagi SWA dan SWC dalam satu
bank draf/cek kerajaan adalah dibenarkan .

S5 Apakah yang dimaksudkan dengan sebagai penyambungan yang


membolehkannya diproses di bawah model baru ini ?

J5 i. Penyambungan di sini adalah bermaksud permohonan


penyambungan perpaipan dalaman dari kebuk pemeriksaan/lurang
premis ke sistem pembetungan sedia ada dengan syarat ia tidak
melibatkan pembinaan retikulasi paip pembetung (sewer reticulation).

Anda mungkin juga menyukai